Sabtu, 13 Jun 2015

Mahathir: Even the Johor prince is irritated at Najib

Dr M blames late Agong for lord president's sacking

"You don't ask your girlfriend to hold an 'I Love You' sign."

Dr. M: "Democracy is a very dangerous idea"

'I would have stayed as PM until I drop dead if...'

1MDB broke the camel's back for Mahathir

'Let Dr M blabber day and night, his views matter not'

Sidang media penyertaan A. Samad Said dalam parti DAP

Pak Samad sertai DAP untuk zahirkan perjuangan

Pak Samad is DAP’s warrior of change

Johor PAS wants to remain in Pakatan

State party leader will "resume close ties" with DAP and improve co-operation among coalition leaders.
Mahfodz Mohamed,pr
JOHOR BAHRU: Johor PAS wants the party to remain in Pakatan Rakyat and will continue to co-operate with the DAP in the state, its commissioner, Mahfodz Mohamed, said today.
He said “the Johor PAS leadership will improve cooperation among the leadership in Pakatan Rakyat” until a decision is made by the party’s Shura Council about future cooperation between the party and the DAP.
Johor PAS would abide by the council’s decision, which he believed would be obtained within the next one month.
Party president Abdul Hadi Awang has said a special meeting would be held by the council to discuss a motion adopted at the general assembly to sever relations with the DAP.
Mahfodz also expressed his intention to meet with the state DAP leadership to “resume close ties” and to bring back harmony between the parties in the Opposition pact.
Johor DAP chairman Liew Chin Tong had said recently that PAS could not survive without the DAP if the cooperation between them was terminated.

Mahathir blames Agong again for top judge’s sacking

Ex-premier revisits 1988 judicial crisis with twisted account of Salleh Abas affair.
mahathir,abbas
KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad gave a twisted and one-sided account of the 1988 judicial crisis when the Lord President, Tun Salleh Abas, was sacked and five Supreme Court judges later removed from the Bench.
Speaking at the trendy Cooler Lumpur Festival, he said it was the Yang di-Pertuan Agong, then Johor’s Sultan Iskandar Ismail, who had wanted Salleh removed.
He has previously given similar accounts of the Salleh sacking, which came in the midst of an Umno crisis which had resulted in the party being deregistered, in which he has also similarly blamed Sultan Iskandar.
Poignantly, his remarks come just one day after the death of Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, the last of the five Supreme Court judges who were removed from the Bench for trying to intervene in the Salleh case to preserve the judiciary. The others were George Seah, Eusoffe Abdoolcadeer, Wan Suleiman Pawanteh and Azmi Kamaruddin.
Dr Mahathir again claimed, as he has done before, that he had to take the blame for Salleh’s sacking and that it was Tuanku Iskandar’s wish to remove Salleh.
“The Johor Sultan never liked Salleh. He (Salleh) wrote a letter complaining about noise coming from his (Sultan’s) house. That was wrong… but Salleh wrote the letter and copied it to every Sultan. The Johor Sultan, who was the Agong, was annoyed and said this is the wrong thing to do, and he asked me to dismiss Salleh,” said Mahathir
Dr Mahathir also blamed the then Attorney-General, Tan Sri Abu Talib Othman, of having made him the complainant instead of Tuanku Iskandar when the government instituted a tribunal, as required by the constitution, to remove Salleh.

Media antarabangsa dakwa Ku Li bakal ganti Najib

Laporan itu mendakwa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen akan diadakan dalam waktu terdekat.
kuli,najib
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh.
Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara.
Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai Tun Daim Zainuddin, rakan baik Tun Dr Mahathir Mohamad.
Laporan itu mendakwa, Daim telah diberi tugasan memujuk Ku Li menerima tanggung jawab itu.
Perjumpaan kedua akan diadakan pada minggu ini dan diikuti dengan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tulis laporan itu yang memetik sumber.
Laporan itu menyebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO bagi memperkukuhkan parti yang terjejas teruk akibat skandal 1MDB.
“Razaleigh akan diterima semua. Sebelum ini beliau akan keberatan kerana menjaga isterinya yang sakit. Kematian isteri beliau baru-baru ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada negara,” tulis laporan itu lagi.

Kakitangan bersuara terhadap sandiwara pemulihan MAS - Bhg 1

oleh Mariam Mokhtar
Berita mengenai warga Jerman, Christoph Mueller, akan mengubah nasib MAS menerima pandangan yang pelbagai daripada rakyat Malaysia. Ramai berasakan bahawa Mueller berupanya untuk membawa perubahan signifikan, dengan pendekatan tegas yang beliau terapkan di Aer Lingus. Yang lain pula berkata bahawa tiada apa yang dapat diubah selagi ahli politik masuk campur dalam urusan MAS.
Christoph MuellerChristoph Mueller
Beberapa tahun lalu, Idris Jala telah menjual aset berharga MAS - Menara MAS di Segitiga Emas Kuala Lumpur. Bangunan-banungan yang dimiliki MAS di Singapura, Jakarta, New York dan London, juga telah dijual. Kompleks latihan MAS di Subang, juga turut dijual, dan kemudian dipajak.
Proses pemecatan, yang bermula pada 1 Jun 2015, telah mematahkan semangat kakitangan MAS lagi. Berikut adalah perbualan antara Theantdaily dengan beberapa ahli kakitangan MAS. Nama-nama mereka tidak akan didedahkan untuk melindungi mereka. Tuduhan mereka tidak dapat disahkan, sementara nama mereka kekal tidak mahu didedahkan.
Soalan: Apa yang berlaku dalam MAS?
Para kakitangan telah patah semangat. Semua orang tahu bahawa MAS telah menelan kos bilion ringgit wang pembayar cukai Malaysia, tetapi ramai rakyat Malaysia tidak sedar yang apabila Abdul Aziz Abdul Rahman bersara, sebagai CEO dan pengarah urusan MAS, beliau tinggalkan MAS dengan RM5 bilion rizab tunai. Ketika beliau menjadi CEO, pekerja-pekerja MAS menerima bonus tahunan.
S: Apa yang silapnya selepas Abdul Aziz?
Kejatuhan MAS dapat dikaitkan kepada Dr Mahathir Mohamad dan pendukungnya, Daim Zainuddin. Mereka mengamalkan kronisme dan orang yang dipilih mereka adalah Tajuddin Ramli.
S: Adakah Khazanah dan Mueller sedang melakukan kerja dengan baik dalam urusan menyusun semula?
Tidak. Mereka tidak memberi maklumat terkini dengan kakitangan MAS. Jika MAS sepatutnya bermula baru, kenapa 6,000 orang kakitangan MAS dipecat tetapi CEO Ahmad Jauhari Yahya dimasukkan kembali, dalam lembaga pengarah Malaysia Airlines Berhad? Ini adalah satu pengkhianatan kejam kepada kakitangan. Jauhari seharusnya meletak jawatan sebagai satu prinsip, dan enggan menjadi sebahagian daripada MAB
S: Adakah anda yakin dengan Mueller?
MAS telah ‘dirombak’ beberapa kali sebelum ini. Apabila Mueller pergi, ahli politik yang suka campur tangan dan birokrat akan kembali. Ia akan kembali kepada status quo. Kita akan kembali kepada petak pertama.
S: Apakah yang berlaku dalam Malaysian Airlines Berhad (MAB) yang baru?
Mereka yang diambil bekerja kembali menerima kesan yang buruk. Ramai yang sekarang ini berfikir untuk pergi dan sertai syarikat penerbangan yang lain, tetapi mungkin, itulah apa yang diingini oleh MAS. Mereka sedang cuba untuk menggunakan taktik kotor.
Jika mereka pecat anda, mereka hanya perlu beri notis tiga bulan. Jika anda memutuskan untuk pergi, anda perlu memberi notis tiga bulan.
Jika mereka mahu menyingkirkan kakitangan lebih awal, mereka perlu membayar wang pampasan.
S: Apakah terma dengan MAB yang baru?
Selepas apa yang digembar-gemburkan, tidak ada kontrak baru. Kami tidak tahu terma dan syarat yang baru. Kami sekadar diberitahu, inilah gaji dan elaun anda.
12 hari bulan adalah hari terakhir penyerahan (untuk bersetuju diambil bekerja semula oleh MAB). Kami dipaksa untuk menerima gaji yang lebih rendah. Sepatutnya, kami harus diberikan tiga bulan untuk membuat keputusan. Kami tidak tahu keistimewaan baru kami, atau berapa hari cuti tahunan, yang kami berhak, dan bila kami boleh mula mengambil cuti dengan MAB.

Adakah Pakatan Rakyat bersedia untuk melakukan pilihan raya negeri di Selangor?

oleh Mike Tan

Tiada perkara yang pasti dalam politik. Kebanyakan pemerhati politik telah lama meramalkan bahawa Sarawak akan menjadi negeri pertama yang akan memanggil pilihan raya, tetapi dengan ikatan yang semakin merosot antara PAS dan DAP, Selangor mungkin akan mendahului Sarawak.

Hubungan politik antara DAP dan PAS sudah sedia renggang, lebih-lebih lagi selepas Harun Din menggantikan Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am PAS selepas kematian beliau (Nik Aziz) awal tahun ini.

Ianya telah mencapai kemuncak apabila Majlis Ulama PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar yang telah berakhir baru-baru ini.

DAP yang dijangkakan akan memberi tindak balas telah mencadangkan PAS menimbang untuk meninggalkan Pakatan. Seruan ini mengulangi sentimen yang diluahkan oleh beberapa pemimpin PAS yang telah digulingkan daripada jawatan ketika muktamar parti.

Menariknya, ketika sesetengah kelompok PAS sebelum ini telah memainkan isu meninggalkan Pakatan, parti itu enggan berbuat begitu dan kelihatan berkeras ingin kekal dalam pakatan itu, dan meminta DAP pula yang keluar.

Sementara itu, PKR mendapati diri mereka telah menjadi pengadil dan cuba mencari penyelesaian yang boleh diterima semua.

Namun pertelingkahan DAP-PAS yang begitu terbuka telah membuatkan ramai yang membayangkan tentang masa depan Pakatan dan kestabilan kerajaan Selangor.

Sesetengah orang, seperti pakar undang-undang perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, telah mencadangkan pilihan raya baru dilakukan di Selangor, mendakwa bahawa kerajaan sekarang dibina atas konsensus antara tiga parti.

Dr M tak boleh tahan dengan isu 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan tetap cuba menyingkirkan perdana menteri itu walaupun tanpa isu 1MDB.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata beliau memberi banyak peluang kepada Najib sebelum ini tetapi isu 1MDB menyebabkan beliau tidak boleh lagi berdiam diri.

"Ada banyak lagi kesalahan Najib. Saya boleh senaraikanya tetapi ini (1MDB) menggunakan berbilion wang kerajaan. Itu saya tak boleh terima," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Malah, kata Dr Mahathir, beliau bekerja keras berkempen untuk Najib dalam pilihan raya umum lalu yang menyaksikan Kedah kembali ke tangan BN daripada Pakatan Rakyat.

"Saya bersedia menyokong Najib tetapi dia nampaknya menganggap jika anda memberi wang kepada rakyat, mereka akan sayang anda," katanya.

FGV Bayar Mahal Kepada Sondakh

A Kadir Jasin

PADA pandangan mata kasar, pembelian 37 peratus saham ladang PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia oleh Felda Global Ventures Bhd (FGV) amatlah memberangsangkan.
EHP adalah anak syarikat konglomerat Rajawali iaitu salah sebuah syarikat terbesar di Indonesia. Rajawali dimiliki oleh Peter Sondakh yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang kesembilan terkaya di Indonesia. Beliau bergelaran Tan Sri (kehormat).

Tan Sri Peter Sondakh "Penasihat" Mohd Najib
Urus niaga itu selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan pelaburan Malaysia di luar negara dan dengan kedudukan FGV sebagai syarikat multinasional dalam bidang perladangan.
Lagipun bagi pelabur sektor perladangan, harapan memperluaskan ladang di dalam negara sudah tidak ada atau terhad kerana kita tidak lagi membenarkan pembukaan besar-besaran hutan belantara.
Dalam urus niaga itu, FGV membayar AS$680 juta (kira-kira RM2.5 bilion) dalam bentuk tunai dan saham. Pembelian itu turut merangkumi 95 peratus ladang tebu milik Rajawali.
Bagaimanapun, timbul beberapa persoalan yang perlu dianalisis dan difahami mengenai urus niaga itu.
1. Yang menggusarkan ialah harga yang dibayar oleh FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham EHP. FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia (ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham sedang harga EHP di pasaran hanya sekitar 400 rupiah.
2. FGV nampak sangat murah hati walaupun ia sendiri berada dalam keadaan kesulitan akibat kelemahan harga minyak sawit, banjir besar Disember-Januari lalu yang menjejaskan pengeluaran ladang-ladangnya serta harga sahamnya yang merudum di Bursa Malaysia.
3. Contohnya, keuntungan tahun 2014 jatuh daripada RM1.56 bilion kepada RM826.4 juta kerana kemarau. Bagi suku pertama tahun ini (Januari-Mac) keuntungannya jatuh 98 peratus kepada hanya RM3.6 juta manakala harga sahamnya di Bursa Malaysia merudum daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada kurang daripada RM2 sekarang.
4. Jadi adakah ini masa yang sesuai bagi FGV membuat pembelian dan pada harga yang jauh melebihi harga pasaran?
5. Ini menyebabkan penganalisis membuat andaian bahawa urus niaga itu lebih berupa operasi membantu Rajawali dan Peter Sondakh.
6. Adalah pengetahuan umum di kalangan pemerhati dan penganalisis pasaran yang Rajawali mungkin mengalami tekanan setelah percubaannya mengapungkan syarikat perlombongan emas miliknya tahun lalu gagal akibat kurang sambutan pelabur.
t
FGV dan Rajawali Satu Strategi
7. Lojiknya FGV membeli saham-saham EHP dengan harga diskaun kerana sektor perladangan kini dalam suasana lembap. Lagipun, bukan semua tanah milik EHP sudah mengeluarkan hasil. Daripada pegangan seluas 419,006 hektar, baru 147,298 hektar ditanam. Bakinya masih hutan belantara.

Nasihat mengarut daripada menteri Umno yang tidak tahu apa-apa kepada Mahathir

oleh Robin Stanley Augustin
Kelihatan seperti tiada pengakhiran buat serangan tanpa henti oleh Dr Mahathir Mohamad kepada Najib Razak.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu mungkin sudah berusia 89 tahun, tetapi pastinya tiada yang salah tentang serangan dan kritikan beliau.
Sudah tentu serangan beliau tidak disukai oleh orang-orang Umno, terutamanya mereka yang bersama Najib.
Yang terbaru menentang kecaman Mahathir adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan yang berkata bahawa sebarang perbezaan antara kedua mereka seharusnya diselesaikan secara baik untuk mengelakkan sebarang kesan kepada Umno.
Dalam sebuah laporan oleh The Star Online, beliau berkata bahawa isu-isu ini seharusnya diselesaikan dengan “semangat kekeluargaan”.
“Lebih baik jangan ulangi pengalaman pahit pada 2008 apabila serangan terbuka oleh Tun (Mahathir) ke atas Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) telah mengakibatkan prestasi terburuk oleh BN dalam pilihan raya umum tahun itu,” kata beliau.
Abdul Rahman juga berkata beliau menyokong pandangan Najib yang debat terbuka dengan Mahathir adalah tidak wajar atau bermanfaat kepada BN dan Umno.
“Saya menyokong pendirian perdana menteri itu kerana saya percaya andai debat berlaku, ianya akan bertukar kepada situasi ‘saya cakap, anda cakap,” kata beliau.
Abdul Rahman juga berkata soalan-soalan Mahathir terhadap 1MDB akan tetap diajukan melalui Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dan penyiasatan Ketua Audit Negara dan Mahathir sepatutnya mengajukan persoalan “tanpa berkonfrontasi”.

Marilah, TMJ beri isyarat

Mungkin kata-kata tidak diperlukan untuk Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk beliau menyampaikan mesejnya.

Dalam klip video dimuat naik pada akau Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.

Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Hanya beberapa jam selepas ditegur Datuk Seri Nazri Aziz, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul dalam klip pendek sambil membuat aksi mencabar.

 
Dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers, beliau dilihat sedang berehat di atas bangku dan menoleh ketika kamera berada di kirinya.

Menggunakan tangan kiri, Tunku Ismail membuat isyarat memanggil.

Klip video sepanjang 17 saat itu bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Tunku Ismail adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

Saya dah tegur Najib jangan tabur duit, kata Dr M

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak masih terus menabur duit kepada rakyat walaupun sudah ditegur perbuatannya itu salah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, banyak kesalahan yang dilakukan Najib sejak beliau menjadi perdana menteri dan menganggap rakyat akan terus menyokongnya dengan hanya menabur duit dan menayangkan sepanduk "I Love PM".

"Dia fikir jika dia bagi duit kepada rakyat maka rakyat akan sayang dia. Membelanjakan duit rakyat dengan cara sebegitu adalah salah.

 "Saya sudah tegur tetapi dia tak nak ikut. Dia fikir wang adalah segala-galanya," katanya pada sidang media selepas menghadiri program "Dangerous Ideas" di Publika, Kuala Lumpur, hari ini.

PasMa kekal jadi NGO sokong PR, taja parti baharu ganti peranan PAS

SHAH ALAM: Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mengumumkan bahawa mereka akan kekal sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Pakatan Rakyat tetapi akan bertindak menubuhkan parti baharu bersama NGO lain untuk menggantikan peranan PAS.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dalam sidang media selepas sesi Wacana PasMa Nasional bersama jawatankuasa tertinggi dan wakil-wakil negeri pertubuhan itu di Shah Alam hari ini.

"PasMa selama ini secara tegas dan jelas menyokong perjuangan Pakatan Rakyat dan kami berpegang pada falsafah demokrasi.

"Biarlah kami menjadi 'watchdog' kepada kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat," ujarnya.

Phahrolrazi memberitahu, selepas keputusan menamatkan kerjasama dengan DAP dibuat dalam Muktamar PAS lalu, secara teknikalnya Pakatan Rakyat sudah tidak ada.

"Oleh itu, PasMa hari ini mengambil pendirian untuk kekal sebagai NGO Dan akan bersama-sama dengan NGO-NGO lain yang pro-Pakatan Rakyat untuk menaja penubuhan sebuah parti baharu bagi menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Rombakan Kabinet: 'Jadi atau tidak, UMNO out kalau PRU hari ini' - Atory

KUALA LUMPUR: Konflik dalaman UMNO yang kini dilihat berada di tahap kronik akan menjadi semakin parah seandainya spekulasi rombakan Kabinet yang dikatakan diumum selepas Hari Raya Aidilfitri nanti benar-benar terjadi.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, UMNO juga kini dilihat berisiko kehilangan kuasa Kerajaan seandainya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 diadakan dalam tempoh terdekat.

"Sokongan terhadap kepimpinan tertinggi negara juga dilihat semakin berkurangan termasuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar.

"Kita perlu akui sokongan kepada UMNO sudah semakin pudar di kawasan bandar namun ia sudah merebak di luar bandar kini. Kerana itu jika dibuat pilihan raya hari ini, UMNO akan kehilangan kuasa dan tampuk kerajaan yang dipegang selama ini.

"Krisis dalaman parti itu juga semakin meruncing. Selain ada dua kem di dalamnya, kepercayaan kepada pemimpin tertinggi parti juga semakin hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Atory mengulas dakwaan penulis blog politik, Shahbudin Husin bahawa kemungkinan rombakan Kabinet berlaku dan beberapa nama pemimpin tertinggi UMNO tidak tersenarai di dalamnya.

Shahbudin yang dikatakan memetik beberapa sumber berkata, kemungkinan rombakan itu disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa minggu lalu oleh pegawai-pegawai dari sebuah agensi perang saraf kerajaan.

Dalam pada itu kata Atory, UMNO turut dinasihat mencari muka-muka baharu untuk menjadi pemimpin parti selain menyifatkan muka lama harus direhatkan sahaja.

"UMNO ada banyak bintang yang sudah digilap untuk menjadi pemimpin. Pertukaran ini akan menjadi penyelesai kemelut dalaman parti selain menjanjikan imej baru parti.

"Jika terus dengan kepimpinan sama seperti hari ini, UMNO akan menemui jalan buntu selain kehilangan kepercayaan rakyat," jelasnya.

Atory turut menyarankan ahli UMNO agar membuat anjakan dengan lebih menyayangi parti daripada pemimpin tertentu.

Tun M tiada hak berdebat dengan Najib kerana dia hanya rakyat biasa - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiada hak untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengannya kerana beliau hanyalah rakyat biasa.

Menurut laporan The Star Online, ini adalah pendapat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz, yang berkata Najib tidak harus merendahkan dirinya ke tahap Dr Mahathir.

"Saya tidak mahu PM saya turunkan dirinya kerana dia adalah PM tetapi Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa.

“Jadi mengapa PM saya perlu turun ke tahap rakyat biasa? Beliau tidak mempunyai locus standi untuk berdebat dengan Najib. Bagi saya,sudah tentu ia bukan satu idea yang baik,” katanya sambil menambah sudah ada satu tempat untuk berdebat iaitu Parlimen.

Nazri turut berkata Najib tidak harus meletakkan jawatan kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dr M salahkan Agong atas pemecatan Salleh Abbas

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa, beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988.

Bercakap dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, Yang di-Pertuan Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan.

Katanya, ia berpunca daripada aduan dibuat Salleh menulis surat kepada semua Sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa "terlalu bising dan mengganggu rumahnya".

Hanya Majlis Syura ada kuasa tentukan tahaluf dengan DAP, kata Tuan Ibrahim


Post Pic

KUALA LUMPUR: Hanya Majlis Syura Ulama PAS mempunyai kuasa atau autoriti untuk mengkaji dan menentukan kedudukan tahaluf siyasi dengan DAP yang semakin meruncing susulan usul yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar parti itu minggu lalu.
 
Ini kerana menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku hirarki paling tinggi dalam PAS Majlis Syura Ulama berperanan serta mempunyai bidang kuasa yang melibatkan hukum dan pematuhan syarie termasuk soal tahaluf siyasi.
 
"Ya, sebab waktu tahaluf atau kerjasama itu ia kerjasama yang melibatkan hukum, jadi yang ada autoriti untuk menentukan hukum adalah Majlis Syura.
 
"Jadi kita pulangkan kepada Majlis Syura supaya melihat kembali sejauh mana tahaluf itu melanggar syarat atau tidak," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
 
Beliau menambah usul memutuskan hubungan dengan DAP belum muktamad selagi tiada kata putus daripada Majlis Syura Ulama.
 
"Pertama sekali saya nak jelaskan usul ini adalah usul dewan bukan keputusan muktamar.
 

PAS taruh harapan usul hudud dibentang sidang Parlimen minggu depan


Post Pic

SHAH ALAM: PAS masih menaruh harapan bahawa usul pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan akan dibahaskan di Parlimen, meskipun sidang berkenaan hanya berbaki empat hari sahaja lagi.
 
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata jika usul rang undang-undang persendirian (RUU) itu tidak di bincangkan pada sidang kali ini, pihaknya akan terus mengadakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan.  
 
Beliau juga berkata PAS berkeyakinan Putrajaya tidak akan mempermainkan hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu kerana pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali juga Akta 355 akan terpakai kepada semua mahkamah syariah.
 
“Kita masih menaruh harapan agar usul ini dimasukkan dalam minggu terakhir sidang Parlimen, masih ada 4 hari lagi. Namun jika tidak naik juga kita akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan persekutuan kerana bagi kita, jalan terbaik untuk melaksanakan pindaan Akta 355 ini adalah rang undang-undang ini dibawa kerajaan persekutuan sendiri.
 
“Tidak timbul isu dipermainkan kerana bila ia diluluskan, ia bukan saja untuk Kelantan, undang-undang ini boleh diguna pakai untuk seluruh negara,” katanya dipetik Sinar Harian.
 
Takiyuddin berkata walaupun pertemuan bersama Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah diadakan, namun Putrajaya masih belum memberi kelulusan untuk ia dibahaskan di Parlimen.

Impian Kelantan: DAP akan bina masjid di Pasir Tumboh

SUFI9600GUA MUSANG, 13 JUN: Tanpa mempedulikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan, DAP hari ini menyatakan kesediaan parti itu untuk membina sebuah masjid bagi kemudahan mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.
Mengumumkan rancangan itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, pertimbangan itu dibuat selepas mereka mendengar sendiri kata-kata imam di kampung berkenaan.
Kata Anthony, orang Islam tidak perlu bimbang kerana jika dipersetujui nanti, masjid itu akan dibangunkan melalui sumbangan orang ramai.
“Tiada wang haram seperti daripada syarikat judi akan digunakan,” katanya.
Terdahulu Loke bersama Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menghadiri majlis penyerahan rumah dibina sukarelawan Gabungan Impian Kelantan untuk mangsa banjir di kawasan berkenaan.
Sebanyak 40 rumah diserahkan kepada penduduk kampung tersebut.
Setiap satu rumah dibina dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap satu.
Setakat ini sebanyak RM350,00 sumbangan sudah digunakan untuk membina rumah mangsa banjir di Kelantan.

DAP kesal PAS sanggup jadikan wanita bahan sindiran, perli dan ejekan

kasthuri 3Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dilantik baru-baru ini telah mengeluarkan komen bahawa DAP adalah sebuah parti pengecut dan sebuah parti perempuan berikutan pendirian parti tersebut untuk tidak bekerjasama dengan DAP.
Tidak perlu dibuktikan kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang setahun jagung dalam arena politik, kesungguhan serta fokus DAP dalam perjuangannya menegakkan keadilan, kebebasan dalam menjiwai semangat demokrasi untuk menumbangkan rejim zalim BN yang menjajah tanahair ini selama lebih setengah dekad.
 Kenyataan Nik Abduh yang berbaur seksis yang telah dilemparkan terhadap kaum  wanita di negara ini menunjukkan kekolotan minda seorang yang sepatutnya dilihat  sebagai pembawa obor generasi muda perjuangan partinya. Ini bukanlah kali pertama  kedudukan serta peribadi kaum wanita diheret menjadi mangsa dalam perbalahan  politik yang dicetuskan oleh puak BN di negara ini. Bezanya, kali ini ia keluar dari  mulut seorang pemuda, dari parti PAS dan bukannya UMNO, MCA, MIC atau Gerakan.  Saya tergamam.
Kenyataan yang telah dibuat dengan niat dan sangkaan buruk terhadap kaum wanita  mencerminkan perwatakan Nik Abduh sebagai seorang yang kuno pemikiran tetapi  perangainya yang kononnya berdarah pahlawan langsung tak tertonjol berdasarkan  gaya hujahnya yang “low-standard” sehingga akhirnya mengheret keperibadian wanita  apabila kehausan peluru.
kemungkinan besar Nik Abduh sudah lupa diri untuk satu tempoh yang agak lama sehingga mempertuhan ideologi patriarki dan dengan bongkak telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersifat jantan dan DAP bersifat perempuan walaupun perbandingan tersebut tidak masuk akal langsung.
Apakah motif sebenar Ketua Dewan Pemuda PAS dalam ejekannya selain daripada menghina perempuan dan menganggapnya sebagai satu objek sindiran, perli dan ejekan?

Kerana benci DAP, Nik Abduh hina wanita - Kasthuri Patto


Konvensyen_DAP_Kasthuri_Patto


KUALA LUMPUR, 13 JUN: Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh yang baru dilantik tidak sabar mengecam DAP sehingga terlanjur kata menghina kaum wanita di Malaysia.
Penghinaan Abduh yang berbaur seksis itu terdedah apabila kiriman status facebooknya menjadi viral cuba membandingkan PAS dan DAP dengan analogi jantan dan perempuan.
Bagaimanapun, komen berbaur seksis itu kini memakan dirinya sendiri apabila pemikiran yang menganggap wanita sebagai objek sindiran dan ejekan dikecam hebat.
Menurut Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto sikap tergopoh-gapah Abduh yang mengatakan PAS adalah jantan, dan DAP adalah perempuan menunjukkan pemikiran kuno Ketua Pemuda parti Islam itu
“Ini bukanlah kali pertama kedudukan serta peribadi kaum wanita diheret menjadi mangsa dalam perbalahan politik BN di negara ini.

Cuba sembunyikan kenaikan tol, Najib khianati rakyat, kata PKR


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkhianati rakyat apabila cuba menyembunyikan berita kenaikan‎ harga tol, kata Sim Tze Tzin.
Penga‎rah strategi PKR itu berkata, hakikatnya Putrajaya selama ini mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Kerajaan seharusnya telus dalam semua dasar dan polisi kerajaan termasuk kenaikan tol.
"Sebarang cubaan menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan rakyat adalah satu bentuk pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib semalam dilaporkan berkata, ‎pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya mengkhianati kepercayaan diberi kabinet kerana ia masih belum dimuktamadkan.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur malam tadi, katanya perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, syarat kontrak tol amat ‎memihak kepada syarikat konsesi yang kebanyakannya terdiri daripada kroni Umno dan BN sehingga menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol setiap 2 tahun.

Khairy tampil bela Farah Ann

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempertahankan pakaian ahli gimnastik penyumbang emas negara dengan mengatakan pihak yang mengkritik seharusnya memfokuskan pada pencapaian atlet berkenaan.

“Dalam gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi memperoleh emas kerana berjaya mengagumkan juri dengan persembahannya.

“Dalam perbuatannya, hanya Tuhan saja yang akan menghakimi beliau. Bukan kamu. Jangan ganggu atlet kami,” tulis Khairy dalam Twitter malam tadi.

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas tindakan orang ramai yagn pengkritik Farah Ann kerana memakai pakaian gimnastik yang didakwa tidak menutup aurat.

Imej yang dimuat naik oleh atlet berusia 21 tahun itu dalam Facebook dan Twitter dikecam hebat ramai pengguna media sosial atas alasan ia pakaian yang mencolok mata.

Bagaimanapun, bukan semua komen dari pengguna media sosial didapati mengecam beliau. Segelintir daripadanya membela atlit negara itu dengan bertanyakan sekiranya Farah perlu memakai jubah dan tudung untuk menyertai pertandingan berkenaan.

SPRM pantau ahli politik terlibat jual tender ratusan juta ringgit..!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti ahli politik dan individu berkepentingan terlibat dalam aktiviti penjualan tender projek daripada skala kecil kelas F sehingga projek kelas A yang bernilai ratusan juta ringgit, lapor Utusan Malaysia.

Memetik sumber, laporan itu berkata siasatan awal SPRM mendapati kebanyakan tender projek yang dikeluarkan termasuk oleh kerajaan diberikan kepada syarikat yang kurang berkelayakan. Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan individu terlibat, bimbang pemantauan agensi yang masih berjalan itu akan terganggu.

 Sumber itu juga dilaporkan mengkritik undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk mendakwa “jerung besar” dan mencadangkan pelaksanaan undang-undang baharu.

"Undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk mendakwa mereka kerana Akta SPRM 2009 hanya dapat digunakan jika salah guna kuasa dan bagaimana transaksi berlaku dapat dibuktikan.

"Sehubungan itu, SPRM amat mengharapkan undang-undang yang membolehkan kes disiasat walaupun tiada saksi dan hanya berdasarkan wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa bagi menghentikan dominasi pihak tertentu dan salah laku penjualan tender ini," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Sumber juga berkata, undang-undang baharu itu juga perlu dilaksanakan bagi membolehkan SPRM memantau daripada pelbagai sudut, bermula daripada pihak yang mengeluarkan tender sehingga projek berjalan.

Lewat lantik firma audit, pengaruhi siasatan 1MDB

Rafizi Ramli 
SHAH ALAM - Kelewatan Putrajaya melantik firma audit antarabangsa, Deloitte sebagai juru audit akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa akan mempengaruhi semua siasatan terhadap syarikat pelaburan itu khususnya oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pihak pengurusan 1MDB akan menghalang mana-mana pihak untuk mendapatkan maklumat kewangan syarikat itu dengan memberi alasan bahawa penyata tahunan kewangan masih belum selesai diaudit.

“Sebagai juru audit, sudah tentu Deloitte akan mempengaruhi semua siasatan terhadap 1MDB kerana itu dijadikan alasan untuk tidak memberikan maklumat kewangan kerana audit belum selesai, sedangkan tahun kewangan 1MDB berakhir 31 Mac 2015.

“Bila lantikan audit itu dibuat lambat, audit itu tidak dapat disiapkan manakala sekarang ini semua agensi kerajaan termasuk PAC sedang menghadapi tekanan untuk menyiasat syarikat itu,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas ketidakpuasan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamad pada Khamis yang mengakui kelewatan Putrajaya melantik semula Deloitte mengaudit akaun terkini dana pelaburan strategik negara itu akan menjadi "halangan" kepada siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat sarat hutang itu.

Dalam pada itu, beliau juga berkata bukan PAC sahaja terkesan bahkan mana-mana jabatan kerajaan yang mahu maklumat kewangan 1MDB juga tidak mempunyai akses disebabkan alasan yang sama iaitu proses audit belum selesai.

Pasca Banjir: DAP mahu bina masjid di Kelantan


DAP hari ini mengumumkan rancangan mereka untuk membina sebuah masjid untuk masyarakat Islam di sekitar Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang Kelantan.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk  di kawasan berkenaan.

Kata Loke, pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang sendiri mengarahkannya membuat pengumuman itu.

"Kami bersedia untuk membina masjid di Kampung Pasir Tumboh," katanya dalam ucapan di majlis penyerahan rumah Gabungan Impian Kelantan, tengah hari tadi.

Rumah itu dibina dengan sumbangan orang ramai dan setakat ini sebanyak 40 unit siap dibina dan diserahkan kepada pemilik yang layak.

Setiap satu rumah dibina dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000.

Bantu atas dasar kemanusiaan

Menurut Loke, DAP berkarap penduduk dan jawatankuasa masjid di situ boleh bersepakat untuk membenarkan pembinaan dijalankan.

"Kami membantu atas dasar kemanusiaan," katanya.

Najib lawan Mahathir: Rakyat Malaysia tidak harus merana akhirnya

oleh Christopher Fernandez
Semakin ramai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan pertelagahan di antara Najib Razak dengan Dr Mahathir Mohamad percaya negara ini akan menjalani revolusi akibatnya.

Siapa bakal ditabal pemenang, sekiranya akan ada pemenang? Mahathir tidak berhenti mengkritik dan telah melakukan pukulan-pukulan keras dengan menggesa Najib meletak jawatan selaku perdana menteri kerana gagal menjalankan tugas dengan beramanah di dalam memimpin negara.

Namun Najib menyerang balas dengan bertegas beliau tidak akan berundur dan menurut hasrat Mahathir sambil mendakwa beliau mendapat sokongan penuh, bukan hanya dari kalangan ahli Umno tetapi juga dari rakyat Malaysia di serata pelusuk negara.

Mahathir, dalam pada itu mendakwa rakyat berbilang bangsa tampil memberinya bukti tentang salahlaku Pentadbiran Najib. Beliau berkata perdana menteri gagal menjawab persoalan yang diajukannya.

Najib seakan berdolak dalih dan gagal menjawab persoalan yang dilontarkan Mahathir. Beliau seakan enggan menambah kekacauan dengan berkata semua yang dilakukan olehnya dan pentadbirannya dilakukan secara telus dan tidak terdapat sebarang salahlaku atau jenayah sepertimana yang didakwa Mahathir.

Akan tetapi Mahathir tidak berundur dari terus bertindak agresif dengan menyerang dan melemparkan pelbagai dakwaan. Sebelum saga 1MDB tercetus, beliau telahpun menyuarakan kekecewaan dengan corak kepimpinan Najib yang didakwanya lemah dan tidak baik.

Sebaik timbulnya isu 1MDB, secara tiba-tiba Mahathir melakukan serangan bertali arus dengan menuduh Najib dan isterinya Rosmah, berbelanja mewah dan menggunakan wang rakyat secara terbuka.

"PAS tolong jangan putar belit lagi, arahkan ahli anda letak jawatan" - Guan Eng

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini meminta kepimpinan baru PAS untuk mengarahkan wakilnya dalam kerajaan negeri itu untuk mengundurkan diri mereka daripada memegang apa juga jawatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata demikian selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) semalam sebulat suara memutuskan tindakan PAS menerima usul tanpa bahas agar memutuskan hubungan dengan DAP, dengan sendirinya telah pun memutuskan hubungan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Selama ini kerajaan negeri mempunyai hubungan dan kerjasama baik dengan keahlian biasa PAS Pulau Pinang, tetapi nampaknya dimusuhi oleh kepimpinan baru PAS dan pendokong mereka di sini.

"Pendirian yang sama diambil oleh tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan Rosidi Hussain yang meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang," jelas Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Selama ini kerajaan negeri mempunyai hubungan dan kerjasama baik dengan keahlian biasa PAS Pulau Pinang, tetapi nampaknya dimusuhi oleh kepimpinan baru PAS dan pendokong mereka di sini.

Beliau merasakan tindakan ahli-ahli PAS tersebut mengundurkan diri daripada jawatan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah patut dan bermaruah.

Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti Perak

Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti PerakKUALA LUMPUR: Mana-mana individu beragama Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim yang sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan Hadis termasuk larangan membuka aurat di dalam isu sukan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, isu itu seharusnya sudah jelas sejak berzaman dan tidak terlalu terikut-ikut dengan konsep serta cara pemakaian yang diperkenalkan negara Barat.

"Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka. Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan.

"Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bolasepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka

Dr Harussani mengulas sikap pengguna media sosial yang menyelar gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi selepas gambarnya dimuat naik di laman Facebook sebuah stesen televisyen dengan dengan penampilan pakaian ketat gimnastik yang dikatakan menampakkan lurah faraj.

Kerabat diraja jangan campuri politik atau kena 'belasah' - Nazri

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.

PR jangan jadi kuda tunggangan Tun M jatuhkan Najib - Chegubard

Sejarah telah membuktikan pembangkang bersama Dr Mahathir menjatuhkan Tun Abdullah tetapi pembangkang tidak kemana malah terus dihimpit.
badrul,mahathir,pkr
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat diingatkan supaya tidak tertipu dengan pemainan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, pemimpin dan penyokong PR mungkin menganggap Dr Mahathir membantu pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
Namun, hakikat sebenarnya PR menjadi kuda tunggangan kepada Dr Mahathir dan rakan-rakannya demi mencapai cita-cita peribadi dan melindungi kepentingan.
Chegubard berkata, sejarah telah membuktikan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi dijatuhkan oleh Dr Mahathir, pembangkang pada waktu itu menganggap bekas Perdana Menteri membantu mereka.
“Pembangkang menyerang Tun Abdullah Badawi bersama Mahathir hasilnya Abdullah disingkirkan tetapi UMNO (sila baca kelompok Mahathir khususnya Daim dan kuncu) terus kukuh dan Pakatan Rakyat terus dihimpit. Kenapa perubahan total masih tidak diperolehi?
“Ia kerana imej perubahan itu diterajui oleh Mahathir dan kelompoknya, PR hanya mengikuti dari belakang. Jika sekali lagi kita terperangkap diperkuda Mahathir untuk pusingan kali ini maka PR hanya layak sekali lagi selaku pembangkang yang kuat, ” katanya.
Dia berkata, membiarkan Dr Mahathir menyerang dan mengkritik Perdana Menteri tidak bermakna PR perlu membantu Najib.
Sebaliknya, PR perlu mengukuhkan parti dan bersiap sedia mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang supaya rakyat menghukum Najib.

TV3 hilang akal-Shahbudin

Alasan yang diberi pihak TV3 langsung tidak boleh diterima sedangkan banyak lagi masalah rakyat yang lebih kritikal perlu diketengahkan selain isu kereta Proton.

PETALING JAYA: Penafian Editor Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, bahawa TV3 hanya memaparkan masalah rakyat berhubung teksi yang membabitkan kereta Proton dianggap tidak masuk akal.
Pelbagai persoalan dibangkitkan terhadap laporan tiga malam berturut-turut yang menyiarkan isu yang sama wal hal banyak lagi masalah besar yang membebankan rakyat.
Mengulas mengenainya, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin mendakwa ia sebahagian daripada agenda untuk menghentam legasi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Hujah yang diberikan oleh Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, bahawa laporan itu hanya usaha TV3 mengenengahkan masalah rakyat dan pemandu teksi, benar-benar tidak dapat diterima akal, kecuali bagi yang kurang atau sudah hilang akalnya,” dakwa Shabudin.
Dalam tulisan terbarunya di shahbudindotcom.blogspot.com terus menempelak kenyataan Ashraf selain mempersoalkan maksud “masalah rakyat”.
Katanya, terdapat isu lain yang lebih kronik berbanding dengan masalah kereta teksi Proton.
“Jika mahu diketengahkan pelbagai masalah rakyat, di Parlimen Pekan yang diwakili Najib pun sebenarnya berlambak isu yang lebih menarik dan boleh meningkatkan rating penonton televisyen itu.
“Menjadi persoalan juga, apakah TV3 akan turut memainkan isu berkaitan kualiti Proton ini jika tidak berlaku kemelut politik antara Tun Mahathir dengan Najib?” tulis Shahbudin.

A Samad Said sah sertai DAP

A Samad Said sah sertai DAP
SHAH ALAM – Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said hari ini secara rasminya menyertai DAP selepas perkara itu diumumkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang dalam satu program, di Gua Musang Kelantan, hari ini.
 
Kemasukan Samad ke dalam parti itu turut dirakam dan dimuat naik dalam akaun Twitter milik DAP Malaysia sebentar tadi dengan memaparkan pemimpin masyarakat itu menerima kad keahlian yang diserahkan sendiri oleh Kit Siang.
 
“Sasterawan Negara Sdr @asamadsaid menerima kad keahlian DAP beliau dari Ketua Parlimen DAP @limkitsiang,” tulis Dap Malaysia dalam laman sosialnya, hari ini.
 
Penisytiharan itu turut disaksikan oleh Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam majlis penyerahan rasmi rumah mangsa banjir anjuran pertubuhan Gabungan Impian Kelantan (GIK) di Gua Musang, Kelantan, hari ini.
 

Pak Samad diumum Perwira Ubah DAP

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said kini sah menjadi ahli DAP selepas kemasukannya diumum pemimpin veteran parti itu Lim Kit Siang sebentar tadi.

Menyatakan Samad sebagai "Perwira Ubah" Lim juga menyerahkan kad keahlian kepada penulis sajak Tetamu Senja itu.

Sementara itu Samad berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menyertai DAP tetapi tidak pernah dizahirkan.

Katanya, sebagai penulis yang sudah lama berkecimpung dalam bidang kesusasteraan, tidak ada makna jika karyanya langsung tidak mendekati rakyat.

Mengenai reaksi pihak lain terhadap keputusannya menyertai DAP, beliau yang mesra dipanggil Pak Samad memberitahu, memang ada orang yang kurang bersetuju.


"Mereka menganggap tindakan ini akan mencederakan imej Sasterawan Negara, tetapi bagi saya  ia tidak menjadi masalah kerana setiap tindakan pasti ada pro dan kontranya," kata Samad.

Sementara itu Lim berkata kemasukan Samad menyertai DAP adalah detik bersejarah untuk parti berkenaan.

'Tun Mahathir, bukankah negara sudah ditadbir secara anarki?' - Tian Chua

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan pelbagai isu semasa terutama melibatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah cukup menjadikan situasi kini dalam kekalutan.

Tegasnya, ia sekali gus menjadikan negara seperti sudah ditadbir secara anarki dan situasi sudah menjadi huru-hara.

"Saya mahu tanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, apakah sekarang ini negara tidak diperintah secara anarki? Isunya kini bukan jika Pakatan Rakyat perintah negara kerana pentadbiran secara anarki itu sudah terjadi kini.

"Jangan jangka apa yang belum datang, persoalannya sekarang. Saya mahu tanya Dr Mahathir apakah dia setuju keadaan sekarang sudah menjurus kepada pemerintahan anarki yang dikatakannya sendiri?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tian Chua mengulas amaran Dr Mahathir yang menyifatkan negara akan huru-hara sekiranya kekalutan ekoran isu 1MDB tidak diselesaikan hingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kepercayaan rakyat sewaktu pilihan raya.

Malah, Dr Mahathir bimbang masa depan negara akan menjurus kepada pentadbiran anarki sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya akan datang dan mereka diberi mandat memerintah.

Anarki bermaksud keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang sekali gus menyebabkan kekacauan atau porak-peranda.

Jelas Tian Chua, Dr Mahathir tidak perlu memberitahu dunia terhadap kemungkinan pemerintahan yang bakal ditadbir secara anarki jika Pakatan Rakyat memerintah negara.

DAP sedia kerjasama demi tumbangkan BN - Chin Tong

Liew Chin Tong  
JOHOR BAHRU - DAP Johor secara terbuka menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti yang berhasrat untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU akan datang.

Malah kesediaan itu dinyatakan selepas hubungan DAP dan Pas dilihat seakan bakal menemui penghujungnya, susulan usul putus kerjasama melibatkan kedua parti terbabit dalam Muktamar Pas, baru-baru ini.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, Pas dilihat tidak bersedia untuk menumbangkan BN, sebaliknya hanya lebih cenderung untuk memastikan hudud dapat dilaksanakan.

Menurutnya, tindakan Pas dilihat bersekongkol dengan BN akan meninggalkan kesan besar kehilangan penyokong kerana ketika ini, wujud sentimen tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Keputusan kita terpulang kepada Jawatankuasa Pusat DAP, kita bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti yang berminat untuk menumbangkan BN.

“Sekiranya Pas membuat pilihan yang salah, parti itu tidak akan memenangi sokongan rakyat kerana di Johor sendiri dua pertiga kerusi parlimen dan 18 per 26 kerusi Dun adalah kawasan campuran.

Time to take sides in Dr M, Najib battle

It's now clear that Dr M and Najib will take their battle to the bitter end, says blogger Shahbudin.
najib vs dr m
PETALING JAYA: Now that it’s clear that both Prime Minister Najib Razak and Dr Mahathir Mohamad are determined to take their battle to the bitter end, patriotic Malaysians must clarify in their minds whom they would support because the outcome of the conflict has the greatest of significance to the future of the country. This is the opinion offered by analyst Shahbudin Husin in his latest blog entry.
He makes clear that he wants to see either the defeat of Najib by Mahathir or the defeat of Barisan Nasional by Pakatan Rakyat if the conflict between the two men drags on until the 14th general election.
“If BN loses power, perhaps only its leaders will suffer misery,” he says. “The rakyat will probably be better off because, surely, the new leaders will be determined to show that they are better than their predecessors, and they will do this by introducing pro-rakyat policies and initiatives.
“It will also be a useful lesson to Umno and BN. Perhaps it will prompt them to improve themselves as political parties and to correct the behaviour of their leaders.
“Of course, there may be some who will have to go in and out of the courtrooms or to spend time in jail, but leaders who have not been corrupt or have not abused their power should have nothing to worry about.”

Partner with Umno for power, PAS told

University lecturer urges party to forsake non-Muslim partners for the sake of Islamic brotherhood
pas, umno
KUALA LUMPUR: PAS should focus on cultivating closer ties with Umno if it wants to seek an easy passage to Putrajaya, according to a political science lecturer.
Md Shukri Shuib of Universiti Utara Malaysia said it was time the party abandoned its principle of tahaluf siyasi or political cooperation with its partners in Pakatan Rakyat and bond with Umno instead, as both were Muslim-based parties.
He said such a bonding should be given preference over pursuing political cooperation with non-Muslims.
“PAS should go for the concept of brotherhood because Islam itself promotes such a practice. If PAS is truly fighting for the cause of Islam and is led by ulama leaders, it should consider this (brotherhood) and nullify its political cooperation in the opposition coalition.
“PAS should first focus on strengthening the bonds of brotherhood among Muslims before looking for alternatives to gain power. It will be easier for PAS to find its way to Putrajaya if it cooperates with Umno, rather than remain in Pakatan (Rakyat),” Md Shukri told Bernama.
Last week, PAS delegates unanimously adopted a motion at its general assembly to end ties with the DAP, but continue to be part of Pakatan Rakyat.
The motion came about following a barrage of criticism against PAS and its President Datuk Seri Abdul Hadi Awang by the DAP, especially with regard to PAS’ decision to implement the hudud penal code in Kelantan.
Stressing that PAS should allow the concept of brotherhood to steer its political course, Md Shukri urged its ulama leaders to be more open-minded and give priority to efforts to unite the Muslims, instead of continuing to be at loggerheads with Umno.

PAS: Satu kesudahan atau permulaan sebuah kemenangan?

Azrul Zabidi

Islamis vs Muslim?
Ketika mana Muhammad Abduh (1849-1905) menyeru kebangkitan menentang penjajah Eropah di negara umat Islam, seruan tersebut disambut hebat.
Cetusan Pan-Islamisme itu menjadi tunggak penentangan pasak kolonial British pasca kemerdekaan palsu negara Mesir pada 1922.

Ikhwan Muslimin (1928) oleh Hasan Al-Banna pula berperanan besar dalam usaha menyingkirkan nilai sekular Barat yang berbaki di Mesir. Mereka bergerak melalui jalan dakwah dan politik sebelum dituduh melakukan aktiviti revolusioner dan keganasan.
Natijahnya ramai pemimpin dan ahli Ikhwan ditangkap, dipenjarakan, dibunuh termasuk ada yang melarikan diri ke luar negara pada era 1940-50 an.
Dual konteks yang wujud; iaitu semasa penjajahan British dan pasca revolusi Mesir 1952 membentuk dua sudut pandang berbeza di kalangan ahli Ikhwan dalam mendefinisikan diri mereka .
Ketika era penjajahan British, batas Islam dan Kufur begitu jelas lantas memudahkan penjenamaan identiti.
Namun, siri-siri kezaliman oleh jentera daulah di bawah pimpinan Jamal Abdul Naser ke atas aktivis Ikhwan mencetuskan tempias sifir takfir oleh sesetengah mereka.
Sekularis Mesir yang autokratik tidak lagi dipandang sebagai saudara seakidah.
Hal ini berteraskan hujah pemerintah Mesir menentang perjuangan Islam Ikhwan Muslimin dan menolak syariat Islam.
Malah sehingga sanggup menumpahkan darah sesama Muslim yang berhaluan berbeza.
Syed Qutb dalam Petunjuk Sepanjang Zaman (Ma’allim Fi At-Toriq) begitu lantang menjelaskan perbezaan nilai yang memisahkan Muslim dan Kafir.
Karya tersebut dipersalahkan segelintir pihak kerana didakwa menetaskan gerakan jihadis sehingga menghalalkan darah sesama sendiri atas perbezaan yang ada.
Pandangan sarwa ini berkemungkinan besar dipengaruhi oleh konteks keberadaan ahli Ikhwan di dalam penjara yang sarat dihimpit dengan seksaan saban hari.
Sungguhpun begitu, tokoh Ikhwan lain seperti Hassan Hudaibi pula berpendirian golongan sekularis sungguhpun zalim masih dianggap sebagai Muslim.
Pandangan ini memposisikan Ikhwan sebagai Islamis.
Maka lahirlah ungkapan, “Kami adalah Islamis, dan kita semua adalah orang-orang Islam” (Nahnu Islamiyyun, wa kulluna Muslimun).
Para Islamis termasuk Al-Banna melihat tiada kontradiksi untuk mencedok mana-mana aspek tinggalan penjajah yang baik dan berguna sebagai wasilah memperjuangkan Islam, umpamanya sistem demokrasi.
Namun masih ada Islamis pada ketika itu yang berpandangan apa sahaja daripada penjajah adalah keji dan jahiliah.
Apa pun, gerakan Pan-Islamisme yang menerima modenisme menjadi paling dominan selepas kemerdekaan negara-negara Islam.
Sebilangan besar gerakan Islam menyertai demokrasi dan memilih untuk menjadi parti politik,
Ini termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mengambil pendekatan ‘berdepan secara aman’ (muwajjahah silmiyyah) melalui sistem politik pilihan raya.
Negara Islam
Bagaimanapun, kerja-kerja sabotaj oleh diktator yang dituduh sebagai boneka Barat ke atas parti politik Islam menjadikan amalan demokrasi tempang dan berpihak di negara umat Islam.
Sehingga hari ini, amat sukar untuk melihat para Islamis bertanding dan memenangi pilihan raya secara adil dan telus.
Jikalau ada sekali pun, kestabilan politik, keadilan dan kebebasan mengikut lunas-lunas demokrasi seperti kebebasan bersuara adalah tidak terjamin.
Buktinya adalah seperti apa yang pernah berlaku kepada FIS di Algeria, Parti Refah di Turki dan terbaru kepada Mohamad Morsi dan Ikhwan Muslimin di Mesir.

PAS ‘bantu’ DAP mengorak langkah ke Kelantan

oleh Alyaa Alhadjri
Pengkritik boleh mengatakan apa sahaja tentang DAP, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa parti tersebut kini aktif menggandakan usaha pembangunan di kawasan-kawasan yang dahulu tidak diendahkan pihak yang berwajib.

Kali ini, di celah-celah ketegangan hubungan dengan kerajaan negeri Kelantan, DAP sedang mengorak langkah ke Pantai Timur dengan melancarkan inisiatif tabung Gabungan Impian Kelantan bagi membantu usaha membina semula rumah-rumah yang dimusnahkan akibat banjir tahun lepas.

Organ berita DAP The Rocket pada 11 Jun memetik naib pengerusi parti Teresa Kok sebagai berkata sejumlah RM3.2 juta diperlukan bagi memindahkan penduduk di Guchil di Kuala Krai, Kelantan.

Tapak baharu yang dikenalpasti terletak di kawasan agak tinggi berhampiran Kampung Sungai Mas, kira-kira 9km dari perkampungan asal.

“Kami berharap orang ramai akan membantu projek ini dan menjayakannya bagi membantu penduduk kampung di sana,” ujar beliau.

Fasa pertama projek dilapor memerlukan dana RM2 juta bagi membina 40 buah rumah, dengan kos RM50,000 setiap satu.

Sementara itu, RM1.2 juta lagi diperlukan bagi membina fasiliti termasuk dewan komuniti, taman permainan serta projek ternakan ikan akuaponik.

Selain rumah-rumah di Kuala Krai, dilaporkan bahawa Gabungan Impian Kelantan - satu pertubuhan DAP, beberapa pemimpin PKR dan PAS, serta pertubuhan NGO lain - telah membina sebanyak 45 rumah di Kampung Pasir Tumboh dan Gua Musang.

Kok telah membuat pengumuman itu ketika sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah ahli parlimen PAS Kuala Krai Hatta Ramli.

Dalam laporan berasingan, Malaysiakini melaporkan Hatta yakin bahawa usaha pemulihan yang dilakukan DAP di Kelantan tidak akan terjejas meskipun hubungan di antara kedua-dua parti hampir putus, seperti yang diumumkan pada muktamar PAS ke-61 minggu lepas.

“Saya fikir tidak ada masalah. Sekiranya Australia dan Britain mahu membantu, tidak ada salahnya.”

PAS kini lebih teruk daripada Umno, kata Kassim Ahmad

PAS kini lebih teruk daripada Umno dan malah berfikiran lebih sempit dan mundur, kata aktivis Dr Kassim Ahmad, susulan keputusan pemilihan parti itu minggu lalu.
Pada pemilihan yang diadakan ketika Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor itu, golongan ulama dan konservatif membolot semua jawatan tertinggi.
"Sekurang-kurangnya Umno ada semangat kebangsaan," kata pemikir berusia 82 tahun itu kepada The Malaysian Insider.

Kassim berkata, gabungan Pakatan Rakyat (PR) kini gagal dan semua parti di dalamnya, bukan sahaja PAS, “dua kali lima” juga. "Mereka semuanya fanatik. Jika mahu jadi pakatan yang dipilih rakyat, ia perlu lebih progresif daripada pesaingnya, Umno.
"Tetapi mereka gagal. Jadi bagaimana mereka hendak yakinkan rakyat?" soalnya.
Muktamar PAS itu dikatakan dicemari fitnah yang dilemparkan kepada puak progresif dalam parti yang dianggap lebih mesra dengan PKR dan DAP.
DAP menjadi sasaran kemarahan apabila Dewan Ulama PAS meluluskan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti itu.
Ia satu tindak balas kepada keputusan DAP pada Mac yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menentang hudud di bawah Enakmen Jenayah Syariah Kelantan.
Usul itu kemudiannya diterima tanpa bahas oleh muktamar utama, satu keputusan yang dibuat pemimpin kanan parti itu tetapi dikritik hebat perwakilan.
Kassim berkata, tiada beza antara kemenangan kem pro-ulama atau bukan, kerana baginya, parti Islam itu sudah berada di jalan yang sempit dan terkebelakang.
"Dasar PAS kini tidak seperti zaman Dr Burhanuddin Helmy yang bersikap terbuka dan progresif dalam kepimpinannya," katanya merujuk kepada presiden ketiga PAS yang memegang jawatan itu dari 1956 hingga 1969.
"Hari ini, dasar PAS tertutup dan tidak progresif. Ia bertentangan dengan Islam yang mengajar umatnya cara hidup yang progresif," katanya, menggesa umat Islam mengikuti ajaran al-Quran.
Kassim yang sebelum ini terpalit kontroversi kerana mempertikaikan hadis Nabi berkata,situasi itu terjadi kerana orang Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Shafie yang disifatkannya sempit dan kolot.
Salah satu contoh ajaran konservatif katanya, ialah wanita Islam wajib menutup kepala mereka.
Katanya, 95% wanita Islam di negara ini memakai tudung, mengikuti ajaran ulama yang mengatakan rambut itu aurat.
"Tetapi 35 tahun lalu, ibu saya dan wanita generasi itu tidak pernah memakai tudung. Mereka memakai selendang.

Ismee bakal duduki kerusi panas FGV?

Ismee Ismail
Tan Sri Ismee Ismail disebut-sebut bakal menduduki kerusi panas Felda Global Ventures Berhad (FGV) tidak lama lagi.
Beliau yang kini Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji dikatakan akan menggantikan Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah.
MalaysiaGazette difahamkan pelantikan Ismee akan dimaklumkan tidak lama lagi.
Pelantikan Ismee dikatakan kritikal untuk merangsang perniagaan FGV selepas saham syarikat perladangan terbesar negara itu terkeluar daripada senarai 30 saham utama di Bursa Malaysia.
Mulai 22 Jun ini, saham FGV akan ditempatkan dalam FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index.
FGV disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak Jun 2012.
Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan mencecah RM20 bilion apabila harga Tawaran Awam Permulaan sebanyak RM4.45 sen sesaham melonjak kepada RM5.60 sesaham.
Harga saham FGV sebelum digantung berikutan pengumuman korporat semalam adalah RM1.86 sesaham.

Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS minggu depan...Menteri Umno kata baik dan gembira..!!!

Ringgit dijangka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pengukuhan mata wang asing itu serta ketidaktentuan dalam pasaran tempatan.

"Sentimen pasaran untuk dolar AS itu masih kukuh berikutan data ekonomi negara itu yang positif serta rasa optimis mengenai kemungkinan pihak Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah. Ini akan terus memacu permintaan terhadap dolar AS berkenaan," katanya.

Bagi tempoh sepanjang minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras terendahnya dalam tempoh 9 tahun pada Isnin lepas berbanding dolar AS berikutan pengukuhannya yang turut mengekang minat terhadap mata wang lain, termasuk ringgit.

Pengukuhan dolar itu turut disebabkan data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan serta data jualan yang hanya mencetuskan lagi spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Bagi perbandingan mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.7580/7610 daripada 3.7170/7200 pada Jumaat lepas.

PAS yakin Umno tidak permainkan mereka dalam isu hudud

PAS berkeyakinan Putrajaya tidak akan mempermainkan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu kerana pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali juga Akta 355 akan terpakai kepada semua mahkamah syariah.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata walaupun Dewan Rakyat akan mengakhiri mesyuarat sesi ini pada minggu depan namun parti itu berharap usul berkenaan akan dibentang dan diluluskan untuk pelaksanaan kerajaan negeri Kelantan.

 “Kita masih menaruh harapan agar usul ini dimasukkan dalam minggu terakhir sidang Parlimen, masih ada 4 hari lagi.

Namun jika tidak naik juga kita akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan persekutuan kerana bagi kita, jalan terbaik untuk melaksanakan pindaan Akta 355 ini adalah rang undang-undang ini dibawa kerajaan persekutuan sendiri.

“Tidak timbul isu dipermainkan kerana bila ia diluluskan, ia bukan saja untuk Kelantan, undang-undang ini boleh diguna pakai untuk seluruh negara,” katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Takiyuddin berkata walaupun pertemuan bersama Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah diadakan, namun Putrajaya masih belum memberi kelulusan untuk ia dibahaskan di Parlimen.

Najib bakal turut jejak Mahathir dengan menyingkir TPM Muhyiddin?

oleh Tan Jooi Long
Laman media sosial kini kecoh dengan pertembungan politik di Putrajaya, dengan teori yang paling menarik perhatian ialah tentang tindakan Najib Razak yang bakal menyingkir timbalannya Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri itu kini sedang tertekan. Timbalannya pula didakwa menyokong bekas perdana menteri Mahathir Mohammad.

Teori tersebut berkata, timbalannya akan disingkir bagi menyelamatkan kedudukan Najib Razak. Adakah itu akan berlaku?

Pertembungan ini sudah tidak dapat dielakkan. Mahathir telah mengakui dakwaan Najib bahawa dialah di belakang krisis 1MDB ketika ini, dan telah mengumumkan tidak akan berundur sehingga Najib meletak jawatan.

Momentum dilihat berpihak kepada bekas perdana menteri itu. Sekiranya Najib mahu kekal selamat, beliau perlu lakukan sesuatu ke atas timbalannya.

Muhyiddin dilihat tidak patuh. Timbalan perdana menteri itu dilihat membelakangi tanggungjawab bersama kabinet apabila mengkritik situasi keberhutangan 1MDB. 

Dengan berpadu tenaga bersama Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Shafie Apdal (kiri) menyelar 1MDB, Muhyiddin kini menjadi ancaman buat Najib terutamanya di dalam menyekat cita-cita naib presiden Umno Zahid Hamidi bagi diangkat selaku timbalan perdana menteri.

Semua orang sedar Menteri Dalam Negeri itu merupakan ahli politik berpengaruh. Ditambah pula hakikat bahawa Zahid mendapat undian tertinggi bagi jawatan naib presiden parti, beliau dianggap tokoh hebat kerajaan dan gabungan parti pemerintah.

Zahid ialah tokoh Umno yang didambakan semua pihak.

Seorang ahli politik licik, Muhyiddin juga tahu hakikat tersebut. Beliau mengakui kuasa yang memanipulasi keadaan di belakangnya.

Pemimpin No 2 negara sedar pemimpin No 1 tidak gemar dan tidak percaya menteri dalam negeri itu.

Sejarah Mahathir dengan Zahid bermula pada zaman Zahid menjadi ketua pemuda Umno, yang dianggap protégé Anwar Ibrahim.
 

'Bising bila nampak lurah faraj, diam bila tengok drama peluk-peluk' - Dr Mariani

'Bising bila nampak lurah faraj, diam bila tengok drama peluk-peluk' - Dr Mariani
KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta bersikap adil terhadap gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi yang dikatakan memuat naik gambar menunjukkan lurah farajnya setelah memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Singapura baru-baru ini.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa yang berniat sengaja untuk tujuan sensasi.

"Selalunya ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram.

"Namun apa beza apabila melihat lelaki dan perempuan berpelukan? Adakah itu tidak disensasikan juga, kalau kita lihat drama atau filem, ini memang berlaku dalam apa yang kita tonton seharian.

"Contohnya suami isteri yang berlakon berpelukan sehingga ada babak di ranjang, mengapa itu tidak disensasikan juga? Aksi gimnas itu mungkin tidak disengajakan atau memang rakyat sengaja mencari isu sensasi, itu hakikatnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.