Jumaat, 12 Jun 2015

Saya pengsan kalau nampak USD1 bilion tunai - Tun M

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulang pendiriannya yang tidak mempercayai Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy susulan kenyataan sebelum ini.
 
Malah Tun Mahathir mendakwa Arul seorang pembohong.
 
"LDia (Arul) boleh jawab kepada pihak berkuasa tapi hakikatnya dia berbohong. Semua orang tahu dia bohong.
 
"Dia nampak tunai. Boleh awak bayangkan USD1 bilion tunai di sana? (Jika nampak) Saya akan pengsan. Tapi dia nampak dan dia jamin dia nampak wang itu.
 
"Dan sekarang kita dapat tahu dia tidak nampak apa-apa pun. Dia melihat banyak benda yang tidak wujud. Jadi, saya cuma tidak percaya dia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 
Beliau turut menggesa agar orang penting dalam 1MDB yang baru dilantik awal tahun itu meletakkan jawatan atas kegagalannya menjalankan amanah.

Tun M kritik Najib selagi jadi perdana menteri


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui bakal terus menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selagi pemimpin nombor satu itu memegang tampuk pemerintahan.
 Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sampai bila beliau bakal terus menekan dan mengkritik Najib.
"Selagi dia (Najib) jadi perdana menteri," katanya ringkas.
Malah beliau turut mengulang lagi jaminannya bahawa BN bakal kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang dan negara bakal berdepan risiko tidak mempunyai pemerintah.
"Saya jamin bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya akan datang. Pembangkang sedang berpecah. Keadaan mereka itu tidak sesuai untuk memerintah negara dengan baik.
"Ini akan wujudkan suasana hampir anarki dan semua orang, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan...semuanya akan menderita kerana negara akan menjadi anarki," katanya.
Mengulas soal laporan yang mendakwa bakal berlaku rombakan Kabinet selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Dr Mahathir menegaskan menteri pertama yang harus meninggalkan Kabinet adalah Najib.
"Ya ia patut dirombak dengan orang pertama meninggalkan kabinet adalah perdana menteri. Kemudian kabinet itu dirombaklah," katanya.

Najib orang pertama perlu letak jawatan, selamatkan negara- Tun M

Tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara daripada diperintah oleh anarki.
najib-mahathir
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak individu pertama yang perlu meletak jawatan sekiranya rombakan Kabinet dilakukan.
Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri.
Katanya, Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya akan datang jika Najib terus berkuasa.
“Perlu rombakan Kabinet dengan orang pertama yang perlu dikeluarkan adalah Najib.
“Saya rasa dia perlu meletak jawatan kerana selagi dia jadi Perdana Menteri BN akan kalah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa ‘Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity’ anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) pada Jumaat.
Dr Mahathir juga menegaskan, beliau tidak akan berhenti mengkritik serta akan terus memberi tekanan sehingga Najib berundur daripada terus mentadbir negara.
Katanya, tindakan itu dibuat bagi menyelamatkan UMNO dan BN daripada tersungkur ke tangan pembangkang.
“BN akan kalah dan pembangkang tidak boleh mentadbir kerana mereka pun berbalah sesama sendiri. Akhirnya negara akan jadi anarki dan semua rakyat Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan akan sengsara,” katanya.

Dr M: Najib and Arul must go

Dr Mahathir Mohamad says the two have told too many lies in regard to 1MDB.
najib, arul, mahathir
KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has said that Prime Minister Najib Razak must resign and so too 1MDB chief Arul Kanda Kandasamy.
When answering questions from reporters at the Perdana Foundation today about a possible Cabinet reshuffle after Hari Raya, Mahathir said that if indeed one was to take place, Najib should be the “first person to go”.
“A (Cabinet) reshuffle is okay but Najib must be the first to go.”
He also said that he would continue pushing for Najib’s resignation in light of the billions allegedly lost by 1Malaysia Development Berhad which he said Najib had still not satisfactorily answered.
Another person Mahathir said had to resign was Arul Kanda because he had lied on one too many occasions.
“I just don’t believe him,” Mahahir said, implying that it was ridiculous that 1MDB’s president and chief executive director could have seen billions with his own eyes.
“He said he saw it with his own eyes? He saw billions with his own eyes? I would faint (if I saw that much money),” Mahathir remarked, oozing with sarcasm about the USD1 billion supposedly transferred from the Cayman Islands to BSI Bank.

Najib: Mahathir’s behaviour selfish and unbecoming

1MDB merely a tool as Mahathir again turns against the leadership of Umno, PM says.
mahathir, najib
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Razak today hit out at Dr Mahathir Mohamad, saying that Mahathir’s crusade to seek his resignation was motivated purely by Najib’s refusal to bow to Mahathir’s personal demands and not by national interests.
Posting on his blog today, Najib said, “He wants me to resign, as he previously wanted Abdullah Ahmad Badawi to resign, because I refused to implement his personal demands.”
“It is a shame that Tun has, yet again, turned against the leadership of his own party,” Najib lamented, calling such behaviour “unbecoming.”
“This unbecoming behaviour will be an unfortunate postscript to his legacy,” Najib asserted.
Ironically, Najib was the one who benefited from his predecessor’s resignation in 2009, assuming the post of prime minister as Mahathir’s anointed successor.
Najib said that as prime minister it was his duty to lead the country in his own way and taking into account its best interests.
“I do not believe the people want a former Prime Minister to rule by proxy,” he added.
Najib went on to say that Mahathir was merely using the saga surrounding 1Malaysia Development Board (1MDB) as a means to achieve his aim of toppling him.
“Tun’s attacks in reality are not motivated by 1MDB – he is just using the company as an excuse to try and topple a serving Prime Minister,” Najib claimed. “If 1MDB had never existed, he would find another reason.”
He went on to accuse Mahathir of creating the 1MDB ‘crisis’.

Tun M akui media memburukkan legasinya sebagai serangan balas

Beliau tidak melenting sebaliknya mencabar pihak yang terlibat supaya memburukkan projek-projek mega lain.
mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mula menyerang balas dengan memburukkan projek-projek besar yang diwujudkan oleh beliau.
Tidak melenting dengan taktik itu, Dr Mahathir sebaliknya menyampaikan mesej sinis kepada pihak terbabit.
Katanya, selain Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) banyak lagi projek- projek buruk yang dibuat ketika berkuasa yang boleh dijadikan sasaran serangan.
Antaranya, kata Dr Mahathir, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Menara Berkembar KLCC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Sesetengah orang anggap ia cubaan jatuhkan (burukkan Proton). Ada banyak benda buruk yang saya buat.
“Contohnya,PLUS Mungkin kita patut letupkannya. Malah Menara Berkembar, KLIA semua benda ini adalah perkara buruk yang saya buat,” katanya kepada pemberita pada sidang media Persidangan Antarabangsa ‘Plight of the Rohingya Part II : Crime Agains Humanity’ pada Jumaat.
Beliau diminta mengulas dakwaan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang berkata beliau telah mendapat maklumat bahawa media prokerajaan terutama TV3 cuba memburuk-burukkan produk kereta nasional itu.
Zainuddin membuat dakwaan itu selepas beberapa blog yang tidak puas hati dengan TV3 menerusi siaran beritanya, Buletin Utama, yang menyerang Dr Mahathir dengan mmemburukkan legasi yang ditinggalkan Bapa Permodenan Malaysia itu.

Jika Perbalahan Mahathir - Najib Berterusan Hingga PRU 14, Apa Pilihan Yang Wajar?

Sudah tak terhitung berapa kali  banyaknya Tun Mahathir Mohamad sudah mendesak agar Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatannya sejak berlaku kemelut antara kedua mereka.

Setiap kali beliau bersuara, mengkritik dan menyerang Najib, saranan perletakan jawatan itu jarang benar tercicir daripada butir bicaranya. 

Daripada semua isu dan masalah berkaitan Najib yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu, beliau yakin ia akan menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang kerana dakwanya, semua kaum tidak lagi memberi sokongan kepada kerajaan yang dipimpinnya.

Hanya dengan Najib meletakkan jawatan saja, kekalahan BN dapat dielakkan, gesa Tun Mahathir berulang kali.

Beliau juga mengingatkan Najib sekiranya BN kalah, semua kesalahannya akan dicungkil oleh kerajaan baru dan akhirnya terpaksa berhadapan dengan proses mahkamah yang panjang, kalau pun tidak menghuni penjara akhirnya.

Di suatu ketika, Tun Mahathir turut berkata, masalah berkaitan 1MDB yang menjadi perbualan dan kebimbangan rakyat hanya akan selesai jika Najib bersedia meletakkan jawatan.

Ketika berucap di program Bicara Negarawan di Taman Melewati tidak lama dulu, bekas Perdana Menteri itu juga berkata, "kita tak minta banyak daripada Najib, cuma letaklah jawatan kalau benar sayang UMNO dan BN."

Hari ini ketika isu rombakan kabinet terus menjadi bualan dan teka-teki rakyat, Tun Mahathir sekali lagi memuntahkan peluru serangannya. Secara sinis beliau berkata, jika benar berlaku rombakan kabinet, orang pertama yang harus meletakkan jawatan ialah Najib sendiri.

Perlu ada rombakan kabinet dan orang pertama yang perlu angkat kaki ialah Perdana Menteri, sindir Tun Mahathir.

Tetapi, meskipun diasak berkali-kali agar meletakkan jawatannya, pahlawan Bugis ini jelas tidak mahu mengalah. Jika dulu Najib hanya berdiam diri dengan desakan itu, kemudiannya beliau menjawab tiada sebab harus berundur kerana yang mendesaknya hanyalah seorang individu saja sedangkan yang memilihnya sebagai Perdana Menteri ialah UMNO dan juga rakyat.

Negara sengsara jika BN kalah, pakatan akan tadbir secara anarki dakwa Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa negara akan huru-hara sekiranya kekalutan ekoran isu 1MDB tidak diselesaikan hingga menyebabkan BN hilang kepercayaan rakyat sewaktu pilihan raya.

Malah, Dr Mahathir bimbang masa depan negara akan menjurus kepada pentadbiran anarki sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya akan datang dan mereka diberi mandat memerintah.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai faktor penentu dalam pilihan raya itu nanti.

"Selagi dia (Najib) jadi perdana menteri, saya yakin BN (Barisan Nasional) akan kalah pada pilihan raya akan datang.

"Pembangkang berpecah. Mereka tidak berada di posisi yang boleh membentuk kerajaan dan mentadbir negara ini dengan baik.

"Seolah-olah akan jadi (pentadbiran) anarki di mana semua orang akan sengsara (termasuk) Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.

"Mereka semua akan sengsara sebab negara ini akan menjadi (pentadbiran) anarki," ujar Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Dr Mahathir mendesak Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletakkan jawatan setelah gagal menjawab isu berbangkit dalam krisis kewangan 1MDB.

Sambil menyifatkan ia sesuatu yang tidak realistik, Mahathir mendakwa semua pihak tahu bahawa Arul Kanda Kandasamy berbohong selain mempersoal bagaimana Arul boleh melihat wang berjumlah USD1 bilion itu secara tunai.

Dr M lwn Najib: Durian sama durian berlaga, timun jadi mangsa

oleh Hazlan Zakaria

"Durian sama durian berlaga, timun jadi mangsa," itu bunyinya satu peribahasa Melayu. Ini adalah satu kemungkinan hasil persengketaan yang sedang berlaku antara Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak.

Sewaktu kedua-dua mereka terus mengkritik dan menghentaman antara satu sama lain di media, mungkin rakyat yang akan perlu membayar harganya, sekarang atau nanti. Ini kerana motivasi Najib dan Dr M dalam pertembungan ini mungkin bukannya kesejahteraan rakyat.

 Dan cara-cara dan langkah yang kedua-dua mereka gunakan untuk berentap mungkin boleh membawa kepada malapetaka bagi kita rakyat biasa. Benar sekali seperti yang ditulis pengarang, Kee Thuan Chye baru-baru ini dalam kolumnya, kita tidak harus "mendewakan" Dr M, kerana bekas perdana menteri itu sendiri telah memimpin bencana-bencana yang serupa sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahannya.

Dan seperti yang dikatakan beberapa pemerhati politik, tujuan beliau berkempen bagi menyingkirkan Najib mungkin tidak begitu ikhlas, dan mungkin lebih disebabkan oleh legasi beliau sendiri dalam sejarah dan politik, apa pun sebab yang dinyatakannya.

Namun saya rasa semangat rakyat, yang sudah jelak dengan pelbagai skandal Najib, dalam menyokong Dr M adalah sedikit berjaga-jaga kerana mereka juga mengetahui banyak cerita mengenai bekas PM itu, dengan nama-nama seperti BMF dan MISC kembali timbul.

Ini sehinggakan satu artikel satira baru-baru ini yang menyindir semangat Dr M dalam menyelamatkan masa depan Malaysia daripada dakwaan sikap bermewah-mewah Najib, dengan cara membeli dan mengisytiharkan sebuah pulau sebagai negeri bebasnya sendiri telah mendapat tumpuan di media sosial.

Nik Abduh ‘low standard’ cabar DAP putus hubungan, kata ketua Pemuda DAP

Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong hari ini membidas Nik Mohd Abduh Nik Aziz sebagai seorang yang "low standard" susulan cabarannya kepada DAP supaya menamatkan hubungan mereka dengan parti Islam tersebut.

Beliau berkata ketua Pemuda PAS itu tidak wajar mengeluarkan cabaran sedemikian kerana bukan DAP yang memutuskan untuk tidak mahu menjalin kerjasama dengan PAS, sebaliknya mereka sendiri yang membuat keputusan itu.

 "Bagi saya itu satu kenyataan yang 'low standard'. PAS dalam muktamar yang membuat keputusan menamatkan hubungan, sekarang mahu buat pusingan U.

 "Mereka perlu tanya diri, sendiri siapa yang tidak jantan," kata Teo, yang juga ahli Parlimen Rasah, kepada The Malaysian Insider.

Menerusi media sosial, ahli Parlimen Pasir Mas itu mencabar DAP mengisytiharkan kerjasama antara mereka putus secara rasmi, sama seperti apa yang dilakukan PAS.

"Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik dok tekan PAS supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap PAS.

"'Come on' lah DAP, jadilah jantan juga. Pilih, 'be gentleman, cool' macam PAS atau berterus terang je.. tolak PAS," tulis Nik Abduh di status laman Facebooknya semalam.

Lebuhraya Utara Selatan, KLICC, KLIA, "Letupkanlah Semuanya" - Tun M


KUALA LUMPUR - Berikutan dakwaan ada cubaan dari pihak tertentu cuba menjatuhkan Proton, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad hari ini menjawab isu tersebut dengan nada yang sinis apabila ditanya wartawan.

"(Cubaan jatuhkan Proton) sesetengah orang anggap ia cubaan jatuhkan. Ada banyak benda buruk yang saya buat.

"Contohnya, Lebuhraya Utara Selatan. Mungkin kita patut letupkannya. Malah Menara Berkembar, KLIA semua benda ini adalah perkara buruk yang saya buat," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mendedahkan beliau mendapat maklumat bahawa TV3 cuba memburuk-burukkan Proton.

Sebelum ini, sebuah stesen TV swasta mengeluarkan satu laporan tentang keluhan pemandu-pemandu teksi terhadap kereta Proton. Namun stesen TV tersebut menafikan laporan itu dipengaruhi oleh suasana politik dalam negara ketika ini.

Tun M: Arul Kanda should just resign!

Tun M on English usage in school and rumours of cabinet reshuffle

Tun M: I did not yearn for debate; merely there to ask questions

ANWAR IBRAHIM 'KERAJAAN KATA, BUKAN SAYA KATA!'

PM: Rakyat akan buktikan Dr M silap dalam PRU 14

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad didorong oleh kepentingan diri sendiri dan bukannya kepentingan negara.

Beliau juga yakin rakyat akan membuktikan bahawa bekas perdana menteri itu silap dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, jika BN kekal bersatu, beliau percaya rakyat akan membuktikan Mahathir silap dalam pilihan raya akan datang apabila memahami bahawa dakwaannya adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan kepentingan Malaysia.

Menulis dalam blognya, Najib juga berkata adalah malang apabila Mahathir telah sekali lagi, menentang kepimpinan partinya sendiri.

Katanya, serangan terbuka itu hanya akan menjejaskan Umno, kerajaan dan akhirnya Malaysia.


Menurut Najib, ramai orang yang bertanya apa yang mendorong Mahathir untuk membuat serangan terhadap seorang perdana menteri.
 

'Tun M tetap mahu saya letak jawatan walaupun tiada isu dengan 1MDB' - Najib

KUALA LUMPUR: Isu penolakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tunduk di bawah tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad mengisi catatan terbaharu dalam blog rasmi Perdana Menteri hari ini.

Menurut Najib, tujuan Dr Mahathir melancarkan serangan kepadanya adalah kerana bekas perdana menteri itu mahu beliau meletakkan jawatan.

“Beliau mahu saya berbuat demikian, sama seperti beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebelum ini.

“Dr Mahathir mahu saya meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan permintaan peribadi beliau,” kata Najib.

Jelas Najib, beliau enggan berbuat demikian atas sebab tugasnya sebagai Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi untuk menerajui kepimpinan negara dan lakukan perkara terbaik kepada seluruh rakyat, dan bukannya untuk seorang individu.

Najib berkata, Dr Mahathir telah mencetus krisis apabila beliau tanpa usul periksa mendakwa sejumlah RM42 bilion telah hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain aset-aset kewangan berjumlah RM16 bilion yang dikatakan tidak bernilai.

“Kenyataan beliau itu adalah salah dan telah mengakibatkan suasana panik yang tidak perlu,” jelasnya.

Tambah Najib, keadaan tidak akan jadi sepertimana sekarang jika Tun berpaksi kepada fakta dan memperjelaskan bahawa RM42 bilion itu adalah hutang.

“Ini kerana sesebuah syarikat secara asas perlu memiliki aset yang lebih tinggi nilainya berbanding hutang.

"Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion itu didukung oleh aset bernilai RM51 bilion di akhir kewangan 2014. Tapi Dr Mahathir memilih untuk meminggirkan fakta itu,” kata Najib.

Najib berkata, adalah salah bagi Dr Mahathir untuk mendakwa secara membuta tuli bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion seperti yang dinyatakan kemudian, sebagai hilang.

“Selepas 1MDB menunjukkan ke mana nilai RM42 bilion itu digunakan, Tun kemudian berkata ‘beberapa bilion telah hilang’. Semua perubahan angka dan hujah itu menimbulkan tanda-tanya tentang dakwaannya.

Letupkan saja lebuh raya Plus, sindir Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata Putrajaya patut “meletupkan” Lebih Raya Utara-Selatan (Plus), sebuah projek penting ketika era pentadbirannya.

Beliau mengulas dakwaan terdapat cubaan merosakkan legasinya melalui kempen buruk terhadap pengeluar kereta nasional Proton, sebuah cetusan ilham beliau.

“Ramai kata saya buat banyak benda buruk, seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, sepatutnya kita letupkan saja,” katanya disambut gelak ketawa pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, menara berkembar Petronas, semua ini tidak baik kamu tahu,” sindirnya lagi.

'Hamba yang setia'

Sebelum itu bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membangkitkan sama ada  stesen televisyen cuba memburuk-burukkan Proton semata-mata ia legasi Mahathir.

Zainuddin mendakwa dimaklumkan kawan-kawannya bahawa “kami hanya hamba setia yang menurut perintah, kami terima arahan dari penasihat-penasihat di JPM”.

TV3: Laporan Proton bukan nak tikam Mahathir

TV3 menjelaskan laporan berkaitan kereta nasional Proton tiada kena mengena dengan keadaan politik dalam negara sekarang ini.

Editor Urusan Kumpulan (berita, isu semasa dan jaringan TV) Media Prima Bhd, Datuk Mohd Ashraf Abdullah diminta mengulas dakwaan bahawa TV3 diarah memburukkan Proton kerana ia legasi Mahathir.

“Tiada kena mengena dengan keadaan politik dalam negara sekarang ini, dan bukan juga cubaan secara langsung atau tidak langsung untuk menyerang mana-mana individu,” kata Ashraf dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.

“Hanya pihak yang baca banyak sangat laporan ini yang buat kesimpulan sebegini,” katanya.

Ashraf berkata stesen itu memang dikenali sering mengetengahkan masalah rakyat, termasuk aduan daripada pemandu teksi.

“Mereka juga berhak didengar,” katanya.

Arahan Jabatan PM?

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mendakwa mendapat maklumat bahawa TV3 cuba memburuk-burukkan Proton, antara legasi Mahathir pentadbiran Mahathir.

Semoga golongan 'bodoh' dapat sedar akan kebodohan mereka..

Biar bodoh sekalipun tetapi janganlah merompak kekayaan negara & mentak kedarah duit rakyat..

Sudah tiba masa PAS ganti tahaluf siyasi dengan tahaluf silaturrahim bersama Umno.....

Sudah tiba masanya tahaluf siyasi atau kerjasama politik PAS dalam pakatan pembangkang digantikan dengan tahaluf silaturrahim atau kerjasama silaturrahim bersama Umno ekoran kedua-dua parti itu diterajui umat Islam, demikian menurut seorang penganalisis politik Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berpendapat konsep silaturrahim wajib dijadikan keutamaan berbanding keharusan mengadakan kerjasama politik dengan umat bukan Islam.

"Konsep tahaluf silaturrahim wajar diterima PAS kerana ia amalan yang diajar dalam Islam sendiri. Sekiranya PAS benar-benar pejuang Islam dan dibarisi kepimpinan ulama, mereka perlu menimbangkan perkara ini dengan membatalkan kerjasama politik dalam pembangkang dan mengetengahkan konsep silaturahim sesama ummah.

"PAS terlebih dahulu perlu memperkukuhkan persaudaraan sesama ummah sebelum mencari alternatif lain sebagai jalan mendapat kekuasaan. Kerjasama antara PAS dan Umno akan lebih memudahkan mereka untuk berada di Putrajaya berbanding bersama pakatan," katanya kepada Bernama.

Minggu lepas, Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Keputusan itu dibuat ekoran kenyataan beberapa pemimpin DAP yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud. Mengulas lanjut Md Shukri berkata PAS seharusnya tidak mementingkan politik parti semata-mata namun perlu memikirkan untuk bekerjasama dengan Umno bagi tujuan kepentingan Islam dan seluruh rakyat.

Beliau berkata tahaluf silaturrahim ini wajar dijadikan pedoman dalam berpolitik selain PAS yang dianggotai ulama seharusnya bersikap lebih terbuka dan mementingkan kesatuan ummah berbanding terus bermusuhan dengan Umno.

"Ketika ini hanya faktor kongsi kuasa kerajaan Selangor sahaja yang menjadi 'pengikat' bagi PAS dalam pakatan. "Resolusi PAS memutuskan tiada lagi kerjasama antara PAS dengan DAP tetapi masih kekal dengan pakatan.

 Namun, apakah dalam konteks Selangor PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP sedangkan mereka berkongsi kuasa pentadbiran kerajaan di dalam majlis mesyuarat exco? ," soalnya.

Memang sudah dijangka, lambat laun Pakatan pasti akan berkubur

Gurmit Kaur: Jangkaan saya tepat yang gabungan parti-parti yang janggal ini tidak akan kekal lama. Malah kejayaan mereka untuk kekal bersama hampir sepuluh tahun adalah satu kejutan.
Wujud unsur syak wasangka dan tidak setuju di kalangan DAP, PAS dan PKR.

Selepas kematian Karpal Singh April tahun lalu, dan diikuti dengan Nik Aziz pada Februari tahun ini, saya sudah merasakan Pakatan akan berpecah tidak lama kemudian.
Ternyata saya tidak silap. Ini adalah permulaan kepada pengakhiran Pakatan.
Masa untuk permulaan yang baru, kawan-kawan sekalian.

Tebing Tinggi: Kewujudan mereka hanya membawa ribut, tidak lebih daripada itu!

Lau Leong: Masa depan politik negara yang cerah dihancurkan oleh seorang individu, presiden PAS Hadi Awang.

Maureen Tan: Politik berubah. Apa-apa pun, parti-parti dalam pakatan miliki ideologi berbeza tetapi dengan misi yang sama – menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.
Ahli parti pembangkang sepatutnya tidak membuat kenyataan kontroversi terhadap satu sama lain, dan selesaikan pertikaian secara dalaman.
Semoga mereka cukup matang dan profesional untuk tidak membuat serangan beremosi terhadap satu sama lain.

SK Lee: Saya rasa lebih baik hanya PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Pakatan juga boleh dikuatkan dengan kemasukan golongan profesional PAS.
Kemudian mereka perlu memulakan kegiatan peringkat akar umbi yang lebih meluas, terutama di kalangan orang Melayu.

Pertamanya, pakatan yang baru patut menumpukan perhatian mereka di Selangor dan Pulau Pinang, dan perlahan-lahan meluaskan sayap ke seluruh Malaysia.
Jika diberi masa  - mungkin dua pilihanraya umum lagi – saya pasti pakatan pembangkang akhirnya akan berjaya mentadbir negara.

Justin Labuan: Memang sedih, Pakatan Rakyat kembali ke petak pertama.

Michel Wright: Bukan Pakatan sahaja, hakikatnya kebanyakan parti politik sekarang dalam keadaan menyedihkan.

Kalau rombak Kabinet, Najib kena angkat kaki dulu, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjadi orang pertama meletak jawatan dalam Kabinet jika berlaku rombakan seperti yang digembar-gemburkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan sinis tersebut dibuat bekas perdana menteri itu mengulas laporan akhbar dikawal kerajaan, New Straits Times hari ini, mengatakan rombakan Kabinet akan berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Perlu ada rombakan Kabinet, dan orang pertama perlu angkat kaki adalah perdana menteri," katanya di Kuala Lumpur hari ini. -

A Samad Said sahkan sertai DAP esok

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengesahkan spekluasi dirinya akan menyertai DAP secara rasmi esok. "Itu betul," kata A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad ringkas ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan menjelaskan pendiriannya dalam sidang media bersama pemimpin tertinggi DAP di Kelantan, esok.

"Oleh kerana kita akan mengadakan sidang media, jadi di sana akan dijawab...barangkali tengahari atau petang," katanya. -

1MDB: Tun M dakwa Arul menipu, gesa letak jawatan

1MDB: Tun M dakwa Arul menipu, gesa letak jawatan
KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendesak Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletakkan jawatan setelah gagal menjawab isu berbangkit dalam krisis kewangan 1MDB.

Sambil menyifatkan ia sesuatu yang tidak realistik, Mahathir mendakwa semua pihak tahu bahawa Arul Kanda Kandasamy berbohong selain mempersoal bagaimana Arul boleh melihat wang berjumlah USD1 bilion itu secara tunai.

Pendidikan jadikan kita '5Malaysia', titah Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim bertitah tanpa sistem pendidikan satu aliran, Malaysia bukan lagi menjadi 1Malaysia, tetapi “5Malaysia”.

“Orang Melayu pergi ke sekolah kebangsaan, di mana orang Cina rasa terasing, sementara orang India pula ke sekolah Tamil.

“Di mana perpaduan?” soal baginda dalam wawancara di The Star hari ini.

“Semua ini membuatkan orang ramai terpisah-pisah,” tambah Sultan Ibrahim.

Sultan Johor pada 7 Mei lalu menggesa orang ramai mencontohi Singapura yang membentuk perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan satu aliran menggunakan pengantar bahasa Inggeris.

Baginda mengakui walaupun Johor dan Singapura berkongsi banyak persamaan, tetapi kemajuan yang dicapai oleh Singapura jauh lebih pantas.

Beliau juga memuji perpaduan rakyat Singapura yang dibentuk daripada sistem pendidikan satu aliran yang menurutnya terbukti berkesan menyatukan masyarakat berbilang bangsa.
 

2,600 rumah mangsa banjir BILA NAK SIAP !!! Minggu depan dah nak posa..


DAH GILA KA APA !!!.. MANA PERGINYA gula2 janji MUNAFIKUN-BN 
duit2 peruntukan tersebut pergi:

Mula2 kata, Najib umum RM500 juta,
Lps tu Menteri DAM kata RM800 juta,
TPM pula kata RM200 juta..

Dah pergi jahanam ka.. atau kene songlap ka ??.. 
atau KANTONG2 KERAJAAN SUDAH KERING !!!

Kalau kantong2 KERAjaan sudah kering, 
DUIT2 GST LAH TOLONG PENUHKAN BALIK !!!

Tak guna untuk dibincang benda yang baik, terus laksanakan NAIK TOL + GST aja senang ...



Adik Najib persoal 1MDB belum mulakan audit

Nazir Tun Razak mengkritik 1MDB menggunakan akaun Instagram yang dimuat naik jam 10 malam Khamis.
nazir razak 1MDB
PETALING JAYA: Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Tun Razak terus mengkritik 1MDB menggunakan laman sosial Instagram.
Pengerusi CIMB Holdings Bhd mempersoalkan pentadbiran syarikat pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) kerana masih belum memulakan audit bagi Mac 2015.
“Saya hairan mengapa audit bagi bulan Mac 2015 masih belum dimulakan? Bagaimanakah hal ini dibenarkan? Adakah pentadbiran GLC jatuh begitu rendah?” tulisnya yang turut memuat naik gambar audit 1MDB.
Beliau memuat naik status itu kira-kira jam 10 malam pada Khamis dan mendapat perhatian pengguna lain yang memberi pelbagai komen dan reaksi.
Nazir, diketahui antara yang lantang mengkritik 1MDB walaupun abangnya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan tulang belakang kepada penubuhan syarikat itu.
Beliau sebelum ini pernah mengkritik Presiden 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Sharul Ibrahim Halmi kerana tidak hadir sesi pendengaran oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Akaun-akaun 1MDB dilaporkan belum diaudit walaupun syarikat itu dilanda pelbagai kontroversi terutama pinjaman RM42 bilion yang menjadi senjata serangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib.

Pendirian pemimpin UMNO macam kepala kura-kura - Dr M

Sebahagian mereka dikatakan bersifat bermuka-muka walaupun mengkritik keras isu 1MDB dan kepimpinan Najib
mahathir,kura2
PETALING JAYA: Pemimpin UMNO atau bekas menteri tidak berani menyuarakan secara terbuka sokongan mereka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebahagian mereka dikatakan bersifat bermuka-muka walaupun mengkritik keras isu 1MDB dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
“Ramai yang masih bertindak seperti kepala kura-kura, sekejap muncul, sekejap tenggelam.
“Dua pemimpin kanan UMNO, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pun kelihatan masih dalam zon berhati-hati walaupun mereka diketahui agak kritikan terhadap Najib dalam isu 1MDB,” dakwa bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Katanya, senario yang berlaku menyebabkan Dr Mahathir sendirian terutama selepas beliau menarik sokongannya terhadap Perdana Menteri pada Ogos 2014 lalu.
Sejak tarikh itu, bekas Perdana Menteri Keempat itu telah melancarkan banyak serangan terhadap kerajaan.
Menurut Shahbudin, kelemahan sebagai pemimpin, tunduk kepada negara asing, skandal 1MDB, Altantuya, karenah Rosmah dan lain-lain adalah antara peluru yang digunakannya untuk menembak Najib.
“Bagaimanapun, baik ketika memulakan serangan sehinggalah kini sudah memasuki fasa di mana Najib nampaknya semakin agresif, bukan saja menjawab, membalas kritikan malah juga mengulangi pendirian tidak sesekali akan berundur, Tun Mahathir hanyalah bersendirian melakukan tugas ini,” jelasnya.

Chua Soi Lek sokong Pas-UMNO bergabung

Gabungan itu tidak akan menimbulkan masalah kepada parti komponen Barisan Nasional dan pengundi bukan Melayu.
chua-soi-lek-pas-umno
PETALING JAYA: Bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek menyokong Pas bergabung dengan UMNO atas dasar Islam dan demi penyatuan orang Melayu.
Beliau berkata, penggabungan itu sesuai dilakukan sekarang kerana keadaan politik semasa yang bercelaru.
Katanya, cadangan itu telah dibangkitkan oleh beliau sebelum Pilihan Raya Umum (PRU13) tetapi tidak pernah mendapat perhatian daripada mana-mana pihak.
“Ada yang gelak kepada saya kerana menimbulkan isu ini dan ada yang memandang remeh cadangan saya dalam soal penyatuan orang Melayu.
“Tetapi dengan keadaan politik yang semakin bercelaru, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk memikirkan semula cadangan itu demi kebaikan bersama,” katanya, lapor Sinar Harian.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, gabungan Pas-UMNO tidak mustahil dilakukan kerana tidak banyak parti orang Melayu yang dominan di negara ini.
Soi Lek berkata, parti kaum Cina sukar bergabung kerana terlalu banyak dan tidak mempunyai hala tuju atau matlamat yang sama.
“Sana-sini boleh jumpa parti berteraskan Cina. Banyak sangat dan sukar bergabung,” katanya.
Beliau berkata, gabungan Pas-UMNO tidak akan menimbulkan masalah kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) atau pengundi bukan Melayu.
Katanya, BN telah lama wujud dan mampu menyelesaikan masalah antara parti komponen berbanding Pakatan Rakyat yang bercelaru disebabkan krisis DAP-Pas.

Usul Ulama: Majlis Syura berhak buat keputusan kata Mohd Amar

KOTA BHARU - Majlis Syura Ulama berhak memutuskan usul yang dicadangkan oleh Dewan Ulama Pas walaupun ia dibangkitkan pada Muktamar Pas minggu lalu.
Mohd Amar Nik Abdullah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak timbul isu Muktamar yang sepatutnya meluluskan usul tersebut memandangkan usul itu dicadangkan dibawa kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat (AJK) dan Majlis Syura.

“Jika ia diusulkan kepada Muktamar ia akan diluluskan pada persidangan itu.

“...tetapi tidak, usul ini dicadangkan kepada AJK dan Majlis Syura. Saya rasa agak malang bagi segelintir pemimpin Pas sendiri yang tidak faham perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pimpinan Pas mempersoalkan kewajaran usul itu dibawa ke Majlis Syura sedangkan ia harus diselesaikan di Muktamar yang berkuasa memutuskan soal hubungan dalam PR.

Saham FGV digantung, PM diam membisu?

KUALA LUMPUR: "Tepat sebagaimana ramalan. Setelah dikeluarkan daripada senarai 30 syarikat utama di Indeks Komposit KL, kini di gantung di Bursa Malaysia," ulas Mazlan Aliman di laman Facebooknya pagi ini berhubung kedudukan saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu sering kali melahirkan kebimbangan terhadap saham FGV yang mengalami penurunan sejak ia mula di dagangkan pada 28 Jun 2012 dengan harga RM4.55 sesaham.

"Kini saham tinggal RM1.86. YAB Perdana Menteri diam membisu. Dulu melaungkan slogan 'durian runtuh', tersandar dalam kejutan, penyenaraian ke dua terbesar selepas facebook dan berbagai lagi ucapan yang indah dan muluk. Mereka yang menentang di gelar 'haram jadah'," tulis beliau.

Semalam FGV memohon dagangan sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia digantung mulai 9 pagi ini, sehingga satu pengumuman penting dibuat.

Bursa Malaysia dalam pengumumannya hari ini berkata, sehubungan itu dagangan dalam waran berstruktur berkaitan FGV juga akan digantung pada masa sama.

Saham FGV ditutup pada RM1.86, turun 6 sen dengan 3.37 juta saham bertukar tangan hari semalam.

Mazlan mempersoalkan apa tindakan kerajaan sekarang dengan kejatuhan saham FGV sehingga memaksa saham milik Felda itu digantung.

"Adakah kita bersedia berhimpun besar-besaran di Menara Felda atau di Putrajaya?" Soal Mazlan lagi.

1MDB: Najib wajar bersikap berani kerana benar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak wajar bersikap berani kerana benar untuk berhadapan dengan negarawan, Tun Mahathir Mohamed ataupun wakil Pakatan Rakyat berlandaskan hujah dan fakta demi memperjelaskan kepada rakyat tentang letak-duduknya situasi kewangan dan masa depan negara ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam keadaan rakyat menanti penuh harapan perdebatan mahupun pertemuan antara Najib dengan Tun Mahathir, maka amatlah memalukan apabila Perdana Menteri yang berdarah pahlawan berani memberi alasan tidak dapat hadir ke program di bangunan Umno sendiri, PWTC itu atas alasan keselamatan.

"Sekiranya PM Najib sendiri tidak berasa selamat di bangunan pejabat beliau sendiri, inikan pula sekalian rakyat jelata yang diancam isu jenayah yang kian berleluasa," katanya kepada Harakahdaily.

Tegas Mahfuz, sekiranya Najib berselindung atas alasan pentas debat tidak bersesuaian kerana sesama parti Umno maka, amatlah wajar debat terbuka dianjurkan antara PM Najib dengan parti pembangkang.

"Ini menunjukkan PM Najib sudah bersedia untuk berdebat cuma tidak dengan orang separti dengannya. Maka, marilah berdebat dengan pihak parti lain. Saya sendiri bersedia menawarkan diri untuk berdebat dengan PM Najib," tambahnya.

MB Selangor :Elaun imam Masjid naik, RM750 kepada RM900

MB : Bantuan moreh RM597,000 untuk seluruh Selangor

Azmin nafi Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan

Dr M : I wrote to Aung San Suu Kyi but no reply

'Bukan Melayu pun kita terima, kenapa dengan Rohingya?' - Dr M

'Jho Low nasihat PM jamin pinjaman 1MDB'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa bahawa jutawan Jho Low telah meyakinkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mendapatkan kerajaan supaya menjamin pinjaman 1MDB.

Beliau berkata ia selepas Jho Low memujuk Najib untuk menjadikan pendahulu 1MDB -  Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) - sebagai dana kekayaan negara (SWF) untuk mendapatkan RM5 bilion dengan menggunakan telaga minyak Terengganu sebagai cagaran, tetapi telah dibantah oleh pihak istana.

"Jho Low kemudian menasihatkan Najib bahawa kerajaan persekutuan perlu menjamin pinjaman itu," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu mendakwa ia dilakukan tanpa pengetahuan kabinet.

Perkara seperti itu, katanya, sepatutnya dibincangkan dan diluluskan oleh Kabinet.

 "Tidak ada bukti bahawa kertas kabinet telah disediakan dan dibentangkan untuk kelulusan walaupun jumlahnya luar biasa besarnya. Malah untuk masa yang lama kabinet tidak mengetahuinya," katanya.

DAP tak berani ceraikan kami, ejek PAS

Pemuda PAS memperkecilkan DAP yang digambarkan tidak cukup jantan untuk berpisah dengan parti Islam itu.

Mengumpamakan seperti hubungan suami isteri, ketua pemuda PAS yang baru Nik Abduh Nik Aziz berkata DAP seperti tidak yakin hendak melafazkan cerai terhadap PAS.

“Saya jadi perasan DAP ni perempuan, PAS jantanlah pula. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh itu.

Come on lah DAP... jadilah jantan juga. Pilih, be gentleman, cool macam PAS atau berterus terang saja, tolak PAS,” katanya.

Akar umbi PAS Negeri Sembilan keluar parti

Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.

Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar.

“Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini,” kata mereka.

Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu.

Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf dan Raniman A Rani.

Dr M : Kenapa 1MDB bodoh sangat?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memperincikan rundingan yang dibuat oleh 1MDB yang disifatkannya sebagai “kebodohan” syarikat itu.

Beliau mengakui, di sebalik serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, orang ramai masih tidak jelas apa yang tidak kena dengan firma pelaburan negara itu.

“Daripada komen di blog saya dan soalan yang ditanya pada saya ketika membeli belah, jelas bahawa ramai lagi kurang tahu mengenai 1MDB.

“Mereka cukup tahu Najib buat silap sesuatu dengan wang RM42 bilion yang dipinjam, tetapi tidak jelas apa yang salah sehingga saya minta dia letak jawatan.

“Jadi saya fikir saya kena jelaskan kenapa 1MDB salah, secara berperingkat,” kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Menyentuh pelaburan 1MDB, Mahathir berkata syarikat itu ketara terlebih bayar ketika membeli aset tenaga, walaupun lesennya hampir tamat.

“Misteri kenapa 1MDB tidak tunggu sehingga lesen tamat. Genting (Bhd) dan (hartawan) Ananda (Krishnan) jelas buat duit lebih daripada yang sepatutnya,” katanya.

Katanya, 1MDB belanjakan RM18 bilion untuk membeli Tanjong Energy, Genting Sanyen dan Jimah Energy daripada Ananda.

“Jadi, bukan saja meminjam ada kosnya tetapi kos pelaburan yang tinggi bermaksud pulangannya rendah. Kenapa 1MDB bodoh sangat?” soal Mahathir.

(Soalan Lisan) EMPAT Kali Tak Solat Jumaat Kerana Selamatkan Nyawa - UAI

(Soalan Lisan) Mop Tempat Lain Dalam Rumah Selepas Mop Tahi Cicak - UAI

(Soalan Lisan) Hukum Pindahkan Penyakit Kepada Haiwan - Ustaz Azhar Idrus

(Soalan Lisan) Hukum Alat Muzik Bertali - Ustaz Azhar Idrus

(Soalan Lisan) Bolehkah Bawa Kanak kanak Ke Masjid/Surau? - UAI

(Soalan Lisan) Hukum Tak Solat Di Masjid Bagi Yang Mendengar Azan (Rumah Berdekatan Masjid) - UAI

(Soalan Lisan) Bolehkah Orang Buta Buat Ibadah Qurban? - UAI

(Soalan Lisan) Bacaan Al-Fatihah Solat Berjemaah & Jari Telunjuk Yang Digerakkan Masa Tahiyyat - UAI

(Soalan Lisan) Hukum Potong Kuku, Misai, Janggut 1 Zulhijjah Bagi Yang Masuk Qurban - UAI

Hukum Meng'HARAM'kan Perkara Yang BAIK - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Berniaga Guna 'PELARIS' - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Habiskan Masa Dengan Perkara Yang Tiada Faedah - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa Kita Wajib Solat? Kenapa Kita Kena Tutup Aurat? - Ustaz Azhar Idrus

Macamana Nak Tahu Waktu Solat Kalau Berada Di Angkasa? - UAI

Hukum Beli Daging Qurban Daripada Orang Miskin - Ustaz Azhar Idrus

Penggunaan Duit RM (Ringgit Malaysia), Adakah Ia Riba? - Ustaz Azhar Idrus

Tak Pergi Giliran Rumah Bini Muda Kerana Pergi Kuliah Ustaz - UAI

Makmum Hanya Sempat Takbir Imam Dah Salam - Ustaz Azhar Idrus

Percanggahan Pendapat Tentang Hukum Simpanan ASB - UAI

Qurban Di Kemboja Kerana Di Sana Lebih Murah - Ustaz Azhar Idrus

Baju Banyak Isteri Tak Pakai..Bolehkah Suami Beli Apa Yang Perlu Saja? - UAI

Tukar Qiam Kepada Duduk Semasa Solat Kerana Tak Tahan Berdiri - UAI

Bolehkah Makan Buah Daripada Pokok Tepi Jalan Milik Kerajaan? - UAI

Sebutan Sayyidina Bukan Khusus Untuk Nabi Muhammad s.a.w sahaja - UAI

Ada Orang Ikut Masa Solat Sunat Lepas Maghrib..Nak Baca Kuat Atau Perlahan? - UAI

Masa Rukuk Tengok Tempat Sujud Atau Tengah Sejadah? - UAI

Status Hadis Dalam Kitab Ihya Ulumuddin - Ustaz Azhar Idrus

[Geletek] 'Mane Aku Tahu!' - UAI

[Pedas!] Jawapan Kepada Yang Kata UAI Mengajar Mengata Orang

Hukum Menguap Tak Tutup Mulut - Ustaz Azhar Idrus

Terlintas Nak Mandi Wajib, Lupa Pula Nak Niat - Ustaz Azhar Idrus

Peperangan Di Syria..Adakah Ia Tanda KIAMAT? - Ustaz Azhar Idrus

Majlis Tahlil Di Rumah Atau Di Masjid Lebih Sesuai? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ejek Bapa / Datuk Orang Lain - Ustaz Azhar Idrus

Mungkinkah akan wujud dua barisan pembangkang?

PAS berada dalam kemelut besar selepas muktamar minggu lalu. Kemelut dalamannya itu merebak menjadi sebahagian dilema utama Pakatan Rakyat.

Kemelut dalaman itu pula termasuklah di kalangan barisan baru kepemimpinan PAS dan juga golongan "profesional" yang tewas.

Mereka yang menang terpaksa memikirkan bentuk kerjasama "baru", yakni hanya bersama PKR tetapi tidak bersama DAP.

Seolah-olahnya PAS ingin kembali ke era menjelang pilihan raya umum 1990 yang menyaksikan dua barisan pembangkang, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.

Satu gabungan parti Melayu-Islam (misalnya PAS dan Parti Semangat 46) dan satu lagi gabungan parti bukan Melayu-Islam (seperti DAP dan PBS).

Kelihatannya PAS sedang membayangkan PKR dan Anwar Ibrahim sebagai penghubung dua gabungan ini seperti mana Semangat 46 dan Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengetuai kedua-dua APU dan Gagasan Rakyat.

Lagi pula, seperti Tengku Razaleigh, Anwar juga bercita-cita menjadi perdana menteri. Maka kedua-dua tokoh ini nampak hanya gabungan parti pembangkang boleh mendekatkan imaginasi mereka itu dengan Putrajaya.

'Menukar kuasa'

Dalam konteks Pakatan, hanya Anwar dan PKR ghairah menjual imaginasi menukar kuasa di Putrajaya.

Anwar pula bekas tokoh kanan BN bertaraf mantan timbalan perdana menteri, seperti Ku Li bekas seorang tokoh kanan Umno dan mantan menteri kanan. Maka jualan imaginasi itu sesuai dengan reputasi mereka.

 
Pemimpin-pemimpin PAS dan DAP tidak ada pengalaman, reputasi, sejarah dan karisma seumpama Tengku Razaleigh atau Anwar. Malah, DAP dan PAS hanya mampu berangan-angan ke Putrajaya atau tidak berupaya menjual imaginasi ini kepada rakyat.

Lagipun, PAS dan DAP bukanlah sepenuhnya parti "nasional" kerana kedua-duanya tidak mampu menyeberangi wilayah pengundi satu sama lain. Dari segi retorika dan wacananya, DAP dan PAS sebetulnya dua parti yang "mutually exclusive".

DAP menguasai kawasan bandar, khususnya bukan Melayu, dan PAS pula menguasai kawasan Melayu, khususnya pinggir dan luar bandar.

Dengan kata lain, PAS dan DAP masing-masing tidak memerlukan sokongan satu sama lain. Malah, kedua-dua parti tradisional ini boleh berdiri sendiri walaupun tanpa PKR yang masih muda dan lemah.

'Punca utamanya hudud'

Maka tidak hairanlah, tanpa mempedulikan PKR, dua parti ini bertegang urat menolak satu sama lain atas alasan mahu menjaga kepentingan pengundi masing-masing. Punca utamanya hudud. DAP percaya pengundi bukan Islam tidak mahu hudud, sementara PAS pula yakin idealismenya itu sesuai dengan pengundi Islam.

Lalu PKR dan Anwar, yang kini terpenjara, berada dalam dilema besar dengan pergeseran dua parti ini yang bermula bertahun-tahun sebelum perubahan barisan kepemimpinan PAS minggu lalu.

PKR, atau lebih tepat lagi Anwar, selama ini memainkan peranan sebagai "gam" yang melekatkan PAS dengan DAP. Atas politik konsensus dan akomodatif Anwar, dua parti ini dapat diajak duduk semeja sejak pemecatannya pada 1998.

Malah pemenjaraan Anwarlah dan episod Gerakan Reformasilah yang mendorong kemunculan baru pemimpin PAS, sebahagiannya tewas minggu lalu atau dipinggirkan lebih awal.

Pemimpin-pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM, atau sekarang ini Pertubuhan Ikram Malaysia) bersama sejumlah tokoh lagi dan penentang-penentang BN menyertai PAS, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional (sebelum bergabung dengan PRM).

Muktamar PAS mengecewakan, perlu parti Islam demokrat baharu, kata forum

Demi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik. Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.

"Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal. Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah. 

 "Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum "Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.

Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.

Beliau mendakwa, golongan konservatif terutamanya "ustaz muda" bakal meletakkan PAS di takuk lama seperti sebelum ini.

"Mereka akan pastikan tidak ada ruang untuk PAS kembali kepada pasca 2008.

PAS akan terus menjadi konservatif," katanya sambil meramalkan kemungkinan besar parti Islam tersebut bakal menjadi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau juga menyarankan golongan profesional PAS menubuhkan satu parti baharu sebagai jalan terbaik dan tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kerana mereka akan dilihat sebagai sekumpulan yang kecundang atau "serpihan" PAS.

"Kena tubuhkan satu parti yang segar, baharu.

Anak-anak muda, NGO Islam, orang Islam yang lebih Islamis dan demokrat, untuk maju ke depan. "Dalam pilihan raya terdekat, tidak dapat kerusi pun tak apa," katanya.

Katanya, dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, PAS tidak lagi relevan dan masyarakat ketika itu akan memerlukan parti Islam yang lebih realistik. "Waktu itu PAS tidak lagi relevan.

Waktu itu kita perlukan parti Islamis demokrat yang lebih realistik, dan boleh beri harapan baru menuju ke depan.

Cina tidak akan undi PAS lagi, kata pemerhati

Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang.

Namun, Lim yakin perkara sedemikian tidak akan berulang pada PRU yang akan datang kerana keputusan muktamar itu jelas menghancurkan sentimen dan semangat mereka.

"Orang Cina yang sekian lama fobia kepada PAS, fobia kepada Islam, akhirnya mengambil satu keputusan sedaya upaya menyokong PAS dalam PRU13," katanya yang menceritakan isi kandungan buku Tsunami Cina pada forum ‘Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam.

 Beliau yang merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut menceritakan bagaimana masyarakat Cina Tiong Hwa buat pertama kalinya memacakkan bendera PAS di depan rumah mereka sebagai tanda sokongan kepada parti Islam tersebut.

"Buat pertama kalinya mereka terbang dari Hong Kong , Shanghai, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, balik ke sini untuk mengundi parti Pakatan Rakyat (PR), roket (DAP) atau, PKR atau PAS.

"Dan di sini hari ini saya janji, fenomena ini, sentimen ini tidak akan berlaku dalam PRU14. Itu janji," katanya.

Katanya, muktamar pada 4 Jun lalu dianggap sebagai pemisah kerana pihak progresif selama ini dilihat membawa PAS ke tengah, menggalas aspirasi rakyat seluruh Malaysia. Manakala puak yang terdiri daripada golongan konservatif dilihat cuba untuk mengekalkan perjuangan tradisi mereka.

"Kembali kepada prinsipnya tidak mahu berganjak dan melakukan apa saja asalkan jawatan tidak hilang," katanya merujuk golongan konservatif dalam PAS.

"Perwakilan PAS mengulangi sejarah, bukan mencipta sejarah. Jadi apa yang kita buat lebih daripada satu dekad kebelakangan ini habis begitu saja.

"Untuk satu dekad lalu, masyarakat Cina masih takut dengan PAS, yang dulunya dianggap sebagai pengganas. Begitu lama kita cuba nak bersihkan daripada label itu," katanya.

PAS akan arah anggotanya letak jawatan jika hubungan dengan DAP putus - Mohd Amar

KOTA BHARU: PAS bersedia mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang jika Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya tidak mengajar parti itu, kerana menurutnya, PAS Pulau Pinang bersedia mengundurkan diri daripada pentadbiran apabila tiba masanya.

"PAS Pulau Pinang memang sudah bersedia, dulu pada tahun 1977, berlaku darurat di Kelantan apabila PAS ditendang keluar oleh BN (Barisan Nasional), semua pemimpin PAS melepaskan jawatan, tidak ada masalah... bukan sayang pada jawatan.

"Saya juga ingin nasihat kepada Guan Eng jangan ajar kita, kita (PAS) tahu apa hendak buat. Kalau betul-betul putus, kita akan keluarkan arahan melepaskan jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Koperasi Tengku Muhammad Faris Petra 2015 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan DAP yang meminta anggota PAS supaya meletakkan jawatan yang dipegang dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mohd Amar sebelum ini menegaskan pemimpin dan anggota PAS tidak takut kehilangan jawatan dalam kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, sekiranya hubungan antara PAS dan DAP terlerai selepas ini.

Puncak Niaga mungkin batalkan perjanjian air dengan Selangor

TAN SRI ROZALI ISMAIL
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan PNHB Tan Sri Rozali Ismail berharap tidak akan ada lagi lanjutan bagi Air Selangor untuk memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian jual beli (SPA). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 12 Jun:
Isu penyusunan semula air Selangor telah berlarutan terlalu lama dan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) mungkin membatalkan perjanjian dengan entiti milik negeri Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan PNHB Tan Sri Rozali Ismail berkata ia berharap tidak akan ada lagi lanjutan bagi Air Selangor untuk memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian jual beli (SPA).
Tarikh tamat terkini menjadi Lanjutan Masa Kelima SPA ialah pada Khamis.
“PNHB tiada pilihan selain menggunakan hak-hak undang-undang untuk membatalkan SPA dengan Air Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd akan memulakan semula tindakan undang-undang mereka yang telah tertangguh sementara menunggu penyelesaian penstrukturan semula industri air Selangor.
Langkah itu bertujuan untuk mendapatkan balik hutang tertunggak oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mencecah RM4.97 bilion pada 31 Mac 2015.