Rabu, 10 Jun 2015

Pilihan raya negeri jalan terbaik selesai kemelut Pakatan Selangor, kata pakar

Keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya antara PAS dan DAP dengan terbaru muktamar parti Islam itu meluluskan usul memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya, mengakibatkan kerajaan negeri Selangor kini hilang majoriti dan kestabilan, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar perlembagaan itu berkata, pertembungan terbuka antara dua parti komponen PR itu menyebabkan kerajaan negeri kini tidak dapat lagi berfungsi tanpa persefahaman dan permuafakatan sesama mereka. "Bila kamu (PAS) serang DAP macam itu, bagaimana kamu mahu kata 'business as usual' (kerja seperti biasa)?

"Sama ada kamu suka atau tidak, sistem kerajaan Westminster ini berasaskan keyakinan dan majoriti. Kalau tidak, bagaimana mahu mentadbir kerajaan?" soalnya. Bercakap kepada The Malaysian Insider, Aziz merujuk kepada kenyataan pimpinan PAS yang menyerang DAP semasa muktamar yang berlangsung minggu lepas.

Ia disusuli kenyataan balas pemimpin DAP diketuai penasihatnya Lim Kit Siang yang mengatakan PR sudah berkubur dan hanya menunggu dikebumikan. Berdasarkan pengamatan situasi semasa, khususnya antara PAS dan DAP, Aziz menegaskan, kestabilan dalam kerajaan negeri Selangor kini sudah hilang.

 "Di Selangor, mereka gagal menunjukkan imej kestabilan. Ia tidak baik untuk kerajaan negeri," katanya. PR mempunyai majoriti 43 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi dan PKR 13.

Barisan Nasional pula mempunyai 12 kerusi. Walaupun PKR memiliki jumlah kerusi yang lebih rendah, jawatan menteri besar Selangor diberikan kepada mereka atas persetujuan sesama rakan komponen dalam PR. "Jangan terkejut jika bakal ada pilihan raya negeri.

Rasanya kedudukan (Menteri Besar Selangor Mohamed) Azmin Ali pun, kita tidak tahu macam mana," kata Aziz. Menjelaskan mengenai jalan penyelesaian di Selangor, beliau berkata, jalan terbaik ialah dengan mengadakan pilihan raya negeri dan menyerahkan keputusan kepada rakyat.

Lulus usul putus hubungan tanpa bahas arahan Hadi

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu.

Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.

"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun usul itu telah diarahkan untuk dilulus tanpa dibahaskan, muktamar masih mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan itu.

"Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat begitu kerana kuasa muktamar kuat.

PKR Selangor tak boleh ‘berpoligami’, – harus pilih antara DAP atau PAS

oleh Hazlan Zakaria

Nampaknya tempoh 'bulan madu' pakatan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat, yang menempuh 'kebahagiaan berumahtangga’ berikutan tsunami politik tahun 2008 mungkin akan tamat tidak lama lagi, dan PKR Selangor perlu memilih antara PAS dan DAP yang telah berenggang.

Apa yang jelas daripada petunjuk-petunjuk yang dihantar oleh kedua-dua bekas rakan sepakat ini, adalah PKR tidak boleh 'berpoligami' di negeri industri ini, kerana ia mesti memilih antara kedua-duanya. "...Jika dia memilih DAP, maka PAS perlu menarik diri.

Tetapi jika dia memilih PAS, maka DAP perlu keluar," ini adalah 'kata dua' yang disampaikan oleh DAP Selangor kepada kepimpinan PKR negeri ini.

Tony Pua Seperti yang dilaporkan oleh theSundaily, ketua DAP negeri Tony Pua berkata sedemikian sebagai mengulas pendapat ketua penerangan PAS Mahfuz Omar bahawa PKR, yang memimpin kerajaan negeri, kini perlu membuat pilihan di antara kedua-duanya.

Jika keputusan tidak dibuat, kata Pua, ia bukan sahaja tidak baik kepada kerajaan negeri tetapi juga bagi parti-parti individu yang membentuk pakatan itu, dan ini akan melemahkan parti mereka.

Menteri Besar, Azmin Ali dari PKR sebelum ini telah memberitahu parti-parti itu yang mereka tidak boleh lupa bahawa mereka adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Azmin dilaporkan mahu kedua-dua parti ini menghentikan persengketaan mereka, dan terus berkhidmat kepada rakyat.

"Sudah tentu kami berbeza pendapat, tetapi sebagai wakil rakyat, kami juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap orang-orang yang mengundi bagi kami," katanya, mengingatkan semua bahawa ia adalah mandat rakyat terhadap Pakatan yang membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri.

"Ketika orang ramai menyokong kami dalam pilihan raya yang lalu, mereka meletakkan harapan mereka kepada kami. Oleh itu, kami perlu mengetepikan semua masalah, ego dan rasa tidak puas hati peribadi kita demi rakyat," tambah Azmin.

Daya maju Pakatan sebagai sebuah parti politik dipersoalkan selepas persengketaan DAP-PAS berkenaan hudud telah dinyalakan semula, dan menjadi lebih buruk dengan kelulusan usul parti Islam itu untuk memutuskan semua hubungan dengan DAP dalam muktamarnya baru-baru ini.

Kepimpinan ulama PAS, yang membersihkan golongan progresif profesional dari semua jawatan tertinggi kecuali satu, bagaimanapun sedang berdolak dalik kerana mereka mendakwa bahawa usul itu masih belum diterima oleh Majlis Syura, sebelum dijadikan dasar parti.

Najib ajak Dr Mahathir berdebat tapi secara tertutup

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Selepas gagal tampil dalam sesi dialog Nothing2Hide pada minggu lalu, hari ini perdana menteri ‘muncul’ menjelaskan apa yang berlaku pada hari berkenaan.
Bagaimanapun kemunculan Datuk Seri Najib Razak bukanlah dalam bentuk fizikal, sebaliknya membuat kenyataan di blog rasminya.
Najib vs Mahathir?
Najib – yang mendakwa berdarah pahlawan – hari ini menunujukkan keberaniannya apabila mengajar  Tun  Dr Mahathir Mohamad berdebat mengenai apa saja isu yang dirasakan ingin diketahui.
Cuma bagi Najib, debat secara terbuka bukanlah wadah yang terbaik untuk menyelesaikan isu  berkenaan.
Najib berkata, beliau sedia menjawab segala pertanyaan Dr Mahathir namun ia tidak perlu dijalankan  secara terbuka “demi menjaga kredibiliti bersama”.
“Sebagai seorang perdana menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka  di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri dan dari parti politik yang sama.
“Saya sebagai perdana menteri dan Presiden UMNO saya bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti,” katanya.
Berdasarkan kenyataan itu dapat difahami bahawa Najib mengajak Dr Mahathir berdebat secara tertutup.
Dalam kenyataan sama, Najib turut menyatakan kekesalannya ekoran sesi dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan pada 19 Mei lalu dibatalkan “atas nasihat polis”.
Kata Najib, beliau sudah menyatakan kesudian untuk berdialog dengan badan-badan NGO.
“Bagaimanapun, saya akan terus menyampaikan maklumat dalam apa jua cara yang baik dan berhemah,” ujarnya.

Harapan Mahathir punah bersama Pak Lah, Najib

Kegagalan dua pengganti Dr Mahathir meneruskan beberapa projek mengingkari perjanjian mulut yang dibuat dengan beliau.
mahahtir,najib,paklah,jambatan
PETALING JAYA: Dua Perdana Menteri Malaysia bertanggungjawab mengguburkan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat pembinaan Jambatan Bengkok direalisasi.
Menurut bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin jambatan yang merentangi Selat Tebrau itu membawa pelambangan yang penting terhadap maruah negara ini.
“Lukisan Jambatan Bengkok tergantung di suatu sudut di Galeria Perdana Langkawi di Pulau Langkawi menjadi nisan kenangan pahit dan pedih terkuburnya harapan tinggi Tun Dr. Mahathir untuk membangunkan maruah kemuliaan dan keberanian bangsa dan negara di pintu sebuah negara kecil yang sombong yang menganggap dirinya lebih kuat dan lebih besar,” tulisnya di entri blog www.zamkata.blogspot.com
Menurut Zam, rakyat akan mengenangkan Tun Abdulllah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungunjawab menguburkan jambatan maruah bangsa ini.
Jelasnya, kegagalan dua pengganti Dr Mahathir meneruskan projek berkenaan antara contoh mereka mengingkari perjanjian mulut yang dibuat dengan beliau.
Tulisan di atas adalah sebahagian coretan yang dikongsi Zainuddin atau lebih Zam dalam buku terbarunya “Mahathir Bukan Kawan Saya”.
Katanya, dalam tulisan berkenaan ia akan menjawab tohmahan terhadap dirinya termasuk dianggap sebagai blogger yang menentang Najib dan penyokong tegar kepada Mahathir.
“Saya tidak pernah mendakwa Tun Dr.Mahathir sebagai kawan saya dan jika saya menafikannya orang tidak mahu percaya, malah dalam sengketa Mahathir- Najib sekarang, saya dilabelkan dalam blog roky’s bru sebagai Leading Anti Najib Blogger yang akan terus menyerang hingga Najib tersungkur,” luah Zam dalam buku berkenaan.
Katanya tuduhan yang dilemparkan ke atasa dirinya bukan perkara baru.
Bahkan, ia telah lama dialaminya.
“Anggapan ini sudah terlalu lama. Terpahat di hati saya hingga saat ini pertanyaan Allahyarham Presiden Pas, Ustaz Fadzil Noor yang juga merupakan rakan saya di Maktab Mahmud Alor Setar “Berapa banyakkah Mahathir dah bagi pada you,” Zam.

Arul Kanda jawab tuduhan Tun M

Arul Kandasamy berkata hanya pihak berkuasa yang menyiasat dan mengaudit 1MDB dapat mengesahkan dia berbohong atau sebaliknya.
arul kanda,mahahtir
PETALING JAYA: Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kandasamy menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Tuan Dr Mahathir Mohmad yang mendakwa beliau berbohong berhubung kemana wang RM42 bilion telah dibelanjakan.
Katanya, hanya pihak berkuasa iaitu Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa Wang Kira-kira (PAC) boleh menentukan sama ada beliau berbohong atau sebaliknya.
“Pihak berkuasa ini boleh mengesahkan saya berbohong atau tidak seperti didakwa kerana mereka boleh akses semua maklumat.
“Saya sepatutnya meneruskan tanggung jawab secara profesional dan membekalkan maklumat kepada pihak berkuasa untuk mengesahkan kebenaran mengenai 1MDB,” katanya dalam kenyataan media.
Mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa jawapan kepada Parlimen oleh Kementerian Kewangan telah diubah sehingga menimbulkan kekeliruan, Arul berkata, dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu.

Debat terbuka dengan Tun M tiada kebaikan– Najib

Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Najib bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti.
najib mahathirPETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak wajar baginya berdebat secara terbuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang datang dari parti yang sama, UMNO.
Menurusi blognya, najibrazak.com, beliau berkata, debat itu tidak membawa sebarang kebaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Saya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, bertanggungjawab untuk menjaga nama baik kerajaan dan parti.
“Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau. Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan Tun dapat dijelaskan,” katanya.
Perdana Menteri berkata, beliau amat kesal kerana dialog itu dibatalkan atas alasan keselamatan dan niat saya berdialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpaksa dibatalkan.
Najib berkata, beliau telah bersedia untuk menjelaskan dalam dialog itu bahawa dana RM42 bilion tidak lesap seperti didakwa Tun Mahathir dan menjelaskan pelan pemulihan 1MDB yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.
“Walaubagaimanapun, saya akan terus menyampaikan maklumat dalam apa jua cara yang baik dan berhemah. Ini termasuklah menerima undangan NGO dan saya akan berjumpa dengan kumpulan NGO dalam masa akan datang,” katanya.

Satu lagi krisis mungkin melanda Selangor, kata Adun PAS

.Krisis baru bakal muncul dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, kata pemimpin PAS yang digantung, Saari Sungib yang mendakwa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR berbelah bahagi sama ada hendak menyokong DAP atau PAS berikutan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan sekutunya itu.

Adun Hulu Kelang itu berkata, krisis itu akan menjadi lebih mencabar dan rumit berbanding kemelut menteri besar Selangor tahun lepas, di mana 15 Adun DAP, 13 Adun PKR dan 2 Adun PAS menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menggantikan penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari berkata, 13 wakil rakyat PKR itu akan terbahagi sama ada untuk bersama DAP atau PAS.

 "Mungkin ada potensi krisis di Selangor. PKR Selangor tidak lagi kukuh... pembentukan tahun lepas mungkin tidak kekal sama.

 "Saya harap saya salah, perkembangannya akan dapat dilihat dalam dua atau tiga hari," katanya ketika menjawab soalan sama ada pembentukan kerajaan negeri akan kekal seperti pada tahun lepas – 15 DAP, 13 PKR dan 2 PAS. Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai dakwaannya yang PKR Selangor akan terbahagi.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata semalam Menteri Besar Mohamed Azmin Ali perlu memilih antara dua parti itu untuk meneruskan kerjasama. "PAS mahu Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan," katanya.

Siapa ganti posisi pemikir dalam PAS?

Luqman Tarmizi


Berakhir sudah muktamar PAS. Lengkap sudah saf pimpinan yang baharu (kecuali beberapa jawatan lantikan). Naiklah ramai muka baharu. Kecundang sudah ramai tokoh lama.
Tokoh-tokoh yang dilihat sebagai “think tank” parti, yang muncul dengan gagasan-gagasan yang boleh difahami dan diterima rakyat seluruhnya, bercakap dengan bahasa politik yang sesuai dengan konteks Malaysia, mendukung aspirasi rakyat untuk menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN) dan mengambil alih tampuk Putrajaya; 99% daripada mereka tewas.
Persoalan yang besar timbul; siapa mampu hadir dengan gagasan politik yang boleh menatijahkan kejayaan kepada PAS?

Apakah muka-muka baharu ini mampu menggalas tugas yang diamanahkan sebagai pemikir baru parti? Siapa akan menggantikan posisi dan peranan mereka-mereka yang disebut ini dalam membawa agenda PAS?
Dr Mujahid Yusof Rawa, anak bekas Presiden PAS Yusof Rawa – yang saya anggap “Bapa Perpaduan Malaysia” abad ke-21 – pernah muncul dengan idea pembaharuan parti.
Namun berapa ramai ahli PAS yang membaca karya beliau, “Menuju PAS Baru” dan “Rejuvenasi PAS”?
Berapa kerat ahli PAS yang menghargai idea-idea beliau dalam mereformasi wajah dan pendekatan parti?
Peranan penting yang beliau mainkan dalam memimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS (sebelumnya bertaraf kelab), bertanggungjawab menggembleng ribuan tenaga non-Muslim dalam menggerakkan kempen ketika pilihan raya, menambah undi non-Muslim untuk PAS secara signifikan, yang menjelajah ke gereja-gereja seluruh pelosok negara ketika kemelut isu kalimah Allah dan dirakamkan dalam travelog “Berdialog Dengan Gereja”; semua ini tampaknya dipandang sepi dan tidak dianggap penting para perwakilan.
Dr Dzulkefly Ahmad, salah seorang “think tank” idea “Negara Berkebajikan”, perangka manifesto PAS dan Pakatan Rakyat (PR), juga penulis aktif yang sering melontarkan kritikan terhadap isu-isu ekonomi dengan analisis yang didukung kuat fakta (mungkin kerana fakta-fakta inilah beliau ditolak perwakilan, kerana menurut Datuk Mahfuz, golongan profesional yang suka berhujah dengan fakta ini menyukarkan keputusan dibuat dalam mesyuarat – rujuk temu bual ketua Dewan Ulama ini dengan Utusan Malaysia).
Sering muncul dalam forum dan wacana anjuran NGO dan teguh mempertahankan dasar-dasar PAS, berbekalkan hujah tradisi Islam dan rasionalisme ketika berhujah dengan kelompok sekular, liberal, kiri dan sebagainya. Siapa bakal mengambil tempat beliau?

Hutang negara kini sudah tidak terkawal lagi?

oleh Ng Kee Seng

“Malu” dan “tidak cekap” nampaknya adalah dua perkataan yang tidak wujud dalam kamus kerajaan Umno BN. Jika perkataan itu wujud, mereka pastinya sudah memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas keadaan semasa sosio-ekonomi dan kewangan negara.

Bukannya terus berlagak biasa dan memberikan gambaran indah dengan jaminan-jaminan hebat yang membingungkan ramai.

Pada 8 Jun lalu, nilai ringgit menjunam ke tahap terendah untuk tempoh 30 tahun berbanding dollar Singapura. S$1 bersamaan dengan RM2.77.

Saya tertanya-tanya, berapa ramai agaknya yang masih ingat di saat ringgit bernilai lebih tinggi daripada dollar Singapura – RM1 bersamaan S$0.90.

Selepas Singapura disingkir daripada Malaysia pada 1965, ekonomi dan kewangan republik yang kecil itu membangun secara konsisten, terutama kekuatan mata wangnya.

Di manakah kedudukan Malaysia sekarang, dalam segi kewangan dan ekonomi, di bawah pemerintahan berterusan kerajaan BN (sebelum ini Perikatan) sejak merdeka?

Banyak kesilapan dibuat yang menyebabkan masalah kewangan yang dihadapi negara pada masa ini, tetapi tiga contoh ini sudah cukup untuk memberi gambaran jelas: Hutang negara yang melebihi RM800 bilion, yang dengan pantas menuju trillion.

1MDB milik Kementerian Kewangan berdepan krisis hutang RM42 bilion; dan Pendedahan terbaru yang diumumkan perdana menteri Najib Razak dalam jawapan bertulis di Parlimen bahawa kerajaan terpaksa membuat pembayaran luar kunci kira-kira (off-balance sheet) berjumlah RM4.76 bilion dan RM11.62 bilion setiap tahun bermula tahun ini sehingga 2020, bagi 9 entiti milik kerajaan.

Adakah masih ada yang bingung mengapa nilai ringgit jatuh menjunam dalam tukaran antarabangsa?

Di manakah kebertanggungjawaban bagi hutang berbilion ringgit ini? Akhbar Singapura MyPaper pada 9 Jun lalu melaporkan, ringgit jatuh ke tahap terendah untuk lebih 30 tahun berbanding dollar Singapura, selepas pasaran terkesan dengan data ekonomi yang kuat dari Amerika Syarikat dan satu skandal di badan dana milik kerajaan Malaysia.

Malah ada cakap-cakap yang ringgit boleh jatuh sehingga S$1 boleh bersamaan RM3. Pengurup wang berkata, ada peningkatan dalam permintaan untuk mata wang itu, yang terjejas pada tahun lalu ekoran kemerosotan harga minyak.

1MDB: Bank Negara, PAC boleh sahkan saya tipu atau tidak, kata Arul

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata pihak berkuasa kewangan yang menyelia operasi 1MDB boleh memantau sama ada beliau menipu atau tidak, seperti didakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, beliau secara profesional bertanggungjawab kepada lembaga pengarah 1MDB dan pemegang saham di Kementerian Kewangan.
"Dalam konteks sekarang, ia termasuklah Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Ini pihak berkuasa yang sah untuk menentukan sama ada saya pernah berbohong, seperti didakwa, kerana mereka ada akses kepada semua maklumat," katanya dalam satu kenyataan untuk menjawab tuduhan Dr Mahathir. Dr Mahathir sebelum ini mendakwa Arul sudah acap kali berbohong berkenaan operasi 1MDB.
Merujuk kepada pelaburan 1MDB sebanyak AS$2.318 bilion di Kepulauan Cayman, Dr Mahathir berkata Arul ketika mula-mula mengambil alih 1MDB, ada mengatakan wang berkenaan sudah ditebus sepenuhnya.
"Beliau berkata dengan jelas dan terang beliau melihat wang berjumlah AS$1 bilion dalam bentuk tunai. Kemudian beliau kata ia dalam bentuk penyata. Kenyataan apakah ini?
"Bagaimanapun, pada akhirnya, bank berkenaan menyatakan tidak ada wang tunai dan hanya ada dokumen yang disimpan serta dokumen yang terdapat tandatangan palsu.

1MDB: 'Gadai telaga minyak cuma cerita Ahmad Said'

Umno Terengganu menolak dakwaan bahawa telaga minyak di negeri itu cuba digadaikan oleh pendahulu 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA) suatu masa dahulu.

Ketua penerangannya Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata dakwaan itu hanya “cerita sensasi” yang dimulakan oleh mantan menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Malah, kata Wan Abdul Hakim telaga minyak di negeri itu “bukan milik Terengganu” tetapi kerajaan pusat yang diurus oleh Petronas dan ia hanya mendapat 5 peratus wang ehsan daripadanya.

“Bon (pinjaman) sebanyak RM5 bilion perlu dibayar balik menggunakan sebahagian dari duit 5 peratus ini setiap tahun.

“Maksudnya kalau duit itu RM2 bilion setahun, sebahagian darinya, mungkin RM100 juta hingga RM300 juta setahun digunakan untuk membayar hutang tersebut setiap tahun.

“Dana dari hutang tersebut iaitu sebanyak RM5 bilion digunakan untuk pelaburan. Oleh itu tidak tepat dikatakan ‘telaga minyak’ Terengganu ‘dicagar’,” katanya dalam kenyataan disiarkan di portal pro-BN MyKMU.

PAC: Deloitte nafi anak Najib terlibat audit 1MDB

Firma audit antarabangsa Deloitte telah menafikan bahawa anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak- Mohd Nizar Najib - terlibat dalam audit 1MDB.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, firma itu telah menjelaskan kepada jawatankuasa itu bahawa Nizar bekerja di seksyen perkhidmatan kewangan Deloitte dan bukan di seksyen pengauditan.

Nur Jazlan memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan pendengaran PAC yang memakan masa lebih tiga jam di mana jawatankuasa itu menyoalsiasat wakil Deloitte berhubung akaun 1MDB yang telah diauditnya.

1MDB: PAC tetap tarikh baru bagi Arul, tiada lagi alasan


Presiden 1MDB Arul Kanda dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahrol Halmi Ibrahim akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) pada minggu pertama bulan Ogos, kata pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata jemputan rasmi akan dihantar kepada mereka tidak lama lagi.

Ini ekoran Arul dan Shahrol gagal menghadiri pendengaran sebelumnya pada 26 Mei, kerana mereka dikatakan berada di luar negara.

"Kali ini, tiada alasan lagi. Mereka berdua mesti datang," kata Nur Jazlan.

Usul tahaluf: Fahami organisasi, perlembagaan PAS

WAN ROHIMI WAN DAUD 


SEJAK semalam, kita dihidangkan dengan pelbagai sajian media tentang kononnya Usul Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) yang diluluskan sebulat suara melalui 644 perwakilan pada Muktamar DUPP 3/6/2015, yang kemudiannya diluluskan tanpa bahas melalui Muktamar PAS Pusat pada 5/6/2015, sebagai telah mempunyai kesan muktamad, yang mengikat Jawatankuasa PAS Pusat (JKPP) dan Majlis Syura Ulamak (MSU). Usul itu, kata mereka, adalah muktamad dan tidak boleh diubah lagi sama ada oleh JKPP ataupun MSU. Maka putuslah PAS dengan DAP di semua peringkat, baik di Pulau Pinang mahupun di Selangor.

Membaca tulisan media cetak, mahupun media baru di alam maya, segalanya telah bernoktah! Itulah yang dijaja, dan dilaungkan sekelian alam. Bergegar sekalian alam, apatahlah lagi dengan pengumuman perletakan jawatan oleh beberapa bekas pemimpin tertinggi PAS, bagi jawatan-jawatan awam yang disandang di Pulau Pinang.

Sinar Harian semalam, 9/6/2015, menyiarkan kenyataan Peguam dan bekas Bendahari PAS, Asmuwi Awi yang menegaskan bahawa PAS perlu mengadakan Muktamar semula jika tidak mahu kedudukan wakil parti dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor terjejas atau terus dibelenggu kekeliruan. “...atau terus dibelenggu kekeliruan”. Katanya dengan tegas!

Tidak kurang juga ramai bekas pimpinan kanan PAS yang tersungkur, mengeluarkan kenyataan yang sama. Senada dan seirama. Itulah rentak dan tari mereka. Saya tidak berhajat menelah motif kenyataan-kenyataan sedemikian, cukuplah Allah menjadi saksi keikhlasan perjuangan mereka! Namun kenyataan-kenyataan sedemikian, dikala JKPP dan MSU masih belum membuat apa-apa pendirian rasmi, kelihatan sangat gopoh dan gelojoh sekali. Provokasi ini, walau apa pun motifnya, telah menyebabkan kekeliruan dan kecelaruan berpanjangan bagi ahli-ahli PAS, bahkan orang awam, bagi setiap sosok, di segenap pelosok!

Asmuni berhujah dalam akhbar Sinar Harian 9/6/2015, menyandarkan pendirian sedemikian kepada Fasal 7(1) dan (3) Perlembagaan PAS. Beliau tampil dengan konklusi yang muluk, katanya – “Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan”.

Dengan kata lain, bekas Bendahari PAS ini menegaskan bahawa selepas Usul tersebut diluluskan, maka tiada lagi dikotomi, JKPP dan MSU hendaklah terikat dengan Usul itu, dan menerimanya secara mutlak. Bahkan hujahan sebegini banyak dibahas di segenap ruang maya, termasuklah yang disebar-luas melalui applikasi telefon pintar.

Maaflah, saya amat tidak bersetuju dengan pandangan itu. Hujah sedemikian, pada saya sangat meleset dan tidak menepati konteks perlembagaan PAS, dan saya berharap ahli-ahli PAS tidak menyumbang kepada kekeliruan yang disengajakan ini!

Struktur Badan-Badan Dalam Pas dan Kedudukan Majlis Syura Ulama

Sebelum kita meneroka intipati sebenar Fasal 7(1) dan (3) Perlembagaan PAS, adalah moleknya kita fahami secara ringkas kedudukan badan-badan dalam organisasi PAS.

Dari segi perlembagaan dan organisasi, PAS adalah sebuah parti yang amat unik – yang tidak sama dengan parti-parti lain di negara ini. Mempunyai 3 sayap/badan dan satu Jawatankuasa Induk yang memenuhi kerangka demokrasi, iaitu dipilih melalui Muktamar bagi setiap dua tahun, sebagaimana berikut:-

(a)  Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (JKPP);
(b)  Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP);
(c)  Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP); dan
(d)  Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP).

Di atas dari tiga Dewan dan JKPP, PAS mempunyai satu entiti yang amat istimewa, yang paling tinggi hierarkinya dalam parti – iaitu Majlis Syura Ulamak (MSU). Keahlian MSU tidak dipilih melalui Muktamar setiap dua tahun sekali, tetapi dilantik untuk tempoh maksimum selama lima tahun, yang terdiri daripada seorang Mursyidul Am, seorang Timbalan Mursyidul Am, seorang Setiausaha dan tidak lebih 14 orang ahli MSU – rujuk Fasal 8(2) Perlembagaan PAS.

Fasal 8(3) memperihalkan syarat-syarat keahlian MSU yang dilantik – iaitu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (al-Usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias.

Persoalan mungkin timbul kenapa perlunya kewujudan MSU, sebagai badan tertinggi dalam PAS? Inilah yang membezakan PAS dengan parti-parti lain, kerana PAS bukan parti politik semata-mata. Ia adalah gerakan dakwah yang menumpang teduh dibawah kerangka demokrasi. MSU menjadi benteng yang akan memastikan matlamat Hukum dan Kekuasaan di bawah Fasal 7 (1) dapat dipertahankan – Hukum yang tertinggi dalam pegangan PAS adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak Ulamak dan Qias.

Ringkasnya, apa-apa saja yang melibatkan hukum dan pematuhan syarie termasuk soal Tahaluf Siyasi adalah merupakan subjek yang berada dalam bidangkuasa MSU, kerana tahaluf siyasi adalah melibatkan hukum tertinggi PAS.

Tahaluf Siyasi

Dalam membicarakan isu ini, saya berkesempatan meneliti semula Kertas Kerja – Tahaluf Siyasi: Garis Panduan Dari Perspektif Islam.

Pimpinan Pas yang baharu suka main-main, kata DAP

KUALA LUMPUR - Kepimpinan baharu Pas dilihat bersikap 'acuh tak acuh' dan tidak serius untuk melaksanakan usul yang diterima dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, selagi mana mereka belum mengarahkan ahli Pas meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, selagi itu parti itu dilihat hanya sekadar 'main-main'.

"Saya rasa itulah kedudukan sekarang dan selagi mereka belum arahkan dia punya wakil-wakil untuk letak jawatan, maka saya rasa mereka sekarang hanya main-main saja.

"Saya harap mereka ini menunjukkan maruah politik masih wujud di kalangan kepimpinan baharu Pas," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, rakan komponen PR itu juga dilihat semakin mengelirukan apabila Pas boleh menerima usul tanpa bahas mengenai cadangan Dewan Ulama Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Sekarang ini kita pun tak pasti Pas buat keputusan akan diteruskan atau tak dikekalkan.

"Adakah sekarang dia cakap sebenarnya bukan terima tapi rujuk, buat kita semua keliru," ujarnya.

Dengar dulu sebelum gesa Exco letak jawatan - Mohd Amar


Mohd Amar 

KOTA BAHARU - DAP perlu mendengar penjelasan terperinci Pas sebelum terburu-buru menggesa anggota Pas meletakkan jawatan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, DAP tidak seharusnya melontarkan sebarang pandangan tanpa memahami usul yang dibawa Dewan Ulama parti itu mengenai tindakan memutuskan hubungan dengan DAP, semasa Muktamar Tahunan Pas ke-61 minggu lepas.

Beliau berkata, ini kerana Majlis Syura Ulama Pas belum membuat sebarang keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.

"Itu masalah dia (DAP yang mengambil serius usul putus hubungan), bukan masalah kita.

"Dia sepatutnya kena faham dulu kerana keputusan itu (putus hubungan) belum muktamad dan hanya cadangan. Malah, Majlis Syura Ulama belum bermesyuarat lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Islam di sini malam tadi.

Mohd Amar melahirkan rasa kesalnya terhadap reaksi DAP dengan berkata:"Yang menjadi masalah sekarang ini, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) sudah mendahului seperti pepatah Inggeris, 'jump the gun' tanpa mendapatkan penjelasan daripada kami".

DAP yang celupar dulu, kata Pas Selangor

SHAH ALAM –  DAP lah yang memulakan kekeruhan ini apabila menunjukkan segala penentangan terhadap prinsip dasar Pas dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan secara terbuka, selain melakukan serangan bertubi-tubi terhadap Presiden Pas, kata Setiausaha Dewan Ulama Pas Selangor, Muhammad Najhan Halim.

Malah dakwanya, DAP juga tidak beradab kerana mencampuri pemilihan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, baru-baru ini.

“Usul ini tiada berkepentingan yang lain melainkan melihat masa depan survival perjuangan Islam dan Pas sebagai satu amanah agama ke atas orang Islam yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian masyarakat bahkan mungkin sebahagian kecil ahli Pas sendiri terkeliru.

“Usul ini juga sudah tentu menimbulkan reaksi daripada pihak DAP yang sepatutnya mampu menjangkakan bahawa dengan beberapa bilangan tindakan mereka sebelum ini adalah provokasi negatif terhadap Pas sehingga timbulnya usul ini,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Sehububgan itu katanya, DAP wajar menoleh ke belakang untuk melihat keceluparan tindakan dan sikap mereka yang telah mencalarkan persepakatan bersama dalam PR.

Penganalisis: Komitmen PKR jadi ‘orang tengah’ mampu selesai kemelut DAP-PAS

Grafik Selangor-PakatanSHAH ALAM, 10 JUN: Komitmen berterusan PKR menjadi orang tengah dalam penyelesaian pergeseran antara PAS dan DAP adalah usaha terbaik demi memastikan Pakatan Rakyat (Pakatan) kembali di posisi sebenar sebagai parti harapan rakyat.
Penganalisa Politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata usaha itu hanya akan berjaya selagi PAS dan DAP akur menamatkan perbalahan dan kembali bersama membawa aspirasi rakyat seterusnya melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Bukan soal PAS keluar Pakatan sertai Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan kerana itu soal kedua. Malah, jika PAS dipecat dari Pakatan, belum tentu lagi parti itu sertai Umno.
“Pokoknya, marah DAP kepada PAS hanya membuka peluang dan ruang untuk Umno-BN menyaksikan Pakatan tumbang. Itu menguntungkan mereka.
“Dalam hal ini, peranan yang dibawa PKR untuk memulihkan kedua parti itu melalui meja rundingan amat tepat dan menghormati rakyat yang punya harapan tinggi kepada mereka,” katanya kepada Selangor Kini.
Mohamad berkata, sewajarnya Pakatan melihat krisis (DAP-PAS) itu sebagai peluang untuk bermuhasabah diri sebelum kembali bersama sebagai sebuah gagasan yang kukuh untuk berdepan Umno-BN pada PRU-14.
“Pakatan berjaya capai objektif jangka pendeknya dengan menguasai sebahagian negeri bagi membentuk kerajaan.

Rakyat ragu dengan pendirian terkini PAS, kata penganalisis

Rakyat ragu dengan pendirian terkini PAS, kata penganalisisKUALA LUMPUR: Keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP namun kekal bersama PKR dalam pakatan pembangkang, hanya menimbulkan keraguan rakyat tentang hala tuju sebenar parti itu, demikian menurut seorang ahli akademik.

Merujuk usul Dewan Ulama yang diluluskan semasa Muktamar Tahunan PAS ke-61 pada Sabtu lepas, pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Dr Mohamad Faisol Keling berpendapat keputusan PAS  turut menimbulkan persoalan tentang status dan kekuatan pengaruh parti, yang memperjuangkan Islam dalam pakatan.

"Dengan mengambil keputusan sebegitu, adakah PAS yang digambarkan membawa imej Islam mampu diyakini untuk dihormati dan didengari pendiriannya atau adakah PAS hanya bersifat menuruti keputusan rakan dalam gabungan pakatan?

"Pendirian sebegini jelas menunjukkan hala tuju PAS adalah meragukan," katanya kepada Bernama.

Pada muktamar berkenaan, usul yang dibawa itu diputuskan untuk diterima tanpa bahas ekoran beberapa kenyataan beberapa pemimpin DAP yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menerima keputusan PAS itu kemudian menggesa agar semua wakil PAS yang berkhidmat di bawah kerajaan Negeri Pulau Pinang meletak jawatan, di samping mengeluarkan kenyataan bahawa DAP tidak memerlukan orang tengah bagi menyelesaikan perselisihan antara dua parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Usul pada muktamar PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berpendapat PAS tidak akan berpatah balik mengenai usul putus kerjasama dengan DAP, dan cubaan PKR untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan DAP dan PAS adalah usaha sia-sia.

Mengulas lanjut, Mohamad Faisol berkata keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP secara tidak langsung membuktikan bahawa PAS sudah 'tidak tahan' dengan kerenah DAP yang tidak menghormati parti itu meskipun PAS selama ini  cuba menafikannya.

'DAP hanya putuskan hubungan dengan Hadi, bukan PAS' - Guan Eng

'DAP hanya putuskan hubungan dengan Hadi, bukan PAS' - Guan Eng
KUALA LUMPUR: DAP hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan bukannya parti itu sendiri.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mereka tidak pernah memutuskan apa-apa hubungan dengan PAS dan Abdul Hadi itu tidak mewakili parti itu secara keseluruhan.

“Anda perlu tahu bahawa Pakatan Rakyat tidak hanya terdiri dari Hadi, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia terdiri dari PAS, PKR dan DAP… adakah anda ingin katakan Pakatan Rakyat terdiri dari ketiga-tiga individu ini?

"Jika PAS tidak memahami prinsip asas ini dan saya tak boleh buat apa,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelas Guan Eng, DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi sebagai individu dan bukannya sebagai parti.

Beliau dalam pada itu juga mendakwa bahawa kemungkinan PAS adalah punca yang menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Guan Eng  mengakui bahawa perletakan jawatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam pentadbiran negeri itu, merupakan satu kehilangan.

Mana lutut, siku kamu PAS?

nasruddin_hassan_MUKTAMAR_PAS_61ST_040615_TMINAZIRSUFARI_21KUALA LUMPUR, 10 JUN: “Mana siku dan lutut sekarang?” tanya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang media di parlimen hari ini.
Guan Eng menjawab soalan daripada wartawan yang bertanya mengenai kemungkinan kerajaan Pulau Pinang bersikap terbuka jika PAS melakukan pusingan U berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP.
Komen spontan Guan Eng itu kemudian disambut dengan ketawa oleh wartawan dan beberapa ahli parlimen DAP yang hadir.
Kata Guan Eng, beliau enggan membuat sebarang komen berhubung keadaan yang belum berlaku.
Dalam muktamar tahunan PAS minggu lalu Ahli Parlimen Temerloh yang diketahui penyokong kuat kumpulan konservatif, Nasruddin Hassan meminta DAP tidak memandang rendah kumpulannya.
Kata Nasruddin, walaupun berjubah dan berserban, mereka memiliki lutut dan siku – sindiran kononnya kumpulan itu tetap bersemangat tinggi dan berani.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kepimpinan baru PAS bertanggungjawab mengembalikan maruah parti Islam itu ekoran terlajak meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP di muktamar baru-baru ini.
Menurutnya untuk memutuskan hubungan dengan rakan sekutu Pakatan adalah satu kerugian dan keputusan yang besar.

TIDAK HERANLAH jika kepala2 UMNO/BN disumbatkan dalam syarikat2 GLC di M'sia.

Maka senanglah dana2 rakyat dipergunakan oleh si 'penyangak2 negara' demi menyelamatkan syarikat2 yg nazak berhutang..

Kenapa PAS K Terengganu tak cabar bubar DUN Selangor?

amzadGEORGE TOWN,10 JUN: Cabaran Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Ahmad Amzad supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan dianggap cakap tidak serupa bikin oleh Ketua DAPSY negeri itu, Ng Wei Aik
Kata Wei Aik, Ahmad hanya berani mencabar kerajaan Pulau Pinang tetapi mengapa tidak membuat kenyataan sama untuk Selangor.
Adakah Amzad berani cabar bubar DUN Selangor?
“Adakah kerana PAS hanya mempunyai satu kerusi saja di Pulau Pinang?” katanya.
Wei Aik juga bertanya sama ada Ahmad berani untuk membuat cabaran serupa itu kepada kerajaan Selangor.
Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor dan tiga daripada mereka dilantik menjadi exco.

“ Duit 1MDB Pi Mana?”

Oleh Abu Hassan Adam
Apabila memperkatakan mengenai IMDB, aku merasakan ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan seperti aku. Hanya tahu menyebut IMDB tetapi tak tahu apa dia ‘biji buahnya’. Apabila satu pihak kata duit IMDB hilang aku ‘angguk’. Kemudian ada pula pihak yang mengatakan bahawa duit IMDB itu tak hilang, aku ‘angguk’ juga. Inilah ‘ragam’nya jikalau ‘tak bersekolah’. Ataupun ke sekolah pergi tapi ‘tidur’ ketika guru mengajar.
Aku juga merasakan bahawa ramai ahli Parlimen serupa aku juga, tak faham secara mendalam mengenai IMDB. Dan mungkin mereka pura-pura faham tetapi sebenarnya tak faham, sebab berkemungkinan mereka lebih banyak memikirkan projek dan keuntungan yang boleh diperolehi dari sesuatu projek. Mungkin. Begitu juga dengan para Menteri kabinet kita. Ada yang betul-betul tahu tetapi pura-pura tak tahu (agaknya ler). Ada yang sememangnya betul-betul tak tahu (tidaklah bodoh sangat) tetapi malu untuk bertanya kerana sudah bertaraf Menteri. Olehkerana aku tak begitu tahu dan faham tentang perjalanan IMDB, maka aku mengharapkan ‘pertolongan’ daripada orang yang lebih tahu untuk menjelaskan mengenai IMDB. Dengan sebab itulah aku selalu ‘merujuk’ kepada YB Rafizi Ramli, YB Tony Pua. Dan untuk lebih faham lagi mengenai sesuatu isu dirujuklah penjelasan Tun Mahathir kerana penjelasan beliau macam penjelasan ‘orang kampung’. Senang faham. Aku baca juga penjelasan pihak kerajaan, dari Menteri Kewangan 11 misalnya menyebabkan aku semakin tak faham. Arul Kanda juga memberikan penjelasan. Lagi aku tak faham. Nasib baik ada ‘anak-anak’ seperti Rafizi dan Tony Pua yang sentiasa mempersoalkan sesuatu isu demi kepentingan negara.
Yang agak menghairankan aku juga ialah tentang sikap pihak berkuasa kita yang senyap sesenyapnya. Tun Mahathir ada mempersoalkan hal sebegini. “ The money belongs to the people. It is the duty of the police, the anti-corruption agency to investigate the complaints and the reports that has been made – including by Bank Negara. But the agencies have not investigated” Betul juga kata Tun Mahathir itu. Duit IMDB adalah duit rakyat. Titik peluh rakyat. Sepatutnya pihak-pihak yang disebutkan di atas harus bergerak dan menyiasat. Bukan untuk mencari kesalahan tetapi untuk membetulkan keadaan. Takkanlah nak harapkan orang FELDA nak menyiasat perkara sedemikian. Mereka sibuk menoreh atau mengait kelapa sawit. Ataupun takkanlah nak mengharapkan petani di Kedah untuk menyiasat IMDB kerana mereka juga sibuk di bendang menanam padi atau menghalau burung yang memakan padi mereka.

Amanah Raya ‘pinjamkan’ 1MDB RM2 bilion

Satu lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa memberi pinjaman RM2 bilion kepada syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini.

Pinjaman itu, kata Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik, masih belum dibayar balik dan memberi kesan kepada aliran tunai Amanah Raya Berhad (ARB).

Memetik "maklumat sulit" daripada "sumber dalaman", beliau berkata ARB mengeluarkan RM2 bilion kepada 1MDB selepas Ahli Parlimen Kepala Batas Barisan Nasional Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik pengerusi pemegang amanah syarikat pada 1 Januari tahun lepas.

Beliau mendakwa pinjaman itu berkadar faedah tahunan sebanyak 4%, dimeterai melalui "bil IOU" yang dikeluarkan oleh ARB.

Ng bagaimanapun, tidak mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaan itu. Tindakan itu menurutnya menjejaskan aliran tunai ARB kerana aset bersih syarikat itu sebelum pinjaman dikeluarkan berjumlah RM7.5 bilion, yang mana 35% atau RM2.6 bilion adalah wang tunai.

Selebihnya, adalah hartanah yang merupakan 20% daripada aset bersih ARB, bon dan pendapatan tetap (30%), saham (10%) dan aset lain (5%). "Pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB itu adalah daripada aset tunai ARB sebanyak RM2.6 bilion, menyebabkan syarikat itu menghadapi masalah aliran tunai yang besar.

Cabaran kepimpinan baharu PAS

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
KEPUTUSAN pemilihan kepimpinan PAS Pusat bagi sesi 2015/2017 telahpun sedia dimaklumi. Kalangan yang dikatakan pro ulamak dan kuat mempertahankan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kedudukan Presiden; menyapu bersih semua jawatan yang dipertandingkan. Hal yang sama berlaku dalam Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Alhamdulillah, semua pihak yang bertanding dan yang menyokong dapat menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Tiada bantahan ala ‘Blackout 501’ kerana membantah kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia selepas PRU13 lalu. Tiada juga kedengaran ada pihak yang mahu kemuka petisyen. Semua pihak berpuashati bahawa pemilihan telah berlaku dengan sempurna. Nampaknya tuntutan perlembagaan PAS untuk memilih kepimpinan Pusat dalam Muktamar telah ditunaikan.
Cuma bagi pemerhati politik di luar PAS agak terkejut kerana keputusan seolah-olah satu tsunami kalangan pro-ulamak menyingkirkan habis individu yang dianggap profesional yang secara peribadinya mereka sudah sinonim dengan kepimpinan PAS.
Sebahagian besar mereka mula menapak dalam kepimpinan PAS sejak zaman Almarhum Haji Yusof Rawa dan Almarhum Dato’ Fadzil Noor.
Apapun, itulah wajah politik. Seni dalam politik bersifat serba mungkin. “Tiada yang mustahil dalam politik,” ungkap bekas Timbalan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Hasan Shukri.
Dari satu aspek, kemenangan menyeluruh satu pasukan pro ulamak dan pro Presiden seperti yang berlaku, memudahkan PAS membuat apa-apa keputusan penting parti.
Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad, “Halatuju akan lebih jelas, satu arah, satu matlamat, apabila semua macam itu ia memudahkan kerja.”
Dato’ Dr Mahfudz mendedahkan, sewaktu golongan profesional dominan dalam kepimpinan PAS Pusat dahulu, keputusan sukar dibuat kerana kumpulan profesional mampu berhujah berlandaskan fakta.
“Sebab itulah Tok Guru (Presiden) kadang-kadang terpaksa buat keputusan sendiri, beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja (kerana) kalau dibawa kepada AJK PAS Pusat memang kalah.”
Untuk jangkamasa sekurang-kurang dua tahun ini, kepimpinan PAS Pusat tidak lagi akan dilihat berkonflik. Apa saja keputusan akan didokong serta dipertahankan secara bersama.
Tiada lagi adegan serang menyerang antara individu dalam kepimpinan tertinggi parti. Ahli-ahli juga akan berasa selesa kerana hanya mendengar dan menerima satu arahan yang seragam.
Apapun, kepimpinan baru yang terpilih tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan beberapa cabaran yang mesti diatasi. Apa yang berlaku bukan persis pertukaran parti yang memerintah kerajaan. Ia cuma pertukaran satu set kepimpinan dalam parti y a n g ahli-ahlinya adalah orang yang sama seperti sebelumnya.

Ahli PAS mula keluar parti?

Khabar angin anggota PAS meletakkan jawatan, kerana meragui hala tuju parti Islam itu selepas kumpulan progresif kalah besar dalam pemilihan minggu lalu, mula tersebar meluas.

Selepas kes dikatakan di Kedah, PAS Sarawak juga dikatakan berdepan keadaan sama.

Setelah dihujankan soalan bertalu-talu,Yang Dipertua PAS Santubong, Andri Zulkarnaen Hamden menjadi pihak pertama tampil menafikan perkara itu.

“Saya telah menerima berbagai pertanyaan secara lisan dan mesej bertalu-talu tentang isu yang berlaku yang menimpa kepimpinan PAS negeri Sarawak baru-baru ini.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa semua spekulasi yang disebut itu hanyalah khabar-khabar angin yang sudah di rencah perisa,” katanya.

Khabar angin itu bermula beberapa hari lalu walaupun identiti pemimpin negeri yang dikatakan akan keluar PAS itu tidak dinyatakan.

Seorang bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini memberitahu Malaysiakini, individu itu telah menyerahkan borang keluar parti kepada pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur.

Mesyuarat PAS malam ini akan berlalu saja?

Pemimpin-pemimpin kanan PAS menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu berhubung kerjasama dengan DAP.

Malah, pada mesyuarat pertama jawatankuasa pusat parti Islam itu malam ini, perkara isu hala tuju PAS bersama DAP mungkin tidak akan dibincangkan.

Menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mesyuarat pada malam ini hanya memfokuskan agenda pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat yang baru serta pembentukan biro-biro parti.

"Mesyuarat pertama adalah untuk pelantikan AJK Pusat serta pembentukan lajnah (biro) sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

Bagi naib presiden baru Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula, urusan itu perlu diputuskan oleh Majlis Syura terlebih dahulu sebelum dibincangkan jawatankuasa pusat.

Bagaimanapun, Timbalan menteri besar Kelantan itu juga berkata, terpulanglah kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika mahu membincangkan perkara itu malam ini.

"Tak tahu (sama ada akan dibincang). Itu atas (keputusan) presiden.

"Saya tak tahu (mesyuarat Majlis Syura), saya bukan dalam Majlis Syura. Sebab cadangan itu dibuat Dewan Ulama dan Majlis Syura yang akan bermesyuarat.

"Selepas itu mereka (Majlis Syura) akan maklumkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS," katanya.

Bila Majlis Syura bersidang?

Selepas muktamar, pengarah pilihan raya PAS Sarawak keluar parti

PAS menerima tamparan hebat selepas muktamar ke-61 baru-baru ini apabila Pengarah Pilihan Raya Sarawak Mohd Fidzuan Zaidi mengambil tindakan keluar daripada parti itu menjelang pilihan raya negeri tidak berapa lama lagi.

Fidzuan keluar PAS beberapa hari selepas kumpulan profesional dibersihkan daripada parti Islam dalam muktamar paling sengit itu.

"Saya juga mendengar mengenainya tetapi saya akan semak perkara ini dengan pesuruhjaya PAS negeri sebelum dapat mengesahkannya," kata Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak Abang Ahmad Kerdi Abang Masagus kepada The Malaysian Insider.

Abang Ahmad sebelum ini dalam tulisannya juga menolak sebarang pelantikan dalam PAS di peringkat pusat dan negeri selepas ditewaskan secara "block" oleh kumpulan pro Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan, Fidzuan sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada setiausaha agung PAS secara pos selain menghantar salinannya melalui faksimile Isnin lepas.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata, tidak tahu mengenainya kerana tidak masuk ke pejabat selepas muktamar kerana jawatan beliau sekarang masih tergantung. PAS hanya akan melantik setiausaha agung baharu dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat malam ini.

Usul muktamar: Pemimpin DAP tidak perlu gopoh


KUALA LUMPUR: PAS mengharapkan supaya pemimpin DAP tidak gopoh untuk mengeluarkan kenyataan sehingga mengeruhkan suasana mengenai usul Dewan Ulamak PAS pada Muktamar PAS Ke-61, minggu lalu.
"PAS meminta supaya semua pihak bersabar dengan tidak mengeluarkan kenyataan yang mengeruh suasana dan memanaskan iklim politik di negara ini," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, kenyataan Lim Guan Eng yang meminta supaya semua penjawat lantikan politik di Pulau Pinang meletak jawatan satu kenyataan yang akan mengeruhkan lagi keadaan.
"Biarlah pimpinan PAS yang mengendalikan isu ini dengan baik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Baginya, tidak perlulah kenyataan itu dikeluarkan kerana ia memberi kesan politik jangka panjang dan persepsi buruk terhadap DAP dalam kalangan orang-orang Melayu.
Jelas beliau, selama ini PAS cuba membetulkan persepsi buruk bahawa DAP bukan parti yang anti Melayu dan Islam, walau pun PAS dipandang buruk oleh orang-orang Melayu terutama di luar bandar.
"Tetapi atas semangat setia kawan dalam tahaluf, PAS tetap pertahankan," ujarnya lagi.

Muktamar 61: Ulama kukuhkan kedudukan dalam parti



PEMILIHAN barisan pemimpin PAS untuk penggal 2015-2017 telah berjalan dengan lancar, dengan hasil keputusan yang sedikit sebanyak telah dijangka tetapi tetap mengejutkan termasuk kepada kelompok yang telah lama melakukan persediaan untuk memastikan penguasaan pemimpin-pemimpin mendukung kepimpinan ulama.

Barisan pemimpin berubah hampir sepenuhnya, melibatkan perubahan timbalan presiden, tiga naib presiden dan kekalahan ramai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, perubahan ketua sayap Pemuda dan tiga jawatan ketua, timbalan dan naib Dewan Muslimat.

Sejak perubahan besar-besaran kepimpinan Dewan Pemuda pada Rabu 3 Jun, perubahan landskap kepimpinan PAS  secara keseluruhan telah kelihatan. Pengundian secara blok menyaksikan pasukan Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat, calon Timbalan Ketua Pemuda Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan calon Naib Ketua Nor Azman Mohamad tewas dengan jumlah undi yang agak besar, dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda dimenangi oleh pemimpin-pemimpin Pemuda yang mendukung kepimpinan ulama.

Tidak seperti pemilihan penggal 2013-2015 yang menyaksikan undi tidak sepenuhnya secara blok walaupun pemimpin-pemimpin proulama Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ir Khairil Nizam Khiruddin mendapat jumlah undi yang selesa tetapi Suhaizan memperoleh kemenangan, undi tahun ini menunjukkan pembahagian yang jelas.

Keputusan pertandingan satu lawan satu dalam Dewan Pemuda daripada pengerusi tetap hingga naib ketua pemuda menunjukkan satu jumlah rendah yang hampir sama diperoleh kumpulan Suhaizan, dengan jumlah tertinggi tidak menghampiri 300 undi.

Keputusan Dewan Muslimat meneruskan trend pengundian secara blok apabila calon Ketua Muslimat Ustazah Nuridah Salleh, calon Timbalan Ketua Dr Rosni Adam dan calon Naib Ketua Salamiah Md Nor menewaskan penyandang, Ketua Muslimat Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Dr Siti Mariah Mahmud dan Naib Ketua Mumtaz Mohd Nawi.

Dewan Muslimat dilihat sesetengah pihak sebagai kayu ukur yang akan menunjukkan sejauh mana kelompok konservatif proulama berjaya dalam memenangkan pemimpin-pemimpin proulama dalam pemilihan kali ini. Ada yang menjangka calon-calon proulama berdepan cabaran paling getir dalam Dewan Muslimat, ekoran pengaruh kuat Ketua Muslimat Ustazah Siti Zailah dan pasukannya Dr Mariah dan pemimpin popular Muslimat di Kelantan, Mumtaz.

Pada Khamis, 4 Jun, keputusan pertandingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengesahkan lagi pengundian secara blok oleh pendukung kepimpinan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama.

Keputusan Tuan Guru Abdul Hadi memperoleh 928 undi berbanding hanya 233 diperoleh Ustaz Ahmad Awang menegaskan sokongan kuat kepada Tuan Guru Presiden yang telah berdepan cabaran getir termasuk usaha pembunuhan karekter sejak dua pilihan raya umum yang lalu.

Jumnlah undi rendah Ahmad Awang berbanding undi diterima penyandang Timbalan Presiden Mohamad Sabu - sebanyak 279 undi - dan calon-calon AJK Pusat dari kelompok yang sama yang tewas menunjukkan Ahmad Awang tidak mendapat sokongan penuh daripada blok yang tidak menyokong Tuan Guru Abdul Hadi.

Pelik, Umno gembira dengan hasil muktamar ke 61

Pada tahun 1981, saya dilantik menjadi exco Dewan Pemuda PAS pusat setelah tiga tahun menjadi ahli PAS.

Ia hasil cadangan Subky Latif yang menjadi setiausaha Pemuda pada waktu itu dan Mustafa Ali sebagai ketuanya.

Pada tahun 1983, saya dilantik menjadi ketua Pemuda Pulau Pinang dan terus menjadi AJK Pemuda PAS Pusat.

Dan pada 1983 juga saya menjawat jawatan sebagai Setiausaha Pemuda PAS Pusat.

Setelah beberapa penggal sebagai exco pemuda, saya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Pusat (waktu itu tiada timbalan) di bawah Abu Bakar Chik.

Wan Ismail (sekarang YDP Ketereh) mencabar saya jawatan Naib - saya terus dipilih sebagai Naib.

Hubungan saya dengan Wan Ismail berjalan baik bahkan selalu berceramah di pentas yang sama, sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan.

Menjelang tahun 1990, saya pula mencabar Abu Bakar Chik untuk jawatan ketua Pemuda PAS Pusat. Saya tewas, saya terus bersama dengan Abu Bakar Chik dalam berbagai program sama ada ceramah, demonstrasi atau program dalaman parti.

Pada tahun 1993, saya dipilih melalui muktamar sebagai AJK Pusat setelah gagal percubaan kali pertama.

Pada tahun 1995, saya diminta oleh PAS Pusat di bawah pimpinan Ustaz Fadzil - melalui perutusan Halim Arsyad dan Datuk Hisyamuddin Yahya supaya saya melepaskan jawatan sebagai AJK Pusat kerana terlibat dalam tuduhan khalwat.

Saya akur dan melepaskan semua jawatan dalam parti.

'DAP: Kami tak akan pecat wakil PAS'

Pulau Pinang tidak akan memecat wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang kerana keputusan itu mungkin berubah, kata ketua menterinya Lim Guan Eng.

“Adakah ini yang PAS mahu? Adakah mereka akan buat pusingan u selepas itu?” soal Lim yang juga setiausaha agung DAP.

“Saya rasa mereka acah-acah saja sekarang,” katanya menjawab soalan pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor Muhammad Najhan Halim mencabar Pulau Pinang memecat kesemua anggota parti Islam itu yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu.

DAP sebelum ini menggesa kumpulan itu berundur bagi diisi orang Melayu yang lain setelah muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Sekarang kami pun tidak pasti sama ada PAS akan kekalkan keputusan itu atau tidak,” kata ketua menteri.

UMNO IKUT PAKSI MANA ???


Ahmad rancang pertemuan penyandang yang kalah

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang merancang untuk mengadakan satu pertemuan pada minggu depan di antara mereka yang kalah dalam pemilihan PAS minggu lalu.

Katanya, memandangkan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS, beliau masih boleh berkhidmat dari luar parti bersama mereka yang tewas dan bukan dengan cara bersendirian.

“Kita sebagai ahli, kalau tidak boleh dari dalam parti, jadi dari luar parti, kita cadang beri pandangan (pada PAS) tapi tidak bersendirian.

“Kita cadang yang tersingkir dan ditolak adakan perbincangan mengenai apa yang berlaku selepas muktamar, jadi kita akan bincang nanti.

"Kalau secara bersendirian, ia tak berkesan,” kata Ahmad Awang ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahmad mencabar jawatan presiden PAS dalam pemilihan parti itu minggu lalu.

Beliau tewas di tangan penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi.

Calon golongan ulama menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu.

'Kalau Nik Aziz masih ada, PAS mungkin tak putus hubungan dengan DAP'

Sekiranya bekas mursyidul PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ada, parti Islam itu mungkin tidak akan memutuskan hubungan dengan DAP, kata bekas naib presiden, Ahmad Awang.

“(Tidak berani putus) kerana masa tu (Nik Aziz masih ada) mereka (pimpinan PAS) tidak berani dengan Nik Aziz.

"Jadi bila Nik Aziz dah tiada (hubungan diputuskan),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketika ditanya mengapa keputusan ini diambil secara terburu-buru, beliau mendakwa ia kerana golongan tersebut sudah lama menginginkan ia berlaku.

Ahmad berkata, persidangan Multaqa Dewan Ulama dua tahun lalu, turut menunjukkan tanda-tanda awal PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat apabila golongan ulama itu mengadakan perbincangan ‘perlu dikaji hubungan PAS dalam Pakatan’.

Bagaimanapun, dakwanya, selepas dikritik hebat, golongan ulama itu menukar kenyataan - dari ‘perlu dikaji kepada mahu dikaji - bagi tujuan memperbaiki hubungan dalam Pakatan.

Ahmad merupakan pencabar jawatan presiden PAS dalam pemilihan minggu lalu.

PAS untuk semua ulama

Arafat Hambali


Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pilihanraya yang pertama saya mula membuang undi. Masih segar di ingatan bagaimana saya terlibat secara dekat dan turut serta berkempen semasa sebelum PRU13 lalu.
Saya juga masih ingat ketika itu lebih kurang jam 11 malam bas yang dinaiki saya tiba di Terminal Bas Kangar lalu dijemput kawan dan terus pulang.
Sewaktu melintasi jalan raya perang poster hebat sekali, tidak kurang juga di kampung saya. Masih kekal juga dalam ingatan saya, setibanya di muka pintu rumah selepas bersalaman dengan ayah, tanpa menukar baju, mandi atau menjamah sebarang makanan hanya menukar selipar, saya terus bergegas ke markas PAS yang terletak di hadapan jalan kampung.

Setibanya di markas PAS, saya dan beberapa orang rakan diketuai seorang calon PKR kawasan saya mula mengatur program. Malam tersebut kami berkonvoi dari kampung ke kampung untuk berkempen. Dari kampung yang dihuni penduduk Siam sehinggalah perumahan warga Felda. Ketika itu PKR meletakan calon mereka bagi mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan saya dan PAS meletakkan calonnya bagi mewakili Parlimen kawasan saya.
Begitu juga malam-malam seterusnya semasa ambang PRU13, kami memeriahkan markas PAS dengan pelbagai aktiviti.
Wakil PAS dan PKR duduk di bawah khemah yang sama. Pernah satu malam, rakan saya dihantar ke wad kecemasan pada malam ambang PRU13 kerana jarinya luka terkena buluh semasa menggantung bendera PAS. Tanpa sebarang kos yang ditaja kami bergegas ke hospital.
Masih segar juga di ingatan saya, sewaktu saya masih menetap di Shah Alam sebelum saya pulang ke kampung, beberapa bulan sebelum PRU13, saya turut bersama di dalam satu program di sebuah Felda di Selangor.
Program yang menghimpunkan seniman. Menggunakan seni sebagai paksi perlawanan dan menyedarkan masyarakat Felda tentang ketidaktelusan siasah pada masa itu.
Ketika itu saya masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di Shah Alam. Saya juga masih ingat di suatu program, saya berdiri dan melantunkan beberapa puisi di atas pentas PAS bersama beberapa orang tokoh parti itu seperti Anbakri Haron, Muhaimin Sulam dan beberapa rakan aktivis daripada Puisi Jadi Senjata.
Dengan slogan “PAS For All” pada ketika itu, saya begitu senang dan berharap PAS dapat merubah sesuatu untuk perkembangan politik negara ditambah pula apabila mereka begitu berlapang dada menerima beberapa tokoh daripada DAP menggunakan tiket PAS untuk bertanding apabila desas-desus kencang mengatakan DAP bakal diharamkan.
Hari ini, pergolakan dalaman PAS begitu menakutkan saya, saya tidak kisah jika MIC yang bergolak kerana parti itu secara terang-terangan tidak memiliki Majlis Syura dan Ulama.
Namun, pergolakan tersebut terjadi di dalam jemaah yang bergelar parti Islam dan ia semakin meruncingkan. Apakah mereka melupakan apa yang diperjuangkan tokoh terdahulu? Allahyarham Dr Burhanuddin al Helmy? Bukankah beliau mewakili semua?
Allahyarham juga senang dikenali sebagai profesional, boleh juga berstatus ustaz. Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, bukankah beliau pernah memperkenalkan konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional?.

Inspirasi dari muktamar, sebuah parti baru

Riesya H

Usai Muktamar PAS 2015, terdapat ura-ura untuk menubuhkan parti baru, rentetan daripada kekalahan calon “progresif” kepada calon “konservatif”.

Walaupun pada saya, label tersebut merupakan satu penghinaan, namun ia perlu bagi membezakan idealisme kedua-dua kelompok yang barada dalam PAS.

Bagaimanapun, maqalah kali ini tidak bertujuan untuk menghurai lanjut berkenaan kedua-dua kelompok tersebut. Fokus utama maqalah kali ini adalah idea untuk menubuhkan parti baru.

Penubuhan parti baru, bukanlah sesuatu yang baru.

Suara menubuhkan parti baru, sudah pun berkemundang apabila masyarakat sudah hilang kepercayaan kepada Umno yang korup dan kepada PAS yang mundur.

Fakta kes yang menyokong sifat yang saya letakkan di atas terlalu banyak, namun ia sekali lagi, lebih sesuai dirungkai dalam maqalah yang berasingan.

Akibat daripada kekeliruan untuk memilih parti Melayu-Islam yang benar-benar kompeten membawa aspirasi rakyat, maka terbentuklah satu kelompok yang bukan sahaja bersuara, bahkan sudah cuba menubuhkan parti baru tersebut.

Antara hujah atau sebab yang digunakan bagi mendapat sokongan parti baru ini adalah:

1. Larangan Islam terhadap pemilihan orang kafir sebagai pemimpin.

2. Undang-undang Islam yang tidak dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia.

3. Peningkatan wakil rakyat bukan Islam di Parlimen.

4. Iktibar rampasan kuasa bukan Islam terhadap negara Islam seperti di Singapura.

5. Calon parti sedia ada tidak cukup berwibawa. Namun begitu, idea menubuhkan parti baru kali ini mempunyai nada yang berbeza.

Jika dahulu, penubuhan parti baru tersebut mendapat tentangan daripada dalam dan luar PAS, namun kali ini, terdapat minoriti PAS yang mengalu-alukan penubuhan parti baru ini. Ini adalah rentetan daripada fitnah yang merebak di dalam PAS, bahawa kelompok progresif ini ada agenda tersembunyi untuk merampas parti dari dalam.

Fitnah ini dahulunya berjaya ditidurkan dengan beberapa wacana yang mewaraskan kembali pemikiran ahli PAS untuk menerima kelompok ini sebagai penimbang-tara terhadap kelompok ulama yang dilihat mempunyai kelebihan dalam berhukum dibandingkan dengan kerja medan.

Harmonisasi itu akhirnya melonjakkan nama PAS selepas parti ini berjaya mengungguli isu demi isu dengan penuh bijaksana. Sayang sekali, waktu akhir sebelum muktamar, fitnah ini dikejutkan semula dan berjaya meracuni majoriti perwakilan.

Hasilnya, kelompok progresif yang kelihatan sangat kecewa, mendapat desakan penyokong untuk menubuhkan parti baru manakala penyokong kelompok konservatif pula mendesak untuk keluar, agar saf PAS benar-benar bersih daripada kerja kotor “parasit”.

Sesaat sebelum pengebumian Pakatan

Farouk A. Peru

Seperti yang dijangkakan, Muktamar PAS nampaknya membunyikan loceng maut kepada Pakatan Rakyat (PR) yang memang pun setakat itu nampaknya telah nazak.

Saya tidak terkejut langsung sebenarnya. PR dimeterai dalam keadaan yang tidak dirancang langsung.

Selepas tsunami 2008 dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kemenangan besar DAP, PAS dan PKR membawa kepada barisan pembangkang yang baru iaitu Pakatan Rakyat.

 DAP pada masa itu mungkin terlalu khayal dengan kemenangan dan lupa yang 6 tahun sebelumnya, mereka dibelot dan dikhianati oleh PAS semasa zaman Barisan Alternatif.

Tetapi selepas PRU12 suasana nampaknya berubah.

Saya sendiri yang cukup sangsi dengan PAS pun terjual dengan retorik mereka.

PAS mula bercakap mengenai “welfare state” iaitu falsafah politik yang amat sosialis dan mementingkan kepentingan rakyat.

Hukum Arab kuno mereka dibelakangkan dan saya menyangka yang PAS akhirnya mengatasi retorik basi ini dan bergerak ke arah sistem yang lebih dekat kepada falsafah Al-Quran.

Malangnya sangkaan saya tersasar jauh.

Mungkin ada segelintir dalam kepimpinan PAS yang memang berniat untuk mengimplementasikan negara yang mementingkan kebajikan rakyat Malaysia tapi kebanyakan dalam kepimpinan PAS hanyalah ulama Islamofasis yang lebih memfokus kepada pergaulan antara lelaki dan wanita dan kalau umat Islam hadir ke masjid atau tidak.

Tujuh tahun telah berlalu dan perkahwinan politik di antara PAS dan DAP yang makin lama, makin merudum akhirnya terbawa kepada peringkat nazak lalu mati begitu sahaja tanpa perbincangan panjang dengan ucapan kemenangan pihak barisan ulama.

Mungkin ketiadaan karisma gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mempercepatkan proses ini.

Muktamar seperti pembersihan etnik Rohingya

Ahli PAS Sepang

Saya seorang ahli PAS Sepang. Dua ke tiga hari ini saya pening selepas muktamar dengan apa yang berlaku.

Saya kira muktamar ini pelik dan musykil itu yang saya pening dan keliru. Muktamar yang menjadi tak boleh bahas dan tak boleh buat keputusan.

Muktamar yang bukan seperti pemilihan sebenar, tetapi seperti pembersihan etnik Rohingya. Dan satu lagi, saya terfikir mengapa sebab talak itu walaupun Allah benarkan tetapi itulah perkataan yang paling tidak disukai, walaupun talak satu, talak due atau lagilah talak tiga.

Perumpamaan cerai atau talak ini, sama seperti kata dan usul Dewan Ulama untuk putus hubungan atau cerai dengan DAP, sekarang dah cerai dan sudah terlepas ucapan talak tiga, tapi masih nak duduk sebumbung, mana boleh camtu.

Tu yang PAS dilihat seperti nak cari Cina buta sekarang ini. Apa yang dicari sebenarnya? Keredhaan Allah atau laba dan pangkat serta jawatan?

Bagaimana rupa bentuk kabinet baru Pas ..!!

MSO

Malam ini Pas akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa yang pertama dipercayai untuk menyusun kabinet dan melantik pegawai parti untuk sessi 2015 hingga 2017. Mesyuarat iti dijangka akan membuat perlantikan Setiausahaka Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya Pas dan lain.


Takiyuddin: Setiausaha Agung.
 Kemungkin juga mesyuarat itu akan turut membuat perlantikan Pesuruhjaya negeri-negeri yang baru, sementara pengisian lujnan dimasa yang lain.

Sesuai dengan semangat kepimpinan baru yang menjadikan "mendapat keredhaan Allah" sebagai motto, sudah tentu mereka yang bakal dilantik nanti mempunyai daya istiqamah dan zuhud yang tinggi. Jika berdasarkan kepada motto berkenaan sudah tentu para pemimpin yang dibuang menerusi muktamar dua tiga hari lepas yang dibuat secara pukal, tidak akan dilantik mengisi jawatan-jawatan berkenaan.


Salahuddin: Pengarah SPR
Husam: Bendahari.
Alasannya, kalau mereka mempunyai daya istiqamah, zuhud serta wala' yang tinggi, pasti mereka tidak terpelanting dan syid dalam pemilihan itu. Hampir semua mereka yang digolongkan sebagai, golongan prolib, dan tidak menunjukkan wala' dan taksub kepada presiden, kalah dalam perebutan atau pertahankan jawatan.

Terdapat lebih 100 pimpinan yang diklasifikasikan sebagai anti ulama dan digelar dengan pelbagai nama-nama jelek, kalah yang boleh disifatkan disepak keluar dari hirearki Pas.

Apakah mereka itu akan teru dihilang dan dilupakan daripada hirerki Pas dibawah pimpinan baru ini atau tidak, ia akan terjawab apabila pembentukan kabinet Pas itu dibuat nanti. Sekiranya pimpinan baru Pas khasnya Presiden Abdul Hadi Awang, berasakan pemisahan kumpulan dalam Pas menerusi muktamar itu membahayakan Pas, sudah pasti pelantikan pegawai parti nanti akan mengambil kira mereka yang kalah.

Mereka yang kalah diberi ruang dan peluang untuk bersama membantukan parti dan sekaligus menafikan perebutan jawatan dalam Pas bukan suatu musibah dan perpecahan.

Sebaliknya kalau beliau rasa seronok dan yakin parti tidak akan mengalami kemesorotan nilai, beliau tidak akan mempedulikan mereka yang kalah, tidak akan mengambil mereka menduduki apa-apa jawatan dalam hireari Pas. Tindakan itu kelak menandakan Abdul Hadi yakin Pas mempunyai kekuatan yang cukup dan tidak memerlukan bantuan daripada golongan yang dianggap prolib itu.Pas itu larat dan mampu dipikulgolongan konsevertif.

Lebih 1,000 jawatan dipegang ahli PAS di Pulau Pinang

Jika PAS benar-benar memutuskan hubungan dengan DAP, ia akan hilang lebih 1,000 jawatan berkaitan kerajaan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini akan menyebabkan PAS kehilangan apa jua pengaruh yang ia ada sekarang ke atas kerajaan Pulau Pinang.


Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon (foto), Pulau Pinang telah melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu.

Walaupun jawatankuasa kampung cenderung mempunyai campuran anggota dari DAP, PKR dan ahli PAS, tetapi terdapat 56 jawatankuasa yang hampir eksklusif dianggotai ahli PAS.

"Jika terdapat kira-kira 16 orang dalam setiap jawatankuasa, itu kira-kira 900 orang," katanya.

Setakat ini, 15 ahli jawatankuasa kampung tertentu telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka, katanya.

"Saya telah menerima surat peletakan jawatan mereka dan setiausaha yang berkaitan mengendalikannya sebelum menyerahkannya kepada jawatankuasa saya untuk tindakan seterusnya.

"Peletakan jawatan belum muktamad. Ia akan dibincangkan oleh kabinet negeri," katanya.

Jawatankuasa masjid

Sementara itu, ahli exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan dari ahli PAS yang menganggotai 200 jawatankuasa masjid di negeri itu.

Jawatankuasa masjid juga dilantik oleh kerajaan negeri.

PAS Sedia Lawan DAP Dalam Pilihan Raya



PETALING JAYA: Selepas meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, PAS kini membayangkan akan meletakkan calon bertanding di kerusi tradisi milik sekutu pakatan pembangkang itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, PAS sedang membina kekuatan sendiri untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu dan bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak.
"Peranan yang dimainkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menjadi semakin penting, disamping PAS mula meneroka hubungan persefahaman dengan kaum peribumi Sabah dan Sarawak.
"Tidak mustahil PAS akan mula meletakkan calon di kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu yang menjadi kerusi tradisi DAP," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Hubungan dua sekutu pakatan pembangkang kini semakin retak apabila Muktamar Tahunan PAS ke-61 pada Sabtu lalu meluluskan usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas.
Bagaimanapun PAS mahu kekal dalam pakatan itu bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mengulas lanjut, Zuhdi yang menang dalam pemilihan PAS Khamis lalu berkata, parti itu juga terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan.
"PAS semakin bersedia untuk menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti seperti yang sedang berlaku di kebanyakan negara membangun.