Selasa, 9 Jun 2015

Pakatan belum mati, hanya PAS yang tandatangani sijil matinya

oleh Mariam Mokhtar

Sejak Muktamar PAS, di mana golongan ulama menemui kejayaan, penjaja berita buruk dan pemutarbelit telah mengisytiharkan kematian Pakatan, dan ‘talkin’ telah dibacakan di seluruh Malaysia dan luar negara.

Tenang semua! Malah Lim Kit Siang, supremo DAP, telah turut mengisytiharkan kematian Pakatan. Mengapakah semua orang begitu negatif?

Apa yang berlaku kepada keyakinan dan kepercayaan diri?

Apa yang berlaku kepada semangat berbilang budaya Tunku?

Adakah impian beliau dan kita, sebagai sebuah negara sekular pelbagai budaya yang bersatu telah mati, hanya kerana Abdul Hadi Awang, dan rakan baik barunya, Najib Abdul Razak, telah mengambil keputusan untuk berpakat?

Adakah rakyat Malaysia sedar bahawa sebuah Pakatan yang lebih kukuh akan muncul, dan meneruskan perjuangan tanpa PAS?

Pakatan tidak mati.

Sebaliknya, PAS yang telah menandatangani sijil matinya sendiri. Serampang Kajang mendedahkan warna sebenar Hadi.

Beliau berbohong. Beliau bercakap dengan lidah bercabang dan tidak membenarkan wanita memainkan peranan yang penting dalam politik. Ingat cara Hadi menyusun bahasa beliau, seolah-olah menjanjikan syurga kepada orang Melayu, jika mereka menolak Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor?

 Sudah tentu, mereka yang sinis akan mengatakan bahawa DAP adalah berteraskan kaum Cina dan jika ia memerintah, ia akan "menjual" Malaysia kepada orang Cina Singapura.

Jika ada sesiapa yang akan "menjual" Malaysia, ia adalah kerajaan Umno Baru. Sejumlah besar tanah, hartanah dan perniagaan telah dimiliki oleh Republik Rakyat China (PRC). Pasir kita dijual dan diseludup, ke Singapura, supaya rakyat Singapura boleh menambak tanah, yang merugikan kita.

Tentera laut PRC telah melakukan latihan di atas beberapa pulau-pulau berbatu, 60 km dari pantai Sarawak tetapi ketua Angkatan Tentera Malaysia memberitahu kita supaya tidak bimbang.

NUFAM ancam mogok terhadap MAS jika tidak ambil kakitangan bekerja

PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) memberi tempoh 48 jam kepada Malaysia Airlines (MAS) untuk menarik balik surat-surat pemberhentian kerja bagi 6,000 kakitangannya atau mereka akan melancarkan mogok.

Presiden NUFAM Ismail Nasaruddin berkata kakitangan yang terlibat juga perlu diambil bekerja semula.

“Jika syarat ini tidak dipenuhi dalam masa 48 jam, semua kakitangan akan melancarkan kempen tools down (tidak mahu bekerja) terhadap syarikat penerbangan dan akan terus menjalankan protes,” ujarnya dalam sidang media hari ini.

Beliau memberi amaran bahawa mogok tersebut akan berterusan sehinggalah syarat-syarat yang diminta diterima dan ‘menunjukkan hasil’.

Daripada 20,000 surat berhenti kerja yang diberikan kepada semua kakitangan dalam strategi penstrukturan semula, MAS tidak akan menyerap semula 6,000 pekerjanya dalam syarikat baharu  iaitu Malaysia Airlines Berhad yang akan bermula operasinya September ini.

Menurut Ismail, syarikat penerbangan itu perlu melihat perkara tersebut dari sudut kemanusiaan lantaran tindakan memberhentikan kerja itu menyukarkan kehidupan mereka yang terlibat.

Najib balas kritikan Mahathir sekembalinya beliau dari Arab Saudi

oleh Robin Stanley Augustin

Pertarungan antara dua ‘gajah’ di Malaysia bersambung. Seolah-olah telah mendapat tambahan kuasa selepas lawatan rasminya ke Arab Saudi, Perdana Menteri Najib Razak meneruskan serangannya terhadap pengkritik terlantang beliau, Dr Mahathir Mohamad.

Dalam laporan The Malaysian Insider, Najib dalam blognya menggesa rakyat Malaysia supaya tidak "tertipu" oleh "kebenaran separuh, jenaka mengelirukan dan kenyataan putar-belit" Mahathir.

Melabelkan Mahathir sebagai "pakar persepsi awam" Najib berkata orang ramai perlu berundur ke belakang dan menganalisis fakta-fakta mengenai apa yang beliau (Najib) telah capai semasa memimpin negara.

"Tun (Mahathir) adalah seorang ahli politik veteran dan pakar persepsi awam. Beliau memahami bahawa kenyataan politik tidak bergantung kepada kebenaran sepenuhnya, tetapi kepada apa yang orang ramai akan percaya.

"Sebab itu beliau terus membuat sindiran, menyatakan kebenaran tak habis, membuat jenaka mengelirukan dan kenyataan berbelit untuk menjadikan pandangannya menarik dan enak.

"Kita telah mencapai begitu banyak dalam tempoh enam tahun yang lalu, tetapi Tun mengabaikan ini dan hanya menekankan dakwaan-dakwaan dan masalah, kerana dia tahu itu adalah caranya untuk mempengaruhi fikiran rakyat terhadap kerajaan semasa dan saya."

Najib juga berkata bahawa sekalipun jika beliau meletak jawatan, Mahathir akan terus campur tangan dalam pentadbiran negara dan orang ramai akan cenderung untuk mempercayai apa yang diperkatakannya kerana beliau bukannya seorang "rakyat biasa".

Ini pastinya kedengaran seperti kritikan yang pedas daripada perdana menteri itu.

Penyusutan ringgit akan rangsang eksport dan pelaburan, kata menteri Umno

Ringgit yang lebih lemah akan memanfaatkan Malaysia di segi merangsang eksport dan pelaburan asing, tetapi import akan menjadi lebih mahal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

"Bagaimanapun keadaan ini tidak akan lama," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai penyusutan ringgit yang mencecah paras terendah dalam sembilan tahun berbanding dolar AS semalam.

Ketika asas ekonomi Malaysia kekal teguh, mata wang tempatan akan terus mengukuh, katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan Persatuan dan Dewan Perniagaan Kebangsaan di Kuala Lumpur. 

Semalam, ringgit ditutup pada sembilan tahun terendah berbanding dolar US kepada 3.7660/7690 daripada 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu pulih untuk ditutup lebih tinggi pada 3.7515/7545 berbanding dolar AS hari ini, berikutan penyusutan mata wang Amerika itu.

Sementara itu, Mustapa berkata bukan Malaysia sahaja, malah negara asing lain turut mengalami kelembapan ekonomi, termasuk ekonomi kedua terbesar dunia, China.

Beliau bagaimanapun berkata, Malaysia terus menjadi satu daripada destinasi utama pelabur menjalankan perniagaan dan ini boleh dilihat daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada suku pertama tahun ini di samping jumlah perdagangan yang dicatat.

Lebuhraya Maut: Faktor pemandu punca nahas di LPT2

Statistik kemalangan maut di LPT2 membimbangkan
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ,LPT
PUTRAJAYA: Kemalangan yang berlaku di Lebuh raya Pantai Timur Dua (LPT2) bukan disebabkan faktor jalan raya.
Sebaliknya, nahas yang berlaku dikaitkan dengan sikap dan kecuaian pemandu yang menggunakan lebuh raya berkenaan.
Mengulas mengenai kebimbangan kadar kemalangan nyawa yang tinggi, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memaklumkan, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa lokasi maut di sepanjang 184 kilometer dari Jabor ke Kuala Terengganu.
“Satu jawatankuasa di bawah seliaan kementerian juga sudah ditubuhkan bagi memantau LPT,” katanya ketika menjawab soalan pemberita mengenai langkah pencegahan yang diambil.
Statistik kemalangan di LPT sejak awal tahun ini agak membimbangkan dengan jumlah korban yang tinggi.
Dalam kejadian di Dungun pada 3 Jun lepas, seorang maut manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera parah apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan lain di Kilometer 356.
Nahas berulang semula pada 23 Mei, di lokasi yang sama, apabila seorang lagi maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di Kilometer 341.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Pas Kuala Terengganu cabar DAP bubar DUN Pulau Pinang

Pas mendakwa DAP tidak mampu membentuk kerajaan negeri tanpa sokongan ahlinya.
azmzad,DAP
PETALING JAYA: Pas Kuala Terengganu mencabar DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membuktikan parti itu boleh menang tanpa sokongan ahli Pas.
Ketua Penerangannya, Ahmad Amzad Hashim berkata, DAP tidak akan mampu membentuk kerajaan sendiri jika tiada bantuan dan sokongan Pas.
“DAP jangan terlalu angkuh. Jika benar mahu tahu kekuatan sebenar DAP tanpa sokongan Pas, cuba lah bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang.
“Bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang! dan tengok jawatan mana yang DAP boleh pegang dalam kerajaan yg baru nanti.
“Masih boleh angkuh? Masih boleh sombong? Masih boleh tamak?,” tulisnya di Facebook rasmi Dewan Ulama Pas Pusat.
Ahmad Amzad juga menasihatkan ahli Pas di Pulau Pinang yang memegang pelbagai jawatan di bawah kerajaan negeri supaya tidak meletak jawatan.
Katanya, jawatan itu hasil kerja keras mereka bukan kerana simpati DAP.
“Untuk masa ini, ahli ahli Pas yg pegang jawatan, teruslah pertahankan jawatan masing masing. Patuhi arahan pimpinan dan jangan memandai-mandai.
“Kita bukan mendapat jawatan atas belas kasihan DAP. Kita pegang jawatan kerana kita yg bantu naikkan mereka,” katanya.
Ahmad Amzad juga membangkitkan persoalan adakah keputusan DAP memutuskan kerja sama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipersetujui akar umbi parti itu.

Masuk syarikat MAS, MAS terus bangkrap Masuk pula syarikat MAB... JAHANAM !!!!


KERAjaan UMNO/BN dah pokai kepimpinan yg bersih ka !!!

DAH GILA AGAKNYA, 'Kepala-MAS' punya pasal 6,000 staff MAS dibuang kerja & syarikat MAS rugi RM5.45 BILION.. TIBA-TIBA 'kepala-MAS' boleh pula dilantik semula masuk MAB jd Ahli Lembaga Pengarah..

'Nothing2Hide": Tiada ancaman, Ali Tinju pengampu Rosmah buat kecoh


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tidak ada sebarang ancaman keselamatan yang berlaku di majlis dialog 'Nothing2Hide" Jumaat lalu melainkan kekecohan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju.
 
"Saya telah menonton klip video tentang apa yang berlaku. Tidak ada ancaman kepada pihak keselamatan kecuali Ali Tinju yang membuat bising.
 
"Sangat jelas bahawa dia (Ali) mahukan program itu dibatalkan. Kita tahu dia memihak kepada siapa," kata bekas pemimpin negara itu di dalam blognya hari ini.
 
Mahathir berkata demikian sebagai merujuk kepada majlis dialog tersebut yang dijadual dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dibatalkan oleh pihak polis atas alasan keselamatan.
 
Ali dilihat bertengkar dengan seorang lagi lelaki lain di luar tempat program yang itu diadakan yang dihadiri kira-kira 1,500 orang.
 
Pihak penganjur acara itu kemudiannya membatalkan program tersebut.
 
Polis mengesahkan bahawa Ali telah ditangkap pada hari tersebut.

RM14 bilion pendapatan MAS dimakan toyol?

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad (PAS) mempersoalkan kehilangan pendapatan Sistem penerbangan Malaysia (MAS) selepas ditolak gaji pekerja yang dianggarkan bernilai RM14 bilion.
Idris berkata, jumlah penumpang syarikat penerbangan kerajaan itu meningkat setiap tahun, sekali gus memperlihatkan penambahan jumlah pendapatannya.
“Jumlah penumpang pada 2012, 17.2 juta membabitkan pendapatan RM13.8 bilion.
“Pada 2013 pula meningkat 28.5 juta dengan pendapatan RM15.1 bilion tetapi menurut laporan, gaji pekerja hanya RM60 juta sebulan sahaja Ini bererti tak sampai RM1 bilion setahun untuk penggajian.
“Persoalannya, mana pergi RM14 bilion lagi? Toyol makan atau manusia makan,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Katanya, kegagalan pengurusan MAS mengurus kewangan dengan berkesan akhirnya memangsakan kira-kira 6,000 pekerja yang bakal kehilangan pekerjaan.
Idris turut mempertikaikan kerugian dialami MAS hingga memaksa syarikat itu membuang pekerja tetapi vendornya mengambil kira-kira 5,000 pekerja asing yang baru.
Idris turut mencadangkan salah seorang daripada pasangan suami isteri yang bekerja di MAS dibenarkan meneruskan perkhidmatan dalam syarikat terbabit.

Taksub politik, guru besar tolak kek hari guru?

ustaz idris ahmadKUALA LUMPUR, 9 JUN: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad (PAS) tidak menyangka niat menghadiahkan kek kepada guru-guru di sebuah sekolah di kawasan itu tidak kesampaian selepas ditolak guru besarnya.
Idris berkata, hadiah sempena hari guru itu ditolak ekoran dipercayai pihak terlibat mengamalkan politik sempit dan tidak bertempat.
“Guru-guru itu tanya, kenapa tak datang ke sekolah mereka.
“Saya cakap, macam mana nak datang sebab beri kek pun tak boleh,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliua berkata, pemberian kek itu hanya bertujuan meraikan warga pendidik bukan berniat politik.
Katanya, kementerian atau jabatan harus bersikap lebih terbuka khususnya melibatkan isu pendidikan.

Kerana berdua lebih baik


Salah satu kain rentang yang pernah dinaikkan di Kuala Lumpur.
(Salah satu kain rentang yang pernah dinaikkan di Kuala Lumpur)
Senario terkini politik negara adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ramai yang meramalkan akan ada sesuatu untuk menggugat Pakatan Rakyat ini.
Akhirnya, perkara yang dibimbangi itu menjadi kenyataan. Betapa caca-marbanya keadaan PAS kini pada era pascamuktamar 2015. Perhimpunan yang sepatutnya mengukuhkan PR menjadi medan serangan bertali arus ahli parti itu kepada rakan sendiri.
Pada masa sama, PAS sebagai parti pembangkang, tiada sekelumit pun serangan khas buat agensi 1MDB atau perdana menteri.
PAS untuk semua?
PAS untuk semua?
Buat penyokong PR, pastinya ini tragedi mengerikan. Para pemerhati politik pastinya kecewa besar dengan kebobrokan ini.
Tatkala UMNO dan BN terlalu lemah dengan krisis keyakinan rakyat dan masalah dalaman, sesetengah pemimpin pembangkang pula terhegeh-hegeh mahu menyulam cinta dengan mereka.
Negatif dan kecewa. Perasaan begitu dikongsi bukan saja ahli PAS malah orang ramai secara umum, termasuk kumpulan atas pagar.
Kesepakatan yang dibina sejak 8 Mac 2008 bergoncang lagi untuk kesekian kalinya. Cuma kali ini gegarannya luar biasa.
Namun pada setiap masalah pasti ada hikmahnya. Sisi positifnya masih ada. Mungkin wujud harapan baru untuk PAS dan UMNO. Mungkin takdir tertulis bahawa akan wujud kerajaan perpaduan atau perpaduan PAS dan UMNO. Gabungan ini bakal menjadi koalisi paling popular.
Gabungan PAS dan UMNO
Manakan tidak. Jika dihitung-hitung populasi negara, 60 peratus rakyat Malaysia adalah Islam dan Melayu. Jumlah ini sudah cukup untuk menguasai ruang parlimen dan membentuk kerajaan. Undi popular untuk gabungan PAS dan UMNO barangkali boleh meningkat sehingga ke 58 peratus.

Negara kecoh kerana Tun M kata Najib

PM menuding jari Tun M memainkan peranan sama seperti pembangkang
najib,mahathir,ancaman
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan antara penyumbang yang memburukkan keadaan kucar-kacir di negara ini.
Dakwaan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di laman blognya, NajibRazak.com.
“Ia memberi kesan besar kepada persepsi orang ramai, kerana beliau bukan hanya sekadar rakyat biasa,” katanya.
Jelas Najib, apa yang ditempuhinya berbeza dengan pengalaman Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri kerana ketika itu tiada internet.
Sebab itu sebarang kontroversi yang timbul akan mengambil masa untuk disebarkan berbanding sekarang di mana ia mudah dikongsi dan menjadi viral dalam sekelip mata.
Dalam entri berkenaan beliau terus menyindir Dr Mahathir dengan berkata sekiranya meletak jawatan, ia tidak akan menghentikannya campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.
“Beliau boleh katakan hanya menjalankan hak demokrasi sebagai seorang rakyat Malaysia, tetapi ini adalah Tun Mahathir,” kata Najib.

DAP beri kata dua kepada Azmin

DAP beri syarat Pas adakan semula muktamar untuk tarik balik keputusan putus kerjasama dengan pari itu
azmin-ali_pkr_all_600KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diminta membuat pilihan sama ada menyokong Pas atau DAP dalam mentadbir di Selangor.
Kata dua itu diberikan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ekoran keputusan Pas pada muktamar ke-61 pada minggu lalu yang memutuskan hubungan politiknya dengan DAP.
“Saya setuju. PAS mahu Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga
berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata hubungan ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) pada masa sekarang berada dalam keadaan sukar.
Katanya, perselisihan antara Pas dan DAP hanya merugikan PR dan menyukarkan usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Bagaimana anda mahu kita berdamai? Melainkan Pas mengadakan muktamar lain dan menarik balik resolusi memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP itu,” katanya lagi.
Bagaimanapun Tony menegaskan dia akan berjumpa dengan Azmin bagi membincangkan kedudukan parti itu di Selangor.

Pas versi baru sasar jadi 'king maker' politik

KUALA LUMPUR - AJK Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyeru semua ahli Pas agar bersiap sedia untuk bersama saf kepimpinan yang baharu dalam rangka menjadikan parti itu sebagai pencatur utama kepada politik Malaysia.

Menurutnya, Pas akan menjadi gerakan Islam yang lebih terbuka dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam.

"Menyedari hakikat tersebut, seluruh ahli Pas diseru untuk merapatkan ukhuwah dan memperkukuhkan iltizam untuk bersama saf kepimpinan baru yang akan memberi fokus kepada gerak kerja sehingga ke akar umbi masyarakat, bukan sekadar menumpukan kepada isu.

"Pas akan menjadi sebuah gerakan Islam yang lebih terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam dan maslahah rakyat. Pendek kata, para pendukung Pas perlu bersiap sedia untuk bersama saf kepimpinan baru bagi menjadikan Pas sebagai pencatur utama (king maker) kepada politik Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

 Mengulas lanjut, beliau menyebut bahawa Pas kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.

"Saf kepimpinan Pas yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam. Demi mencapai tujuan ini, Pas akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.

‎"Dalam konteks ini, Presiden Pas menjadi orang terpenting mengemudi Pas kembali ke landasan sebenar, yang kemudian disambut secara besar-besaran oleh perwakilan muktamar," katanya.

Menurutnya, terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan Pas berada di landasan yang betul termasuk kesediaan parti Islam itu menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti.

Azmin: Muhasabah, tolak ego & hal peribadi

markshort mb4SHAH ALAM, 9 JUN: Kemelut yang melanda PAS dan DAP mampu diselesaikan menerusi meja rundingan yang akan dibawa dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin berkata, perbezaan pandangan antara dua parti itu disifatkan peluang terbaik semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bermuhasabah dalam meneruskan agenda rakyat.
“Krisis ini jangan dilihat sebagai kelemahan dan masalah sebaliknya peluang untuk semua pimpinan ketepikan ego masing-masing dengan keutamaan diberi demi kepentingan rakyat.
“Sebelum ini, kita sudah lalui banyak ujian tetapi mampu selesaikan dengan berkesan.
“Teruskan perbincangan, jangan tutup meja perundingan. Saya optimis jika semua pimpinan duduk berbincang, banyak masalah boleh dirungkai,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor juga mengingatkan pemimpin tidak mementingkan diri hingga merosakkan gagasan PR.
“Kita harus ketepikan semua masalah peribadi dan ego dengan meletakkan gagasan besar perjuangan bagi kepentingan negara juga rakyat keseluruhannya.

Saya berundur, Tun akan terus campur tangan - Najib



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamed kononnya beliau telah menimbulkan 'masalah lebih besar" terhadap negara ini sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri.
"'Masalah' yang dirujuk oleh Tun sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatannya sendiri akibat daripada 'serangan' dilakukannya dan tindakannya melaungkan pembohongan dan fitnah oleh pembangkang," kata perdana menteri dalam ruangan soalan yang sering ditanya di dalam blog beliau, najibrazak.com.
Najib berkata dakwaan berkenaan telah disebar luas menerusi Internet, dan ini merupakan sesuatu yang Dr Mahathir tidak perlu hadapi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Beliau berkata apa yang jelas Dr Mahathir telah menggunakan pendemokrasian maklumat dalam sosial media iaitu semua maklumat, walaupun sekelumitpun tidak benar, dianggap sebagai benar.
"Hanya kerana satu pembohongan telah disebarkan beribu-ribu kali, ia tidak akan menjadikan ia sebagai benar. Dengan serangan hebat seumpama itu dibuat secara dalam talian, adalah tidak menghairankan bahawa Tun fikir wujud 'masalah' lebih besar hari ini," kata Najib.
Najib mengambil peluang untuk menjawab kritikan dilemparkan terhadapnya dan pentadbiran beliau, kontroversi 1Malaysia Development Berhad, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pembelian jet rasmi dan kebimbangan terhadap keselamatan di Sabah.
Mengakui bahawa pentadbiran beliau, sama seperti mana-mana pentadbiran lain, tidak terlepas daripada berdepan cabaran, Najib berkata rekod kerajaan sejak enam tahun lepas menunjukkan kerajaan menjadikan keadaan lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.

Tun M: 'Tak perlu jumpa, hanya mahu lihat dana 1MDB'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak gesaan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak secara peribadi untuk berbincang dan sebaliknya menggesa Najib tampil secara terbuka membuktikan dana 1MDB  tidak hilang.

"Saya tidak fikir kita boleh menyelesaikan masalah di mana wang 1MDB melalui pertemuan empat mata.

"Najib boleh menyelesaikan ini dengan membuktikan, tanpa sebarang keraguan yang munasabah, bahawa tiada wang telah hilang dari RM42 bilion yang dipinjam," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Ahad lalu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar), yang juga Ketua Pemuda Umno, mencadangkan pertemuan empat mata antara Najib dan Mahathir bagi menyelesaikan perbezaan antara mereka.

Bagaimanapun, Mahathir berkata bukan beliau sahaja yang ingin tahu apa yang telah berlaku kepada pinjaman yang besar itu oleh syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

"Sebenarnya terdapat banyak soalan yang perdana menteri boleh jawab, bukan kepada saya tetapi kepada orang ramai.

"Wang itu bukan milik saya seorang saja. Dari soalan yang ditanya oleh ramai orang, mereka ingin tahu di mana wang mereka," kata Mahathir.

'Henti buang pekerja atau kami henti buat kerja' - NUFAM


Krew darat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan berhenti melakukan kerja masing-masing sekiranya MAS tidak menarik balik semua surat penamatan perkhidmatan dalam tempoh 48 jam, kata Kesatuan kebangsaan Atendan Penerbangan Malaysia (Nufam). 
 
Presiden Nufam Ismail Nasaruddin, bagaimanapun tidak mau memberikan butiran lanjut mengenainya.
 
"Tunggu dan lihat. Beri kami 48 jam," katanya dalam sidang media hari ini.
 
Sekiranya MAS tidak memperdulikan protes itu, Nufam akan menerajui protes yang lebih besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau di luar ibu pejabat Khazanah Nasional.
 
Khazanah Nasional adalah pemilik syarikat penerbangan negara tersebut.
 
Selain itu, Nufam juga meletakkan dua syarat bagi MAS untuk mengelak berdepan dengan gangguan kerja.
 
Pertama, MAS juga perlu berunding semula syarat-syarat kontrak dengan kesatuan yang berkaitan, termasuk Nufam, untuk memastikan pekerja tidak dieksploitasi.
 
Kedua, semua pekerja MAS yang dipecat mesti diambil bekerja semula dan ditawarkan skim pemisahan sukarela dan bukannya ditamat perkhidmatan.
 
Katanya, mereka akan terus mengadakan bantahan sehingga mereka dapat keputusan yang mereka mahu. 
 
MAS sedang dalam proses penyusunan semula yang akan mengakibatkan kira-kira satu pertiga kakitangannya dipecat dalam usaha untuk mengurangkan kos.

Kenyataan bercanggah tambah lebih kekeliruan

oleh Ng Kee Seng

Dalam hal-hal yang melibatkan kerajaan Malaysia, warga Malaysia dan asing pastinya menghadapi kerisauan kewangan sosio-ekonomi yang dahsyat.

Setiap kali menteri-menteri kerajaan dan ahli-ahli parlimen BN membuka mulut mereka untuk menyatakan prestasi yang positif status kewangan dan ekonomi negara ini, mereka sentiasa berada dalam penafian.

Dan mereka melakukannya dengan mempercanggahi antara satu sama lain, jelas memaparkan keangkuhan dan kejahilan mereka. Apa yang mereka mahu capai adalah untuk kekal dalam koridor kuasa politik dan poket bos mereka.

Dan pada 8 Jun, Bloomberg melaporkan bahawa ringgit Malaysia susut kepada tahap terendah dalam tempoh sembilan tahun selepas laporan ramalan pekerjaan AS, menyokong gesaan supaya Rizab Persekutuan mula mengetatkan dasar monetari sewaktu wang mengalir keluar daripada saham Malaysia.

Dolar meningkat berbanding 13 daripada 16 mata wang utama di dunia pada 5 Jun selepas perangkaan menunjukkan majikan AS mewujudkan 280,000 pekerjaan pada bulan Mei, kadar tertinggi dalam tempoh lima bulan dan melebihi anggaran median dalam kajian Bloomberg untuk menghasilkan keuntungan 226,000.

Eksport Malaysia menguncup pada bulan April untuk bulan ketiga tahun ini, dan lebihan perdagangan mengecil, papar perangkaan pada minggu lepas. Pelabur-pelabur luar negara mengeluarkan dana terbesar daripada ekuiti negara pada bulan Mei, kadar paling tinggi tahun ini.

"Senarai gaji bukan perladangan AS yang kukuh menguatkan dolar secara menyeluruh," kata Khoon Goh yang berpangkalan di Singapura, seorang pakar strategi kanan pertukaran asing Australia & New Zealand Banking Group Ltd.

"Perangkaan eksport Malaysia Jumaat lepas (5 Jun) yang mengecewakan turut mendesak ringgit." ata wang itu lemah 1.1 peratus kepada 3.7608 berbanding dolar AS pada 09:02 pagi di Kuala Lumpur, penurunan terbesar di Asia, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg.

Sebelum itu ia jatuh kepada 3.7653, paras terendah sejak Januari 2006.

“Selagi lembu tinggal di kondo, jangan mimpi RMK 11 tercapai”

KUALA LUMPUR 9 JUN- Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) tidak akan tercapai selagi kerajaan tidak meletakkan keutamaan kepada tadbir urus yang baik dan menyelesaikan isu rasuah, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
“Selagi PM atau kerajaan Barisan Nasional masih tidak berani meletakkan terasnya dalam urus tadbir yang baik, jadi saya rasa ini tidak boleh tercapai Malaysia maju 2020.
“Selagi kita ada kes (rasuah) yang tidak dapat diselesaikan, selagi ada lembu tinggal di kondo, ada jet tapi tidak ada enjin, ada orang mati tapi tiada pembunuh, selagi itu RMK 11 jangan bermimpi untuk dicapai,” katanya ketika membahaskan RMK11 di parlimen hari ini.
Zuraida berkata, kerajaan perlu meletakkan keberanian melakukan urus tadbir yang baik agar tidak hilang kepercayaan di kalangan rakyat.
“Jadi sekiranya tidak ada keberanian untuk meletak terasnya pada urus tadbir yang baik, saya rasa perkara ini akan terus bertindih-tindih dan tidak akan tercapai seperti yang telah dijawab oleh menteri di mana pencapaian RMK10 hanya baru dicapai 60% sahaja,” katanya.
Zuraida turut mempersoalkan cara tadbir Malaysia kerana menurutnya semasa tahun 1970 an negara seperti Korea, Singapura dan Taiwan berada di belakang Malaysia namun kini telah meninggalkan negara jauh ke belakang.
“Acuan Malaysia yang tak berani banteras kronisme, banteras korupsi, tak berani banteras rasuah, tak berani banteras salahgunakuasa dan ketidakcekapan.
“Ini lah acuan malaysia. Jadi adakah ini kita nak teruskan? Kalau acuan ini tidak ada, negara kita akan maju dari negara yang saya sebut tadi,” jelasnya.

Sokongan kerjasama ‘BN dengan parti mesra-BN’ bakal mengundang malapetaka

oleh Edgar Ong
Najib Razak secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada gabungan BN dan parti mesra-BN, ketika dalam satu acara yang turut dihadiri ketua menteri Adenan Satem di Kuching minggu lalu. Tindakan itu telah menimbulkan rasa tidak senang beberapa pihak dalam BN Sarawak.
Sokonga perdana menteri itu adalah terhadap kerjasama antara BN – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) – dengan parti serpihan yang baru ditubuhkan iaitu Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).
Hal itu tidak diterima baik oleh SUPP dan SPDP, yang sebelum ini dijanjikan bahawa ‘status quo’ akan dikekalkan bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang perlu diadakan sebelum paling lewat Jun 2016.
Mengapa tiba-tiba bertukar fikiran? Mengapa sokongan yang tidak dijangka ini?
Kedua-dua perdana menteri dan ketua menteri memang tahu bahawa tanpa konsensus dan kebenaran rasmi daripada Majlis Tertinggi BN, keputusan seumpama itu tidak boleh dibuat – secara undang-undang mahu pun moral.
Kesemua tiga parti komponen BN di Sarawak – SUPP, SPDP dan PRS – sudah menyuarakan ketidaksetujuan mereka banyak kali terhadap cadangan itu.
Hanya PBB sahaja yang setakat ini menyokong senario itu, walaupun ada sumber dalaman mendakwa sekurang-kurangnya separuh daripada pemimpin PBB juga tidak bersetuju.
Khabar angin mengatakan PRN boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja.
Sim Kui HianSim Kui Hian
Ketika majlis makan malam ulang tahun ke-56 SUPP di Sibu, presiden Senator Sim Kui Hian kembali menegaskan yang parti itu tidak akan melepaskan mana-mana 19 kerusi mereka.
“Saya sudah ulang banyak kali dan saya akan katakan sekali lagi, 19 kerusi ini adalah amat penting bagi kita dan kita mesti memenanginya,” katanya.
Pemimpin SPDP juga membantah keras pembentukan kerjasama BN dan parti mesra-BN bagi menghadapi PRN.
Kenyataan berhubung perkara ini sudah dikeluarkan semula oleh cawangan serta sayap pemudanya.
Pada 20 April, presiden SPDP Tiong King Sing berkata: “Tidak akan ada kompromi berhubung isu ini dan parti tidak akan tunduk pada tekanan atau pandangan sebaliknya. Kita tidak akan setuju dengan apa-apa cadangan untuk meletakkan parti bukan komponen di kerusi yang diperuntukkan kepada parti.”

Tunggu arahan Pas Pusat sebelum lepas jawatan

GEORGETOWN - Empat pemimpin Pas yang menjadi ​Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan meletak jawatan sehingga ​menerima ​surat rasmi ​yang ​dikeluarkan pimpinan Pas Pusat.

Ahli Majlis MBPP, Mhd Nasir Yahya berkata, sehingga semalam masih tidak menerima sebarang arahan dari pimpinan tertinggi parti untuk meletak jawatan atau sebaliknya.

​Beliau yang juga Koordinator Markas Induk Pas Kawasan Bukit Gelugor berkata, setakat ini belum ​menerima apa-apa (arahan) lagi.

​"​Saya perlu tunggu arahan kerana pelantikan dibuat oleh parti.

“Buat masa ini, saya tidak boleh memberi sebarang komen. ​Bagaimanapun, saya bersedia untuk meletak jawatan ​jika Pas Pusat mahu saya berbuat demikian,” katanya.

Ahli Majlis MPSP, Omar Hassan ​yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh ​bersedia mengosongkan jawatan jika menerima arahan untuk berbuat demikian.

“Saya akan akur apa sahaja arahan dari parti. Saya tidak akan teragak-agak untuk meletak jawatan ​jika itu keputusannya.

“Sehingga kini, saya belum terima surat rasmi atau arahan secara lisan untuk berbuat demikian​. Oleh itu, tunggu sajalah,” katanya.

Lanjut konsesi PLUS, BN rompak rakyat di siang hari

PLUSKUALA LUMPUR 9 JUN- Barisan Nasional (BN) melakukan rompakan di siang hari apabila melanjutkan tempoh konsesi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kata Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.
Menurutnya, kerajaan melanjutkan masa kepada tujuh tahun walaupun pemegang konsesi, PLUS Expressway Berhad akan menamatkan kontraknya pada 2018.
Tambah beliau, keputusan itu amat mengecewakan rakyat apabila mereka terpaksa membayar tol walaupun syarikat konsesi telahpun mendapat keuntungan RM52 bilion.
“Kerajaan telah membuat satu keputusan yang mengecewakan, di mana syarikat konsesi tersebut bakal menamatkan kontraknya dalam masa tiga tahun lagi, namun ia dilanjutkan masa untuk kaut keuntungan yang berlipat kali ganda.
“Bagi saya ini satu rompakan siang hari bagi rakyat,”
“Pembinaan lebuhraya itu hanya setakat RM6 bilion dan telah mengaut keuntungan sebanyak RM52 bilion, jadi rakyat berhak mendapat tol percuma selepas syarikat tersebut tamat kontrak pada 2018,” tegasnya dalam perbahasan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Dr Zuhdi: PAS akan jadi pencatur utama politik Malaysia

Anggota jawatankuasa PAS, Mohd Zuhdi Marzuki yakin barisan kepimpinan baru yang dipilih minggu lalu mampu menjadikan PAS pencatur utama politik Malaysia.

Menurutnya, PAS yang kekal dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di landasan yang benar dalam usaha membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.

“Kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam,” kata Zuhdi dalam kenyataannya hari ini.

“Saf kepimpinan baru PAS didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang sains dan teknologi, bukan hanya mereka yang berlatar belakangkan profesion perundangan,” katanya.

Menurutnya, barisan baru itu juga akan dapat meraih semula kepercayaan pengundi Melayu daripada penguasaan Umno.

Katanya, trend tersebut sudah boleh boleh dilihat melalui keputusan pilihan raya kecil Rompin yang menunjukkan majoriti undi yang diperolehi Umno merosot.

Pergi sekarang PAS, atau jangan bising-bising lagi

oleh Hazlan Zakaria

"Cakap sekarang atau diam selama-lamanya," adalah ungkapan terkenal yang diucapkan oleh paderi sebelum menjalankan upacara perkahwinan.

Dalam majlis-majlis perkahwinan, pegawai agama atau kerajaan akan bertanya jika ada sesiapa yang merasakan bahawa pasangan itu tidak sepatutnya berkahwin dan jika ya, nyatakan sebab-sebabnya. Seperti yang saya diberitahu, ia adalah sama dalam kebanyakan agama dan budaya.

Frasa atau sesuatu seperti ini akan diucapkan, yang bertindak sebagai perlindungan untuk memastikan bahawa perkahwinan itu dilakukan secara rela dan tidak melibatkan isu-isu rumit. Walau apa pun, ia juga bertujuan untuk mengelakkan apa-apa pertikaian atau rasa tidak puas hati yang mungkin timbul lama selepas perkahwinan itu dilangsungkan.

Kerana setelah perkahwinan itu disempurnakan, ia perlu dihormati dan diterima oleh semua pihak. Begitu juga, ia mungkin juga apa yang ditanya sebelum prosiding perceraian, sebelum pegawai agama atau negeri mengesahkan perkara itu, jadi peguam perceraian dipanggil untuk membantu mempercepatkan proses itu.

Sudah pasti, keputusan untuk berkahwin, dan juga untuk berpisah, adalah keputusan penting yang tidak boleh dipandang ringan. Setelah diambil, keputusan ini mesti dilakukan dengan penuh kesungguhan. Sehinggakan dalam kebanyakan budaya dan agama, proses kaunseling dan perbincangan akan dijalankan, biasanya untuk melihat jika perkahwinan itu dapat diselamatkan, kerana ia dilihat sebagai satu ikatan yang suci.

Tetapi apabila keputusan itu dibuat, adalah lebih baik untuk menghabiskannya dan tidak teragak-agak, kerana ia boleh membawa kepada isu-isu lanjut. Isu-isu seperti 'cina buta' dan 'gila talak' dalam budaya Melayu Islam.

"KOREK LUBANG, TAMPAL LUBANG"

Arul Kanda kata 1MDB baru bayar sejumlah hutang sebanyak RM3.6 bilion kepada bank penghutangnya. Tapi siapa yang 'bail' 1MDB sebanyak RM3.5 bilion baru2 ini untuk mengelakkan 1MDB 'default' ansuran hutangnya ??

Bila keluar dari mulut pemimpin UMNO berjuta2 ringgit disajikan utk rakyat...


RM10 JUTA datang dari mana.. 
Dari kutipan GST ka !!!

HAKIKATNYA..
Apa dah jadi dgn mangsa2 banjir di Kelantan !!!
Apa dah jadi dgn JANJI-BN nak bina 2,600 rumah mangsa banjir di Kelantan & siapkan SEBELUM RAMADHAN !!!

DAH HAMPIR SETENGAH TAHUN DIJANJIKAN...
SEKARANG DAH SIAP BERAPA BIJI RUMAH !!!

Tup2 janji pula di Sabah...

1MDB: Kenapa baru sekarang jawab?

KUALA LUMPUR - ‎Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Raja Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah hari ini mempersoalkan kelewatan pengesahan yang dibuat syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung pinjaman AS$1.9 bilion kepada ‎PetroSaudi International (PSI).

Melalui pengumuman itu, Raja Kamarul mendakwa, 1MDB mengesahkan keputusan itu bukan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya dibuat oleh pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarahnya.

'Sudah beberapa bulan isu ini dibangkitkan. Kenapa ambil masa lama untuk umumkan?

'...sedangkan Najib merupakan Penasihat 1MDB dan juga Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

'Memorandum Perjanjian Terengganu Investment Authority (TIA) menyebut Najib adalah pihak berkuasa dalam meluluskan semua perjanjian,' katanya pada sidang media di Lobi Dewan Rakyat, hari ini.

PetroSaudi merupakan syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak yang berpangkalan di Arab Saudi.

Menteri kewangan luluskan, kenapa 1MDB yang jawab?

KUALA LUMPUR 9 JUN- Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan kenapa 1MDB perlu menjawab mengenai pinjaman AS$1.9 bilion (RM7.13 bilion) yang diluluskan Kementerian Kewangan kepada anak syarikat Petrosaudi International (PSI) Limited.
Beliau berkata demikian berikutan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan berdasarkan penjelasan daripada pihak pengurusan 1MDB di parlimen 28 Mei lalu.
“Soalan saya ditujukan kepada Menteri Kewangan namun jawapan yang diberi adalah mengikut jawapan dari pengurusan 1MDB. Macam mana kamu ke parlimen tapi bagi jawapan ikut 1MDB?
“Adakah ini akan diberi alasan oleh Menteri Kewangan sekiranya ada yang tidak betul dari jawapan ini?
“Menteri kewangan yang luluskan pinjaman tersebut, kenapa 1MDB perlu beri sebab oleh menteri yang luluskan? Ini tidak masuk akal,” katanya di parlimen hari ini.
Selain itu, Tony juga meminta penjelasan sama ada pinjaman itu diluluskan sendiri oleh lembaga pengarah 1MDB.
Pada 28 Mei lalu, Tony meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab mengapa pinjaman itu diluluskan sedangkan anak syarikat Petrodaudi itu tidak mempunyai modal berbayar melebihi US$150,000 (RM562,500).
Namun jawapan diterimanya, ‘Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, pinjaman tersebut diluluskan bagi mengurangkan risiko berbanding dengan pegangan ekuiti dalam syarikat usaha sama tersebut’.
Tony berkata, jawapan yang diberi itu tidak masuk akal kerana ia tidak akan mengurangkan risiko malah menambahkan risiko terhadap 1MDB.

Dr M: Saya tak boleh terima angka 1MDB

Presiden dan pengarah eksekutif 1MDB, Arul Kanda mungkin telah memberi angka-angka mengenai di mana syarikat itu membelanjakan RM41.8 bilion, tetapi ia tidak dapat meyakinkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir mendakwa ia kerana Arul Kanda telah beberapa kali didapati berbohong dan oleh itu tidak dapat memberi keyakinan tersebut.

"Saya tertarik dengan keupayaan 1MDB untuk melabur RM42 bilion dalam banyak perniagaan," katanya dalam catatan di blog beliau hari ini.

Sepatutnya, tegas Mahathir, beliau berpuas hati dengan bagaimana 1MDB membelanjakan pinjaman besar yang diperolehlinya.

Tetapi malangnya, tegas Mahathir, beliau tidak yakin dengannya kerana maklumat itu datang dari pengarah ekksekutif sekarang, Arul Kanda, yang didakwanya tealah beberapa kali didapati berbohong.

Tiada ancaman keselamatan di forum ‘Nothing To Hide’, kata Dr Mahathir

Tidak wujud ancaman keselamatan pada forum "Nothing to Hide", kata Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan ia hanya alasan perdana menteri untuk tidak menghadirinya dan mengelak dari menjelaskan kontorversi yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir, yang menghadiri forum yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Jumaat lalu itu, berkata tidak wujud sebarang keadaan yang menggugat keselamatan selain seorang lelaki yang dikenali sebagai Ali Tinju yang "agak bising."

 "Saya tengok satu video klip tentang apa yang terjadi. Tiada ancaman keselamatan kecuali Ali Tinju yang agak bising. Jelas sekali beliau mahu acara itu dibatalkan. Kita tahu dia memihak siapa," tulis bekas perdana menteri itu di blognya hari ini.

 "Ia sesuatu yang merugikan. Najib sepatutnya boleh terangkan segalanya dan orang macam saya boleh didiamkan." Najib dijadualkan menghadiri forum tersebut yang dianjurkan badan bukan kerajaan SukaGuam tetapi beliau menarik diri pada saat akhir.

Arul Kanda sudah bohong beberapa kali, kata Dr M

Presiden syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy digelar “pembohong” oleh salah seorang pengkritik hebat firma itu Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas beliau ditangkap kerana tidak bercakap benar beberapa kali terhadap urus niaganya.

Dr Mahathir, yang juga bekas perdana menteri, berkata walaupun 1MDB baru-baru ini menjelaskan urus niaga dan apa yang ia laburkan, beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan kerana ia datangnya daripada Arul Kanda.

"Saya tertarik dengan kemampuan 1MDB melabur RM42 bilion dalam banyak perniagaan. Saya seharusnya berpuas hati sepenuhnya dengan bagaimana 1MDB membelanjakan pinjaman besar yang dipinjam," katanya dalam blog popularnya chedet.cc.

 "Tetapi malangnya tidak. Saya tidak percaya, kerana maklumat itu datang daripada CEO semasa, Arul Kanda Kandasamy. Dan Arul ditangkap berbohong beberapa kali."

Najib pula kata Mahathir tak faham GST

klcc-batal-gst2KUALA LUMPUR, 9 JUN: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ternyata tidak bersendirian apabila beliau mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Hari ini sebahagian daripada siri menjawab soalan lazimnya, Datuk Seri Najib Razak pula berpendapat bekas perdana menteri itu “tidak memahami” apa sebenarnya GST sehingga mendorongnya menentang pelaksanaan cukai berkenaan.
“Beliau menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi berwibawa percaya memperluas asas cukai negara adalah perkara yang patut dilakukan dan pendapatan diperoleh akan digunakan untuk kebajikan rakyat.
“Malah, idea tersebut diilhamkan semasa pentadbiran beliau,” kata Najib dalam laman web peribadinya najibrazak.com.
April lalu Ahmad menjawab kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap GST dengan menuduhnya tidak memahami cukai berkenaan.
Turut didakwa Ahmad tidak memahami GST ialah Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Dalam pos terbarunya hari ini, Najib juga mengecam tindakan Dr Mahathir mengkritik pentadbirannya tanpa sebarang bukti kukuh dan hanya mempercayai “khabar angin” saja.

PAS perlu keluar Pakatan atau diketawakan


pixelection21


KUALA LUMPUR, 9 JUN: Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyatakan PAS perlu keluar Pakatan demi ‘mempertahankan jati diri’ parti berkenaan.

Menurut Hanipa, jati diri PAS akhir-akhir ini banyak dipersoalkan golongan proulama yang mendakwa  toleransi parti berkenaan dengan DAP sudah melepasi tahap dibenarkan Islam.
Kata Ahli Parlimen Sepang itu, pendirian Dewan Ulama kepada DAP dapat dilihat kepada kenyataan  ketuanya, Datuk Dr Mahfoz Mohamed yang menyatakan golongan progresif tidak arif dengan dasar PAS  dan sering menghalang keputusan dengan fakta bernas.
Justeru ujar beliau, PAS yang kini dikuasai golongan konservatif tidak wajar berundur selepas membuat  ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP.
“Jika tidak, PAS akan diketawakan kerana tidak berpegang dengan prinsip,” katanya.
Menurut Hanipa, tanpa kumpulan sederhana dalam PAS ketika ini, parti itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan visi dan misi seperti diingini.

Ringgit semakin menghampiri RM2.80 berbanding Dolar S'pore. Tak mustahil jejak RM3.00....HOOORAYY !!!


jangan panik. Menteri 'cerdik' melayu UMNO kata..
"KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI"
"KEJATUHAN NILAI RINGGIT BAIK UNTUK NEGARA"
"KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI"
"DENGAN GST BOLEH SELAMATKAN RINGGIT"

Tak sabo nak lihat Malaysia JAHANAM...
Jika ini berterusan, tak mustahil negara kita akan muflis dengan peningkatan kadar inflasi yang mendadak.

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

Bolehkah Malaysia selamat daripada gempa politik masa kini?

oleh Khoo Kay Peng
Jika skala Ritcher digunakan untuk mengukur gegaran politik Malaysia, kita mungkin telah mencapai tahap besar 8.0 tahun ini. Banyak lagi gegaran susulan sedang menanti untuk menyusul.
Gegaran ini telah menjadi beban dan halangan kepada kemajuan dan pembangunan negara. Sengsara politik Malaysia banyak disebabkan dan dicetuskan oleh politikus.
Kontroversi yang bermain dalam fikiran semua orang kini ialah hutang berbilion 1MDB. Tetapi isu utama bukanlah hanya hutang RM 42 bilion yang dikumpulkan oleh syarikat dipunyai kerajaan tersebut. 1MDB ialah sebahagian daripada simptom kegagalan berterusan kerajaan kita. Banyak lagi kes yang lebih kurang sama seperti Kawasan Perdagangan Bebas Port Klang, National Feedlot Corporation, Felda Global Venterus, Malaysia Airlines System dan pelbagai lagi. Semua kes ini masih belum diselesaikan.
Isu utama ialah kekurangan kebertanggungjawaban dan kredibiliti sistem pemerintahan kita. Jika kita tidak menangani kelemahan sistem ini, perubahan dalam kepimpinan dan kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk membantu mengurangkan salah guna kuasa di masa hadapan. Untuk mencetuskan perubahan yang berterusan, kita tidak lagi boleh bergantung kepada mana-mana politikus untuk melakukannya. Mereka ialah masalah tersebut dan bukannya penyelesaian.
Di Malaysia, kita gagal untuk mencetuskan perubahan kerana kita tidak mengambil serius akan kepentingan perubahan. Kita terlalu bergantung kepada politikus untuk melakukannya untuk pihak kita. Kita mengambil idea pemikiran yang ‘the lesser evil’ ialah yang terbaik kita boleh dapat. Tetapi semua regim penindas bermula ‘the lesser evil’ atau perubahan palsu. Tanpa mekanisma semak-imbang yang sesuai, regim yang diberikan kuasa akan sukar untuk dijatuhkan.
Barisan Nasional telah menunjukkan ketahanan sebegini. Gabungan ini telah memegang kuasa dan menyelamatkan dirinya walaupun pelbagai kontroversi dan skandal. Ketahanan ini sekali lagi diuji apabila krisis kepimpinan yang dialami oleh gabungan itu pada masa kini.
Jika BN masih bertahan dalam pilihanraya depan, hanya terdapat dua kemungkinan.
Pertama, gabungan itu telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengubah dan membetulkan kelemahan dan kesilapannya. Untuk semua perkara ini berlaku, semua parti dalam BN perlu mampu memujuk atau menekan Umno, parti paling dominan dalam pakatan itu, untuk berubah. Ini sangat sukar berlaku kerana parti-parti yang lemah seperti MCA, MIC dan Gerakan terlalu bergantung kepada Umno untuk meneruskan kenikmatan peranan serpihan dalam kerajaan.

"Pahlawan Bugis bukan penyamun" - Tengku Jamaluddin

"Pahlawan Bugis bukan penyamun" - Tengku JamaluddinKUALA LUMPUR: Kenyataan balas Pengerusi Persatuan Melayu Bugis Selangor, YDM Prof. Tengku Dato’ Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Alhaj.

Kenyataan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Affifuddin Omar itu adalah tidak wajar dilakukan apabila menyentuh tentang sejarah, peranan dan perjuangan orang Bugis.

Kelulusan beliau bukanlah dalam bidang sejarah, justeru itu tidak melayakkannya untuk bercerita tentang sejarah. Isu tentang sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak terpulang kepada hak masing-masing.

Namun isu memperlekeh, mempertikaikan perjuangan dan menggelar orang Bugis sebagai penyamun dan lanun seolah-olah mencabar maruah dan kewibawaan orang-orang Bugis yang tidak hanya berada di Selangor dan Malaysia, tetapi juga di negara-negera lain seperti Indonesia, Australia, Afrika Selatan, Madagascar atau di mana sahaja.

Membanding-bandingkan di antara orang Bugis dan orang Acheh juga suatu tindakan yang kurang cerdik.

Ini secara tidak langsung boleh menggugat keharmonian dan perpaduan suku bangsa Melayu yang ada di Malaysia. Hampir semua etnik Melayu seperti Jawa, Banjar, Minang, Mendahiling, Bugis, Rawa dan sebagainya ada di negeri Selangor.

Malah hampir semuanya mempunyai persatuan masing-masing yang kebanyakannya ditubuhkan untuk tujuan silatulrahim, menguatkan sahsiah dan jati diri, serta mengetengahkan elemen sejarah dan warisan seni budaya yang diwarisi oleh nenek moyang mereka sejak zaman berzaman.

Najib, perdana menteri yang banyak ‘kali pertama’

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Perdana menteri jenis apalah yang kita ada hari ini!
Najib Razak telah membuat banyak “kali  pertama” sejak mengambil alih kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa turun kerana ‘tidur ketika bekerja’.
Beliau adalah perdana menteri pertama yang membuat dasar 1Malaysia.
Semuanya menjadi 1Malaysia. Entiti korporat Mydin patuh terhadap kerajaan dengan membuat kedai serbaneka yang selari dengan slongan 1Malaysia.
Itu sahajalah tentang dasar 1Malaysia.
Yang lain kembali ke dalam konteks kaum dan agama.
NGO baru yang bernama Perkasa dengan imej dan semangat Melayu yang ekstrem direstui oleh perdana menteri 1Malaysia.
Beliau juga perdana menteri pertama yang menabur banyak janji untuk memansuhkan undang-undang zalim, agar rakyat memiliki tahap kebebasan yang lebih baik.
Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah dimansuhkan, dan begitu juga sepatutnya dengan Akta Hasutan. Namun sebaliknya yang berlaku, akta itu diperkuatkan untuk terus menyekat demokrasi di negara ini.
Masih belum berpuas hati, satu lagi akta zalim bernama Akta Pencegahan keganasan (Pota) digubal. Akta itu dikatakan untuk melawan ekstremisme agama, namun dipercayai hanya untuk menyekat hak-hak demokratik rakyat.

Kenapa tak suka, Rosmah bukan makhluk baharu, kata bekas menteri Umno

Datin Seri Rosmah Mansor tidak seharusnya dijadikan modal serangan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana beliau bukanlah baharu mengahwini perdana menteri, kata Tan Sri Annuar Musa.

Bekas menteri kemajuan luar bandar itu juga berasa hairan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memberikan pujian kepada Rosmah sewaktu melancarkan buku biografi isteri perdana menteri itu pada tahun lalu tetapi kini menjadikan Rosmah modal melancarkan serangan kepada Najib.

 “Kalau setakat nak kata kita tak suka Najib sebab ada Rosmah, dia baru kahwin ke dengan Rosmah?

Adakah Rosmah ini satu makhluk baru yang baru wujud dalam sistem yang kita lihat depan kita?

“Sejak Najib jadi ketua Pemuda, Datin Rosmah itulah. Sampai sekarang ini pun. Kenapa sekarang baru nak jadi isu. Sebelum ini siapa lancar biografi Rosmah? Dr Mahathir baru setahun lepas.

Puji meleret-leret lagi. Takkan sekarang nak dijadikan alasannya,” katanya di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata demikian dalam program “Bicara Tokoh: Kupasan Isu-Isu Politik Semasa” yang dianjurkan Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia.

Annuar berkata perbelanjaan mewah Rosmah tidak seharusnya dipertikaikan kerana sesiapa sahaja berhak berbelanja mewah jika mempunyai kemampuan.

Katanya, selagi kemewahan itu tidak diperoleh daripada sumber-sumber yang haram maka tidak sesiapa pun yang berhak mempersoalkannya. “Rosmah beli beg mahal?

Ada duit, dia belilah. Saya pakai LV. Saya ada duit, saya belilah. Salahkah pakai beg LV? Tak salah.

Yang salah kalau pakai duit haram. “Saya jadi pengerusi Mara diberi Proton tetapi di rumah saya ada Porsche. Salah ke Annuar Musa pakai Porsche?” soalnya.

Masa depan dengan Pakatan belum tentu dibincang PAS dalam mesyuarat esok

PAS bakal mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat esok malam, seminggu selepas pemilihan parti yang menyaksikan hampir semua kumpulan profesional tewas kepada kumpulan konservatif, namun masa depan bersama Pakatan Rakyat (PR) belum tentu dibincang dalam mesyuarat tersebut.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat akan membincangkan mengenai pelantikan baru, ia termasuk bagi jawatan setiausaha agung, bendahari dan beberapa jawatan dalam jawatankuasa.

"Agenda yang ditetapkan adalah untuk melantik setiausaha agung, bendahari dan jawatan lantikan lain," kata beliau kepada wartawan yang ditemui di luar Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata tidak pasti sama ada mereka akan membincangkan mengenai masa depan parti Islam tersebut bersama dalam PR.

"Saya tidak rasa begitu, kerana untuk membincangkannya, semua ahli, yang dipilih dan dilantik mesti berada dalam mesyuarat dan untuk mesyuarat esok hanya mereka yang terpilih akan menghadirinya," kata Takiyuddin.

Keputusan muktamar putus hubungan dengan DAP muktamad, kata Mujahid

Muktamar PAS adalah peringkat pembuat keputusan tertinggi berdasarkan perlembagaan parti Islam itu dan sebarang ketetapan dibuat adalah muktamad, kata bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu merujuk kepada usul yang dibentangkan Dewan Ulama untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan diterima tanpa bahas minggu lepas.

Meskipun beberapa pemimpin PAS menyatakan usul memutuskan hubungan dengan DAP masih belum dimuktamadkan Majlis Syura dan jawatankuasa pusat, namun ia ditolak Mujahid yang menegaskan muktamar pembuat keputusan paling tinggi dalam parti Islam itu.

 "Artikel 7 dalam parti Perlembagaan menyatakan muktamar adalah badan pembuat keputusan tertinggi dan ini bermaksud keputusan tersebut sudah dimuktamadkan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Lihat usul tersebut, ia bukan untuk membawa perkara tersebut untuk perhatian mereka, namun sedia untuk memutuskan pertalian dengan DAP," katanya.

Asmuni: PAS tiada pilihan, kena laksana usul putus hubungan

Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

“Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

PM: Keselamatan Sabah tiada kaitan dengan beli jet rasmi

Mahathir sendiri yang buat serabut, kata Najib

'Discipline me if I jumped the gun' Mujahid tells PAS

PAS not likely to review position in Pakatan

MP: Najib ultimately responsible for 1MBD

PM: I've no idea about 1MDB money laundering

'Najib Menteri Kewangan paling bodoh dalam sejarah Malaysia'

Padan muka korang ler yg pangkah BN.....Sendiri Pangkah Sendiri Rasa..


Asal dpt kat UMNO/BN, segala hak & harta rakyat mesti NAK DISWASTAKAN.. Klu semua nak swastakan baik takyah ada KERAjaan !!!

Selalunya kebiasaanya SIAPA yg selalu ke hospital kerajaan ??? Golongan berpendapatan rendah atau PM, bini PM, menteri2, Datuk2, Dato'2, Tan Sri2 yg pergi..

DAH GILA KA APA !!!.. MANA PERGINYA gula2 janji MUNAFIKUN-BN duit2 peruntukan tersebut pergi:


MINGGU DEPAN dah nak sambut bulan Ramadhan, KERAjaan BN baru siapkan 19 buah rumah shj ????

Mula2 kata, Najib umum RM500 juta,
Lps tu Menteri DAM kata RM800 juta,
TPM pula kata RM200 juta..

Dah pergi jahanam ka.. atau kene songlap ka ??.. atau KANTONG2 KERAJAAN SUDAH KERING !!!

Kalau kantong2 KERAjaan sudah kering, DUIT2 GST LAH TOLONG PENUHKAN BALIK !!!