Ahad, 7 Jun 2015

RAKYAT BAYAR GST !!


APA NAK HERAN, kalau laki pon dah PAHLAWAN, BANGSAWAN & sawan samun wang rakyat, inikan pula bininya.. Kalau rakyat M'sia nak mewah hidup mcm Rosmah rajin2lah simpan duit sejak dari kecil lagi... 

'Simpan duit' lebih baik dari merompak..

PM sendiri tidak selamat berada dalam kubu Umno?

oleh Cynic View

Saya tidak dapat menerima keputusan KPN yang membatalkan dialog tanpa kekangan antara perdana menteri dan NGO di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Sebab ianya dibatalkan (situasi semakin tidak terkawal dan mampu mengancam sekuriti dan keselamatan awam) tidak dapat diterima akal.

 Ianya telah mendedahkan kelemahan persiapan, perancangan yang lemah dan ketidakupayaan pihak berkuasa awam kita untuk memastikan keselamatan perdana menteri yang disayangi dan rakyat yang cintakan keamanan yang lain.

Pengajur dialog itu, Sukaguam, telah menjemput masyarakat awam, NGO, ahli parti politik, dsb. Berita mengenai acara itu telah diberi publisiti meluas di platform media massa dan sosial media. Jelas sekali, pihak polis sedar bahawa perdana menteri akan menghadirinya.

Kita mengandaikan bahawa pegawai-pegawai PM dan mereka yang bertanggungjawab memastikan keselamatan dan sekuriti beliau telah melakukan kerja rumah mereka, berunding dengan polis, penganjur dan pemilik venue untuk menjangka sebarang senario yang mungkin berlaku dan memastikan ianya selamat.

 Ini termasuklah mengambil langkah kawalan hadirin, menapis para hadirin, dan sebagainya.

Ekoran daripada ancaman ke atas orang kenamaan oleh IS, kita beranggapan bahawa itulah yang sekurang-kurangnya dapat dilakukan.

Venue acara itu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bukanlah satu tempat yang biasa. Ianya bertindak sebagai ibu pejabat Umno, denyut nadi parti itu. Ianya adalah simbol kekuatan dan ketuanan Melayu.

Di sinilah tempatnya Majlis Tertinggi Umno yang berkuasa bersidang dan memutuskan isu-isu kepentingan nasional atas nama bangsa, agama dan negara.

Banyak perbincangan dan keputusan telah dibuat di tempat keramat ini yang memberi kesan kepada jutaan rakyat Malaysia.

Bagaimana chai tentukan pemimpin dalam PAS

Mohamad Ridhuan


Tiada apa yang paling hangat dalam Muktamar PAS 2015 melainkan kekalahan teruk geng profesional kepada geng ulama. Faktor utama kekalahan geng profesional ini adalah disebabkan wujudnya 'chai' yang membutakan akal budi para perwakilan.
Analisa daripada undi yang dipaparkan JK Pemilihan Muktamar menunjukkan ulama yang tidak mendapat tempat di dalam 'chai' akan kalah manakala calon yang tidak pernah dikenali sebelum ini akan menang dengan undi yang besar jika nama mereka dimasukkan di dalam 'chai'.
Sebagai contohnya, dalam pengundian Dewan Pemuda, calon Muhtar Suhaili dipilih sebagai Exco Pemuda PAS dan memperolehi undi sebanyak 362 undi tetapi dalam pengundian PAS Pusat beliau hanya mendapat 49 undi kerana namanya tidak berada dalam 'chai'.

Nuridah Salleh, memperolehi undi sebanyak 359 undi dalam pemilihan Ketua Dewan Muslimat sehingga berjaya mengalahkan penyandangnya, YB Siti Zailah Mohd Yusoff tetapi hanya mampu mendapat 119 undi bagi pemilihan PAS Pusat.  Jika dibandingkan dengan YB Siti Mariah Mahmud, ternyata undi yang diperolehi YB Siti Mariah sebanyak 376 undi bagi pemilihan PAS Pusat, jauh meninggalkan jumlah undi yang diperolehi Nuridah Salleh. Manakala, Dr Rosni Adam mendapat 414 undi berbanding YB Siti Mariah Mahmud yang mendapat 274 undi di dalam pemilihan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, tetapi dalam pemilihan PAS Pusat memperolehi 590 undi berbanding Ketuanya, Nuridah Salleh yang hanya mendapat 119 undi. Secara logiknya, tiidak mungkin seorang timbalan lebih popular daripada seorang ketua. Beberapa orang calon lain yang boleh dipanggil 'ustaz' seperti Abd Ghani Samsudin (297 undi), YB Ahmad Marzuk Shaary (96 undi), Azman Shafawi (192 undi), Wan Azhar Wan Ahmad (65 undi) dan Zulkifli Ismail (54 undi) kalah dalam pemilihan PAS Pusat dengan jumlah undi yang diperolehi amat sedikit. Manakala, calon yang tidak dikenali seperti Dr Ali Akbar Gulasan mendapat 596 undi semata-mata kerana namanya dimasukkan bersama-sama rakan-rakan 'chai'nya yang lain.

Nasionalisme Muslim PAS vs Nasionalisme Melayu Umno

Dr Wong Chin Huat

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan saja ideologi agung, juga pengatur strategi agung untuk nasionalisme Islam.
Selepas pemilihan parti yang menampakkan kemenangan penuh puak pimpinan Hadi Awang, saya “masih” terbaca komentar di media sosial bahawa beliau diperdayakan Umno dalam isu Kanun Jenayah Syariah kerana ia tidak mungkin diluluskan di Parlimen.
Komentar sebegini agak lazim di kalangan penyokong Pakatan Rakyat (PR), sama ada di dalam atau luar parti PAS. Ia cuba menggambarkan Hadi sebagai seorang pemimpin politik yang naïf.

Bagi saya, analisa sebeginilah yang naïf, hampir bersifat propaganda dan tidak membantu kita – tidak kira kita sokong atau tolak Hadi – untuk lebih memahami apa yang berlaku dan membuat pilihan yang paling sesuai dengan nilai dan kesukaan masing-masing. Analisa politik berfungsi untuk membantu kita memahami apa yang sebenar berlaku, bukan untuk memuaskan kesukaan kita.
Kalau seseorang yang tidak sehaluan dengan kita itu handal, maka analisa yang jujur harus katakan ia handal dan bukan bodoh.
Dan maka kalau analisa itu jujur dan tepat, ia seharusnya membantu pembaca memahami realiti sebenar sekalipun pembaca  itu mungkin tidak berkongsi nilai yang sama dengan penganalisis.
Sebulan yang lepas, saya berhujah bahawa Hadi adalah ideologi agung PAS dan kelemahan puak pro PR ialah mereka kekurangan ideologi untuk mencabar hegemoni presiden parti Islam itu.
Lebih pahala sokong Pakatan?
Puak pro PR mungkin pandai melakukan perkara dengan betul dalam menjaga kesinambungan pakatan itu demi sasaran menawan Putrajaya.
Akan tetapi, bagi akar umbi PAS yang mengikut pandangan Dewan Ulama, kesinambungan PR itu kalau hanya dapat dijaga dengan melengah-lengahkan perlaksanaan hukuman hudud maka ia bukanlah perkara yang betul dibuat.
Kalau laksana hukum hudud boleh dapat pahala di akhirat, apakah kekalkan PR malah tawankan Putrajaya boleh dapatkan lebih pahala?
Daripada laporan media, saya tidak terbaca hujah puak pro PR yang berjaya menegakkan kelebihan pahala dalam pengekalan Pakatan, jika syaratnya ialah menundakan perlaksanaan hudud kerana masyarakat masih belum tersedia.
Dalam sebuah parti yang berteraskan agama dan malah sering bersifat pendakwah, tidaklah hairan ketewasan besar pihak yang memasarkan kejayaan duniawi di tangan pihak lawan yang memasarkan kejayaan akhirat. Logik ini sekalipun orang di atas pun boleh faham.
Sebaliknya, jawapan sesetengah penyokong PR (termasuk yang di luar PAS) terhadap agenda hudud puak Hadi ialah menekankan tipu muslihat Umno untuk memecahkan PR tanpa keikhlasan untuk melaksanakan hukuman hudud akhirnya.
Wacana sebegini mengambil sekurang-kurangnya dua bentuk. Bentuk pertama ialah bertanya: “mengapa negeri diperintah UMNO tidak melaksanakannya dahulu?” Bentuk kedua ialah menekankan pelbagai halangan perlaksanaan Hudud.
Suatu contoh ialah kegagalan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) membawa cadangan pindaan kepada hukum jenayah syariah ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11hb Mac, kononnya kemungkiran janji dalam jawatankuasa teknikal persekutuan-Kelantan terhadap perkara ini.
Bukan sekadar konspirasi Umno untuk pecahkan Pakatan
Penyokong PR suka mengaitkan kebangkitan agenda Hudud 3.0 ini (1.0 semasa 1993 dan 2.0 semasa 2003) dengan perpecahan Umno. Dalam kata lain, teori konspirasi Umno.
Pandangan ini memperkecilkan ikhtiar pihak kerajaan negeri Kelantan terutamanya Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dalam naiknya agenda Hudud 3.0.
Jika Pakatan yang tawan Putrajaya pada 5 Mei 2013, tak akan Nik Amar dan Ahmad tidak ambil peluang untuk minta lampu hijau dari orang sendiri untuk perlaksanaan hudud? Tetapi mungkinkah kerajaan persekutuan baru di bawah PR bersetuju?

PAS dan tragedi sebuah kesombongan

Muhamad Takiyuddin Ismail


Bagi pemerhati dan penganalisis yang mengikuti perkembangan dalam PAS secara neutral, agak sukar untuk tidak berasa sedih apabila melihat perkembangan yang berlaku dalam Muktamar PAS ke-61 yang baru berlangsung.
Hal ini lebih dirasakan apabila seseorang mengikuti dengan lebih dekat dan menyaksikan sendiri muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. Pergelutan kuasa yang berlaku sekian lama antara kem agamawan dan kem progresif menemui penamatnya dengan penguasaan menyeluruh kem agamawan.
Di sebalik semua label dan alasan ketidaksenangan yang dimomokkan terhadap golongan progresif ini, tidak ada faktor yang dianggap lebih berperanan penting selain “kesombongan”. Kesombongan merupakan faktor yang menggarisbawahkan keterpinggiran golongan progresif ini dalam PAS.

Kaedah kempen, pola pengundian dan perjalanan muktamar yang berlangsung dapat dianggap sebagai kemuncak kepada manifestasi kesombongan. Kerana sombong dan terlalu berbangga dengan dominasi terhadap ilmu agama, maka mereka yang tidak sealiran diketepikan. Kesombongan menyebabkan sukar bagi golongan agamawan untuk mengiktiraf kebolehan dan keupayaan yang dimiliki golongan progresif. Kesombongan menyebabkan pemimpin-pemimpin progresif seperti ini tidak langsung dihargai walaupun merekalah yang memainkan peranan signifikan dalam meletakkan PAS ke kedudukan sekarang.
Kesombongan menyebabkan fitnah dan tuduhan palsu dibenarkan dijaja dan dibenarkan berleluasa. Kempen yang berlangsung seakan-akan menghantar mesej yang “tidak mengapa berbuat sedikit kejahatan dengan maksud untuk mengekang kejahatan yang lebih besar”.
Mengejutkan apabila diktum seperti ini diamal dan dipraktikkan secara meluas dalam pemilihan yang berlangsung. Sekian lama pegangan Machiavelli ini hanya hidup subur dalam Umno. Apabila lawan jatuh, maka tindakan seterusnya bukanlah berhenti tetapi terus memijaknya. Kini, PAS juga kelihatan amat ghairah untuk menginstitusikan kesombongan seperti ini.
Kerana sombong, PAS tidak dapat lagi melihat secara rasional mana kaca dan mana permata. Bukan sahaja mereka menyingkirkan tenaga intelektual yang merupakan aset berharga parti, tetapi juga menghantar mesej yang “kami tidak memerlukan pengetahuan ilmu moden dan bantuan kaum-kaum lain untuk mentadbir negara”. Kesombongan menyebabkan PAS mahu menoleh semula ke belakang sedangkan dunia sudah jauh bergerak ke hadapan.

Survival kepimpinan ulama dan PAS

Mohamad Sofee Razak

Seperti yang dijangkakan kumpulan pro Ulama menang besar dalam pemilihan PAS yang dianggap sebagai pertandingan kalah mati ini.

Kumpulan pro Profesional hampir lumpuh dalam pemilihan kali ini yang membuktikan strategi yang digunakan oleh jentera pro Ulama menjadi kenyataan dan berjaya menguasai hampir semua jawatan utama Pusat termasuklah sayap pemuda dan wanita.

Pemilihan kumpulan pro Ulama secara total ini membuktikan trend dan kehendak baharu perwakilan dari seluruh negara bagi melonjak kumpulan terpilih ini memacu parti Islam terbesar ini menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang hanya tinggal kurang 2 tahun sahaja lagi.

Hasilnya formula sebelum ini yang menggandingkan kumpulan pro Ulama dan pro Profesional dalam satu barisan kini seolah-olah sudah dianggap tidak lagi relevan.

Persoalannya ialah sejauh manakah kumpulan pro Ulama ini mampu membawa aspirasi baharu kepada ahli seluruh negara dan juga rakyat Malaysia umumnya yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan yang solid kepada PAS dalam PRU13 yang lepas.

Adakah barisan kepimpinan yang baharu ini mampu mengekalkan sokongan rakyat sepertimana sebelum ini atau berupaya meningkatkan lagi prestasi PAS dalam landskap politik negara.

Setakat hari ini pemerhati politik masih kabur dan tertanya-tanya dengan hala tuju serta agenda besar yang akan dibawa oleh kepimpinan baharu PAS yang rata-ratanya pro Ulama ini, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan kumpulan pro Profesional dalam barisan kepimpinan utama PAS tanpa menafikan terdapat beberapa tokoh yang baharu dipilih turut mempunyai latar belakang profesional.

PAS harus ingat, peristiwa Hijrah juga adalah penghijrahan beramai-ramai

oleh Hazlan Zakaria

Memanggil pelarian Rohingya di Malaysia sebagai “pengecut” yang sepatutnya kekal di negara mereka dan melawan, seorang perwakilan PAS mungkin membayangi perkara yang sama kepada parti Islam itu yang juga adalah serpihan Umno dan sekarang ini kelihatan seperti akan keluar daripada Pakatan.


“Kenapa mereka jadi pengecut duduk di sini?” perwakilan PAS Bagan Mohd Yusof Zaidi bertanya ketika muktamar parti itu di Kuala Selangor pada 6 Jun.

The Malay Mail Online melaporkan Mohd Yusof memberi cadangan kepada pelarian Rohingya supaya pulang ke Myanmar dan berjuang demi hak mereka berbanding tinggal di Malaysia seperti “pengecut”.

Beliau dilaporkan berhujah bahawa Malaysia tidak dapat terus menerima pelarian dan pencari suaka kerana mereka mungkin akan menjadi punca banyak masalah tempatan.

“Kita akan terjunam ke dalam banyak isu akibat daripada lambakan pelarian ini...jika kita terus menerima mereka semua (Rohingya), kemudian orang Vietnam akan datang, kemudian orang Kemboja, dan malahan orang Amerika, dan kita akan dapati negara kita menjadi pusat lambakan pelarian,” kata beliau.

Menegaskan kerajaan Myanmar sebagai punca masalah, Rohingya di Malaysia mestilah tanganinya berbanding melarikan diri, beliau dilaporkan berkata.

“Cari jalan untuk hentikan keganasan ini...bermula dengan Burma dan kalau perlu, kita cetuskan supaya mereka yang bekerja di sini, tinggal orang perempuan mereka, balik ke sana, lawan kerajaan mereka.”

Walaupun Mohd Yusof hanyalah seorang perwakilan, ianya tetap memberi imej yang buruk kepada PAS secara keseluruhannya jika inilah wakil parti Islam itu, yang mengecam saudara seislam sendiri yang lari dari penindasan.

Putus hubungan dengan DAP, PAS berdepan risiko tsunami Melayu, kata DAP Johor

Memutuskan hubungan dengan DAP untuk bekerjasama dengan Umno bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan, PAS menghadapi risiko kehilangan sokongan, terutama di kalangan golongan pertengahan Melayu dan mereka yang mempunyai sentimen anti-Umno, kata DAP Johor.

Pengerusinya Liew Chin Tong berkata, usul yang dibawa tanpa bahas dalam muktamar parti Islam itu minggu ini menetapkan penjajaran semula (realignment) politik Malaysia di luar dinamika PAS.

Beliau juga mendakwa, PAS tidak mengambil berat usaha pembangkang memenangi kuasa persekutuan kerana golongan konservatif dalam parti Islam itu bersedia menerima pemerintahan berterusan Umno.

 Ini bertentangan dengan sebelum ini, kata Liew, apabila golongan progresif membentuk kuasa yang kuat dalam PAS selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, dan bercita-cita mengalahkan Umno.

 "Sesuatu yang realistik ialah PAS dijangka tidak akan memenangi cukup kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan dengan sendiri.

"Oleh itu, kerjasama dengan DAP melalui platform dasar bersama, berdasarkan permuafakatan, dianggap pilihan yang pragmatik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tips2 dari 'Menteri DAM' resepi masakan tanpa GST..

Rupa2nya sebelum ini menyepi, 'Menteri DAM' sibuk mencari formula resepi utk rakyat YANG TIADA GST. Terima kasih menteri..

Gempa Sabah: Kit Siang dekati Hadi, mereka bersalam

Ketika ketegangan hubungan PAS-DAP, dua pemimpin utama parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang kebetulan bertemu di Kundasang, Sabah hari ini.

Menurut saksi kejadian, pertemuan berlaku ketika Lim hendak beredar ke Kinabalu Park apabila  Hadi tiga dengan sebuah pacuan empat roda.

Lim kemudian mendekati Hadi dan mereka berdua bersalam.

“Mereka berdua tidak bercakap apa-apa,” kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah  Ginger Phoong, ketika dihubungi.

Kedua-dua pemimpin parti sekutu dalam Pakatan Rakyat itu kemudian membawa haluan masing-masing.

Hadi dikatakan terus meninjau kawasan itu manakala Lim yang sampai awal beredar.

“Ia mesra, tapi canggung,” kata  Phoong, ketika diminta mengambarkan pertemuan itu.

KEADILAN istiqamah perjuang harapan rakyat

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan pada hari ini untuk membincangkan keadaan terkini politik tanah air.
pakatan_rakyat_logo_dan_benderaMenyedari bahawa 52% pengundi di Pilihan Raya Umum ke-13 telah menaruh harapan kepada sistem dwi-parti untuk membawa perubahan kepada persada politik Malaysia, maka KEADILAN bertekad dan istiqamah untuk terus perjuangkan harapan rakyat berlandaskan kerangka Pakatan Rakyat.
Daripada keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Rompin, KEADILAN sedar rakyat mendambakan perubahan melalui Pakatan Rakyat. Momentum perubahan ini perlu diteruskan.
Oleh itu, KEADILAN akan menerajui usaha untuk menjadi penghubung demi mempertahankan aspirasi rakyat yang mahu melihat Pakatan Rakyat kekal.
Pimpinan KEADILAN akan berunding dengan pimpinan PAS dan DAP dalam masa terdekat.

Kemelut: PKR akan runding dengan DAP, PAS

PKR akan berunding dengan sekutu mereka PAS dan DAP susulan kemelut yang melanda kedua-dua parti itu.

Bagaimanapun tarikh pertemuan itu hanya akan diumumkan kemudian, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini bermesyuarat di ibu pejabatnya di Petaling Jaya susulan muktamar PAS menerima usul putus hubungan dengan DAP.

Berbeza dengan Kelantan dan Pulau Pinang, kerajaan Selangor pimpinan PKR berpotensi hilang jika Pakatan berpecah.

Golongan Melayu dan bukan Melayu neutral, atas pagar perlu bangkit

oleh Mariam Mokhtar
Akhirnya, ancaman yang paling serius kepada keselamatan negara, yang mengancam untuk memusnahkan keharmonian dan menyebabkan keyakinan pelabur menjunam, bukan komunis, DAP, Kristian atau aktivis liberal Malaysia, tetapi orang Melayu sendiri; atau lebih tepat Melayu Umno Baru  yang mahu melindungi kepentingan diri.

Pada 5 Jun, dialog  “Nothing to Hide” mengetengahkan Perdana Menteri Najib Razak bertukar menjadi huru-hara, apabila Najib gagal untuk hadir.

Seterunya, Dr Mahathir Mohamad kemudian melakukan apa tentunya salah satu perkara yang paling semula jadi bagi seorang PM paling lama berkuasa di Malaysia.

Beliau melangkah ke arah podium, dan mengambil alih majlis.

Mahathir tidak teragak-agak untuk menyampaikan ucapannya, menyebabkan kebingungan penganjur dan menggembirakan orang ramai.

Dan mengapa tidak? Najib, yang pada hari sebelumnya mengisytiharkan bahawa darah pahlawan mengisi urat belikatnya, membuat keputusan duduk di rumah.

Sekiranya Najib tidak pergi ke Sarawak memberitahu rakyat di negeri tersebut bahawa beliau seumpama pahlawan Bugis dan memiliki semangat juang yang tinggi, tentu Najib tidak akan terhina sedemikian rupa kerana gagal hadir ke majlis itu.

Yang sinis akan tertanya mengapa Najib, seorang 'Pahlawan' gentar berperang mulut dengan seorang yg berusia 89 tahun.

Rakyat Malaysia tidak akan melihat ketiadaan Najib sebagai tindakan menghormati seseorang yang lebih tua. Mereka akan melihat tindakan pengecut si Bugis.

Mahathir jarang melepaskan peluang, dan tiada siapa yang boleh menyalahkannya.

Yang salahnya Najib kerana gagal hadir.

Dr M tiada kaitan 1MDB, tidak perlu dipanggil PAC, kata Khairy

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu dipanggil menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana beliau tidak ada kena mengena dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mengulas saranan Datuk Saifuddin Abdullah semalam, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno itu berkata, sesiapa yang dipanggil menghadap prosiding tersebut mesti ada kaitan dengan 1MDB.

"Sesiapa yang dipanggil mestilah ada kaitan dengan isu prosiding. Contohnya, cadangan nak panggil Dr Mahathir. Dr Mahathir tak ada kena mengena dengan 1MDB.

 "Jadi, dalam PAC, mereka hanya dapat panggil sesiapa yang terlibat dengan 1MDB," katanya pada acara 'Art of Speed' di Maeps, Serdang hari ini.

Semalam, Saifuddin yang juga ketua pegawai eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata, kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Dr Mahathir harus tampil pada sesi pendengaran PAC mengenai 1MDB yang boleh disiarkan secara langsung.

Katanya, prosiding PAC jalan terbaik menjawab persoalan yang membelenggu syarikat tersebut dan ia boleh disiarkan secara langsung di kaca televisyen kerana rakyat juga mahu mendengar jawapan kepada perkara yang dibangkitkan.

KJ: Orang lain tak dapat tolong PM, Dr M

Orang lain tidak akan dapat membantu menyelesaikan pertikaian antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, kata Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, kata menteri belia dan sukan itu, ia perlu diselesaikan melalui perbincangan empat mata.

“Saya rasa mereka dapat buat secara (perbincangan) empat mata, tak perlu ada pihak ketiga,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jumaat lalu, NGO Sukaguam melangsungkan majlis dialog terus tetang Nothing2Hide antara Najib dan pertubuhan bukan kerajaan.

Najib tidak hadir atas nasihat polis yang bimbangkan isu keselamatan beliau.

Mahathir sebaliknya hadir penuh gaya dan berjaya mencuri pentas untuk berucap sebentar sebelum dihentikan dan diiring beredar oleh polis.

Tanpa kemunculan Najib, perdana menteri dilempar pelbagai tuduhan negatif, seperti penakut.

Sementara itu, Khairy turut bersetuju supaya sesi dialog Najib-Mahathir dibuat secara langsung di televisyen.

The Benchmark beri amaran wujud blog palsu cuba bersih nama 1MDB, Jho Low

Blog "The Benchmark" yang pertama mendedahkan mengenai dokumen pembelian tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini memberi peringatan kepada pembacanya agar berwaspada dengan kewujudan satu blog "penipu" menggunakan nama yang sama.

Katanya, blog palsu itu memutar belit berita bagi membersihkan syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat dibebani hutang itu daripada sebarang salah laku. Satu notis yang diletakkan di laman web The Benchmark di http://thebenchmark0.blogspot.com berkata terdapat satu "rekaan jahat" blog itu menggunakan templat yang sama di URL http://thebenchmark1.blogspot.com.

Menurut notis itu, ia "cubaan terdesak pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramai mengenai siasatan jenayah ke atas 1MDB". Oleh itu, The Benchmark berkata, ia akan menukar templat sehingga penipu itu dan "mereka yang diupahnya" dikenal pasti.

"Perlu diingatkan langkah ini tidak akan menghalang penjenayah itu dan mereka yang bersubahat daripada mencuba kaedah penyamaran lain atau memberi gambaran salah," kata notis itu.

Pada blog yang satu lagi itu, dokumen berkaitan usaha sama 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan PetroSaudi International diterbitkan dan kelihatan disasarkan kepada satu lagi laman web pemberi maklumat, Sarawak Report.

Menurut posting di blog "palsu" itu, tidak benar dakwaan yang ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low menyalurkan keluar AS$700 juta (RM2.5 bilion) menerusi satu usaha sama dengan syarikatnya Good Star Limited.

Menyiarkan dokumen tanpa mengaitkan dengan sumber, blog tersebut menyatakan 1MDB tidak pernah memindahkan wang kepada akaun pihak ketiga, selain kepada usaha sama 1MDB-PetroSaudi itu.

Ancaman keselamatan di dialog 1MDB timbulkan kesangsian

Alasan mengatakan wujud ancaman keselamatan menyebabkan dialog 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat terpaksa dibatalkan boleh dipertikaikan, kata seorang wartawan veteran.

Datuk A Kadir Jasin berkata, Najib sebelum ini biasa muncul di kawasan terbuka bersama ribuan hadirin tanpa sebarang isu. "Bagaimana satu acara, yang dianjurkan beberapa hari sebelumnya, diadakan di sebuah premis tertutup dimiliki Umno, tiba-tiba disimpulkan polis sebagai tidak selamat atau mungkin ganas?

 "Mengapa selepas semua orang berkumpul dan Tun Dr Mahathir Mohamad sampai, tiba-tiba perjumpaan awam ini, yang dianjurkan orang Umno, menjadi tidak selamat?" soal bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu.

Beliau berkata kepada The Malaysian Insider, jika polis dapat menjamin keselamatan Najib pada majlis yang dihadiri ribuan orang, mereka tentu boleh memastikan keselamatan beliau pada forum yang dihadiri kira-kira 1,000 orang itu.

SIAPA PM MALAYSIA SEBENARNYA ???

Bezanya antara pemimpin yg ada telo dgn tiada telo..


Jiwa besar atasi hati terguris masa pemilihan - Suhaizan



KUALA LUMPUR: "Muktamar telah selesai. Masa untuk kita mengorak langkah ke hadapan," ujar bekas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.
Justeru, katanya berilah kepimpinan ruang masa untuk mereka menterjemah segala aspirasi dan hala tuju mereka.
"Sementara kita ahli bawahan mestilah mengukuhkan setiakawan dan ukhuwwah yang telah lama terjalin," kata beliau menerusi laman facebook.
Pemilihan kali ini walau mengguris hati dan perasaan banyak pihak, namun beliau yakin ia mampu diatasi dengan jiwa besar untuk terus maju ke hadapan.
Menurutnya, masih terdapat banyak ruang untuk terus menyumbang khidmat bakti untuk Islam.
Namun beliau tetap pertegaskan, PAS jangan sama sekali diurus dengan emosi kerana kesannya amat buruk untuk survival jangka panjang.
"Mungkin hari ini kita berseronok dengan kejayaan emosi kita, namun kita bakal mematikan usaha PAS untuk mengorak langkah ke hadapan," ujarnya.
Tamahnya, setiap tindakan mesti berasas ilmu, bukan sekadar hukum tetapi juga berkait ilmu hal ehwal semasa yang lain.
"Jangan kita menjadi menang sorak kampung tergadai," ujarnya lagi.

Tuhan tentu lebih suka kalau kita menang - DHPP



KUALA SELANGOR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menggesa saf kepimpinan PAS sesi 2015-2017 agar memberi perhatian terhadap amalan fitnah, label-melabel dan tidak menepati janji.
Ketuanya, N. Balasubramaniam berkata, ahli dan pimpinan PAS mesti bersatu dan tenaga kerja ulama dan profesional mesti digabungkan bagi melawan musuhnya iaitu Umno BN.
"Gerak kerja yang tersusun pastinya amat ditakuti oleh musuh kita iaitu Umno BN.
"Meskipun Umno BN itu musuh kita tetapi jika mereka lebih bersatu dan bekerja secara tersusun, tentunya mereka berhak untuk menang pilihan raya dan PAS pula akan terus mengalami kekalahan walaupun di pihak yang benar," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-61 semalam.
Beliau juga bimbang ahli dan pimpinan PAS tidak bersatu hati dan tidak berjaya membina persepsi yang baik dalam kalangan pengundi hingga menyebabkan kekalahan.
"Apabila mengalami kekalahan, saya tak pasti apakah benar Tuhan akan redha.
"Saya bimbang Tuhan tidak redha  dengan kekalahan itu kerana kekalahan kita itu mungkin kerana kita tidak bersatu hatoi atau kita tidak berjaya membina persepsi yangbaik di kalangan pengundi," katanya lagi.

'Jangan lantik saya lagi dalam PAS' - Abang Ahmad Kerdee

Tiada tanda-tanda PAS akan berpecah susulan pembersihan penuh kumpulan ulama dalam parti itu susulan keputusan pemilihan Jumaat lalu.

Tetapi mungkinkah pemimpin yang dianggap daripada kem pencabar presiden Ahmad Awang perlahan-lahan menjarakkan diri daripada kepimpinan pusat?

Ketika Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih,  masih berkira-kira meletakkan jawatan, pemimpin muda PAS daripada Sarawak Abang Ahmad Kerdee Masagus pula
mengumumkan haluannya.

Setelah 12 tahun terlibat dalam kepimpinan pelbagai peringkat, Ahmad Kerdee berkata beliau kini tidak akan menerima lagi sebarang pelantikan ke dalam PAS negeri, sayap Pemuda mahupun jawatankuasa pusat.

Dalam kenyataannya, beliau memberikan alasan mahu memberi tumpuan terhadap dua kawasan pilihan raya PAS di Sarawak, iaitu Beting Maro dan Sebuyau.

“Keputusan ini pada saya, yang terbaik untuk diri saya buat masa ini.

“Boleh jadi sahabat-sahabat dan teman- teman pimpinan punya pandangan yang berbeza, saya mohon untuk dihormati pendirian ini dan beri peluang kepada saya bergerak ke hadapan dalam 'zon khas' bagi sesi ini.

Kepercayaaan ini amat berat pada saya - Tuan Ibrahim

Pakatan Rakyat Pasca Muktamar PAS Ke 61

PAHLAWAN ISLAM MELAYU dtg ke majlis kahwin menurut ISLAM-UMNO-Wasatiyyah !!!


TAHNIAH buat pimpinan UMNO.. Cara islamik yg terbaek 
Emotikon like
PAHLAWAN ISLAM MELAYU dtg ke majlis kahwin menurut ISLAM-UMNO-Wasatiyyah !!!


Inilah pemimpin MELAYU Islam yg kamu undi..

HIDUP UMNO !!! MATI PUN UMNO !!!

p/s: Dedah aurat xper janji tak timbul ghairah - ularmak UMNO...

Pahlawan Keluar Negara Ketika Rakyat Dilanda Musibah..!!!

Jangan main2 ngan Puan Puti Reno ni yg berdarah suku Minangkabau. Malahan laki beliau pon seorang 'PAHLAWAN BUGIS' berdarah pahlawan..

Ahmad Maslan kongsi petua memasak tanpa GST...makin nampak bodohnya..!!!

Menerusi akaun Twitter, Ahmad Maslan memuatkan dua keping gambar masakan yang menggunakan bahan-bahan yang tidak dikenakan GST
ahmad maslan resepi GST
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberi ‘petua’ bagaimana rakyat boleh mengelak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menerusi akaun Twitternya, Ahmad telah memuat naik dua keping gambar yang memperlihatkan cara memasak tanpa dikenakan GST.
“Resepi saya dan digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST!,” tulisnya.
Status yang telah dimuat naik pada pagi Ahad itu menunjukkan kesungguhan Ahmad menerangkan kepada rakyat tentang GST, walaupun beliau teruk dikecam.

Darah Bugis Najib makan diri

Orang Bugis juga bukanlah selalu menjerit sahaja, tetapi dalam masa sama kerap memberi helah untuk melindungi sesuatu.
darah bugis
PETALING JAYA: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak menghadirkan diri di dalam forum ‘Nothing2Hide’ itu tidak menggambarkan sikap sebenar orang Bugis.
Mereka dikatakan mempunyai keberanian dan jati diri yang kuat, walaupun kerap diam.
Bahkan, orang Bugis juga bukanlah selalu menjerit sahaja, tetapi dalam masa sama kerap memberi helah untuk melindungi sesuatu.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin menyatakan tindakan Najib yang berbangga dengan darah Bugis yang mengalir dalam tubuhnya semakin hari semakin tidak membawa kelebihan untuknya mempertahankan kedudukannya.
“Dalam forum ‘Nothing To Hide’ yang turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bagaikan suatu pengesahan mutlak seolah-olah tiada setitik pun darah Bugis mengalir dalam pembuluh darahnya,” katanya.
Menulis di blog www.shahbudindotcom.blogspot.com, Shahbudin menjelaskan sikap sebenar orang Bugis adalah jika bertempik hendak berlawan, maka orang Bugis akan tetap melawan walau terasak ke dinding sekalipun.
Jelas beliau lagi, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merupakan contoh terbaik untuk memperlihatkan keperibadian dan keberanian orang Bugis.
“Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah yang paling awal menyatakan pendiriannya berhubung tindakan mengecewakan Najib itu,” ujarnya.

Tun M rela legasi terjejas asalkan negara selamat

Tan Sri Lim Kok Wing telah memberi amaran kepada Tun M supaya berhenti menyerang Perdana Menteri jika tidak mahu legasinya terjejas.
mahathir, limkokwing, nothing to hide
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kisah legasinya terjejas kerana menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, asalkan negara ini selamat.
Beliau berkata, masa depan negara yang tidak menentu disebabkan skandal kewangan 1MDB lebih penting berbanding legasinya, jika ada.
Mantan Perdana Menteri membangkitkan isu legasi dalam entri terbaru di blognya selepas menyedari rakannya, Tan Sri Lim Kok Wing telah dilantik oleh Najib untuk memburukkan beliau.
Katanya, Lim telah datang memberi amaran supaya beliau berhenti menyerang Najib jika mahu legasinya tidak terjejas.
“Beliau memberi amaran jika saya meneruskan juga usaha ini maka saya akan kehilangan legasi.
“Saya memberitahu beliau apa yang orang lain fikir tentang legasi saya, jika ada, tidaklah penting. Apa yang saya risaukan ialah apa yang akan terjadi kepada negara saya. Nama baik dan reputasi negara kita semakin terhakis.
“Sekarang saya lebih memahami kenapa beliau memberitahu saya yang saya akan kehilangan legasi tersebut. Beliau telah diberikan tugas untuk memburukkan imej saya, memusnahkan apa yang beliau panggil sebagai legasi saya.
“Saya merasakan beliau dengan orang atasannya percaya bahawa jika saya menjadi semakin tidak popular maka kecaman saya terhadap penipuan yang melibatkan 1MDB akan dipandang remeh,” katanya.
Dalam artikel itu Dr Mahathir tidak menyatakan nama Lim tetapi sekadar memaparkan gambar pemilik Universiti Lim Kok Wing itu.

Zam: Ya, Umno bukan firaun, tapi...

Ketika PAS bersikap lunak dengan musuhnya Umno, bekas menterinya sendiri pula terus mempertikaikan kewibawaan parti Melayu itu.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Umno bawah pimpinan sekarang “terikat dengan kekuatan kewangan dan kebendaan tetapi kekosongan jiwa tanpa roh perjuangan  sejati”.

“Umno semakin jauh dari rakyat  dengan semakin menyerlah  sebagai parti elitis, feudalistik dan materialistik,” katanya.

Malah, kata  Zainuddin, imej ini semakin teruk  apabila  Residen Umno Datuk Seri Najib berkata dirinya bukan dari darah sembarangan, ketika berdepan kritikan bertali arus Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zainuddin berkata, kenyataan itu amat bertentangan ajaran Islam yang tidak membezakan  manusia dengan daripada aspek darjat, pangkat dan keturunan kecuali ketakwaan kepada Allah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya pertemuan PAS-Umno tidak dipandang negatif kerana Umno tidak boleh disamatarafkan dengan firaun.

The Malaysian Insider semalam melaporkan pandangan sebegitu tidak menjadi pendekatan PAS.

“Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan. Itu bukan pendekatan kita.

PAS yang semakin kuat bila bersendirian

PAS yang semakin kuat bila bersendirian
KUALA LUMPUR: Seperti yang semua sudah ketahui, Muktamar Tahunan PAS ke-61 sudah pun berakhir semalam. Barisan kepimpinan baharu juga sudah memulakan tugas mereka sebaik saja muktamar berakhir. 'Dream Team' ulama kini menerajui PAS.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PAS menantikan corak kepimpinan pasukan 'cai' ulama ini. Tentulah ahli dan perwakilan PAS yang melaungkan takbir sekuat hati apabila mengetahui calon 'cai' ulama diumumkan menang, mahu melihat satu dimensi baru boleh dibawa oleh saf kepimpinan baharu.

Barisan kepimpinan baharu ini tentunya diharap dapat melakarkan sejarah baru bagi PAS. Parti Islam itu sudah berusia lebih 60 tahun, tentulah semua ahlinya mahu PAS melangkah ke hadapan.

Namun, Muktamar Tahunan PAS kali ini berakhir dengan satu persoalan yang membingungkan bukan hanya ahli parti itu tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Persoalan yang berlegar dalam benak ahli PAS selepas muktamar ialah apakah putus atau tidak hubungan dengan DAP?

Kalau benar mahu putuskan hubungan, kenapa usul tergempar Dewan Ulama PAS itu tidak dibahaskan dalam muktamar sebaliknya diserahkan kepada Majlis Syura Ulama (MSU) dan Jawatan Kuasa (JK) PAS Pusat untuk meneliti secara terperinci usul tersebut.

Bukan sedikit perwakilan PAS yang kecewa kerana usul penting itu tidak dibahaskan. Bukan hanya perwakilan Rembau dan Kota Raja saja yang ingin usul itu dibahaskan dalam muktamar. Di luar dewan, ahli-ahli PAS yang datang dari jauh dan dekat, yang sanggup mengikuti perjalanan muktamar dari bawah khemah juga mahu usul itu dibahaskan.

Namun mereka semua kecewa. Alasan yang diberikan, usul itu akan diserahkan kepada MSU dan JK PAS Pusat untuk dinilaikan. Bukankah lebih elok jika usul tersebut dibahaskan dalam muktamar, pandangan perwakilan didengari, kemudiannya MSU dan JK PAS Pusat boleh membuat pertimbangan dari pandangan perwakilan.

Suhaizan gesa rakan ikut jejak Mat Sabu letak jawatan dalam kerajaan Pakatan


suhaizan

Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat hari ini menggesa rakan-rakan PAS yang mempunyai jawatan di Pulau Pinang melepaskan jawatan secara sukarela.
Gesaan itu dibuat katanya bagi menjaga maruah parti Islamik itu daripada terus dipandang serong oleh DAP dan rakyat Pulau Pinang.
Katanya tindakan itu perlu dilakukan seperti mana yang dibuat oleh bekas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu yang meletakkan kesemua jawatannya sebagai wakil PAS di negeri itu susulan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
“Kalau ikut pandangan saya, eloklah sahabat-sahabat kita di Pulau Pinang mengikut jejak langkah bekas Timbalan Presiden PAS (Mohamad Sabu) meletakkan semua jawatan dengan kerajaan Pulau Pinang secara sukarela,” katanya.
Memetik kenyataannya di laman Facebook sebentar tadi, Suhaizan turut menyeru Majlis Syura Ulama parti itu segera memutuskan usul berkenaan.
Jelasnya, ini kerana perkara berkenaan turut melibatkan maruah wakil PAS yang lain khususnya di Pulau Pinang dan Selangor yang kini ditadbir oleh DAP dan PKR.
“Sementara itu saya memohon agar Majlis Syura Ulama menyegerakan keputusan usul ini kerana ia melibatkan maruah dan perasaan ahli-ahli kita yang memegang jawatan terutama di Pulau Pinang dan mungkin di Selangor,” ujarnya.

PAS Selangor tetap teruskan hubungan dengan DAP - Sallehen


Post Pic

KUALA SELANGOR: PAS Selangor menegaskan masih menjalankan kerjasama dengan DAP selagi belum ada keputusan rasmi daripada Majlis Syura Ulama berhubung usul putus hubungan  dengan rakan komponennya itu.
 
Bekas Exco, Sallehen Mukhyi berkata demikian selepas melihat perkembangan terkini kerajaan Pulau Pinang yang mendesak kesemua wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang digesa meletak jawatan berikutan keputusan PAS meluluskan usul tersebut di peringkat muktamar.
 
"MB di Selangor tidak akan buat sebab kerajaan Selangor bukan daripada DAP.
 
"Kedua perlu difaham bahawa usul itu belum diterima kerana usul itu ialah kita terima kerana kita tidak mahu banyak forum, semakin banyak perbalahan," katanya kepada pemberita selepas Muktamar PAS ke-61 melabuhkan tirai petang tadi.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar terdahulu mengumumkan usul putus hubungan dengan DAP diluluskan PAS Pusat tanpa sebarang perbahasan.
 
Tindakan itu mengundang rasa berang perwakilan PAS yang lain.
 
Sallehin bagaimanapun menegaskan usul itu masih belum diputuskan secara rasmi oleh Majlis Syura yang terlebih dahulu perlu mengkaji semula kerjasama tersebut.
 
"Berkaitan dengan isu untuk keluar dari pakatan itu adalah soal berdasarkan hukum.
 
"Apabila ia melibatkan hukum, ia akan pergi kepada Majlis Syura Ulama, jadi sebab itu belum ada satu keputusan yang jelas," katanya.
 
Dalam perkembangan sama, Sallehin berkata mungkin terdapat salah faham kepada DAP sehinggakan mereka mengeluarkan arahan untuk semua wakil PAS melepaskan jawatan di dalam kerajaan negeri.

Tahaluf siyasi: Ahli PAS tidak perlu bertindak gopoh.....luluskan usul gopoh boleh...!!!


Antara ciri wacana fiqh Islam ialah memahami secara cermat, halus dan teliti setiap teks yang terpapar pada pemilihan kata dan susunan ayat sebelum membuat sebarang ulasan dan kesimpulan.
Ketelitian ini gagal dipraktikkan oleh sebilangan kecil yang gopoh lalu bertindak pula secara kurang cermat dalam memahami Usul Dewan Ulamak PAS Pusat.
Usul tergempar yang diluluskan sebulat suara oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ialah "mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat".
Usul itu merujuk kepada pelbagai tindak-tanduk menjolok mata oleh DAP terhadap PAS dan Presiden PAS.
Usul ini dipinda oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat dengan gaya bahasa lain yang memberi maksud "menggesa Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP".
Apabila usul tersebut diputuskan untuk diterima tanpa bahas dalam Muktamar PAS Pusat oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat ia bermaksud; MELULUSKAN Usul itu untuk DIPUTUSKAN oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat. Ia bukan bermaksud meluluskan usul untuk terus sahaja muktamar membuat kepuusan memutuskan hubungan dengan DAP.
Persoalannya ialah kenapa usul itu diluluskan untuk diputuskan oleh dua badan tersebut? Kenapa tidak muktamar sahaja membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP?
Jawapannya ialah kerana keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP adalah melibatkan hukum syarak. Badan yang akan bersidang untuk memutuskan hukum syarak itu ialah Majlis Syura Ulamak.
Sebagaimana tahaluf siyasi dengan DAP sebelum ini diputuskan hukum keharusannya oleh Majlis Syura Ulamak dengan 6 syarat maka begitulah untuk membatalkannya perlu dilihat hukum syarak sejauh mana syarat-syarat keharusan tahaluf siyasi telah dilanggar oleh DAP.

Parti Islam baru 13 Jun ini?

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memutuskan sama ada menjadi parti politik atau tidak minggu depan.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dalam pertemuan meja bulat pada 13 Jun ini, semua pemimpin NGO itu akan turut serta.

“Ini keputusan besar yang perlu kita buat kita akan ada perbincangan meja bulat 13 Jun 2 petang. Semua pimpinan jawatankuasa pusat dan negeri akan menghadirinya.

“Memang ada cadangan jadi parti politik. Tapi ini bergantung kepada perbincangan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Phahrolrazi April lalu mengumumkan akan memutuskan menjadi parti politik selepas berakhirnya muktamar PAS bagi melihat terlebih dahulu hubungan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Muktamar parti itu di Kuala Selangor berakhir semalam dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas – tindakan yang berpotensi besar memecahkan Pakatan.

DAP sendiri sudah mengalu-alukan pemimpin PAS berundur daripada kedudukan masing-masing dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.
 

'Pembersihan PAS lebih demokratik dari Umno' - ZAM

Pembersihan kumpulan tertentu dalam pemilihan PAS berlaku lebih demokratik berbanding lawannya Umno, yang mencetuskan perpecahan, kata bekas menteri penerangan.

Tan Sri Zainuddin Maidin berkata “walaupun  berimejkan militan dan pelampau”, PAS dapat melumpuhkan  golongan “Anwarinas” seperti menarik benang dalam tepong.

“Malah  pengakhiran tindakan pembersihan ini  berlaku dengan  indah sekali apabila seorang demi seorang Anwarinas di berikan  peluang  berucap,” kata Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

“Seorang mengenang kembali zaman permulaan perjuangannya dalam PAS sambil menangis, seorang lagi mencurahkan perasaan dia disalah mengertikan dan Mat Sabu  membawa lagu irama 'Selama Tinggal Bungaku' dalam seni kata ciptaannya sendiri yang menyayat hati dalam harapan berjumpa lagi.”

Pemilihan PAS Jumaat lalu menyaksikan penyingkiran bersih kumpulan kem Ahmad Awang, pencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan yang dikenali dengan komitmen mereka terhadap hubungan dalam Pakatan sering dirujuk media arus perdana sebagai  Anwarinas, sempena nama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pentas ceramah Pas akan sepi selepas ini

oleh Shahbudin Husin

Salah satu kekuatan Pas selama ini ialah penguasaannya dalam pentas-pentas ceramah di seluruh negara. Sama ada terdapat isu-isu besar yang melanda negara atau sekadar menyampaikan mesej perjuangan, kekuatan di pentas ceramah itulah antara sebab yang menjadikan Pas semakin kukuh di hati orang-orang Melayu.

Dalam ceramah yang disampaikan itu, bukan saja aspek perjuangan Islam, keperluan menegakkan apa yang disuruh Allah dan menghuraikan isu-isu semasa yang menjadi penekanan, tetapi penting juga ialah siapa yang menyampaikan ceramah itu.

Bagi kebanyakan orang, khususnya yang tinggal jauh di pedalaman atau kampung-kampung, menghadiri ceramah Pas bukan saja untuk mengukuhkan lagi keyakinan terhadap perjuangan parti, bahkan juga untuk mendapat tambahan ilmu dan maklumat mengenai isu-isu semasa berikutan ahli Pas memang dididik untuk tidak mempercayai berita daripada media arus perdana.

Selebihnya, ramai juga yang menghadiri ceramah Pas kerana tertarik, kagum atau terhibur dengan penyampaian penceramah yang dijemput itu.

Suatu ketika Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden Pas amat dikagumi dan sentiasa mendapat limpahan hadirin setiap kali ceramahnya diadakan. Beliau bukan saja berceramah dengan lantang mengenai ketidakadilan dan pelbagai salah UMNO dan BN yang diselitkan dengan ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi mempunyai kritikan dan analisa yang tajam dari sudut politik. Lawak jenaka dan sindiran politiknya seringkali membuatkan ramai tidak kering gusi mendengar ceramahnya.
Datuk Seri Haji Awang pula, ketika zaman mudanya digilai di mana saja ceramahnya diadakan kerana isi dan suaranya yang keras serta tiada komprominya dalam memperkatakan kebenaran. Perkataan kafir, taghut, zalim, munafik dan seumpamanya jarang lekang daripada pengucapannya. Anak-anak muda dan mereka yang baru mengenal perjuangan Pas amat mudah terangsang dengan kata-kata semangat yang disampaikannya.

Allahyarham Nik Aziz tidak terkecuali daripada kehebatan menguasai pentas-pentas ceramah di seluruh negara. Kedudukannya sebagai seorang yang alim, zuhud dan kata-kata yang disampaikannya bersandarkan hukum Al Quran dan Hadis menjadikannya antara paling digemari.

PAS hanya marah DAP bukan PKR, kata ketua Dewan Ulama..tapi 3 penjuru PRU13 dan sabotaj Presiden PKR di 2 PRK..!!!

Perasaan marah PAS hanya ditujukan kepada DAP, namun tidak PKR menyebabkan parti Islam itu memutuskan 'tahaluf siyasi' dengan parti demokratik itu tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat (PKR), kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Ketua Dewan Ulama parti itu berkata, walaupun PKR juga turut tidak bersetuju dengan hudud, tindakannya tidak 'sekeras' apa yang dilakukan DAP.

"Sebab itulah kita merasakan masih perlu bersama dalam PR, khususnya PKR. Usul ini pandangan Dewan Ulama, tidak tahu sama ada akan diterima atau tidak," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia edisi mingguan hari ini.

 Kenyataan beliau itu dipercayai bagi menjelaskan keputusan Dewan Ulama dalam muktamar tahunannya minggu ini menghentikan hubungan dan kerjasama dengan DAP sepertimana diusulkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokthar Senik.


Mahfodz berkata kepada akhbar milik Umno itu, walaupun 2 parti itu tidak berkongsi dasar yang sama, PAS lebih senang berunding dengan PKR mengenai sebarang isu termasuk hakikat yang kepimpinan tertinggi parti berkenaan dipegang Melayu Islam.


"Walaupun dasar PKR tidak sama dengan dasar PAS, tetapi DAP lebih keras penentangannya terhadap hudud. Kebetulan pula PKR masih dikuasai oleh orang Melayu Islam. "Kalau dengan PKR, kita boleh berunding, tetapi dengan DAP, mungkin tidak boleh berunding," katanya.

Saya tabik keputusan Mat Sabu lepas jawatan, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Lim berkata keputusan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan yang dibuat Muktamar Tahunan PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Mana-mana jawatan yang dikosongkan wakil PAS dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di George Town, hari ini.

Semalam, Mat Sabu memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.

Mat Sabu berkata keputusan itu dibuat berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pemilihan parti Khamis lepas, Mat Sabu gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Bernama

RAYUAN DARI AHLI PAS KEPADA SEMUA MANTAN MANTAN

Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada). Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.


2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini. Beri peluang pada pasukan baru membuktikan mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada prestasi anda dahulu.

3. Anda semua kalah kerana dituduh golongan liberal, Anwarinas, Jebon, anai-anai, pencinta DAP, munafik haraki, pengkhianat parti, penghina Presiden dan macam-macam lagi gelaran yang amat menghinakan dan memalukan. Dan kami yakin anda semua kalah bukan kerana tak buat kerja. Jadi adakah selepas Muktamar anda semua sudah bersih dan kini boleh pula di tawarkan dengan jawatan-jawatan?

Jadi permintaan kami tolong jangan malukan diri anda dan diri kami dengan menerima pelantikan jawatan parti cara "pintu belakang". Berjuang terus sepertimana Khalid ibnu Walid dengan menjadi ahli biasa saja. 

Ir. Izham Hashim
6 Jun 2015

Kit Siang: PR mampu bertahan dalam dua minggu

Lim Kit Siang JOHOR BAHRU - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tiada lagi PR dalam tempoh dua minggu lagi.

Menurutnya, dengan situasi semasa melibatkan parti-parti dalam PR kini disifatkan sebagai hanya untuk melihat pakatan dikuburkan.

"Hari ini, dalam Muktamar Pas ke-61 meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan hingga kini dalam PR, tiada sebarang perbahasan.

"Dengan gerakan dalam Muktamar Pas, politik Malaysia sudah memasuki keadaan yang keruh dengan kesan serta-merta.

"Di Pulau Pinang, keputusan Muktamar Pas akan menyebabkan perkara mustahil untuk wakil Pas meneruskan gerak kerja di pelbagai peringkat dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang," katanya yang dipetik dalam blog.limkitsiang.com.

Senario sama juga digambarkan ketika pilihan raya umum nanti, terutamanya di Selangor.

Kit Siang berkata senario teruk bakal juga berlaku iaitu Pilihan Raya Negeri Selangor.

"Amat sukar untuk bercakap bagaimana perkembangan politik akan membangun pada masa akan datang, tetapi sama ada, ada PR atau tidak, rakyat Malaysia perlu tetap, konsisten dan setia kepada matlamat keadilan, kebebasan dan maruah bangsa yang mereka aspirasi dan pilih pada PRU13.

"Itu sebab saya datang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah untuk merealisasikan impian Malaysia di mana rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah bersatu untuk membina Malaysia sebagai negara yang hebat menerusi politik, sosio ekonomi, pendidikan dan pembaharuan pembinaan negara," katanya.

Pimpinan Pakatan Selangor perlu pragmatik penuhi mandat rakyat - Datuk Teng

KLANG, 7 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor disarankan supaya bersikap pragmatik dalam menghadapi pentadbiran Kerajaan Negeri demi memenuhi mandat diberikan rakyat.
Naib Presiden DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata pemimpin tidak boleh memandang ringan tanggungjawab yang diberikan meskipun timbul percanggahan.
pakatan selangor“Walaupun di antara parti (dalam Pakatan) keadaan agak tegang, tetapi semua pihak harus menghormati aspirasi dan mandat yang diberikan rakyat.
“Kita mempunyai tanggungjawab untuk terus mentadbir negeri terutama di Selangor.
“Bagaimana untuk mewujudkan cara kerja yang lebih baik antara parti ini kita akan bincang dari masa ke masa,” katanya selepas menyerahkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Taman Eng Ann, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perbezaan pandangan yang timbul antara dua komponen parti Pakatan iaitu DAP dan PAS.
Dalam pada itu, Chang Khim yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian IKS & Perdagangan serta Pengangkutan , berkata jika hubungan antara parti komponen terputus, tidak semestinya Kerajaan Negeri yang ditadbir terputus sama.
“Itu sudah jadi isu lain,” katanya.

Pasma punca ahli pilih ulama - Pas Terengganu

Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU - Pemimpin Pas Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (Pasma) yang dilihat sebagai salah satu faktor membakar semangat perwakilan untuk mengukuhkan kepimpinan ulama dalam Pas.
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, selain sikap pemimpin DAP yang suka menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau menjelaskan sama ada DAP atau Pasma, kedua-dua faktor itu dilihat sebagai tindak balas perwakilan dalam menyatakan sikap pada pemilihan Pas yang baharu sahaja berakhir.
Menurutnya, respons itu bukan sahaja diberi di peringkat kepimpinan Pas Pusat, malah turut mempengaruhi kesemua dewan yang memperlihatkan pemilihan pemimpin yang mampu menguatkan kepimpinan ulama dalam Pas.
“Paling penting, Pasma yang seolah-olah diwujudkan untuk timbul keretakan dalam Pas menyebabkan kebanyakan ahli kembali kepada dasar yang boleh pandu parti ke arah yang betul.
"Kita nampak kepimpinan parti yang dipilih, mereka yang pro Pasma tidak diberi kepercayaan untuk memimpin," katanya.
Kata beliau, perwakilan diam tetapi mereka mengambil sikap kontra terhadap apa yang diambil DAP.
Tindakan  Pasma dan DAP merupakan tindak balas dalam kalangan perwakilan untuk membersihkan kepimpinan Pas daripada pengaruh luar.

Idea parti baharu ditolak kerana trauma pengalaman lama PAS

 Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata menubuhkan parti serpihan selepas tewas dalam pemilihan bukan cadangan yang baik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Jun, 2015. Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata menubuhkan parti serpihan selepas tewas dalam pemilihan bukan cadangan yang baik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Jun, 2015.
Walaupun cadangan bertalu-talu agar kumpulan profesional yang disingkirkan daripada PAS dalam pemilihan pada muktamar minggu ini menubuhkan parti baharu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR), kebanyakan menolaknya kerana trauma dengan kehancuran semua parti serpihan yang pernah ditubuhkan sebelum ini. Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata beliau juga tidak bersetuju dengan idea itu dan mahu mereka terus kekal dalam parti.
"Reaksi awal saya, jangan keluar parti atau menubuhkan parti baharu," katanya kepada The Malaysian Insider mengulas hala tuju kumpulan progresif dalam PAS ini.

Beliau berkata, apa yang perlu mereka buat ialah pulang dan beri tumpuan terhadap kawasan masing-masing dan berada bersama dengan masyarakat di sana. "Biar mereka yang dipilih pusing satu negara setiap malam seperti yang pernah orang seperti Mat Sabu (bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu) lakukan dua dekad yang lalu.
"Jadikan kekalahan ini hikmah untuk masa bersama kawasan dan keluarga," kata bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu.
Redzuan berkata,  banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menubuhkan sebuah parti baharu.
"Ikon, tenaga dan wang. Rasanya tokoh yang ada tidak cukup. Lagipun mereka ini sudah penat," katanya.

PAS tanggung akibat usul putus hubungan dengan DAP

PAS sekarang faham yang “anda tidak boleh minta cerai tapi masih hendak tinggal di rumah yang sama", kata seorang pemerhati ketika parti Islam itu kini merasa kesannya akibat daripada niat mereka berpatah arang dengan DAP.

Pemimpin PAS Selangor khususnya, bertungkus-lumus memberi amaran kepada pucuk pimpinan parti agar tidak meneruskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang diluluskan muktamar parti itu tanpa bahas, menimbulkan kemarahan beberapa perwakilan.

Akibat daripada usul itu mula dirasai apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau sedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri dan agensinya dengan segera tanpa sebarang soalan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau percaya mereka "tiada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan" selepas usul itu diluluskan kerana "suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik" bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuainya.

Pemimpin PAS kemudiannya dengan segera cuba memperbetulkan keadaan. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, usul itu walaupun diterima pakai, bukan satu keputusan muktamad dan masih perlu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Tetapi, pemimpin PAS Selangor bimbang jika parti itu meneruskan hasrat Dewan Ulama yang konservatif melaksanakan usul itu, kerajaan negeri akan jatuh. PAS mempunyai 15 daripada 43 kerusi Pakatan Rakyat (PR) dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu dan 3 wakil rakyat yang menjadi exco kerajaan negeri.

Apa yang terjadi merupakan isyarat tidak baik bagaimana barisan kepimpinan konservatif yang baharu mahu menguruskan PAS dan bagaimana ia berfungsi dalam pakatan pembangkang PR. Isyarat pertama akibat retorik parti itu ialah apabila bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu berkata beliau akan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Kepimpinan PAS 2015-2018: Surat terbuka kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat

Farel Dedek


Pemilihan PAS 2015 menyaksikan semua kelompok yang cuba membawa politik baru ke dalam PAS ditolak sepenuhnya, kesemua sayap PAS termasuk Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat dikuasai golongan ortodoks. Kekalahan kelompok progresif ini memberi impak yang sangat besar kepada kerjasama politik PAS dengan keADILan dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.
Kekalahan kelompok yang mahu membawa semagat reformasi ke dalam PAS  ini mengecewakan sebahagian besar bangsa Malaysia kerana mereka dikencudangkan dan dibunuh karekter mereka golongan pedagang agama. Mereka di labelkan dengan pelbagai tuduhan menjijikan golongan pedagang agama ini. Mereka ditolol dan dibaruakan Tok Guru yang pondokya di Rusila Terengganu, malahan ada yang dibaruakan itu adalah bekas pemimpin Jemaah Islam yang punya sumbangan besar terhadap pembangunan masyarakat islam di Malaysia.
Dengan barisan kepimpinan yang baru dipilih ini apakah corak pendekatan yang mahu dibawa PAS sama ada terus bersama Pakatan Rakyat atau bergerak bersendirian dan yang lebih sensasi serta popular dengan golongan ini adalah menghulurkan salam perpaduan dengan Umno tetapi  jika pendekatan perpaduan bersama Umno ini diambil adalah satu tindakan yang sangat naïf disaat Umno itu sendiri terpecah.

Disaat Negara di himpit dengan pelbagai masalah seperti 1MDB mampukah  golongan ini menjadi jurubicara rakyat untuk membicarakan soal ini,  bukan mahu memperlekehkan kemampuan mereka tetapi “track record” dijadikan ukuran untuk mengharapkan golongan ini mampu menangani isu-isu kritikal membabitkan tadbir urus Negara. Dalam QS Al-Qashash: 26, Allah SWT berfirman: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Wahai bapakku, ambillah ia (Musa) sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat (al-qawiyy) lagi dapat dipercaya (al-amin)".

Apabila ‘pahlawan Bugis’ dimalukan di gelanggang sendiri

Siapa menyangka akan tiba harinya, anak kepada Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua yang mempunyai legasi besar di Malaysia akan menjadi bahan lawak terbesar negara.
Datuk Seri Najib Razak, kini digelar “pahlawan Bugis” berikutan ucapannya dalam beberapa siri jelajah negara, dilawakkan kerana kegagalannya untuk hadir dalam dialog “Nothing to Hide” pada Jumaat lalu yang turut dihadiri musuh ketatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Difahamkan, dialog anjuran SukaGuam itu dianjurkan atas arahan kumpulan Najib sendiri.

Di Sarawak baru-baru ini, Najib berkata: "Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat  kepahlawanan tetap ada dalam diri saya,” kata Najib menjawab serangan Dr Mahathir. Namun apabila Najib gagal hadir ke dialog yang seharusnya menjadi medan untuk menjelaskan berkenaan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), presiden Umno itu diperlekehkan.
Di media sosial seperti Facebook dan Twitter, masih belum berhenti orang ramai mempersendakan dan menyindir perdana menteri kerana gagal hadir ke dialog yang diadakan di “gelanggang”nya sendiri, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“Takde telur” kini menjadi ungkapan paling popular walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersungguh-sungguh cuba mempertahankan ketidakhadiran Najib disebabkan “ancaman keselamatan serius”.
Persepsi orang ramai pada ketika ini ialah Najib takut untuk berdepan dengan Dr Mahathir, walaupun bekas perdana menteri itu kini tidak mempunyai apa-apa kuasa.
Lebih memalukan lagi, di PWTC itu juga terletaknya ibu pejabat Umno di mana Najib sendiri merupakan presidennya.
Daripada segi sejarahnya, mengikut laman sesawang rasmi PWTC, keputusan untuk membina ibu pejabat parti itu diputuskan semasa ayah Najib menjadi presiden Umno.
Ibu pejabat Umno itu akhirnya disiapkan ketika Dr Mahathir menjadi presiden.
Dan di situlah, Dr Mahathir yang berucap kerana Najib gagal hadir dihentikan dan dimatikan mikrofon oleh polis sebaik saja beliau menyebut nama hartawan muda Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho.
‘Saham’ Dr Mahathir meningkat
Peristiwa polis menghentikan ucapan bekas perdana menteri yang hampir berumur 90 tahun itu meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadapnya.

Ponteng Parlimen: "Tak boleh tak puji Hadi"

Muktamar PAS memasuki hari terakhirnya hari ini tetapi 'kehangatan' pertembungan dua jalur dalam parti itu belum nampak petanda akan reda.

Perwakilan Rembau, Muhammad Faiz Fadzil sendiri ditegur kerana ucapannya ketika membahaskan usul pembentukan jawatankuasa pemantau pencapaian wakil rakyat tidak menyebut nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dipuji.

Perwakilan Kulim - Bandar Baharu, Mohd Khairi Mohd Salleh berkata Muhammad Faiz sering memuji sesetengah anggota parlimen PAS kerana tidak ponteng dalam sidang di Dewan Rakyat.

Bagi Mohd Khairi, anak Allahyarham Datuk Fadzil Nor itu tidak bersikap adil kerana tidak menyebut nama Presiden PAS ketika ini, Abdul Hadi.

"Presiden juga seorang MP dan presiden yang hebat. Ucapan kita tu perlu bersikap adil kepada presiden," katanya.

Sebelum itu Muhammad Faiz menegur anggota parlimen Pakatan Rakyat - termasuk dari PAS - yang gagal menunjukkan prestasi baik di parlimen khususnya berkaitan kehadiran untuk membahaskan sesuatu isu.

Beliau berkata ramai anggota parti kecewa terhadap beberapa ahli parlimen PAS yang gagal hadir ketika perbahasan rang undang-undang Akta Pencegahan Keganasan (POTA) - yang didakwanya mirip ISA.

Yang penting hadir

"Kalah undi tak apa, tapi hadir. Kita gagal menunjukkan tanggungjawab dan amanah," katanya ketika membahaskan usul pengurusan organisasi memantau pencapaian ADUN dan anggota parlimen.

Usul itu dibawa oleh PAS Serdang.

32 Kerusi: 'Nak cari deposit pun payah...' - Dr Hatta

Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya.

Beliau berkata, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas.

"Nak cari deposit untuk 11 kerusi pun payah, sampai ada yang hilang deposit. Untuk dua kerusi parlimen untuk kita adakan perbincangan cukup rapi.

"Jangan sebab marah, letak cadangan begitu. Letak cadangan biar berasas," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61.

Semalam perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana “menendang” PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.