Sabtu, 6 Jun 2015

Mohd Najib: Saya Bukan Darah Sembarangan ......

A Kadir Jasin 

5 JUN – Ramai memanggil dan menghantar SMS meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat dengan “no show” Mohd Najib di majlis dialog “Nothing2Hide” dengan NGO di PWTC pagi ini.

"Nothing2Hide" - Polis halang Tun Dr Mahathir

Tapi jangan bersangka buruk dan marah kepada Pahlawan Bugis yang darahnya bukan sembarangan itu.

Saya yakin ada alasan yang kuat misalnya beliau terlebih tidur dan bangun lewat kerana semalam terlalu nyenyak tidur sebantal dengan isterinya.
Atau mungkin beliau menderita maladi “hypersomnia” yang serius. [The main symptom of hypersomnia is excessive daytime sleepiness (EDS), or prolonged nighttime sleep, which has occurred for at least three months prior to diagnosis.]
Mohd Najib: Pahlawan Bugis atau "Joker"?

Tidak tahulah saya kalau beliau mengidap maladi yang lebih kronik separti “gila isin” (istilah utara daripada bahasa Inggeris “insane”) dan lebih teruk beliau kawar (kawag) (daripada istilah Inggeris “coward”). Atau beliau seorang “joker” yang mempersendakan khalayak. Untuk selamatkan bos mereka daripada dimalukan di depan khalayak, budak-budak PMO salahkan polis. Adoi, lawak.
POSTING ASAL
 
PERDANA Menteri Datuk Mohd Najib Abdul Razak berkata beliau dan isteri akan nyenyak tidur sebantal setelah mendapat sokongan rakyat Sarawak.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Serentak itu, beliau  memberi kata dua agar jangan menguji beliau kerana katanya, darah yang mengalir dalam tubuh beliau bukan darah sembarangan.
Beliau dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Kuching, hari ini.
Sarawak buatkan PM boleh tidur nyenyak
"Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya besemangat diplomatik, tapi semangat  kepahlawanan tetap ada dalam diri saya.
"Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya," katanya.
Sebelum ini, ketika berucap di majlis pelancaran laporan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Mohd Najib berkata, pantang pahlawan Bugis menyerah kalah.
Keturunan Mohd Najib dikatakan datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan. Beliau sendiri mendapat gelaran “Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone” pada tahun 2005 yang menjadikan beliau “Pahlawan Gowa”.

Syarikat Filipina, San Miguel minat aset tenaga 1MDB

Presiden San Miguel Corp Ramon Ang berkata pihaknya akan menilai urus niaga pembelian aset tenaga milik 1Malaysia Development Bhd jika ditawarkan kepada mereka. – Gambar www.sanmiguel.com.ph, 5 Jun, 2015. 
Presiden San Miguel Corp Ramon Ang berkata pihaknya akan menilai urus niaga pembelian aset tenaga milik 1Malaysia Development Bhd jika ditawarkan kepada mereka. – Gambar www.sanmiguel.com.ph, 5 Jun, 2015.

Konglomerat Filipina San Miguel Corp berminat untuk memperoleh aset tenaga dana pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata seorang eksekutif syarikat pada Jumaat. San Miguel akan menilai urus niaga itu jika aset tenaga ditawarkan kepada mereka, Presiden San Miguel Ramon Ang berkata menerusi sistem pesanan ringkas.
1MDB merancang menjual 80% daripada perniagaan tenaganya Edra Energy Bhd melalui penyenaraian pasaran saham, menurut tiga sumber yang mempunyai maklumat langsung memberitahu Reuters.

Bloomberg pada Jumaat melaporkan syarikat Acwa Power International berpangkalan di Arab Saudi dan San Miguel adalah antara pihak yang menyuarakan minat terhadap aset tenaga 1MDB. Bulan lalu, firma tenaga Malakoff Corporation Bhd berkata ia terbuka membeli aset daripada 1MDB, yang menanggung hutang sehingga $11.8 bilion kerana membina portfolio loji tenaga.
San Miguel, yang mula berkembang agresif pada 2008 menambah tenaga, perlombongan, telekomunikasi, penapisan minyak dan infrastruktur kepada perniagaan makanan dan minuman, terus mencari pengambilalihan untuk meningkatkan pendapatan.
Konglomerat, yang juga pembuat bir terkemuka di Asia Tenggara, membelanjakan $11.6 bilion pengambilalihan sejak 2008, menurut data Reuters.

Kita negara rasis dengan kerajaan yang fasis


“Semua orang kena dengar band ni,” kata seorang kawan ketika sebuah forum di Titiwangsa beberapa bulan lalu. Ketika itu, Shh…Diam, band 4-piece semua perempuan ini jadi panel.
shh3Aku sudah lupa apa yang dibincang dalam forum itu, tetapi aku ingat nasihat kawan dan mula mencari lagu-lagu band ini di YouTube. Secara percuma, tentunya.
Dan aku ingin panjangkan nasihat seorang kawan itu kepada anda semua. Esok, Shh…Diam akan beraksi di pentas “Solidariti: Malaysia Milik Kita Bersama” anjuran Roketkini.com bertempat di Publika.
Minggu lalu, kami mewawancara Faris (gitar, vokal) dan Yon (gitar, vokal) selepas menyaksikan persembahan akustik mereka di Dataran Merdeka.
Roketkini (R): Hai, selamat petang. Sorry-lah sebab lambat. Jalan tak lurus nak sampai (Dataran) Merdeka ni. Korang confirm main kat acara ‘Solidariti’ kan? Jadi soalan wajib – Apa maksud ‘solidariti’ bagi korang sendiri?
shh
Shh Diam
Yon (Y): Kebersamaan-lah.
Faris (F): Banyak karya, benda yang dihasilkan pemuzik dan ‘artist’ dianggap salah oleh kerajaan. Jadi kami sebagai orang yang terlibat dalam bidang kreatif, ada peranan dan tanggungjawab untuk menyokong sesama sendiri. Solidariti dalam muzik.
R: Amboi, belum apa-apa dah sebut kerajaan. Mentang-mentanglah kami Roketkini. Adakah Shh… Diam! ni band yang politikal?
F: Hmm…Sebenarnya kami tidak bermula dengan niat atau mind-set untuk jadi politikal.
Y: Pendengar label kami berdasarkan lagu. Ada orang kata kami ni feminis, LGBT. Tetapi kami sebenarnya cuma berdiri atas apa yang kami percaya. Tidak lebih daripada itu.
R: Adakah label itu sebab lagu korang memang tentang kepercayaan itu?
Y: Memang, kebanyakan lagu kami adalah tentang apa yang kami percaya. Sebuah lagu kami, tentang cerita seorang yang bangun dari tidur dan sedar dia gay. Itu adalah sindiran tentang tanggapan ramai orang yang gay ini pakai baju v-neck, gay ni lepak sesama sendiri sahaja.
Dan lagu kami memang banyak sindiran pun.

Rintihan Tun Mahathir Mungkin Sama Dengan Rintihan Anwar

Oleh Abu Hassan Adam

Tun Mahathir dalam artikelnya berjodol, ‘Legacy’ bertarikh 5 Jun 2015 telah mencurahkan kekecewaannya terhadap sikap seorang ‘rakan baik’ pada suatu ketika dahulu yang kini telah menjadi ‘musuh’ yang berusaha untuk memburuk-burukan peribadi beliau demi untuk menghancur-luluhkan ‘legacy’ beliau.
Kata Tun Mahathir, “He kept on urging me not to “attack” the PM. I explained why I am doing so. But he persisted in urging me to desist from my efforts at questioning the leadership regarding the current financial scandal…..He warned that if I continue I would lose my legacy. I told him what people think of my legacy, if there is any, is not important. I am concerned at what is happening in the country. Our good reputation is being eroded”
Rakyat Malysia bertuah dapat memiliki seorang pemimpin yang bersikap seperti Tun Mahahir. Sudah tidak ramai pemimpin kita kini yang bersikap demikian. Lihat sahajalah apa yang berlaku di hadapan mata kita kini bagaiman sikap dan tindakan yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin kita yang sepatutnya mempertahankan rakyat tetapi sebaliknya menyembunykan sesuatu dari pengetahuan rakyat. Rakyat umum dilihat sebagai musuh mereka. Semacam mereka lebih mementingkan ‘perut’ sendiri dari mementingkan kepentingan rakyat yang diwakili mereka.
Tersasar ke arah lain pula coretan ini. Sebenarnya aku bersimpati dengan kekecewaan Tun Mahathir yang ‘ditinggalkan’ oleh kawan baik yang pernah ditolong dan dibantunya ketika rakan berkenaan dalam kesusahan.
Keadaan sedemikian juga pernah berlaku kepada Saudara Anwar Ibrahim pada tahun 1998 ketika beliau ‘dihina’ dan dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Aku telah melihat sendiri dengan mata kepala aku bagaimana beliau ditinggalkan oleh rakan-rakan rapat yang kononya sanggup ‘sehidup semati’ ketika beliau berkuasa. Betul kata peribahasa Melayu, ‘ rakan ketawa ramai tetapi rakan menangis tidak ada’. Betul dan tepat peribahasa Melayu peninggalan orang tua-tua kita.

"Nothing To Hide": PC Tun M - Full & uncensored