Jumaat, 5 Jun 2015

"Nothing To Hide": Setelah Tun M menunggu Najib Razak 2 jam..

Ini adalah ucapan yang sempat Tun ucap dalam masa 5 minit:

"....Bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang telah berlaku dan kenapa saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong DS Najib walaupun dia adalah anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi PM. Saya amat terhutang budi pada Tun Razak. Sebab itu saya hendak DS Najib meneruskan perjuangan Tun Razak. Sebab itu saya sokong DS Najib.

Tetapi saya dapati banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara. Dia terlalu tunduk kepada Singapura. Dia terlalu tunduk kepada Amerika. Sehingga nak buat keretapi di negara sendiri pun dia bertanya kepada PM Singapura. Bolehkah saya buat keretapi laju di negara sendiri? Dia bagitahu tak boleh. Jadi DS Najib sendiri pun tak bolehlah... pasal PM Singapura tak setuju.

Laki PAHLAWAN, Bini BIJAK melantun-lantun..

Apa yg kita pelajari dari kenyataan Prof. Dr. Kehormat Rosmah Mansor, maknanya gempa bumi di Sabah berlaku adalah akibat kelalaian KERAjaan negeri BN Sabah melaksanakan pembangunan mesra alam kot...

Pengecut: Najib bukan sahaja memalukan diri tetapi anggota Kabinet dan kerajaan

Oleh Zainuddin Maidin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja memalukan dirinya sendiri apabila membatalkan forum terbuka “Nothing to Hide” tetapi juga melibatkan maruah anggota kabinetnya dan juga kredibiliti kerajaan.
Tidak sewajarnya beliau sebagai perdana menteri yang dikelilingi penasihat keselamatan tidak dapat menjangka perkara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempromosikan "saya bersedia untuk mendedahkan segalanya"

Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukkan keberanian, keterbukaan dan "kebersihan", maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yang amat parah. Alasan pembatalan itu kerana keselamatan dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yang terbukti daripada suara rakyat yang meletup menyeluruh menerusi media sosial yang merasa mereka cuba dibodohkan. Lebih memburukkan imej Najib apabila hal ini berlaku sehari selepas beliau mendabik dada sebagai "Pahlawan Bugis" yang gagah berani, yang tidak pernah takut melawan tetapi beliau hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.
Tujuan utama anjuran forum "Nothing to Hide” adalah perang sarap untuk meyakinkan rakyat tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan oleh Najib di sebalik berbagai prasangka buruk terhadapnya kerana masalah kewangan 1MDB.
Dari awal saya mengesyaki  ini adalah suatu perancangan “stage manage” perang sarap dari peringkat penganjuran, kehadiran, panel penanya (yang tentunya dalam senarai moderator) hingga kepada tukang sorak dan pembicara-pembicara pembantu .
Mungkin kerana terlalu yakin kepada Lim Kok Wing penasihat baru media, maka Pejabat Perdana Menteri tidak mendapatkan nasihat pihak polis tentang perkara-perkara yang tidak diduga akan berlaku.

Tidur Najib dan Rosmah kembali terganggu

Oleh Mohd Sayuti Omar
Tindakan polis membatalkan dialog anjuran NGO bersama PM, "Nothing 2 Hide" yang sepatutnya berlangsung di PWTC hari telah menyelamatkan air muka Najib Razak. Dr Mahathir Mohamad yang juga dikatakan dijemput untuk menyertai dialog berkenaan hadir bersama ratusan yang lain.
Malangnya, Najib tidak hadir. Apabila sebaik Mahathir berucap ringkas sebelum berundur, seorang pegawai polis datang memintanya agar menghentikan ucapan.

Bayangkan dengan kehadiran yang ramai terutamanya daripada mereka yang ingin menyaksikan macam mana gaya Najib berdialog di hadapan orang yang mengkritiknya, kalau diteruskan ia mesti hangat dan geger. Sudah pasti Najib akan disorak dan di "boo", macam Hanifa Maidin di "boo" dalam muktamar Pas di Kuala Selangor semalam.

Ketika ini sudah tentu muka Najib yang mudah merah akan menjadi merah macam kelopak bunga raya, "merah meran" (menyala).

Jadi untuk mengelakkan Najib malu dan disorak, inilah menyebabkan polis menggunakan kuasa yang ada kepadanya membatalkan dialog berkenaan kononnya atas dasar keselamatan. Alasan itu sukar diterima kerana tempat berlangsung dialog itu, PWTC antara tempat yang aman. Alasan itu tidak masuk akal.

Kejadian ini boleh dianggap sebagai polis sudah mulai campur tangan dan menjaga Najib selaku perdana menteri. Ertinya kehidupan Najib hari ini seratus peratus dalam kawalan dan jaminan pihak keselamatan, polis.

Ini karma untuk Mahathir, kata pemimpin KEADILAN

Dialog PMKUALA LUMPUR 5 JUN- Ibarat hukum karma, itu mungkin istilah yang tepat bagi menggambarkan keadaan dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pagi ini kecoh satu Malaysia apabila polis menghentikan ucapan mantan Perdana Menteri itu dalam satu majlis bertajuk ‘Nothing To Hide’ yang bertujuan membincangkan isu 1MDB.
Sebelum majlis bermula, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan majlis dialog NGO bersama Perdana Menteri itu dibatalkan dengan alasan ketenteraman awam.
Majlis yang sepatutnya dihadiri Datuk Seri Najib Razak itu kemudian bertukar menjadi majlis dialog bersama Mahathir.
Ekoran itu, ucapan Mahathir bukan sahaja dihentikan pihak polis, bahkan pembesar suaranya dimatikan dan beliau diiringi keluar dari Dewan Tun Hussein Onn.
Pemimpin KEADILAN menyifatkan apa yang dilalui Mahathir hari ini, adalah sama seperti apa yang pernah dilakukannya terhadap pemimpin pembangkang selama 22 tahun berkuasa.
Sepanjang pentadbirannya, Mahathir menggunakan pelbagai akta drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.
“Tun Mahathir jadi mangsa kepada budaya dan perangai yang dia sudah bentuk ketika dia berkuasa dahulu. Sekarang dia sudah dapat balasan dari peninggalannya.
“Saya harap beliau buka mata orang Umno yang kuat sokong akta hasutan apabila perkara ini terjadi kepada diri sendiri,” kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli di laman sosial Twitter.
Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari di laman Twitternya turut menyifatkan bahawa pada sesetengah orang, ini mungkin karma bagi Mahathir.
“Ini jadi #something2Hide. Ada yang pandang dia hero, ada yang pandang ia satu karma,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren berkata Mahahir telah ‘disenyapkan’ oleh amalan kuku besi yang diamalkannya sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Walau kalah, kami akan semak imbang PAS, kata profesional


Post Pic

KUALA SELANGOR: Golongan profesional yang tewas pada pemilihan PAS semalam tidak akan merajuk sebaliknya akan terus menyumbang kepada parti dengan memainkan peranan sebagai penyemak imbang, untuk kukuhkan PAS.
 
Seorang daripada mereka, Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau dan rakan seperjuangannya yang turut sama kecundang pada pemilihan kali ini menyedari masih ada sokongan akar umbi terhadap mereka.
 
Justeru merek tidak akan menghampakan ahli PAS yang masih menyokong mereka.
 
"Saya kira tidak begitu, kita pilih sikap yang positif dan 'engaging', maksudnya keterlibatan kami itu juga penting, kita tahu harapan yang mengundi kami juga, agak besar.. Jadi oleh kerana itu, mereka juga punya harapan, pengundi dan penyokong kami juga mengharapkan begitu. Jadi kita tak boleh atau orang kata merajuk.. 
 
"Kita tak boleh begitu. Tapi kami mengatakan kami akan terus memberi sokongan dengan maksudnya juga menyemak imbang. Kalau perlu muhasabah, perlu kritik, kami akan lakukan, itu tanggungjawab kami sebagai ahli yang bertanggungjawab," katanya kepada Antarapos. 
 
Dalam pemilihan bagi jawatan AJK Kerja PAS Pusat, Dzulkefly gagal mempertahankan kedudukannya, dengan majoriti yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 18 AJK Kerja PAS Pusat terdiri daripada golongan yang dilabel ulama.

Jaga Hubungan Sesama Pakatan dan NGO - Faiz Fadhil

KUALA SELANGOR, 5 Jun - Perwakilan dari Negeri Sembilan; Mohd Faiz Fadhil memulakan ucapan dengan menyarankan ahli menjaga hati bukan Islam terhadap PAS. Ini disebabkan isu-isu yang berlaku telah menyebabkan pergeseran antara parti dalam Pakatan.
Beliau membuat harapan yang tinggi agar isu yang berlaku antara Pakatan Rakyat dapat diuruskan dengan baik oleh pimpinan baharu supaya hubungan antara parti sentiasa utuh. Beliau juga menyarankan PAS dapat menjaga hubungan yang baik dengan non-partisan (NGO).
Kesemua harapan ini penting kerana PAS perlu lebih utama memikirkan kebajikan rakyat melebihi kebajikan parti. Sudah tiba masanya, PAS perlu menguatkan lagi dalam penyusunan strategi untuk mencapai kemenangan.

Siasatan 1MDB: DAP mahu siaran langsung


1mdb skandal


KUALA LUMPUR, 5 JUN: Proses siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy dan bekas CEO syarikat bermasalah itu, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi sepatutnya disiarkan secara langsung, kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Kata Lip Eng, langkah itu perlu kerana ia bertepatan dengan kedudukan siasatan yang merupakan krisis nasional.
“Siaran langsung melalui televisyen atau sekurang-kurangnya livestream di internet boleh dilakukan dengan memohon Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan Aturan 85 daripada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Rakyat Malaysia berhak mendapat pemimpin yang lebih baik

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Kerajaan Umno Baru kini sudah tidak lagi stabil untuk memerintah negara dengan baik. Mungkin sudah sampai masanya perdana menteri memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya bagi memperolehi mandat baru rakyat.

 Ketika ini terdapat banyak ketidakpastian samada keseluruhan kabinet benar-benar berada di belakang PM Najib Razak.

Amarannya kepada ahli kabinet yang mereka perlu meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong projek 1MDB hanya membuktikan terdapat golongan yang sudah tidak bersamanya.

Sehingga sekarang belum ada sesiapa yang secara terbuka menyuarakan hasrat menentang PM. Terdapat banyak khabar angin yang bertiup kencang mengatakan memang terdapat pihak yang sudah tidak menyokongnya lagi.

Tetapi ahli kabinet yang tidak menyokong PM juga masih mendiamkan diri dan tidak mengisytiharkan yang mereka akan meletakkan jawatan.

Menyokong PM, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein juga menyuarakan amaran keras bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan PM perlu meletakkan jawatan.

Semua petanda menunjukkan terdapat perpecahan dalam kalangan menteri. Tetapi tiada seorangpun yang berani untuk tampil ke depan dan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada PM.

“Nothing to Hide”: Reaksi terburuk pernah diterima Najib di Facebook

oleh Mike Tan

Hari ini tentu sekali bukan hari yang baik buat perdana menteri Najib Razak. Beberapa jam selepas tidak muncul-muncul dalam acara “Nothing to Hide” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),

Najib akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu di Facebook. Berikut adalah kenyataannya yang dimuat naik jam 5 petang tadi:

“Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.

 Apapun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua.

Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama.”

Posting itu dikongsi dengan meluas, mungkin merupakan posting paling ‘viral’ yang pernah dibuat Najib. Setakat ini, ia telah mendapat 15,638 ‘like’, 16,461 komen dan dikongsi 2,410’ pengguna.

Dan nampaknya jumlah itu akan terus meningkat. Yang menariknya, bilangan komen lebih tinggi daripada ‘like’ – sesuatu yang jarang berlaku di Facebook.

Akhirnya, Najib mendapat perhatian tidak berbelah bahagi daripada rakyat.

Tetapi melihat kepada komen-komen, malangnya ramai yang tidak gembira dengan beliau – ‘tidak gembira’ adalah istilah yang cukup berlapik.

Kebanyakan komen menyuarakan kekecewaan terhadap kegagalan Najib untuk hadir ke acara itu, sementara yang lain mempersoalkan kekuatan karakternya. Ruangan komen dipenuhi sindiran dan hinaan, sesetengahnya dengan nada sarkastik.

'Berdebatlah Najib demi maruah nenek moyang'

Dalam tempoh 24 jam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertukar daripada "pahlawan" sebelum dilabel "pengecut" selepas gagal muncul dalam sesi dialog dinanti-nanti ramai orang pagi ini.

Walaupun alasan rasmi diberi penganjur adalah kerana arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pengkritik tetap menuduh Najib takut berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menunggu selama lebih dua jam.

Dan kini Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengemukakan cadangan kepada Najib mengencai cara untuk menebus kembali maruahnya - melalui debat secara langsung bersama Dr Mahathir di televisyen.

Bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi memetik kenyataan penganjur sesi dialog itu bahawa perdana menteri sedang bersiap-siap untuk datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum Khalid mengeluarkan arahan membatalkan program berkenaan.

"Jika keadaan tidak dibetulkan melalui debat secara langsung di televisten, Najib mungkin dituduh secara tidak adil sebagai pengecut," katanya.

DHPP mohon dibenar mengundi pemilihan

muktamar pasKUALA SELANGOR,5 JUN: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memohon pertimbangan PAS membenarkan kumpulan itu untuk mengundi pada sesi Muktamar akan datang.
Pewakilan DHPP, Asokan Promal berkata DHPP sewajarnya diberi ruang dan kesediaan PAS berbuat demikian.
“Kami banyak anjurkan program PAS peringkat kawasan dan negeri, dalam membantu usaha PAS menyebarkan mesej politik kepada bukan Islam.
“Justeru, kami minta pertimbangan sekali lagi untuk presiden membenarkan kami mengundi di Muktamar akan datang,” katanya disambut tepukan gemuruh pewakilan dan pemerhati di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Dewan Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.
Katanya, hasrat itu bersandarkan kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan DHPP sebagai aset parti Islam itu.
“Seperti yang Presiden katakan, kami adalah aset PAS. Jadi, janganlah harapan ini diabaikan,” katanya.

Kalah, perjuangan Islam tetap terus - Mat Sabu




KUALA SELANGOR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap senario kalah menang dalam pemilihan parti itu sebagai perkara biasa.
Beliau berkata, meskipun kalah dalam pemilihan kali ini beliau akan tetap setia dengan PAS.
Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Mat sempat berseloroh berasa sedikit sedih atas kekalahannya.
"Kita sebagai orang lama... kalah itu biasa tapi undi itu sedikit sangat. Itu yang rasa sedih tu. Abang Mat ini biasa dah kalah menang.
"Saya akan bercuti sekejap... Tapi perjuangan Islam tetap saya akan teruskan," katanya pada sidang media di Muktamar PAS Pusat ke-61, hari ini.
Malam tadi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan Mat Sabu tewas dengan hanya mendapat 279 undi sementara pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meraih 881.
Mat Sabu turut menegaskan beliau masih ahli PAS dan masih berada di atas pentas apabila ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk menyertai Pasma.
"Saya masih ahli PAS... masih berada di atas pentas," katanya.

Mazlan Aliman mungkin letak jawatan

Satu-satunya pemimpin PAS yang dilihat pro-Pakatan Rakyat, Mazlan Aliman, sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

"Krisis parti memberi kesan yang mendalam kepada saya. Sebagai ahli PAS sejak 1986, situasi sekarang paling mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Tambahan pula rakan seperjuangan saya yang banyak berkorban selama beberapa dekad kalah semuanya dalam pemilihan. Saya sedih dengan situasi ini dan ia menjejaskan emosi saya," katanya.

Justeru, kata Mazlan, dia akan membuat penguman mengenai masa depannya dalam jawatankuasa pusat parti itu apabila tiba masa yang sesuai.

Pada masa sama, Mazlan yang sebelum ini banyak memperjuangkan isu peneroka Felda tetap menghargai sokongan diberi perwakilan terhadap dirinya.

Tumpu isu Felda

Katanya walau apa pun keputusannya nanti, dia akan tetap memperjuangkan Islam dan rakyat.

Untuk sementara, katanya, dia ingin memberikan tumpuan kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang banyak membantu PAS mendapat sokongan di kawasan tanah rancangan kerajaan.

Selama ini Felda adalah antara kubu kuat kepada BN.

Konstantinopal Perlu Menjadi Iktibar - Misbahul Munir


KUALA SELANGOR, 5 Jun - Ucapan dasar diteruskan dari perwakilan dari Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir Kial Haji Masduki. Dalam ucapannya beliau memberikan gambaran tentang pentingnya sifat sabar kerana tempoh perjuangan adalah lama.
Kualiti setiap ahli PAS dari pelbagai aspek perlu dipertingkatkan demi menjaga keutuhan PAS itu sendiri. Beliau telah membuat sorotan sejarah tentang Konstantinopal yang perlu dihadam dan diambil iktibar oleh ahli khususnya. Bagaimana sebuah kerajaan hebat Konstantinopal mampu membina empayar dan sangat digeruni pimpinan Sultan Al-Fateh.
Di akhir perbahasannya, beliau yakin dengan kemampuan Muzakarah dalam mendepani konflik untuk diselesaikan. Muzakarah merupakan mekanisma terbaik jika berdepan dengan konflik.

Anwar kembali terpenjara

DSAI
KUALA LUMPUR, 5 JUN: Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memaklumkan keadaan kesihatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar berada dalam keadaan baik.
Justeru, menurut kenyataan dikeluarkan HKL, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu kembali ke Penjara Sungai Buloh.
Keluarga Anwar di HKL.“Oleh kerana keadaan kesihatan beliau stabil, kesihatannya akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal dalam keadaan baik,” kata HKL dalam kenyataan hari ini.
HKL menyatakan, panel perunding rawatan Anwar telah mengadakan pertemuan yang kerap dengan Anwar dan keluarganya bagi memaklumkan segala perkembangan semasa serta pelan pengurusan yang sesuai.
Anwar dimasukkan ke HKL Selasa lalu selepas didapati semakin uzur dan mengalami masalah kesihatan ketika dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh.
Sejak dipenjarakan Februari lalu, berat badan Anwar susut enam kilogram termasuk mengalami tekanan darah tinggi dan najis berdarah.

Muktamar terima putus hubungan dengan DAP

Muktamar PAS menerima usul Dewan Ulama PAS supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul yang diputuskan dalam muktamar Dewan tersebut diterima tanpa bahas seperti mana yang diedarkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menjelaskan walaupun usul tersebut diterima tanpa bahas, terpulang kepada jawatankuasa pusat PAS untuk melaksanakannya.

Hampir keseluruhan jawatankuasa Pusat PAS yang baru dipilih dikuasai kumpulan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

"Ia (usul itu) tak bahaslah. Maknanya, jawatankuasa usul diterima tanpa bahas (tetapi) perlaksanaan terpulang kepada jawatankuasalah. Jawatankuasa akan tentukan macam mana nak buat," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Alasan dinyatakan antaranya susulan tindakan DAP yang didakwa tidak menghormati prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Selain itu, DAP juga telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kekal dengan PAS, yang dianggap satu sikap menghina presiden.

Mereka juga memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PAS Sabah dan Sarawak dan didakwa tidak menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS.

Ancam bertembung di DUN Sabah

Mat Sabu : Sikitnya undi, tapi kalah itu biasa

Hadi : Sokongan kepada PAS, respon bukan Islam positif

Hadi serah pada JKPP bincang usul putus hubungan dengan DAP

Ulama PAS mahu 'ajar' DAP guna siku dan lutut - nasaruddin tantawi

SIAPA PEMBOHONG SEBENARNYA !!!


KENAPA spesis UMNO/BN suka berbohong pd hari Jumaat ???


KENAPA penganjur #Nothing2Hide mengatakan Tun Mahathir tidak dijemput sedangkan ada kad jemputan utk majlis dialog tersebut tertera nama Tun Mahathir ??

PM: Saya sentiasa bersedia berdialog tapi...ha..ha...penakut..!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata beliau sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan NGO tetapi ia hendaklah berjalan dan suasana yang tenang dan baik.
 
"Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.
 
"Apapun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua," katanya.
 
"Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama," tambahnya.
 
Kenyataan perdana menteri dimuat naik di lamanweb beliau najibrazak.com.
 
Najib tidak menghadiri dialog bersama NGO hari ini yang bertajuk "Nothing to hide"  di PWTC, Kuala Lumpur atas arahan pihak polis.
 

“A Lot To Hide”: Debat Mahathir, Najib senyum tanpa ulas


IGP dakwa ada cubaan buat kecoh, enggan dedah butiran

IGP akui beri arahan tak benar Mahathir berucap

Tun Mahathir: Kenapa Saya Tidak Lagi Menyokong Najib Razak?

Penakut: Najib jadi cemuhan di Facebook selepas beri alasan tidak hadir dialog

Pengguna laman sosial melontarkan rasa tidak puas hati kepada Datuk Seri Najib Razak dan mencemuh beliau pada statusnya di Facebook dengan memberi alasan tidak hadir program dialog yang dibatalkan pagi tadi.

Perdana menteri yang dijadualkan hadir dalam program pagi tadi gagal hadir atas alasan faktor keselamatan, malah pihak polis juga mematikan mikrofon Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang berucap atas pentas.

Najib dalam status akaun Facebook menulis: "Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.
 
 "Apapun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua.

Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama." Bagaimanapun, pengguna laman sosial itu mencemuh Najib dengan pelbagai kritikan, rata-rata memerli kenyataan "pahlawan" yang dibuat oleh beliau semasa di Sarawak tempoh hari.

"Jibby2..drah pahlawan ke darah dara perawan?" kata seorang pengguna Facebook, Engr R Effendy. Seorang lagi pengguna Facebook mencemuh Najib dengan mengatakan seorang pahlawan tidak akan mengakui dirinya sebagai pahlawan sehingga terbukti kepahlawanannya.

"Pahlawan tak menggelarkan dirinya pahlawan...," kata pengguna Facebook Archer Law.

Sementara itu seorang lagi pengguna Facebook, Khairul Fauzi Hj Muhammud pula membandingkan Najib dengan lima pahlawan terbilang Melayu yang terkenal.

"Dalam sejarah melayu, ada 5 pahlawan Tetapi daripada lima pahlawan , HANG TUAH,HANG JEBAT,HANG LEKIR,HANG LEKIU ada satu masih tinggal. Iaitu HANG PI MANA NAJIB?" kata Khairul.

Setakat artikel ini ditulis, hampir 3 ribu lebih komen daripada orang ramai di mana rata-ratanya melahirkan rasa tidak puas hati kepada Najib.

Tengku Mahkota: Nak sembunyi memang tak muncul


Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib Razak tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur hari ini atas alasan keselamatan.

Pengkritik beliau pula berkata Najib “bacul” untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bagi Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, lain pula telahannya.

“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?

“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” titah baginda.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam Nothing2Hide, dialog terus terang bersama aktivis NGO, dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Suara pertama kerabat

Beliau bagaimanapun tidak hadir setelah polis mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.

Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.

Terkenang PAS masa lalu

Oleh Abd Shukur Harun 

KETIKA warga PAS, para tetamu dan pemerhati sedang mengikuti Muktamar Tahunan PAS ke-61 selama tiga hari, ramai yang terkenang akan tiga tokoh
utama pemimpin yang melakar sejarah parti itu.

Ketiga-tiganya ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa, Allahyarham Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Masih seperti terdengar dan terbayangkan kehadiran ketiga-tiga tokoh ternama PAS ini akan ucapan mereka, kata-kata lucu mereka dan pesan-pesan mereka. Semuanya kini menjadi mutiara yang amat berharga bukan saja untuk dikenang, tetapi juga dijadikan dorongan dalam mengekalkan semangat perjuangan di dalam PAS.

Walaupun Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa hanya menjadi Presiden PAS sekitar dua tahun lebih, tetapi Allahyarhamlah yang memimpin era peralihan menetapkan PAS di bawah kepimpinan ulama. Juga mencetuskan idea keterbukaan PAS, membina jambatan dengan orang di luar PAS, termasuk bukan Muslim, yang bermula dengan CCC (Chinese Consultative Council).

Kemudian di bawah pimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, PAS memperkukuh lagi sikap keterbukaan dan toleransi PAS itu dengan bertahalluf siasi dengan Semangat 46 di mana dengan tahalluf siasi PAS/Semangat 46 itu dapat memerintah Kelantan pada tahun 1990 hingga kini.

Kemudian tahalluf siasi itu dilanjutkan dengan lahirnya Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat yang telah mencapai kejayaan gemilang dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 di mana Pakatan dapat majoriiti undi popular 51 peratus dan menghapuskan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat.

Oleh itu, warga PAS akan terkenang tiga tokoh terbilang ini dan saya yakin tidak ada di kalangan pendukung PAS yang melupakan jasa mereka.

Putera mereka – Dr Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Nik Omar serta Nik Abduh, meneruskan perjuangan ayah anda mereka. Ertinya, mata rantai perjuangan antara ayah dan anak tidak putus.

Ayah anda mereka sayangkan ahli PAS dari semua golongan. Saya masih ingat, dalam ucapan penggulungannya di muktamar PAS di Putik Kota Bharu, iaitu ucapan terakhirnya sebelum meninggal dunia beberapa minggu kemudian, Allahyarham Ustaz Fadzil menyatakan: “Saya seperti enggan berhenti menyampaikan ucapan ini kerana saya enggan berpisah dengan muktamirin sekalian, saya sangat sayangkan anda semua.

Najib hilang peluang, kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa kehilangan peluang berharga apabila beliau gagal muncul pada program dialog untuk menjelaskan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Najib hadir  dan menjelaskan isu tersebut, beliau dapat memulihkan sokongan rakyat terhadapnya termasuk ahli parti.

"Dia (Najib) hilang peluang untuk memenangi semula sokongan kepada dirinya sendiri, jelaskan semua perkara, tiada duit yang hilang, apa yang hilang itu benar, sini peluangnya, tapi dia hilang peluang itu," katanya kepada pemberita selepas Dialog PM bersama NGO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas ketidakhadiran Najib pada program berkenaan skandal pelaburan oleh 1MDB anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mendakwa kegagalan Bank Negara Malaysia dalam menjelaskan 'kehilangan' dana RM42 bilion menguatkan andaian bahawa 1MDB merahsiakan sesuatu.

"Semua ini berlaku secara pelik, disembunyi, rahsia, termasuk Bank Negara berasa tidak dapat menjelaskan perkara ini kerana rahsia.

“A Lot To Hide”: Jawapannya Hanya Satu - NAJIB PENAKUT!!

Apa pun alasan yang mahu digunakan mengenai pembatalan program Nothing2Hide di PWTC pagi tadi, jawapan yang paling tepat ialah Najib sah seorang yang penakut.

Kiranya beliau seorang yang berani dan berdarah Bugis asli, jawapannya juga cuma satu - hadir di forum tersebut sebagaimana yang sudah dipersetujuinya sebelum ini.

Tetapi yang jelasnya beliau bukan saja tidak berani untuk bertentang mata dan duduk sepentas dengan Tun Mahathir Mohamad, bahkan juga tiada kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai 1MDB.

Jika beliau seorang yang benar-benar berani dan bersedia hadir di forum tersebut, tentu saja faktor keselamatan bukan perkara sukar bagi pihak polis menanganinya. Bukankah pasukan polis kita antara yang terbaik di dunia?

Pihak polis sebenarnya cukup kekuatan untuk mengawal keadaan di sebuah program yang sekadar berskala sederhana seperti itu. Apalah sangat susahnya untuk mengawal kehadiran yang hanya kehadirannya tidak sampai 5000 saja.

Dengan ini gegak gempitanya bahawa beliau seorang keturunan Bugis dan darah yang mengalir dalam tubuhnya bukan sebarangan darah, sebaliknya adalah darah pahlawan, terpadam dengan sendirinya bermula padi Jumaat yang mulia tadi.

Alasan keselamatan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara yang membatalkan program itu tidak boleh diterima oleh sesiapa pun yang waras akal fikirannya. 

Ini kerana forum itu adalah sesama UMNO iaitu Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri manakala Tun Mahathir adalah mantan kedua-dua jawatan tersebut.  Tun Mahathir hadir hanya untuk bertanya soalan manakala Najib pula memberikan jawapan. Mereka bukan datang untuk bertumbuk atau berkelahi. 

Mereka yang hadir pula bukanlah juga untuk bergaduh atau bergasak atau ada membawa sebarang senjata, parang, kayu atau sebagainya, sebahagiannya untuk bertanya soalan manakala ramai yang lain adakah semata-mata untuk mendengar jawapan. Jadi, di mana soal keselamatan begitu membimbangkan?

“A Lot To Hide”: Ucapan disekat sebaik nama Jho Low terpacul

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya sempat berucap selama lima minit sebelum polis menamatkan ucapannya dan mengiring beliau keluar daripada satu forum hari ini.

Polis bertindak demikian apabila Mahathir menyebut nama jutawan Jho Low dan kaitan dengan masalah hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mahathir mendakwa, jutawan tersebut terlibat "menghasut" agar rundingan untuk menggadai telaga minyak di Terengganu diteruskan.

Usaha itu bagi membolehkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada masa itu meminjam wang sebanyak RM5 bilion, dakwa Mahathir.

Dalam ucapan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Mahathir membangkitkan perkara itu bagi menceritakan mengenai asal-usul hutang yang kini ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau pada asalnya menyokong usaha menubuhkan syarikat pelaburan untuk mengembangkan kekayaan Terengganu.

Namun beliau tidak bersetuju dengan langkah menggadai telaga minyak tersebut, kata Mahathir yang mendakwa pihak Istana Terengganu juga menolak cadangan tersebut.

"Pihak istana tidak setuju, disuruh tangguhkan tetapi Najib teruskan," kata Mahathir lagi.

“A Lot To Hide”: Mahathir kecewa rakan lama jadi musuh

“A Lot To Hide”: Bekas pemimpin Umno label Najib bacul, penakut

Najib to Hide - Tun M Dihalang Berucap oleh Polis


Saya diminta berhenti bercakap sebab 'buat bising' - Tun M

KUALA LUMPUR - "Saya diminta pihak polis berhenti berucap kerana saya dikatakan 'terlalu membuat bising' dalam program hari ini," kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau juga tidak mengetahui bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah mengeluarkan arahan supaya membatalkan program tersebut.
 
"Saya tak tahu arahan dia, saya tak dengar, apa yang saya tahu polis datang kepada saya, minta saya berhenti (bercakap)," katanya kepada pemberita selepas Dialog PM bersama NGO dibatalkan secara mengejut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
 
Forum anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam) itu dibatalkan di saat akhir selepas Ketua Polis Negara menerusi akaun Twitternya hari ini meminta ia ditangguhkan atas faktor keselamatan.
 
Walaupun Sukaguam cuba berunding dengan pihak polis, namun forum yang lebih berkisar kepada penjelasan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.
 
Terdahulu, forum tersebut yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi itu diteruskan dengan ucaptama oleh Dr Mahathir selepas Najib tidak muncul selepas sejam setengah menunggu.
 
Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga berkata kehadirannya pada forum tersebut adalah untuk mendengar sendiri penjelasan Najib berhubung persoalan yang ditimbulkan mengenai beberapa isu termasuk 'kehilangan dana RM42 bilion' oleh 1MDB.
 
"Sebab itu saya datang dan minta izin supaya saya juga diberi peluang sama dengan Datuk Seri Najib.
 

Mahathir: Kawan lama kini burukkan saya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana seorang tokoh yang pernah mendapat pertolongannya kini mengambil upah untuk memburuk-burukkan beliau.

Tanpa menamakan individu tersebut, Mahathir berkata “bekas rakannya” itu turut memberi amaran agar berhenti menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak lagi membangkitkan mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd.

“Beliau memberi amaran, jika saya teruskan, saya akan meninggalkan nama buruk. Saya beritahu dia, apa yang orang fikir tentang legasi saya, jika ada sedikitpun, ia  tidak penting.

“Saya bimbang dengan apa yang berlaku dalam negara. Nama baik kita sedang dicalar,” kata Mahathir lagi dalam tulisannya di blog chedet.cc.

Walau tidak menamakan mana-mana individu, tulisan itu dipercayai merujuk kepada tokoh pengiklanan, Tan Sri Lim Kok Wing.

Lim dilantik menjadi penasihat khas kepada PM bulan lalu.

"Beliau diberi tugas untuk memburuk-burukkan saya, untuk menjahanamkan apa yang dipanggil nama baik saya.

'Dulu sokong Najib kerana terhutang budi' - Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya sempat berucap selama lima minit sebelum polis menamatkan ucapannya dan mengiring beliau keluar daripada satu forum hari ini.

Polis bertindak demikian apabila Mahathir menyebut bahawa beliau tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sepatutnya hadir di acara tersebut.

Mahathir berkata, beliau sebelum ini menyokong Najib kerana terhutang budi dengan Tun Abdul Razak Hussein yang menjadi sanjungannya.

“Saya memilih keputusan untuk tidak lagi menyokong Datuk Seri Najib walaupun dia anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi perdana menteri.

“Saya amat terhutang budi kepada Tun razak sebab itu saya nak Datuk Seri Najib meneruskan perjuangan Tun Razak, saya sokong Datuk Seri Najib.

“Tapi banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara,” kata Mahathir yang mengambil alih rostrum apabila Najib tidak muncul ke dialog 'Nothing to hide' di di PWTC.

Siti dijangkiti 'demam' Nothing To Hide

Datuk Siti Nurhaliza adalah antara ribuan orang yang dilihat mengikuti penuh minat setiap perkembangan yang berlaku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi tadi.

Melihat kepada akaun Twitter beliau, @CTNurhaliza11, penyanyi berasal dari Pahang itu mula mengulang tweet acara Nothing To Hide itu melalui akaun @Suara_generasi.

Mulai jam 9 pagi, Siti kemudian mengulang tweet pelbagai perkembangan mengenai acara berkenaan, termasuk dari Malaysiakini.

Satu daripada tweet yang diulang Siti ialah milik @nizambakeri yang menyatakan: "Arul Kanda tak datang. Najib tak datang. 1MDB semua perangai sama."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri sesi dialog mengenai kemelut yang melanda syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di PWTC.

Majlis itu menjadi lebih menarik apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak akhir-akhir ini lantang mengkritik Najib ekoran masalah dihadapi 1MDB kemudian muncul bersama beberapa tokoh terkenal, termasuk bekas Menteri Besar Terangganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Siapa pemenang acara "Dialog PM bersama NGO”, Dr M atau Najib?

oleh Mike Tan

Acara "Dialog PM bersama NGO” berkenaan 1MDB terbukti mengecewakan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal muncul di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Acara itu bagaimanapun tidak mengecewakan sepenuhnya kerana Dr Mahathir Mohamad menggunakan sepenuhnya podium kosong dan dewan yang sesak untuk berkongsi pandangan beliau mengenai 1MDB.

Sebagai respon kepada laungan-laungan 'Hidup Tun', Mahathir meneruskan dengan bercakap kepada hadirin, apabila penyokong dan media mengerumuni pentas selepas menunggu Najib muncul selama lebih daripada satu jam.

Bekas PM itu berkata yang kehadirannya adalah sebagai wakil kepada rakyat, dan isu 1MDB itu bukannya satu perkara peribadi yang hanya melibatkan beliau dan Najib.

Dana yang hilang itu, menurutnya, adalah milik semua orang dan oleh itu, setiap rakyat Malaysia terlibat dalam isu ini.

Mahathir juga mendakwa bahawa dia sedang bersuara dan menimbulkan persoalan-persoalan kerana beliau telah diminta untuk berbuat demikian oleh pihak-pihak yang takut kepada tekanan jika mereka menangani isu itu sendiri.

"Saya hanya seorang biasa, saya tidak membawa senjata, saya tidak boleh berbuat apa-apa atau mencederakan sesiapa," kata Mahathir.

"Mengapa sesiapa perlu takut kepada saya, adakah anda takut dengan saya?" katanya kepada orang ramai, dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Najib.

“A Lot To Hide”: Tun M stopped from giving his speech halfway by police

Nothing To Hide .... Kecoh ? Jadi “A Lot To Hide”

“A Lot To Hide”: Sidang Media SukaGuam Selepas Pembatalan Progam #nothing2hide

“A Lot To Hide”: Tun M asked to leave

“A Lot To Hide”: Tun M wants nothing to be hidden

“A Lot To Hide”: There are just too many questionable transactions

“A Lot To Hide”: Why afraid of me?

“A Lot To Hide”: Tiada kelibat Najib, 'Hidup Tun' bergema di PWTC

“A Lot To Hide”: Penganjur SukaGuam dakwa tak undang Dr Mahathir

“A Lot To Hide”: Najib nak bergerak dah tadi, kata penganjur

“A Lot To Hide”: Najib ingkari istana, teruskan agenda 1MDB

“A Lot To Hide”: Dr M sedia berdebat dengan Najib pada bila-bila masa

“A Lot To Hide”: Najib sia-siakan peluang jelas isu 1MDB

“A Lot To Hide”:'Saya bukan bawa senjata, pasal apa nak takut?'

“A Lot To Hide”: Polis hentikan majlis, iring Mahathir keluar

Apa dah jadi pada 'KETELORAN' Najib Razak !!!


PM jenis apakah ini jika bacul & penakut di hadapan rakyat dlm isu2 kepentingan rakyat mahupun negara...

Apa akan jadi pada negara jika dipimpim oleh pemimpin yg lemah, lembik & penakut spt pemimpin 'PAHLAWAN BUGIS' ini !!!

“A Lot To Hide”: Pasal apa nak takut pada saya, soal Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebab untuk orang ramai takutkan beliau selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke dialog terus terang  "Nothing to Hide" berkaitan 1MDB di Kuala Lumpur hari ini.

“Saya orang biasa saja, saya bukan bawa senjata pun. Saya bukan boleh buat apa-apa pun.

“Pasal apa orang nak takut pada saya, semua ini takut atau tidak?” katanya dalam sidang media selepas mengambil alih pentas acara itu.

“A Lot To Hide”: Najib overslept la! Malam tadi malam jumaat pulak tu!


“Nothing2Hide”: Polis halang Dr Mahathir bercakap, matikan mikrofon


Polis menghentikan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Polis naik ke atas pentas apabila bekas perdana menteri itu mula bercakap selama 5 minit dan menggesanya untuk berhenti.

Polis kemudiannya mematikan mikrofon dan membawa Dr Mahathir meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

 Keadaan mula tegang di Dewan Tun Hussein Onn di PWTC pagi ini apabila hadirin berang dan mendesak Najib hadir di majlis itu. Penganjur Dialog PM Bersama NGO, Suka Guam terlebih dulu mengumumkan program hari ini akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Najib.

Katanya, Najib tidak hadir selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan. Penganjur juga mengumumkan terdapat satu pergaduhan berlaku di luar dewan dan polis memaklumkan kepada mereka kekecohan akan berlaku dalam program hari ini.

Sebelum itu, SukaGuam memaklumkan pihaknya masih berunding dengan polis untuk membenarkan Najib menghadiri forum berkenaan. Dr Mahathir tiba di PWTC seawal jam 8.50 pagi tadi untuk menghadiri dialog itu.

“Nothing2Hide”: Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh.... darah pahlawan terus beku....!!!

Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh
KUALA LUMPUR - Suasana di luar bilik Seroja bertukar menjadi tegang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar menuju ke dewan Tun Hussien Onn.

Puluhan media yang menunggu di hadapan bilik tersebut berasak bersama-sama dengan penyokong mantan Perdana Menteri itu yang turut mengiringi ke dewan dialog.

Penyokong itu melaungkan 'Hidup Tun' manakala Dr Mahathir hanya senyum ke arah media tanpa memberi sebarang kenyataan.

Media tidak dibenarkan masuk ke dalam  dewan dan pintu dikunci sejurus kemasukan Dr Mahathir pada jam 10.20 pagi.

Sebelum itu, Pengerusi Sukaguam yang menjadi penganjur program ini, Datuk Khairul Anwar berkata, beliau akan menemui media untuk menyatakan status dialog ini.

"Saya masuk jumpa Tun dahulu, kemudian akan bercakap," katanya ringkas.

“Nothing2Hide”: Dialog PM dengan NGO, jadi bicara dengan Dr M setelah Pahlawan terlalu lena...!!!

Pihak penganjur Dialog PM bersama NGO memutuskan untuk menangguhkan majlis tersebut ekoran arahan pihak polis supaya ia dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Sebaliknya, program hari ini bertukar menjadi majlis bicara bersama Dr Mahathir yang bermula sekitar jam 10.30 pagi.


Ketika Dr Mahathir sedang berucap di pentas, beliau didatangi seorang anggota polis yang meminta beliau menghentikan ucapan.
Ketika itu,  hadirin bersorak 'nothing to hide, nothing to hide'.

Sehingga jam 10.45 pagi ini, Dr Mahathir belum meneruskan ucapannya.
 

Cover Line: Polis arah batal dialog PM bersama NGO

 
Polis telah mengarahkan supaya program dialog PM bersama NGO yang dijadual berlangsung di PWTC pagi ini dibatalkan.

"Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy PDRM mengarahkan  Dialog diatas di PWTC, KL pagi ini dibatalkan," tulis IGP dalam twitter.