Rabu, 3 Jun 2015

Rosmah melawat pameran 'Live Painting with China Panda Master' di Zoo Negara


Mengubah kepimpinan Umno tidak akan mengubati sengsara Malaysia

oleh Hazlan Zakaria
Datanglah apa sahaja, skandal dan kenyataan sarkastik mantan PM Dr Mahathir Mohammad, nampaknya kalaupun berlaku perubahan dalam kepimpinan tidak akan memberikan penyelesaian kepada kebobrokan parti orang Melayu Umno dan masalah yang dihadapi negara.
Berdasarkan teori dan kesan apa sahaja perubahan kepada parti orang Melayu itu akan membuahkan kesudahan yang penting, terutama sekali kepada parti, tetapi juga kepada negara.
Mudahnya kerana Umno mendominasi gabungan pemerintahan BN, dan presiden serta pemimpin kanannya mengisi kedudukan penting dalam kabinet dan pentadbiran persekutuan.
Kepimpinan Umno seringkali bermaksud kepimpinan negara.
Maka apa sahaja perubahan kepada barisan pemimpin akan menyaksikan orang lama membuka peluang kepada orang baru bagi memenuhi barisan pemimpin yang disenangi oleh parti presiden sedia ada dan senarai ini termasuklah mereka yang perlu dibayar budinya.
Selain daripada perubahan dalam Kabinet, pemimpin kanan kerajaan dan barisan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan, tiada apa lagi yang akan berlaku.
Walaupun ramai yang beria-ia- termasuklah Mahathir- mahu menjatuhkan presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak, pengundurannya tidak akan mengubati kesakitan parti orang Melayu itu atau menjadi penyembuh kepada kesengsaraan Malaysia.
Kalau diperhatikan, seperti sebuah bangunan, hanya mengubah keadaan lobi atau mengubahsuai tingkat atas tidak akan menyelesaikan masalah tiang yang bengkok dan asas parti politik itu yang sangat bermasalah. Mungkin benar apa yang dikatakan orang, terlalu banyak keburukan di dalamnya.
Masalah Umno lebih sekadar kepimpinan yang lemah dan ianya tersembunyi mendalam yang menjadikan parti itu seperti sekarang, jauh berbeza daripada zaman penubuhannya sebagai arena jagoan para nasionalis, aktivis dan pejuang kebebasan.
Malah penghapusan golongan ‘berhaluan kiri Melayu’ atau kelompok nasionalist sosialis berhaluan kiri yang dulunya sangat berpengaruh dalam persekitaran politik Tanah Melayu mungkin ‘perubahan’ pertama yang menyebabkan parti orang Melayu dan negara ini terperosok dalam masalah besar.
Ini mungkin untuk memuaskan pihak penjajah British yang mahukan apa sahaja elemen komunisma dan sosialisma dihapuskan sebelum penyerahan kuasa berlaku. Mungkin juga kelas elit politik dan diraja sendiri yang mahukan barisan pemimpin yang mendengar cakap dan tidak buat kacau.
Kesilapan kedua dilakukan oleh Mahathir sendiri apabila dia menghalang kakitangan kerajaan dan guru daripada memasuki parti dengan arahan bahawa sesiapa yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam tidak boleh memegang jawatan politik.

Menteri Umno: 'Duit 1MDB tak hilang, kenapa glamorkan Jho Low?'

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah enggan menyentuh tentang dakwaan penglibatan Jho Low dengan 1MDB kerana hartawan itu “tidak perlu diglamorkan”.

Husni berkata hanya media melaporkan bahawa Jho Low memiliki Good Star Limited, syarikat yang dikaitkan dengan usahasama 1MDB dan PetroSaudi beberapa tahun lalu.

Dilaporkan usahasama itu menyebabkan Good Star memperoleh AS$700 juta.

“Saya tak mahu sebut Jho Low ini kerana saya tak mahu glamorkan dia. Tidak ada pengesahan. Apa yang saya kaji dari media,” katanya.

Husni juga berkata PetroSaudi menyalurkan wang itu kerana Good Star anak syarikatnya.

Syarikat itu juga membuat laporan polis London menafikan laporan itu.

“Wang itu tidak hilang, jadi tidak ada keperluan untuk mempersoalkan tentang Jho Low," kata beliau dalam dialog khas "1MDB: Ke Mana Perginya Wang? Di RTM sebentar tadi.

Muktamar: Biarlah biduk berlalu kiambang bertaut



TEMERLOH: Pemilihan dalam muktamar PAS bukanlah ‘kalah jadi arang’ bagi yang bertanding sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah media.
Tanpa menafikan iklim pemilihan dwi-tahunan itu yang agak panas kali ini, ia merupakan persaingan biasa seperti muktamar yang lepas-lepas.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak andaian pemilihan kali ini sebagai pertembungan antara kumpulan dengan pelbagai label sebaliknya berpendapat hanyalah persaingan bagi yang mahukan pendekatan berbeza.
“Mungkinlah ada yang bertanding menyokong aspirasi presiden parti sementara ada yang lebih cenderung kepada sebaliknya.
“Namun bagi saya itu lumrah, cuma pemain di atas padang tidaklah beria-ia sangat tapi penyokong berada di luar padang pula yang lebih-lebih,” katanya dalam temubual bersama media di sini, semalam.
Tuan Ibrahim berkata, beliau menerima amanah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden kali ini setelah memandangkan jumlah pencalonan tertinggi menggambarkan harapan dan sandaran ahli akar umbi.
Mengenai perjalanan muktamar kali ini beliau berharap agar seluruh perwakilan dan pemerhati menghormati, menjaga akhlak serta tidak cuba menimbulkan suasana kurang sihat.
“Jangan boikot siapa sahaja yang berucap. Perlu hormati kerana suka atau tidak mereka tetap pimpinan kita. Kedua, jangan ada kumpulan mengapi-apikan atau provokasi dalam bentuk sorakan atau ejekan. Kerana menang atau kalah itu perkara biasa dalam mana-mana pemilihan muktamar.
“Kena terima realiti, yang menang akan pegang jawatan dan yang kalah tetap ada pos-pos lain untuknya. Kerana setiap zaman itu ada tokoh-tokohnya.

Nik Abduh mahu PAS kekal bersama Pakatan

Ketua Pemuda PAS yang baru Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau akan tetap bertegas memastikan parti Islam itu kekal bersama Pakatan.

Malah, beliau juga berkata akan menggunakan pendekatan yang lembut  bagi memastikan hubungan parti itu bersama Pakatan kekal bersama.

"Kita bertegas bersama dengan Pakatan dan kita harap segala isu yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik. itu komitmen Pemuda PAS.

"Tiada tindakan keras, saya bertindak lembut sahaja," katanya dalam sidang media selepas Muktamar Pemuda selesai petang ini.

Selain itu, ditanya sama ada senarai "chai" yang dikeluarkan pagi ini membawa kemenangan kepadanya, ahli parlimen Pasir Mas tu berkata beliau tidak setuju wujud kumpulan dalam parti itu.

Kepimpinan ulama bukan senjata PAS untuk pecah dan perintah.

oleh Alyaa Alhadjri
Konsep “kepimpinan ulamak” yang dicadangkan untuk mengukuhkan parti islam PAS mungkin akan digunakan sebagai senjata yang akan memecah belahkan ahli-ahlinya.
Walaupun penyandang jawatan presiden Abdul Hadi Awang dan pencabarnya Ahmad Awang merupakan ulama yang dihormati, Ahmad Awang hanya memperolehi sokongan daripada golongan professional dalam PAS.
Walaupun dinafikan oleh pemimpin tertinggi parti, sangat jelas barisan calon pemilihan dalaman PAS tahun ini terbahagi kepada dua kelompok yang bertelagah- satu dikaitkan dengan Hadi dan disokong oleh golongan ulama yang mahu menilai kembali hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat; satu pihak lagi merupakan penyokong Ahmad dan pendirian pro-pakatannya.

Portal berita atas talian The Malaysian Insider pada 3 Jun memetik kenyataan pemangku ketua Dewan Ulama Mahfodz Mohamad (kiri) yang mahukan delegasi supaya ‘tidak mengundi’ pemimpin yang pro- Pakatan Rakyat, mendakwa mereka menjadi ‘duri dalam daging’ kepada PAS.
“Kita sekarang mempunyai peluang untuk memperbaharui mandat kepimpinan. Saya menyeru semua supaya memilih pemimpin yang akan menyokong presiden,” Mahfodz dilaporkan berkata demikian sewaktu memberi ucapan kepada ratusan wakil delegasi di Gombak sewaktu persidangan ulama, hari ini (3 Jun).
“Kita melihat presiden dikritik kerana dia tidak menurut hasrat mereka. Mereka sudah menjadi duri dalam daging dan menyokong serangan kepada presiden,” kata Mahfodz, tanpa menamakan pemimpin yang dimaksudkannya.
Dalam laporan itu juga, The Malaysia Insider memetik Mahfodz yang mendakwa bahawa PAS sudah ‘diracun’ oleh beberapa pemimpin yang mahukan parti itu menghentikan rancangan melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.
Sejak hujung tahun lepas, pertikaian antara PAS dan DAP berlaku kerana beberapa percangahan pendirian dan perang mulut antara pemimpin tertinggi kedua-dua parti; berakhir dengan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi.
Memberi maklum balas mengenai serangan DAP kepada Abdul Hadi, Mahfodz dilaporkan berkata: “DAP telah memutuskan hubungan dengan presiden, mereka telah memutuskan hubungan dengan PAS di Sabah dan Sarawak dan mereka memberi amaran yang mereka akan masuk campur dalam pemilihan kita, mereka mahu pemimpin pro-DAP dipilih.”
“Ini ialah strategi pecah perintah oleh DAP. Tindakan mereka ini boleh menamatkan kerjasama politik,” tambahnya.
Bagaimanapun, Hadi, dilaporkan memberitahu suara media parti itu, Harakahdaily pada 30 Mei yang delegasi bebas membuang undi mereka kerana terdapat juga pemimpin ulama datang daripada golongan professional.
“Pihak ini ada ulama, pihak sana pun ada ulama. Kedua-dua ada ulama. Bezanya cuma DAP hendakkan mereka di belah sini, bukan belah sana.
“Saya memberi peluang kepada ahli PAS untuk memilih samada mereka mahukan pemimpin yang kita (PAS) mahu atau DAP mahu,” katanya.
Ketika Mahfodz mendakwa bahawa DAP cuba mempengaruhi keputusan pemilihan PAS, taktik sama juga timbul dalam parti itu sendiri- corak dominasi ulama yang berulang kali berlaku pertama kali dikesan pada pemilihan parti peringkat bahagian.

Jika PAS berpecah, ia akhir lepas muktamar

Oleh Subky Latif
SAYA dengar orang kata dan baca PAS dikatakan berpecah. Bila saya sekali itu se bagai fenalis forum anjuran Dewan Pemda PAS Lembah Pantai atas mauduk PAS Pasca Muktamar 2015 dan meneruskan legasi Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Mohd Noor, nyata dan jelaslah saya akan panasnya perpecahan itu.
Penganjuran forum itu sendiri adalah mencari jalan bagaimana penyelesaian sambil berubah.
Kerana itulah ada cabaran terhadap Presiden pada muktamar pemilihan ini, kali pertama terhadap penyandang jawatan itu. Sekali ada pertandingan jawatan yang dipertua agung (presiden) tahun 1956, ia adalah bagi mengisi kekosongan atas pengunduran Dr Abbas Alias, bukan justeru tidak puas hati atas pimpinannya.
Tiga calon dikemukakan, Dr Burhanuddin al-Helmy, Prof Zulkifl i Mohamad dan Hassan Adli. Hassan Adli menang Ketua Dewan Pemuda sehari sebelum pemilihan, tinggallah Dr Burhanudin dan Prof Zulkifli.
Tetapi pertandingan kali ini kerana perpecahan dan dikatakan mahukan perubahan. Malam itu saya terasa seperti berada dalam majlis Umno menjelang pemilihan pimpinannya. Banyaklah alasan diberi mengapa mesti berubah melalui calon yang mencabar dan perlu diteruskan legasi Yusof Rawa dan Fadzil Noor. Juga dimaklumkan banyak label diberi terhadap kumpulan pencabar oleh pihak yang mahu mengekalkan presiden yang ada.
Antara mengapa perubahan dikehendaki ialah demi menghentikan kecenderungan mengadakan UG – kerajaan perpaduan bersama Umno dan mengelakkan usaha memecahkan PAS oleh Umno melalui projek melaksanakan hudud.
Seolah-olah hudud itu bukan program asal PAS kerana ia tidak disebutkan dalam perlembagaan PAS dan ia dikira taktik Umno bagi menyekat peluang Pakatan mara ke Putrajaya dan menjauhkan pengundi bukan Islam kepada PAS.
Saya diminta tentang kemungkinan dan hasil muktamar awal Jun ini. Tiada tahu saya mengagak ketentuan Allah tentang masa depan parti – siapa kalah dan siapa menang. Agak mudah mengagak pertandingan tinju antara Muhammad Ali dengan peninju bukan pilihan.

Singkir kem tak selesai masalah PAS, kata Ahmad Awang

Calon Presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan penyingkiran kem tertentu dalam parti Islam itu bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk meleraikan pertembungan antara golongan yang tidak sealiran.
"Persoalan yang harus kita jawab dengan jujur, sampai bilakah keadaan kita terus-terusan begini? Ada yang berpendapat, jika disingkirkan mana-mana 'puak' atau 'kem' dalam muktamar pemilihan nanti, maka tamatlah segala pertembungan.
"Benarkah begitu? Setelah selesai disingkirkan mana-mana 'kem,' peluru yang terbiasa dan 'sedap' dihala sebelumnya kepada sahabat seperjuangan, ada jaminankah tidak akan dihambur kepada sahabat satu 'kem' yang tidak sealiran?" soalnya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, ahli PAS terdahulu bersusah-payah memartabatkan obor Islam yang menyeluruh sifatnya, berbeza dengan keadaan ahli pada masa kini. Katanya, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, pelbagai istilah jijik dilabelkan dalam kalangan ahli parti, yang dianggapnya terlalu mudah mereka ucapkan.
"Sekelumit pun pasti kita tidak pernah menyangka jutaan jiwa yang ditarbiyah ini akhirnya berantakan dengan hamburan kotor yang selayaknya tidak ditujukan sesama kita. UG (kerajaan perpaduan), Anwarinas, pilihan DAP, liberal, Syiah, jebon, anti-ulama, serta pelbagai istilah jijik kini menjadi basahan mulut yang meluncur mudah.

Muslimat Mahu Perkukuh Pakatan


SHAH ALAM, 3 Jun - Muktamar Dewan Muslimat yang bersidang hari ini menggesa ahlinya memperkukuh hubungan dalam Pakatan Rakyat selepas muktamar nanti.
Usul yang dibawa Dewan Muslimat PAS Pusat itu bukti asas bahawa Pakatan Rakyat sememangnya mampu melakukan perubahan. Buktinya, penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat, mesej dakwah islam dapat tersebar dengan lebih luas dan efektif.
Dr. Siti Mariah Mahmud, wakil yang membentangkan usul berkenaan menyatakan, strategi tahalluf siyasi ini merupakan langkah yang realistik serta telah berjaya melonjakkan pencapaian PAS dalam arena politik negara semasa tsunami politik pada pilihanraya ke-12 dan ke-13.
"Malahan, sekiranya diolah dengan cara dan strategi yang lebih baik, Pakatan Rakyat mampu mencetuskan perubahan yang lebih besar sekalipun dalam kepincangan dalam amalan demokrasi di negara ini," tambahnya.
Pertama, pemimpin dalam Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan sidang tergempar bagi menyelesaikan segala masalah dan polemik yang timbul sejak kebelakangan ini.

Haron Din: Ada perkara besar diselindungkan PM

GOMBAK - "Ada perkara besar berlaku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselindungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
Jika tidak katanya, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara lantang boleh bersuara agar semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan itu dipecat serta-merta.
"Nampaknya semakin parah (1MDB), PM dan TPM sedang bertelagah tanpa dapat diselindung lagi.
Haron Din: Ada perkara besar diselindungkan PM"PM nampaknya sudah berang dengan komen daripada TPM dengan menyatakan mana-mana menteri yang tak bersetuju dengannya polisi kerajaan menangani 1MDB, sila letak jawatan sekarang.
"(Perkara) ini jelas merujuk kepada TPM," katanya ketika berucap pada perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-54 di sini, hari ini.
Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri meminta anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB agar meletak jawatan.
Mengulas lanjut, Dr Haron turut menyindir Perdana Menteri berikutan jawapannya di Parlimen mengenai dana 1MDB dari Kepulauan Cayman yang dibawa balik ke sebuah bank di Singapura hanyalah satu penipuan semata-mata.
"Malangnya bank di Singapura menafikan tidak ada wang 1MDB yang masuk ke Singapura.
"PM menarik balik jawapan bertulis itu dan membetulkan balik dengan mengatakan bukan wang tunai yang dibawa dari Kepulauan Cayman ke Singapura tetapi aset yang dibawa," katanya lagi.

Kak Wan: Tukar kerajaan lebih utama dari turunkan Najib

SONY DSCPERMATANG PAUH 3 JUN- Agenda utama Pakatan Rakyat adalah untuk menguasai Putrajaya dan bukan semata-mata menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, matlamat menumbangkan kerajaan menjadi keutamaan Pakatan pada masa ini sepertimana menjadi harapan majoriti rakyat.
“Sama ada Najib, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) mahupun (Tun) Mahathir (Mohamad) yang memimpin negara ini, semuanya sama sahaja kerana mereka didokong oleh parti yang sama.
“Apa yang kita perjuangkan ialah menurunkan BN dari takhta dan menobatkan PR sebagai sebuah kerajaan baru yang memerintah.
“Perjuangan ini yang menjadi harapan tinggi semua lapisan masyarakat supaya reformasi dapat dibuat dan keadilan dapat ditegakkan,” katanya ketika ditemui semasa majlis Kenduri Rakyat di Taman Seri Pauh, Ahad lalu.
Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang turut berkata, siapa sahaja yang didokong oleh Umno dan BN tetap memperjuangkan polisi yang tidak adil, zalim dan berat sebelah.

Anggota Kabinet rasa selamat kunci mulut berhubung 1MDB, kata Dr M

Salah satu sebab anggota Kabinet bersikap diam diri terhadap kata dua yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika tidak menyokongnya memulihkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana merasakan mereka lebih selamat untuk mengunci mulut mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas perdana menteri yang berkhidmat paling lama itu, sesetengah daripada mereka tidak memahaminya, sesetengah berpendapat bukan masalah mereka dan selebihnya merasakan ia lebih selamat untuk tidak berkata apa-apa. "Apa yang ketara ialah seluruh Kabinet kelihatan seperti tidak mampu untuk menangani masalah 1MDB ini.

Sesetengah mereka tidak faham apa yang terjadi, sesetengah mereka merasakan itu bukan masalah mereka dan ada yang berpendapat lebih selamat jika tidak berkata apa-apa mengenainya.

"Jadi setiap daripada mereka mempunyai pandangan mereka masing-masing. Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Saya tidak mempunyai akses pada fikiran mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penasihat India Malaysia (IACM) di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Dr Mahathir, sewaktu pentadbirannya dahulu, sekiranya menteri-menteri tidak bersependapat dengan polisinya, beliau akan memecat dan menggantikan jawatan menteri berkenaan.

"Saya tak tahu. Tetapi sewaktu pentadbiran saya, sekiranya menteri-menteri tidak bersetuju dengan polisi saya, saya akan memecat mereka dan menggantikan mereka. Dan jika mereka bersetuju dengan polisi saya akan melantik mereka semula.

1MDB: Saya tidak akan letak jawatan – Shafie Apdal

Beliau membangkitkan isu 1MDB untuk mendapatkan penjelasan lanjut demi kepentingan rakyat dan negara
Shafie Apdal,1mdb
PETALING : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau tidak akan meletak jawatan seperti disebarkan di internet kerana mempersoalkan 1MDB.
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, beliau tidak sepatutnya meletak jawatan kerana isu yang dibangkitkan itu demi kepentingan rakyat.
“Kenapa saya perlu letak jawatan kerana membangkitkan isu demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya selepas menghadiri Hari Pendidik MARA 2015 pada Rabu.
Naib Presiden UMNO itu sekali lagi menegaskan beliau membangkitkan isu 1MDB kerana mahukan penjelasan lanjut.
“Adalah menjadi kewajipan kita mendapatkan penjelasan untuk menerangkan kepada rakyat,” katanya.
Selain Shafie, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi twitternya telah menyatakan tidak akan meletak jawatan dan terus menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ditanya berhubung perjumpaan Menteri Kabinet dengan Najib di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa, Shafie berkata, beliau tidak akan komen lagi mengenai 1MDB kerana hanya Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah boleh menjawab isu berkaitan 1MDB.
Media melaporkan perjumpaan itu diadakan untuk memberi taklimat berhubung hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB.

Mana wang 1MDB? Ini senarainya.....

1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan senarai perbelanjaannya yang menyebabkan firma itu menanggung hutang RM41.8 bilion.

Ia bagi menjawab dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dana 1MDB sebanyak RM27 bilion tidak dapat dikesan.

“Sejak beberapa minggu lalu, banyak spekulasi timbul mengenai penggunaan wang daripada hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB, lebih khusus lagi hutang RM27 bilion yang didakwa 'tidak ditemui' atau 'hilang'.

"Kami menyediakan satu ringkasan mengenai apa yang digunakan dari dari hutang RM42 bilion, maklumat yang sudah didedahkan dalam akaun 1MDB yang diaudit dan boleh didapati orang orang ramai dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

"Kami percaya penjelasan ini akan membantu menerangkan apa-apa kekeliruan mengenai perkara ini,” kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulan, Arul Kanda dalam satu kenyataan.

Arul menyenaraikan wang yang digunakan dari dana RM41.8 bilion, termasuk RM900 juta lebihan tunai yang dipegang syarikat tersebut:

RM18 bilion untuk membeli syarikat pengeluar tenaga bebas

  • RM8.5 bilion untuk Powertek
  • RM2.3 bilion untuk KLPP
  • RM1.2 bilion untuk Jimah
  • RM6 bilion dari hutang yang diwarisi

RM1.7 bilion untuk pembelian tanah
  • RM0.2 bilion untuk Tun Razak Exchange
  • RM0.4 billion untuk Bandar Malaysia
  • RM1.1 billion untuk tanah di Pulau Pinang

RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan
  • RM4.5 bilion untuk kos kewangan dan modal
  • RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing
  • RM0.4 bilion untuk cukai

16.4 bilion untuk dana pelaburan
  • RM6.1 bilion dalam Brazen Sky
  • RM4.2 bilion dalam Aabar Deposit
  • RM5.1 bilion dalam GIL Funds

BNM mula siasatan formal ke atas 1MDB


Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan formal ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi meneliti sama ada berlaku pelanggaran peraturan dan perundangan bank pusat.
 
"Ini melibatkan arahan perundangan bagi mendapatkan maklumat daripada entiti," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
 
BNM juga akan mengambil kenyataan daripada individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak domestik dan luar negara yang berkaitan.
 
Selain itu, BNM berkata ia telah mengemukakan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa luar negara kepada agensi penyiasatan berkenaan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asing.
 

Diagnosis Dr M, kabinet gagal ujian 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad kini memperluaskan serangannya, merangkumi keseluruhan kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata para menteri nampaknya tidak mampu menangani isu 1MDB itu.

Apa yang paling jelas, katanya, ialah seluruh kabinet seolah-olah tidak dapat menangani masalah tersebut.

Menurut Dr Mahathir, ada antara mereka yang nampak seperti tidak faham, ada yang merasakan ia bukan urusan mereka dan ada pula merasakan lebih selamat tidak bercakap apa-apa.

Beliau memberitahu pemberita demikian di Kuala Lumpur hari ini, ketika ditanya menteri mana yang harus meletak jawatan.

Memahami Mahathir dan Najib

Oleh Hishamuddin Rais
Hari ini di mana sahaja warga Malaysia berkumpul kalau mereka tidak bercerita tentang harga barang naik mereka akan bercerita tentang Presiden PAS Tuan Haji Hadi yang akan dilawan oleh Tuan Haji Ahmad Awang dalam muktamar PAS minggu ini.
Labon punya labon, sembang punya sembang pasti akan keluar pertanyaan: Bila Najib akan diundurkan?
Saya rasa pasti ramai pembaca yang tertanya-tanya soalan yang sama. Pasti ramai juga yang tercari-cari akan jawapan pada soalan ini. Sebelum saya menjawab – bila? – adalah molek untuk kita memahami apa sebenarnya pertarungan antara bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dengan perdana menteri sekarang Najib Razak. Ini lebih afdal.

Untuk memahami dengan jelas babak politik ini mari kita lihat kembali garis masa bermulanya perang politik ini. Warga Malaysia pasti tidak akan lupa tentang kenduri kahwin anak Rosmah yang selesai pada akhir bulan Mac dahulu.

Harga bunga hiasan kenduri kahwin ini sahaja dikatakan mencecah RM3 juta. Rakyat satu Malaysia menerima hakikat bahawa kenduri ini lebih besar dari besar. Kenduri ini lebih agong dari Agong. Kenduri ini dicap sebagai “kenduri kurun ini”.

Belumpun sempat kenduri di pihak jantan berlangsung, Mahathir meledakkan bom nuklear. Najib Razak dan Rosmah Mansor menjadi sasaran. Kenduri kahwin ini juga menjadi sasaran serangannya.

Apabila Mahathir mula menyerang, satu Malaysia jadi heboh. Serangan Mahathir Najib ini lebih heboh dari Kapal Madras karam. Warga Malaysia – dari Mak Cik Felda hingga ke CEO Maybank semuanya tahu bahawa satu krisis besar sedang melanda United Malays National Organisation. Najib presiden parti ketuanan Melayu hendak ditendang keluar oleh Mahathir Muhamad.

Macam-macam pandangan kita dengar. Macam macam tulisan kita baca. Ada komentar dan analisis dari profesor pelbagai jenis – ada yang kangkong dan ada yang asli. Dalam masa yang sama kerana wujudnya internet kita juga berpelung membaca komen politik dari Mat Tikus dan Lebai Kerang dari Sintok dan Manjung.

Sudut kelas, ekonomi

Ada analisis mengatakan Mahathir menyerang Najib untuk menyediakan tempat buat anaknya. Ada yang berkata bahawa Mahathir ini memiliki ego menggunung. Ada yang berkata Mahathir dimalukan kerana jambatan bengkok dari Johor Baru ke Singapura gagal didirikan.

Semua pandangan ini tidak salah tapi tidak semuanya tepat dan betul.

Saya sering menerangkan bahawa banyak tulisan dan komentar politik gagal memberi kefahaman tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Analisis ini gagal kerana ada fakta yang hilang. Fakta hilang ini ialah fakta ekonomi dan kelas.

Populariti awam Ahmad 64%, Hadi 36%

Ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan terus mendapat dukungan kuat anggota PAS, sentimen orang awam, khususnya pembaca di Internet menunjukkan keadaan sebaliknya.

Dalam tinjauan 24 jam Malaysiakini bermula kira-kira jam 1 petang semalam, Hadi hanya mendapat sokongan 35.6 peratus (3,005 undi).

Beliau tertinggal jauh di belakang pencabarnya Ahmad Awang, bekas naib presiden dan pemimpin 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), yang mendapat 64.4 peratus (5,440 undi).




Seramai 8,445 orang mengambil bahagian dalam tinjauan atas talian kelolaan portal berita ini menggunakan perkhidmatan Opinion Stage.

Keputusan ini menggambarkan kecenderungan netizen atau masyarakat maya menyokong pemimpin yang dilihat pro-Pakatan Rakyat ketika hala tuju Hadi mula dipertikaikan setelah 13 tahun menerajui PAS.

Bagaimanapun keputusan ini tidak semestinya menggambarkan keputusan dalam pengundian sebenar yang akan bermula esok memandangkan sebahagian besar pengundi tinjauan ini bukan perwakilan.

Keputusan ini juga berbeza sama sekali dengan pandangan penganalisis yang melihat Hadi masih memegang sokongan kuat daripada akar umbi PAS, yang akan diterjemahkan di peti undi.

Lebih 1,000 perwakilan daripada 192 kawasan akan memilih pemimpin kanan parti itu dalam muktamar di Kuala Selangor mulai esok.

Sentimen pro-Pakatan

Muktamar Muslimat PAS Lulus Dua Usul Tanpa Bahas

SHAH ALAM, 3 Jun - Lapan usul dikemukakan pada Muktamar Muslimat PAS kali ke-55, dua daripadanya diterima tanpa bahas.
usul yang diluluskan tanpa bahas adalah mengambil tindakan disiplin dan melucutkan keahlian individu yang menyertai aktiviti atau pertubuhan yang dilarang oleh PAS seperti PASMA dan mewujudkan kod etika tata tertib ahli PAS.
Usul yang dikemukan Dewan Muslimat itu turut diusul bersama DEwan Muslimat Kawasan Subang.
Selain itu usul kedua yang diterima tanpa bahas mengenai menyokong penuh pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) pindaan 2015 Negeri Kelantan.
Usul yang dibawa Dewan Muslimat Negeri Kelantan itu menyeru semua ahli Dewan Muslimat di setiap peringkat memberikan sokongan penuh kepada perlaksanaan telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada bulan Mac yang lalu.
Usul berkenaan yang diusul bersama Dewan Dewan Muslimat Negeri Melaka.
Manakala tiga usul diterima untuk dibahaskan adalah, usul pertama dari Muslimat PAS Kawasan Subang dan Kuala Langat berhubung pengurusan ekonomi negara.
Usul kedua, perkukukah Pakatan rakyat dari Dewan Muslimat PAS Pusat dan usul ketiga, usul Antarabangsa yang mengutuk hukuman bunuh ke atas Dr. Muhammad Morsi dan Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi.
Sementara tiga usul lagi diterima sebagai cadangan.

Dewan Ulama salahkan Cina Kristian punca penentangan agenda PAS

Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh berkata, berlaku satu perubahan baru dalam suasana politik di Malaysia apabila masyarakat Cina yang dahulunya merupakan penganut Buddha menukar agama mereka kepada Kristian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Jun, 2015. 
Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh berkata, berlaku satu perubahan baru dalam suasana politik di Malaysia apabila masyarakat Cina yang dahulunya merupakan penganut Buddha menukar agama mereka kepada Kristian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Jun, 2015.

Dewan Ulama hari ini menyalahkan penganut agama Kristian yang baharu sebagai punca kepada penentangan terhadap agenda PAS dalam mempertahankan Islam termasuk melaksanakan hukum hudud.
Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh berkata, berlaku satu perubahan baru dalam suasana politik di Malaysia apabila masyarakat Cina yang dahulunya merupakan penganut Buddha menukar agama mereka kepada Kristian.
Beliau berkata perubahan tersebut mula menyaksikan pertembungan berlaku antara PAS dan parti bukan Islam yang rata-ratanya penganut Kristian dan diketahui seteru kepada umat Islam dari zaman berzaman.

"Satu arus baharu berlaku dalam negara kita, arus masyarakat  CIna penganut agama Buddha  tinggalkan  agama mereka mendekati Kristian. "Ini menyebabkan situasi berubah ,tahaluf siyasi dapat dipertahankan lebih dari 10 tahun ketika masyarakat Cina berpegang pada agama Buddha yang tidak menentang dan mempersoalkan agama Islam.
"Situasi bertukar apabila sebahagian daripada mereka beralih menganut agama Kristian yang seringkali bertembung dengan Islam dari zaman berzaman.
"Apabila kelompok dalam agama ini mengandaikan Islam mampu membuktikan pelaksanaan dalam membawa keamanan menyebabkan mereka menyerang dengan bermacam-macam situasi supaya Islam tidak dapat dilaksanakan," katanya semasa berucap pada pembukaan Muktamar Dewan Ulama di Gombak hari ini.

Nik Abduh menang jawatan ketua Pemuda PAS


SHAH ALAM: Nik Abduh Nik Abdul Aziz menang jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia mengalahkan penyandangnya Suhaizan Kaiat.
Keputusan rasmi menyaksikan Nik Abduh mendapat 429 undi manakala Suhaizan mendapat 262 undi.
Khalil Abdul Hadi pula mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Pemuda dengan 257 undi mengalahkan Dr Raja Iskandar yang mendapat 257 undi.

Berikut senarai kepimpinan Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2015-2017:

Pengerusi tetap
Ust kamal Ashaari - 491
Yb Abdul Latip Abdul Rahman- 202

Timb pengerusi tetap
Dr Riduan Mat Nor - 486
Ahmad Sabky Yusof - 205

Ketua
YB Ustaz Nik Mohd Abduh - 429
Suhaizan Kaiat - 262

Timb
Ust khalil Abdul Hadi - 435
Dr Raja Iskandar - 257

Naib
Ir Haji Khairil Nizam - 458
Us Norazman - 235

Ajk
1. Afnan hamimi - 430
2. Ahmad Fadhli Shaari- 447
3. Hishamuddin karim - 432
4. Izwan Halim - 355
5. Mohd Azam Samat - 430
6.Hafiz Sabri - 386
7. Zawawi hassan - 402
8. Muhtar suhaili - 362
9. Nurul islam - 377
10. Syahir Sulaiman- 409
11. Syarhan Humaizi - 406
12. Syed kadir - 399

Dewan Ulama PAS sebulat suara luluskan usul batalkan hubungan dengan DAP

Dewan Ulama hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar dibawa Ketua Dewan Ulama PAS Pahang  Mokhtar Senik untuk membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama  DAP.
 
Bagaimanapun beliau berkata, PAS hanya mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP tetapi masih kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kita beri  amaran pada mereka yang menyerang dan ingin mengalihkan perjalanan landasan Islam.


 "Kita tidak akan serah kepada kamu parti PAS dan dengan itu kita sekali menyarankan usul memutuskan hubungan dengan DAP namun tetap bersama PKR dan PR," katanya semasa berucap di Muktamar Dewan Ulama di Gombak hari ini.

Kumpulan konservatif sapu bersih jawatan Pemuda PAS 2015-2017

Kumpulan konservatif menyapu bersih hampir kesemua jawatan dalam sayap Pemuda PAS apabila mereka memenangi hampir kesemua jawatan yang dipertandingkan termasuk ketua, timbalan ketua, naib ketua dan exco.

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendapat 429 undi berbanding penyandangnya Suhaizan Kaiat yang hanya mendapat 262 undi.

Anak presiden PAS Mohamad Khalil Abdul Hadi yang menyandang berjaya mengekalkan jawatan timbalan ketua Pemuda apabila mengalahkan pencabarnya Raja Iskandar Raja Yaakub. 

 Untuk jawatan naib pula, penyandangnya Khairil Nizam mengalahkan ketua pemuda Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad. Keputusan itu diumumkan sejurus selepas ucapan penangguhan Suhaizan di Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-56 di Shah Alam hari ini.

Ketika pemilihan pada 2013, Suhaizan memperolehi 320 undi, menewaskan Kamaruzzaman Mohammad yang memperolehi 307 undi.


Jika wala kepada parti lain silakan keluar - Perwakilan Ulama Pulau Pinang

GOMBAK - Wakil Dewan Ulama Pulau Pinang, Muhammad Hanif Harun mencadangkan supaya ahli Pas yang wala kepada parti dan pemimpin lain agar keluar dari parti berkenaan.

Beliau mendakwa, ada juga di kalangan pemimpin Pas yang menolak prinsip Islam yang dibawa oleh parti itu sendiri.

"Perkara ini jelas apabila kita bawa isu hudud dan isu berkaitan prinsip ada dalam kalangan pemimpin kita tidak setuju.

"Ini adalah salah satu perkara yang dilihat lemah dalam kepimpinan kita terutama dalam memahami prinsip yang telah diperkenalkan oleh Pas," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, hari ini.

Beliau berkata, tahaluf siyasi wajar dikaji dan dinilai semula disebabkan oleh beberapa permasalahan yang berlaku.

"Saya rasa perwakilan hari ini menantikan perbincangan mengenai tahaluf siyasi kerana beberapa siri konflik yang berlaku.

"Kami (Pas) Pulau Pinang ada pengalaman tersendiri untuk dikongsikan kerana sebagai sebuah negeri yang diperintah oleh PR, DAP dan PKR tetapi Pas disisihkan," katanya.

Beliau berkata,  tahaluf siyasi sepatutnya difahami dengan kerjasama antara dengan parti lain dalam keadaan tidak menggadaikan prinsip parti itu sendiri

Perwakilan dewan ulama selatan rayu pulih hubungan dalam pakatan

Perwakilan Dewan Ulama PAS Melaka dan Negeri Sembilan merayu kepada kepimpinan PAS segera memperbaiki hubungan dengan rakan sekutu DAP dan PKR demi meyakinkan bukan Islam untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Perwakilan Melaka Mohd Khairi Abdul Aziz berkata anggota PAS di negeri itu masih memerlukan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dikekalkan kerana jika PAS berseorang mereka berdepan dengan tekanan amat berat daripada musuh dalam pilihan raya.

Apatah lagi, komposisi penduduk dan suasana politik di negeri di selatan Malaysia khususnya Melaka tidak sama dengan negeri di pantai timur

"Kita menghadapi tekanan daripada kalangan sahabat walaupun kita sering mengadakan program bersama dengan DAP dan PKR.

"Tetapi sekiranya (kepimpinan PAS) pusat dapat memainkan peranan penting untuk memperbaiki hubungan (dengan rakan sekutu), itu lebih baik.

"Politik di negeri utara, pantai timur tidak sama dengan di selatan. Bagaimanapun kita tidak rasa takut (kalah), kita yakin dengan perjuangan ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar ketua Dewan Ulama PAS di Gombak petang ini.

Beliau yang menjadi calon PAS bagi DUN Air Molek pada pilihan raya umum yang lain, sewaktu bertanding di kawasan tersebut, Mohd Khairi berkata pengundi Cina memberi sokongan penuh kepada PAS walaupun kalah sokongan pengundi Melayu.

"Sekarang mereka (orang bukan Islam) masih ada harapan sokongan kita. Kami amat memerlukan tahaluf siyasi," kata ditemui Malaysiakini selepas membahaskan usul tersebut.

PAS dan Ancaman Media Baru, Bendung Cara Hikmah


SHAH ALAM, 3 Jun - Perkembangan media baru dalam konteks PAS kini antara penyebab kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalaman gerakan Islam yang begitu mudah, cepat dan meluas.
Walaupun fenomena melampau ini tidak hanya ke atas gerakan Islam sahaja, tetapi ia telah memberi kesan yang besar kepada keutuhan gerakan Islam PAS yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jemaah.
Isu-isu yang diperbesarkan dalam media sosial seperti Facebook dan Whatsapp khususnya bukanlah pertembungan antara kumpulan ulama’, professional dan aktivis dalam PAS.
Siti Zailah dalam ucaptama pagi tadi menjelaskan istilah ini hanyalah mainan media dan musuh yang hendak PAS berpecah belah.
Justeru katanya, adalah menjadi tuntutan yang begitu mendesak ke atas ahli PAS untuk menutupi segala kekurangan dan kelemahan yang dikesan akibat kelahiran media baru, seterusnya menjadikannya pula sebagai senjata ampuh bagi PAS untuk meraih pengaruh dan sokongan masyarakat terhadap mereka.
Nasihat Zailah, pilih dan jadilah pimpinan dan ahli yang rasional dalam mengurus perbezaan.
"Kadang-kadang berlaku perbezaan pendapat dalam hal-hal yang tertentu, ini adalah perkara biasa yang harus diurus secara yang baik. Ia bukanlah satu masalah bahkan berpeganglah kepada prinsip ‘ adabul ikhtilaf’ (adab-adab perbezaan pendapat)," jelasnya lagi.

Laporan Tak Tepat: Pemuda PAS cuba serang wartawan

godohSHAH ALAM, 3 JUN: Persidangan Muktamar Dewan Pemuda PAS sebentar tadi kecoh apabila ada beberapa perwakilan menyerbu ke arah wartawan The Malaysian Insder (TMI).
Difahamkan, seorang perwakilan dipercayai dari Perak tidak berpuas hati dengan laporan portal berita berkenaan mengenai perbahasan hari ini.
godoh2
Tindakan itu dibuat berikutan perwakilan Selangor, Syarhan Humaizi Abdul membacakan semula laporan TMI, bertajuk Jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh.

Justeru, sebahagian perwakilan muktamar tidak berpuas hati memarahi terbabit yang berada dalam dewan pemerhati.
Malah, ada perwakilan yang mengambil gambar wartawan TMI tersebut.
godoh3“Kami pun macam wartawan juga,” kata seorang perwakilan yang mengambil gambar wartawan TMI itu sebelum beredar selepas diarahkan Unit Amal.
Bimbang dengan keselamatan, rakan wartawan dan media meminta Unit Amal mengawal keadaan hingga selesai muktamar.

Muslimat PAS Cakna Isu Ekonomi, Rasai Denyut Nadi Derita Rakyat

SHAH ALAM, 3 Jun - Acapkali isu ekonomi dijadikan perbincangan yang penting sehinggakan ada yang mempersoalkan mengapa PAS harus cakna perkara ini?
Tambahan selepas perlaksanaan GST adalah sangat membebankan rakyat terutamanya golongan bawahan. Malah, ahli PAS turut diminta cakna dengan isu ekonomi dan rasai denyut nadi derita rakyat. Mengapa solusinya begini?
Jawab Zailah, itulah matlamat PAS dalam usaha menyelamatkan umat manusia daripada penindasan dan mengeluarkan mereka kepada keadilan dan kesejahteraan.
"Dalam sistem demokrasi, PAS didaftarkan sebagai sebuah parti politik, bertanding dalam pilihanraya sebagai wakil rakyat memperjuangkan isu-isu yang selari dengan matlamat islam itu sendiri iaitu rahmat ke seluruh alam,".
Jelasnya lagi, PAS harus cakna isu ekonomi ini kerana dua perkara. Pertama, Islam mengajar kita bahawa kefakiran itu boleh membinasakan iman.
Kedua, ini adalah senarai ancaman dan peringatan Allah agar manusia menyelamatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka daripada kebinasaan atas pilihan tangan-tangan mereka sendiri.
Selain itu, ketangkasan dan kebijaksanaan generasi muda dengan segala teknologi dan kemahiran yang digunakan banyak membantu PAS untuk menambah baik usaha menjaga kebajikan rakyat dan penerangan tentang Islam dan dakwah sampai kepada rakyat.

Politik Santun Dengan Sentuhan Muslimat


SHAH ALAM, 3 Jun - Muslimat PAS terus kukuh santuni masyarakat dengan keutuhan tiga entiti utama muslimat muda; Nisa, Briged Muslimat dan Ameerah.
Ketua Dewan itu, Siti Zailah berkata, peranan Muslimat PAS dalam menjayakan misi kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan politik dikalangan wanita muda dilihat sentiasa segar.
"Alhamdulillah, generasi muda dalam PAS kini sangat ramai dan kehadiran mereka memberi impak kepada dakwah dan politik PAS. Walaupun masih banyak ruang penambahbaikan diperlukan, komitmen muslimat muda yang berdepan dengan pelbagai kekangan seperti keluarga, kerjaya, ekonomi dan sebagainya sangat dihargai," tambahnya.
Nisa’ yang telah lama bertapak meneruskan agenda dakwah dan kebajikan terus kepada masyarakat berkonsepkan ‘service oriented’. Program-program seperti Nisa’ Small Kindness, Nisa’ Back To School, Nisa’ Raikan Raya dan lain-lain lagi terus menyantuni masyarakat.
Manakala Briged Muslimat yang semakin bertambah keahliannya, segak bergaya memakai ‘uniform’ khas mereka, tegas mengawal dan menjaga keselamatan pimpinan muslimat dan kumpulan muslimat setiap kali adanya himpunan, demonstrasi dan juga pilihanraya kecil. Mereka juga terlibat aktif dalam bantuan-bantuan kemanusiaan terutamanya ketika banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini.
Jelas Zailah, setelah generasi anak muda dilatih dengan berkonsepkan ‘service oriented’ maka Muslimat PAS membuka ruang kepada wanita muda dengan pendidikan politik melalui Ameerah.
Beliau memberitahu, Ameerah secara rasmi telah ditubuhkan di 13 buah negeri, yang pada asalnya 3 tahun dahulu hanya ditubuhkan di pusat.

Muktamar Pemuda PAS lulus usul EKJS tanpa bahas

SHAH ALAM: Lima usul dikemukakan pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56, dua daripadanya diterima tanpa bahas.
Manakala satu usul dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah berhubung had usia keahlian Pemuda PAS ditolak dengan sokongan majoriti perwakilan.
Antara usul yang diluluskan tanpa bahas adalah mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Setiawangsa.
Muktamar Pemuda PAS hari ini mengusulkan supaya sokongan penuh kepada ahli-ahli parlimen PAS khususnya Presiden PAS untuk membawa usul pindaan Akta 355 berkait kuasa Mahkamah Syariah bagi membolehkan enakmen tersebut dapat dilaksanakan.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS berusaha mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli parlimen di kawasan masing-masing terhadap pindaan tersebut serta mengiatkan penerangan kepada masyarakat Malaysia tentang kelebihan undang-undang Islam.
Selain itu usul mengenai had maksima perwakilan yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang turut diterima tanpa bahas.
Melalui usul ini, mengikut Fasal 19 (5) Perlembagaan PAS menetapkan setiap PAS Kawasan berhak menghantar empat orang perwakilan ke Muktamar PAS Pusat bagi kawasan yang mempunyai ahli kurang dua ribu orang.
Manakala, jika ahli lebih dari dua ribu orang, maka boleh ditambah seorang perwakilan bagi setiap seribu orang ahli berikutnya sehinggalah maksimum 10 orang.

Dewan Pemuda PAS: Bubar Parlimen demi kepentingan rakyat

najib-popularSHAH ALAM, 3 JUN: Pimpinan PAS perlu menggesa Parlimen dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan secara demokratik dan tidak membebankan.
AJK Pemuda PAS Pusat, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, berkata keputusan memberi peluang Datuk Seri Najib Razak memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri menyebabkan semakin banyak kerosakan berlaku seperti skandal 1MDB, Felda Global Vantures (FGV) dan beberapa masalah lain.
“Kita perlu utamakan kepentingan rakyat berbanding politik kerana semakin lama Najib berkuasa, rakyat semakin tertindas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Dewan Pemuda PAS Pusat pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56, di sini, hari ini.
Katanya, kepimpinan Najib ketika ini turut mengalami krisis kepercayaan dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno sendiri.

Dr Mahfodz dipilih Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat


KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad menang tanpa bertanding untuk mengetuai dewan itu bagi sesi 2015-2017.
Timbalan ketua diamanahkan kepada Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh sementara Datuk Dr Johari Mat pula sebagai naib ketua.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Ulamak PAS Pusat, Muhamad Diah Baharom pada muktamar tahunan dewan itu kali ke-54 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar dekat sini, petang ini.
Semua jawatan bagi pemilihan Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2015-2017 dimenangi tanpa bertanding sebagaimana di bawah.
Pengerusi Tetap:
Dr Hamdan Mohamad
Timbalan Pengerusi Tetap:
Omar Hashim
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat:
Datuk Dr Mahfodz Mohamad
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat:
Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat:
Datuk Dr Johari Mat
Pemeriksa Kira-kira:

Pemilihan Pusat: 'Chai' Dewan Ulama kejutkan banyak pihak

Tidak seperti pemilihan sudah-sudah, budaya 'chai' atau senarai pilihan menjadi budaya baru yang diamalkan secara terbuka dalam PAS.

Malah, Dewan Ulama dan pemimpin tinggi mereka turut terlibat mempamerkan senarai pilihan masing-masing untuk panduan perwakilan dalam muktamar.

Lewat pagi ini, Facebook Dewan Ulama PAS turut memuat naik senarai itu di Facebook mereka yang memaparkan senarai kumpulan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


 

Hadi digandingkan dengan calon naib presiden pilihan mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga tokoh pro-status quo dalam PAS Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abd Samad.

Dewan Ulama menggelar senarai itu sebagai “Siiru A'la Barakatillah” (bersama-sama mencari keberkatan Allah).

Senarai itu turut ditetapkan di atas sekali senarai tulisan bagi mendapatkan perhatian pengguna Facebook.

Pemerhati politik melihat budaya baru PAS itu sebagai amat aneh kerana tidak berlaku sebelum ini dalam parti-parti lain yang sinonim dengan budaya itu seperti Umno dan MCA.

Sebelum ini, chai hanya diedarkan secara senyap-senyap, daripada tangan ke tangan atau SMS dan tidak pernah dipamer dalam laman sosial rasmi seperti dilakukan Dewan Ulama.

Rata-rata pengguna maya menyambut baik senarai itu. Bagaimanapun terdapat juga yang melihat tindakan itu tidak sesuai, malah tidak adil kepada calon pencabar Hadi, Ahmad Awang.

Azizol Mohamad: Bodoh sangat ke perwakilan sampai page Ulama kena ajar satu-satu siapa yang kena dipilih, siapa yang kena diundi?

Sukianto Launa: Macam mereka saja orang yang baik dengan Islam, yang lain sebelum ni berjuang tak baik. Kempen... kempen....

Penjejak Bayang Ikan: TGAA (Tuan Guru Ahmad Awang) tak ada pun nama frown emoticon... nampak bersungguh sangat kempen.

Sementara itu, seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan juga turut memuat naik senarai itu semalam.

Ia mempamerkan senarai sama tetapi turut membandingkan dengan chai kumpulan properubahan dalam PAS Ahmad Awang.

 

Gandingan anak Nik Aziz, Hadi terajui Pemuda PAS 2015-2017

Nik Abduh, anak ikon ulama PAS allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, merampas kerusi ketua Pemuda parti Islam itu.

Beliau mengalahkan penyandang jawatan itu Suhaizan Kaiat yang baru sepenggal memimpin dewan itu.

Nik Abduh mendapat 429 undi manakala Suhaizan mendapat 262 undi.

Hanya dua kertas undi yang rosak untuk pemilihan jawatan tersebut.

Jawatan timbalan ketua Pemuda pula dimenangi oleh Khalil Abdul Hadi dengan 435 undi.

Manakala pencabarnya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob hanya memenangi 257 undi.

Keputusan Pemuda hari ini menepati 'chai' kumpulan proulama yang diedarkan sebelum ini.

Sebelum itu, ketika para perwakilan berdebar-debar menunggu keputusan pemilihan, Suhaizat, dalam ucapan penggulungan, mengucap tahniah kepada barisan kepimpinan baru.

Suhaizan yang merupakan penyandang jawatan ketua Pemuda PAS, dengan tersenyum, turut mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberi kerjasama sepanjang beliau menerajui Pemuda PAS. 
 
"Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama pada Pemuda PAS. 
 
"Belum ada pengumuman lagi tapi kita semua tahu dah. Saya ucapkan tahniah pada pimpinan yang baru," katanya. 
 
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pergulungan pada Muktamar Pemuda di Shah Alam petang ini.

PAS boleh perintah negeri jika Pakatan kuat - Mat Sabu


SHAH ALAM: Sekiranya Pakatan Rakyat terus kuat sudah tentu Menteri Besar Perlis daripada PAS, Terengganu pun daripada PAS, begitu juga Pahang, demikian tegas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapan Perasmian Muktamar Muslimat kali ke-55 hari ini.
Beliau berkata, beberapa negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, akan dikepalai oleh PAS jika parti itu terus kekal berkerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Ini kerana katanya, berdasarkan kawasan yang dipertandingkan PAS lebih banyak bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri.
"Permintaan Presiden PAS kami kadang-kadang korbankan kerusi parlimen untuk tumpu kepada negeri. Sebab itu negeri kita banyak bertanding bagi memudahkan kita mengepalai negeri itu," katanya.
Beliau menambah PAS perlu mencari jalan untuk kekal kerjasama dengan Pakatan Rakyat supaya parti itu dapat memerintah, jangan sampai merosakkan matlamat PAS.
"Kenapa kita boleh bermuktamar di sini sebab kita memerintah Selangor, kalau tidak hutan paya mana kita bermuktamar.
"Masjid Selangor paling banyak boleh diimarahkan oleh kita. Sekarang kita boleh ke masjid negeri kerana Azmin Ali persilakan,"katanya.
Bagaimananapun beliau akui permainan media musuh cuba menakut-nakutkan PAS kepada DAP seolah-olah DAP segala-galanya di Malaysia.
"Kita dalam Pakatan Rakyat jangan takut pada sesiapa tetapi takut pada Allah. Kita boleh berunding,"tambahnya.
Justeru katanya, PAS janganlah terpengaruh dengan serangan musuh bahawa DAP penghalang besar bagi PAS.

Perwakilan Kedah mahu Pemuda PAS perkukuh Pakatan

 SHAH ALAM: Perwakilan dari Kedah, Mohd Slim Mahmud meminta Pemuda PAS Malaysia memperkukuh hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau ketika berucap pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 turut meminta agar penyatuan diwujudkan semula selepas berakhirnya muktamar.
" Kita harap muktamar ini akan menyatukan kita semua, harap bila kita balik nanti akan bersatu semula untuk menentang musuh kita sebenar dan bukannya musuh sesama sendiri.
"Kita mesti memperkukuhkan Pakatan Rakyat di samping kita mandaulatkan kepimpinan ulama berpaksikan Islam," ucap beliau.
Beliau turut berkata, isyarat kemenangan sudah mencukupi syarat dan kemenangan itu akan dikecapi oleh PAS.

Ulama Pulau Pinang gesa PAS kaji hubungan dengan Pakatan

Perwakilan Ulama Pulau Pinang Mohd Hanif Harun berkata kepimpinan tertinggi perlu menilai semula tahaluf siyasi berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di negeri ditadbir DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Jun, 2015. 
Perwakilan Ulama Pulau Pinang Mohd Hanif Harun berkata kepimpinan tertinggi perlu menilai semula tahaluf siyasi berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di negeri ditadbir DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Jun, 2015.

Seorang perwakilan Ulama Pulau Pinang, Mohd Hanif Harun yang mendakwa PAS disisihkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu meminta kepimpinan tertinggi untuk mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP.
Beliau berkata, PAS di Pulau Pinang menyokong sepenuhnya kepimpinan tertinggi perlu menilai semula tahaluf siyasi berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di negeri ditadbir DAP.
"Pulau Pinang sebuah negeri  yang diperintah Pakatan Rakayat (PR), parti PKR dan PAS disisihkan," katanya semasa permulaan perbahasan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamad di Taman Melewar Gombak hari ini.

Hanif berkata, tahaluf siyasi itu sepatutnya difahami dengan kerjasama antara dengan parti lain dalam keadaan tidak menggadaikan prinsip parti sendiri.

‎Jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh, kata perwakilan Pemuda PAS Perak

Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein berkata Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.  
Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein berkata Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.

Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein hari ini berkata, parti Islam itu tidak seharusnya menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh mereka menentang parti tersebut.
Syakirin berkata, Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah.
"Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno," katanya, ketika perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat di Shah Alam, hari ini.

"Sama-samalah berjuang dengan keaslian dakwah, jangan menuduh Umno salah. "Jangan tuduh konflik 1MDB kerana  Umno, kita lawan bukan kerana Umno tetapi kita lawan kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah suruh kita lawan Umno," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-lawan-umno-selagi-allah-tak-suruh-kata-perwakilan-pemuda-pas#sthash.neQCdB9h.dpuf

Hukum Berdehem Semasa Solat - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Qurban & Cara Terbaik Menyempurnakan Ibadah Qurban - UAI

Bolehkah Bayar Fidyah Puasa Kepada Adik-beradik Yang Miskin? - UAI

OKU Mengaji Sambil Menerima Sumbangan..Adakah Dikira Jual Agama? - UAI

Sudah Insaf..Nak Pulangkan Semula Duit Masjid Yang Pernah Dicuri - UAI

Tips Untuk TENANG Dalam Hidup - Ustaz Azhar Idrus

Isteri Lemau & Mengantuk Kalau Tazkirah Agama - Ustaz Azhar Idrus

Saf / Jemaah Putus-putus & Terpisah - Ustaz Azhar Idrus

Bagaimana Bila Terlihat Jemaah Yang Sudah Rosak Solatnya? - UAI

Cara Bergerak Ke Saf Hadapan Dalam Solat - Ustaz Azhar Idrus

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban - Ustaz Azhar Idrus

Isteri Ditinggalkan Suami..Mana Lebih Baik, Tunggu Atau Mohon Fasakh? - UAI

Hikmah Di Sebalik Perintah Allah Kepada Nabi Ibrahim a.s Menyembelih Anak - UAI

Gangguan Syaitan Ketika Mandi Hadas/Ibadah - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa Lelaki Ramai Menipu?? Semua Tipu! - Ustaz Azhar Idrus

Dewan Ulama PAS buat kejutan dengan ‘chai’ pimpinan pusat

'Najib ibarat itik mantah yang perlu belacan'

Rosmah tak benarkan Najib berundur, kata Kadir

Tuntut taat pada ketua Pemuda undang 'boo'

APABILA PENYAMUN N PEMFITNAH SAMA2 BERKENCING, MACAI JADI MANGSA.


MP 'konpius' dilantik Pengerusi Finas yang baru bermula pada bulan ini.

Dgn perlantikan beliau maka hala tuju filem negara akan bertambah 'kreatif' & berkembang bebas..
TAHNIAH UMNO, kerana memilih MP 'konpius' sbg pilihan terbaik utk hala tuju filem negara serta isu yang berkaitan dengan industri kreatif. Agaknya kat M'sia skrg dah ketandusan pemimpin yg benar layak & terbaik drpd MP ini..

Menteri kan dah kata.. "KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI DAN BAIK UNTUK NEGARA"


SEBELUM INI, Ringgit dah mulai jatuh pada HARI PERTAMA GST dilaksanakan (RM2.71).. NAMPAK TAK !!!

JANGAN PANIK.. Menteri kan dah kata.. "KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI DAN BAIK UNTUK NEGARA"

Bila ringgit jatuh akan menggalakkan pelancong datang berpusu2 masuk M'sia.. Nanti pelancong asing BOLEH CLAIM BALIK GST !!!.. Rakyat dapat claim apa !!

Adakah UMNO 'haram' skrg dilahirkan utk berbohong kpd rakyat ???


UMNO skrg adalah UMNO yg TELAH DIHARAMKAN 27 TAHUN YANG LALU !!!

Bila duduk dlm parti 'haram' bohong rakyat tiada dosa bagi mereka..

Gara-gara sumbatkan KRONI dlm syarikat GLC negara !!!.. Yang kena tanggung musibahnya adalah RAKYAT !!!


Pemimpin2 tertinggi negara terutamanya Rosmah & Najib tak rasa sebegini wpun 6,000 staf2 MAS dibuang kerja KERANA Rosmah & Najib naiki JET MEWAH VVIP !!! Tak perlu beratur bagai mcm rakyat biasa..

p/s: Menurut laman web Flight Radar 24, kira-kira 27 penerbangan yang sepatutnya berlepas daripada KLIA terpaksa ditangguhkan di antara jam 4 petang sehingga 6 petang semalam.

Kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberitahu, balai pelepasan terminal utama KLIA penuh sesak dengan penumpang yang terkandas.

Inilah sifat tabi'i dlm UMNO.. United Malays No Otak !!!


Bila UMNO lemah : Bodek2 pakat bersama PAS
Bila UMNO kuat : Boleh terajang PAS keluar

Patutla 'PERLIS MAJU 2015'

Wahai orang2 Perlis terutamanya pengundi2 BN !!! Bangga tak jika negeri kamu yg ditadbir oleh pemimpin sebegini jadikan kem transit pemerdagangan manusia dijadikan lokasi pelancongan...