Isnin, 1 Jun 2015

1MDB: PM minta anggota kabinet letak jawatan jika tak bersamanya

Selepas beberapa menteri dilaporkan mempersoalkan kemelut 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan telah meminta anggota kabinet untuk meletakkan jawatan jika mereka tidak bersama dengannya dalam perkara itu.


Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, Najib memberi kata dua itu dalam mesyuarat kabinet Jumaat lalu, selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet.

Akhbar itu berkata portal dalam talian Malaysia-today.net juga melaporkan hal yang sama dan Utusan memetik sumber kabinet sebagai berkata tidak seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

“Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata laporan Utusan itu.

Di bawah pelan rasionalisasi yang yang diumumkan oleh Husni (gambar),  International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar hutang 1MDB sebanyak AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sebuah konsortium perbankan antarabangsa yang menuntut pembayaran empat bulan lebih awal daripada jadual.

Perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar, akan menyaksikan hutang 1MDB dikurangkan kira-kira RM3.5 bilion dalam masa kurang dari seminggu.

Transaksi tambahan - di mana butirannya akan dimuktamadkan pada minggu-minggu akan datang - akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM12 bilion dan RM12.5 bilion.

Pada masa yang sama, dua pembangunan utama di bawah 1MDB - Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia - akan digunakan untuk mengumpul dana dan membantu membayar hutang syarikat berkenaan.

Ahmad Awang berazam satukan PAS kembali

Calon presiden Ahmad Awang berpendapat perpecahan antara golongan konservatif dan profesional dalam PAS, tidak diuruskan dengan baik oleh presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Jun, 2015. 
Calon presiden Ahmad Awang berpendapat perpecahan antara golongan konservatif dan profesional dalam PAS, tidak diuruskan dengan baik oleh presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Jun, 2015.

Calon presiden Ahmad Awang akan memberikan fokus kepada penyatuan ahli parti yang berpecah teruk sekarang sekiranya beliau terpilih memenangi kerusi itu dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 minggu ini.
Ini kerana, beliau berpendapat, isu ini, terutama perpecahan antara golongan konservatif dan profesional, tidak diuruskan dengan baik oleh presiden PAS sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Ia perkara yang tidak wajar berlaku dalam satu jemaah Islam dan saya akan lakukan islah (pembaikan) ke atasnya," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider.

Ahmad, yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia, akan menentang Hadi pada muktamar bermula 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor. Berikut petikan wawancara beliau dengan The Malaysian Insider (TMI).
TMI: Mengapa anda terima pertandingan?
Ahmad: Saya rasa ia kehendak pihak akar umbi di pelbagai peringkat dalam PAS, melalui pencalonan yang diberikan, dan melayakkan saya untuk bertanding. Ke mana saja saya pergi dan berjumpa mereka, mereka merayu agar saya jangan menolak pencalonan itu.
Daripada 179 kawasan PAS, 115 sahaja yang membuat pencalonan untuk presiden (Hadi), manakala 82 lagi tidak membuatnya. Saya mendapat 7 pencalonan manakala Datuk Husam Musa, 8. Jadi, bagi saya, peluang ada di situ.
TMI: Apakah masih ada harapan untuk PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) selepas apa yang berlaku dalam PAS dan selepas muktamar nanti? Atau lebih baik PAS bersama Umno?
Ahmad: Cakap-cakap para pemimpin yang ada nampaknya bersama dengan PR, tetapi tindakan dan perbuatan, ke arah tidak bersama lagi. Multaqa Ulama di Kedah beberapa tahun lalu juga menjelaskan usaha untuk mengkaji hubungan ini. Ia boleh dilihat melalui perbahasannya. Cuma tidak menyerang PR secara langsung tetapi menyerang pemimpin PAS yang mahu bersama PR.
Kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dijadikan alasan untuk mengaitkan kononnya sesetengah pemimpin tidak wala' (taat) kepada pemimpin parti, tetapi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebenarnya, jika kita sokong Anwar, bermakna kita sokong PAS, kerana PAS berada dalam PR.
Jadi, PAS dan PR ini bergantung kepada siapa yang memimpin PAS selepas ini.
TMI: Bagaimana hubungan dengan Umno?
Ahmad: Kita, PAS dan saya, secara peribadi bersama dengan Umno sebelum ini. Umno bersetuju untuk berdakwah apabila kita bersama mereka. Maka, lahirlah Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri dan terbentuknya Pusat Islam, dan saya menjadi pengarah dakwahnya.
Namun selepas itu, PAS ditendang daripada Umno dan kemudiannya saya ditendang daripada Pusat Islam dan ditukar ke Kementerian Pelajaran atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri ketika itu.
Ia berlaku apabila saya bersetuju yang mangsa tragedi Memali adalah syahid, sebagaimana dikatakan pemimpin PAS ketika itu.
Sepanjang pengalaman ini, saya kenal Umno dan tidak akan bersama dengan Umno lagi.
TMI: Apa pandangan anda mengenai sikap penentangan DAP terhadap hudud?

Semua jenis ubat dan produk kesihatan perlu dikecualikan GST

oleh Robin Stanley Augustin
Kementerian Kewangan memaklumkan sedang menimbang cadangan menambah bilangan ubat-ubatan yang dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Menurut laporan The Star, perdana menteri merangkap menteri kewangan Najib Razak berkata sudah ada sejumlah 4,215 ubat di bawah senarai Ubat Penting Kebangsaan (UPK) meliputi 30 penyakit – antaranya serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi – yang dikecualikan GST.
Charles SantiagoCharles Santiago
“Perubatan bagi penyakit boleh membawa maut seperti barah dan HIV tidak diletakkan di bawah kategori UPK, tetapi kementerian sedang menimbang cadangan untuk turut mengecualikannya daripada GST,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada Charles Santiago (DAP-Klang).
Ubat-ubatan adalah antara yang paling diperkatakan dalam isu GST.
Sebelum pelaksanaan sistem itu, sebahagian persatuan pengguna telah menyeru agar semua ubatan dikecualikan daripada cukai penggunaan.
Dalam sebuah laporan Malay Mail Online, Persatuan Pengguna Klang dan Persatuan  Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia menyeru semua ubatan, ubatan tambahan (supplement) dan barangan berkaitan kesihatan seperti lampin dewasa dan cecair dialisis dikecualikan daripada GST.
“Kesihatan yang baik adalah satu keperluan asas, dan malah vitamin dan supplement juga tidak patut terkesan dengan GST,” kata presiden Persatuan Pengguna Klang Devdass Anjan seperti dipetik.
Sentimen Devdass sememangnya munasabah.
Namun selepas lebih sebulan pelaksanaannya, baru sekarang Kementerian Kewangan mengkaji cadangan untuk meluaskan senarai pengecualian itu.

Hutang 1MDB: Gali lubang tutup lubang

Perdana Menteri akan tetap berdepan dengan siasatan sama ada kerajaan menutup atau menyusun semula 1MDB
jp
PETALING JAYA : Menutup atau menyusun semula 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan mengurangkan beban dan tangunggungjawab Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, beliau tetap akan berdepan dengan siasatan.
“Alhamdulillah saya mendapat maklum daripada sumber-sumber tepi jalan yang rapat dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) bahawa banyak maklumat sulit sudah didapati.
“Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB, termasuk institusi yang berkaitan eksport dan import. Dikhabarkan juga bahawa ada cek bernilai beratus juta dolar bertukar tanga,” dakwa Datuk A Kadir Jasin di blognya, kadirjasin.blogspot.com.
Jelasnya, kebimbangan itu juga yang mendorong Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dikatakan tergesa-gesa memberi taklimat kepada Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, Shahrir Abdul Samad yang pernah jadi Pengerusi PAC, yang juga salah seorang penyokong kuat Najib.
Kadir yang memetik laporan akhbar The Star bahawa 1MDB akan ditutup menjelang awal tahun depan.

Satiful bidas kritikan terhadap Abdul Hadi

Satiful Bahri Mamat 
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat membidas kenyataan terbaharu Mohamad Sabu yang mempertikai prestasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Mohamad yang mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas sepatutnya membuat perbandingan dengan pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bukannya Abdul Hadi.

“Kalau benar-benar hendak kira prestasi, sepatutnya dibuat perbandingan antara presiden dan calon presiden (Ahmad Awang). Ahmad Awang tidak pernah menang (dalam pilihan raya) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi sudah berapa lama menjadi Ahli Parlimen dan kalah sekali sahaja.

Jelasnya, jika mahu diungkit prestasi pilihan raya, Mohamad tidak sepatutnya melihat prestasi Abdul Hadi di Terengganu sahaja, sebaliknya secara keseluruhan.

“Pas berjaya mendapat Terengganu sebanyak dua kali iaitu 1959 dan 1999. Pada 1999 kita habiskan satu penggal tetapi di Perak tidak sempat. Sebab apa Perak jatuh? Kerana lompat parti. Tiada ahli Pas lompat parti, yang ada PKR dan DAP,” katanya.

TO DESTROY M'SIA, JUST CONTINUE TO SUPPORT NAJIB & HIS CABINET


TO DESTROY M'SIA, JUST CONTINUE TO SUPPORT NAJIB & HIS CABINETThe success of a government is the success of its Cabinet. The Cabinet is actually managing the country and there is no one person managing a country especially in a democratic country like ours. This country is not a Kingdom which an absolute monarch rules everything.
This country is a Federation that was formed in February 1948 and it moved on to seize the independence from the British in 1957. When we achieved independence the Malay Rulers whom before that had the sole power to govern their individual states empowered the people to government themselves through a democratic system until today. The Malay rulers from then on remain as the Head of States and both the states and the Federal were turned into Constitutional Monarchy system.
At the Federal level the nine individual Malay Rulers takes turn to become the King for the Federation for five-year term. The Yang di Pertuan Agong and the other brother Rulers are equal in status at their individual states but he is the ‘first among equal’ at the Federation.
Yang di Pertuan Agong is the Head of the Federation and he constitutionally empowers the country to be managed by a Prime Minister and the cabinet chosen from the elected representatives in the House of Parliament. So in essence the country is managed by the Cabinet appointed by King and the fate and future of the nation rest on the capability and capacity of the Cabinet chosen from the elected representatives to govern the Federation.

All the Cabinet members appointed by the King are equal and the Prime Minister is the ‘first' among equal among them. The Prime Minister and the cabinet members hold equal responsibility and accountability. This is the cardinal principal of how the cabinet is run alongside with their responsibilities and functions as severally accountable to all consequences of their decisions made in the weekly Cabinet meetings. Every decision that any one of the Ministers wants to do must be endorsed and validated by the sitting Cabinet. No individual Minister can do anything at their Ministries’ whim and fancies' without the validation from the sitting Cabinet.

Pemimpin Sabah tiada ‘telur’ untuk berhadapan dengan Putrajaya

oleh Robin Stanley Augustin

Dalam dunia politik, pemimpin berkualiti dan baik mestilah mempunyai beberapa ciri-ciri. Mereka mestilah benar, adil, tidak korup, mempunyai kebijaksanaan, intelek, berfikiran waras dan sudah tentu mempunyai adab yang baik sesama yang lain.

Dalam politik Malaysia, mereka juga mesti ada “telur”. “Telur” dalam pengertian ini sering digunakan untuk menggambarkan keberanian atau lebih tepat, dalam ayat penulis Amerika Patrick Rothfuss “testicular fortitude”.

Dalam sidang terbaru Parlimen, seorang pemimpin menunjukkan beliau mempunyai lebih “telur” daripada kebanyakan ahli politik Sabah, apabila beliau menyeru supaya Sabah dan Sarawak dilayan seperti rakan setaraf persekutuan.

Dalam klip video itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul membangkitkan isu ini, dengan mengatakan Sabah dan Sarawak adalah rakan setaraf dan bukan sekadar negeri, dan harus diberikan peruntukan dana yang sama rata.

Beliau berkata kepimpinan BN Sabah sering menyuarakan rungutan dengan berdiplomasi untuk mengelak daripada meyinggung Perdana Menteri Najib Razak. Johari menggambarkan perbezaan bagaimana Sabah dilayan berbanding Malaya dengan menjelaskan keadaan jalan raya di dua tempat ini.

Jalan raya di Malaya lancar, sementara di Sabah, keadaannya begitu menyedihkan. Kenyataan beliau telah membuatkan kedua-dua pihak politik bersatu berbincang termasuklah wakil rakyat BN, Marcus Mojigoh dari Putatan dan Abdul Ghapur Salleh dari Kalabakan.

PAS kekal bersama PR, kekusutan bakal terlerai

ZaidySHAH ALAM, 31 MEI: PAS yakin tidak akan berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR), bahkan  parti itu tidak pernah meninggalkan rakan gabungan sejak penubuhannya.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS tidak pernah memutuskan hubungan politik dengan parti gabungannya sehingga kini.
“Kalau dilihat dari sudut sejarah, sejak sekian lama PAS sentiasa menghulurkan tangan dan bekerjasama dengan rakan politik kita.
“Kita tidak pernah memutuskan sebarang hubungan politik termasuk dengan Semangat 46, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan kini bersama PR,” katanya kepada media, di sini, hari ini.
Zaidy berkata demikian ketika diminta mengulas isu dibangkitkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung masa depan PR.

Hairan, Umno tolak Najib, Hadi pertahan

Abdul Hadi Awang  
KUALA LUMPUR - Krisis kepimpinan Pas Pusat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu minggu depan apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus-menerus diserang dari pelbagai sudut kerana kelemahannya sebagai Presiden Pas.
 
Belum pun perbalahan dengan timbalannya, Mohamad Sabu selesai, kini giliran Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula menyindir kepimpinan Abdul Hadi.
 
Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak melahirkan kehairanannya apabila Abdul Hadi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ahli dan pemimpin Umno sendiri menolaknya.
 
"Mereka hari ini semakin marahkan Najib, kalau kita lihat apa Najib buat hari ini dengan Tabung Haji, GST dan kes Altantuya, orang Umno dah getik dekat Najib ini.
 
"Tiba-tiba presiden Pas pula kata pertahankan Najib dan mahu kekalkan dia, ini kita tak nak," katanya pada forum bertajuk “Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor di sini, semalam.

Beliau juga menegaskan kepimpinan Abdul Hadi kian tersasar daripada landasan Pas yang sebenar apabila dengan mudah menggelar ahli parti dengan panggilan buruk dan enggan mengaku kesilapan.
 

Ahmad Maslan minta peniaga tak naik harga barang


ahmad-maslan-minyak-naik
mat-maslanKUALA LUMPUR, 31 MEI: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan meminta peniaga tidak menaikkan harga barangan selepas harga runcit petrol dan diesel mengalami kenaikan 10 sen seliter mulai tengah malam ini.
“Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Malaysia juga naik.
“Harga barang jangan pula dinaikkan!, tulis Ahmad di laman mikro twitter.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di laman Facebook rasmi petang tadi memaklumkan, harga runcit baru bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter (termasuk GST 6%), dan diesel RM2.05 seliter.
Harga petrol dan diesel sebelum ini tidak berubah selama dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan April dan Mei dengan kali terakhir pada bulan Mac.
Sebelum ini, harga minyak tidak berubah dengan petrol RON95 pada kadar RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Langkah rasionalisasi 1MDB merugikan rakyat RM10 bilion

TRXBanner2_0
Keputusan Kementerian Kewangan mengasingkan 2 pembangunan hartanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah cubaan terang-terangan meyelamatkan syarikat sarat hutang itu, kata DAP.
Setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua berkata, pelan rasionalisasi itu memperlihatkan Putrajaya membayar 1MDB sehingga RM10.2 bilion bagi memperoleh kawasan pembangunan kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.
Katanya, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini menjelaskan Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia.
“Jika kita meletakkan kedua-duanya bersama, kita dapat simpulkan kerajaan dapat menjangkakan hutang daripada 2 aset ini dan mungkin membayar lebih kepada 1MDB berdasarkan penilaian semula dan harga aset.
“Maka rancangan menjadikan TRX dan Bandar Malaysia entiti bebas tidak berbahaya sama sekali. Malah ia percubaan jelas menyelamatkan 1MDB dengan menggunakan berbilion ringgit wang pembayar cukai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pua berkata setakat 31 Mac tahun lalu, 28 hektar tanah TRX milik KLIFD Sdn Bhd dinilaikan semula kepada RM2.7 bilion.

Rakyat lebih faham Dr M lebih daripada faham kerajaan

oleh V Shuman

GST boleh dielakkan, dengan syarat kerajaan mengurangkan kos mereka, kata Dr Mahathir Mohamad pada 29 Mei.

Dalam pos blog terbaru beliau, Mahathir berkata dana tambahan yang diraih melalui pelaksanaan cukai ini adalah ditanggung rakyat.

“Mereka perlu membayar lebih untuk setiap benda yang mereka beli, bermakna kuasa beli telah berkurangan.

Dalam kata lain, mereka telah menjadi semakin miskin, untuk mengkayakan kerajaan. “Walaupun apa yang mereka beli tidak dikenakan GST, tetapi pemborong yang membekalkan kepada peruncit terpaksa menaikkan harga kerana mereka terpaksa membayar GST.

Peruncit seterusnya terpaksa menaikkan harga kerana kos yang lebih tinggi. Pada akhirnya rakyat terpaksa menanggung kos GST,” kata beliau. Tepat sekali, tuan. Profesion Mahathir mungkin seorang doktor perubatan, tetapi kelihatan bahawa rakyat lebih memahami penjelasan beliau lebih daripada penjelasan kerajaan.

Malah, sehingga hari ini - memasuki bulan ketiga pelaksanaan GST, pihak berkuasa masih lagi bergelut untuk menyampaikan kepada rakyat apa sebenarnya cukai ini, dan terhadap barang apa ianya dikenakan atau tidak, dan bagaimana ianya dapat memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka panjang.

 Ianya tidak membantu orang seperti Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan menjadi suara rasmi untuk “menerangkan” GST.

Kembali kepada perkara pokok, Mahathir mencadangkan beberapa langkah yang kerajaan boleh lakukan untuk mengelak mengenakan cukai ini kepada rakyat. Beliau menyebut Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai contoh langkah populis, yang tidak memberi kesan positif kepada rakyat dalam jangka panjang.

Pilihan yang lebih baik adalah mendidik dan melatih rakyat untuk kerja-kerja berpendapatan tinggi apabila pendapatan akan meningkat dengan ketara sebagai balasan kerja yang dilakukan, kata beliau.

Units worth US$2 billion: 1MDB problem solved

We admit that in the last several months, we have been especially critical of 1MDB as many feared that public funds will be used to prop up the troubled fund and cover up many misdeeds.
This fear was not without basis and left an especially bad taste in the mouth of the public as at the same time the government funds of RM1 billion was injected into 1MDB, critical health care services was slashed in order to reduce the budget deficit.
On top of that, the various media responses on the 1MDB were nothing short of farcical. The case in point was the issue involving the redemption of the investment held in BSI Bank.

Following on the statement made by 1MDB President, Arul Kanda, in early January, the prime minister replied in Parliament that the investments held in the segregated portfolio vehicle in the Cayman Islands was redeemed in full, but was still held offshore because Bank Negara had a very strict regime covering large payments. Several weeks later the prime minister was forced to back down from that statement. It emerged that the investment units had not been redeemed.
This coincided with unconfirmed reports by a news portal that a group of banks led by Deutsche Bank were calling back a US$1 billion (RM3.67 billion) loan that was secured on these units.
We now know the unconfirmed reports to be true. Tan Sri Zeti had revealed that Bank Negara was made aware of details surrounding a complaint a neighbouring regulator about this entire transaction.
At this point, the pressure indeed would have been on 1MDB to raise US$1 billion on a very short notice, especially at a time of great controversy.
But 1MDB has managed to solve this problem, and most importantly without the use of public funds. They have managed to secure US$1 billion from the International Petroleum Investment Corporation, an entity backed by the Abu Dhabi Government.
The 1MDB President has clarified that these funds has not resulted in any increase indebtedness to the company.
Even better, the Minister of Local Housing Development, Datuk Abdul Rahman Dahlan has revealed that the controversial “units” in question is actually worth US$2 billion.
That gives 1MDB an unrealised holding period gain of 81% in US Dollar terms and a more than 100% gain in Ringgit terms.
I think it is time we give credit where credit is due and admit mistakes, where we have made. If the US$1 billion funds were a result of a commercial transaction, for example through the sale of an option over Edra Energy, that should not be an issue.

Maklumat sulit diperoleh PAC punca presiden 1MDB tangguh pertemuan

Datuk A Kadir Jasin mendedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah pun mendapat banyak maklumat sulit berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ia lebih buruk daripada apa yang diketahui sebelum ini.

Wartawan veteran itu berkata, mungkin atas sebab itulah Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menangguhkan pertemuan bersama PAC sebaliknya bergegas bertemu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

"Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB.

"Termasuk institusi yang berkaitan eksport dan import. Dikhabarkan juga ada cek bernilai beratus juta dolar bertukar tangan.

 "Agaknya kerana sebab itulah Arul tergesa-gesa memberi taklimat kepada Shahrir yang pernah jadi pengerusi PAC. Shahrir adalah antara penyokong kuat (Datuk Seri) Najib (Razak)," kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu menerusi kiriman terbaru di blognya The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Arul dalam menjelaskan pertemuannya bersama Shahrir pada Rabu berkata beliau tidak sempat menghadiri pendengaran PAC yang diadakan sehari sebelum itu kerana masih dalam penerbangan pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, Arul enggan menjelaskan di mana beliau berada ketika ke luar negara, walaupun ahli PAC Tony Pua mendesak supaya beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menjelaskan keberadaan mereka.

"Saya tidak menyembunyikan apa-apa. Ia satu pertemuan yang baik dan beliau seorang yang bijaksana, seorang yang teliti. "Saya sedia menjawabnya jika ia ditanya dalam sesi PAC nanti," kata Arul kepada The Malaysian Insider. Mengulas mengenai pelan rasionalisasi 1MDB, Kadir berkata ia merupakan satu pelan yang membolehkan syarikat bermasalah itu untuk terus berhutang.

Katanya, syarikat petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic) dan unit pelaburannya, Aabar Investments tidak akan menyuntik RM16.4 bilion secara membuta tuli jika tidak mendapat cagaran berharga atau saham yang berbaloi.

"Maklumat tepi jalan kata, IPIC/Aabar mungkin mendapat hingga 49% saham Edra Energy apabila disenaraikan atau dijual melalui pengeluaran persendirian.

Adakah GAZA Akhirnya Dapat Ditawan Oleh ISRAEL? - Ustaz Azhar Idrus

Ditinggalkan Suami Tanpa Berita..Bagaimana Nak Minta Cerai? - UAI

Bagaimana Bersabar Dengan Anak anak Yang Tidak Soleh? - Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah Letak Bunga Pada Kubur Orang Bukan Islam? - Ustaz Azhar Idrus

Cara Mandi Wajib Dengan Betul - Ustaz Azhar Idrus

Nurul Izzah: Amnesty International Telah Mengisytiharkan Anwar Merupakan Seorang Tahanan Politik