Ahad, 31 Mei 2015

BERITA BAIK SELEPAS MINYAK NAIK 10 SEN..

Biar mulut Ahmad Maslan Berbicara...

TERKINI dari KERAjaan GST !!! Semua minyak NAIK 10 SEN !!!!


Yabedabedoooo... Padan muka korang..
Rakyat Bayar GST, Rakyat Tanggung Minyak Naik !!!

KERAjaan dah bagi RATUS2 RINGGIT BR1M. takan minyak naik 10 sen pon nak kecoh.. JANJI NEGARA AMAN, ROSMAH MASIH LAGI BINI PM !!!

Halim Hamid: Kisah kesetiaan seorang ayah

Oleh Amin Iskandar
Apabila mendengar berita tentang kemalangan Halim Hamid, ayah kepada aktivis muda Adam Adli pada satu malam sebelum tidur, terdetik hati mahu ke Pulau Pinang untuk menziarahi.
Satu lagi mesej WhatsApp masuk mengatakan Halim yang menggelar dirinya sebagai “ayah” dipindahkan dari satu hospital ke hospital lain, perasaan untuk menziarah semakin kuat.
Apa-apa pun perlu tunggu sehingga esok pagi. Ketika sedang bersiap dan mencari “geng” untuk ke Pulau Pinang, satu mesej WhatsApp masuk mengatakan Halim sudah meninggal dunia. Terkedu, hiba dan pilu. Itulah perasaan pada ketika itu. Selepas membuat beberapa panggilan, akhirnya cukup “kaki” untuk ke Kepala Batas, Pulau Pinang – tempat Halim disemadikan.
Walaupun tiba di Kepala Batas, sebaik sahaja jasad Halim ditkebumikan, sekurang-kurangnya dapatlah melihat perjalanan terakhirnya di bumi ini.
Ramai sekali pemimpin politik, aktivis dan anak muda turun untuk mengiringi perjalanan terakhir Halim.
Benar seperti kata The Beatles dalam lagu “The End” daripada album Abbey Road. “And in the end, the love you take is equal to the love you make.”
Berkenalan dengan Halim
Dalam kehidupan sebagai pemberita, ramai watak-watak menarik yang penulis temui. Halim adalah di antara yang paling “style”.
Bayangkanlah, pertemuan pertama dengan Halim pada ketika penulis sedang “menyumbat” rokok ke mulut anaknya, Adam!
Kisahnya begini, satu hari ketika sedang dalam perjalanan untuk mengambil kenderaan di Bangsar, penulis terlihat beberapa anggota polis membawa Adam ke keretanya untuk mencari “bahan bukti”.
Oleh kerana perasaan “menyibuk” terlalu tinggi, penulis pun menghampiri Adam yang sedang bergari dan dipegang beberapa pegawai polis.
Sambil polis menggeledah kereta Adam, air 100 Plus di tangan penulis diberikannya. Nampak haus sungguh anak muda ini.
“Kasihan” dalam hati terdetik. “Sudah pasti dalam lokap makan dan minumnya entah apa-apa.”
Kerana mengetahui Adam seorang perokok, penulis minta kebenaran kepada anggota polis yang menggiringnya untuk diberikan sedikit “oksigen”.

Mari Hargai Seorang Reformis !

Oleh Dinsman
Kadang-kadang seorang pejuang itu tidak berdiri paling depan sebagai pemimpin yg dikenali semua orang. Dan kadang-kadang seorang pemimpin yang berdiri paling depan dan dikenali semua orang itupun tidak kenal akan seorang tokoh pejuang yg berdiri di antara saf-saf pejuang di garis depan itu. Tetapi mereka yg selalu turun ke medan khasnya jalanraya menunjukkan perlawanan kepada penguasa yg zalim hampir semuanya kenal siapa dia - Ayah Halim Abdul Hamid.
Mereka memanggilnya Ayah, dan diapun membahasakan dirinya Ayah. Dialah ayah kepada anak-anak muda progresif-berani yg selalu turun berdemonstrasi di jalan-jalanraya Kuala Lumpur, walaupun rumahnya berada di Seberang Prai. Sebelum anaknya Adam Adli muncul sebagai pejuang muda dan tinggal di Kuala Lumpur, dia sudahpun biasa menyedut gas pemedih mata penyesak nafas itu. Bahkan dialah yang membiasakan anaknya itu dengan suasana ‪#‎LawanTetapLawan‬.
Kini Ayah Halim sudah pulang ke negeri abadi. Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) merasakan orang ini perlu diberi penghormatan selayaknya. Memang dia bukan seorang pemimpin rasmi dalam mana-mana kelompok atau parti politik yang berjuang membawa Reformasi ke negara ini. Tetapi Paksi melihatnya dialah seorang tokoh pemimpin Reformasi yang telah banyak jasanya memimpin anak-anak muda yang selama ini turut mengisi dan memberi kekuatan kepada gerakan Reformasi negara ini.

Nak Tutup 1MDB Tapi Berhutang Lagi?


Kalau nawaitu betul, “business model” bagus, harta banyak, juruaudit luar kata semua teratur, Lodin kata diurus dengan baik, tak ada siapa menipu, Jho Low tak ada kena mengena, tak bayar komisen berbilion ringgit dan tak ada duit lesap, sebab apa nak “wind down” 1MDB?
Takkan kerana dipertikai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipersoalkan oleh beberapa kerat blogger yang kutip berita dari tepi jalan (guna pakai ungkapan Encik Rizal Mansor), Perdana Menteri naik gabra dan nak tutup 1MDB?
Betul ka? Ini kita kena tanya jurucakap Kabinet mengenai 1MDB, Ahmad Husni Hazadlah. Itu pun kalau Ahmad Husni bercakap dengan atau atas persetujuan Kabinet.
Tapi surat khabar milik MCA, The Star kata, 1MDB akan ditutup menjelang awal tahun depan.
Kalau nak tutup, apa hal pula buat rancangan supaya para pelabur Abu Dhabi suntik AS$4.5 bilion (kira-kira RM16.4 bilion) ke dalam 1MDB untuk bayar balik hutang 1MDB sebanyak RM42bil itu?
Dua peminjam Abu Dhabi itu ialah International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unit pelaburannya, Aabar Investments. Inilah syarikat Arab yang jadi “rakan kongsi” Jho Low dalam urus niaga dengan 1MDB.

Khadem al Qubaisi "kawan" Jho Low di IPIC kena lucut jawatan
Jadi bukan tutuplah, tapi atur balik perniagaan supaya boleh terus berhutang untuk bayar hutang. Masih cerita gali lubang baru untuk timbus lubang lama.
IPIC dan Aabar akan beri hutang baru RM16.4 bilion untuk bayar balik sebahagian daripada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion, termasuk dari IPIC dan Aabar. AS$1 bilion sudah pun dimasukkan ke dalam akaun 1MDB.
Ikut berita The Star, 1MDB akan dipecahkan tiga, iaitu Tanah/Projek Tun Razak Exchange (TRX), Tanah/Projek Bandar Malaysia dan penjanaan elektrik di bawah Edra Global Energy Sdn Bhd.

Pankalan TUDM Sungai Besi jadi Bandar Malaysia
IPIC dan Aabar tentulah tak akan suntik RM16.4 bilion kalau tak dapat cagaran yang berharga atau saham yang berbaloi. Rasa-rasanya mereka mahu saham dan bukan cagaran.

Penjaja merasai kesan GST: Berapa ramai yang akan bertahan?

oleh Edgar Ong

Apabila tiba 1 Jun, tepat dua bulan sejak tambahan 6% GST telah dilaksana di seluruh negara. Ketika peningkatan harga petrol, minyak, gula dan komoditi lain pada masa lalu kesannya mengambil masa kira-kira enam bulan buat pelanggan untuk “biasakan diri” dan perniagaan akan kembali normal selepas tempoh itu.

Namun pada kali ini, ianya kelihatan begitu sukar buat perniagaan untuk kembali normal dan sesetengah mereka sudah berasa bimbang akan gulung tikar. Kenapa kali ini sama sekali berbeza, tanya anda?

Banyak perniagaan terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos bahan-bahan mentah sehingga 30%, daripada bahan asas makanan dan minuman seperti daging, makanan laut dan sayuran kepada komoditi seperti minyak, bahan api dan pengangkutan - kebanyakannya meningkat kerana kejatuhan nilai ringgit.

Bahan mentah adalah komponen kos terbesar buat kebanyakan warung penjaja, kira-kira sehingga hampir 60% jumlah perbelanjaan; sementara kos buruh sebanyak 20% dan sewa kebiasaannya sehingga 15%.

Kebanyakan yang menjalankan perniagaan berkata bahawa mereka tiada alternatif lain dan terpaksa menaikkan harga kerana mereka telah menyerap banyak kenaikan kos kecil di masa lalu dan margin keuntungan mereka telah berkurangan. Kadar sewa juga telah meningkat. Dua tahun lalu, kadar sewa sebulan warung penjaja biasa dalam kedai kopi hanyalah RM450.

Hari ini ianya adalah berjumlah RM600 atau lebih lagi. Kos buruh juga telah meningkat, dengan gaji minimum sekarang adalah RM800, sedangkan beberapa tahun lalu hanyalah RM650. Bayaran ejen dan levi untuk pekerja Indonesia juga telah meningkat sekali ganda daripada RM5,000 pada masa lalu kepada RM11,000.

Peneroka Felda tolak alasan banjir punca harga saham FGV turun, kata Anak

Peneroka Felda menolak alasan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) berkenaan kejatuhan harga saham dan prestasi syarikat yang lemah berpunca daripada insiden banjir tahun lalu, yang menjejaskan operasi ladang mereka, kata pertubuhan anak peneroka Felda (Anak).

Pemimpin Anak, Mazlan Aliman berkata peneroka juga khuatir kesan akibat penurunan harga yang jatuh sehingga lebih 50% sejak disenaraikan kira-kira tiga tahun lalu. Beliau berkata, banjir besar melanda hanyalah di Kelantan yang tidak memiliki banyak ladang kelapa sawit.

"Banjir teruk di Kelantan, berapa banyak tanaman FGVH di Kelantan?" soalnya. Menurut laman web FGVH, ladang terbesar mereka kebanyakannya terletak di Pahang dan Sabah.

"Banjir di Pahang juga tidak berapa teruk. Saya tidak terima alasan itu. Ia hanya alasan untuk prestasi syarikat yang lemah," katanya, kepada The Malaysian Insider.

Tambah anak: Kami nak makan apa?

Tambah anak  
Sebahagian pekerja kadang-kala terpaksa membawa bekal makanan ke pejabat bagi mengurangkan kos sara hidup. 
SHAH ALAM - Kalau kami (suami isteri) digalakkan oleh kerajaan untuk menambah bilangan anak bagi menyokong peningkatan populasi negara, kami nak makan apa?” keluh seorang ibu muda yang mahu dikenali Eja.
 
Bekerja dengan sebuah syarikat swasta, Eja yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil mengakui pendapatan yang diperoleh setiap hujung bulan hanya mampu menampung kehidupannya dengan ‘cukup-cukup makan’.
 
“Hanya sebab saya sudah berkahwin, bolehlah mengharapkan pendapatan suami yang dikira banyak membantu. Jika saya sendirian, agak sukar bagi saya untuk membesarkan anak-anak. Susu dan lampin pakai buang anak-anak sahaja sudah mencecah RM500 sebulan.
 
“… Ia tidak termasuk keperluan lain seperti makanan dan kos perubatan. Tidak termasuk juga dengan keperluan kami sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Online, hari ini.
 

Protes anti salib: Siasat secara profesional, tak kira ahli keluarga

yunusSHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan dan polis perlu bertindak profesional dalam menyelesaikan isu protes anti salib di hadapan sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Ahmad Yunus Hairi berkata, perkara itu penting demi memelihara keharmonian kaum di negara ini.
“Perkara ini perlu disiasat secara profesional walaupun membabitkan ahli keluarga, adik-beradik atau sesiapa yang berkaitan. Keputusan dibuat juga perlu adil untuk semua kerana membabitkan kepentingan awam,” katanya kepada Selangor Kini.
PolisAhmad Yunus juga mencadangkan penubuhan jawatankuasa neutral bagi mencapai penyelesaian terbaik, bahkan kerajaan perlu mengambil perhatian serius kerana membabitkan sensitiviti kaum dan agama.
“Mungkin keputusan sudah dibuat dan selesai. Tetapi wajar diakhiri secara berhemah serta adil supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari,” katanya.
Terdahulu, Malaysia Kini melaporkan kerajaan mendapati tiada kesalahan atas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa isu berkenaan bukan hasutan tetapi polis mengklasifikasikannya sebagai pencerobohan bangunan.
Protes itu mencetuskan bantahan awam apabila salah seorang peserta adalah abang Khalid iaitu Datuk Abdullah Abu Bakar dan turut disertai ahli Umno kawasan itu.

Penduduk Baram lapor polis terhadap CM Adenan

Sekumpulan penduduk kampung di Baram membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berhubung dakwaannya bahawa majoriti penduduk tempatan menyokong projek empangan Baram.

Bercakap kepada pemberita di luar Ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara hari ini, jurucakap kumpulan itu Charles Gau berkata, mereka mengambil langkah membuat laporan polis kerana dia tidak tahu di mana lagi tempat untuk mengadu.

Beliau turut menggesa ketua menteri untuk mengadakan dialog terbuka dalam isu tersebut, bukannya sesi pintu tertutup yang diadakan kira-kira dua minggu yang lalu.

"Kita minta dia buat satu dialog terbuka, tak boleh tutup-tutup. Tutup-tutup ni tak betul.

"Dalam kelambu-kelambu, lepas tu dia cakap ketua kaum sokong.

"Ketua kaum sokong, dia (yang) kata, tapi bukan semua ketua kaum yang sokong.

"Katakan kalau ketua kaum tak sokong, dia boleh bantah tak? Tak boleh," katanya sambil menambah bahawa pemimpin yang sebelum ini menentang projek itu telah menerima tekanan, seperti tidak dilantik sebagai ketua kampung.

PAS hormati dasar semua parti Pakatan Rakyat - Tuan Ibrahim


TEMERLOH: PAS menghormati dasar semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan pada masa yang sama tidak pernah mengkritik dasar yang dianggap tidak dipersetujui parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya parti itu mempunyai terlalu banyak isu yang disepakati bersama seperti menentang rasuah, menuntut keadilan, membela nasib semua kaum dan pelbagai isu rakyat.

“Jadi saya nampak pemimpin-pemimpin PR boleh duduk semeja berbincang isu-isu besar cuma kadang-kadang ulasan media baru terutamanya berlebih-lebihan sehingga menutup kebersamaan kita,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Pahang kali pertama bangunan PAS negeri, di sini pagi ini.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Md Jusoh Darus, Bendahari negeri Musaniff Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Pahang Hazmi Dibok, Pengerusi DHPP Pusat dan negeri Pahang N. Balasubramaniam, Ketua Pemuda DHPP Balendran serta 50 ahli.

Tuan Ibrahim dalam ucapannya sebelum itu menceritakan sejarah perjuangan PAS sejak 1951.

Kekal dalam Pakatan hanya keputusan muktamar - Ahmad Yakob



KOTA BAHARU: Hanya pentas muktamar sahaja yang boleh memutuskan sama ada PAS kekal bersama Pakatan Rakyat atau sebaliknya kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
“Sekiranya ada dua kumpulan, satu mahu membawa PAS keluar dari Pakatan dan satu lagi mahu dikekalkan dalam Pakatan Rakyat, ia hanya akan diputus di muktamar di Kuala Selangor hujung minggu ini.
“Saya fikir tidak berbangkit golongan didakwa mahu keluar PAS atau mahu PAS keluar dari Pakatan. Kita kekal di sini. Kalau ada orang mahu keluar maka orang itulah yang bergerak keluar,” ujarnya ketika ditemui di sini kelmarin.
Muktamar PAS kali ke-61 bermula 4 Jun ini di Kuala Selangor. Muktamar dewan-dewan bermula sehari sebelum itu.
Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tetap berpegang teguh kepada disiplin berjamaah dan gerak kerja parti berasas akidah Islamiah.
Beliau juga berharap mana-mana pemimpin hendaklah menggunakan ruang di muktamar untuk menyuarakan apa sahaja dan bukannya bercakap di luar gelanggang.
“Kita faham dalam berpolitik, kita tidak boleh lari, ada sedikit sebanyak sokongan mana-mana pihak, tetapi yang boleh menentukan keputusan dan kedudukannya ialah muktamar, insya-Allah.
“Kita memberi ruang perwakilan bersuara. PAS mengamalkan dasar demokrasi, maka muktamar merupakan forum yang terbaik untuk kita memberi pandangan,” ujarnya.

Bukannya juta2 ringgit, TAPI main puluh2 bilion ringgit dijahanamkannya..


Kalau bapak pon PENYAMUN, anak dah tentu PEROMPAK. 

Ke Mana Lahirnya Perompak, Kalau Tidak Asalnya Penyamun.

LAGI LAMA 'mereka' bermaharajalela berkuasa, lagi byklah kerosakan & kemusnahan yg rakyat tanggung..

APA KHABAR pengundi2 BN di Pahang !!!


Kamu pangkah BN, kamu dapat apa..
DAPAT BAYAR GST ler...

Bayar GST kan satu AMAL JARIAH !!!
Siapa kata ??? MP Bagan Serai yang kata...

Siapa tak kenal budaya UMNO & DUIT !!! UMNO & DUIT Berpisah Tiada...


WOWW !!! Benarkah sokongan ikhlas tu ???

“Hari ni PM Tok Jib mai Perlis. Ramai kata yang pi diberi RM40. Tak pasti sama ada sebenaqnya RM50 tapi RM10 dah kena sapu. Orang UMNO sendiri mengaku memang bagi duit suruh pi!”

Muhammad Khalil pilih Nik Abduh jadi ketua

Muhammad Khalil Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengakui lebih cenderung terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz untuk menerajui kepimpinan Pemuda Pas pada penggal akan datang.

Muhammad Khalil berkata, Nik Abduh yang bakal mencabar penyandang Ketua Pemuda sedia ada, Suhaizan Kaiat dalam pemilihan Pemuda Pas bulan depan, melihat Nik Abduh mampu membawa aspirasi perjuangan pemuda Islam dalam parti itu.

Menurutnya, dengan pelbagai isu berlaku kebelakangan ini yang seolah-olah menggugat perjuangan Islam, beliau melihat seorang pemimpin tegas diperlukan supaya tidak berkompromi perkara membabitkan hukum-hakam.

“Kita lihat isu yang berlaku pada hari ini, pihak akar umbi melihat kepimpinan peringkat atasan ada yang longgar dalam mempertahankan prinsip dasar perjuangan Pas itu sendiri.

“Oleh itu, Pemuda adalah sayap sangat penting dan memerlukan kepada seorang ketua yang boleh membawa misi yang sangat besar ini untuk menerajui Pas pada masa depan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini.

Sindir Hadi: Mat Sabu buka ruang pada parti lawan kata MB Kelantan

Ahmad Yakob 
PASIR MAS - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membuat kritikan terbuka dan sindiran ke atas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuka ruang kepada pihak lawan untuk menyerang kepimpinan seterusnya melemahkan perpaduan parti.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, kritikan terbuka itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan Pas dan ia sepatutnya dibuat secara dalaman.

"Sebagai Timbalan Mursyidul Am, saya nasihatkan supaya apa-apa jua masalah dalaman parti jangan didedahkan kepada umum dan seboleh-bolehnya diselesaikan secara tertutup," katanya.

Terdahulu, Ahmad yang merupakan Menteri Besar Kelantan merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Kelantan Membangun Bersama Islam Zon Utara di Stadium Mini Pasir Mas di sini, hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi, Datuk Hanifa Ahmad.

Sinar Harian hari ini melaporkan, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu secara terbuka mengkritik dan menyindir Abdul Hadi ketika menyampaikan ceramah 'Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN', di Tumpat.

Peguam: Buku dalam tong sampah sumber inspirasi

Kerana lantang bersuara, anda mungkin berfikir peguam yang memperjuangkan kebebasan awam Michelle Yesudas dilahirkan sebagai seorang peguam. Tetapi sebenarnya penemuan sebuah buku yang dibuang dalam tong sampah mendorongnya melalui jalan itu.

"Ketika mengambil A-level di Kolej Damansara Utama, saya menjumpai buku di dalam tong sampah (‘An Ordinary Person’s Guide to Empire’ karya penulis India Arundhati Roy), yang membicarakan mengenai kasta dalits dan tidak boleh disentuh.

"Kemudian saya melihat banyak hubung kait, di mana ketidakadilan di India, seperti kemiskinan dinafi mendapat keadilan dan memasuki institusi. Ia seperti diamalkan di Malaysia. Dan penulis turut memberitahu bagaimana orang seperti aktivis boleh mengubahnya.

"Jadi saya fikir, saya mesti mencari pekerjaan yang mampu membuat perubahan. Saya sedar, saya akan menjadi seorang peguam tetapi jika saya berurusan mengenai hak asasi manusia," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini baru-baru ini.

Bagaimanapun, wanita berusia 28 tahun ini berkata, menjadi peguam bukan pilihan pertamanya.

Seni, pengiklanan, kewartawanan yang menekankan kreativiti turut menjadi dipertimbangnya.

Semangat itulah yang dikongsinya bersama dengan rakan kacukan Cina-India, Melissa Sasidaran (bawah), kini sedang mengamalkan undang-undang sebagai peguam di Tetuan Ramrais and Partners yang turut hadir dalam wawancara ini.

Selalu Keluar Angin Ketika Ada Wuduk - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Saham - Ustaz Azhar Idrus

Apa Tugas Malaikat JIBRIL Sekarang? - Ustaz Azhar Idrus

Jin Makan Ke Asap Ubat Nyamuk? - Ustaz Azhar Idrus

Nak Kahwin Keluarga Perempuan Kata Tunggu Habis Belajar - UAI

Wuduk Sebelum Mekap..Adakah Sah Solat Dengan Mekap? - UAI

Isteri Balik Rumah Ibunya Kerana Dihalau Suami - Ustaz Azhar Idrus

Rohingya: OIC yang tinggal gusi

OIC lambat bertindak dalam menangani pelarian hanyut Rohingya
oic,rohingnya
PETALING JAYA: Krisis pelarian Rohingya bukan isu baru yang dibangkitkan pada Pertubuhan Kerjasama Islam OIC dan sejak beberapa dekad lalu, ia pernah menjadi agenda utama mesyuaratnya.
Namun, sejak dari awal isu berkenaan dtimbulkan dengan resolusi demi resolusi, desakan demi desakan, ia tidak memberi sebarang impak ke atas isu yang dibangkitkan.
Bahkan, nasib pelarian Rohingya lebih buruk apabila mereka tidak lagi dianggap masyarakat pribumi Myanmar apabila regim tentera memperkenal Akta Kewarganegaraan 1982.
Meskipun plot penderitaan Rohingya lebih lama daripada itu, namun pengenalan akta berkenaan menyebabkan mereka dianggap sebagai pendatang.
Rupa bentuk fizikal yang lebih menjurus kepada orang Benggali, memudahkan Regim Yangon mengusir mereka secara terang-terangan.
Agama Islam yang menjadi pegangan, membangkitkan lagi sentimen kebencian sehinggakan wujud gerakan pelampau di kalangan sami Budha yang bertanggungjawab melakukan pelbagai keganasan termasuk pembunuhan secara terbuka ke atas orang Rohingya.
Situasi ini berbeza dengan penindasan yang berlaku situasi di Tebing Barat dan Gaza, di mana orang Palestin bangkit dengan apa cara mempertahankan hak khususnya tanah mereka melawan anak kuasa besar dunia, Israel.
Begitu juga di wilayah Selatan Thailand yang tidak jauh daripada Rakhine atau dulunya dikenali sebagai Arakan, masyarakat Melayu sejak lebih 200 tahun tidak pernah mengalah kepada orang Thai yang beragama Budha untuk mempertahankan hak mereka. Mereka memberi tekanan kepada Bangkok sama ada dalam bentuk politik dan perjuangan bersenjata.
Sehingga kini, meskipun wujud penindasan ke atas masyarakat Islam di tiga wilayah berkenaan, tetapi tentangan yang diberikan berjaya mengekang pengaruh dan penguasaan penuh Budha ke atas mereka.

Peneroka Felda Mendapat Hutang Baru RM100 Ribu Hingga RM150 Ribu

Oleh Mohd Nasaie Ismail
Hari ini peneroka sangat terasa dengan beban hutang baru yang mereka terima daripada FELDA. Hutang ini melibatkan kos tanam semula ladang mereka yang bernilai sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. Sedangkan ketika peneroka masuk FELDA, hutang mereka hanya sekitar RM30 ribu.
Tun Razak berhasrat mengubah status ekonomi rakyat khususnya orang Melayu yang miskin. Apabila mereka selesai bayar hutang dengan FELDA, maka ladang 10 ekar dan tapak rumah suku ekar itu akan menjadi hak mereka. PENEROKA FELDA MENDAPAT HUTANG BARU RM100 RIBU HINGGA RM150 RIBU.
Dengan ladang 10 ekar itu sudah cukup untuk mereka menyara hidup mereka, bahkan mempunyai pendapatan yang lebih daripada keperluan. Bukan lagi berpendapatan rendah. Jadi bayangannya ialah di Malaysia, di kawasan pedalaman ada 112 ribu rakyat Malaysia yang bergelar peneroka, taraf hidupnya berpendapatan sederhana tinggi disebabkan kejayaan mereka memiliki ladang sawit atau getah 10 ekar. Ini satu kejayaan besar Malaysia. Bahkan ia dinikmati 1.5 juta warga FELDA seluruhnya melibatkan isteri, anak anak peneroka, kakitangan dan anak kakitangan FELDA. Tetapi malangnya hari ini mereka dibebankan dengan hutang baru. Apabila pokok sawit atau getah berusia 25 tahun dan ke atas. Ia perlu ditebang dan tanam semula. Peneroka diberi pilihan untuk menguruskan sendiri proses tanam semula tersebut atau diserahkan kepada FELDA untuk menguruskannya. Hasil kempen yang dilakukan, majoriti peneroka menyerahkan urusan tanam semula kepada FELDA dan diuruskan oleh sebuah anak syarikat FELDA bernama FELDA Tecno Plant. Kos tanam semula ini ditanggung FELDA daripada penebangan pokok sawit tua, tanam semula sawit baru, pembajaan,racun dan kesemua sekali.
Selama tempoh itu peneroka tidak ada hasil. Maka mereka dibayar wang sara hidup diantara RM1000 hingga RM1500 setiap bulan. Wang sara hidup ini dikira hutang dengan FELDA. Jika purata mereka terima RM1200 sebulan, maka setahun mereka berhutang RM14400. Jika 10 tahun, jumlahnya sudah RM144 Ribu. Itu belum masuk kos tanam semula. Maka tidak pelik peneroka berhutang kembali sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. Malah boleh jadi lebih.
Persoalannya ialah:

Akhbar Umno dakwa ahli dan penyokong mahu PAS keluar Pakatan

Majoriti ahli dan penyokong PAS dalam muktamar kali berharap parti Islam itu akan membuat keputusan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan menamatkan perbuatan dibuli secara berterusan oleh DAP dan PKR, kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Menerusi rencana yang disiarkan akhbar itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia, pengarang akhbar itu berkata, dua harapan itu bukanlah sengaja direka tetapi menjadi impian ahli peringkat akar umbi PAS.

 "Mereka mahukan gelombang golongan ulama mencetuskan perubahan dalam parti itu.

 "Bagi jawatan presiden, mereka melihat tiada apa-apa kepincangan yang dilakukan (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang untuk diturunkan dan digantikan pencabarnya, Ahmad Awang," kata akhbar itu hari ini.

Akhbar itu mendakwa ahli dan penyokong PAS berharap muktamar kali ini akan menyaksikan Hadi dikekalkan sebagai presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan. Menurut akhbar milik Umno itu, jawatan naib presiden; Dr Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad pula yang dikehendaki akar umbi parti selain Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai ketua pemuda.

"Ahli PAS di peringkat akar umbi juga mahu melihat gelombang penguasaan golongan ulama turut melanda jawatan naib presiden. "Mereka mahu kerusi tersebut diduduki pemimpin yang sentiasa bersama Hadi ketika susah dan senang.

Pas perlu kekal dalam PR, kata Ahmad

Ahmad Awang 
TUMPAT – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang berpandangan  parti itu perlu kekal dalam PR jika mahu maju ke hadapan.

Bagaimanapun jelasnya, yang menentu keputusan sama ada Pas kekal atau tidak dalam PR itu bergantung kepada Muktamar Tahunan Pas minggu depan.

Ahmad berkata, kalau ada pemimpin tertinggi yang mahu keluar dari PR adalah bercanggah dalam Muktamar dan itu hanya pandangan individu kerana kuasa tertinggi dalam parti adalah Muktamar.

“Kekal dalam PR bergantung kepada keputusan Muktamar, kalau saya yang hendak macam tu tetapi yang lain nak batal keputusan, itu terserahlah,” katanya selepas ceramah isu semasa di tapak pasar malam bandar Tumpat, malam kelmarin.

Azmin: Cukup, henti berbalah di media

azmin rmmSemua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) diminta tidak mencetuskan situasi sukar tetapi harus berusaha memperkukuhkan penyatuan parti komponen di dalam gabungan berkenaan.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga berharap media tidak dijadikan medium bagi tujuan itu demi mengelak rasa tidak selesa dalam kalangan rakyat.
“Tidak ada masalah. Cukup, hentikan perbalahan dalam media. Ini pesanan saya kepada semua pemimpin PR kerana rakyat akan muak dan bosan dengan mereka,” katanya di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung masa depan PR.
Berhubung pertemuan pimpinan PKR, DAP dan PAS, Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata, perkara terbabit akan diputuskan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Wan Azizah akan tetapkan tarikh (pertemuan) dan kita jumpa,” katanya.

Terpengaruh demokrasi, ukur pemimpin dengan pilihan raya



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ada yang terlalu terpengaruh dengan pemikiran demokrasi atau hanya berjuang untuk demokrasi.
Tambahnya, lalu mengukur kejayaan seorang pemimpin dengan berjaya menang dalam pilihan raya atau diukur dengan sokongan manusia pada dakwahnya.
Katanya, kalau itulah kayu ukurnya tentulah Nabi Nuh dikira gagal kerana berdakwah selama hampir seribu tahun tetapi yang beriman dengan baginda menurut beberapa riwayat tidak lebih 100 orang.
"Kalau menang dalam pilihan raya juga tanda kegagalan pemimpin, maka ramailah pimpinan yang gagal dalam pilihan raya baru-baru ini," ujarnya yang jga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Ahmad: Serang peribadi bukti habis modal

Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang kesal apabila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya.

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti.

"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama.

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak.

"Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Kira-kira lima hari lagi sebelum muktamar, Ahmad kini diserang oleh kumpulan pendukung status quo dalam PAS sebagai mengetuai "kumpulan yang lunak dengan DAP" .

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi kebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya.

Turut hadir sebagai ahli panel pada forum itu ialah bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Sementara itu bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata perpecahan yang berlaku dalam PAS kini turut melibatkan pihak luar daripada parti.

Profesional lari

Beliau juga mendakwa Umno tidak akan membiarkan PAS terus kuat bersama Pakatan dan menjadi punca berlaku perpecahan sehingga wujudnya dua kem dalam parti Islam itu.

"Politik adalah seni kepada kemungkinan. (Umno) kena buat sesuatu, kalau tidak imej Umno akan merudum. Jadi cara yang mesti dilakukan ialah pecahbelahkan Pakatan, PAS dan DAP perlu dilagakan.

Nizar: Pilih Ustaz Ahmad demi kukuh PAS, Pakatan

Presiden dan barisan kepimpinan yang baru perlu diwujudkan di dalam PAS bagi memastikan parti itu terus kukuh bersama Pakatan, bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata beliau hanya mahukan parti itu dipimpin oleh individu yang tidak memperkecilkan rakan pimpinan dalam Pakatan demi menjaga keharmonian parti.

"Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

"Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

"Dia (Hadi) boleh cakap Arab, dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia (Ahmad) boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

"Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu," kata Nizar.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu ialah calon Presiden Ahmad Awang dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Nizar berkata, walaupun beliau tewas untuk mengekalkan jawatan yang dipertua PAS Kawasan Kampar, namun beliau tetap bertanding mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa PAS Pusat pada pemilihan kali ini.

Beliau turut mendakwa, semasa pemilihan PAS kali ini, beliau teruk difitnah "orang dalam parti" berbanding yang pernah dilakukan oleh Umno semasa pilihan raya umum lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan individu terbabit.

Nafi tolak ulama

Golongan cerdik pandai PAS 'disembelih' anggota parti sendiri - Mat Taib

Golongan cerdik pandai PAS 'disembelih' anggota parti sendiri - Mat TaibKUALA LUMPUR: Golongan cerdik pandai dalam PAS dikatakan sedang 'disembelih' sesetengah golongan di dalam parti itu sendiri kata bekas Naib Presiden Umno yang kini menganggotai parti itu, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Katanya yang turut dikenali sebagai Mat Taib, perbuatan seumpama itu merugikan parti PAS sendiri.

"Kita nak maju ke depan. Bukannya bergaduh sesama sendiri. PAS perlu pemimpin yang akan menyatupadukan parti ini.

"Melihat kepada keadaan parti ini sekarang, saya percaya Ahmad Awang adalah orangnya," katanya dalam satu forum bertajuk Mampukah PAS Dilonjakkan Pasca Jun 2015 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.

Tambahnya, beliau bukan 'merajuk' dengan PAS tetapi lebih kepada terkilan kerana pimpinan parti tidak bersama-sama dalam memacu parti ke depan.

"Peluang sudah ada, apa yang perlu dibuat adalah bersatu bukan sahaja sesama ahli parti tetapi juga rakan dalam Pakatan Rakyat," ujarnya.

Turut hadir dalam forum tersebut adalah calon Presiden Ahmad Awang dan calon ahli jawatankuasa pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Mereka berdua akan bertanding dalam pemilihan parti ketika Muktamar Tahunan Pas yang ke-61 dari 4 hingga 6 Jun bertempat di Stadium Kuala Selangor.

1MDB - Satu Malaysia Dalam Bahaya

oleh Shahbudin Husin
Secara umumnya semua orang mengetahui apakah itu 1MDB. Ia adalah sebuah syarikat pelaburan strategik kerajaan yang ditubuhkan tidak lama selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan diletakkan dibawan Kementerian Kewangan.

1MDB adalah singkatan daripada nama penuhnya iaitu 1Malaysia Development Berhad. Perkataan 1Malaysia dipilih sebagai pangkal nama syarikat itu untuk menggambarkan gagasan politik Datuk Seri Najib yang diperkenalkannya ketika mengambil alih teraju pemerintahan negara pada 2009 lalu.

Ketika  itu semua perkara ghairah dinamakan dengan 1Malaysia. Kedai runcit, kedai kain, klinik, logo di baju, malah ucapan salam pun diselitkan dengan 1Malaysia. Perdana Menteri pula bangga menjaja nama 1Malaysia ke mana-mana.

Tetapi berikutan kemelut atau skandal yang timbul mengenai dana pelaburan 1MDB di mana hanya dalam tempoh enam tahun hutangnya sudah mencecah RM42 bilion, selain isu sebahagian wangnya dipertikaikan ke mana perginya, nama syarikat itu tidak lagi seharum ketika awal penubuhannya dulu.

Jika dulu pelaburan 1MDB digembar-gemburkan bakal membawa pulangan lumayan dan seterusnya membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara, kini lebih ramai yang bimbang beban hutangnya bakal diwarisi dari generasi ke generasi. Peranan 1MDB membawa ramai jemaah haji ke Mekah tidak lagi disebut selalu.

Lalu, 1MDB mula ditafsirkan dengan pelbagai nama yang berbentuk sindiran dan ejekan. Ada yang mentafsirnya sebagai "Satu Malaysia Dah Binasa", "Satu Malaysia Duit Berbilion", "Satu Malaysia DiBodohkan" dan macam-macam lagi. Tetapi melihat kepada kemelut 1MDB dan hubungkaitnya dengan masa depan politik Datuk Seri Najib, ia paling popular disebut "Satu Malaysia Dalam Bahaya".

Cabaran politik yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib sekarang, khususnya sejak beliau kehilangan sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan hampir saban hari diasak agar berundur atau meletakkan jawatan, sebab utamanya ialah berkaitan 1MDB.

Dedah harta Tun Mahathir: 'CAGM ini 'barua' siapa?' - Khairuddin

KUALA LUMPUR: Pengerusi 'Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab' (CAGM), Md Zainal Abidin dinasihat untuk memberi bantuan dalam siasatan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada menawarkan habuan sehingga RM1 juta kepada mana-mana pihak yang boleh mendedahkan harta Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pendedahan bekas perdana menteri itu dalam krisis 1MDB menjadi antara faktor CAGM 'diupah' pihak berkenaan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat dalam isu berkenaan.

"Siapa dia Md Zainal yang bersungguh-sungguh untuk mencemarkan imej Dr Mahathir? Adakah dia ini menjadi barua sesiapa?

"Saya sarankan NGO yang baru sebulan ditubuhkan ini untuk membuat kerja lain yang lebih berfaedah.
Jangan cuba alihkan pandangan serta tumpuan pada isu penyelewangan dana 1MDB. Mungkin CAGM boleh buktikan dahulu jumlah 2,000 ahli mereka.

"Semua jelak melihat kerenah Md Zainal yang nampak menjadi orang suruhan kepada pihak tertentu. Saya cabar Md Zainal ini untuk siasat kes penyelewangan 1MDB terlebih dahulu kerana ini adalah isu negara yang paling hangat diperkatakan rakyat," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Siapa dia Md Zainal yang bersungguh-sungguh untuk mencemarkan imej Dr Mahathir? Adakah dia ini menjadi barua sesiapa?

Pada Sabtu, sebuah portal melaporkan, CAGM menawarkan RM1 juta kepada mana-mana pihak yang berani tampil ke depan memberi maklumat mengenai harta tersembunyi dan wang tunai yang dimiliki Dr Mahathir.

Md Zainal berkata, pihaknya akan merahsiakan identiti pemberi maklumat berkenaan selain menetapkan syarat maklumat yang diberikan mestilah sahih, mempunyai nilai yang besar serta mempunyai bukti yang boleh digunakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mendapatkan semula kekayaan ini tersembunyi itu.

PAC siasat 1MDB secara adil, sembunyi fakta boleh diketahui, kata Nur Jazlan

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) belum pernah menjalankan penyiasatan begitu terperinci sebelum ini, seperti dijalankannya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini menjadi perhatian.
Perhatian kini tertumpu kepada Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan ramai yang tertanya-tanya sama ada pemimpin Umno itu mampu menahan tekanan dari dalam atau luar partinya untuk melaksanakan tugas itu dengan adil.
Sesetengah pemimpin dalam parti Melayu itu seperti mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara secara terbuka terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan itu susulan hutang bernilai RM42 bilion sejak tempoh 6 tahun beroperasi.

Namun, ada antara mereka yang merasakan 1MDB memerlukan lebih banyak masa untuk membuktikan keupayaan mereka dan mendakwa isu itu sengaja dibangkitkan untuk memaksa Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri. PAC kini sedang menjalankan prosiding siasatan terhadap syarikat itu dan mengenalpasti sekiranya berlaku kesilapan dalam operasi syarikat.
Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat, Nur Jazlan, 49, dilihat sebagai duri dalam daging dalam partinya sendiri kerana ahli Parlimen tiga penggal itu tidak pernah gagal menyuarakan kebimbangannya yang bercanggah dengan kebanyakan pemimpin lain.
Beliau bercakap secara terbuka mengenai 1MDB dan peranan PAC dalam wawancara khas bersama The Malaysian Insider.
PAC kini menjadi perhatian dengan skandal 1MDB dan sebagai pengerusi PAC, adakah anda berdepan tekanan, termasuk daripada parti sendiri. Sejauh mana kesukaran itu? Adakah tekanan dapat dirasakan?
Saya tidak begitu merasakan tekanan, kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Pertama sekali, kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Keduanya, kita perlu memilih, jadi tidak semua orang akan gembira. Bagi rakyat di luar sana, mereka sudah membentuk persepsi tersendiri '1MDB itu negatif' dan 'ada orang yang bersalah', jadi kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.
Yang penting kami perlu teruskan dengan siasatan, mengumpul maklumat dan menghasilkan laporan.
Apa akan berlaku selepas PAC selesai menjalankan siasatan terhadap 1MDB?
Kami akan menyediakan laporan dan akan memberikan saranan untuk diambil tindakan kerajaan, jika terdapat keperluan untuk itu. Contohnya, jika juruaudit tidak menjalankan tugas mereka, kami akan mencadangkan kerajaan untuk menggantikan juruaudit atau pihak pengurusan atau lembaga pengarah.
Jika berlaku salah tadbir, kami akan melihat cadangan tindakan oleh agensi terlibat. Jika pecah amanah, polis akan dipanggil, jika rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Laporan itu juga akan dibentangkan di Parlimen.
PAC sudah menjalankan banyak prosiding sejak tahun-tahun sebelum ini dalam isu yang mencetuskan kebimbangan awam. Jika hasilnya positif, adakah berlaku perubahan di peringkat kerajaan? Sila nyatakan contoh.
Ya, saya rasa hari ini Ketua Audit Negara lebih kerap dikemaskini, dan kerajaan yang mengutamakan kedudukan KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan kedudukan AG, mengikuti cadangan PAC, saya berpendapat ada tindakan yang lebih baik pada masa kini berbanding sebelumnya, mungkin disebabkan tuntutan rakyat.

Orang tengah songlap duit sambut PM yang tidur lena.....

Ia tersebar selepas timbul rasa tidak puas, di mana mereka yang hadir telah dibayar RM40, kurang RM10 daripada yang sepatutnya.
umno,rm50
PETALING JAYA: Ahli UMNO Perlis dikatakan dibayar RM50 seorang untuk menyambut ketibaan Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke negeri itu.
Ia tersebar selepas timbul rasa tidak puas, di mana mereka yang hadir telah dibayar RM40, kurang RM10 daripada yang sepatutnya.
Berdasarkan mesej perbualan yang dihantar melalui Whatsapp, ia mendakwa duit yang sepatutnya diberikan kepada mereka telah disapu orang tengah.
“Hari ni PM Tok Jib mai Perlis. Ramai kata yang pi diberi RM40. Tak pasti sama ada sebenaqnya RM50 tapi RM10 dah kena sapu. Orang UMNO sendiri mengaku memang bagi duit suruh pi!”, antara status yang dibincangkan.
Ia kemudian mengundang reaksi mereka yang lain yang mengesahkan wujudnya pemberian wang kepada mereka yang hadir sambut Perdana Menteri.
“ Tak taboq fitnah aih…sungguh…hari ni pakat tingai kerja sari…kerajaan perihatin…bagi duit penat lelah..apa salahnya”, kata Azam Rashid
Bagaimanapun, dia menjelaskan ramai yang hadir tidak mengambil wang.

Pasca PRK: Dyana tagih lima janji manis BN di Teluk Intan

Dyana Sofya  
SHAH ALAM – Hari ini genap setahun PRK Parlimen Teluk Intan berlalu namun janji-janji yang dilafazkan BN kepada pengundi di kawasan itu hanya tinggal janji, dakwa Dyana Sofya Mohd Daud.

Calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan itu berkata, walaupun sudah setahun, namun manifesto yang dilaung-laungkan BN ketika berkempen nampaknya masih belum direalisasikan.

"Sudah pasti pengundi Teluk Intan juga masih ingat dengan semua janji-janji manis yang ditawarkan oleh calon BN ketika kempen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengimbau kembali manifesto BN, calonnya yang kini sudah pun bergelar Ahli Parlimen Teluk Intan, Mah Siew Keong pernah berjanji untuk melaksanakan penambahbaikan kemudahan jalur lebar dan juga mewujudkan zon wifi di Teluk Intan.

Siew Keong juga pernah berjanji untuk membina pusat pengajian atau universiti terkemuka untuk penduduk Teluk Intan.

“Walaupun Teluk Intan disenaraikan di dalam laman TMNet sebagai zon Unifi, tinjauan mendapati perkhidmatan tersebut masih belum wujud di dalam kawasan Teluk Intan. Adakah penyediaan infrastruktur tersebut telah dimulakan dan apakah usaha yang telah dilakukan untuk menepati janji ini?

“Berkenaan pembinaan universiti terkemuka,sehingga kini, lot tanah yang telah dikenalpasti untuk pembinaan sebuah universiti masih belum digazetkan dan masih lagi di bawah nama sebuah syarikat tersenarai awam. Pelan terperinci pembangunan universiti juga masih belum diketahui,” katanya lagi.

Apa syarat pinjaman AS$1 bilion IPIC kepada 1MDB?

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah perlu menjelaskan syarat pinjaman AS$ 1 bilion oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments (Aabar) kepada 1MDB.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, syarat tersebut perlu didedahkan kerana dibimbangi mengorbankan lebih banyak dana rakyat pada masa akan datang.
Ujarnya, ini bukan kali pertama IPIC menjadi ‘penyelamat’ 1MDB.
Pada 2012 ketika mengumpul dana bagi pengambilalihan pengeluar tenaga bebas (IPP) Tanjong Power dan Genting Sanyen, 1MDB meminta IPIC menjadi penjamin bagi meningkatkan dana melalui 2 terbitan bon, masing-masing bernilai AS$ 1.75 bilion.
“Jaminan masih diperlukan meskipun harga bon 1MDB begitu menarik, sekitar 5.99% kadar kupon,” kata Tony.
Namun katanya, jaminan diberikan IPIC kali ini bukan ‘isyarat mesra’, dan tidak datang percuma sebaliknya perlu dibayar dengan harga-harga tertentu.
“Syarat-syarat luar biasa yang dilampirkan memberikan kesan besar terhadap kadar faedah hutang dan aliran tunai 1MDB,” ujarnya.
Beliau berkata, 1MDB akan meletakkan sekurang-kurangnya 40% pinjaman kepada IPIC sebagai deposit keselamatan, yang mana dianggarkan, berjumlah RM4.47 bilion seperti didedahkan dalam laporan kewangan syarikat sarat hutang itu pada Mac 2014.
“Ini bermakna, 1MDB membayar 5.99% kadar faedah pada kadar hutang AS$3.5 bilion walaupun mempunyai akses kepada hanya 60% dana, atau bernilai AS2.1 bilion.

Skandal kewangan kerajaan Umno@Bn lebih 3 dekad di Malaysia

Kontroversi mengenai urus niaga syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan tanpa henti, tetapi ini bukan kali pertama kerajaan persekutuan dibelenggu skandal kewangan besar.

Terdapat banyak kes serupa dalam tempoh 3 dekad yang lalu, bermula semasa era pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 1MDB kini mempunyai hutang RM42 bilion dan bergelut untuk membayar faedah kepada kedua-dua bank tempatan dan antarabangsa.

Dengan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1MDB ditubuhkan pada 2009, dan segera melaksanakan pelbagai urusan penjanaan bon dan usaha sama antarabangsa yang mengejutkan dunia kewangan. Dua projek perdana utama, Tun Razak Exchange (TRX) dan pembangunan Bandar Malaysia diberikan kepada 1MDB.

Terdapat ura-ura 1MDB menjual atau mencairkan aset tertentu, tetapi tahap kerosakan yang dialami kerana urus niaga hanya akan diketahui selepas laporan audit ke atas syarikat itu, pada akhir Jun.

Di sini, kita lihat skandal kewangan sebelumnya yang menguasai tajuk-tajuk utama akhbar, bermula dari 1981:BMF Skandal kewangan besar yang pertama di Malaysia meletus pada 1983 apabila didapati Bumiputra Malaysia Finance (BMF), sebuah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi samar-samar, termasuk Carrian Group yang berpangkalan di Hong Kong.

Skandal itu berlarutan dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat transaksi, kebankrapan Carrian Group, dan akhirnya kerajaan Malaysia mengepam lebih banyak wang untuk menyelamatkan BBMB daripada ditutup.

Perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir berulang kali menjarakkan diri daripada skandal tersebut, merujuk ia sebagai urusan bank yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan.

Kerugian yang ditanggung dalam kemelut itu, termasuk suntikan modal berulang oleh kerajaan, dianggarkan sekitar RM10 bilion. Pada masa itu, BBMB merupakan bank terbesar di Asia Tenggara dan keruntuhan Carrian adalah kebankrapan terbesar Hong Kong.

 Skandal itu berlaku hanya 2 tahun selepas Dr Mahathir menerajui kerajaan, pada masa beliau bersungguh-sungguh mengejar industrialisasi Malaysia.

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan, tetapi walaupun apa pun cadangannya, tidak ada yang didakwa di Malaysia berhubung skandal itu.

Segelintir eksekutif didakwa di Hong Kong manakala Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan di London sehingga kematiannya pada 2011.

Pelan rasionalisasi hanya untuk selamatkan 1MDB yag sarat dengan hutang....

Keputusan Kementerian Kewangan mengasingkan 2 pembangunan hartanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah cubaan terang-terangan meyelamatkan syarikat sarat hutang itu, kata DAP.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua berkata, pelan rasionalisasi itu memperlihatkan Putrajaya membayar 1MDB sehingga RM10.2 bilion bagi memperoleh kawasan pembangunan kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Katanya, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini menjelaskan Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia.

 "Jika kita meletakkan kedua-duanya bersama, kita dapat simpulkan kerajaan dapat menjangkakan hutang daripada 2 aset ini dan mungkin membayar lebih kepada 1MDB berdasarkan penilaian semula dan harga aset.

"Maka rancangan menjadikan TRX dan Bandar Malaysia entiti bebas tidak berbahaya sama sekali. Malah ia percubaan jelas menyelamatkan 1MDB dengan menggunakan berbilion ringgit wang pembayar cukai," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bayaran AS$1 bilion dari Abu Dhabi bukan pinjaman, kata 1MDB ....ada yang tergadai..!!!

Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan bayaran AS$1 bilion diterima daripada Abu Dhabi International Petroleum Investment merupakan pinjaman atau “bailout”.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, wang tersebut adalah urus niaga antara dua syarikat tersebut, dan ia tidak menambahkan hutang 1MDB.

"Merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, kami dapati dan prihatin dengan kenyataan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bayaran AS$1 bilion dari IPIC Abu Dhabi adalah pinjaman, ataupun akan membawa hutang lagi kepada 1MDB.

 "Ia langsung tidak benar. Ini merupakan satu urus niaga, bukan pinjaman, bukan sebarang hutang dan bukan bailout.

"Ia merupakan sebahagian bayaran awal daripada perjanjian luas menilai secara komprehensif aset kewangan pelbagai serta urus niaga liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB, dan butir-butir selanjutnya akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Arul dalam satu kenyataan pagi ini.

Wang tersebut akan dibayar menjelang 4 Jun dan digunakan membayar balik AS$975 juta bagi pinjaman bank diketuai Deutsche Bank yang matang akhir bulan September, kata Kementerian Kewangan pada Jumaat.

1MDB: Satu Malaysia dah bobrok

Siapakah perdana menteri Malaysia sekarang? Jawabnya Datuk Seri Najib Razak.
Siapakah menteri kewangan Malaysia sekarang? Jawabnya Najib juga. Siapakah penasihat syarikat 1MDB? Najib juga.
Siapa pula jadi pengarah eksekutif dalam firma audit Deloitte yang jadi auditor kepada 1MDB? Jawabnya anak lelaki Najib.

Banyak sangat konflik kepentingan berlaku dalam skandal 1MDB ini. Patutlah baru 5 tahun beroperasi, 1MDB sebuah syarikat pelaburan milik 100% kerajaan mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion. Bukan kumpul untung, tapi kumpul hutang. Siapa yang akan tanggung dan pikul beban hutang ini semua? Bagaimana Najib jadi perdana menteri? Apakah rakyat Malaysia pilih dia macam rakyat Indonesia pilih Jokowi? Atau rakyat Amerika Syarikat pilih Obama? Tidak. Tak macam itu.
Pengundi satu kawasan parlimen di Pekan Pahang yang pilih Najib. Najib menang. Kerana Najib presiden Umno dan Umno jadi big brother dalam Barisan Nasional, maka Najib dipilih jadi perdana menteri.
Najib tak ada kuasa besar macam presiden sebenarnya. Tapi dia berkuasa macam seorang presiden. Ini yang jadi punca masalah. Tapi punca ini bukan bermula daripada Najib. Punca ini bermula daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berapa peratus sokongan rakyat Malaysia kepada kerajaan BN pimpinan Najib dalam Pilihanraya Umum ke-13 lalu? Hanya 47% jumlah undi popular.
Walau kalah undi popular, tapi BN menang lebih kerusi. Jadi memerintahlah kerajaan BN pimpinan Najib sebuah kerajaan minoriti kerana dia hanya lebih kerusi. Tetapi Pakatan Rakyat walau dapat sokongan 52% rakyat, tapi dia kalah kerusi. Jadilah dia pembangkang.
Inilah senario politik pilihanraya yang tempang dan usang di Malaysia, dulu dan kini. Jadi kerajaan BN pimpinan Najib bukan kerajaan majoriti.

Orang Melayu boleh ucap selamat tinggal kepada tanah TRX

1Malaysian Development Berhad (1MDB) mendapat “bailout” berjumlah AS$1 bilion (RM 3.7 bilion) daripada International Petroleum Investment Company (Ipic) dan Aabar & Associate untuk menyelesaikan hutang bersindiket pinjaman berjumlah AS$975 juta yang diaturkan oleh Deutsche Bank.
Berita baik untuk rakyat Malaysia adalah tiada wang rakyat digunakan untuk “bailout” 1MDB dengan kenyataan pihak 1MDB terpaksa  mendapat wang daripada Aabar , justeru membuktikan pihak Kabinet membuat keputusan yang muktamad untuk tidak membenarkan 1MDB menggunakan wang rakyat lagi.
Perdana menteri perlu memahami mulai hari ini dan selanjutnya, 1MDB adalah satu-satunya isu yang Umno akan dihantui olehnya setiap waktu.
Berita buruknya pula adalah seperti berkut :

1. Ini adalah kerja bodoh kerana pertama sekali. 1MDB meminjam AS$975juta daripada Deutsche Bank untuk menghilangkan (membuat bayaran) kepada Aabar atas pilihan yang dilakukan dengan kurniaan terhadap Edra Energy. Alasan pilihan yang diberikan adalah mula-mula  sekali satu lagi kisah yang dungu. Oleh demikian 1MDB meminjam sebanyak AS$1 bilion untuk membayar Aabar dan selepas satu tahun, 1MDB terpaksa meminjam balik AS$1billion daripada Aabar. Dalam proses tersebut Aabar senang-senang mendapat perolehan AS$1 bilion dengan tanpa membuat apa-apa. Sekarang 1MDB balik kepada kedudukan asalnya seperti tahun lepas,  hanya kali ini menjadi bertambah miskin dengan kehilangan AS$ 1 bilion. Dalam situasi begitu Datuk Seri Najib Razak ada muka untuk memanggil penulis blog sebagai “bangang”.
2. Orang Melayu bolehlah mengucap “Selamat tinggal untuk tanah TRX”. Tanah TRX itu bolehlah dianggap hilang milik. Wamoosh! Hilang! Pochee!

Adakah Najib berbohong di parlimen?


Oleh Subky Latif
DALAM tulisan terbaru dalam blognya Dr. Mahathir membentangkan panjang lebar PM Najib telah membuat jawapan bertulis di Parlimen yang disifatkannya berbohong.
   
Jawapan itu adalah mengenai wang 1MDB berjumlah USD1.1 bilion (RM4.022 bilion) yang dibawa dari Pulau Cayman dikatakan disimpan di bank Singapura. Mengapa ia ditransitkan di Singapura telah ditakwil oleh Mahathir sebelumnya.
   
Mengenai jawapan Najib di Parlimen itu banyak yang tidak jelas bagi Dr. Mahathir, adakah wang tunai atau dalam bentuk lain. Dan ada pula dikatakan tiada yang tiba ke Singapura.
  
Kesimpulan mengikut Mahathir, Najib dikatakan sudah memberi jawapan bohong. Maka kekeliruan tentang duit dibawa ke Singapura ada unsur jenayah jika ia tidak dapat dikesan. Polis patut melihat isu ini.
   
Apakah ia ada unsur jenayah, ia satu daripada kerja polis untuk menentukannya, akan tetapi berbohong di Parlimen juga adalah satu kesalahan besar, jika disabitkan seorang ahli boleh hilang kelayakan sebagai ahli  Parlimen.
   
John Profumo (Brigadier John Dennis Profumo), Menteri Perang Britain (Secretary of State for War) dalam kabinet Harold Macmillan hujung 50-an dan awal 60-an terlibat dalam skandal seks dengan Christine Margaret Keeler. Christine Keeler juga mempunyai skandal yang melibatkan diplomat Soviet Union. Maka timbul isu keselamatan negara Britain. John Profumo disoal di Parlimen. Dia menafikan penglibatannya. Akhirnya dia dibuktikan terlibat. Dia telah meletakkan jawatan.
   
Perletakan jawatan itu mengikut pandangan umum, tidak justeru skandal seks, kerana tiada siapa di Britain bebas daripada gejala maksiat itu. Tuntutan dia meletak jawatan adalah justeru berbohong di Parlimen. Bagi Parlimen Britain, berbohong di Parlimen adalah jenayah moral yang lebih besar daripada berzina.
     

Perdana Menteri Rakyat

Dalam Pilihan Raya yang akan datang, marilah kita berhati-hati dalam memilih Perdana Menteri kita yang seterusnya. Kita tidak memerlukan pemimpin yang anak-anak mereka mempunyai pangsapuri dan emper di kota London dan di New York. Marilah kita menjauhi pemimpin yang gemar menggunakan jet peribadi dan suka berganding dengan para pemimpin dari Washington dan London. Ingat, kita bukannya negara G20 – pemimpin kita tidak perlu menempeli Obama dan Cameron.
Kita mahu pemimpin yang tahu bagaimana rakyat jelata di Malaysia hidup. Di negara kita, kita masih perlu menghulurkan wang tunai sebanyak RM900 agar orang ramai mahu mengundi kerajaan dalam pilihan raya. Kerajaan kita masih memberikan wang tunai kepada mereka yang memerlukan pengangkutan untuk pergi ke pusat mengundi, sungguhpun ini tidak pula dianggap rasuah.
Kita hidup di negara yang buminya tidak boleh dimanfaatkan sepenuhnya kerana kita tidak mempunyai kemudahan pengairan yang baik. Kita hidup di negara yang dilanda wabak denggi setiap tahun. Di Kelantan sahaja, lebih daripada 20,000 buah keluarga masih menunggu rumah mereka dibaiki ataupun menunggu bantuan kewangan yang dijanjikan selepas berlakunya banjir besar. Ringkasnya, di negara kita, kemudahan asas masih tidak dapat dinikmati oleh rakyat, namun kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang bersikap seperti Maharaja.
Dalam Pilihan Raya yang akan datang, marilah kita turut mengambil kira isteri bakal Perdana Menteri kita. Janganlah hendaknya dia jenis yang mahu mempunyai pejabat sendiri di Putrajaya. Kita tidak memerlukan Wanita Pertama – ini bukan Amerika. Ini bukan Perancis. Kita tidak mahu isteri Perdana Menteri yang suka  menayang-nayangkan kekayaannya. Rakyat  yang kuasa membeli mereka semakin berkurang dengan adanya GST tidak wajar berasa semakin tertekan. Kita tidak memerlukan isteri PM yang pergi ke seluruh dunia dengan menaiki jet peribadi dan disaluti intan berlian.

Kenapa Najib mesti letak jawatan

Kalau ada satu perkara yang Perdana Menteri kita nyatakan dengan jelas adalah dia tidak faham prinsip-prinsip tanggungjawab sebagai menteri. Itulah sebabnya dia berterusan memberitahu kita supaya menunggu laporan audit mengenai 1MDB, dan kenapa beliau berkata dia tidak boleh dibuang jawatan sehingga madat lima tahunnya tamat tempoh.
Kita menggunakan demokrasi ala Westminster. Prinsip-prinsip melalui mana Kerajaan dan para menteri kita menjalankan tugas adalah diurus oleh konvensi, amalan dan etika sistem berparlimen. Mana-mana menteri adalah terikat oleh prinsip-prinsip tanggungjawab sendiri dan secara kolektif. Jadi apabila menteri tidak bersetuju dengan keputusan kabinet, maka dia mesti meletak jawatan.
Justeru jika keputusan untuk menubuhkan 1MDB dibentangkan dan diluluskan pada mesyuarat kabinet, maka adalah salah bagi Timbalan Perdana Menteri untuk menyoalnya sekarang. Jika dia tidak bersetuju dengan keputusan ini, dia sepatutnya meletak jawatan lama dahulu.  Jika ia langsung tidak dibentangkan, maka Dato’ Seri Najiblah yang sepatutnya meletak jawatan kerana, di bawwah tanggungjawab sendiri, ia dalah bukti jelas mengenai kecuaian menjalankan tugas. Malah projek-rojek luar-belanjawan seperti 1MDB mesti diluluskan oleh kabinet, atau lebih baiknya oleh Parlimen, tetapi Perdana Menteri tidak menggunakan pilihan-pilihan ini. Ini bermakna dia mesti meletak jawatan tanpa mengira apa yang akan disebut oleh laporan audit.

Minat yang dikongsi oleh Najib dan menteri wanita, Rohani

oleh Mariam Mokhtar
Ada tiga perkara yang diminati oleh Najib Razak dan Rohani Abdul Karim, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Pertama. Mereka berpengalaman mengendalikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Selepas PRU 12, Shahrizat Abdul Jalil tewas, tetapi Najib mahukan dia berada dalam Kabinet, jadi Shahrizat dilantik sebagai senator.
Selepas menjadi senator, pada 2009, Najib melantiknya sebagai menteri untuk kementerian wanita. Pada 2011, keluarga Shahrizat terlibat dalam skandal salahguna duit pembayar cukai berjumlah RM 250juta dalam National Feedlot Corporation (NFC). Selepas penggalnya sebagai senator tamat, Najib mengambil alih kementerian wanita.
Kedua. Golf nampaknya mempunyai tarikan luar biasa kepada kedua menteri ini dan kedua mereka mengeluarkan kenyataan yang melucukan tentang perkara tersebut.

Disember lepas, percutian golf Najib terganggu kerana banjir besar di Kelantan. Dia membuat keputusan buruk apabila dia terus bermain golf dengan kawan rapatnya, Presiden Obama di Hawai, lantas mengabaikan rayuan mangsa banjir terburuk Malaysia dekad ini.

Kenapa menteri-menteri kita sering bercakap perkara-perkara yang bodoh?

oleh Robin Stanley Augustin
Ianya sedih sekali rakyat Malaysia tidak terlibat dengan perniagaan sarkas. Kita kelihatan seperti mempunyai ramai individu yang mempunyai bakat.
Di Malaysia, kita mempunyai eksekutif tertinggi yang pandai menghilangkan diri apabila kehangatan memuncak, dan pemimpin yang menjadi peluru meriam manusia dan terbang ke luar negara terlalu kerap. Kemudian terdapat pakar boneka yang menggunakan boneka manusia untuk kepentingan mereka, sudah tentunya. 
Di atas semua itu, kita kelihatan tidak pernah kurang bekalan badut, yang berjalan di antara kita tanpa kostum mereka, mekap atau bakat yang boleh diukur, melainkan untuk menghiburkan orang ramai dengan komen mereka.
Ambil contoh kenyataan dua orang menteri di Parlimen baru-baru ini.
Dalam laporan Free Malaysia Today, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rohani Abdul Karim menyeru rakyat Malaysia untuk mempunyai lebih banyak anak kerana trend pasangan kahwin lewat dan hanya mempunyai seorang atau dua orang anak akan membawa kita kepada negara yang penuh dengan orang tua.
“Kementerian menggesa pasangan supaya tidak terlalu fokus kepada kualiti hidup, tetapi untuk menghargai bahawa mempunyai ramai anak akan memberi kebaikan kepada negara dalam jangka panjang,” beliau memberitahu Parlimen ketika sesi soal jawab.
Rohani berkata kerajaan sedang melakukan tugas mereka dengan menambah lebih dua kali ganda cuti paterniti kepada tujuh hari sementara meningkatkan cuti bersalin kepada 90 hari dan membenarkan masa kerja yang fleksibel supaya wanita dapat membahagikan masa antara kerja dan menjadi ibu.
Beliau berkata kerajaan sedang melakukan apa yang termampu untuk menggalakkan, bukan memaksa pasangan untuk sekurang-kurangnya mempunyai tiga atau empat anak berbanding keluarga yang lebih kecil.

Wahai Hasan, kajian impak mestilah dilakukan sebelum, bukan selepas GST

oleh Hazlan Zakaria 
 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek mungkin tidak memahami pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedalam-dalamnya, kerana beliau hanya melihat kepada kajian impak sekarang walaupun sistem ini telahpun dilaksanakan.
Mungkin inilah sebab kenapa sistem percukaian baru ini telah menyebabkan kepeningan kepada peniaga, syarikat, pengguna dan pihak berkuasa.
Penilaian impak adalah proses mengkaji kesan masa hadapan dan isu-isu yang mungkin timbul sekiranya berlaku terhadap dasar, projek pembangunan atau inisatif syarikat, negara, masyarakat ataupun alam sekitar.
Ianya adalah satu amalan standard kepada syarikat-syarikat dan kerajaan untuk mengkaji secara teliti bukan hanya perkara asas, kebiasaannya mentauliahkan ratusan kertas putih dan kajian akademik terhadap isu yang terlibat, tetapi juga melihat kepada impak yang dijangka terhasil.
Dan sudah tentu bahagian lain adalah untuk meramal inisiatif baru yang dicadangkan atau pembangunannya dan impak masa hadapan yang mungkin terjadi, itulah apa yang dikatakan dengan kajian impak.
Sememangnya, penilaian impak adalah sesuatu yang berpandangan jauh dan seharusnya menjadi sebahagian daripada pentadbiran yang baik - sesuatu yang kerajaan harus ada, termasuklah kerajaan kita.
Ianya kelihatan bahawa Hasan dan kementerian beliau masih mengkaji impak GST dan sedang mencari satu atau dua cara untuk menambah baik pelaksanaannya dan membuatkannya lebih komprehensif.
“Ini adalah untuk menambahbaik GST mengikut keperluan rakyat,” beliau dipetik sebagai berkata ketika tinjauan mesra Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu pada 27 Mei.
Walaupun penambahbaikan yang sedang berjalan kepada mana-mana sistem yang baru dilaksanakan adalah satu amalan yang baik, tetapi untuk menanti sehingga sebelas jam sebelum memutuskan tentang isu pokok adalah sebaliknya.
Seperti yang dilaporkan secara meluas, pelaksanaan GST telah dicemari dengan pelbagai isu dengan masalah di bahagian peruncitan, dasar kerajaan, pengawalan selia dan juga kepada pelanggan.