Sabtu, 30 Mei 2015

LAGI BANYAK KORANG BAYAR GST, MAKIN BANYAKLAH PAHALA KORANG !!!

Ada lagi kenyataan beliau berkaitan dgn GST.. Tau tak korang sebelum rakyat M'sia masuk lubang kubor nanti RAJIN2 & PEBANYAKKANLAH BAYAR GST, kerana mengikut amalan UMNO bayar GST itu satu amal jariah..

Dakyah Yahudi...Assamualaikum Mengucapkan Celaka Kepada Orang Islam - UAI

Suami Boleh Marah Isteri..Isteri Bolehkah Marah Suami? - UAI

Jangan Bercakap Hal Agama Kalau Jahil - Ustaz Azhar Idrus

Cara Basuh Lebihan Air Kencing Pada Zakar..Jengjegejeng Jegejeng - UAI

Cara Periksa Lebihan Darah Haidh - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa Perempuan Suka Pakai KETAT??..'Mung Always Sexy! - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Tertelan Mani Suami/Isteri.. - Ustaz Azhar Idrus

Adakah Lelaki WAJIB Belajar Bab Perempuan? - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa ALLAH Cipta Perempuan Ada Cantik Ada Tak Cantik? - UAI

Bawa Anak Isteri Dengar Kuliah Agama - Ustaz Azhar Idrus

Treachery to twist Constitution for own ends, says royal

Tunku Zain: Words have been taken out of context to advance certain interests above others
Tunku-Zain-Al-Abidin_mal_600PETALING JAYA: A Negri Sembilan prince has described as treacherous various attempts over the years to twist the Federal Constitution to advance certain interests above others.
Malaysia had strayed far away from the sort of country envisioned by Tunku Abdul Rahman, the founding prime minister, said Tunku Zain Al-Abidin, son of the Yang Dipertuan Besar and chairman of the Institute for Democracy and Economic Affairs.
“As we have seen in recent years, certain articles of the Constitution have been subject to different interpretations. The objective of these different interpretations is to strengthen claims of what, or who, the constitution is for,” he was quoted as saying at a conference organised by new citizens’ group Harmony Malaysia.
According to Malaysian Insider, he said: “Words have been taken out of context to make it is possible to argue that the purpose of this country, and the mission of its institutions, is to advance certain interests – divergently defined – above others. These attempts should be condemned as treacherous and nonsensical, and if there was a strong understanding of both our institutional narrative and the Federal Constitution. I believe they would be.”

Suhaizan: Saya 'surrender' jika perwakilan termakan dengan sentimen berbaur tohmahan


Post Pic

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat akur kemungkinan beliau tewas pada kepada Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada pemilihan sayap parti itu jika perwakilan mengundi berasaskan sentimen berbaur tohmahan. 
 
Beliau berkata perwakilan mungkin memilih antara dua dalil dalam membuang undi pada Muktamar PAS minggu depan. 
 
"Satu membuat keputusan berasaskan kepada merit iaitu rekod perkhidmatan calon dalam PAS dan yang keduanya berasaskan kepada sentimen," katanya.
 
Suhaizan mengaku beliau berkemungkinan kecundang jika perwakilan terpengaruh dengan tohmahan yang mendesak mereka menolak calon yang kononnya 'membenci ulama, ataupun tidak menyokong presiden.'
 
"Jadi kalau sentimen ini digunakan untuk (perwakilan membuat) keputusan, saya surrender (menyerah kalah)," katanya.
 
Ujar Suhaizan, perwakilan perlu membuat keputusan yang bijak dengan melihat dan menilai prestasi calon serta sumbangannya dalam parti pada masa lalu.

Operasi ala samseng ESSCOM


ESSCOM1


KOTA KINABALU, 30 MEI: Salah guna kuasa, tindakan tidak profesional dan operasi ala samseng semasa memburu pendatang asing tanpa izin di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) antara punca penduduk negeri itu sukar bekerjasama dengan pihak Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM)
ADUN Sri Tanjong Chan Foong Hin berkata, beliau menerima aduan pelbagai pihak berhubung perkara itu, dan kesal apabila Komander ESSCOM DCP Datuk Abd Rashid Harun menafikan tindakan anggotanya.
Menurut Foong Hin, operasi pasukan ESSCOM sebelum ini turut merosakkan harta benda perseorangan seperti memecahkan pintu semata-mata untuk menjalankan pemeriksaan.

“Dalam satu operasi pada awal pagi, mangga pada pintu premis rosak, Apabila  pemilik premis menyedari hal tersebut, mereka tidak tahu untuk mengadu  kepada siapa.
“Persoalannya, adakah ESSCOM mempunyai kuasa mutlak menggeledah  premis? Adakah pasukan ESSCOM mempunyai waran sebelum menjalankan  operasi?” soal Foong Hin.
Difahamkan Rashid sebelum ini menafikan kenyataan Presiden Dewan  Perniagaan Cina Tawau Lo Su Fui yang mendakwa penguatkuasa ESSCOM  bertindak seperti samseng semasa operasi memburu pendatang haram di  ESSZONE.

Penstrukturan semula ‘cabut nyawa’ pekerja MAS


Malaysia_Airlines_Flight_Attendants


KUALA LUMPUR, 30 MEI: Penstrukturan semula syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan ‘mencabut nyawa’ 20,000 kakitangan syarikat penerbangan itu, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.
Katanya, langkah kerajaan    mewujudkan  pengurusan baru, iaitu  MAS Berhad adalah  penganiayaan,  licik dan bermotif jahat  kerana  pekerja MAS tidak dapat dibela.
“Lebih kurang 8,000 pekerja MAS  akan  hilang pekerjaan. Kesemua 20,000 pekerja MAS akan dikeluarkan surat dibuang kerja dalam beberapa hari lagi.
“Dikatakan dua pertiga daripada tenaga kerja akan diambil semula di bawah MAS Berhad. Tindakan ini tidak adil kepada semua pekerja kerana menjejaskan kebajikan mereka.
“Mereka yang diambil semula pula akan hilang kekananan dalam jawatan kerana terpaksa menandatangani kontrak baru di bawah majikan baru, MAS Berhad,” kata Sivakuma.
MAS sebelum ini dilaporkan akan mengeluarkan surat penamatan tugas atau penggajian semula kepada antara 6,000 hingga 8,000 orang daripada 20,000 orang yang diberhentikan.
Ia adalah sebahagian langkah pemulihan dengan menjadikan MAS syarikat penerbangan serantau lebih kecil, manakala penggajian semula menawarkan kekosongan hanya kepada 6,000 hingga 8,000 orang dengan syarat-syarat baru.
Tambah Sivakumar, penstrukturan semula organisasi MAS melibatkan RM6 bilion bukan sahaja menjejaskan kebajikan kakitangan malah akan menyebabkan kesatuan sekerjanya terbubar.

Hudud: Perangkap UMNO mengena?


Hudud


GELANG PATAH, 30 MEI: Pembentangan Hudud Kelantan di Parlimen yang masih tidak nampak kelibatnya seolah-olah mebenarkan hakikat PAS sudah terjatuh dalam perangkap UMNO dan BN.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menemui jalan buntu berikutan realiti politik semasa yang dihadapai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kit Siang menyatakan Najib sedang berada dalam krisis keyakinan terhadap kepimpinannya dan terpaksa memilih antara dua blok iaitu 48 orang ahli parlimen Sabah dan Sarawak yang tidak menyokong Hudud dan 21 ahli parlimen PAS.
“Adakah Najib bersedia hilang sokongan daripada 48 orang Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, sekaligus hilang sokongan majoriti di parlimen dan jawatan perdana menteri?

Lawak Sabtu: Najib kini tidur lena, tak keseorangan......

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau boleh tidur lena apabila mengetahui mendapat sokongan daripada pemimpin utama di Perlis walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerangnya supaya berundur.

Pengakuan Najib itu dibuat dua pemimpin utama negeri paling utara di semenanjung itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan sokongan kepadanya.

Perdana menteri juga menganggap kedua-dua mereka sebagai "dua harimau" Perlis dengan Shahidan menjadi "orang kuat politik" manakala menteri besar sebagai "orang kuat kerajaan".

Kata Najib, Shahidan (kiri) sudah menyatakan sokongan tidak berbelah baginya sebelum ini dan hanya sebulan lalu, Azlan mengambil tindakan sama dengan berikrar tetap menyokong di belakang perdana menteri.

"Dengan ini, saya boleh tidur lena dan tidak berasa kesunyian. Sokongan ini penting kerana kita perlukan kerajaan yang kuat," katanya di depan kira-kira 5,000 orang di Kangar, Perlis hari ini.

Sebelum itu dalam ucapannya, Azlan menyatakan sokongan padu kepada Najib dan kerajaan.

Shahidan adalah bekas Menteri Besar Perlis yang kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau.

RM1 MIL REWARD FOR INFO ON DR M'S 'ILLICIT HIDDEN' WEALTH: Who but Najib camp would pay so much...

RM1 MIL REWARD FOR INFO ON DR M'S 'ILLICIT HIDDEN' WEALTH: Who but Najib camp would pay so much...KUALA LUMPUR - CAGM is prepared to offer hefty rewards to individuals who can provide substantial information and evidence that can lead to the recovery of hidden cash and assets belonging to former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad.
The reward is worth up to RM1 million per individual, based on the substantiality, authenticity and importance of the evidence that can be utilized by law enforcement agencies to recover these hidden wealth.
Terms and conditions apply, and identities of individuals with information will be protected by CAGM at all costs.
CAGM has carried out its own research and concurs with previous reports in the media that Dr. Mahathir managed to stay in power for 22 years because he had access to vast fortune, most of it believed to be hidden offshore through a complex layer of companies, nominees and proxies.
In fact, Dr. Mahathir was exposed by Wikipedia (citing 53 references) in December 2012 as the second richest former head of government after deposed Egyptian President Hosni Mubarak, with an estimated networth of US44 billion.

CAGM: Habuan RM1 juta 'bongkar' harta Dr M

Pertubuhan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) menawarkan habuan sehingga RM1 juta kepada mana-mana pihak yang tampil memberi maklumat mengenai wang tunai dan aset tersembunyi  Tun Dr Mahathir Mohamad .

Jika itu tidak cukup menggiurkan, CAGM sebenarnya berjanji untuk memberikan habuan lumayan itu kepada setiap individu yang membantu menemukan harta milik bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Pengerusinya, Md Zainal Abidin berkata, pihaknya akan merahsiakan segala butiran identiti pemberi maklumat terbabit.

"CAGM menjalankan penyelidikan dan merujuk kepada laporan media, Dr Mahathir mampu menjadi perdana menteri selama 22 tahun kerana memiliki kemewahan yang banyak.

"Kebanyakannya disembunyi di luar pesisir pantai melalui pelbagai lapisan proksi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, pertubuhan sama menyatakan rancangan mereka untuk menyaman Dr Mahathir sebanyak RM50 bilion kerana membazirkan wang pembayar cukai.

Nurul Nuha: Home Minister Must Guarantee Anwar Be Given Full Medical Attention & Treatment

Johari Abdul: Kesihatan Anwar Makin Merosot, Kerajaan Lambat Bertindak

Anwar Ibrahim's family seeks access to him in hospital

Zuhdi buat hal lagi, kali ini perlekeh anak Nik Aziz

Perbualan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki menerusi kumpulan WhatsAp yang memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sekali lagi menimbulkan kontroversi kali ini memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada anak-anaknya sendiri. Melalui perbualan di sebuah kumpulan WhatsApp, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.

"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut. 

 Beliau berkata demikian sebagai respons kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya dikenali sebagai “Sayuti Shah Alam” yang memuat naik "Tok Guru Nik Aziz tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, Nik Omar Nik Aziz," rentetan forum bertajuk “PAS dan Masa Depan Politik Islam Malaysia” yang dianjurkan di Shah Alam semalam.

"Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sumber daripada Pemuda PAS berkata kepada The Malaysian Insider, kenyataan Zuhdi itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin PAS tersebut.

"Secara peribadi saya tidak bersetuju, tetapi saya enggan respons," katanya. The Malaysian Insider turut difahamkan, petikan kenyataan Zuhdi itu turut tersebar apabila ada anggota kumpulan WhatsApp itu menyebarkannya kepada pihak lain.

ABIM anjur protes senyap, solidariti bantah penindasan Rohingya

ro2Kesedaran masyarakat penting dalam membela maruah dan nasib etnik Rohingya yang semakin tertindas, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan.
Amidi berkata, kebersamaan dan kesungguhan dalam menangani penindasan juga kekejaman terhadap etnik itu harus ditunjukkan pelbagi pihak tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan.
“Kami menggesa semua pihak sama ada kerajaan, badan pemikir strategik, pertubuhan masyarakat sivil, organisasi media dan rakyat bersama menggerakkan kesedaran ini.
“Kita perlu mendukung semula kemuliaan dan maruah setiap manusia yang ditindas tanpa mengenal perbezaan warna kulit, agama serta lokaliti geografi individu itu,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
ro3Beliau berkata demikian pada himpunan ‘Silent Protest For Rohingya: A Solidarity With Rohingya People’ anjuran Abim di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, perhimpunan aman itu adalah lambang solidariti kemanusiaan rakyat Malaysia untuk masyarakat Rohingya yang dinafikan hak mereka melalui pelbagai penindasan dan kekejaman.
“Kami ingin mengajak semua pihak supaya bersama Abim untuk membantu mereka,” katanya.
Lebih 30 peserta berhimpun di hadapan Dataran Merdeka secara aman termasuk menggesa kerajaan membanteras aktiviti pemerdagangan manusia yang berlaku di negara ini.
Kumpulan peserta kemudiannya berarak menuju ke Kompleks Beli Belah Sogo bagi meneruskan himpunan dan antara aktiviti yang dijalankan termasuk kutipan derma untuk etnik berkenaan.

Muktamar ke 61: PasMa tuntut Zuhdi kemuka bukti

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mencabar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki supaya menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya mengenai kewujudan "rancangan besar" calon tertentu dalam muktamar akan datang.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, kenyataan dibuat Zuhri semalam adalah tindakan terancang di saat-saat akhir menjelang pemilihan.

"Berlaku adillah Zuhdi. Jangan menyemarakkan fitnah dalam PAS, kerana fitnah itu sekaligus akan memburukkan imej Islam sebagai agama adil, serta imej Pakatan Rakyat sendiri," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Zuhdi membayangkan sebarang perubahan kepimpinan utama PAS akan menjadikan parti itu sebagai "budak suruhan DAP" dalam Pakatan.

Zuhdi juga menuduh pencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden sebagai "kumpulan yang lunak dengan DAP".

Muktamar ke 61: Peluang Hadi bak bulan mengambang....


Kurang seminggu dari tarikh  pemilihan PAS minggu depan, hanya kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat benar-benar selamat untuk terus berada dalam badan peneraju parti berbanding calon lai.

Walaupun jawatan Abdul Hadi berpotensi diganti bekas naibnya, Ahmad Awang namun kemungkinan itu agak sukar memandangkan situasi ahli politik Terengganu itu yang sudah berakar umbi.

Abdul Hadi menduduki kerusi presiden itu sejak 2002.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berpendapat, penglibatan Ahmad yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak dalam pemilihan kali ini dilihat sebagai "pemecah tradisi" untuk membuktikan bahawa jawatan presiden boleh dicabar.

Berbeza bagi jawatan lain apabila kedudukan setiap calon dilihat masih sukar untuk dijangka kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Peluang untuk Ahmad menang amat tipis dan saya rasa kemasukan beliau dalam pertandingan bukan bertujuan untuk itu, tetapi sekadar membuat kenyataan bahawa tidak salah untuk mencabar presiden," katanya kepada Malaysiakini.

Wan Saiful berpendapat, untuk melihat perubahan besar berlaku pada PAS ketika ini memang amat sukar.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, berlaku pertandingan antara Mohammad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Gerak kerja tak tersusun

Situasi semasa menampakkan penyandang  mempunyai peluang yang cerah untuk kekal berada di kerusi itu berikuat Mohamad - yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu -  mempunyai penyokong dan pengaruh di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, kejutan boleh berlaku sekiranya perwakilan mahukan seorang pemimpin yang dilihat lebih proulama untuk menduduki jawatan tersebut.

Kata Wan Saiful, tidak dinafikan Mat Sabu ada banyak pengaruh dan perwakilan pula agak matang  memilih.

"Kalau yang nombor satu (presiden) dari kem tertentu, yang nombor dua (timbalan presiden) akan diberikan pada kem lain. Saya rasa peluang untuk Mat Sabu kekal adalah besar.

"Tapi pada waktu sama kalau Mat Sabu kalah, ia tidak mengejutkan kerana gelombang kem konservatif semakin kuat dan kem progresif kurang tersusun gerak kerja mereka," katanya.

Hudud: Masih awal nilai keikhlasan Umno kata Mohd Amar

Mohd Amar Abdullah 
KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan masih terlalu awal untuk menilai keikhlasan dan kesediaan Umno dan kerajaan Pusat dalam isu pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menurutnya, persoalan ikhlas atau tidak itu terlalu subjektif dan tidak siapa yang mengetahui adakah Umno bersedia dan ikhlas dalam melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II itu ataupun sebaliknya.

“Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.

“Dalam isu ini saya melihat skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudud. Sebab masa ada lagi, jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu kita kena tunggu lah dulu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau hadir merasmikan Kutipan Derma Pembinaan Fasa II Masjid Mukim Panji, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.

Beliau diminta mengulas kenyataan calon Presiden Pas, Ahmad Awang yang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam melaksanakan hudud di Kelantan.

Mohd Amar berkata, pelaksanaan hukum tersebut bersifat teknikal, maka kesediaan daripada pihak kerajaan merupakan skop yang amat penting.

Siapa kata perlu laporan polis siasat jenayah, soal Zaman Khan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menyiasat kes jenayah tanpa memerlukan laporan polis, kata bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan, menafikan kenyataan ketua polis negara yang siasatan hanya dilakukan apabila laporan dibuat.

Zaman berkata, mana-mana pegawai polis yang mengatakan siasatan hanya boleh dilakukan jika laporan polis dibuat adalah "tidak masuk akal". "Polis boleh menyiasat tanpa apa-apa laporan, selagi kesalahan itu boleh ditangkap," katanya, pada sebuah forum akauntabiliti polis di Kuala Lumpur, hari ini.

 "Jika polis kata perlukan laporan untuk siasat jenayah, itu tak masuk akal." Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berulang kali mengatakan polis hanya akan menjalankan penyiasatan kes jenayah sekiranya laporan polis dibuat.

Menerusi akaun Twitter beliau, Khalid meminta Speaker Selangor, Hannah Yeoh membuat laporan polis selepas dimaklumkan mengenai kes pecah masuk di rumahnya di Subang Jaya oleh lima perompak bertopeng.

PKR wants no more delays in treating Anwar Ibrahim

Pertikai prestasi Hadi di Terengganu

Hadi, Mat Sabu
TUMPAT - Krisis dua pucuk pimpinan utama Pas dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan timbalan presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan Pas 2015, mempertikaikan kegagalan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.
    
"Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta 'parking' berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN)).
    
"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa Pas di sini, malam tadi.
   
Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Abdul Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti nanti.

Muktamar ke 61: Kata dua Hadi untuk perwakilan

Menjelang Muktamar Tahunan PAS di Kuala Selangor Khamis ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil mengemukakan formula mudah untuk perwakilan membuat pilihan pelbagai jawatan yang dipertandingkan.

Bagi Abdul Hadi, calon yang bertanding dalam muktamar kali ini terbahagi kepada dua, iaitu yang ingin mengikut telunjuk DAP atau  sebaliknya.

Sambil menyatakan perwakilan "bebas" membuat pilihan, bekas Menteri Besar Terangganu selama satu penggal itu berkata, barisan calon yang menawarkan diri untuk diundi perwakilan kali ini tidak lagi boleh dibahagikan kepada kumpulan ulama dan bukan ulama.

Memetik laporan Harakahdaily, Abdul Hadi berkata, kedua-dua kumpulan mempunyai ulama.

"Cuma satunya yang DAP hendak, satunya DAP tak nak... pilihlah," katanya.

Muktamar kali ini dianggap antara yang paling panas pernah dialami PAS sejak ia ditubuhkan pada 1951.

Anwar masuk HKL

Ahli keluarga meminta kebenaran untuk melantik doktor keluarga sepanjang beliau menerima rawatan
anwar_hkl_600PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa ini.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Sabtu.
“Pihak keluarga turut meminta supaya dibenarkan untuk melantik doktor pilihan keluarga untuk memeriksa dan mengesahkan keadaan beliau. terus terang saya katakan kita beri kerjasama penuh. pada masa yang sama kalau ia memberi impak negatif kita akan bertindak,” katanya.
Jelas Izzah, sebelum ini, Anwar berulang kali membuat pemohonan supaya beliau dibenarkan untuk mendapat rawatan namun permintaan beliau dipenuhi agak lewat oleh pihak kerajaan.
Katanya sepanjang menerima rawatan, dia meminta pihak penjara supaya membenarkan ahli keluarga bertemu bapanya.
“Keluarga mendesak supaya dapat bertemu Datuk Sri Anwar di hospital, kerana mengikut praktis terdahulu semasa pemenjaraan sebelum dibebas pada 2004, kalau terdapat halangan itu saya kira arahan baru daripada pihak atasan.

'PAS kecewa menaruh harapan pada Umno'

Andainya PAS masih menaruh harapan untuk Umno membantu usaha parti itu membolehkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud dibentang di parlimen, parti itu akan kecewa.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, di sebalik janji yang ditabur Umno untuk PAS, rang undang-undang itu masih belum dapat dibentangan.

Kata Lim, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sebenarnya berdepan dengan dilema antara mahu memuaskan hati ahli parlimen PAS dan mengelakkan kemarahan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang menentang rang undang-undang berkenaan.

"Pilihan Najib adalah jelas. Dalam keadaan ini, bukan mengejutkan apabila usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak muncul dalam kertas aturan parlimen untuk sidang yang berlangsung kini," katanya.

Abdul Hadi mengemukakan usul berkenaan untuk kali pertama dalam sidang lalu (April) tetapi dimaklumkan kemudian bahawa ia akan dibawa ke sidang bulan ini.

KLIA: Antara halal, haram dan syubhah

Daripada 128 kafe di KLIA, hanya 27 daripadanya yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh kerajaan.
klia_qPETALING JAYA: Tiada bezanya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dengan lapangan terbang tersohor dunia yang lain seperti Charles de Gaulle di Perancis dan Kansai di Jepun.
Pengurusan yang menepati piawaian antarabangsa menjadikan kebanyakan pengguna cukup selesa dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Tetapi jika dilihat daripada sudut seorang Islam, banyak perkara yang perlu diperbaiki khususnya yang membabitkan penyediaan makanan.
Sekilas pandang banyak kafe dan rangkaian restoran yang menawarkan pelbagai menu dan juadah, daripada restoran lima bintang sehingga kepada rangkaian makanan segera.
Di sebalik deretannya, isu halal haram di KLIA tetap menjadi bualan.
Status halal di kebanyakan kafe di pintu masuk dan keluar negara itu sebenarnya masih samar dan meragukan.
Jika dinilai daripada perangkaan jumlah yang menerima pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim), jumlahnya tidak sampai satu pertiga.
Di sebuah negara yang mana majoriti rakyatnya beragama Islam, hanya 27 daripada 128 kafe dan restorannya mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh kerajaan.
Angka berkenaan menimbulkan tanda tanya, sejauh mana Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) serius dalam menangani isu halal haram sekaligus menjaga sensitiviti umat Islam.
Selaku premis yang terletak di pintu masuk utama negara melalui jalan udara, perkara itu perlu diberi penekanan.
Islam sebagai Agama Rasmi negara ini perlu diambil kira dalam isu berkenaan dan tidak sepatutnya syarikat berkenaan memandang ringan keperluan umat Islam.
Perlu diingat, tuntutan halal bukan setakat untuk masyarakat Islam negara ini, malah ia untuk semua penggunanya yang beragama Islam.
Tidak dapat dinafikan, prosedur untuk mendapat pengesahan halal daripada pihak berkuasa agak rumit, tetapi itulah tuntutan.
Sebagai seorang Islam, segala urusan harian tertakluk kepada keperluan syarak dan soal halal dan haram terangkum dalam perkara itu.
Sesetengah pihak mungkin berpandangan, pengguna yang teliti dengan soal itu mempunyai pilihan untuk memilih kafe dan restoran.

JHO LOW SURRENDERING HIMSELF? To whom - Najib, Rosmah or Dr M - who will reel him in?

JHO LOW SURRENDERING HIMSELF? To whom - Najib, Rosmah or Dr M - who will reel him in?
Following the news by The Ant Daily, the controversial millionaire, Jho Low who is linked with 1MDB is now back in Malaysia.
Based on the report, Jho Low arrived at KLIA late in the evening on Thursday, by Cathay Pacific flight from Hong Kong which had departed from Japan.
He was wearing a black and white batik shirt accompanied by a man in casual clothes, and were later received by an Indian man at the KLIA terminal around 7.43 before they rushed off.
With the heat on 1MDB is still intensifying among the majority of Malaysians, his name is often associated with issues happening in Najib's prized company. His arrival will definitely raise many questions.
What is his purpose to visit Malaysia and who will he be meeting here?
Close link to Najib's son's sudden extraordinary wealth
With all the issues going on regarding 1MDB, which is considered the biggest financial scandal during Najib’s time as the Prime Minister, Jho Low's name is often mentioned by many including the former Prime Minister, Tun Mahathir Mohamad, who has questioned his role and how come he was given the responsibility to manage the billions of ringgit in investment that belong to the company.

Tun Mahathir has also linked the close relationship between Najib’s step son, Riza Aziz, to Jho Low and questioned Riza's extraordinary wealth to the extent he could produce a movie worth RM300 million in Hollywood and purchase a luxurious condominium in New York city.
In the mystery of the disappearing RM27 billion from 1MDB's total debt of RM42 billion, Jho Low’s name has been mentioned and linked with many issues revolving in 1MDB. He is seen as the main key that could unlock answers to the many questions running across the people’s minds.
This blog in its post on 15 April 2015 entitled 'Catch Jho Low, Reopen Altantuya’s Case. Matter Solved!' suggested that Jho Low should be probed in order to gather more important information about 1MDB.
Police reports lodged against Jho Low

Nik Omar - Ayah hormat dan sanjung semua orang

Oleh Mohd Sayuti Omar
Bertempat di Shah Alam malam tadi telah berlangsung forum bertajuk, Pas dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia yang menampilkan tiga anak bekas pimpinan tertinggi Pas sebagai ahli panel. Mereka ialah anak bekas dua presiden Pas, Yusuf Rawa, Mujahid Yusuf dan Fadzil Mohd Noor, Faiz Fadzil manakala seorang lagi anak bekas Mursyudil Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Meletakkan tiga anak bekas pemimpin tertinggi Pas itu sudah tentu tujuan pengajur ialah untuk merungkai atau pun mendedahkan watak dan gaya perjuangan bapa mereka masing-masing kepada umum, khasnya kepada para perwakilan yang akan membuat pemilihan pemimpin Pas minggu depan.

Tetapi sedikit menjadi persoalan apakah kaitan dengan politik Pas masa depan? Apakah masa depan Pas kini kabur atau pun berada di persimpangan, justeru mereka ditampilkan untuk membuka "azimat" dipakai bapa-bapa mereka yang berjaya meletakkan Pas atas peta dunia selama ini? Bahawa mereka diminta berkongsi saksiah orang tua mereka yang berjaya menjanakan Pas?

Khabarnya anak presiden Pas kini, juga turut sama sama diundang, tetapi tidak hadir kerana ada halangan lain. Tidak wajar pun kalau anak presiden hadir, apa lagi untuk memperkatakan kehebatan bapanya, kerana bapanya masih menjadi prresiden dan sedang berusaha mempertahankan kedudukannya. Ketidakhadiran itu sesuatu yang patut.

Sayang majlis malam tadi tidak begitu banyak maklumat yang diperolehi daripada putera-putera perjuang Pas itu. Apa yang sempat diceritakan mengenai detik-detik manis, kejayaan, tetapi tidak disebut mengenai kegagalan dan masalah serta tribulasi mencabar dihadapi ketiga-tiga tokoh Pas itu.

Ini kerana masa sangat terhad. Tiga jam untuk berforum seperti itu dengan melibatkan ada lontaran soalan dari bawah tidak mencukupi. Forum sebegitu seharusnya berlangsung dalam suasana dan masa lebih panjang, paling tidak empat jam. Selepas ini hendaknya forum melibatkan putera pejuang atau mereka yang dekat dengan bekas tokoh Pas diadakan lebih kerap lagi bagi memberi maklumat dan juga pengetahuan macam mana orang dulu-dulu berjuang dan menjalinkan ukhwah sesama sendiri.

Dalam skop ini bukan sahaja anak-anak kepada Yusuf Rawa, Fadzil Noor atau Nik Abdul Aziz, tetapi anak-anak kepada bekas pemimpin Pas lain seperti Mohd Asri Muda, Zulkefli Muhammad, Burhanuddin Helmi, Abdul Samad Gol Ahmad, Pak Yahya Joned, Nakhaei Ahmad dan lain-lain juga perlu dipanggil.

Dengan cara itu kita bukan sahaja dapat mengenali hati budi dan saksiah mereka dari orang yang hampir dengan mereka, tetapi secara tidak langsung terus merapatkan mereka dengan gelanggang perjuangan orang tua mereka, iaitu Pas.

Sayang usaha sebgini kurang diperhatikan oleh Pas menyebabkan Pas gagal menjadi sebuah parti mempersaudarakan semua orang dan ia lebih kepada eksklusif sesama sendiri sahaja.

Bagaimana pun matlamat penganjur sedikit sebanyak terhasil menerusi forum malam tadi. Dengan mengira ia untuk memberi pencerahan dan memperlihatkan bentuk dan gaya kepimpinan ketiga-tiga almarum. Menerusi forum ringkas malam tadi, sedikit sebanyak para hadirin dapat mengetahui tatabudi mereka dari keturunannya sendiri.

Isa Samad punca kehancuran Felda?

Oleh Zuraidi Abdullah
Felda Global Ventures (FGV) kembali menjadi topik hangat apabila harga sahamnya menjunam teruk kepada RM1.93 berbanding harga IPO.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk segera menamatkan perkhidmatan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda dan FGV di atas kegagalan ini.
Singkap kembali sebelum penyenaraian FGV, Boston Consulting Group (BCG) telah melakukan kajian ke atas kakitangan pengurusan FGVH pada Jun 2012. Hasil kajian merumuskan :- 1. 65% daripada kakitangan pengurusan FGVH mempercayai bahawa IPO ini akan gagal. 2. 55% pula melihat bahawa FGVH tidak bersedia untuk pelan penyenaraian di KLCI.
3. Hanya 20% daripada Pengurusan Tertinggi FGVH menyokong pelan penyenaraian ini.
SAMM berpandangan tragedi yang berlaku kepada FGV hari ini adalah berpunca daripada keengganan Kerajaan mendengar suara kelompok 65% dan 55% ini selain daripada pertubuhan dan NGO pro-peneroka sedari awal lagi. Disusuli pula dengan kegagalan dan kebodohan Isa Samad menguruskan Felda dan FGV.
Najib perlu sedar Felda telah dua kali menukar pengurus besar iaitu Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Datuk Faizoull Ahmad tetapi kedua-dua entiti yang melambangkan maruah peneroka ini masih tetap bermasalah. Sudah sampai masanya Najib memberhentikan Isa Samad.

Perkara biasa 'serang menyerang' dalam PR - Ahmad Awang

Perkara biasa 'serang menyerang' dalam PR - Ahmad AwangTUMPAT: Tindakan ‘serang-menyerang’ termasuk kritikan yang dilontarkan daripada seorang pemimpin terhadap pemimpin yang lain adalah satu perkara biasa dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurut bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang, dalam PR perkara sebegini dianggap perkara biasa yang boleh dibawa berbincang secara bersama.

Namun tegasnya yang menjadi masalah berpanjangan apabila ada pimpinan yang tidak mahu duduk berbincang dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Bila ada masalah kita bincang. Soalannya sekarang bila ada pihak tidak mahu berbincang itu yang jadi gaduh.”

“Jadi dalam pakatan (PR) ini yang kita tahu ada pimpinan yang tidak mahu berbincang, tidak mahu hadir perbincangan, maka datanglah masalah itu.

“Kita ini sebuah parti politik yang bergerak bukan statik. Kita kena ada kebijaksanaan dalam kepimpinan itu tapi kalau seorang sahaja bijak yang lain tidak bijak, tidak guna juga.  Kalau tiga pimpinan, tiga-tiga pemimpin kena bijak. Benda ni timbul saya rasa kalau ada niat nak bersama Pakatan kekal semua boleh diatasi,” tambah Ahmad Awang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah isu-isu semasa di sini malam tadi yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu.

Tambah beliau sepatutnya dalam pakatan sesuatu isu perlu dibawa berbincang dan pimpinan perlu menghadirkan diri untuk menyelesaikan isu yang berbangkit.

Anwar kian uzur, najis berdarah


Selepas hampir empat bulan meengkok di dalam penjara, kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda-tanda semakin merosot dengan tekanan darah tidak menentu, selain ada simptom najis berdarah.

Menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, Anwar kini telah kehilangan kira-kira enam kilogram berat badannya semenjak ditempatkan di Penjara Sungai Buloh pada Februari lalu.

"Terdapat juga simptom kesan darah pada sampel najis beliau yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir tiga orang anak perempuan Anwar iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha (gambar) dan Nurul Hana.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, mengenai tekanan darah bekas timbalan perdana menteri itu, pemeriksaan menunjukkan kadarnya tidak menentu.

Katanya, ada ketika bacaan tekanan darah Anwar setinggi 163/108 dan ia berlaku walaupun sedang menjalani rawatan perubatan.

Ditanya apakah punca najis Anwar berdarah, Johari berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.

Bahu kanan cedera

"Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin usus Datuk Seri berdarah. Mungkin disebabkan pemakanan, saya pun tak pasti," katanya kepada pemberita selepas sidang media.

Tukar sistem atau Umno bakal 'hanyut' - Ku Li


Politik berasaskan kaum perlu ditukar atau Umno akan tenggelam dalam percaturan itu, kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.

Bekas Menteri Kewangan iu berkata, corak politik sedemikian tidak membawa kepada pertambahan sokongan untuk parti yang berkenaan.
"Untuk Umno ia membawa kesan buruk kerana, katakanlah anda mempunyai tiga juta ahli tetapi di luar sana ada lebih 60 juta pengundi.

"Umno tidak boleh berkembang dengan hanya membenarkan orang Melayu menjadi anggota," katanya.

Ahli politik yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata, Umno juga perlu menjadi juara untuk kepentingan kumpulan tertentu saja, sebaliknya berjuang demi kebaikan semua pihak.

"Ada laporan menyebut, sesetengah pemimpin hanya menjaga penyokong sendiri saja.

"Sebab itu pengasan Umno, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman berjuang untuk semua (bangsa)," katanya.

Ku Li: Beri peluang rakyat pilih sendiri PM



Prestasi kerajaan mungkin boleh diperbaiki lagi jika sistem pemilihan perdana menteri diubah, kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.
Berbanding pelantikan perdana menteri dibuat oleh parti yang memenangi pilihan raya, beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, ia mungkin boleh ditentukan oleh rakyat secara langsung.
“Kita perlu meneroka sistem lain dalam kerajaan dan melihat jika ia lebih baik,” katanya dalam ucapan di Petaling Jaya hari ini.
Ku Li berkata, rakyat mungkin boleh diberi kebenaran melantik sendiri perdana menteri (melalui pilihan raya seperti yang dijalankan di beberapa negara lain).
Menurut beliau, amalan Westminster yang sedang dipraktikkan di negara ini sudah tidak lagi sesuai.

Ketika ini amalan demokrasi di negara ini membenarkan seseorang  dilantik sebagai perdana menteri melalui persetujuan majoriti parti yang memenangi pilihan raya.

Indonesia adalah antara negara mengamalkan pilihan raya umum yang membenarkan setiap pengundi berdaftar memilih sendiri presiden mereka.

1MDB: Kepulangan Jho Low hanya wayang

Berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB
Nur-Jazlan-Mohamed_jho-low_1mdb_600
PETALING JAYA: Kepulangan ahli perniagaan dan juga jutawan kontroversi yang dikaitkan dengan Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho atau dikenal sebagai Jho Low ke Malaysia pada petang Jumaat menimbulkan tanda tanya.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju Shahbudin Husin mendakwa kepulangan Jho Low ke Malaysia tidak menampakkan bahawa dia akan hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Ia berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB.
“Sehingga hari ini pun, Nur Jazlan dilaporkan masih berpendirian sama dan tidak menyenaraikan Jho Low untuk mengadap jawatankuasa itu.
“Lantaran itu, adalah tidak mungkin kepulangan Jho Low ini untuk memberikan keterangan kepada PAC,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com pada Sabtu.
Katanya, berdasarkan kenyatan yang dibuat Nur Jazlan, kepulangan Jho Low ke Malaysia bukanlah untuk membantu memberi keterangan, sebaliknya mempunyai agenda lain.
Shahbudin tidak menolak kemungkinan untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi membincangkan isu yang membabitkan mereka bertiga.
“Apakah urusannya datang ke Malaysia dan siapakah yang bakal ditemuinya di sini? Mungkinkah beliau akan bertemu dengan wanita yang sangat dihormatinya dan dipanggilnya “mummy” iaitu Rosmah Mansor?.

Syarikat petroleum Abu Dhabi pula salur RM1 bilion bantu 1MDB bayar hutang

Kementerian Kewangan menjelaskan sebuah syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) akan menyalurkan RM1 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam usaha syarikat sarang hutang negara itu membayar hutang AS$975 juta yang akan matang tidak lama lagi.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran daripada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi.
“Bayaran AS$1 bilion ini akan digunakan untuk membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa.
“Perjanjian juga termasuk langkah komprehensif bagi menangani pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti di antara pihak tertentu, butiran lanjut akan diumumkan nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB: Arul berjumpa dengan BNBBC dan APCO tetapi bukan PAC

arulkanda_shahrir_stadlen_tmi_280515
Gambar: Bekas ketua di firma perhubungan awam Apco Malaysia, Paul Stadlen (kanan) turut dilihat bersama Pengerusi 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Pengerusi BBNBN Tan Sri Shahrir Samad dalam satu pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur
Presiden merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy yang dikritik hebat kerana tidak menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Selasa lepas menegaskan beliau berada di luar negara ketika itu.
Arul mengesahkan bertemu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad sehari selepas tarikh itu di Kuala Lumpur, tetapi mengatakan pertemuan itu diadakan hanya selepas beliau pulang ke Malaysia.
“Ya, saya bertemu dengan Shahrir, tapi itu pada Rabu. Saya tidak dapat hadir ke sesi PAC kerana hanya pulang ke tanah air pada Selasa malam,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Saya tidak menyembunyikan apa-apa. Ia satu pertemuan yang baik dan beliau seorang yang bijaksana, seorang yang teliti,” katanya.
arulkanda_shahrir_tmi_280515
Bagaimanapun, Arul enggan menjelaskan di mana beliau berada ketika ke luar negara, walaupun ahli PAC Tony Pua mendesak supaya beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menjelaskan keberadaan mereka.
“Saya sedia menjawabnya jika ia ditanya dalam sesi PAC nanti,” kata Arul.

Hutang: TRX dan Bandar Malaysia akan dikeluarkan dari 1MDB

TRXBanner2_0
Dua pembangunan hartanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dipisahkan kepada syarikat persendirian sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasi untuk mengurangkan hutang besarnya, RM42 bilion.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah berkata, projek daerah kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dan pembangunan Bandar Malaysia akan dijalankan sebagai entiti berasingan dengan autonomi dan akauntabiliti penuh terhadap prestasi operasi serta kewangan mereka.
“Walaupun pilihan sedang dilaksanakan berkenaan Edra Energy, Kementerian Kewangan akan kekal sebagai pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia, yang akan meningkatkan ekuiti melalui pelaburan pihak ketiga.
“Hasil yang diperoleh akan digunakan untuk perbelanjaan modal dan untuk mengurangkan hutang 1MDB,” kata Husni dalam satu kenyataan hari ini.
Kabinet bertemu pagi ini dan pada mesyuarat itu, Husni menyampaikan pelan rasionalisasi terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu.
Berikutan selesainya kajian strategik pada Februari, 1MDB berkata kedua-dua projek terletak di pusat bandar Kuala Lumpur akan dijalankan sebagai entiti yang berdiri sendiri tetapi menegaskan pemilikan kekal dengan Kementerian Kewangan.
Selain potensi jualan hak pembangunan tanah, projek-projek yang boleh menjalinkan usaha sama perkongsian keuntungan, tambahnya.
TRX menjadi perhatian baru-baru ini apabila mendedahkan awal bulan ini dana jemaah haji, Lembaga Tabung Haji membeli tanah 0.63 hektar pada harga RM188.5 juta.
Berikut kemarahan terhadap urus niaga yang didakwa membayar jauh lebih mahal bagi setiap kaki persegi tanah daripada apa yang dibayar 1MDB iaitu pada RM64 kaki persegi ketika pertama kali membeli tanah itu daripada kerajaan, Tabung Haji berjanji melupuskan tanah itu dalam dua minggu.
Pada masa ini, Tabung Haji berkata ia masih dalam proses akhir jualan dan pembelian perjanjian dengan pembeli.

Kesihatan merosot, PKR mahu Anwar kekal di hospital hingga pulih

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa ini susulan kemerosotan kesihatannya, dan keluarganya menuntut diberikan kebenaran menemuinya sepanjang waktu itu, kata anak sulungnya, Nurul Izzah.

Menurut naib presiden PKR itu, Anwar berulang kali memohon mendapatkan rawatan perubatan namun permintaannya itu lewat dipenuhi kerajaan. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan jaminan Anwar dibenarkan berada di hospital sehingga keadaannya pulih.

 "Kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Bekas ketua hakim selar polis tidak peduli kedaulatan undang-undang


Sikap pasukan polis yang tidak mengambil peduli konsep kedaulatan undang-undang merupakan antara sebab kematian dalam tahanan, kata bekas ketua hakim negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah hari ini.

Dzaiddin, yang mengetuai Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai peranan dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), menyifatkan perkara itu sebagai punca asas sambil menekankan keperluan mengkaji budaya yang diamalkan pasukan polis.

"Bagi memahami mengapa wujud kematian dalam tahanan polis, kita perlu mengkaji suasana dalaman PRDM dahulu," katanya ketika menyampaikan ucaptama di sebuah forum mengenai akauntabiliti polis di Kuala Lumpur hari ini.

 "Sekarang ini, di kalangan PDRM wujud sikap tidak peduli terhadap kedaulatan undang-undang, dengan tidak menghiraukan hak asasi manusia.

 Dan bagi membincangkan budaya ini, seseorang perlu bermula daripada akar umbi, iaitu di bahagian asas sikap sedemikian dilahirkan."

Ku Li cadang pilihan raya langsung pilih perdana menteri

Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan cadangan agar parti Melayu itu berhenti mencalonkan perdana menteri, sebaliknya pilihan raya langsung diadakan untuk tujuan itu.

Kenyataan Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li itu dibuat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya.

"Kita mungkin boleh ada perdana menteri yang dipilih secara terus dan bukan seorang yang diangkat parti," katanya dalam ucapan sewaktu merasmikan badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia) di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Petaling Jaya, pagi ini.

Sampai masanya abai parti berasaskan kaum, agama, kata Ku Li

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masa rakyat Malaysia melupakan parti berasaskan kaum dan agama kerana ia tidak lagi relevan buat generasi muda sekarang.

Bekas naib presiden Umno itu berkata, walaupun kenyataannya ini akan mendatangkan masalah kepada dirinya, beliau tidak kisah kerana ianya penting diucapkan. "

Sejujurnya jalan ke hadapan adalah sistem terbuka tanpa berasaskan kaum atau agama kerana ia (parti berasaskan kaum dan agama) menghalang perpaduan dan harmoni," katanya pagi ini sewaktu berucap merasmikan badan bukan kerajaan (NGO) baharu, Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia).

Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz

Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.

Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti. “Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.

“Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama,” katanya dalam sebuah forum “PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia” malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya. Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga. “Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud.

Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia. “Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.

“Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,” katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.

Sementara Faiz berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.

Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan. “Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.

“Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional. “Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia.

Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan,” katanya. Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Muktamar ke 61: Seminggu yang kritikal untuk PAS

KUALA LUMPUR: Dalam kehangatan banyak pihak membicarakan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tumpuan juga mula terarah kepada pemilihan pimpinan PAS yang akan berlangsung dalam tempoh seminggu lagi.

Pemilihan kali ini, dianggap paling sengit sejak penubuhan PAS dengan kempen yang dikatakan tidak pernah berlaku sebelum ini. Media sosial digunakan untuk menonjolkan tokoh-tokoh yang dirasakan layak untuk menduduki jawatan-jawatan utama dalam PAS.

Namun malang bagi sebuah parti Islam apabila media sosial bukan hanya digunakan untuk berkempen sebaliknya untuk memburuk-burukkan, label-melabel dan menabur fitnah antara satu dua kumpulan yang bersaing, kumpulan pro-ulama dan kumpulan pro-Pakatan Rakyat atau progresif.

Label 'Budak DAP' atau 'Geng UG' (Geng Unity Goverment) merupakan yang paling popular digunakan dalam serangan terhadap mana-mana pemimpin yang bertanding pada pemilihan yang akan berlangsung di muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor 4 hingga 6 Jun ini. 'Budak DAP' merupakan label yang diberikan kepada kumpulan progresif yang pro Pakatan Rakyat manakala 'Geng UG' pulak gelaran kepada puak pro Ulamak.

Bahang pemilihan PAS kali ini sudah mula dapat dirasakan ketika muktamar PAS ke-60 yang berlangsung di Batu Pahat tahun lepas. Pemimpin-pemimpin tertentu sudah mula diserang dan diboikot. Insiden keluar dewan oleh segelintir perwakilan ketika Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda merupakan antara isyarat jelas bahawa akan berlaku pertembungan sengit dalam pemilihan kali ini.

Pengunduran Najib bukan penyelesai masalah - Ku Li


Memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah Umno, kata Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.
Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Gua Musang itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini giat mendesak supaya Najib disingkirkan, tidak menyelesaikan sebarang masalah sejak dia berundur daripada jawatan perdana menteri dulu.
“Adakah (memaksa Najib melepaskan jawatan) akan menyelasikan masalah? Peletakan jawatan dia (Dr Mahathir) pun tidak menyesaikan masalah,” katanya kepada media di Petaling Jaya.
Veteran Umno itu menambah, campur tangan Dr Mahathir sebenarnya memburukkan lagi keadaan.
“Beliau (Dr Mahathir) kata Dollah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) membawa masalah. Dollah berundur dan sekarang kita ada lebih banyak masalah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha berterusan Dr Mahathir mengetepikan Najib ketika ini.

PERSPEKTIF: Punca Perang Dalam PAS - Masa Depan Bersama PR

Tanpa Anwar, Umno gagal lahirkan pemimpin berkaliber

1MDB: Shahrir Samad pertahan sebab jumpa Arul Kanda

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan tindakannya mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, yang diadakan pada Rabu lalu.

Menurut beliau, pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai 1MDB.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata perjumpaannya dengan Arul itu adalah atas jemputan daripada
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, pertemuan itu adalah untuk mengetahui keadaan semasa dan masa depan perancangan daripada Arul sendiri mengenai 1MDB, terutama mengenai strategi syarikat pelaburan itu dalam usaha mengurangkan hutangnya, lapor The Star.

"Apa salahnya untuk saya bertemu dengan Arul? Saya hanya mahu mengetahui perancangan syarikat itu dan saya juga sekadar memberi beberapa cadangan bagaimana syarikat itu dapat mengurangkan hutang," kata Shahrir dalam laporan yang sama.


Pada Jumaat portal BNBBC melaporkan pertemuan hampir tiga jam Shahrir bersama Arul itu tidak menyentuh soal penyiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)  terhadap 1MDB.

“Saya menghormati kedudukan PAC sebagai sebuah jawatan kuasa tetap Parlimen. PAC telah pun menerima permintaan Arul Kanda untuk  ditangguhkan kehadirannya kepada suatu tarikh baru menggantikan pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa  lalu,” katanya.

Menurut Shahrir, sebagai Pengerusi BNBCC, beliau telah mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk PAC dan Ketua Audit Negara menyiasat segala urusan dalam 1MDB untuk memberi gambaran lebih jelas kepada orang ramai mengenainya.

PAC pada 25 Mei menyatakan pihak mereka akan mengambil keterangan dari tiga buah syarikat yang membuat pengauditan ke atas akaun syarikat 1MDB.

Hadi sudah tak relevan dalam politik PAS - Nakhaei


Post Pic


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berpendapat kematangan politik PAS kini semakin teruji rentetan timbulnya kemelut, baik dari dalam atau luar parti itu sendiri.
 
Ketika diwawancara bersama Antarapos baru-baru ini, beliau tidak menolak kemungkinan penolakan sesetengah pihak di dalam PAS terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang disebabkan persepsi Presiden PAS itu tidak lagi 'sesuai' mendepani cabaran politik akan datang.
 
"Keadaan politik PAS sudah berubah, sama juga dengan politik nasional. Sebahagian daripada ahli-ahli PAS dan kepimpinan di peringkat menengah dan separa atas melihat Hadi sebagai tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa atau cabaran-cabaran baru yang dihadapi. (Begitu juga) persiapan yang akan datang untuk memerintah Malaysia," ujarnya.
 
Muktamar PAS Kali ke-61 yang akan berlangsung Jun depan dikatakan bakal menyaksikan pertembungan dua golongan, iaitu golongan profesional dan ulama.
 
Golongan profesional yang dipimpin Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu dilihat amat disenangi oleh rakan-rakan sekutu DAP dan PKR, memandangkan boleh untuk dibawa berunding dan berurusan dalam isu-isu politik Pakatan Rakyat (PR).
 
Manakala golongan ulama yang dipimpin oleh Hadi tetap dengan perjuangan asal PAS, yang nyata nampak sukar untuk dikompromi.
 

PasMa sedang rangka agenda tukar kepimpinan PAS - Dr. Zuhdi


Post Pic


KUALA LUMPUR: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dilihat melakukan cubaan nekad mencorakkan pimpinan PAS yang perlu dinaikkan pada pemilihan PAS yang akan berlangsung pada awal Jun ini.
 
Demikian diramalkan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang melihat perkembangan terkini usaha-usaha yang dilakukan oleh ahli PAS yang bukan pro ulama.
 
Zuhdi berkata adalah tidak mustahil juga pendekatan ini diambil untuk menurunkan pimpinan lama dalam parti Islam itu.
 
"Sekiranya cubaan mereka menyingkirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kumpulan yang mendukung Kepimpinan Ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi 'budak suruhan DAP' dalam PR. 
 
"Sekiranya cubaan mereka gagal, PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti baru sebagaimana yang diwarwarkan oleh mereka baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan media.
 
Beliau dalam pada itu meramalkan kumpulan PasMa dan mereka yang bersembunyi disebalik identiti NGO ini tidak menginginkan PAS kuat dalam PR dan terus tegas mempertahankan dasar serta tema perjuangan. 
 
"Mereka lebih rela PAS menjadi lunak dalam PR khusus terhadap DAP, dengan mengambil sikap menyembunyikan dasar dan tema perjuangan Islam demi meraikan desakan DAP," ujarnya.

Pertembungan dua kumpulan dalam PAS bukan untuk guling Hadi - Dr Khairuddin


Post Pic


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali enggan mengaitkan pemilihan parti pada Jun ini sebagai usaha dalam menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.
 
Sebaliknya, ia lebih kepada pertembungan antara dua atau lebih pihak yang mempunyai strategi perjuangan PAS yang berbeza daripasa struktur asal.
 
"Tidak ada istilah guling. Ini adalah proses demokrasi maka biarkan mereka bertanding. Istilah guling wujud jika Hadi dijatuhkan sebelum masanya.
 
"Ada pihak tertentu membuat pelbagai serangan individu terhadap hadi, dan itu adat dalam perjuangan, akan ada yang tidak suka kita. Walaupun ahli-ahli sendiri (buat serangan) yang digunakan oleh musuh dari luar (parti).
 
"Jika ada pun pertembungan, adalah mereka yang mahu mengekalkan asas perjuangan PAS dan mereka yang cuba membawa pendekatan baru dalam PAS yang (mungkin) dilihat tidak selari, tidak kena...," tegasnya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.
 
Muktamar PAS Kali ke-61 yang akan diadakan minggu depan dikatakan menjadi medan penting bagi dua kem utama di dalam parti itu. Kem tersebut adalah daripada golongan profesional dan ulama.