Jumaat, 29 Mei 2015

Lebuhraya Maut: Otak, cebisan tempurung bertaburan atas jalan LPT II

Otak, cebisan tempurung bertaburan atas jalan 
KEMAMAN - Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT II) bagaikan jalan maut bagi pengguna apabila satu demi satu kemalangan yang meragut nyawa berlaku.

Ini berikutan tidak sampai seminggu nahas ngeri babitkan empat sekeluarga rentung manakala seorang lagi meninggal di hospital dalam kejadian di LPT II Ajil-Bukit Besi, satu kemalangan ngeri berlaku lagi hari ini.

Kali ini berlaku di Kilometer 277.7 LPT II di Cheneh mengakibatkan dua maut dan tiga cedera.

Dalam kemalangan tragis lebih kurang jam 1.45 petang itu, kepala seorang daripada mangsa pecah menyebabkan cebisan otaknya bertaburan di atas jalan dan rumput di pembahagi lebuh raya.

Menurut seorang pekerja peronda LPT II, Mohd Jefry Banu, walaupun dia sudah banyak kali membantu mangsa kemalangan ngeri di lebuh raya itu namun kali ini, hatinya benar-benar tersentuh.

“Biarpun saya sudah biasa bantu mangsa kemalangan ngeri, tapi kali ini buatkan saya rasa cukup sayu.

"Rasa sebak ketika kutip cebisan tempurung dan otak mangsa yang bertaburan atas jalan itu tak mampu diluahkan dengan kata-kata," katanya.

Kabinet Najib lantik Ahmad Husni jurucakap isu 1MDB....Mat Maslan Awak Kat Mana..!!!

Ahmad Husni 
SHAH ALAM - Kabinet hari ini melantik Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai jurucakap kerajaan bagi menjawab persoalan berhubung syarikat pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong berkata, perkara itu diputuskan bagi mengelak sebarang percanggahan maklumat berhubung kemelut 1MDB sekiranya kenyataan mengenai isu itu dikeluarkan pelbagai pihak.

"Mesyuarat kabinet yang diadakan pagi tadi telah memutuskan untuk melantik Datuk Seri Ahmad Husni sebagai jurucakap untuk (menjawab persoalan berhubung) 1MDB.

"Sebarang maklumat berhubung isu dan perkembangan terkini termasuk hala tuju dan pelan pemulihan 1MDB perlu dirujuk kepada beliau selepas ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran peralatan memancing dan aktiviti luar 2015 di Setia City Convention Centre di sini, hari ini.

Mengulas pembentangan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet hari ini, Mah berkata beliau berpuas hati dan yakin kemelut 1MDB dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. - Bernama

Kerajaan yang perkenal GST, Rakyat terpaksa bayar


Tahniah Najib!! Kini tersenarai sebagai pemimpin kedua paling boros didunia..

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.

Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.

Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Seterusnya adalah Mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah. Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

Jho Low balik bukan untuk bertemu PAC, kata Nur Jazlan....jumpa mak angkat kot...!!

oleh Alyaa Alhadjri

PETALING JAYA: Kepulangan billionaire Low Taek Jho ke Malaysia bukan asas untuk memanggilnya sebagai saksi siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) ke atas operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamed.

Ketika diminta mengulas laporan Semut Harian hari ini berhubung ketibaan Jho Low di Kuala Lumpur, beliau ketawa kecil dan berkata: “Oh, awak dah jumpa dia?” Ahli Parlimen Pulai itu mengekalkan pendiriannya yang dilaporkan media sebelum ini, bahawa masih “terlalu awal” untuk PAC memutuskan sama ada Low akan dipanggil sebagai saksi siasatan. “Semua orang sudah pun membuat kesimpulan yang dia (Low) bersalah…

Kami (ahli PAC) perlu mencari asas untuk memanggilnya. “Daripada saksi-saksi (yang telah memberi keterangan) setakat ini, tiada maklumat untuk mengaitkannya (Low) dengan operasi 1MDB,” kata Nur Jazlan ketika dihubungi Semut Harian.

PAC memulakan siasatannya pada 19 Mei lalu dengan memanggil ketua pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Dr Rahmat Bivi Abdulla dan ketua setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah. Ketika itu, Nur Jazlan dilaporkan berkata bahawa “masih tiada keperluan” untuk memanggil Low dan juga perdana menteri Najib Razak sebagai saksi.

Nur Jazlan juga menegaskan bahawa laporan dakwaan kebanyakannya berkenaan operasi langsung 1MDB, dan “orang (yang mengkritik) tidak memahami prosedur PAC” dalam menjalankan siasatan. “Kami beri masa kepada mereka (saksi) untuk hadir. Isu utama adalah berhubung pengurusan 1MDB. Maka kami akan tanya pengurusan terlebih dulu.

“Kami perlu mengesahkan (dakwaan) kaitan antara 1MDB dan Jho Low dengan pengurusan 1MDB…,” katanya lagi. Ditanya tentang apa yang akan berlaku jika Jho Low tiada di dalam negara di saat beliau perlu memberi keterangan, Nur Jazlan menjawab: “Dia ada dalam negara atau tidak bukan isunya.”

Jho Low’s arrival in KL raises eyebrows

The businessman has been implicated in the 1MDB scandal with some political leaders calling for him to be investigated by the PAC.
jho-low-1MDBPETALING JAYA: Penang-born businessman Low Taek Jho, popularly known as Jho Low, was spotted in Kuala Lumpur last night, raising questions as to whether his arrival from overseas has anything to do with the PAC hearings on 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
In an exclusive article on The Ant Daily, it was reported that Jho Low was spotted on Cathay Pacific Flight 729 from Hong Kong and touched down at 7.43pm at the Kuala Lumpur International Airport where he was met by a tall Indian gentleman. The news portal even managed to obtain a photograph of Jho Low on board the plane.

No nearer to unravelling mystery of missing billions

Interesting to see how the Auditor-General and the Public Accounts Committee deals with the lies, says political analyst.
Shahbudin_1mdb_600_1PETALING JAYA: The 1MDB scandal has produced one lie after another in recent days, political analyst Shahbudin Husin alleges in his latest blog posting.
“It would be interesting to see how the Auditor-General and the Public Accounts Committee (PAC) deals with them,” he remarks.
“The people continue to be haunted by these lies,” he says. “Whether the company can be salvaged or otherwise, the fact remains that the public will have to shoulder its RM42 billion debt burden. That’s the talk wherever the people gather in public and in private.”
Shahbudin wonders whether new lies will emerge in the coming days. “As the late P Ramlee would say, ‘Berapa banyak bohong, daa?’ (How many more lies, man?)”
He recalls the recent moment of high drama when 1MDB Chief Arul Kanda Kandasamy and the company’s first CEO, Shahrol Halmi, said they could not attend the bipartisan Public Accounts Committee’s hearing on the company.
“Strangely,” he says, “it was Prime Minister Najib Abdul Razak who acted as spokesman for the missing duo by pledging that they would not run away and would in fact turn up for the hearing once a new date was set. Is he their public relations officer?
“It appears like they were buying time with all their explanations. Shahrol even asked for a month’s delay in the hearing on the grounds that he needed time to prepare himself.”
Arul Kanda, he observes, made much of being informed late although PAC Chairman Nur Jazlan confirmed that the Finance Ministry had been given ample notice.
“Then, the story emerged that the Finance Ministry informed 1MDB late and by that time Arul Kanda and Shahrol had made travel arrangements as they were supposed to be overseas on important assignments.”
But it appears that Arul Kanda was in town and not overseas at all, says Shahbudin. “He was seen having dinner with Barisan Nasional Backbenchers Club Chairman Shahrir Samad.

Kenapa 1MDB membayar AS$1.6 bilion kepada syarikat Jho Low?


Laman web pemberi maklumat, Sarawak Report, kini mahu presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menjelaskan transaksi firma itu dengan Good Star Limited, sebuah syarikat yang dikuasai ahli perniagaan Low Taek Jho, selepas beliau menafikan memberikan kenyataan palsu kepada Bank Negara hari ini.
Jho-Low_arul-kanda_300Dalam satu kenyataan, Sarawak Report berkata, ia mempunyai bukti yang penyata bank palsu digunakan bagi menyokong dakwaan yang terdapat wang tunai di dalam akaun dana pelaburan negara itu di dalam Bank BSI Singapura.
Putrajaya berkata baru-baru ini, wang yang ditebus dari Kepulauan Cayman sebenarnya aset dalam bentuk dolar Amerika Syarikat di Bank BSI.
“Memandangkan Kandasamy sekarang bersedia menjawab beberapa butiran periferal berhubung laporan kami, mungkin beliau juga akan tampil dengan penjelasan dan penerangan mengenai fakta penting perkara itu, iaitu kenapa 1MDB membayar AS$1.6 bilion kepada Good Star Limited?” soal Sarawak Report.
Laman itu juga menuduh Arul, yang juga pengarah eksekutif kumpulan 1MDB, menghantar melalui faks penyata bank palsu kepada Bank BSI di Singapura.
“Jika Encik Kandasamy tidak melaporkan perkara ini kepada Bank Negara, mengapa dia tidak melaporkannya?” soal Sarawak Report.

BNBBC nasihat 1MDB tak paut pada dana awam.......berhutang untuk bayar hutang...!!!

Pertemuan Shahrir dan Arul....tapi tak ada masa bertemu PAC...!!!
Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan kerajaan dinasihatkan menambah modal sejajar dengan liabiliti tanpa bergantung pada dana awam atau pinjaman baru.

Perkara itu dilapor disampaikan oleh Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dalam pertemuan mereka pada Rabu lepas.

“Saya berpendapat 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ia tidak dimodali sewajarnya,” beliau dipetik sebagai berkat oleh BNBBC News.

Laporan itu juga memerik Shahrir sebagai berkata pertemuan itu bagi membolehkan BNBBC memahami isu-isu dan mendapatkan maklumat berkaitan syarikat pembangunan strategik itu.

Shahrir berkata, sebagai ahli Parlimen BN dan pengerusi BNBBC, beliau harus memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB sahaja.

“Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katanya.

Shahrir juga dilapor mengesahkan pertemuan dengan Arul pada Rabu malam yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Kami berbangga jadi rakyat Malaysia kerana sama-sama membantu tolong BAYAR HUTANG KERAjaan yg dibuat oleh Najib-Rosmah UMNO/BN !!!

Kami rakyat Malaysia bertegas & mohon KERAjaan Najib-Rosmah dapat naikkan peratusan #GST tahun depan manjadi alang2 kepada 60% cukai GST.. Lagi besar cukai GST dikutip lagi cepat hutang M'sia dapat dilangsaikan !!!

Apa saja keluar dari mulut UMNO pasti berbau BOHONG !!!

PERSOALAN:
1) Kenapa konsortium bank luar negara meminta bayaran pinjaman 4 bulan lebih awal? Adakah kerana hilang kepercayaan kepada 1MDB?
2) Mengapa IPIC nak bayarkan hutang 1MDB? Adakah ini hutang baru menutop hutang lama?
3) Tidakkah ini bermakna 1MDB tiada cash flow mencukupi membayar hutang sehingga perlu bantuan pihak lain seperti bayaran hutang 2b kepada maybank/rhb oleh ananda krishnan dua bulan lalu?
4) Apakah gula2 yang dijanjikan oleh 1MDB/kerajaan kepada IPIC sehingga berani membayarkan hutang 1MDB RM3.57b?

MEMANG BENARLAH, 1MDB= 1 Malaysia Dalam Bahaya

NGO CAGM ancam saman Dr Mahathir RM50 bilion

Ketika pertelagahan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak terus tegang, sebuah pertubuhan bukan kerajaan baru - dan misteri - muncul membuat tuduhan ke atas bekas perdana menteri itu.

Dikenali sebagai Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM), pengerusinya Md Zainal Abdin berkata, berbilion ringgit wang pembayar cukai dibazirkan ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri antara 1981 hingga 2003.

"Sudah sampai masa untuk Dr Mahathir menjelaskan semua skandal kewangan dan menjawah pertanyaan rakyat Malaysia mengenai kesilapan pentadbirannya.

"Jika beliau gagal CAGM yang mewakili sekumpulan warga Malaysia yang prihatin tidak teragak-agak memfailkan saman sehingga RM50 bilion terhadap Dr Mahathir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Di bawah pentadbiran Dr Mahathir, kata Md Zainal, ada banyak skandal kewangan yang dibiarkan berlalu dan menyebabkan kerugian kepada negara.

Najib pun tak terlepas

"Malaysia terdedah kepada usaha penyelamatan berbilion ringgit, projek mewah dan pembaziran melalui usaha sama sangat diragui ketika Dr Mahathir berkuasa," katanya.

Nak cari redha Allah atau CARI REDHA UMNO !!!

Antara Hukum Allah Hudud‬ & perlembagaan ciptaan kamu, 
MANA TURUN DULU DI MUKA BUMI ALLAH INI !!!

1MDB: Berapa Banyak Bohong Daa...


Kemelut 1MDB terus menghantui rakyat dengan jalan keluar yang masih kabur dan berliku-liku. Sama ada syarikat pelaburan itu mampu dipulihkan atau sebaliknya, yang nyata beban hutang RM42 bilion tetap menjadi tanggungan rakyat.
Selain hutang yang tinggi dan wang RM27 bilion tidak dapat dijelaskan ke mana perginya, setelah penyiasatan mencari kebenaran memasuki fasa audit oleh Ketua Audit Negara dan pendengaran di depan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, isu pembohongan nampaknya mula mengambil tempat ketika ini seolah-olah untuk melindungi cacat-cela 1MDB.
Bermula dengan jawapan berbeza Najib Razak di Parlimen mengenai kedudukan wang USD1.103 bilion yang dibawa balik daripada Pulau Cayman ke Singapura, Najib selaku Menteri Kewangan ditaktif ramai telah melakukan perbuatan bohong dan memberi kenyataan tidak benar mengenainya.
Ramai yang garu kepala dengan jawapan berbeza Najib yang memiliki paling ramai pegawai dan penasihat sehingga keliru sama ada wang tunai, aset atau unit yang dipindahka dan disimpan di Singapura itu. Yang lain pula bimbang jika sebenarnya tidak ada apa-apa yang dibawa balik daripada Pulau Cayman.
Lebih mengelirukan sebelum itu CEO 1MDB bersungguh-sungguh mengesahkan kedudukan wang di Singapura dengan menyatakan beliau telah melihat penyatanya.
Tidak saja rakyat yang menilai jawapan berbeza Najib sebagai suatu pembohongan, malah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menganggap perbuatan itu sebagai jenayah di bawah Seksyen 218, Kanun Acara Jenayah yang boleh dipenjara sehingga tiga tahun.
Mengenai misteri ke mana perginya RM27 bilion milik 1MDB di sebaliknya hutangnya berjumlah RM42 bilion, kenyataan Najib menyatakan ianya tidak hilang tetapi tersimpan sebahagiannya dalam nilai tanah TRX dan Bandar Malaysia, juga boleh ditakrif sebagai berbohong kerana ianya dinilai berdasarkan harga semasanya ketika ini sedangkan ia dibeli daripada kerajaan dengan harga yang amat-amat rendah.
Bermakna, sehingga ini ke mana menyelinapnya wang RM27 bilion itu masih lagi tidak diberikan jawapan yang sebenarnya.
Apabila terdedah kemudian mengenai fasal 117 dalam M&A 1MDB iaitu satu peruntukan khas yang memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri bagi sebarang urusniaga syarikat pelaburan itu, sekali lagi Najib didapati telah berbohong dan tidak bercakap benar.
Ini berikutan kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan Najib tidak terlibat dalam urusan harian 1MDB, sebaliknya memberitahu syarikat itu diurus oleh satu pasukan profesional dan berpengalaman.
Tetapi dengan adanya peruntukan khas dalam fasal 117 itu, bagaimanakan untuk mengelakkan daripada tanggapan Najib tidak tahu apa-apa mengenai perjalanan harian1MDB?
Tidakkah Najib juga berbohong dalam hal ini?

Kesihatan Anwar merosot, Izzah adakan sidang media esok

Nurul Izzah akan mengadakan sidang media pada Sabtu bagi menjelaskan keadaan kesihatan bapanya.
izzah, Anwar Ibrahim, sakit belakang

PETALING JAYA 29 MEI- Kesihatan Anwar Ibrahim yang kini menjadi mangsa tahanan politik di Penjara Sungai Buloh dikatakan semakin merosot.
Sehubungan itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya esok, jam 11.30 pagi.
Dalam sebaran Biro Komunikasi KEADILAN kepada pihak media hari ini, sidang media itu berkaitan isu kesihatan Anwar yang semakin membimbangkan.
Esok adalah hari ke 110 Anwar dipenjarakan.  Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun ini menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadapnya atas dakwaan melakukan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun Anwar menegaskan ia merupakan satu fitnah jahat dan konspirasi politik tertinggi untuk menghancurkan kariernya sebagai ketua pembangkang.
Ia juga mengulangi semula skrip sama yang pernah dihadapinya pada 1998, yang menyebabkan beliau disingkirkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.
Keputusan memenjarakan Anwar dikecam hebat Pakatan Rakyat, Badan Peguam, NGO dan pemimpin antarabangsa, termasuk ulama terkenal Sheikh Yusuf Al Qaradawi.

Gaji ADUN Pahang naik lebih 160%...kenapa macai diam..!!!

Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Terdahulu, rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan disokong oleh Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).

Adnan (bawah) berkata elaun ADUN Pahang kali terakhir disemak pada tahun 1980 dan ia telah ditangguhkan terlalu lama berbanding negeri-negeri lain yang telah melakukan pindaan.

Desak Isa Samad letak jawatan

Selain Isa, Anak turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap masalah yang dihadapi.
mazlan,isa
PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (Anak) mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad supaya meletak jawatan.
Ia susulah kerugian yang ditanggungnya selepas harga saham FELDA Global Venture (FGV) jatuh ke paras terendah, RM1.92 seunit berbanding harga pembukaannya RM4.55 seunit.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, Isa perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana ia telah menjejaskan warga FELDA.
“Isa Samad sepatutnya meletakkan jawatan dan bertanggungjawab atas ‘dosa dosa’ yang dilakukannya.
“Warga FELDA telah dan akan terus berdoa serta melakukan Solat Hajat ke atas kamu, Tan Sri Isa Samad.
“Doa orang yang dizalimi, tiada hijab di sisiNya’,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Selain Isa, dia turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap kegelisahan peneroka berhubung status tanah dan kedudukan Koperasi Permodalan FELDA yang dikatakan sedang terumbang ambing.
Mazlan mendakwa, simpanan FELDA mula berkurang kepada RM1.35 bilion sejak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih tanggungjawab penuh ke atas FELDA sekitar tahun 2004.

1MDB secures $1b from Abu Dhabi fund ahead of deadline

The amount will be used to repay a $975 million loan to the syndicate in advance of the due date.
Ahmad-Husni-Hanadzlah_1mdb_
KUALA LUMPUR: Malaysia’s state fund 1Malaysia Development (1MDB) has signed a deal securing $1 billion in funding from Abu Dhabi’s International Petroleum Investment Company (IPIC) and its Aabar Investments unit ahead of a June 4 deadline to repay a loan to an international bank syndicate.
Malaysia’s finance ministry said in a statement on Friday that the amount will be used to repay a $975 million loan to the syndicate in advance of the due date. Securing the funds marks a major milestone in plans to restructure loss-making 1MDB.
“This agreement marks a significant step towards reducing 1MDB’s overall debt levels, and is a crucial part of the rationalisation plan I presented to cabinet earlier (Friday),” deputy finance minister Ahmad Husni Hanadzlah said in a statement.
The government official said the ministry expects plans to restructure 1MDB to be implemented “in full by early next year”.
- Reuters

Hutang kerajaan dipindah kepada rakyat menerusi GST

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menguruskan kewangan dengan baik menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang.
mahathir,najib.gst
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak cuba meletakkan kelemahan pentadbirannya di atas bahu rakyat dengan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, di bawah pentadbiran Najib, ekonomi negara sangat bermasalah kerana perbelanjaan tidak berhemah dan tidak terurus.
Katanya, pemberian wang kepada rakyat menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) salah satu punca kadar desifit negara meningkat.
“Memberi duit kepada rakyat mungkin menjadikan Najib popular tetapi dalam kebanyakkan kes, memberi wang bukan penyelesaiannya. Adalah lebih baik mendidik dan melatih mereka dengan kemahiran untuk mendapat kerja dengan pendapatan lebih tinggi.
“Defisit negara meningkat kerana perbelanjaan tidak berhemah, meningkatkan gaji minimum tanpa meningkatkan produktiviti, menambah hari cuti dan menggantikan hari bekerja jika cuti umum jatuh pada hujung minggu dan berbelanja untuk barangan mewah.
“Jika Najib bijak menguruskan kewangan, GST tidak perlu dikenakan terhadap rakyat,” tulisnya di blog, chedet.cc.

Saham FGV: Adakah Felda akan berhutang lagi?

KUALA LUMPUR: Sewaktu Tan Sri Raja Alias, selaku Pengerusi Felda bersara pada tahun 2001, beliau meninggalkan jasa yang banyak, kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

"Antara yang diingati, simpanan tunai Felda mencecah RM4.08 bilion manakala hutang Felda dengan Kerajaan Pusat berjumlah RM1 bilion pun telah dilunaskan," ujarnya.

Sebelum itu, katanya hutang dengan Bank Dunia sebanyak RM4 bilion telah dilangsaikan sejak tahun 1996 lagi.

Menurutnya, suatu ketika ada 13 tabung diwujudkan bagi kepentingan masyarakat Felda seperti tabung tanam semula, insurans ladang, latihan, pinjaman pelajaran, pinjaman pembesaran rumah, usahawan dan lain-lain.

"Saya tidak pasti, berapa tabung yang masih aktif dan berperanan membantu peneroka dan generasi baru Felda," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab penuh ke atas Felda sekitar tahun 2004 di mana dalam tempoh 5 tahun, simpanan Felda tinggal RM1.35 bilion.

Tambahnya, amat mengejutkan Felda kemudiannya meminjam RM6 bilion daripada KWSP.

"Ertinya, dari mempunyai rezab RM4 bilion, kembali berhutang!" ujarnya lagi.

Menurut Mazlan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dalam kenyataan balasnya terhadap kenyataan beliau menyebut 'kesediaan KWSP memberi pinjaman adalah suatu penghormatan ke atas Felda'.

TRX, Bandar Malaysia cari dana untuk selesaikan hutang 1MDB

Dua projek utama di bawah 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB), Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia akan digunakan untuk mengumpul dana serta membantu membayar hutang syarikat tajaan kerajaan itu.

Mengumumkan langkah berkenaan, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, di bawah pelan rasionalisasi yang dikemukakan kepada kabinet pagi ini, TRX dan Bandar Malaysia akan diasingkan daripada 1MDB.

Katanya, TRX dan Bandar Malaysia bakal menjadi entiti bebas untuk mengumpul ekuiti melalui pihak ketiga sebelum menyalurkan dana kepada 1MDB untuk membolehkan hutang dibayar.

"Ini akan menyaksikan TRX dan Bandar Malaysia sebagai syarikat tersendiri dengan autonomi serta pertanggungjawaban penuh ke atas operasi dan kewangan," katanya.

Pelabur dari UAE selamatkan 1MDB dari masalah hutang

Sebuah syarikat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar AS$975 juta (RM3.57 bilion) daripada hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bayaran itu dibuat kepada sebuah konsortium bank antarabangsa yang membuat tuntutan empat bulan lebih awal daripada 1MDB.

Ahmad hari ini menyerahkan satu kertas cadangan mengenai pelan penstrukturan semula 1MDB kepada kabinet hari ini.

Katanya, 1MDB kini memasuki fasa menyempurnakan perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments.

"Dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, IPIC akan membuat bayaran AS$1 bilion (RM3.66 bilion) pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Wang ini akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta sebelum tarikh sepatutnya kepada bank peminjam," katanya.

Isteri Tak Dengar Kata..Perlukah Kahwin Lain? - Ustaz Azhar Idrus

Solat Musafir Dalam Keretapi, Kapal Terbang & Kereta - UAI

Bagaimana Tanda Hati Sudah Gelap? - Ustaz Azhar Idrus

Darah Haidh Yang Berhenti Sekira-kira Sempat 1 Rakaat Solat - UAI

Nak Pulangkan Barang Curi Tapi Tidak Kenal Tuannya - Ustaz Azhar Idrus

Benarkah Solat Kena Bayangkan Wajah Nabi? - Ustaz Azhar Idrus

Sunnah Pakai Minyak Wangi Di Kening & Belakang Telinga - UAI

Syak Kawan Beri Hadiah Dengan Duit Haram - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ambil Upah Mengajar Al-Quran - Ustaz Azhar Idrus

Pak Lah tak bermewah, tapi sanggup berundur kata Mahathir

'Najib 'kelemasan', terpaksa guna sultan untuk bergayut'

Dr M: Duit 1MDB lesap, kecuali terbukti sebaliknya

Kubur besar, KPN perlu akui kelemahan, kata PKR

Kelemahan dan gejala rasuah berleluasa agensi penguatkuasaan menjadi antara faktor utama aktiviti kegiatan pemerdagangan manusia memasuki sempadan negara secara bebas tanpa kebimbangan ditangkap, kata PKR.

Susulan penemuan kubur besar-besaran di kawasan dipercayai dijadikan kem tahanan oleh penyeludup manusia, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya mengakui kelemahan pasukan keselamatan mengawal sempadan tanah air.

"Semua pihak mengetahui, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan rasuah dalam agensi penguatkuasaan adalah punca utama penyeludup manusia memasuki sempadan negara dengan bebas, tanpa rasa takut akan ditangkap.

"Persoalannya, bila ketua polis negara akan mengakui kegagalan kawalan keselamatan di sempadan daripada dicerobohi penyeludup manusia?" kata Gooi dalam satu kenyataan hari ini. Isu pemerdagangan manusia, katanya, adalah penting dan membabitkan keselamatan negara.

"Orang ramai menuntut jawapan penuh terhadap siasatan yang dilakukan pihak polis berhubung penemuan kubur besar sejak Mei," katanya, dan menambah, orang ramai ingin mengetahui jumlah agensi kerajaan yang disiasat.

"Dan jika ada mana-mana pegawai agensi penguatkuasaan yang ditahan atau dipindahkan susulan aktiviti pemerdagangan manudia di sepanjang sempadan."

Gooi berkata, Khalid tidak sepatutnya menjadikan kesukaran laluan sebagai alasan tidak mengetahui berkenaan kedudukan kem penyeludupan manusia di sepanjang sempadan tanah air.

Muktamar PAS: 'Budak DAP' serangan terakhir buat Ahmad Awang

Seminggu sebelum pemilihan PAS, kumpulan pendukung status quo dalam parti itu mula menyerang keras pencabar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki hari ini memberi amaran jika berlaku perubahan kepimpinan utama, parti itu pasti akan menjadi “budak suruhan DAP”.

“Sekiranya cubaan mereka menyingkirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kumpulan yang mendukung kepimpinan ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi 'budak suruhan DAP' dalam Pakatan Rakyat,” kata Zuhdi.

Beliau juga mendakwa calon presiden Ahmad Awang mengetuai “kumpulan yang lunak dengan DAP” di samping “blok kepimpinan ulama” yang mendukung Hadi.

NGO lantang digerakkan ahli PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), turut dispekulasi terlibat dalam sebuah “rancangan besar” untuk mempengaruhi keputusan pemilihan parti itu kali ini.

Dosa Mengambil Hak Orang - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pakai Kopiah Macam Ustaz..Rambut Terkeluar - UAI

Bagaimana Nak Bersemangat Dalam Belajar? - Ustaz Azhar Idrus

Sekolah didakwa kenakan GST, ibu bapa buat aduan

Banyak sebab untuk Najib turun - Tun M

SHAH ALAM - Ada banyak lagi sebab lain untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai pemimpin negara ini.
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, Najib dengan jelas telah membuat kesilapan lebih besar daripada perdana menteri sebelumnya.
 
“Pemimpin yang dipilih tidak kebal daripada disingkirkan sebelum tempohnya berakhir. PM sebelum ini juga dipilih malah dengan majoriti yang lebih besar, tetapi beliau dipujuk untuk berundur.
 
“Jadi, apa salahnya jika meminta PM sekarang turun. Beliau secara jelas telah membuat kesilapan besar di dalam negara ini daripada perdana menteri sebelumnya,” katanya melalui catatan di blognya, hari ini.
 
Menurut Tun Mahahtir, sebelum Najib tiada cakap-cakap tentang kehidupan mewah seorang perdana menteri yang berbelanja barang-barang mewah.
 
“Sesetengah cakap-cakap itu mungkin tidak benar tapi cakap-cakap seumpama itu tidak kedengaran semasa perdana menteri sebelum-sebelumnya.
 
“Ia wujud mesti kerana hasil daripada cara hidup yang jauh berbeza daripada seorang perdana menteri...Untuk alasan ini dan banyak lagi, Najib kena turun,” katanya.

'Apa tujuan berbohong?' - Tun M

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa syarikat milik kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
 
Melalui laman blognya semalam, bekas perdana menteri itu berkata, apakah 1MDB, dengan pengetahuan penasihatnya, terlibat dengan pengubahan wang haram, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.
 
Menurut Dr Mahathir,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah menjelaskan wang AS$ 1 bilion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan mengganggu urusan keluar masuk wang yang lebih daripada RM50 juta.
 
Beliau berkata, Singapura juga memeriksa dengan teliti wang masuk dan keluar negara itu bagi mengelak jenayah pengubahan wang haram.
 
Jelasnya, bank-bank di negara ini telah diarah untuk menyoal siasat urusan lebih daripada RM50,000 namun ia tidak menjadi masalah jika  siasatan mendapati ia tiada kaitan dengan pengubahan wang haram.
 
“Apakah 1MDB tidak tahu peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?
 
“Apakah tujuan sebenar kerajaan berbohong tentang penyimpanan wang ini di Singapura? Yang sebenarnya tidak ada wang disimpan di sana,” katanya. 
 
Dr Mahathir berkata, jika tidak dapat dibuktikan wang itu ada di Singapura, pegawai dan menteri bersalah kerana berbohong.
 
Beliau berkata demikian melalui entri terbarunya bertajuk ‘Siapa Bertanggungjawab’ yang tersiar dalam blognya chedet.cc, semalam.
 
Beliau juga membangkitkan persoalan, kemungkinan wang lebih AS$ 1 bilion itu sudah hilang.

Jho Low sudah pulang, adakah dia di sini untuk bertemu PAC?

oleh Robin Stanley Augustin
Lelaki antarabangsa yang misteri sudah pulang ke tanah air.
Kita tidak bercakap tentang James Bond, tetapi ahli perniagaan kontroversi yang dipercayai berada di tengah-tengah kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (IMDB) yang menanggung hutang besar- jutawan berusia 28 tahun Low Taek Jho.
Lewat malam semalam, Semut Harian memperolehi laporan yang lelaki berasal daripada Pulau Pinang itu berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur.
Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dikesan berada di dalam Penerbangan 729 Cathay Pacific dari Hong Kong, yang memulakan perjalanan dari Jepun. Semut Harian berjaya memperolehi foto Low di atas kapal terbang.
Dipercayai yang Low merupakan antara penumpang terakhir dalam penerbangan yang berlepas pada jam 4 petang masa tempatan semalam. Dia menaiki pesawat itu bersama-sama dengan seorang lelaki berpakaian biasa dan duduk di kerusi barisan akhir.

Low, yang memakai baju batik hitam putih, kemudiannya bertemu dengan seorang lelaki India tinggi lampai di jejantas penghubung terminal selepas kapal terbang itu mendarat di KLIA pada jam 7.43 malam, sebelum tergesa-gesa meninggalkan terminal.
Saga 1MDB menjadi semakin menarik.
Mengapakah Low kembali ke Malaysia?
Pastinya dia tidak berada di sini untuk bertemu dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang telah berkata tiada keperluan mendesak untuk menyoal siasat Low atau Perdana Menteri Najib Razak berkenaan peranan mereka di dalam 1MDB.
Kepulangan Low pastinya menarik perhatian selepas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy melakukan perbincangan panjang dengan presiden Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional Shahrir Samad seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider baru-baru ini.
Pertemuan itu menimbulkan kemarahan rakyat seperti yang terbukti dalam ruangan komentar laporan itu, terutama kerana Arul dan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi gagal menghadiri pertemuan dengan PAC untuk menjelaskan kekusutan masalah 1MDB pada 26 Mei.

Adakah sudah sampai masanya kerajaan kembali menambat ringgit?

oleh Sonia Ramachandran
PETALING JAYA: Perlukah ringgit yang semakin menjunam nilainya, kembali ditambat kepada dolar Amerika (USD)?
Memandangkan kedudukannya sebagai matawang paling teruk jatuh di Asia tahun ini, wujud spekulasi yang ia akan kembali ditambat.

Walaubagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong (kiri) dilaporkan berkata pada 30 Mac yang kerajaan tidak akan melakukan tindakan drastik seperti mengenakan kawalan kapital atau menambat ringgit.
Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu, dia mengakui wujud spekulasi meluas  yang kerajaan merancang untuk kembali menambat ringgit berikutan penurunan menjunam nilainya dan pengurangan pendapatan hasil minyak negara.
“Pada 1997, rizab negara hanyalah RM 60 bilion tetapi kini rizab kita meningkat sehingga RM 386 bilion.
“Kerana itu, kerajaan tidak merancang untuk melakukan tindakan pengawalan kapital yang pernah diambil sewaktu krisis kewangan Asia. Langkah seperti penambatan ringgit hanya akan dilakukan dalam situasi yang memerlukan tindakan mendesak.
“Turun naik nilai ringgit bukanlah sesuatu yang luar biasa, terutama sekali apabila ekonomi dunia sedang berdepan dengan pelbagai cabaran,” Chua dilaporkan berkata sebagai balasan kepada MP Kalabakan Abdul Ghapur Salleh di Parlimen.
Gabenor Bank Negara (BNM) Zeti Akhtar Aziz juga dipetik sebagai berkata yang negara tidak akan menambat ringgit kepada dolar Amerika kerana ia boleh menyebabkan “masa perubahan yang panjang” dan “kesakitan” kepada negara.
Tetapi bukankah penambatan diperlukan bagi menghalang kejatuhan yang lebih teruk?

Bercakap dengan Semut Harian, pakar ekonomi Prof Dr Amir Hussin Baharudin (kanan) nampaknya tidak bersetuju.
“Saya tidak fikir ringgit perlu ditambat. Apabila ia dilakukan, selalunya pada nilai RM 7.20 bersamaan dengan satu pound dan lebih kurang RM 4 untuk satu USD.
“Kerana itulah kita menambatnya pada RM 3.80. Kita masih belum mencapai situasi genting itu. Jika sudah sampai masanya, maka ketika itu kita perlu lakukan apa yang perlu dilakukan,” katanya.
Amir Hussin juga berkata yang nilai ringgit ialah tentang “asas ekonomi”.
“Nilai ringgit berfungsi tentang bagaimana orang meletakkan nilai kepadanya. Dalam kata lain, ianya merujuk kepada asas ekonomi, misalnya, kadar pertumbuhan negara.
“Jika kadar pertumbuhan baik dan harga barangan bersesuaian, saya tidak melihat wujudnya sebab untuk ringgit ditambat,” katanya.

Tun Mahathir perjelas 'kekeliruan' tentang 1MDB, GST

KUALA LUMPUR: Pembayaran semula hutang dan pertanggungjawaban akibat kehilangan wang adalah dua perkara berbeza, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam menjelaskan tentang kekeliruan antara dua perkara itu, bekas Perdana Menteri itu memberi pandangan tentang bagaimana kehilangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mencetuskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan bagaimana kepimpinan yang lemah boleh menggoyahkan negara.

Berikut adalah catatan terbaharu dari blog chedet.cc:

Mengenai 1MDB

1. Terdapat beberapa kekeliruan mengenai pembayaran semula hutang dan kehilangan wang 1MDB.

2. Walaupun hutang telah dibayar sepenuhnya melalui penjualan aset yang dibeli 1MDB, itu tidak bermakna 1MDB bebas daripada pertanggungjawaban bagi kerugian yang mencecah berbilion-bilion.

3. Dalam bisnes, wang boleh hilang akibat pelaburan dan pengurusan yang salah. Itu boleh diterima walaupun CEO dan pengurus syarikat akan dipecat.

4. Namun, apabila wang sudah tiada dan pihak pengurusan tidak boleh menjelaskan ke mana ia ‘pergi’ dan bagaimana ia hilang maka pihak pengurusan perlu bertanggungjawab walaupun ada jaminan atau hutang telah dibayar.

5. Oleh yang demikian, dengan wang yang didakwa dilaburkan di Pulau Cayman dan walaupun dikatakan telah dibawa pulang dan kini di Singapura, kewujudan wang itu tidak dapat dibuktikan dalam bentuk fizikal. Maka pihak pengurusan perlu bertanggungjawab atas kehilangannya dan tanggapannya adalah pihak pengurusan telah tersalah urus wang itu melainkan dibuktikan sebaliknya.

Mengenai GST

6. Sementara itu tentang GST, bayaran tambahan yang dikenakan perlu ditanggung oleh rakyat. Mereka perlu membayar lebih atas setiap yang mereka beli. Ini bermakna kuasa membeli mereka semakin rendah. Dalam erti kata lain mereka menjadi semakin miskin untuk menambah kekayaan Kerajaan.

7. Walaupun barangan yang dibeli tidak dikenakan GST, namun pihak pembekal yang membekal barangankepada peruncit terpaksa menaikkan harga kerana mereka juga perlu membayar GST. Peruncit yang menanggung kos tinggi pula akan menekan harga ke atas pelanggan. Akhirnya, rakyat yang menanggung kos GST.

Apa salah suruh undur, prestasi Najib terburuk sebagai PM, kata Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada salahnya menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk berundur kerana masalah dalam negara yang dibuat perdana menteri itu lebih buruk berbanding penyandang jawatan berkenaan sebelum ini.

 Dr Mahathir berkata pemimpin yang dipilih rakyat juga tidak terlepas daripada gesaan meletakkan jawatan walaupun penggal pemerintahannya belum berakhir.

“Perdana menteri sebelum ini juga dipilih (menerusi pilihan raya) malah dengan majoriti yang lebih besar.

“Namun beliau juga dipujuk untuk berundur oleh perdana menteri sekarang,” kata Dr Mahathir menerusi blog popularnya, chedet.cc hari ini.

Najib pada Rabu berkata kebanyakan tuduhan yang dilemparkan Dr Mahathir terhadapnya "tidak adil dan mengelirukan” selain menggesa biar generasi berikutnya mentadbir negara. "Malaysia ialah sebuah demokrasi. Saya dilantik oleh Umno, dan rakyat negara ini, untuk memimpin mereka.

"Oleh itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.

Dr Mahathir berkata tiada cakap-cakap mengenai perdana menteri sebelum ini yang berbelanja mewah, membeli barang-barang mahal dan berkehidupan mewah.

 Katanya, walaupun mungkin khabar angin yang didengarnya tidak benar tetapi perkara berkenaan tidak pernah berlaku kepada perdana menteri sebelum ini.

Forum PAS Pasca Muktamar 2015

Mangsa Tembak Menang Saman Polis dan Kerajaan

Dr M: GST untuk selamatkan kerajaan

'Najib punca krisis keyakinan terhadap kepimpinan dalam Umno' - ZAM

Ahmad Awang ada kredibiliti satukan ahli Pas

SHAH ALAM – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang disifatkan mempunyai kredibiliti untuk menyatupadukan kembali perpecahan dalaman Pas dan PR namun kemampuannya untuk melaksanakan perkara tersebut tidak dapat dijangka lagi.
 
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pengalaman Ahmad kira-kira 17 tahun dalam Persatuan Ulama Malaysia menjadi antara bekalan buat bekas Naib Presiden Pas itu.
 
“Ahmad Awang ini mempunyai kredibiliti atau ada nama dalam ulama. Dia dulu merupakan pemimpin Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun. Jadi, dari situ mungkin dia ada kapasiti atau pengaruh untuk menyatukan ketiga-tiga golongan dalam Pas (ulama, profesional dan aktivis) sebab dia dikatakan keluar daripada kelompok yang pro ulama walaupun dia ulama.
 
“Jadi, mungkin atas dasar itu, dia melihat sebagai orang luar yang boleh menyatupadukan ketiga-tiga golongan itu. Jika melihat kepada pengalamannya dalam Pas sebagai Naib Presiden dan Persatuan Ulama Malaysia ini, mungkin dia ada peranan yang boleh dimainkan di situ,” katanya kepada Sinar Online.
 
Namun katanya, sejauh mana Ahmad mampu menyatukan kelompok dalam Pas itu akan menjadi satu cabaran yang besar.
 
“Tetapi sejauh mana dia boleh menyatukan ketiga-tiga kelompok dalam Pas ini, adalah satu cabaran yang besar buat dia. Sebab apabila berlaku pemilihan parti, akan berlaku keretakan, pergeseran dan perpecahan.
 
“Jadi, sejauh mana dia ada kekuatan dan pengaruh untuk menyatukan kembali Pas selepas bulan depan ini adalah cabaran untuk beliau,” katanya.

Muktamar PAS: Penganalisis bimbang bulan mula gerhana

Seminggu sebelum muktamar mendebarkan PAS minggu depan, penganalisis menyuarakan kebimbangan terhadap hala tuju PAS yang dilihat berpotensi semakin 'gerhana'.

Penyelidik kanan di Pusat Kajian Demokrasi Asia Timur di Universiti Kebangsaan Taiwan Dr Bridget Welsh melihat gejala nepotisme kini mula berkembang dalam PAS.

Ini susulan trend pencalonan yang memperlihatkan calon-calon dicadangkan berdasarkan kedudukan bapa mereka dalam parti Islam itu.

Pengamat yang meneliti politik PAS daripada dekat itu bagaimanapun tidak menolak bahawa golongan itu mungkin mempunyai pandangan berbeza dengan anggota keluarga masing-masing.

"Pada muktamar kali ini, calon-calon dalam pemilihan bergerak berdasarkan kedudukan bapa mereka.

"Dalam beberapa kes, anak lelaki mereka ini juga bergerak dalam platform yang melanggar prinsip-prinsip yang bapa mereka tegakkan," tulis Welsh dalam ulasannya di Malaysiakini hari ini.

Welsh juga menyebut nama Nik Abduh yang dilihat mempunyai prinsip berbeza dengan bapanya allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Pada pemilihan kali ini, Nik Abduh menentang penyandang Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dalam pertembungan satu lawan satu.

Selain itu, Welsh turut membangkitkan bagaimana pertikaian antara individu tidak sependapat berlangsung.

"Dalam kempen pilihan raya parti ini, ramai pihak yang mempertikaikan tentang individu yang dilihat berhak dengan jawatan tersebut hanya kerana mereka duduk bersama mereka berbanding bagaimana mereka menjalankan tugas mereka.

Mungkin wujud dua kumpulan menjelang Muktamar ke 61

Mungkin wujud dua kumpulan menjelang Muktamar
KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob tidak menolak kemungkinan pertembungan dua aliran kepimpinan iaitu mempertahankan Pas dalam PR atau mahu meninggalkan pakatan itu Muktamar nanti.
 
Menurutnya, pertembungan itu bukanlah satu perkara yang mustahil kerana ia asam garam yang biasa wujud dalam dunia berpolitik dan berparti.
 
“Kita tidak boleh lari dah, akan ada sedikit sebanyak sokongan kepada mana-mana pihak, tapi yang boleh menentukan adalah muktamar, kita beri ruang di muktamar nanti, kerana kita mengamalkan sistem demokrasi,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.
 
Beliau diminta mengulas kenyataan Mohammad Faiz Fadzil, anak bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang memberitahu pemilihan sempena muktamar Pas kali ini bakal menyaksikan pertembungan dua golongan iaitu aliran kepimpinan yang mahu mempertahankan Pas dalam PR dan satu kumpulan lagi yang mahu Pas meninggalkan parti pembangkang.
 
Menurutnya, muktamar perlulah dijadikan medan untuk menyelesaikan segala kemelut dan ia juga seharusnya dijadikan forum terbaik untuk memberi pandangan masing-masing.
 
Malah, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan turut menyifatkan tindakan berbincang di medan muktamar lebih baik dan terkawal daripada mengeluarkan pandangan di luar.
 
“Lebih baik daripada kita mengeluarkan pandangan kita di luar. Mungkin ada (pertembungan), kalau ada, baru lah kita akan lihat pandangannya dan sebagainya,” katanya.
 

Kg Gatco: Polis didakwa buka zip, cuba tunjuk kemaluan


Penduduk Kampung Gatco, Negeri Sembilan menuduh seorang anggota polis tempatan membuat gangguan seksual kepada beberapa orang wanita.

Dakwaan terhadap Sarjan Mejar Abu Bakar Ibrahim daripada balai polis Air Hitam itu kini dikongsi meluas di Facebook.

Berdasarkan laporan polis penduduk kampung yang diperoleh Malaysiakini, penduduk ditahan polis ketika mahu menyelidik kes kecurian di ladang getah kampung itu petang semalam.

Ladang itu kini dalam pertikaian selepas ia dibeli oleh syarikat swasta yang mahu penduduknya beredar.

“Secara tiba-tiba Sarjan Mejar Abu Bakar dari balai polis Air Hitam menahan kami lalu menghina kami dengan kata-kata lucah.

“Lalu beliau memberitahu kami bahawa beliau sudah lama tidak tidur dengan isterinya, Sarja Mejar Abu Bakar juga mengajak beberapa orang perempuan yang berada di tempat kejadian untuk tidur dengan beliau.

“Beliau juga membuka zip seluarnya dan cuma menunjukkan kemaluannya kepada kami,” menurut laporan polis itu.

Seminggu saja, 'Tutup 1MDB' kutip RM10,000

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) sudah mengumpulkan RM10,000 bagi kempen “Tutup 1MDB”, syarikat cetusan ilham perdana menteri yang dipertikaikan daripada segenap aspek.

Daripada jumlah itu, kira-kira 1,000 orang sudah menyahut kempen menyumbang RM10 setiap seorang yang hanya dimulakan lapan hari lepas.

Dengan itu, NGO diasaskan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli itu hanya memerlukan separuh lagi dana untuk meneruskan usaha memfailkan tindakan undang-undang dan menjalankan kaji selidik bagi menentukan sikap rakyat pada 1MDB.

Rafizi hari ini mengumumkan perkembangan itu di Facebook beliau.

“Alhamdulillah selepas 1 minggu, kutipan kempen ‪#‎tutup1MDB‬‪#‎kembalikanwangrakyat‬ telah melepasi RM10,000,” tulisnya.

Beliau juga menjangkakan akan dapat memfailkan saman di mahkamah pada 1MDB tidak lama lagi.

“Insya-Allah saman akan difailkan minggu depan dan peguam sedang menyiapkan tiga saman itu.

“Jika anda belum menderma, masih belum terlambat,” katanya.

Injuksi pada KWSP, KWAP, TH

Rafizi pada 21 Mei lalu meminta orang ramai menyumbangkan RM10 setiap seorang bagi menjayakan kempen “Tutup 1MDB” yang dijalankan NOW.

Tutup 1MDB: Saya tak kutip dana haram, kata Rafizi

Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli mempertahankan dirinya daripada dakwaan mengutip dana secara haram melalui kempen 'Tutup 1MDB' yang dilancarkannya minggu lalu.

Katanya, tindakan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), NGO yang diasaskannya, mengutip sumbangan tidak melanggar undang-undang.

NOW didaftarkan bawah akta syarikat dan susulan itu kempen beliau diserang hebat di Internet oleh pengguna maya pro-BN, yang dipercayai Rafizi sebagai “askar upahan”.

“Ini tindakan murahan oleh Umno kononnya untuk mengalihkan perhatian dari skandal RM42 bilion 1MDB dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan).

“Lalu dibayarnya aktivis upahan ini untuk membuat bising untuk menutup kemarahan rakyat,” katanya.

Rafizi berkata akta syarikat tidak menghalang entiti bawahnya beroperasi bagi tujuan bukan keuntungan dan menjadi amalan biasa banyak rumah amal dan NGO lain.

“Tindakan mengutip derma oleh entiti yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat tidak menyalahi undang-undang dan biasa dibuat.

1MDB: Rahman Dahlan pekena Shafie Apdal

Rahman mendakwa semua anggota Kabinet telah diberikan taklimat mengenai 1MDB oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Husni Hanadzlah
shafie afdalAbdul Rahman Dahlan
PETALING JAYA: Semua menteri Kabinet telah dimaklumkan status terkini dan hutang yang dihadapi oleh sayap pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, maklumat itu diberikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Husni Hanadzlah menerusi beberapa siri taklimat mengenai 1MDB.
Bagi menguatkan kenyataannya, Rahman memuat naik muka depan dokumen bertajuk ’1MDB factsheet’ yang dibentangkan kepada anggota Kabinet.
“Dalam ’1MDB Factsheet’ yang diedarkan dalam Mesyuarat Kabinet, info mengenai status terkini pelaburan, hutang dan harta 1MDB ada dimasukkan,” tulisnya di Twitter.
Status itu sekaligus menafikan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilaporkan berkata Kabinet tidak dimaklumkan mengenai masalah 1MDB.
Shafie berkata, anggota Kabinet lain tidak boleh dipersalahkan kerana mereka sendiri tidak jelas mengenai pelaburan dan masalah yang dihadapi 1MDB.

Najib penakut - Shahbudin

Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa mempersoalkan keberanian Perdana Menteri untuk berdepan dan berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Shahbudin-Husin_najib_mahathir_600
PETALING JAYA: Menulis dan menjawab di blog, tidak memberi nilai tambah kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk mendapat lebih sokongan daripada rakyat.
Menurut bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin, pendekatan yang diambil Perdana Menteri itu menunjukkan beliau tidak berani untuk berdepan dan berdebat bagi menjawab segala kritikan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya.
“Menulis dan menjawab di blog, tidak memberi nilai tambah untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Najib kerana selagi tidak berani berdebat dengan Tun Mahathir, beliau tetap dianggap sebagai “penakut” dan tidak mampu mempertahankan hujahnya secara berdepan.
“Berbeza dengan Tun Mahathir, oleh kerana beliau diketepikan oleh media arus perdana, menulis atau menjawab di blog memberi kelebihan yang dinanti-nanti rakyat untuk mendapatkan penjelasan daripadanya”, tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.
Mengulas mengenai kenyataannya, Shahbudin dengan sinis meminta Penasihat Program Khas Perdana Menteri, Tan Sri Lim Kok Wing supaya menasihat Najib supaya berdebat.

Akhbar Thailand hina Najib

Karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib turut diselitkan dengan kapsyen yang menyindir.
najib,karikatur
PETALING JAYA: Sebuah akhbar Thailand menyiarkan karikatur kartun yang dianggap menghina negara ini.
Ia menunjukkan seorang pegawai polis sedang memegang penyodok dengan tanah di hadapan timbunan tengkorak dengan diperhatikan dengan tiga wanita yang yang mewakili tiga kaum utama di negara ini.
Selain itu, karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib turut diselitkan dengan kapsyen yang menyindir.
“Terang-terangan kartun ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan”, antara kapsyen yang tertera dalam ruangan berkenaan.
Selain itu, ia juga memperlekeh kempen pelancongan yang sedang dipromosi Malaysia dan mengaitkannya dengan isu pelarian Rohingya.
Kartun yang terbit dalam akhbar The Nation dikesan oleh wartawan AFP, Parameswaran Ponnudurai yang kemudian bertindak berkongsinya dalam halaman Facebook beliau.

1MDB perlu bertanggungjawab walaupun hutang langsai, kata Dr M

Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih perlu bertanggungjawab atas kerugian berbilion ringgit walaupun semua hutangnya dibayar melalui penjualan aset, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam perniagaan kerugian boleh terjadi disebabkan kelemahan pelaburan atau pengurusan, dan itu tidak boleh diterima walaupun pengurus dan ketua pegawai eksekutifnya dipecat.

"Apabila wang hilang dan pengurusan tidak mampu menjelaskan ke mana dan bagaimana ia boleh lesap maka pengurusan masih perlu bertanggungjawab walaupun ada cara untuk menyelamatkan atau hutang dibayar," katanya melalui tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini.

GST hanya untuk selamatkan kerajaan, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mengatakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya untuk menyelamatkan perbelanjaan Putrajaya yang semakin defisit setiap tahun.

Bekas perdana menteri itu dalam tulisan blog terbaru hari ini berkata, Putrajaya sepatutnya boleh mengelak daripada mengenakan cukai itu terhadap rakyat dengan menjimatkan perbelanjaan sendiri. "Dana tambahan dikutip melalui perbelanjaan rakyat.

Mereka terpaksa bayar lebih bagi setiap pembelian, maknanya kuasa beli mereka menurun. Erti kata lain, rakyat semakin miskin hanya semata-mata untuk mengayakan kerajaan.

 "Dengan memperkenalkan GST, kerajaan sebenarnya menyuruh rakyat termasuk mereka yang bukan golongan pembayar cukai, menyelamatkan kerajaan," katanya melalui tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini.

Dr M: 1MDB diandai bersalah sehingga wang ditemui


Pihak pengurusan 1MDB mesti diandaikan bersalah sehingga jumlah wang yang besar yang masih tidak dapat dikesan sebelum ini, ditemui, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, wang itu merujuk kepada pelaburan AS$1.103 bilion (RM4 bilion) 1MDB di Kepulauan Cayman yang status sebenar masih menjadi misteri.

"Dengan wang itu didakwa telah dilaburkan di Kepulauan Cayman dan walaupun didakwa ia telah dibawa balik dan kini di Singapura, wang itu tidak boleh ditunjukkan berada di sana dalam bentuk ketara (tangible).

"Maka pihak pengurusan akan dipertanggungjawabkan atas kehilangannya.

"Andaian mestilah bahawa pihak pengurusan telah menyalahgunakan wang itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya," katanya dalam satu catatan di blog beliau pagi ini.

'Pak Lah tak bermewah, tapi sanggup berundur' - Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Razak harus meletak jawatan kerana menimbulkan masalah besar yang tidak pernah berlaku semasa pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

Mahathir berkata, penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak dituduh menjalani kehidupan mewah, namun sanggup meletak jawatan sebelum tamat penggal.

“Sebelum ini, tiada cakap-cakap mengenai perbelanjaan boros perdana menteri, membeli barangan mahal, menjalani kehidupan mewah.

"Sebahagian daripada cakap-cakap ini mungkin tidak benar, namun ia tidak pernah timbul semasa pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

"Cakap-cakap seperti ini pasti timbul disebabkan gaya hidup perdana menteri yang berbeza daripada yang diharapkan,” kata Mahathir dalam tulisan di blognya, chedet.cc.

Mahathir menjawab kenyataan Najib yang bertegas untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal jawatannya.

Presiden 1MDB digesa henti putar belit fakta

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy perlu berhenti memutar belitkan fakta dan berterus-terang sama ada beliau pernah atau tidak memberikan penyata palsu kepada Bank BSI di Singapura atau mana-mana bank seperti yang didedahkan laman Sarawak Resport baru-baru ini, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, Arul perlu jujur mengakui dakwaan syarikat pelaburan yang bermasalah itu menyerahkan surat palsu menggunakan 2 nama bank diberikan kepada Bank Negara Malaysia.

"Lebih banyak dia cuba lari daripada topik, lebih besar risiko beliau memalukan diri sendiri nanti," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan hari ini.

Arul semalam mendakwa portal pemberi maklumat itu berbohong mengenai 1MDB memberikan kenyataan palsu kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd di BSI Bank, Singapura. "Ini satu pembohongan.

Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan begitu kepada Bank Negara. "Untuk menyatakan sebaliknya adalah terang-terangan palsu dan tidak betul, begitu juga apa-apa dakwaan yang berdasarkan premis ini," kata Arul dalam satu kenyataan.

1MDB mempunyai hutang sebanyak kira-kira RM42 bilion tetapi Putrajaya berkata, asetnya yang berjumlah RM51 bilion boleh menampung jumlah itu.

Pua bagaimanapun berkata, Arul cuba mengelirukan tanggapan awam kerana selepas meneliti laporan Sarawak Report, portal itu tidak mengatakan Arul mengemukakan "penyata palsu kepada BNM".

Jabatan Audit Negara disyor diletak di bawah Parlimen

Seorang ahli Parlimen mencadangkan Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah Parlimen bagi memelihara kewibawaan dan integritinya.
Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata langkah itu sekali gus dapat menangkis dakwaan dan persepsi negatif yang sering ditimbulkan sesetengah pihak terhadap jabatan itu.
"Dalam terus memastikan kecekapan dan integriti Jabatan Audit Negara yang sememangnya bertindak mendukung prinsip tidak takut dan tidak memihak serta memberi laporan tiada berat sebelah, adalah wajar meletakkan ia terus di bawah Parlimen.

"Ini akan mencantas segala dakwaan dan persepsi negatif yang sering ditimbulkan terhadap jabatan ini sekali gus ia berkecuali, telus dan berkredibiliti," katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata cadangan itu membolehkan jabatan berkenaan tidak lagi perlu terikat dengan syarat dan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Irmohizam turut menyokong cadangan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dikembalikan semula dalam memastikan Parlimen kekal bebas dan berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Beliau berkata Parlimen perlu bebas mengawal selia aspek pentadbiran dan kewangannya selaras dengan pembahagian kuasa 3 cabang utama iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman.
Katanya, ia selaras dengan hasrat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu memperkasa integriti institusi Parlimen.
Rafizi Ramli (PKR-Pandan) turut senada menyokong hasrat menambah baik Parlimen bagi memperkukuh kuasa legislatif.