Khamis, 28 Mei 2015

Rahsia demi rahsia terdedah menjelang muktamar ke 61 PAS

Perkara yang masih menimbulkan persoalan menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan adalah siapakah di belakang ‘laman hantu’ di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mei, 2015. 
Perkara yang masih menimbulkan persoalan menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan adalah siapakah di belakang ‘laman hantu’ di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mei, 2015.

Menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan, pelbagai rahsia dalam parti itu kini makin terdedah, menimbulkan persepsi ahli parti Islam itu pada realitinya berbeza daripada imej yang ditonjolkan mereka selama ini.
Paling panas, masih menimbulkan persoalan, siapakah di belakang "laman hantu" di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam parti itu selama ini.
Terbaru, audio perbualan telefon antara pegawai media di pejabat presiden PAS, Nurul Islam Mohamad Yusof, dengan Tuc Tok Usin Ceroi, didedahkan sendiri oleh pengguna Facebook yang tidak dikenali siapa tuannya yang sebenar itu.

Rakaman perbualan selama 10 minit 41 saat itu, yang menjadi viral dengan begitu cepat di media sosial, turut mendedahkan siapa di belakang kerja menyerang sebahagian pemimpin PAS hari ini. Ia mendedahkan, Nurul sangat mengenali Tuc Tok Usin Ceroi itu dan perbualan mereka membabitkan nama Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik yang banyak menyerang pimpinan parti itu.
Mokhtar dikatakan antara "orang di belakang" mereka selama ini, begitu juga seorang yang disebut sebagai "Ustaz Din", dipercayai merujuk kepada salah seorang ahli Parlimen PAS.
"Cuba amati minit akhir rakaman audio ini, jelas Nurul bocorkan identiti Tok pada orang luar... Nurul dah bocorkan identiti Tok pada polis.
"Dia fitnah Tok pada pimpinan dan jamaah, serta mengkhianati Tok dan 'team' Tok," tulis Tuc Tok Usin Ceroi dalam Facebook miliknya hari ini.
Tuc Tok Usin Ceroi juga mengaku, Nurul sebahagian dari pasukannya dalam melawan pihak yang digelar "jebon", iaitu nama yang diberikan Tuc Tok Usin Ceroi kepada pemimpin PAS yang dilihat tidak bersama ulama menjelang muktamar kali ini.
Sebelum dilantik sebagai pegawai media pejabat presiden, Nurul merupakan ketua unit media baru Dewan Pemuda PAS yang dipimpin Nasrudin Hassan ketika beliau menjadi Ketua Pemuda sebelum ini.

Adakah kemungkinan untuk keluar dari legasi pemimpin lama?

oleh Alyaa Alhadjri
Bagi Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat, mungkin sudah tiba golongan muda mengambil alih dan keluar daripada bayang-bayang dan legasi pendahulu mereka.
Memang, kuasa datang bersama-sama faedahnya. Tetapi tanggungjawab juga hadir bersama. Untuk mendapat kuasa bukan mudah, tetapi lebih sukar melepaskannya. Memang terlalu senang untuk menjadi terlalu selesa di kerusi empuk kekuasaan.
Apatah lagi apabila kuasa itu dikukuhkan dengan sistem yang sama untuk lebih separuh abad.
“Andalah yang akan mengambil alih,” kata mereka yang lebih berusia, walaupun tindakan mereka ternyata berbeza.
Siapakah ‘golongan muda’ yang diperkatakan mereka? Apakah kualiti yang diperlukan golongan ini untuk mendaki tangga kuasa?
Barangkali dalam kes ini, ada pengajaran yang boleh diambil daripada perdana menteri kita sendiri.
Tahunnya adalah 1976, dan Najib ketika itu adalah timbalan pemuda Umno.
Beliau baru berusia 23 tahun ketika dipilih untuk bertanding di Pekan – kampung halamannya – dan mengambil tempat ayahnya perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia.
Bermula dari itu, Najib mendaki hirarki parti dan memegang pelbagai kementerian, sebelum mengambil alih kepimpinan Umno dan jawatan perdana menteri daripada Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Lebih tiga dekad kemudian, Najib kini terpaksa mempertahankan dirinya daripada tokoh yang berperanan melancarkan kerjaya politiknya.
“Saya dipilih oleh UMNO dan rakyat negara ini, untuk memimpin mereka. Maka saya mempunyai mandat dan bertanggungjawab kepada parti serta rakyat, bukan kepada mana-mana individu.
“Pada pilihan raya umum dan pemilihan parti akan datang, parti dan rakyat boleh melaksanakan hak demokrasi mereka melalui peti undi,” kata Najib kepada Mahathir yang kini mengetuai desakan agar Najib mengundur diri.
Dalam jawapan balas terbarunya terhadap Mahathir, Najib berkata: “Sepanjang 2 tahun berkuasa, Tun sentiasa menekankan agar ahli parti menyokong pimpinan, terutama ketika saat-saat sukar.
“Ketika itu kita laksanakan tugas kita, dan saya menyokongnya di saat susah dan senang…kerana saya percaya ketika itu, dan juga sekarang, yang kesatuan parti adalah prasyarat bagi apa yang kita ingin capai untuk negara ini,” kata Najib dalam posting terbaru di blognya.

Wujudkah ruang untuk parti ‘hipster’, Ikatan dalam politik Malaysia?

oleh Hazlan Zakaria 
 Bolehkah parti ‘hipster’ baru ditubuhkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang mendakwa mendukung idealisme tidak perkauman bertahan dalam politik Malaysia, yang dikuasai polarisasi kaum, memenuhi kehendak kontroversi dan isu secara emosi.
Ini bertentangan sepenuhnya dengan latar pentas politik tempatan, walaupun ada yang menafikannya. Ia bukanlah satu tempat yang menyenangkan, seperti yang didakwa sesetengah orang.
Terutama di kawasan yang jauh daripada Pulau Pinang, Johor dan Lembah Klang yang mempunyai akses internet yang baik dan rancak dengan aktivisme.
Politik di Malaysia sememangnya disusun mengikut garis kaum dan sektarian agama. Ini adalah hakikat yang turut disedari Pakatan Rakyat, dan barangkali turut mengambil kesempatan daripadanya.
Pembangkang sendiri tahu apabila berkaitan dengan undi dan sokongan, mereka juga perlu terjun ke dalam isu-isu ‘kurang murni’ yang menangkap imaginasi rakyat Malaysia terbanyak.
Ikatan yang baru dilancar bekas menteri Umno Abdul Kadir Sheikh Fadzir minggu lalu melaungkan ideal-ideal murni bakal berhadapan waktu sukar ketika berada dalam realiti politik di lapangan.

Seperti yang dilaporkan Bernama, Abdul Kadir menjelaskan bahawa Ikatan terbuka kepada semua tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan, dan berpegang kepada idealisme bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj.
“Antara misinya adalah menghidupkan kembali sumpah janji dan idealisme Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas kemerdekaan agar seluruh rakyat Malaysia hidup sebagai satu negara bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan bahagia,” katanya seperti dipetik.
Bekas ahli majlis tertinggi Umno itu adalah presiden pengasas, sementara cucu Tunku, Tunku Muinuddin Putra Nerang Putra adalah naib presiden.
Beliau juga berkata Ikatan tidak akan menyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Pendirian parti adalah untuk menyebelahi apa yang dirasakan memihak kepada rakyat serta isu yang diperjuangkan.
Abdul Kadir memaklumkan Ikatan tidak akan memberi tumpuan untuk bertanding pilihanraya buat masa ini, tetapi untuk merekrut ahli baru dan mengukuhkan parti.
Zaid IbrahimZaid Ibrahim
Sebelum ini, seorang lagi bekas menteri Umno Zaid Ibrahim cuba melakukan perkara sama; mengambil alih Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) dan melancarkannya semula sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Pendekatannya juga adalah inklusif, sedikit idealistik dan serupa, namun gagal apabila parti itu serta idealismenya menjadi sia-sia.
Selain itu adalah Parti Cinta Malaysia, sebuah lagi parti yang dibentuk dengan garis ‘idealistik’ namun dengan sumber yang kurang, juga dengan hasil yang sama.
Sebuah parti yang lebih signifikan yang ditubuhkan lama dahulu, dengan kecenderungan ideologi yang hampir sama, adalah Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dilihat sebagai parti untuk intelektual dan aktivis. Namun, PRM hilang sebahagian besar kekuatan apabila pimpinannya memutuskan untuk menggabungkannya dengan Parti Keadilan Nasional, menjadi PKR.

KWSP, Tabung Haji dan KWAP tidak patut selamatkan 1MDB

oleh Robin Stanley Augustin
Pengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa penat melancarkan serangan demi serangan dan situasi ini pastinya akan lebih menjadi hangat untuk beberapa hari dan minggu mendatang.
Desakan untuk tindakan diambil kepada pengurusan tertinggi 1MDB semakin kuat daripada  pihak kerajaan dan pembangkang yang selama ini berpecah. Malah Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini menyertai desakan pemecatan lembaga pengarah 1MDB dan siasatan segera dijalankan.
Sudah beberapa bulan sejak, DAP (Tony Pua), PKR (Rafizi Ramli) dan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, menyuarakan penentangan kepada syarikat pelaburan dimiliki kerajaan itu.

Akhirnya, kata-kata akan diterjemahkan kepada tindakan yang lebih proaktif apabila pengumuman terkini Rafizi (kiri) bahawa dia dan dua orang lagi wakil rakyat PKR akan memohon injuksi mahkamah kepada agensi berkaitan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) bagi menghalang mereka daripada melabur dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya.
“Injuksi kepada KWSP, Tabung Haji dan KWAP dijangka akan difailkan pada 29 Mei berasaskan sebab kerana pengurusan dana itu cuai, tergesa-gesa dan tidak bertanggungjawab dalam pelaburan mereka di dalam 1MDB yang boleh menyebabkan kerugian kepada penyimpan dan pelabur mereka,” kata Rafizi dalam laporan yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider, selain menambah yang hanya tindakan proaktif boleh melindungi kepentingan penyimpan.
Selain itu Rafizi juga berkata yang rancangan sudah digerakkan untuk melantik sebuah institut penyelidikan berkecuali untuk mengetahui samada penyimpan dalam ketiga-tiga dana itu mahu menarik kembali pelaburan dalam 1MDB, dan jika mereka mahu 1MDB ditutup.
Rafizi juga berkata adalah lebih baik jika tiga agensi berkaitan kerajaan untuk menarik kembali pelaburan mereka dalam 1MDB kerana ia mempunyai risiko yang sangat tinggi.
KWAP mempunyai pelaburan sebanyak RM1.4 bilion dalam 1MDB dan anak syarikatnya, KWSP melaburkan RM1.52 bilion dalam anak syarikat 1MDB dan Tabung Haji mempunyai bon bernilai RM920 juta dalam pembangunan hartanah Bandar Malaysia yang dimiliki oleh 1MDB.

Kabinet perlu tahu setiap butir perkara mengenai 1MDB - Shafie

PUTRAJAYA: Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata isu 1 Malaysia Development Berhad 1MDB akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet yang dijangka diadakan pada Jumaat.

Katanya semua anggota kabinet perlu diberi penjelasan dan perincian berhubung perkara itu selain isu tersebut turut perlu dijelaskan kepada umum.

“Kami memang membincangkan hal dan bertanyakan soalan (mengenai 1MDB) di Kabinet kerana itu sebahagian daripada tanggungjawab.

Kami perlu tahu apakah penjelasan untuk seterusnya disampaikan kepada umum serta tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan isu tersebut,” ujar beliau.

Shafie juga berkata anggota Kabinet tidak mempunyai sebarang halangan untuk bertanyakan soalan mengenai isu 1MDB kerana sistem yang ada sekarang adalah bersifat terbuka.

"Tidak semestinya jika penjelasan penuh belum dibuat (kepada umum) itu bermakna kami tidak bertanggungjawab sebagai anggota Kabinet. Kami bertanggungjawab, kerana itu kami bertanya," tegas beliau.

Tambahnya buat masa ini siasatan ke atas isu 1MDB masih dijalankan antara Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara PAC bersama Jabatan Akauntan Negara dan berharap perkara tersebut dapat dilakukan dengan segera.

1MDB: Sarawak Report terus persoal jawapan Arul

Laman web pemberi maklumat, Sarawak Report, kini mahu presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menjelaskan transaksi firma itu dengan Good Star Limited, sebuah syarikat yang dikuasai ahli perniagaan Low Taek Jho, selepas beliau menafikan memberikan kenyataan palsu kepada Bank Negara hari ini.
Dalam satu kenyataan, Sarawak Report berkata, ia mempunyai bukti yang penyata bank palsu digunakan bagi menyokong dakwaan yang terdapat wang tunai di dalam akaun dana pelaburan negara itu di dalam Bank BSI Singapura.
Putrajaya berkata baru-baru ini, wang yang ditebus dari Kepulauan Cayman sebenarnya aset dalam bentuk dolar Amerika Syarikat di Bank BSI.

"Memandangkan Kandasamy sekarang bersedia menjawab beberapa butiran periferal berhubung laporan kami, mungkin beliau juga akan tampil dengan penjelasan dan penerangan mengenai fakta penting perkara itu, iaitu kenapa 1MDB membayar AS$1.6 bilion kepada Good Star Limited?" soal Sarawak Report. Laman itu juga menuduh Arul, yang juga pengarah eksekutif kumpulan 1MDB, menghantar melalui faks penyata bank palsu kepada Bank BSI di Singapura.
"Jika Encik Kandasamy tidak melaporkan perkara ini kepada Bank Negara, mengapa dia tidak melaporkannya?" soal Sarawak Report.

Dr M: Mengapa ada ‘double standard’ dalam siasatan jenayah?

oleh V Shuman

Perang antara Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak nampaknya tidak akan mereda dalam waktu terdekat ini. Negarawan itu nampaknya tegar untuk meneruskan serangan terhadap perdana menteri, walaupun Najib sudah membalas secara terbuka dalam ucapannya baru-baru ini. Dalam posting terbaru di blog hari ini, M

ahathir sekali lagi menghalakan picu kepada 1MDB, dengan mempersoalkan jika ada unsur pengubahan wang haram dalam pemindahan dana USD1 bilion daripada Pulau Cayman ke Singapura. “

Perdana Menteri telah jelaskan bahawa wang sebanyak USD1 billion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menganggu urusan keluar masuk wang yang lebih dari RM50 juta.

“Setahu saya bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih dari RM50,000. Jika urusan tidak ada kaitan dengan ‘money laundering’, iaitu yang didapati secara haram, ia tidak jadi masalah.

Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan ‘money laundering’, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura?” soalnya. Katanya lagi, Singapura juga memeriksa wang yang keluar dan masuk ke negara itu untuk mengelakkan wang haram.

 “Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)? “Atau apakah tujuan sebenar ialah untuk membohong berkenaan penyimpanan wang ini di Singapura, iaitu sebenarnya tidak ada wang yang disimpan di sana, bahawa wang sebanyak lebih USD1 billion sudah hilang?” soalnya lagi.

Mahathir juga menambah, jika terbukti wang tersebut tiada di Singapura, menteri dan pegawai yang bertanggungjawab merangka jawapan Parlimen bagi pihak Najib perlu dipertanggungjawabkan.

Saham FGV RM1.92, kerajaan Umno@Bn jangan hanya tutup mulut..!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak wajar berdiam diri setelah harga saham FGV merudum ke paras paling teruk sehingga RM1.92 seunit hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Temeroh, Nasrudin Hassan, berdasarkan prospektus FGV pelbagai perancangan direncana sehingga menjadikan tawaran awam permulaannya, IPO RM4.55 antara yang terbesar di Asia.
"Harganya pernah melonjak sehingga RM5.50 sesaham pada 7 Julai 2012 iaitu iaitu ketika perasmian bangunan Menara Felda yang baru dan sambutan Hari Peneroka. Maknanya, tidak sampai sebulan selepas pelancaran IPOnya pada 27 Jun 2012," ujarnya dalam satu kenyataan.
Walau bagaimanapun, kata beliau ia mula jatuh sekitar RM4.60 seunit pada suku pertama 2014, RM2.21 seunit pada 23 Disember 2014 dan secara konsisten merudum sehingga ke hari ini, 28 Mei iaitu RM1.92.
Tambahnya, tren ini membimbangkan malah kebanyakan institusi penyelidikan komersial seperti Maybank Investment Bank Research, Affin Hwang Capital dan lain-lain menjangkakan prestasi buruk itu akan berlarutan sehingga tahun kewangan 2017.
Menurut Nasrudin lagi, hampir kesemuanya membuat panggilan ‘hold’ dan meletakkan sasaran harga yang lebih rendah.
Beliu menambah, sebanyak 75 peratus bisnes teras FGV bergantung kepada komoditi minyak kelapa sawit.

Muktamar 61: 'Satu kapal, tidur sebantal, mimpi lain-lain'


ANALISIS Walaupun mereka berkongsi gagasan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat, namun sepanjang tempoh berkempen penyandang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilihat menjarakkan dirinya dari calon Presiden Ahmad Awang.

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian Malaysiakini kedua-dua pemimpin itu, setakat ini, tidak pernah berada sepentas bagi menyatakan visi dan misi mereka bertanding dalam pemilihan parti itu di Kuala Selangor minggu depan.
 
Malah, dalam suasana kempen yang memasuki pusingan yang terakhir, Mohamad yang dikenali 'ayam sabung PAS' kelihatan menjarakkan diri daripada dikaitkan menjadi 'chai' dengan pencabar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
Situasi kedua-dua pemimpin tersebut boleh digambarkan sebagai berada dalam "satu kapal, tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain". Sumber-sumber dalam PAS turut berbeza pandangan mengenai hal itu. 
 
Tidak dinafikan ada perwakilan yang setuju hingga 80 peratus perwakilan menganggap mereka adalah regu bagi memudahkan pemilihan dibuat (undi blok).
 
Malah ada juga yang tidak setuju memandangkan kematangan perwakilan untuk memilih pemimpin berdasarkan prestasi dan sumbangan dalam parti.
 
Terdapat juga perwakilan berbelah bagi mengenainya khususnya perwakilan atas pagar (kumpulan kelabu) yang masih tercari-cari pemimpin pilihan mereka setelah terdedah kepada pelbagai sentimen dan maklumat yang disumbat ke telinga mereka. 
 

6 petua untuk Najib kekal kuasa

Walaupun pelbagai asakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengisytiharkan akan berkhidmat setelah tamat tempoh.

Bagaimanapun, persoalannya dapatkan beliau bertahan hingga ke akhir?

Tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin ada resipinya, seperti berikut:

  1. Rombakan kabinet harus dilakukan dengan mengetepikan “unsur tidak mesra” seperti timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
     
  2. Lantik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan meletakkan Kementerian Kewangan bawah sepupunya Datuk Seri  Hishammuddin Hussein yang kini mengawal Kementerian Pertahanan. Zahid juga boleh diberi portfolio kementerian  Hishammuddin sekarang.
     
  3. Ambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.
     
  4. Upah penulis surat layang “berwibawa: untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang kata pengantarnya. Ini, kata Kadir, boleh ditukar dengan ganjaran beberapa hari keluar penjara.
     
  5. Gantikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Datuk Mohd Hafarizan Harun.
     
  6. Hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya.
Menulis dalam blognya hari ini, Kadir berkata Najib mesti bertindak sekarang susulan pendedahan bahawa simpanan 1MDB di Singapura bukan dalam bentuk tunai seperti dijelaskan awal dalam jawapan bertulis parlimen.

Hudud: Parlimen tunggu ‘lampu hijau’ kerajaan Umno@BN....

Speaker Dewan Rakyat sedang meneliti RUU berkenaan hudud dan perbentangan serta perbahasan dijangka dalam tempoh tiga minggu lagi.
Takiyuddin Hassan,hudud
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada kerajaan untuk membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian enakmen hudud di Kelantan dibentangkan.
Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang meneliti usul berkenaan.
“Speaker sedang teliti dan tunggu lampu hijau kerajaan. (Ahli Parlimen) Marang bersama saya dan (Ahli Parlimen) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar) telah dipanggil Speaker.
“Menurut Speaker, Kerajaan belum memberi kebenaran RUU tersebut dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat. Kita dalam proses berbincang dengan Kerajaan,” katanya ditemui di Lobi Parlimen pada Khamis.
Takiyuddi berkata, Pas yakin RUU itu akan dibentangkan dalam tempoh tiga minggu lagi.
“Speaker telah beri indikasi akan cuba supaya usul ini dibawa ke dalam peraturan mesyuarat.
“Bila dan sebagainya, terpulang kepada Speaker. Kami harap ia akan berjalan lancar kerana perkara ini bukan kontroversi dan sensitif kepada mana-mana pihak,” katanya.

"Berpuasa setahun pun tak mampu bina rumah besar”

Ibrahim menyokong penuh gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya siasatan dilakukan terhadapi pegawai kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuan.
ibrahim ali
KUALA LUMPUR: Pegawai tinggi kerajaan tidak mampu membina rumah besar selepas bersara walaupun berpuasa sepanjang tahun, kata Datuk Ibrahim Ali.
Presiden PERKASA itu berkata, adalah janggal sekiranya pesara kerajaan mampu membina rumah besar dan memiliki kereta mewah sedangkan ia di luar kemampuan mereka.
“Cuba tengok bekas pegawai tinggi kerajaan, selepas dia bersara. Mana dia dapat duit untuk membina rumah besar, membeli kereta mewah.
“Sedangkan, dia hanya kakitangan kerajaan sahaja dan jika dia berpuasa sepanjang tahun dan setiap hari, tidak mungkin mampu untuk membeli kereta dan rumah mewah,” katanya.
Ibrahim berkata, beliau menyokong penuh gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya siasatan dilakukan terhadap pegawai kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuan.
“Saya kena bersetuju dengan Tun Mahathir, sebab saya penyokong dia,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Beliau berkata, gesaan itu sudah lama dibangkitkan namun tidak mendapat sambutan sehinggalah mantan Perdana Menteri sendiri yang mempersoalkan perkara itu.

Hukuman 10 tahun penjara kerana mencuri makanan

Sistem keadilan negara yang rapuh apabila seorang lelaki muda dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun semata-mata kerana mencuri makanan dipersoal Zaid Ibrahim dalam laman sosial, Twitternya.
Zaid-Ibrahim_jail_law_600PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim menyampaikan rasa kesal berikutan hukuman penjara 10 tahun yang diturunkan kepada seorang lelaki berusia 22 tahun kerana mencuri makanan.
Malah, beliau yang bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy bahawa hukuman itu adalah melampau.
“Memenjara seorang pesalah muda hanya kerana mencuri barangan makanan tidak masuk akal, apatah lagi untuk tempoh 10 tahun yang panjang,” tulis Zaid dalam laman sosial Twitternya.
Berikutan itu, Hindraf telah menawarkan diri untuk menuntut keadilan bagi pesalah, Shashikumar yang didapati telah meninggal dunia dalam penjara di bawah keadaan yang mencurigakan.
Dia didakwa oleh membunuh diri dengan menggantung dirinya dalam sel penjara semasa menjalani hukumannya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesangsian apabila laporan bedah siasat mendapati wujud lebam di seluruh badannya yang tidak boleh diperjelaskan.

Ubah dasar penswastaan ‘Mahathirisme’- Khalid Ibrahim

Model Mahathirisme mewujudkan golongan rentier yang berkuasa di belakang tabir dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri serta menjatuhkan yang sedia ada.
khalid-ibrahim_mahathir_600KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahkan dasar penswastaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mewujudkan orang tengah yang mendapat keuntungan atas angin atau ‘rentier’.
Katanya, golongan itu sangat berkuasa sehingga mampu menentukan jatuh bangun seorang pemimpin politik termasuk Perdana Menteri.
Bekas Menteri Besar Selangor berkata, golongan rentier ini diberi projek, tender atau konsesi hasil hubungan istimewa dengan pemerintah walaupun tidak mempunyai kepakaran dan modal.
Sebagai balasan, kelas ‘rentier’ itu akan ‘menaja’ atau ‘menderma’ dalam aktiviti politik pihak kerajaan sehingga terbentuk satu hubungan selesa.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, tidak hairanlah jika ‘produk’ Mahathirisme ini mempunyai kuasa di belakang tabir dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri serta menjatuhkan yang sedia ada.
“Saya sedar mungkin sesetengah pihak mahu mempertahankan bahawa dasar penswastaan selama 20 hingga 30 tahun ini telah mencipta golongan usahawan dan korporat berjaya terutama di kalangan Bumiputera sebagai bukti kejayaan dasar affirmatif ‘agenda Bumiputera’.
”Namun, kita tidak dapat nafikan bahawa dengan model Mahathirisme ini, hanya 20-30 orang sahaja daripada 30 juta rakyat Malaysia telah terpilih sebagai anak didik atau kroni,” katanya dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Sehubungan itu, Khalid mencadangkan model penswastaan ‘Mahathirisme’ dirombak segera supaya tidak timbul lagi kes “privatisation of profits’ dan ‘nationalisation of losses” di mana kerajaan akhirnya terpaksa mengguna pakai dana awam untuk mengambil alih syarikat swasta yang gagal.

MP Bagan Serai : 'Kerajaan tak paksa sesiapa bayar GST!


1MDB - KEM.KEWANGAN AKAN BENTANG PELAN HALA TUJU KE KABINET

Rafizi : Kutipan derma NOW dihentikan jika cecah RM20,000

1MDB: Tony Pua Kecewa Jawapan Menteri Kewangan

Bangladeshi trafficking victims describe torture by smugglers

1MDB: Menteri Kewangan Enggan Dedah Urus Niaga

Pakatan forms Rohingya anti-trafficking committee

Wan Junaidi: This is not a mass grave

Perkasa Mahu RM-K11 Dikaji Semula

PERKASA: Ada bekas penjawat awam kaya luar biasa

Pakatan MPs forms Rohingyas Anti Trafficking Committee

Umat Islam bantah layanan buruk sami terhadap Rohingya

Demo anti-Rohingya berterusan di Yangon

IGP: Death camps were not found in January

Kerajaan pertahan kegagalan kesan ‘kem maut’

Rohingya refugee pleads for swift action at M'sian Parliament

Kem di Wang Kelian milik ejen besar "Yassin"

Mayat berkapan ditemui di hutan Wang Kelian
ALOR SETAR - Kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang "dibeli" oleh ejen besar sindiket itu dikenali dengan nama "Yassin".

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali kepada Bernama hari ini yang turut berkata, Yassin berbangsa Rohingya dan dikenali sebagai seorang daripada ejen utama sindiket itu.
Menurutnya, walaupun berasal dari Myanmar tetapi Yassin, yang berumur dalam lingkungan 30-an tinggal di selatan Thailand, manakala operasi sindiket pemerdagangan manusia diketuainya pula menjangkau sehingga ke negara ini.

"Hasil maklumat kami, beliau merupakan ejen yang bertanggungjawab "membeli" warga Rohingya dan Bangladesh terbabit daripada sindiket di selatan Thailand dengan harga tertentu dan ditempatkan secara sementara di kem-kem transit di Wang Kelian sebelum dijual kepada pihak lain."

"Yassin merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia yang besar dan nama beliau amat dikenali ramai di kalangan Rohingya memasuki Malaysia yang menjadi mangsanya," menurutnya, yang tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu.

Mahkamah arah Gani fail pembelaan dalam 30 hari

Mahkamah Tinggi mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan pembelaan terhadap saman pendakwaan berniat jahat yang difailkan oleh peguam Rosli Dahlan dan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusof dalam tempoh 30 hari.

Arahan itu dibuat selepas Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menolak untuk menangguhkan Gani dan lain-lain memfailkan pembelaan melibatkan saman bernilai jutaan ringgit.

"Tidak ada alasan yang istimewa untuk membenarkan penangguhan," katanya.

Oleh itu mahkamah menetpkan 29 Julai sebagai pengurusan kes.

Ramli dan Rosli (kanan) memfailkan saman secara berasingan bagi pendakwaan berniat jahat terhadap Gani dan beberapa lagi dalam kes yang dikenali sebagai skandal 'Copgate'.

Hakim Vazeer pada tahun lalu menolak permohonan Gani untuk membatalkan kedua-dua saman itu.

Mahkamah Rayuan juga pada Januari tahun ini menolak rayuan Gani utnuk membatalkan saman bernilai RM47 juta yang difailkan oleh Rosli dan saman RM148.5 juta yang difailkan oleh Ramli.

'Polis upah peguam sebab AG enggan bertindak'

Bekas pengarah bahagian jenayah komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusof mendakwa di Mahkamah Tingi Kuala Lumpur bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menuduh Rosli Dahlan sehari sebelum hari raya pada 2007 untuk mengelakkan peguam itu membantunya.

Memberi keterangan semasa pemeriksaan semula peguam Chethan Jethwani, Ramli berkata sudah jelas bahawa bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail cuba menganiayanya.

Katanya pihak polis menemui Rosli setelah Jabatan Peguam Negara tidak mahu memfailkan draf afidavit beliau dan enam lagi pegawai polis terhadap ketua kongsi gelap Goh Cheng Poh.

Ramli berkata Rosli membantu memfailkan afidavit untuk menentang permohonan habeas corpus Goh.

“Mereka cuba elak Rosli daripada bantu saya dan itu sebabnya mereka dakwa dia dulu. Saya sebenarnya suspek, bukan Rosli.

“Saya saksi utama (kes pengisytiharan aset). Mereka patut tuduh saya di mahkamah sejak awal lagi,” kata bekas pegawai kanan polis itu lagi.

KANTOI BOHONG !!!.. SIAPAKAH BOHONG...!!!


KENAPA MEREKA tidak menceritakan situasi sebenar bahawa nilai dagangan M'sia SUDAH MEROSOT dari tahun 2013-2014.

KENAPA hendak memutarbelitkan data yang sebenar. Nilai dagangan 'AS$106 bilion' sepatutnya pd tahun 2013 BUKANNYA 2014 !!!

"Kerajaan tak paksa siapa-siapa bayar GST". "Tak nak bayar GST, beli barang tiada GST"


1MDB - Rakyat Tertanya - Tanya Menunggu Jawapan

Oleh Abu Hassan Adam
Walaupun sudah lama isu IMDB ‘berlegar’, namun masih ramai lagi rakyat yang tidak tahu tentang ‘biji-buah’nya. Mereka mendengar tentang kisah rakyat memberikan sokongan kepada DS Najib tetapi mereka tidak tahu ‘sokongan’ untuk apa. Mereka dengar ‘riuh-rendah’ tentang hal Tabung Haji tetapi mereka tidak tahu yang wang ‘titik peluh’ mereka telah digunakan untuk membeli sebidang tanah yang kononnya hasil jualan harta berkenaan nanti akan mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda. Mereka telah diberitahu begitu oleh akhbar dan TV arus perdana.
 Namun cerita sebenar tentang apa yang berlaku mereka tidak tahu. Lantas mereka masih menunggu dan menunggu jawapan…… Sementara itu suku-sakat UMNO pula pasti sudah faham ‘isi hati’ TS Muhyiddin Yasin berkaitan dengan IMDB ekoran daripada ucapannya pada satu majlis tertutup bersama pemimpin-pemimpin UMNO tidak berapa lama dulu. Dan yang diperbincangkan oleh mereka kini pastinya bukan sahaja mengenai IMDB tetapi mengenai perbezaan pendapat antara DS Najib dan TS Muhyiddin. Ringkasnya semacam ada ‘keretakan’ antara dua pemimpin atasan UMNO itu.
TS Muhyiddin menyarankan agar semua pihak yang bertanggungjawab menyebabkan IMDB ‘merudum’ harus meletakkan jawatan. Cuma TS Muhyiddin tidak menyebutkan nama DS Najib supaya sama-sama meletakkan jawatan. Apakah beliau bimbang untuk mengaitkan nama DS Najib seorang dalam hal kemelut sebegni kerana mustahil beliau juga tidak mengetahui tentang selok belok IMDB ini. Tentu sekali DS Najib tidak keseorangan merangka dan melaksanakan tugas dalam IMDB. Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pastinya beliau merujukkan juga hal IMDB ini kepada kabinet. Dengan demikian tentulah ‘tangan kiri’ tahu apa yang dilakukan oleh ‘tangan kanan’.
Dalam hal ini YBM Tengku Razaleigh Hamzah ada menyarankan agar,’ "Everybody in the cabinet must be collectively responsible for this problem. You cannot say 'this is your problem, not my problem'," Malaysiakini May 25 2015. Maknanya bukan sahaja DS Najib yang harus dipersalahkan tetapi seluruh anggota kabinet termasuk juga TS Muhyiddin Yasin yang sama-sama berada dalam Kabinet untuk membincangkan isu-isu tertentu yang termasuk juga isu IMDB ini pastinya.
Tambahnya lagi,’ …..the cabinet ministers were equally responsible, irrespective of whether they had knowledge of what transpired.He said ministers cannot hide behind the excuse of being ignorant about the matter, which is a public issue.If in the dark, Tengku Razaleigh said, the ministers should have raised it at a cabinet meeting” Malaysiakini 25 May 2015

Penipu semakin berani – ke tahap mengenakan bayaran GST

oleh V Shuman
GST – gabungan ketiga-tiga huruf ini tidak membawa banyak makna setahun yang lalu, tetapi kini ia mungkin menjadi apa yang paling dibenci oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Ya, saya merujuk kepada GST, singkatan bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Setiap perniagaan, dari restoran mewah kepada penjual kacang putih di kejiranan anda, telah mula mengenakan cukai ini kepada pengguna, walaupun ia hanya boleh dikenakan oleh perniagaan-perniagaan yang membuat pungutan sekurang-kurangnya RM500,000 setahun.
Ia tidak berhenti di situ. Penipu juga telah mula mengenakan GST ke atas mangsa mereka, lapork The Star versi atas talian baru-baru ini.
Seorang guru berusia 40-an di Johor telah mengadu kepada pihak berkuasa selepas dia hampir ditipu sebanyak RM36,000 oleh satu sindiket penipuan bungkusan. 
Masalahnya bermula apabila guru itu dihubungi melalui telefon oleh seseorang dari United Kingdom, yang dia telah kenali melalui Facebook.
Lelaki itu mendakwa yang dia telah jatuh hati kepadanya dan mahu menghantar guru itu beberapa hadiah. Tidak menghairankan, wanita itu (seorang guru), tertipu.
Beliau menerima panggilan dari sebuah "syarikat kurier" di Sabah, yang mendakwa ia mempunyai sebuah bungkusan baginya dari UK, dan meminta dia membayar RM3,000 untuk caj pengendalian dan RM8,000 lagi untuk melepaskannya, kerana bungkusan itu mengandungi wang. 

Menurut laporan itu, sindiket itu berterusan memeras wang daripada mangsa dan mengugut untuk menghubungi polis dan menyebabkan suaminya ditangkap, jika dia tidak membayarnya.

Speaker digesa guna kuasa pada PM

Speaker Dewan Rakyat harus menggunakan kuasanya bagi memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengelak soalan parlimen berhubung kontroversi 1MDB, kata seorang wakil rakyat veteran.

Lim Kit Siang berkata Tan Sri Pandikar Amin Mulia harus memutuskan perkara itu jika benar serius untuk melaksanakan pembaharuan apabila Najib membangkitkan arahan tetap ketika enggan menjawab soalan.

“Pandikar patut campur tangan dan putuskan sama ada perdana menteri salah guna arahan tetap untuk elak soalan penting berhubung skandal RM42 bilion 1MDB – yang akan menjadi langkah pertama untuk reformasi Parlimen di Malaysia,” katanya.

Lim berkata demikian dalam kenyataannya hari ini.

Pandikar sebelum ini pernah menghantar surat peletakan jawatan tetapi menarik balik selepas Najib menjanjikan transformasi di parlimen.

Demo anti-salib tidak disiasat di bawah Akta Hasutan

Sebaliknya kes itu disiasat mengikut Seksyen 448/511 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cuba melakukan pencerobohan bangunan.
Ahmad-Zahid
KUALA LUMPUR: Peserta demonstrasi membantah sebuah gereja memasang tanda salib di Taman Medan tidak disiasat mengikut Akta Hasutan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan awal polis terhadap insiden tersebut mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 448/511 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cuba melakukan pencerobohan bangunan.
Sehubungan itu, Zahid bersetuju dengan kenyataan awal Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan kes itu melibatkan pencerobohan bangunan bukan kes hasutan.
“Kenyataan yang dibuat oleh Khalid adalah berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat dan diklasifikasikan awal sebagai pencerobohan bangunan, bukan diklasifikasikan sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan.
“Adalah menjadi tanggung jawab pihak polis untuk mengklasifikasikan setiap aduan yang diterima bagi tujuan siasatan atau sebaliknya,” katanya.
Zahid menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, yang bertanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Khalid kerana mengumumkan tiada kesalahan hasutan dilakukan oleh mana-mana pihak dalam insiden salib di Taman Medan pada 20 April lalu.
Zahid juga memaklumkan pihak polis dalam proses melengkapkan siasatan serta mengumpul bukti sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
“Pihak polis dalam proses untuk melengkapkan siasatan serta mengumpul bukti-bukti sebelum kertas siasatan diedarkan kepada pihak pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut sama ada bersetuju dengan cadangan polis atau sebaliknya,” katanya.

MOF nafi suntik dana RM500j pada TIA

Kementerian Kewangan menafikan pihaknya menyuntik RM500 juta sebagai dana permulaan awal untuk Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) - perintis kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam jawapan bertulis kepada Hanipa Maidin (PAS-Sepang), kementerian itu mengaku mengambil alih TIA daripada Kerajaan Terengganu dengan harga RM1 juta bagi pelaburan 1MDB.

"Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak pengurusan 1MDB kepada kementerian kewangan, kenyataan yang dibuat oleh MP Sepang bahawa Lembaga Pelaburan Terengganu TIA diberi dana permulaan sebanyak RM 500 juta adalah tidak benar.

"Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih TIA daripada Kerajaan Negeri Terengganu pada 25 September 2009 dengan harga sebanyak RM1,000,002 dan TIA seterusnya ditukar nama kepada 1MDB," kata kementerian itu.

Soalan lebih agresif jika Arul, Shahrol berbohong - Nur Jazlan

PAC tidak akan bersimpati jika Arul dan Shahrol didapati berbohong berada di luar negara pada tarikh yang sepatutnya mereka hadir sesi pendengaran, 26 Mei lalu.
jazlan,tony,arul,shahrol
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan bertolak ansur sekiranya mendapati Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi berbohong.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan bertindak lebih agresif dalam sesi pendengaran pada 10 Jun ini jika mendapati Arul dan Shahrol sebenarnya berada dalam negara pada 26 Mei lalu.
“Memandangkan mereka tahu kami serius, mungkin mereka perlu lebih masa untuk bersedia. Kami beranggapan mereka akan datang dengan niat jujur untuk beritahu kami apa sebenar berlaku.
“Namun kali ini kalau ada bukti mereka menipu kami, maka soalan akan lebih agresif daripada biasa akan ditanya. PAC tidak akan bersimpati,” katanya kepada media di Parlimen pada Khamis.
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula berkata, Arul dan Shahrol perlu menjelaskan kepada PAC apakah mesyuarat penting sehinggakan mereka tidak dapat hadir prosiding itu.
“Di manakah mereka berdua pada hari kejadian tersebut (26 Mei). Adakah mereka berada di Dubai ataupun mengadakan penerbangan pantas ke Singapura? Ataupun mereka pergi bersama-sama, atau secara berasingan?.
‘Mereka hanya memberitahu mereka berada di luar negara. Kami tidak berpeluang bertanya lanjut,” katanya.

1MDB: Tony Pua bengang jawapan "bodoh" Kementerian Kewangan

Tony Pua tidak puas hati kerana jawapan yang diberikan pengurusan 1MDB tidak berguna dan mengelirukan dengan fakta yang didakwanya telah diputar belit.
tony-pua_1mdb_600_2
KUALA LUMPUR: Semua jawapan yang diberikan Kementerian Kewangan terhadap soalan 1MDB tidak boleh dipakai, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Beliau berkata, jawapan-jawapan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan berkenaan 1MDB juga tidak berguna dan hanya mengelirukan dengan fakta yang diputarbelit.
“Semua jawapan yang dijawab bermula dengan ‘berdasarkan maklumat yang disediakan oleh Pengurusan 1MDB’.
“Adakah mereka sedang melindungi diri mereka dari 1MDB?,” katanya kepada pemberita di Parlimen pada Khamis.
Terbaru, Pua mengemukakan soalan meminta Menteri Kewangan mengesahkan sama ada pihak pengurusan 1MDB hanya berjumpa pertama kali dengan pihak Petrosaudi International Limited pada 23 September 2009, lima hari sebelum perjanjian 1MDB Petrosaudi Limited ditandatangani di London.
Beliau juga mempersoalkan jika perjanjian itu menerima kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB pada ketika itu.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri Kewangan berkata, perkara yang dibangkitkan Pua hanya berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber beritanya.
Pua berkata, jawapan itu mengarut kerana soalannya langsung tidak menyebut tentang laporan portal.
“Mengapa Menteri mahu mengelak menjawab soalan saya ataupun mereka ada menyembunyikan sesuatu mengenai 1MDB,” katanya.

Saham FGV menjunam, Pahang rugi hampir RM500 juta

Lee Chean ChungPAHANG 28 MEI- Adun Semambu, Lee Chean Chung meminta penjelasan  kerajaan Pahang berikutan kejatuhan harga Saham Felda Global Venture (FGV) yang menyebabkan kerajaan negeri itu turut mengalami kerugian.
Chean Chung berkata, buat pertama kali harga saham FGV menjunam kurang daripada RM2 apabila mencatatkan harga terendah semalam iaitu RM1.92 seunit.
Katanya, beliau difahamkan kerajaan Pahang memegang 5 peratus saham FGV, ataupun bersamaan 182 juta unit saham ketika nilai saham itu berharga RM4.55 seunit sewaktu disenaraikan.
“Bagi Kerajaan Pahang, ini bermaksud nilai saham pegangannya hanya bernilai RM349,440,000.
“Kerugian yang tercatat adalah sebanyak RM478,660,000, ataupun 2.5 kali ganda Anggaran Perbelanjaan Mengurus (RM185.09 juta) Negeri Pahang untuk tahun 2015,” katanya pada kenyataan media.
Menurutnya, keputusan untuk memegang 5 peratus saham dalam FGV adalah kurang tepat dan warga Pahang mungkin terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit atas kesilapan kerajaan negeri itu.

Sekali lagi pegawai dan menteri bohong - Mahathir


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moahamd berkata, jika tidak dapat dibuktikan wang yang dikaitkan dengan 1MDB ada di Singapura, maka sekali lagi pegawai dan menteri bersalah kerana membohong.

"Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah di bawah undang-undang jenayah negara," tulis beliau dalam blognya, hari ini.

Berikut ialah tulisan beliau yang bertajuk Siapa Bertanggungjawab.

1. Apabila jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri atau Menteri oleh ahli Parlimen walaupun jawapan itu disediakan oleh pegawai, tetapi yang bertanggungjawab ialah menteri kementerian berkenaan. Dialah yang akan memikul beban kesalahan jika ini berlaku. Walaupun prosiding dalam Parlimen diberi kekebalan melalui undang-undang, tetapi jika jawapan tidak berasas kepada kebenaran, ia tetap tidak benar dan tidak lagi kebal apabila jawapan itu disiar untuk pengetahuan umum tanpa dinafi.

2. Pegawai-pegawai yang menyediakan jawapan tidak kebal. Mereka masih bertanggungjawab terhadap isi kandungan jawapan. Jika didapati mereka tidak tentukan jawapan yang disediakan oleh mereka berasas kepada kebenaran, kerana tidak berasas kepada maklumat dan bukti yang sahih, mereka boleh dituduh sengaja mencuba melindungi menteri kerana menyembunyikan kebenaran. Dengan perkataan lain menteri masih boleh dituduh membohong dan pegawai juga akan dituduh bersama.

3. Menteri lebih bertanggungjawab kerana dikehendaki menyemak dan menentukan jawapan yang dibuat atas namanya adalah benar.

4. Perdana Menteri telah jelaskan bahawa wang sebanyak USD 1 billion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menganggu urusan keluar masuk wang yang lebih dari 50 juta.

Jamil Khir: Pastikan hudud ikut perlembagaan....ada yang kena main dah..!!!

Menteri di Jabatan Pertada Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelaksaan hudud mesti selaras dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Perkara itu, kata Jamil, bagi memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman terjamin.

“Oleh yang demikian, pemaksaan undang-undang Islam hendaklah dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan, khususnya aspek pemakaian undang-undang Islam tersebut yang terhad kepada orang Islam sahaja bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen terhadap soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong).

Ng mahu tahu pendirian kabinet terhadap enakmen hudud Kelantan serta rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

TH tak boleh diperalat, itu duit rakyat tunai haji

tabung-hajiKOTA BHARU, 28 MEI: Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zaharuddin Abd Rahman menyifatkan Lembaga Tabung Haji(TH) bukan syarikat korporat kerajaan (GLC) yang boleh diperlakukan sewenangnya.
Katanya syarikat itu tidak boleh diperalat kerana ia melibatkan wang simpanan orang ramai terutama untuk urusan menunaikan ibadat haji.
“Penglibatan TH membeli tanah membabitkan kos sehingga RM188.5 juta dengan keluasan seekar di Tun Razak Exchange (TRX) ini isu nasional kerana membabitkan wang pendeposit umat Islam.
“TH tidak boleh menggunakan wang itu membeli tanah milik 1MDB,” katanya yang dipetik Harakah Daily.
Dr Zaharuddin yang juga Presiden Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) melahirkan kebimbangan ekoran amalan menggunakan wang milik umat Islam bagi menyelamatkan agensi kerajaan bermasalah pada masa akan datang.

Tony Pua: Di mana kamu bos 1MDB?

Di mana presiden 1MDB Arul Kanda dan bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Halmi ketika mereka sepatutnya memberi keterangan?

Begitu soal anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua hari ini.

“Di mana mereka pada 25 dan 26 Mei ketika PAC minta mereka hadir.

“Mesyuarat apa mereka pergi di luar negara sehingga tidak dapat hadir berdepan PAC?” soalnya sidang media di Parlimen hari ini.

“Adakah mereka berada di Dubai, adakan mereka ambil penerbangan pantas ke Singapura? Adakah mereka pergi bersama-sama, atau secara berasingan?

“Kita malah mahu tahu bila penerbangan itu ditempah. Adakah ia ditempah selepas notis (PAC) dikeluarkan atau sebelumnya?” soalnya bertalu-talu.

Phua yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara berkata perkara itu antara soalan yang akan dibangkitkan PAC apabila kedua-dua sosok yang menjadi perhatian umum itu tampil.

Tidak jelas sama ada pendirian rasmi PAC hanya boleh diumumkan oleh pengerusinya Datuk  Nur Jazlan Mohamad.

1MDB: Jawapan Najib di parlimen tak bertanggungjawab

1MDBKUALA LUMPUR 28 MEI- Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan jawapan menteri Kewangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata demikian berikutan jawapan Datuk Seri Najib Razak kepada soalan yang dikemukakan di parlimen pada 25 Mei dan 26 Mei lalu.
Namun, katanya, Najib memberi jawapan berdasarkan maklumat yang dikemukakan pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan.
“Jawapan itu tidak relevan kerana beliau tidak menjawab soalan. Kenapa menteri kewangan jawab dalam parIimen guna ayat ‘berdasarkan maklumat yang dikemukan oleh pihak pengurusan 1MDB kepada kementerian kewangan….
“Ini tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab menteri kewangan kerana jawapan di parlimen tidak boleh guna berdasarkan maklumat 1MDB,” katanya.
Tony turut mempersoalkan adakah menteri cuba melindungi diri dengan memberi jawapan seperti itu sedangkan sepatutnya menteri kewangan perlu memastikan jawapan yang diberikannya adalah tepat.
“Adakah dia cuba untuk melindungi diri mereka? Menteri kewangan cuba bersekutu dengan 1MDB. Dia mungkin boleh beritahu ini 1MDB cakap, bukan saya cakap,” katanya.

Shafie: Kami pun tanya masalah 1MDB

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Mohd Shafie Apdal menolak dakwaan bahawa seluruh anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab terhadap masalah syarikat pelaburan negara 1MDB.

Shafie berkata menteri-menteri secara aktif membangkitkan persoalan berhubung 1MDB dalam mesyuarat kabinet.

“Kita anggota kabinet yang bertanggungjawab. Itu sebabnya kita tanya soalan...

“Kita mahu tahu,” kata Shafie kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pada kakitangan terbaik kementeriannya di Putrajaya.

Katanya, kabinet juga tidak jelas berhubung sesetengah isu berkaitan syarikat itu.

Justeru, mereka tidak boleh dipersalahkan, katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa seluruh kabinet bertanggungjawab atas masalah 1MDB.

MP PAS Pengkalan Chepa Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

PAC akan lebih ‘agresif’ jika 1MDB menipu

MP PKR Pandan Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

MP DAP Kluang Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Dewan Rakyat 28 Mei 2015: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

PAC: We will ask Arul and Shahrol when they come for inquiry

'1MDB terlibat ubah wang haram?'

'Arul, Shahrol, just where were you?'

Dr M ingatkan Bank Negara jangan tutup isu 1MDB

Pua bidas Kem Kewangan bekal jawapan 'tak guna'

Mahathir: LHDN siasat saya tapi menteri mewah terlepas

Tony: End the 1MDB twists

ONLY IN MALAYSIA..


Dapat RM250 juta dana NFC-lembu
Dah kena bantai dgn anak-beranak 'LEMBU'

Dapat buat 1MDB berhutang RM42 bilion
Dah kena bantai dgn anak-beranak 'BUGIS'

Dapat buat hutang negara RM744.7 bilion
RAKYAT YANG KENA TANGGUNG BAYAR GST !!!

1MDB terlibat ubah wang haram atau mahu tipu?


Najib-1mdb-320
KUALA LUMPUR, 28 MEI: Kemelut 1MDB bukan saja merimaskan pembangkang, malah bekas Perdana Menteri Malaysia sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Untuk kesekian kalinya, Dr Mahathir mempertikaikan syarikat kerajaan itu hari ini.
caymanMelalui blognya, beliau mengemukakan dua kemungkinan mengenai pengurusan wang 1MDB dari Pulau Cayman ke Singapura, iaitu risiko berlaku aktiviti penggubahan wang haram atau cubaan sengaja menipu pihak berkuasa di negara berkenaan.
“Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering (pengubahan wang haram), sehingga wang dari Pulau Cayman terpaksa disimpan di Singapura,” kata Mahathir.
Menteri bersalah bohong
Bekas Presiden UMNO itu juga mengecam tindakan Najib yang menipu rakyat tentang kewujudan wang ini, walhal wang tersebut sebenarnya tidak ada.
“Atau apakah tujuan sebenar ialah untuk membohong berkenaan penyimpanan wang ini di Singapura, iaitu sebenarnya tidak ada wang yang disimpan di sana, bahawa wang sebanyak lebih AS$1 bilion sudah hilang.
“Jika tidak dapat dibuktikan wang ini ada di Singapura, maka sekali lagi, pegawai dan menteri bersalah kerana berbohong,” tegas beliau.

1MDB: Rakyat Malaysia menunggu pendirian Muhyiddin

Kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah mewakili lebih 30 juta rakyat Malaysia kerana skandal 1MDB merungsingkan rakyat negara ini.
muhyiddin,malaysia
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menyatakan pendiriannya secara tegas berhubung kontroversi dan skandal 1MDB.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, rakyat menunggu penuh harapan pendirian sebenar Muhyiddin terhadap isu itu.
“Pendirian beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri sebenarnya lebih ditunggu-tunggu memandangkan kemelut dalam syarikat pelaburan itu telah menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat.
“Ini kerana berbanding pendiriannya dalam UMNO yang hanya mewakili kepentingan 3.6 juta ahli, kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah mewakili lebih 30 juta rakyat keseluruhannya,” katanya menerusi shahbudindotcom.blogspot.com.
Shahbudin berkata, pendirian Muhyiddin itu ditunggu-tunggu setelah tersebarnya rakaman video ucapan ditambah pula beliau merupakan salah seorang anggota kabinet.
Katanya, Muhyiddin perlu tegas bersuara sebagai anggota Kabinet bukan hanya berani bersuara dalam parti sahaja.
“Setuju atau tidak setuju mesti dinyatakan dengan jelas dan tidak seharusnya keberanian bersuara hanya dalam parti tetapi dilihat berbeza sebagai anggota Kabinet.

Tun M persoal kenapa Menteri hidup mewah tidak disiasat

Beliau mengingatkan bahawa Malaysia sudahpun disenaraikan sebagai antara 10 negara yang jenayah rasuah begitu berleluasa.
mahathir,pemimpim mewah
PETALING JAYA:Tun Dr Mahathir Mohamad kesal apabila wujud pilih kasih secara terang-terangan dalam siasatan jenayah di negara ini.
Mantan Perdana Menteri berkata, perbuatan itu bercanggah dengan undang-undang Malaysia yang kononnya diguna pakai untuk semua orang tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat serta-merta pegawai-pegawai kerajaan yang hidup mewah berbanding pendapatan amat dikesali kerana perkara sama tidak dilakukan terhadap Menteri di negara ini.
“Siasatan tidak dibuat apabila Menteri atau individu diketahui hidup terlalu mewah sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan pula akan disiasat,” tulisnya diblog www.chedet.cc.
Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia sudahpun disenaraikan sebagai antara 10 negara yang jenayah rasuah begitu berleluasa.
Beliau berkata, tindakan LHDN yang enggan menyiasat kehidupan mewah Menteri dan individu tertentu sama seperti jabatan kerajaan yang enggan mengambil tindakan terhadap laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB.
“Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan pengubahan wang haram,” tegasnya.
Dr Mahathir mengakui kliniknya pernah diserbu dan digeledah LHDN suatu mada dahulu dan diarah membayar cukai tambahan selepas semua penjelasan yang diberikan tidak diterima.

Menteri kena tanggungjawab jawapan di Parlimen - Dr M

SHAH ALAM – Perdana menteri atau menteri perlu bertanggungjawab dengan segala isi kandungan jawapan yang dikeluarkan di Parlimen meskipun ia disediakan oleh pegawai-pegawainya.
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, meskipun prosiding dalam Parlimen kebal dari undang-undang namun jika jawapan yang dikemukakan tidak benar, namun menteri masih perlu bertanggungjawab.
 
Malah katanya, pegawai yang berkaitan juga boleh didakwa atas tuduhan membohong dan boleh dituduh bersama menteri berkenaan.
 
 “Pegawai-pegawai yang menyediakan jawapan tidak kebal. Mereka masih bertanggungjawab terhadap isi kandungan jawapan. Jika didapati mereka tidak tentukan jawapan yang disediakan oleh mereka berasas kepada kebenaran, kerana tidak berasas kepada maklumat dan bukti yang sahih, mereka boleh dituduh sengaja mencuba melindungi menteri kerana menyembunyikan kebenaran.
 
“Dengan perkataan lain menteri masih boleh dituduh membohong dan pegawai juga akan dituduh bersama. Menteri lebih bertanggungjawab kerana dikehendaki menyemak dan menentukan jawapan yang dibuat atas namanya adalah benar,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini.
 
Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pindaan kepada jawapan kerajaan pada Mac lepas di Parlimen bahawa baki pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak US$1.103 bilion, telah ditebus dalam bentuk aset dan bukannya wang tunai.
 
Mengulas lanjut, Dr Mahathir mendakwa kemungkinan 1MDB terlibat dengan penggubahan wang haram.
 
“Perdana Menteri telah jelaskan bahawa wang sebanyak USD 1 bilion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan mengganggu urusan keluar masuk wang yang lebih dari 50 juta. Setahu saya bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih dari RM50,000. Jika urusan tidak ada kaitan dengan ‘money laundering’, iaitu yang didapati secara haram, ia tidak jadi masalah.
 
“Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan ‘money laundering’, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura? Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah ‘money laundering’. Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore?

DAP jangan salahkan Pas, jika berlaku apa-apa kata Mohd Amar


Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU - “Kalau berlaku apa-apa selepas ini, pihak DAP dan siapa-siapa pun tidak boleh menyalahkan Pas,” kata Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
 
Tanpa menjelaskan perkara sebenarnya yang bakal berlaku sama ada Pas  keluar dari PR  atau sebagainya, Mohd Amar berkata, perkara berkenaan terjadi kerana melihat kepada kelantangan pimpinan sesama PR  seperti tidak menghormati Pas.
 
Menurutnya, dalam situasi sekarang pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang dan ini kerana  orang Pas sendiri mempunyai hati serta perasaan apabila dihina apatah lagi menyentuh mengenai Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
“Apabila Presiden (Abdul Hadi) mereka dihina dan dikata macam-macam mungkin mereka akan bertindak balas dan kemungkinan akan berlaku lebih dari yang sepatutnya.
 
“Sebab itulah kalau berlaku apa-apa selepas ini maknanya dia kena sedia dan terima dan jangan salahkan siapa-siapa,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim semalam.
 
Mohd Amar mengakui, akhir-akhir ini tindakan DAP sudah melebihi daripada sepatutnya apabila berani menyerang Presiden Pas secara terbuka menggunakan bahas yang dianggap kasar.
Mengulas lanjut mengenai kritikan terhadap Abdul Hadi  secara terbuka itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, jika dilihat dari sudut negatif, DAP sengaja menimbulkan provokasi yang kemungkinannya untuk mendesak Pas keluar dari PR.

Tidak sejiwa dengan PM, lebih baik Muhyiddin berundur



KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar menyokong penuh saranan yang dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad bahawa Menteri Kabinet perlu meletak jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang sudah dibuat.

Dalam hal 1MDB, katanya ia bukanlah bebanan yang ditanggung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersendirian kerana ia keputusan bersama yang diputuskan oleh jamaah menteri.

"Sepertimana video yang telah tersebar iaitu rakaman ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak seluruh ahli lembaga 1MDB dipecat dan CEOnya disiasat polis maka jelaslah beliau sendiri tidak seiring sejiwa dengan PM," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat itu.

Beliau berkata, Muhyiddin sendiri menzahirkan kekecewaan dan kerisauan berkenaan isu 1MDB yang akan menyebabkan Umno hilang sokongan rakyat.

Tambahnya, atas nama prinsip tanggungjawab bersama, apabila TPM sudah tidak mampu bersetuju dengan PM, maka adalah lebih baik Muhyiddin berundur dan meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Hal ini, ujarnya turut disuarakan oleh Ahli Parlimen veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan bahawa seluruh kabinet bertanggungjawab atas skandal 1MDB kerana ia adalah keputusan bersama yang diputuskan kabinet.

"Saya amat mengharapkan Tan Sri Muhyiddin punyai jiwa besar dan keberanian untuk meletakkan jawatan," ujar Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Katanya, usahlah menangguk di air yang keruh demi mengambil kesempatan untuk menaiki takhta nombor satu negara jikalau PM berundur terlebih dahulu.

Dr M beri amaran Bank Negara tutup isu 1MDB

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Bank Negara Malaysia terhadap dakwaan menutup hutang firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir berkata tindakan sedemikian boleh mendedahkan bank pusat itu kepada pendakwaan jenayah.

Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada Selasa yang mengesahkan menerima laporan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) berhubung 1MDB tetapi enggan mendedahkan butirannya.

"Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara," kata beliau dalam blognya hari ini.

'1MDB terlibat ubah wang haram?'


Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan tekanan ke atas Datuk Seri Najib Razak dengan mempersoalkan sekiranya 1MDB terlibat dengan pengubahan wang haram dengan pengetahuan perdana menteri itu.

Bekas PM itu merujuk kepada dana dari Cayman Islands yang kononnya disimpan di Singapura.

"Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.

"Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah money laundering.

"Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?," soal Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc.