Rabu, 27 Mei 2015

Perkasakan Pakatan, kata Ahmad Awang

Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahlinya yang mempunyai pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan tersebut.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu perlu dilakukan memandang ia merupakan tanggungjawab dan kewajipan seorang presiden parti bagi memastikan semua ahli bersatu.

"Pertama sekali ialah perkukuhkan dan perbaiki parti serta menyatupadukan sebahagian aliran-aliran yang telah membawa kepada seolah-olah tak boleh ada kebersamaan.

"Itu tugas dan kewajipan presiden," katanya yang turut berharap supaya tiada perpecahan ahli PAS selepas muktamar pada awal Jun depan.

Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Hadi dalam pemilihan PAS kali ke-61 di Kuala Selangor.

Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.

Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Berikut sedutan temubual Ahmad bersama Malaysiakini.

Selepas tahun 1956 - selepas 13 tahun, kenapa baru sekarang ustaz bertanding jawatan presiden parti. Selama ini jawatan itu menang tanpa bertanding. Apa yang menyebabkan ustaz memutuskan untuk bertanding jawatan itu?

Bila kata mencabar, saya tak ambil pengertian "mencabar" presiden. Cuma saya menganggap saya ambil tanggungjawab memenuhi tuntutan atau permintaan daripada sebahagian ahli parti yang mencalonkan saya untuk jawatan tersebut. Dan dalam PAS, memang kita parti yang amalkan sistem demokrasi dan dalam perlembagaan, kita diberi hak kepada setiap ahli untuk dicalonkan apa jua jawatan dalam parti. Dari jawatan presiden sampailah ke peringkat ahli jawatankuasa.

Soal sebelum ini tak ada mana-mana pihak yang dicalonkan untuk mengisi jawatan itu, itu bergantung pada keadaan parti setiap masa. Mungkin disebabkan parti sekarang melihat jawatan presiden perlu ada calon lain. Calon presiden sekarang adalah golongan yang dilihat sebagai golongan agamawan atau ulama dan (calon) yang lain saya lihat tak ada persediaan (untuk bertanding), jadi saya menyahut dan hormati kehendak sebahagian mereka (ahli).

Jadi kecenderungan ramai mahu saya dicalonkan. Dan apabila saya fikir dan timbang serta hormati kehendak ahli, berdasarkan perlembagaan parti dan dari segi hukum agama pun tak jadi kesalahan jika seseorang bersedia untuk dicalonkan bagi parti gerakan Islam.

Ini bukan perlawanan nak tentang satu sama lain tapi ini satu pertandingan dan persaingan yang sihat dan sebagai persaingan idea, pemikiran untuk dilihat oleh perwakilan. Mereka boleh memilih bagi menentukan sama ada sesuai atau tidak menerajui PAS sekarang yang dilhat sebagai pertubuhan bukan hanya sebuah parti seperti zaman 30-an dulu yang macam kampungan. Kerana dalam PAS sekarang ada pelbagai ahli dari latar belakang berbeza. Jadi saya sahut cabaran untuk bersetuju menerima pencalonan ini setelah berfikir amat dalam.

Ustaz dianggap memecah tradisi parti?

Saya menghormati beliau (Hadi) dan kalau jumpa pun saya panggil dengan panggilan mesra iaitu 'ayah chik'. Itu menunjukkan kemesraan kami. Walaupun lima tahun sejak kebelakangan ini jarang bersama. Dan saya rasa tak timbul (pecah tradisi), saya tetap hormati dia sebagai rakan, sahabat dan juga salah seorang naib presiden Persatuan Ulama Sedunia. Saya pula ada menubuhkan cawangan Persatuan Ulama Sedunia dan dengan sendiri dalam konteks hubungan Persatuan Ulama Sedunia pun kami bersama.

Hasil 9 bulan GST dianggar RM690 juta saja....katanya banyak..!!!

Kerajaan dijangka mengutip sehingga  RM23.3 bilion cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk tempoh sembilan bulan selepas pelaksananya bermula 1 April lalu.

Bagaimanapun, setelah ditolak banyak perkara, hasil tambahan bersih dianggarkan sebanyak RM690 juta saja.

Kementerian Kewangan berkata jangkaan itu diambil kira berdasarkan pelepasan GST pada bahan bakar tertentu seperti RON95 dan barangan berkadar sifar (RM3.8 bilion), tambahan BR1M (RM4.9 bilion) dan kehilangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) (RM13.8 bilion).

Bagaimanapun kerajaan tidak dapat menyatakan hasil kutipan setakat ini kerana terdapat urusan berkaitan penyata yang belum selesai.

Jelasnya, tarikh akhir penghantar penyata berkaitan GST bagi perniagaan mempunyai pendapatan lebih RM5 juta pada hari terakhir bulan berikutnya.

Manakala bagi syarikat yang keuntungannya kurang daripada jumlah itu dikehendaki menghantar penyata pada hari terakhir dalam tiga bulan.

"Sehubungan dengan itu, kutipan hasil GST bagi kedua-dua tempoh bercukai bagi bulan April, Mei dan Jun hanya dapat dimuktamadkan selepas 31 Julai 2015.

Penjelasan itu dibuat bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Parlimen yang mahu tahu nilai kutipan GST termasuk kutipan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jumlah daripada sektor awam tidak dinyatakan dalam jawapan bertulis itu.

Dr M ulang 'khabar angin jahat' pada Rosmah dakwa Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mengulangi “khabar angin berniat jahat” terhadap keluarga dan isterinya Rosmah Mansor.

Sebagai contoh, kata Najib, dalam ucapan di Ipoh, Mahathir memetik kenyataan palsu yang dijaja pembangkang melalui artikel ubah suai daripada Utusan Malaysia.

“Beliau juga bangkitkan kembali fakta palsu dan memburuk-burukkan oleh pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang bahawa isteri saya miliki cincin RM24 juta.

“Ini semua bohong, syarikat yang memiliki cincin itu perjelas secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah,” katanya dalam siri baru jawapan kepada soalan lazim (FAQ) di blognya hari ini.

Najib meluahkan rasa kesal kerana orang seperti Mahathir turut menabur fitnah kepada orang ramai.

Sebelum ini, beredar gambar muka depan satira Utusan kononnya Rosmah mampu membeli cincin mewah itu kerana telah menabung daripada kecil.

Najib mula memuat naik FAQ menjawab isu panas dalam negara selepas Mahathir hilang kepercayaan pada pentadbirannya dan menuntut beliau berundur.

Beliau juga hari ini mengambil peluang menjawab serangan Mahathir dengan berkata banyak perkara dilontarkan tidak adil dan mengelirukan.

Dr M tak adil, saya ada mandat rakyat kata Najib

Asakan demi asakan keras membuatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat lagi terus mengelak daripada bertembung dengan pengkritik berbahayanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menulis di blognya hari ini, Najib menegaskan banyak kritikan Mahathir tidak adil dan mengelirukan.

Beliau malah menegaskan bahawa Mahathir tidak harus menjejaskan kepimpinan Umno hanya kerana hasrat peribadinya tidak tercapai.

“Kepentingan rakyat dan parti lebih penting daripada seorang individu.

“Saya secara demokratik dipilih oleh parti dan rakyat, dan, oleh kerana saya menerima mandat itu, saya akan habiskan penggal saya sebagai presiden dan perdana menteri,” katanya.

Dalam siri baru soalan lazim (FAQ) beliau, Najib juga berkata beliau menjadikan usaha mencapai Wawasan 2020, yang diperkenalkan di era pentadbiran Mahathir, menjadi kenyataan.

Najib juga berkata mahu memastikan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang dicita-citakannya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

MP PAS Parit Buntar Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

MP DAP Seputeh Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

MP PKR Kapar Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

MP PAS Bachok Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)


Tim Menteri Dlm Negeri Gulong Usul 18 (1) - MP PKR Alor Setar - Isu Pemerdagangan Orang

MP PAS Kuala Krai Bahas Usul 18 (1) - MP PKR Alor Setar - Isu Pemerdagangan Orang

Perbahasan Usul 18 (1) - MP PKR Alor Setar Kemuka Isu Pemerdagangan Orang

Johari Abdul: Parlimen Ini Harus Bebas

Johari Abdul: Sabah, Sarawak Dan Semenanjung Adalah Partner (Pasangan)

Home Ministry: Not everything needs RCI

Nur Jazlan: Bukan urusan PAC, 1MDB lewat terima surat

PM: Dr M ulang 'khabar angin jahat' pada Rosmah

Zionis Israel Mula Serang Gaza Di Ambang Ramadan

Kerajaan Sangkal Tak Beri Pelarian Makan

Kubur Besar: 12 Polis Ditahan

PR Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja

MASIH INGAT kata takbur seorang PM..


"Felda perlu mengorak langkah menjadi sebuah kuasa besar ekonomi dalam usaha menjana keuntungan lebih besar kepada golongan peneroka"

"FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook."

SEKARANG LIHAT. APA DAH JADI PADA FGV !!!
Kan dah cakap.. asal umno sentuh jer lingkop !!!

ADAKAH FGV akan ikut jejak langkah spt syarikat MAS di mana saham2 MAS dah terlingkup & bungkus tutup daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 31 Disember 2014 !!!

Peneroka2 Felda, jgn gusar & sedih jika tanah2 kamu bakal tergadai kelak...

JANGAN BONGKAK & SOMBONG Najib Razak..


Tak selamanya pokok akan hidup.

Satu hari nanti akan mati jua..

Yang kekal hidup HANYALAH ALLAH S.W.T.
Yang patut kita bersandar & berlindung HANYALAH PADA ALLAH S.W.T.... bukannya UMNO !!!

Najib perlu bubar Parlimen, buktikan sokongan rakyat


Najib: Saya ada habiskan penggal sebagai PM


Rafizi : Najib tahu setiap urusniaga dan kelulusan 1MDB


Dokumen M&A londeh hakikat peranan Najib dalam 1MDB


NAJIBMDB


KUALA LUMPUR, 27 MEI: Nampaknya Datuk Seri Najib Razak tidak serik untuk membohongi rakyat walaupun penafian demi penafian yang dibuatnya sudah diketahui palsu.
Dalam usaha mempertahankan 1MDB, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, perdana menteri terus mahu meyakinkan rakyat bahawa syarikat itu masih ‘sihat’ dan boleh diselamatkan walaupun hutang yang ditanggung teramat besar.
Kata Tony, berdasarkan dokumen Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (M&A) 1MDB yang dikeluarkan baru-baru ini, ia jelas menunjukkan Najib mempunyai kuasa mutlak ke atas segala keputusan yang dibuat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
TIA adalah syarikat milik Terengganu yang kemudian distruktur semula menjadi 1MDB.
Kata Tony, Najib harus berhenti mendakwa dia tidak tahu apa-apa dalam keputusan diambil 1MDB yang kini dibebani hutang sekurang-kurangnya RM42 bilion.
“Ia cuma dilakukan Najib untuk menafikan kesalahan sendiri dan melindungi kepentingannya,” kata Tony dalam satu kenyataan hari ini.
Peruntukan 17 dalam M&A TIA menyatakan, badan itu mesti mendapatkan kelulusan bertulis daripada perdana menteri sebelum boleh memberi sebarang komitmen kewangan, seperti pelaburan, penyusunan semula dan sebarang keputusan berkaitan dasar kerajaan Pusat.
Peruntukan yang sama juga menyebut, kelulusan bertulis perdana menteri diperlukan untuk meminda sebarang butiran dalam M&A, pelantikan pengarah syarikat dan ahli pengurusan kanan.
Lebih daripada terlibat

Aset Level 3 di 1MDB tu apa, Deloitte?

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Perkataan “Level 3” yang menjelaskan aset milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menambah misteri syarikat yang dibebani masalah itu.
Ketika membuat aduan kepada Institut Akauntan Malaysia (MIA) di Brickfields hari ini, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menyenaraikan empat isu yang dirasakan sangat penting disiasat.
Satu daripadanya ialah pernyataan firma pengauditan Deloitte mengenai aset 1MDB yang hanya dirujuk sebagai “Level 3”.
Tony berkata aset ‘Level 3’ 1MDB itu tidak dijelaskan lebih lanjut dalam laporan berkenaan.
Sebaliknya, kata Tony, Deloitte mendefinisikannya sebagai “aset-aset yang nilainya tidak berdasarkan pemerhatian data pasaran”.
Sebelum itu Tony menyerahkan aduan rasmi mengenai firma Deloitte kepada MIA.
Tidak hanya itu, kata Tony, Deloitte turut dilihat cuba menutup maklumat “aset Level 3” itu dengan menyatakan berpuas hati bahawa bukti-bukti kewangan 1MDB cukup jelas.
“Dua minggu lalu media melaporkan, Najib kata semua OK sebab diaudit oleh Deloitte yang ada reputasi baik di peringkat antarabangsa.
“Maka, hari ini saya cabar kenyataan Najib itu dengan menyerahkan senarai semua rungutan dan dakwaan terhadap Deloitte kerana gagal menjalankan pengauditan secara telus dan beretika,” jelas Tony kepada pemberita.
Tunggu keputusan nanti
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menambah, laporan terhadap Deloitte itu dibuat kerana gagal berperanan dalam menjelaskan beberapa audit aliran tunai 1MDB selain tiada profesionalisme dalam meluluskan akaun meragukan.
Ini kerana menurutnya dalam Piawaian Perakaunan Antarabangsa 240 yang dirujuk MIA, setiap pengaudit mestilah mempunyai tanggungjawab profesional untuk bersikap hati-hati dan mempertanya pihak kewangan syarikat dalam aktiviti pengauditan.

Kenapa CEO 1MDB lambat terima notis PAC?

PAC telah menghantar notis jemputan ke prosiding kepada Arul Kandasamy pada 6 Mei namun CEO 1MDB itu mendakwa hanya menerima pada 21 Mei dan membalas pada hari yang sama.
arul_shahrol_nur-jazlan_600
KUALA LUMPUR: Kontroversi ketidakhadiran Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy, ke prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengundang persoalan baru.
Arul mendakwa dia menerima notis pada 21 Mei lalu yang memintanya hadir ke prosiding itu dan menjawab notis pada hari yang sama.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pula memaklumkan pihaknya telah menghantar notis jemputan ke prosiding itu pada 6 Mei.
Sehubungan itu, Nur Jazlan berkata, Arul lambat menerima notis itu bukan menjadi masalah PAC kerana notis jemputan prosiding telah dibuat dan dihantar lebih awal.
“Notis jemputan PAC telah hantar pada 6 Mei lalu untuk suatu prosiding pada 26 Mei. Tarikh tersebut lebih daripada waktu dua minggu yang ditetapkan.
“Kita sudah bagi masa selama dua minggu dan dia (Arul) lambat itu bukan masalah PAC,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Rabu.
Nur Jazlan berkata, PAC menyerahkan notis jemputan kepada Kementerian Kewangan memandangkan 1MDB merupakan syarikat milik kementerian itu.

Lagi dana awam untuk bayar hutang 1MDB- Rafizi

Keengganan Menteri Kewangan memberikan perincian bayaran pokok dan faedah bagi setiap hutang 1MDB dikatakan bertujuan menyekat rakyat menyemak urusniaga 1MDB.
rafizi,najib
PETALING JAYA: Keengganan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan secara terperinci bayaran pokok dan faedah bagi setiap hutang dan bon 1MDB menimbulkan keraguan.
Rafizi Ramli berkata, setiap kali ada pembayaran hutang pokok atau faedah yang perlu dilangsaikan oleh 1MDB, akan berlaku urusniaga yang melibatk an dana rakyat yang mengundang kontroversi dan kemarahan rakyat.
“Saya mengajukan soalan ini supaya rakyat boleh memantau setiap kali 1MDB perlu membayar hutang pokok atau faedah agar dana rakyat tidak digunakan bagi tujuan itu,” katanya.
Dia memberi contoh pembayaran hutang 1MDB berjumlah RM2 bilion pada Februari 2015 kepada RHB dan Maybank dilaporkan diaturkan oleh hartawan, Ananda Krishnan.
“Sehingga kini, kita tidak tahu apakah terma dan bayaran balas kepada Ananda Krishnan hasil dari pertolongan itu.
“Apabila Jemaah Menteri meluluskan peruntukan sebanyak RM950 juta (“standby credit”) dalam bulan Mac 2015, kelulusan itu dibuat pada waktu yang hampir sama dengan pembayaran faedah 1MDB yang dilaporkan pada jumlah yang sama.

Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB?

Susulan aduan terhadap Deloitte dalam isu 1MDB, tumpuan kini beralih kepada seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.

Nizar, anak pertama Najib, pengarah eksekutif, di perkhidmatan nasihat kewangan syarikat yang dikritik kerana pengendalian akaun 1MDB itu.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, antara pengkritik paling lantang 1MDB, membangkitkan isu percanggahan kepentingan dalam perkara itu.

“Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte (walaupun dalam unit perniagaan berbeza)," katanya.

Rafizi membangkitkan sama ada amalan itu boleh diterima secara terbuka dan profesional kerana ia mempunyai risiko serius ke arah percanggahan kepentingan.

Nizar belum memberikan sebarang respon ketika diminta Malaysiakini berbuat demikian.

Malaysiakini juga telah menghantar e-mel kepada Deloitte berhubung perkara sama dan masih menunggu reaksinya.

Rafizi yang juga seorang akauntan bertauliah dan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkata terdapat keperluan melihat semula bagaimana empat firma terbesar audit di negara ini beroperasi.

Artikel 117 “Memorandum Pertubuhan” 1MDB Mendedahkan PM Kepada Siasatan Dan Pendakwaan Jenayah

Saya merujuk kepada pendedahan oleh pihak media semalam mengenai Memorandum Pertubuhan (“Memorandum & Articles of Association” atau “M&A”) 1MDB yang mempunyai Artikel 117 yang mengaitkan Perdana Menteri dengan semua keputusan pelaburan dan hutang yang dibuat oleh 1MDB selama ini.
Saya telah mendapat salinan penuh M&A ini dan telah menyemak untuk mengesahkan bahawa ia adalah M&A 1MDB, seperti berikut:
1. Semakan dengan rekod terkini dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan 1MDB dan Terengganu Investment Authority Berhad mempunyai nombor syarikat yang sama iaitu 848230-V
2. Rekod terkini SSM juga (seperti yang dilampirkan) menunjukkan bahawa Terengganu Investment Authority Berhad telah menukar namanya kepada 1MDB pada 25 September 2009
3. Pindaan kepada M&A telah difailkan kepada Pendaftar Syarikat melalui satu resolusi bertarikh 2 September 2009. Ini bermakna keseluruhan M&A ini besar kemungkinan difailkan untuk memenuhi proses mengambilalih dan menukar nama Terengganu Investment Authority Berhad kepada 1MDB seperti yang ditunjukkan oleh rekod terkini SSM
(Keseluruhan dokumen M&A serta resolusi-resolusi terbabit untuk memfailkan pindaan-pindaan M&A boleh dimuat turun dari https://drive.google.com/file/d/0B2GRLI8QVQQgZGhkMy1QQ2NpRzA/view?usp=sharing )
Saya sertakan Artikel 117 yang bertajuk “Reserved Matters” di dalam M&A itu. Secara ringkasnya, artikel itu menetapkan bahawa semua keputusan mengenai lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta sebarang komitmen kewangan (termasuk keputusan pelaburan) yang diambil oleh 1MDB yang boleh mempunyai kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri.
Ini bermakna, kemungkinan besar Perdana Menteri tahu mengenai urusniaga-urusniaga 1MDB yang mengundang kontroversi setakat ini kerana kelulusan beliau diperlukan. Apatah lagi bon pertama yang diterbitkan oleh 1MDB dalam tahun 2009 telah dijamin Kerajaan Persekutuan. Maka, setiap urusniaga penerbitan hutang selepas itu ada kesan kepada jaminan yang diberikan Kerajaan Persekutuan itu dan tidak boleh dilaksanakan oleh 1MDB tanpa kelulusan bertulis Perdana Menteri.
Saya berpendapat Perdana Menteri perlu hadir sendiri ke Parlimen untuk menerangkan perkara ini.

MOF: Jumlah aset 1MDB berakhir 31 Mac sebanyak RM51.4 bilion....tunggu & lihat..!!!

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang telah diaudit untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 sebanyak RM51.4 bilion, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ia merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa RM31.9 bilion, demikian menurut jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan mengenai perkara itu.

Jawapan itu menyebut 1MDB mempunyai kedudukan aset-aset yang kukuh, antaranya tanah untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur.

Aset lain ialah tanah di Pulau Pinang seluas 94.69 hektar (234 ekar) serta 13 loji jana kuasa dan penyahgaraman di lima negara.

"Nilai aset-aset 1MDB disokong oleh laporan penilaian atau nilai buku yang telah disahkan oleh juruaudit bebas (Deloitte)," menurut jawapan itu.

Menurut jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya) juga ditujukan kepada Menteri Kewangan, perjanjian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dibuat secara bebas, dengan terma-terma komersil yang mengikut piawaian pasaran.

Ini berdasarkan maklumat yang dikemukakan pihak pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan.

Enggan nyatakan bayaran pinjaman, faedah 1MDB membimbangkan - Rafizi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini mendakwa keengganan Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah bayaran pokok dan faedah bagi setiap hutang/bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah membimbangkan.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR menyatakan demikian selepas menerima jawapan bertulis bagi soalannya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memegang portfolio kementerian berkenaan.

“Pembayaran hutang 1MDB berjumlah RM2 bilion dalam bulan Februari 2015 kepada RHB dan Maybank dilaporkan diatur oleh seorang tokoh korporat.

"Sehingga kini, kita tidak tahu apakah terma dan bayaran balas kepada tokoh korporat tersebut hasil daripada pertolongan itu,” ujar Rafizi dalam satu kenyataan media.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, apabila Jemaah Menteri meluluskan peruntukan standby credit sebanyak RM950 juta dalam bulan Mac 2015, kelulusan itu dibuat pada waktu yang hampir sama dengan pembayaran faedah 1MDB yang dilaporkan pada jumlah yang sama.

“Begitu juga penjualan tanah oleh 1MDB kepada Tabung Haji baru-baru ini dibuat dalam tempoh yang sama dengan pembayaran faedah oleh 1MDB pada jumlah yang sama.

“Maka, adalah munasabah rakyat dimaklumkan apakah senarai hutang pokok dan faedah yang perlu dibayar oleh 1MDB bermula dari Januari 2015 supaya spekulasi bahawa dana-dana awam disuntik ke dalam 1MDB untuk membayar hutang diperjelaskan,” katanya.

Rafizi juga mendakwa, alasan Menteri Kewangan bahawa penyata kewangan 1MDB bagi tahun 2015 belum diselesaikan tidak boleh diterima dan tidak masuk akal.

1MDB: Elok PAC juga soal Najib

Oleh Mohd Sayuti Omar
Cadangan Rafizi Ramli supaya Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) memanggil sama Najib Razak dalam siasatan terhadap 1MDB berhubung isu yang berbangkit dalam syarikat pelaburan strategik itu merupakan satu cadangan terbaik dan tepat. Najib tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, kerana selaku pengerusi kepada syarikat itu beliau mesti tahu apa yang berlaku di dalamnya.

Apa lagi Najib adalah perdana menteri, apa-apa yang berlaku dalam negara ini terutama berkaitan negara mesti dalam pengetahuannya. Tidak ada satu pun yang terlepas dari pengetahuannya. Apa lagi mengikut Rafizi perjalanan syarikat 1MDB itu sama dengan perjalanan atau peraturan syarikat "culikannya" Lembaga Pelabuhan Terengganu (TIA).

Menurut memorandum dan tatacara syarikat TIA, semua keputusan dan kegiatan syarikat itu mestilah dibawah penegathaun perdana menteri. Ertinya apa-apa yang hendak dilakukan mesti mendapat persetujuan perdana menteri. 1MDB adalah penamaan semula daripada syarikat TIA. 

PAC harus lebih telus dan terbuka serta berani dalam hal ini untuk memanggil sama Najib. Mungkin Najib boleh memberi penjelasan sejauh mana beliau tahu mengenai perjalanan syarikat berkenaan. Mungkin juga beliau hanya mendapat laporan dan maklumat daripada lembaga pengarahanya tanpa mendalami kesan dan akibatnya. Ada kemungkinan Najib tertipu atau ditipu dalam hal ini.  

Kepercayaan Najib kepada mereka yang diberi tanggungjawab menguruskan 1MDB tanpa ada semakan sesuatu yang merbahaya. Kita juga tahu sejauh mana kebolehan dan arifnya Najib dalam soal perniagaan ini. Tidak ada rekod menunjukkan Najib cemerlang dalam perniagaan dan pengurusan keeangan. Latar belakang ini memberi ruang besar untuk orang pertikaikan sejauh mana kemampuan Najib memantau syarikat dibawahnya itu. 

Harga Saham Merudum: Mengapa menteri mahir ekonomi diam? - Kadir Jasin

Menteri yang mahir ekonomi perlu perjelas kejatuhan harga saham dan penarikan modal daripada Bursa Malaysia.
kadir jasin,tnb,fgv
PETALING JAYA : Menteri-menteri yang mahir mengenai ekonomi didesak memberi penjelasan terhadap kejatuhan harga saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Felda.
Selain itu, mereka juga digesa menerangkan mengenai penarikan modal oleh pelabur daripada Bursa Malaysia.
“Pelabur bukan sahaja tidak percaya lagi kepada Mohd Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) malah mereka mula menarik keluar modal mereka dari Bursa Malaysia. Apa kata pak-pak menteri yang faham ekonomi dan pasaran macam Mustapa Mohamed, Ahmad Husni Hanadzlah dan Abdul Wahid Omar?
“Diam membisu dilanda sindrom koro? Lupakan Idris Jala kerana bagi beliau semuanya boleh dihujahkan sebagai sempurna asalkan beliau dan Pamandu dapat nama,” sindir Datuk A Kadir Jasin.
Dalam tulisannya, wartawan veteran berkenaan turut membangkitkan persoalan itu yang dikaitkan dengan 1MDB.
Katanya, kejatuhan saham syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk TNB menunjukkan para pelabur telah hilang keyakinan apabila ia dipaksa membeli aset penjanaan milik syarikat berkenaan.
“Mengikut laporan akhbar kawalan MCA, The Star harga saham TNB jatuh RM1.06 sejak 18 Mei lalu. Ini bermakna modal pasaran TNB jatuh RM6 bilion dalam masa seminggu.
” Dan apa yang sudah jadi dengan Felda Global Ventures (FGV), periuk nasi peneroka Felda, yang riuh-rendah disenaraikan pada bulan Jun, 2012 sebagai persediaan pilihan raya umum 2013?,” soalnya dalam entrinyakadirjasin.blogspot.com.
Kadir turut mempersoalkan kejatuhan harga saham FGV di Bursa Malaysia yang menyebabkan saham itu hanya tinggal RM2.02 iaitu tidak sampai separuh dari harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55.

Saham FGV jatuh, TH dan KWSP turut rugi

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) yang kini hanya tinggal RM2.02 sesaham pada 25 Mei 2015 menyebabkan enam pemegang saham utamanya mengalami kerugian hampir RM5.4 bilion.

Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Dr. Rosli Yaakop berkata, keenam-enam pemegang utama saham FGV memegang saham lima hingga lapan peratus yang disifatkan satu jumlah yang agak besar.

Enam pemegang tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan, Felda Badan Berkanun, Felda Asset Holding Company SB dan Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Rosli, keenam-enam pemegang saham terbabit membeli saham pada 25 April 2013 pada harga RM4.55 berjumlah RM9.6 bilion dan nilai saham ini pada 25 Mei lalu telah merundum kepada RM4.3 bilion.

Felda Badan Berkanun mengalami kerugian sebanyak RM1.84 bilion, Felda Aseet Holding Company SB rugi sebanyak RM1.26 bilion, Lembaga TH rugi RM717.7 juta, KWSP pula rugi RM527.7 juta, Kumpulan Wang Persaraan rugi sebanyak RM546.2 juta dan Kerajaan Negeri Pahang menanggung rugi RM461.5 juta.

"Keenam-enam pemegang ini memegang kira-kira 2/3 daripada jumlah saham FGV yang diurus niaga di Bursa Saham Malaysia. Keadaan ini umpama pemilikan yang tidak sihat bagi mana-mana pasaran saham apabila saham merundum pemegang akan kerugian. Hanya dalam masa dua tahun kerugian yang begitu besar," katanya kepada Harakahdaily.

MP fail aduan pada juruaudit 1MDB

Sebuah aduan difailkan terhadap syarikat audit antarabangsa Deloitte kerana didakwa gagal memberi amaran sehingga didakwa menyebabkan 1MDB terus berhutang dan tidak mampu membayar balik.

Aduan itu difailkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

“Deloitte Malaysia sengaja dan/atau cuai sehingga gagal mengambil tindakan wajar dan perlu serta mengaudit aliran tunai dan risiko kecairan 1MDB,” katanya.

Katanya Deloitte pada 5 November tahun lalu memperakui 1MDB tiada masalah walaupun syarikat itu berdepan krisis kecairan yang akan berlaku susulan tidak dapat membayar hutang RM2 bilion sebelum hujung bulan itu.

Beliau juga berkata aduan juga dibuat berkaitan cubaan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Eazak yang didakwa cuba menggunakan nama Deloitte untuk menunjukkan urusan berkaitan syarikat itu berlaku secara jujur dan terbuka.

1MDB: Najib perlu perjelas sudah 'kantoi' atau tak - DAP

Parlimen digesa gantung perbahasan berkaitan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) segera dan memberi laluan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peranannya dalam kontroversi berkaitan 1MDB.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat gesaan itu susulan laporan bahawa kelulusan perdana menteri diperlukan untuk sebarang komitmen kewangan pelopor 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA), dan sama ada peraturan itu masih terpakai.

Lim berkata jika perkara itu benar Najib ternyata berpura-pura di Parlimen dan kepada orang awam dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap operasi harian 1MDB dan hanya mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu.

“Ini mungkin kali pertama dalam sejarah negara apabila perdana menteri 'kantoi' berpura-pura besar,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini Lim berkata perkara itu seperti undi tidak percaya di Parlimen sama ada beliau patut kekal sebagai perdana menteri.

Persoalan berhubung bidang kuasa Najib timbul selepas Malaysiakini melaporkan bahawa Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (M&A) bertarikh 2 September 2009, menyebut kelulusan bertulis perdana menteri diperlukan untuk sebarang komitmen kewangan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Ini termasuk urusan pelaburan, penstrukturan semula atau sebarang keputusan berkaitan dasar kerajaan pusat.

1MDB: PAS tuntut penjelasan Gabenor Bank Negara

KUALA LUMPUR: PAS menuntut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberikan maklumat lanjut berhubung aduan BSI Bank Ltd Singapore yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana isu itu adalah isu besar yang melibatkan imej negara dan wang rakyat pada skala yang begitu besar.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Zeti semalam yang mengesahkan menerima laporan dari Bank Pusat Singapura berhubung aduan BSI Bank Ltd Singapore mengenai akaun yang dikaitkan dengan 1MDB.
Walau bagaimanapun, Zeti tidak memberikan maklumat lanjut tindakan yang diambil setelah menerima laporan tersebut.
"Adakah arahan pembekuan akaun 1MDB dan akaun seluruh ahli Lembaga Pengarah sudah dikeluarkan beserta pembekuan cek tandatangan mereka?" tanya Mahfuz dalam satu kenyataan.
Begitu juga, katanya adakah laporan dan tindakan selanjutnya sudah dimaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menyekat kesemua Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi 1MDB daripada meninggalkan negara ini.

Nur Jazlan: PAC beri 1MDB notis 20 hari

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menyangkal dakwaan 1MDB bahawa tempoh notis yang diberi untuk pegawainya hadir sesi pendengaran jawatankuasa itu, adalah terlalu pendek.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata Kementerian Kewangan telah diberitahu pada 6 Mei bahawa Presiden 1MDB Arul Kanda dan bekas CEO Datuk Shahrol Halmi mesti hadir pada 26 Mei.

Kementerian Kewangan adalah pemilik penuh 1MDB, yang kini menjadi subjek siasatan PAC.

Beliau berkata pihaknya tidak menghantar surat terus kepada saksi, tetapi kepada kementerian yang menyelia mereka.

Pada pihaknya, tegas Nur Jazlan, mereka telah memberi tempoh notis yang mencukupi, lebih daripada dua minggu.

Jadi, tegasnya, sama ada Arul lewat mendapat pemberitahuan itu, ia bukanlah masalah PAC.

Sebelum ini, Arul mendakwa Kementerian Kewangan hanya memberitahu syarikat itu mengenai perkara tersebut pada 21 Mei.

PAC menerima jawapan dari Arul, meminta lanjutan tempoh 30 hari, pada 22 Mei.

Arul mendakwa beliau dan Shahrol mempunyai komitmen awal di luar negara dan memerlukan masa untuk menyediakan dokumen yang diperlukan untuk pendengaran tersebut.


Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu akan membenarkan lanjutan masa itu, terutama kerana terdapatnya maklumat  terbaru mengenai 1MDB.

"Jika mereka memberi keterangan, dan maklumat baru timbul, maka kita perlu memanggil mereka semula.

TERBUKTI.. UMNO lah Pengkhianat & Penyangak Negara !!!


TINGGAL KENANGAN.. Mulai September ini salah satu syarikat GLC negara & syarikat penerbangan kebanggaan rakyat Malaysia Airlines System (MAS) TIDAK LAGI WUJUD di M'sia.. dan digantikan dengan sebuah syarikat baru, Malaysia Airlines Bhd (MAB).

MALAHAN saham Malaysia Airlines (MAS) telah dinyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 31 Disember jam 9 pagi.

SIAPA PUNYA ANGKARA, kalau bukan UMNO/BN !!!

Semuanya bermula pada 1994 apabila ahli perniagaan KRONI UMNO Tan Sri Tajudin Ramli mengambil pinjaman daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan berjumlah RM1.79 bilion dan kemudian menggunakannya membeli saham utama dalam MAS, satu langkah yang terpaksa ditanggung kerajaan akibatnya kira-kira tujuh tahun kemudian.

Inikah sikap terpuji dari kalangan pimpinan melayu UMNO ???


Saham FGV merudum


Rafizi questions 1MDB repayments and interests accrued

Rafizi says all involved in 1MDB liable for CBT

Rafizi: No more excuses from Najib on 1MDB

'Kerjasama PTPTN - Felda tanpa unsur politik'

Nur Jazlan: Najib may be called to assist 1MDB inquiry

"Sampans" trump multi-million ringgit drones

Nur Jazlan: Not our fault if you received our letter late

MP DAP Ipoh Barat Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

MP DAP Serdang Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Pakar: Sasaran defisit RMK11 tak akan tercapai

Projek RMK11 bagi beri nafas baru pada 1MDB, kata Rafizi

Perkhidmatan awam perlu rombakan - Saifuddin

MP PKR Sg Petani Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

MP PAS Pokok Sena Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Usul 18 (1) - MP PKR Alor Setar Kemuka Isu Pemerdagangan Orang

Dewan Rakyat 27 Mei 2015: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Did T’ganu try to use its oil and gas as collateral?

SPRM: Tiada asas kesalahan Felda beli hotel di London

K’jaan Umno@Bn akui ada perniagaan gulung tikar kerana GST

MP fail aduan pada juruaudit 1MDB

1MDB: 'Artikel 117 dedahkan Najib pada CBT, penipuan jenayah'


1MDB: NAJIB KANTOI LAGI !!!


Akhirnya terdedah juga bahawa ada satu klausa dalam Memorandum Pertubuhan ("M&A") 1MDB bahawa semua keputusan pelaburan #1MDB mesti diluluskan Najib Razak Mana dia nak sembunyi selepas ini?

Pada Artikel 117 mengesahkan mengaitkan Perdana Menteri dengan semua keputusan pelaburan dan hutang yang dibuat oleh 1MDB selama ini.

p/s: Keseluruhan dokumen M&A serta resolusi-resolusi terbabit untuk memfailkan pindaan-pindaan M&A boleh dimuat turun dari https://drive.google.com/file/d/0B2GRLI8QVQQgZGhkMy1QQ2NpRzA/view?usp=sharing )

SAHAM FGV PECAH REKOD LAGI !!!..


Bersyukurlah. Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU..

HAKIKATNYA... Ada keluar kat tv & berita2 di M'sia ke tak berita saham FGV semakin MENJUNAM JATUH KE PARAS PALING TERUK DALAM SEJARAH !!!

TAK MUSTAHIL.. FGV kan menerima nasib yg sama spt SAHAM MAS di mana MAS telah dinyahsenaraikan dari Bursa Saham baru2 ini kerana harga saham terakhir telah jatuh lebih separuh drpd harga asal saham mula2 diniagakan...

1MDB - Tumpuan Kini Beralih Kepada Muhyiddin

Setelah berbulan-bulan Najib Razak menjadi bahan asakan mengenai 1MDB dan semua persoalan hanya ditujukan kepadanya untuk memberikan jawapan, kini nampaknya giliran Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula harus menjawab mengenai pendiriannya.

Atas kedudukannya sebagai salah seorang anggota kabinet yang memikul konsep tanggungjawab bersama, semua persoalan yang berlaku dalam negara tidak membenarkan mereka memilih untuk berdiam diri atau memberitahu tidak tahu mengenainya.

Jika sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagaimana ucapannya dalam video yang sudah tersebar luas, Muhyiddin mahukan Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan disusuli dengan tindakan polis melakukan penyiasatan, begitu juga ketika menyatakan sokongan kepada Najib dalam mesyuarat MT UMNO, pendirian beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri sebenarnya lebih ditunggu-tunggu memandangkan kemelut dalam syarikat pelaburan itu telah menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat.

Ini kerana berbanding pendiriannya dalam UMNO yang hanya mewakili kepentingan 3.6 juta ahli, kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah mewakili lebih 30 juta rakyat keseluruhannya.

Dua hari lalu, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan bahawa persoalan 1MDB tidak seharusnya menjadi beban kepada Najib seorang, tetapi keseluruhan anggota kabinet mesti memikulnya bersama.

Katanya, dengan kedudukan kabinet yang memikul tanggungjawab bersama mewakili kepentingan rakyat, tidak harus ada mana-mana anggotanya mengatakan mereka tidak tahu atau tidak terlibat dalam kemelut 1MDB ini.

Sebagai anggota veteran UMNO yang pernah meletakkan jawatan dalam kabinet kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan dan beberapa dasar Tun Mahathir pada 1986, pandangan Tengku Razaleigh ternyata ada benarnya, lebih-lebih lagi beliau telah menunjukkan teladan dalam hal itu.

Salah urus 21 tahun bawa kejatuhan MAS

Bermula September, Malaysia Airline System Bhd, syarikat yang dikenali rakyat Malaysia sebagai syarikat penerbangan negara sejak 1972, tidak lagi wujud.

Ia sebaliknya akan digantikan dengan sebuah syarikat baru, Malaysia Airlines Bhd, dimiliki sepenuhnya Khazanah Nasional sebelum rancangan penyenaraian semula di Bursa Malaysia menjelang 2019 .

Ini bukan kali pertama MAS tertakluk kepada pelan pemulihan atau usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu. Ia berlaku beberapa kali sepanjang 22 tahun, bermula 1994.

Bagaimanapun, ini merupakan rancangan penyusunan semula yang paling komprehensif dialami MAS, yang akan melibatkan pengurangan besar-besaran laluan perjalanan udara dan tenaga kerja, mungkin menjadikannya sekadar syarikat penerbangan serantau.

Tetapi ini hanya akan berfungsi jika kerajaan dan mereka yang menerajui rancangan penyusunan semula ini mengambil pengajaran dari pengalaman lampau.

Semuanya bermula pada 1994 apabila ahli perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli mengambil pinjaman daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan berjumlah RM1.79 bilion dan kemudian menggunakannya membeli saham utama dalam MAS, satu langkah yang terpaksa ditanggung kerajaan akibatnya kira-kira tujuh tahun kemudian.

Ketika itu, Tajudin selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS, terjejas teruk oleh krisis kewangan Asia 1997. Dan kerajaan akhirnya membeli semula saham MAS dari Tajudin pada RM8 seunit – harga yang sama Tajudin bayar tujuh tahun sebelumnya.

Perbezaannya kali ini cuma, MAS dalam keadaan hampir muflis. Ia kerugian RM256 juta pada tahun kewangan berakhir 1998 dan menjelang tahun fiskal berakhir 2000, ia rugi RM255.7 juta lagi selepas kerugian cukai.

Regim Zionis Mesir musnahkan 521 terowong di sempadan Gaza

Mesir musnahkan 521 terowong di sempadan Gaza 
Penduduk Gaza menggunakan laluan rahsia ini untuk menyeludup pelbagai barangan ke Gaza.
ANKARA - TURKI . Tentera Mesir memusnahkan kira-kira 521 laluan masuk ke terowong rahsia di sempadan, menurut laporan media tempatan, kelmarin.
 
Agensi berita Anadolu melaporkan operasi perobohan itu telah dilakukan sejak enam bulan lalu.
 
"Beberapa laluan rahsia tersebut turut dilengkapi trek kereta api dan bilik komunikasi," menurut laporan itu lagi.
 
Pada bulan lalu, Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengeluarkan dekri yang menetapkan hukuman penjara seumur hidup ke atas mana-mana individu yang terus ingkar untuk menggali atau menggunakan terowong rahsia tersebut.
 
Di bawah dekri sama, mana-mana pihak yang bersubahat atau menyembunyikan maklumat mengenai kewujudan laluan rahsia itu juga bakal berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.
 
Susulan daripada itu, operasi untuk memusnahkan terowong rahsia tersebut telah dipergiatkan. - Press TV

Muktamar penentu, Pas tiada masalah bersendirian - Moihd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bulan depan akan menjadi medan penentu sama ada Pas akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada umumnya: "Presiden (parti) boleh cadangkan, Majlis Syura (Ulama) boleh cadangkan (keluar daripada pakatan pembangkang) tetapi keputusan itu bergantung kepada muktamar ... kuasa itu kuasa muktamar. Itu adalah kaedah kami dalam organisasi."   

Beliau bagaimanapun berkata, Pas Kelantan masih belum memutuskan untuk memberi sebarang cadangan keluar daripada pakatan pembangkang pada muktamar  berkenaan.   

"Ini kami tengok dalam muktamar ... kami dengar ucapan dasar (Presiden parti) dan dari situlah (kami akan buat keputusan). Jadi mungkin negeri lain ada cadangan, itu saya tidak tahulah. Tapi bagi Kelantan perkara berkenaan belum dibincangkan lagi," katanya.   

Kesatuan pekerja MAS bakal dibubar selepas MAS Bhd ambil alih


Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), kesatuan pekerja terbesar dan lantang memperjuangkan hak kakitangan syarikat penerbangan tersebut, tidak lagi wujud apabila Malaysia Airlines (MAS) selesai dengan penstrukturan semulanya.

Maseu yang mewakili 13,500 pekerja MAS, dijangka dibubarkan kerana pengurusan baru itu membayangkan ia tiada tempat dalam syarikat baru itu nanti, yang akan mula beroperasi pada 1 September.

Kesatuan itu menerima perkara itu buat masa ini dan sedang melihat kepada usaha menukarkan entiti itu sebagai sebuah koperasi.

Setiausaha Eksekutif Maseu, Mohd Jabarullah Abd Kadir, mengesahkan langkah tersebut dan memberitahu The Malaysian Insider, dua mesyuarat luar biasa dipanggil setakat ini bagi membincangkan pembubaran kesatuan tersebut.

"Kita ambil keputusan dalam perjumpaan itu, pertama kita akan bubar. Kedua, kita akan tukar menjadi koperasi," katanya.

Katanya, walaupun dua mesyuarat luar biasa itu diadakan, terakhir pada 18 Mei, mereka masih perlu memanggil satu lagi mesyuarat bagi menjalankan proses pengundian di kalangan ahli kesatuan.

"Kita akan buat undi sulit dalam masa terdekat. Selepas undi sulit, baru kita tahu apa keputusannya, untuk lihat mana satu kehendak ahli," katanya.

Menurut Jabarullah, langkah tersebut diambil memandangkan pengurusan baru MAS yang dibentuk dalam pelan penstrukturan Khazanah Nasional Berhad enggan mengiktiraf mereka sebagai sebuah kesatuan.

Lawan GST, jihad bersanad daripada Tok Janggut?

Oleh H FANSURI
TIBA-TIBA, Washington menyatakan bahawa Amerika Syarikat bersedia mengambil peduli soal pelarian Rohingya.Kata Rumah Putih, usaha membantu pelarian berkenaan adalah sebahagian daripada usaha antarabangsa bagi menangani isu bot terkandas melibatkan pelarian itu di Asia Tenggara.
Jabatan Negeri mengeluarkan kenyataan berkenaan pada Rabu lalu. Jurucakapnya, Marie Harf berkata bahawa Amerika Syarikat kini bersedia membantu semua negara di bawah agensi pelarian PBB yang bekerja keras dalam usaha menempatkan para pelarian itu.

Pada awalnya Indonesia, Malaysia dan Thailand enggan peduli soal Rohingya, tapi pendirian itu nampaknya bertukar. Di Amerika, khabarnya, sudah ada lebih 1,000 pelarian Rohingya sejak 1 Oktober tahun lalu.“Saya rasa rakyat Malaysia dan Indonesia telah meminta bantuan bagi menempatkan semula pelarian itu. Kami sedang berhati-hati dengan usul ini,” kata Marie Harf kepada pemberita di Washington. “Ia perlu menjadi usahasama negara-negara. Kita tidak boleh tangani isu ini bersendirian.
Namun, kita bersedia memainkan peranan utama dalam usaha ini.”
Inilah cerita Amerika Syarikat yang tiba-tiba ingin menjuarai isu pelarian Rohingya. Hal ini dilakukan ketika rekod kejahatan berdarah di Vietnam, Afghanistan, dan Iraq masih lagi basah dalam ingatan setiap ahli masyarakat sedunia.
Amerika Syarikat, pewaris Empayar British (seteru Empayar Turki) boleh bermuka dua dengan masyarakat Asia sepertimana British boleh bermuka dua dengan bangsa pribumi di Tanah Melayu. Jadi, sentiasalah berawas!
Kisah ‘GST’ British
Tidak lengkap dan sempurna warna kejahatan British, Amerika Syarikat dan kuasa Barat ini kalau tidak disingkap sejarah lampau di negara kita.
Oleh sebab zaman ini perang percukaian GST mengambil tempatnya, maka biar kita bercerita darihal Tok Janggut.
Alkisahnya Tok Janggut (Haji Mat Hassan Panglima Munas) lahir tanggal 1850 di Kg Saring, Jeram, Kelantan. Beliau syahid pada 1915 dalam lingkungan usia 65 tahun.
Dengan rupa berjanggut ke paras dada, si mujahid yang ramai penyokongnya ini memimpin jihad melawan dasar percukaian British. Dia dikatakan mahir bersilat dan menerima pelajaran di Mekah.
Selepas Perjanjian Inggeris - Siam 1909, British membuat aturan baharu di Kelantan.
Antara yang mengguris perasaan adalah dasar percukaian seperti berikut:

BNBBC gesa Muhyiddin nyata pendirian berhubung 1MDB atas kapasiti TPM

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyatakan pendirian beliau bukan sahaja di Janda Baik tetapi sebagai seorang pegawai pentadbiran kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015. 
Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyatakan pendirian beliau bukan sahaja di Janda Baik tetapi sebagai seorang pegawai pentadbiran kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015.

Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menyatakan pendirian berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bukan sahaja melalui Umno, tetapi juga atas kapasitinya sebagai timbalan perdana menteri dan anggota pentadbiran kerajaan, kata Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Samad berkata demikian merujuk kenyataan timbalan perdana menteri pada satu majlis tertutup yang mahu Datuk Seri Najib Razak memecat semua lembaga pengarah 1MDB dan membawa masuk polis menyiasat syarikat yang sarat dibebani hutang itu.
Mengulas video ucapan Muhyiddin yang didedahkan di media sosial, Shahrir berkata kepada media di lobi Parlimen, rakaman itu dibuat di luar pengetahuan timbalan presiden Umno itu.

"Sebagai timbalan perdana menteri, beliau mempunyai format untuk menyatakan apa sahaja pandangan dalam Kabinet dan sebagai timbalan presiden, beliau boleh bercakap dalam mesyuarat Majlis Tertinggi. "Saya faham beliau ketika itu hanya menjawab soalan yang ditujukan kepadanya, tetapi saya harap pandangannya dapat disampaikan melalui dua platform, tidak hanya di Janda Baik," katanya merujuk kepada lokasi ucapan itu didakwa dibuat.
Ucapan Muhyiddin itu, yang tersebar luas, kemudiannya mencetuskan pelbagai spekulasi.
Di dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube itu, Muhyiddin berkata sekiranya perdana menteri yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Malaysia negara yang belum matang demokrasi - Fahmi Zainol

#5Tahun2020: Malaysia negara yang belum matang demokrasi - Fahmi ZainolKUALA LUMPUR: Malaysia ialah sebuah negara yang demokrasinya belum matang lagi, tetapi ia masih mempunyai ruang dan peluang untuk mencapainya.

Ini pendapat aktivis pelajar, Fahmi Zainol, semasa mengulas mengenai salah satu cabaran wawasan 2020 iaitu untuk ‘mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.’

Fahmi berkata Malaysia belum matang kerana kita masih dapat lihat ketidakadilan dalam sistem kehakiman, fitnah politik, salah guna kuasa polis dan media yang berat sebelah.

“Undang-undang seperti Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Hasutan, adalah pembantut kepada misi merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

“Akta dan undang-undang sebegini diwujudkan atas sebab untuk melenyapkan suara-suara rakyat yang mengkritik, menentang atau menegur kerajaan.

"Akibatnya kerajaan akan terus berkuasa dan mentadbir dengan sesuka hati tanpa mendengar luahan atau kritikan rakyat di bawah.

“Hal ini sangat bertentangan dengan amalan demokrasi yang sihat,” kata Fahmi.