Selasa, 26 Mei 2015

'Menteri tak faham isu 1MDB boleh letak jawatan'

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet yang masih tidak memahami isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun keputusan bersama telah diputuskan digesa untuk melepaskan jawatan.

Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan, Kabinet Malaysia berasaskan prinsip tanggungjawab bersama dan mana-mana menteri yang masih enggan memahami isu tersebut dianggap telah melanggari keputusan bersama itu.

"Prinsip Kabinet, prinsip tanggungjawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan tanggungjawab bersama.

"Pilihan kan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri... itu tak jadi masalah, kalau ada menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (Kabinet)," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang mengatakan keseluruhan Kabinet perlu dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi 1MDB dan bukannya dibebankan kepada Perdana Menteri seorang sahaja.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

Mengulas lanjut, Shahrir juga berkata, jika ahli Kabinet masih tidak memahami isu yang dihadapi 1MDB, mereka terbabit boleh berjumpa sendiri dengan perdana menteri sehingga berpuas hati (keputusan Kabinet).

"Kita diberi peluang untuk berbincang dan bertanya sampai kita puas hati. Kalau tak puas hati boleh pergi lagi sekali jumpa Perdana Menteri tanya lagi dan tanya Menteri Kewangan.

Mat Sabu: Rakyat tak percaya jaminan polis


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menuntut Polis Diraja Malaysia memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas pencerobohan yang berlaku ke atas sempadan negara.

Mohamad (kiri) dalam kenyataannya hari ini berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu bertanggungjawab dalam isu itu dan mesti meletak jawatan jika tidak mampu menyelesaikannya.

“Rakyat terus bimbang dengan isu keselamatan dan tidak mampu lagi mempercayai jaminan keselamatan oleh pihak polis khususnya dan kerajaan,” katanya Mohamad.

Sementara itu PKR hari ini mengemukakan usul supaya sidang parlimen ditangguhkan bagi mendengar penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai isu keselamatan negara.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung (kanan) berkata penjelasan itu merujuk kepada penemuan 139 kubur dan 28 kem digunakan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia - Thailand.

Polis semalam mengesahkan ia adalah kubur mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

“Bahawa Dewan ini menggesa Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan dalam soal keselamatan negara, bagaimana kem-kem memperdagangkan manusia dan kubur-kubur yang baru ditemui di dalam kawasan Malaysia boleh terjadi tanpa pengetahuan kerajaan selama ini,” kata Gooi.

Katanya lagi, sidang itu perlu disegerakan memandangkan berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

'WAJIB' ikut laki pergi mana2 apatahlagi naik jet mewah VIP..


TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA... 

Tanpa undi & sokongan anda siapalah Rosmah di hati rakyat.. Rosmah sanggup berpenat ke luar negara tanpa dibayar sedikit gaji pun. Semua laki beliau yang tanggung.

TANPA DUIT2 GST laki-bini Najib Rosmah tak akan dapat keselesaan & kemewahan sbg pemimpin negara...

Tak sokong Adi Putra bukti hipokrasi Putrajaya, kata aktivis pendidikan

Kurangnya sokongan yang diberikan kepada remaja pintar Adi Putra Abd Ghani menunjukkan Putrajaya hipokrit, kata pendidik, yang membandingkan layanan kerajaan dengan genius matematik itu dengan pelajar yang ditangkap memiliki bahan lucah di London baru-baru ini.

Zairil Khir Johari, ahli Parlimen DAP yang lantang mengutarakan isu pendidikan berkata, layanan Putrajaya terhadap Adi Putra , 16, "teruk dan bersikap hipokrit."

  "Ia menjadikan negara kita kelihatan teruk dan bersikap hipokrit, terutamanya apabila pelajar pintar Matematik di Imperial College dipertahankan dan ditawarkan peluang meneruskan pengajian, walaupun disabit memiliki bahan pornografi kanak-kanak yang paling ekstrem pernah dilihat Polis Metropolitan London," katanya kepada The Malaysian Insider.

 "Kenapa ada 'double standard'? Kenapa seorang genius Matematik tulen tidak dapat sokongan institusi, tetapi seorang budak jahat dapat?" Ahli Parlimen Bukit Bendera itu merujuk kepada pemegang penuntut Malaysia di bawah pembiayaan Mara, Nur Fitri Azmeer Nordin, juga digambarkan sebagai genius Matematik, yang ketika ini dipenjara 18 bulan kerana jenayah yang dilakukannya di United Kingdom.

Letak jawatan kalau tak setuju keputusan Kabinet, kata pengerusi BNBBC

Sekiranya menteri tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang dibuat semasa mesyuarat Kabinet, mereka perlu meletak jawatan, kata pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Setuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah yang seluruh kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrir berkata, prinsip kabinet ialah tanggungjawab bersama.

"Ia keputusan kolektif. Pilihan ada di tangan. Tiada siapa yang paksa. Kalau menteri itu tidak setuju (dengan keputusan Kabinet), maka boleh letak jawatan.

"Soalnya begitu mudah. Apabila keputusan itu berdasarkan kolektif dan tanggungjawab bersama, menteri Kabinet punyai peluang berbincang dan bertanya kalau tidak puas hati," katanya. Bercakap kepada media di lobi Parlimen hari ini, Shahrir berkata, sekiranya sebarang keputusan tidak dipersetujui segelintir menteri, wajar mereka meletak jawatan kerana ia dianggap bertentangan dengan prinsip kolektif itu sendiri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara menteri yang secara terbuka mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu itu, termasuk mengakui beliau sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi penjelasan kepada rakyat mengenai masalah syarikat itu yang menanggung RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi.

Saham FGV merosot, PAS hantar memorandum aduan ke Bursa KL

Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015.

Spekulasi Felda Global Venture (FGV) bakal digugurkan daripada Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ekoran prestasi sahamnya yang semakin jatuh merudum membimbangkan peneroka, kata Dr Rosli Yaakop.

Penasihat ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu berkata, FGV perlu disiasat bagi memastikan syarikat itu tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang pasaran saham dalam proses penyenaraiannya dan dalam urus niaga di Bursa Malaysia. Katanya, ini berdasarkan saham FGV menurun RM2.02 seunit, jatuh 54% di bawah harga tawaran asal (IPO) RM4.45 sesaham, memberi petunjuk masa depan FGV yang kelam.

Kebimbangan itu disuarakan melalui memorandum kepada Bursa Malaysia Kuala Lumpur, memastikan agar FGV bebas dari sebarang cubaan memanipulasi harga pembelian 51% kepentingan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad.

"Jika didapati ada pelanggaran peraturan dan undang-undang pasaran saham, manipulasi, pengkhianatan dan penipuan, tindakan yang sewajarnya perlu diambil ke atas pihak yang terbabit," kata Rosli dalam memorandum yang diserahkan kepada Bursa Malaysia hari ini. Ia diterima Ketua Bahagian Perhubungan Pelanggan Bursa Malaysia, Saidi Ahmad.

Negara dah semakin jahanam di bawah UMNO/BN..


Peniaga bumiputra berniaga kecil-kecilan dgn jualan murah (tanpa notis) pon dikompaun serta merta..

TETAPI SYARIKAT TELCO KAUT UNTUNG BERBILION2 RINGGIT KENAKAN #GST dgn taktik menipu boleh pula diberi tempoh masa berbulan2 !!!

KERAjaan BN hanya berani bertindak pada peniaga2 'ikan bilis' BERBANDING SYARIKAT2 'ikan jerung'-TELCO KERAjaan penyangak buat2 bodoh aja..

KENAPA NAK CARI PASAL melabur pada syarikat yg ada hutang RM42 BILION !!!..


Yg jadi mangsa siapa ??? Najib ka ? Rosmah ka? Menteri2 UMNO ka ???

Bayangkan dlm masa 6 hari pemain saham memberi respon negatif dan #TNBmengalami kerugian RM6 bilion gara2 TNB beli aset #1MDB.

Kalaulah pemain saham pun takut & menjauhi TNB bila terlibat sama dgn 1MDB, APATAH LAGI RAKYAT BIASA DALAM PENDEPOSIT TABUNG HAJI !!!

Beringat Sebelum Kena, Cepat2 Selamatkan Duit2 tabung Haji Dari Penyangak Negara...

MP DAP Raub Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Muktamar Penentu Kedudukan Pas Dalam Pakatan

MP PKR Kuala Kedah Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Hairan Renjer Terlepas Pandang Kubur Besar

Isu Soalan Bocor - MP PAS Sepang - BN Sabak Bernam Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Penyeludupan Manusia: Syak Penguat Kuasa Terlibat

Restoran Nasi Kandar didakwa caj Roti Tisu RM11

Orang ramai mula berang dan menyarankan pihak penguatkuasa KPDNKK mengambil tindakan dan pengguna memboikot
restorn_kayu_600PETALING JAYA: Isu harga luar biasa makanan di Restoran Nasi Kandar Kayu masih tidak berkesudahan berikutan pendedahan terbaharu melibatkan cawangan restoran itu di Petaling Jaya.
Mengikut rekod dalam resit bertarikh 23 Mei lalu, restoran itu di cawangan SS2, Petaling Jaya juga mengenakan caj luar biasa bagi Roti Tisu iaitu RM11.
Pengguna yang tidak berpuas hati telah memuat naik resit di laman sosial Facebook dan menarik perhatian pengguna lain untuk berkongsi.
Orang ramai yang berang dengan harga luar biasa yang dikenakan restoran tersebut bertindak mencemuh tindakan pengurusan restoran nasi kandar itu.
Ada yang meminta memboikot manakala, ada yang berharap supaya penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil langkah drastik bagi mengajar pemilik restoran mengenakan harga yang sepatutnya.
Cawangan restoran itu di Pulau Pinang telah diserbu pihak penguatkuasa KPDNKK pada Isnin kerana mengenakan caj RM20 ke atas lima batang sayur bendi dan aduan roti telur yang dijual pada harga RM2.50.
Pengarah Urusan restoran itu, Burhan Mohamed, memberitahu kesilapan teknikal oleh juruwang menyebabkan caj sebanyak RM20 dikenakan ke atas lima batang sayur bendi.

Konsep PAS mesti bersama masyarakat majmuk - Hadi



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, konsep parti itu bersama masyarakat majmuk di negara ini.

"Konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak boleh bersendirian," ujarnya kepada media di lobi parlimen selepas membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan bahawa PAS pernah bersendirian di dalam kerajaan dan luar kerajaan sebelum ini tetapi peristiwa lama tidak akan berulang.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya adakah PAS bersedia untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Buat masa sekarang PAS masih bersama Pakatan," ujarnya.

Ketika ditanya cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, beliau berkata 'tunggu dan lihat'.

PAS tak mahu berjuang sendirian - Hadi


Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak berhasrat mahu meneruskan perjuangannya secara sendirian.

Kenyataan itu dibuat ketika Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan DAP saling berseteru ekoran beberapa isu yang melanda parti gabungan Pakatan Rakyat itu baru-baru ini.

Ditemui wartawan di parlimen hari ini, Abdul Hadi berkata, konsep PAS mestilah menerima hakikat kewujudan masyarakat majmuk dalam negara ini.

Justeru, katanya, PAS tidak boleh menjadi parti yang bersendirian.

"Kita pernah semua sebelum ini. Pernah bersendirian, pernah dengan kerajaan, pernah luar kerajaan," katanya.

Menurut Abdul Hadi, biasanya "peristiwa lama tidak berulang".

DAP tutup mulut jika mahu pro-Pakatan menang pemilihan, kata PAS

DAP diminta menutup mulut atau berhenti bercakap dan menyerang PAS jika mereka benar-benar mahukan kumpulan yang pro-Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pemilihan parti itu minggu depan.

Pemimpin PAS yang pro-PR berkata, serangan yang dibuat pemimpin DAP terhadap beberapa pemimpin PAS tidak membantu, malah menyusahkan mereka dalam pemilihan pada muktamar kali ini. "Biar kami yang uruskan sendiri," kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada The Malaysian Insider.

 Bahkan, tindakan pemimpin DAP itu boleh dianggap 'sokongan membawa rebah' kerana ia dianggap justifikasi kenapa PAS perlu menjauhi PR, khasnya DAP, sebagaimana dibawa pendokong kumpulan pro-ulama sekarang. "Serangan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, tambah menyusahkan kami dan menjadikan masalah lebih rumit," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu.

Baginya, DAP dilihat seperti berkempen supaya sesetengah pihak dalam PAS menang, padahal mereka sepatutnya tidak campur tangan. "DAP sepatutnya tunggu pemilihan selesai, baru buat apa-apa komen," kata Mujahid.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu antara pemimpin PAS yang mahu PR dipertahankan dan parti Islam itu kekal di dalamnya selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 dari 4 hingga 6 Jun nanti. Beliau keras menentang pendekatan pemimpin utama PAS sekarang, khasnya presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dilihat cuba menjauhkan diri dari PR.

Mujahid menolak pencalonan untuk naib presiden PAS, tetapi akan mempertahankan jawatannya sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan itu nanti. Seorang lagi pemimpin PAS yang pro-PR, Suhaizan Kaiat, juga tidak senang dengan kenyataan pemimpin DAP sekarang yang dianggapnya tidak kena dengan persepakatan dalam gabungan itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda PAS itu berkata anak muda Malaysia memerhati dengan penuh minat pengurusan konflik dalam politik di negara ini. Beliau sangat tidak senang dengan kenyataan Guan Eng, selaku setiausaha agung DAP, yang menuduh Hadi condong kepada Umno. "Tuduhan ini memberi gambaran buruk kepada anak muda Malaysia.

Kuasa di belakang kelambu

Hishamuddin Rais

“Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri,” kata Mahathir Mohamad, 11 Mei lalu.

Minggu lalu saya menulis tentang watak Lady Macbeth. Watak ini muncul dalam bangsawan hasil garapan William Shakespeare. Watak Lady Macbeth ini telah saya samakan dengan watak Imelda Marcos, Evita Peron, Leila Ben Ali dan Rosmah Mansor. Lady Macbeth merancang untuk membunuh Lord Duncan dan menobatkan suaminya sebagai Raja Scotland. Ini tragedi dalam teater bangsawan Inggeris.

Dalam seni filem kita juga akan bertemu dengan watak perempuan sedemikian. Para peminat dan pelajar filem tahu bahawa dalam filem ada pelbagai genre, antaranya ialah genre filem noir. Noir dalam bahasa Perancis bermakna gelap atau hitam. Justeru filem noir membawakan tema yang gelap lagi hitam.

Dalam filem noir diwajibkan kemunculan seorang perempuan cantik sebagai protagonis – watak utama yang akan menjadi femme fatale. Femme fatale juga adalah istilah Perancis yang membawa makna perempuan cantik pembawa mudarat.

Dalam filem noir mudarat pertama jatuh kepada si jantan atau sang suami. Si jantan diperangkap untuk melakukan pembunuhan. Pembunuhan ini akhirnya akan menguntungkan si perempuan. si jantan atau sang suami akhirnya terpenjara manakala si perempuan atau sang isteri dalam babak akhir akan dilihat bercanda-canda dengan kekayaan dan kekasih lama.

Dalam kontek politik kita melihat bahawa Imelda Marcos, Evita Peron, Leila Ali dan Rosmah Mansor – adalah femme fatale. Mereka adalah perempuan yang memerangkap jantan untuk perancangan mereka sendiri. Perangkap mereka bingkas mengena pelanduk dan hasilnya terbukti membawa mudarat.

Kerana ini saya anggap Najib dan Rosmah Mansor ini adalah skrip untuk sebuah filem noir. Tetapi Najib-Rosmah ini bukan sebuah filem noir. Mudarat yang mereka bawa bukan kepada satu dua sosok. Dalam filem noir perangkap para perempuan ini hanya memudaratkan dua tiga orang sahaja.

Negara porak-peranda

Leila Ben Ali – minah pendandan rambut yang langsing, berambut panjang dan cantik telah memudaratkan sebuah negara bernama Tunisia. Leila sebelum melarikan diri ke Saudi Arabia telah memecahkan Bank Negara Tunis dan melarikan 1.5 tan jongkong emas.

Kemiskinan: Kerajaan tidak berpijak di bumi nyata


miskin


KUALA LUMPUR, 26 MEI: Walaupun kerajaan bertegas mendakwa masalah kemiskinan di Malaysia hampir dibasmi, realiti menunjukkan sebaliknya.
Hal ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dapat dilihat jika seseorang melawat sendiri ke kawasan masyarakat biasa, termasuk di Kuala Lumpur.
Berucap ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di parlimen semalam Guan Eng berkata, ketidaksamaan dan kemiskinan masih belum ditangani dengan baik oleh kerajaan.
Walaupun menteri menunjukkan kadar kemiskinan kurang daripada 1% pada 2014 dengan purata pendapatan bulan isi rumah ialah RM6,141.
“Tetapi apabila kita turun ke jalan raya di Kuala Lumpur dan melawat rumah panjang atau kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, kita boleh lihat dengan mata sendiri, kemiskinan masih jauh untuk dihapuskan.

Adakah Najib kuasai 1MDB seperti TIA?


Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mempunyai kawalan penuh ke atas dana pelaburan milik kerajaan itu?

Jika itu keadaannya, bermakna banyak perjanjian kontroversi 1MDB yang kini diperkatakan ramai mungkin dijalankan dengan keizinan perdana menteri.

Apa yang jelas ialah, Najib berkuasa penuh ke atas agensi berkenaan ketika ia masih dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Berdasarkan Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (M&A) bertarikh 2 September 2009, kelulusan bertulis perdana menteri diperlukan untuk sebarang komitmen kewangan TIA, termasuk pelaburan, penstrukturan semula atau sebarang keputusan berkaitan dasar kerajaan Pusat.

Ia juga diperlukan jika keputusan dibuat berkaitan kepentingan negara dan keselamatan.

Peruntukan 117  dalam memorandum itu juga menyatakan, kelulusan bertulis perdana menteri dipelrukan untuk meminda sebarang butiran dalam M&A serta pelantikan pengarah syarikat dan ahli pengurusan kanan.

Malaysiakini dapat melihat salinan dokumen M&A itu.

Najib kekal Umno parah?

Oleh Anuar Mohd Nor
Ramai yang mula mengatakan Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dengan pintu yang mengarahkan beliau keluar – melepaskan jawatan perdana menteri serta turun takhta daripada memegang tampuk presiden Umno.
Adakah ini akan berlaku – adakah isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memaksa Najib melepaskan jawatan?
Adakah timbulnya video Tan Sri Muhyiddin Yassin – akan juga memberi kesan sehingga Najib terpaksa melepaskan jawatan – begitu juga PAC – dalam membuat siasatan dan Jabatan Audit Negara – adakah semua ini akan menghambat Najib untuk turun takhta. Ada pendapat mengatakan masa Najib sudah sampai ke penghujung – ada pendapat yang mengatakan tidak – Najib tidak akan undur sebab beliau ada kuasa di atas kuasa yang beliau ada – kuasa Datin Seri Rosmah Mansur – kuasa Istana. Bermacam-macam-macam pendapat yang timbul. Namun pengkhususan semua adalah sama ada Najib kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) atau tidak menjadi topik perbualan.
Dalam Parlimen – heboh, kesalahan antara tunai dan unit, kesilapan yang menampakkan semakin banyak alasan dari penerangan – mencari jawapan bagi menutup sesuatu yang besar – semakin kuat iltizam pembangkang untuk menyingkir Najib.
Jawapan demi jawapan – bukan Najib yang menyediakan jawapan – kesalahan Kementerian Kewangan – semua terkeluar menampakkan jelas kealpaan dan kesakitan untuk mencari jawapan terbaik dalam melindungi sesuatu.
Tapi itu kalangan mereka daripada pihak kelas atasan – kelompok mereka yang berpolitik – kelompok mereka yang tahu dan membaca dan terpengaruh.
Apa pula kelompok yang dikatakan Muhyiddin – mereka yang nampak cerdik tetapi tidak.
Apa pula kelompok yang mahu memastikan tempat di sisi Najib dan mahu menjaga politik masing-masing mahu melakukan yang sama.
Adakah mereka akan hadir dalam memastikan isu pendedahan Najib ini menjanjikan Najib tercampak.

Tentang hadiah mewah, media dirantai dan pendapatan iklan

oleh Hazlan Zakaria
Banyak diperkatakan tentang kebejatan etika dalam pemberian hadiah mewah oleh Pejabat Perdana Menteri ketika Malam Media baru-baru ini, tetapi kenyataannya semua perkara ini tidak penting kepada media, sekurangnya media Malaysia, yang rata-rata telah pun berada dalam genggaman pengaruh pihak tertentu.
Acara PMO telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan rakyat dan pengamal media mengenai hadiah mewah, satu tabiat yang berakar umbi dalam persekitaran media Malaysia, dan adakah ia akan mempengaruhi wartawan dan laporan mereka tentang pemberi hadiah tersebut.
Tetapi bukan lagi satu rahsia yang media Malaysia secara keseluruhannya sudahpun berada dalam genggaman pihak tertentu kerana status pemilikan mereka. Boleh dikatakan hampir semua dimiliki oleh parti politik, tokoh korporat atau proksi kepada pihak pemerintah.
Utusan Malaysia berbangga mengumumkan yang ia dimiliki oleh parti politik Melayu Umno, walaupun ia mengekalkan pasukan editorialnya secara berasingan- semuanya atas nama ketelusan.
Dan Utusan bukan satu-satunya, pemilikan kumpulan media yang lain seperti The Star dan beberapa akhbar harian Cina mempunyai kaitan langsung atau tidak dengan parti politik orang Cina MCA.
Sekali lagi semua organisasi media ini menegaskan yang pasukan editorial mereka bebas.
Tetapi seperti Utusan, bolehlah dikatakan yang walaupun secara umumnya kandungan akhbar dimiliki oleh parti politik ini tidak terang-terangan memihak kepada pemilik mereka dan mereka tidak dianggap sebagai suara media parti, pengkritik menganggap kandungan akhbar, terutama sekali dalam isu politik, sangat berat sebelah kepada pihak tertentu.
Sudah jelas lagi bersuluh yang kemampuan ataupun amalan yang diamalkan oleh parti politik tertentu dalam mempengaruhi kandungan dan dasar editorial, tidak kisahlah samada menerima hadiah mewah daripada PMO atau sesiapa sahaja.  

Peguam: Najib boleh disiasat bawah Kanun Keseksaan

Amer HamzahKUALA LUMPUR 26 MEI- Beberapa pengamal undang-undang jenayah bersetuju dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jawapan yang bercanggah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengenai 1MDB, mungkin merupakan satu jenayah.
Dr Mahathir mendakwa Najib berbohong tentang di mana AS$1.103 bilion (RM3.97 bilion) dana 1MDB, dan  ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan.
Peguam kes jenayah, Amer Hamzah Arshad percaya apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu “mempunyai beberapa asas” tetapi menegaskan ia boleh dihujah sama ada Najib, sebagai perdana menteri, adalah seorang penjawat awam atau sebaliknya.
“Bagaimanapun, Najib, atas kapasitinya sebagai pengerusi (lembaga penasihat) 1MDB boleh disiasat di bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan,” kata peguam kes jenayah, Amer Hamzah Arshad kepada Malaysiakini.
Beliau merujuk kes bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, yang disabitkan atas kesalahan rasuah ketika menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Bagaimanapun, peguam Khir, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, berhujah dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan pada tahun lepas bahawa tuduhan rasuah itu adalah cacat kerana beliau bukan seorang penjawat awam sebagaimana ditakrifkan di bawah Kanun Keseksaan.
Khir Toyo didakwa atas kapasitinya sebagai menteri besar. Menteri besar bukan seorang penjawat awam, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 21 Kanun Keseksaan, Shafee dilaporkan berkata.

Najib lindungi 1MDB dari siasatan PAC?

Lim Lip EngKUALA LUMPUR 21 MEI- Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan keistimewaan  1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila meminta lanjutan masa bagi menghadiri mesyuarat Jawatan Kuasa Kira-kira Awam (PAC) bagi menyiasat masalah syarikat tersebut.
Katanya, adalah pelik apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy mengalu-alukan sisasatan PAC ke atas syarikat tersebut namun dilaporkan mahu menangguhkan siasatan.

“Sekiranya mereka begitu teruja untuk menyampaikan cerita dari pihak mereka, kenapa jenuh benar sehingga memerlukan notis 30 hari terutama apabila notis pada semua kementerian adalah dalam jangkamasa dua minggu, malah kadang-kadang lebih singkat lagi. Apa yang istimewanya 1MDB,” katanya.
Semalam,  Arul Kanda yang juga Presiden 1MDB dilapor tidak akan menghadiri mesyuarat  PAC mengenai syarikat itu yang dijadual hari ini. Perkara itu disahkan pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Sebelum ini, Arul dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Halmig dilapor akan memberi keterangan tetapi meminta lanjutan masa.

Misteri RM3.8 bilion dana SRC di Mongolia

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Kerajaan perlu mendedahkan penggunaan wang RM3.81 bilion yang dilabur SRC International Sdn Bhd (SRC) dalam syarikat tenaga di Mongolia, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Menurut jawapan Kementerian Kewangan 20 Mei lalu, jumlah pelaburan SRC Interntional Sdn Bhd dalam syarikat Gobi Coal & Energy Ltd (GCE) adalah sebanyak AS$60 juta, mewakili 9% pegangan saham dalam GCE.
“Seperti ditekankan dalam kenyataan saya bulan lalu, syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham London, Origo Partners Limited memiliki 14% pegangan dalam GCE dengan nilai AS$ 13.4 juta sehingga Jun 2014.
“Bermakna 9% kepentingan SRC International dalam GCE pada hari ini hanya bernilai AS$ 8.6 juta (RM31 juta), menurun 85.6% dalam nilai pelaburan.
“Ini merupakan kerugian sebanyak AS$ 51.4 juta (RM185 juta),” kata Tony.
Tambahnya, Menteri Kewangan sebelum ini memberi gambaran bahawa sejumlah besar pelaburan-pelaburan SRC ditempatkan dalam GCE.
Sedangkan pelaburan AS$ 60 juta (RM216 juta) GCE hanya sebahagian kecil daripada RM4 bilion pinjaman Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Deloitte jadi bahan ketawa komuniti antarabangsa

arul_1mdbPETALING JAYA, 26 MEI: Pengauditan firma Deloitte Malaysia menimbulkan tanda tanya sekali gus rasa ‘lucu’ apabila akaun 1MDB ditutup tanpa penjelasan yang sepatutnya mengenai kedudukan kewangan syarikat tajaan kerajaan itu.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua keputusan Deloitte mengaudit 1MDB terus-menerus dipersoalkan komuniti kewangan antarabangsa.
“Piawaian pengauditan Deloitte telah banyak dipersoalkan sejak enam bulan lepas kerana 1MDB diketahui bergelut untuk membayar hutang matang dan faedah perkhidmatannya,” kata Tony.
Kata Tony, tanda tanya lebih mendesak apabila seorang pegawai, Ng Yee Hong yang merupakan rakan kerjasama Deloitte boleh menandatangani akaun untuk Mac 2014 pada 5 November 2015 tanpa sebarang kelayakan sedangkan 1MDB daripada semua segi boleh dianggap muflis.
Tony menambah Deloitte menutup mata terhadap banyak transaksi yang melibatkan berbilion ringgit dana kerajaan sehingga kerugian besar terpaksa ditanggung pembayar cukai.
Justeru, ujar Tony, Deloitte tidak seharusnya mengorbankan reputasi antarabangsanya dengan menjadi perisai perdana menteri dan Lembaga Pengarah 1MDB dalam penyalahgunaan kuasa.
“Nama Deloitte tercemar penuh lumpur, menjadikan ia jenaka komuniti kewangan.
“Sebagai sebuah firma audit dan perakaunan antarabangsa yang dikatakan ada reputasi baik, ia mesti bersih dan melindungi imej kebebasan juruaudit dan mematuhi piawaian etika dalam menjalankan tanggungjawab profesional mereka,” jelas Tony lagi.

1MDB hina parlimen


lim-kit-siang-PAC-1MDB-Arul-Kanda


KUALA LUMPUR, 26 MEI: Keengganan pentadbiran 1MDB disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) adalah penghinaan kepada parlimen kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
“Setelah lima tahun 1MDB dihantui krisis kecuaian, tiada ketelusan dalam tadbir urus syarikat korporat kerajaan, sepatutnya 1MDB rela hati bertemu PAC.
“Keengganan bertemu PAC yang dijadualkan hari ini menunjukkan mereka cuba sembunyikan sesuatu.
“Ini adalah penghinaan kepada parlimen,” kata Kit Siang.
1MDB dalam kenyataannya semalam menjelaskan tarikh yang ditetapkan untuk memberi keterangan di PAC itu bertembung dengan satu temujanji di luar negara.
“Saya fikir, kita harus tanya di mana Arul sekarang dan apa dia sedang buat sekarang.
“Persoalan yang harus dibangkitkan PAC pada waktu ini,” jelas Kit Siang kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Sementara itu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mencadangkan PAC menggunakan peruntukan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan mendenda kedua-dua individu RM1,000 setiap hari, selagi gagal hadir ke siasatan jawatankuasa.
Malah melalui peruntukan tersebut, Arul Kanda dan Shahrol Halmi boleh ditangkap.

Najib diminta bubar Parlimen

najib sakit kepalaKUALA LUMPUR 26 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta membubarkan Parlimen supaya pilihan raya umum boleh dijalankan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, langkah itu berikutan krisis kepercayaan yang dihadapi Najib ekoran serangan bertali arus terhadapnya berhubung isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, dengan cara itu, Najib dapat membuktikan sama ada rakyat masih yakin dan menyokong pentadbiran beliau.
“Krisis kepercayaan ini bukan sekadar di kalangan pihak pembangkang atau rakyat, tetapi termasuk pemimpin-pemimpin Umno BN.
“Sebagai Ahli Parlimen, saya seru Perdana Menteri membubarkan Parlimen dan adakan pilihan raya umum yang baru untuk dapat mandat baru bagi membuktikan bahawa bukan sekadar dia ada keyakinan terhadap partinya sendiri tetapi sebenarnya dia mendapat keyakinan dari rakyat,” kata Khalid.
Ujar Khalid lagi, itu juga cara Najib untuk menghentikan kritikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kebelakangan ini lantang mengkritiknya.
“Itu saja cara nak diamkan kritikan Tun Mahathir, selain rakyat juga yang sudah lama menyatakan ketidakpercayaan terhadap Najib, jadi dia perlu buktikan,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Parlimen hari ini.

Alasan CEO 1MDB tak masuk akal, kata Bung Mokhtar

PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Shahrol hadir ke prosiding itu.
bung-moktar-parliament
KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy, yang tidak dapat hadir sesi pendengaran oleh Jawatan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sepatutnya diadakan pada Selasa (26 Mei).
Beliau berkata, alasan yang diberikan Arul itu tidak masuk akal ketika rakyat mahu mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku dalam syarikat 1Malaysia Berhad Development (1MDB).
“Dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC dan polis.
“Dia patut mengetahui mesyuarat itu sangat penting untuk dihadiri dan memberitahu apa yang berlaku dalam 1MDB,” katanya di Parlimen.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi, hadir ke prosiding itu.
Bung Mokhtar berkata, beliau berharap perkara itu diselesaikan segera agar tidak menimbulkan pelbagai kekeliruan.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memakkumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pertemuan dengan CEO 1MDB kerana Arul Kandasamy berada di luar negara atas tugas rasmi.

Apabila Arul Dan Shahrol Tak Endah PAC

Oleh Abu Hassan Adam

Aku melihat keengganan dua ‘tokoh’ penting dalam IMDB, Arul dan Shahrul yang enggan untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) sebagai suatu tindakan yang kurang beradab dan tidak menghormati Parlimen (yang bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa PAC berkenaan).
Laporan dari Malaysiakini menyebut bahawa,”1Malaysia Development Berhad (1MDB) president and executive director Arul Kanda will not attend the Public Accounts Committee (PAC) meeting…..Earlier, sources told Malaysiakini that Arul and former chief executive officer (CEO) Shahrol Halmi, who was also slated to testify tomorrow, have asked for a time extension……the reason given for their absence was that the duo are currently on a working trip abroad” Alasan yang diberikan untuk tidak dapat menghadiri mesyuarat berkenaan adalah disebabkan mereka terpaksa menghadiri satu mesyuarat di luar negara. Maknanya dua orang ‘tokoh’ ini nampak lebih penting daripada PAC dan PAC terpaksa akur dengan alasan yang diberikan. Bermakna status dan kedudukan mereka adalah lebih penting daripada PAC yang dilantik oleh Parlimen dan di mana ahlinya terdiri daripada wakil parlimen yang dipilih oleh rakyat. Seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa kedudukan mereka adalah amat penting yang mana sehinggakan PAC juga harus menyesuaikan ‘jemputan mesyuarat’ dengan jadual mereka yang telah ditetapkan lebih awal.
Rasa mahu bersetuju pula dengan kenyataan YB Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa tindakan kedua-dua orang tokoh itu adalah sebagai satu penghinaan dan harus dpecat serta merta. Seterusnya beliau berkata,"This is ridiculous. It was bad enough in the past when they didn't openly come out to clarify and set the facts straight….But now their refuse to attend the PAC meeting […] that is the final insult and (Arul) should be sacked immediately……in any other parliament in the world, when the highest committee like a PAC summons you, because your actions have public impact, they would have to attend.” Malaysiakini 25 Mei 2015.

Saham TNB Merudum Kerana 1MDB

Oleh A Kadir Jasin

PERDANA Menteri yang suka melawat ke luar negara, Mohd Najib bin Abdul Razak, kini berada di Jepun.Sahlah darah perantau Bugisnya menjadikan beliau Perdana Menteri yang “foot loose, fancy free” walaupun negara dan rakyat jelata dilanda pelbagai musibah dan kejadian ngeri.
Adakah beliau peduli bahawa jangkitan sistemik 1MDB semakin teruk? Mohd Najib buat-buat tidak tahu manakala Gabenor Bank Negara pun diam membisu.

Kesan sistemik 1MDB jejas TNB dengan teruk
Pelabur mula hilang keyakinan. Atas cakap-cakap Mohd Najib akan paksa Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli aset penjanaan 1MDB, harga saham TNB merudum di Bursa Malaysia.

Mengikut laporan akhbar kawalan MCA, The Star harga saham TNB jatuh RM1.06 sejak 18 Mei lalu. Ini bermakna modal pasaran TNB jatuh RM6 bilion dalam masa seminggu. (Baca di sini)

Allahyarham Tun Razak lawat Felda Endau
Dan apa yang sudah jadi dengan Felda Global Ventures (FGV), periuk nasi peneroka Felda, yang riuh-rendah disenaraikan pada bulan Jun, 2012 sebagai persediaan pilihan raya umum 2013?

1MDB: Arul nafi terima notis 20 hari untuk menghadap PAC

Presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya menerima jemputan untuk menghadapi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) melalui Kementerian Kewangan, pada 21 Mei.

Arul Kanda berkata, jemputan yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan itu, meminta penampilan syarikat itu di hadapan PAC pada 26 Mei.

Sebelum ini, ia dilaporkan bahawa Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata surat itu telah dihantar ke Kementerian Kewangan pada 6 Mei dengan notis 20 hari untuk Arul Kanda dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Halmi untuk menghadap PAC pada Mei 26.

"Setelah menerima surat ini, 1MDB telah pun menjawab kepada Kementerian Kewangan pada 21 Mei, iaitu pada hari yang sama syarikat kami menerima jemputan itu.

“Seperti yang disahkan oleh YB Nur Jazlan, Pengerusi PAC, tarikh bagi penampilan ini sedang dimuktamadkan, kerana tarikh yang dicadangkan sebelum ini bercanggah dengan komitmen luar negara yang dijadualkan sebelum ini.

Saham TNB rugi RM6 bilion dalam 6 hari akibat spekulasi 1MDB

Nilai saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian pada kadar RM6 bilion sejak 6 hari lalu ekoran spekulasi pembelian aset tenaga milik syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (TNB), menurut laporan The Star Online.

Spekulasi itu memberi kesan kepada pasaran saham dan TNB rugi RM1.06 sejak 18 Mei kerana pembekal kuasa elektrik utama itu dikatakan mungkin akan membeli aset jana kuasa 1MDB.

Kaunter semalam masih mencatatkan penyusutan 46 sen atau 3.36%, ditutup pada RM13.24 - harga paling rendah sejak pertengahan Disember 2014 - dan pada tengah hari ditutup rendah pada RM12.98 - dan memadamkan 3.36 mata daripada aras Indeks Komposit Bursa Malaysia Kuala Lumpur (BSKL).

 Minggu lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB Datuk Seri Azman Mohd berkata syarikat itu tidak akan membayar premium aset jana kuasa 1MDB. Bagaimanapun, ia tidak menghalang pasaran daripada melihat urus niaga yang dibuat itu dari sudut negatif.

"Ditambah dengan sensitiviti isu 1MDB, apa saja yang berkaitan dana itu akan menimbulkan respons yang tidak begitu positif sehingga penilaian dijelaskan.

Tony Pua: “Saya juga setuju CEO dan lembaga pengarah 1MDB dipecat”

tony-puaKUALA LUMPUR, 26 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (DAP) bersetuju dengan saranan supaya ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.
Pua berkata, tindakan berkenaan sesuai kerana persoalan yang dibangkitkannya berkenaan nilai USD1.1 bilion sama ada dalam bentuk aset atau tunai juga gagal dijawab dengan tepat sebelum itu.
“Saya setuju dan ada menyebut sebelum itu bahawa pertamanya isu sama ada mempunyai tunai atau tidak di Singapura.
1MDB“Perkara berkenaan USD1.1 bilion dalam bentuk tunai atau aset juga tidak dapat dibezakan dan gagal memberi jawapan tepat.
“Saya rasa CEO itu tidak boleh dipakai dan perlu dipecat. Segala lembaga yang perlu memantau apa berlaku dalam 1MDB tidak menjalankan kerja secara baik dan bersetuju mereka juga perlu dipecat,” katanya di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Semalam, Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) menyifatkan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat dan disiasat adalah sesuai.
Sebelum itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui kerajaan tersalah tafsir bentuk simpanan atau aset USD1.1 billion atau RM3.97 bilion yang disimpan di sebuah bank Singapura.
Katanya, aset yang dibawa pulang dari Kepulauan Cayman itu dalam bentuk unit bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.

1MDB - PM berkuasa penuh di fasa awal

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mempunyai kawalan penuh ke atas dana pelaburan syarikat milik kerajaan itu?

Apa yang jelas ialah, Najib berkuasa penuh ke atas agensi berkenaan ketika ia masih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA).

Berdasarkan Memorandumdan Tata Urusan Syarikat (M&A) bertarikh 2 September 2009, kelulusan bertulis perdana menteri diperlukan untuk sebarang komitmen TIA, termasuk pelaburan, penstrukturan semula atau sebarang keputusan berkaitan dasar kerajaan Pusat.

Ia juga diperlukan jika keputusan dibuat berkaitan kepentingan negara dan keselamatan.

Peruntukan 117  dalam memorandum itu juga menyatakan, kelulusan bertulis perdana menteri dipelrukan untuk meminda sebarang butiran dalam M&A serta pelantikan pengarah syarikat dan ahli pengurusan kanan.

Malaysiakini dapat melihat salinan dokumen M&A itu.

Azeez: TH untung sikit penjualan tanah di TRX..!!!


Lembaga Tabung Haji (TH) akan mendapat "keuntungan yang sedikit" apabila menjual sebidang tanah kontroversi seluas 1.56 ekar yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX).

Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, badan yang menguruskan wang pendeposit jemaah haji, itu kini sedang memuktamadkan perjanjian jual beli tanah berkenaan.

"Tanah dalam proses, (kami) sedang memaktubkan perjanjian jual beli dengan keuntungan yang sedikit," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Tabung Haji hari ini.

Tabung Haji sebelum ini membayar RM188.5 juta atau RM2,773 bagi setiap kaki persegi yang dibeli daripada kerajaan hanya dengan harga RM64 bagi setiap kaki persegi pada 2011.

BN BOHONG LAGI & MUNAFIK !!!


Janji RMK-9 pada 10 tahun yg lps pada PERLIS TAK TERTUNAI..

KINI, #RMK-11 BN tabur janji pula nak buat hospital di negeri2 lain..

Boleh caya ka kat KERAjaan Penipu ni..

Asal aja keluar dari mulut DAM PASTI BAU BOHONG LAGI !!!

Kali ini apa plok nak dikelentongnya pada rakyat.. Tak serik2 ker Najib dah 'sound' sikit pasal mulut GST kamu. Apa lagi nak kamu bela Najib pasai skandal 1MDB-Najib ni..

Kemelut PR: Tunggu dan lihat - Hadi

No excuse for skipping PAC

Khalid Samad: RMK11, Janji-Janji Manis Diulangi, Pakejnya Yang Baru

Khalid Samad: Najib, Nak Diamkan Tun Dr Mahathir, Bubarkan Parlimen

Ahmad Awang: Unity gov't never agreed upon

Zeti: No comment to Singapore's report on 1MDB

Zeti: No to money laundering

Tony Pua on 1MDB numbers

MP PKR Kuala Langat Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

RMK11 - tiada yang baru, kecuali janji, kata Khalid Samad

Ponteng siasatan PAC: Apakah Najib lindungi 1MDB?

Pakatan terkubur: Ilmu Tuhan saya tak tahu, kata Hadi

Kes 1MDB: Bank Negara sahkan terima laporan Singapura

Ahmad Maslan akui pelaburan 1MDB berisiko tapi kecil..!!

Bung: Tak masuk akal 1MDB 'ponteng' siasatan PAC

1MDB: Najib tak niat berbohong, kata Bung Mokhtar

Tabung Haji: Sudah ada pembeli bagi tanah 1MDB

Usahasama 1MDB-Felcra: Bung tersenyum, mengapa tidak?

‘1MDB ponteng siasatan PAC tak boleh diterima’ - Nazir Razak

MP PAS Marang Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

PAS could lose if members shunned warns Ahmad Awang

Foto bukti kem pemerdagangan manusia wujud di Malaysia

MP PAS Shah Alam Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Dewan Rakyat 26 Mei 2015: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Alasan CEO 1MDB tidak boleh diterima – Nazir Razak

Arul Kandasamy dan Datuk Shahrol Halmi tidak dapat hadir sesi pendengaran menyebabkan PAC terpaksa menangguhkan prosiding sesi pendengaran 1MDB.
nazir-1mdb
PETALING JAYA : Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy, yang tidak dapat hadir sesi pendengaran oleh Jawatan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sepatutnya diadakan pada Selasa.
Bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi juga tidak dapat hadir ke prosiding itu yang bertujuan mencari jawapan terhadap kontroversi yang melanda sayap pelaburan negara itu khususnya berkenaan pinjaman dan hutang.
Nazir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Bank meluahkan tidak puas hati itu menerusi laman sosial Instagramnya.
“Syarikat anda telah mencetuskan krisis negara dan anda boleh terlalu sibuk untuk berhadapan dengan Parlimen?
“Tidak boleh diterima,” luahnya.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memakkumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pertemuan dengan CEO 1MDB kerana Arul Kandasamy berada di luar negara atas tugas rasmi.
“Pada 22 Mei 2015 lalu, PAC telah menerima surat makluman daripada Kementerian Kewangan (MoF) bahawa prosiding 1MDB pada 26 Mei 2015 (esok) terpaksa ditangguhkan,” kata Nur Jazlan.
Manakala bekas CEO 1MDB, Shahrol, pula meminta masa tambahan sehingga bulan hadapan untuk menyediakan diri berhadapan dengan perbicaraan PAC.

'Pelaburan KWSP dalam 1MDB 'berisiko rendah' kata Timb Menteri Umno

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjelaskan pelaburan bon Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM1.72 bilion dalam firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai 'berisiko rendah'.

"Ini adalah satu pelaburan yang berisiko rendah," kata Ahmad semasa soal-jawab di Parlimen hari ini. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) bertanya sama ada pelaburan bon dalam 1MDB adalah berisiko, sepertimana Islam sentiasa menggesa umatnya untuk menjauhkan diri daripada risiko.

1MDB: Bank Negara terima laporan Singapura

Bank Negara mengesahkan menerima laporan dari bank pusat Singapura berhubung aduan BSI Bank Ltd Singapore mengenai akaun yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, Bank Negara menerima laporan itu dari Monetary Authority of Singapore (MAS).

"Maklumat itu akan diberikan kepada agensi lain mengikut bidang kuasa Malaysia,” katanya dalam satu sidang media.

Zeti bagaimanapun enggan menamakan agensi yang menerima maklumat berkenaan untuk menjaga kerahsiaan maklumat tersebut.

"Masyarakat antarabangsa tidak akan bekerjasama dengan kita (pada masa depan) jika kita mendedahkan maklumat yang diberikan kepada kita.

"Oleh itu, (pendedahakan maklumat) akan menamatkan segala siasatan, jika kita bercakap mengenainya,” katanya.

Adik PM: Tindakan 1MDB tidak boleh diterima

Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak berkata beliau tidak dapat menerima keputusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk tidak hadir ke siasatan parlimen berhubung masalah firma itu.

Pengerusi kumpulan perbankan CIMB itu berkata, bekas ketua pegawai operasi 1MDB, Datuk Shahrul Halmi dan penggantinya, Arul Kanda sepatutnya hadir untuk siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana firma tersebut “mencetus krisis nasional”.

“Syarikat anda mencetuskan krisis nasional dan anda boleh pula terlalu sibuk untuk menghadapi (siasatan) parlimen? Ini tidak boleh diterima,” kata Nazir.

Adik kepada Datuk Seri Najib Razak itu memuatkan tulisan itu melalui akaun Instagram.

Beliau pada April lalu turut mengecam 1MDB kerana tidak hadir ke persidangan Invest Malaysia untuk menjelaskan isu yang menghurung firma tersebut.

1MDB dalam kenyataan semalam menjelaskan tarikh yang ditetapkan untuk memberi keterangan di PAC itu bertembung dengan satu temujanji di luar negara.

PR hanya berhadapan dengan konflik, tidak akan berpecah - Tian Chua

KUALA LUMPUR: Perselisihan yang semakin melarat antara DAP dan PAS hanyalah salah satu konflik yang dihadapi dalam Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan membawa kepada perpecahan kepada pakatan itu, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.

Menurutnya, perselisihan ini boleh diatasi memandangkan PR adalah harapan rakyat sebagai barisan alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pemimpin-pemimpin PR sedar ini adalah harapan rakyat dan rakyat juga menuntut supaya kita dilihat sebagai satu persaingan politik yang sihat di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Jadi melihat perkara ini, kita tidak boleh mengkhianati harapan rakyat. Jadi saya juga yakin kebanyakan kepimpinan ketiga-tiga parti ada kesungguhan untuk kekalkan PR.

“Saya rasa perselisihan ini kita boleh atasi. Walaupun perbahasan mereka di media nampak seolah-olah sangat hangat, namun itu tidak bermakna kita akan berpecah,” tambah beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui di lobi Parlimen pada petang Isnin.

Tambah beliau, PR harus menunjukkan hasrat dan komitmen yang lebih kuat untuk memastikan mereka terus kekal dan maju.

Beliau juga berkata rakyat mengharapkan satu sistem ‘check and balance’,iaitu satu sistem yang menunjukkan persaingan yang sihat di antara satu barisan politik yang alternatif kepada pemerintah.

NAJIB WORST PM: From 1MDB to mass graves - is Putrajaya complicit in MURDER too?

NAJIB WORST PM: From 1MDB to mass graves - is Putrajaya complicit in MURDER too?
Instead of finding the best solution or solutions to resolve the Rohingya refugees issue, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tries to turn it into a polemic with the Penang government.
Yes Penang, when mass graves - reeking of possible foul play with the direct or indirect knowledge of the authorities - were found in a totally different state - the Umno-BN governed state of PERLIS.
Ahmad Zahid said, "We want to see the sincerity of the Penang government, led by DAP that are partners with PKR and PAS, that claims to champion human rights and is always asking the government to adopt humanitarian policies”.
"They should accept the migrants into Penang," he continued.
Helping or killing inept Najib?
Well, we all know Prime Minister Najib Razak is under tremendous pressure and may soon be toppled by former premier Mahathir Mohamad, who wants a new leader for the debt-riddled and scandal-tainted country.
We also know Zahid has pledged his loyalty to Najib but to indulge in political opportunism at the expense of innocent lives is way out of line.
Mass graves - yes more than one - are being dug up and the Najib administration can no longer deny their existence. Najib must face up to the questions Malaysians and the rest of the world has for him - was his government complicit in the matter?
So when his lieutenant Zahid pulls a stunt, like trying to flip the issue onto the Opposition state government of Penang, no wonder Team Najib comes off looking 'guilty as charged'.
Is this Malaysia? Mass graves a national shame
Clarity of policy & leadership needed, NOT double-talking
The Rohingya issue has been around for decades. Malaysia has been giving the Rohingyas so much assistance and has been very lenient in dealing with them. Many have settled in Malaysia and able to find their own livelihood competing with both the locals and immigrants from other countries.
Malaysia has also be tolerant to them when many of their women and children become beggars all over the country instead of asking their husbands to feed them. Surely when there are small children, they must have fathers.
Malaysia has also provided help to the Vietnamese refugees or the ‘boat people’ in the 70s and early 80s. Malaysia had allocated an island ‘Pulau Bidong’ for their temporary stay before being sent to third countries in Europe, America and Australia based on their own choice.
Malaysia has got the experience, thus it all depends on which Umno/BN administration is in power and what is its policy and what to do.
When Tun Dr. Mahathir was the prime minister, he had asked the security forces to ‘shoo’ the boat people away but others claimed that he asked to ‘shoot’ them away instead. So we have pushed them away before, but Dr. Mahathir was clear in his policy and in getting the help from the United Nations for funds, manpower and other relevant resources to assist Malaysia in helping the refugees.

NAJIB AKAN TERUS BERKUASA...!!

Rakan saya Datuk A.Kadir Jasin yang juga bekas seorang wartawan yang berpengalaman dari  sejak era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman meramalkan sorak sorai  sokongan kepada Datuk Seri Najib untuk kekal sebagai Perdana Menteri akan lenyap dalam sekelip mata.

Dalam posting terkini di blognya , beliau berkata  sejarah akan berulang, apa yang berlaku  kepada Tunku Abdul Rahman dan juga kepada Abdullah Badawi akan berlaku pada Najib sekalipun sokongan ditunjukan oleh rakan-rakan setia mereka hingga ke saat terakhir.Akhirnya mereka berundur juga dengan secara terhormat.

Pada pandangan saya Kadir membuat perhetongan yang salah. Di belakang Tunku  dan Abdullah Badawi tidak ada kuasa,tidak ada kuasa di sebalik kuasa, isteri Tunku ,Sharifah Radiah  hanya menjadi peneman Tunku di majlis-majlis, Isteri Abdullah Badawi , Tun Hendon Mahmud walaupun aktif dalam kerja-kerja socio budaya tetapi membataskan aktivitinya.

Mereka tidak pernah  membayangi kuasa sehingga timbul cerita ada dua Perdana Menteri di Malaysia.

Toh Puan Raha isteri Tun Abdul Razak( ibu kepada Najib) melambangkan sifat seorang wanita yang  sederhana kepada rakyat di desa dan di kota walaupun beliau adalah dari keturunan bangsawan.

Saya dan rakan rakan wartawan tidak akan dapat melupakan apabila  mengikuti Perdana Menteri Tun Abdul Razak melawat ke Ulu Tembeling  sebuah kampong terpancil di kawasan Pilihanraya Parlimen Lipis  Pahang di mana Tun Puan Raha menemani Tun menemui orang kampong sehingga   lebih jam1 pagi di awal tahun 70an.

The Cabinet should resign, and compel Najib to come along

The concepts of accountability in the Cabinet and in the House of Parliament have to be taken seriously and it should now become the fundamental and cardinal culture in managing the government (Executive) and the Legislative. The absence of the elements of accountability among the Legislative members and the executives (Cabinet) is the main contributing factor that drags the nation into the situation of uncertainty of today.
We can see with our naked eyes that most of the cabinet members and the Legislative are trying to renounce their accountability for their misjudged and miscalculated decisions they made in the Cabinet. As an example many among the cabinet members were trying to lump the blames to the PM alone over the issues surrounding 1MDB. As I have mentioned in the last few postings if Najib resigns everyone in the cabinet ought to go together and simultaneously with him. In other words the whole cabinet should resign too.
The MP of Pekan is equal in status with the rest of the MPs in the Legislative body. The House of Parliament appoints him as the Prime Minister to lead the cabinet as the Prime Minister. Najib and the rest of the Cabinet members are in essence equal but since he is appointed to lead the cabinet he is what is judged as the ‘First among Equals’ by being the Prime Minister.
Therefore all decisions by the government are Cabinet decisions and all are collective in nature. Whether the decisions are righteous or debauched each and every one who sits in the cabinet is accountable for it. Despite of the massive outcry from the public about the bad conduct of the debt laden 1MDB the Cabinet was acting in ensemble with the PM Najib by approving the standby credit of RM950 million to pay for miscellanies of 1MDB just over three months ago.

Zaid: Wan Azizah refreshing to listen to, unlike Najib

Former de facto Law Minister impressed by her maiden speech as Opposition Chief in Parliament.
Zaid-Ibrahim_wan-azizah_600KUALA LUMPUR: Former de facto Law Minister Zaid Ibrahim confessed that he was impressed by Opposition Chief Wan Azizah Wan Ismail’s maiden speech in Parliament and drew a contrast with Prime Minister Najib Abdul Razak who sounds stale and contrived.
“Not only did she cover all the main areas of national importance, but you could also sense the sincerity of her words,” said Zaid. “Leaders can make all the good speeches they want, especially since they have the resources to get the best speechwriters.”
“But ultimately, what is most important is that our leaders believe what they say and intend to work towards fulfilling their promises.”
If Wan Azizah is to be the Prime Minister-designate, he cautioned, they must declare it with confidence and get everyone to support her. “If there are elements in Pakatan who cannot accept a woman as the Prime Minister, then they should be booted out.”
Wan Azizah, reiterated Zaid, belongs to the category of sincere leaders.” It’s so refreshing to listen to her, very unlike listening to Najib’s speeches, which sound stale and contrived.”
Besides, he said, “it’s getting more stale and the act of defiance from Najib and 1MDB will be bolder. Do what we have to do and let history remember that we tried.”
Wan Azizah, in contrast, spoke of the need for political reform if anything good was to come out of the 11th Malaysia Plan (2016-2020). “I have paraphrased what she said: This means a more fair system of government, one in which the Election Commission understands that the task of delineating constitutional boundaries must be carried out fairly.”
She called for a government that allows for freedom of information and operates along the principle of good governance. “Under such circumstances, a debacle like 1MDB will not be repeated and no one can be detained without trial,” Wan Azizah said, Zaid pointed out.

Teruk Betul Kah Imej Najib?

1. Imej yang bagai mana DS Najib perlukan? sehingga melantik Tan Sri Lim Kok Wing pemilik Universiti yang bernama sama?
2. Di peringkat antarabangsa, nama beliau cukup gah, sehingga boleh menemani Presiden Barack Obama bermain golf, di kala presiden Amerika itu sedang bercuti di Hawaii hujung tahun lalu.
3. Media arus perdana, saban hari, saban jam membawa berita berkaitan Perdana Menteri.
4. AYT tertanya-tanya, imej apa yang diperlukan Perdana Menteri?
5. Kalau melantik juru-juru cakap berkaitan dengan isu-isu yang melanda negara seperti GST, 1MDB, kenaikan harga barangan, serta penguraian berkaitan RMK-11. AYT fikir wajar dilakukan.
6. Perdana Menteri sebenarnya memerlukan juru-juru cakap rasmi, di mana mereka-mereka itu mempunyai merit dan dan jenama, di mana kenyataan-kenyataan mereka boleh diyakini dan dipercayaai rakyat.
7. Jika adanya juru-juru cakap tersebut dengan diimbangi berbagai program yang menarik minat rakyat, maka dengan sendirinya, imej Perdana Menteri akan naik dengan sendirinya.

Video TPM dibocor seorang setiausaha menteri?

Setiausaha akhbar kepada seorang menteri dipercayai bertanggungjawab menyebarkan video kontroversi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mahu semua lembaga penasihat 1MDB dipecat.

Laman pro-BN MyKMU menyebut individu itu kemudian memberi rakaman kepada bekas pengarang New Straits Times Firdaus Abdullah, yang didakwa telah menyerang Datuk Seri Najib Razak sejak setahun lalu.

“Kita bukan marah kandungan ucapan Muhyiddin, kita marah kerana tindakan beliau merakam dan menyebarkan merupakan satu 'pecah amanah' kerana peraturan kursus melarangnya,” menurut laporan itu.

Khabarnya, lapor web itu, setiausaha akhbar itu sering kali dilihat rapat dengan Firdaus yang kini memblog di Apanama.

MyKMU juga “mengesahkan” bahawa setakat ini video itu bukan diberikan oleh setiausaha akhbar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Justeru Ahmad Zahid harus mengambil tindakan menyiasat siapakah setiausaha akhbar terbabit bagi mengelakkan pegawai-pegawai pemimpin Umno sendiri menjadi pemecah belah parti,” katanya.