Pembongkaran klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri
‘menghentam’ 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan secara tidak langsung
Datuk Seri Najib Razak sebenarnya lebih daripada sekadar kemarahan
biasa-biasa.
Berdasarkan kepada penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid
Hamidi, kita sepatutnya boleh menjangkakan betapa bergeloranya parti
UMNO ketika ini.
Menurut laman web pro-UMNO, Zahid mengakui ‘dalang’ yang membuat
rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu adalah ahli parti itu
sendiri.
Tidak cukup dengan itu, ‘dalang’ itu adalah pemimpin UMNO Segambut.
Bukan calang-calang orang. Jika itu tidak cukup meyakinkan, sila lihat
fakta ini: Beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian.
Sekarang, pertimbangkan pula fakta ini: Memetik kata-kata Zahid
sendiri, individu itu adalah “seorang timbalan ketua bahagian yang tidak
sepatutnya hadir.”
Jika itu masih belum meyakinkan – lagi – sila fahami ayat Zahid yang berikut: “Sekretariat (kursus tersebut) tidak tahu menahu.
Persoalan yang boleh ditanyakan tanpa perlu penganalisis berpangkat profesor pun ialah:
- Bagaimana sekretariat kursus boleh “tidak tahu-menahu”? Adakah rakaman itu dibuat dengan kamera rahsia? Tentulah tidak
- Adakah rasa tidak puas hati kepada Najib dan 1MDB itu terhad
kepada “timbalan ketua bahagian” itu semata-mata? Tentulah tidak, kerana
sorakan penonton sebagai reaksi cuapan Muhyiddin kedengaran ramai.
Mungkin ratusan orang
Pengurusan atasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan enggan menghadiri pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebaliknya mengatakan mereka "menunggu peluang" menceritakan kedudukan mereka.
Presiden Arul Kanda Kandasamy memberi jaminan akan bekerjasama penuh sepanjang siasatan, mengatakan beliau dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi akan hadir memberi keterangan kepada PAC.
"Seperti disahkan pengerusi PAC terdahulu hari ini, tarikh kehadiran sedang dimuktamadkan kerana tarikh awal yang dicadangkan sebelum ini bertembung dengan komitmen jadual di luar negara dibuat sebelum ini.
“Kedua-dua Arul dan Shahrol menunggu masa untuk tampil di hadapan jawatankuasa itu dan berpeluang menjelaskan kedudukan 1MDB," kata Arul dalam satu kenyataan ringkas hari ini. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata, kedua-dua pihak memohon penangguhan kepada pendengaran yang sepatutnya dijadualkan esok.
Shahrol merupakan CEO 1MDB daripada Januari 2009 sehingga Mac 2013, manakala Arul dilantik ke dalam syarikat itu bermula awal Januari tahun ini.
KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan digesa melakukan reformasi politik
sebagai salah satu usaha penambahbaikan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11)
dan tidak terhad kepada transformasi ekonomi sahaja.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa RMK11
tidak memasukkan elemen reformasi politik sebagai teras perancangan lima
tahun itu.
Beliau berkata dalam melalukan reformasi tersebut, sebuah Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) yang bebas perlu diwujudkan, proses persempadanan
mengguna pakai piawaian antarabangsa, kebebasan media dan tiada
penahanan tanpa bicara.
"Kesemua hak asasi ini akan membantu ekonomi negara. Tanpa kebebasan
sebegini, rakyat akan terus berhijrah ke negara lain dan negara akan
kehilangan modal dan bakat, yang amat diperlukan untuk memajukan negara.
"Lihat sahaja bagaimana pertumbuhan ekonomi telah dicapai di negara
jiran seperti Indonesia, apabila ruang kebebasan dibuka untuk rakyat,"
katanya dalam ucapan perbahasan RMK11 dalam sidang Dewan Rakyat, di
sini, hari ini.
Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) menggariskan tiga perkara penting untuk
dipertimbangkan Kerajaan Persekutuan sebagai cadangan penambahbaikan
untuk menjayakan RMK11 itu.
Bagi tujuan itu, katanya lagi, kerajaan perlu menghapuskan Akta Hasutan
dengan meluaskan penggunaan Akta Kebebasan Maklumat di setiap negeri
dan Persekutuan.
"Kebebasan akademik harus dibenarkan di institusi pendidikan tinggi
bagi membenarkan para pelajar kita untuk memacu ekonomi negara ke tahap
yang lebih tinggi," ujarnya.
Sebagai penasihat baru perdana menteri, apakah yang perlu dibisik oleh
pakar perhubungan awam Tan Sri Lim Kok Wing ke telinga Datuk Seri Najib
Razak?
Bagi Datuk Ahiruddin Attan berkata Najib harus diberitahu untuk berhenti menyerang Mahathir kerana pendekatan itu memakan diri.
Wartawan veteran itu berkata Najib sebaliknya harus menumpukan kepada usaha memperjelaskan dasar-dasarnya.
“Saya agak pasti Lim bersetuju dengan saya, strategi sedia ada PM, yang
menyerang Mahathir, melalui akhbar dan berita utama, memakan diri,”
katanya dalam blog Rocky's Bru.
“Saya tidak pasti apa Lim patut nasihat Najib.
“Saya hanya boleh berharap untuk kebaikan Najib, bidang kerjanya
termasuk menguruskan bagaimana media arus perdana respon terhadap
serangan Mahathir.”
Bagaimanapun, Ahiruddin (atas) memberi amaran bahawa penasihat lain Najib mungkin tidak senang dengan kemasukan Lim ke dalam lingkungan mereka.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan bahawa Lim dilantik sebagai penyelaras program khas Najib.
Lim mengasaskan syarikat pengiklanan swasta pertama di Malaysia serta
menubuhkan Univesiti seni kreatif sulung, Limkokwing University of
Creative Technology.
Umum kini melihat apa sahaja tindakan Datuk Seri Najib Razak ada yang tidak kena.
Malah perdana menteri terus diperolok oleh pelbagai pihak.
Sebelum ini, beliau dan isterinya dikecam hebat kerana didakwa
mengamalkan gaya hidup mewah susulan kontroversi sekitar kos dandanan
rambut RM1,200 dan Rosmah Mansor.
Begitu juga dengan ucapan Ramadan Najib minggu lalu, yang akan disambut lagi sebulan, turut mengundang reaksi sinis terhadap pentadbirannya.
Terbaru, langkah Najib melantik pakar perhubungan awam Tan Sri Lim Kok
Wing selaku pakar perunding bagi menggilap imejnya turut mengundang
maklum balas sinis pengguna media sosial.
Orang ramai memperolok gaya rambut unik Lim, yang seolah-olah berserabut, melalui kata-kata sinis dan pengubahsuaian gambar.
Dalam gambar dan dialog ala komik itu, Lim digambarkan menasihatkan Najib menukar imej kerana penampilannya "jemu" dipandang.
Setelah digunting, Najib, berdasarkan gambar itu, kini memiliki gaya
seakan Lim yang lebat dan terjulur ke depan menutup dahinya.
MASIHKAH ANDA INGAT !!! semasa era CEO terbaik MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (1981-1991) slps beliau bersara SIMPANAN syarikat MAS ADA SIMPANAN RM5 BILION !!! DI MANA DUIT ITU SKRG !!!
Slps legasi kroni2 UMNO dibawa masuk ke dlm MAS kini syarikat MAS RUGI RM4.87 BILION. Yang bestnya... duit rakyat RM6 BILION bakal hangus nk slmtkan syarikat angkara kroni & 6 ribu pekerja MAS diberhentikan..
Sejarah tidak menipu bahawa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebelum legasi Madey menguasai adalah antara syarikat2 GLC yg cemerlang & terbaik kerana pernah punyai simpanan tunai RM5 bilion slps Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman bersara sbg CEO MAS pd tahun 1991..
TAPI APA DAH JADI DENGAN RM5 BILION TERSEBUT DI ERA Madey & Najib sekarang !!!!!
Skandal 1MDB : Peluang Kaut Untung Besar US$500 Juta Dalam Tempoh 18 Bulan!
Satu demi satu GLC terlibat untuk
menyenangkan perjalanan skim cepat kaya versi kerajaan yang dipanggil
1MDB ini. Selepas KWAP, Tabung Haji dan KWSP mengambil tempat untuk
mengaut keuntungan pelaburan ke atas 1MDB katanya.
Melihatkan jaminan daripada kerajaan Malaysia, KWSP tidak menunggu lama untukmelabur
RM1.52 bilion pada anak syarikat 1MDB. Walaubagaimanapun, berita
terkini Serawak Reportsangat mengejutkan Berita Semasa melalui dakwaan
terbaru yang disertakan beberapa bukti sokongan.
Berdasarkan semakan berita Sarawak
Report berkenaan dengan skandal 1MDB ini mereka laporankan baru-baru
ini. Ini butiran berita terkini Sarawak Report mengenai skandal 1MDB
mellaui bukti-bukti yang mereka perolehi setkat ini.
Berita Semasa terangkan dalam bahasa
yang mudah difahami. Antara bukti yang mereka kepilkan ada Berita Semasa
sertakan seperti yang tertera pada paparan di bawah ini:
Berdasarkan salinan email dan bukti
lain dikepilkan dalam blog Sarawak report itu, dikatakan JhoLow dan
Najib Razak cuba kaut untung segera USD500 juta dengan menjual pemilikan
saham RHB 25% menerusi Abu Dhabi Commercial Bank kepada Aabar
Investment sewaktu plan pengabungan CIMB/Maybank.
Mereka membeli dengan harga RM10.03 sesaham.
Dengan membelakangkan Abu Dhabi
Commercial Bank (ADCB) dan kedua-dua bank Malaysia yang sepatutnya
membeli 25% saham RHB itu dengan harga RM10.80
Mereka menggunakan Goldman Sach sebagai “syndication agent” bagi melancarkan urusan ini.
Kesemua kelulusan BNM dan kerajaan Malaysia telahpun diperolehi
Bagaimanapun menjelang 2015, krisis keyakinan ekonomi Malaysia dan kemelut 1MDB telah membantutkan usaha tersebut.
CIMB menerusi Nazir Razak telah menunjukkan jalan keluar kepada Aabar Investmen dan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB).
Sehingga kini, Jho Low dikatakan masih mahukan RM11-12.00 sesaham sebagai penebusan balik saham RHB yang mereka miliki.
Lelaki yang berusia 22
tahun dipercayai menculik seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun untuk
dijadikan pengemis akhirnya ditangkap orang ramai berdekatan Masjid
Muhammadi, di sini, pagi tadi.
KOTA BHARU, 25 Mei:
Lelaki yang berusia 22 tahun dipercayai
menculik seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun untuk dijadikan
pengemis akhirnya ditangkap orang ramai berdekatan Masjid Muhammadi, di
sini, pagi tadi.
Lelaki yang berasal dari Terengganu itu
ditangkap orang ramai kira-kira jam 10.20 pagi tadi selepas kegiatannya
diketahui orang ramai.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim
berkata lelaki terbabit kini masih dalam tahanan dan polis akan
mendapatkan perintah tahanan reman pagi esok.
Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
“Polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengesan samada lelaki ini terbabit dalam mana-mana sindiket.
“Siasatan awal yang dilakukan polis
percaya kemungkinan dia bergerak secara bersendirian. Namun siasatan
akan diteruskan dan disebabkan itulah kita perlukan perintah reman untuk
siasatan dijalankan,” katanya pada sidang media di IPPK Kelantan, hari
ini.
Mazlan
berkata ketika ditahan tiada mangsa lain bersamanya tetapi disebabkan
ketika itu masih awal pagi kita percaya kemungkinan wujud pihak lain
bersamanya.
Mengenai kes yang disiasat sekarang, kita percaya suspek terjumpa mangsa di Masjid dan terus dibawa lari.
Anda tahu sesuatu tidak kena dengan negara ini apabila pembunuh yang disabitkan kesalahan dapat menjalani “hidup” di luar negara, sedangkan dua orang guru yang didakwa membocorkan kertas soalan tidak dibenarkan kembali bekerja, walaupun dakwaan sudah digugurkan.
Selamat datang ke Malaysia, tempat segala kemungkinan berlaku. Satu laporan berita portal Rakyat Post memetik Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata yang bekas komando polis Sirul Azhar Umar telah meninggalkan negara ini secara sah, hujung tahun lepas.
Ini berlaku sebelum dia disabitkan bersalah pada Januari tahun lepas, kerana membunuh model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Menurut laporan berita itu, Zahid berkata dalam jawapan bertulis kepada soalan wakil rakyat Batu Kawan Kasthuri Patto di Parlimen pada hari rabu.
“Sirul pergi ke Australia selepas mendapat keizinan mahkamah untuk meninggalkan negara, sebelum hukuman dijatuhkan. “Berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Jabatan Imigresen tidak akan menghalang sesiapa untuk keluar atau memasuki negara ini jika nama mereka tidak ada dalam senarai orang dihendaki,” katanya.
Ini ialah jawapan kepada soalan Kasthuri tentang bagaimana Sirul berjaya melepasi Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, serta Kementerian Dalam Negeri, untuk pergi ke Australia, kerana dia sudah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Memanglah, Sirul telah keluar sebelum hukuman dijatuhkan, tetapi bagaimana dia dibenarkan keluar negara apabila hukumannya sedang dalam proses rayuan oleh kerajaan?
Saya sebagai ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengharapkan semua parti komponen PR dan pimpinannya bersabar dan kasihanilah rakyat Malaysia, Oleh itu di bawah ini saya nukilkan harapan saya kepada mereka.
PR adalah harapan rakyat, jangan kecewakan kami dengan perpecahan Pakatan Rakyat yang jelas mendapat kepercayaan rakyat lebih dari BN pada PRU 13
Hentikan segala serangan sesama sendiri. Jangan bazirkan masa menghentam rakan PR yang lain kerana musuh kita sebenarnya adalah Umno/BN yang sedang menekan rakyat dengan dasar zalim dan tidak memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Cari jalan untuk berbaik-baik bukannya mencari jalan untuk semakin renggang dan seterusnya berpecah. Semua pihak mesti berlapang dada, lupakan kisah lama, duduk semeja dan berbincang. Ingatlah kepercayaan rakyat kepada PR semakin terhakis dengan sikap pimpinan PR yang tidak matang bergaduh dan bergeser di dalam media tanpa menunjukkan tanda untuk reda
Masa masih belum terlambat untuk menjernihkan suasana. Maaf bermaaf-maafan, berjiwa besar, mengakui kelemahan diri dan seterusnya memacu perjuangan dengan menghalakan segala tenaga, idea dan sumber untuk menumbangkan Umno/BN.
Renung dan kenanglah jasa Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pimpinan DAP yang ada sekarang yang merintis jalan dan denai memberi sinar baru kepada rakyat Malaysia yang sekian lama ditindas dan dihimpit oleh sistem pentadbiran BN.
Jangan mensia-siakan harapan dan jasa pimpinan terdahulu dan sekarang yang berjaya membawa PR ke tahap yang hebat seperti semasa PRU 12 dan PRU 13.
Ini mungkin isu yang berulang bagi ahli PAS, tetapi ternyata bahawa ‘garisan pertempuran’ telah dilakar jelas antara puak progresif dan konservatif dalam muktamar pemilihan Jun ini. Kata-kata spontan di bawah barangkali tanda paling jelas tentang keretakan dalam parti itu yang tidak dapat dinafikan lagi. Barangkali meretakkan masa depannya juga.
“Confirm-lah diorang tak mau (datang),” kata seorang hadirin perempuan dalam forum berhubung masa depan PAS pasca-pemilihan baru-baru ini, merujuk kepada calon ketua pemuda Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan gandingannya Khalil Abdul Hadi.
Moderator baru sahaja mengumumkan ketidakhadiran mereka berdua sebagai panel forum, yang juga menampilkan dua anak bekas presiden PAS, Mujahid Yusuf Rawa dan Faiz Fadzil, bersama-sama wartawan veteran Subky Latif.
Perbualan dengan salah seorang penganjur usai forum mendedahkan, Khalil memaklumkan yang beliau hanya ada masa selepas tamat muktamar, sementara Nik Abduh tidak memberi sebarang maklum balas terhadap jemputan mereka.
Seperti yang sudah diketahui, Nik Abduh adalah anak kepada almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat – bekas Murshidul Am PAS – manakala Khalil, yang lebih dikenali dalam lingkungan parti, adalah anak kepada presiden Abdul Hadi Awang. Nik Abduh dan Khalil – yang dianggap sebagai wajah pemimpin muda konservatif dalam PAS – akan bertembung dengan ketua pemuda Suhaizan Kaiat yang bergandingan dengan Raja Iskandar Ahmad Al-Hiss.
Forum anjuran pemuda PAS Lembah Pantai itu bertujuan membincangkan keperluan meneruskan nilai dan legasi pimpinan Yusof Rawa dan Fadzil Noor – presiden PAS kelima dan keenam – berbanding kepimpinan Abdul Hadi.
Kedua-dua Mujahid dan Fadzil mengatakan, PAS di bawah Abdul Hadi telah hilang banyak karakteristik yang ditanam kepada ahli menerusi tauladan yang ditunjukkan pemimpin terdahulu. Masing-masing mengimbas kembali kenangan hubungan kedua-dua bapa mereka, walaupun ketika itu mereka terlalu muda untuk memahami signifikannya.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyertai umat Islam seluruh dunia memuji kepimpinan kerajaan Turki di bawah presidennya Reccip Tayyib Erdogan yang menunjukkan kepimpinannya yang hebat terutama dalam isu Mesir dan Rohingya.
Isteri pemimpinnya juga mempamerkan nilaian diri seorang muslimah dan isteri pemimpin yang tinggi, tulis Asri dalam facebooknya yang kini menjadi viral dalam laman sosial apabila tulisan itu sudah dikongsikan 3,603 ketika tulisan ini dibuat.
"Beliau tidak mencari 'gah' dengan bergaya mewah seperti isteri beberapa pemimpin umat Islam dalam dunia ini," tulis Asri dalam facebook beliau ketika umat Islam bersedih dengan apa yang berlaku kepada umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa keganasan di negaranya Myanmar dan kini mencari tempat berlindung.
Ketika beberapa negara jirannya mengambil sikap menghalau mereka pada awalnya, Turki diberitakan menghantar kapal tenteranya ke perairan Asia Tenggara untuk mengiringi bot malang yang sarat dengan manusia ini ke negara mereka berhampiran Eropah sana. Perdana menterinya, Ahmet Davutoğlu (bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa) menyambut umat Islam yang malang ini manakala isteri presidennya, Amine turut ke Myanmar bagi menemui mereka.
"Hari ini kepimpinan Perdana Menteri Turki dalam Dunia Islam amat terserlah. Sikap prihatin beliau dan negaranya terhadap isu-isu Umat Islam amat membanggakan," tulis Asri.
Bagi Asri, pemimpin Turki tidak melaungkan slogan Islam sekadar berpolitik, ataupun sibuk menjenamakan politik Islam ataupun negara Islam dalam gerakannya.
"Sebaliknya, nilai dalaman seorang umat Islam yang ada dalam dirinya mencorakkan politik kepimpinannya. Etika Islam dalam berpolitik itu lebih bermakna daripada memberikan jenama Islam kepada politik," tulisnya.
Menurut Asri, umat Islam bangga dengan kepimpinan Turki yang sedia ada bukan kerana gaya mewah mereka, tetapi kerana etika dan nilai kepimpinan yang ada pada mereka.
"Marilah kita berdoa agar Allah menguatkan Turki dan memuliakan mereka," tulis Asri.
Turki diperintah oleh parti AK (Justice and Development Party) pimpinan Erdogan sejak 2002 lalu apabila mereka menang buat pertama kalinya di negara yang menanamkan fahaman sekular sejak kejatuhan khalifah Othmaniah.
KUALA LUMPUR: Dakwaan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mungkin akan dikeluarkan dari Bursa Malaysia sudah diramalkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sejak syarikat perladangan terbesar di dunia itu disenaraikan pada 28 Jun 2012.
Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, kebimbangan warga peneroka sebelum ini semakin menjadi kenyataan apabila saham FGV telah susut dua pertiga daripada nilai pasaran sehingga ke paras hanya RM2.08 pada masa ini.
“Warga peneroka bimbang dengan nasib 360,000 hektar tanah Felda yang sudah dipajak kepada FGV selepas mereka sebelum itu dipaksa menandatangani perjanjian pinjaman untuk membeli saham FGV.“Hanya tiga tahun selepas itu, kemungkinan FGV dinyahsenarai (dari Bursa Malaysia) tidak mustahil berlaku berdasarkan status FGV sekarang ini. Kebarangkalian tinggi operasi FGV terjejas sukar dielak. Apa lagi, kalau kita lihat dari CEO FGV hingga ahli lembaga pengarah, tidak ada pengalaman di bidang perladangan.
“Saya yakin laporan analisis terbabit bukanlah serkap jarang, sebaliknya berdasarkan petunjuk prestasi FGV yang makin merudum di bawah Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah selaku CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) FGV,” ujarnya ketika dihubungi Harakah, 22 Mei lalu.
Dalam hal berkaitan, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, ketidaktentuan prestasi FGV itu juga mengheret kepada perubahan dalam pengurusan tertinggi syarikat perladangan itu.
Bahkan, jelasnya, Anak pada Disember 2014 telah mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad supaya meletak jawatan kerana prestasi buruk FGV.
Tindakan sebuah syarikat memuat naik gambar seorang lelaki mencium duit dalam sebuah seminar dipersoal.
PETALING JAYA: Gambar seorang lelaki mencium wang yang dimuat naik di
laman Facebook sebuah syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM)
menimbulkan tanda tanya.
Pendekatan itu dikatakan digunakan bagi menarik lebih ramai peserta.
“Yuran RM725 ( percuma set produk aura 6 jenis bernilai RM308) serta
nota, 3 x makan minum dan sijil – berminat mencari solusi kejayaan dgn
kaedah kuasa minda, aura dan spiritual, serta menjadi magnet menarik
rezeki melimpah ruah.. insya allah dipelajari dlm seminar ini.
“The secret Law of Attraction akan dibongkar utk kita praktikan..
daftar segera”, antara status yang dimuat naik di laman Facebook
berkenaan.
Berdasarkan penelitian yang dilakukan FMT, ruang komen di laman berkenaan telah dipadam. Terhad 20 org sahaja.
Sebelum ini, Siakapkeli memetik komen pengguna yang dikenali sebagai
Eiji yang menyifatkan perbuatan lelaki dalam gambar berkenaan mencium
duit sebagai mengarut.
Perkembangan baru mula melanda Umno, parti teras BN apabila riak-riak yang timbul ekoran kritikan pedas mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Najib mula berubah menjadi gelombang.
Ucapan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno pada satu program dalaman Umno yang secara jelas mengkritik 1MDB tersebar secara viral di laman sosial.
Walaupun Umno sedang berusaha mencari individu yang bertanggung jawab merakam dan memuat turun sedutan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, namun perhatian umum lebih tertumpu kepada isi ucapan beliau yang secara jelas meluahkan rasa tidak puas hati terhadap 1MDB. Berucap di hadapan para peserta kursus anjuran Biro Latihan Umno itu, Muhyiddin menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku dan mengakui sukar untuk menjelaskan kepada rakyat tentang beban hutang berjumlah RM42 bilion @ RM42,000 juta yang ditanggung 1MDB.
Beliau lantas mahu semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan kedua negara itu dipecat dan saranannya itu disambut tepukan gemuruh hadirin.
Rakaman video itu menjadi viral ketika PM Najib sibuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat. Ucapan Najib jelas tidak menunjukkan kekesalan terhadap skandal-skandal besar kewangan yang berlaku di bawah pentadbirannya.
Selain Muhyiddin, masalah yang menimpa 1MDB turut mendapat perhatian khalayak korporat.
Adik Najib yang menerajui salah sebuah bank terbesar di Malaysia memberikan kata dua kepada ahli lembaga pengarah 1MDB; melantik juruaudit bebas bagi menilai status kewangan syarikat itu ataupun meletakkan jawatan.
Desakan peletakan jawatan itu dibuat kerana ahli lembaga pengarah 1MDB dilihat tidak bertanggung jawab menangani dakwaan salah urus kewangan syarikat tersebut.
Oleh RAYUSA KENYATAAN Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar bahawa Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak adalah perdana menteri terbaik berbanding lima perdana menteri Malaysia sebelum ini memang melucukan. Sukar dipercayai mantan menteri besar Selangor itu akan berkata sedemikian.
Perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah dianggap paling lemah. Perdana menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap Najib lebih lemah daripada Pak Lah.
Jadi, kenyataan Abu Hassan dalam majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran Mubarak Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan Umno Selangor di Klang, 17 Mei lalu itu memang kelakar, malah aneh. Dengan segala macam keburukan yang telah dilakukan oleh Najib, Hassan masih mahu menganggap anak perdama menteri kedua itu terbaik? Di mana fikiran dan mata hati beliau?
Mengulas kenyataan tersebut, Najib berkata setiap perdana menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa bakti untuk negara pada zaman masing-masing. Yang penting, katanya, ialah melakukan yang terbaik dalam zaman masingmasing kerana sejarah akan membuat penilaian. Beliau berazam melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Seperti merendah diri, Najib mengatakan beliau tidak boleh menganggap dirinya lebih baik daripada (ayahanda) Razak (perdana menteri kedua - Tun Abdul Razak Hussein) dan juga pemimpin-pemimpin lain yang menjadi perdana menteri.
Sehubungan itu, kata Najib, beliau tidak menganggap dirinya sebagai perdana menteri yang terbaik berbanding lima perdana menteri terdahulu. Memang tidak boleh/perlu menganggap sedemikian pun kerana beliau adalah perdana menteri yang paling lemah!
Jelas Najib, beliau tiada niat lain dalam menjalankan tugas memimpin negara, sebaliknya berusaha dengan sebaik mungkin untuk bersikap telus kepada rakyat.
Malah, katanya usaha kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah membantu dalam perkembangan ekonomi negara.
Dari segi ETP dan GTP, negara telah mencapai kadar enam peratus, sedangkan tidak banyak negara boleh mencapai kadar tersebut.
Najib turut berbangga sejak menjadi perdana menteri kerana katanya, kadar penambahan GNI (ukuran kekayaan negara) dalam tempoh lima tahun bertambah 49 peratus, dan itu bererti kekayaan negara bertambah.
Beliau turut mengulangi komitmennya melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kritikan banyak pihak.
Mengenai kritikan Dr Mahathir terhadapnya, Najib berkata setiap perdana menteri mempunyai cabaran dan ujian tersendiri pada zaman masingmasing termasuk perdana menteri keempat itu.
Ketika berdepan dengan ujian Umno diharamkan pada 1987, Mahathir berkata jika menang satu undi pun, beliau akan tetap menjadi perdana menteri.
Oleh Abu Hassan Adam
Melalui Blognya Dr.Mahathir Mohamad, Tun Mahathir menyatakan,’Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali…..Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik…..Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.”
Tuduhan Tun Mahathir yang sebegini pastinya amat menyedih dan memilukan perasaan rakyat Malaysia. Apa tidaknya. Seorang pemimpin negara, berjawatan Perdana Menteri telah dituduh berbohong dan menipu rakyat Malaysia oleh bekas erdana Menteri melalui jawpan parlimen yang disampaikannya. Rakyat mana yang tidak sedih mengenangkan hal sebegini yang dirasakan amat tidak patut seorang pemimpin negara berbuat sedemikian. Apalah agaknya kredibiliti yang tinggal kepada seorang Perdana Menteri jika beliau dituduh berbohong dan tidak bercakap betul. Rakyat past akan mengatakan bahawa, ‘jika guru kencing berdiri, maka pastinya anak murid kencing berlari’ Dan ‘jangan diharaplah ibu ketam untuk menyuruh anaknya berjalan betul, sekiranya perjalanan ‘si ibu’ pun juga senget (tidak betul). Ekoran daripada tuduhan sedemikian maka Kementerian Kewngan pula telah mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa DS Najib tidak berbohong. "Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen…….Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut……Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib yang juga menteri kewangan telah berbohong adalah tidak wajar," Malaysiakini, 25 Mei 2015
Ada pihak tertentu yang akan menentukan berbohong tidaknya kenyataan DS Najib itu. Katakanlah jawapan asal DS Najib yang disampaikan di parlimen pada 10 Mac 2015 itu sebagai kenyataan yang tidak betul dan perlu dipinda sekarang, tentulah ramai yang bertanya pula mengapakah Kementerian Kewangan tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yanga amat penting itu. Isu yang berkaitan dengan IMDB adalah merupakan ‘isu hidup-mati’ yang sedang diperkatakan kini. Dan seharusnya para pegawai di kementerian Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan yang mereka lakukan.
PETALING JAYA: Ramai pasti bersetuju yang korupsi berlaku di seluruh dunia, malah di tempat yang paling bertamadun dan hampir menjadi utopia. Malaysia tidak boleh dikecualikan, dan kita mempunyai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) wujud sebagai bukti. Pada tahun 2014, Malaysia berada di kedudukan 50 daripada 175 negara dibawah indeks Transparency International.
Korupsi wujud dalam kebanyakan perkara dalam negara sehingga ramai rakyat Malaysia memikirkan ‘korupsi’ apabila mereka diminta bercakap tentang kerajaan, menurut kajian Indikator Persepsi Korporat 2014 yang dilakukan oleh CNBC dan Burson-Marsteller, sebuah firma komunikasi dan perhubungan awam.
Satu lagi kajian oleh Transparency International Malaysia (TI-M) tahun lepas menunjukkan yang parti politik dan polis dilihat sebagai dua buah institusi paling korup di negara ini.
Perjuangan panjang menanti pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mana- perlu juga diberikan pujian- tidak hanya duduk melepak di kantin pejabat. Peningkatan dalam kedudukan CPI (kita meningkat tiga mata sejak indeks 2013), diikuti oleh penahanan beberapa kes berprofil tinggi kebelakangan ini, membuktikan SPRM menjalankan kerja mereka.
Walaupun penahanan ini boleh dikatakan berprofil tinggi, mereka bukanlah orang berpengaruh yang kita harapkan ditahan kerana korupsi.
Kita kadang-kadang terlupa yang SPRM menjalankan kerja mereka dengan tangan terikat. Walaupun kakitangan mereka berdedikasi kepada kerja mereka, faktor lain mungkin menghalang mereka daripada melakukan pendakwaan. Hakikatnya SPRM tidak pernah bebas sepenuhnya daripada pengaruh kerajaan. Satu lagi faktor ialah undang-undang dan perundangan ketika ini tidak membenarkan SPRM untuk berfungsi secara maksimum seperti sepatutnya.
Setelah dipertimbangkan beberapa perkara, SPRM telah melakukan kerja yang agak baik sejak beberapa bulan ini.
Pengasas bersama Transparency International (TI), Michael Hershman, berkata yang korupsi di Malaysia secara asasnya ‘di bawah kawalan’. Menurutnya, pelaburan tidak berlaku di negara yang didominasi oleh korupsi.
Benar sekali, Indeks Kebebasan Ekonomi 2014 meletakkan Malaysia pada tangga 31 negara paling bebas di antara 178 negara.
Keseluruhan Kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi syarikat 1Malaysia Development Berhad, kata veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini, dan menambah beban itu bukan di bahu perdana menteri seorang saja.
Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.
“Semua di sana (dalam Kabinet) perlu bertanggungjawab secara kolektif terhadap masalah itu. Anda tidak boleh kata ia bukan masalah anda, bukan masalah saya,” kata bekas menteri kewangan itu kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
“Selagi anda anggota Kabinet, sama ada anda tahu atau tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kerajaan, anda sama dan turut bertanggungjawab,” katanya. Tengku Razaleigh hari ini berkata tidak sewajarnya ahli Kabinet dakwa tidak tahu mengenai skandal itu, memandangkan sudah ramai yang bercakap mengenai 1MDB.
“Orang lain tahu, bagaimana ahli Kabinet tidak tahu? Sibuk dengan perkara lain?,” katanya yang juga ahli Parlimen Gua Musang. Bagaimanapun, beliau enggan berkongsi pandangannya berhubung syarikat yang sedang sarat menanggung hutang itu, berkata beliau harap untuk mendapatkan “gambaran keseluruhan” terlebih dulu.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memutuskan akan memanggil syarikat audit kewangan antarabangsa Deloitte & Co menghadiri prosiding dalam kes syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini memandangkan 1MDB meminta prosiding itu ditangguhkan kerana 2 individu penting yang dipanggil sebelum ini tidak dapat hadir, kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Mereka ialah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Halmi.
Susulan laporan sebuah portal hari ini, Nur Jazlan mengesahkan, Kementerian Kewangan pada Jumaat menghantar surat memohon prosiding itu ditangguhkan kerana ketiadaan 2 individu itu. "Penangguhan tersebut tidak menghalang PAC memanggil firma audit membabitkan 1MDB untuk hadir ke prosiding PAC yang akan dijalankan dalam tempoh 3 minggu ini.
"Kita berbincang dan ambil keputusan untuk memanggil saksi seterusnya, iaitu syarikat audit 1MDB, Deloitte, yang pertama untuk memberi keterangan," katanya di lobi parlimen hari ini.
Nur Jazlan berkata PAC bersetuju menangguhkan prosiding membabitkan 2 individu itu dengan memberi tempoh masa seperti mana yang dinyatakan syarikat tersebut.
"Ketetapan PAC ialah, kita mahu mereka hadir dalam prosiding ini. Kita memerlukan mereka. Dengan itu, kita bersetuju memberikan tempoh masa kepada pengurusan 1MDB, khususnya Arul Kanda.
"Dengan penangguhan itu, kita berharap mereka akan bersedia dengan semua maklumat serta dokumen sebelum hadir di hadapan jawatankuasa," katanya.
Jawatankuasa Parlimen yang dianggotai kedua-dua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang itu mula mengadakan pendengarannya sendiri Selasa lalu selepas membuat keputusan tidak menunggu siasatan bebas yang dijalankan ketua audit negara selesai.
Kedua-duanya merupakan saksi penting dalam siasatan PAC ke atas syarikat milik Kementerian Kewangan itu, yang menanggung hutang RM42 bilion dalam masa enam tahun beroperasi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengarahkan audit negara menjalankan siasatan ke atas 1MDB dan mengemukakan hasilnya kepada PAC untuk ketelusan.
Audit Negara Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan melalui
poster yang disebarkan di internet bahawa beliau telah mengeluarkan
kenyataan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) "tidak memberi
kerjasama".
Utusan Online melaporkan Buang menafikan beliau pernah membuat kenyataan seperti itu.
“Poster disebar sehari dua ini dalam media sosial. Ia tidak benar.
"Pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB sudah beri kerjasama penuh kepada
Ketua Audit Negara,” Amrin dilaporkan berkata dalam WhatsApp beliau.
“Saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan,” tambahnya.
IPOH: Dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak awal penubuhannya, tegas Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu.
Beliau berkata, walaupun berlaku pindaan dalam konteks
perlembagaannya namun pindaan itu hanya berkaitan pengukuhan
pentadbiran, bukannya berubah dari sudut dasar.
PAS katanya telah meminda perlembagaan menaikkan martabat kepimpinan
ulama dengan menubuhkan Majlis Syura Ulama di samping mengekalkan Dewan
Ulama.
Menurutnya, pindaan itu sebagai usaha mengekal serta memperjelas
dasar perjuangan PAS yang berpandukan kepada Al-Quran dan hadis.
"Dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah, pindaan-pindaan yang
dilakukan tidak menyentuh soal dasar. Sebab itu jangan ada mana-mana
pihak bimbang bahawa PAS telah lari daripada dasar.
"Dasar kita Islam dan tidak pernah akan berubah dan ahli PAS tidak
ada niat untuk mengubah dasar kita," katanya ketika merasmikan
Konvensyen PAS Perak kali ke-18 yang diadakan di D'Hotel, Seri Iskandar,
semalam.
PAS katanya akan terus mempertahankan dasar perjuangannya, dalam masa
yang sama berusaha mencapai kemenangan dalam menegakkan Islam di atas
muka bumi khususnya di negara ini.
"Kita tidak mahu pertahan dasar tetapi kemenangan jauh untuk kita capai, kita tidak mahu hendak kemenangan tapi dasar hilang.
"Kedua-dua kita nak iaitu pertahan dasar dan mencapai kemenangan,
akhirnya apa yang tercatat dalam perlembagaan PAS dapat dilaksanakan,"
tegas beliau yang berpengalaman dalam PAS hampir 37 tahun.
Sementara itu, konvensyen yang dihadiri oleh pimpinan di peringkat
negeri dan kawasan itu telah mencapai 8 resolusi untuk diaplikasikan
dalam gerak kerja PAS di negeri tersebut iaitu:
1. Mentajdidkan niat dan menjernihkan kefahaman terhadap matlamat
sebenar perjuangan PAS dengan melibatkan diri secara aktif dalam program
tarbiyah yang telah disusun.
Keputusan presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda dan bekas CEO,
Datuk Shahrol Halmi untuk tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Kira-kira Awam (PAC) esok adalah satu penghinaan, kata setiausaha agung
PKR Rafizi Ramli.
Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Rafizi berkata, Arul sepatutnya dipecat serta-merta atas penghinaan tersebut.
Menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, Rafizi berkata cukuplah sebelum
ini mereka tidak tampil secara terbuka untuk membuat sebarang
penjelasan dan sekarang mereka enggan pula hadir mesyuarat PAC.
Ahli parlimen DAP yang juga PAC, Tony Pua menegur kedua-dua mereka
kerana tidak hadir walaupun telah diberi notis yang mencukupi.
Menulis dalam twitter, Pua berkata kedua-duanya mendakwa berada di luar
negara dalam tempoh dua hari tersebut, walaupun telah diberi notis untuk
hadir kira-kira tiga minggu lalu.
Hari ini Malaysiakini melaporkan sumber berkata Arul dan Shahrol Halmi meminta lebihan masa untuk berdepan dengan PAC esok.
Kedua-dua mereka difahamkan menulis kepada PAC untuk memaklumkan perkara itu.
RMK-11 Gagal Untuk Mengatasi Isu Utama Keselamatan Negara,
Ekonomi Negara Dan Masalah Sosial Kerana Tidak Berpaksikan Rakyat Dengan
Kegagalan Memberikan Tumpuan Kepada Individu, Masyarakat Dan Institusi
Perundangan.
Tuan Yang DiPertua,
Pada tahun 1991, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, telah
mengemukakan satu wawasan baru untuk negara kita iaitu Wawasan 2020.
Sampai hari ini, Wawasan 2020 masih menjadi petanda dalam usaha kita
untuk mencapai status sebuah negara maju bukan sahaja dari segi
pencapaian ekonomi sahaja tetapi merangkumi termasuk politik, sosial,
kerohanian, psikologi, perpaduan nasional dan sosial, kestabilan
politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian,
maruah bangsa dan keyakinan.
Pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) pada hari Khamis yang
lalu, merupakan satu peluang emas bagi Perdana Menteri, YAB Pekan, untuk
mengesahkan semula komitmen beliau kepada prinsip-prinsip Wawasan 2020
dan menggariskan jalan ke arah 2020 dan seterusnya. Malangnya, peluang
keemasan ini dilepaskan dengan begitu sahaja oleh YAB Perdana Menteri.
Di mananya dasar baru yang akan mewujudkan sebuah negara yang
“bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral
dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal
dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi,
progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap
ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental” seperti yang
digambarkan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1991? Ini tidak ketara
langsung.
RMK11 yang dibentangkan oleh YAB Pekan adalah sesuatu dokumen yang amat mengecewakan. Dengan izin, “It is totally underwhelming and a huge disappointment”.
Dokumen ini tidak berasaskan realiti, tidak telus dan tidak mempunyai
sebarang unsur yang boleh dikatakan sebagai pemacu perubahan ataupun “game changer”.
RMK-11 gagal untuk mengatasi isu utama keselamatan negara, ekonomi
negara dan masalah sosial kerana tidak berpaksikan rakyat dengan
kegagalan memberikan tumpuan kepada individu, masyarakat dan institusi
perundangan.
Negara kita sedang mengalami beberapa cabaran yang amat serius di
gelanggang ekonomi, sosial dan keselamatan negara. Apa yang diharapkan
oleh rakyat Malaysia daripada YAB Perdana Menteri ialah untuk memberikan
gambaran yang jujur dan ikhlas terhadap masalah-masalah ini dan
menunjukkan cara yang terbaik dan sesuai untuk menyelesaikan
masalah-masalah ini.
Ambil defisit perbelanjaan sebagai satu contoh. Dengan penurunan
harga minyak daripada US$ 100 setong kepada kurang daripada US$ 40 pada
hujung tahun 2014 dan kira-kira daripada US$60 baru-baru ini, impak
kepada pendapatan kerajaan tentunya bukan kecil. Walaupun Perdana
Menteri telah mengumumkan beberapa langkah-langkah mitigasi atau ‘mitigating measures’
pada bulan Januari tahun ini, pasaran dan juga rakyat jelata tidak
yakin kepada langkah-langkah tersebut. Nilai matawang ringgit terus
jatuh dan indeks komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (KLCI) jatuh ke bawah
tahap 1800 baru-baru ini.
Memandangkan realiti harga minyak yang baru, RMK11 sepatutnya
menggariskan langkah-langkah jangka masa pendek, sederhana dan panjang
untuk menangani masalah bajet dari segi perbelanjaan dan juga pendapatan
kerajaan.
Drama keliru dan mengelirukan bersambung lagi.
Kali ini ia melibatkan agensi kerajaan pula. Selepas Tun Dr Mahathir
Mohamad mengecam Datuk Seri Najib Razak sebagai “berbohong” Kementerian
Kewangan tampil mendakwa jawapan bertulis mengenai 1MDB di parlimen
“dipinda” untuk “mengelak kekeliruan”. Latar kepada isu ini (secara mudah) ialah begini:
(CEO 1MDB Arul Kandasamy sebelum ini juga mengatakan adanya simpanan tunai di Pulau Cayman)
· 1MDB menyimpan wang di Kepulauan Cayman
· Selepas dikritik, 1MDB dilaporkan membawa pulang wang itu ke Singapura
· Najib kemudian menjelaskan simpanan di sebuah bank di Singapura bukan dalam bentuk tunai tetapi “aset dalam dolar AS”
· Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula
menyatakan simpanan itu dalam bentuk “unit” yang tidak dijelaskan
maksudnya
Ketika kekeliruan sedia ada pun belum dapat dirungkai, kerajaan tampil dengan mengemukakan jawapan lain yang menambah kekaburan.
Semalam Kementerian Kewangan mengaku meminda jawapan mengenai 1MDB
sehingga fakta diberi dilihat menyanggah keterangan diberi Najib sebelum
ini.
Isunya ialah: Siapa yang bercakap bohong.
Kedua, adakah mungkin bakal wujud mana-mana pihak akan menjadi
kambing hitam demi menyelamatkan seorang perdana menteri yang memang
kini teramat sukar untuk diselamatkan?
Rafizi mencadangkan kedua-dua rakan komponen dalam
PR tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan lagi
hubungan.
KUALA LUMPUR : Pemimpin PAS dan DAP diminta bertenang dan tidak
mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan sesama
mereka.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata demikian merujuk kepada
kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyatakan Pakatan Rakyat
(PR) mungkin tidak akan wujud lagi selepas dua minggu.
“Saya rasa cara terbaik dalam masa dua minggu ini ialah dengan mengadakan tempoh bertenang.
“Apa sahaja keputusan selepas Muktamar Pas, saya harap kita tidak
lupa kenapa kita ada di sini (sebagai Pakatan Rakyat),” katanya kepada
pemberita di Lobi Dewan Rakyat pada Isnin.
Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan, rakan komponen dalam PR
seharusnya ‘menyeberangi’ jambatan bersama-sama jika timbul sesuatu
masalah.
“Dalam tempoh enam hinga tujuh tahun ini, ketiga-tiga parti berdepan
dengan banyak ramalan tetapi tidak semua ramalan itu buruk seperti yang
dispekulasikan. Bagaimanapun Pakatan Rakyat masih lagi di sini dan kita
tetap berjuang untuk rakyat.
“Jadi saya agak optimis tidak kira apa sahaja yang terjadi dalam dua,
tiga bulan ini jika kita menyeberangi jambatan bersama-sama, pimpinan
tertinggi Pakatan Rakyat akan sedari sokongan yang terus bertambah
selama enam hingga tujuh tahun ini,” tegasnya.
Teguran itu adalah perasaan ikhlasnya terhadap pergolakkan yang sedang berlaku dalam Pas.
PETALING JAYA: Penyanyi, Aishah,
bersedia dipecat daripada Pas berhubung kritikannya terhadap
kepemimpinan parti itu yang telah disebarkan secara meluas di media.
Katanya, dia juga sedia dikecam oleh mana-mana pihak kerana teguran
itu adalah perasaan ikhlasnya terhadap pergolakkan yang sedang berlaku
dalam Pas.
Aishah menjelaskan, luahan tidak puas hati terhadap kepemimpinan Pas
itu adalah sebahagian daripada perbualan dalam kumpulan WhatsApp dan
tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.
“Untuk pengetahuan semua, kenyataan yg tertera di bawah bukanlah
sebahagian dari ucapan I di mana2…ianya ialah sebahagian dari
‘perbualan’ I dlm group whatsapp yg telah diviralkan.Seingat I, kami
masa tu tengah berbincang tentang definasi ulamak, I ditanya TUC kenapa
masuk PAS, macam2 lagi dibincangkan secara baik.
“Memang itu perasaan I yg ikhlas tentang pergolakan PAS sekarang,
tapi ianya dibuat dlm group whatsapo yg sepatutnya tertutup.So, kalau
rasa nak kecam2 kecamlah, nak pecat sama sekali pun terpulanglah….”
tulisnya di status Facebook.
Aishah meluahkan kekecewaan terhadap pemimpinan Pas yang didakwanya tidak lagi selari dengan slogan Pas For All.
PAS diberi amaran kalah pada pilihan raya umum akan datang sekiranya
masih mengekalkan kepimpinan sedia ada, kata calon presiden parti Islam
itu Ahmad Awang.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu dijangka akan terjadi
sekiranya kepimpinan sedia ada terpilih semula dan pihak yang kalah
diketepikan pada pemilihan ke-61 awal bulan depan.
"Kalau mereka ini yang terpilih, (kalau) mengenepikan mereka yang kalah,
saya percaya PAS tak boleh pergi ke depan. PAS kalau tidak ke belakang,
hanya kekal di situ sahaja.
“Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang pilihan raya umum ke-14.
"Kalau begitu keadaannya, saya tak nampak PAS boleh menang (pilihan
raya), silap-silap Kelantan pun terbang," katanya dalam wawancara
bersama Malaysiakini.
Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS Jun depan di Kuala Selangor.
Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.
Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
Berikut sedutan temubual Ahmad bersama Malaysiakini.
Malaysiakini: Bagaimana ustaz lihat pencapaian Hadi sepanjang memimpin PAS berbanding allahyarham (presiden sebelumnya) Datuk Fadzil Noor?
Ahmad: Pencapaian Hadi berdasarkan pencapaian terdahulu. Kita tak boleh
nak letak bersendirian. Masa ustaz Fadzil Noor, dia meluaskan ruang dan
tidak hanya terhad kepada golongan ulama atau orang yang berlatar
belakang agama sahaja tetapi golongan profesional turut menyertai PAS
dan ia berjaya.
Pencapaian yang dicapai Fadzil disambung terus oleh Hadi selama lebih
satu dekad. Semasa zaman almarhum, lahir Barisan Alternatif dan DAP
tinggalkan Barisan Alternatif kerana menerima kekalahan besar pada 1999
kerana bersama PAS.
Tapi pada 2008, keputusan PRU12 membawa balik DAP bersama PKR dan PAS
dan wujudnya Pakatan Rakyat di mana presiden ketiga-tiga parti adalah
pimpinannya.
Pencapaian ini sambungan almarhum dan diperkuatkan pada zaman presiden
sekarang. Cuma mutakhir ini ada masalah dalam konteks hubungan
ketiga-tiga parti khasnya antara PAS dan DAP dan mungkin PKR juga.
Tetapi PAS tetap mendukung atau berpendirian untuk bersama Pakatan sebab
kalaulah tak bersama Pakatan, seolah-olah PAS kebelakang dan menjadi
parti yang berkisar bukan sahaja pada orang Melayu tetapi hanya kepada
Pantai Timur sahaja.
Dengan slogan "PAS For All" (PAS untuk Semua), jadi kita tetap untuk
meneruskan usaha ke arah menyiapkan PAS di peringkat nasional dan
antarabangsa dan saya ada keyakinan itu. Semua (presiden) mempunyai
kelebihan masing-masing di setiap zaman mereka.
Mungkin keadaan sekarang, anjakan oleh pihak dan sebahagian ahli untuk
memperluaskan lagi usaha supaya (PAS) tidak balik ke belakang.
Andai kalah pada pemilihan kali ini, akan sertai parti lain?
Kalau saya sendiri saya tak sedia menyertai parti lain dan saya tak mahu mereka (penyokong) ke parti lain.
Kalau mereka ini yang terpilih, mengenepikan mereka yang kalah, saya
percaya PAS tidak akan boleh pergi ke depan. Kalau tak terbelakang akan
kekal di situ. Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang
PRU14.
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz
Omar memberi jaminan tidak ada pihak dalam parti itu berusaha membawa
PAS ke dalam Barisan Nasional (BN).
Beliau sebaliknya menyeru semua pihak agar tidak mudah mempercayai
fitnah mengenai isu Unity Government (UG) yang tidak berkesudahan.
Bahkan katanya, Majlis Syura Ulama turut membuat penafian bahawa
Majlis Syura Ulama dan ahlinya berusaha untuk membentuk Kerajaan
Perpaduan PAS dengan Umno BN.
Katanya, sekiranya ada usaha tersebut beliau akan menjadi orang pertama yang menentang usaha bergabung dengan BN.
"Untuk kesekian kalinya, saya ingin menegaskan PAS konsisten dengan
ketetapan bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang telah diputuskan di
dalam Muktamar PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata, mengenai usaha pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah
Syariah (EKJS) di Kelantan, ia adalah hak demokrasi PAS yang diberikan
amanah untuk mentadbir Kelantan sejak tahun 1990.
"Bukankah DAP sebagai parti yang mengaku pejuang demokrasi tulen,
sepatutnya menghormati hak dan suara pihak lain yang secara sah mendapat
mandat majoriti di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan," katanya yang
juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau menambah, pelaksanaan EKJS di Kelantan hanya akan dapat dilaksanakan apabila Parlimen memberi kelulusan.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Hasnul Baharuddin berikrar akan
terus mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor jika keadaan
dewan negeri tergantung benar-benar berlaku.
Katanya rakyat Selangor memberi mandat bukan hanya kepada PAS tetapi juga PKR dan DAP dan ia harus dihormati semua wakil rakyat.
“Saya akan terus pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat kerana itu mandat yang diberi oleh rakyat,” katanya.
Hasnul dan seorang lagi ADUN PAS Saari Sungib sebelum ini tampil
menyokong Presiden PKR Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru
Selangor ketika parti mereka belum membuat keputusan.
Sultan Selangor bagaimanapun memilih timbalan Azizah dalam PKR, Azmin
Ali, sebagai menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Hasnul berkata kenyataannya hari ini tidak bermaksud beliau akan meninggalkan PAS.
“Tapi saya akan lihat bagaimana perkembangan selepas ini,” katanya.
Sekiranya PAS keluar Pakatan, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi DUN tergantung.
Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala
PKR mempunyai 13, tidak termasuk Khalid yang kini ADUN bebas.
Sekiranya PAS keluar Pakatan Rakyat, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung.
Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala
PKR mempunyai 13, tidak termasuk ADUN bebas yang juga bekas menteri
besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PAS akan hanya mempunyai 28 kerusi.
Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut
kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun
selepas pemilihan PAS, di mana puak Abdul Hadi dijangka akan menguasai
hampir sepenuhnya kepimpinan parti itu.
Ditanya mengenai prospek PAS memilih keluar Pakatan pada masa itu,
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau percaya ada kemungkinan
gabungan itu masih boleh bertahan untuk menguasai Selangor.
Bekas Menteri Belia dan Sukan berkata dia kesian dengan Wan Azizah yang dipergunakan oleh suaminya untuk kepentingan politik.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh
seketika apabila Datuk Seri Azalina Othman Said menuduh Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail dipergunakan oleh suaminya untuk kepentingan
politik.
Ahli Parlimen Pengerang itu ketika membahaskan Rancangan Malaysia
Ke11 (RMK11) pada Isnin, berkata, beliau kasihan kepada Wan Azizah
kerana diperlakukan begitu.
Kenyataan Azalinan itu mendorong Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
Samad, bangun mencelah dan mempertahankan Wan Azizah yang telah
membuktikan kemampuannya sebagai ahli politik.
Katanya, hujah-hujah Azalina itu bersifat jumud kerana Wan Azizah
dipilih sebagai Ketua Pembangkang berdasarkan kelayakan bukan kerana
simpati.
Ahli Parlimen Lengong, Shamsul Anuar Nasarah pula mencelah dan
mendakwa pelantikan Wan Azizah tidak dipersetujui semua parti dalam
Pakatan Rakyat (PR).
MACAM TAK TAU.. pelbagai alasan diberikan utk 'ponteng' jumpa PAC esok.. Kalau Najib apa alasannya pula nak ponteng.. Kenelah tanya Rosmah dulu kan..
Emotikon upse
TAHUKAH ANDA.. Kedua-duanya saksi penting dalam siasatan PAC ke atas syarikat milik Kementerian Kewangan itu, yang menanggung hutang RM42 bilion dalam masa enam tahun beroperasi.
WOWW !! baru 6 tahun dah berhutang RM42 BILION.. Blom lagi bila Najib nak jadi PM 22 tahun kelak !!!
Jawapan bercanggah perdana menteri berhubung
simpanan 1MDB di bank Singapura boleh mendedahkan beliau kepada
prosiding menghina Parlimen, kata wakil rakyat veteran Umno Tengku
Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun,
katanya Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, sudah
membetulkan jawapan Parlimen itu dan tidak boleh dianggap sebagai
berbohong.
“Walau apa pun, PM tidak patut melanggar keistimewaan dewan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ditanya berhubung pembetulan Najib selepas dua bulan, Tengku Razaleigh
berkata terpulanglah kepada kedua-dua pihak untuk membangkitkan perkara
itu di Parlimen sama ada perdana menteri mengelirukan dewan.
Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa ia meminda jawapan bertulis 10 Mac di Parlimen mengenai 1MDB untuk "mengelakkan kekeliruan".
KUALA LUMPUR, 24 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu
berhenti menjadi hipokrit dengan menyalahkan peniaga kecil kononnya
mengeksploitasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hingga menyebabkan
rakyat terbeban akibat sistem percukaian itu.
Najib dalam sebuah program di Gopeng, Perak berkata, pemansuhan 5%
dan 10% cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sepatutnya mengurangkan
harga, namun peniaga yang tidak bertanggungjawab menambah 6% GST yang
menjadi punca kenaikan barang dan perkhidmatan. “Pakatan Rakyat berulang kali memberi amaran kepada BN, iaitu sebelum GST dikuatkuasakan, harga barangan tidak akan turun.
“Namun, pentadbiran Najib percaya bahawa mereka boleh melawan hakikat dan meneruskannya,” kata Tony Pua.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP itu, Najib dalam ucapan belanjawan
2015 sendiri berkata, daripada 944 barangan dan perkhidmatan dari indeks
harga pengguna, 532 item atau 56% dijangka turun sehingga 4.1%,
manakala kira-kira 354 item mengalami kenaikan, namun kurang daripada
5.8 %.
“Tak hairanlah perdana menteri yang juga menteri kewangan kelihatan seperti orang bodoh,” ujar Tony.
Dalam pada itu kata Tony, pentadbiran Najib menutup mata terhadap keuntungan besar dikaut syarikat-syarikat telekomunikasi.
KENAPA PM M'sia seringkali beri data PALSU LAGI BOHONG kpd rakyatnya.. Adakah cara ini utk perbodohkan rakyat hanya war-warkan berita & fakta baik2 sahaja. TETAPI SEBENARNYA BOHONG !!!
KENAPA Najib tak ceritakan kadar pengangguran negara yg sebenarnya TELAH MENINGKAT NAIK 3 BULAN BERTURUT2..