Ahad, 24 Mei 2015

ROSMAH SEORANG WANITA ISLAM yang berani & bijak..


BERANI kat mana !!!

BIJAK kat mana !!!

IDE: Mahathir bantu PKR menang di Permatang Pauh

Di Malaysia kalau nak selamat & untung bilion2 ringgit berniaga rajin2lah rapat UMNO/BN..



Rosmah dah selamat tiba di Jepun awal pagi tadi....

Apa akan jadi pada rutin jalan2 terbang 
setiap bulan ke luar negara Rosmah selepas 
Najib bukan lagi PM nanti ???

RMK11: Sekarang tabur janji lagi... Dasar Penipu UMNO/BN !!!


KANTOI LAGI Najib pada RMK11 !!!

KERAjaan BN kononnya bina Lebuh Raya Pantai Barat siap pada 2019.

TAHUKAH ANDA, tahun lepas pon cakap benda sama katanya akan siap pada 2017 dgn peruntukan RM5 bilion. Tahun ini janji lain plok katanya siap pada 2019 !!!.. 'MANA PERGINYA' PERUNTUKAN RM5 BILION ITU SEKARANG !!!

8 tuntutan reformasi institusi untuk bakal perdana menteri

Oleh Wong Chin Huat
Pemusatan kuasalah yang menyebabkan penyelewangan 1MDB. Sudikah Tan Sri Muhyiddin Yassin  menghapuskan struktur pemusatan kuasa selepas menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?
Selepas klip video Muhyiddin menuntut lembaga pengarah 1MDB meletak jawatan muncul dan tersebar bagai api merebak di dunia maya, maka spekulasi Najib sudah dekat dengan penghujung jalannya melambung tinggi.

Muhyiddin kini nampaknya sedia mengambil-alih tempat Najib dan mengisi kekosongan terbesar dalam gabungan anti-Najib – 'figure head'. Sesungguhpun Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa akan jadi ketua komander sebarang usaha untuk menjatuhkan mana-mana perdana menteri, malulah beliau kalau terpaksa berkuasa dengan menjadi perdana menteri untuk kali kedua kerana tiada “wakil” yang sesuai. Seperti dalam plot menjatuhkan mantan perdana menteri Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi 7 tahun lalu, Dr Mahathir tidak boleh menobatkan dirinya dan ketika itu beliau sangat suka dengan Najib sebagai wakilnya.
Sekarang nampaknya, Dr Mahathir sudah dapat mencari “wakil” baru. Mungkin – atau lebih tepat, bilakah – Muhyiddin akan menghampakan Dr Mahathir sekali lagi?
Namun negara ini bukan milik Dr Mahathir dan suka-duka rakyat mesti mendahului suka-duka Dr Mahathir.
Lebih penting daripada persoalan sama ada Dr Mahathir akan dihampakan lagi, kita harus tanya sama ada rakyat akan dihampakan lagi?
Punca kemarahan rakyat terhadap bani Najib ialah 1MDB dan GST
Negara menghadapi krisis kewangan besar dan beban ini ditanggung oleh rakyat kerana keluarga dan kuncu-kuncu perdana menteri hidup mewah dan salah gunakan kuasa.
Rakyat bukan saja membayar lebih cukai, tetapi juga mungkin tergadai simpanan mereka untuk tunaikan haji atau persaraan.
Apakah Muhyiddin akan menghapuskan kedua-dua punca-punca kemarahan rakyat ini?
Sememangnya isteri dan anak-anak Muhyiddin tidak hidup mewah, dan Muhyiddin juga tidak kenal Jho Low, tetapi apakah Muhyiddin sebagai perdana menteri berani dan sanggup mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah dalam skandal 1MDB?
Kerabat dan kroni bekas PM terlepas
Sejarah menunjukkan yang salah laku yang terlibat dengan bekas perdana menteri atau kerabat-keluarga tidak pernah dihukum.
Ingat skandal “correct, correct, correct” yang melibatkan seorang kroni Dr Mahathir (peguam VK Lingam) menetapkan pelantikan hakim? Apakah tindakan yang diambil Abdullah Ahmad Badawi terhadap peguam dan hakim yang terlibat?
Bukankah ini salah satu kegagalan Abdullah yang membawa kepada perarakan “Walk for Justice” oleh Majlis Peguam pada September 2007 yang membuka tirai untuk perarakan raksasa Bersih 1.0 dan Hindraf pada November, yang seterusnya menyumbang kepada tsunami politik?
Abdullah sebenarnya memulakan reformasinya pada 2004 dengan mendakwa seorang lagi kroni Dr Mahathir, Eric Chia kerana jenayah pecah amanah (CBT) sebanyak RM 76.4 million dalam Perwaja?
Akhirnya, Eric Chia dibebaskan dari mahkamah pada 2007.
Ingat Kamaluddin Abdullah Badawi, anak mantan perdana menteri yang tambahkan kekayaan sebanyak RM430 juta dalam sehari dengan kejayaan syarikat Scominya?
Semua tuduhan terhadap anak dan anak menantu Abdullah yang disiarayakan dalam kempen menjatuhkan beliau tidak membawa kepada sebarang penyiasatan dan pendakwaan selepas Najib berkuasa.
Bukan saja Abdullah yang berhubungan baik dengan Najib mendapat perlindungan terhadap keluarganya, malah Dr Mahathir yang memusuhi Najib sampai sekarang masih dilindungi.
Tiada sesiapa pun didakwa atas jenayah mereka menghadiahkan hak kerakyatan kepada orang asing demi memberi undi, sekalipun Suruhanjaya Siasatan DiRaja sudahpun selesai penyiasatannya atas Projek M yang merupakan salah satu punca ketidakselamatan di Sabah.
Jangan lupa juga skandal PKFZ yang melibatkan dana kerajaan sebanyak RM 12.5 bilion (1/3 daripada saiz 1MDB) yang diluluskan oleh Dr Mahathir!

Tun Mahathir doktor politik Melayu berhati kering

Oleh Lokman Ramlee
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ahli Umno lemah. Mereka tidak berani buat apapun untuk memperbaiki imej, mempertahankan maruah parti dan memastikan Umno serta Barisan Nasional menang pilihanraya akan datang.
“Takut-takut lagi satu pilihanraya tak boleh jadi calon kut. Tapi tak tahulah. Tapi masing-masing semua takut belaka dok jaga kepentingan diri sebab itu nak ada ‘undi tak percaya’ agak sukar,” katanya dalam siri jelajah negara di Perak minggu lalu.

Rupa-rupanya strategi “undi tidak percaya” inilah yang diharapkan mantan perdana menteri itu akan digunakan demi menurunkan perdana menteri sekarang, Datuk Najib Tun Razak daripada jawatan nombor satu negara. Bagaimanapun dalam nafas yang sama beliau kecewa strategi itu tidak mungkin dapat digunakan kerana ahli Umno lebih ramai yang mementingkan diri sendiri dan tidak akan berani “mengundi tidak percaya” terhadap Najib.
Namun penilaian beliau bahawa Najib mesti dijatuhkan sudah muktamad. Sudah beberapa kali beliau umumkan tidak lagi menyokong Najib. Beliau menegaskan, keputusan itu diambilnya demi kebaikan negara, rakyat dan Umno sendiri.
“Yang datang jumpa saya berasa tak puas hati dengan Najib ni, banyak. Tapi bila saya kata ambik tindakan sendiri…, ooo mintak saya mesti buat sesuatu. Saya bukan sudah buat sesuatu…(dah) dua tiga benda dah….,” tegasnya.
Tindakan apa yang sudah diambilnya? Dedahkan kepincangan perancangan dan pengurusan negara oleh Najib seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), “skandal” pelaburan negara, 1MDB dan juga caragaya hidup mewah Najib.
“Kita tak harus hidup mewah sebagai perdana menteri. Sepatutnya perdana menteri macam bapak dia dulu. Kayuh basikal pergi ke kampung,” katanya.
Bagi Tun Mahathir, selain bapanya, Tun Abdul Razak Husin, Najib mempunyai banyak contoh kepemimpinan yang boleh dicontohinya.
“Saya pun pergi ke kampung juga. Tak cukup saya; isteri saya pun saya suruh pi kampung juga. Sekali tu jatuh dalam sawah padi. Jadi itulah cara kita pimpin dan kita hendak supaya negara kita ini dibangunkan dan kita semua dapat nikmat daripada pimpinan,” katanya.
Bagaimanapun perdana menteri Malaysia keempat yang memerintah selama 22 tahun itu amat kecewa kerana Najib tidak mengambil berat contoh kepimpinan yang pernah ditunjukkan oleh perdana-perdana menteri sebelumnya.
“Tapi saya percaya dan saya yakin kalau kita biar Najib teruskan dan jadi perdana menteri sehingga pilihanraya, dia akan kalah dan lepas itu tidak ada lagi orang yang hendak beri perlindungan pada kita semua,” katanya.

NGO jadi liabiliti kepada UMNO

Oleh Ku Seman Ku Hussain
Beberapa bulan lalu saya menulis mengenai sesetengah blogger pro UMNO menjadi blogger hantu raya yang memberikan pandangan tidak baik (liabiliti) kepada UMNO. Sebabnya sebahagian besar blogger hantu raya ini tidak ada kemahiran 'berperang' persepsi dengan pembangkang. Mereka tidak ada strategi, etika malah ada yang menghadapi masalah salah laku dan dibuang kerja.

Difahamkan ada pemimpin tertentu 'memelihara' blogger hantu raya untuk menulis yang baik-baik tentang dirinya dan menyerang musuh politik sama ada dalam atau luar parti. Ini memberikan pandangan tidak baik terhadap UMNO kerana blogger tidak ada etika.
Belum selesai isu blogger hantu raya, kini bersepah pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hantu raya yang mendakwa mereka sebagai pro UMNO. Saya tidak pasti sama ada UMNO tahu tentang kewujudan NGO ini. Ketrampilan mereka sangat ketara sebagai ayam sabung yang mempertahankan UMNO.
Tetapi maaf cakaplah sebahagian besar NGO ini lekeh sangat, tidak dengan strategi, pakai redah walaupun untuk membela UMNO.
Yang kelakarnya banyak presiden NGO ini dilayan oleh media terutama ste­sen televisyen dan diletakkan dal­am slot berita utama. Maka ber­ko­koklah 'Si Bedul' dan 'Si Bedal' dengan hujah balas yang entah apa-apa. Mereka inilah yang selalu ke depan membuat laporan polis dan beraksi di depan balai bersama sepuluh dua puluh pengikut. Aksi klise.
Perlu tegaskan di sini yang saya tidak menafikan ada beberapa NGO yang bukan sahaja benar-benar menyokong UMNO tetapi hujah dan fakta-fakta yang dikemukakan untuk mematahkan serangan parti lawan sangat menyakinkan. Ada pemikiran tinggi dan strategi serangan. Mereka dilihat lebih menyakinkan dalam menangkis serangan pembangkang. Saya tabik NGO begini.
Tetapi kemunculan NGO hantu raya ini menjadi barah yang kepada UMNO. Ada yang memberitahu saya mereka ini juga dipelihara oleh sesetengah orang UMNO dan ada imbuhan. Saya tidak kisah, itu soal mereka. Biasalah, takkan nak berkokok percuma. Tetapi yang malangnya NGO ini merendahkan UMNO dengan kedangkalan mereka.
Untuk mendapat keyakinan rakyat (melampaui ahli UMNO, ketua cawangan, ketua bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi), UMNO perlu membina personaliti dan gaya berfikir. Caranya dengan menjauhkan diri daripada disekutukan dengan sesetengah NGO yang mengambil kesempatan dalam keadaan UMNO yang sangat kuat ( meminjam kesimpulan reaksi pemimpin-pemimpin UMNO pada sambutan ulang tahun UMNO ke 69 baru-baru ini).

Pakatan boleh berkubur dalam 2 minggu, kata Lim

Tokoh DAP Lim Kit Siang hari ini melaungkan amaran terhadap nasib yang bakal menimpa Pakatan Rakyat dengan menyatakan bahawa gabungan pembangkang itu hanya mempunyai dua minggu untuk hidup.

Tanpa menyebut secara khusus apa yang boleh mencetuskan kematian mengejut Pakatan, Lim bagaimanapun merujuk kepada pemilihan PAS pada 4 Jun, yang bakal menentukan sama ada kumpulan pro atau anti-Pakatan yang akan menguasai parti.

"Masa semakin suntuk untuk Pakatan Rakyat. Dalam masa dua minggu, Pakatan Rakyat boleh berkubur.

"Ini merupakan satu perkembangan politik yang paling lucu," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberi amaran terhadap dakwaan bahawa 'kerajaan perpaduan' antara PAS dan Umno boleh berjaya tidak lama lagi, selepas dihalang oleh Allahyarham Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada berbuat demikian sejak 2008.

KERAJAAN MALAYSIA TABUR JANJI, TIPU PELAJAR GENIUS MACAM SAYA - ADI PUTRA

Tokoh Matematik Islam Abad Ini, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015. 
Tokoh Matematik Islam Abad Ini, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.
Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.
Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad Ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.
"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.
“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.
"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.
"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.
"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.
Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan kerajaan.
Buku yang dihasilkan Adi Putra dengan 235 formula matematik, digunakan kerajaan Brunei dalam pembelajaran, tetapi tidak di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.Buku yang dihasilkan Adi Putra dengan 235 formula matematik, digunakan kerajaan Brunei dalam pembelajaran, tetapi tidak di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.

Damage done, no forgiveness, says Zahid over Muhyiddin video leak


Sokongan meluas bukan selamanya, bekas ketua pengarang beritahu Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menikmati sokongan kuat yang ditunjukkan orang sekelilingnya ketika ini, tetapi menurut seorang wartawan veteran, ia tidak akan kekal selamanya.
Merujuk acara dihadiri Najib di negeri kelahirannya Pahang semalam, yang dipenuhi lautan penyokong, Datuk A Kadir Jasin berkata, sokongan yang diterimanya akhir-akhir ini hanya sementara dan mungkin akan hilang dalam sekelip mata.
"Perdana menteri mungkin dapat sokongan meluas rakyat, begitu juga ahli Umno. Lautan manusia yang melambaikan bendera Pahang baru-baru ini buktinya.

"Dan jangan lupa, beliau juga dapat sokongan kerabat Pahang," katanya merujuk kenyataan Najib sendiri yang Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyokong kepimpinan beliau. "Bagaimanapun, ia tidak kekal selamanya. Ia hanya sementara. Hari ini ada, esok hilang," tulis beliau dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin, hari ini.

Masalah Kewangan : Banjir besar tahun lalu punca JPAM gagal bayar elaun anggota

Memang wujud masalah kewangan di dalam pengurusan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sehingga menyebabkan agensi tersebut gagal membayar elaun kepada anggotanya sejak Januari lalu.
 
Bencana banjir besar yang melanda beberapa negeri hujung tahun lalu menyebabkan agensi tersebut terpaksa menggunakan peruntukan yang ada bagi menampung kos operasi yang tidak diduga.
 
Menurut sumber, JPAM sudah menghabiskan peruntukan yang diberikan lebih awal daripada tempohnya, sekali gus gagal membayar elaun kepada anggota kerahan.
 
Jelasnya, sebagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, JPAM menerima peruntukan setiap enam bulan sekali dan MalaysiaGazette difahamkan, agihan peruntukan terdekat adalah Jun ini.
 
Dalam masa yang sama, JPAM juga tidak mempunyai peruntukan untuk kes-kes kecemasan atau luar dugaan seperti yang terjadi pada akhir tahun lalu.
 
Menurut sumber berkenaan, JPAM bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan tidak hanya berpeluk tubuh, sebaliknya sedang berusaha untuk membayar tunggakan elaun kepada anggota secepat mungkin.
 
"JPAM sebenarnya sedar mengenai masalah tersebut dan telah mengambil langkah sepatutnya seperti membawa perkara ini kepada pengetahuan kementerian.
 
"Bagaimanapun seperti agensi kerajaan lain, beberapa prosedur perlu dilalui dan ini bukan sahaja melibatkan KDN malah Kementerian Kewangan dan lain-lain.
 
"Perkara ini pastinya dapat diselesaikan namun tiada tarikh yang tepat dapat diberikan. Cuma saya yakin, sama ada JPAM, KDN mahupun Kementerian Kewangan mahukan masalah ini diselesaikan segera kerana memahami kesusahan yang dialami oleh para anggota terutamanya yang berpangkat rendah,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.
 

Andy: Pemimpin PAS cetus minat saya berpolitik

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berkata beliau memasuki kancah politik negara bukan oleh diinspirasikan oleh seseorang dari parti pemerintah tetapi dari seorang pemimpin PAS.

Yong berkata individu tersebut memainkan penting dalam pembentukan organ parti Islam itu, Harakah dan ia bukan hanya pemimpin PAS semata-mata.

Pemimpin muda komponen BN yang berusia 43 tahun itu, merujuk individu tersebut sebagai 'sifu' (guru).

Diwawancara Malaysiakini, Yong bagaimanapun tidak menyebut individu yang mencetuskan minatnya dalam politik tetapi beliau memberikan beberapa petunjuk.

Menurutnya, individu itu pemimpin PAS itu adalah rakan ayahnya, yang berasal daripada Kelantan, kini menetap di Johor Bahru dan yang lebih penting, adalah seseorang yang beliau hormati.

Yong berkata jika gurunya itu berada dalam bandar yang sama, mereka akan meluangkan masa untuk bertemu dengannya, walaupun ideologi politik mereka berbeza.

"Saya banyak belajar daripadanya dan mencari kepadanya. Beliau banyak memberi panduan kepada saya dalam politik kerana senioriti beliau.

"Beliau telah berkongsi pengalaman beliau, dan (dia) kadang-kadang mengingatkan saya dalam apa jua perkara yang saya mahu lakukan," kata Yong kepada Malaysiakini dalam satu wawancara bulan lalu.

Nak laksana hudud, PAS perlu bentuk kerajaan pusat bersama PR - Mat Sabu

Nak laksana hudud, PAS perlu bentuk kerajaan pusat - Mat SabuIPOH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan untuk melaksanakan hudud, PAS perlu memperolehi kemenangan dan mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan.

Katanya, hanya dengan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, PAS mampu untuk berkuasa dan meminda perlembagaan untuk melaksanakan hudud.

"Orang yang mengatakan kita kalah tak apa asalkan kita dapat laksanakan hudud itu semua tidak betul.

"Kita mesti dapat kuasa nak dapat kuasa dengan Pakatan Rakyat dan kita mesti berusaha supaya dasar kita tidak berubah, dihormati.

"Inilah perlu kita rangka sama ada peringkat negeri atau pusat, kita tidak mahu korban mana satu, kita mahu kemenangan, kita mahu juga dasar kita terus terpelihara.

"Islam akhirnya yang paling tinggi tercatit dalam perlembangaan kita dan terlaksana di Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan konvensyen PAS Perak di Sri Iskandar pada Ahad.

Mohamad berkata sejarah parti itu menunjukkan kejayaan menguasai dan meminda perlembagaan di Kelantan dan Terengganu adalah disebabkan kerjasama dengan parti yang lain.

Peluang kedua Kak Wan pamer kewibawaan

oleh Lee Yuk Peng
Selepas jurang tujuh tahun, Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali ke Dewan Rakyat selaku ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau bukan sekadar ahli parlimen tetapi juga Ketua Pembangkang, buat kali kedua.

Pada 2008, beliau dipilih ketua pembangkang wanita pertama apabila tsunami politik melanda pada 8 Mac, di mana Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga buat kali pertama dalam sejarah.

Wan Azizah merupakan ketua pembangkang ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang kerusi paling banyak bersama Pakatan Rakyat.

Namun peranannya selaku ketua pembangkang tidak lama.
 

Selepas enam bulan, Wan Azizah meletak jawatan selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008 bagi membolehkan suaminya Anwar Ibrahim kembali ke keruso tersebut.

Selepas dibebaskan dari kesalahan sodomi, dan berehat sementara menunggu tempuh dibenarkan bertanding, Anwar kembali ke Parlimen sebagaimana yang dijangka.

Dari seorang Timbalan Perdana Menteri, Anwar dipilih Ketua Pembangkang sehingga Februari 2015 apabila beliau sekali lagi dihukum lima tahun penjara oleh Mahkamah Persekutuan, kerana kesalahan meliwat pembantunya.

Sekali lagi Wan Azizah, atau Kak Wan, terjun dan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh di dalam pilihanraya kecil bulan lalu.

Kali ini beliau bukan lagi ahli politik mentah, sepertimana ketika beliau menang di Permatang Pauh pada 1999 dahulu.
 

Hikmah dari Beirut buat gerakan Islam M'sia - Ahmad Awang

Pada 16 Mei 2015 yang lepas, saya telah menghadiri satu program 'Global Convention Of Scholars For Palestine' yang berlangsung di Beirut selama seminggu.

Saya diundang kerana saya merupakan salah seorang daripada kepimpinan Persatuan Ulama Sedunia cawangan Malaysia yang telah menganjurkan satu konferen antarabangsa pada bulan Mei tahun lalu, bersempena Nakbah Palestin yang bertempat di Shah Alam.

Selain saya, ada 2 lagi wakil yang dijemput untuk mewakili Malaysia iaitu, Al Fadhil Ustaz Ghani Sahamsuddin dan Cikgu Azmi Hamid. Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak dapat hadir bersama ke program kali ini.

Dengar bicara mufti Palestin

Multaqa kali ini disertai 35 buah Negara termasuklah wakil Amerika Latin, Eropah, Turki, United Kingdom dan Afrika. Manakala Ismail Haniyeh yang sepatutnya mewakili Palestin tidak dapat hadir dan hanya menyampaikan ucapan secara langsung melalui pancaran satelit.

Oleh itu secara rasminya, lebih kurang 80 orang tokoh-tokoh ulamak telah menghadiri Multaqa ini disamping ramai lagi yang hadir secara tidak rasmi.

Objektif utama Multaqa ini ialah bagi membincangkan langkah terbaik dan praktikal untuk membangkitkan kesedaran seluruh dunia Islam mengenai isu Palestin.

Berbeza dengan mana-mana program yang pernah saya hadiri sebelum ini yang biasanya sarat dengan pembentangan kertas kerja panjang lebar, Multaqa ini dipadatkan dengan perbincangan dalam kumpulan yang dijalankan dalam bentuk bengkel.

Malam pembukaan Multaqa dimulakan dengan ucapan mufti besar Palestin yang menyentuh tentang peristiwa Israk Mikraj.

Kami beruntung dapat mendengar secara langsung bicara ulamak agung ini yang menceritakan signifikan peristiwa agung Israk Mikraj sebagai bukti sejarah yang menghubungkan Masjidil Haram Mekah dengan Masjidil Aqsa Palestin.

Pada keesokannya program dimulakan dengan ucapan pengenalan daripada tujuh pertubuhan yang diberi perhormatan untuk menyampaikan ucaptama.

Antaranya ialah Persatuan Ulamak Sedunia Cawangan Malaysia sendiri, Persatuan Ulamak Sedunia Untuk Pembebesan Palestin Beirut dan Jemaah Ulamak Pakistan.

Langkah praktikal

Setelah itu, semua peserta Multaqa dibahagikan kedalam kumpulan bengkel mengikut pilihan masing-masing. Saya telah memilih kumpulan yang diamanahkan untuk membahaskan langkah-langkah praktikal bagi memupuk kesedaran sejagat mengenai isu Palestin.

Bengkel ini telah berlangsung dari pagi sehingga petang dengan hanya berselang waktu rehat untuk solat dan makan.

Semasa slot perbincangan umum pula, saya berpeluang mengemukakan 20 usul yang merupakan resolusi yang dicapai dalam konvensyen di Shah Alam tahun lalu.

Saya membangkitkan semula sikap khianat pihak British yang menyerahkan Palestin kepada negara haram Israel sedangkan pada waktu itu British hanya memegang mandat untuk melindungi tanah Palestin, bukan empunya milik Palestin!

Multaqa juga mencapai resolusi - yang pada pandangan saya - sangat praktikal untuk dimajukan kepada badan-badan Islam di Malaysia seperti MAPIM dan pertubuhan Islam lain seperti PUM dan ABIM.

Resolusi tersebut ialah, 'Multaqa mencadangkan supaya anak-anak atau pemuda-pemuda Palestin dibawa ke Malaysia untuk diberi peluang belajar sama ada di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah mahupun Universiti'.

Dalam masa yang sama, anak-anak ini akan menjadi duta rakyat Palestin di Malaysia yang akan menjadi jambatan penghubung segala perihal perkembangan perjuangan rakyat Palestin dan kekejaman yang berlaku ke atas mereka.

Fear and loathing in Team Najib

Kadir: Psywar advisers will play one-upmanship, Kok Wing can only offer more slogans and songs
kadir-jasin_Lim-Kok-Win45_600KUALA LUMPUR: Najib Razak’s camp of advisers and supporters are showing their insecurity and fear of being abandoned, former newspaper editor A Kadir Jasin wrote today.
He said the appointment of the Barisan Nasional’s longtime advertising man Lim Kok Wing among new advisers to conduct psychological warfare suggested that the existing machinery had been ineffective and could not be trusted.
Kadir foresees infighting and games of one-upmanship among them as each tries to outdo the other “to enjoy the love and affection” of Najib and his wife Rosmah Mansor.
“Knowing LKW, he would outtalk and ride rough-shod over other members of the team, namely Abdullah Md Zin, Johari Baharum, Rais Yatim and Shahrizat Abdul Jalil. We can expect to see more slogans, songs, banners and cartoons if LKW has his way,” Kadir said.
Like many others in the media world, Kadir also wondered how Lim would manage the campaign against his former patron, Dr Mahathir Mohamad, under whose premiership he had run all the election advertising campaigns for the Barisan Nasional as well as public service campaigns for the government.
“LKW owes his rise to prominence and wealth to Dr Mahathir. So is Shahrizat and Rais, who in spite of burning the bridge, was still honoured by Dr Mahathir. Let’s see how they are going to treat the man,” Kadir said.

Kadir: Now two Malaysians want Najib to go

Former NST editor gives sarcastic rejoinder to PM's vow not to give in
kadir-jasin_najib_mahathir_600_1KUALA LUMPUR: Former newspaper editor A Kadir Jasin “officially” has declared his support of Mahathir Mohamad’s campaign to oust Najib Razak as Umno president and prime minister, warning Najib that there were now not one but two people who wanted him to go.
In a sarcastic response to Najib’s often-repeated vow not to leave “just because one person wants me to do so”, Kadir said that as there were now two Malaysians who wanted him to resign, Najib and his newly-minded psychological warfare team would have to work extra time to ensure he does not fall.
Najib’s vow, stated at support rallies all this month, was picked up by the Sunday Star for its lead headline today.
Kadir, writing in his blog, pointed out that all previous Umno leaders had made similar statements when facing internal opposition, from Tunku Abdul Rahman, to Abdullah Ahmad Badawi.
“The Tunku was being surreptitiously undermined by his deputy, the late Tun Abdul Razak Hussein, with the help of Umno young turks like Tun Dr Mahathir Mohamad and Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman. But Tunku did not waste time and money organising “love the PM” gatherings. He held “durian parties” where he preached goodwill or he played golf with his dwindling loyalists,” Kadir said.

NAJIB DAN PEMBOHONGAN


1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.
2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.
3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.
4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.
5. BSI bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh “Brazen Sky” anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.
6. BSI bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.
7. Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.
8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.

Tangani kesusahan rakyat sebelum capai negara maju - Prof Agus

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus  
SHAH ALAM - Hanya tinggal beberapa tahun lagi, Malaysia bakal mengikut negara maju lain untuk diiktiraf menjadi negara maju, ia selaras dengan Wawasan 2020 yang mana misinya ingin menjadikan Malaysia maju pada tahun tersebut.

Namun  terdapat sedikit kegusaran di kalangan penganalisis, apakah dengan majunya Malaysia pada tahun itu, hidup rakyat turut maju, dan indah sepertimana yang digambarkan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki oleh kerajaan bagi memastikan matlamat negara maju itu tercapai.

“Maju ini banyak kriteria dan ciri, negara maju ini satu yang jelas yang boleh kita tengok dari segi pendapatan hidup rakyat, adakah pendapatan itu tinggi untuk membolehkan mereka hidup selesa atau tidak , jadi kalau pendapatan ia mestilah lebih USD15, 000 untuk kita capai, itu pendapatan purata penduduk , bukan pendapatan tiap-tiap penduduk.

“Cuma masalah  kita nak capai negara maju ialah  jurang kaya miskin itu masih luas, jurang antara wilayah masih luas, jurang antara negeri  masih luas , tahap pendidikan rakyat jurangnya masih luas jurang digital antara rakyat masih luas , jadi selagi kita tidak rapatkan jurang itu , susah untuk kita bercakap tentang negara maju,” katanya.

Jelasnya lagi, sebab pendapatan negara maju tidak boleh dikira dari segi purata pendapatan penduduk , jikalau seorang itu dapat USD 20,000, seorang ini dapat USD5,000 bagaimana itu, jurang itu luas.

“Kemudian infrastruktur yang kita ada pun belum sampai ke tahap itu, macam  mana hendak kata maju kalau sekolah belum mencukupi, hospital belum mencukupi.

Najib pembohong-Tun M

Najib dan mereka yang bertanggungjawab menyembunyikan kesalahan mengenai 1MDB boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan
PETALING JAYA: Perbuatan menyembunyi kesalahan dalam urusan kerajaan adalah salah dari segi undang-undang.
Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semua mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan sebagaimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 218, Kanun Keseksaan.
Kenyataan berkenaan merujuk kepada penjelasan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat berhubung wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan dikatakan disimpan dalam bank BSI di Singapura.
Hakikatnya, beliau mendakwa tiada wang tunai 1MDB yang dibawa balik dan juga tiada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank di republik itu.
“Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar”, kata Dr Mahathir.

Puad Zarkashi kurang bijak-Zam

Selaku Ketua Jasa beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu ketika UMNO berdepan dengan krisis dalaman parti.
Puad-Zarkashi_zainuddin_600PETALING JAYA: Kenyataan yang dibuat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas(Jasa) yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkashi yang mengecam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan kurang bijaksana.
Sebagai individu yang bertanggungjawab melakukan perang saraf, beliau perlu memisahkan percakapan politiknya dengan jawatan yang disandang terutama yang membabitkan soal dalaman parti.
Pandangan itu disuarakan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mempersoalkan kenyataan yang dibuat Puad di laman Facebooknya yang menyifatkan orang nombor dua sebagai menteri malas.
Katanya, selaku ketua jabatan beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu ketika UMNO berdepan dengan krisis dalaman parti.
“Saya ingin bertanya kepada Puad dan juga kepada semua orang UMNO, semua ketua-ketua Jabatan kerajaan wajarkah seorang pegawai kerajaan menunjukkan sikap memihak dalam krisis politik parti, wajarkah Perdana Menteri membebaskan sekatan mereka yang mempunyai kedudukan politik dalam parti dari menjadi Ketua Pengarah Jasa

Kerajaan tak boleh terlibat dalam urusan perniagaan. Noktah!

oleh Khoo Kay Peng
Kemelut 1MDB kini bertukar menjadi bencana besar bagi kerajaan Malaysia dan mencalar kredibiliti Perdana Menteri Najib Razak.

Nazir Razak dari CIMB tepat apabila mendesak perletakan jawatan lembaga pengarah 1MDB sekiranya mereka mahu mendiamkan diri. Nazir berkata isu 1MDB perlu pantas diselesaikan selepas ia memberi kesan kepada keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Selaku syarikat milik penuh kementerian kewangan, 1MDB perlu bertanggungjawab bagi setiap sen dari hutang mencecah RM42 bilion. Bagaimanapun syarikat tersebut enggan melaksana tanggungjawab masyarakat dan korporat dengan memberi butiran penuh kedudukan kewangannya. Ia meminta kerajaan melakukannya.

Di celah kontroversi yang melanda 1MDB, terdapat beberapa persoalan pokok yang perlu dijawab Najib dan para menteri. Pertama, apa justifikasi bagi penubuhan 1MDB sekiranya tiada bukti urus niaganya melindungi kepentingan dan keselamatan negara?

Kedua, mengapa 1MDB mahu melaksanakan projek janakuasa, pembangunan hartanah mega dan sebagainya sedangkan projek sebegitu boleh dilakukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pihak swasta?

Ketiga, kerana 1MDB hanya wayang korporat, mengapa kerajaan menyertai urus niaga sedangkan tugasnya mentadbir dan melaksana dasar bagi menyuburkan iklim perniagaan? Kerajaan tidak perlu terlibat dalam urusan perniagaan.

Najib berkata kementerian kewangan yakin akan melaksanakan rancangan pemulihan bagi menyelamatkan 1MDB dan ia mampu mencapai sasarannya. Ironinya, mengapa perlu 1MDB diselamatkan sekiranya ia ditadbir secara berhemah?

Ianya ujian buat kerajaan BN. Reformasi pertama yang perlu dilakukan speaker parlimen ialah membolehkan debat tentang 1MDB diadakan serta melaksana mekanisme bagi mengadili semua GLC yang dilanda krisis.

Sejak pendedahan di dalam Sarawak Report, banyak lagi urus niaga dan kontradiksi berlaku sehingga mustahil kerajaan dapat memandang sepi perkara ini.

Pada Januari, kementerian kewangan berkata 1MDB mendeposit US$1.103 billion (RM3.91 billion) yang diperoleh semula dari akaunnya di Cayman Islands ke cawangan bank Swiss BSI di Singapura. Ditanya mengapa wang tidak dibawa pulang ke Malaysia, CEO 1MDB Arul Kanda berkata ini kerana wang digunakan bagi membayar hutang 1MDB akibat faedah pinjaman.

LPPR syor petugas khas ditubuh siasat 1MDB

Sebuah pasukan petugas khas perlu dibentuk bagi melakukan siasatan menyeluruh terhadap pelbagai dakwaan dan tohmahan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
Anggota pasukan itu perlu dianggotai oleh kesemua agensi penguat kuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia serta Jabatan Audit Negara.
  
Penubuhan pasukan itu perlu kerana SPRM hanya boleh menyiasat kesalahan berkaitan dengan kes rasuah di bawah Akta SPRM 2009, kata Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
  
LPPR merupakan badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.
  
"Susulan penjelasan yang dibuat oleh Pengurusan Tertinggi SPRM kepada LPPR pada mesyuarat bulanan LPPR baru-baru ini, LPPR sebulat suara bersetuju bahawa satu Pasukan Petugas Khas perlu dibentuk bagi menyiasat sama ada kemungkinan wujud sebarang bentuk kesalahan di bawah undang-undang dalam pengurusan 1MDB yang menyebabkan beban hutang yang ditanggungnya mencecah RM42 bilion," kata kenyataan itu.

Bapak Pembohong vs. Anak Penipu


Dua-dua sama saja... Sama2 songlap duit rakyat masa jadi PM.

Kami mahu Najib kekal sampai PRU14 !!!

Dr M dakwa 'pembohongan' Najib isu 1MDB salahlaku jenayah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "berbohong" berhubung isu dana firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad bernilai US$1.103 bilion (RM3.97 bilion), dengan menyatakan mungkin ada salah laku jenayah.

Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir yang juga bekas menteri kewangan berkata kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun bawah Kanun Keseksaan.

"Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong," tulis bekas presiden Umno dalam blognya hari ini.

Dr Mahathir merujuk jawapan perlimen perdana menteri pada 10 Mac di mana Najib berkata jumlah wang itu ditebus sepenuhnya dalam bentuk tunai dan kini disimpan di BSI Bank Limited Singapore.

Bagaimanapun, Khamis lalu, Najib yang juga menteri kewangan menukar jawapannya berhubung perkara ini menyatakan tiada tunai dalam bank tersebut tetapi hanya "aset dalam AS Dollar".

Hal ini lebih menghairankan apabila Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan aset sebenarnya dalam bentuk "unit" tetapi enggan menjelaskan apa yang dimaksudkannya.

Dr Mahathir mendakwa perbuatan itu sebagai "menyembunyi kesalahan" dalam urusan kerajaan dan ia adalah salah di segi undang-undang bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.

Seksyen 218 antara lain memperuntukkan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pengkhidmat awam yang bertanggungjawab bagi penyediaan mana-mana rekod dengan cara yang tidak betul, dengan niat untuk menyebabkan kerugian atau kecederaan kepada orang ramai atau dengan niat untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman undang-undang.

Kesalahan tersebut akan mengakibatkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya.
 

Cakap la berapi2, janji itu janji ini Muhyiddin...


DAH HAMPIR 5 TAHUN JADI MENTERI PENDIDIKAN/ PELAJARAN tahap pendidikan & pencapaian pendidikan negara kita tetap 'bengap' macam otak2 menteri UMNO !!!

Tukar lah byk mana sekalipun sistem pendidikan negara. YANG UNTUNG KANTONG2 KRONI GAK !!!.. Pelajar2 yg jadi mangsa...

Setiap Bulan Ke Luar Negara: Najib dan isteri tiba di Tokyo

TOKYO - JEPUN. Perdana Menterin,Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu negara Jepun pagi ini untuk lawatan rasmi tiga hari yang dijangka memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah lama terjalin di antara kedua buah negara.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di lapangan terbang antarabangsa Haneda dengan penerbangan khas pada 8.25 pagi waktu tempatan (7.25 pagi waktu Malaysia).

Ketibaan mereka disambut Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.

Perdana Menteri dan isteri kemudian disambut di Palace Hotel di pusat bandar Tokyo, di mana beliau akan menginap bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, anggota delegasi Malaysia dan para pegawai kedutaan.

Lawatan rasmi atas undangan Perdana Menteri, Shinzo Abe ini adalah lawatan‎ kedua Najib sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009.

Menanti 1MDB kedua sebagai pemacu kegagalan RMK11?



KUALA LUMPUR: "Adakah kita juga menanti lahirnya 1MDB yang kedua sebagai pemacu kegagalan RMK11 pula?" tanya Datuk Mahfuz Omar.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat itu, Rancangan Malaysia (RMK) merupakan perancangan nasional pembangunan negara yang dibentangkan pada setiap lima tahun.
Tambahnya, tidak dapat dinafikan bermula RMK1 sehinggalah RMK10 ada memberikan manfaat kepada negara daripada kurang membangun sehinggalah menjadi negara membangun dan kini menuju kepada status negara maju.
Katanya, yang terbaru, RMK11 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di parlimen pada pagi Khamis, 21 Mei lalu.
"Untuk kita menganalisa RMK11, penting juga untuk kita membelek dan membedah terlebih dahulu sejauhmana keberjayaan dan pencapaian RMK10 (2010-2015) dahulu?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Jikalau dahulu, ujarnya RMK1 sehinggalah RMK9, Unit Perancang Ekonomi (EPU) merupakan pengemudi utama pembangunan negara, namun pada RMK10 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyerahkan kemudi tersebut kepada Pemandu, agensi baru yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Katanya, apabila Pemandu diberikan tauliah sebagai peneraju utama RMK10, ia merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh Najib.
Menurut beliau lagi, RMK10 tidak pun mencapai tahap yang sepatutnya dicapai kerana pengemudi Pemandu terdiri daripada mereka yang tidak berpengalaman, ilmu dan hikmah dalam membangunkan negara.
"Sungguh menyedihkan apabila kita meneliti statistik pencapaian RMK10 di bawah pimpinan Najib," ujarya yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.
Antaranya, kata beliau nilai tukaran wang Ringgit Malaysia pada Julai 2013 ialah USD1 bersamaan dengan RM3.12, kini Mei 2015, merudum kepada RM3.60.

Debat Suhaizan-Nik Abduh perlu jadi realiti


Seorang exco Pemuda PAS berkata debat atau wacana calon Ketua Pemuda PAS perlu menjadi realiti demi menyata aspirasi mereka khususnya untuk membantu golongan muda selepas muktamar tahunan parti itu Jun ini.

Ahli jawatankuasa Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar turut menyifatkan tindakan calon Nik Abduh Nik Aziz menolak acara itu sebagai "satu pendekatan yang kurang bijak" sedangkan penyandangnya Suhaizan Kaiat mennyatakan kesediaannya.

"Anak muda hari ini mahu melihat idea-idea yang boleh membantu mereka berdepan dengan massa ekonomi serta politik yang caca merba.

"Jika Suhaizan sudah bersedia, mengapa Nik Abduh tidak mahu sepentas," katanya yang juga bendahari Pemuda PAS.

"Apalah salahnya medan wacana ini dijadikan medan tautan ukhuwwah setelah sebelum ini masing-masing sangat sukar untuk duduk bersama sepentas walaupun pernah bekerjasama semasa Pemuda PAS bawah Yb Ustaz Nasrudin Hassan," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Mohd Fakhrulrazi bagaimanapun berkata kesediaan Suhaizan berdebat atas satu pentas bersama dengan Nik Abduh dianggap "amat membanggakan".

Jalan memaksa Najib Undur terus berliku

oleh Shahbudin Husin
Walaupun bukan rahsia lagi hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sebaik dan semesra dulu, malah kecondongannya juga lebih terarah kepada Tun Mahathir Mohamad, adalah sukar meramalkan  apa yang akan berlaku seterusnya dalam pertembungan antara kedua mereka itu

Sementara Tan Sri Muhyiddin masih bermain "acah-acah" dan sedang mencari waktu yang sesuai untuk bertindak sama ada terus melawan atau sebaliknya, Datuk Seri Najib pula semakin berusaha mempertahankan kedudukannya dan seolah-olah enggan mengalah.

Sikap "acah-acah" Tan Sri Muhyiddin jelas ketara di mana di sebalik menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib dalam mesyuarat MT UMNO, beliau juga mempunyai nada yang berlainan di luar. Selain ucapannya kepada pemimpin UMNO beberapa bahagian di Janda Baik sebagaimana videonya yang sudah tersebar luas, beliau turut berbeza dalam kenyataannya di Milan, Italy sebelum itu.

Dalam ucapannya di Janda Baik, jelas Tan Sri Muhyiddin agak kecewa dengan Perdana Menteri kerana enggan mendengar nasihatnya agar dipecat semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dan dibenarkan polis menjalankan siasatan bagi menunjukkan ketegasan kerajaan dalam masalah itu.

Dengan menyatakan perkara itu kepada lebih kurang 500 pimpinan UMNO bahaagian akar umbi, Tan Sri Muhyiddin tidak lain sedang memancing simpati mengenai pandangan dan ketegasannya, tetapi tidak diambil peduli oleh Perdana Menteri.

Sebelum itu pula di Milan, sebaik keputusan pilihanraya kecil Rompin dan Permatang Pauh diumumkan, Timbalan Perdana Menteri juga meluahkan kekecewaannya mengenai beban 1MDB yang menjadi pertanyaan rakyat tetapi tidak banyak diketahuinya sehingga menyukarkan beliau memberi penjelasan kepada mereka.

Memang tidak dinafikan, sedikit sebanyak pendirian Tan Sri Muhyiddin itu telah menimbulkan kocakan dalam UMNO, terutama mengenai hubungannya dengan Datuk Seri Najib, tetapi beliau tetap menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri, walaupun hatinya seolah-olah bersama Tun Mahathir.

Berbeza dengan Tun Mahathir Mohamad yang terbuka mahukan Datuk Seri Najib berundur dan menyerangnya secara berhadapan, Tan Sri Muhyiddin seperti sedang mencari rentak dan menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan pukulan "smash" yang seterusnya membuatkan kemenangan berpihak kepadanya.

Negara Kartun 1Kapal.......








Tak payahlah bermimpi jadi pahlawan Bugis, kata Affifuddin kepada Najib

PETALING JAYA: Sokongan yang hanya datang dari ketua UMNO bahagian merupakan petanda tidak baik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, kata bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Affifuddin Omar.

Katanya, perkara tersebut dapat dilihat dari apa yang berlaku ketika pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini.

"Kita lihat yang memberikan sokongan kepada Najib hanya datang dari ketua-ketua bahagian, sedangkan di peringkat akar umbi adalah sebaliknya.

"Ini petanda yang tidak baik untuk Najib, kita boleh lihat apa yang berlaku di Rompin dan selepas itu di Permatang Pauh," katanya pada sebuah forum di Petaling Jaya pada Sabtu.

Mereka yang menyuarakan sokongan kebanyakannya ketua bahagian, tetapi di akar umbi petandanya tidak begitu baik seperti dapat dilihat di Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini," katanya pada sebuah forum bertajuk Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Jelas beliau sokongan yang diterima hanya dari ketua bahagian memberi petanda hayat politik Najib dan UMNO akan berakhir pada Pilihan Raya Umum ke-14.

RMK11 hanya ilusi Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berpijak di bumi yang nyata kerana Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) yang diumum seolah-olah hanya ilusi beliau.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, ini kerana masih banyak pembangunan negara yang dijanjikan tidak direalisasikan oleh Najib.

“Secara peribadi, saya rasa ia hanyalah ilusi Najib. Najib harus ada penegasan, selesaikan dahulu apa yang kerajaan sudah rancang dalam RMK10.

“Berpijaklah di bumi yang nyata. Saya lihat keseluruhan perbentangan tempoh hari hanyalah perbentangan yang retorik,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Bercakap mengenai isi perbentangan RMK11, Johari berkata, kerajaan juga tidak menyediakan peruntukan pembangunan yang begitu memberansangkan di Sungai Petani.

“RMK11 hampir tidak meliputi Sungai Petani. Di Sungai Petani, tidak ada apa-apa berlaku. Di Kedah pun tidak banyak.

“Saya rasa Najib perlu kaji dan selaraskan peruntukan supaya seiring dengan rancangan RMK11, tidak lupa juga ke atas RMK10 yang masih tidak dilaksanakan. Kerajaan juga  harus ada keberanian untuuk mengajak rakyat untuk bangunkan negara.," katanya.

Dilema Umno jika Najib berundur

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjaya “menenggelamkan” pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) baru-baru ini hampir pasti bakal menjadi perdana menteri baharu, tetapi Umno berdepan dengan dilema lebih besar selepas Datuk Seri Najib Razak berundur.

Difahamkan, Najib yang kini diserang hebat berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudahpun bersetuju untuk berundur, tetapi dilema Umno melambatkan prosesnya.

Terdapat 2 isu yang menyebabkan proses pengunduran anak kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein itu menjadi perlahan.

 Pertama, siapakah yang akan dijadikan “kambing hitam” dalam isu 1MDB? Kedua, susunan pemimpin tertinggi Umno selepas Najib berundur. Selepas Najib berundur, perdana menteri baharu perlu melakukan sesuatu tentang 1MDB untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Seseorang perlu dipertanggungjawabkan dan dihadapkan ke mahkamah. Sanggupkah Umno mengheret Najib ke mahkamah untuk didakwa kerana 1MDB? Sanggupkah Umno memasukkan legasi Razak ke dalam tong sampah sejarah? Sebagai sebuah parti konservatif, Umno tidak akan melakukan perkara ini dan seseorang perlu dijadikan kambing hitam.

Najib juga tidak akan berundur selagi tidak akan mendapat jaminan daripada Umno beliau akan selamat daripada didakwa kerana 1MDB. Susunan kepimpinan Umno selepas Najib Mengikut tradisinya, jika Najib berundur,

 Muhyiddinlah yang akan mengambil alih kepimpinan Umno. Secara automatiknya Muhyiddin juga akan menjadi perdana menteri Malaysia.

Persoalannya sekarang siapakah yang bakal menjadi timbalan kepada Muhyiddin? Sepatutnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengisi kekosongan jawatan timbalan presiden selepas menjadi “orang paling popular” dalam 2 pemilihan Umno.

Dalam 2 pemilihan lepas, Zahid berjaya memenangi kerusi naib presiden Umno dengan undi tertinggi. Beliau menjadi pemimpin paling popular dalam 2 pemilihan Umno kerana jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

"Masalah GST disebabkan peniaga. Peniaga ini jahat... dia nak 'titik' orang ramai" dakwa Najib

Tindakan segelintir peniaga mengeksploitasi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan rakyat terbeban apabila sistem percukaian itu dilaksana pada 1 April lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Masalah GST disebabkan peniaga. Peniaga ini jahat... dia nak 'titik' orang ramai, dia yang tidak bertanggungjawab bukan kerajaan, kita punya dasar lain. "Apabila peniaga mengeksploitasi keadaan ini, rakyat salahkan kerajaan dan perdana menteri.

Semua orang hempap atas kepala saya, walhal niat hati saya adalah untuk mengukuhkan kewangan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya. 

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 20,000 orang ketika melakukan lawatan kerja di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.

Beliau berkata, peniaga sepatutnya mengurangkan harga selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuhkan namun mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya mengambil kesempatan menaikkan harga sebanyak 6%, menggunakan alasan GST. – Bernama

Apa motif Kosmo burukkan orang Kelantan? - Prof Agus

Menurut Mohammad Agus,setiap penulisan tentang Lelaki Kelantan pada tajuk berita Kosmo penuh dengan ayat yang boleh boleh mencetuskan provokasi sedangkan lelaki dari negeri itu, tersohor dengan kehebatan dalam pelbagai bidang.
mohammad-agus-yusoff_600Prof Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff
PETALING JAYA: Jika dirujuk kepada tulisan akhbar Kosmo, lelaki Kelantan tidak hebat. Lelaki Kelantan banyak masalahnya.
Saya berjumpa dengan ramai penyokong bola Kelantan yang berduyun hendak ke Stadium malam ini (malam Ahad). Ada yang bertamu ke rumah saya. Mereka cakap tentang tidak betulnya tulisan tentang ‘Lelaki Kelantan’ yang terbit di akhbar Kosmo.
Kata mereka, etika kewartawanan Kosmo rosak teruk. Setiap penulisan tentang Lelaki Kelantan penuh dengan ayat-ayat yang boleh boleh mencetuskan provokasi.
Mengapa perlu ditulis tajuk yang sedemikian? Apakah istimewanya kejahatan orang Kelantan ni sampai akhbar Kosmo perlu sensasi tajuk yang keterlaluan sebegitu. Kenapa, contohnya tidak dibuat tajuk sensasi untuk negeri lain. Contohnya, Lelaki Selangor bunuh janda di Kuala Selangor, Lelaki Johor merogol kanak-kanak, atau Lelaki Sarawak didapati membunuh.
Etika kewartawanan sejati tidak mengajar perilaku sebegini. Fungsi akhbar adalah untuk menyampaikan natijah dan ilmu untuk masyarakat.
Dulu bangsa Melayu kuat dan bersatu di zaman nasionalisme kerana akhbarlah yang menjadi nadi penyebaran maklumat.

Azmin: Pimpinan PR perlu hentikan cabar-mencabar

SHAH ALAM, 23 MEI: PKR berharap episod cabar-mencabar secara terbuka menggunakan media dalam di kalangan pemimpin DAP dan PAS berhubung isu kabinet bayangan ditamatkan.
mb yayasan selangorTimbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata sebaiknya perbezaan pendapat itu diselesaikan secara bersama di meja rundingan sekaligus mengembalikan semangat saling menghormati.
“Tidak perlu mana-mana pihak cabar mencabar. Tindakan berbalah secara terbuka melalui media tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara mahupun rakyat.
“Diminta semua pimpinan PR menghormati antara satu sama lain dan bawa perkara ini ke meja rundingan kerana itulah kekuatan PR,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita seusai menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2014, di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
Perbezaan pendapat antara DAP dan PAS mula tercetus apabila DAP memilih menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang diisi ahli Parlimen parti itu.
“Kita sedang usahakan membawa mereka (DAP-PAS) ke meja rundingan malah PKR bersedia menjadi pengantara bagi menyelesaikan masalah ini,” kata Mohamed Azmin, yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.
Bagaimaanapun, tarikh bagi mesyuarat itu masih belum ditetapkan. Namun, proses itu dijangka berlangsung dalam masa terdekat.