Sabtu, 23 Mei 2015

'Saya ahli Umno tapi tak sokong Najib'

'Saya ahli Umno tapi tak sokong Najib' 
PETALING JAYA  - "Saya masih lagi pemimpin Umno. Saya tahu forum ini ramai yang mengkritik kepimpinan Umno, tetapi saya datang bukan untuk membela mana-mana pemimpin Umno tetapi untuk mengambil bahagian kerana untuk mencari kebenaran".

Demikian penegasan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Afifuddin Omar ketika menyatakan sebab kenapa beliau hadir sebagai panel dalam Forum "‎Mencari Pemimpin Baru Malaysia" di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.

Jelas Dr Afifuddin, kehadirannya itu adalah untuk menyatakan yang benar dan tidak mempertahankan Umno sekiranya parti itu melakukan kesilapan.

"Kalau abang (perumpamaan kepada Umno) saya buat salah. Saya kena kata salah," katanya.

Dr Afifuddin bagaimanapun turut tidak bersetuju dengan cara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  yang mendesak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meletakkan jawatan.

"Saya tidak setuju 100 peratus dengan Tun Mahathir. Kritik boleh tapi jangan suruh letak jawatan.

"Saya juga hairan kenapa Najib sahaja yang menjawab tetapi bukan lembaga pengarah 1MDB," katanya.

Aishah luah kekecewaan terhadap Pas

Perubahan sikap pemimpin Pas menjadikan slogan 'Pas For All' tidak lagi relevan dan menjadi satu jenaka.
aishah,kecewa,pas
PETALING JAYA: Bekas penyanyi, Aishah, meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan muktakhir dalam Pas yang disebabkan sikap sesetengah pemimpin parti itu.
Katanya, melihat perubahan ketara yang berlaku dalam Pas, dia tidak lagi pasti parti itu mampu mentadbir negara.
Aishah berkata, sikap pemimpin juga tidak lagi menepati slogan ‘Pas for All’ dan telah menjadikan slogan itu sebagai satu jenaka.
Sebagai orang baru dalam Pas, Aishah berkata, dia terkejut dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang dilabel ulama tetapi menggunakan bahasa kesat.
“Sebagai org baru…sy terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama… rasanya dlm industry yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya …, ” katanya seperti dilaporkan beberapa blog pro Pakatan Rakyat.
Petikan luahan Aishah itu disebarkan secara meluas di laman sosial dan hangat dibincangkan di kalangan penyokong pro ulama dan liberal dalam parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam program dialog “Bicara Harakah” minggu lalu dilaporkan mengunakan perkataan kesat “tolol” bagi merujuk kepada pihak yang menuduhnya mahu berpecah dan tidak mahu hadir mesyuarat Pakatan Rakyat.

Zaid: Saya tak mengata, mengapa terasa?

Tindakan pembantu Datin Seri Rosmah Mansor mahukan isteri timbalan perdana menteri itu diakui "pintar dan berani" menghairankan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Menurut Zaid, sebelum ini beliau hanya menulis mengenai watak yang perlu ada pada seorang isteri perdana menteri dan ia tidak disasarkan kepada Rosmah sama sekali.

Katanya, dia juga tidak mengetepikan sumbangan Rosmah kepada negara.

"Mengapa dia (Rizal Mansor) membangkitkan semua ini? Saya tak pernah kata Rosmah bodoh.

"Saya cuma mencadangkan dalam blog saya, isteri perdana menteri tidak patut hidup bermewah-mewah. Mengapa terasa?" katanya di sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Mat Taib: Ada yang tak kena pada PAS

"Kalau rasa masuk PAS hanya untuk mendapatkan keredaan Allah, Putrajaya tak penting, saya rasa ada yang tak kena dengan dia," kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kemunculan kumpulan ulama tertentu dalam PAS yang bermati-matian mempertahankan presiden mereka dan menolak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan.

Bagaimanapun bekas Naib Presiden UMNO itu tidak menyebut sebarang nama dalam kenyataan berkenaan.

Menurut Muhammad PAS kini kekurangan pemimpin muda yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin dalam negara.

"Walaupun ada tokoh muda yang baik dan alim menyetai PAS, mereka tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin nasional," katanya.

Kumpulan itu, katanya, mungkin mahir menjadi imam dalam solat atau acara keagamaan namun gagal memahami isu semasa seperti skandal 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta hubungan antarabangsa.

Itu pun tak tahu

"Boleh baca ayat al-Quran, hafal ini itu (di luar negara), balik jadi pemimpin. Tapi golongan muda ni kalau mintak terangkan 1MDB, tak tahu. Pasal GST tak berani. Pasal hubungan antarabangsa tak faham.

"Kenapa Turki hantar kapal perang nak bantu pelarian Rohingya pun tak tau," katanya.

Dr Affifuddin : Tun Razak terbaik, tak perlu Jho Low

Pemimpin terbaik pernah mentadbir negara ini, kata bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Affifuddin Omar, ialah allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Bercakap dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia, Affifuddin berkata, selain tidak kaya-raya, Abdul Razak juga tidak dikelilingi ahli perniagaan kaya.

“Dia tak ada cukong. Beliau tak ada Vincent Tan, Yeoh Tiong Lai, Syed Mokhtar. Jho Low pun dia tak ada,” katanya disambut gelak ketawa tetamu.

Selain Affifuddin, turut hadir sebagai panel ialah bekas Menteri Bersar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, dan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Sebelum itu Affifuddin menyatakan ciri yang perlu ada untuk Perdana Menteri Malaysia akan datang.

Katanya, Muslim di negara itu teruatamanya tidak boleh menggunakan acuan tradisional untuk memilih pemimpin dengan membandingkan tokoh tertentu dengan Nabi Muhammad, Khalifah Umar Abdul Aziz atau Sultan Muhammad al-Fateh dari Empayar Uthmaniyah.

"Pemimpin Malaysia mesti tahu hal ehwal ekonomi kerana dengan itu saja negara boleh maju dan memiliki acuan sama seperti acuan Tun Razak," katanya.

Najib sedang berjuang sendirian di sebalik sokongan terbuka?

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Perjumpaan hampir kesemua ketua bahagian Umno Baru baru-baru ini telah keluar dalam memberi sokongan kepada presiden mereka Najib Razak. Pemuda Umno Baru juga turut menjulang beliau di bahu untuk menunjukkan betapa kuatnya sokongan mereka kepada pemimpin.

Dan di Sabah baru-baru ini, telah dilaporkan bahawa kira-kira 40,000 orang menghadiri perjumpaan untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada perdana menteri. Ini mungkin sama sekali mencetuskan keyakinan di bahagian PM yang sekarang ini terkepung oleh beberapa tuduhan.

Sememangnya, semua yang menghadirkan diri itu benar-benar berani untuk menunjukkan sokongan secara terbuka kepada pemimpin yang dilanda masalah. Dan kenapa tidak? Najib adalah pemimpin mereka dan presiden parti mereka yang mereka semua banggakan.

Tetapi tahukah mereka tentang apayang sedang berlaku? Dan kenapa sokongan terbuka benar-benar perlu? Pada pandangan saya, inilah apa yang dikatakan mentaliti berkumpulan. Selepas semua sokongan dan demonstrasi, ianya kelihatan bahawa malangnya, Najib telah ditinggalkan untuk berjuang sendirian.

 Nampaknya pasukan perhubungan awam beliau sendiri telah kekeringan idea bagaimana untuk mempertahankan orang yang telah mengupah mereka. Dan kemudian muncul satu suara daripada Jabatan PM cuba untuk menunjukkan betapa bijaknya beliau dalam cubaan untuk berkata bahawa semua tuduhan dan dakwaan adalah tidak berasas.

 Walaupun semua golongan atasan parti kekal mendiamkan diri dan tidak cuba untuk berkata sesuatu yang berwibawa untuk menyelamatkan presiden mereka daripada semua serangan - 1MDB, gaya hidup mewah, episod Altantuya, pesawat mewah, GST dan banyak lagi.

Ini hanya bermakna bahawa mereka juga tidak begitu mengetahui dan posisi sebenar terhadap semua tuduhan. Mengejutkan, seksyen wanita parti telah begitu senyap tentang apa yang sedang berlaku.

Dan apabila Najib cuba untuk menjawab beberapa tuduhan, beliau kelihatan menimbulkan banyak lagi keraguan dan lebih banyak persoalan. Rasionalisasi beliau tentang kerugian RM42 bilion oleh 1MDB sama sekali tidak logik dan tidak dapat diterima.

Pemimpin PAS dan DAP perlu hentikan perbalahan - Azmin Ali

Pemimpin PAS dan DAP perlu hentikan perbalahan - Azmin Ali
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pemimpin PAS dan DAP menghentikan perbalahan sesama sendiri secara terbuka dalam media berhubung isu kabinet bayangan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat mereka harus saling menghormati dan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya tindakan berbalah secara terbuka melalui media tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara mahupun negara.

" Jadi kembali semula ke meja rundingan dan berbincang," katanya kepada pemberita ketika mengulas perbalahan antara sekutu pakatan pembangkang itu selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2014, di sini, hari ini.

DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.

Abdul Hadi telah fikir panjang hubungan PAS dan DAP - MB Kelantan

Abdul Hadi telah fikir panjang hubungan PAS dan DAP - MB Kelantan
KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Selangor bulan depan dilihat bakal menentukan hubungan dan kerjasama PAS dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dibuat berdasarkan penelitian dan kajian tertentu.

"Dia (Abdul Hadi) telah memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu.

"Apa pun kita tunggu muktamar (PAS bulan depan)," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sosio Budaya Antara  Kaum Siam dan India di Kompleks Islam Darul Naim di sini, hari ini.

Ahmad, yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam selepas lebih dua bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengannya.

Najib tidak dapat sokongan akar umbi, kata bekas timbalan menteri Umno

Seorang bekas anggota Majlis Tertinggi Umno menyifatkan, petanda yang dilihat setakat ini sangat tidak baik bagi Datuk Seri Najib Razak, memandangkan sokongan yang diterima beliau hingga hari ini bukannya datang dari akar umbi.

Bekas timbalan menteri kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar berkata, ia jelas dapat dilihat dari apa yang terjadi ketika pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini.

"Mereka yang menyuarakan sokongan kebanyakannya ketua bahagian, tetapi di akar umbi, petandanya tidak begitu baik, seperti dapat dilihat di Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini," katanya pada sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Sejarah Tak Pernah Menipu.. Tak selamanya parti politik atau gabungan akan kekal selama2nya..


KERAjaan firaun pon boleh tumbang, apatahlagi KERAjaan BN.. Kalau kekal gak tak tumbang2 maknanya KERAjaan BN lagi hebat dari kerajan firaun..

Sama2lah kita tunggu di PRU14 nanti..

APA NAK HERAN.. Kalau keluar apa saja dari mulut DAM pasti berbau BOHONG !!!

BUKANKAH kalau harga kereta dah jatuh, pasti ramailah yg nak membelinya.. TAPI slps GST dilaksanakan, kononnya harga kereta jatuh KENAPA JUALAN KERETA TERUS MEROSOT SELEPAS GST DILAKSANAKAN !!!!

RMK11: Sekarang tabur janji lagi... Dasar Penipu UMNO/BN !!!


KANTOI LAGI Najib pada #RMK11 !!!

TAHUKAH ANDA, cadangan tersebut telah berlaku pada RMK-10 lagi. Malah telah diperuntukan RM8 bilion pada RMK10. Sehingga skrg tak terbina2.. 'MANA PERGINYA' PERUNTUKAN RM8 BILION ITU SEKARANG !!!

1MDB: Dua menteri kewangan, dua timbalan, semua tak boleh pakai

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Meskipun Malaysia memiliki dua menteri kewangan berserta timbalan, namun jelas tidak cekap dan langsung tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku ke atas dana 1MDB yang disimpan di bank Singapura.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, keempat-empat mereka gagal memberi penerangan jelas dan mudah mengenai sama ada AS$ 1.1 bilion yang disimpan itu dalam ‘tunai’ atau ‘aset’, atau dalam bentuk ‘unit’ daripada ‘aset’ 1MDB.
“Satu-satunya cara bagi mereka untuk meraih kembali kewibawaan adalah dengan menerbitkan kenyataan sebenar dari BSI Bank yang menjelaskan ‘unit’ daripada ‘aset’ yang didakwa bernilai AS$ 1.103 bilion itu, ” kata Tony.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 21 Mei lalu berkata Putrajaya tersalah tafsir mengenai wang disimpan 1MDB di sebuah bank di Singapura.
Husni berkata, aset yang dibawa pulang dari Pulau Cayman disimpan di sebuah bank Singapura itu dalam bentuk unit, bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.
Pada 20 Mei, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.
Dalam jawapannya di Dewan Rakyat, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.
Terdahulu pada 10 Mac, Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen mengatakan sejumlah wang AS$1.103 bilion yang dibawa pulang dari Pulau Cayman sudah ditebus dalam bentuk wang tunai dan disimpan dalam mata wang dolar AS di BSI.

Iklan ‘Kami tanggung GST’ salah

Iklan atau slogan itu bertentangan dengan peruntukan Seksyen 9 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Datuk Subromaniam Tholasy,gst
PETALING JAYA: Iklan promosi atau slogan seperti “GST Kami Tanggung” atau “Harga Tak Naik GST Kami Bayar” yang digunakan peniaga untuk menarik pelanggan adalah menyalahi undang-undang.
Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy berkata, iklan atau slogan itu bertentangan dengan peruntukan Seksyen 9 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“GST adalah cukai kepenggunaan dan perlu dikenakan apabila barang atau perkhidmatan berkenaan dijual atau diberikan,” katanya, lapor Berita Harian.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga supaya menghentikan iklan atau slogan itu bagi tujuan promosi.
Subromaniam juga berkata, pihaknya juga mengesan 20 peratus atau kira-kira 1,000 daripada 5,000 penyata GST yang dihantar peniaga kepada JKDM berisiko dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, statistik itu diperolehi hasil semakan pihaknya melalui sistem MyGST yang merekodkan penyata peniaga yang telah dihantar bermula 1 Mei lalu.
Beliau berkata, antara kesalahan yang mungkin dilakukan termasuk kurang bayar GST, terlebih menuntut cukai input serta penipuan cukai.

Konflik Hadi-Guan Eng rugikan PR, segera selesai kemelut - Pemuda PAS

Post Pic
SHAH ALAM: Pemimpin utama ketiga-tiga parti (DAP-PAS-PKR) disaran mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi menangani permasalahan dalaman parti yang semakin membarah.
Demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang menyifatkan bukan masanya lagi untuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan PKR bertelagah sesama sendiri sekaligus mendatangkan kerugian kepada Pakatan Rakyat.
 
"Kalau hendak leraikan masalah, perlu adakan pertemuan (dalam kalangan pemimpin utama DAP-PAS-PKR). 
 
"Pertemuan kesemua pihak maknanya kesemua pihak perlu berlapang dada mencari titik pertemuan dan mencari titik temu bagaimana hendak diselesaikan masalah tersebut, itulah harapan rakyat Malaysia kepada pimpinan-pimpinan pakatan rakyat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
 
Beliau mengulas kelantangan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang semalam mengumumkan kesediaan memutuskan hubungan dengan DAP selepas lebih dua bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan parti sekutu itu mahu memutuskan hubungan dengannya.
 
Presiden PAS itu juga menegaskan kelakuan dan keceluparan kepemimpinan DAP, terutama Guan Eng diibaratkan tidak berpijak di bumi nyata.
 

Dr Affifuddin : Berhenti bermimpi jadi pahlawan, Najib

Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar menggamatkan dewan tempat sebuah forum diadakan di Petaling Jaya hari ini apabila meminta perdana menteri berhenti bermimpi kononnya beliau seorang pahlawan Bugis.

Kata Affifuddin, keadaan itu kerana orang Bugis juga dikenali sebagai lanun.

Menurut beliau yang kini aktif menulis novel, kenyataan berulang kali Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mahu mengalah walaupun berdepan kritikan hebat kelihatan lompong kerana beliau tidak menjawab tuduhan yang ditujukan.

"Orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh dok diam (tak ke mana-mana) saja.

"Orang Bugis (berlayar) di laut selalu menyamun saja.

"(Jadi), tak payah bermimpi jadi pahlawan Bugis. Saya pun ada darah Minang," katanya.

Sementara itu, Afiffudin juga berkata, kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang hangat ketika ini mungkin menandakan berakhirnya hayat politik Najib dan UMNO.

"Pihak yang tampil menyokong beliau adalah pemimpin bahagian tetapi ahli tahu apa yang berlaku di peringkat bawahan, terutama dalam pilihan raya kecil Rompin lalu.

Masuk UMNO sebab hendak kaya - Mohd Taib

Sikap kebendaan menyebabkan mereka yang benar-benar ikhlas berjuang dalam UMNO terpinggir dan terbuang.
Muhammad Mohd Taib,pemimpin
PETALING JAYA: Pemimpin UMNO didakwa ghairah untuk mengaut kekayaan berbanding berjuang untuk membela rakyat.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata, senario itu berbeza dengan pemimpin terdahulu di mana mereka dikatakan lebih ikhlas berjuang untuk orang ramai.
Katanya, apa yang berlaku dalam parti itu menyebabkan mereka yang tulus dengan perjuangan terpinggir dan kemudian terkeluar daripada parti.
“UMNO digunakan pemimpin untuk cari kekayaan dan pemimpin-pemimpin yang bagus di dalam parti itu sudah hilang,” katanya dalam forum “Mencari Pemimpin Baru Malaysia”.
Menyentuh mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, kuasa berlebihan yang diberikan kepadanya menyebabkan sistem pentadbiran negara menjadi semakin teruk.
Bagi Muhammad, kelemahan itu menyebabkan Perdana Menteri boleh melantik sesiapa sahaja sehingga ia mendatangkan masalah kepada negara.
“Segala-gala dilantik oleh Perdana Menteri. Kita kena ubah dan tak boleh bagi kuasa sangat,” katanya.

Mat Taib nak ucap sayonara kepada PAS.....

Dalam satu lagi perkembangan yang mungkin menggembirakan golongan konservatif dalam PAS, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mungkin menjadi tokoh terkini meninggalkan parti berkenaan.

Menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.

Dalam satu forum di Petaling Jaya hari ini, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kata Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh warak seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang sayang kepada dia. Orang Buddha sayang, Hindu sayang. Kita kita tak lagi nampak macam tu," katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad, beliau sangat berminat dengan PAS.

"Kini tak berminat sangat," katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar meninggalkan PAS tahun lalu.

"Sahabat saya Tamrin dah meninggalkan PAS. Kata beliau, PAS sekarang mengarut. Saya masih mahu menunggu keputusan pemilihan dalam muktamar nanti," katanya.

Banjir mega 2014: Doa orang teraniaya

Mohd Fauzi Mohd Azmi

Tanggal 27hb. Februari, 2015 saya mula bermusafir dan menjadi sebahagian daripada Penduduk Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang, Kelantan.

Merasai denyut nadi 98 keluarga mangsa banjir dan sekali-sekala bila tiba hujung minggu, berkongsi rasa dengan keluarga dan sanak-saudara mangsa-mangsa banjir yang pulang dari perantauan meringankan beban keluarga tercinta di kampung.

Sebelum itu, saya dan sahabat-sahabat aktivis dari pelbagai pertubuhan dan NGO menjelajah ke lebih dari 10 buah kampung di kawasan pedalaman dan pinggir bandar yang terjejas teruk akibat Banjir Mega 2014.

Antara kawasan yang kami jejak ialah:

1. Bertam Lama
2. Bertam Baru
3. Kampung Dalam La
4. Kampung Jenal
5. Kampung Kemubu
6. Kampung Kandek
7. Kampung Biak A
8. Kampung Biak B
9. Jelawang
10. Dabong
11. Kampung Kerinting
12. Kampung Kuala Relai
13. Kampung Temiang
14. Kampung Lepar
15. Kampung Lulut@Kuala Sungai
16. Manek Urai Lama
17. Manek Urai Baru
18. Kampung Manjor
19. Kampung Melar
20. Kampung Mesek@Pening Lalat
21. Kampung Miak
22. Kampung Pulau Setelu
23. Kampung Kuala Tol
24. Jerek
25. Kampung Mahligai Dalam
26. Kampung Mahligai Luar
27. Kampung Pupuk
28. Kampung Serasa
29. Kampung Star
30. Kampung Limau Kasturi

Kesemua Kampung-Kampung diatas merekodkan mangsa banjir sekitar 15 hingga 300 Keluarga bagi setiap Kampung dan lebih dari 50% penduduk kampung-kampung berkenaan terjejas 100% kediaman dan kehidupan harian mereka akibat Banjir Mega 2014.

Saya yakin, sekiranya saya membuat lawatan sekali lagi ke Kampung-Kampung berkenaan, tak sampai 10% dari mangsa banjir di Kampung-Kampung berkenaan nasib mereka terbela Pemerintah Negeri dan Negara yang ada sekarang.

Saya ambil contoh paling dekat dimana saya bermastautin sekarang - Kampung Pasir Tumboh Gua Musang... Sepanjang saya berada di sini sejak akhir Februari 2015.

Belum pernah sekalipun kampung ini dilawati mana-mana wakil dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat. Ahli Parlimen Gua Musang sendiri tak pernah sampai kesini. ADUN Nenggiri seingat saya hanya berkunjung kesini sebanyak 2 kali itupun diawal bulan Januari.

Penduduk Kampung memaklumkan pada saya, Menteri Besar Negeri Kelantan sendiri hanya berkunjung sekali sahaja ketika banjir surut lama dulu. itupun datang dengan tangan kosong.

1-MDB : Rompakan Terdahsyat….(Aset Tenaga)

Aset Tenaga 1-MDB: Meminjam RM11.55bilion, tetapi terima RM6 bilion..Kenapa?

Setelah 6 tahun, kejayaan 1MDB adalah mengumpul sebanyak RM42 bilion hutang korporatnya.
Malangnya, pelbagai aset diperolehi yang sepatutnya berimpak tinggi, sama ada dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana cash-flow atau ‘revenue’ yang boleh melunaskan pelbagai hutangnya.
Kini, aset 1MDB bakal ‘difaraidkan’ untuk menyelamatkan dana pelaburan kedua negara ini.

Khazanah Nasional Berhad, dana berdaulat negara yang pertama, tentunya adalah jenis ‘creature dan DNA’ yang berbeza. Penulisan ini fokus ke atas bagaimana 1MDB menjalankan pinjamannya dalam sektor tenaga secara lebih terperinci. Penulisan ini tidak memasukkan cerita Projek 3B yang sudah pun diserahkan kembali kepada Suruhanjaya Tenaga (EC), kerana 1MDB tidak mampu meneruskannya.
Sangat pelik bagaimana sebuah dana pelaburan 100% milik Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF Inc) terpaksa menstruktur pinjaman yang sebegitu rumit dan lebih penting, terlalu mahal kos pinjamannya. Akal yang waras pastinya penuh syak.
Penulis  sengaja dedahkan secara naratif atau pengkisahan, supaya dihujung penulisan ini, pembaca diminta membuat ‘hukuman’ mereka sendiri.
Pada 2012, 1MDB membuat 2 perolehan penjana tenaga bebas (IPP) yakni Tanjung Pls (Ananda Krishnan) pada harga RM8.5 bilion dan Genting Sanyen (Lim Goh Tong) dengan harga RM2.35 bilion atau berjumlah RM10.85 bilion.
Cakap-cakap dalam pasaran sedia maklum 1MDB membayar hampir RM2.5 bilion melebihi harga sepatutnya.
Itu sudah sejarah dan bukti tidak langsung terdapat pada penyata tahunan 2013, ketika pihak auditor memberi pelupusan sebanyak RM2.5 sebagai penurunan nilai muhibbah atau ‘goodwill’ bagi mengimbangi, antara asset dan liabiliti, dalam neraca kira-kira (balance sheet).
Yang penting sekarang ialah mengapa 1MDB membuat pinjaman melebihi dari yang diperlukannya?
1MDB membuat pinjaman dari pasaran bon yang diuruskan oleh Goldman Sachs. Dua bon diterbitkan bernilai AS$1.75 bilion setiap bon atau AS$3.5 bilion bersamaan RM11.55 bilion.
Pada waktu yang sama, 1MDB membuat pinjaman secara ‘bridging loan’ atau ‘pinjaman darurat’, sebanyak RM6.2 bilion dari satu konsortium bank yang diketuai oleh Malayan Bank Bhd dan RHB Berhad.
Jelasnya 1MDB meminjam RM17.55 bilion untuk membuat perolehan yang berjumlah RM10.85 bilion. Ternyata 1MDB membuat pinjaman sebanyak RM6.9 bilion melebihi dari yang diperlukan.
Persoalannya, mengapa?

1-MDB: ‘Rompakan’ Paling Dahsyat Kurun ini!

  1. Pada 17 November 2014, saya menulis satu makalah berjodol: “1MDB: Najib mangsa pertamanya?” (http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/1mdb-najib-mangsa-pertamanya). Sejak itu, saya memerhatikan bahawa ‘nujum’ atau telahan itu semacam mahu menjadi kenyataan. Terkini, sebuah majalah ‘The Economist” menerbitkan satu penulisan mengungkapkan bahawa “Najib’s days are numbered” atau ‘Najib menghitung hari-hari akhirnya’.Itu juga satu telahan media Barat.
  2. Mungkin sahaja semua telahan ini tersasar. Penguasa politik di Putrajaya sememang sedang giat melancarkan kempen keras untuk menangkis semua persepsi buruk yang media paparkan, terhadap orang nombor satu negara.
  3. Pun begitu, tetap isu 1-Malaysia Development Berhad atau 1-MDB akan mengugat kedudukan Najib dan hanya pimpinan tertinggi Umno berserta ‘warlordsnya’ dan pimpinan bahagian dari 192 bahagian dari seluruh negara akan menentukan nasib Presidennya. Persidangan hari ini 8hb Mac Ahad, mungkin sahaja akan memberikan isyarat paling keras kepada Najib, meskipun sukar tradisi Umno untuk menyingkir Presiden mereka. Kita nantikan. (terkini, Umno mahukan semua baahgian bersolidariti dgn Presidennya).
  4. Namun, apa yang jelas, kenyataan Putrajaya bahawa PM DS Najib Razak tidak terlibat dalam urusan 1-Malaysia-Development Berhad (1-MDB) sudah tidak lagi bererti. Beliau adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan terlibat langsung sejak awalnya, dalam penubuhan badan pelaburan berdaulat nasional kedua ini. Sementara itu juga beliau adalah Menteri Kewangan dan 1MDB adalah 100% milik Kementerian Kewangan (MOF). Kenyataan mutakhir Timbalannya semalam, DS Muhyuddin Yassin, yang mahukan 1-MDB ditangani Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah cukup memahamkan semua bahawa Najib tidak lagi wajar melindungi 1-MDB.
  5. Laporan yang dibuat oleh sebuah badan ‘whistleblower’ iaitu ‘Sarawak Report’ bersekali dengan ‘LondonSunday Times’ tentang 1-MDB berjodol ‘Heist of the Century’ atau ‘Rompakan Terbesar Kurun ini’, bakal terus meletakkan negara di satu kedudukan yang semakin buruk dan tercalar di kacamata masyarakat pelabur.
  6. Siasatan yang berjaya menggali dan membongkar ribuan dokumen dan komunikasi melalui emails tentang pelaburan dan tadbir-urus kewangan 1MDB, akhirnya menemui beberapa dapatan yang dicari untuk sekian lamanya ini terutamanya tentang projek usahasama (JV) dengan sebuah syarikat minyak ‘PetroSaudi International sejak 2009.

GST: Jualan kereta Proton merudum

Menurut data yang diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sepanjang bulan lalu, Proton hanya menjual 4,972 buah kereta, penurunan sebanyak 52.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.
jualan,proton
PETALING JAYA: Penjualan kereta nasional keluaran Proton mencatatkan penurunan ketara sepanjang empat bulan pertama 2015.
Menurut data yang diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sepanjang bulan lalu, ia hanya menjual 4,972 buah kereta.
Ia menunjukkan penurunan sebanyak 52.8 peratus berbanding bulan Mac di mana jualannya mencecah 10,528 unit.
Meskipun menganggap kejatuhan jualan itu yang dikaitkan dengan sikap pengguna yang membuat pembelian awal sebelum Cukai Barang dan Jualan (GST) berkuatkuasa pada 1 April, jualan Proton berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia mencatatkan penurunan sebanyak 23.8 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Secara keseluruhan, jumlah penjualan kenderaan baru di Malaysia jatuh sebanyak 32.9 peratus.
Setakat ini, kereta keluaran Perodua menguasai pasaran jualan kereta tempatan dengan jumlah 17,584 unit diikuti Honda 6,562 unit, Proton , 4.972 unit, Toyota, 4,200 unit dan Nissan 2,722 unit.
Menurut sumber yang dipetik daripada www.carlist.my sambutan terhadap model City, Jazz, CR-V, Accord dan juga HR-V telah membantu melonjak jualan Honda sebanyak 27.3 peratus.

'Kalau nak bergabung sangat, pergilah...'

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini semakin berkelakuan seperti "pemimpin Umno" dengan memainkan sentimen perkauman sambil menyerang parti berkenaan.

Semakin lama, kata Lim, Abdul Hadi dilihat lebih sebagai pemimpin Umno berbanding Presiden PAS.

"Adakah ini kerana beliau nak (menjayakan) kerajaan perpaduan? Beliau tetap sokong perdana menteri walaupun Lembaga Tabung Haji ada masalah?" kata Lim dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu, jika Abdul Hadi benar-benar mahu membina kerajaan perpaduan dengan BN dan Umno, dia boleh melakukannya secara terang-terangan.

Semalam sebuah laman web melaporkan kenyataan Abdul Hadi mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Kata Abdul Hadi, PAS bersedia memutuskan hubungannya dengan Pakatan ekoran isu kabinet bayangan.

Main sentimen kaum

Abdul Hadi juga berkata, DAP bertindak angkuh dan pelan mereka "tidak realistik" apabila kabinet bayangan yang dibentuk parti berkenaan gagal mempertimbangkan pelbagai isu dalam perlembagaan.

"Dia (DAP) nak putus, putuslah. Saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya di Marang semalam.

Lim berkata, tindakan Abdul Hadi menyerang DAP mungkin sekadar usahanya mencari alasan untuk membentuk gabungan kerajaan bersama BN.

"Kalau nak gabung, pergilah. Jangan cari alasan macam ni. Jangan hilang akal macam ni. Sekarang dia (Abdul Hadi) main sentimen perkauman untuk serang DAP.

"DAP tak pernah cakap nak memerintah negara secara sendirian," katanya.

Rahsia hati Abdul Hadi

Strategi mudah - biar rakyat bodoh agar pemimpin kekal berkuasa

Shyan Jenq: Apa yang kita belajar dari sejarah? Ia mengajar kita bahawa dalam usaha pemimpin kekal berkuasa, langkah yang diambil ialah memastikan rakyat kekal di dalam kebodohan. Mereka tidak akan banyak bertanya. Ia strategi yang berkesan berkurun lamanya.

Chin Seng Chuah: Apabila faktor kaum dan bangsa digunakan sebagai alat politik, ia menghasilkan kebodohan

Sarbjit Gill: Ini berlaku sejak 1957

SB Tan: Ia berlaku sepanjang zaman! Maharaja Cina membakar buku-buku, Taliban merampas kitab dan bahan rujukan. Nazi juga melakukannya!
Semua ini dilakukan agar pemimpin kekal berkuasa

Janine Ng Wan Yi: Sesetengah pihak tidak boleh terlalu bijak. Pemimpin memastikan mereka kekal bodoh

Michael Yong: Tiada siapa dapat memastikan kita bodoh. Cumanya ada di kalangan kita yang enggan jadi cerdik. Dan mereka ini asyik mengundi parti yang sama berulang kali di dalam pilihanraya

William Wong Choon Wah: Benar! Ini rancangan yang dilaksanakan BN, bukan?

Connie Tan: Itulah yang dimahukan sesetengah pihak - agar rakyat kekal bodoh.
LM: Apasal komen-komen ini berulang-ulang?

Fara Salman: Lihatlah di kaca TV, semuanya sampah! Mereka mempromosi perkara begitu. Tak perlulah saya ulangi perkataan “bodoh”

Patrick Lee: Setuju je!

Menteri Komunikasi arah Jasa SERANG Tan Sri Muhyiddin - ZAM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shaberi Cheek telah mengarahkan Ketua Pengarah JASA,Mohd Puad Zarkashi melancarkan serangan terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berikutan pendedahan klip video ucapannya  yang menyanggah  cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib menguruskan masalah pengurusan kewangan  1MDB yang melibatkan lebih RM 40 billion.

Logiknya Ketua  Pengarah JASA terletak  secara langsung di bawah Menteri yang berkenaan dan jika ini dilakukannya bersendirian maka berarti Menteri tidak lagi mempunyai kawalan keatas pegawainya yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Puad Zakarshi telah mengecam   Muhyiddin dalam facebooknya  sebagai Menteri Pelajaran yang malas  mengadakan lawatan berbanding dengan beliau ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran yang sanggup  melawat ke sekolah -sekolah  di daerah terpancil.

Katanya sikap Muhyiddin  itu menyebabkan  pegawai-pegawai juga bersikap tidak mengambil berat menyebabkan  semuanya  hanya nampak elok dari atas sahaja.

Inilah pertama kali dalam sejarah sejak wujud JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas)Ketua Pengarahnya  yang terletak  di bawah Menteri  Komunikasi dan Multimedia mengecam seorang Timbalan Perdana Menteri . Ini mungkin oleh kerana  perlantikan Puad Zakarshi terkecuali dari syarat mesti dari seorang yang tidak mempunyai kedudukan politik. Beliau  berkedudukan sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Bagaimanapun ramai orang dengan mudah membuat persepsi dan konklusi oleh kerana tugas utama  jabatan itu merangkumi perang saraf politik maka pengarahnya tidak mungkin akan bertindak sendirian tanpa arahan politik khusus nya dari menterinya sendiri. .

Aduhai, keluh Muhyiddin

Selepas mencuri perhatian dengan memberikan ucapan panas mengecam syarikat 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan cabaran sukar untuk mempromosikan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) kepada umum hari ini.

Hakikatnya, hampir tiada sesiapa di kalangan 5,000 hadirin yang ada di majlis Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2015 menonton pelan lima tahun itu di televisyen ketika ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketika berucap, Muhyiddin bertanya kepada orang ramai: "Baru-baru ini di parlimen perdana menteri telah bentangkan dokumen penting yang disebut RMK-11. Siapa mengikuti ucapan PM hari tu, angkat tangan!"

Namun tiada sesiapa yang mengangkat tangan.

"Aduhai...." kata Muhyiddin.

Tak tepuk tak apa

Majlis anugerah itu diadakan di Rembau dan turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan

Muhyiddin menjadi perbualan ramai sejak Khamis lalu apabila sedutan ucapannya mendesak supaya Lembaga Pengarah 1MDB dipecat, tersebar kepada orang ramai.

Muhyiddin membuat ucapan itu dalam majlis tertutup untuk pemimpin UMNO bahagian.

Dalam majlis dihadirinya hari ini, Muhyiddin beberapa kali terpaksa meminta orang ramai bertepuk tangan.

Mengulas RMK-11, Muhyiddin berkata, peruntukan diluluskan kerajaan sebanyak RM260 bilion adalah yang terbesar dalam sejarah pelan setiap lima tahun itu.

Melihat reaksi hadirin tidak seperti diharapkan, Muhyiddin berkata: "Tak tepuk tangan pun tak apa."

Malah ketika beliau bercakap mengenai usaha kerajaan meningkatkan pendapatan 40 peratus rakyat yang mendapat bayaran bulanan purata RM2,500 kepada RM5,000 sebahagian besar penonton juga kurang teruja.

Putih atau jingga?

Ia bukanlah pengalaman pertama Muhyiddin meminta hadirin bertepuk tangan dalam ucapannya.

Mangsa banjir Kelantan rayu percepat pembinaan rumah

Mangsa banjir amat berharap kediaman kekal yang dijanjikan akan dapat dipercepat memandangkan kebanyakan ahli keluarga mereka yang berada di luar Kelantan akan pulang menyambut lebaran.
mangsa banjir,kuala krai
KUALA KRAI: 15 keluarga mangsa banjir yang tinggal di rumah kontena di Dataran Peladang meminta kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan rumah kekal.
Mereka amat berharap rumah kekal mereka akan dapat disiapkan sebelum 1 Syawal agar sambutan Hari Raya Aidil Fitri akan lebih bermakna.
Salah seorang mereka yang ditemui mengakui walaupun kediaman sementara agak selesa, tetapi amat berharap kediaman kekal yang dijanjikan akan dapat dipercepat memandangkan kebanyakan ahli keluarga mereka yang berada di luar Kelantan akan pulang menyambut lebaran.
Mohd Zain Ismail, 72, berkata beliau resah memikirkan bagaimana untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba Julai depan, kerana pastinya lima anak dan empat cucu akan pulang untuk menyambut bersama-sama.
“Rumah kontena ini buat masa sekarang selesalah kerana saya hanya tinggal dengan isteri dan seorang anak, namun ia akan menjadi masalah apabila empat lagi anak yang tinggal di luar Kelantan akan pulang menyambut Aidilfitiri,” katanya ketika ditemui Bernama.
Sementara itu, Kamaruzzaman Abdul Razak, 36, berkata beliau mula mendiami rumah kontena tersebut sejak sebulan lepas dan berharap agar dapat menyambut kedatangan 1 Syawal di rumah baharu.

Ahli PAS dengar Ahmad sembunyi-sembunyi


Baru memulakan kempen penerangan, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang berkata, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran sama ada secara langsung atau tidak.

Kata beliau, ketika mengadakan majlis penerangan ada sesetengah ahli PAS datang secara sembunyi-sembunyi kerana bimbang dituduh melanggar arahan pihak atasan.

"Ada di sesetengah tempat apabila kami datang mereka (ahli PAS) beritahu mereka hadir secara berahsia sebab mendapat arahan daripada pimpinan negeri supaya jangan hadir," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.

Ahmad yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu bagaimanapun berkata, sekatan dan sabotaj kepada programnya adalah perkara biasa.

Mampukah Lim Kok Wing Pulihkan Imej Najib?

Menyedari kepimpinannya semakin dipertikai dan namanya tidak lagi seharum dulu, Najib Razak akhirnya melantik perunding pengiklanan terkenal, Lim Kok Wing sebagai penyelaras program khas untuk memulihkan imejnya di mata rakyat.

Difahamkan tugas utamanya ialah mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap Najib dengan antaranya melakukan program jelajah ke seluruh negara dan mendengar sendiri aduan rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinannya.

Dengan perlantikan ini juga secara langsung mengesahkan Najib masih cuba bertahan dengan jawatannya dan tidak sesekali mahu mengalah di sebalik desakan makin kuat mahukannya berundur demi menyelamatkan negara dan memberi harapan lebih baik kepada BN mengekalkan kuasanya dalam pilihanraya akan datang.

Walaupun tugas mempromosi bukan baru bagi Lim Kok Wing di mana sebelum ini juga pernah terlibat membantu kerajaan dalam kempen anti merokok "Tak Nak", Rakan Muda serta kempen pilihanraya bagi Nelson Mandela, tetapi barangkali usaha memulihkan semula imej Najib ini merupakan tugas yang paling sukar baginya.

Ini kerana Najib bukan saja berdepan penolakan daripada rakyat yang semakin membengkak, bahkan keyakinan ahli dan pimpinan UMNO sendiri mulai terhakis terhadapnya. Berdasarkan dapatan di peringkat akar umbi UMNO dan dilihat daripada reaksi pemimpin UMNO dalam video melibatkan Muhyiddin Yassin yang tersebar luas, terbukti kemahuan Najib berundur dan keperluan kepada perubahan bukan lagi perkara asing.

Lebih dari itu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang masih berpengaruh dan disukai rakyat adalah "hujung tombak paling tajam" yang mahu menyingkirkannya ketika ini.

Semua penolakan terhadap Najib pula secara umumnya berkisar kepada beberapa isu pokok yang menjdi bualan rakyat seperti 1MDB, pembunuhan Altantuya, hal berkaitan Rosmah, GST, beban hutang negara, perbelanjaan mewah keluarganya dan beberapa aspek yang lain.

Sikap yang PERLU ADA pada setiap PEMIMPIN ISLAM... Bukannya hanya melayu semata-mata..

Kita tak perlu jadi orang Rohingya. Tak perlu jadi Arab. Kita hanya perlu jadi manusia !!! .. Ya, itulah kata-kata Presiden Turki, Reccep Tayip Erdogan ketika beliau komentar soal pembunuhan regim kudeta Mesir terhadap anak Dr. Beltegi, Asma' yg syahid di medan Rabiah Kaherah.

Puad: Ada yang kepanasan

Mungkin tidak terkesan dengan kemarahan sesetengah pihak, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zakarshi terus menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang sering turun padang.

Melalui akaun Facebook beliau, Puad berkata, isu "turun padang" yang bermula kelmarin masih panas sehingga hari ini.

"Ada yang boleh terima dan ada pula yang panas duduk," katanya.
Puad juga menyedari ada pihak tertentu yang mendakwa beliau tidak berhemah dalam mengkritik.
 

Apa pun, kata Puad, beliau meneruskan aktviti turun padang dan membuktikannya melalui sekeping gambar lawatan menziarahi enam rumah, termasuk satu didiami seorang ibu tunggal yang membesarkan empat anak.

Kata Puad, ibu tunggal tersebut tinggal sebumbung dengan ibu bapa dan nenek menjadikan "rumah usang" berkenaan didiami seramai 11 orang.

Kelmarin Puad memuat naik gambar keadaan sekolah rendah di Keningau, Sabah yang daif. Dalam statusnya, beliau juga sempat mengkritik menteri yang bertanggungjawab, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Masing masih mampu tertawa di kala Mat Jenin berangan dengan Umnonya

oleh Jimmy Adit
Ada yang mendakwa setiausaha agung cawangan sementara Umno mencabar Dr James Masing berdebat?

Dan dalam banyak-banyak tempat, lelaki itu mahu ia diadakah di Padang Merdeka! Semuanya kerana Masing tidak bersetuju dengan warga Sarawak di Johor menyertai Umno Johor. Masing berpendapat ia cara halus Umno bagi mencari jalan bertapak di Sarawak.

Tetapi setiausaha agung cawangan sementara Umno do Sarawak itu sebenarnya mencabar Masing yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak serta Menteri Pembangunan Tanah berdebat? Ianya suatu yang melucukan kerana saya tidak pernah mendengar kisah begitu selama ini, dan tentunya Masing tertawa di dalam lenanya.

Umno yang kita ketahui ialah United Malay National Organisation. Dan ia tak mungkin bertapak di Sarawak.

Presiden Umno yang juga perdana menteri Najib Razak berkata demikian.

Timbalan presiden yang juga timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata demikian. Setiausaha agung Tengku Adenan dan naib presiden Shafie Apdal juga berkata begitu.

Adakah kita percaya, selepas semua kenyataan dari pemimpin tertinggi, bahawa lampu hijau diberikan bagi seorang pemimpin tidak ternama menubuhkan cawangan di Sarawak?

Siapa yang kita hendak percaya? Pemimpin tertinggi Umno atau pemimpin Sarawak yang mencabar Masing berhujah?

Sebagai pemimpin utama parti Dayak, Masing berhak bersuara di dalam isu yang membelenggu Dayak di mana jua mereka berada.

Hakikatnya, Dayak mempersoal beliau sekiranya tidak sensitif dengan masalah yang menimpa anggota komuniti, termasuk mereka yang menetap di Johor.

Kebetulan, majoriti dari 30,000 ke 40,000 warga Sarawak di Johor beragama Kristian dari kalangan Dayak. Masing perlu gusar kerana bukan sahaja ianya berkaitan memberi lesen kepada mereka bertapak di Sarawak, tetapi juga kerana Umno parti Melayu.

Ini tentu membingungkan Masing serta ramai Dayak. Bagaimana Dayak Kristian dapat menyertai Umno?

Kelihatan ianya tidak mustahil. Kerana itulah Menteri Besar sendiri membuat cadangan tersebut.

Mungkinkah ianya juga alasan mengapa satu cawangan Umno sementara ditubuhkan di Sarawak. Setiausahanya seperti berkata ahli Umno tidak dibenarkan membantah.

If what looks impossible is possible, what other “impossibles” will be made possible in Umno?

Sentuhan kecundang Panglima Bugis di ranah Minang


najib-the-bugis-warrior
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengungkapkan falsafah Bugis dalam satu majlis di Sabah baru-baru ini, ia menimbulkan beberapa persoalan di kepala saya.
Adapun persoalan yang terpacul keluar bersama ungkapan tersebut bukanlah dari segi gesture bertahan Najib terhadap serangan politik bertubi-tubi mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya dari segi pemilihan ‘perisai’ yang digunakannya, iaitu warisan dari leluhurnya sendiri yang telah lama dilupakan – bangsa Bugis.
Menurut sejarah, orang Bugis datang ke Tanah Melayu seawal 1667 apabila tanah Makasar jatuh ke tangan Belanda. Namun, peradaban mereka wujud jauh lebih awal dengan kemunculan kerajaan Luwu’ yang menguasai Sungai Cenrana pada akhir abad ke-15.
Sebaik tiba di Tanah Melayu, mereka tidak mengambil masa terlalu lama untuk campur tangan dalam politik di negeri Melayu. Pintu masuk mereka ke rumah siasah negeri ialah persengketaan yang sering berlaku di kalangan Raja-raja Melayu akibat berebut tanah jajahan dan takluk.
Peluang besar itu tiba buat pertama kalinya terhidang di Johor apabila Bendahara Husain meminta bantuan Raja-raja Bugis menumpaskan Raja Kechil, pemerintah negeri Johor-Riau-Lingga ketika itu, sekali gus seteru politiknya yang menghalang keinginan beliau merajai kerajaan Johor.
orang-bugisBintang orang Bugis semakin terang apabila Raja Lumu (anak Daeng Chelak) dinobatkan sebagai Sultan Selangor yang pertama selepas bebas dari kekuasaan Johor.
Itu adalah zaman apabila Bugis masih dikenali sebagai bangsa dan bukan kumpulan etnik seperti sifatnya pada hari ini.
Bermula kedatangan mereka ke sini, meninggalkan tanah air mereka nun di Makasar dan Sulawesi, sedikit demi sedikit identiti bangsa – termasuklah bahasa, budaya, kesusasteraan, adat resam dan lain-lain – ‘ditelan’ peradaban bangsa yang lebih besar dan dominan iaitu Melayu.
Sehingga kini, hampir mustahil untuk kita mengenali orang Bugis di bumi Malaysia ini kalau tidak diakui oleh tuan punya badan sendiri – seperti yang dilakukan Najib.
Najib mungkin ingin mengulangi kegemilangan leluhurnya di Tanah Melayu pada satu masa dulu, tetapi yang mungkin dia tidak tahu ialah, kejayaan bangsa Bugis di sini tidak dapat dicapai dengan hanya menjeritkan falsafahnya lantang-lantang ke udara.
Sifat licik, pandai mengambil kesempatan, berakal kancil adalah antara kriteria orang Bugis yang membolehkan mereka berjaya menyusup masuk ke kancah politik Tanah Melayu dengan lincah, malah dapat menjadi pemain yang cemerlang dan disegani lawan.
mahathir
Mengapakah Najib menggunakan sentimen leluhurnya apabila berdepan Mahathir? Adakah dia ingin berkata sekurang-kurangnya keturunannya berasal dari rantau sebelah sini, bukannya dari Tanah Besar India, seperti yang sering dispekulasikan sebagai tanah asal keturunan Mahathir?
Rasisme Melayu – bukan Melayu mungkin senjata yang sering dihunus BN untuk menakut-nakutkan rakyat dalam usaha mereka kekal berkuasa, tetapi apakah bentuk senjata rasisme yang mungkin dicuba oleh Najib dalam perlawanannya dengan Mahathir?
Jika dia ingin mewujudkan pandangan umum bahawa dia – secara literal – lebih Melayu berbanding Mahathir, dia perlu melihat lebih jauh. Dan seperti Bugis, berakal kancil.
Isu pembelian lot tanah Tun Razak Exchange oleh Lembaga Tabung Haji adalah peluang terbaik beliau untuk menyingkirkan Datuk Seri Azeez Rahim, Pengerusi Tabung Haji dari golongan India Muslim itu.

Parlimen bukan milik peribadi Shahidan Kassim

dewan rakyat
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Parlimen Malaysia adalah milik rakyat, bukan milik peribadi Menteri hal ehwal parlimen Datuk Shahidan Kassim, kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
“Adakah Shahidan merasakan parlimen itu milik peribadi beliau atau mana-mana anggota keluarganya?
“Beliau tidak berhak merompak dan menafikan hak pengundi untuk tahu bagaimana Ahli Parlimen mereka berfungsi dan mengundi di parlimen. Ini Dewan Rakyat, bukan ‘Dewan Shahidan’,” katanya dalam kenyataan.
Lip Eng berkata demikian mengulas jawapan bertulis Shahidan semalam yang menyatakan bahawa prosedur sedia ada dalam proses pengundian sudah memadai.
Kata Shahidan, keputusan undi belah bahagian cukup sekadar diedar kepada anggota parlimen dan tidak perlu didedahkan kepada umum.
Lip Eng turut mencabar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menegur tindakan Shahidan.
“Kepada Speaker Dewan Rakyat yang tidak jadi letak jawatan, adakah beliau bersetuju dengan Shahidan?
“Jika tidak, Speaker patut menggunakan mandatnya sebagai pengerusi mesyuarat untuk menegur Shahidan supaya tidak cuba masuk campur dalam urusan aturan Dewan,” ujarnya.

Will racial discrimination extend beyond 2020?

Race based policies in the 11th Malaysia Plan continue to be an obstacle for national growth and unity.
rakyat,2020
By Dr Kua Kia Soong
Prime Minister Najib Razak could have carved out a name for himself in Malaysian history as a great reformer if he had unveiled an 11th Malaysia Plan based on race-free affirmative action to help all Malaysians in need as well as race-free institutions to advance our industrial, financial, social and educational growth. The racially-discriminatory “Bumiputera policy” and its associated institutions have been the biggest obstacle to national unity and these are core issues that have to be addressed if we want to attain high-income status by 2020.
After the 13th general election, Najib introduced measures to further boost the economic participation of the ethnic Malay majority, entrenching race-based policies seen as shoring up support among the politically-dominant Malays. More incentives are expected in this five-year plan for the Bumiputeras, or “sons of the soil”.
The government has refused to recognize that Malaysia’s racial discrimination in business, whether involving large enterprises or SMEs, has failed to result in entrepreneurial firms with the capacity to compete globally. Najib’s government is bracing itself for a downgrade of its credit rating by Fitch and his administration has been shaken by new allegations of state corruption and mismanagement. Such murky questions surrounding the 1MBD scandal and the Altantuya murder are not the best conditions for a great Malaysian reformer to emerge.
The bloated bureaucracy and increased state expenditure on education has seen an ever-growing Malay middle-class and Bumiputera populism is expressed in terms of salary hikes, bonuses and other perks for civil servants and armed forces personnel. This will continue to take a substantial chunk out of our annual budget.
Racial politics has characterised Malaysian society since Independence. The NEP was supposed to run from 1971 to 1990 but special “Bumiputera” privileges for the elite and their populist appeal have ensured that the NEP has become the “Never Ending Policy”. It transformed into The National Development Plan which ran from 1991 to 2000; the National Vision Policy traversing 2001 to 2010, and under Najib, it has become The National Transformation Policy.
Until today, these racial discriminatory policies remain. Clearly, it has not encouraged the “entrepreneurial spirit” among those Malays when they have access to get-rich-quick schemes through rent seeking. The culture of cronyism has been a hallmark of UMNO. Even international corporate capitalists have had enough of the crony capitalism and racial discrimination in Malaysia when these frustrate their operations.

NO, NAJIB NOT BRAIN-DAMAGED: He's busy plotting his exit as Umno seniors get cracking on replacement

During the GE-13 Datuk Seri Najib Razak had taken all the necessary steps to secure his position and if possible to make him invincible such that he could have the stronghold both in Umno and the country. This would allow him to be ‘Emperor’, no matter how naked the Emperor may be.
NO, NAJIB NOT BRAIN-DAMAGED: He's busy plotting his exit as Umno seniors get cracking on replacementWith the most number of seats (88) won by Umno compared with every other party and the previous general elections , Najib must have been very confident that his plan had gone very well such that many Umno leaders became arrogant and racist. Najib embarked on his ‘revolutionary’ ideas of 1Malaysia and the various Transformation Programs.
Unfortunately after feeling invincible, Najib took advantage of of his huge power to create mega scandals, adding to the ones which he had created earlier. He was simply foolish enough to allow debacles to get out of control or perhaps he was morally too lazy to clean up the old ones or was too inefficient and incompetent.
Compare the 9 years that Najib took from 2008 onwards to 'build' these scandals until now, with the time left until the GE-14 (about two years) toresolve all the scandals, it's no wonder Najib is really desperate and at times either panicky or simply out of focus. Still somehow Najib has to adopt a two prong approach in very action and maneuver he makes.
a) To solve the problems wholly or partially in order to stay in power and b) To make sure that the steps taken would also facilitated his exit plan if it becomes inevitable.
This is based on the drastic actions in trying to gain and show of support, in his efforts to bail out 1MDB – the latest possibly by using TNB , then protecting whoever necessary and lying all the way, but at the same time not to intimidate anybody and most importantly Tun Dr. Mahathir.

Najib has sickened Malaysians and many in Umno with his deceitful excuses for pet project 1MDB's financial scandals
Najib has been cautious and restrained in rebuking Dr. Mahathir and any harsh reply would be done by his sycophants like Tan Sri Mohd Salleh Keruak. Najib has not said a word after his deputy Tan Sri Muhyiddin Yasin asked him to sack the entire 1MDB management team and bring in the PDRM to investigate.
Quietly Najib has also prepared for any eventualities either to stay until GE-14, or to determine the most appropriate time and occasion to announce his resignation to ensure smooth transition of power and his not so graceful exit.
Najib must have realized by now that he is not popular anymore, in fact he was never really popular.
Every citizen, colour and creed in the community and group of people in the country have their own dislikes, anger, complaints and things to say against Najib. After all they have many to choose from.
The “unsinkable” Scorpene submarine scandals with RM500 million untraceable commissions, the murder of Altantuya, Sirul and Azilah, the FGV shares and the eventual de-listing, Rosmah’s extravagance, golfing with Obama when the people were inundated by floods, 1MDB fiasco, Tabung Haji-1MDB land deal, toll hikes and extension of the highway concession agreement, the AES day light robbery, the over budget KLIA2, alignment of the MRT, PDRM, huge number of foreigners and illegal immigrants, education standards, PTPTN, corruption, wastages, racism, religious intolerance, the word “Allah”, GST and the list can go on and on.
Even those receiving the BR1M are not happy because the amount is not enough and many still have not received the latest BR1M allocated for them!

Terengganu: Suhaizan kurang jiwai aspirasi pemuda Islam

Kamaruzaman Abdullah
KUALA TERENGGANU – Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat disifatkan kurang menjiwai aspirasi jemaah pemuda Islam sepanjang memimpin sayap parti itu sejak 2013 lalu.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah secara peribadinya berkata, kepimpinan Suhaizan dinilai sepanjang tempoh tersebut dan kecenderungan pimpinan Suhaizan dilihat tidak begitu mendalami kehendak pemuda Islam dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Menurutnya, walaupun Suhaizan tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama, namun ia adalah perkara yang berbeza dan sebagai pemimpin pemuda dalam parti Pas, pemimpin perlu memberi perhatian terhadap kepentingan pemuda yang menjunjung tinggi nilai agama sebagaimana diterapkan dalam Pas.

“Ia tidak bersangkut paut dengan latar belakang beliau sama ada berpendidikan agama atau tidak. Suhaizan adalah seorang yang bijak dan cerdik tetapi kita melihat beliau kurang menjiwai dari sudut aspirasi jemaah pemuda Islam,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kenyataan dibuat Suhaizan sebelum ini juga memberi kesan menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan ahli Pemuda apatah lagi dalam keadaan Pas yang sedang hebat berdepan ujian dari dalam dan luar parti ketika ini.

Sementara itu, mengulas mengenai tawaran Nik Abduh Nik Abdul Aziz untuk mencabar Suhaizan pada pemilihan sayap parti itu, Kamaruzaman melihatnya sebagai satu perkembangan positif.

Putus dengan DAP, masa depan PAS di Selangor pudar - Penganalisis

Putus dengan DAP, masa depan PAS di Selangor pudar - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Memutuskan hubungan dengan DAP tidak akan menguntungkan PAS sama ada di Selangor atau seluruh Malaysia, kata penganalisis politik.

Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata jika PAS memutuskan hubungan dengan DAP, Pakatan Rakyat masih boleh memerintah Selangor biarpun dengan majoriti yang kecil.

"Pakatan Rakyat masih lagi boleh membentuk kerajaan di Selangor biarpun tidak mendapat dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri.

"Tetapi jika perkara ini berlaku, yang rugi adalah PAS kerana yang jelas mereka akan hilang kuasa dan ia akan memberi gambaran kepada rakyat tentang sikap PAS dalam politik hari ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Dr Shaharuddin berkata jika PAS mengambil keputusan untuk bersendiri ia sebenarnya tidak menguntungkan parti Islam itu dalam perjuangan mereka.

Ini kerana, penerimaan masyarakat terutama yang bukan beragama Islam terhadap PAS banyak bergantung kepada kerjasama yang dibentuk bersama DAP dan PKR, kata Dr Shaharuddin.

Jelas beliau, PAS akan rugi dari segi politiknya kerana usaha menjalinkan kerjasama dengan DAP bukan satu perkara yang mudah mahu dilaksanakan.

Pemuda mengembek macam kambing lepas hina TGNA

Nik Aziz Nik Mat
SHAH ALAM – Seorang pemuda menghina janggut bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaklumkan ibunya mengembek seperti seekor kambing.

Cerita anak saudara Allahyarham, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, ibu pemuda tersebut kemudiannya datang bertemu Nik Aziz untuk meminta air penawar bagi menyembuhkan anaknya.

 “Sepanjang membesar dengan beliau, saya melihat ramai orang datang bertemunya dan membawa botol-botol air dan juga mengadu masalah...orang nak bercerai yang bertengkar dan sebagainya, beliau menyelesaikan permasalahan seperti ini.

“Pernah satu ketika saya nak turun solat Asar, beliau naik ke rumah dalam keadaan senyum. Saya tanya kenapa? Dia kata, ada orang datang nak minta air tawar (penawar). Ketika itu beliau belum lagi menjadi Menteri Besar. Dia kata ada sorang ibu datang minta air tawar untuk anaknya yang dalam keadaan tidak berhenti mengembek seperti kambing.

“Tok Guru cerita bahawa pemuda itu mengejek janggutnya... janggut Tok Guru macam kambing dan membuat bunyi seperti kambing. Kemudian dia mengembek tidak berhenti sehinggalah ibunya minta air tawar supaya anaknya itu berhenti berbunyi seperti kambing,” katanya pada program Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story, di sini, semalam sempena 100 hari pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Meskipun dihina, Allahyarham tidak pernah berdendam sebaliknya membantu tanpa banyak soal.

“Tok Guru baca doa dan beri air tawar. Walaupun orang buat kita macam mana, tuduhan, kejian dan sebagainya, kita baca kata Tok Guru.

“Selang seminggu, ibunya itu datang dan beritahu Alhamdulillah anaknya telah berhenti mengembek,” katanya lagi.