Rabu, 20 Mei 2015

KANTOI LAGI !!!.. Tweet KERAjaan BN pon boleh bohong ka !!!

Apa yg kekalnya...
TAHUKAH ANDA.. Kadar pengangguran telah MENINGKAT 3 BULAN BERTURUT-TURUT. Bermula Dis. 2014 (3.0), Jan. 2015 (3.1) & Feb. 2015 (3.2)...
TERKINI, jumlah penganggur adalah seramai 454,900 orang dgn peningkatan seramai 79,800 penganggur (21.2 peratus) drpd drpd 375,100 penganggur pd bulan Nov. 2014..

Rupa2nya cukai GST memang menguntungkan & tidak membebankan.. Sbb apa, sebab aduan terhadap GST dah menurun...


Memanglah untung coz dapat cium sayang dgn Rosmah.. Menteri mmg tak rasa beban. Dapat elaun macam2 sana sini.


Yang menanggung kesenangan & kemewahan hidup menteri ialah duit2 rakyat.

Khairy mahu PAC siasat Jho Low berhubung 1MDB

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa ahli perniagaan Low Taek Jho disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana penglibatannya dalam syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor The Star Online.
Beliau berkata, spekulasi awam ke atas penglibatan Low dalam skandal itu terlalu besar untuk diabaikan, sambil menambah "apa sahaja cara anda melihat isu ini, cap jari Jho Low berada pada seluruh tempat".
Khairy berkata demikian kepada PAC yang semalam berkata ia tidak mempunyai rancangan untuk memanggil Low, juga dikenali sebagai Jho Low,  terhadap skandal 1MDB "pada masa ini".

Bagaimanapun Khairy berkata, jika PAC mahu melakukan siasatan menyeluruh, ahli perniagaan, yang dikaitkan dengan pelbagai urus niaga 1MDB dan didakwa menyalurkan AS$700 juta melalui syarikat milik beliau, mesti dipanggil. Khairy berkata, beliau percaya ini adalah apa yang orang ramai harapkan juga, The Star Online memetik beliau sebagai berkata.
Semalam, ketika PAC memulakan siasatan ke atas 1MDB, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata mereka tidak melihat keperluan untuk memanggil Low dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada masa ini.
Khairy hari ini berkata beliau akan berpegang kepada penerangan Nur Jazlan "buat masa ini".
"Tetapi akhirnya mereka perlu memanggil Jho Low. Tidak boleh ada sebarang penutupan jika Jho Low tidak disoal," kata Khairy.
Laman sesawang Sarawak Report mendedahkan Low sebagai arkitek perjanjian meragukan antara 1MDB dan syarikat minyak dan gas tidak terkenal, Petro Saudi International, tetapi Low menafikan semua tuduhan terhadapnya, dan berkata beliau menjadi mangsa “putar belit ahli Umno".

Lebih baik Najib berdiam diri berkenaan 1MDB hingga siasatan selesai

oleh Alyaa Alhadjri
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti cuba mempertahankan 1Malaysia Development Berhad, dan membenarkan semua siasatan dijalankan tanpa pengaruh beliau.
Malah sewaktu Jawatankuasa Kira-kira Awam parlimen (PAC) bi-partisan memulakan siasatannya ke  atas organisasi pelaburan negara itu pada 19 Mei, Najib yang berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya berkata beliau "amat yakin" bahawa pelan pemulihan untuk mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion akan membuahkan hasil.
Portal Malaysiakini memetik Najib, yang juga Menteri Kewangan, sebagai memberitahu kakitangan awam: "Langkah pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan kerajaan."
"Saya yakin MoF (Kementerian Kewangan) boleh sama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan.
"Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah menyelamat atau memulihkan 1MDB boleh dicapai matlamatnya," beliau dilaporkan berkata pada perhimpunan itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah. 
Seperti yang dinyatakan oleh setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua, Najib telah "menjelajah negara ini" untuk mempertahankan 1MDB, yang mana beliau merupakan penasihatnya.
Pua mendakwa bahawa walaupun Najib meminta pengkritik menunggu laporan siasatan oleh Ketua Audit Negara, beliau sendiri tidak keberatan untuk segera 'membebaskan' 1MDB daripada dakwaan-dakwaan salah urus kewangan.
Pada 18 Mei, Najib telah dilaporkan berkata dalam mesyuarat sebuah veteran Umno di ibu pejabat parti itu, bahawa 'mustahil' untuk RM42 bilion itu dapat diambil tanpa disedari.

Parlimen jadi jabatan jika menterinya dimansuhkan - BNBBC

Parlimen jadi jabatan jika menterinya dimansuhkan
KUALA LUMPUR - Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) menyambut baik cadangan untuk menambah baik institusi Parlimen di negara ini yang disuarakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, semalam.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, usaha itu perlu dimulakan dengan mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang telah dimansuhkan pada 2002.

"Kita mahu transformasi itu untuk wujudkan garis pemisah antara pihak eksekutif dan Parlimen seiring dengan transformasi politik negara.

"Pembaharuan itu juga untuk mengembalikan Parlimen sebagai satu institusi bebas dan berkecuali daripada pihak eksekutif," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan speaker Dewan Rakyat itu semalam yang menggesa transformasi Parlimen dilakukan segera selepas usaha itu gagal direalisasikan sejak tujuh tahun lalu.

Antara transformasi itu ialah memansuhkan jawatan menteri hal ehwal Parlimen, yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.

PR tubuh Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 
KUALA LUMPUR - PR hari ini sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen PR.

PR juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Rancangan Malaysia Ke-11.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penubuhan jawatankuasa ini dibuat memandangkan wujudnya aspirasi yang sama bagi prinsip pemisahan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.

"Jawatankuasa ini diketuai oleh saya dan dianggotai ketua-ketua whip serta seorang ahli parlimen mewakili setiap parti.

"Malah sebuah Jawatankuasa Rancangan Malaysia ke-11 PR juga telah dipersetujui ditubuhkan," katanya pada dalam sidang media di lobi parlimen, semalam.

Dr Wan Azizah berkata pihaknya menyambut baik kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa parlimen yang tidak mahu parlimen dilihat sebagai 'Rubber Stamp' yang berfungsi dibawah telunjuk cabang eksekutif.

"Diharapkan tugas legislatif ahli parlimen PR akan lebih berkesan dan memenuhi tanggungjawab serta amanah rakyat," katanya.

Sementara itu Ketua Whip Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media sama berkata, kuasa Speaker dilihat terbatas.

"Jawatan Menteri Hal Ehwal Parlimen yang disandang oleh Datuk Seri Shahidan Kassim menyebabkan Speaker tidak bebas dan setiap keputusan dibuat dipengaruhi oleh menteri berkenaan.

Parlimen didakwa lebih rendah dari PBT, kata DAP

Parlimen didakwa lebih rendah dari PBT, kata DAP 
KUALA LUMPUR - Kedudukan institusi Parlimen didakwa lebih rendah berbanding sebuah majlis perbandaran di negara ini susulan kerajaan tidak berhasrat untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.

Ahli Parlimen (DAP-Seremban), Anthony Loke menegaskan tindakan kerajaan yang lebih mengutamakan masa depan pegawai dan kakitangan awam berbanding Parlimen hanya akan mengancam kebebasan institusi itu di negara ini.

"Institusi Parlimen ini lebih rendah martabatnya dari sebuah majlis perbandaran di negara ini.

"Majlis perbandaran pun ada full service, kita lebih teruk dari majlis perbandaran, Majlis Perbandaran Seremban contohnya ada full service, pegawainya tidak boleh ditukar kepada mana-mana jabatan kerajaan.

"Tetapi pegawai Parlimen boleh ditukar ke jabatan kerajaan yang lain sedangkan mereka ini semua pegawai tadbir diplomatik," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam berhubung pertanyaan lisannya meminta perdana menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.

Pakatan OK menteri Parlimen 'kurang kuasa'

Anggota Parlimen Pakatan Rakyat berpendapat jawatan 'menteri Parlimen' yang disandang Datuk Seri Shahidan Kassim boleh dikekalkan dengan syarat kuasanya dikurangkan.

Mengambil contoh Parlimen India, Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul berkata menteri yang mengawal selia hal ehwal Parlimen hanya boleh bertindak sebagai penyelaras.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata, tugas itu bagi membolehkan pergerakan berkaitan lancar.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail (kanan) juga berkongsi pandangan sama.

Menurutnya, jawatan itu tidak harus menjadi kesempatan untuk mendominasi.

Shahidan belum mengulas berhubung perkara itu.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin semalam menyuarakan hasratnya menaik taraf Parlimen, termasuk memansuhkan jawatan menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.

Ia, katanya bagi menghilangkan tanggapan rakyat bahawa Parlimen dan speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai badan eksekutif.

Perkara itu turut diluahkan kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad selepas beliau meletakkan jawatan, sebelum berubah fikiran kemudiannya.

Kita tak perlu jadi hero isu Rohingya-Bung Mokhtar

Beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas kerana negara ini semakin terkenal di peringkat antarabangsa sebagai pusat penyeludupan manusia.
bung-mokhtar-rohingya
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden melahirkan kebimbangan apabila Malaysia semakin terkenal sebagai negara pemerdagangan manusia.
Katanya, Malaysia juga tidak perlu menjadi hero secara tiba-tiba dalam isu pelarian Rohingya yang ketika ini masih hanyut di perairan antarabangsa.
“Adakah untuk mendapatkan publisiti? adakah kita tiba-tiba hilang akal bila tiba isu Rohingya ini?, ” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Pindaan 2015 di Parlimen pada Rabu.
Bung Mokhtar berkata, Malaysia perlu bertindak lebih tegas dalam isu pemerdagangan manusia agar imej Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan tidak terjejas.
“Saya kecewa saya tidak tahu dimana letaknya kesilapan-kesilapan yang berlaku di negara kita. Soal penyeludupan manusia ini kenapa Malaysia menjadi transit negara penyeludupan.
“Siapa tidak kenal Malaysia sebagai negara penyeludupan,” katanya seperti dilaporkan bnbbc.com.
Beliau memberi contoh apa yang berlaku di ladang-ladang di Sarawak apabila banyak penyeludupan berlaku tapi tiada tindakan di ambil.
Sehubungan itu beliau mahu tindakan sewajarnya diambil dan bukan ‘No Action Talk Only’.

Malaysia, Indonesia sepakat beri perlindungan sementara kepada Rohingya

Malaysia, Indonesia sepakat beri perlindungan sementara kepada RohingyaPUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia sepakat meneruskan bantuan kemanusiaan kepada 7,000 pelarian yang masih terkandas di tengah lautan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memaklumkan, Kuala Lumpur dan Jakarta setuju untuk memberikan perlindungan sementara di kawasan yang sesuai dalam tempoh setahun.

“Kami akan berbincang lebih lanjut untuk menetapkan tempat yang sesuai kepada 7,000 pelarian yang kini sedang berada di tengah lautan.

“Ya, setiap negara akan menyediakan pusat perlindungan sementara ini, tetapi pada akhirnya, saya berharap satu pusat sehenti perlu diwujudkan untuk menempatkan mereka,” jelas Anifah.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat bersama Malaysia, Indonesia dan Thailand yang membincangkan isu pergerakan manusia tidak mengikut undang-undang, khususnya pemerdagangan manusia di Wisma Putra, disini, hari ini.

Anifah, pada masa sama, memberitahu akan menemui rakan sejawatnya di Myanmar, Wunna Maung Lwin dalam waktu terdekat bagi membincangkan isu berkaitan, sekali gus mencari jalan penyelesaian mutlak kepada masalah berkenaan.

Rohingya: Hipokrasi Aung San Suu Kyi

Oleh Mohammad Sufian Talib
Ironinya, Aung San Suu Kyi pada September 2013, dinobat sebagai penerima Sakharov Prize for Freedom of Thought Kesatuan Eropah kerana mendedikasikan sebahagian dari umurnya mempertahan hak asasi manusia terutama di Myanmar.
Ketika dunia sedang mencari-cari di manakah beliau untuk menjuarai kepimpinan berteraskan moral dan insani, malangnya, bisunya dia atas nasib Rohingya yang merupakan sebahagian etnik di Burma amat mengejutkan. Berdasarkan angka yang disebut PBB, 800,000 Muslim Rohingya adalah etnik minoriti yang paling teraniaya di dunia.

Apabila Suu Kyi dipersoal tentang Muslim Rohingya, jawapan beliau menunjukkan dia seorang yang sangat berat sebelah, bias dan tidak berperikemanusiaan. Jawapannya bersahaja, kedua-dua pihak Buddha dan Islam sama-sama menderita, sedangkan sudah terang lagi bersuluh tidak begitu senarionya, Buddha di Burma merupakan kekasih politik Burma dan tidak pun dipaksa hidup di kem-kem yang kotor menjijikkan. Dalam temubual BBC TV pada bulan Oktober 2013, beliau menafikan negaranya terlibat dalam pembersihan etnik dan mengatakan keganasan terhadap umat Islam adalah kerana ketakutan terhadap "kuasa Islam global." Adakah patut kenyataan ini keluar dari mulut seorang penerima Hadiah Nobel Keamanan. Apakah mungkin Suu Kyi mengalami satu prejudis peribadi terhadap Muslim berkulit hitam dan langsung  tidak mempunyai keberanian politik untuk menggunakan pengaruh beliau untuk menghentikan keganasan? Dia tahu dia akan kehilangan undi rakyat Rohingya yang merupakan etnik amat tidak popular di dalam Burma dengan banyak yang beranggapan Rohingya sebagai pendatang haram Bangladesh. Ambivalensi beliau mengenai nasib rakyat Rohingya terus menimbulkan kebimbangan mendalam di peringkat antarabangsa.
Ironinya seorang Buddha yang cintakan keamanan, memuji-muji pula pihak tentera merupakan satu lagi percanggahan dan kekeliruan Aung San Suu Kyi hari ini. Dalam 20 tahun beliau menghabiskan umurnya di penjara dan di bawah tahanan rumah, dia berdiri menentang junta tentera. Tetapi minggu ini gambar beliau berjaya dirakam bercakap dengan pihak askar di Sandhurst, UK tentang keperluan untuk "Tentera yang ‘Baik’ dan ‘Profesional’ yang disegani dan dihormati rakyat".

Anwar tak pernah sokong kerajaan perpaduan, kata Wan Azizah

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menyokong langkah menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno, kata isterinya merangkap Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Menafikan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketua umum PKR yang kini dipenjarakan itu pernah menyokong penubuhan kerajaan perpaduan, Dr Wan Azizah berkata Anwar sebaliknya menyokong usaha rekonsiliasi Barisan Nasional.

Hadi juga mendakwa bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat juga bersetuju dengan kerajaan perpaduan.

 "Idea rekonsiliasi nasional ditimbulkan Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya umum (PRU). Walaupun kami menerimanya, beliau tidak berpegang pada janjinya," kata Dr Wan Azizah kepada media di lobi Parlimen.

Najib pada ketika itu mencadangkan rekonsiliasi nasional bertujuan menyatukan rakyat yang kelihatan berpecah seperti yang digambarkan melalui corak pengundian mereka semasa PRU dua tahun lalu.

Tetapi idea rekonsiliasi nasional itu tidak menjadi realiti. Berminat dengan idea itu, Hadi berkata, kerajaan perpaduan bermakna menyatukan semua parti politik di bawah satu parti bagi membentuk kerajaan.

"Idea itu digagaskan ketika krisis perlembagaan Perak. Ketika itu, Barisan Nasional cuba memikat wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR). "Tiada seorang pun dari kami mahu menyertai BN. Kami tidak mahu sejarah berulang. Kerana itu kami cadangkan idea kerajaan perpaduan, semua parti dalam satu kerajaan," kata Hadi.

Layanan berat sebelah agensi penguatkuasaan kita

oleh V Shuman
Jika ada anugerah global yang diberikan untuk layanan berat sebelah, pihak berkuasa kita pasti akan menggondolnya setiap tahun.
Bagaimana lagi dapat kita jelaskan justifikasi Kementerian Dalam Negeri bagi layanan yang diberikan kepada penunjuk perasaan salib Taman Medan?
Dalam sebuah jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Parlimen pada Selasa, kementerian itu menyatakan yang penunjuk-penunjuk perasaan itu tidak ditangkap atau digari kerana mereka telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis.
"Tiada tangkapan dibuat ke atas mereka yang terlibat dalam protes itu kerana kesemua mereka tampil ke balai polis apabila diarahkan untuk berbuat demikian bagi membantu siasatan, dan memberi kenyataan penuh.
"Jadi tidak ada keperluan untuk menangkap, menggari atau reman mereka," jawab beliau, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Malaysian Insider.
Kenyataan itu menambah bahawa polis telah menyiasat kes itu "tanpa rasa takut atau pilih kasih", tanpa mengambil kira jawatan dan kedudukan politik penunjuk-penunjuk perasaan itu.
Selepas kes itu tercetus, dan setelah polis mengesahkan bahawa penunjuk-penunjuk perasaan ini akan disiasat, saya telah menulis sebuah komentar, mempersoalkan bagaimana mereka akan dilayan. 
Saya bertanya, "Adakah polis akan menyerbu penunjuk perasaan untuk menangkap mereka pada waktu awal pagi, seperti yang mereka lakukan kepada aktivis-aktivis dan ahli politik pembangkang baru-baru ini? Atau, adakah ianya akan menjadi sesi 'soal siasat' mesra?"
Benar sekali, ia adalah yang kedua. Mengapa adanya layanan istimewa ini?

Najib tak boleh campur penubuhan RCI kes Altantuya

Susulan "pengakuan" Datuk Seri Najib Razak yang beliau mempunyai kepentingan langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Lim Kit Siang hari ini menggesa beliau tidak terlibat dalam proses penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes itu.

Ini bagi mengelak wujud percanggahan kepentingan memandangkan perdana menteri sebelum ini berkata dalam ruangan Soalan Lazim di blognya, keputusan kes Altantuya memberi keadilan kepada semua, termasuk beliau sendiri, kata penasihat DAP itu.

Lim merujuk kepada kenyataan Najib dalam www.najibrazak.com yang berbunyi: “What is important is that the judgment brings justice to everyone, most importantly to the family of the victim, to the accused and even to me.”

 Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, Najib patut menarik diri daripada semua proses, bermula dengan peringkat membuat keputusan sama ada untuk menubuhkan RCI berhubung kes Altantuya atau tidak.

"Memandangkan Najib mengakui mempunyai kepentingan langsung dalam kes Altantuya, beliau patut menarik diri daripada sebarang proses memutuskan sama ada perlu ditubuhkan RCI berkenaan pembunuhan Altantuya demi mengelak konflik kepentingan.

 "Ia (tulisan di blog) pengakuan jelas beliau mempunyai kepentingan langsung dalam kes tersebut, meski menggunakan bahasa penafian yang begitu lunak menafikan beliau mempunyai sebarang kaitan, dan juga sumpah laknatnya," katanya.

Tauke judi Paul Phua berdepan dakwaan baharu, menurut laporan

Tauke judi Paul Phua kini berdepan tuduhan baharu selepas pihak pendakwa Amerika Syarikat memfailkan semula dakwaan perjudian haram ke atasnya, dengan menambah tuduhan konspirasi ke atas warga Malaysia itu yang kini di bawah tahanan rumah di Las Vegas.

Phua sebelum ini memenangi perintah mahkamah yang mendapati hak beliau dilanggari Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyelongkar bilik hotelnya di Las Vegas Strip, di mana Phua dan anaknya Darren didakwa menjalankan pusat perjudian haram ketika Piala Dunia lalu.

Agensi berita Associated Press pada 14 Mei melaporkan, Phua, 51 masih menghadapi dua tuduhan, iaitu menjalankan operasi perjudian haram dan menetapkan pertaruhan, yang dikenakan ke atasnya dan tujuh yang lain selepas penangkapan mereka Julai lalu di Las Vegas.

 Phua membayar wang jaminan AS$2 juta (RM7.2 juta) dan menyerahkan kapal terbangnya bernilai AS$50 juta sebagai cagaran. Perbicaraan akan bermula pada 1 Jun. Peguamnya, David Chesnoff dilaporkan berkata, tuduhan dan dakwaan baharu terhadap anak guamnya bertujuan menutup salah laku pihak berkuasa dalam kes tersebut.

Tuduhan konspirasi terhadapnya membawa hukuman lima tahun penjara. Phua dan Darren, 23, merupakan antara 8 orang defendan didakwa dalam skim perjudian berjuta dolar ketika perlawanan Piala Dunia 2014. Lima dari Malaysia dan China mengaku bersalah Disember lalu, dan didenda serta dikenakan perintah berkelakuan baik selama 5 tahun dengan syarat mereka tidak memasuki Amerika Syarikat sepanjang tempoh itu.

Esscom sudah gagal, masa untuk bawa masuk komando elit!

Semuaok: Mereka yang bertanggungjawab terhadap keselamatan di Sabah tidak mampu berfikir di luar kotak dan hanya bertindak dengan bereaksi terhadap apa sahaja yang berlaku. Mereka tidak memikirkan soal langkah pencegahan dan pengumpulan maklumat.
 Mereka sentiasa selangkah di belakang penceroboh. Apabila penceroboh masuk dan keluar, mereka baru terjaga. Memang macam tu, bukan?
Sad: Agak bodoh untuk mengharapkan sempadan kita selamat, jika kita sendiri tidak selamat di kawasan perumahan dan di jalanan.
Polis kita yang sepatutnya fokus untuk mengurangkan jenayah sibuk mengejar politikus dan NGO.
Dan pasukan keselamatan kita sepatutnya mengawal daripada pencerobohan asing. Namun dengan melihat pelbagai insiden yang berlaku, saya mula risaukan negara ini.
Sudah tiba masanya kita letakkan komando elit menjaga sempadan negara.
Keadaan hanya akan bertambah buruk!
Alvin Loh: Sabah kini adalah mesin ATM. Lanun, orang bodoh atau sesiapa sahaja, masuk menculik seorang dua warga dan lari. Mereka kemudian menunggu wang tebusan.
Daniel Mah: Esscom adalah satu kegagalan. Sehingga kini anda tidak lihat sesiapa yang memikul tanggungjawab terhadap keselamatan negeri!
Leong Peng Kong: Apa yang anda maksudkan dengan kantoi terlelap? Mereka tidak pernah bangun pun!
Nik Sulaiman Hassan: Saya sudah katakan sebelum ini; dengan jumlah wang yang dibelanjakan kerajaan untuk keselamatan Sabah, lebih baik kita upah sebatalion askar Gurkha untuk menguatkan pasukan keselamatan kita.

Bung Mokhtar takut diculik ketika melawat kawasan, salahkan Esscom

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mengatakan beliau sendiri berasa tidak selamat untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk melawat kawasan di Sabah kerana bimbang diculik.

Menurut wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu, pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) gagal menjalankan tugasnya melindungi penduduk negeri tersebut. "Bagi saya Esscom gagal dalam menjalankan tugasnya. Ia perlu dikaji semula, rakyat hilang keyakinan terhadap pihak berkuasa.

"Kita mahu bukan lagi diberi jaminan namun kata mesti dikota, janji mesti ditepati. Kita tidak mahu ada penculikan, kalau ada kenapa tidak halang? Kenapa biarkan? "Bila turun di kawasan saya perlu menaiki bot turun ke kampung, nasib saya tidak diculik.

Saya risau kalau saya ada di restoran itu, saya sendiri akan diculik," katanya ketika membahaskan usul persendirian Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi mengenai insiden penculikan berlaku di Sabah di Dewan Rakyat hari ini.

 Pada 14 Mei, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan, Sabah, dan menculik seorang lelaki dan wanita seorang warga disaksikan kira-kira 100 pelanggan. Insiden tersebut menimbulkan kritikan orang ramai termasuk wakil rakyat kawasan tersebut kerana insiden sama sering kali berulang walaupun terdapat Esscom.

Hassan Malek: Rakyat mula sedar GST menguntungkan.......piiraah..!!!

Kesimpulan itu berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga barangan dan penipuan yang semakin menunjukkan penurunan
Hassan-Malek_gst_600KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini sudah mula sedar bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap barangan tertentu tidak membebankan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hassan Malek berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga barangan dan penipuan yang semakin menunjukkan penurunan.
“Saya lihat rekod kita menunjukkan aduan semakin menurun. Persepsi saya ialah rakyat sudah mula memahami bahawa GST ini sebenarnya bukan menyusahkan sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Buku ‘Coffee Table’ Hasan Malek ‘Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’ di Gloria Jeans Coffee, Menara PNS, Bangsar South City pada Rabu.
Hasan berkata, penerimaan rakyat jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan cukai kepenggunaan iaitu GST sebenarnya menguntungkan rakyat.
“GST ini menguntungkan rakyat,” katanya.
Jelasnya, penilaian aduan yang dibuat pihak KPDNKK menerus pelbagai kaedah, seperti, easy adu, e-aduan, mykira, malalui telefon serta pusat anti percatutan.
“Semua kemudahan yang kita sediakan itu, mencatatkan penurunan, kamu semua boleh semak statistik di pejabat KPDNKK,” katanya.

Korang tau tak, kat M'sia ni 'dosa' tak bayar PTPTN lagi besar dosanya drpd membunuh !!!


Patutla penjenayah semakin berleluasa kat negara kita skrg ni..

Klu tak merompak, menyamun, rogol, tembak, bunuh, Myvi langgar orang sampai mati 3 beranak, pembuangan & pembunuhan bayi dan juga PEROMPAKAN berbilion2 ringgit oleh UMNO/BN..

NAJIB 'KENCING' LAGI pasal 1MDB ???

Sampai bila nak kelentong & mengencing pada rakyat.. lagi lama kamu bertahan jadi PM, lagi banyaklah kebobrokan & penipuan kamu akan terbongkar satu persatu..

Politik merit lawan politik etnosentrik


parlimen_malaysia


Mengekalkan amalan berpolitik berasaskan kaum adalah satu tragedi. Malah, apabila idea ini kembali dibahaskan oleh menteri yang pernah diangkat dengan pelbagai gelaran yang lunak-lunak sebelum beliau dilantik jadi menteri, ia tambah meloyakan.
Kelakar bercampur seram, kata guruku. Beliau kini kelihatan tercungap-cungap dibungkam dengan acuan menteri-menteri Umno setelah diperagakan dengan gayanya di dalam kabinet kerajaan Malaysia – kabinet paling lemah yang pernah kita saksikan dalam sejarah.
Akhirnya nafas dan ideanya sudah Umnoisme. Di saat kita berhati-hati merenung kembali tragedi yang menggulung sejarah rusuhan kaum pada 13 Mei, 46 tahun lepas, sedarlah kita betapa mereka ini masih gagal memahami keperluan untuk menghapuskan sistem politik yang bersifatkan pemisahan kaum ini.
Ia adalah perkauman walau apa jua istilah baru yang cuba dipasarkan mereka. Dan di kala anak muda yang baru berjinak-jinak mempamerkan kecenderungan berpolitik, malangnya mereka kini diajar pula satu langkah ke belakang dengan sistem tinggalan penjajah ini.
Pakatan Rakyat telah buktikan
Undi popular yang dimenangi Pakatan Rakyat sebanyak 52% semasa PRU 13 yang lepas telah memberi petunjuk; pengundi dan pembayar cukai mula memahami perlahan-lahan yang mereka boleh memilih pemimpin yang mereka fikir layak untuk mewaklili mereka secara merit melalui demokrasi.
Mereka tidak perlukan kaum tertentu untuk menjadi wakil, walaupun dari bangsa mereka sendiri. Kuota untuk mengisi kepimpinan berasaskan ras ini sudah lapuk dan akan dilihat ketinggalan zaman. Anak muda zaman ini pun tidak mahu dilihat dengan kecenderungan begini.

1MDB: Jangan main-main, Najib


MALAYSIA-CHINA-VIETNAM-MALAYSIAAIRLINES-TRANSPORT-ACCIDENT


KUALA LUMPUR, 20 MEI: Realiti krisis dialami 1MDB semakin mengerikan apabila hari ini perdana menteri sendiri mengesahkan tiada wang tunai dibawa pulang dari Pulau Cayman seperti yang dikatakan sebelum ini.
Malah berdasarkan kenyataan di parlimen, Datuk Seri Najib Razak mendakwa wang berkenaan tidak disimpan di bank Singapura, sebaliknya hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk asset.
Ia didakwa disimpan sebuah bank di Singapura namun nama institusi kewangan itu tidak dinyatakan.
Mengulas perkembangan itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, pendedahan itu sangat mengejutkan.
“Ia juga mengesahkan bahawa tiada wang tunai dibawa balik oleh 1MDB dari Pulau Cayman.
“Maksudnya tiada wang tunai yang disimpan di Singapura, tapi hanya ada aset. Aset ini pula hanya paper asset (aset kertas),” katanya di sidang media di lobi parlimen hari ini.
Pua juga menyifatkan pelaburan yang digembar-gemburkan Putrajaya sebelum ini di Pulau Cayman adalah mengarut, malah nilai aset tersebut juga tidak diketahui.
“Apakah nilai sebenarnya, kita tidak tahu. Bermakna 1MDB hanya membuat pemindahan kertas dari Pulau Cayman ke Singapura,” katanya.

Tidak wajar syarikat tanggung GST, kata Shabery

GST merupakan cukai kepenggunaan dan mengharapkan pihak industri menanggung cukai itu akan memberi isyarat tidak baik kepada pelabur luar.
PETALING JAYA: Meminta pihak syarikat menyerap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bertentangan dengan prinsip cukai kepenggunaan itu perkenalkan, kata Datuk Seri Shabery Cheek.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ia juga bukan isyarat yang baik kepada syarikat terutama kepada pelabur luar sekiranya mereka terpaksa menanggung GST.
“Saya tidak bertujuan untuk membela syarikat telco namun kita kena kembali kepada prinsip GST adakah ia mesti ditanggung oleh syarikat kerana GST adalah cukai kepenggunaan.
“Saya rasa ia bukan isyarat yang kita mahu berikan kepada industri di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Titiwangsa (BN),Datuk Johari Abdul Ghani di Dewan Rakyat pada Rabu Rabu.
Shabery berkata, kerajaan bagaimanapun akan mencari jalan untuk menambahbaik GST seperti di negara lain yang telah lama melaksanakan cukai itu.
“Tidak adil bila seorang pengguna beli kad isian semula telefon bimbit berharga RM10, bermakna mereka hanya memindahkan nilai wang kepada digital dalam sistem telefon mereka, perkhidmatan belum lagi digunakan oleh pengguna waktu tersebut, oleh itu tidak wajar kerajaan kenakan GST hanya membeli kad tersebut.

Tony Pua to 1MDB: Where is the 'cash'?

1MDB has no cash in Singapore

BNBBC: Don't treat Parliament like a Govt Dept

Big risk in 1MDB cross default deal, says Rafizi

Kes samseng ceroboh DUN, KM pohon kenyataan dikemuka di prosiding rayuan Mahkamah Tinggi PP

MP from PSM declares assets

Rafizi to EPF, TH & KWAP: Divest now

'Najib setuju reformasi parlimen selepas kena ugut'

TU DIA !!!! rupa2nya dlm diam2 dah belasah duit lembu RM250 JUTA, dia juga Penasihat PM Najib Razak.....


Untung lagi bertuah masuk UMNO, dah belasah & jahanamkan amanah duit2 rakyat RM250 juta, dapat pula gaji & elaun dari Najib !!!

Pencacai & penjilat UMNO dapat gaji & elaun tak... Daging lembu dah berapa ribu kilo dapat dari Mak-Lembu 1 Malaysia..

HIDUP BN !!! MATI PON BN !!!


APA DAH JADI DI #SABAH !!!.. KENAPA JADI BEGITU SEKALI..

KERANA... Sabah merupakan 'fixed-deposit' BN 
Emotikon like

KERANA... pengundi Sabah pilih BN 
Emotikon like


Biar rakyat terus hidup sebegini asalkan laki-bini#Najib-#Rosmah dapat hidup dgn kemewahan di samping merompak segala kekayaan negara..

Kerajaan Umno@BN Akhirnya Akui Projek E-Book Ratusan Juta ‘Gagal’

IMG_20150519_131909
KUALA TERENGGANU – Projek ‘Buku Elektronik’ e-Book yang mula diperkenalkan oleh kerajaan Terengganu sejak tahun 2008 hingga menelan belanja ratusan juta, akhirnya ‘berkubur’.
Projek e-Book itu, diperkenalkan oleh bekas Menteri Besar (MB) Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said dihentikan oleh MB sekarang, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, yang pernah menjadi Exco Pelajaran.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Abdul Latif Awang bahawa program e-Book telah ditamatkan.
Katanya, projek e-Book yang dimulakan sejak tahun 2008 itu hampir 10 tahun diperkenalkan di negeri ini telah ditamatkan.
IMG_20150519_131823Menurutnya, kajian terperinci secara menyeluruh telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadaap keberhasilan penggunaan e-Book tersebut.
“e-Book telah diputuskan dalam mesyuarat kerajaaan negeri atau mesyuarat Exco, kita (kerajaan) tamatkan. Projek ini bermula tahun 2008 lagi dan tahun 2015 kita tamatkan.
“Perkara ini diambil inisiatif oleh Menter Besar (Ahmad Razif), sebagai langkah proaktif dan kerajaan negeri telah melantik konsultan untuk membuat kajian tentang keberkesanan projek e-book itu.
“Pada tahun 2014, satu kumpulan penyelidik dari Institut Darul Iman (Idaman) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), yang diketuai oleh Profesor Dr Ibrahim Mohamad.
“Hasil dari kajian menyeluruh tentang keberhasilan penggunaan e-Book ini. Seramai 796 orang murid terlibat dalam kajian ini sebagai respondan kita di 45 buah sekolah seluruh negeri Terengganu,” jelasnya ketika menggulung Persidangan Dun Terengganu, di Wisma Darul Iman, dekat sini, 14 Mei lalu.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman ketika bangun mencelah berkata maknanya selama ini telahan dan kritikan PAS terhadap projek e-Book itu adalah benar dan tepat.
Bagaimana pun, Abdul Latif yang juga Adun Pengkalan Berangan itu menyifatkan ‘ramalan’ pembangkang (PAS) itu mungkin secara kebetulan.

Sah Kena Main: GST kad tambah nilai prabayar dikekalkan

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas penggunaan kad tambah nilai prabayar akan dikekalkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengguna tidak akan dikenakan GST semasa membeli kad tambah nilai, sebaliknya hanya akan membayar cukai tersebut apabila menggunakan nilai yang dikreditkan ke nombor telefon bimbit masing-masing.

"Kerajaan berusaha mencontohi negara-negara lain yang turut mengenakan cukai ini ke atas penggunanya. Pengguna tidak akan dibebankan dengan GST ketika membeli kad tambah nilai terbabit, sebaliknya hanya dikenakan GST ketika membuat panggilan, menghantar SMS dan sebagainya.

"Ia sama seperti penggunaan kad 'Touch n Go' dan bayaran tempat parkir kereta yang dikenakan cukai ini. Mereka hanya dicukaikan semasa penggunaan khidmat-khidmat ini," katanya ketika menjawab soalan (BN-Tanah Merah), Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ikmal Hisham sebelum itu meminta beliau menyatakan usaha kerajaan bagi memastikan syarikat telekomunikasi mengkaji semula GST yang dikenakan ke atas kad prabayar.

Tingkat fungsi parlimen, adil kepada pembangkang



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menggesa agar badan institusi parlimen mempertimbangkan layanan yang lebih adil kepada pembangkang.
Pada asasnya beliau bersetuju dengan beberapa cadangan yang dilontarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung usaha-usaha untuk meningkatkan fungsi dan integriti institusi Parlimen semalam.

Beliau berkata, Pandikar telah mencadangkan untuk mewujudkan beberapa lagi jawatankuasa khas kecil Parlimen, peruntukan masa khas sesi soal jawab bersama anggota kabinet terutamanya Perdana Menteri dan mengkaji semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk semua pihak legislatif untuk turut sama melontarkan pelbagai cadangan konstruktif bagi mereformasikan institusi Parlimen di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Malah, katanya penglibatan sokongannya perlu lebih luas bagi menggambarkan konsensus dan representasi rakyat.

"Saya berharap selepas sidang mesyuarat pada kali ini, satu jawatankuasa rentas parti dapat dibentuk bagi mengangkat agenda Reformasi Parlimen daripada pelbagai aspek seperti mengukuhkan konsep pemisahan kuasa, akauntabiliti kerajaan, pengurusan agenda dan pelbagai lagi bagi memastikan keberkesanan fungsi institusi ini," ujarnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat Lemah, Tidak Matang & Tak sepakat

Oleh Raja Nor Azrin
1. Sejak akhir2 ini, kita boleh saksikan percanggahan pendapat dan pandangan dikalangan pemimpin tertinggi pakatan PR samada dari PAS, PKR dan DAP berhubung pelbagai isu yang melibatkan perbezaan perdekatan dan dasar parti masing2. Perbezaan ini adalah satu lumrah dan hampir mustahil untuk diselesaikan.

2. Namun, kewujudan PR bukanlah bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan itu, tetapi wujudnya PR kerana persamaan yang jelas tentang matlamat perjuangan mereka. Misalnya kesemua parti2 dalam PR sepakat bahawa mereka ingin;
- menghapuskan rasuah,
- menegakkan keadilan,
- memastikan tiada penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan harta negara,
- melawan kezaliman,
- memajukan ekonomi negara
- membantu rakyat miskin dan golongan yang memerlukan

3. Malangnya,sejak akhir2 ini kita boleh saksikan, ramai pemimpin tertinggi PR samada dari PAS, PKR dan DAP, banyak menggunakan media massa untuk menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap satu sama lain. Dan yang sangat menghairankan, perkara ini berlaku ketika PR mendapat pengaruh dan kepercayaan rakyat. Untuk rekod, PR mendapat 53% peratus undi popular dalam PRU13.

4. Disaat BN sedang menghadapi pelbagai masalah yang kritikal dengan isu salahtadbir urus dan bermacam2 skandal, PR yang mendapat pengaruh dan kepercayaan rakyat pula seolah2 memper"main"kan kepercayaan rakyat yang diberikan kepada mereka. Mereka bergaduh sesama sendiri, menuduh dan memfitnah antara satu sama lain...

5. Perbezaan dijadikan sebagai Matlamat perjuangan sempit mereka. Mereka seakan-akan lupa ketika mereka "susah" (tiada pengaruh dan kepercayaan), mereka bersama dalam satu sof, turun padang memberikan penerangan kepada rakyat, mereka korban duit mereka dan masa mereka untuk membela rakyat... mereka tinggal anak bini mereka kerana perjuangan, tetapi hari ini, nada mereka sudah berbeza....Apakah mereka sudah lupa setelah memegang beberapa tampuk kuasa??

Reputasi Pendikar Amin sudah rosak

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pendedahan dibuat oleh Mahathir Mohamad yang Pendikar Amin Mulia telah meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat terjawab hari ini apabila Speaker asal Sabah itu membuat penjelasan atas apa yang berlaku.
Katanya dalam sidang akhbar di rumahnya, dia memang telah menulis surat untuk meletak jawatan, tetapi hasratnya itu ditolak oleh Najib Razak.

Adapun kenapa dia hendak meletak jawatan ialah kerana kecewa dengan beberapa perkara termasuk perjalanan sidang parlimen dan juga kurang keprihatinan kerajaan kepada prasarana Parlimen yang dianggap sebagai kelas ketiga berbanding dengan prasarana institusi kerajaan lain pejabat-pejabat menteri atau pun mahkamah. Hasrat besar Pendikar Amin katanya dia mahu melakukan perubahan dan pembaharuan kepada parlimen. Salah satu yang tidak disenangi ialah orang yang bertanggungjawab kepada parlimen hendaklah ditiadakan. Apa dimaksudkan dia mahu menguasai Parlimen sepenuhnya dan pentadbiran instutusi itu tidak terpisah.
Najib katanya berjanji akan memenuhi tuntutan beliau itu dengan mengarahkan Muhyiddin Yassin menanganinya. Pendikar Amin menegaskan dia akan serahkan surat perletakkan jawatan itu sekali lagi kalau tuntutannya tidak dipenuhi. Tempoh yang diberikan ialah sebelum parlimen penggal ke 13 ini dibubarkan.

RMK11: Tidak guna bincangkan sesuatu perkara jika tak mampu biayainya - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) perlulah bersandarkan kepada kemampuan dan keperluan yang sedia ada.

Menurutnya, tiada guna pihak kerajaan membincangkan sesuatu perkara, sekiranya tidak mampu membiayainya kerana tindakan itu hanya akan menimbulkan masalah.

“Apa jua yang kita miliki mesti tepat dan berhubung kait dengan ancaman yang terpaksa kita hadapi.

“Dan ancaman hari ini mungkin berbeza daripada yang kita hadapi dahulu… kemunculan IS dan sebagainya,” kata Hishammuddin ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, pada Rabu.

Bagaimanapun, katanya tidak ada guna jika negara memiliki aset-aset yang canggih sedangkan ancaman yang diterima hanyalah ancaman yang asas.

Beliau mengulas tentang peruntukan RMK11 bagi sektor pertahanan, di mana beliau menekankan tiga prinsip yang perlu disandarkan iaitu kemampuan, tahap ancaman dan pihak-pihak berkepentingan.

“Masa untuk kita membeli aset dengan sewenang-wenangnya tanpa memikir kepada tiga perkara asas tadi telah pun berlalu di bawah kepimpinan saya dalam kementerian ini,” kata Hishammuddin lagi.

'Audit 1MDB, tapi Najib mesti berundur' - Zaid Ibrahim

Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim berkata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan walau apa saja keputusan audit ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Zaid mengesan bahawa Najib tidak mengemukakan projek 1MDB ke kabinet atau ke parlimen, walhal ia adalah satu projek di luar belanjawan.

Bekas menteri hal ehwal undang-undang itu berkata, tindakan Najib itu bertentangan dengan prinsip tanggungjawab menteri.

“Ini bermakna, Najib perlu meletak jawatan walau apa jua disebut oleh laporan audit,” katanya dalam kenyataan di blog zaid.my.

Beliau merujuk kepada kenyataan Najib yang menyeru semua pihak agar menunggu keputusan audit ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Selain itu, Najib juga berkata beliau tidak boleh dipaksa meletak jawatan sebelum mandatnya selama lima tahun berakhir.

Mengulas pendirian ini, Zaid berkata, sikap Najib bertentangan dengan sistem Westminster, di mana kerajaan dan menteri bertindak mengikut konvensyen dan etika sistem berparlimen.

“Semua menteri terikat dengan prinsip tanggungjawab peribadi dan kolektif. Maka jika seorang menteri tidak bersetuju dengan keputusan kabinet, dia mesti letak jawatan,” katanya.

Terkantoi: Dana Cayman Island dalam aset bukan tunai


PKR mahu tiga agensi lupuskan pelaburan 1MDB


Rafizi cabar KWAP lupus pegangan dan pelaburan dalam 1MDB

KUALA LUMPUR 20 MEI: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH) membuat keputusan segera bagi melupuskan pegangan dan pelaburan di dalam syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rafizi menjelaskan, masalah kewangan 1MDB menjadi satu risiko kewangan bukan sahaja bagi syarikat itu, tetapi kepada keseluruhan Perbendaharaan negara.
“Saya kurang bersetuju dengan pendapat Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan bahawa pegangan bon di dalam 1MDB dan anak-anak syarikat 1MDB adalah selamat kerana dijamin kerajaan.
“Kegagalan membayar hutang perlulah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan…dalam keadaan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan rapuh, ada kemungkinan besar sekiranya 1MDB gagal, kerajaan akan berunding untuk melengahkan bayaran atau menggantikan pembayaran dengan aset bagi bantu aliran tunai perbendaharaan negara.
“KWAP, KWSP dan Tabung Haji adalah agensi kerajaan, besar kemungkinan agensi-agensi ini terpaksa akur dengan permintaan kerajaan,” jelasnya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

KEADILAN tak pernah setuju cadangan kerajaan perpaduan

RafiziKUALA LUMPUR 20 MEI: KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya bahawa Ketua Umum, Saudara Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti itu telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, semalam.
Naib Presiden, Rafizi Ramli berkata, beliau diberi mandat oleh Biro Politik untuk menafikan perkara itu.
“KEADILAN berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS,” kata Rafizi dalam kenyataan.
Katanya, fokus KEADILAN untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang rosak di bawah Barisan Nasional.
“Apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan GST, skandal 1MDB, penggunaan dana-dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain,” ujar Rafizi.
Menurut beliau, KEADILAN percaya Umno berada pada keadaan paling lemah.
Ini juga kata Rafizi, masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia.
Isu ini ditimbulkan Abdul Hadi semalam dalam program ‘Bicara Harakah’ dengan menyatakan idea kerajaan perpaduan dipersetujui bersama oleh Anwar, Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan DAP.

Pemilihan PAS: Presiden 2, timbalan 2, naib 6


KUALA LUMPUR: Enam menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun depan.

Mereka terdiri daripada Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Bagi jawatan Presiden PAS hanya dua calon yang bertanding iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Ahmad Awang, begitu juga Timbalan Presiden PAS, antara Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Demikian diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61, Asmuni Awi pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, sebentar tadi.
Pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2015-2017

Pengerusi Tetap

1. Hussin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Ustaz Kamal Ashaari

Pemeriksa Kira-Kira

1. Abdul Syukur Aziz

2. Mohd Najib Ahmad

Presiden

1. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

2. Ustaz Ahmad Awang

Timbalan Presiden

1. Mohamad Sabu

2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden

1. Datuk Husam Musa

2. Salahuddin Ayub

3. Ustaz Idris Ahmad

4. Datuk Iskandar Abdul Samad

5. Datuk Mahfuz Omar

6. Datuk Mohd Amar Abdullah

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

2. Ustaz Abd Ghani Samsudin

3. Abdul Wahid Endut

4. Datuk Abdullah Hussin

5. Dr Abu Bakar Mohamed

6. Aiman Athirah Aljundi (Raj Munni Sabu)

7. Dr Ali Akbar Gulasan

8. Aminolhuda Hassan

9. Datuk Amiruddin Hamzah

10. Apandi Mohamad

11. Dr Azman Ibrahim

12. Azman Shafawi

13. Dr Dzulkefly Ahmad

14. Datuk Dr Fadhli Hasan

15. Dr Fakrudin Fakrurazi

16. Dr Halimah Ali

17. Hanipa Maidin

18. Dr Hatta Md Ramli

19. Kamaruzzaman Muhammad

Muktamar 61: Satu lawan satu jawatan no 1, no 2 PAS

Pemilihan PAS menyaksikan perlawanan satu lawan satu melibatkan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Calon jawatan bagi presiden PAS melibatkan menyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas naib presiden Ahmad Awang.

Manakala calon jawatan bagi timbalan presiden PAS melibatkan menyandangnya Mohamad Sabu dan ulama terkenal parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Trend sama berlaku di peringkat sayap Pemuda dan Muslimat parti itu, yang menggambarkan kecenderungan ke arah pertembungan jelas dua aliran dalam PAS.

Ketua Pemuda PAS yang menyaksikan pertemuan penyandang Suhaizan Kaiat dan anggota jawatankuasa pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Calon timbalan ketua pemuda PAS melibatkan penyandangnya Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Ketua muslimat PAS menyaksikan pertandingan antara Siti Zailah Mohd Yusoff dan Nuridah Saleh.

Jawatan timbalan ketua muslimat melibatkan penyandangn Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam.

Manakala Ketua Dewan Ulama, Mahfodz Mohamad menang tanpa bertanding selepas tidak dicabar.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi di Pejabat PAS Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pemilihan PAS akan berlangsung ketika muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor.

Asmuni: Tak puas hati pecat saya

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi hari ini mengaku terguris perasaan apabila kewibawaannya mengelolakan pemilihan parti itu dipertikaikan.

Beliau malah berkata sedia dipecat daripada jawatan itu jika terbuka beliau berat sebelah.

“Kalau ada cadangan yang baik sila bagi cadangan, jangan main tembak sahaja.

“Lainlah kalau kamu tidak yakin dengan saya sebab saya dilantik oleh Jawatankuasa Pusat (PAS).

“Saya sebenarnya sebagai manusia rasa terguris, Kalau awak tak yakin, sila pecat saya,” katanya yang kelihatan beremosi.

Pengamal undang-undang itu juga meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya berterus terang supaya mudah jika beliau mahu mengambil tindakan undang-undang.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin PAS Kuala Nerus M Shukrimun Shamsuddin yang menggesanya meletak jawatan kerana didakwa berat sebelah.

Yang dipertuan PAS kawasan itu berkata terdapat suara menuntut Asmuni ditukar selepas rekod kerjanya pada sesi lepas.

Himpunan 100 hari Anwar dipenjara malam ini

Hari ini adalah hari ke-100 ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara, dan penyokongnya akan berhimpun di luar pintu penjara Sungai Buloh, Selangor malam ini.

Anwar, bekas MP Permatang Pauh dan bekas ketua pembangkang, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas sabitan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau mula menjalani hukuman penjara pada 10 Februari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Rayuan itu. Anwar bertegas beliau tidak bersalah.

Anak perempuannya, Nurul Nuha Anwar, menggesa penyokong untuk datang menunjukkan solidariti bersama Anwar malam ini.

Nurul Nuha memberitahu pemberita demikian pada hari Jumaat semasa mengumumkan acara tersebut.

Beliau juga mengetuai kempen 'March 2 Freedom' untuk mendesak pembebasan ayahnya.

Program hari ini bukan yang pertama diadakan di situ untuk menunjukkan solidariti bersama Anwar yang dinamakan 'Jalan Harapan' di luar pintu penjara itu.

Beberapa malam selepas penghakiman terhadap Anwar diumumkan, ratusan penyokong berhimpun secara aman di situ dengan membawa lilin dan kain rentang.

Altantuya: Sirul telah keluar negara secara sah, kata KDN

KUALA LUMPUR: Sirul Azhar Umar telah dibenarkan keluar negara kerana tidak tersenarai dalam senarai syak Jabatan Imigresen, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kementerian itu berkata, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu itu telah dibenarkan oleh mahkamah untuk keluar negara.

“Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen 1959/63, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan menghalang seseorang yang hendak keluar atau masuk negara jika nama seseorang itu tidak tersenarai dalam senarai syak Jabatan,” kata kenyataan itu menerusi jawapan bertulis di Parlimen.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang memiliki dokuman perjalanan yang sah, mendapat kelulusan visa, mempunyai wang yang cukup, memiliki tiket penerbangan pergi dan balik, dan tidak menghadapi sebarang penyakit berjangkit, tidak akan dihalang untuk keluar masuk negara.

Najib Tak Mungkin Percaya Pandikar Amin Lagi, Undur Pilihan Terbaik Baginya

Siapa bercakap benar dan siapa berbohong dalam isu perletakan jawatan Speakar Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia akhirnya boleh dinilai sendiri oleh rakyat. 

Seakan tidak dapat menahan beban dalam jiwa selepas hasratnya meletakkan jawatan didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Pandikan Amin mengadakan sidang akhbar mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Beliau mengakui memang menghantar surat perletakan jawatannya kepada Najib walaupun pada Sabtu lalu, kira-kira jam 10 malam, sudah mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan perkara itu.

Menurutnya, surat perletakan jawatan itu bukan saja ditolak, bahkan tidak dibuka oleh Najib, sebaliknya Perdana Menteri berjanji menangani rungutannya dan melakukan transformasi di Parlimen.

Sehubungan itu, kata Pandikar, beliau memutuskan untuk terus kekal sebagai Speaker.

Bercakap dalam program jelajahnya di Ipoh Sabtu lalu, Tun Mahathir berkata, Pandikar Amin memberitahunya mengenai perletakan jawatan itu dan antara perkara yang dirungutnya ialah kelengkapan perabot di pejabatnya.

Semalam pula, Pengerusi BNBBC Shahrir Samad berkata, ketiadaan tandas di pejabat Speaker mungkin menjadi sebab tindakan yang diambil oleh Pandikar Amin itu.

Walaupun isu ini dianggap selesai dan kebenarannya boleh dinilai sendiri oleh rakyat, tetapi imej dan kredibiliti Pandikar Amin sudah calar balar kerananya. Tidak ada mana-mana Speaker berbuat sebegini sebelum ini.

Ramai menyifatkannya tidak teguh pendirian, mudah dipujuk, merajuk kerana isu remeh dan tidak cukup berani sebagaimana gah orang menyebut namanya.

Jika isu kelengkapan perabot dan pejabat yang menjadi isu, ramai yang kehairanan bagaimana Zahir Ismail yang lebih lama dan Ramli Ngah Talib yang juga tidak kurang lamanya sebagai Speaker sebelum ini,  boleh bertahan dan tidak merungut apa-apa mengenainya.

Selain imej dan kredibilitinya sudah terjejas, satu-satunya yang sukar bagi Pandikar Amin selepas ini ialah beliau tidak lagi mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada Najib.

Di ketika sedang bergasak dengan Tun Mahathir, Najib tentunya berkecil hati apabila akhirnya mengetahui Pandikar Amin didapati telah menemui bekas Perdana Menteri yang merupakan musuh utamanya secara sembunyi-sembunyi dan mengadu macam-macam hal kepadanya.

Putrajaya nafi bayar Paul Stadlen

Putrajaya menafikan pernah membuat sebarang pembayaran gaji kepada Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Paul Stadlen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Shahidan berkata setakat ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya mempunyai empat penasihat  dan antaranya ialah Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Perdana menteri punyai empat penasihat Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Mohd Johari Baharom , Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut  kelayakan masing-masing berdasarkan kepada kepakaran yang diberikan," kata Shahidan. Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang meminta kerajaan menyatakan bilangan penasihat rasmi perdana menteri dan jumlah bayaran termasuk semua elaun setiap seorang penasihat tersebut.
Hanipa turut meminta kerajaan menjelaskan pembayaran gaji kepada Stadlen setakat April 2014.