Isnin, 18 Mei 2015

WOWW !!.. Najib nak jadi PM selama macam Tun Mahathir ka...

22 tahun ka, atau sampai mati ka... kita tunggu PRU14 nanti. Stkt mana najib boleh pergi jauh..

Parlimen Tolak Soalan Tanah 1MDB - Rafizi

PAS hantar notis semula untuk bentang hudud

Najib: There is a solution to everything including 1MDB

Najib: Voice out your support for Umno

Najib: I can go for 22 years but...

Dr M: ASEAN summit is in order to address the influx of Rohingyas

Dr M: Pandikar came to see me, not happy with Najib

Dr M: You are cheating the government!

Dr M: Najib's FAQ answers nothing

Takyah ditangguh2, TUTUP TERUS PLKN LAGI BAGUS..


Inilah pe'el & lumrah dlm UMNO.. bila PLKN ditanggukan heboh satu M'sia dihebohkannya BOLEH JIMAT RM400 JUTA !!!

TAPI jika PLKN 'DISAMBUNG SEMULA' bermakna ia adalah satu pembaziran.. Tak gitu

KERAjaan BAGI BR1M, RAKYAT BAYAR GST

Terima kasih rakyat M'sia bersedekah bayar cukai GST kpd KERAjaan UMNO/BN.. SENANG JADI KERAJAAN CARI DUIT !!!
Jangan pulak buat bayar hutang hasil pembaziran Najib dan BN ya!! Itu masalah kamu.. Jangan nak pindah masalah TAK RETI MENGURUS tu pada rakyat !!!

Syukur hutang KERAjaan Najib NAIK LAGI !!!


Drpd mula2 Najib jd PM RM362.4 bilion, skrg dah meningkat jd RM596.8 bilion 
Emotikon like
 .. Ini menunjukkan satu PENINGKATAN YANG SUDAH DIJANGKA hasil Transformasi Najib.

JANGAN RISAU, rakyat sama2 tolong bayarkan bayar GST.. Mestilah tolong bayarkan. Klu tidak jet mewah VVIP KERAjaan akan ditarik balik. Nanti susah pula Najib, menteri2 & Rosmah TAK DAPAT NAK BERMESYUARAT dlm jet tersebut...

Jet dah ada ruang mesyuarat, kenapa naik taraf RM28 juta lagi?

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Keputusan Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM28 juta bagi mewujudkan ruang mesyuarat di kabin jet peribadi kegunaan Perdana Menteri tidak boleh diterima.
Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli (PKR) berkata, hal itu berikutan jet peribadi terbabit sudah mempunyai sebuah ruang mesyuarat yang lengkap dan selesa.
“Saya tak boleh terima alasan naik taraf untuk adakan ruang mesyuarat sebab sebelum ini memang dah ada meja dan kerusi yang lengkap untuk adakan mesyuarat dalam jet itu.
“Saya nak juga tengok bagaimana rupa kabin bernilai RM28 juta itu,” kata Mohd Rafizi pada sidang media di lobi Dewan Parlimen, di sini, hari ini.
Mohd Rafizi berkata, perbelanjaan RM28 juta wang rakyat itu adalah pembaziran di saat rakyat bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Menangani krisis persaraan dengan alternatif lain

oleh Khoo Hsu Chuang
Semua orang ada jumlahnya. Seorang pemilik media mengatakan yang jumlah beliau adalah RM7 juta. Seorang kawan saya yang bekerja dengan bank bernilai AS$10 juta (RM36.4 juta). Kebanyakan orang yang saya temui menyatakan yang jumlah mereka adalah di antara RM3 juta dan RM5 juta.
Mereka sudah tentu merujuk kepada jumlah wang tunai (dan setara tunai) yang mereka ingin punyai, selepas ditolak hutang, apabila mereka bersara.
Ini mungkin berbunyi seperti jumlah yang besar. Tetapi, mereka adalah golongan 1% teratas Malaysia. Mereka yang mempunyai gaji besar, pemilik perniagaan, celik-pelaburan, waris hartawan.
Bagaimana dan mengapa orang-orang ini dapat berada dalam kedudukan ini adalah disebabkan oleh gabungan beberapa faktor. Sudah tentu nasib,  untuk dilahirkan ke dalam sebuah keluarga kaya – yang dipanggil faktor "Sperma Bertuah".
Keberanian, untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Kerja keras – tidak perlu dinyatakan. Disiplin dan keinginan, untuk belajar cara melabur – sebuah usaha sepanjang hayat, dalam buku saya. Dan sikap komited, kerana perniagaan bukannya merupakan pelayaran yang lancar, terutamanya pada tahun-tahun awal.
Selebihnya? Dianggarkan 68% rakyat Malaysia mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka pada usia 55 tahun? Majoriti yang tidak berdaya, segmen menonjol rakyat Malaysia yang perlu diselamatkan dari masa depan yang menakutkan? 
Perubahan perlu mula dilakukan, dan secara pantas. Untuk sebahagian besar golongan ini, mungkin jumlahnya pun tidak wujud. Keutamaan mereka adalah untuk terus hidup, mencari rezeki.
Betapa burukkah keadaan semasa? Perangkaan KWSP menunjukkan bahawa kira-kira 70,000 pencarum aktif yang berusia 54 tahun mempunyai simpanan purata di bawah RM167,000 pada 2013, lebih rendah daripada tahap simpanan minimum RM196,800. Tetapi itu pun tidak mencukupi, kerana RM167,000 hanyalah RM870 sebulan (jika mereka bersara pada usia 60 tahun dan meninggal pada umur 76).
Setelah mengetahui hal ini, ada beberapa perkara struktur tertentu yang boleh dilakukan. Permulaannya mungkin adalah KWSP.

Mahathir: Guan Eng pun sama dengan Najib, undurlah

Tun M: 'Pandikar malukan saya, seolah-olah saya pembohong'

Najib tak jawab, Dr Mahathir masih nak debat....Ada berani..!!!


"Pandikar malukan saya, beri gambaran saya pembohong" - Tun M

KUALA LUMPUR: "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan."

Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.

"Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan.

"Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya.

"Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.

"Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nak resign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nak resign," katanya di pelancaran buku 'Dr Mahathir's selected letters to world leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya.

'Kami hanya akan jawab kepada Ketua Audit Negara dan PAC' -1MDB

KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya akan menjawab sebarang persoalan mengenai isu berkenaan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sahaja.

Dalam satu kenyataan 1MDB, syarikat itu memberitahu, mereka mengambil perhatian kepada setiap soalan yang ditimbulkan kepadanya di dalam media walaupun dilihat kekurangan bukti.

"Kami hanya menjawab kepada PAC atau AG. Adalah jelas banyak persoalan yang dipaparkan di media selama ini kekurangan fakta, bukti sokongan serta laporan berat sebelah yang cuba membentuk pendapat umum.

"Mencari kebenaran perlu berasaskan fakta dan dikendalikan oleh pihak-pihak yang boleh dipercayai. Ia tidak seharusnya berat sebelah. 'Perbicaraan' oleh pihak media tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak yang benar-benar berminat dalam kebenaran," jelas kenyataan itu.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, jika semua pihak ikhlas mencari kebenaran dalam isu 1MDB, mereka perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah seperti Ketua Audit Negara.

Jelas Najib, maklumat mengenai isu berkenaan tidak sepatutnya diperolehi dari portal berita, pihak ketiga atau mana-mana blog yang mempunyai agenda tersembunyi.

Dalam pada itu kata kenyataan itu, semua pihak diminta menghormati proses kajian dan prosiding siasatan yang diketuai Ketua Audit Negara.

"Semua perlu hormat proses siasatan seperti yang diarahkan Kabinet dan menunggu hasil perbicaraan PAC yang bermula minggu ini," jelas kenyataan itu.

Najib tak jawab semua soalan saya, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengatakan Datuk Seri Najib Razak langsung tidak menjawab soalan, meskipun perdana menteri menjawab 13 soalan melalui laman blog miliknya najibrazak.com, semalam.
"Najib tak jawab apa-apa pun," kata Dr Mahathir, ketika diminta mengulas perkara itu.
Dr Mahathir berkata, isu yang dibangkitkan dan kritikan dilemparkannya kepada Najib adalah kerana beliau mengetahui presiden Umno itu akan tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Saya buat sekarang ini kerana saya tahu dia akan kalah pilihan raya.  "Dengan skandal-skandal ini (1Malaysia Development Berhad) 1MDB, Altantuya (Shariibuu), sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tiada isu-isu ini.  Kerajaan sekarang langsung tidak popular," kata Dr Mahathir di Putrajaya hari ini.
Beliau turut menyuarakan rasa terbuka kesediaan untuk berdebat dengan Najib sekali lagi.
"Kalau masih mahu debat tiada masalah, saya nak tanya, benda dia nak jawab dia jawablah, kalau dia tanya saya boleh jawab," katanya.

PM digesa kemuka usul khas bahas isu Rohingya - Azmin

Rafizi: Menteri buktikan BN tidak faham GST

Kes bunuh Altantuya: MP tak puas hati jawapan KDN


Wan Junaidi sahkan polis jumpa Sirul di Australia


Sekarang Dr Mahathir mahu kuasa PM dikurangkan

Selepas mentadbir Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kuasa perdana menteri dikurangkan.
Dr Mahathir berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai "terlalu banyak kuasa" sehingga berupaya menyalahgunakannya.
"Kita beri terlalu banyak kuasa kepada perdana menteri, apabila beliau menyalahgunakan kuasa, kita tidak boleh kata apa-apa," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan selepas melancarkan buku bertajuk "Dr Mahathir selected letters to World Leaders" bahagian 2, di Putrajaya, hari ini.

Ketika diminta menamakan individu yang sesuai dan layak untuk menjadi perdana menteri hari ini, Dr Mahathir hanya berkata: "Tiada sesiapa pun." Beliau turut mencadangkan, pentadbiran kerajaan membentuk jawatankuasa seperti Kabinet yang bukan dilantik perdana menteri untuk menasihati beliau dalam pentadbirannya.
"Saya rasa kita perlu ada Kabinet luaran, mengandungi mereka yang tidak dilantik perdana menteri, dan mempunyai kuasa untuk bersuara, contohnya perdana menteri ingin meminjam duit, mereka ini yang akan menyoal siasat beliau," katanya.

1MDB dakwa laporan media berat sebelah menjelang audit

Persoalan mengenai 1Malaysia Development Berhad(1MDB) yang ditimbulkan dalam laporan media dan ditujukan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) tidak adil kerana faktanya yang terpilih, kekurangan bukti, dan berat sebelah, kata lembaga pengarah syarikat sarat hutang itu.

Kenyataan 1MDB hadir selepas The Edge Financial Daily melaporkan mengapa lembaga pengarah syarikat sarat hutang itu perlu disiasat. Akhbar mingguan itu juga menujukan soalan kepada setiap lembaga pengarah.

Menurut 1MDB, lembaga pengarah syarikat pelaburan negara itu mengambil maklum mengenai beberapa persoalan yang dibangkitkan media bertujuan untuk menimbulkan pendapat awam sebelum PAC dan Ketua Audit Negara menyiapkan penilaian mereka.

 "Kebenaran mesti berdasarkan fakta dan dikendalikan dengan kepercayaan, tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada mana-mana parti. "'Diadili melalui media' tidak menguntungkan mana-mana pihak yang mahu mencari kebenaran," katanya 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

Hutang k'jaan pusat RM596.8b setakat Mac

Jumlah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir Mac lepas sebanyak RM596.8 bilion atau 52.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata daripada jumlah itu sebanyak 97 peratus atau RM579.2 bilion merupakan hutang domestik manakala RM17.6 bilion atau tiga peratus lagi membabitkan pinjaman luar pesisir.

"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (Taiping-DAP) dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini
hari ini.

Nga meminta kerajaan menyatakan jumlah hutang sebenar negara setakat April 2015 serta langkah kerajaan untuk mengurangkannya.

Chua berkata Kerajaan Persekutuan juga kekal komited dalam memastikan paras hutangnya tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.

"Bagi memastikan paras hutang kerajaan kekal rendah dan terurus, langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat," katanya.

Selain langkah penjimatan seperti memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berhemat, cekap dan berkesan, kerajaan juga menetapkan pinjaman yang dibuat harus mampu memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang.

Kes Altantuya tak habis dengan FAQ


Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kenyataan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai kes Altantuya Shaariibuu hanya membangkitkan persoalan baru mengenai kes pembunuhan tersebut.

Katanya, Najib tidak sepatutnya harus bahawa “jawapan kepada soalan lazim (FAQ)” di blog PM itu akan menamatkan semua persoalan mengenai kes tersebut.

Sebaliknya, ia akan “meledakkan” semula soalan yang masih belum terjawab sebelum ini, kata MP Gelang Patah itu dalam kenyataannya.

“Ia akan meledakkan semula persoalan – mengapa terdapat konspirasi untuk mendiamkan isu ini sejak sembilan tahun lalu oleh pihak berkuasa berkaitan dan individu terlibat...?” soalnya.

Lim mendakwa, tindakan mendiamkan diri itu bagi mengelakkan motif pembunuhan Altantuya dipersoalkan.

Najib semalam memuatkan satu set jawapan kepada beberapa soalan di blognya bagi menjawab isu yang dibangkitkan bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak terus menyerang Dr Mahathir Mohamad dengan menimbulkan keraguan mengapa bekas perdana menteri itu membangkitkan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang berlaku lapan tahun lalu.

KENAPA TAKUT SANGAT nak bincang skandal Tabung Haji-1MDB di Parlimen !!!


Speaker Pandikar Amin Mulia sebenarnya berkerja utk SIAPA ???.. rakyat atau UMNO ???

Siapa yg bayar gaji kamu, UMNO ka atau taxpayer rakyat !!!

Bincang lah dulu. Sudah jadi isu di seluruh negara. Mestilah lah pendeposit yang miskin ingin tahu apa yang berlaku...

MP PKR Batu Bahas RUU Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015

MP PKR Pandan Bahas RUU Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015

MP DAP PJ Utara Bahas RUU Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015

MP PAS Sepang Bahas RUU Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015

ALASAN NAJIB naik taraf jet yang didakwa bernilai RM28 juta adalah untuk mesyuarat atas pesawat..


ADAKAH JIKA TIDAK NAIK TARAF mesyuarat atas pesawat TIDAK BOLEH DIADAKAN !!!.. Siapa yg nak bermesyuarat atas katil mewah lagi empuk tu.. Najib ka !!! Rosmah ka !!!

KERAjaan UMNO/BN DAH MAKIN MENGGILA..
Jahanam Malaysia... duit duk bazir sewenang2nyer.. rakyat yang duk menanggung BAYAR #GST !!!

Ambil tanah secara salah, orang Asli saman TNB

JOASORG
Identiti dan kehidupan Orang Asal bergantung rapat kepada Tanah Adat mereka. Jikalau segalanya ditenggelami empangan, maka hilang juga identiti dan kehidupan Orang Asal.

KUALA LUMPUR, 18 Mei:

Sebelas orang asli memfailkan saman terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiga lain atas dakwaan mengambil secara salah tanah mereka untuk projek pembinaan Empangan Telom, di Kuala Lipis.
Jeffry Hassan dan 10 lain yang menetap di Kampung Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 April lepas melalui Tetuan Raj, Ong & Yudistra.
Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman.
Mereka menamakan TNB, Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.
Dalam pernyataan tuntutan mereka memohon pengisytiharan bahawa mereka  mempunyai hak milik Adat Asli dan tuan punya ke atas tanah yang mereka diami itu.
Plaintif juga memohon satu perintah yang menghalang TNB sama ada secara sendiri atau melalui ejennya daripada memasuki ataupun melakukan sebarang kerja di atas tanah itu.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa pengambilan kawasan itu tidak mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Orang Asli dan Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan, ganti rugi, kos, dan faedah.

Rohingya: Tak perlu tunggu mayat datang, Najib


Rohingya



KUALA LUMPUR, 18 MEI: Putrajaya tidak perlu menunggu sehingga mayat pelarian etnik Rohingya dihanyutkan ke pantai negara sebelum mengambil tindakan segera, kata Charles Santiago.
Kata Ahli Parlimen Klang itu, mangsa kekejaman junta tentera Myanmar itu ketika ini sedang bergelut dengan maut dengan sesetengahnya terpaksa meminum air kencing sendiri di tengah laut.
“Apa yang kerajaan lakukan untuk pelarian Rohingya? Mengapa tidak mereka diselamatkan sekarang?” soal beliau.
Kata Charles, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti bertindak tanpa berlengah atau negara akan menyaksikan satu demi satu pelarian Rohingya mati.
Katanya, cadangan berbincang dengan Myanmar pada bulan ini juga agak terlambat.
“Walaupun Najib mempunyai masa untuk menunggu Myanmar memutuskan bagaimana mereka akan memberi respon kepada ASEAN mengenai masalah Rohingya, lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua di dalam bot kini semakin hampir pada kematian,” katanya.
Charles berpendapat, kerajaan masih belum menyatakan pendirian sebenar mengenai status pelarian Rohingya sehingga kini.

Adakah Rohingya pelarian kelas kedua?

SIK, 17 MEI: Kelemahan undang-undang serta prosedur mengawal pelarian dan pemohon suaka politik yang tidak konsisten menyebabkan nasib pelarian Rohingya ‘tidak sebaik’ dialami warga Bosnia.
Justeru DAP mendesak kerajaan segera mengambil tindakan sewajarnya supaya krisis pelarian etnik Rohingya dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, Batu Kawan Kasthuri Patto dan Bukit Mertajam Steven Sim berkata ada beberapa langkah boleh diambil kerajaan bagi memastikan isu berkenaan boleh diurus dengan lebih baik.
Dalam kenyataan bersama, mereka berkata situasi semasa berbeza sekali daripada apa yang pernah dialami pelarian Vietnam pada 1979 dan Bosnia pada 1990.
Malaysia juga pernah menerima pelarian Kemboja dan Selatan Filipina.
“Sebelum ini, 10,000 orang Islam Kemboja ditempatkan di Malaysia, manakala kira-kira 120,000 pelarian Islam dari selatan Filipina diberikan perlindungan sejak beberapa dekad yang lalu,” kata kenyataan itu.
Antara langkah yang boleh diambil, menurut mereka, ialah mewujudkan pusat krisis bagi mengumpulkan maklumat berkaitan, selain menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian sambil melibatkan Kerajaan Myanmar dalam penyelesaian isu dalaman negara itu.

Khairy, sebelum terhantuk eloklah terngadah


khairy jamaluddin


SEGAMBUT, 18 MEI: Ketika banyak dana negara dibelanjakan secara tidak berhemah, adalah lebih baik Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah tegas ke atas atlet yang bakal menyertai pesta Sukan SEA bulan depan.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata sebelum ini kerajaan terpaksa membayar RM150,000 kepada pihak berkuasa apabila ada atlet bermasalah didenda.
“Masalah disiplin atlet negara bukan saja memberi kesan kepada prestasi mereka, bahkan merugikan negara apabila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) diarah membayar denda bagi pihak atlet tidak bertanggungjawab,” terang Lip Eng.
Tahun lalu, imej Malaysia terpalit arang apabila anggota kontinjen negara yang menyertai Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Olimpik di Glasgow didenda kerana salah laku.
Ekoran kecuaian itu, MOM wajib menjelaskan denda dan gantirugi sehingga RM 150,000.
Menurut Lip Eng, sikap sambil lewa atlet negara dalam hal disiplin itu menimbulkan rasa kesal semua pihak.
Justeru itu, Lip Eng menggesa Kementerian Belia dan Sukan mengenakan syarat lebih ketat terhadap atlet, jurulatih dan pegawai terlibat di sukan SEA di Singapura Jun ini.
“Mana-mana atlet atau pegawai yang bersalah mesti didenda, digantung tugas atau dipecat untuk menjadi contoh bagi generasi akan datang,” katanya.

Tahniah TNB kerana tak tergoda pujukan 1MDB


1mdb

PETALING JAYA, 18 MEI: DAP menyokong ketegasan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Azman Mohd enggan membayar ‘premium’ Projek 3B dalam pembelian ekuiti itu daripada 1MDB.
Urusan penjualan ekuiti kepada TNB itu diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Maximus Ongkili baru-baru ini. Ia merupakan sebuah projek loji kuasa arang batu yang mampu menghasilkan tenaga sehingga 2000MW.
Namun, pihak TNB menolak membayar apa-apa premium bagi pihak 1MDB.
Menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, pembayaran premium itu membimbangkan rakyat kerana ia akan dilihat sebagai usaha TNB menyelamatkan 1MDB yang terpalit pelbagai skandal dan gagal menguruskan dana kewangannya sebanyak RM11 bilion, di samping kemungkinan berlaku kenaikan tarif elektrik akibat kos besar perlu ditampung.
“Rakyat sangat lega dengan pengumuman Azman bahawa TNB tak akan membayar apa-apa premium untuk projek 3B.
“Sekiranya TNB mahu memiliki kepentingan 1MDB dalam Projek 3B, DAP sependapat dengan Azman supaya TNB diberi diskaun pada kos yang ditanggung 1MDB, bukannya membayar premium tidak wajar untuk menyelamatkan 1MDB,” ujar Tony.
Walaupun begitu, Tony tetap melahirkan kebimbangannya jika TNB akhirnya tetap menaikkan tarif elektrik apabila mereka berpendapat projek tersebut tidak mempunyai potensi.
Justeru, Tony menggesa pemberian projek tersebut diberi melalui tender terbuka dengan syarat Suruhanjaya Tenaga (EC) tidak boleh meluluskan apa-apa pemindahan hak konsesi loji kuasa jika ia melibatkan perubahan tarif.

HAKIKATNYA .. dlm UMNO/BN kuat kencing Dulu, Kini & Selamanya.


MANA SATU PEMBOHONG !!!.. MP BN-Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh atau menteri DAM..


Menteri DAM salahkan peniaga, MP UMNO Kalabakan ula cakap bukan salah peniaga tapi cukai GST itu sendiri...

Kabinet bayangan PR agenda utama Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 
KUALA LUMPUR – Memulakan tugas sebagai Ketua Pembangkang yang baharu hari ini, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjanji akan melaksanakan beberapa perkara untuk mereformasikan Demokrasi Negara Berperlembagaan.
 
Katanya, sebagai permulaan beliau akan kembali melaksanakan jawatankuasa Kabinet bayangan PR.
 
“Setiap kementerian terpilih akan diwakili oleh seorang ahli parlimen dari setiap parti. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan timbang tara (check and balance) demi memelihara kepentingan rakyat,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini. 
 
Dr Wan Azizah dipilih sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan penyandang yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah disabit bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
 
Pelantikan Dr Wan Azizah itu diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam sesi Dewan Rakyat.
 
Menurut Dr Wan Azizah, beliau juga akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan kepimpinan PR atas persetujuan Dasar Bersama untuk mematahkan dakyah politik perkauman dan agama oleh kerajaan BN-Umno.
 
Di samping itu, beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar Jawatankuasa Fiskal atau Bajet Parlimen diwujudkan segera agar proses merangka bajet negara lebih inklusif dan demokratik.

Ketua Pembangkang: Wan Azizah ucap terima kasih



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjanji akan melaksanakan kembali Jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat.

Di mana katanya, setiap kementerian terpilih akan diwakili oleh seorang ahli parlimen dari setiap parti, ianya bertujuan untuk memperkukuhkan timbang tara (check and balances) demi memelihara kepentingan rakyat.

Selain itu, Wan Azizah juga akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan kepimpinan Pakatan Rakyat atas persetujuan dasar bersama (Common Policy Framework) untuk mematahkan dakyah politik perkauman dan agama oleh kerajaan Umno BN.

Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar diwujudkan Jawatankuasa Fiskal atau Bajet Parlimen dengan segera agar proses merangkakan bajet negara lebih inklusif dan demokratik.

"Tujuannya adalah meletakkan ketelusan dan akauntabiliti sebagai asas tatakelola pemerintah baik," katanya di lobi parlimen hari ini sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga akan melakukan perkara ini berdasarkan prinsip permuafakatan bersama, meletakkan keutamaan keadaan dan keperluan masyarakat berbilang kaum serta agama.

MP PKR Kelana Jaya Bahas RUU Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015

MP PKR Pandan Bahas RUU Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015

SIAPA YANG UNTUNG !!! dan SIAPA PULA YANG DIPERBODOHKANNYA !!!!


APA SUDAH JADI MALAYSIA...mau tukar Banglasia ka !!!

Cuba bayangkan jika warga banglasia sebegini ada IC & BOLEH PERGI MENGUNDI DI PILIHANRAYA !!!

Taktik Dr Mahathir


Menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak barangkali merupakan pertarungan politik terbesar dan terakhir bagi Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjangkau umur 90 tahun.
Pengembaraan politik umpana naik bukit dan turun bukit. Dr Mahathir tahu Umno sudah melepasi peringkat naik bukit dan kini memasuki zon turun bukit.
Isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) amat merisaukan Dr Mahathir, tetapi beliau tidak mempunyai penyelesaian yang konkrit untuk rakyat.
Apakah Dr Mahathir akan dapat membatalkan GST? Tidak.
Apakah Dr Mahathir ada cara lain membayar hutang RM42 bilion 1MDB tanpa menggadaikan tanah bernilai milik kerajaan TRX dan Bandar Malaysia? Ini juga tidak.
Hakikatnya, sesiapa yang menerajui Umno selepas Najib tidak akan dapat membersihkan rakyat daripada masalah GST dan 1MDB.
GST yang terlaksana akan terus menyebabkan inflasi dan kenaikan harga barangan menjadi isu besar pada rakyat pada tahun-tahun akan datang. Kerajaan pula tidak dapat melarikan diri daripada hutang 1MDB yang dijaminnya.
Masalah Umno bukan pada Najib sahaja. Masalah Umno ialah budaya pentadbirannya yang dibawa sejak zaman Dr Mahathir.
1MDB, GST, NFC, Perwaja, MAS dan PKFZ segalanya mempunyai ciri-ciri kontroversi yang sama. Satu persamaan yang lebih menyayatkan hati ialah beban kesemua ini ditanggung rakyat jelata.
Dr Mahathir terkenal dengan strategi politiknya. Namun, masalahnya ialah beliau sayang Umno Baru melebihi nasib rakyat. Bagi beliau, Umno tetap ialah pilihan terbaik untuk rakyat.
Maka, rakyat perlu dilupakan mengenai kemungkaran Umno. Oleh itu, Dr Mahathir terpaksa bertindak apabila melihat bahayanya isu 1MDB dan dan GST yang melekat di memori rakyat kepada nyawa politik Umno.

Ketua Pembangkang: PR sebulat suara pilih Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Keputusan Pakatan Rakyat (PR) memilih Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang yang baru berdasarkan ketokohan dan pengalaman yang dimiliki.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Dr Wan Azizah juga sebelum ini pernah memimpin pasukan pembangkang di Parlimen.
“Ini memang satu keputusan yang dicapai semua anggota PR kerana kita yakin dengan kewibawaan dan ketokohan Datuk Seri Dr Wan Azizah dan beliau juga pernah menjadi Ketua Pembangkang.
“Sudah tentu dengan pengalaman luasnya akan mampu meneruskan tugas ini.
“Saya yakin, beliau dapat memikul tugas ini dengan berkesan khususnya ketika kita sedang berdepan pelbagai isu dan perbahasan di Parlimen,” katanya kepada media di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Terdahulu, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengisytiharkan Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat.
Pengisytiharan itu dibuat selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Orang Asli saman isu empangan Telom atas tanah adat

Sebelas Orang Asli dari komuniti di Pos Lanai dekat Kuala Lipis, Pahang memfailkan saman untuk mencabar pembinaan empangan hidroelektrik di atas tanah adat mereka.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan menamakan Tenaga Nasional Bhd, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Pahang dan kerajaan persekutuan sebagai defendan.

Orang Asli yang diketuai Jeffy Hassan mendakwa TNB mahu membanjiri 7,600 hektar tanah nenek moyang mereka bagi menghasilkan 132MW elektrik melalui empangan Telom itu.

Semua 11 mendakwa tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak Orang Asli dan juga mendakwa terdapat unsur pecah amanah, penipuan dan pencerobohan haram ke atas tanah mereka.

Perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nurdiana Mohd Nazari yang menetapkan 9 Julai ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Pandikar tolak usul bincang isu Tabung Haji

Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar oleh seorang ahli parlimen pembangkang untuk membincangkan mengenai pembelian sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji, dengan menyatakan isu itu telahpun diselesaikan.

Kerajaan dan Tabung Haji telah mengambil tindakan untuk menjual tanah tersebut, maka tiada perkara lain lagi yang perlu dibincangkan dalam Dewan itu, kata Yang DiPertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Tindakan kerajaan dan Tabung Haji untuk menjual tanah itu. Jadi isu apa lagi yang timbul untuk dibahaskan?" soal Pandikar.

Beliau menolak usul yang dibawa oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) untuk membincangkan perjanjian Tabung Haji itu dalam kamarnya. Ekoran itu, Mahfuz menyuarakan bantahan dalam Dewan Rakyat.

"Saya cukup kecewa. Isu besar yang memerlukan parlimen untuk tampil bagi menjaga Tabung Haji," kata Mahfuz yang juga ketua penerangan PAS.

"Saya tidak kata bahawa perkara ini bukan satu isu yang penting," kata Pandikar.

Syed Ali gesa ketua Umno bahagian pertahan Najib daripada serangan Dr Mahathir

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini menggesa ketua Umno Bahagian menangkis tohmahan dilontarkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, bukan memberikan sokongan secara individu kepada perdana menteri.

Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata, beliau bimbang dengan trend sesetengah Ketua Bahagian yang menunjukkan sokongan kepada Najib, tetapi pada masa sama gagal menangkis serangan Dr Mahathir.

"Kami bimbang dengan tindakan sesetengah Ketua Bahagian yang melahirkan sokongan sama ada terbuka atau tertutup kepada Najib, yang akhirnya membawa rebah kepada masa depan parti.

 "Sokongan membabi-buta terhadap mana-mana individu tidak akan menjamin kekuatan parti. "Sebaliknya Ketua Bahagian kena menjadi benteng kepada kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam berdepan sebarang tohmahan jahat dilakukan pihak tertentu," katanya dalam blognya hari ini.

Syed Ali berkata, dalam keadaan sekarang, Najib tidak memerlukan sokongan secara individu dari ketua bahagian. Sebaliknya, katanya, presiden Umno itu perlukan kekuatan dan ketahanan ketua-ketua bahagian dalam menangkis tohmahan dan fitnah tidak berasas yang dilemparkan Dr Mahathir terhadap pentadbirannya.

Najib terus dikritik walaupun jawab 13 soalan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menerima hamburan kritikan dari orang ramai walaupun cuba menjawab 13 soalan yang kerap dilontarkan terhadap pentadbirannya dalam blognya semalam.

Menerusi luahan pengguna Facebook dan Twitter, jelas dilihat orang ramai masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Najib menerusi ruangan “Soalan Lazim” di blog beliau www.najibrazak.com itu. "Takkan la seorang perdana menteri hanya mampu jawab isu besar negara hanya tulis dalam blog," tulis seorang pengguna Twitter dengan nama Bauk Selat.

 "Najib dh jwb soalan tun, semua dia karang kt blog, selesai dh masalah negara. Semua boleh buat kerja masing masing skrg, usah politik lagi. (Najib sudah menjawab soalan Tun (Dr Mahathir Mohamad). Semua dikarang di blog, selesai sudah masalah negara. Semua boleh buat kerja masing-masing sekarang, usah berpolitik lagi)," tulis pengguna Twitter, Bensofian, dalam nada sinis.

Seorang lagi pengguna, Kelvin Lim menerusi akaun Facebook miliknya mahu Najib menjawab soalan bekas perdana menteri itu secara bersemuka. "Face to face dengan Tun M la...! Jgn tiap tiap kali cakap atau reply kat blog! Jgn takut kalau u tak salah! (Bersemukalah dengan Tun M! Jangan setiap masa cakap atau jawab di blog! Jangan takut kalau kamu tak salah!)" tulisnya.

Najib semalam cuba menangkis kritikan dan tuduhan dari Dr Mahathir, bekas mentornya yang kini menjadi pengkritik nombor satu beliau. Beliau antaranya menjawab persoalan berkaitan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, penggunaan jet rasmi kerajaan dan keupayaan Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum akan datang.

Najib turut menjawab tuduhan berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan memohon pengkritiknya menanti dapatan ketua audit negara ke atas dana pelaburan strategik negara itu. Namun, Najib terus diserang orang ramai menerusi laman Facebook beliau yang tidak berpuas hati dan menuntutnya meletak jawatan.

"Letak la jawatan secepat mungkin, rakyat dah mula tak suka dengan awok," tulis pengguna Facebook bernama Mohd Akmal. "If u resign now,u will be more respected.coz we seems there's nothing changed,it's getting even worse. (Jika anda meletak jawatan sekarang, anda akan lebih dihormati. Kami rasakan tiada apa-apa yang berubah, segalanya menjadi semakin teruk)," tulis Ahmad Zaki Mohd Rum.

Nasib BN malang jika PRU diadakan sekarang....

SHAH ALAM - Susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup, BN mungkin berdepan kekalahan jika Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) jika ia diadakan dalam waktu terdekat ini.

Malah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, jika isu ini tidak ditangani dengan baik, rakyat akan ‘lari’ kepada parti politik yang mampu membantu mereka.

“Di negara barat, mereka (rakyat) akan lebih memilih untuk ‘apolitical’ iaitu tidak berminat langsung dengan politik... menolak terus politik jika ada perbalahan parti. Kesan kepada itu pada pilihan raya selalunya jumlah keluar mengundi turun, sebab mereka dah tak percaya pada parti politik.

“Tapi di Malaysia lain sedikit. Lagi mereka (parti politik) berbalah, rakyat makin mula minat politik. Dengan kewujudan media sosial buka ruang untuk rakyat suarakan pandangan tanpa sekatan. Jadi, apabila rakyat rasa terbeban dengan sistem ekonomi sekarang, mereka akan bersuara dan mendekati parti politik yang mana mereka rasa perjuangkan hak mereka,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya lagi, PR boleh menang pada PRU14 dengan syarat pakatan pembangkang itu kukuh tidak goyang seperti sekarang.

“Kalau ada pilihan raya pada masa sekarang, agak sukar untuk BN. Isu ekonomi ini yang dihadapi oleh semua peringkat rakyat akan menghambat BN. Kalau mood politik pada hari ini kekal hingga PRU14, berat sikit untuk BN menang tapi dengan syarat PR tidak berpecah belah, kukuh.

“jika PR pun berpecah belah, kita kena lihat kemudianlah bagaimana suasana ketika itu nanti, sekarang tak boleh nak jangka lagi macam mana,” katanya.

Mengulas soal pengumuman kerajaan berhubung isu kad tambah nilai baru-baru ini, beliau menyifatkan kerajaan ‘terlupa’ bahawa golongan pelajar paling ramai terkesan dalam isu berkenaan.

“Pada saya pengumuman menteri berkenaan GST dikenakan ke atas kad tambah nilai itu tidak menyelesaikan keadaan. Walaupun alasan menteri sebelum ini sebut ramai warga asing guna prabayar, saya rasa tidak juga begitu. Paling banyak guna adalah golongan bawahan, pelajar.

Rafizi: Najib ‘hina’ Parlimen, tolak 2 soalan penting

najib-razak1-may7-540x320KUALA LUMPUR, 18 MEI: Tindakan Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menolak dua soalan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dianggap menghina institusi Parlimen.
Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam dua isu itu dinanti rakyat yang mahu penjelasan Kerajaan Persekutuan berkenaan kestabilan ekonomi dan politik negara.
Rafizi berkata, soalan terbabit berkenaan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan tanah 70 ekar di Tun Razak Exchange yang dijual  RM320 juta iaitu RM64 kaki persegi tetapi nilai sebenar RM7,000 kaki persegi.
Najib juga diminta menjawab sama ada bersetuju dengan gesaan Mahathir supaya beliau meletakkan jawatan.
“Dua soalan itu ditolak kerana beliau tak mahu jawab. Ini menghina Dewan Rakyat dan tak sanggup berdepan Tun Mahathir.
“Alasan tak boleh menyoal untuk mandapat buah fikiran tidak masuk akal kerana saya bukan tanya berkenaan isterinya tetapi kepentingan awam.

Pelaburan sukuk 1MDB: Selamatkah duit rakyat?

KENYATAAN Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Datuk Seri Zukri Samat bahawa pelaburan anak syarikatnya, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) sebanyak RM85 juta di dalam sukuk Islamik yang diterbitkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah selamat kerana ia dijamin oleh kerajaan bukan merupakan jawapan yang melegakan kerana rakyat tidak peduli untung atau ruginya 1MDB suatu syarikat swasta yang tiada hubungan langsung dengan mereka.

Rakyat Malaysia yang kian celik ekonomi sebenarnya takut dengan kenyataan ‘dijamin kerajaan Malaysia’ kerana itulah petaka besar bahawa duit rakyat bakal dibelasah untuk menyelamatkan hutang terbitan sukuk berkenaan kepada Takaful Malaysia dan BIMB apabila 1MDB gulung tikar. Tetapi rasanya belum gulung tikar pun kerajaan akan terpaksa menyuntik wang lagi untuk syarikat ‘ntah apa-apa ini’.

Sebelum ini masyarakat yang sedia senak perut dengan isu 1MDB yang kian korup, bakal tenggelam ini dilambak pula dengan isu sukuk Islamik terbitan 1MDB yang dilanggan oleh Takaful Malaysia itu mempunyai tempoh matang selama 30 tahun sehingga 2039 dengan kadar kupon 5.25 peratus. (Utusan Malaysia 15 Mei 2015)

Ada banyak sebab mengapa rakyat perlu curiga dan marah dengan 1MDB sehingga bayang-bayang 1MDB pun menjadi perhatian rakyat.

1MDB ditubuh dengan niat atas kertas yang kelihatan suci namun peraktiknya cukup penuh dengan rahsia korup, kroni, ‘mark up’, ali baba dan kemunafikan ekonomi yang dahsyat.

Beberapa bulan lalu Tan Sri Abdul Kadir Shiekh Fadzir dalam wawancara Harakah menyatakan syarikat 1MDB gagal dari awal lagi kerana kerajaan BN Najib hanya harapkan golongan ‘wheeler dealer’ dan bukannya usahawan sejati. Mereka hanya berprinsip membujur lalu melintang patah dalam berurus niaga tanpa kredibiliti sebagai usahawan sebenar utuk mengukuh ekonomi negara. Beliau sendiri pelik bagaimana bejet berbilion dipohon diluar Parlimen dan mudah pula Kabinet meluluskan tanpa perlu berbahas di Parlimen[ Harakah 23-26 Mac 2015]

Sebelum ini 1MDB mengeluar kenyataan bahawa untuk menangani hutang-hutang besar mereka terpaksa melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada Jun atau Julai 2015 bagi mendapatkan dana yang akan digunakan menangani masalah aliran tunai syarikat[ http://www.mstar.com.my/ berita/berita-semasa/ 2015/03/14/ 1mdb-dijangka-selesai-hujung-tahun/ ].

Husam umum pertahan jawatan Naib Presiden PAS, tolak jawatan lebih tinggi

Husam umum pertahan jawatan Naib Presiden PAS, tolak jawatan lebih tinggiKUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS yang disandangnya sekarang sekaligus menolak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden parti itu.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Husam berkata beliau memahami hasrat dan keprihatinan PAS kawasan yang mencalonkannya untuk jawatan presiden dan timbalan presiden parti Islam itu.

"Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua kawasan yang terlibat yang telah memberikan  kepercayaan dan harapan yang begitu tinggi kepada saya, termasuk untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti.

"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad-dekad akan datang.

"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan  jawatan Naib Presiden PAS yang saya sandang sekarang," katanya.

Dalam kenyataannya juga Husam menegaskan apa yang dicapai oleh PAS hari ini adalah kerana kesinambungan dari pendekatannya, strategi dan kaedah yang telah diputuskan oleh pendahulu parti itu secara syura pada semua peringkat.

PKR desak Najib jawab dakwaan Dr Mahathir di Parlimen

PKR hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal dalam pentadbirannya di Parlimen.

Setiasaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, ia berikutan keputusan Dewan Rakyat hari ini menolak 2 soalan lisan yang ditujukan ahli Parlimen Pandan itu kepada perdana menteri. "Saya tujukan 2 soalan untuk perdana menteri komen, iaitu soalan yang dibawa Dr Mahathir mengenai dakwaan harga tanah Tun Razak Exchange (TRX) yang dijual kepada 1MDB.

 "Dan adakah beliau bersetuju dengan gesaan bekas perdana menteri itu supaya meletakkan jawatan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, alasan penolakan tersebut menyatakan soalan itu hanya bertujuan mendapatkan buah fikiran perdana menteri, tidak masuk akal sama sekali.

"Alasan penolakan itu tidak masuk akal. Saya tidak boleh terima. Sudah tentu bila kita tanya, kita mahu tahu buah fikiran perdana menteri. Kalau tidak boleh, lebih baik sahaja Dewan Rakyat ini ditutup," katanya.

Wan Azizah mahu laksanakan ‘kabinet bayangan’ Pakatan


Ketua pembangkang yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh mahu melaksanakan kembali kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR).

Presiden PKR itu berkata, jawatankuasa kabinet bayangan setiap kementerian akan diwakili ahli Parlimen PR yang bertujuan untuk memperkukuhkan timbang tara dalam kerajaan demi memelihara kepentingan rakyat.

Dr Wan Azizah berkata, pelaksanaan kabinet bayangan akan dilaksanakan mengikut turutan berdasarkan kepentingan yang diutamakan selepas beliau mengadakan perbincangan hati ke hati dengan kepimpinan PR atas persetujuan bersama.

"Perbincangan hati ke hati yang kita bakal lakukan adalah dengan mengambil kira dasar bersama PR bertujuan untuk mematahkan dakyah politik perkauman dan agama oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen hari ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Dr Wan Azizah secara rasminya menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Rupa sebenar kemewahan hiasan pesawat mewah (9M-NAB) SEBELUM DINAIKTARAF LAGI GUNA RM28 JUTA DUIT RAKYAT !!!


Bayangkan slps diubahsuai perhabih puluhan juta ringgit..

Alasan Najib beli jet mewah;
1) untuk kecekapan dalam menjalankan tugas
2) "amalan standard" bagi kebanyakan pemimpin dunia menggunakan jet rasmi
3) mesyuarat dan perbincangan dapat diadakan di atas kapal terbang supaya kerja boleh terus dijalankan semasa dalam penerbangan

Last2 rakyat kena bayar GST.. 

Wan Azizah: We need a common policy framework

KJ nafi Umno bagi Najib 3 bulan selesai isu 1MDB

Pemuda Umno: Tak perlu Najib berdebat dengan Dr M

Alasan naik taraf jet RM28j tak masuk akal, kata PKR

Rafizi berang, parlimen tolak 2 soalannya kepada Najib

Dewan Rakyat 18 Mei 2015: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Selepas 7 tahun, Wan Azizah kembali ke Dewan Rakyat



Puas Hati Dengan Jawapan Najib?

Setelah berbulan-bulan berdepan kritikan berterusan mengenai pelbagai kepincangan dalam pentadbirannya daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, barangkali kerana semalam adalah hari minggu yang agak lapang baginya, Najib Razak akhirnya meluangkan masa menjawab 13 dakwaan yang kerap dibangkitkan terhadapnya.

Antara yang dijawabnya ialah mengenai pembunuhan Altantuya, 1MDB, pembelian jet, kemungkinan BN kalah dalam pilihanraya akan datang, prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah, BR1M, Jambatan Bengkok dan sebagainya lagi.

Persoalan dan jawapan itu dimuatnaik dalam blog NajibRazak.com miliknya.

Mengenai Altantuya, Najib nampaknya mengulangi fakta lama dengan mengatakan proses mahkamah untuk kes itu sudah pun berakhir, manakala beliau pula sudah disahkan tidak terbabit sama-sekali, selain telah bersumpah laknat menafikan mengenali wanita Mongolia terbabit.

Perdana Menteri seakan-akan menempelak Tun Mahathir dengan bertanya, kenapa persoalan ini hanya diperkatakan sekarang dan bukannya lapan tahun lalu? 

Dalam hal ini, pertanyaan bekas Perdana Menteri kepada Najib hanyalah mengenai siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

Tentang 1MDB juga, Najib sekali lagi meminta semua pihak menunggu hasil siasatan audit yang sedang dijalankan ketika ini. Misteri hutang setinggi RM42 bilion dan ke mana hilangnya RM27 dalam syarikat pelaburan itu yang merupakan antara asas kritikan Tun Mahathir, langsung tidak disentuhnya.

Begitu juga mengenai peranan dan penglibatan Jho Low dalam beberapa pelaburan 1MDB di luar negara, turut tidak dijawab oleh Najib. Berdoalah kita siang malam mudah-mudahan laporan audit nanti menemui nama Jho Low dalam siasatannya!

Rakyat marah berganda peniaga naik harga selepas GST, kata Ahmad Maslan

Datuk Ahmad Maslan hari ini menyalahkan peniaga atas kenaikan harga barangan yang berlaku selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, harga barangan seharusnya jauh lebih murah apabila GST dilaksanakan kerana ia hanya mengenakan cukai sebanyak 6% berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelumnya pada 10%. "Sepatutnya apabila GST digantikan dengan SST, semua harga barangan akan turun, 10% diganti dengan 6%.

 "Banyak barangan yang selama ini ada SST, yakni baju Tan Sri (Speaker), pakaian dalam wanita, pakaian lelaki, sepatutnya harga turun, tetapi peniaga yang salah," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, kerana sikap peniaga yang enggan menurunkan harga walaupun SST tidak dikenakan lagi, menjadi punca kemarahan rakyat selain terpaksa membayar cukai GST.

"Rakyat marah kerana dua sebab. Pertama, harga barang dinaikkan oleh peniaga, dan kedua, kena bayar cukai (GST). Sebab itu mereka marah berganda," katanya.

Pendirian Malaysia dalam isu Morsi, Rohingya memalukan-AMK

Pendirian sebenar kerajaan dalam dua isu berkenaan menjadi tanda tanya
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_Rohingya_amk_600PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengutuk pendirian Malaysia terhadap isu-isu kemanusiaan di peringkat amtarabangsa yang dianggap memalukan sebagai sebuah negara yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata setakat ini Malaysia tidak menyatakan sebarang pendirian berhubung hukuman mati yang dikenakan terhadap bekas Presiden Mesir, Mohammad Morsi.
Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor itu mengaitkan pendirian itu kerana kerajaan malu dengan penyalahgunaan sistem kehakiman negara.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Nik Nazmi membangkitkan pendirian kerajaan terhadap isu pelarian Rohingya.
Katanya, Malaysia tidak bertindak berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan bagi membantu pelarian Rohingya yang menggadai nyawa di tengah lautan.
“Sikap acuh tak acuh oleh Pengerusi ASEAN dan ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini (PBB) adalah amat mengecewakan.
“Ini jauh berbeza dengan tradisi kita memperjuangkan keadilan di Afrika Selatan, Palestin, Bosnia Herzegovina, Negara Thai dan Filipina.

Wan Azizah dilantik ketua pembangkang baru

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) dan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen hari ini.

Upacara angkat sumpah itu diadakan di hadapan Speakder Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Wan Azizah, yang kembali ke Parlimen selepas tujuh tahun, juga diumumkan oleh Speaker sebagai ketua pembangkang baru.

Kenapa Najib tidak jawab sama isu Rosmah?



KUALA LUMPUR: Satu perkara yang Datuk Seri Najib Razak tidak sentuh langsung dalam jawapannya ialah mengenai karenah dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

Bagi penulis Shahbudin Husin, sedangkan ia bukan saja menjadi percakapan paling popular di kalangan rakyat, bahkan Tun Mahathir Mohamad juga baru-baru ini mendakwanya berlagak seolah-olah Perdana Menteri.

"Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang mengetahui sebab-sebabnya," tulis beliau dalam blognya sebagaimana di bawah.

Setelah berbulan-bulan berdepan kritikan berterusan mengenai pelbagai kepincangan dalam pentadbirannya daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, barangkali kerana semalam adalah hari minggu yang agak lapang baginya, Najib Razak akhirnya meluangkan masa menjawab 13 dakwaan yang kerap dibangkitkan terhadapnya.

Antara yang dijawabnya ialah mengenai pembunuhan Altantuya, 1MDB, pembelian jet, kemungkinan BN kalah dalam pilihan raya akan datang, prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah, BR1M, Jambatan Bengkok dan sebagainya lagi.

Persoalan dan jawapan itu dimuatnaik dalam blog NajibRazak.com miliknya.

Mengenai Altantuya, Najib nampaknya mengulangi fakta lama dengan mengatakan proses mahkamah untuk kes itu sudah pun berakhir, manakala beliau pula sudah disahkan tidak terbabit sama-sekali, selain telah bersumpah laknat menafikan mengenali wanita Mongolia terbabit.

Perdana Menteri seakan-akan menempelak Tun Mahathir dengan bertanya, kenapa persoalan ini hanya diperkatakan sekarang dan bukannya lapan tahun lalu?

MP bimbang tarif TNB mungkin naik jika beli loji 1MDB

Kerajaan digesa supaya tidak meluluskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil alih loji kuasa arang batu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekiranya ia akan menyebabkan tarif elektrik yang lebih tinggi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Azman Mohd pada 12 Mei bahawa TNB berhasrat untuk memohon kenaikan tarif untuk menampung pembelian loji janakuasa arang batu 2000MW itu yang dikenali sebagai Projek 3B.

Pua berkata dakwaan Azman bahawa TNB tidak akan membayar premium untuk memperolehi saham majoriti dalam projek itu adalah berita baik untuk orang ramai kerana ia bermakna TNB tidak berhasrat untuk menyelamatkan projek 1MDB itu.

"Bagaimanapun, kita juga prihatin bahawa Azman akan memohon 'semakan tarif' sekiranya TNB mengambil alihnya, dengan mendakwa projek itu mungkin sebaliknya tidak 'berdaya maju secara komersial'.

"Oleh kerana projek ini telah dianugerahkan melalui tender terbuka, maka Suruhanjaya Tenaga (EC) mestilah jangan meluluskan sebarang pemindahan hak konsesi loji kuasa itu sekiranya ia akan melibatkan apa-apa perubahan dalam tarif yang dipersetujui," katanya.

Bulan lepas dilaporkan bahawa TNB mengintai projek itu, dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Tan Sri Maximus Ongkili dilaporkan mengesahkan pada 12 Mei bahawa perbincangan mengenai TNB untuk memperoleh ekuiti terbesar dalam Projek 3B sedang berjalan.

Hasan Malek ingatkan Dr Mahathir, ‘Melayu mudah lupa’

Datuk Seri Hasan Malek menyarankan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan yang sering kali menjurus kepada menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut mempersoalkan sama ada Dr Mahathir lupa akan pihak yang pernah meyokongnya ketika zaman pentadbirannya sambil mengiingatkan bekas perdana menteri itu yang beliau sering mengungkapkan ungkapan "Melayu mudah lupa". "Saya rasa lebih elok Tun Mahathir lebih berhati-hati dalam kenyataan.

"Kenapa kini, ketika kepimpinan perdana menteri beliau sering mengutuk dan memberi kenyataan yang boleh merugikan parti, rakyat dan negara. Tidak salah untuk menegur, namun biarlah ia dilaksanakan secara berhemah," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Hasan yang merupakan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan juga mengatakan tindakan Dr Mahathir yang mengkritik Najib tanpa henti menjejaskan imej Umno.

"Meskipun menerusi blognya chedet.cc menyatakan yang beliau hanya mengkritik pemimpin bukannya parti tetapi secara tidak langsung ia menjejaskan imej parti," katanya seperti dilaporkan akhbar itu. Pada masa yang sama, Hasan turut memberitahu pemberita rakyat terutamanya masyarakat kampung masih memberi sokongan padu kepada Najib.

Pandikar Amin umum pelantikan Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula berkhidmat sebagai ketua pembangkang untuk kali kedua hari ini apabila Dewan Rakyat bersidang semula untuk Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 tahun ini.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pelantikan itu selepas menerima majlis angkat sumpah beliau dan ahli Parlimen baru dari Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Rompin Datuk Hasan Arifin. "Dr Wan Azizah mendapat sokongan sebulat suara daripada pihak pembangkang untuk menjadi ketuanya.

 "Yang Berhormat Permatang Pauh, selamat datang kembali ke Parlimen dan tahniah atas pelantikan sebagai ketua pembangkang," kata Pandikar dalam ucapannya.