Ahad, 17 Mei 2015

TAPI SEKARANG APA CERITA.. ASAL KELUAR AJA DARI MULUT DAM PASTI BUSUK MENIPU !!!


Tak yah tunggu GST baru nak repair jalan. Bila ada pilihanraya projek mee segera pasti dapat punya !!!


BUKANKAH ini semua tanggungjawab KERAjaan. KENAPA PERLU TUNGGU GST !!!

Tak usah nak temberanglah DAM, dulu kata GST bagus harga topup tidak berubah.. 

APA SEBENARNYA YANG TELAH BERLAKU persinggahan di Kazakhstran ???


BONGKAR !!!.. Benarkah pesawat mewah KERAjaan yg menggunakan no. pendaftaran 9M-NAB singgah di Almaty, Kazakhstan selama 1 jam sahaja ???

KENAPA BERCANGGAH dengan data daripadaFlightradar24.com yg mana pesawat tersebut singgah di Kazakhstan LEBIH DARIPADA 1 JAM ???

Morsi dihukum mati, rejim Al-Sisi setara zaman Firaun



KUALA LUMPUR: PAS mengutuk tindakan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada Dr Mohammed Morsi serta lebih 100 rakan beliau.

"Ini zaman kegelapan Mesir di alaf baru," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, kata beliau Kerajaan Malaysia dan negara-negara perlu turut sama mengutuk hukuman mati bermotifkan politik itu dan mendesak agar Morsi dan kesemua tahanan politik dibebaskan.

Tambahnya, tindakan mengenakan tahanan politik dan perbicaraan sebelah pihak dengan tuduhan yang sengaja direka adalah pengkhianatan kepada sistem kehakiman.

"Tindakan kejam rejim Al-Sisi hanya akan menambahkan kebencian rakyat dan kemurkaan Allah Taala.

"Kezaliman melampau rejim Al-Sisi hari ini sudah setara dengan zaman Firaun di Mesir," ujarnya lagi.

Altantuya: Kes dah disiasat, kenapa nak dengar cakap Sirul? kata Najib....

SHAH ALAM - ‎Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak hari ini tampil mengulas kes pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya Shaaribu, setelah sekian lama dikaitkan dengan isu berkenaan.

Menurutnya, kes tersebut telah selesai dibicarakan dan mahkamah‎ telah memutuskan dan sepatutnya kes tersebut tidak dibangkitkan lagi.

Malah beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang 'mendengar' cerita daripada salah seorang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar, yang telah disabitkan bersalah membunuh Altantuya.

"Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia kes sembilan tahun yang tiada kesudahan apabila asyik 'dikitar' semula oleh pembangkang.

"‎Ini kes yang panjang di mahkamah, pihak pembelaan boleh beritahu mahkamah semua perkata. Jadi, kenapa kita dengar cakap daripada orang yang telah pun beri kenyataan di mahkamah dan orang yang didapati bersalah?," katanya dipetik melalui blognya, hari ini.

Awal Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan Azilah Hadri namun Sirul berjaya mendapatkan perlindungan di Australia sehingga hari ini.

Dalam catatan sama, Najib menegaskan beliau telah menafikan penglibatannya dalam kes itu beberapa kali sebelum ini termasuk mengingatkan tentang sumpah laknat yang dilakukannya sebelum ini.

Anti-trafficking bill and 11th Plan the focus in Parliament

Wan Azizah to be sworn in, expected to be named Opposition leader
wan-azizah_Hasan-Ariffin_600KUALA LUMPUR: A bill on human trafficking and smuggling of migrants as well as the 11th Malaysia Plan will be the focus of legislative business when Parliament resumes its sitting tomorrow.
The meeting begins with the swearing-in of the new MPs for Rompin (Hasan Arifin, BN) and Permatang Pauh (Wan Azizah Wan Ismail, PKR). Wan Azizah makes her return to the Dewan Rakyat after an absence of eight years and is expected to become Opposition leader in place of her jailed husband.
Hasan succeeds Jamaluddin Jarjis who died in a helicopter crash in Semenyih in April.
The Eleventh Malaysia Plan will be tabled on Thursday by the prime minister, Najib Razak, who is also finance minister. The national five-year development plan runs from 2016 to 2020.
The government considers the 11th Plan to be critical as it covers the final stage of efforts to place Malaysia on the list of developed high-income nations by 2020.
It is expected to contain the outlines of several high-impact projects.
Six days have been set aside for the debate from May 25, followed by replies from ministers over three days from June 10.
The Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants (Amendment) Bill is among eight bills to receive second reading and is expected to draw a lot of attention, as the refugee crisis unfolds in the Andaman Sea and Straits of Malacca. Last week a boat carrying 1,158 ethnic Rohingyas and Bangladeshis landed in Langkawi. Several thousand Rohingya refugees are believed to be afloat in small boats fleeing persecution in Myanmar.

PM: Umno menang lebih banyak kerusi bawah saya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa prestasinya lebih buruk daripada pemimpin sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam satu soalan lazim (FAQ) senarai yang diterbitkan dalam blognya hari ini, Najib berkata bawah pentadbirannya, prestasi Umno pada hakikatnya lebih baik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.

"BN menang 11 kerajaan negeri berbanding sembilan dalam PRU lalu. Kami menguasai semula Umno Kedah, kekal di Terengganu dan mengukuhkan kedudukan di Perak.

"Umno (juga) telah memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU-13 berbanding PRU-12," katanya yang juga presiden Umno.

Halaman, bertajuk "Tun M FAQ" bertujuan menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selesai isu Rohingya cara politik bukan kemanusiaan

[RENCANA] Selesai isu Rohingya cara politik bukan kemanusiaan
TAKDIR hidup Zahir Uddin Abdul Babar, dari Myanmar penuh rencam. Selama 32 tahun hidup, dia dilahirkan sebagai Rohingya jika mengikut susur-galur keluarga.

Identiti Zahir Uddin kemudiannya ditukar tanpa kerelaan menjadi ‘Bengali’ hanya selepas dia mendapat peluang menyambung pelajaran di Sittwe, sempadan Myanmar-Bangladesh.

Selama di Bangladesh, dia mendalami siapa Rohingya, siapa Bangladesh. Tekad mahu mengubah hidup warga Rohingya  yang ditindas melalui perang ilmu pengetahuan telah membawanya ke Malaysia.

Rohingya
Penuntut sarjana UIAM, Zahir Uddin mempersoalkan, mengapa tidak digali punca golongan Rohingya dan Bangladesh yang melarikan diri, kalau bukan kerana mereka diseksa dan ditindas.

'TITIK MULA' LARI

Arakan, Sittwe, Bangladesh dan Malaysia.

Zahir Uddin yang merupakan penuntut sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu mengakui masalah Rohingya saling berkait dalam lingkungan lokasi dan tempat-tempat itu semua.

Arakan, di mana tempat penindasan bermula. Sittwe, jadi lokasi ‘titik mula’ untuk lari dari penindasan dengan bantuan bot.

Kemudian, pelarian di sempadan turut mengambil kesempatan untuk ke Malaysia atas alasan negara itu sangat berperikemanusiaan dalam melayan pendatang atau pelarian.

Pihak yang menang tentunya kerajaan junta Myanmar. Kerajaan pimpinan Thein Sein lebih daripada gembira melihat berduyun-duyun orang Rohingya keluar dari Arakan meninggalkan mereka beragama Buddha mendominasi kawasan yang kaya dengan sumber pelancongan itu.

SALAHKAN MYANMAR

“Kenapa tidak salahkan Myanmar atas apa yang berlaku selama ini – bahawa bagaimana mereka melarikan diri, membahayakan nyawa di laut terbuka, terpaksa minum air kencing.

“Kenapa tidak gali kenapa mereka (Rohingya dan Bangladesh) yang melarikan diri, kalau bukan kerana diseksa dan ditindas," soal Zahir Uddin, ditemui baru-baru ini dan ditanya pandangannya berhubung isu Rohingya yang tersebar luas kini.

Menurut Zahir Uddin, apabila terdedah nasib pendatang sebegitu rupa, Myanmar sendiri cuci tangan.

“Begitu juga Bangladesh. Dalam permainan tolak-menolak ‘ping pong’ ini, Malaysia pula dituduh tidak menghiraukan hak asasi mereka hanya kerana enggan lagi menerima mereka.

“Ini tidak benar, kerana Malaysia sudah begitu pemurah menerima mereka walaupun ada masalah sendiri berhubung pendatang.,” ujarnya.

BR1M ringankan beban atau sekadar gula-gula politik?

Oleh Khairul Anwar Junus
Adalah sangat pelik apabila cadangan untuk “memindahkan kekayaan pendek negara” ini diperkenalkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Malah dikatakan cadangan ini merupakan cadangan Jawatankuasa Fiskal dan Bank Negara untuk membantu 40% rakyat (berpendapatan rendah) dan tidak bermaksud politik, mahu pun untuk membeli undi.

BR1M yang kini berada di tahun 4 “penubuhannya” menelan perbelanjaan sebanyak RM14.3 bilion di mana jumlah ini adalah lebih banyak daripada jumlah pembinaan tiga (3) buah jambatan kedua Pulau Pinang.
Pemberian BR1M ini diberikan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dengan nilai sebanyak RM500 pada tahun pertama dan tahun kedua, RM700 (merangkumi bantuan insurans Takaful Berkelompok Rakyat Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50) pada tahun ketiga dan RM950 (merangkumi Skim Khairat Kematian) pada tahun keempat. BR1M juga diberikan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450 pada tahun 2014 dan RM750 pada tahun ini (2015).
Tidak ketinggalan, individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 ke atas dengan nilai bantuan sebanyak RM250 pada tahun 2013, RM300 pada tahun 2014 dan RM350 pada tahun ini (2015).

Muktamar 61: Mengkhianati amanah selepas di pilih, jawablah di akhirat...

Oleh Mazlan Aliman

Pertandingan berbagai jawatan dalam parti bukan baru. Hatta, untuk kerusi Presiden PAS(dulunya Yang DiPertua Agong PAS) telah berlaku sejak dulu lagi. Contohnya, antara penyandang, Dr Burhanuddin AlHelmi dengan Prof Dr Zulkifli Mohamad.

Al Marhum Ust Harun Taib bersaing dengan Ust Hassan Sukri(Timbalan Presiden)Ust Nasharuddin Md Isa cabar Ust Hassan Sukri, Mohamad Sabu lawan Ust Nasharuddin Md Isa, Dato' Nik Amar lawan Mohamad Sabu dan banyak lagi pertandingan berlaku.

Banyak alasan di kemukakan. Nak bantu Presiden, isu prestasi, pendekatan perjuangan, mengekalkan kepimpinan Ulama' dan memperkukuh dasar parti. Bukan sahaja golongan profesional dan aktivis yang bertanding, Ulama' sama Ulama' pun menawarkan diri bertanding.

PAS kian berkembang. Ahlinya telah melepasi sejuta orang. Keperluan mengurus parti ke arah yang lebih baik, sangat di utamakan. Jawatan dalam parti adalah amanah bagi melaksanakan tanggungjawab masing masing. Kelebihan seseorang di manfaatkan, samada dia Ulama', profesional maupun aktivis parti.

Perlembagaan dalam PAS tiada sekatan untuk sesiapa bertanding atas apa jua jawatan jika dicalonkan. Soal layak atau tidak, itu penilaian organisasi yang mencalonkan, tuan punya yang bertanding juga boleh melakukan muhasabah. Berjanji untuk itu dan ini mudah sahaja dilafazkan, 2 tahun memegang jawatan, boleh nilai sendiri prestasi kepimpinan dan kualiti kerja. Ada yang menilai ikut prestasi, tidak kurang juga hari ini kerana anak pemimpin, hubungan kawan serta kumpulan.

Jarang datang mesyuarat dan tidak aktif dalam jamaah, kadang kala di pilih juga sebab geng kita....

Banyak pihak buat komen dan ulasan pertandingan dalam parti. Ada pro dan kontra. Bagi saya, yang penting, berlumba lumba melakukan kebaikan. Mengkhianati amanah selepas di pilih, jawablah di akhirat. Amanah bukan retorik menyedapkan halwa telinga. Bersemangat di awal musim dengan visi dan misi. Buat retreat dan bengkel. Bila gagal mula menuding jari, kemudiannya letak jawatan...

Jika kita dapat laksanakan amanah dengan baik, insha Allah, perwakilan parti akan memilih dan menempatkan kita sebagai pemimpin. Tidak perlu nak promote diri, apatah lagi memfitnah orang lain, Nauzubillah...

Hikayat 2 pemimpin parti Melayu

Oleh Amin Iskandar
Ketika Malaysia berdepan dengan pelbagai krisis dan pergolakan, 2 presiden parti Melayu terbesar Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar parti masing-masing yang akan menentukan kelangsungan politik mereka.
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Najib kini terpaksa berperang dengan orang yang bertanggungjawab menjadikannya perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara Hadi pula diganggu “bahaya dari Gunung Semanggol” selepas bekas naib presiden PAS, Ahmad Awang mengesahkan untuk mencabarnya dalam pemilihan parti pada Jun. Kedua-dua parti Umno dan PAS, masing-masing pernah berdepan dengan krisis besar pada tahun 1980-an dan terbukti masih bertahan sehingga hari ini. Cuma yang belum pasti apakah Najib dan Hadi akan terus kekal memimpin parti masing-masing pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14) akan datang walaupun di atas kertas pada ketika ini, kedua-duanya dijangka akan terus berbuat demikian.
Hadi sudah pun memberikan “talian hayat” kepada Najib apabila mengeluarkan kenyataan terbuka menggesa presiden Umno itu tidak tunduk kepada tekanan mendesaknya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
"Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat,” kata Hadi di Kuala Terengganu minggu ini.
Sementara Najib pula membantu Hadi “secara tidak langsung” untuk kekal sebagai presiden PAS apabila memberikan liputan meluas dalam media milik Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 menjelang pemilihan pada Jun.
Najib juga merestui Umno Kelantan untuk seratus-peratus menyokong pindaan Hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN), mengukuhkan lagi kedudukan Hadi dan kumpulannya untuk menang dalam pemilihan bagi mengalahkan kumpulan profesional.
Survival Najib, Hadi
Penulis difahamkan, walaupun perang terbuka di antara Najib dan Dr Mahathir kelihatan seperti tidak akan selesai selagi salah seorang belum “terpelanting dari gelanggang”, masih terdapat usaha untuk mendamaikan mereka.
Bagaimanapun, usaha pendamaian itu akan berdepan dengan kesukaran kerana kedua-dua Najib dan Dr Mahathir kini sudah pun menggunakan isu peribadi dalam perang terbuka mereka.
Perlawanan di antara Najib dan Dr Mahathir juga kini sudah seperti di antara seorang pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang walaupun kedua-duanya daripada parti sama.

Kenapa tidak bangkitkan isu Altantuya 8 tahun yang lalu - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi menegaskan beliau tiada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menerusi blognya, Najib menjawab pertanyaaan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu terutama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Najib berkata, jika pemimpin veteran terus memainkan isu ini, beliau bimbang ia secara automatik akan dibangkitkan sekali lagi.

"Seperti individu berpengaruh mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih belum dapat untuk mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut.

"Jika mereka percaya ini adalah benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu tercetus 8 tahun yang lalu?" soal beliau.

Najib turut mempersoalkan apakah pihak yang membangkitkan isu ini mempertikaikan keputusan sistem kehakiman yang mereka sendiri letakkan.

Katanya, kes pembunuhan wanita Mongolia itu telah dibicarakan di Mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman yang dikenakan.

"Biarpun perbicaraan yang sangat lama, masa yang mencukupi telah diberikan kepada perayu untuk kes didengari dan diadili.

"Sumpah Laknat saya, penafian berulang telah saya dibuat, penjelasan umum yang disediakan oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus mencuba untuk mengaitkan saya," katanya lagi.

Najib jawab 13 tuduhan termasuk‎ Altantuya

Najib Tun Razak 
KUALA LUMPUR  - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyenaraikan 13 isu dan tuduhan terhadap beliau dan kerajaan, termasuk mengenai kes Altantuya.

Najib dalam Twitter dan blog beliau NajibRazak.com menyatakan: "Saya telah meluangkan masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak dan telah menulis pendapat saya mengenainya."

Dalam tweet beliau, Najib berkata: "Orang ramai perlu mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu yang kerap dimainkan, dan ini (Altantuya) adalah satu daripadanya."

Beliau kemudian menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan isu seperti berikut:
 
1. Tuduhan mengenai kes Altantuya.

2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai 'Negara Paling Banyak Rasuah'.

3. Tuduhan bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah rasuah.

4. Tuduhan terhadap 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

5. Tuduhan mengenai 'Jambatan bengkok' - Dakwaan: Kita tidak berani membina jambatan atas tanah sendiri tanpa kelulusan Singapura.

6. Dakwaan: "Sebagai Presiden UMNO, Najib adalah lebih teruk berbanding  Pak Lah" (Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi).

PM: Naik taraf jet untuk mesyuarat atas pesawat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pembelian jet mewah kerajaan dan menaiktarafkanya untuk kegunaan VIP, dengan berkata ia diperlukan untuk mesyuarat rasmi dengan ketua-ketua negara.

Pembelian jet, yang membuat penerbangan sulungnya semalam, dikritik hebat kerana ia dibuat kebetulan dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin untuk menggunakan jet rasmi, bukan untuk bermewah, tetapi untuk kecekapan dalam menjalankan tugas mereka.

"Bahagian dalam pesawat diubahsuai begitu supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan di atas kapal dan urusan negara boleh terus walaupun semasa penerbangan.

"Oleh itu soalan tidak timbul sama ada atau tidak negara harus mempunyai jet rasmi," kata beliau dalam blognya.

Hal itu merupakan sebahagian 'soalan lazim (FAQ), yang sebahagian besarnya termasuk isu yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Najib: Henti kaitkan saya dengan kes Altantuya

Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak terus menyerang Dr Mahathir Mohamad dengan menimbulkan keraguan mengapa bekas perdana menteri itu membangkitkan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang berlaku lapan tahun lalu.

Kes Altantuya adalah yang pertama tersenarai dalam soalan lazim (FAQ) dalam blog perdana menteri itu

Dalam jawapannya, Najib mempersoalkan mengapa "individu berpengaruh (dengan) pelbagai sumber" membangkitkan dan mengaitkan beliau dalam kes tersebut.

"Jika mereka percaya (berhubung dakwaan penglibatan Najib) adalah benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu meletus lapan tahun lalu? Kenapa sekarang?" soal Najib.

Beliau berkata adalah "tidak adil" meminta kerajaan menyiasat semula kes itu untuk mencari siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut, sedangkan proses undang-undang telahpun habis.

Tun Hasmah doakan Najib pertahan Islam

Ketika mengerjakan ibadah umrah minggu lalu, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menceritakan sewaktu berada depan Kaabah, beliau mengambil kesempatan itu untuk berdoa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan nada sebak, Dr Siti Hasmah berkata, selain berdoa untuk rakyat, beliau turut berdoa supaya Najib "tidak buat sesuatu yang tidak baik terhadap Islam".

Bagaimanapun, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak mengulas lanjut mengenai doanya itu.

"Saya fikir suami saya dan saya tak sampai (Mekah) tapi Alhamdulillah, Tuhan bagi masa, usia, kesihatan, dapat juga sampai.

"Saya berdoa depan Kaabah untuk keselamatan bagi semua. Saya sebagai ibu, saya juga doakan untuk Najib supaya dia jangan buat sesuatu yang tak baik bagi agama Islam," katanya sebak.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Siti Hasmah sempena Hari Ibu anjuran Yayasan Generasi Muda di Kuala Lumpur petang ini.

Sekalipun matanya kurang nampak, Dr Siti Hasmah berkata beliau bersyukur kerana tidak menyangka pada usia yang lanjut dapat bersama suaminya diberi peluang dan kesempatan mengerjakan umrah.

"Umur saya 88 tahun, suami 89 tahun. Tak sangka kami berdua boleh juga buat umrah. Tak sangka, sebab mata saya dah kurang nampak sebenarnya.

Nyanyi lagu Getaran Jiwa

"Itu sebab saya hendak pergi ke Mekah, ke Masjidil Haram, nak tengok balik Kaabah dengan keadaan penglihatan yang makin kurang. Alhamdulillah saya dapat berbuat demikian," katanya.

Dalam sesi soal jawab pada majlis itu kemudiannya, Dr Siti Hasmah memberitahu hadirin bahawa beliau tidak menyangka akan berkahwin dengan seorang perdana menteri.

Beliau turut menceritakan, semasa Mahathir terlibat dalam dunia politik, ibu kepada tujuh orang anak itu tidak dibenarkan terlibat dalam politik dan hanya boleh menjadi ahli Umno.

Hakim Dibunuh Selepas Morsi Dihukum Mati

ADAKAH NAJIB BERANI BUBAR PARLIMEN untuk ukur sokongan rakyat terhadap beliau ???


Ramai pemimpin2 luar negara jika terpalit dgn WALAUPUN HANYA SATU SKANDAL pasti mereka akan letak jawatan atau bubar parlimen demi maruahnya...

TETAPI di M'sia pemimpin negara yg SUDAH BANYAK TERPALIT DENGAN PELBAGAI SKANDAL masih lagi muka tak reti malu MASIH TERUS pegang kuasa demi meneruskan kuasa rakusnya..

ADAKAH pemimpin kita takda telo atau takda maruah...
Pemimpin negara kita HANYA ADA ROSMAH !!!

Where’s the balance of RM27bn 1MDB money?



Purchases of power companies and three parcels of land only come to RM14.7bn
najib_mahathir_1mdb_600By TK Chua
A news report quoted our Prime Minister as saying that “the RM42 billion was not lost; the money was now part of the Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar Malaysia land bank”.
In accounting we learned that when we borrow money, the liability side is represented by the debts we owe while the asset side is represented either by cash in bank or the assets we bought through the borrowing we obtained.
In this occasion, I wish to refer to what Tun Dr Mahathir wrote about 1MDB on April 23 which also appeared in some of the news portals.
Essentially what he said and asked were as follow:
Total initial borrowings of 1MDB amounted to 42 billion Ringgit. As far as can be ascertained the investments were as follows:
(i) Purchase of Tanjong Energy (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) from Ananda Krishnan for RM8.5 billion. This is higher than market price. The licence was about to expire.
(ii) Purchase of Genting Sanyen Power (now known as Kuala Langat Power Plant) for RM 2.3 billion. Again above market price. The licence was about to expire.
(iii) Purchase of Jimah Energy for RM 1.2 billion.
(iv) Purchase of 70 acres of land in Jalan Tun Razak for RM320 million i.e: RM64 psf.
(v) Purchase of 495 acres of land in the former Sungai Besi TUDM airport (now known as Bandar Malaysia) about RM 363.5 million i.e: at RM 91 psf.
(vi) Purchase of 234 acres of land in Air Itam in Penang for RM 1.38 billion i.e: at RM135 psf.
According to him, these are known purchases the total value of which add up to RM14.7 billion. So there is approximately 27 billion Ringgit still unaccounted for.

Pandikar Amin mengaku kecewa

Pandikar Amin mengesahkan pertemuannya dengan Tun M hanya berkisar mengenai politik semasa, bukan letak jawatan.
pandikar_mahathir_600PETALING JAYA: :Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Namun beliau menegaskan pertemuan itu hanya menyentuh isu politik semasa.
Menurut laporan yang dipetik dari Utusa Online, Pandikar Amin menjelaskan ia bukan perkara pelik kerana beliau menganggap Dr Mahathir sebagai mentornya.
“Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara. Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa.
“Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr. Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tak akan letak jawatan. Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Belud.
Pertemuan itu menjadi isu, apabila Dr Mahathir dalam ceramahnya di Ipoh, Perak dipetik sebagai berkata, Pandikar Amin telah berjumpanya dan memaklumkan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Beberapa jam selepas berita itu tersebar, beliau membuat kenyataan akhbar menafikan dakwaan berkenaan.

Penerbangan rasmi pesawat ACJ320 bawa Agong

Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jet (ACJ 320) yang baharu diperoleh kerajaan, melakukan penerbangan rasmi pertama membawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.
  
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini berkata, pesawat membawa baginda berlepas tepat 10 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di Alor Setar ke Pulau Langkawi.
  
"Perolehan pesawat ACJ 320 itu bagi menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan. Keputusan menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 memandangkan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan," kata JPM.
  
Pesawat ACJ 320 itu tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu, setelah berlepas dari Hamburg, Jerman dan berhenti di Almaty, Kazakhstan selama sejam bagi mengisi bahan bakar.
  
JPM berkata pesawat itu membawa sembilan anak kapal dan dua pegawai kanan JPM yang ditugaskan bagi memastikan pesawat yang diterima berada dalam keadaan baik dan menepati spesifikasi perjanjian pembelian.

Menurut kenyataan itu, laluan Hamburg-Almaty-Subang dicadangkan sebagai laluan berdasarkan keadaan cuaca pada masa itu.
  
"Penerbangan itu juga menggunakan ruang udara China berdasarkan keadaan angin dan ketinggian awan, berbanding ruang udara Afghanistan," kata JPM.
  
Selain pesawat Eksekutif ACJ 320 itu, tiga lagi pesawat Eksekutif Kerajaan ialah ACJ 319 yang diperoleh pada 2007, manakala dua lagi pesawat bersaiz lebih kecil iaitu Falcon pada 1989 dan Global Express pada 2001.
    

Jet VIP k'jaan berlepas, pernah singgah Kazakhstan

Pesawat VIP baru yang kontroversi milik kerajaan telah melakukan penerbangan pertamanya semalam selepas tiba di Malaysia awal bulan ini.

Menurut laman web penjejak penerbangan FlightRadar24, jet dengan nombor pendaftaran 9M-NAB itu terbang dari Subang ke Kuala Terengganu pada jam 4.32 petang - yang memakan masa perjalanan hampir sejam.

Pesawat itu kemudian pulang kembali ke Subang dari Kuala Terengganu pada jam 7.10 malam, menjadikannya perjalanan dua hala di bawah nombor penerbangan NR1.

Nombor penerbangan itu sebelum ini digunakan hampir eksklusif oleh satu lagi pesawat kerajaan yang bernombor pendaftaran 9M-NAA walaupun NR1 bukan satu-satu nombor penerbangan yang pernah digunakan oleh pesawat tersebut.

Sebelum ini, pesawat baru 9M-NAB itu telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran Malta 9H-AWK dan didakwa dimiliki Air Luther AG serta diuruskan oleh Comlux Aviation.

MANA SATU BOHONG ???


Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat sptmana yg didakwa oleh Tun Mahathir.

Adakah Mahathir berbohong sedangkan beliau baru saja menunaikan Umrah ?? Apa sebenarnya yang berlaku ??

New VIP jet makes first working flight

Return trip to Terengganu a week after arriving via Germany and Kazakhstan
acj320_600KUALA LUMPUR: The federal government’s controversial new executive Airbus aircraft made its first working flight yesterday, a return trip from Subang to Kuala Terengganu, a week after arriving in the country.
The Airbus ACJ320, registration number 9M-NAB, had arrived at RMAF Subang last Wednesday from Malta, via Hamburg and Almaty, Kazakhstan. Government executive aircrafts are part of the executive fleet operated by RMAF’s No 2 Sdn.
Malaysiakini reported that 9M-NAB left Subang at 4.32pm, making the return journey from Kuala Terengganu at 7.10pm.
The government’s purchase of a new executive aircraft was criticised by PKR secretary-general Rafizi Ramli in March, when he accused the government of overpaying RM109mil for the 15-year lifetime cost of the aircraft.
Use of government VIP aircrafts have been the subject of renewed public interest since December when 9M-NAB’s predecessor, also an Airbus AC320, flew on from Hawaii to Los Angeles and Indianapolis in the United States.
Prime Minister, Najib Razak, had spent a Christmas holiday weekend with US president Barack Obama in Hawaii but cut short his trip to return home because of massive flooding in the East Coast last year. It was speculated that his wife Rosmah Mansor had been on board the aircraft when it went for refitting in Indianapolis.
Following Rafizi’s criticisms the government said 9M-NAB was bought on a lease to replace its 15-year-old Boeing 737BBJ business jet, because of the increasing cost of maintenance. The government already owns an Airbus ACJ319 executive aircraft and the Prime Minister’s Office stated that having another similar aircraft would reduce operational, management and maintenance costs.

Najib urged not to shame the Bugis

Having proclaimed that he was a brave Bugis warrior, he must face Mahathir in a public debate.
Shahbudin-Husin_najib_mahathir_600KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Abdul Razak who turned up in Tawau not so long ago and made much of his Bugis heritage has been urged not to shame his community in the wake of the challenge from former Prime Minister Mahathir Mohamad to debate him openly on whether he is fit to continue as Prime Minister. “The question is whether he will make good on his bravado and accept the challenge to a public debate with Mahathir.”
“Najib has twice vowed that he will not surrender and will fight Mahathir who has been increasingly critical of him and wants him to step down on the grounds that he’s not fit to be Prime Minister,” said political analyst Shahbudin Husin in his latest blog posting. “Najib has the opportunity now to demonstrate whether he’s really a brave Bugis as he claims.”
“If he’s not willing to accept Mahathir’s challenge, after claiming to be a brave Bugis, how’s he going to meet the challenge of being Prime Minister, an ability which has been questioned by Mahathir?”
He was questioning whether Najib was genuine as  Bugis  are known in the region for their adventurous spirit and purported bravery. “If Najib doesn’t accept the challenge, he will not be able to meet the continuing criticisms from Mahathir which would surely follow.”
“Najib has twice challenged Mahathir. Apart from demonstrating his bravado before a 40,000 crowd in Tawau, he challenged the former Prime Minister in Kuala Lumpur a week ago.”
In Tawau, Najib even lapsed into Bugis with a famous line on bravery in his native tongue, he added. “The gist of it was that he would never surrender whatever the odds against him.”
“Their hairs must have stood on end, the Bugis proud to hear that Najib hasn’t forgotten his native roots. They were proud that behind his soft countenance and reddish lips, his lapse into his native tongue shows that the Bugis blood coursing through his veins hadn’t been polluted.”

Speaker: Tidak Ada U-Turn, Yg Ada Hanya Penipuan Tun M


FB_IMG_1431836524884
PARA penyokong Tun Mahathir cuba ‘menyucikan’ penipuan dalam soal Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia nak melepaskan jawatan, dengan mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak menipu sebaliknya Tan Sri Pandikar yang buat U-Turn.
Dari apa yang penulis difahamkan (Tan Sri Pandikar sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan rasmi), tidak ada U-Turn atau hasrat untuk meletak jawatan.  U-turn ini hanya berlaku bila perletakkan jawatan sudah berlaku dan diumumkan, kemudian ditarik balik, itu U-turn.
Masalahnya sekarang tidak ada apa yang berlaku, tahu-tahu Tun Mahathir sudah umum Speaker letak jawatan. Mungkin ada artikel dalam perlembagaan dimana Mantan Perdana Menteri boleh umum perletakan jawatan Speaker, penulis tidak tahu.
Apa pun, inilah jadinya bila sindrom ketaksuban melampau sudah menjangkiti manusia, yang salah dan berdosa pun cuba nak dilihat macam betul dan dapat pahala.  Ini bukan kali pertama, dalam tempoh 2 minggu ini sudah 2 kali Tun Mahathir berbohong.
Kali pertama beliau menipu, ialah semasa mendakwa nilai tanah RM 188 juta yang dibeli Tabung Haji dari 1MDB di TRX, mampu menyelamatkan syarikat yang ada liabiliti sebanyak RM 42 billion itu.  Bagaimana itu mungkin berlaku?  Sehingga sekarang masih tidak ada penjelasan dari Tun Mahathir.
Menariknya, dalam setiap penipuan, masih ramai yang menyokongnya dengan pelbagai alasan, kalau tak taksub nak kata apa tu?
Ironinya, penulis kenal beberapa orang dari kumpulan ini yang dulu mengutuk ketaksuban serupa yang berlaku dalam PAS, hari ini mereka pula yang jadi seperti orang PAS dengan menganggap apa yang keluar dari mulut Tun Mahathir itu semuanya betul dan tidak ada yang salah.

Woww...sudah ada pujian bertaraf antarabangsa buat Najib!!

oleh Shahbudin Husin
Dalam menghadapi serangan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, masih ramai yang tertanya-tanya, apakah nasib Datuk Seri Seri Najib akhirnya?

Apakah beliau mampu meloloskan diri daripada cabaran paling getir dalam karier politiknya ini dan terus kekal sebagai Perdana Menteri atau bakal menjadi mangsa sepertimana nasib Tun Abdullah Badawi juga?

Bagi pihak yang berkepentingan, satu demi satu mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Perdana Menteri. Daripada MT UMNO, menteri, kepimpinan peringkat negeri, bahagian, orang pencen, NGO dan sebagainya - semuanya tampil meyakinkan Datuk Seri Najib untuk terus menerajui negara sambil menyelesaikan apa juga isu yang berbangkit, khususnya mengenai 1MDB.

Tetapi dalam sekian banyak sokongan itu, apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, barangkali paling luar biasa dan "ummphhh" sekali.

Dalam mempertahankan daripada tekanan berundur atau meletakkan jawatan, beliau berkata, kepimpinan Datuk Seri Najib turut dipandang tinggi di peringkat antarabangsa, termasuk oleh Presiden AS Barack Obama.

"Kita di peringkat antarabangsa, dunia mengenali kita. Dunia mengiktiraf kepimpinan kita iaitu Datuk Seri Najib sama ada kita suka atau tidak.

"Obama mempunyai pandangan yang tinggi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Malah juga Presiden China dan Vladimir Putin dari Russia. Ini semua pemimpin dunia, mereka mengiktiraf kita kerana apa yang kita lakukan selari dengan apa yang rakyat mahu," katanya lagi.

Wan Azizah kembali ke Parlimen sebagai ketua pembangkang

Parlimen akan menyambut kemunculan semula Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila ia bersidang esok selepas ketiadaan beliau selama 7 tahun sebelum ini.
Presiden PKR itu, yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh buat kali ke-4 awal bulan ini, selepas penyandang dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan kerana sekali lagi disabitkan dengan kesalahan liwat, akan dilantik ketua pembangkang buat kali ke-2.
Beliau memegang jawatan ketua pembangkang sebelum ini selepas pilihan raya umum (PRU) Mac 2008 hingga Ogos tahun yang sama, apabila meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke arena politik selepas dipenjara kerana kesalahan liwat pada 1998.

Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur Thomas Su berkata, Dr Wan Azizah seorang pemimpin yang berkebolehan.  "Keputusan Permatang Pauh pada pilihan raya kecil menunjukkan beliau sangat dihormati dan membuktikan beliau diterima rakyat. Beliau menunjukkan keberanian sebenar, kesungguhan dan pengorbanan dengan berdiri di sisi Anwar ketika suaminya dianiaya dan ditindas.
"Kembalinya beliau ke Parlimen akan menjadi pendorong kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mendesak perubahan dalam kerajaan pada PRU akan datang," katanya.
Kemuncak persidangan 16 hari itu ialah pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Khamis (21 Mei).

1MDB: Najib, sudah-sudahlah bohongi rakyat

PETALING JAYA, 17 MEI: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhenti bohong rakyat, sebaliknya mula memberi penjelasan mengenai situasi sebenar 1MDB.
Desakan Tony itu dibuat ekoran ‘bola tanggung’ daripada Najib apabila beliau kelmarin mendakwa 1MDB tidak mempunyai hutang RM42 bilion.
“Saya sangat terkejut bagaimana Najib boleh selamba berbohong, dan berharap semua hadirin percaya.
“Benarkah 70 ekar tanah TRX dan 500 ekar tanah Bandar Malaysia itu bernilai RM 42 bilion?
“Berdasarkan penyata kewangan 1MDB pada 31 Mac 2014, nilai kedua-dua bidang tanah tersebut hanyalah RM5.83 bilion. Bagaimana jumlah itu boleh dikatakan menyamai hutang RM 42 bilion?” soal Tony.
Kelmarin Najib mendakwa agensi 1MDB tidak dibebani hutang, malah tanah yang ada di kawasan TRX (Tun Razak Exchange) di tengah ibu kota bernilai tinggi.
Kenyataan itu dibuat ketika berucap di depan kira-kira 500 penyokong UMNO Klang.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menambah 1MDB juga telah membeli tanah berharga RM1.27 bilion di Pulau Pinang dan tiga buah janakuasa elektrik bernilai RM10.9 bilion.
Ujar beliau, dengan menambah aset keseluruhan 1MDB tersebut, syarikat itu hanya memiliki aset bernilai lebih kurang daripada RM14 bilion.

Zaman Dahulu Melanun Lautan, Zaman ini Melanun Perbendaharaan....

Saya sudah beritahu – orang yang selalu ungkit baka dan keturunan ialah orang yang tidak ada modal hendak pertahankan diri. Bila di hentam dengan kuat suatu ketika dahulu- Najib kata dia anak Tun Razak.

Seolah olah bila sebut nama Tun Razak, perkara luarbiasa akan berlaku. Jangan kasi busuk nama bapak. Anak yang buat onar dan jadi pelesit, bukan salah bapak atau ibu yang mengandung.

Sekarang sibuk ungkit dia keturunan bugis. Zaman dahulu orang Bugis melanun sana sini dan pada zaman itu pencapaian Bugis di lautan menjadi kebanggan orang Melayu nusantara.

Kita tidak ada masaalah jika orang Melayu- Bugis atau bukan , mahu meromantiskan kepahlawanan orang zaman dahulu. Bangsa lain pun melakukan demikian.

Kepahlawanan orang Bugis dikagumi. Itu zaman dahulu.

Hari ini, lanun diburu dan dianggap sebagai penjahat. Saya harap itu bukanlah persamaan yang di cari oleh Najib- dahulu melanun lautan, hari ini melanun perbendaharan.

1 Malaysia dalam bahaya dan PM kita masih hendak kelentong rakyat?

Pa wau nun dal ya kaf betul!

3 IPP yang dibeli mempunyai nilai RM10.9 billion. Ambil hutang sebanyak RM20 billion nak beli 3 IPP ini. RM10 billion lebihan buat apa?

Nilai tanah di air hitam Pulau Pinang ialah RM2 billion. Itu pun harga kautim dengan pimpinan UMNO tempatan. Lanun semua budak2 ini.

Pada penghujung tahun 2015, nilai tanah 70 ekar di TRX dan 500 ekar di Sungai Besi ialah RM5.8 billion. 

Campur ini semua 2 billion + 10.9 + 5.8 hanya beri RM18.7 billion sahaja. Hutang RM46 billion. RM27 billion mana pi?

Myanmar enggan hadir mesyuarat serantau jika krisis Rohingya dibincangkan

KUALA LUMPUR: Presiden Myanmar, Thein Sein menolak untuk hadir di pertemuan serantau di Thailand jika jemputan tersebut membangkitkan krisis Rohingya.

Menurut laporan Aljazeera pada Ahad, dalam satu kenyataan dari pejabat presiden negara itu berkata bahawa pihaknya tidak akan menerima dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Myanmar adalah punca kepada krisis Rohingya.

“Myanmar tidak akan menghadiri persidangan serantau yang dipengerusikanThailand jika ‘Rohingya’ disebut dalam jemputan tersebut.

“Kami bukan mengabaikan masalah ini, tetapi pemimpin-pemimpin kita masih sedang membuat keputusan sama ada untuk menghadiri mesyuarat itu berdasarkan topik yang akan dibincangkan," kata Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, Mejar Zaw Htay.

Aljazeera menulis, Zaw Htay dalam kenyataannya dilihat cuba untuk menyalahkan negara jiran dalam krisis yang semakin parah itu.

“Dari sudut pandangan kemanusiaan, Rohingya sekarang dilihat sedang dihalang masuk dari jalan laut oleh beberapa negara,

"Malah, pelanggaran hak asasi manusia yang paling serius adalah sindiket dan kegiatan penyeludupan manusia,” kata Zaw Htay.

Pejabat Presiden Thein Seinselama ini bertindak untuk tidak bercakap secara terbuka mengenai krisis Rohingya semenjak 1 Mei.

Izzah yakin ibu mampu jadi ketua pembangkang

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yakin ibunya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjalankan kembali tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang menggantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang kelayakan selepas dikenakan hukuman penjara.
 
Beliau menyatakan keyakinan itu kepada Sinar Online ketika ditemui pada Pertandingan Bola Sepak Piala Nurul Izzah anjuran Akademi Bola Sepak Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, di sini semalam.
 
“Insya-ALLAH dengan pasukan yang mantap dan kerjasama semua pihak, saya yakin,” katanya.
 
Dalam pada itu, mengulas soal kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini yang menyifatkan Wan Azizah tidak layak memegang jawatan Ketua Pembangkang, Nurul Izzah berpendapat Noh yang tidak layak berkata apa-apa.
 
“Siapa Noh Omar? Saya fikir beliau tidak mempunyai kelayakan untuk berkata apa-apa pun. Sebelum ini tidak pernah beliau memberi komen yang konstruktif. Beliau hanya menyerang,...Alhamdulillah saya bergantung pada persetujuan ketiga-tiga parti telah menobatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang. Yang penting, beliau sentiasa melihat jawatan itu sebagai satu amanah.

Hanya Erdogan berani kutuk hukuman mati ke atas Morsi



Keputusan Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas Dr Mohammad Morsi adalah kemuncak kezaliman Fatah Al-Sisi dan rejim pemerintah tentera Mesir.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya keputusan tersebut sebagai keputusan yang mempunyai niat jahat untuk mengekang sokongan rakyat yang menentang rampasan kuasa tentera oleh Fatah Al-Sisi.

Tidak cukup Morsi sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun, kini rejim tentera mahu memastikan kesan revolusi rakyat melalui Arab Spring 2011 di Mesir itu ditamatkan sepenuhnya. Seluruh aparatus kerajaan dieksploitasi untuk menghapuskan sebarang penentangan kepada bekas rejim Hosni Mubarak.

Keputusan itu adalah keputusan gila sejak rampasan kuasa dilakukan oleh tentera atas nama menyelamatkan Mesir dari kuasa asing. Tentera di bawah arahan Al-Sisi yang melanggar semua hak demokrasi rakyat Mesir telah melancarkan penangkapan, penculikan, penyiksaan dan pembunuhan yang sangat zalim bukan sahaja ke atas pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin malah juga ke atas aktivis demokrasi di kalangan rakyat Mesir.

Sejak rampasan kuasa oleh tentera, peristiwa pembunuhan massa di Rabaa dan penahanan lebih 41,000 orang atas tuduhan politik yang merengkok dalam penjara telah meletakkan Mesir sebagai negara penindas paling zalim ke atas sebarang penentangan terhadap pemerintahan tentera. Tidak ada sebarang siasatan dan pendakwaan dijalankan ke atas mana-mana pegawai tentera mahu pun polis yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan di medan Rabaa Al-Adawiya pada 14 Ogos 2013 yang mengakibatkan paling minima 817 orang awam terbunuh dalam satu hari.

Dituduh penipu, Najib wajar debat dengan Mahathir



KUALA LUMPUR: Perdana Mnteri, Datuk Seri Najib Razak wajar berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila bekas Perdana Menteri itu menuduh beliau ‘tak pernah cakap betul, selalu bohong’.

Demikian pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Perdana sebagai respons kenyataan Najib semalam yang menyatakan hutang RM42 bilion 1MDB itu kini tersimpan dalam bentuk tanah TRX seluas 70 ekar dan Bandar Malaysia seluas 500 ekar.

Katanya, jika benar apa yang dikatakan Najib, maka ini adalah satu pengakuan bahawa 1MDB sudah habis menggunakan RM42 bilion yang dipinjamnya, dan sekarang terpaksa bergantung pada pembangunan TRX dan Bandar Malaysia untuk melangsaikan hutangnya.

"Bukankah ini satu bola tanggung kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkata bahawa dakwaannya mengenai 1MDB benar selama ini?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Ini, ujar beliau kerana RM42 bilion ialah satu jumlah yang teramat besar.

"Jikalau duit yang dikumpul melalui hutang ini digunakan dengan betul di TRX dan Bandar Malaysia sudah tentu 1MDB sendiri boleh menbangunkan TRX tanpa menjual tanahnya kepada Lembaga Tabung Haji," ujarnya lagi.

Nobody buys Najib’s big bluff on 1MDB’s RM42b, says Pua

Even a primary school student can do the maths and know that the PM is telling the biggest lies with the straightest face.
tony pua, najib, 1MDB
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Abdul Razak lied outright, with a straight face, when he publicly claimed that 1MDB’s RM42 billion in debts was not an indication of monies lost but resides in the 70-acre Tun Razak Exchange (TRX), touted as an Islamic Financial Centre, and the 500-acre Bandar Malaysia.
“It impresses me,” conceded Petaling Jaya Utara MP Tony Pua. “He can tell the biggest of lies with the straightest of faces.”
“I cannot help but be amazed by how the Prime Minister could tell such a big lie with such a straight face, and fully expected the audience to believe him hook, line and sinker.”
Pua was commenting on Najib telling hundreds of Umno Selangor members in Klang that “the 1MDB RM42 billion was not lost. It’s there in the 70 acres TRX and 500 acres Bandar Malaysia lands.”
1MDB was unable to service or repay its debt because the rest of the RM28 billion are either locked into worthless paper assets, said Pua who is also DAP National Publicity Secretary, or have vanished altogether.
“Najib must explain with solid evidence where the rest of 1MDB’s RM42 billion went, after deducting the RM14 billion for real estate and energy companies.”
Firstly, asked Pua, are the 70 acres of Tun Razak Exchange (TRX) and 500 acres of Bandar Malaysia worth even anything remotely close to RM42 billion?
Based on the latest available financial statements of 1MDB as at 31 March 2014, added Pua, the two parcels of land are worth only RM5.83 billion. “How could RM5.83 billion be boasted and inflated to justify 1MDB’s RM42 billion debt?”
Secondly, stressed Pua, Najib failed to inform the audience that the respective pieces of land were purchased for only RM194 million and RM1.67 billion from the Government. “The cost to 1MDB was a meager RM1.86 billion.”
1MDB, he noted, did purchase an expensive piece of land in Penang for RM1.27 billion and acquired three independent power producers valued at RM10.9 billion in 1MDB’s books.

Najib.....hentikan penipuan mengenai 1MDB

DAP hari ini meminta Datuk Seri Najib Razak berhenti "berbohong", mengulas penafian perdana menteri semalam mengenai kehilangan RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang katanya nilai hutang itu kini tersimpan dalam bentuk dua hartanah yang bakal dibangunkan di Kuala Lumpur.

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata, menurut penyata kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac, 2014, kedua-dua bidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia itu, yang dimiliki dana pelaburan negara yang sarat dibebani hutang itu, hanya bernilai RM5.83 bilion.

 Kedua-duanya, tanah TRX seluas 70 ekar dan Bandar Malaysia seluas 500 ekar, dibeli dari kerajaan pada harga sejumlah RM1.86 bil

Secara kumulatif, menurut rekodnya, aset syarikat itu hanya berjumlah RM14 bilion, termasuk sebidang tanah di Pulau Pinang yang dibeli pada RM1.27 bilion dan pengambilalihan 3 pengeluar tenaga bebas bernilai RM10.9 bilion.

"Ada berbaki RM28 bilion lagi daripada jumlah RM42 bilion hutang yang tidak dapat dikesan. Pelajar sekolah rendah pun boleh mengiranya dan menganggap Najib membuat pembohongan besar.

"Mengagumkan saya Najib boleh dengan selamba melakukan pembohongan terbesar, mendakwa hutang RM42 bilion 1MDB itu tidak hilang, kerana ia mempunyai 500 ekar tanah Bandar Malaysia dan 70 ekar tanah TRX," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami menyeru perdana menteri berhenti berbohong kepada rakyat Malaysia. Beliau perlu menjelaskan dengan bukti kukuh ke mana perginya baki RM42 bilion itu, selepas ditolak RM14 bilion hartanah dan syarikat tenaga," katanya.

Dalam usaha menghentikan kontroversi sekitar 1MDB, Najib berkata semalam, dua bidang tanah di pusat bandar Kuala Lumpur itu merupakan "lombong emas" dan jika beliau seorang hartawan, beliau akan membeli tanah di situ kerana nilainya akan bertambah dalam 20 tahun akan datang.

GST diskriminasi pekerja muda, siswazah

BUKIT MERTAJAM, 16 MEI: Kemiskinan yang dihadapi belia semakin parah dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam.
Menurut Steven, pelaksanaan GST jelas membebankan, lebih-lebih lagi dalam keadaan golongan belia di negara ini yang berdepan masalah pengangguran.
Steven yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP berkata, pekerja muda dan siswazah kini berdepan masalah kemiskinan kerana majoriti golongan itu berpendapatan kurang dari RM 1,500, satu jumlah pendapatan yang dianggap sebagai miskin di Selangor.
“Kajian Penang Institute menunjukkan jika ketua isi rumah adalah di bawah 24 tahun, mereka akan membayar GST lebih tinggi mengikut kadar pendapatan berbanding dengan golongan lain.
“Pelaksanaan GST pasti memberi kesan paling buruk terhadap ekonomi golongan penganggur, baik siswazah atau bukan, dan jelas mendiskriminasi kedua-dua golongan itu.
“Majoriti pekerja muda di Malaysia, iaitu sebanyak 67% mendapat gaji sebulan di bawah RM 1,000, sementara 21% mendapat gaji antara RM 1,000 hingga Rm 1,500.
“Dengan kata lain, 88% peratus pekerja muda di Malaysia mendapat gaji kurang dari RM 1500,” jelas Steven.

Sekat ekonomi Myanmar demi Rohingya


rohingya


KUALA LUMPUR, 16 MEI: Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia dicadangkan untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Myanmar kerana jelas telah melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia masyarakat Rohingya.
Dalam kenyataan bersama ahli jawatankuasa DAPSY Kebangsaan Dyana Sofya Mohd Daud dan Ketua Biro Antarabangsa, Wong Kah Woh, sayap parti itu turut menggesa satu mesyuarat tergempar ASEAN bagi membincangkan krisis tersebut.
“Ini adalah krisis kemanusiaan yang begitu hampir dengan Malaysia dan melibatkan ahli ASEAN sendiri.
“Tambahan dengan itu, kerajaan Malaysia bersama negara-negara ASEAN yang lain untuk membuat kata putus dengan menggesa Myanmar bertanggungjawab dan menghentikan krisis etnik di negara itu.
“Atau kenakan sekatan ekonomi kerana mereka jelas telah melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia,” kenyataan tersebut dipetik.
Ahad lepas, difahamkan seramai 1,158 warga Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar tiba dengan bot di Langkawi.
Manakala UNHCR melaporkan, antara 5,000 hingga 6,000 lagi warga Bangladesh dan Rohingya sedang menunggu masa sesuai untuk belayar ke Malaysia.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dalam kenyataannya hari ini melahirkan rasa terkejut atas tindakan beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia menghalau ribuan pelarian Rohingya yang tersadai di antara Laut Andaman dan Selat Melaka itu.

Jangan calon Ketua Umno bahagian sokong Najib kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad
IPOH - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan semua Ketua Umno Bahagian yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dicalonkan pada pilihan raya akan datang.
 
Katanya, perkara berkenaan perlu dibuat bagi memastikan tiada sokongan untuk Najib kekal sebagai perdana menteri.
 
“Kita kena beritahu ketua bahagian kalau sokong Najib, kita akan tolak mereka. Mereka tak akan jadi calon untuk pilihan raya.
 
“Mereka sokong Najib, tapi Najib bukan sokong mereka. Janganlah bising sangat,” katanya pada Program Bicara Negara di sebuah hotel di sini, semalam.
 
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, pembangkang akan menang pada pilihan raya akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal sebagai perdana menteri.
 
“Kalau Najib terus jadi perdana Menteri, mereka (pembangkang) akan menang. Sebab itulah mereka nak dia (Najib) kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika menjawab soalan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman pada sesi soal jawab.

Agamawan kita malas membaca, kata pendakwah bebas

Wan Ji Wan Husin, yang pernah mencetuskan kontroversi dengan beberapa kenyataannya sebelum ini, berkata agamawan sepatutnya mempunyai pendirian yang menyeluruh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mei, 2015. 
Wan Ji Wan Husin, yang pernah mencetuskan kontroversi dengan beberapa kenyataannya sebelum ini, berkata agamawan sepatutnya mempunyai pendirian yang menyeluruh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mei, 2015.

Seorang pendakwah bebas mendakwa, sikap malas membaca tidak hanya wujud di kalangan rakyat biasa di Malaysia, tetapi juga melibatkan kebanyakan ulama atau agamawan di negara ini.
Merujuk tindakan Putrajaya mengharamkan bahan bacaan, Wan Ji Wan Husin, yang pernah mencetuskan kontroversi dengan beberapa kenyataannya sebelum ini, berkata agamawan sepatutnya mempunyai pendirian yang menyeluruh, tetapi mereka dilihat dipengaruhi sentimen yang hanya memihak kepada aliran tertentu.
 "Masalah kurang membaca tidak hanya berlaku pada rakyat Malaysia. Namun agamawan kita, bila bercakap, hanya cenderung kepada sentimen atau aliran tertentu pro Syiah sahaja. Tidak ada ilmiah akademiknya.

"Bagaimana ada PhD namun penguasaan ilmunya tidak rasional?" soalnya ketika berucap pada satu forum yang bertajuk 'Buku Haram: Terorisme Kebebasan' di Petaling Jaya malam tadi. Forum tersebut merupakan sebahagian acara Festival Hari Kebebasan Media Sedunia anjuran Gerakan Media Marah (Geramm), Malaysiakini dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Batalkan GST akan musnahkan Malaysia, kata ahli ekonomi

Ketika kemarahan rakyat meningkat dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan seruan dibuat supaya ia dimansuhkan, ahli ekonomi dan pakar percukaian memberi amaran, sekiranya Putrajaya mengambil langkah berundur, ia membawa bencana kepada ekonomi negara yang sedia tenat.
Pada April, negara melaksanakan pembaharuan cukai terbesarnya dalam beberapa dekad dengan memperkenalkan GST.
Katanya, cukai pelbagai peringkat itu akan menambah hasil kerajaan dan ini amat diperlukan bagi mengimbangi defisit negara yang meningkat.

Malaysia merupakan salah satu negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di rantau ini, dan keyakinan pelabur yang rendah sepanjang tahun lalu menyebabkan bon dan pasaran sahamnya mengalami prestasi yang kurang memberangsangkan. Pakar mengatakan, pelaksanaan GST sudah lama tertangguh – hanya 2 juta dari 28 juta penduduk Malaysia pada masa ini membayar cukai pendapatan – dan pendapatan kerajaan yang bertambah akan mengurangkan hutang kerajaan yang semakin meningkat.
"Pada dasarnya, GST menyebarluaskan beban itu supaya ia tidak tertumpu kepada satu kumpulan kecil pembayar cukai yang kini menampung perbelanjaan golongan majoriti," kata ketua ahli ekonomi Kumpulan Penyelidikan RHB Lim Chee Sing.
"Ia akan membolehkan kita memperluaskan asas cukai dan membenarkan kerajaan meraih lebih banyak pendapatan bagi menguruskan kewangan dengan lebih baik."
Bagaimanapun, kekeliruan mengenai bagaimana cukai itu dijalankan, senarai pengecualian cukai yang semakin panjang dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sehingga 30% dalam beberapa keadaan, menimbulkan masalah kepada pelaksanaannya.
Pada 1 Mei, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalan raya menyeru cukai itu dihapuskan, memetik kesusahan yang dialami golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan harga hampir semua keperluan asas rumah dan bahan makanan.
Tetapi, ahli ekonomi dan pakar memberi amaran, sekiranya GST dibatalkan, ia akan lebih menjejaskan keyakinan pelabur, dan mengundang masalah jangka panjang yang lebih besar bagi ekonomi negara.

Rohingya: Pendirian kerajaan undang bala

Mufti Perlis kesal dengan tindakan kerajaan membiarkan pelarian Rohingya kehausan dan kelaparan di tengah lautan.
drmaza,rohingyaPETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengkritik kerajaan kerana tidak memberi perlindungan kepada pelarian Islam Rohingya yang ditindas di negara mereka.
Beliau bimbang sikap tamak dan kerakusan kerajaan yang enggan menyelamatkan saudara sesama Islam akan mengundang malapetaka besar kepada negara ini.
“Kita amat bimbang, kerakusan dan ketamakan kita ini akan mengundang bala Tuhan yang menakutkan.
Jika sebelum ini beberapa petanda bala demi bala datang kepada pentadbiran negara, atas sebab musabab yang hanya Tuhan Maha Ketahui apa yang telah berlaku dalaman mereka yang berkuasa.
“Namun, kehilangan kemanusiaan ini dibimbangi menjemput kemurkaan Tuhan di lautan dan di daratan. Pohon perlindungan Allah untuk sekalian rakyat yang tidak bersalah,” tulisnya di Facebook.
Katanya, pendirian kerajaan menghalau pelarian itu amat menyedihkan kerana sanggup melihat saudara seagama mati kehausan dan kelaparan di tengah lautan.
“Jika musibah tidak menimpa mereka, tentu mereka juga tidak bergadai nyawa membelah badai. Namun, atas ketamakan kita, bimbang rezeki kita dikongsi orang, kita halau mereka bersabung nyawa di lautan.

Zam: Chinese ‘return’ to Umno no longer possible

Najib being retained as Prime Minister opens the door to Putrajaya for Pakatan Rakyat.
najib_lim_mat_zam_600KUALA LUMPUR: Umno, having identified itself with hudud, is increasingly no longer in a position to get back the support of the Chinese as in the past and even more so if the forces of moderation in PAS can seize the leadership of the party from the ulama and restore its informal opposition alliance with DAP and PKR.
Mat Sabu, PAS Deputy President, sees Najib Abdul Razak being retained as Prime Minister as opening the road to Putrajaya for Pakatan Rakyat.
Former Information Minister Zainuddin Maidin, in pointing out this in a blog posting, recalled that it was fear of hudud that for so long kept the Chinese with Umno. “The Chinese, before the coming of the Pakatan Rakyat, saw PAS as a party which was not given to diplomacy and instead bent on implementing Islamic laws including hudud.”
“It’s within this context that DAP Adviser Lim Kit Siang’s attack on hudud in Kota Baru, the stronghold of PAS and its immunity, must be seen.”
Lim, added Zainuddin, was making a brave attempt to support the forces of moderation in PAS to overcome the grip of the ulama on the party. “Lim wants to help PAS free itself from the old-fashioned fanaticism and bigotry in PAS on which the ulama thrived.”
“Such pro-hudud PAS members continue to be a thorn in the flesh of Pakatan Rakyat.”
The rise or fall of the forces of moderation in PAS, argued the former Minister turned political analyst cum blogger, will determine the fate of DAP as well. “Lim’s brazen attack in Kota Baru on hudud was also meant to retain the confidence of the Chinese in the party, shaken by its alliance with PAS.”
“Lim was being provocative in Kota Baru with a reason.”
Zainuddin dismissed the notion that Lim had insulted hudud. “He was being realistic on the dangers of implementing Islamic laws to an extent that it doesn’t comply with the clear lines between Syariah and civil laws which had been used for so long in this country and ensured harmony among the different ethnic groups and religions.”

Najib guna cara Tun M untuk terus jadi PM

Menurut Najib, Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun disebab oleh perlembagaan parti yang menentukan bukan secara pemilihan telus dan demokratik.
najib,mahathir
KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau akan menggunakan cara sama yang pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempertahankan jawatan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dulu.
Katanya, tokoh itu tidak berganjak walaupun sokongan yang diterimanya dalam pemilihan UMNO pada 1987 tidak banyak sehingga hampir tewas.
“Masih ingatkah pada 1987 di mana Dr Mahathir dicabar bagi jawatan presiden UMNO? pada waktu itu beliau menang tipis, tetapi masih terus memimpin.
“Hampir 50 peratus tolak kepimpinan beliau, Jadi apa maknanya itu? Saya juga amalkan perkara yang sama,” katanya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Kelab Eksekutif Klang pada Sabtu.
Dakwa Najib lagi, Dr Mahathir kekal sebagi Perdana Menteri selama 22 tahun disebabkan perlembagaan parti yang menentukan, bukan secara pemilihan yang telus dan demokratik.
“Perlembagaan parti meminta sebanyak 63 pencalonan dari bahagian untuk bertanding presiden parti. Harus diingatkan bahawa jika jadi Presiden UMNO secara automatik akan jadi Perdana Menteri.
“Tetapi saya cuba mengubah UMNO supaya menjadi lebih demokratik dan telus. kita telah pinda perlembagaan parti bagi jawatan Presiden UMNO. Saya ambil risiko besar, tetapi saya menang tanpa bertanding dalam pemilihan,” katanya.

Kenapa Speaker letak jawatan beritahu Mahathir & tidak beritahu PM Najib


Kenapa Speaker letak jawatan beritahu Mahathir & tidak beritahu PM Najib
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.
"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.
Seorang kawan segera menalipon saya dan bertanya mengapa dia memberitahu Mantan Perdana Tun Mahathir dan tidak memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib ?
Sekiranya berita ini tidak benar maka reputasi Tun Dr.Mahathir juga akan terjejas. Menurut Timbalan Speaker Ronald Kiande ini hanyalah spekulasi.