Sabtu, 16 Mei 2015

Pandikar letak jawatan Speaker? Entahlah

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.

Tanpa memberi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, mantan perdana menteri itu berkata, Dewan Rakyat kini dipengerusikan oleh timbalannya Pandikar, Datuk Ronald Kiandee.

"Speaker sudah berhenti dah. Dia jumpa saya nak berhenti. Speaker dah berhenti. Sekarang yang jadi Pengerusi Dewan Rakyat ialah timbalannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin dalam program Bicara Negarawan di Ipoh hari ini.

Mahathir sebelum itu menjawab soalan hadirin sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh dijatuhkan sekiranya mendapat undi tidak percaya di Parlimen.

Bagaimanapun, akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan melalui pos di Facebook, setiausaha Pandikar menafikan dakwaan berkenaan.

Malah, kata setiausaha itu, Pandikar sendiri terkejut dengan kenyataan dibuat Dr Mahathir.

Sementara itu Kiandee (gambar) juga dilaporkan menolak dakwaan peletakan jawatan Pandikar.

Kata Kiandee, spekulasi mengenai peletakan jawatan itu diketahui sejak sidang parlimen berakhir pada 9 April lalu.

Ada sumber sahkan

Memetik kenyataan Kiandee, The Star melaporkan kedua-dua mereka bertemu beberapa hari lalu dan perkara itu tidak dibincangkan.

Tiada tanda-tanda Pandikar akan letak jawatan - Timb YDP Dewan Rakyat

Tiada tanda-tanda Pandikar akan letak jawatan - Timb YDP Dewan RakyatKUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menafikan dakwaan perletakan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau sebaliknya memberitahu Pandikar dijadual mempengerusikan sidang  parlimen pada jam 10 pagi  pada Isnin ini.

“Tidak pernah dan tiada indikasi bahawa beliau hendak meletak jawatan. Saya telah menerima sesi parlimen minggu depan, jam 10 pagi beliau akan mempengerusikan dan menerima minggu lalu. Ini satu spekulasi dan biar Tan Sri membuat kenyatan itu dan beliau kini berada di Kota Belud Sabah,” jelas Ronald.

Ujar Ronald, berita peletakan jawatan Pandikar telah diulangi sejak sesi palimen yang lepas berakhir pada 9 April.

Pandikar juga dijangka menjadi saksi bagi majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Ismail pada Isnin.

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menafikan perkara itu.

Najib: I will stay on

1MDB: Jika Allah kehendaki rezeki di tangan hilang



KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa sedih atas kekejaman sikap muslim yang sanggup melihat saudara muslim mereka mati kehausan dan kelaparan.

"Setelah umat Islam Rohingya dibunuh dengan rakus dan kejam oleh sami-sami Buddha di bumi mereka, mereka berhijrah mencari perlindungan di negara-negara umat Islam seperti kita.

"Malangnya, mereka diperlakukan demikian rupa. Tanpa ada belas ehsan kemanusiaan, apatah lagi ukhuwwah keagamaan," tulis beliau menerusi facebook dengan tajuk Rohingya Yang Ditangisi.

Menurutnya, sudahlah ketika ribuan mereka yang dibunuh dan disembelih oleh pengganas Buddha di Myanmar, suara negara ini tidak begitu lantang membela.

Kali ini, ujarnya sanggup pula melihat mereka mati dan terseksa.

Katana, jika musibah tidak menimpa mereka, tentu mereka juga tidak bergadai nyawa membelah badai.

"Namun, atas ketamakan kita, bimbang rezeki kita dikongsi orang, kita halau mereka bersabung nyawa di lautan.

"Kita lupa bahawa, jika Allah kehendaki rezeki yang di tangan pun boleh hilang. Lihat sahaja 1MDB. Ke mana rezeki itu telah pergi.

"Mayat pesawat yang terhempas di lautan yang hampir yakin mati masih kita cari, sedangkan yang masih hidup di lautan kita cuba biarkan mati. Di manakah kemanusiaan kita ini?" ujarnya lagi.

Kalau nak debat dengan Najib, ok lah, kata Mahathir

Mahathir: Tanggungjawab Umno gugurkan Najib

'Pandikar jumpa saya nak berhenti jadi speaker Parlimen'

Dr M sindir Najib, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan...

Najib, Janganlah Bagi Malu Orang Bugis!!

Perdana Menteri, Najib Razak sudah dua kali berikrar tidak akan menyerah kalah dan akan terus melawan terhadap kritikan dan serangan daripada Tun Mahathir Mohamad.

Selain bercakap mengenainya di Kuala Lumpur lebih seminggu yang lalu,  ketika di Tawau baru-baru ini dengan disaksikan oleh kira-kira 40 ribu hadirin yang kebanyakannya orang Bugis, Najib sekali lagi mengulangi pendirian itu.

Dengan lagak seperti pahlawan Bugis, Najib lalu memetik madah suku kaum itu yang berbunyi:-

Kendali tergantung awan di langit
Telah terlanjur ku bentang layar
Walau badai datang menggunung
Walau berdentum guruh di langit
Walau bumi berkeping dua
Takkan mungkin ku berbalik haluan

Madah ini tidak lain membayangkan Najib bukan saja tidak akan menyerah kalah, bahkan sanggup menghadapi apa saja rintangan untuk mempertahankan jawatannya, sesuai dengan keberanian orang Bugis yang memang diketahui umum sejak sekian lama dahulu.

Tentu saja berdiri bulu roma orang Bugis mendengar kata-kata berani daripada Najib itu. Di sebalik berwajah lembut dan mempunyai bibir kemerah-merahan, barangkali orang Bugis di Tawau amat bangga dengan keberanian Najib itu kerana rupa-rupanya darah Bugis dalam tubuhnya masih belum tercemar jika berdasarkan pada madah yang dilafazkannya itu.

Dr M tuduh Najib 'tak pernah cakap betul'

Hadirin yang mendengar ucapan Tun Dr Mahathir di Ipoh, Perak hari ini diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan pembohongan dalam isu pembelian jet baru kerajaan.

Sambil ketawa, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata walaupun Najib memenuhi ciri "gaya" seorang pemimpin namun dengan pelbagai isu yang timbul serta pembohongan yang dilakukan ahli parlimen Pekan itu menjadikan dia tidak lagi layak memimpin negara.

Dr Mahathir menceritakan, sebelum ini beliau pernah menasihati Najib (kanan) supaya membeli drone (pesawat udara tanpa pemandu) bagi menjaga kawasan pantai di Sabah.

Katanya, walaupun pertemuan dengan penjual drone diaturkan , sehingga hari ini tiada sebarang tindakan susulan yang dilakukan, termasuk untuk membeli pesawat tersebut.

Najib nampak segak

"Najib sebaliknya membeli pesawat mewah yang baru," kata Dr Mahathir.

Justeru, beliau mempertikaikan keputusan Najib membeli kapal terbang mewah baru.

"Apa perlu kapal terbang besar? Nak beli kononnya raja nak pakai tapi tak nampak raja pakai pun.

"Tak pernah cakap betul, selalu bohong,"  katanya.

Dianggarkan seramai 2,000 orang memenuhi tempat majlis itu diadakan hari ini.

Kata Dr Mahathir, susuk Najib memanglah kelihatan begitu segak.

"Tinggi, putih. Rambut pun dah putih dah. Gaya dah ada sebab itu saya pilih dia dulu (sebagai perdana menteri)," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut memberikan nasihat kepada Najib bahawa seorang perdana menteri tidak seharusnya hidup mewah.

Katanya, kehidupan yang dijalani Najib kini berbeza daripada bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Mengapa Tidak bersatu Hadapi Bn Yang Sedang Lemah

Oleh MUHAMMAD ZAKI SUKERY
Sehari dua ini, riuh tentang ulasan Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang (LKS) khususnya berkenaan Hudud. 2-3 kali juga saya mengulang dengar rakaman tersebut bagi mendapatkan maksud sebenar intipati ucapan beliau yang boleh diakses dari minit 1:23:21 hingga ke 1:40:19 dalam video bertajuk ‘Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan’ yang dianjurkan oleh PAS, PKR dan DAP Kawasan Kota Bharu pada Ahad, 10 Mei lalu.

2. Pertama sekali, ia melambangkan anjakan paradigma bilamana seorang bukan Islam berani bercakap tentang Hudud di pentas terbuka. Sekurang-kurangnya, tembok ini telah dipecahkan pada saat masih ramai yang berasa stigma dengan terminologi ini disebabkan oleh doktrin ‘potong tangan’ yang diluncurkan oleh mantan Perdana Menteri satu ketika dulu tanpa rasa kebertanggungjawaban walaupun gah diselimuti kekuasaan, termasuk akses terhad di media cetak dan media elektronik. Hatta di Selangor tempat saya bermastautin sekarang, masih ada beberapa masjid yang ‘berkarat’ dengan pesanan jangan disentuh bab Hudud (Fiqhul Jinayah) sebaliknya hanya mengulang-ulang bab Sifat Solat Nabi atau bab Kelebihan Doa (Fiqhul Ibadah). Keduanya, kita juga dapat tahu dengan jelas bagaimana pendirian LKS berkaitan Hudud khususnya merujuk kepada pra-syarat yang tidak dipenuhi dan masalah perundangan.
3. Apa yang jelas, intipati ulasan LKS adalah berkisar tentang pandangan sebahagian ulama’ Islam berkaitan Hudud walaupun sisi yang lain digerhanakan. Jelas, ia bukan sesuatu yang asing disebabkan oleh pandangan (ijtihad) ‘alim ulama’ dalam isu ini dari kaca mata agama adalah tidak mutlak (zhanni) bahkan perbezaan ini dapat dilihat melalui perbahasan demi perbahasan dalam pelbagai kitab Fiqh. Ia berlanjutan sehingga pra-syarat pelaksanaan Hudud juga mesti diberikan perhatian serius oleh sebab tujuan asas pelaksanaan Hudud ialah tidak berlakunya zalim kepada mangsa dan pemangsa dek keadilan ialah nyawa kepada Islam. Menurut Syeikh Muhammad Salim ‘Awwa dalam Punishment in Islamic Law, pelaksanaan Hudud telah terhenti seketika sejak era Abbasiyah disebabkan permasalahan ini. Dalam dunia moden sekarang, fenomena ini turut melanda segelintir negara seperti Pakistan, Libya, Sudan dan Nigeria disebabkan oleh timbulnya tohmahan tidak berpenghujung kepada pelaksanaan undang-undang tersebut. Lalu, adakah kita sedang mengatakan negara umat Islam ini (kecuali Nigeria) menolak Hudud?
Ittaqillah!
4. Apa yang menghairankan ialah respon persis mee segera yang berlaku. Saya tidak pasti di mana silapnya tapi masih ramai merespon balas dalam soal hukum-hakam sedangkan apa yang disuarakan oleh LKS ialah berkaitan salah satu pandangan ‘alim ulama’ Islam di samping permasalahan pra-syarat dan peruntukan undang-undang. Kewajipan Hudud jelas diakui dan itu bukan sesuatu yang difokuskan oleh LKS. Apa yang disebut ialah bagaimana untuk ‘menyelit’ dalam ruang set undang-undang sedia ada dalam negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen raja berpelembagaan.

Malam media mungkin seperti rasuah tetapi ianya bukanlah korupsi

oleh Hazlan Zakaria

Laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report telah menerbitkan satu artikel mengecam editor-editor dan wartawan-wartawan Malaysia yang diraikan di malam media Pejabat Perdana Menteri (PPM) pada 14 Mei.

“Selepas Umno telah merompak bilion ringgit dana persaraan dan haji mereka sendiri, saki baki pula digunakan malam tadi untuk memuaskan hati mereka yang ditugaskan untuk mewajarkan rompakan itu,” petikan artikel laman itu pada hari berikutnya.

Artikel yang dimuatnaik di bahagian Talkback mereka itu telah meraih reaksi pantas terhadap berita itu.

“Acara ini memalukan para peserta, apabila wartawan profesional berasa terhina hanya kerana periuk dan kuali di sebuah acara yang ditaja kerajaan di mana adalah lebih baik memboikotnya demi menghormati diri mereka sendiri,” kata artikel Sarawak Report.

Ianya memperingatkan bahawa pentadbiran PM Najib Razak adalah sebuah “rejim” yang telah mendapat kritikan antabarangsa kerana menyumbat penulis ke dalam lokap, menangkap wartawan dan “menghancurkan” kebebasan bersuara.

“Pastinya, serangan serius terhadap profesion mereka ini seharusnya menggalakkan mereka yang bersuka ria ini berasa muak dan menjauhkan diri?” “Atau adakah peluang mendapatkan periuk nasi percuma dan cenderahati terlalu sukar untuk ditolak?” tanya artiktel dalam laman itu, berasa sangsi terhadap penglibatan wartawan dalam malam media PPM itu. Artikel laman itu mempersoalkan adakah dengan memberi periuk dan kuali sudah cukup untuk membeli integriti pihak media.

Memetik artikel daripada portal berita Malaysiakini, Sarawak Report menceritakan bahawa kereta sedan berjenama Peugeot adalah hadiah utama dan lebih kurang 600 hadiah lain boleh dimenangi ketika malam media itu. Hadiah-hadiah yang ada termasuklah peralatan dapur dan peralatan memasak seperti periuk nasi, pengisar, periuk dan kuali dan juga basikal, motosikal, telefon pintar, tablet, dan televisyen LED.

Kalau saya hartawan, saya pun beli tanah 1MDB, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayangkan menyifatkan tanah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad merupakan "lombong emas" kerana nilainya akan bertambah dalam 20 tahun akan datang.

 "Kalau saya hartawan, saya beli, sebab saya tahu nilai 20 tahun akan datang," kata Najib berucap di majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di Klang, hari ini.

"Itulah jadi pusat pertumbuhan yang tidak ada lagi alternatifnya di Kuala Lumpur, begitu juga TRX."  Najib turut menyentuh kontroversi pembelian tanah di TRX oleh Lembaga Tabung Haji pada harga RM188.5 juta.

"Yang jadi mangsa, Tabung Haji. Tabung Haji bukan bailout, dia cuma beli tanah," kata Najib. Najib juga menafikan 1MDB kehilangan RM42 bilion, iaitu jumlah tanggungan hutangnya, dan berkata nilai itu kini tersimpan dalam bentuk tanah TRX seluas 70 ekar dan Bandar Malaysia seluas 500 ekar.

Shahidan nafi Pandikar letak jawatan seperti didakwa Dr Mahathir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi mengatakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.

"Berita tersebut adalah tidak benar, kalau ada sudah tentu pelaksanaannya dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu, tetapi setiausaha Dewan Rakyat juga sudah mengesahkan perkara itu tidak benar," katanya kepada The Malaysian Insider. Shahidan berkata beliau dan perdana menteri adalah pihak pertama yang akan mengetahui tentangnya.

 "Saya tidak tahu dari mana beliau (Dr Mahathir) mendapat berita tersebut, tetapi setakat ini, daripada sumber rasmi, kita tidak ada perkara itu (peletakan jawatan)," katanya yang enggan menggulas lanjut. Berucap pada program Bicara Negara di Ipoh, Dr Mahathir berkata Pandikar sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker. "Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya.

Ragim Zionis Mesir jatuh hukuman mati ke atas Morsi dan Yusof al-Qaradawi

Selain Morsi, ulama terkenal, Sheikh Yusuf al-Qaradawi turut dijatuhkan hukuman mati.
morsi
PETALING JAYA: Bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi dijatuhkan hukuman mati kerana terbabit rusuhan dalam penjara pada 2011.
Morsi bersama 105 yang lain menerima hukuman berkenaan selepas didapati bersalah ketika bantahan menggulingkan kepimpinan Hosni Mubarak memuncak.
Turut sama menerima hukuman berkenaan ulama terkenal, Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang kini berlindung di Qatar.
Hukuman ke atas Morsi dan mereka yang lain masih belum dimuktamadkan kerana keputusan akhir akan ditentukan Mufti Besar Mesir, badan tertinggi agama di negara berkenaan.
Selain itu mereka yang dijatuhkan hukuman masih boleh membuat rayuan walaupun Mufti Besar memberi persetujuan hukuman mati dijalankan.
Menurut laporan al Jazeera, mahkamah akan membuat keputusan akhirnya pada 2 Jun ini.
Ia hukuman terbaru yang dijatuhkan ke atas Presiden Mesir yang pertama dipilih rakyat melalui proses demokrasi.

Open debate - I'm okay if Najib is willing - Tun M

Tun Mahathir: Najib told me "cash is king"

Tun Mahathir: "It's like having "Mat Jenin" at the top"

Perang Terbuka: Tun M Isytihar Tidak Menyokong Najib


IPOH: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan dirinya tidak memberi sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Beliau berkata demikian dalam program ‘Bicara Negara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad’ di Ipoh petang ini.
Ujarnya, beliau telah menulis dan menghantar sepucuk surat memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi sokongan kepada pemimpin tersebut.
“Dia simpan surat itu dan tidak memberitahu.. tetapi menyuruh orang cakap kepada saya.. tarik lah surat itu, saya tak boleh tarik kerana tiada kesan,”.
PERAKTODAY10
“Orang ini tidak patut lagi menjadi Perdana Menteri, lama baru boleh saya sampai ke tahap itu ..saya marah kepada dia nasihat macam-macam tak jadi,” katanya.
Katanya beliau turut membuat perhintungan dan berpendapat bahawa UMNO akan berhadapan dengan kekalahan dalam pilihanraya ke-14 adalah berasas berdasarkan kajian yang telah dilakukannya begitu lama.
“Empat tahun Saya telah buat kajian tentang prestasi Najib apabila berlaku dalam pilihanraya-13 dia akhirnya gagal mendapat sokongan lebih daripada Pak Lah.. saya fikir kalau dia pimpin UMNO dalam pilihanraya ke-14 kita akan kalah.
“Orang Melayu sudah tidak sokong dah.. dia telah jadikan UMNO satu organisasi yang buruk yang orang tak suka ..banyak orang muda yang tak nak jadi ahli UMNO,” katanya.
Jelasnya lagi, UMNO dahulunya merupakan satu badan yang berjuang memerdekakan negara ini dan tampil berjuang menentang Malayan Union serta turut berjuang membangunkan negara selama 60 tahun.

Morsi berdepan hukuman mati oleh regim zionis As-Sisi

Morsi berdepan hukuman mati
KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun kerana melancarkan keganasan terhadap penunjuk perasaan, kini berdepan hukuman mati atas kesalahan perisikan dan cubaan melarikan diri dari penjara selepas dua tahun beliau digulingkan.

Morsi dipilih sebagai presiden dalam pilihanraya Parlimen Mesir yang pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak, namun beliau digulingkan oleh tentera pimpinan Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada 30 Jun 2013.

Usaha menggulingkan Morsi telah mencetuskan tindakan keras kerajaan ke atas gerakan Ikhwanul Muslimin di mana beratus-ratus orang terbunuh dan beribu-ribu telah dipenjarakan.

Defendan dalam kedua-dua perbicaraan telah dibawa masuk ke dalam kandang tertuduh pada hari Sabtu sebelum keputusan itu.

"Kami revolusioner bebas, kami akan terus perarakan," mereka melaungkan.

Morsi belum dibawa masuk lagi, tetapi pemimpin Ikhwan Mahmud Badie, hadir memakai seragam merah mereka yang disabitkan mati selepas hukuman sebelumnya.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh rejim Sisi ini - secara meluas disokong oleh rakyat Mesir yang bosan dengan pergolakan politik - menggunakan badan kehakiman sebagai alat untuk menindas pembangkang.

IGP defends Najib’s son against ponzi-scheme rumours

Thai police reported to have said involvement in UFun scam not true.
igp,Mohd Nazifuddin
KUALA LUMPUR: Rumours about the prime minister’s son and a multilevel scam in Thailand are untrue, the Inspector-General of Police said today quoting Thai police.
Khalid Abu Bakar said Malaysian police had contacted their Thai counterparts about the information and were told they were untrue.
Najib’s son Mohd Nazifuddin, was said to have been involved in multilevel company UFun which is said to have cheated thousands of people.
“Thai police never mentioned PM’s son (Mohd Nazifuddin Najib)”, Khalid said, according to Malaysian Insider.
On Thursday Nazifuddin had stated that “UFun has used my name to deceive buyers to encourage them to enrol in their Ponzi scheme.”
He said that in May 2012 he had resigned as director and chairman of Sagajuta Sdn Bhd, which had been named in the UFun scheme.
“I have no involvement with the group and have already told the police, Bank Negara and the Thai embassy of this when I first discovered it a couple of years back,” he was quoted as saying.
An online video linking him to the company was a “libellous personal attack”, he said.

A rousing reception for Tun M in Ipoh

Tun M: Umno risks extinction if Najib stays

Rohingya: Mengapa Aung San Suu Kyi berdiam diri?

Rohingya: Mengapa Aung San Suu Kyi berdiam diri? - Netizen
KUALA LUMPUR: Presiden Myanmar, Thein Sein dahulunya mencadangkan supaya etnik minoriti Rohingya yang tinggal di Myanmar selama beratus tahun ‘ditempatkan’ semula di luar negara.

Meskipun usul itu ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Thein memperkenalkan polisi domestik yang tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai bukan warganegara.

Susulan polisi itu, warga Rohingya mula diusir dan sehingga kini menjadi pelarian di serata negara Asean.

Pemenang anugerah Nobel dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi terus mendiamkan diri mengenai isu ‘penghapusan etnik’ Rohingya ini.

Suu Kyi pernah menimbulkan kontroversi berikutan wawancaranya dalam akhbar the Guardian pada Julai 2012. Ahli politik berusia 69 tahun ini mengatakan bahawa dia tidak mengetahui sekiranya etnik Rohingya boleh dianggap sebagai penduduk Myanmar.

November tahun yang sama Suu Kyi dalam temubual berita India menyifatkan dia mahu mengambil jalan tengah dan berusaha ke arah perdamaian.

Tun Razak tubuh Umno, Najib tanam Umno, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pelbagai kesilapan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya akan menyebabkan kekalahan Umno dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, walaupun bapa Najib, Tun Abdul Razak merupakan salah seorang pengasas parti Melayu itu.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti.

"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah.

 "Bapanya tubuh Umno, anaknya nak tanam Umno," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak hari ini.

Ketika diusik hadirin isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi punca kekalutan pemerintahan Najib, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak mahu sebut yang itu. Di situ pun banyak yang tidak kena."

Berdebat dengan Najib? Boleh, kata Dr M

Demi mempertahankan alasannya mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan secara terbuka kesediaannya berdebat dengan perdana menteri.

Sambil tersenyum, Dr Mahathir berkata, dia juga mempunyai kebolehan untuk berdebat.

"Saya adalah sikit kebolehan dalam bidang debat ini. Kalau nak debat, OK lah," kata Mahathir sambil mendapat tepukan dan sorakan gemuruk daripada kira-kira 2,000 hadirin yang tekun mendengar ucapannya di Ipoh, Perak hari ini.

Menurut bekas perdana menteri itu, kesanggupannya itu dibuat berhubung pelbagai isu yang dibangkitkannya sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada bersedia untuk berdebat dengan Najib pada program Bicara Negara di Ipoh petang ini.

Dr Mahathir ajar Najib 'tinggalkan isteri'

"Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir Datuk Seri Najib Razak ketika sekali lagi mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak petang ini, Dr Mahathir berkata, Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin amat menyayangi posisi tersebut.

Kata Dr Mahathir, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini "tidak disukai rakyat."

"Orang kata sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayang jawatan pun macam tu jugalah. Sayang jawatan, tinggal-tinggalkan," katanya.

Menurut Dr Mahathir, beliau sendiri pernah sayang kepada jawatannya sebagai perdana menteri.

Selama 22 tahun, katanya, beliau 'berkahwin' dengan jawatan itu dan berasa sayang kepadanya.

"Tetapi (apabila) sampai masa, saya letak (jawatan). Cukuplah, bagi peluang dengan orang macam Najib," kata Mahathir.

Pandikar letak jawatan Speaker Parlimen?


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.

Tanpa memberi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, mantan perdana menteri itu berkata, Dewan Rakyat kini dipengerusikan oleh timbalannya Pandikar, Datuk Ronald Kiandee (kiri).

"Speaker sudah berhenti dah. Dia jumpa saya nak berhenti. Speaker dah berhenti. Sekarang yang jadi Pengerusi Dewan Rakyat ialah timbalannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin dalam program Bicara Negarawan di Ipoh hari ini.

Mahathir sebelum itu menjawab soalan hadirin sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh dijatuhkan sekiranya mendapat undi tidak percaya di Parlimen.

Mudahnya warga Indonesia dapat IC Malaysia, lapor Kompas

warga IndoKUALA LUMPUR 16 MEI- Portal berita Indonesia Kompas.com baru-baru ini melaporkan betapa mudah rakyat Indonesia memiliki kad pengenalan Malaysia sehingga memiliki dua kad identiti berbeza daripada dua negara.
Bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Nunukan Indonesia, Kornaliu Tadem berkata, sebahagian besar penduduk di wilayah perbatasan Kecamatan Krayan dan Kecamatan Krayan Selatan menggunakan IC untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.
Katanya, Kad Tanda Penduduk dan Kad Pengenalan (bagi Malaysia) adalah kad indentiti yang tidak asing dimiliki penduduk di wilayah berkenaan. Jelasnya, meskipun tahu perbuatan itu melanggar undang-undang, namun mereka tetap mengambil risiko tersebut.
“Kalau mereka tidak menggunakan IC, mereka tidak akan mendapat pekerjaan seperti membersih rumput atau mengupas kulit kayu, atau bekerja sebagai buruh kasar di ladang sawit. Dengan menggunakan IC, mereka boleh mendapatkan pekerjaan lebih baik,” kata Kornalius.
Kornalius berkata, untuk dapatkan IC, warga Kecamatan Krayan tidak akan mengalami kesukaran, kerana ramai saudara mara mereka yang sudah menjadi warganegara Malaysia bersedia membantu.
Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Persatuan Adat Dayak Kalimantan, Gat Kaleb berkata, sangat mudah membuat kad pengenalan selagi ada warganegara Malaysia yang mahu menjamin mereka. Bahkan lebih daripada separuh warga Krayan disyaki mempunyai kad identiti itu.
“Mendapat IC tidak sukar kerana kita punya keluarga di sana. Yang penting di sana ada yang mahu menjamin kita, itu sudah memadai,” katanya.
Selain itu, katanya, satu-satunya alternatif untuk mendapat pilihan pekerjaan selain bertani adalah dengan bekerja di Malaysia, terutama di bahagian Sabah.

Takut Kalah PRK: Najib mahu isu muflis Ishak selesai segera

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan cuba mencari penyelesaian segera untuk Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Datuk Ishak Ismail yang diisytihar muflis oleh mahkamah bagi mengelak berlaku pilihan raya kecil.

Bekas setiausha politik Najib,  Datuk Shahlan Ismail dikatakan menjadi orang tengah untuk membolehkan pertikaian di antara Ishak dengan ahli perniagaan Misran Sukadi dapat diselesaikan.

Seorang sumber yang enggan dikenali memberitahu Malaysiakini, Najib mengarahkan Shahlan berbincang dengan kedua-dua pihak bagi mencari penyelesaian.

Malaysiakini dapat melihat sepucuk surat ditandatangani Shahlan yang juga pengarah perancangan strategik di Pejabat Perdana Menteri.

Di mana ketumbukan tentera perhubungan awam PM pabila diperlukan?

oleh V Shuman
Pengarang veteran A Kadir Jasin mempersoal di mana pasukan perhubungan awam Perdana Menteri Najib Razak ketika beliau berdepan pelbagai kritikan.

Di laman blog beliau, Kadir berkata tugas mempertahankan PM semakin sukar -- maka Rizal Mansor diperlukan untuk itu.

Kepada yang masih tertanya-tanya, Rizal (menurut laporan) baru-baru ini mempertahankan isteri PM Rosmah Mansor, selepas dikritik Dr Mahathir Mohamad sebagai berkelakuan seperti PM.
 

Rizal juga pernah berkata, Kadir tidak tahu “budaya Melayu” dan “memetik fakta di jalanan” di dalam mempersoalkan perbelanjaan mewah bagi perkahwinan anak perempuan Najib baru-baru ini.

Kadir berkata tugas mempertahankan Najib, pentadbiran beliau dan keluarga beliau semakin sukar, sehingga petugas profesyenal telah dipaksa menulis rencana tentang 1MDB dengan nama samaran, sementara yang lain-lain mengkritik perdana menteri itu - termasuk timbalannya Muhyiddin Yassin dan ramai lagi pemimpin Umno.

“Persoalannya, mengapa secara tiba-tiba, Rizal muncul sebagai Don Quixote kepada PM? Di mana setiausaha akhbar, penasihat media dan perunding komunikasinya?

“Di mana Pasukan Komunikasi Nasional dan badan pemikir diterajui Mat Salleh? Mengapa mereka tidak mempertahankan perdana menteri? Saya yakin mereka terlatih dan lebih dikenali berbanding Rizal.

“Tentu mereka lebih mampu berhujah dengan kita dan meyakinkan orang ramai. Mereka dibayar bagi tujuan itu,” kata Kadir.

Mengapa Najib ke Sabah bagi membuat kenyataan beliau akan bertahan

oleh Joe Leong
Terbukti, Perdana Menteri Najib Razak bukan mudah ditumbangkan. Tidak seperti di masa lalu, di mana bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi berundur diri secara senyap ketika dilanda tekanan, Najib mengumumkan “Saya tidak akan meletak jawatan!”

Dalam tempoh beberapa hari lalu, di mana situasi dilihat sampai ke takat mendidih sehingga timbalannya turut bercakap secara terbuka tentang sikap Najib yang kerap mendiamkan diri di dalam isu panas, Najib mempertahankan diri dan kedudukannya di dalam kerajaan.

“Saya hanya akan tunduk kepada rakyat dan ahli parti. Selagi rakyat dan ahli Umno menyokong saya dan percaya dengan kepimpinan saya, saya akan terus melaksanakan tugas,” kata beliau kepada peserta perhimpunan di Tawau, pekan pelabuhan terletak di pantai timur Sabah pada 10 Mei.

“Hari ini 40,000 berhimpun dan bersatu di dalam sokongan terhadap saya. Suara ini lebih besar dari satu atau dua individu. Siapa mereka mahu mendesak saya meletak jawatan?

“Saya punyai mandat dan akan terus berjuang untuk rakyat. Tiada siapa berhak mendesak pemimpin yang dipilih secara demokratik berundur,” katanya.

Seperti pejuang, Najib membuat kenyataan tegas terhadap lawannya Dr Mahathir Mohamad yang kini melemparkan pelbagai kritikan terhadap perdana menteri itu.

Najib ke Sabah di dalam langkah terdesak bagi mengukuhkan sokongan dalam usaha menyelamatkan kerjaya politiknya. Dan dia di tempat yang sesuai kerana Sabah dianggap “simpanan tetap”, bukannya Perak atau Johor yang dahulu dianggap kubu Umno. Malah bukan juga kampung halamannya Pahang.

Beliau memilih Tawau kerana alasan yang munasabah. Di sana terdapat ramai orang daripada keturunan Bugis yang berasal daripada Sulawesi, Indonesia. Najib juga keturunan Bugis.

Najib pantas mencuri hati peserta perhimpunan dengan bertutur dalam Bahasa Bugis: “Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur kubentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan”

Mengikut Bernama, ia bermaksud beliau akan terus ‘lawan’.

Najib berkata beliau diberi mandat selaku perdana menteri dan presiden Umno oleh rakyat dari Padang Besar, Perlis sehingga Pulau Sebatik di Tawau, Sabah.

Beliau menggesa penyokongnya melaungkan 'Najib, Najib, Najib', diiringi tepukan.

KALAU di Semenanjung tak tahu banyak mana. SPRM usah takut, rakyat pasti sokong !!!


TAHNIAH SPRM kerana berani & tegas membenteras kegiatan rasuah di #Sabah & #Sarawak ..

Di Sabah Sarawak boleh lah berani kerana tiada UMNO di sana..

TETAPI DI SEMENANJUNG di situlah berlonggok2nya UMNO.. ADAKAH SPRM 'AKAN' BERANI & TEGAS pula di Semenanjung !!!..

HARI INI 16 MEI 2015 genap satu tahun janji2 menteri BEBUIH nak bagi netbook 1 M'sia pada guru..


Sebelum ini menteri BEBUIH berjanji katanya.. "Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya"

Ada tak ada guru2 di sini yg dah terima netbook tersebut ??? Kalau ada macam mana dgn kualiti netbook tersebut ???

Pelarian Rohingya terdampar wajib diselamatkan



KUALA LUMPUR: "Pelarian Rohingya yang terdampar di perairan Malaysia atau di mana-mana pantai negara kita, wajib diselamatkan," kata Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, ini adalah masalah kemanusiaan ajaran Islam yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran untuk membantu dan mengasihi sesama insan.

Selepas diselamatkan, katanya pihak kerajaan Malaysia yang menjadi pengerusi Asean hendaklah memainkan peranan supaya pelarian itu dapat pulang ke negara mereka masing-masing melalui Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan lain-lain badan antarabangsa.

Menurutnya, Malaysia tidak boleh berlepas tangan terhadap kemanusiaan, tidak kira mereka datang daripada mana, tidak boleh dibiarkan manusia itu mati di laut tanpa diselamatkan.

"Binatang pun wajib kita selamatkan, inikan pula manusia tidak kira mereka itu, dari mana, beragama apa, bangsa apa, mereka adalah manusia," ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau Malaysia mesti menunjukkan kehebatan sebagai pengerusi Asean menyelesaikan perkara ini dengan rakan-rakan Asean dan juga dengan PBB.

Perdagangan manusia – PM berjenaka


ong_kian_ming


SERDANG, 16 MEI: Ucapan Perdana Menteri Najib Tun Razak mengenai komitmen kerajaan yang tidak akan tolak-ansur dalam usaha membasmi pemerdagangan manusia dipersoalkan kerana fakta tidak menunjukkan realiti semasa.
Hal ini demikian kerana Najib tidak mempunyai kesungguhan politik melaksanakan langkah-langkah bermakna bagi menangani isu itu.
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata, jika Malaysia benar-benar tidak bertolak-ansur dengan sebarang bentuk pemerdagangan manusia, mengapa negara ini masih menduduki kedudukan tercorot dalam laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan manusia 2014.
“Kenyataan perdana menteri adalah jenaka memandangkan rekod Malaysia paling corot dalam jenayah penyeludupan manusia dan tiada kesungguhan politik melaksanakan langkah-langkah bermakna menangani kelemahan serius,”ujar Kian Ming.

1MDB tidak bermoral mahu rakyat bersabar

PETALING JAYA, 16 MEI: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Ahli Lembaga Pengarah 1MDB boleh dianggap tidak ada moral apabila tergamak meminta rakyat “bersabar” dalam skandal kewangan RM42 bilion 1MDB.
“Mereka (1MDB) tidak ada hak minta rakyat bersabar kerana kegagalan mereka melindungi kepentingan Malaysia sekaligus gagal juga mengurus duit pembayar cukai,”ujar Tony.
Kenyataan “mohon bersabar” dikeluarkan Lembaga Pengarah 1MDB selepas Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mendesak mereka meletakkan jawatan kerana gagal menyelesaikan kemelut agensi berkenaan.
Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini memang pernah mengkritik 1MDB. Nazir juga pernah mengeluarkan kenyataan bersama adik-beradiknya yang lain untuk menjelaskan keadaan apabila Najib dikaitkan dengan kekayaan “diwarisi daripada keluarga” mereka.
Menurut Tony, skandal 1MDB terlampau besar dan tidak dapat ditutup lagi.

GST kad prabayar dipastikan dilaksana 6 bulan...rakyat mangsa pembodohan putrajaya

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memastikan pengenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berasaskan penggunaan bagi perkhidmatan prabayar telefon dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.
 
Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, SKMM dan Kastam juga memastikan semua syarikat telekomunikasi mematuhi arahan kerajaan untuk melaksanakan kaedah itu seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.
 
"Selain itu, pengauditan juga akan dilakukan bagi memastikan ketepatan nilai potongan GST berdasarkan nilai kredit yang telah digunakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Rabu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kabinet bersetuju agar GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon dikenakan berdasarkan penggunaan.
 
Kerajaan juga bersetuju agar kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.
 
Menurut Ahmad Shabery, langkah itu kerana kerajaan berpandangan ia adalah lebih sesuai di mana kerajaan tidak akan mengenakan cukai sebelum perkhidmatan digunakan.
 
Halim berkata, SKMM turut akan memantau saranan Ahmad Shabery yang meminta syarikat telekomunikasi melaksanakan diskaun bagi perkhidmatan mereka untuk kumpulan sasar tertentu seperti golongan pelajar.
 

Najib janji kosong-Hindraf

P. Waytha Moorthy persoal peruntukan RM2.8 bilion yang kononnya digunakan untuk memperbaiki taraf hidup kaum India di negara ini.
P. Waytha Moorthy,NAJIB,HINDRAF
PETALING JAYA: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) mendakwa kerajaan berbohong berhubung kenyataannya telah membelanjakan RM2.8 bilion bagi membantu memperbaiki taraf hidup penduduk kaum India di antara tahun 2012 hingga 2014.
Tuduhan itu dibuat Pengerusinya, P. Waytha Moorthy ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.
Dalam temuramahnya dengan sebuah akhbar berbahasa Tamil, Irwan dipetik sebagai berkata, kerajaan telah bersetuju dengan Hindraf pada April 2013 untuk melaksanakan dasar baru bagi membantu masyarakat India Malaysia.
Menurut Moorthy, apabila Perdana Menteri bersetuju melantiknya sebagai timbalan menteri pada 2013, Najib telah berjanji membentuk satu unit baru dalam kerajaan yang akan membuat dasar dan program ekonomi khusus kepada penempatan 800,000 pekerja estet.
Beliau juga dikatakan berjanji untuk mengatasi masalah penempatan semula kuil Hindu, soal kerakyatan, pendidikan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat India yang miskin.
““Dalam bajet tahunan yang dianggarkan RM 2.5 bilion seperti yang dipersetujui, tetapi tidak ditunaikan”, kata Waytha Moorthy.

Soalan penyiasat 1MDB wajib tanya

A Kadir Jasin

SAYA minta izin nak cerita panjang sikit berkenaan 1MBD kali ini. Mungkin lebih panjang dan lebih terperinci daripada sebelum ini.
Saya tujukan rencana ini khusus kepada para penyiasat Pejabat Ketua Juruaudit Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen (PAC) yang sedang dan akan memulakan siasatan ke atas 1MDB.
Saya mohon Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan memulakan sesi baru Isnin ini turut memberi perhatian rapi terhadap perkembangan isu 1MDB. 
Ahli Parlimen wajib ambil berat.
Saya akan cuba bercerita dalam bahasa paling mudah dengan harapan paling ramai orang boleh faham. Saya akan cuba mudahkan bahasa korporat dan beri penjelasan.
Untuk mudahkan cerita, saya mulakan dengan membuat kesimpulan berkitut:
Kalau kita tak buat sesuatu dengan segera untuk atasi masalah 1MDB ia akan muflis dan kita serta anak cucu akan tanggung beban dan bala yang dahsyat.
Masalahnya sekarang bukan lagi sama ada 1MDB perlu di“bailout” (diselamatkan) tapi sejauh mana kita melaksanakan proses itu dan belanja yang terpaksa kita keluarkan.

Berikut adalah antara soalan yang wajib ditanya oleh para penyiasat dan penjelasan mengenainya:

1. Apakah peranan wang royalti minyak/gas negeri Terengganu dalam urus niaga Terengganu Investment Authority (TIA) apabila ia ditubuhkan pada tahun 2008?
2. Adakah benar sejumlah besar wang royalti minyak/gas Terengganu (berjumlah berbilion ringgit) telah dimasukkan ke dalam sebuah bank tempatan sebagai persediaan menggerakkan TIA?
[Soalan ini wajib dikemukakan kepada (Tan Sri) Azlan Zainol, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP/EPF, (Tan Sri) Mohd Bakke Salleh Presiden/CEO Sime Darby, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB dan CEO LTAT) dan (Tan Sri) Ismee Ismail (CEO Tabung Haji) yang berupa pengarah pengasas (founding directors) TIA. Menurut bekas MB Terengganu, (Datuk Seri) Ahmad Said wang Negeri Terengganu tidak digunakan oleh 1MDB dan Terengganu dapat balik modal berbayar (paid-up capital) TIA/1MDB sebanyak RM1 juta.]
4. Adakah benar Bakke menarik diri atau digugurkan daripada Lembaga Pengarah 1MDB kerana tidak bersetuju dengan urus niaga yang membabitkan PetroSaudi?
[Wajib tanya Bakke dan ahli Lembaga Pengarah lain, iaitu Lodin dan Ismee mengenai kemunculan Jho Low sebagai ejen 1MDB. Azlan tidak sertai lembaga 1MDB.]
5. Adakah berasas andaian bahawa kalau 1MDB tidak menjual saham anak syarikatnya, Edra Global Energy Sdn Berhad melalui tawaran awam permulaan (IPO), 1MDB akan mengalami masalah aliran tunai (cashflow) yang kronik sehingga tidak dapat menguruskan (service) hutang serta membiayai perniagaan menjelang September ini?
6. Adakah betul T. Ananda Krishnan (AK) telah memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MBD bagi membayar balik hutang kepada Maybank dan RHB Capital?
Mungkinkah Ananda digunakan untuk mengabui mata?
7. Atau adakah nama beliau diguna untuk menyembunyikan hakikat sebenar bahawa wang RM2 bilion itu datangnya daripada Perbendaharaan atau sumber-sumber kerajaan yang lain?
[Wajib siasat pembabitan AK dalam penjualan penjana elektrik bebas (IPP) miliknya  kepada anak Edra Global Energy, anak syarikat milik penuh 1MDB. Daripada maklumat terbaru yang saya peroleh, andaian bahawa AK telah mendahulukan RM2 bilion kepada 1MDB mungkin songsang. AK terlalu licik dan pintar untuk mengambil risiko sebesar itu. Ini ada kena mengena dengan penilaian (valuation) harta Edra yang dikatakan sangat berbeza]

Anwar kini makin kurus

Anwar Di Mahkamah Semalam.
KUALA LUMPUR – Anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar memberitahu bapanya yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun sejak Februari lalu semakin kurus ketika ditemui di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
 
Naib Presiden PKR itu berkata, meskipun berdepan masalah kesihatan, bapanya itu tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan.
 
“Beliau sudah kurus...kurus sangat-sangat. Sedang cuba nak tambah berat badan kerana agak bimbang dengan keadaan kesihatan tapi Insya-ALLAH semangatnya membara. Bukan mudah (untuk ambah berat badan kembali) sebab faktor usia beliau.
 
“Kehidupan di penjara, bukannya dilayan istimewa, kami bertemu pun sekali dalam tiga minggu sekarang ini. Kena lihat dari sudut ini kali keempat beliau ditahan, makanan penjara yang diberi mengikut kuota sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah. Kami juga akan terus perjuangkan ‘medical needs’ beliau,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, hari ini.
 

Evita, Imelda, Leila dan Rosmah

Oleh Hishamuddin Rais
Marie Antoinette Pemaisuri Raja Louis ke-14 hingga ke hari ini masih disebut sebagai ikon gaya hidup mewah yang penuh glamor.Pesta dan kenduri-kendara di Istana menjadi buah mulut warga Perancis.

Marie Antoinette dengan boros membelanjakan dana negara untuk kenduri-kendara, berpoya-poya dan pesta-pestaan seperti tidak ada hari esok.

Semua ini berlaku ketika kaum tani Perancis kebuluran dan kelaparan. Gaya hidup boros Marie Antoinette menjadi peluru untuk menyemarakkan gerakan tunjuk perasaan kaum tani yang hidup semakin dihimpit oleh tuan tanah dan kaum feudal.

Apabila dana negara kosong, Raja Louis mengenakan cukai pertanian yang menjerut leher kaum tani. Marie Antoinette pula terus berbelanja tanpa henti – menempah pakaian dan membeli intan berlian ketika ramai pak tani mati kelaparan.

Perangai dan kelakuan Marie Antoinette ini membantu memangkin kemarahan kaum tani. Akhirnya Revolusi Perancis meledak.

Revolusi Perancis menghapuskan sistem Raja pada 12 September 1792. Akhirnya kaum tani melalui perwakilan mereka dengan sebulat suara bersetuju agar leher Permaisuri Marie Antoinette ini dipenggal pada 16 Oktober 1793.

Itu kisah di Eropah 200 tahun dahulu. Di Amerika Latin sesudah Perang Dunia Kedua kita bertemu dengan Evita Peron. Minah ranggi – pandai menyanyi dan berlakon. Si mak janda berhias ini akhirnya menjadi isteri kedua Kolonel Juan Peron.

Kononnya lawatan rasmi

Dengan berlakunya beberapa rampasan kuasa di Argentina akhirnya Juan Peron menjadi presiden Argentina pada tahun 1946. Apabila Juan Peron menjadi presiden, dengan serta merta Evita menggelarkan dirinya FLOA – First Lady of Argentina.

Dari fakta sejarah Argentina Evita dirakamkan sebagai sosok yang paling berpengaruh dalam politik Kolonel Peron. Evita amat popular. Melalui popularitinya ini, Evita berjaya merembat harta negara. Pada tahun 1947 Evita bercanda-canda ke Eropah, kononnya untuk “lawatan resmi negara”. Lawatan ini dituduh oleh musuh politik sebagai alasan untuk membuka akaun bank di Switzerland.

Manakala di Asia Tenggara kita bertemu dengan Raden Ayu Siti Hartinah atau Ibu Tien, isteri kedua kepada Jeneral Suharto yang merampas kuasa pada tahun 1965. Rampasan kuasa yang ditaja oleh CIA ini menyaksikan pembantaian hampir tiga juta warga Indonesia penyokong Bung Karno.

Ibu Tien juga menjadi FLOI – First Lady of Indonesia. Sejarah merakamkan bagaimana Wanita Pertama Indonesia ini cukup berpengaruh. Media Indonesia dan luar negara turut melaporkan tentang peranan Ibu Tien di belakang kuasa Jeneral Suharto.

Najib dan Hadi, sama-sama tertekan

Kepimpinan ulama dalam Pas memerlukan sokongan UMNO untuk memastikan ia terus berkuasa dalam parti itu.
zam,hadi,najib
PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berdepan dengan situasi yang hampir sama.
Ketika Najib cuba mendapatkan sokongan daripada pimpinan dan akar umbi selepas pentadbirannnya dikritik hebat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan para penyokongnya, situasi yang hampir sama turut dirasai Abdul Hadi.
Kedudukan beliau sebagai Presiden Pas yang mewakili kepimpinan ulama, turut berdepan dengan ujian selepas jawatan itu digugat Datuk Ahmad Awang pada Muktamar Pas ke-61, Jun ini.
Kewibawaannya bukan setakat dicabar kumpulan yang dianggap sedarhana dalam parti malah, sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), khususnya DAP tidak henti-henti memberi ugutan dan kata dua.
Sekiranya pemilihan terus memihak kepada ulama, ia mendesak parti itu keluar sahaja dari pakatan.
Bagaimanapun, jika kumpulan yang dianggap sedarhana dipilih meneraju kepimpinannya pada 4 hingga 6 Jun ini, ia bermakna hayat Pas dalam PR akan lebih panjang.
Sama ada mengancam atau diancam, DAP melihat keputusan Muktamar memberi kesan besar kepada parti itu.
Isu hudud telah menjadi penyelamat kepada kepimpinan ulama Pas dan ia telah berjaya membina semula keyakinan pengikut tegarnya bahawa kumpulan berkenaan sama sekali tidak akan bertolak ansur.
Sokongan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam itu turut datang dari luar termasuk termasuk di kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri.
Memetik tulisan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin di laman blognya, zamkata.blogspot.com, Pas yang telah mengorbankan konsep Negara Islam yang menjadi idea perjuangannya selama ini dan menggantikan dengan konsep Negara Kebajikan selepas menyertai PR, terpaksa kembali kepada isu hudud.

1MDB RE jawab isu pembelian tanah oleh TH

1MDB RE melabur sebanyak RM3.8 bilion untuk membina infrastruktur bertaraf antarabangsa di kawasan pembangunan itu sebelum menjual kepada pelabur.
Datuk Azmar Talib
PETALING JAYA: Rundingan untuk membeli tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) telah bermula awal 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Real Estate Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib berkata, ia dibuat menerusi bidaan menerusi proses memorandum pelaburan 1MDB RE.
Jelasnya, 1MDB RE menerima tawaran lebih tinggi untuk plot itu tetapi pihaknya mahu membangunkan TRX sebagai hab kewangan Islam antabangsa dengan penglibatan TH.
“Walaupun kami menerima tawaran lebih tinggi untuk plot yang sama, tetapi kami memilih untuk bekerjasama dengan Tabung Haji.
“Kami ingin membangunkan TRX sebagai hab kewangan antarabangsa dan penglibatan Tabung Haji yang menjadi satu dana Islam bertaraf global adalah sesuatu bernilai kepada kami,” katanya yang dilaporkan Utusan Malaysia.
Azmar berkata, tindak timbul dakwaan 1MDB mendapat keuntungan besar apabila menjual tanah berlipat kali ganda berbanding harga asal yang dibeli daripada kerajaan.
Katanya, 1MDB RE perlu melabur sebanyak RM3.8 bilion untuk membina infrastruktur bertaraf antarabangsa di kawasan pembangunan itu.

Persempadanan pilihan raya batal - SPR akan merayu

Kerajaan berkemungkinan besar akan merayu terhadap keputusan mahkamah semalam yang membatalkan persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber SPR dan Pejabat Peguam Negara berkata, mereka sedang menunggu arahan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menentukan tindakan selanjutnya.

"Tetapi kemungkinan besar kami akan merayu," kata sumber yang enggan dikenali itu.

Semalam Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Malaysiakini pihaknya sedang mengkaji keputusan mahkamah.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Yew Jen Kie membatalkan persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak.

Berikutan itu, Hakim Datuk Yew Jen Kie memberi pengisytiharan yang dipohon oleh PKR Sarawak bahawa persempadanan semula itu kurang butir-butir terperinci kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Najib jadi Santa Claus, Obama marah-marah


Pada malam Khamis lalu, Datuk Seri Najib Razak berlagak seperti seorang pensyarah kewartawanan. Katanya, pengamal media mesti profesional, bertanggungjawab, bla bla bla dan bla bla bla bla bla.

Orang media sebenarnya sudah muak mendengar syarahan seperti ini. Ia adalah syarahan biasa yang sering terpacul dari mulut ahli politik.

Biasanya, orang politik yang suka membangkitkan isu tanggungjawab media ini mahu mengelak daripada menjawab isu besar melibatkannya.

Kita tahu Najib sekarang berdepan masalah besar. Kata timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isu dana 1Malaysia Development Bhd boleh (1MDB) meletup di muka Umno.

Bagaimana mahu terus jadi perdana menteri kalau bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun memandang lekeh kemampuannya?

Orang politik juga biasanya tidak segan silu menyatakan kepada petugas media bahawa peringatan mereka ibarat nasihat daripada seorang bapa kepada anak.

Mereka tidak sedar, atau mungkin memang memasang harap agar nasihat seperti ini akan membuat orang media tidak ghairah untuk membongkar skandal salah guna kuasa dan rasuah.

Haruan makan anak

Lebih-lebih lagi jika peringatan ini diselitkan pula dengan nasihat supaya menjaga adab Melayu seperti bersopan santun dan hormat orang tua.

Apa yang dibimbangkan, pihak berkuasa yang dianggap sebagai bapa ini bertukar menjadi haruan makan anak, seperti yang diperhatikan seorang wartawan veteran, Fathi Aris Omar.

Bencana besar akan berlaku bila tiada pihak ketiga yang mampu menyemak pihak berkuasa ini, katanya dalam tulisan di Facebook.

Sebab itulah, orang media tidak perlu pergi ke majlis malam media seperti malam Khamis lalu, jika hanya untuk menadah telinga bagi mendengar Najib bersyarah mengenai mata pelajaran “Journalism 101”.

Warga media mahu perdana menteri yang berani mencabar mereka untuk mendedahkan masalah dalam pentadbirannya.

Tiada gunanya Najib bersyarah seperti pensyarah pencen mengenai tanggungjawab wartawan tetapi membungkam dalam isu sebenar yang perlu dijelaskan.

Selepas puas berleter mengenai tanggungjawab media, Najib seterusnya mengagih-agihkan hadiah pula kepada para wartawan dalam majlis tersebut seperti Santa Claus.

Hamba Tebusan: BR1M idea Bank Negara, tiada tujuan politik, kata Najib

Bantuan tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan cadangan Jawatankuasa Fiskal Bank Negara Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, menolak dakwaan ia mempunyai tujuan politik.

Berucap pada program perasmian projek perumahan rakyat Melana Indah, Johor Baru pagi ini, Najib berkata dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang BR1M akan menjadikan rakyat malas adalah tidak benar, sebaliknya ia menolong 40% rakyat peringkat bawahan.

"Kita akan terus menolong rakyat untuk menangani kos sara hidup rakyat. Kita perkenalkan BR1M. Tun (Mahathir) kata BR1M buat rakyat malas.

Dia tak setuju. "Tapi BR1M bukan buat kita malas. Ia jaringan keselamatan, memindah kekayaan negara dalam jangka masa pendek," kata Najib, di depan kira-kira 15,000 hadirin.

Beliau turut mengajukan soalan sama ada BR1M menjadikan mereka semakin malas. "Saya nak tanya tuan-tuan hari ini. Berapa ramai yang terima BR1M, apakah BR1M jadikan tuan-tuan malas?" disambut teriakan "Tidak!" oleh mereka yang hadir.