Jumaat, 15 Mei 2015

Malakoff nafi minat beli aset tenaga 1MDB

Malakoff Corporation Berhad hari ini menafikan sebuah laporan Bernama mendakwa ia berminat membeli aset tenaga milik dana pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Edra Energy Global Bhd.

"Malakoff menafikan sekeras-kerasnya yang ia berminat untuk memperolehi aset dimiliki 1MDB seperti dilapor Bernama.

"Berita berkenaan adalah satu salah nyata dan Malakoff ingin menyatakan bahawa syarikat ini tidak pernah berbincang dengan 1MDB tentang sebarang urus niaga yang berpotensi," kata kenyataan dikeluarkan syarikat itu, yang menggesa Bernama menarik balik berita itu.

Bernama melaporkan Malakoff, yang mula disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia, berminat membeli Edra Energy Global. Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Datuk Seri Syed Faisal Albar didakwa berkata ia akan membeli aset tersebut jika ia diniagakan pada harga yang sesuai.

Namun, Malakoff ketika ini belum berbincang dengan 1MDB berhubung perkara itu, lapor Bernama.

'Jangan menghukum tanpa fakta kukuh' - 1MDB

KUALA LUMPUR: Syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggesa awam dan pelbagai pihak untuk bersabar sementara menunggu keputusan semakan bebas oleh Ketua Audit Negara.

"Kami meminta bahawa tidak ada yang menghukum perkara itu tanpa fakta sebelum ulasan didedahkan kepada umum.

"Lembaga mengambil tuduhan berniat jahat dan fitnah secara serius dan mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Lembaga itu juga menegaskan bahawa akaun 1MDB diaudit oleh sebuah firma audit antarabangsa, Deloitte.

Ia turut berkata buat masa ini, lembaga pengarah dan pengurusan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam proses siasatan dalam syarikat itu.

Sebelum ini, PAC berkata ia akan memulakan prosiding siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei ini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.

Najib pertahan GST


Muktamar 61: Bertanding presiden bukan berebut jawatan



KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu perebutan jawatan Presiden antara sesama ahli parti kerana ia adalah hak demokrasi dalam PAS, tegas bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.
Beliau berkata, walaupun persetujuannya untuk menerima pencalonan sebagai Presiden PAS bukan kali pertama selepas Presiden PAS sebelum ini, Dr Burhanuddin Helimi yang dicabar oleh Prof Zulkifli Mohamad, ia tidak menimbulkan masalah kerana merupakan hak demokrasi yang dicalonkan dan mencalonkan.
Katanya, tidak timbul pertandingan antara satu dengan lain dalam parti politik kerana berdasarkan pertandingan antara Burhanuddin dan Zulkifli, tidak ternah timbul pergeseran antara kedua-dua pihak.
Ahmad berkata demikian kepada pihak media di pekarangan Pejabat Agung Pas Pusat, Jalan Raja Laut, semalam selepas menghantar borang pengesahan penerimaan pencalonan jawatan berkenaan.
Seorang lagi yang dicalonkan bagi jawatan Presiden ialah Datuk Husam Musa. Beliau bagaimanapun masih belum menyatakan sama ada menerima atau menolak pencalonan tersebut.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lalu mengumumkan kesediaannya mempertahankan jawatan itu.

Selepas 60 tahun, PAS bertarung memilih presiden

oleh Alyaa Alhadjri
Satu-satunya pertarungan pemilihan presiden PAS berlaku hampir 60 tahun yang lalu. Pertandingan merebut kedudukan jawatan tertinggi yang mungkin tidak diingati oleh generasi muda ahli PAS masa kini.  
Pada 1955, Dr Burhanuddin Helmy dan Profesor Zulkifli Mohamed bertarung merebut kedudukan jawatan presiden. Selepas itu, tidak wujud pergelutan pemilihan jawatan tersebut, kecuali apabila Dr Asri Muda dipaksa berundur oleh kepemimpinan tertinggi parti dan digantikan oleh Haji Yusof Rawa pada 1982.
Sejak itu, jawatan presiden PAS selalunya diserahkan kepada pemimpin kedua tertinggi tanpa melalui pengundian oleh delegasi sewaktu muktamar parti.
60 tahun kemudian, tradisi itu akan berubah tahun ini dengan keputusan bekas timbalan presiden PAS Ahmad Awang untuk mencabar presiden parti sedia ada Abdul Hadi Awang dalam perhimpunan parti Islam itu pada bulan Jun nanti.
Ahmad telah mengumumkan keputusannya sewaktu sidang akhbar yang di adakan di ibu pejabat parti pada 14 Mei.
“Bagi saya, ini (pencalonan) ialah permintaan rakan-rakan seperjuangan dan saya tidak mahu mengecewakan mereka.
“Saya menerima (pencalonan ini) di atas semangat persaudaraan dan kecintaan saya kepada PAS sebagai sebuah parti politik,” Katanya, seperti dipetik oleh portal berita atas talian Berita Daily.
Ahmad, bekas pesuruhjaya PAS Perak, selanjutnya dipetik sebagai berkata: “Perkara utama ialah, saya melihat keperluan untuk menyatukan PAS. Kita perlu menjadi kuat kerana kita ialah tulang belakang Pakatan Rakyat.
“Sehingga hari ini pemimpin parti masih melihat PAS akan sentiasa berada dalam gabungan Pakatan Rakyat. Tetapi saya merasakan yang kita perlu memperkasakan hubungan kita dengan parti komponen lain dalam usaha menakluk Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke 14 akan datang,” katanya.
Pada tahap ini, tidak adil untuk mencadangkan yang Ahmad ialah “calon berkompromi” yang berpotensi mengukuhkan masa depan PAS di dalam Pakatan.
Tambahan pula, pemimpin berusia 79 tahun ini bukan sahaja dikenali sebagai ulama dalam kalangan ahli-ahli parti, tetapi juga penyokong kuat Pakatan.
Dikenali kerana sumbanganya dalam pembentukan kerajaan pakatan negeri Perak pada 2008, portal berita atas talian Agenda Daily juga mendedahkan yang hubungan Ahmad dengan Pakatan berlaku lebih lama lagi sewaktu dia menjadi kadi yang menikahkan bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Walaupun Hadi diserang hebat oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain kerana kenyataan kontroversinya baru-baru ini, terutama sekali dengan sokongan terbukanya kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk terus mengekalkan jawatan PM, Ahmad juga dilaporkan menafikan khabar angin yang dia memilih untuk bertanding kerana presiden PAS kini ialah pemimpin yang lemah.
“Saya rasa itu bergantung kepada andaian masing-masing. Saya tak merasakan begitu. Dia (Hadi) masih presiden saya,” dia dipetik sebagai berkata.
Berlainan dengan naib presiden Husam Musa yang juga tercalon untuk merebut jawatan presiden, latarbelakang Ahmad menjadikan dia calon pilihan dalam kalangan akar umbi PAS yang mahu meneruskan tradisi “kepimpinan ulama” parti Islam itu, tetapi pada masa yang sama mengekalkan kerjasama gabungan dengan PKR dan DAP.
Husam, yang dikaitkan dengan  kelompok profesional dalam PAS, masih belum mengumumkan keputusannya untuk mencabar Ahmad dan Abdul Hadi.

1MDB tangkis kritikan mengenai audit, ugut saman

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini bertegas kewangannya sudah melalui audit oleh firma antarabangsa, sambil memberi amaran akan menyaman pihak yang melemparkan kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

"Lembaga ingin menekankan akaun 1MDB diaudit oleh firma antarabangsa Deloitte," menurut kenyataannya di Kuala Lumpur malam ini.

Ia susulan kritikan terbuka Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak semalam yang mempersoalkan sikap berlengah lembaga pengarah 1MDB dalam melantik juru audit bebas bagi menangkis pelbagai tuduhan dan kritikan berkenaan hutang RM42 yang ditanggungnya. Adik kepada perdana menteri itu turut berkata sekiranya 1MDB tidak berbuat demikian, ahli lembaga dan pengurusannya perlu meletak jawatan.


1MDB berkata Deloitte mengesahkan akaun 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 tanpa syarat, dan begitu juga firma audit KPMG yang mengesahkan akaun 2010, 2011 dan 2012. "Lembaga melihat dengan serius tuduhan berniat jahat dan fitnah dan berhak mengambil tindakan undang-undang," tambahnya.

Menurut 1MDB, pihak lembaga dan pengurusan bekerjasama dengan ketua audit negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang mengkaji aktiviti dan akaun syarikat.

"Secara khususnya, ketua audit negara sedang menjalankan pemeriksaan bebas ke atas akaun 1MDB seperti dipersetujui Kabinet Malaysia," katanya, dan menambah ia berharap semua pihak berkepentingan akan bersabar sehingga keputusan audit diumumkan.

Selasa lalu, Jabatan Audit Negara berkata laporan awal pengauditan akan dibentangkan kepada PAC selewat-lewatnya akhir Jun ini.

Kenapa Najib Semakin Tak Ceria?

Beberapa rakan menyampaikan perkhabaran bahawa Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak ceria lagi sejak kebelakangan ini. Wajahnya dikatakan nampak kusut, keruh dan seolah-olah tidak gembira seperti selalunya.

Pada majlis makan malam bersama media semalam, Najib dilihat jelas tidak gembira sedangkan di keraian seumpama itu beliau sepatutnya berwajah ceria kerana semua penyokong dan pengampunya berkumpul sebagai tanda setia dan ingin terus bersamanya.

Tetapi ramai yang menyampaikan berita di majlis itu Najib tidak segembira seperti biasa.

Begitu juga pada sebelah siangnya, ketika melancarkan Institut Wasatiyah di Putrajaya,  Najib turut dikesan tidak mempamerkan wajah ceria dan gembiranya.

Ada tetamu yang biasa bersama dan berbual dengannya sebelum ini jelas dapat merasakan ada perubahan pada wajah dan air muka Najib di majlis itu. Walaupun beliau cuba melayan dan berbual dengan tetamu sebagaimana biasa, namun kelainan pada wajahnya tidak dapat disembunyikan.

Beberapa tetamu kemudian berbual sesama sendiri dan meluahkan kehairanan dengan perubahan pada Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.

Ada juga yang melihat Najib sekarang ini turut kelihatan agak cengkung, sedikit kurus dan seolah-olah sudah hilang semangat.

Kenapakah semua ini terjadi? Apakah yang merunsing dan membebankan Najib sebenarnya?

Adakah ia berkaitan 1MDB yang tidak habis-habis terdedah kepada umum mengenai caca-marbanya? Apakah beliau kini sudah mulai bosan dengan masalah yang timbul dalam syarikat itu yang dikaitkan dengan Jho Low dan ahli keluarganya tetapi beliau yang terpaksa menanggung bebannya?

Sabah, kerajaan pusat rugi berbilion ringgit kerana rasuah, kata SPRM

Sebanyak 1,632 akaun bernilai RM560 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dalam operasi bersepadu membanteras kegiatan rasuah, penyelewengan diesel bersubsidi dan penyeludupan rokok dan arak di Sabah, melibatkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan persekutuan dan kerajan negeri Sabah.
Menurut Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah, serbuan tersebut dilakukan hasil siasatan terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat perisikan bersama agensi lain yang terlibat.
"Dalam serbuan itu, ia turut melibatkan rampasan wang tunai barang kemas bernilai lebih RM1 juta.

"Adalah dipercayai bahawa perlakuan rasuah ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak berbilion ringgit kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sabah," katanya. Serbuan dilakukan serentak ke atas 43 lokasi di Tawau, Sandakan, Keningau, Kota Kinabalu, Labuan dan Semporna yang disyaki wujud rasuah, penyeludupan rokok dan arak dan penyelewengan diesel bersubsidi, serta perbuatan mengelak cukai, katanya.
Operasi itu melibatkan sekurang-kurangnya 420 orang pegawai dan anggota diketuai SPRM dengan kerjasama pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Pasukan Gerakan Am, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Zairil Khir: Di mana ada Ismee, ada cerita 1MDB

KUALA LUMPUR, 15 MEI: Tindakan Pengerusi Takaful Malaysia Tan Sri Ismee Ismail yang dilihat sentiasa menjaga kepentingan 1MDB menarik perhatian Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Menurut Zairil, pada 2009 Takaful Malaysia membeli bon daripada 1MDB bernilai RM85 juta dan ia menyaksikan pembabitan Ismee secara tidak langsung dalam transaksi pembelian itu.
“Walaupun pelantikan Ismee sebagai Pengerusi Takaful Malaysia berlaku beberapa bulan selepas pembelian bon itu, hakikatnya Takaful Malaysia dikawal BIMB Holdings melalui pegangan ekuiti.
“BIMB Holdings sendiri dimiliki dan dikawal Lembaga Tabung Haji dan Ismee adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Tabung Haji sejak tahun 2006.
“Dalam erti kata lain, tanggungjawab itu terkait dengna Ismee,” terang Zairil.
Kenyataan itu dibuat ketika isu pembelian tanah 1MDB oleh beberapa agensi seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pekerja masih belum dapat dijelaskan dengan memuaskan.
Transaksi itu dilihat sebagai cubaan kerajaan menyelamatkan 1MDB daripada belenggu hutang bernilai RM42 bilion.
1MDB bukan saja dikritik pembangkang, malah turut mencetuskan kemarahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bolos: Peruntukan Esscom bagai tak berfungsi


ESSCOM1


TAWAU, 15 MEI: Peruntukan bernilai RM600 juta untuk membiayai operasi Pusat Kawalan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) boleh dianggap sia-sia apabila kes penculikan terus berlaku.
Timbalan Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin keadaan itu tidak boleh diterima kerana jumlah peruntukan yang diberi kepada ESSCOM meningkat ketara pada tahun ini.
“Esscom dapat kenaikan bajet berbanding RM75 juta pada tahun lepas namun dana itu gagal dibelanjakan sewajarnya untuk menjaga keselamatan awam apabila kes penculikan terus berlaku,” katanya.
Kelmarin, dua warga Sandakan dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran popular di tepi pantai Sabah.
Menurut laporan, empat lelaki bersenjata senapang automatik manakala yang lainnya menggunakan pistol memecah masuk restoran tersebut.
Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya belaku.
Tahun lalu, kes serupa berlaku di Lahad Datu melibatkan seorang warga China. Walaupun pihak ESSCOM sempat mengejar dan berlaku adegan tembak-menembak, kumpulan penculik itu akhirnya meloloskan diri.

Selepas 1 Tahun: “Mana netbook 1Malaysia untuk guru?”


teo-kok-seong-netbook-1malaysia


KUALA LUMPUR, 15 MEI: Esok genap setahun pengumuman pemberian 400,000 netbook 1Malaysia sebagai hadiah Hari Guru 2014 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Namun Ketua DAPSY Teo Kok Seong berkata, sehingga menjelang sambutan Hari Guru esok, para guru masih tertanya-tanya tentang janji pihak kerajaan tersebut
Shabery pada 19 Jun 2014 dalam jawapannya di Parlimen berkata, sebanyak RM400 juta telah dibelanjakan untuk Netbook 1Malaysia.
Tegas Kok Seong, RM400 juta merupakan angka yang sangat besar dan perbelanjaan itu perlu diperjelaskan kepada warga guru dan seluruh rakyat Malaysia.
“Jika RM400 juta telah dibelanjakan, saya rasa pihak kerajaan harus menjawab ke mana perginya kesemua Netbook 1Malaysia yang telah dibeli itu,” kata Kok Seong dalam kenyataannya hari ini.
Dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada Kok Seong di Parlimen pada April 2015, bilangan netbook untuk para guru tidak mencukupi dan hanya dipinjamkan sekiranya ada keperluan.
Ini kerana 218,002 unit telah diserahkan kepada 4,501 sekolah dan 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia, manakala 126,231 unit dikekalkan sebagai unit gantian.
KPM beralasan bahawa penggunaan netbook ini dapat dioptimumkan sekiranya ditempatkan di makmal komputer sekolah dilengkapi perkhidmatan sokongan teknikal.

Mahkamah arah SPR ulang persempadanan semula di Sarawak

Persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sarawak sia-sia apabila Mahkamah Tinggi Kucing mengarahkan mereka agar menerbitkan semula notis persempadanan kawasan pilihan raya negeri itu.

Perintah ini bermakna SPR perlu melakukan semula proses persempadanan pilihan raya bagi Sarawak, bermula dari awal. Mahkamah tersebut pada petang ini mengarahkan SPR agar menerbitkan notis tersebut selaras dengan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Yew Jen Kie dalam penghakiman ke atas semakan semula yang difailkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang See Chee How dan seorang pengundi di Ulu Baram, Pauls Baya bersetuju dengan bantahan See bahawa notis bertarikh 5 Januari yang dikeluarkan SPR buat mereka yang terkesan daripada persempadanan itu tidak mengandungi butir yang mencukupi.

Menurut Yew, adalah mustahak bagi SPR untuk menerbitkan daftar pengundi itu, senarai cadangan perubahan dan kawasan yang bakal menerima kesan agar pengundi tahu bagaimana mereka akan terlibat dalam persempadanan semula itu. Kegagalan SPR berbuat demikian katanya, mencabuli peruntukan yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Negara memerlukan dasar integrasi kebangsaan secepat mungkin

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Sudah terdapat pelbagai langkah oleh kerajaan untuk menambah pemahaman rakyat bagi mengurangkan pergeseran kaum dan agama yang kebelakangan ini makin memuncak. Tetapi usaha ini nampaknya hanyalah cantik di atas kertas. Peribahasa Melayu yang paling sesuai menggambarkan situasi ini ialah bak melepaskan batok ditangga.
Pada tahun 2009, kerajaan menubuhkan unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan atau ringkasnya Pemandu. Terletak dibawah bidang kuasa Idris Jala dan sepatutnya menguruskan program transformasi kerajaan (GTP) dan program transformasi ekonomi (ETP). Ia akan mengawal selia bidang keberhasilan utama. Tetapi tiada disebutkan dalam bidang tugasnya untuk juga menguruskan indeks integriti kebangsaan.

Bagi kerajaan, aspek pembangunan perpaduan kebangsaan tidak menjadi keutamaan. Maka pelbagai cubaan untuk perpaduan nasional hanyalah usaha tin kosong semata-mata.
Pernah satu ketika, selepas rusuhan 1969, jabatan perpaduan kebangsaan diwujudkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu mentadbir negara ini. Selepas pembubaran Mageran, Majlis Penasihat Perpaduan Kebangsaan diwujudkan pada 1971 untuk mempromosikan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan pelbagai komuniti di negara ini.
Apabila Kementerian Perpaduan Nasional diwujudkan pada awal tahun 1970an, presiden MIC yang juga merupakan menteri dalam kabinet Tunku Abdul Rahman diberikan tugas untuk mengetuai kementerian tersebut. Satu bukti usaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan perpaduan dan persefahaman antara rakyat.
Ketua Setiausaha pertama kementerian ini ialah Dr Agoes Salim, lulusan PhD dari University of Wisconsin. Satu lagi bukti betapa bersungguh-sungguh kerajaan ketika itu untuk mewujudkan persefahaman dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
Tetapi tidak lama selepas itu, perpaduan kebangsaan nampaknya kembali ditolak menjadi agenda picisan. Menteri yang menguruskan soal perpaduan bukan lagi menteri kanan dan kementerian perpaduan sudahpun digabungkan menjadi sebahagian daripada Kementerian Kebajikan.

UIA dikecam kerana menghalang Rafizi daripada bercakap tentang GST

oleh Robin Stanley Augustin
Penyair Irish, William Butler Yeats pernah berkata, “Pendidikan bukan pengisian timba kosong, tetapi pencetus marak api.”
Sedihnya, ada pihak yang sepatutnya mempromosikan pendidikan lebih suka memadamkan hangat api pengetahuan.
Awal minggu ini, MP Pandan PKR, Rafizi Ramli, dihalang daripada bercakap di forum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
Dia dijemput oleh majlis perwakilan pelajar universiti itu, bersama-sama dengan ahli Umno Lokman Adam dan seorang wakil daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Rafizi baru berucap lapan minit sebelum seorang lelaki mendakwa daripada pentadbiran universiti merampas mikrofonnya sehingga mengejutkan pelajar-pelajar yang hadir di acara itu.
Seterusnya ini menyebabkan terjadi pergelutan kecil dan menjadi lebih kasar apabila beberapa orang lelaki berpakaian biasa cuba mengusir Rafizi keluar daripada acara tersebut.
Pentadbiran UIA yang pada mulanya tidak mahu memberikan keizinan tetapi berubah fikiran  memberi kebenaran untuk acara itu dilangsungkan, sehingga pada hari kejadian,  pihak pengurusan sekali lagi berubah fikiran dan hanya  membenarkan Lokman untuk berucap.
Selepas dipujuk oleh majlis perwakilan pelajar, Rafizi dibenarkan untuk berucap selama 15 minit sahaja.
Kejadian ini dikecam oleh beberapa pihak termasuklah Rafizi sendiri, Center For A Better Tomorrow (Cenbet) dan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM).

Pelampau Buddha juga pengganas

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta tokoh agama Buddha di negara ini menyuarakan bantahan terhadap keganasan yang dilakukan penganut itu ke atas etnik Rohingya di Myanmar.
Mohd-Asri-Zainul-Abidin_burma_600PETALING JAYA: Kesengsaraan yang dialami etnik Rohingya di Myanmar dipandang sepi masyarakat dunia kerana mereka beragama Islam.
Faktor agama itu menyebabkan pembunuhan dan penindasan yang dilakukan penganut Buddha ke atas mereka dipandang sepi.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan apa yang berlaku sebagai ketidakadilan layanan masyarakat antarabangsa terhadap orang Islam.
Dalam status Facebook yang dimuat naiknya, beliau membangkitkan persoalan mengapa pelampau Buddha yang terbabit dengan perbuatan itu tidak dilabel sebagai pengganas.
Sebagai bantahan terhadap tindakan berperikemanusian sekumpulan penganut agama berkenaan di Myanmar, Asri meminta supaya tokoh agama Buddha di negara ini tidak berdiam diri dan menyuarakan pendirian mereka.
“Adakah penganut Buddha dalam negara ini membantah apa yang berlaku di Burma. Harap mereka juga ada sikap tegas,” katanya.

Public Forum on viable alternative PM

The theme is a People’s National Congress to go through a list of names to replace Najib.
all-mentri_600KUALA LUMPUR: Former Law Minister Zaid Ibrahim will be taking to the public stage at 2 pm on 23 May at the Petaling Jaya Civic Centre “to talk about issues of national leadership”.
He will be joined by law professor Azmi Sharom, former Selangor Menteri Besar Muhammad Muhammad Taib, Affifuddin Omar and Raub MP Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz.
“On my part I will be direct. I will tell the public that Najib Abdul Razak was no longer a credible Prime Minister,” said Zaid. “We have to choose a viable ‘alternative Prime Minister’ to rally support against Najib at the 2018 General Elections or earlier, if Najib calls for a snap election.”
He will propose Tengku Razaleigh Hamzah as the alternative Prime Minister. Others, he conceded, may propose other candidates. There are a list of possibilities viz. former Prime Minister Mahathir Mohamad, Kedah Menteri Besar Mukhriz Mahathir, Opposition Leader Wan Azizah Wan Ismail, and Selangor Menteri Besar Azmin Ali.
Other names that people may probably propose, according to Zaid: Ahmad Awang, Mat Sabu, Husam Musa, Mujahid Yusof Rawa, Raub MP Ariff Sabri, and DAP leaders.
“We the people, together with the political parties, must decide who that PM-designate should be,” said Zaid. “A National Congress of the People must be convened before year-end for this purpose.”
To be successful, he cautioned, DAP, PKR, PAS (without Hadi, preferably), PRSM, NGOs and other influential groups representing Umno members must be represented at the People’s Congress. “They must all agree on this candidate for Prime Minister to challenge Najib,” said Zaid. “The only condition is that at the end of the Congress, we must agree and stand by the chosen candidate.”

Berjuta rakyat Malaysia sokong Tun M.....

Zaid Ibrahim menyifatkan Tun M melakukan tugas cemerlang menerusi kritikan dan pendedahan dan berjuta rakyat menyokong beliau.
mahathir sokong
SUBANG: Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan tugas cemerlang apabila mendedahkan beberapa isu yang berkaitan secara langsung dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, berjuta rakyat Malaysia menyokong usaha yang dilakukan oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
“Beliau telah melakukan tugas yang cemerlang. Berjuta rakyat Malaysia menyokongnya,” katanya yang ditemui ketika menyambut kepulangan Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Skypark Subang pada Jumaat.
Mengulas kenyataan Najib yang enggan berundur kerana mendapat sokongan ahli parti dan rakyat, Zaid sambil tersenyum berkata, lambat laun kebenaran akan terserlah.
“Orang UMNO yang pilih dia. Saya fikir orang UMNO pantau tetapi budaya takut itu tebal. Kalau berani, kena pecat macam saya,” katanya.
Kira-kira 100 hadir bagi menyambut kepulangan Dr Mahathir dan isteri daripada mengerjakan umrah.
Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk bersalaman dengan penyokong yang sebahagian besarnya ahli UMNO.
Dr Mahathir hanya menjawab ‘itu nantilah’ ketika diminta mengulas pendirian Najib yang bertegas tidak mahu meletak jawatan biarpun banyak pendedahan telah dibuat.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang turut menyambut kepulangan berkata, pihaknya tiada agenda tersembunyi kecuali menuntut pentadbiran yang telus.

Tuan Ibrahim: Akuilah PAS ada masalah dalaman

Anggota PAS diingatkan supaya menerima hakikat bahawa mereka sedang berdepan masalah dalaman yang berpotensi memecahbelahkan parti.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu akan berlaku jika ia tidak ditangani dengan baik.

“Hentikan tindakan label-melabel, dan membeza-bezakan antara ahli PAS. Jangan ambil maklumat tepi jalan dan mudah percaya pada hantu-hantu di laman sosial yang tidak dikenali.

“Tindakan ini telah membuka pintu kepada musuh memporak-perandakan PAS. Ruang ini perlu ditutup rapat,” katanya yang juga calon timbalan presiden PAS bagi mencabar penyandang Mohamad Sabu.

Dalam kenyataannya hari ini ketika mengumumkan kesediaannya bertanding, Tuan Ibrahim menggesa anggota PAS bersatu padu dengan kesatuan fikiran dan tindakan.

“Selain itu, semua ahli di semua peringkat wajib memikul amanah dalam menjaga rahsia jemaah.

“Ingatlah bahawa Allah melihat setiap perbuatan kita, termasuklah maklumat yang kita sebarkan,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim sah tanding timbalan presiden PAS

Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu bulan.

Beliau merupakan pemimpin kedua PAS mengumumkan bertanding jawatan tersebut.

Sebelum ini, penyandangnya, Mohamad Sabu mengumumkan beliau akan mempertahan  jawatan itu dalam muktamar parti itu.

Manakala dua lagi yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden - Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah- belum membuat sebarang pengumuman.

Menulis di Facebooknya, Tuan Ibrahim berkata, keputusannya itu sebagai menghargai kepercayaan PAS Kawasan yang mencalonkannya bertanding jawatan tersebut.

"Saya bersedia menggalas amanah yang berat ini bersama-sama kalian sekiranya diberi peluang oleh perwakilan di Muktamar PAS ke-61 untuk membawa PAS ke persada yang lebih tinggi," katanya.

Semalam, Mohamad mengesahkan akan mempertahankan jawatannya atas alasan akan terus berkhidmat sekiranya diberikan kepercayaan.

Mahkamah batalkan persempadanan p’raya di Sarawak, SPR diarah melakukan semula

1MDB: KWSP Sudah, Tabung Haji, KWAP pon Sudahhh..


ADA TAK syarikat2 kroni UMNO beli tanah2 di TRX..


ADA TAK 'billionaire' taikun UMNO-gula tu beli tanah2 di TRX..

NAMPAK TAK bagaimana otak2 pemimpin UMNO begitu licik nak 'KELEPET' duit rakyat pd tabung2 dana awam di M'sia yg memiliki BERBILION RINGGIT di dlmnya..

Ismee Ismail juga bakal jadi CEO pada FGVH.. Hebat betul dia ni.. macam kat Msia takde tokoh UMNO keparat.. oops Korporat yg berwibawa..

101 East - Malaysia: Crackdown on Freedom

Bafia: Hakim Tarik Diri

'Migran Rohingya patut dihantar ke Cambodia, Filipina' - Shahidan

Shahidan pula mahu isu besar cepat dijawab

Menteri Ayam dakwa Obama, Putin iktiraf kepimpinan Najib...ha..ha..ha...!!

Kuasa Dicapati! [Kupas]

Investment In Faith - [Headlines]

Sambut Tun: Komen tentang Najib? Itu nantilah, kata Dr Mahathir

PERKASA tiada agenda bagi sejarah 2008 berulang

'Budak Mahathir' saran buat undi tak percaya ke atas Najib

Rohingya dan kemanusiaan


Rahmat Haron

'Kemanusiaan' barangkali satu perkataan yang kini dianggap klise atau terkait dengan maksud tersembunyi atau suatu kesia-siaan. Ribuan berita derita di dunia, ribuan kehampaan. Di sebalik kedukaan ini, kehidupan diteruskan.

Lebih gelap lagi kemanusiaan, sebagaimana yang dapat kita fahami daripada susur galur bahasa Inggerisnya, humanity, yang mencetuskan aliran pemikiran  dan gagasan humanisme dianggap sebagai ancaman oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Saya fikir kita tidak perlu pergi terlalu jauh meredah teori politik dan falsafah berkenaan humanisme, berkenaan peri kepentingan untuk memiliki perasaan kemanusian, yang paling dekat dengan kita rasa kasih dan cinta.

Tiadakah ehsan manusiawi? Ke manakah insan dan nurani? Sudah berhari-hari mereka terapung-apung di lautan Andaman, di pukul gelombang, ombak dan hujan ribut. Kelaparan dan penyakit, kematian. Begitulah nasib ribuan pelarian Rohingya yang masih terumbang-ambing nasibnya.

Thailand, Indonesia dan Malaysia, saling tolak-menolak. Sementara itu, ramai yang terkorban. Mereka terbuang tidak bertempat untuk meneruskan kehidupan yang manusiawi.

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago memerhatikan bahawa keganasan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar ke atas warga Rohingya itu sudah berlangsung berdekad lamanya.

“Mereka menjadi tidak berwarga negara di tanah kelahiran mereka sendiri, apabila Undang-undang Warganegara 1982 menarik balik taraf kewarganegaraan mereka,” tulisnya.

Bagaimanapun, tanpa ragu-ragu Malaysia berhasrat untuk menghantar para pelarian itu pulang ke negara asalnya.

Walhal, Malaysia tahu bahawa tindakan itu akan menyebabkan pelarian tersebut berdepan dengan keganasan dan pembunuhan, kata Charles.

Sebahagian besar dari para pelarian Rohingya ini menjadi mangsa pemerdagangan orang. Mereka ditinggalkan di kem haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand atau pun di lautan Andaman. Ini bukanlah cerita baru.

Rohingya: 'Ada sesiapa nampak mana Najib'



KUALA LUMPUR: Sikap berdiam diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam krisis pelarian Rohingya menyebabkan Malaysia dianggap gagal sebagai Pengerusi Asean, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Beliau berkata, walaupun Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta rantau ini mendesak Myanmar menghentikan kekejaman terhadap masyarakat Rohingya, ia tidak memadai selagi Najib tidak bersuara.

“Ada sesiapa nampak mana Najib?” tanya Charles dipetik Roketkini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon hari ini mengutuk tindakan Putrajaya menghalau beribu-ribu pelarian Rohingya yang tersadai di antara Laut Andaman dan Selat Melaka.

Rohingya adalah etnik di Myanmar tetapi tidak diiktiraf sebagai warganegara oleh junta tentera Myanmar.

Di mata kerajaan negara itu, etnik Rohingya tidak wujud dan dianggap pendatang dari Bangladesh.

Malah dalam bancian umum di Myanmar, Rohingya disebut sebagai etnik Benggali.

Pada 1982, Myanmar mewujudkan undang-undang kerakyatan yang mengecualikan etnik Rohingya daripada mendapat kewarganegaraan, sekaligus menafikan hak-hak mereka untuk hidup di bumi Arakan.

Masyarakat Rohingya menghadapi pelbagai penindasan sehingga ke peristiwa pembunuhan pada 2012.

Isu pelarian: Malaysia perlu ke depan – Presiden KEADILAN

Wan AzizahSaya cukup terkejut membaca laporan berita yang berkata beberapa bot yang mengandungi kira-kira seramai 500 orang pelarian Rohingya dan Bangladesh – termasuk wanita dan kanak-kanak telah dipintas Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) dan dihantar semula ke laut.
Saya dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat prihatin dan risau tentang keadaan pelarian Rohingya dan Bangladesh yang kini tersadai di tengah laut. Beberapa laporan media menganggarkan hampir 8,000 orang pelarian kini berada di tengah laut dan menanti dibenarkan masuk ke Indonesia, Thailand atau Malaysia.
Saya menggesa pihak berkuasa melaksanakan siasatan penuh terhadap isu pemerdagangan manusia (people trafficking) di sempadan Thailand-Malaysia dan mereka yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan. Pada masa yang sama, perlu saya perjelaskan bahawa isu terkini ini bukan sahaja satu isu bantuan kemanusiaan, tetapi ia juga isu kepimpinan moral.
Putrajaya sepatutnya lebih bersiap sedia untuk menghadapi krisis serantau seperti ini, lebih-lebih lagi tatkala Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dan juga ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR). Tidak berguna menjadi pengerusi badan-badan seperti ini jika tidak berani bertindak atas asas nilai kemanusiaan dalam isu pelarian ini.

Rohingya: Puncanya dasar regim Myanmar


KAMI menegaskan bahawa penyelesaian isu pelarian etnik minoriti Rohingya dan minoriti yang lain , terletak kepada dasar regim Myanmar. Selagi Myanmar terus menafikan hak kerakyatan golongan minoriti Rohingya dan yang minoriti yang lain di negara itu , selagi itu isu pelarian dan pemerdagangan manusia tidak akan selesai.
Oleh itu MAPIM menegaskan bahwa semua pihak antarabangsa diperingkat Asean , Majlis Keselamatan PBB , OIC serta seluruh agensi dunia yang lain seperti Suruhanjaya Hak Manusia sepatutnya menekan regim Myanmar supaya menghentikan penafian hak kelompok minoriti dan kembalikan kerakyatan mereka.
Penafian kerakyatan inilah punca utama isu pelarian Rohingya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri dari Myanmar ke Malaysia , Thailand dan Bangladesh.
Kami berkali-kali mengesa supaya isu Myanmar dan kelompok minoriti diatasi dengan menekan regim Myanmar secara diplomatik , penguatkuasaan undang-undang antarabangsa , tekanan politik dan ekonomi . Pederitaan kelompok minoriti tidak boleh diselesaikan hanya dengan rundingan diplomatik atau hanya dengan membenteras sindiket pemerdagangan manusia .

Mufti mahu pemimpin Buddha kecam Myanmar


Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menggesa masyarakat Buddha menyatakan kecaman ke atas kekejaman yang dilakukan orang Islam di Burma.

Katanya, krisis kemanusiaan di negara itu sememangnya berpunca dari tindakan pelampau Buddha yang perlu dikecam.

Beliau juga hairan kerana masyarakat dunia tidak menyifatkan kekejaman terhadap ribuan umat Islam tersebut sebagai perbuatan pelampau Buddha.

“Tidak pula dunia menyatakan itu merupakan ekstremis Buddha ataupun ajaran Buddha itu menyeru kepada keganasan.

“Mereka hanya mengaitkan Islam dengan keganasan tapi mendiamkan diri apabila muslim dibunuh dengan zalimnya.

“Adakah penganut Buddha dalam negara ini yang membantah apa yang berlaku di Burma?,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Najib....mana dana RM3 bilion masyarakat India?


Kerajaan Pulau Pinang mempersoalkan sama ada peruntukan hampir RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negeri itu benar-benar memberi manfaat.

Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan apa yang berlaku kepada peruntukkan untuk masyarakat itu antara tahun 2012 hingga 2015.

Katanya, Najib yang juga menteri kewangan, memperuntukkan RM2.8 bilion antara 2012 hingga 2014 serta RM260 juta pada 2015 untuk program menaikkan taraf hidup masyarakat India.

Katanya perkara itu mendapat liputan meluas dalam harian berbahasa Tamil Malaysian Nanban yang dikatakan memetik Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwin Serigar Abdullah yang mendedahkan angka daripada kementerian.

“Kami terkejut kami tidak tahu apa-apa berhubung perkara ini,” Ramasay yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai.

Bercakap dalam sidang media di bangunan dewan negeri hari ini, beliau berkata wang itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan belia India, keusahawanan golongan perempuan, sekolah Tamil dan tabung pendidikan.

“Tetapi di mana yang itu?”soalnya lagi.

Hakim tarik diri kes Bafia Rafizi kerana pertalian saudara dengan pengerusi NFC

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob hari ini menarik diri daripada mendengar kes yang membabitkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail.
Sebelum ini, Salleh yang merupakan pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) menggesa Rozina agar menarik diri atas alasan hakim tersebut mempunyai pertalian keluarga dengan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
Rozina berkata, beliau memilih untuk menarik diri kerana Salleh merupakan salah seorang saksi utama kes tersebut dan bagi mengelakkan salah faham.

"Saya rasa lebih baik sekiranya saya menarik diri daripada kes ini untuk mengelakkan salah faham. Lebih baik ia dilakukan sekarang. "Saya rasa saya boleh menjalankan tugas ini dengan adil tetapi memandangkan terdapat (salah seorang) saksi utama yang mempunyai talian persaudaraan dengan ayah saya, saya rasa lebih baik saya menarik diri," katanya.
Difahamkan, Salleh tidak mengetahui dirinya mempunyai pertalian saudara dengan Rozina.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili Bank Negara Malaysia dan peguam Rafizi, N Surendran mengatakan mereka tidak ada sebarang halangan untuk Rozina meneruskan pendengaran tersebut.
Pendengaran semula kes tersebut akan dilakukan pada 22 Mei ini dan hakim pengganti akan dimaklumkan secara bertulis esok.
Pada 5 Mei lalu, Salleh Menggesa Rozina untuk menarik diri daripada mendengar kes membabitkan Rafizi di bawah kes Bafia kerana kaitan kekeluargaan dengan Nik Nazmi.
Salleh berkata, Rozina pernah menarik diri daripada mendengar kes Nik Nazmi yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas dimaklumkan bapanya yang mereka mempunyai talian persaudaraan.

Saman Fitnah: Shafee tanya soalan prejudis, cuba burukkan Anwar sekali lagi

anwar jadi mangsaKUALA LUMPUR 15 MEI : Peguam, Latheefa Koya menyifatkan soalan yang dikemukakan pihak defenden kepada plantif dalam kes Kes saman fitnah RM60 juta Saudara Anwar Ibrahim terhadap Datuk S. Nallakaruppan tidak relevan.
Ini adalah berikutan, peguam Nallakaruppan iaitu Tan Sri Shafee Abdullah telah mengaitkan soalannya dengan sabitan kes fitnah 2 Anwar yang berlangsung Februari lepas.
“Itu masalah yang kita hadapi sekarang sebab dengan jelas bukti dalam kes lain tidak boleh dibawa ke dalam mahkamah.
“Apa pun ini adalah tidak relevan. Ia dakwaan Anwar terima RM60 juta secara tunai. Itu fitnah yang kita perkatakan,” katanya.
Latheefa juga berkata, soalan yang dikemukakan Shafee terhadap anak guamnya bersifat prejudis.
Selain itu, katanya lagi ini adalah cubaan Shafee untuk memburukkan lagi reputasi Anwar selepas mahkamah memutuskan hukuman bersalah kepada Anwar dalam kes fitnah 2 pada 10 Februari lalu.
“Ini cubaan lagi merosakkan reputasi beliau dengan tidak menjawab soalan.Ini adalah satu lagi cara untuk Shafee iaitu bekas Timbalan Pendakwa Raya terus menyerang Datuk Seri Anwar,” katanya ketika ditemui selepas selesai sidang mahkamah hari ini.

Mari meriahkan sambutan Hari Kebebasan Media esok

11209469_873770706015486_727267022981901211_n

KUALA LUMPUR 15 MEI : Esok 16 Mei(Sabtu) Gerakan Media Marah (GERAMM) dengan kerjasama: Malaysiakini dan Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor akan mengadakan sambutan Hari Kebebasan Media bertempat di pejabat Malaysiakini, No 9 Jalan 51/205 A, Off Jalan Tandang, Seksyen 51 Petaling Jaya.
Sambutan ini juga mendapat sokongan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
Kepada pengunjung pengangkutan percuma disediakan untuk sampai ke lokasi sambutan.
Selain kerjasama Malaysiakini yang memberikan kemudahan dewan dan ruang, Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor telah menghulurkan bantuan pengangkutan percuma dalam bentuk dua buah van.
Pelajar, mahasiswa, anak muda dan pengunjung yang tiada kenderaan, boleh mengambil van percuma dari stesen LRT Taman Jaya (Amcorp Mall) pergi ke-balik dari Malaysiakini.
Jadual kenderaan (van) percuma seperti berikut:
1.30-2.30 petang: ulang-alik bawa pengunjung ke Malaysiakini.
3.30-4.30 petang: ulang-alik bawa pengunjung ke Malaysiakini dan bawa balik ke stesen LRT
7-8 malam: ulang-alik bawa pengunjung ke Malaysiakini dan bawa balik ke stesen LRT
10.30-11 malam: ulang-alik bawa pengunjung balik ke stesen LRT
(2) Makin banyak penerbit dan pengedar buku ‘indie’ dan pro-kebebasan menyertai acara ini.
Buku-buku (dengan harga diskaun) daripada tiga penerbit berikut dijual oleh sekretariat GERAMM:
- DuBook (10 tajuk terpilih)
- Gedung Pencerahan Institut Kajian Dasar atau IKD (12 tajuk terpilih)
- Obscura (buku sastera)
Penerbit-penerbit/pengedar-pengedar lain yang datang menjual termasuklah:
- Thukul Cetak
- Merpati Jingga
- Neon Terbit
- Cukong Press
- Legasi Oakheart
- Zine Satu Malam
- Balai Bukuraya
- KokuClothing
- Bikini Distro
(3) Acara-acara ini akan disiarkan secara langsung oleh Malaysiakini di pautan (link) live.malaysiakini.com mulai forum pertama jam 2 petang

Komen tentang PM? Itu nantilah, kata Dr M....


"Itu nantilah," kata Tun Dr Mahathir Mohamad setibanya dari Mekah selepas menunaikan umrah, ketika ditanya tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas perdana menteri dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali tiba di Subang petang ini.

Lebih 100 penyokong berhimpun di Subang Skypark untuk menyambut ketibaan pasangan itu.

Antara yang hadir ialah bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, Khairuddin Abu Hassan dari Umno dan pemimpin PERKASA.

Penyokong membawa sepanduk yang antara lain berbunyi, "Selamat Pulang ke Tanah Air Pahlawan Negara".

Sementara itu, Khairuddin membidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang meminta Dr Mahathir untuk bertanding menentang Najib di Pekan.

"Nazri patut minta Dr Mahathir mencabar Najib di tempat yang neutral seperti Wangsa Maju atau Bandar Tun Razak," katanya.

Khairuddin, yang membuat laporan polis terhadap 1MDB tahun lalu, kini merancang untuk menulis kepada kesemua 222 ahli Parlimen mengenai isu itu.

Bercakap kepada pemberita, Khairuddin mendakwa Najib telah berbohong kepada Parlimen mengenai 1MDB.

"Jadi saya akan tulis surat kepada semua ahli Parlimen," katanya.

Najib kata GST macam berkhatan......makin lama makin "bangang"


1MDB: Tabung Haji jangan jadi 'pak sanggup'


KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menggesa Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim segera meletakkan jawatan bagi mengelakkan dana awam terus disalahguna.
Desakan itu dibuat melalui memorandum yang diserahkan kepada pihak pengurusan Tabung Haji hari ini.
"Hari ini kita berkumpul menyatakan bantahan kita terhadap Pengurusan Tabung Haji yang telah menggunakan dana awam milik rakyat miskin dengan alasan untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Alasan tersebut adalah satu pengkhianatan yang kita tidak boleh terima, bagaimana syarikat yang penuh kontroversi dengan segala kerugian serta hutang kita ingin selamat melalui dana rakyat, ia tidak wajar dilakukan," kata Ketua Penerangan DUPP dalam himpunan aman di hadapan bangunan Tabung Haji di ibu negara.
Menurut beliau lagi, tiga perkara yang menjadi keutamaan dalam memorandum adalah membatalkan segera pengguna dana awam, mengambil tindakan segera memecat Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pengarah serta membatalkan segera sebarang cadangan transaksi atau pembelian sukuk dari 1MDB.
"Tabung Haji tidak boleh hanya menjadi pak sanggup, dana rakyat harus dipelihara dan bukannnya untuk menyelamat syarikat yang bermasalah.

1MDB: PAC mungkin tak dapat soal siasat Jho Low

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mungkin tidak dapat untuk memanggil Jho Low bagi disoal siasat kerana undang-undang menghadkan skopnya kepada kakitangan kerajaan dan mereka yang berkhidmat dalam GLC.

Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw (gambar, duduk kiri) berkata oleh itu PAC perlu mengkaji undang-undang secara terperinci untuk melihat sama ada Low boleh dipanggil.

Akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan Tan berkata pihaknya akan memfokuskan kepada empat orang pegawai.


"Mereka akan memberi kita banyak maklumat," kata Tan dalam laporan akhbar tersebut.

Mereka termasuk ketua setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan ketua pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Datuk Seri Rahmat Bivi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO 1MDB Datuk Shahrul Ibrahim Halmi.

"Kita akan cari siapakah pembuat keputusan," kata Tan, yang juga ahli Parlimen Kepong.

Sesi pendengaran PAC mengenai perkara berkaitan dengan 1MDB dijadualkan pada 19 hingga 26 Mei ini.

Beberapa pemimpin tinggi Umno telah menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat Low ekoran beberapa pendedahan oleh laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Bank kedua terbesar Malaysia, CIMB kurangkan kakitangan

Bank kedua terbesar Malaysia, CIMB Group Holdings Berhad menawarkan skim pemisahan bersama (MSS) kepada kakitangan selepas "mengambil kira struktur kos operasi" dan "tahap kecekapan yang ingin dicapai".
Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Zafrul Aziz Tengku Aziz berkata langkah itu dibuat secara sukarela dan selari dengan pelan nisbah pendapatan kepada kos serta pulangan atas ekuiti kumpulan.
"Sebahagian daripada kakitangan kami di Malaysia dan Indonesia pernah bertanya tentang skim sebegini dan ini adalah respons kami kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

CIMB Group berkata rakan Indonesia mereka, PT CIMB Niaga Tbk, juga menawarkan skim serupa kepada stafnya yang "selari dengan strategi operasi" syarikat. "Pelaksanaan ini di Indonesia juga tepat pada masanya memandangkan tiada program sebegitu ditawarkan kepada pekerja sejak penggabungan Bank Niaga dan Lippo Bank 7 tahun lalu," kata Zafrul.

PAS demo besar-besaran jika Azeez enggan letak jawatan Tabung Haji

Demonstrasi besar-besaran akan dianjurkan PAS sekiranya Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim d‎an ahli lembaga pengarah yang berkepentingan dalam 1MDB masih enggan meletakkan jawatan, kata seorang pemimpin Dewan Ulama PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata parti itu hari ini menggerakkan ahlinya membuat laporan polis di seluruh negara mengenai isu pelaburan Tabung Haji, yang baru-baru ini mengaku membeli sebidang tanah daripada syarikat bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita mahu perkhidmatan Azeez dan ahli lembaga pengarah yang terlibat dengan 1MDB segera ditamatkan. Tabung Haji jangan jadi 'pak angguk' kepada pengkhianatan dana awam.

"Kalau tidak selesai, kita akan buat himpunan besar-besaran bersama rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Tabung Haji, Hisham Harun, di perkarangan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak hari ini.

Saya mungkin jadi sasaran kerana ayah, kata anak Najib

100 hari Anwar dipenjara, bebaskan ayah, kata anaknya

Singapura No 1, Malaysia No 52 dalam senarai sekolah dunia

oleh Candy Jiang 
  Tahniah kepada Singapura yang menduduki tempat pertama dalam senarai sekolah-sekolah dunia baru-baru ini!
Malaysia menduduki tempat ke-52 dalam kajian sama yang dijalankan oleh Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Lima tempat teratas dimiliki negara-negara Asia, iaitu Singapura, Hong Kong, Korea Selatan manakala Malaysia berada di belakang negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Vietnam (12) dan Thailand (47), tetapi di hadapan Indonesia (67). Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina tidak merupakan sebahagian daripada 76 negara yang dikaji.
Kajian itu berdasarkan markah ujian dalam matapelajaran matematik dan sains, dan merupakan kajian terbesar pendidikan global, yang meliputi satu pertiga daripada negara-negara di dunia.
Walaupun kedudukan tinggi Singapura dapat dijangkakan, kedudukan tempat ke-12 Vietnam perlu diberikan perhatian. Dalam masa kurang daripada 50 tahun, negara ini telah berkembang daripada sebuah negara yang dilanda perang menjadi sebuah negara yang berjaya maju – satu pencapaian yang tidak banyak negara lain boleh banggakan.
Malaysia pula mewarisi salah satu sistem pendidikan 'terbaik' pada zaman itu – sistem pendidikan British – apabila ia mencapai kemerdekaan. Cendekiawan-cendekiawan dari Tanah Melayu dan Singapura juga menikmati peluang untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom sebagai ‘Queen’s Scholars’ sekiranya mereka diberikan biasiswa oleh kerajaan. Biasiswa ini bagaimanapun akan berakhir pada tahun 1959.
Dalam dekad berikutnya, Malaysia telah bereksperimen dengan sistem pendidikannya, pertama dengan menukar bahasa pengantar dari Bahasa Inggeris kepada BM, diikuti dengan perubahan dan pengubahsuaian kepada sukatan pelajaran. Setiap Menteri Pelajaran akan memperkenalkan perubahan yang berbeza, seolah-olah untuk menunjukkan hasil mereka sendiri terhadap kementerian itu.
Hasilnya ialah sebuah campuran sup abjad yang membingungkan – KBSM, UPSR, SRP, PMR, PT3, PBS, dan macam-macam lagi.

Kit Siang: Hudud tidak wajar jadi pemisah


LKS-kota-bharu


KUALA LUMPUR, 15 MEI: Bersandarkan kepada hujah daripada sarjana Islam, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mana-mana pihak yang menyatakan tidak setuju pelaksanaan hukuman hudud tidak boleh dijadikan alasan dituduh anti-Islam.
Bercakap di Padang Perdana di Kota Bharu, Kelantan, Kit Siang berkata hudud tidak wajar dijadikan pemisah antara masyarakat yang hidup dalam kepelbagaian budaya, agama dan kaum.
“Saya rasa mengikut perlembagaan, tak sesuai ada pelaksanaan hudud. Pandangan ini bukan kerana saya anti-Islam.
“Kalau kita lihat pandangan ini sebagai anti-Islam saya rasa ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada masyarakat kita.
“Adakah lima perdana menteri kita- Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah – mereka anti-islam? Adakah UMNO anti-Islam?” katanya di depan ribuan hadirin baru-baru ini.
Isu hudud menjadi polemik di kalangan Pakatan Rakyat apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkeras mahu membawa usul persendirian di parlimen bagi melaksanakan hudud di Kelantan.

PAS pimpinan Hadi akan keluar Pakatan bulan depan?

oleh Ng Kee Seng

Jelas bahawa PAS tidak boleh terus menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat, selagi Hadi Awang yang pro-kerajaan perpaduan dan pro-Umno terus menerajui parti Islam itu.

Jika Hadi dipilih semula sebagai presiden PAS bulan depan, PKR dan DAP tidak mempunyai pilihan lain selain bergerak tanpa PAS dalam usaha mereka untuk menduduki Putrajaya. Mungkin, ini adalah mengapa orang kuat DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang telah menulis pada 11 Mei bahawa beliau tidak pasti sama ada Pakatan akan terus wujud pada bulan depan.

Rupa-rupanya, Lim merujuk kepada pemilihan PAS bulan depan, yang akan menyaksikan pertembungan antara puak konservatif dan sederhana. Jika Hadi dan golongan konservatif beliau menang, adakah masih praktikal untuk PKR dan DAP bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah gabungan politik? Sepanjang tahun lepas, Hadi sentiasa membangkitkan isu-isu yang dianggap memudaratkan perpaduan Pakatan, sekali gus memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.

Isu membingungkan terbaru yang dibangkitkan oleh Hadi adalah sokongan terhadap Najib Razak untuk kekal sebagai Perdana Menteri. The Star Online pada 12 Mei memetik Hadi sebagai berkata yang Najib perlu menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri, kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil. Biar betul? Jadi, adakah Hadi maksudkan yang setelah dipilih, rakyat Malaysia perlu menunggu sehingga penggal tamat untuk menukar pemimpin mereka? Jika seorang Perdana Menteri kehilangan sokongan di tengah-tengah pemerintahannya, adakah undi tidak percaya, mungkin di Parlimen, tidak wajar?

Hadi menyatakan: "Beliau tidak seharusnya tunduk kepada tekanan dan dia harus dibenarkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. "Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletak jawatan dan saya mesti mengatakan bahawa beliau perlu diberikan peluang untuk menamatkan penggalnya."

 Jadi, adakah Hadi maksudkan yang tiada masalah bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion? Apakah Hadi juga maksudkan yang Najib tidak boleh dipersalahkan apabila beratus-ratus juta ringgit diambil dari 1MDB ke tempat-tempat lain oleh seorang "orang luar"? Abdul Hadi juga menyatakan yang adalah sia-sia untuk memberi tekanan kepada perdana menteri untuk berundur, kerana kontroversi-kontroversi yang presiden Umno itu didakwa terlibat.

 "Adalah memalukan untuk memberi tekanan kepada beliau bagi meletakkan jawatan, kerana kita perlu mengamalkan sistem demokrasi yang sihat," katanya. Bukankah kenyataan yang dibuat "musuh politik" ini, membingungkan?

Hadi dijangka menang pemilihan PAS, tetapi imej terjejas

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampir pasti memenangi jawatan presiden pada pemilihan PAS bulan depan, tetapi imej presiden lebih sedekad itu terjejas hanya kerana beliau dicabar, kata ahli sejarah Profesor Datuk Dr Redzuan Othman dari Universiti Malaya.

Bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya UM (UMcedel) itu membandingkan apa yang berlaku sekarang dengan cabaran oleh Sulaiman Palestin terhadap presiden Umno Tun Hussein Onn pada 1978. "Dengan mood dan penguasaan penyokong Hadi yang ada sekarang, Ahmad Awang tidak nampak jalan (untuk menang)," kata Redzuan.

 "Tetapi walaupun orang tidak kata Sulaiman Palestin akan menang, ia sesuatu yang menjejaskan kepimpinan Hussein." Menurutnya, bagi pemimpin yang tidak pernah dicabar untuk jawatannya, menang kalah menjadi perkara kedua. "Adalah sukar untuk pencabar menang, tetapi setakat dicabar itu sudah cukup.

Seseorang pemimpin yang tahu kedudukan dia, dia akan berfikir 2 kali," kata Redzuan kepada The Malaysian Insider. Redzuan mengulas keputusan Ahmad semalam bersetuju menerima pencalonan melawan Hadi untuk jawatan presiden PAS pada muktamar PAS ke-61 nanti. Hussein, perdana menteri Malaysia ketiga dari 1976 hingga 1981, dicabar Sulaiman, ketua penerangan Umno, tetapi berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai presiden parti itu.

Ahmad yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Perak, berkata beliau menerima pencalonan merebut jawatan presiden kerana percaya parti Islam itu perlu ada perubahan kepimpinan selepas lebih sedekad di bawah Hadi. "Ini sebuah parti mengamalkan demokrasi dan kita mahu memperkasakan parti," kata Ahmad selepas menyerahkan pencalonannya di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, semalam.

Seorang lagi penganalisis, Ibrahim Sufian dari Merdeka Centre berkata, Hadi mempunyai kelebihan dalam pemilihan ini sebagai penyandang dan juga ulama, namun beliau perlu menang besar. "Kalau tidak, imej beliau nampak cedera untuk mendapat keyakinan ahli dan pengundi PAS dalam pilihan raya umum akan datang." Menurut Ibrahim, walaupun pertandingan ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam PAS, namun beliau tidak menjangkakan sebarang kejutan.

Saman RM60 juta: Hakim halang Shafee sentuh kes liwat, kes saman Anwar ditangguh

Kes saman fitnah RM60 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk S. Nallakaruppan ditangguhkan hari ini selepas hakim Mahkamah Tinggi melarang peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada menanyakan soalan berkenaan sabitan liwat Februari lepas.

Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menghalang Shafee yang mewakili Nallakaruppan daripada menyentuh mengenai perlakuan Anwar dengan mengaitkan kes liwat tersebut, kerana sabitan salah itu berlaku 7 tahun selepas Anwar memfailkan saman ke atas bekas rakan tenisnya.

Shafee bagaimanapun menegaskan soalannya relevan, menyebabkan hakim menangguhkan perbicaraan membolehkan kedua pihak menyediakan hujah mereka.

 Peguam Anwar, Latheefa Koya membantah soalan Shafee kerana ia bersifat prejudis terhadap anak guamnya. Perbicaraan bersambung 21 Mei.

Hidup Mewah: SPRM awasi SU politik, SU peribadi menteri.....!!!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengawasi setiausaha peribadi dan politik menteri-menteri kabinet berhubung dakwaan mereka hidup di luar kemampuan masing-masing.
 
"Kami sedang memantau mereka. SPRM tidak boleh menyerbu rumah seseorang hanya atas alasan disyaki kerana mesti ada bukti transaksi atau dakwaan amalan rasuah," kata sumber SPRM yang tidak mahu namanya disiarkan.
 
Ketika dihubungi Malaysiakini, sumber itu berkata SPRM telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai seperti itu pada masa lalu.
 
Katanya, atas sebab inilah badan anti-rasuah itu mahu undang-undang baru digubal untuk memaksa orang yang mencurigakan untuk mengisytiharkan harta mereka.
 
Pada masa ini tidak ada peruntukan tersebut, kata sumber itu, sambil menambah bahawa cadangan itu dibuat oleh sebuah panel dalam suruhanjaya itu.
 
Menurutnya, undang-undang baru itu akan menjadi lebih berkesan dalam menangkap mereka yang hidup di luar kemampuan masing-masing.
 
"Apabila SPRM memperkenalkan undang-undang baru, kita mahu rakyat menyokongnya," kata sumber itu.
 
Sumber SPRM itu diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam, di mana seorang pemimpin Umno mahu suruhanjaya itu bertindak ke atas setiausaha peribadi dan politik menteri-menteri Umno yang didakwanya hidup di luar kemampuan mereka.

Setengah orang jadikan 1MDB mesin atm mereka!

MEIN Gott! Wir sind tief in der Scheiße!

Frasa German diatas bermaksud my god, we are in deep shit. Mungkin itulah sentimen Deutsche Bank pada waktu ini.

Mengikut lapuran, enam bank yang sedang runsing menuntut 1MDB membayar pinjaman RM3.6 billion 4 bulan lebih awal. Jika mereka menuntut duit mereka sekarang, ertinya, bank ini yang di pimpin oleh Deutsche Bank AG yakin bahawa 1MDB akan kaput.

Bank German, maka saya gunakan istilah kaput. Mati.

Datuk Seri Nazir Razak, anak Tun Razak yang paling sensible sekali menyatakan bahawa tindakan yang paling bertanggung jawab yang patut dilakukan oleh lembaga pengarah dan beberapa eksekutif 1MDB ialah meletak jawatan. Kemudian biarkan suatu pasukan audit bebas membedah 1MDB.

Deutsche Bank dan Nazir Razak adalah pakar dalam bidang kewangan. Eloklah kita dengar cakap mereka yang pakar. Saya hanya tahu guna kad atm dari mesin atm bank.

Setengah orang menjadikan 1MDB mesin atm mereka!

Janganlah kita memaafkan mereka hanya kerana mereka Melayu. Ramai lagi Melayu yang jujur dan baik. Buang Melayu jenis ini, ramai lagi Melayu ada. Jika semua 3.2 juta melayu Umno terjun longkang, ada 15 juta Melayu lain boleh ambil tempat mereka.

Deutsche Bank mencari pencerahan mengenai cagaran yang diberikan kepada nya oleh 1MDB. Cagaran tersebut ialah deposit sebanyak USD1.03 billion dalam bank BSI.

Apa maksud mencari klarifikasi dan pencerahan? Vatt ist der meaning zeeking un glarifikazion?

Adakah sekuriti itu tidak ada sebetulnya? Duit sebanyak itu tidak ada? Tak ada wang tunai USD1.03 billion? Sudah dibawa lari? Dicuri toyol belaan? Atau telah dikeluarkan oleh sesiapa?

Soalan yang paling popular di Malaysia sekarang ialah siapa yang mengarah duit itu dikeluarkan? Siapa yang mengarah yang mengarah itu?

Atau nilai USD1.03 billion tidak bernilai demikian? Ada berapa? USD500 million?

Nazifuddin: Sagajuta tiada kaitan dengan Ufun

Anak perdana menteri Nazifuddin Najib hari ini menjelaskan bahawa Sagajuta Sdn Bhd tiada kaitan dengan Ufun seperti diiklankan oleh skim Ponzi.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini melaporkan bahawa beliau masih mempunyai saham dalam 'syarikat yang mempunyai kaitan dengan Ufun' Sagajuta walaupun sudah berhenti sebagai pengerusi pada 2012.

Ufun, yang berdepan tindakan keras pihak berkuasa di Thailand, mendakwa Sagajuta membantu mengasaskan skim Ponzi.

”Tiada sebarang kaitan antara Sagajuta dan Ufun.

"Semasa saya ada di Sagajuta, saya juga tidak pernah bertemu seorang pun daripada Ufun,” kata Nazifuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Katanya beliau pertama kali mendengar tentang kumpulan itu apabila diundang ke pelancaran usahasama Ufun dan syarikat pemaju terkenal Bina Puri Holdings Bhd.

Pakatan lebih kuat jika adanya saya...kata Bang Mat

Kadir says 1Malaysia is flawed

Wan Azizah terima jawatan ketua pembangkang

Ibubapa tak puas hati ada sekolah kutip GST


Najib perlu buat PRU ke-14 serentak dengan PRN S’wak

oleh Joe Leong 
Tidak perlu dikatakan lagi, Malaysia kini sedang melalui saat terdesak dan berliku. Sedihnya, masih ada yang percaya dalam keadaan seperti ini, tindakan terdesak seperti mencadangkan Ahli Parlimen paling lama, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri baru adalah sesuatu yang absah.
Dr Mahathir Mohamad tanpa henti mendesak Najib Razak memberi laluan kepada pemimpin Umno Baru lain untuk mengambil alih jawatan perdana menteri. Tokoh DAP Lim Kit Siang pula membuat percubaan terdesak untuk membentuk kumpulan ahli parlimen baru daripada kedua-dua pihak dalam rancangan “Selamatkan Malaysia”-nya.
Maka pencarian besar-besaran untuk perdana menteri baru pun bermula! Menang, kuasa dan tugas besar itu sedia untuk diambil sebaik sahaja Najib menyerah kepada tekanan dan letak jawatan.
Pertarungan untuk kedudukan tertinggi ini sudah beralih ke dimensi baru, apabila timbalan Najib sendiri, Muhyiddin Yassin secara terbuka mempersoalkan penggunaan wang Tabung Haji berjumlah RM188.5 juta untuk mengurangkan beban kewangan 1MDB.
Muhyiddin merasakan kerajaan perlu segera memberi jawapan kepada rakyat yang mahukan tindakan konkrit dan segara berhubung isu itu yang menurutnya sudah menjadi ‘toksik’ dan menyebabkan persepsi negatif di kalangan rakyat.
Ini adalah tanda paling jelas, dua individu tertinggi pentadbiran negara kini bertentangan pendirian – seorang hanya membisu dan seorang lagi mengatakan orang ramai patut mengetahui kebenarannya segera.
Masalah dengan Malaysia adalah pemimpin negara tidak peduli dan patuh kepada prinsip dan amalan demokrasi. Jika dibandingkan, Malaysia barangkali lebih muda daripada negara-negara Komanwel lain. Namun itu bukan alasan untuk mengabaikan apa yang betul dan salah. Peluang sentiasa wujud untuk belajar daripada negara yang memiliki sejarah perkembangan politik dalam demokrasi yang lebih panjang, seperti Australia.
Misalnya, negara boleh belajar beberapa perkara daripada Paul Rudd, perdana menteri Australia sebanyak dua kali (2007-2010, 2013). Ketika timbalannya Julia Gillard ingin mencabarnya pada 2010 dalam kepimpinan Parti Buruh, beliau sedar akan kalah lalu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Namun tiga tahun kemudian, selepas Gillard mengumumkan satu lagi undi kaukus pada 2013, Rudd membuat kemunculan semula dan menang, seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua.
Pemimpin politik di Malaysia terbukti sudah hilang tujuan dan arah. Kedudukan dalam parti pemerintah atau kerajaan sepatutnya tentang kebolehan mereka merangka dan menjalankan dasar dan rancangan untuk kebaikan negara.
Apabila pemimpin gagal melakukannya, mereka dijangka dan malah wajib meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada orang lain yang lebih baik.

Di sini, pemimpin yang dengan jelas gagal berkhidmat secara degil berpaut kepada jawatan dan kuasa tanpa peduli untuk membuat perkara yang betul dan bermaruah.
Sebab itulah keadaan politik negara kini tidak stabil.
Mahathir telah katakan, walaupun ada yang “lebih layak” daripada Muhyiddin untuk mengambil tempat Najib, jika beliau memutuskan untuk letak jawatan, lebih baik untuk kekal dengan tradisi demi mengekalkan kestabilan parti.