Khamis, 14 Mei 2015

Hidup Mewah Pembantu-Pembantu Menteri Jadi Tanda Tanya Pimpinan UMNO Bahagian.

Susulan operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sarawak, seorang pemimpin Umno bahagian mahu suruhanjaya itu menyiasat juga pembantu-pembantu kepada menteri parti itu.

Enggan namanya disebut, beliau memberitahu Malaysiakini terdapat setengah setiausaha politik dan setiausaha akhbar hidup melebihi kemampuan.

“Mana mereka dapat pendapatan untuk hidup mewah macam itu. Apa punca pendapatan lain mereka,” katanya sambil membangkitkan soal habuan selepas menyusun pertemuan pihak tertentu dengan majikan mereka.

“Mereka ada rumah besar, yang saya rasa mereka tak mampu beli dengan gaji diterima.”

Beliau malah menamakan beberapa pihak yang disyaki.

Sumber itu juga berkata pihak itu termasuk setiausaha-setiausaha di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

6 Bank Buru Hutang 1MDB, Meletakkan Malaysia Dalam Masalah - Apa Risiko Yang Rakyat Bakal Tanggung Kelak?

Masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan lagi, yang terkini apabila ia perlu menjelaskan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) empat bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya, lapor harian perniagaan Singapura, Business Times.

Enam bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa syarikat itu menyelesaikan hutangnya kerana pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.

Business Times melaporkan enam bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa "tidak lengkap" kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.

"Susulan kontroversi ini, apa yang pada awalnya dianggap sebuah pinjaman yang bersandarkan cagaran yang amat ketat kini membimbangkan bank," kata akhbar itu memetik sumber. Dalam situasi terburuk, sekiranya jumlah itu gagal dibayar, 1MDB juga berdepan kegagalan melangsaikan hutang sebanyak AS$15.5 bilion (RM42 bilion).

"Kemungkinan ini sudah lama disebut-sebut pengkritik," laporan itu dipetik.

Pihak terlibat kini sedang berbincang mengelakkan krisis berkenaan pinjaman tersebut.

Deutsche Bank Singapura yang dihubungi Business Times tidak dapat memberi komen, sementara 1MDB sebelum ini berkata ia tidak akan mengulas sebarang spekulasi atau khabar angin pasaran.

Pada 22 April, laman Sarawak Report berkata akaun 1MDB di BSI Singapore mengandungi "aset atas kertas semata-mata" dan "nilai sebenarnya tidak dapat ditentukan".

Semalam, Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli menyatakan kerisauan sama ada 1MDB boleh membayar hutangnya yang bakal matang.

Dakwanya, beliau mempunyai maklumat dana pelaburan negara itu menyenaraikan akaunnya di BSI Singapore "yang diragui" sebagai cagaran.

Jika benar, kata Rafizi, 1MDB mungkin menggunakan dana awam untuk memenuhi tarikh akhir pembayaran pada September ini, memandangkan akaunnya di Bank BSI sebenarnya tidak memiliki wang tunai.

'Kami ambil masa lama menyimpan untuk tunai haji'



PASIR PUTEH: Bukan mudah penduduk kampung untuk mengumpul sehingga RM10,000 untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji.

Lebih memeritkan lagi mereka terpaksa pula menunggu bertahun-tahun untuk mendapat giliran ke Makkah, sedangkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan dibawa percuma menunaikan haji tanpa perlu mendaftar.

Tahun lepas seramai 1,000 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dipilih menyertai Program Khas Haji Yayasan 1Malaysia Berhad (1MDB).

Seorang penduduk Mohd Yusoff Kundor, 51, lebih malang lagi apabila Lembaga Tabung Haji pula dipergunakan bagi menyelamatkan 1MDB.

Katanya kalau sebelum ini 1MDB menaja imam dan penghulu Umno menunaikan haji, sekarang duit Tabung Haji pula digunakan bagi menyelamatkan IMDB.

“Kami penduduk kampung mengambil masa begitu lama untuk menyimpan sehingga terpaksa berjimat cermat sebagai persiapan untuk menunai haji.

“Tapi tahu-tahu duit simpanan kami pula digunakan bagi menyelamatkan 1MDB. Kalau kegiatan itu tidak didedahkan sudah tentu pendeposit Tabung Haji tidak tahu,” katanya di sini.

Sebelum ini media melaporkan wang caruman Tabung Haji digunakan bagi membeli tanah seluas satu setengah ekar milik 1MDB pada harga RM188.5 juta.

Tabung Haji membayar tanah tersebut pada kadar RM2,774 sekaki sedangkan 1MDB mendapat tanah itu dengan harga RM60 sekaki daripada kerajaan.

Penyelia kilang Azaman Ahmad, 45, berkata skandal itu meluntur keyakinan orang ramai terhadap Tabung Haji yang dipengerusikan pemimpin Umno.

Ini kempen untuk burukkan nama saya, kata anak Najib

Anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Mohd Nazifuddin, menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan skim Ponzi Ufun Group Bhd Ltd.

Anak kedua perdana menteri itu berkata, syarikat itu telah menggunakan namanya untuk menipu pembeli bagi menggalakkan mereka mendaftar dalam skim Ponzi itu.

Katanya, beliau tidak terbabit langsung dengan kumpulan itu dan telah memaklumkannya kepada pihak polis, Bank Negara Malaysia dan kedutaan mengenainya apabila beliau mendapat tahu tentangnya beberapa tahun yang lalu.

Dalam satu kenyataan, Nazifuddin berkata beliau telah meletak jawatan pengarah dan pengerusi Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd pada 31 Mei, 2012. Sagajuta didakwa ada kaitan dengan Ufun.

Bangkok Post telah melaporkan sebelum ini bahawa polis Thai menganggarkan Ufun, melalui skim pasaran pelbagai peringkat dan mata wang digital Utoken, telah menipu sekitar 120,000 orang membabitkan sejumlah RM4.1 bilion.

Ahli Ufun menjual Utoken, matawang digital yang didakwa boleh digunakan untuk membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan.

Sementara itu, Nazifuddin juga menafikan mengenali tiga orang suspek dari Malaysia di mana waran tangkap telah dikeluarkan di bawah nama mereka - Tay Kim Leng, Lee Kuan Ming dan Ching Wong Hua.

"Saya tidak pernah bertemu atau bercakap dengan orang-orang ini sebelum ini. Beberapa tangkapan telah dibuat dan tindakan keras terhadap skim yang didakwa itu, sedang berjalan.

"Kedua-dua polis Thai dan Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan mereka untuk menahan penjenayah dan mereka yang terlibat dalam skim ini," katanya.

Bolos Lagi: Kejadian culik di Sandakan, polis tak tolak militan terlibat

Seorang pemilik restoran dan seorang pelanggan diculik oleh lelaki bersenjata yang menyerbu restoran tepi pantai itu di Sandakan pada kira-kira jam 8 malam ini.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat perkara itu.

"Polis sedang menyiasat tetapi tidak menolak kemungkinan militan yang terlibat," katanya kepada Malaysiakini.

Pihak berkuasa melancarkan gerakan memburu dan mengetatkan kawalan di perairan sekitarnya.

Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahaid Hamidi berkata empat lelaki bersenjata memasuki Ocean King Restaurant dengan membawa dua rifel automatik dan sepucuk pistol.

Chung Yan Tsim berkata kejadian itu berlaku selama satu minit, lapor Star Online.

Kejadian selama seminit itu menyebabkan para pelanggan bertempiaran lari, pemilik restoran Chung Yan Tsim dipetik sebagai berkata.

"Mereka melarikan diri dalam bot. Tak ada tembakan," kata Chung.

Belia gaji bawah 4K hadapi masalah kewangan

Dr Syed Husin Ali: Teruskan Perjuangan

Ng Suee Lim: Kalau Tiada Anwar Ibrahim, Tiada Perubahan Di Selangor & Penang

Saari Sungib: Kita Fokus Memperjuangkan 1 Masa Depan Yang Lebih Jelas

Tian Chua: Bila Ada Kezaliman, Kitalah Orang-Orang Bersama Yang Bangkit Untuk Lawan

Khalid Samad: Kita Bawa Perubahan, Jatuhkan UMNO Barisan Nasional & Tegakkan Keadilan

Talian hayat 1MDB ada pada Najib, bubar parlimen

PENDEDAHAN bloggers The Benchmark mengubah senario isu skandal kewangan 1MDB yang sebelum ini bersilat pencak mengelak hingga adegan saman menyaman kononnya mahu membuktikan syarikat pelaburan kontroversi itu tidak berdepan masalah.

Ia bermula dengan isu pembelian tanah di The Razak Exchange (TRX) yang bernilai RM 188.5 juta selepas diskaun walaupun bagi penilai hartanah tempatan harga itu terlalu mahal buat tanah sebesar setengah padang bola itu.

Pakatan Rakyat melihat dari dekat isu ini sejak isu 1MDB terdedah. Penglibatan Tabung Haji membeli tanah di TRX membuka pekung lebih luas bahawa syarikat 1MDB ini sebenarnya menanti rebah.

Malang sekali mereka yang mengendalikan TH ini khususnya kementerian yang menjaga Tabung Haji iaitu Jabatan Perdana Menteri di bawah menteri yang berkelulusan agama, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.

Bukan sahaja mereka tidak menasihatkan Perdana Menteri mahupun TH agar tidak melabur dalam TRX untuk menyelamatkan syarikat  itu malah mereka khususnya Jamil Khir yang berkelulusan agama tidak pun membantah, sebaliknya menyokong terus mempertahan kesalahan jelas yang berlaku.

PAS beberapa kali mengusulkan agar siasatan bebas dibuat ke atas 1MDB khususnya bagaimana hutang RM42 billion boleh berlaku.

SPRM mesti mengambil peluang ini untuk mengembalikan wibawa dengan menyiasat kes 1MDB ini sedalam-dalamnya. Kenyataan Tan Sri Abu Kasim pada 15 April yang lalu perlu dibuktikan dengan tindakan yang tuntas demi mengembalikan wibawa SPRM tersebut.

Bajet 2015 bakal terjejas kerana 1MDB?

Rakyat bakal berdepan dengan risiko pengurangan perbelanjaan dalam belanjawan tahunan negara sehingga RM15 bilion jika 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih gagal melunaskan hutangnya yang mencecah RM42 bilion.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa Bajet 2015 yang berjumlah RM273 bilion bakal mengalami penyusutan apabila Kerajaan Persekutuan menggunakan dana tersebut untuk menyelamatkan 1MDB.

"Sudah tentu, sebelum ini mungkin RM273 bilion untuk rakyat, lepas ini dia kurang mungkin RM10-15 bilion jika 1MDB gagal (bayar hutang).

"Jika sebahagian daripada hutang RM42 bilion itu perlu ditanggung kerajaan, maka baki hutang itu akan ditolak daripada perbelanjaan yang sepatutnya dibelanjakan kepada rakyat," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pada Isnin yang mendedahkan bahawa Terengganu Investment Authority (TIA) yang kini dikenali 1MDB pernah cuba mencagar hasil minyak dan gas negeri itu.

PAS perlukan Najib dan Umno untuk luluskan Hudud

oleh Hazlan Zakaria
Adakah Perdana Menteri Najib Razak sedang menjadikan PAS tebusan dalam isu Hudud? Nampak sebagai andaian, tetapi mungkin ini ialah soalan yang tepat untuk ditanya berikutan beberapa kejadian pelik berlaku beberapa hari lepas.
Soalan yang sama dapat ditanya kerana laporan berita media DAP The Rocket bahawa “Private Bill” kontroversi parti Islam untuk membentangkan Hudud tidak termasuk dalam draf awal “Order Paper” bagi persidangan parlimen akan datang.
“Difahamkan bahawa dalam draf awal “Order Paper” yang dikeluarkan semalam, usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 tidak ada,”  lapor media DAP itu tanpa memetik sumber.

Ditambah pula dengan kenyataan pelik daripada presiden PAS Abdul Hadi Awang (kiri) yang mengatakan Najib perlu kekal sebagai perdana menteri dan tidak tunduk kepada tekanan yang memintanya berundur, persoalan lain mulai timbul.
Hadi dilaporkan berkata yang Najib dipilih menerusi kaedah demokratik, untuk bertindak adil kepadanya perlulah membenarkan dia kekal mengisi jawatan bagi melaksanakan tugasnya.
“Saya bersetuju dengannya bahawa dia tidak perlu berundur dan dia perlu diberikan peluang berkhidmat sehingga tamat penggalnya,” lapor berita yang memetik Hadi.
Presiden parti Islam menegaskan yang tidak ada guna untuk mendesak Najib untuk berundur walaupun berlaku banyak kontroversi yang melanda PM itu.
“Sangat memalukan untuk mendesak dia berundur kerana kita perlu mengamalkan sistem demokrasi yang sihat,” pemimpin PAS itu dipetik berkata demikian.
Walaupun elok tindakkanya sebagai pembangkang di peringkat persekutuan untuk menunjukkan kepercayaan seteguh itu kepada PM,  ia bertentangan dengan pendirian Pakatan Rakyat sebelum ini yang meminta Najib meletakkan jawatan kerana kewujudan pelbagai skandal yang sehingga kini masih menghantui pentadbirannya.
Mengapakah pertukaran pendirian secara tiba-tiba daripada salah seorang pemimpin utama Pakatan itu ? Adakah ia mempunyai kaitan dengan keperluan untuk mendapatkan bantuan Najib membantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan?

Asal aja keluar dari mulut-mulut UMNO pasti busuk menipu baunya...


APA PERSAMAAN di antara DAM & BEBUIH ???
MANA SATU lagi bijak perbodohkan rakyat ???

Perompak Ganti Penyamun.. DAH TAKDA ORANG LAIN KA !!


Tan Sri Ismee Ismail yang dikaitkan dgn kontroversi #TabungHaji dan #1MDB, dikatakan akan mengantikan CEO Dr Mohammed Emir Mavani Abdullah di FGVH yg bakal tamat kontrak pada akhir Julai ini..


Rujukan : THE STAR - Business News
Tan Sri Ismee Ismail is expected to replace FGV’s current group president and CEO Dr Mohammed Emir Mavani Abdullah, whose contract comes to an end this July.

Berapa harga PHB jual TRX kepada 1MDB?


KUALA LUMPUR: Pengurusan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) diminta menjelaskan tentang pertukaran hak milik tanah di Tun Razak Exchange (TRX) kepada 1Malaysia Develompent Berhad (1MDB).
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PHB yang dahulu dikenali sebagai Pelaburan Hartanah Bumiputra Berhad (PHBB) merupakan pemilik asal tanah tersebut ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri dalam menjaga hak bumiputra dari sudut hartanah.
"PHB diberikan tanah tersebut untuk membangunkan ekonomi serta memelihara bumiputera, tanah itu cukup bernilai dan saya pasti harganya mencecah ribuan ringgit kaki persegi.
"Namun apabila PHB menjualnya kepada 1MDB dengan harga yang begitu rendah iaitu sekitar RM64 kaki persegi itu menimbulkan persoalan.
"Kenapa itu berlaku, di mana letaknya matlamat asal PHB dalam menjaga kepentingan bumiputera dan apa yang tersembunyi disebalik urusan penjualan tanah tersebut, siapa yang terlibat serta kenapa jual," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau turut menggesa individu yang bertanggungjawab menjual tanah PHB kepada 1MDB tampil menjelaskan tentang harga sebenar yang dibayar oleh 1MDB.

1MDB: Berapa disebalik transaksi TRX


Top Up: Rakyat Malaysia Tetap Kena GST 6% (Panggilan dan SMS)?

Isu Topup GST pun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan demi rakyat. Persoalannya sekarang menteri sedang bela siapa? Rakyat Malaysia atau taikun telekomunikasi Malaysia? 
topup gst
Sehingga bertukar orang untuk diselesaikan. Selepas lebih sebulan rakyat marhaen menunggu apa yang menteri mampu perjuangkan untuk rakyat marhaen di bawah disebalik isu topup GST, akhirnya hasilnya seperti di bawah ini :
  • GST tetap dikenakan kepada rakyat marhaen, tetapi bukan pada pembelian kad topop prabayar
  • GST akan dikenakan pada anda untuk setiap panggilan dan sms yang dimasukkan untuk dikenakan cukai GST kepada anda. Bijak bukan Menteri mencari penyelesaian? Ermm…..
  • Akhirnya Pi Mai Pimai Tang Tu juga. Kasihan rakyat Malaysia.
  • Cuma dahulu terang-terangan, cukai topup GST dikenakan terhadap anda tetapi kali ini secara tersirat pula supaya penguna seperti anda tidak perasan. Hebat bukan permainan mereka
  • Pendek kata cukai GST masih lagi ada untuk dikenakan terhadap anda dalam caj telekomunikasi cuma telbih terselindung
  • Apabila rakyat dengar hanya bayar RM10 dapat RM10, ramai yang lega sedangkan sesuatu sangat. Dengan harapan anda akan terlepas pandang dengan hidden kos yang ada. Ermmmm…
  • Tetapi sudah menteri kata, “win-win situation”. Iyakan sahaja
  • Tetapi hakikatnya rakyat semakin celik hari ini, tidak semudah itu akal fikiran mereka ditunjal-tunjal mengikut renrak permainan mereka

Isu Topup GST : Telco Vs Rakyat Malaysia? Siapa Yang Untung?

  • Jikalau sebelum ini sales tax 6% telco masih untung dengan menjual topu (kad prabayar) pada harga RM10.00 dan anda akan dapat kredit RM10.00
  • Sekarang sales tax sudah tiada dan digantikan dengan topup GST (kad prabayar)
    GST tidak dikenakan kepada telco..sebaliknya pada pengguna menurut penggunaan mereka
  • Maka yang untung adalah? Telco..ya tepat sekali. Sebab dapat tambah 6% lagi keuntungan disebalik pemansuhan cukai sales tax
  • Dan untung pada kerajaan sebab dapat kutip 6% dari pengguna..
  • Jadi kepada pengguna apa yang untungnya?

Petani dakwa sukar jual hasil padi

20150514062422
Petani terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran bagi menjual hasil tuaian padi kepada pihak kilang berikutan keengganan pihak kilang swasta berbuat demikian.

TUMPAT, 14 Mei:

Keengganan kilang padi swasta menjalankan urus niaga menyebabkan kesesakan luar biasa di kilang Padi beras Nasional Berhad (Bernas).
Keadaan itu juga menyebabkan pesawah terpaksa menunggu sehingga 24 jam untuk menjual padi yang sudah dituai kepada kilang.
Seorang pesawah, Abdul Ghani Omar, 66, mendakwa, faktor harga padi mahal menyebabkan kilang padi swasta tidak mahu berurus niaga.
Katanya, sebelum ini harga padi bagi satu tan di sekitar negeri Kelantan hanya RM980 tetapi selepas diseragamkan pada RM1,200 satu tan, pihak swasta pula bermasalah.
“Pihak swasta enggan membeli padi dengan harga baru kerana bagi mereka ia agak mahal dan akan merugikan mereka.
“Apa salahnya jika mereka beli dengan harga yang mahal, kerana padi sekarang lebih berkualiti berbanding sebelum ini,” ujarnya.
Menurut Abdul Ghani, selain itu tumpuan ramai pesawah ketika musim padi yang rancak dituai ini menyebabkan kesesakan luar biasa di semua kilang Bernas di negeri ini.

Ahli Parlimen diminta bangkit isu TPPA di Dewan Rakyat

tppa
Mohd Nizam (dua dari kiri) menerangkan berkenaa TPPA ketika sidang media di pejabatnya di Bangsar, hari ini.

KUALA LUMPUR, 14 Mei:

Ahli Parlimen yang akan mengikuti Mesyuarat kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-13, Dewan Rakyat diminta supaya menyatakan pendirian mereka berhubung isu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang dilihat hanya menguntungkan syarikat-syarikat besar milik Amerika Syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Mohd. Nizam Mahsar berkata, ini kerana perjanjian yang sehingga kini masih lagi dalam perbincangan sehingga Oktober depan, tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah turut tidak menguntungkan rakyat.
“Kita seru semua Ahli Parlimen supaya bertegas dengan menyatakan pendirian secara terbuka dan menanyakan soalan yang sepatutnya kepada pihak yang berkenaan kerana ia akan menjadi satu legasi besar kepada kepimpinan negara.
“Sekiranya penjanjian ini dilaksana ia boleh meninggalkan implikasi kepada masa depan kita.
“Kita telah bercakap tentang perkara ini sejak dua tahun lepas dan ini merupakan tempoh terakhir sehingga hujung tahun ini untuk menyelesaikan perundingan TPPA ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini pada Khamis.

Elaun tak dibayar, nak beli susu anak pun tak mampu - keluh anggota JPAM

Benarkah peruntukan habis sebelum tempohnya menyebabkan ribuan anggota kerahan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tidak lagi menerima elaun?
 
Menurut seorang anggota kerahan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan negeri Pahang yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, wang yang sepatutnya diterima sudah pun tertunggak sejak Januari lalu dan sehingga ke hari ini, masih tiada khabar berita mengenai status elaun tersebut.
 
Biarpun bukan anggota tetap JPAM, namun mereka perlu berkhidmat setiap hari, sekali gus menyukarkannya untuk mencari kerja sampingan untuk menampung kehidupan apabila elaun bulanan tidak dibayar.
 
Anggota kerahan dibayar sebanyak RM6 sejam manakala yang berpangkat pegawai dibayar sebanyak RM7.80 sejam dan jurulatih adalah RM5 sejam.
 
"Kami tidak tahu di mana lagi hendak mengadu kerana sebagai ketua keluarga, ada banyak mulut yang perlu disuap.
 
"Susu anak sudah habis, sewa rumah perlu dibayar ditambah lagi dengan kos hidup yang semakin tinggi, kami sudah tidak tahu bagaimana lagi hendak meneruskan kehidupan sekiranya elaun perkhidmatan masih belum dibayar. Ini bukannya tertangguh sebulan dua tetapi sudah lima bulan,” luahnya semasa menghubungi MalaysiaGazette di sini.
 
Tambah Ahmad, penat lelah yang ditempuhi mereka ketika bertugas 24 jam sehari semasa banjir besar melanda akhir tahun lalu masih belum dibayar.
 
Beliau dan beberapa wakil anggota kerahan JPAM pernah mengadukan masalah tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya namun jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
 

“Najib bermuka-muka, datang ke Sabah hanya untuk cari sokongan”

KOTA KINABALU, 14 MEI: DAP Sabah mengecam sikap bermuka-muka Datuk Seri Najib Razak yang hanya mempedulikan rakyat Sabah ketika kedudukan goyah, sedangkan sebelum ini tidak ada sebarang bantuan diberikan.
Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong Tze Pin berkata, tindakan bermuka-muka Najib jelas tidak memberi sebarang makna, malah suatu penghinaan kepada rakyat negeri ini.
“Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri selama enam tahun dan telah melalui satu penggal Pilihan Raya Umum (PRU), tapi kini dia mendakwa dirinya berhutang terhadap Sabah.
“Apakah beliau mengakui ketidakcekapannya dan pada masa sama akur dengan kebenaran bahawa rakyat Sabah telah dilayan secara tidak adil?” soal Jimmy.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata demikian merujuk kenyataan Najib bahawa beliau berhutang kepada rakyat Sabah ketika melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Belud, Ahad lalu.
Najib dalam ucapannya itu turut mendakwa Sabah masih ‘fixed deposit’ BN dengan menyatakan negeri bawah bayu itu mempunyai banyak potensi dan memerlukan pembangunan seimbang.
Jimmy menegaskan, kehadiran Najib ke Sabah sebenarnya tidak lebih hanya untuk mendapatkan sokongan pemimpin BN akibat desakan untuk meletakkan jawatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

UIA tak hormat kebebasan akademik dan autonomi kampus


KUALA LUMPUR, 14 MEI: Pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tidak berhak untuk campur tangan dalam aktiviti mahu pun forum mahasiswa, kata Pengarah Hal Ehwal Universiti DAPSY, Chow Yu Hui.
Kata Yu Hui dalam satu kenyataan, tindakan pihak keselamatan UIA merampas mikrofon ketika Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berucap amat biadab dan menjatuhkan imej dan reputasi universiti antarabangsa itu.
rafizi-uia“Difahamkan forum GST yang diadakan di UIA semalam adalah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIA. Penceramah adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, wakil UMNO, Lokman Adam dan juga seorang wakil Jabatan Kastam.
“Majlis Perwakilan Pelajar UIA adalah hasil mandat seluruh mahasiswa kampus. Mahasiswa berhak untuk mengadakan forum ilmiah untuk pertukaran idea dan pandangan,” kata Yu Hui mengutuk keras tindakan pentadbiran UIA.
Tambahnya, ini bukan kali pertama ahli politik Pakatan dilarang memasuki universiti tempatan, antaranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah (MP Lembah Pantai) dan Teresa Kok (MP Seputeh).
“Pihak UIA perlu meminta maaf atas tindakannya menghalang forum GST serta aksi pihak keselamatan UIA yang merampas mikrofon Rafizi Ramli ketika beliau sedang berucap.
“Tindakan sebegini adalah tidak bertamadun dan patut dikutuk sekeras-kerasnya.

Susut nilai ringgit tidak dapat dijelaskan, kata pakar

Datuk Mohamed Ariff daripada Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam bercakap semasa melancarkan Kajian Ekonomi dan Sosial Asia dan Pasifik 2015 di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menolak faktor kejatuhan harga minyak menjadi punca nilai ringgit menyusut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Mei, 2015. 
Datuk Mohamed Ariff daripada Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam bercakap semasa melancarkan Kajian Ekonomi dan Sosial Asia dan Pasifik 2015 di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menolak faktor kejatuhan harga minyak menjadi punca nilai ringgit menyusut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Mei, 2015.

Kejatuhan nilai ringgit, yang menjadikan ia mata wang paling teruk di Asia tahun lepas, "tidak dapat dijelaskan" dan tidak mungkin disebabkan kejatuhan harga minyak, kata seorang pakar ekonomi hari ini.
"Malaysia kini merupakan pengimport bersih minyak. Kita mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport. Jadi, kejatuhan harga minyak sepatutnya baik untuk ekonomi kita," kata Datuk Dr Mohamed Ariff, profesor ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF).
Beliau berkata demikian semasa pelancaran Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unescap) mengenai kaji selidik ekonomi dan sosial di rantau ini bagi 2015.

"Kejatuhan nilai ringgit  adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Saya rasa ringgit dinilai rendah. Baht Thai masih lebih kukuh berbanding ringgit walaupun keadaan politik di negara itu," kata Ariff. Menurutnya, walaupun harga minyak rendah merupakan berita buruk bagi kerajaan, ia juga berita baik untuk ekonomi.

3 pengendali TELCO utama TELAH KAUT UNTUNG BERBILION2 RINGGIT (2010-2014)


KENAPA Menteri Bebuih takut sangat pada taikun2 Telco !!! Bukankah Menteri DAM pernah berjanji & 'warning' pada pihak Telco. "Jika mereka degil, mereka akan dibawa ke mahkamah !" MANA JANJI TU !!! Menteri sudah mati ka...

Untung berbillion2 ringgit, apa salah berkorban sikit utk rakyat. Untung datang dari rakyat juga iaitu pengguna...

Sokongan Kepada Najib Terus Mereput

Sokongan yang diterima Najib Razak dalam mesyuarat MT UMNO Isnin lalu seperti tidak memberi makna kepada kekukuhan hayat politiknya kerana kini pemimpin parti itu terus juga bersuara mengenai kontroversiri 1MDB dan Tabung Haji.

Ia memberi bayangan segala sokongan dan Najib pula meminta Ketua Audit Negara mempercepatkan pengauditan terhadap syarikat pelaburan itu supaya segala-galanya dapat diketahui umum, langsung tidak mampu membuatkan pemimpin UMNO agar berdiam diri dan akur dengan ketetapan itu.

Begitu juga tindakan Najib menasihatkan agar Tabung Haji menjual balik tanah yang dibelinya daripada 1MDB dilihat masih tidak memadai untuk memadam segala isu yang timbul sebelum ini.

Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan kepimpinan Najib tetap dicurigai dan sokongannya dalam parti mulai mereput secara perlahan-lahan.

Najib kini bukan saja diserang dan dikritik oleh pihak pembangkang, tetapi sebenarnya mula menerima kesan penolakan dari dalam UMNO sendiri.

Berikutan laporan media mengenai pinjaman berjumlah RM3.6 bilion yang dibuat oleh 1MDB menghadapi masalah dan enam bank terbabit mungkin menuntut bayaran balik lebih awal, seorang ahli MT UMNO, Reezal Merican Naina Merican dengan pantas bersuara mahukan syarikat itu segera memberi penjelasan serta berhenti daripada amalan berdiam diri selama ini.

Walaupun sasaran Reezal ialah 1MDB tetapi semua orang tentunya memahami bahawa mencubit paha syarikat itu akan menyebabkan paha Najib yang lebih terasa sakitnya.

Kenapakah seorang ahli MT UMNO  sendiri terus bersuara sedangkan Reezal tentunya faham dalam mesyuarat sudah diputuskan agar masa diberikan kepada Najib dan syarikat itu menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul?

Awas BN, loceng amaran sudah berbunyi!

KUALA LUMPUR - Berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin di Pahang pada 5 Mei lepas, sebenarnya bukanlah suatu kejayaan yang boleh dibangga-banggakan oleh Barisan Nasional (BN), mahupun berasa berpuas hati. 
 
Pemerhati politik umumnya melihat BN hendaklah mengambil iktibar daripada kemerosotan majoriti undi yang diterima dan mendengarnya sebagai loceng amaran sebelum tsunami politik melanda. 
 
Kemenangan dalam sesuatu pilihan raya kecil memang penting dan amat signifikan kepada mana-mana parti politik termasuk BN khususnya dalam mengukur tahap sokongan. 
 
Namun apa yang lebih utama adalah tahap penerimaan rakyat secara total kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. 
 
Dalam konteks politik, rasa selesa dan berpuas hati segelintir pemimpin dan anggota BN dengan sokongan sedia ada melalui kehadiran sejumlah rakyat di kawasan ceramah atau program anjuran parti, belum boleh dijadikan ukuran sokongan dan diterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya.
 
 
BN PERLU DIJENAMAKAN SEMULA
 
Penganalisis politik berpandangan BN perlu dijenamakan semula dalam konteks pendekatannya untuk meraih tempat di hati pengundi. 
 
Persoalannya, bagaimana untuk BN dijenamakan semula?
 
Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan
Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, penjenamaan semula BN mampu membolehkan gabungan 13 komponen parti itu kekal relevan dan berdaya saing mengharungi cabaran pada masa hadapan. 
 
BN dianggotai UMNO, MIC, MCA, Gerakan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Demokratik Liberal (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). 
 
Beliau berkata, penjenamaan perlu dilakukan secara segera dan menyeluruh, selain tidak hanya menumpukan kepada aspek imej dan slogan parti sahaja untuk menambat hati rakyat. 
 
"Penjenamaan daripada segi pendekatan dan corak kepimpinan yang menekankan aspek politik khidmat ini sangat penting. Di samping itu, roh perjuangan parti perlu terus diperkasakan lagi," katanya kepada Bernama.
 
Ada juga pihak yang berpandangan kesibukan BN menangkis serangan dan manipulasi yang dilakukan pembangkang sepanjang masa, di samping kurangnya usaha untuk menjelaskan dasar yang dilaksanakan kerajaan secara terperinci adalah antara faktor berlakunya penolakan rakyat. 
 
Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd Razali berpandangan bahawa setiap peringkat kepimpinan BN dan parti komponen perlu merakyatkan pemimpin dan parti, dan bukan hanya berdegar-degar melaungkan slogan transformasi berbentuk kosmetik, yang boleh melumpuhkan kepercayaan rakyat. 
 
"Pemimpin perlu mengotakan apa yang dicakap dan diseru kepada rakyat. 

Police have 48 hours to respond to alleged rape threat

Maisara Amira’s lawyer also registers surprise that the investigating officer is clueless about the alleged rape threat.
amira,faizalKUALA LUMPUR: The lawyer representing Maisara Amira, has given the police 48 hours to respond to the threat of rape allegedly made by one of its officers against his client at the Dang Wangi police station on May 5.
“We have given them 48 hours to respond to the investigations, which the investigations officer had agreed to.
“If they don’t get back to us within that time frame, we will follow up with the necessary actions,” Faizal Rahman explained.
Heeding the instructions of the Inspector-General of Police, Maisara went to the police contingent headquarters with her lawyer, to give her statement.
Faizal however registered his shock on learning that ASP Maziah Hamziah, who is now handling the case, was completely clueless about the rape threat.
“Even the investigating officer who was taking the statement had no clue on the case and only took on the case on the particular morning before taking Maisara’s statement,” said Faizal.
Faizal said that they were called in to give a statement after IGP Khalid Abu Bakar tweeted his orders yesterday for Maisara to go to IPK KL instead of Dang Wangi, where the rape threat was allegedly made, to speed up investigations.

Umno Supreme Council clueless or complicit?

Kadir Jasin fears other GLCs, pension funds and trust agencies may be forced to bail out 1MDB.
Kadir Jasin, Complicit or clueless
KUALA LUMPUR: A veteran newsman ventures that if Umno Supreme Council members are in the dark on the precarious financial situation of 1MDB/Edra, they are indeed ignorant and therefore not fit to be leaders.
On the other hand, if they are indeed aware of the precarious situation but went ahead nevertheless to express their backing for Prime Minister Najib Abdul Razak, it confirms that they are hypocrites and not fit to be leaders either.
Former New Straits Times Group Editor in Chief A Kadir Jasin has appealed to the Umno vice presidents to reveal what they know about 1MDB/Edra.
“Otherwise, they can be accused of being complicit” in wrongdoings, he said.
“I am sure that the Umno Supreme Council members know,” said Kadir. “I know that many 1MDB/Edra management and directors have met them in secret.
“The management and the directors are in a spot. They don’t want to be accused at a later date of being in cahoots in financial matters that affect the country.”
The problems of 1MDB/Edra, he added, would not be resolved as long as those who created them were still with the company.
He fears that many other GLCs, pension funds and trust agencies, will be called upon to bail out 1MDB.

Lim Kit Siang silap langkah-Haron Din

Pas Kota Bahru tidak sensitif apabila mengundang bukan Islam untuk memberi penjelasan tentang hudud sekaligus bersekongkol dengan penentang hudud.
haron din,kit siang
PETALING JAYA : Penasihat DAP, Lim Kit Siang tersilap langkah apabila memberi penjelasan tentang hudud dalam ceramah di Kota Bahru pada Ahad lalu.
Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, Kit Siang sebagai bukan Islam sepatutnya mendengar penjelasan tentang hudud bukannya memberi penjelasan.
Bagaimanapun, katanya, ceramah ‘anti hudud’ anjuran Pas Kota Bharu itu telahpun berlaku dan beliau mengesyorkan supaya ahli Pas yang lain mengambil iktibar daripada perkara tersebut jika mahu Islam dihormati.
“Musuh-musuh sentiasa akan mencari ruang untuk menyebut perkara-perkara negatif tentang Islam.
“Kalau kita ingin lihat Islam dihormati maka kita yang memberikan penjelasan dan tidak boleh musuh Islam campur tangan dalam perkara besar,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today pada Khamis.
Haron turut mengingatkan ahli Pas supaya berpegang teguh kepada prinsip utama yang diperjuangan Pas iaitu memartabatkan syiar Islam.
“Semua ahli Pas perlu berhati-hati dengan pihak yang tidak selari dengan perjuangan Pas terutama yang menentang hudud,” katanya.

G10: PJ Perak cuma bergurau, kata menantu Hadi

Menantu kepada presiden PAS Akmal Kamaluddin mengakui Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pernah berkata mahu beliau menjadi ketua Pemuda PAS dalam satu program di Gopeng.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak perlu dipandang berat kerana ia hanya “gurauan”.

"Oh, yang itu dah lama dah. Dah dua tiga bulan lepas.

“Ada satu program di Gopeng. Pesuruhjaya ada bergurau. Saya pun kata tak mahu ketika itu. Kalau itu hendak dijadikan bukti, dah tak ada isu dah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan tersebarnya audio mendakwa Razman merujuk Akmal sebagai bakal ketua pemuda PAS Perak dan dianggapnya sebagai gurauan yang "sudah lama berlaku".

Hari ini calon pencabar Akmal, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (atas) mengumum menarik diri bertanding jawatan itu kerana mendakwa Razman berat sebelah.

Razman bagaimanapun menafikannya dakwaan itu dan meminta bukti dikemukakan.

'Saya tiada kontroversi'

Mohd Fakrulrazi yang juga bendahari Pemuda PAS pusat mendakwa sekurang-kurangnya 10 calon - dirujuk G10 - bertindak mengikut jejaknya dan ia dibuat bagi memberi laluan kepada Akmal bekerjasama dengan Razman.

Dr M pulang, sejarah 2008 berulang?

Di tengah-tengah kontroversi penggunaan wang Tabung Haji untuk pembelian tanah projek 1MDB, pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Bekas perdana menteri itu, yang menjadikan 1MDB senjata utama mengasak Datuk Seri Najib Razak, dijadual pulang esok bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali.

Bagaimanapun kepulangannya dari tanah suci bukan kepulangan biasa kali ini.

SMS mengajak orang ramai berkumpul di Terminal Subang Skypark bagi menyambut pasangan itu telah beredar.

“Jom sambut negarawan terbilang Tun Mahathir yang kembali dari Mekah bersama Tun Dr Siti ibu mithali negara pada 15 Mei Jumaat, jam 12.30pm di Subang Skypark Terminal.

“Tun M adalah insan mulia yang terlalu banyak jasa pada negara.

“Dihina, dikeji dan dikutuk namun Tun M meneruskan misi perjuangan yang belum selesai. Rakyat marhaen bersama Tun walaupun tidak diberi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Ayuh kita ke Subang Skypark,” menurut SMS itu.

Berucap gaya jalanan

Perhimpunan itu dilihat bertujuan memperlihatkan sokongan kepada Mahathir, selepas beliau sebelum ini mendakwa terdapat peserta dalam perhimpunan menyokong Najib diupah.

Malah, dakwanya, Najib percaya bahawa wang tunai adalah raja dan justeru diperkenalkan BR1M.

Ahmad Awang sah cabar Hadi bagi kerusi presiden PAS

Elak soalan 1MDB, Sharizat minta wartawan buat ujian Hepatitis

Takaful pernah beli sukuk RM85 juta daripada TIA sebelum jadi 1MDB

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) hari ini mendedahkan mereka pernah membeli sukuk dikeluarkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009 sebanyak RM85 juta sebelum syarikat itu bertukar menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Datuk Seri Mohamed Hassan Md Kamil berkata, sehingga kini, Takaful Malaysia masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada 1MDB. "Saya diberitahu sukuk dibeli pada 2009.

"Takaful membeli RM85 juta daripada Terengganu Invesment Authority (TIA) yang mengeluarkan bon tersebut, syarikat asal (sebelum dikenali 1MDB)," kata Hassan pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat agung BIMB Holdings Berhad di Menara Felda hari ini.

Untuk rekod, BIMB memiliki pegangan majoriti sebanyak 60.31% dalam Takaful Malaysia yang merupakan anak syarikatnya dan 100% dalam Bank Islam. Tempoh matang sukuk tersebut adalah pada 2039, bagaimanapun sejak ia dibeli tiada sebarang pembayaran kadar kupon dibuat oleh 1MDB kepada Takaful Malaysia, kata Hassan.

"Tempoh matangnya adalah pada 2039, setakat ini masih belum ada (pembayaran kadar kupon)," katanya. Menurut Hassan, pembelian sukuk tersebut berisiko rendah dan hanya meliputi 2-3% daripada jumlah aset asas RM7.1 bilion, serta merupakan pelaburan kecil kepada kunci kira-kira syarikat.

MAHATHIR'S NEW DILEMMA - NAJIB & ROSMAH: Malaysia's greatest risk - 1MDB

MAHATHIR'S NEW DILEMMA - NAJIB & ROSMAH: Malaysia's greatest risk - 1MDB
Prime Minister Najib Razak won a 'life-saving' but brief respite from his Umno party after unprecedented public fury at news that pilgrims fund Tabung Haji had been pressured into buying 1MDB land at grossly inflated prices.
Instead of making Najib account for the trail of 1MDB shenanigans, Umno leaders chose to close an eye and insist there was 'no proof' of wrongdoing. Perhaps the Umno supreme council had no choice but to save face for their president. But their naivete if not sheer stupidity in doing so only bolsters the public perception that Umno is a party led by corrupt crooks out to steal the people's money, especially the non-Malays'.
The shocking Tabung Haji deal has changed this equation. Malays are now not spared from Umno theft. Who - if not Najib - authorized the sale of Malay land to 1MDB at such a cheap price (reported to be RM64 per sq ft before it was resold to Tabung Haji at more than RM2,000 per sq ft).
Actually, Malays have always been the worst victims of pilferage by the Umno elite - they form the bulk of the poor people in the country despite 5 decades of affirmative action. But they chose to be duped by Umno's brand of racial and religious politicking.
And now to make matters worse for Najib and those seen to be complicit with his alleged wrongdoings, the international banks are losing confidence in 1MDB. The banks are bailing out, they want their money back.
So, what new excuses can Muhyiddin, Hishammudin, Shafie Apdal and Najib's other sycophants offer to cover up for him and themselves. Can they continue to play their two-faced game of speaking out against 1MDB this week and the next week, profess 'full support' for Najib?
Tied at the umbilical cord
1MDB and Najib are tied together at the umbilical cord, Najib created the sovereign fund. He is chairman of its highest governing committee - the advisory panel. He is also Finance Minister and 1MDB comes under the jurisdiction of his ministry. No major deal can go through without his okay.
Perhaps this is why Najib's chief critic Dr Mahathir Mohamad has stayed cool. All is not what it seems in Umno. Undercurrents lurk in this intrigue-filled party and these are dangerous for Najib and his brash wife Rosmah Mansor, rather for his critics. Sooner or later, when the timing is right, Najib will be dumped. Already Umno warlords have shown him a glimpse of what he can expect when he is no longer useful to them.
Indeed, the peppering Najib received in the wake of the Tabung Haji scandal and ahead of the Umno 69th anniversary is a real warning he should not forget if he is wise. For that is the real scenario, not the rent-a-crowd rally Sabah Umno organised to help him save face.
This is something that was bound to happen as Najib now stands isolated over the IMDB issue and it looks as if he has lost support of nearly all his staunchest allies as more questions are hurled at him to which few answers are forthcoming.
Najib seems to have painted himself into a corner with the 1MDB issue of losing RM42 billion since its inception six years ago. This is the hard earned money of tax payers and should rightfully go back to every Malaysian citizen.
But what has become a problem has evolved into a major crisis with the passing of months since the 1MDB issue was brought into the open by whistleblowers (who are now being persecuted) to prove beyond doubt the existence of cronyism and rampant and widespread corruption and other abuses.
Transparency International-Malaysia (TI-M) is questioning the practice of the prime minister holding a dual portfolio as the finance minister which dilutes the principle of check-and-balance within the cabinet.
TI-M says it is just no longer viable from the point of view of integrity, transparency and good governance to put such a portfolio with the prime minister. The organization strongly urged the government to discard this practice and appoint a separate and competent person.
Najib asked to resign

In the early stages of the 1MDB controversy Najib was asked to step down from the portfolio of finance minister. But now there are growing calls by Malaysia’s most powerful and influential persons that he resigns as prime minister.
Deputy Prime Minister, Muhyiddin Yassin has been increasing vocal and critical of Najib and said last week that the government’s failure to reply to the 1MDB issue was a key reason why BN lost the Permatang Pauh by-election.

TPP: Malaysia mesti tarik diri sekarang



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia supaya menarik diri daripada rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) memandangkan Senat Amerika Syarikat (AS) telah mengundi menentang pertimbangan kuasa Fast Track pada kali ini.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata Senat AS sepatutnya menjadi tempat di mana Fast Track atau Trade Promotion Authority dapat diluluskan dengan mudah.

Bagaimanapun, katanya Senat mengundi 52-45, kurang 60 undi yang diperlukan untuk memberi laluan kepada perbahasan berhubung kuasa perdagangan “Fast Track” untuk Obama.

Menurut beliau, hanya seorang ahli Senat Demokrat, menyokong langkah itu, walaupun White House berkempen untuk memenangi sokongan Demokratik.

Beliau menambah, perunding TPP dijadualkan bertemu untuk cuba memuktamadkan TPP di Guam minggu ini manakala Menteri negara yang sedang merundingkan TPP dijadualkan bertemu akhir Mei 2015.

Katanya lagi, kuasa Fast Track bermaksud mekanisma mudah bagi Kongres untuk mengundi berkenaan TPP sebaik ia dimuktamadkan, dan boleh mencegah pengubal undang-undang Amerika daripada meminda rundingan perdagangan tersebut.

Bantuan banjir Kelantan: UMNO@BN jangan main politik


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menggesa agar Kerajaan Persekutuan agar tidak bermain politik dalam urusan mangsa banjir di Kelantan.

Kata beliau, tindakan Kerajaan Pusat yang bermain politik dengan melambat-lambatkan pembinaan dan penempatan mangsa banjir merupakan tindakan tidak bermoral.

"Setelah  lima bulan banjir di Kelantan, Kerajaan Persekutuan sangat lembab menguruskan rumah mangsa banjir di sana.

"Kerajaan Persekutuan telah berjanji akan membangunkan 1,221 buah rumah mangsa banjir, malangnya setakat ini hanya 6 buah sahaja atau 0.5% yang telah disiapkan," katanya.

Tambah beliau, seolah-olah Kerajaan Persekutuan mempunyai maksud yang tersirat untuk melambat-lambatkan penyediaan rumah bangsa banjir.

"Pemuda PAS mendesak agar Kerajaan Persekutuan memberi penjelasan kepada rakyat  mengapa hanya 0.5% buah rumah banjir di Kelantan yang hanya dapat disiapkan.

"Terdapat 1,000 buah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kerajaan Persekutuan yang telah siap pada tahun 2013 di Gua Musang.

"Mangsa banjir di Gua Musang yang melibatkan  kemusnahan rumah adalah sebanyak 441 buah, namun sehingga sekarang belum ada sebarang penempatan dilakukan," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut mempersoalkan tindakan kerajaan melambat-lambatkan proses penempatan mangsa banjir di Gua Musang dan jika PPR terbabit telah dikhaskan kepada pihak lain tetapi keutamaan adalah untuk mangsa banjir.

Mat Sabu: PM bubar Parlimen, Pakatan menang

Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan rakyat umum, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Keyakinan beliau itu dibuat berdasarkan hasil pola pengundian dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompin.

"(Saya) yakin (menang), berdasarkan Permatang Pauh dan Rompin. Kami boleh mengambil alih Putrajaya kalau dibubarkan sekarang.

"Saya yakin, sebab di Permatang walaupun majoriti 8,800 undi, tapi peratus keluar mengundi kurang," katanya.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini, beliau yang lebih dikenali Mat Sabu, berkata isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pembelian sebidang tanah 1MDB oleh Tabung Haji turut menyumbang kejayaan Pakatan Rakyat.

"Kita akan bercakap (isu ini) sebab orang kampung 1MDB kurang faham, (tetapi) GST (mereka) faham, Tabung Haji lagi faham.

"(Isu) tabung haji, kalau keluar dua hari sebelum (pilihan raya) Permatang Pauh, saya ingat BN akan kalah teruk lagi. Jadi Najib, bersihkan nama kamu. Bubarkan parlimen," katanya.

Pada Selasa, Mat Sabu bersetuju dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Najib tidak perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri tetapi menggesa beliau membubarkan parlimen.

Beliau ditanya untuk mengulas kenyataan Hadi yang menyokong Najib supaya tidak memperdulikan permintaannya untuk meletakkan jawatan.

Ahmad Awang to take on Hadi for PAS no. 1 post

Yaman: Saudi Cabul Gencatan Senjata

Benarkan pelarian Rohingya mendarat, kata bekas menteri

UNHCR gusar Malaysia, Indonesia mahu halau pelarian

Rais syor Najib ajak Mahathir minum 'kopi pahit'

'Pakatan ambil alih Putrajaya jika Najib bubar Parlimen'

Apabila ‘pelindung’ bertukar menjadi pemangsa

oleh V Shuman
Apa yang akan anda lakukan apabila “pelindung” menjadi pemangsa?
Itulah penderitaan yang dialami dua wanita baru-baru ini, ketika mereka menjadi subjek ancaman seksual anggota polis.
The Star baru-baru ini melaporkan, seorang inspektor polis ditahan di Seremban berikutan dakwaan cubaan meminta seks.
Suspek ditahan bersama dua lagi, termasuk seorang pegawai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan, kerana meminta rasuah dan seks daripada seorang perempuan sebagai pertukaran membebaskan tiga rakannya yang dilokap.
Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan Shaharom Nizam Abd Manaf dilaporkan berkata, hal itu terdedah selepas dua daripada suspek pada mulanya ditahan oleh seorang pegawai kerana meminta rasuah berjumlah RM1,000 daripada seorang kawan kepada tiga tahanan lokap.
Insiden ini berlaku tidak lama selepas dakwaan Maisara Amira, 21 tahun yang beliau menerima ancaman rogol oleh seorang polis ketika soal siasat.
Maisara, satu-satunya perempuan di antara 23 anak muda yang ditahan selepas perhimpunan Hari Pekerja, mendakwa polis cawangan khas berpakaian preman itu turut mendakwa untuk merakam dan menjualnya.
Dalam satu sidang media, Maisara mendakwa polis itu berkata, “Kau nak aku rogol kau? Dalam bilik ini kau dengan aku je ada. Sebab bilik ini ada kamera dengan mic, kalau jual aku boleh kaya.”
Maisara membuat laporan polis Jumaat lalu dan turut meminta apa soal siasat terhadapnya selepas ini dijalankan di tempat lain selain IPD Dang Wangi, di mana dakwaan ungutan itu dilakukan.
Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dalam twitter mengesahkan bahawa kes itu akan dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK KL) dan enam kenyataan sudah diambil setakat ini.
Beliau juga meminta peguam Maisara, G Sivamalar untuk membawanya ke IPK KL secepat mungkin agar siasatan dapat dipercepatkan.

Kalaulah Ada Anwar Ibrahim ….

Oleh Abu Hassan Adam
Sejarah mungkin akan berulang. Hanya pisang yang tidak akan berbuah dua kali. Peristiwa sejarah silam mungkin berulang. Kalaupun tidak sama bentuknya, akan muncul pula dalam bentuk yang mirip-mirip sama. Teringat pula tentang suatu episod sejarah dalam zaman kerajaan Melayu Melaka yang perlu direnungi.
Kitab Sulalat-ap-Salatin (Sejarah Melayu) menceritakan kisah Hang Kasturi mengamuk ( bukan Hang Jebat sebagaimana yang ceritakan oleh setengah hikayat) menuntut bela atas kematian Hang Tuah yang diarah bunuh oleh Sultan Melaka kerana difitnah melakukan perkara sumbang diistana.

Selanjutnya kitab ‘Sulalat al-Salatin’ menceritakan, “ Pada zaman itu Hang Kasturi bukan barang-barang orang. Maka Sultan Mansur Shah pun mengenang Hang Tuah. Maka titah baginda,’ Sayangnya Si Tuah tiada. Jikalau Si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan kemaluanku.” Maka Seri Nara Diraja diam mendengar titah itu. Setelah dua tiga kali raja mengenang Hang Tuah, maka sembah Seri Nara Diraja, “Tuanku, pada pemandangan patik sangat behena Duli Yang Dipertuan mengenang Hang Tuah. Jikalau sekiranya ada Hang Tuah hidup, adakah ampun Yang Dipertuan akan dia?” Maka titah Sultan Mansur Syah, ‘ Adapun jikalau ada Si Tuah, jikalau seperti bukit sekalipun besar dosanya nescaya kita ampun juga. Pada bicara hati kita ada juga Si Tuah pada Seri Nara al-Diraja”
Saya terpanggil untuk ‘mempelawa’ para pembaca mengenang kemabli kisah zaman Kesultanan Melayu Melaka ini ekoran kenyataan Tun Dr. Mahathir dalam blognya yang menyatakan, “Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14” Maknanya Tun Mahathir sudah ‘berkerat rotan dan berpatah arang dengan DS Mohd Najib. Maknanya ‘perbalahan’ antara mereka berdua seolah-olah sudah tidak dapat dipulihkan semula.
Jadi Tun Mahathir mahu DS Najib diganti dengan segera. Tidak mudah menggugurkan DS Najib. Tambahan pula apabila beliau mengatakan bahawa beliau mendapat sokongan padu daripada ‘suku-sakat’ UMNO di seluruh negara. Itu kata dia. Dan tidak pula tugas aku untuk mengenalpasti betul tidaknya kenyataan DS Najib itu. Cuma yang aku difahamkan dengan kenyataan Tun Mahathir ialah bahawa DS Najib perlu diganti dengan orang lain.
Apabila dinyatakan bahawa DS Najib perlu diganti, maka perlulah dikenal pasti siapa yang akan menggantikan beliau. Sebagaimana biasa tentulah Timbalannya ia itu TS Muhyiddin Yassin. Dalam hal ini juga Tun Mahathir menyatakan kesangsiannya. “"Anda tahu, saya telah hilang kepercayaan pada orang. Sebelum mereka dilantik, mereka adalah orang yang paling bersih di dunia," katanya sambil menambah bahawa apabila mendapatkan kuasa, mereka berkelakuan tidak baik."Jadi, saya tak tahu," keluh Dr Mahathir ketika ditanya pendapat beliau mengenai Muhyiddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak” (petikan dari Malaysiakini 4 April 2015)
Oleh itu suasana politik di Malaysia kini kelihatan akan menjadi bertambah kusut. Rakyat mula tertanya-tanya siapakah yang paling layak menggantikan DS Najib. Rakyat Malaysia tentunya merasakan bahwa benarlah dalam UMNO kini amat berkurangan dengan pemimpin yang berkebolehan, sehingga tidak nampak ‘biji mata’ yang boleh menggantikan tempat DS Najib.

Majlis pelajar UIA kesal rektor mungkir janji sekat forum GST

Forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disekat pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) semalam kerana tekanan politik ekoran kehadiran Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, kata salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIA, Afiqah Zulkifli. Afiqah memberitahu The Malaysian Insider, rektor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin menarik balik kelulusan program itu selepas mendapat tahu penceramah yang hadir.

"Rektor memang suruh batalkan sebab speaker. Walaupun HEP (hal ehwal pelajar) beri pilihan suruh buat di luar kampus, mesej yang kami nak bawa adalah kebebasan akademik dalam kampus.

"Jadi buat apa nak bawa di luar kampus? Sebab itu, kami buat di dalam," katanya yang hanya dimaklumkan perkara tersebut pada Isnin jam 1 pagi. Afiqah berkata Zaleha mungkir janji kerana ketika mesyuarat MPP bersamanya pada 14 April, beliau membenarkan mereka menjemput ahli politik berucap sekiranya ada latar belakang akademik mengenai topik program. "Rektor cakap, (pembatalan) disebabkan tekanan politik, HEP pun ada cakap.

Tetapi rektor mungkir janji. "Baru-baru ini kami ada mesyuarat bulanan dengan rektor. Rektor janji yang kami dibenarkan bawa ahli politik kalau mereka ada autoriti untuk bercakap, ada latar belakang akademik mengenai perkara itu. Tajuk GST, rektor sendiri yang cadangkan," katanya dan menambah pihak Jabatan Kastam sepatutnya menghantar wakil berucap.

Beliau menambah, program itu pada asalnya dicadangkan di auditorium utama UIA, tetapi pihak penganjur membuat keputusan berpindah ke Human Science Square kerana lokasi asal tidak mendapat kelulusan pada saat akhir. Hari ini, Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata beliau hanya diberikan 10 minit berucap pada forum di universiti itu, sebelum pihak keselamatan merampas mikrofon.

TH-1MDB: Najib, terangkan pada semua bukan UMNO saja, kata Pas

Rakyat selaku penyumbang pendapatan kepada negara berhak diberikan penjelasan kerana krisis yang melanda 1MDB memberi kesan langsung kepada status kewangan negara .
Mohd-Khairuddin_najib_600PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menerangkan isu-isu yang dikaitkan dengannya terutama 1MDB di Parlimen bagi memulihkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin at-Takiri berkata, jika Najib boleh memberi perjelasan kepada Ketua-ketua UMNO Bahagian, maka wajar beliau juga membuat perjelasan di Parlimen untuk seluruh rakyat Malaysia.
Katanya, tindakan itu wajar kerana Najib merupakan Perdana Menteri untuk semua rakyat bukan untuk ahli UMNO sahaja.
“Kalaulah Najib melihat ada kewajaran memberikan penjelasan kepada Ketua-ketua UMNO Bahagian bagi memulihkan mandat UMNO terhadap beliau sebagai Presiden, maka bagi memulihkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri pula amat wajar sekali jika Najib menjelaskan isu ini di Parlimen,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, tidak dinafikan hak UMNO untuk memberikan penjelasan kepada ahlinya berkenaan isu-isu yang dikaitkan dengan Najib selaku Presiden parti.

Perdana Menteri tidak boleh mungkir janji

oleh Lim Chee Wee
Pada 15 September 2011, Perdana Menteri Najib Razak berjanji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Beliau membuatnya, dengan asas “paling utama, kerajaan akan sentiasa menjamin yang hak asasi mereka yang terlibat dijaga” dan “kuasa untuk meneruskan penahanan akan dipindah daripada eksekutif kepada kehakiman”.
Tidak sampai setahun kemudian pada 11 Julai 2012, Perdana Menteri juga berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan untuk mewujudkan negara “di mana prinsip hak asasi manusia ditegakkan, kebebasan individu untuk menyuarakan pandangan dialu-alukan, dan kepentingan individu dan masyarakan menjadi seimbang”.
Tetapi pada beberapa minggu lalu, Parlimen membentangkan tiga set undang-undang yang bertujuan untuk menghakis, kalaupun tidak menghapuskan, hak asasi dan kebebasan individu.
Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota)
Undang-undang ini bertujuan untuk mencegah arahan atau sokongan berkaitan aksi pengganas melibatkan organisasi pengganas luar negara. Ia diaktakan di bawah Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan, yang membenarkan undang-undang yang tidak konsisten dengan kebebasan asasi. Walaupun perlu diakui ancaman seumpama itu adalah nyata, persoalannya adalah apakah penawarnya, dan dimanakah terletaknya keseimbangan antara hak dan sekatan?
Berikut adalah kritikan terhadap Pota:
  • Tahanan di bawah Pota tiada hak untuk mendapat perbicaraan yang adil di hadapan kehakiman yang bebas. Ini bertentangan dengan prinsip tidak bersalah sebelum dibuktikan sebaliknya.
  • Kuasa untuk menahan telah dipindah daripada kehakiman kepada eksekutif, melalui Lembaga Pencegahan Keganasan yang dibantu oleh seorang pegawai inkuiri. Semakan kehakiman hanya terhad untuk hal-hal prosedur.
  • Tempoh penahanan boleh jadi tidak tentu, justeru menyebabkan tanggapan ISA sudah dikembalikan melalui bentuk lain walaupun dimasukkan larangan penahanan/penangkapan hanya kerana kegiatan dan pegangan politik
  • Sudah wujud perundangan berhubung keganasan, iaitu Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas). Kesalahan keganasan boleh ditangani melalui penggunaan undang-undang jenayah sedia ada. Antaranya Bahagian VIA Kanun Keseksaan untuk kesalahan keganasan dan berkaitan keganasan, di mana takrifannya termasuk “tindakan atau ancaman tinakan di dalam atau di luar Malaysia”.
  • Menteri Dalam Negeri menyimpulkan memang wujud kelemahan dalam Pota. Pastinya ia perlu ditangani terlebih dulu.
Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015

Najib minta selesai kes ADUN UMNO muflis di luar mahkamah

Arahan PM disampaikan dalam surat yang ditanda tangan Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
adun-lenggeng
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta supaya kes muflis membabitkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail diselesaikan diluar mahkamah.
Arahan itu disampaikan dalam surat yang ditanda tangan Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
“Adalah dimaklumkan bahawa kes ini telah dibawa kepada pengetahuan Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
“Oleh yang demikian, saya telah diarahkan Y.A.B Perdana Menteri supaya Y.B Datuk dapat menyelesaikan segera perkara ini secara aman di luar mahkamah dengan kadar segera”, katanya dalam surat yang bertarikh 13 Mei 2015.
Ishak, 64, yang mewakili Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Seremban, Mac lalu.
Mengulas mengenai pengisytiharan itu, beliau memaklumkan akan mengemukakan rayuan di mahkamah yang sama pada Khamis.

Kekal dalam PR bukan kerana undi Cina - Tuan Ibrahim

Menurut Tuan Ibrahim tidak menyertai Pakatan Rakyat semata-mata untuk mendapat undi orang Cina
tuan-ibrahim cina
PETALING JAYA: Pas menyangkal dakwaan terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) semata-mata ingin mendapat undi daripada kaum Cina.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan sebegitu sebagai berniat jahat.
“Pakatan Rakyat bukan berjuang untuk mana-mana kaum sahaja dan Pas tidak menyertai Pakatan Rakyat semata-mata untuk undi orang Cina.
“Pakatan Rakyat adalah medan bersama Pas, DAP dan PKR untuk membela rakyat dan melawan kezaliman UMNO-BN. Perlu ditegaskan sekali ini, Pas tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk keluar dari PR,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Jelasnya, tindakan mencabuli dasar sekutu dalam PR akan melemahkan kerjasama yang terjalin antara satu sama lain.
“Kepelbagaian ideologi dan dasar parti di dalam Pakatan Rakyat juga harus dijadikan sumber kekuatan dan bukannya api perpecahan,” katanya.
Malah Pas mengakui kejayaan PR meruntuhkan kubu kuat BN hasil sokongan pengundi Cina dan India yang berdiri teguh di belakang DAP serta hasil sokongan itu turut di nikmati PKR dan Pas.

Pas keluar PR jika kumpulan liberal kalah

Pas akan menjadi ekstremis dan mengubah senario politik negara menjadikan UMNO/BN terus kekal berkuasa
Khalid Samad,keluar liberal
PETALING JAYA: Pas akan ‘berwajah baru’ dan lebih ekstremis sekiranya calon yang dilabelkan golongan liberal kalah dalam pemilihan parti pada Jun ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, Pas berwajah baru itu akan lebih mirip kepada Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA yang ekstremis.
Katanya, jika kekalahan itu berlaku, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat dan senario politik negara ini akan berubah.
“UMNO/BN yang ketika ini bagaikan telur di hujung tanduk, akan mendapat talian hayat yang baru. Ini kerana ketiadaan saff (barisan) yang bersatu untuk menentangnya.
“Hasil usaha yang bersikap ‘ekstrimis’, UMNO/BN akan kekal berkuasa. Sedangkan ia lebih sukar untuk Pas berkembang di bawah BN kerana disekat dari setiap pelusuk dan yang berlaku sebaliknya di bawah PR,” kata Khalid dalam blognya, khalidsamad.com
Atas sebab itu, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, golongan yang dilabel liberal mahu mempertahankan Pas bukan kerana janji kepada PKR atau DAP tetapi untuk memperkukuhkan Pas melalui PR yang diperkukuhkan.

Hidup mewah pegawai menteri jadi perhatian SPRM...

Susulan operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sarawak, seorang pemimpin Umno bahagian mahu suruhanjaya itu menyiasat juga pembantu-pembantu kepada menteri parti itu.

Enggan namanya disebut, beliau memberitahu Malaysiakini terdapat setengah setiausaha politik dan setiausaha akhbar hidup melebihi kemampuan.

“Mana mereka dapat pendapatan untuk hidup mewah macam itu. Apa punca pendapatan lain mereka,” katanya sambil membangkitkan soal habuan selepas menyusun pertemuan pihak tertentu dengan majikan mereka.

“Mereka ada rumah besar, yang saya rasa mereka tak mampu beli dengan gaji diterima.”

Beliau malah menamakan beberapa pihak yang disyaki.

Sumber itu juga berkata pihak itu termasuk setiausaha-setiausaha di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Monsoon Cup: Kerajaan Pusat khianati rakyat Terengganu – Mat Said

Bekas Menteri Besar Terengganu mendakwa lebih RM1 bilion wang rakyat telah digunakan untuk Monsoon Cup.
Datuk-Seri-Ahmad-Said
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan wang rakyat telah digunakan bagi menjayakan Monsoon Cup.
Dalam pendedahan terbarunya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal menyifatkan perbuatan itu sebagai mengkhianati rakyat Terengganu.
Katanya, projek Monsoon Cup yang diperkenalkan ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar telah menelan belanja sehingga RM1 bilion bagi memenuhi piawaian pertandingan dengan menyediakan prasarana yang dikehendaki.
Katanya, perbelanjaan itu tidak membawa sebarang keuntungan sebaliknya kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian dengan penganjuran Monsoon Cup walaupun ia diuar-uarkan sebagai sebuah acara yang berprestij.
“Hampir RM1 bilion digunakan untuk membina segala kemudahan untuk persiapan Monsoon Cup. Termasuk menggali kuala Sungai Terengganu yang menelan belanja lebih daripada RM500 juta.
“Membina hotel-hotel, Riyaz yang tidak sempurna yang hari ini kita tanggung pembaikiannya begitu besar. Hampir RM 1 bilion keseluruhannya (projek Monsoon Cup). Tapi akhirnya projek ini dialihkan ke Johor,” katanya.
Ahmad berkata, beliau terpaksa menghadapi risiko apabila menentang perkara itu kerana merasakan seolah-olah Terengganu sentiasa dianaktirikan.