Rabu, 13 Mei 2015

Pergelutan dalam forum GST di UIA

Pergelutan kecil berlaku di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas pihak keselamatan kampus merampas pembesar suara daripada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ketika beliau sedang berucap.

Kejadian berlaku semasa forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Rafizi diundang berucap dalam majlis itu.

Selepas tindakan itu, mahasiswa menyerbu pihak keselamatan dan cuba berhujah dengan mereka sebelum berlaku tolak menolak.

Selepas beberapa kali ditenteramkan, presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA Hanif Mahpa membatalkan acara itu.

“Jika kami teruskan forum, kami akan hadapi tekanan daripada pihak keselamatan, yang kami rasa tidak perlu,” katanya.

Seramai 300 orang menghadiri acara itu.

Ujian sebenar Najib di Dewan Rakyat, pilihan raya

Dewan Rakyat
SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan, platform ujian sebenar untuk tentukan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sokongan adalah menerusi undi tidak percaya di Dewan Rakyat ataupun melalui pilihan raya umum.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, Najib tidak akan berundur meskipun menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, desakan dan tekanan sedemikian hanya akan menyebabkan gangguan dalam urusan pentadbiran negara.

“Saya tidak fikir mendesak seseorang untuk turun pada ketika ini sesuatu yang baik. Ujian dan platform perlu diberi kepada beliau untuk diuji. Satu di Dewan Rakyat dan kedua di pilihan raya. Dalam keadaan sekarang, saya fikir, kalau ini terus-terusan desakan dibuat, ini boleh menjejaskan pentadbiran dan tumpuan beliau.

“Kecualilah memang ada desakan kuat dari dalam Umno sendiri. Kita lihat sekarang, tidak ada desakan sebaliknya sokongan. Majlis Tertinggi Umno, ketua bahagian dan sebagainya memberi sokongan,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata, tidak ada mana-mana perdana menteri bersedia untuk berundur selagi masih berkuasa, walaupun didesak mana-mana pihak.

“Seorang perdana menteri akan cuba mempertahankan kuasa dan kedudukannya dengan cara apa pun, walaupun menghadapi tekanan dari luar termasuk daripada Tun Mahathir,” katanya.

SEKALI LAGI.. Korang DAH KENE KENCING SAMA menteri Berbuih..


YANG TERSURAT.. "tambah nilai prabayar yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan"

YANG TERSIRAT.. "Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan ataupun usage-based"

Maknanya, klu korang tak mahu dikenakan GST beli topup lps tu jgn guna.. Mmg xder GST.. Klu korang guna, GST akan dikenakan.. Ini namanya dah gila..

Nasibla jadi rakyat M'sia, HARI-HARI KENA KENCING DENGAN KERAjaan UMNO/BN...

REALITI & HAKIKATNYA... negeri Sabah adalah negeri PALING MISKIN di M'sia wpon negeri Sabah antara negeri penyumbang terbesar pendapatan dalam negara...


KE MANA HASILNYA kemewahan bumi di Sabah pergi ??? Masuk kat kantong SIAPA !!!

Bukan salah Najib & BN... TETAPI TANGAN2 PENGUNDI DI SABAH YANG PILIH BN 
Emotikon like
... Kalau masih tak sedar2 lagi tak tahulah..

SENDIRI PANGKAH BN, SENDIRI TANGGUNG !!!!

1MDB enggan ulas, anggap pinjaman RM3.6 bilion ‘perkara sulit’

1Malaysia Development Berhad (1MDB) enggan memberi sebarang komen mengenai status pinjaman AS$975 juta (RM3.6 billion) daripada konsortium 6 bank luar negara, dengan memberi alasan ia merupakan "perkara perbankan sulit".

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dalam jawapan balas emel kepada The Malaysian Insider tentang persoalan tersebut, bagaimanapun, memberi jaminan maklumat selanjutnya akan diberi apabila mereka berupaya melakukannya.

"Kami sedar tentang laporan media dan kenyataan berhubung pinjaman yang diambil 1MDB pada September 2014. Walaupun kami ingin memberi maklum balas terperinci, ia berkait dengan perkara perbankan yang sulit, menghalang kami daripada memberi komen tentangnya buat masa ini. Bagaimanapun, kami berniat mengumumkan kepada pasaran sebaik kami boleh lakukannya," katanya.

Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Bank mula "gelisah" dan mahu syarikat itu menyelesaikan hutangnya. Ini kerana pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.

Akhbar perniagaan itu memetik sumber berkata dokumen cagaran Brazen Sky didakwa "tidak lengkap" kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos. "Apa yang pada awalnya dianggap sebuah pinjaman yang bersandarkan cagaran yang amat ketat kini membimbangkan bank," kata sumber dipetik akhbar itu.

Kak Wan perlu bangkit untuk menyelamatkan Pakatan daripada hancur

oleh Alyaa Alhadjri
Dengan kemenangan di Permatang Pauh dan kini kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang sudah disahkan, semuanya masih tidak kena. Walaupun dia sudah ada, malah Dr Wan Azizah Wan Ismail yang hebat atau Kak Wan iaitu gelaran mesranya, bukanlah penyelesaian kepada masalah Pakatan.
Dia mengakui menjadi pemangku, penyuluh cahaya, patung dan sudah tentu, seorang nenek.
Tetapi untuk majoriti pengundi Permatang Pauh,  tidak banyak yang boleh mengubah sokongan mereka kepada Presiden PKR, suaminya Anwar Ibrahim dan seluruh keluarganya.
Bukan janji pembangunan oleh Barisan Nasional (BN) ataupun perkongsian wakil rakyat mereka dengan penduduk Kajang.
Masuk ke dalam dewan Yayasan Aman di Permatang Pauh pada 7 Mei, kita akan dapat merasai jangkaan menggunung yang berada di sekeliling.
Ketika undi hampir sama untuk Wan Azizah dalam pertarungan menentang calon Umno Shuhaimie Shahbudin dan dua calon lain, khalayak lebih daripada 100 orang penyokong tidak berkelip mata memandang angka-angka yang berubah yang dipancarkan di skrin.
“Buat suspense je...macam tengok boxing,” luah seorang penyokong, mungkin masih tenggelam dalam pertarungan lagenda tinju Floyd Mayweather Jr. dan Manny Pacquiao.

Pernah satu ketika, nampaknya Shuhaimie mendahului Wan Azizah dalam pertarungan empat penjuru itu yang mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 73.7 peratus, turun berbanding 88.2 peratus dalam pilihanraya umum lepas.
Tetapi sudah tentu, seperti dijangka, dia akhirnya mempertahankan kerusi itu dan menerima 30,316 undi berbanding Shuhaimie 21,475 undi untuk majoriti 8,841.
Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh mungkin “seperti dijangka” oleh pemerhati politik tetapi penyokong Pakatan ketika itu tidak yakin sepenuhnya, selepas hari mengundi dipenuhi dengan dakwaan pengundi hantu dan ‘pergaduhan kecil’ di kawasan pilihanraya.

Ayuh anak muda sertai kempen Selamatkan Tabung Haji

1MDB
Dengan perkembangan semasa berkenaan kepincangan pengurusan 1MDB sehingga melibatkan wang amanah Tabung Haji, saya sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang Muslim yang mencarum di tabung berkenaan terkesan untuk memanggil anak muda yang turut mengambil berat perihal yang membimbangkan ini untuk berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Tabung Haji Kuala Lumpur selepas solat Jumaat minggu ini dan menyokong kempen Selamatkan Tabung Haji.
Tindakan kerajaan Umno-BN untuk menyentuh duit hasil penat lelah masyarakat Islam Malaysia bagi membayar hutang 1MDB. Adakah rakyat Malaysia patut bertanggungjawab di atas kerakusan kerajaan Umno-BN? Sudah tentu tidak. Sama ada pembelian tanah, mahupun pembelian hutang 1MDB, isunya di sini adalah sebuah kerajaan yang tidak mengambil kira amanah dan kepentingan awam.
Apatah lagi, wang yang digunakan merupakan wang amanah untuk menunaikan salah satu rukun Islam. Apakah pimpinan Umno yang sedia maklum semuanya terdiri daripada orang Islam tidak yang bersusah payah menabung merasakan perkara ini sudah melampau?
Saya percaya perkara ini telah membuka mata setiap pelusuk rakyat Malaysia, terutamanya anak muda, dan saya kira tindakan melampau ini haruslah dibantah sekeras-kerasnya.
Justeru sekali lagi saya ingin menjemput golongan anak muda untuk bersama AMK dan peserta kempen Selamatkan Tabung Haji di Ibu Pejabat Tabung Haji Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur Jumaat ini 15 Mei selepas solat Jumaat bagi menyuarakan bantahan terhadap kerakusan Kerajaan Umno-BN.
Mari bangkit anak muda! Kita lawan penyelewengan dan kerakusan Umno-BN!

Nik Nazmi Nik Ahmad
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Najib Dan UMNO Jangan Jadi Bacul, Berdepanlah Dengan Tun Dr Mahathir !

SYABAS TV3!!! Taktik lapuk TV3 sebagai agen kepada puak mungkar untuk tutup segala skandal yang melanda negara masakini.dengan menyerang untuk memfitnah Tun Dr Mahathir akan buatkan kepimpinan DS Najib cepat jatuh!!!

Saya sarankan agar TV3 melipatgandakan lagi daya-usaha untuk memfitnah Tun Dr Mahathir agar ianya akan menjadi 'catalyst' untuk PM tumbang secara secepat yang mungkin.

Keseluruhan rakyat jelata di peringkat akar umbi semakin menyampah dengan kepimpinan DS Najib yang diselubungi dengan pelbagai skandal kewangan yang bakal meruntuhkan ekonomi negara seandainya tidak dibendung secara tuntas dan proaktif

DS Najib kini sedang berada di ambang kejatuhannya!! Walaupun kaki-kaki bodek minda lemah bertungkus-lumus untuk menegakkan benang yang basah ke arah mempertahankan DS Najib namun pada pandangan saya, segalanya agak terlambat kerana rakyat masakini amat bijak menilai mutu kepimpinan negara.

Saya juga secara ikhlas ingin sarankan kepada DS Najib untuk jadi anak jantan sikit!!

Najib selama ini tidak pernah menjawab soalan-soalan salah tadbir syarikat 1mdb secara bernas, berfakta dan komprehensif.

Saya hairan dengan sikap segelintir kaki-kaki bodek dalam MKT UMNO yang mengatakan mereka puas hati dengan penjelasan DS Najib. Puas hati apa?? Apa yang DS Najib telah jelaskan mengenai skandal 1mdb tersebut??

Sebenarnya, cukup senang untuk kita selesaikan permasalahan tidak puas hati rakyat terhadap kes 1mdb, Tabung Haji, Felda Global Ventures, KWAP dan beberapa lagi agensi GLC yang dipergunakan untuk selamatkan survival 1mdb.

Di sini saya ingin cadangkan kepada Puad Zarkashi agar anjurkan satu majlis debat di antara Tun Dr Mahathir dan DS Najib untuk terangkan kepada keseluruhan rakyat jelata secara terperinci mahupun jelas akan pendirian kedua-dua tokoh ini secara siaran terus menerus ke seluruh negara.

Biar rakyat yang hakimi akan kedudukan sebenarnya.

Sampaikan kekayaan sumber hasil bumi rakyat pon hampir2 nak dibalunnya..

 Tau la ada hutang sebanyak RM42,000,000,000 (42 bilion ringgit) tu...
LAGI LAMA NAJIB TERUS KEKAL JADI PM, LAGI BANYAKLAH KEBOBROKAN KAMU AKAN TERBUKA SATU-PERSATU KELAK..

UMNO dan BOHONG Berpisah Tiada...


Rupa2nya indah khabar dari rupa. Pemimpin melayuUMNO mmg syok sendiri, Tidak Berpijak Di Bumi Yang Nyata... bila mengatakan sistem pendidikan M'sia antara yang terbaik di dunia, lebih baik berbanding negara maju di dunia spt Amerika Syarikat, Britain mahupun Jerman..

HAKIKATNYA... anda lihatlah sendiri skrg..
SIAPA pembohong & kaki ampu KERAjaan selama ini..

Kena Kencing Lagi: Caj GST prabayar ada, tapi bayar bila guna

Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dikenakan ketika menambah nilai prabayar telefon, cukai itu akan tetap dikenakan berdasar penggunaan.

“Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan ataupun usage-based.

“Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Bagaimanapun, katanya, walaupun lebih kos dikenakan, faedahnya akan dikembalikan kepada rakyat melalui penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.

“Kaedah ini saya anggap menang-menang kepada semua pihak,” katanya dalam sidang media di kementerian itu di Putrajaya.

“Pertama kerajaan masih dapat kutip GST untuk dikembalikan pada rakyat. Ini tanggungjawab syarikat telekomunikasi memastikan pembangunan infrastruktur (meningkatkan kualiti perkhidmatan telco), kerajaan boleh tambah perkhidmatan lain.”

'Tak guna murah kalau tiada 3G'

Tambahnya tidak ada guna sekiranya rakyat menginginkan perkhidmatan atau barangan yang murah tetapi tidak berkualiti.

“Apa guna murah tetapi panggilan putus tidak ada 3G tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya.

Adakah negara kini dipandu ‘auto-pilot’, atau memang tidak terkawal lagi?

oleh Aziz Bari

Jika berpandukan Perlembagaan, badan pembuat keputusan tertinggi di negara ini adalah Kabinet.

Sama seperti negeri di mana kuasa ada pada barisan exco. Dan badan ini perlu menjawab kepada – dan memang berada di bawah – Dewan; sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Bukan kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja atau Yang di-Pertua Negeri. Institusi lain, termasuk kehakiman dan perkhidmatan awam hanya untuk menjalankan rutin. Isu kritikal dan penting perlu dikendalikan oleh politikus yang diundi, kerana mereka sahaja yang boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan (dan kegagalan bertindak) mereka.

Penjawat awam, termasuk anggota polis dan tentera, tidak boleh mengambil alih peranan itu. Keadaan Perdana Menteri Najib Razak tidak bertambah baik dalam beberapa minggu ini. Malah beliau nampaknya semakin dihanyutkan masalah, dengan ‘twist’ terbaru dakwaan ‘bail-out’ 1MDB yang melibatkan Tabung Haji.

 Penggunaan wang Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB jelas telah menyebabkan timbalannya Muhyiddin Yassin berani untuk bercakap dengan nada berbeza. Apatah lagi beliau sebelum ini menyalahkan GST – satu lagi dasar yang menunjukkan perbezaannya dengan Najib – ke atas kemerosotan majoriti BN dalam PRK Rompin.

Beliau juga menyatakan hal sama berhubung kekalahan di Permatang Pauh. Lebih memburukkan keadaan Najib, sepupunya dan naib presiden Umno, Hishamuddin Hussein juga telah ‘meninggalkan kapal’ selepas menggesa audit antarabangsa ke atas 1MDB.

Ia menunjukkan Menteri Pertahanan itu tidak yakin dengan Jabatan Audit Negara, yang sebelum ini dikecam setiausaha agung PKR Rafizi Ramli kerana terlalu lembap. Hishamuddin yang membidas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dua minggu lalu, nampaknya telah menyertai Muhyiddin dan Shafie Apdal, seorang lagi naib presiden Umno.

Sementara Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin juga telah menjarakkan diri daripada Najib apabila mencadangkan urusniaga Tabung Haji dengan 1MDB dibatalkan. Sementara itu, Mahathir dilaporkan telah merancang satu pertemuan dengan Sirul Azhar di Australia.

Pemimpin Umno gesa 1MDB jangan membisu isu tuntutan hutang RM3.4 bilion

1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menerima tekanan berhubung kedudukan kewangannya apabila Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) menggesa pengurusan syarikat itu menjawab segera laporan media ia perlu segera membayar balik AS$975 juta (RM3.52 bilion) kepada 6 bank.

 "Saya menggesa pengurusan 1MDB menjawab dahulu isu yang dilaporkan oleh pihak media ini.

"Tempoh mutakhir ini bukan waktunya untuk 1MDB berdiam diri dan membisu.

"Tidak ada istilah 'elegant silence' dalam isu seperti ini," kata Reezal dalam kenyataannya. Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Ban kini menuntut 1MDB menjelaskan hutang RM3.52 bilion, 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.

 Ia berikutan pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.

Reezal berkata kelewatan 1MDB dalam menjawab isu yang dilontarkan terhadap mereka merupakan sesuatu yang "sangat tidak bertanggungjawab".

 "Saya cukup yakin, sebagai kumpulan 'profesional', pengurusan kanan 1MDB ada jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini.

Bagaimana 1MDB mahu selesai hutang RM3.6 bilion?

SHAH ALAM, 13 MEI : PKR menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjelaskan bagaimana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh menjelaskan pinjaman enam bank antarabangsa selepas melanggar syarat.
Susulan pendedahan akhbar perniagaan, Business Times Singapura hari ini melaporkan, enam bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa 1MDB menyelesaikan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) empat bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata pendedahan terbaru itu juga mengesahkan dakwaannya semalam mengatakan hutang RM3.6 bilion itu diambil dengan memberi cagaran.
“Laporan akhbar Business Times pada hari ini mengesahkan pendedahan saya semalam hutang RM3.6 bilion ini diambil dengan memberi cagaran simpanan dana AS$1.1 bilion yang kononnya disimpan oleh 1MDB di Bank BSI di Singapura.
“Oleh kerana laporan terkini menyebut dana AS$1.1 bilion ini mungkin tidak wujud, ia mewujudkan keadaan panik di kalangan 6 bank antarabangsa tersebut yang bimbang 1MDB tidak boleh membayar hutang RM3.6 bilion itu,” katanya dalam kenyataan media.
Rafizi mendakwa, sekiranya 1MDB gagal menjelaskan tuntutan hutang daripada enam bank itu, ia bermakna syarikat terbabit juga gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi semua RM42 bilion hutang dimilikinya.

Selepas PNB nafi, siapa sebenar beli Sukuk 1MDB?

Bandar Malaysia
KUALA LUMPUR: Dua hari lepas, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengaku membeli sukuk Bandar Malaysia terbitan 1MDB sebanyak RM920.8 juta pada Februari 2014.

Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menafikan dakwaan ia terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM1.5 bilion.

"Jadi, siapa sebenarnya membeli sukuk 1MDB atau dalam erti kata meminjam duit kepada 1MDB? Apakah ia satu lagi badan berkanun kerajaan atau pihak asing?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun, kata beliau persoalannya mudah ialah di manakah duit RM1.5 bilion ini hasil jualan sukuk ini sekarang.

Begitu juga, ujar beliau dengan duit hutang RM3.5 bilion yang dipinjam daripada enam bank yang diketuai Deutsche Bank.

"Di manakah duit RM3.5 bilion ini sekarang?" soalnya lagi.

Beliau juga mempersoalkan apakah status suntikan oleh Putrajaya dalam bentuk 'standby credit' RM950 juta ke dalam 1MDB yang diperakui Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Mac 2015? Di manakah duit RM950 juta itu sekarang?

"Bagaimana pula dengan duit untung RM188 juta yang diperolehi daripada penjualan tanah TRX kepada TH baru-baru ini?
"Di manakah duit ini sekarang?" tanya Tuan Ibrahim.

Akaun RM4 juta menteri muda BN S'wak dibeku

Seorang menteri muda Sarawak disiasat berhubung aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan kerajaan Baitul Makmur II bernilai lebih RM250 juta.

“Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik menteri muda tersebut telah dibekukan, ” kata pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohamad Jamidan Abdullah .

Dalam kenyataannya hari ini, Jamidan juga berkata seorang peniaga 50-an turut disiasat.

Dia merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan 16 tingkat tersebut.

“Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya.

Jamidan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu-individu yang disiasat itu.

'MASLAN 3.85 EXTENDED VERSION'..

JANGAN RISAU, muat turun game ini telah DIKECUALIKAN CUKAI GST oleh KERAjaan M'sia..

KENAPA 'DAM' DIBENCI begitu sekali...


Apa salah DAM sehingga dibenci..

Tanpa DAM, arena poltik akan jadi hambar, sunyi sepi gelak tawa rakyat mengenangkan bibirnya kluarkan kata2 keramat GST..

ADAKAH pilihanraya kecil bakal diadakan setelah jelas kemerosotan undi BN yg begitu ketara akibat penolakan rakyat ???


Jika PRK DUN Lenggeng ini diadakan, KERAjaan BN ada duit lagi ka nak buat PRK ini...

Ooops terlupa , sbyk RM1.3 BILION duit2 GST berjaya dikutip sehingga 30 April lps..

JANGAN LUPA, jika PRK diadakan pasti JANJI BN pd rakyat HARGA MINYAK AKAN KEKAL... HA!! HA!! HA!!

Jittery German-led banks may recall 1MBD loan

Reports say the syndicate wants to recover the loan amount even before it falls due in less than four months time.
Deutsche Bank
KUALA LUMPUR: Deutsche Bank, which led other banks in giving out a USD975 million loan to 1Malaysia Development Berhad (1MDB), has been forced to follow usual industry procedures and take steps to recover the amount even before settlement is due in less than four months’ time, according to sources quoted by the media.
The loan has purportedly been secured through 1MDB’s wholly owned Brazen Sky’s USD1.103 billion reportedly kept at Swiss private bank BSI Singapore. Other reports say the money is not in the form of cash but paper assets whose real value was difficult to determine.
Five Gulf banks, including Abu Dhabi Commercial Bank, are part of the syndicate which provided the loan guaranteed by the Malaysian Government.
1MDB apparently used the loan to pay Abu Dhabi’s International Petroleum Investment Company (IPIC) to terminate an option to subscribe for the future listing of 1MDB’s power asset, Edra Energy. There’s no indication when the listing would take place.
It’s standard industry practice among banks to recover loan amounts from borrowers when they get jittery over their status and/or face the risk of the monies going sour.
Besides, some sources say in a surprising take, the “securitization document” has been found “incomplete”, rendering one of the covenants not fulfilled. That automatically triggers a process whereby the loan has to be recalled. “It appears that the loan was not tightly collateralized as previously thought and that’s making the banks nervous,” said one source familiar with such documentation.

EU delegation asks to visit Anwar in jail

The Asean Parliamentarians for Human Rights have also started an international signature campaign for Anwar’s release.
anwar,EU,TAHR
KUALA LUMPUR: The European Union (EU) will bring up jailed politician Anwar Ibrahim’s sodomy case in all high-level meetings with the Malaysian Government.
This, according to PKR international bureau chief Gooi Hsiao Leung, follows a motion filed in the European Parliament by the Liberal International (LI), a federation of liberal and progressive democratic parties. “The motion asks the European Parliament, through the High Representative for Foreign Policy, on what steps will be taken to ensure Anwar’s release.”
Gooi disclosed that a LI delegation will be in Malaysia in July and have expressed a wish to visit Anwar in jail.
“The Asean Parliamentarians for Human Rights have also started an international signature campaign for Anwar’s release.”
Anwar was jailed on February 10 for five years after the Federal Court found no reason to interfere with an earlier Court of Appeal decision to set aside a High Court acquittal and convict him on a charge of sodomy.
Anwar’s family subsequently filed a Petition for Pardon with the Agong but it was not accepted this time. He can refile the Petition.

Wan Azizah is new Opposition Leader

Azmin Ali says Pakatan Rakyat will officially nominate the MP for Permatang Pauh when Parliament reconvenes Monday.
wan-azizah
SHAH ALAM: Wan Azizah Wan Ismail, the just-elected MP for Permatang Pauh will be the Opposition Leader for Pakatan Rakyat.
The announcement was made by PKR Deputy President Azmin Ali.
He also said that coalition partners DAP and PAS were in agreement with the appointment.
“It is agreed that we will nominate her to the position when Parliament reconvenes Monday,” he told the media today.

MH179: Bukti kerajaan perlu haram arak dalam pesawat

Hidangan minuman keras arak dalam pesawat tidak menguntungkan syarikat penerbangan dan kebanyakkan penumpang tidak suka penumpang mabuk.
mas, haram, arak
PETALING JAYA: Kejadian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa berpatah balik kerana tindakan seorang penumpang mengamuk kerana tidak dihidangkan minuman keras membuktikan sudah tiba masanya kerajaan hentikan menghidang arak kepada penumpang.
Gesaan itu dibuat oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang berpendapat minuman keras amat membahaya dihidangkan dalam semua penerbangan domestik dan antarabangsa.
“Kami sekali lagi menegaskan hidangan arak dalam pesawat atas permintaan penumpang bukan menguntungkan syarikat penerbangan kerana kebanyakkan penumpang tidak kira warga negara tidak suka penumpang yang berpotensi mabuk dalam pesawat.
“Penumpang mabuk boleh membahayakan pesawat kerana tindakan tidak diduga boleh berlaku. Tidak dapat kita membayangkan jika pesawat berkenaan tidak berjaya dikawal kerana penumpang yang mabuk,” katanya dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini, pesawat MH179 dalam perjalanan ke Colombo terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas anak kapal tidak berjaya mengawal tindakan seorang penumpang yang mengamuk kerana permintaannya untuk dihidangkan minuman keras tidak dilayan.

Skandal 1MDB RM42 Bilion : Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Untuk 1MDB Buat Hutang? Najib Razak Sila Jawab!

Nampaknya sekarang ini acapkali rakyat Malaysia disajikan dengan kejutan terutamanya melibatkan skandal 1MDB, skandal terbesar dalam sejarah negara melihatkan tanggungan hutang sejumlah RM42 bilion.
Langsung dari utara (negeri Terengganu), bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad said tampil di dewan undangan negari Terengganu membongkar apa sebenarnya yang berlaku di awal penubuhan 1MDB sebelum ini :
Skandal 1MDB

Kronologi Skandal 1MDB : Hampir Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu?

  • 1MDb asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA)
  • Permulaan modal berbayar TIA kerajaan Terengganu yang sediakan sejumlah RM1 juta
  • Kemudian ditubuhkan 1MDB selepas Terengganu menarik diri
  • 1MDB pernah mahu cagar hasil minyak dan gas Terengganu. Sampai begitu sekali? Dahsyat!!!
  • Walaubagaimanapun kerajaan Terengganu bertindak membatalkan urusan tersebut
  • Perdana Menteri Najib Razak marah dengan tindakan Ahmad said
  • Natijahnya, di situlah bibit-bibit awal Ahmad Said diberikan masa dan ditunjukkan jalan keluar (letak jawatan)
  • Dan, hari ini Ahmad Said bersedia tampil membongkar lebih banyak isu berkaitan skandal 1MDB Malaysia selepas ini
Pada pengamatan Berita Semasa 1MDB ini menggunakan konsep “leveraging” iaitu dengan meminjam dan hasil pinjaman dibuat pelaburan (konsep “used other people’s money; Robert Kiosaki, “millionaires Next Door).
  • “End game”, model perniagaan ini sepatutnya memberi pulangan segera kepada “Sang Penciptanya” dalam bentuk komisen (_________ & _____________), kerajaan
  • Malaysia mendapat “easy capital” untuk pembangunan hartanah dan infrastruktur serta berjaya menjadikan Malaysia pusat pasaran Modal dan kewangan dunia sekaligus mengatasi Singapura mahupun London.
  • Tetapi sayang, cerita Mat Jenin sudah lama berlalu dan kita sudah dengar sebelum ini dan juga permainan Skim Pak Man telo, ada ahlinya panjat pokok kutip daun katanya itu duit.
Samalah juga dengan 1MDB nanti. Tetapi mangsanya disini adalah rakyat marhaen di Malaysia kelak.

GST: Semakin ramai tidak puas hati termasuk BN



KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu jelas satu dasar yang silap oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Justeru, katanya ‘kajian teliti’ yang dibuat kerajaan hanyalah sekadar pembohongan.

Menurutnya, ini kerana semakin ramai dari kalangan pimpinan Umno BN dan jabatan-jabatan kerajaan sendiri menuntut agar GST dibatalkan atau dikecualikan.

Tambah Steven, fenomena itu menunjukkan perjuangan Pakatan Rakyat membantah GST sejak diumumkan untuk dilaksanakan pada 2009 adalah bertepatan dengan kehendak rakyat.

“Walaupun baru sebulan lebih GST dilaksanakan, kita sekarang sudah dengar suara-suara yang kuat membantah dan bukan sahaja dari Pakatan, bahkan dari pihak lain," ujarnya dipetik Roketkini.

Katanya, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris dari Umno juga mengadu mengenai GST yang menjadi beban kepada rakyat apabila dia turut dikenakan caj tinggi RM1,200 untuk rawatan anaknya.

“Saya percaya bahawa lebih ramai pihak akan muncul untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan GST, termasuk dari Barisan Nasional,” katanya.

GST: K'jaan akhirnya setuju prabayar 'RM10 dapat RM10'

Selepas kekusutan berkaitan harga selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerajaan bersetuju dengan formula “beli RM10 dapat RM10” untuk harga tambah nilai prabayar telefon.

Jabatan Penerangan berkata kabinet bersetuju dengan cadangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu dan meminta syarikat telekomunikasi (telco) menurunkan tarif perkhidmatan.

“Kerajaan mahu pihak telco melaksanakan kaedah dan pendekatan ini sepenuhnya dalam tempoh enam bulan,” menurut tweet jabatan itu.

Jabatan penerangan juga menggesa telco menawarkan pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar.

MCA akui GST, 1MDB jejas undi Cina

Walaupun sebahagian undi Cina di Permatang Pauh berpindah kepada BN, Naib Presiden MCA Chew Mei Fun berkata ia masih tidak mencapai matlamat seperti diharapkan.

Malah, Chew berkata isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 1MDB menjadi halangan utama kepada BN untuk mendapat undi Cina lebih tinggi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

“Kalau kita lihat di Kampung Sungai Lembu saja, undi Cina memang berpindah kepada BN, namun ia masih tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan.

“Ini mungkin kerana kita menghadapi kekangan daripada isu GST dan 1MDB.

“Jika bukan dua isu itu, saya yakin undi Cina yang berbalik kepada BN mungkin lebih tinggi," kata Chew dalam satu sidang media hari ini di pejabat MCA di ibu negara.

'Selesai masalah 1MDB segera'

Chew bersetuju jika isu 1MDB tidak diselesaikan secepat mungkin, prestasi BN, khususnya MCA, dalam pilihan raya akan terus terjejas.

ADUN Umno Lenggeng diisytihar muflis

ADUN Umno Lenggeng, Datuk Ishak Ismail telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi, yang berkemungkinan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

Bagaimanapun, difahamkan pemimpin veteran Umno Negeri Sembilan itu merayu terhadap status tersebut.

Difahamkan Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan status Ishak itu hari ini.

Perintah mengisytiharkan Ishak muflis telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac dan Ishak dikatakan menerima perintah itu bulan lepas.

Seseorang wakil rakyat hilang kerusinya selepas diisytiharkan muflis.

GST: Saya paling dibenci tapi saya teruskan, kata Ahmad Maslan

Ahmad Maslan mengakui sudah lali dengan cemuhan dan kritikan dan perkara itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan penerangan kebaikan GST demi negara.

KUALA LUMPUR: Ahmad Maslan mengakui beliau menjadi orang paling dibenci di negara ini sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Namun, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau sanggup mengetepikan kritikan dan cemuhan itu demi kebaikan negara.
Katanya, beliau sudah lali dengan cemuhan dan kritikan terutama di media sosial termasuklah cemuhan yang mengatakan wajahnya seperti najis babi.
“Saya Ahmad Maslan, orang paling dibenci di Malaysia disebabkan GST.
“Dalam kalangan mereka, ada yang mengelarkan muka saya seperti najis seekor babi. Walhal najis babi itu merupakan perkara yang paling tidak digemari dalam Islam.
“Namun, saya telah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kerana saya tahu apa yang saya lakukan adalah perkara yang betul untuk negara,” katanya di majlis Seminar Pematuhan Kualiti Produk di Tama Teknologi Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan menasihatkan orang Melayu mencontohi kualiti yang ada pada peniaga-peniaga Cina.
Beliau berkata, peniaga Cina lebih bekerja keras dalam menjalankan perniagaan berbanding peniaga Melayu yang kerja separuh jalan.
“Orang Melayu perlu mencontohi Cina untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka (peniaga Cina) bekerja keras, untuk kami (orang Melayu) kadang-kadang, kami kerja separuh jalan,” katanya.

MB Selangor mohon tiada GST untuk k’jaan negeri

Barua Umno: Perlukah mohon maaf sekadar tanya?

MB: Selangor komited projek Langat 2 siap ikut jadual

GST: BN hilang akal - KM P.Pinang

Pakatan sepakat Wan Azizah jadi ketua pembangkang


Kenapa PNB nafi selepas setahun, tanya Rafizi

PNB menyiarkan notis ringkas di laman sesawangnya menafikan institusi pelaburan itu meminjamkan wang kepada 1MDB dan tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk 1MDB.
rafizif,pnb
PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menafikan dakwaan bahawa institusi pelaburan itu telah meminjamkan sejumlah wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pembelian RM1.5 bilion Sukuk.
PNB juga menafikan menerima sebarang tawaran jualan daripada 1MDB.
“PNB tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat 1MDB.
“PNB juga tidak pernah menerima sebarang tawaran jualan daripada 1MDB,” tulis PNB menerusi satu notis ringkas yang disiarkan di laman sesawangnya.
FMT cuba menghubungi PNB untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi seorang kakitangan memaklumkan tiada ulasan lanjut namun dia mengesahkan notis itu dikeluarkan PNB.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbar pada Selasa berkata, 1MDB mengeluarkan Sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lalu kepada PNB dan Lembaga Tabung Haji (TH), berdasarkan akhbar The Star bertarikh 1Mac 2014.
Katanya, sejumlah M920.8 juta telah dipinjamkan oleh TH kepada 1MDB manakala baki RM579.2 jua pula telah dipinjamkan oleh PNB.

Ramalan hutang 1MDB gugat kewangan negara akan jadi kenyataan

Jika 1MDB gagal membayar hutang RM3.6 bilion kepada enam bank antarabangsa itu secara undang-undangnya 1MDB telah gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi kesemua RM42 bilion hutangnya dan berdepan 'cross default'.
rafizi ,bayar hutang,bon
PETALING JAYA: Jangkaan hutang-hutang yang ditanggung 1MDB akan membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan negara mungkin jadi kenyataan, kata Rafizi Ramli.
Ini kerana, kata Naib Presiden PKR itu, 1MDB berisiko berdepan ‘cross default’ kerana tidak mampu membayar hutang RM3.6 bilion kepada enam bank antarabangsa diketuai oleh Deutsche Bank.
“Cross default” bermakna jika 1MDB gagal membayar faedah atau bayaran pokok di dalam satu pinjaman/hutang, ia juga dikira telah gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi semua hutang-hutangnya yang lain.
Ini bermakna, jika tuntutan bayaran hutang RM3.6 bilion oleh enam bank antarabangsa itu gagal dipenuhi dalam masa terdekat, 1MDB secara undang-undangnya telah gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi kesemua RM42 bilion hutangnya.
“Hutang-hutang RM42 bilion ini turut melibatkan sukuk dan bon yang dibeli oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di samping pinjaman yang diberikan oleh bank-bank tempatan. Jumlah bonnya juga besar dan akan mempunyai kesan besar kepada pasaran bon negara.
“Oleh itu, ramalan awal saya bahawa satu hari nanti hutang-hutang 1MDB ini membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan negara (“systemic risk to the financial system”) kini mungkin menjadi kenyataan.
“Ini menafikan jaminan yang dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional termasuklah Khairy Jamaluddin yang kononnya 1MDB bukanlah satu risiko kepada kestabilan kewangan negara,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Tukar kerajaan selesai masalah Najib, kata Nurul Izzah

Pemimpin UMNO yang meneruskan kepemimpinan negara jika Datuk Seri Najib Tun Razak berundur tetap akan meletakkan beban di atas bahu rakyat bagi melunaskan hutang 1MDB.
nurul izzah,najib
PETALING JAYA: Jika Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan Perdana Menteri, ia tetap tidak akan menyelesaikan masalah terutama melibatkan hutang 1MDB.
Ini kerana, kata Nurul Izzah Anwar, pemimpin UMNO yang meneruskan kepemimpinan negara tetap akan meletakkan beban di atas bahu rakyat bagi melunaskan hutang 1MDB itu.
Sehubungan itu, Naib Presiden PKR mahu rakyat memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, katanya, semua parti dalam Pakatan Rakyat perlu bersatu dengan menjadikan matlamat mengambil alih Putrajaya sebagai agenda utama.
“Sudah tiba masanya untuk kita memiliki pemimpin yang bukan lagi daripada UMNO dan BN. Justeru, dalam apa-apa cara, kesatuan PR itu harus dijadikan agenda utama bagi semua pimpinan PR.”

Nurul Izzah: 'Gajah bergaduh, PR yang untung'

Nurul Izzah Anwar 
PETALING JAYA - ‎ Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam nada sinis berkata,  beliau hanya ingin menikmati  'pertarungan' di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pertarungan itu sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat.

"Itu konsisten dengan pendirian dia (Mahathir) selama ini, setiap kali dia menyerang mana-mana PM, saya fikir tak perlu kita komen panjang.

"Apabila gajah-gajah bertarung, saya biarkanlah mereka teruskan, mungkin saya boleh beli popcorn (bertih jagung) dan makan.

"Kerana sedikit sebanyak ia memudahkan pakatan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat kerana sudah ada orang yang tolong sampaikan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Mengulas lanjut Izzah berkata, PR komited untuk terus memperjuangkan nasib rakyat, dan akan berusaha menyiapkan dasar baharu bagi 'menyelamatkan Malaysia'.

"Tetapi isunya adalah biarlah PR menyiapkan dasar dan langkah-langkah seterusnya bagi menyelamatkan Malaysia," katanya.

Surat untuk Isa, desak berundur segera dari Felda


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menulis surat kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bagi mendesak beliau meletakkan jawatannya.
Naib Presiden Anak, Nasaie Ismail berkata, Isa mesti berundur dari Felda kerana menipu peneroka dan kakitangan Felda serta berlaku kejam kepada pegawai-pegawai kanan Felda yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan tanah rancangan itu.
"Datuk Zulkefli Wahab, bos no 1 Felda dibuang. Datuk Sarchu Sawal, bos no 1 Koperasi Permodalan Felda KPF dihentikan, Mohamad Ibrahim bekas no 2 FELDA, Datuk Faizol Ahmad, Pengarah Besar FELDA yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari Felda.
"Isa baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara Felda," katanya.
Nasaie berkata, KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik nombor 1 di Malaysia dan nombor 20 di dunia.
Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan Felda dengan dividen tahunan melebihi 15 peratus, lebih tinggi daripada Tabung Haji.
Hatta zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh memberi 10 peratus dividen.
Saham KPF pada 1996 hanya RM200 juta namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion.
Felda juga mengusai pelaburan Felda Holding sekitar 50 peratus namun dengan licik dan kejam, Isa berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV.
Apabila FGV merudum, maka KPF juga terkesan dan Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.
"Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama.
"Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Isa tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada," kata Nasaie lagi.

PNB kata tak terlibat beli bon sukuk 1MDB

Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk yang diterbitkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB," kata syarikat pengurusan dana terbesar negara itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai menjelaskan tentang laporan dalam talian semalam yang menyatakan 1MDB menerbitkan bon Islam bernilai RM1.5 bilion kepada kedua-dua PNB dan Lembaga Tabung Haji.

Laporan itu memetik Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai berkata PNB membeli bon sukuk daripada 1MDB.

Rafizi mendakwa dalam laporan itu:"Oleh kerana Tabung Haji mengaku telah membeli sukuk bernilai RM920.8 juta daripada 1MDB, ini bermakna PNB telah membeli baki RM579.2 juta".

- Bernama

MANA NAK KOREK DANA bayar hutang USD975 JUTA (RM3.5 bilion) yg bakal 'due' KURANG DARI 4 BULAN LAGI !!!

APA NAK HERAN.. kat M'sia ni byk 'TABUNG-TABUNG' YANG DI DALAMNYA ADA BERATUS-RATUS BILION RINGGIT...

Muhyiddin ganti Najib, ibarat penyamun ganti penyamun


Najib mesti bawa skandal 1MDB ke parlimen

KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara sahaja, Datuk Seri Najib Razak mesti jelaskan isu 1MDB di parlimen.

"Saya tidak nafikan bahawa ia adalah hak Umno untuk memberikan penjelasan kepada ahli-ahli Umno berkenaan isu-isu yang dikaitkan dengan Presiden Umno," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Tetapi, ujarnya harus disedari bahawa Najib ialah Perdana Menteri Malaysia dan 1MDB adalah milik Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan yang mana beliau juga adalah menterinya.

Katanya, krisis yang melanda 1MDB memberi kesan langsung kepada status kewangan negara yang mana rakyat sebagai pembayar cukai adalah antara penyumbang terbesar pendapatan negara.

"Lainlah jika Umno berpendirian bahawa harta dan wang kerajaan adalah milik Umno," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, kalaulah Najib melihat ada kewajaran memberikan penjelasan kepada etua-ketua Umno bahagian berkenaan isu-isu yang dikaitkan dengan beliau bagi memulihkan mandat Umno terhadap beliau sebagai Presiden Umno, maka bagi memulihkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri pula amat wajar sekali jika Najib menjelaskan isu itu di parlimen.

Umno sudah kembali aman atau belum?

Oleh Mohsin Abdullah
Maklumat tak rasmi ketika ini di PWTC Ahli Majlis Tertinggi Umno sebulat suara menasihatkan agar Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan perdana menteri  Malaysia dan digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin."
Begitu bunyi “laporan terkini” yang tersebar menerusi WhatsApp petang 11 Mei ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang berlangsung

Tidak diketahui siapa yang menyajikan  “laporan” berkenaan yang disebar  siap dengan foto mesyuarat MT yang sedang dipengerusikan presiden Umno. Perkataan utama dalam mesej itu ialah “ maklumat tak rasmi”. “Maklumat rasmi” seperti yang sekarang kita tahu ialah “semua ahli majlis tertinggi Umno memberi sokongan penuh kepada Najib (dan Muhyiddin selaku timbalan presiden parti)”.
Dan maklumat rasmi itu diumumkan Najib sendiri (bukannya timbalan presiden atau ahli MT) pada sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat ditangguhkan.
Memeranjatkan bagi sesetengah pihak. Tidak bagi yang lain.
Memeranjatkan kerana ramai yang menjangka atau mengharap “maklumat tak rasmi “  yang tersebar melalui WhatsApp seperti yang disebut tadi menjadi kenyataan – kerana bak kata blogger pro Umno Shahbudin Husin  “sebelum mesyuarat MT banyak tembakan ditujukan kepada Najib berkaitan isu 1MDB,Tabung Haji dan kesannya kepada sokongan rakyat”.
Dan umum pula tahu Muhyiddin dan juga naib naib presiden parti serta ketua Pemuda bersuara dan melahirkan kebimbangan akan keadaan Umno masa kini akibat isu-isu berkenaan.
Bagi yang tidak terperanjat , pendirian menyokong Najib sudah dijangkakan.

Isu 1MDB malukan negara di peringkat antarabangsa, kata PKR

Isu pengurusan membabitkan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memalukan negara di peringkat antarabangsa, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Izzah pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini berkata, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakibatkan isu tersebut diperkatakan di peringkat antarabangsa, sekaligus memalukan negara.

"Pada pendapat saya, 1MDB dikritik di peringkat antarabangsa dan memalukan kita, saya merasakan Najib yang menyebabkannya," katanya. googletag.

"Bagi saya, kita perlu bekerjasama untuk memastikan Malaysia selamat. Kita bercakap soal kemusnahan ekonomi yang perlu diwarisi daripada mereka yang berkuasa," katanya. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, cara pengurusan isu Tabung Haji oleh Najib juga tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.

"Kita mahukan ketelusan, jawapan bagi memastikan proses-proses tertentu sebelum kita menangani isu membabitkan hutang, tetapi ianya tidak dilaksanakan," kata Izzah.

PKR gesa Najib jelaskan bagaimana 1MDB akan bayar hutang kepada 6 bank antarabangsa

PKR hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjelaskan pinjaman kepada 6 bank antarabangsa selepas melanggar syarat, ia susulan pendedahan akhbar perniagaan berpangkalan di Singapura.

Business Times Singapura hari ini melaporkan, 6 bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa 1MDB menyelesaikan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.

"Datuk Seri Najib Razak wajib memberikan kenyataan segera bagaimana 1MDB bercadang membayar hutang RM3.6 bilion yang boleh dituntut bila-bila masa ini," kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini mengenai pendedahan terbaru akhbar tersebut.  Pendedahan terbaru itu juga menurut Rafizi mengesahkan dakwaannya semalam yang mengatakan hutang RM3.6 bilion tersebut diambil dengan memberi cagaran.

"Laporan akhbar Business Times pada hari ini mengesahkan pendedahan saya semalam bahawa hutang RM3.6 bilion ini diambil dengan memberi cagaran simpanan dana AS$1.1 bilion yang kononnya disimpan oleh 1MDB di Bank BSI di Singapura.

"Oleh kerana laporan terkini menyebut dana AS$1.1 bilion ini mungkin tidak wujud, ia mewujudkan keadaan panik di kalangan 6 bank antarabangsa tersebut yang bimbang 1MDB tidak boleh membayar hutang RM3.6 bilion itu," katanya.

1MDB-TRX jual tanah RM665 juta kepada pemaju Indonesia

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengumumkan penjualan tapak Signature Tower di Tun Razak Exchange (TRX) kepada syarikat pemaju Indonesia, Pt Kumpulan Mulia pada harga RM665 juta, seminggu selepas kontroversi tercetus mengenai pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji.

Tanah untuk pembinaan Signature Tower itu pada asalnya ditolak Tabung Haji yang ditawarkan harga RM578 juta. Keputusan Tabung Haji membeli tanah seluas 0.64 hektar pada harga RM188.5 juta mengundang kemarahan pelbagai pihak sehingga memaksa dana bakal haji itu mengumumkan akan menjual semula tanah itu secepat mungkin.

 “Sebagai salah sebuah pemaju hartanah komersil yang paling besar di Indonesia, kami teruja menceburi projek ini bagi membangunkan Signature Tower sebagai mercu tanda baharu bandar raya Kuala Lumpur. Mulia Group ingin menjadi sebahagian pembangunan ikonik yang canggih ini bukan sahaja untuk Malaysia tetapi di dalam dan luar rantau ini," kata presiden dan pengarah yang juga pemilik Kumpulan Mulia, Eka Tjandranegara, dalam kenyataan yang dikeluarkan TRX.

 "Kami melihat potensi TRX membangunkan lagi bandar raya itu sebagai pusat kewangan, dan TRX membantu rancangan pertumbuhan dan perkembangan kami. "Saya komited melihat secara peribadi projek ini diteruskan dengan bersandarkan pengalaman luas kami," tambahnya. Pemaju TRX, 1MDB Real Estate, menyambut baik penyertaan Kumpulan Mulia dalam TRX.

"Pelaburan penting ini membuktikan keyakinan pelabur asing kepada Malaysia," kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Azmar Talib. Selain itu, sebuah lagi urusan tanah di TRX yang disahkan setakat ini ialah usahasama 1MDB dengan pemaju antarabangsa, Lend Lease bernilai RM8 bilion bagi membangunkan Lifestyle Quarter seluas 17 ekar di tapak Jalan Tun Razak itu.

Gerakan Hapus Akta Hasutan kemuka 3 tuntutan


Negara malu peringkat antarabangsa kerana 1MDB


TH-1MDB: Najib perlu faham mengapa rakyat marah

oleh Robin Stanley Augustin
Sepanjang hujung minggu lalu media dan blogger pro-Najib melancarkan defensive dalam isu urusniaga tanah Tabung Haji-1MDB.
Ada yang melabelnya sebagai mangsa politik dan seluruh isu itu telah diputarbelit, sementara yang lain mengatakan ia sebagai “peluang yang terlepas” bagi Tabung Haji.
Merujuk kepada urusniaga itu, The Star Isnin lalu melaporkan perdana menteri Najib Razak sebagai berkata, Tabung Haji perlu menarik diri daripada satu urusniaga yang baik kerana persepsi negatif.
Najib berkata, rakyat menganggap wang penyimpan Tabung Haji telah digunakan untuk menyelamatkan 1MDB, pemilik tanah tersebut.
Katanya lagi, ia adalah satu urusniaga komersial yang “sangat bagus”, tetapi malangnya telah diputar belit dan menyebabkan tanggapan buruk orang ramai.
Menurut Najib lagi, hakikat bahawa sudah ada beberapa tawaran untuk membeli tanah itu membuktikan urusniaga itu bukanlah ‘bailout’, dan Tabung Haji akan mendapat keuntungan ‘beberapa juta’ dengan masa pantas daripada penjualan semula itu.
Perdana Menteri, bolehkah anda salahkan rakyat kerana melihatnya sebagai ‘bailout’ dan memiliki “tanggapan salah”?
Tentulah orang ramai akan melihat urusniaga itu secara negatif.
Adakah rakyat yang bersalah kerana melihat urusniaga itu sebagai meragukan, apabila mereka mendapat tahu tentangnya melalui pendedahan berani seorang pemberi maklumat?
Adakah rakyat yang bersalah kerana bimbang wang mereka akan digunakan untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang menanggung hutang yang amat besar?
Adakah rakyat yang bersalah kerana merasakan urusniaga itu mencurigakan, apabila kelihatan wujudnya konflik kepentingan terang-terangan kerana ada pegawai-pegawai tinggi yang memegang jawatan dalam kedua-dua organisasi secara serentak?

Adakah 1MDB dan TH mengikut amalan guaman sebenar dalam transaksi jual beli?

Oleh Salkukhairi Abd Sukor
Ramai yang minta saya ulas berkenaan isu Tabung Haji (TH) membeli satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dikatakan milik 1MDB.
Pada awalnya, saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut memandangkan ianya diulas banyak pihak termasuklah pemimpin-pemimpin kerajaan, pemimpin-pemimpin pembangkang, ahli politik, NGO dan tokoh-tokoh masyarakat dan ianya diulas dari pelbagai sudut, baik dari sudut politik, korporat, syariah, pelaburan mahupun dari sudut ekonomi dan sebagainya. 

Cuma ada baiknya jika saya fokuskan ulasan saya ini dari segi perundangan dan amalan guaman biasa sesuatu urusniaga jual beli hartanah, khususnya melibatkan sesuatu hartanah yang bernilai tinggi. Dari segi amalan guaman biasa sebelum sesuatu urusan jual beli hartanah itu dilakukan, pembeli hendaklah membuat semakan dan mengesahkan, penjual adalah pemilik berdaftar terhadap tanah tersebut. Sekiranya penjual bukanlah pemilik berdaftar terhadap tanah tersebut, pembeli mungkin berhadapan dengan risiko kerugian dan berkemungkinan tanah tersebut tidak dapat dipindahmilikkan kepada pembeli. Dalam kes pembelian tanah TH ini, tidak dapat dipastikan sama ada tanah yang dikatakan dibeli TH tersebut adalah sebenarnya milik 1MDB. Dalam erti kata lain, adakah 1MDB adalah pemilik berdaftar terhadap tanah tersebut? Dan adakah tanah tersebut mempunyai suratan hakmilik individu (geran tanah) yang berasingan yang merekodkan 1MDB adalah sebagai pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik individu (geran tanah) tersebut.
Apa yang kita bimbang adalah, adakah berkemungkinan 1MDB hanyalah sekadar pemilik benifisiaries (atau dalam bahasa mudahnya, pemilik yang berkepentingan sahaja) terhadap tanah tersebut, sedangkan mereka bukanlah pemilik berdaftar yang sebenar terhadap tanah tersebut dan tanah tersebut masih kekal milik kerajaan?. Ataupun adakah berkemungkinan juga kerajaan masih memegang tanah tersebut bagi pihak 1MDB sebagai bare trustees semata-mata?
Jika sekiranya keadaan tersebut benar-benar berlaku, maka dibimbangi 1MDB boleh dianggap sebagai mengambil keuntungan atas angin terhadap penjualan tanah yang masih belum rasmi menjadi milik mereka. Sedangkan dibimbangi tanah tersebut tidak boleh dipindahmilikkan kepada TH disebabkan 1MDB bukanlah pemilik berdaftar terhadap tanah tersebut.

6 bank mahu 1MDB bayar segera RM3.5 bilion selepas langgar syarat, lapor akhbar

Masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan lagi, yang terkini apabila ia perlu menjelaskan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) empat bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya, lapor harian perniagaan Singapura, Business Times.

Enam bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa syarikat itu menyelesaikan hutangnya kerana pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.

Business Times melaporkan enam bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa "tidak lengkap" kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.

"Susulan kontroversi ini, apa yang pada awalnya dianggap sebuah pinjaman yang bersandarkan cagaran yang amat ketat kini membimbangkan bank," kata akhbar itu memetik sumber.

Dalam situasi terburuk, sekiranya jumlah itu gagal dibayar, 1MDB juga berdepan kegagalan melangsaikan hutang sebanyak AS$15.5 bilion (RM42 bilion). "Kemungkinan ini sudah lama disebut-sebut pengkritik," laporan itu dipetik. Pihak terlibat kini sedang berbincang mengelakkan krisis berkenaan pinjaman tersebut.

Deutsche Bank Singapura yang dihubungi Business Times tidak dapat memberi komen, sementara 1MDB sebelum ini berkata ia tidak akan mengulas sebarang spekulasi atau khabar angin pasaran. Pada 22 April, laman Sarawak Report berkata akaun 1MDB di BSI Singapore mengandungi "aset atas kertas semata-mata" dan "nilai sebenarnya tidak dapat ditentukan".