Selasa, 12 Mei 2015

KWAP sahkan intai tanah 1MDB di TRX

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] hari ini mengesahkan bahawa ia sedang mengintai tanah milik 1MDB di zon Tun Razak Exchange (TRX), tetapi menegaskan bahawa sebarang keputusan akan berdasarkan kepada pertimbangan komersial.

Menurutnya, KWAP mengkaji peluang pelaburan di TRX sepertimana dengan mana-mana pelaburan hartanah.

Keputusan untuk mengkaji projek itu, tambahnya, adalah didorong oleh pertimbangan komersial berdasarkan lokasi strategik utamanya sebagai daerah kewangan Kuala Lumpur yang baru.

Bagaimanapun, KWAP belum lagi membuat sebarang komitmen pelaburan muktamad di TRX, katanya dalam satu emel kepada Malaysiakini.

Buat masa ini, tegasnya, tidak ada keputusan pelaburan muktamad telah dibuat mengenai projek tersebut.

Semua pelaburan, tambahnya, perlu memenuhi pulangan pelaburan minimum kepada KWAP dan parameter risiko yang ditentukan oleh lembaga pengarahnya.

Katanya, KWAP sentiasa melihat kepada pelaburan hartanah domestik yang memenuhi mandat tabung itu yang memberikan pulangan yang mampan dalam jangka panjang.

PMO telah menafikan ada sebarang rombakan kabinet-dapur Najib

TERMASUKLAH... Rosmah masih kekal untuk ;
- FLOM- First Lady Of M'sia
- ISTERI Perdana Menteri M'sia
- Menaiki jet VIP mewah KERAjaan ke luar negara
- Dapat peruntukan juta2 ringgit utk PERMATA
- Dapat hidup dgn kemewahan di istana Kompleks Seri Perdana Putrajaya

DAN JUGA TIADA PERUBAHAN...
CUKAI GST TETAP dikenakan kpd rakyat...

Criminalizing Malaysia’s Opposition

KUALA LUMPUR, Malaysia — Last Thursday, my mother was elected the new member of Malaysia’s Parliament from Permatang Pauh, a seat that was wrested away from the opposition through the politically motivated conviction of my father, Anwar Ibrahim, a former deputy prime minister and the country’s opposition leader. In February, the highest court in Malaysia sent him to prison for five years on trumped up charges of sodomy. He is serving his third prison sentence since 1999.
In March, I delivered a speech in Parliament focused on good governance and judicial reform on behalf of my father. The reading was deemed seditious by the government, and I was arrested and locked up overnight.
The Sedition Act, which criminalizes speech uttered “to excite disaffection” against the government, is one of this administration’s favorite cudgels. Its definition is so broad that it gives the government sweeping powers to arrest and lock up critics under the guise of punishing “sedition” or in the ostensible pursuit of maintaining public order.
In the last two years, it has been used successfully to harass or prosecute scores of people, mostly government officials, including several members of Parliament. The cartoonist Zulkiflee Anwar Ulhaque, better known as Zunar, was hit with nine charges under the Sedition Act — mostly based on tweets allegedly attacking the judiciary over the verdict against my father. His artwork and cartoons were confiscated, and he is now out on bail.
In addition to harassing me and persecuting my father, the state has applied constant pressure on my mother, a state assemblywoman, in hopes that she will wilt both physically and psychologically. The police have also hinted of their plans to interrogate my younger sister, Nurul Nuha, who is leading March 2 Freedom, a coalition to free my father.
We are running out of family members for officials to arrest on bogus charges.
What’s most alarming is that the government’s actions are part of a much larger pattern of threats to the rule of law and human rights. In recent months, every week or so brings news of the politically motivated detention of a government critic. I am out on bail now, but my arrest is intended to silence me and to warn other would-be government critics.

1MDB-TIA: Ada cubaan cagarkan hasil gas dan minyak Terengganu kata Mantan MB Umno

Dewan hari ini dikejutkan dengan pendedahan-demi pendedahan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan PerasmianTuanku  Sultan Terengganu.
Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia “diturunkan” dari jawatannya.
Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.
Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.
Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.
“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.

Bila dah jadi Menteri JANGANLAH CAKAP BOHONG !!!


TAHUKAH ANDA, dah 3 bulan berturut2 dari Dis. 2014 hingga Feb. 2015 (data terkini) menunjukkan kadar pengangguran SEMAKIN MENINGKAT..

Itupun kamu boleh kencingkan rakyat kadar pengangguran negara menurun.. DATA MANA yg kamu pakai.. KENAPA menteri2 UMNO BUTA FAKTA dgn auta temberangnya...

MENTERI UMNO SEMUANYA MEMANG KUAT KENCING demi nak 'cover' kebobrokan KERAjaan Najib skrg !!!

TH-1MDB: Penyimpan mulakan kempen pengeluaran di media sosial

oleh Hazlan Zakaria
Satu kempen kecil-kecilan untuk menggalakkan pengeluaran wang sedang berlaku, bukan digerakkan oleh parti politik atau kumpulan pendesak tetapi penyimpan rakyat biasa Lembaga Tabung Haji yang kecewa dengan penggunaan dana oleh agensi kerajaan tersebut dalam perjanjian pembelian tanah yang meragukan.
Penyimpan memutuskan untuk menggunakan satu-satunya kuasa yang dipunyai mereka tanpa perlu melibatkan bantahan jalanan atau kempen-kempen lain yang lebih rumit- keupayaan untuk mengeluarkan simpanan hasil titik peluh mereka.

Pihak pengurusan Tabung Haji baru-baru ini melakukan pembelian tanah di Tun Razak Exchange daripada agensi pelaburan kerajaan yang bermasalah 1Malaysia Investment Berhad (1MDB) pada kadar lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Kemarahan awam daripada penyimpan serta kritikan daripada pembangkang dan penyokong kerajaan , ketika maklumat perjanjian pembelian itu bocor telah menarik perhatian rakyat.
Pandangan awam yang dana Tabung Haji telah digunakan untuk menyelesaikan hutang dengan menyuntik kecairan tunai kepada 1MDB yang dilaporkan bergelut untuk menyelesaikan hutang berjumlah lebih RM 40 bilion.
Pengerusi Tabung Haji Azeez Abdul Rahim kemudiannya mengumumkan yang dana haji tersebut akan menjual tanah tersebut atas nasihat PM untuk mengelakkan kontroversi lanjut.
Tindakan ini masih gagal menenangkan keadaan dan menjernihkan air yang keruh, dengan bantahan anti- Tabung Haji dilakukan oleh PAS di Pulau Pinang pada 11 Mei dan satu lagi bantahan dirancang untuk dilakukan di ibu pejabat Tabung Haji di Kuala Lumpur pada 15 Mei.
Tetapi ramai penyimpan sudah penat dengan permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang pusat yang menggunakan isu ini untuk menyerang kerajaan, ditambah pula dengan keadaan orang lama Umno yang menyerang habis-habisan Perdana Menteri Najib Razak dalam usaha mereka untuk menjatuhkannnya.
Malah beberapa penyimpan yang marah telah melakukan bantahan di pejabat Tabung Haji mendesak Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi dana tersebut.

Siswazah antara 400,000 penganggur di Malaysia...pemimpin kaya raya & bermewah

Menurut perangkaan, 161,000 siswazah berusia antara 20-24 tahun masih lagi mencari pekerjaan. – Gambar Reuters, 12 Mei, 2015. 
Menurut perangkaan, 161,000 siswazah berusia antara 20-24 tahun masih lagi mencari pekerjaan. – Gambar Reuters, 12 Mei, 2015.

Siswazah yang menyelesaikan pengajian mereka sejak 6 bulan adalah antara 400,000 individu yang sedang menganggur dalam negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Katanya, menurut perangkaan, 161,000 siswazah atau 8.8% belia, berusia antara 20 dan 24 tahun, masih mencari pekerjaan.
Walaupun kadar pengangguran rendah, kata beliau kerajaan melancarkan beberapa program untuk menambah peluang kerja seperti 'Jobs Malaysia' dan Skim latihan 1Malaysia.

Abdul Wahid menyatakan demikian semasa menyampaikan tinjauan ringkas mengenai status ekonomi Malaysaia pada Sesi Dialog Tokoh-tokoh Perniagaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.   Oleh itu, kata beliau, kerajaan menggalakkan penglibatan syarikat swasta untuk membuka dengan aktif peluang pekerjaan dan menyediakan latihan perindustrian untuk kumpulan sasaran.
"Kerajaan akan pastikan mereka mendapat pekerjaan yang stabil bagi menyokong pertumbuhan ekonomi secara lebih inklusif," katanya.

Tak Mampu: TNB bincang dengan 1MDB berhubung pegangan dalam Project 3B

Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini dalam perbincangan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung pembelian ekuiti terbesar dalam loji jana kuasa arang batu 2000MW, dikenali sebagai Project 3B.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kementerian tahu mengenai perbincangan itu namun setakat ini belum ada kata putus dimaklumkan. "Rancangannya ialah mengambil alih pegangan terbesar dalam projek tetapi mereka masih berbincang.

"Saya rasa segala langkah sewajarnya baru sahaja dimuktamadkan dan kementerian serta Suruhanjaya Tenaga akan dimaklumkan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Subang Tenaga Hub hari ini.

Beliau berkata sebarang perubahan dalam ekuiti projek yang diluluskan sebelum ini akan dimaklumkan kepada kementerian dan Kabinet. Menurut laporan sebelum ini, 1MDB memiliki 70% daripada Project 3B yang terletak di Jimah, Negeri Sembilan itu dan bakinya oleh Mitsui Co Ltd.

Projek dengan nilai dianggar RM11 bilion dijadualkan untuk pentauliahan secara berperingkat bermula 1 Oktober 2018. Project 3B terletak bersebelahan Stesen Kuasa Jimah yang 25% dikuasai TNB dan baki oleh 1MDB. Sementara itu mengulas program hari ini,

Apa jadi pinjaman RM3.5 bilion pada 1MDB? – Rafizi

Rafizi
PETALING JAYA 12 MEI- Selepas Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula menjadi agensi terbaru yang digunakan bagi menyelamatkan hutang syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Tabung Haji dan PNB memberi pinjaman kepada 1MDB menerusi penerbitan sukuk berjumlah RM1.5 bilion.
Ia katanya, bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB dan perkara itu turut dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tahun lalu.
“Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta telah dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB, sementara baki RM579.2 juta pula dipinjamkan oleh PNB,” jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Selain bon sukuk berkenaan, 1MDB juga juga didakwa membuat pinjaman RM2 bilion daripada sebuah institusi kewangan, AmBank.
Rafizi berkata ini bermakna keseluruhan pinjaman sebanyak RM3.5 bilion diberikan kepada 1MDB.
“Persoalan terbesar sekarang adalah apa yang berlaku kepada RM3.5 bilion yang dipinjam kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?.
“Sebahagian pinjaman sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan kem-kem tentera dan infrastruktur berkaitan bagi tujuan memindahkan‎ operasi sedia ada di Kem Sungai Besi, tetapi kalau kita lihat kawasan Kem Sungai Besi tiada apa yang berubah, tiada apa-apa dijalankan.

Wan Azizah: Tak mustahil kerajaan cetak ringgit selamatkan 1MDB

Wan AzizahPETALING JAYA 12 MEI- Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan yang sanggup menggunakan dana rakyat bagi tujuan menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam kenyataan medianya hari ini, Wan Azizah berkata, keghairahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menyelamatkan 1MDB tanpa mempedulikan sensitiviti rakyat amat membimbangkan.
“Sudahlah pendapatan rakyat yang tidak meningkat dirompak oleh kerajaan menerusi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kini duit simpanan untuk masa depan rakyat dari dana lembaga Tabung Haji Berhad (LTH) dan dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) pula digunakan sewenang-wenangnya,” ujarnya.
Terdahulu, Wan Azizah mengulas isu penjualan tanah milik 1MDB seluas 1.56 ekar kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) dengan nilai RM188.5 juta atau RM 2,774 sekaki persegi.
Beliau mempersoalkan apakah pembelian tanah tersebut benar-benar satu transaksi pasaran yang sah ataupun hanya ‘wayang’ bagi menjana dana untuk membantu 1MDB melangsaikan hutang-hutangnya.

'Serang peribadi Rosmah satu politik lekeh' kata pengampu

Seorang pemimpin ahli Majlis Tertinggi membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat serangan peribadi terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman menganggapnya sebagai 'tak masuk akal' apabila ditanya mengenai tindakan bekas perdana menteri itu membidas isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Timbalan menteri itu berkata sebarang kritikan perlu difokuskan kepada dasar-dasar kerajaan serta manfaatnya kepada rakyat dan bukan soal peribadi.

Katanya, mereka yang menyerang personaliti kerana berpakaian cantik dan memandu Mercedes Benz adalah bermain dengan politik lekeh.

"Kita (menuju ke arah menjadi) sebuah negara maju seperti Jepun dan Korea, jadi jangan bercakap tentang perkara peribadi," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam posting blog semalam, Mahathir berkata beliau telah menerima aduan mengenai Rosmah.

'Kami tolong PM, tapi dia kena perbetul 1MDB'

Seorang pemimpin Umno mendedahkan bahawa anggota Majlis Tertingi (MT) semalam menyatakan kebimbangan terhadap kontroversi 1MDB dan isu pembelian tanah syarikat itu oleh Tabung Haji.

“Kami sokong perdana menteri, tetapi kami juga mahu beliau menyelesaikan masalah dalam 1MDB,” kata Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

“Kami beri pandangan kepada bos supaya dana awam tidak digunakan untuk 1MDB.

“Kebanyakan kami juga tidak setuju Tabung Haji beli tanah (daripada 1MDB) kerana ia dorong tanggapan buruk terhadap kerajaan dan wang haji.

“Bagaimanapun oleh kerana Tabung Haji setuju jual tanah itu, isunya telah selesai,” katanya kepada Malaysiakini.

Anggota MT dan timbalan menteri itu juga berkata tiada pertengkaran dan perbincangan berjalan dengan baik.

“Suasananya bagus. Kamu tidak bolehlah harap kami diam membisu sepanjang mesyuarat, kamu suarakan pandangan dan cadangan,” tambahnya.

Tajuddin juga melihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang 1MDB.

“Muhyiddin juga mahu 1MDB berjaya,” katanya.

“Tiada siapa tentang 1MDB, kami tidak tolak 1MDB. Kami mahu GLC (syarikat berkaitan kerajaan) cemerlang.

”Kami mahu perkara ini selesai segera,tetapi kami tidak beri tarikh akhir,” katanya.

Selain Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad Juga Terlibat Meminjamkan Wang Kepada 1MDB

Ekoran dari maklumat yang kini tersebar luas mengenai hubung kait di antara 1MDB dan agensi pelaburan negara, saya telah membuat beberapa semakan baru untuk menentukan agensi-agensi pelaburan negara yang terdedah kepada risiko kewangan 1MDB.
Minggu ini, umum telah mengetahui bahawa Lembaga Urusan Tabung Haji (TH) telah meminjamkan sebanyak RM920.8 juta kepada 1MDB melalui pembelian bon sukuk yang diterbitkan dalam Februari 2014. Kenyataan Tabung Haji semalam mengesahkan bahawa pembelian sukuk ini adalah berhubung pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB dan hasil dari pinjaman sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan kem-kem tentera dan infrastruktur berkaitan bagi memindahkan operasi sedia ada di Kem Sungai Besi sebelum ini.
Semakan saya menunjukkan penerbitan sukuk Bandar Malaysia oleh 1MDB ini sebenarnya telah dilaporkan secara meluas sekitar Februari hingga Mac 2014 tetapi tidak mendapat perhatian umum.
Laporan The Star bertarikh 1 Mac 2014 memperincikan butiran lanjut mengenai penerbitan sukuk Bandar Malaysia oleh 1MDB ini; seperti berikut:
1. Jumlah pinjaman yang diambil oleh 1MDB melalui terbitan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion dengan kadar faedah 6%
2. Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji (TH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB)
3. Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta telah dipinjamkan oleh TH kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta pula telah dipinjamkan oleh PNB kepada 1MBD
4. Sukuk ini tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon. Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan TH dan PNB
5. Oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk ini tidak ditarafkan (not rated) seperti mana kertas-kertas lain. Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah di Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB) dan janji bahawa kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap nanti) akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini

Jangan sentuh duit rakyat bayar pinjaman RM3.6 bilion 1MDB, kata Rafizi

Rafizi Ramli memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menggunakan dana awam untuk menyelesaikan pinjaman berjumlah RM3.6 bilion oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang perlu dibayar kepada 6 bank antarabangsa diketuai Deutsche Bank.
Setiausaha agung PKR itu berkata, hutang yang berjangka masa panjang selama setahun itu, dibuat Oktober tahun lepas, perlu dibayar selewat-lewatnya September tahun ini.
"Saya cuba mengumpul maklumat tidak rasmi daripada pemberi maklumat yang bekerja di bank-bank terbabit dan daripada pasaran kewangan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai pinjaman ini.
 "Maklumat tidak rasmi yang saya dapati amat membimbangkan kerana terma pinjaman itu amat membebankan rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu. Rafizi berkata, maklumat yang diperolehnya menyebut, cagaran pinjaman itu ialah wang simpanan 1MDB di BSI Singapura yang sebelum ini dilaporkan tidak wujud.

"Jika cagaran ini tidak wujud, ada kemungkinan besar 1MDB perlu mendapatkan dana lain untuk menggantikan cagaran tersebut," katanya. Rafizi pada sidang medianya berkata, pinjaman berkenaan dilaporkan di dalam majalah-majalah kewangan antarabangsa dan menarik minat perhatian pasaran kewangan antarabangsa di saat 1MDB berhadapan dengan masalah membayar hutangnya kepada bank-bank tempatan. "Saya dimaklumkan satu surat sokongan dikeluarkan oleh Putrajaya yang membolehkan pinjaman ini diluluskan kepada 1MDB. Apa terma-terma surat sokongan itu?" soalnya.

Nampaknya wabak virus 'AhmadMaslan' sudah menular di kalangan pemimpin UMNO...


MOHON JANGAN KETAWA........

PNB loans RM579.2 million to 1MDB

1MDB: RM4 billion with interest due in September 2015

1MDB: RM3.5 billion with nothing much to show for it

Peserta #BantahGST desak polis siasat ugutan rogolnya


Mat Sabu nasihat Najib, jangan undur tapi bubar Parlimen

‘Apa bukti Rosmah berlagak macam PM?’

PKR dakwa PNB juga beri 'pinjaman' kepada 1MDB

Indonesia halau pendatang, arah bot mereka ke Malaysia

Pejabat Perdana Menteri nafi rombakan Kabinet

KJ, kamu dipihak mana?

SHAH ALAM, 12 MEI: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin patut menyahut cabaran Rafizi Ramli untuk meletakkan jawatan jika tidak berpuas hati isu kepincangan 1MDB,Tabung Haji dan KWAP.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Khairy sepatutnya memaklumkan secara umum penerangan diberikan Perdana Menteri dan juga sebab mengapa beliau tidak berpuas hati.
“Sebelum ini Khairy sering menyatakan kerisauan dan meminta penjelasan terhadap isu-isu hangat seperti GST, 1MDB dan Tabung Haji dan pada hari seterusnya dia menzahirkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Najib Razak.
“Kejadian ini jelas menunjukkan keutamaan diberi Khairy tertumpu kepada survival politik, dan bukannya aspirasi dan kepentingan anak muda,” katanya dalam kenyataan media.
Nik Nazmi berkata, golongan muda memerlukan pemimpin sebenar untuk memastikan pimpinan atasan bertanggungjawab ke atas tindak tanduk mereka kerana memperlekehkan tugasan institusi awam.
“Malangnya, kita dikecewakan lagi dalam waktu sama dia merupakan suara keserdahanaan di dalam Umno.
“Diharap komen terkini dia tidak bermaksud Pemuda UMNO berhenti menyuarakan pendapat secara kritikal terhadap isu-isu hangat,” katanya.

80% pekerja asing dalam industri minyak di Kertih

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu terkilan dengan isu ‘kebanjiran’ pekerja asing di negeri ini hingga mencecah 80 peratus dalam industri minyak dan gas di Paka dan Kertih.

“Begitu juga dengan peluang pekerjaan. Saya cukup terkilanlah sebab saya duduk di kawasan ‘oil and gas’ tetapi masih ada lagi isu pengambilan pekerja asing yang ramai," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Beliau mendapat maklumat, kira-kira 80 peratus pekerja di kawasan itu terdiri daripada warga asing.

"Apabila kita bising barulah nak ada tindakan. Sepatutnya, kerajaan lebih pekalah dengan penggunaan tenaga pekerja orang tempatan," ujarnya yang juga Adun Paka ketika ditemui di lobi U2, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Wisma Darul Iman selepas majlis perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Sidang Dun Terengganu Ke-13, di sini, semalam.

Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah merasmikan istiadat pembukaan sidang Dun tersebut. Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut berangkat.

Satiful juga menyifatkan keseimbangan pembangunan di negeri ini tidak selancar negeri lain.

Najib kata baik, pemimpin akar umbi kata lain...

Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan taklimat tertutup semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan padu Umno.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno mendakwa sebaliknya.

Bercakap dengan syarat tidak mahu nama disebut, mereka memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa pemimpin Majlis Tertinggi telah menyuarakan kebimbangan mengenai perkembangan semasa.

Ini berkaitan dengan masalah dalam 1MDB, pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji serta keputusan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh.

Malaysiakini melihat mesej teks yang diterima oleh pemimpin-pemimpin Umno bahagian dari mereka yang menganggotai majlis tertinggi.

Dalam satu mesej, seorang menteri Umno bimbang pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange dengan harga RM188.5 juta telah sampai ke telinga orang Melayu di kampung-kampung.

Asas sokongan utama Umno terdiri daripada orang Melayu di luar bandar.

Seorang lagi anggota Majlis Tertinggi berkata bahawa isu 1MDB telah 'menjadi toksik' dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

Dalam mesej teksnya, dia menyebut tentang perlunya menyelamatkan negara daripada penyangak yang mencuri wang rakyat.

Bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan itu dibangkitkan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi semalam.

Walaupun Najib mendakwa semuanya berjalan baik antara beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan namanya disebut, berkata keadaan di akar umbi mendedahkan sebaliknya.

Mat Sabu setuju Najib perlu kekal PM supaya SPRM siasat

Bimbang dengan amalan menghentikan siasatan rasuah terhadap pemimpin negara yang sudah meletak jawatan, timbalan presiden PAS berkata Datuk Seri Najib Razak perlu kekal sehingga penggalnya berakhir supaya beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Di Malaysia, apabila seseorang itu sudah berhenti pihak SPRM juga berhenti menyiasatnya," kata Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak setuju dengan gesaan supaya perdana menteri berundur.

"Jadi di sini kewibawaan SPRM itu kita tak percaya. Sebab itu kita mahu beliau terus jadi PM," kata Mohamad, yang juga dikenali Mat Sabu, kepada The Malaysian Insider.

Hadi dipetik portal berita Mstar Online sebagai berkata, Najib yang akhir-akhir ini diserang hebat berikutan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak perlu meletak jawatan.

"Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan yang beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya."

Semalam, Majlis Tertinggi Umno dilaporkan menyatakan sokongan kuat untuk Najib, selepas dikritik hebat berikutan pendedahan pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta.

Anti GST: Maisara dakwa diugut rogol oleh polis dua kali ketika disoal siasat

MaisaraKUALA LUMPUR 12 MEI- Seorang wanita yang menyertai himpunan anti-GST pada 1 Mei lalu mendakwa diugut untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Berikutan ugutan itu, Maisara Amira, 21, membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 6 Mei.
Maisara berkata, dia menuntut kesnya disiasat di balai polis berlainan – dan bukannya oleh anggota di IPD Dang Wangi – kerana bimbang berlaku salah guna kuasa dan ketidakadilan. Dia turut menuntut polis menubuhkan pasukan siasatan bebas untuk menyiasat kes berkenaan.
Maisara ditangkap polis selepas menyertai perhimpunan itu dan direman selama empat hari bersama 22 yang lain.
Sehari sebelum remannya berakhir pada 5 Mei, Maisara berkata dia dibawa ke sebuah bilik soal siasat dan dijaga tiga anggota polis, termasuk dua lelaki.
Maisara mendakwa dia memilih untuk berdiam diri ketika disoal siasat namun tiba-tiba salah seorang daripada anggota polis lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata berupa ugutan, iaitu “Kau nak aku rogol kau? Dalam bilik ini kau dengan aku je ada. Sebab bilik ini ada kamera dengan mic, kalau jual aku boleh kaya.”

Sah atau ‘wayang’ jana dana bantu 1MDB langsai hutang

Penjualan tanah 1MDB seluas 1.56 ekar kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) yang bernilai RM188.5 juta pada kadar RM2,774 sekaki persegi perlu dipersoalkan walaupun dikatakan telah memberikan LTH keuntungan sebanyak RM5 juta.

Ini adalah kerana dana yang digunakan LTH adalah dana rakyat yang menabung untuk membiayai urusan fardhu haji terutama sekali bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Penjualan pada kadar yang tinggi ini perlu dipersoalkan sama ada ianya benar-benar satu transaksi pasaran yang sah ataupun hanyalah satu ‘wayang’ untuk menjana dana bagi membantu 1MDB melangsaikan hutang-hutangnya.

Kelmarin kita dikejutkan pula dengan pembelian tanah 1MDB di kawasan yang sama oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) pada kadar 15% lebih rendah daripada tanah yang dibeli oleh LTH bernilai hampir RM2,300 sekaki persegi. Tanah dan bangunan yang bakal dibeli oleh KWAP dinilaikan di antara RM1 billion dan RM2 billion.

Saya kesal dengan sikap pihak kerajaan yang sanggup menggunakan dana rakyat untuk menyelamatkan projek gagal Perdana Menteri iaitu 1MDB.

Sudahlah pendapatan rakyat yang tidak meningkat itu dirompak oleh kerajaan menerusi beban GST, kini, duit simpanan untuk masa depan rakyat (LTH, KWAP) pula digunakan sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan 1MDB yang hanya menguntungkan beberapa kroni tertentu sahaja.

Hadi Saran Najib Tidak Tunduk Gesaan Letak Jawatan


SYA_9842
Abdul Hadi ketika sidang media sejurus berhenti rehat pada sesi pagi persidangan DUN, di Wisma Darul Iman, hari ini. 

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menyarankan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar tidak tunduk kepada tekanan yang menggesa beliau supaya meletak jawatan, sebaliknya perlu memberi fokus untuk menyelesaikan beberapa isu yang dikaitkan dengan kelemahan pentadbirannya ketika ini.
Presiden PAS yang juga Ahli Parliman Marang itu berkata Perdana Menteri sebelum ini juga dikaitkan dengan pelbagai isu ketika era pentadbiran masing-masing termasuk Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi  dan turut didesak meletak jawatan, sedangkan ia bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.
“Masalah yang sama berterusan setiap Perdana Menteri dan jika letak jawatan, nanti orang baru akan timbul masalah yang baru pula. Ini satu budaya politik yang tidak sihat.
“Sebab itu sepatutnya kita bukan tukar orang (pemimpin), sebaliknya jika salah dasar dan pendekatan kita kena baiki pendekatan dan selesaikan masalah. Jika tukar orang, perangai lama juga, masalah yang sama juga berulang. Dulu Tun Mahathir berhenti kerana masalah-masalah dia lepas itu berhenti, naik pula Tun Abdullah Badawi ada pula cerita dia, naik pula Dato’Sri Najib ada pula (isu). Jadi ini suatu budaya politik yang memalukan, sepatutnya kita mengamalkan demokrasi yang sihat, yang sebaik-baiknya ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai sesi pagi di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman,  hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Dr Mahathir agar Najib meletak jawatan ekoran pendedahan beberapa isu berkait kelemahan kepimpinan beliau ketika ini.-
Malah, ADUN Rhu Rendang itu juga menegaskan Najib perlu diberi ruang dan peluang yang cukup untuk memimpin negara sehingga berakhir tempoh pemerintahannya dan terpulang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan ketika Pilihan Raya Umum .

APA KEPERLUAN TRX mintak TabungHaji bayar 100 peratus... Kenapa pada KWAP tidak !!!


KENAPA terdesak sgt nak 100 % tu !!!

KENAPA TAK NAK IKUT prosedur biasa yg mana para pembeli hartanah dikenakan deposit 10 peratus...

PATUTLA tukar nama dari KLIFD kpd TRX..

'Tun Razak Xchange' - Pertukaran jual beli tanah yg boleh hasilkan untung atas angin berlipat kali ganda dgn mudah lagi cepat hasil idea licik anak Tun Razak (aka Najib)

SENDIRI PANGKAH BN, SENDIRI TANGGUNG !!!!


APA NI Najib Razak !!! Sembang aja lebih.. Realiti & hakikatnya negeri Sabah adalah negeri PALING MISKIN di M'sia walaupun negeri Sabah antara negeri penyumbang terbesar pendapatan dalam negara...

KE MANA HASILNYA kemewahan bumi di Sabah pergi ??? 
Masuk kat kantong SIAPA !!!

Bukan salah Najib & BN... TETAPI TANGAN2 PENGUNDI DI SABAH YANG PILIH BN 
Emotikon like
.. Kalau masih tak sedar2 lagi tak tahulah..

Hadi: Najib tak perlu undur

 
Datuk Seri Najib Razak patut terus berkhidmat sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, Najib tidak harus tunduk pada tekanan dan harus diberi peluang menyelesaikan masalah dihadapi, lapor The Star Online.

Hadi juga berkata Najib patut diberi peluang kedua untuk menghabiskan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara sehingga cukup penggal perkhidmatan.

Anggota Parlimen Marang berkata tidak guna memberi tekanan kepada Najib susulan kontroversi sekitar 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.

Beliau juga dilaporkan berkata, memberi tekanan supaya Najib berundur tindakan memalukan kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.

Timbalan Menteri Kewangan itu turut mengaku terdapat spekulasi yang mendakwa beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan selepas rombakan Kabinet.
ahmad maslan ,digugurkan
KUALA LUMPUR : Beberapa penulis blog menyebarkan dakwaan Perdana Menteri menggugurkan nama Ahmad Maslan dalam senarai Kabinet terbaharu.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Timbalan Menteri Kewangan itu dan menganggap ia hanyalah spekulasi semata-mata.
Malah, beliau menasihatkan penulis blog yang menyebarkan spekulasi itu supaya tidak ‘mengambil alih’ tugas Perdana Menteri dengan menyenaraikan senarai nama Menteri Kabinet terbaharu selepas rombakan.
“Blog-blog tersebut seharusnya tidak mengambil tugas Perdana Menteri dengan memaparkan senarai nama kabinet yang kononnya baharu.
“Saya tidak mahu membuat spekulasi dan saya tak mahu mengambil tugas Perdana Menteri,” katanya selepas pelancaran Program Biasiswa Pendidikan Srikandi Malaysia 2015 pada Selasa.
Ahmad Maslan yang juga Penasihat Kehormat Srikandi Malaysia menambah, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri jika terdapat rombakan Kabinet.
“Sama ada mahu dirombak atau tidak, terserah kepada Perdana Menteri,” tegasnya yang mengakui terdapat juga spekulasi yang mendakwa beliau akan dilantik sebagai Menteri Penerangan.
Mengulas cubaan pihak tertentu melaga-lagakan pemimpin UMNO, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, usaha untuk memecahkan perpaduan solidariti kepimpinan UMNO telah gagal.
“Ini jelas ditunjukkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (pada Isnin) dan sambutan hari UMNO apabila semua pemimpin UMNO hadir, kecuali Datuk Seri Shafie Apdal yang menunaikan umrah.
“Mereka ternyata gagal memecahkan perpaduan solidariti kepimpinan UMNO. Jika kepimpinan solid (kukuh), maka pengikutnya pun solid,” katanya.
Beliau berkata, tidak wujud Team A dan Team B dalam kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO.
“Saya selaku ketua penerangan UMNO, mengesahkan tidak akan wujud pasukan A dan B dalam parti. Saya tahu kerana saya hadiri semua mesyuarat termasuk Mesyuarat Pengurusan Biro Politik dan Majlis Tertinggi,” katanya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/12/ahmad-maslan-jawab-spekulasi-digugurkan-daripada-kabinet/#sthash.2SEzq1sA.dpuf

Amah Indonesia dapat IC, BR1M?

Amah Indonesia dapat IC, BR1M?  
Sedutan rakaman amah dakwa terima IC dan bayaran dipercayai BR1M

SHAH ALAM - Sebuah video viral di laman sosial Facebook tersebar apabila seorang amah warganegara Indonesia mendakwa mendapat IC dan sejumlah wang yang didakwa sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Rakaman berdurasi 2 minit dan 41 saat tersebut mengandungi dialog di antara perakam video, dipercayai majikannya bersama amah tersebut.

Amah tersebut mendedahkan beliau menerima RM500, didakwa bayaran BR1M.

Beliau juga mendakwa sudah tinggal di Malaysia selama 15 tahun tanpa pasport dan dokumen perjalanan, dan menerima kad pengenalan Februari lepas.

"Siapa yang bagi IC?," tanya perakam video.

"Itulah saya tak tahu. Mereka tak cakap," balas amah terbabit.

Tinjauan Sinar Online mendapati video tersebut sudah ditonton lebih 30,000 pelayar semenjak dimuatnaik pada 9 Mei lepas dan rata-rata terkejut dengan pendedahan berkenaan.

"Senang dapat IC...dapat BR1M pula," kata Salma.

"Pihak berwajib sila siasat," kata Hafiz.

"Ini baru orang Indonesia. Belum Bangladesh lagi," luah Nazira.

Mat Sabu sokong Hadi 'pertahan' PM

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyokong pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Datuk Seri Najib Razak terus berkhidmat sebagai sebagai perdana menteri dan tidak tunduk kepada sebarang tekanan.

Bagaimanapun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan, Najib sepatutnya membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan dan perdana menteri itu mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

"Saya bersetuju dengan kenyataan presiden supaya Najib tidak meletak jawatan.

"Meletakkan jawatan menampakkan beliau lari daripada tanggungjawab dia," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, Najib perlu berdepan sendiri dengan rakyat bagi merungkai sebarang isu yang timbul dan bukannya menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada orang lain.

Beliau diminta mengulas kenyataan terdahulu Abdul Hadi (gambar) hari ini yang dilaporkan menggesa Najib terus berkhidmat sebagai perdana menteri memandangkan beliau dipilih melalui sistem pilihan raya.

'Pembantu Rosmah jadi Don Quixote'

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata, tindakan pembantu Datuk Seri Rosmah Mansor, Rizal Mansor mempertahankan isteri perdana menteri itu merupakan usaha yang tidak realistik.

Kadir malah mengumpamakan tindakan Rizal itu seperti Don Quixote, satu watak bangsawan yang berani tidak bertempat, seperti digambarkan dalam satu novel klasik Sepanyol.

Sedangkan, para penasihat PM sendiri sukar mempertahankan Najib, kata Kadir.

“Mengapa tiba-tiba sahaja, Encik Rizal menjadi Don Quixote perdana menteri? Kenapa tidak, atau di mana semua setiausaha akhbar PM, penasihat media dan perunding komunikasi?

“Di mana Pasukan Komunikasi Nasional (NCT) dan badan pemikir media yang dipimpin Mat Salleh? Kenapa mereka tidak pertahankan PM?” soal Kadir.

Rizal merupakan individu yang tampil mempertahankan Rosmah dalam isu perbelanjaan untuk majlis perkahwinan anak perdana menteri.

Rizal turut mendakwa Kadir tidak memahami adat Melayu kerana membangkitkan mengenai perbelanjaan untuk membawa 300 orang tetamu ke Kazakhstan.

Menurutnya, penasihat media Najib sendiri kini hanya sanggup menulis mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan nama samaran.

Bayaran Pinjaman IMDB RM3.6 Bilion Pada September 2015: Jangan Sentuh Dana Rakyat

Beberapa bulan yang lepas, saya telah mendedahkan bahawa selain dari pinjaman daripada bank-bank tempatan, 1MDB juga telah mengambil pinjaman sebanyak USD975 juta (bersamaan RM3.6 bilion) dalam Oktober 2014 dari satu konsortium 6 bank antarabangsa yang diketuai oleh Deutsche Bank.
Pinjaman ini telah dilaporkan di dalam majalah-majalah kewangan antarabangsa. Pinjaman bagi jangka masa satu tahun ini perlu dibayar dalam September 2015 dan telah menarik perhatian pasaran kewangan antarabangsa di saat-saat 1MDB berhadapan dengan masalah membayar hutangnya kepada bank-bank tempatan.
Saya telah cuba mengumpul maklumat tidak rasmi dari pemberi-pemberi maklumat yang bekerja di bank-bank terbabit dan dari pasaran kewangan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai pinjaman ini. Maklumat tidak rasmi yang saya dapati adalah amat membimbangkan kerana terma-terma pinjaman itu amat membebankan rakyat.
Oleh yang demikian, saya ingin menimbulkan soalan-soalan ini agar Dato’ Seri Najib Tun Razak menjelaskan sendiri mengenai terma-terma pinjaman yang saya perolehi secara tidak rasmi dari pemberi-pemberi maklumat:
1. Apa cagaran yang telah dibuat oleh 1MDB untuk mendapatkan pinjaman ini kerana ia dibuat pada ketika masalah kewangannya telah diketahui umum? Pinjaman sebesar ini sudah tentu melibatkan cagaran (“collateral”). Maklumat yang saya perolehi menyebut cagaran kepada pinjaman ini adalah simpanan wang di BSI Singapura yang sebelum ini telah dilaporkan tidak wujud. Jika cagaran ini tidak wujud, ada kemungkinan besar 1MDB perlu mendapatkan dana lain untuk menggantikan cagaran tersebut.

Tanah rizab 2 sen sekaki persegi untuk MCA....

Sebidang tanah rizab kerajaan didakwa diserahkan kepada satu syarikat pada harga dua sen sekaki persegi, kata Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke.

Menurut pemimpin kanan DAP itu, syarikat dimaksudkan mempunyai kaitan dengan MCA.

Kata Loke, kerajaan Negeri Sembilan meluluskan sebidang tanah rizab kuari dan sidang tanah rizab Melayu seluas 9.83 hektar pada 2001 dengan harga RM24,853.

"Nilai itu sama dengan dua sen bagi setiap sekaki persegi untuk tanah seluas 1.05 juta kaki persegi itu," katanya dipetik akhbar harian China Press hari ini.

Menganggap transaksi itu seperti pemberian percuma , Loke berkata, tanah berkenaan terletak berhampiran Kuil Then Tze di Temiang.

Katanya, harga tanah itu pasti lebih tinggi daripada dua sen sekaki persegi berdasarkan pembangunan di kawasan berkenaan.

Darul Kartun: Mahkamah benar Putrajaya rayu pengharaman buku Zunar

Mahkamah Persekutuan hari ini memberi kebenaran (leave) kepada Putrajaya merayu kes pengharaman dua buku kartun karangan kartunis politik, Zulkiflee Anwar Ulhaque.

 "1 Funny Malaysia" dan "Perak Darul Kartun" diharamkan Mahkamah Tinggi pada Julai 2010 kerana "mengancam ketenteraman awam", tetapi Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu.

 Pada 9 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menarik balik pengharaman terhadap dua buku itu dan memerintahkan Kementerian Dalam Negeri memulangkan semua naskhah yang dirampas pada 2010.

 Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim mendapati bukti yang dikemukakan tidak menyokong dakwaan hasutan atau mengandungi unsur yang menjurus kepada hasutan.

 "Ini adalah kes akta hasutan digunakan untuk mengawal kebebasan bersuara," kata Ariff dalam penghakimannya. "Kebencian awam tidak boleh disamakan dengan ketenteraman awam, apatah lagi hasutan," katanya.

Bailout: PNB pula penyelamat 1MDB, kata Rafizi

Rafizi Ramli
PETALING JAYA - Selain Lembaga Tabung Haji (TH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) didakwa turut terlibat meminjamkan wang berjumlah RM579.2 juta kepada syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, penglibatan PNB itu mengesahkan kebimbangannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan dana awam untuk menyelamatkan 1MDB.

"TH telah meminjamkan sebanyak RM920.8 juta kepada 1MDB melalui pembelian bon sukuk yang diterbitkan dalam Februari 2014. TH sahkan pembelian sukuk ini berhubung pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB dan hasil pinjaman sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan kem-kem tentera dan infrastruktur berkaitan bagi memindahkan‎ operasi sedia ada di Kem Sungai Besi sebelum ini.

"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu TH dan PNB. Bermakna, sejumlah RM920.8 ‎juta telah dipinjamkan TH kepada 1MDB, baki RM579.2 juta pula telah dipinjamkan PNB kepada 1MDB," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau mendakwa, hasil semakannya, 1MDB merancang untuk menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia.

"...di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.
Malangnya, sehingga sekarang kita masih belum melihat kemajuan yang meyakinkan bahawa Bandar Malaysia ini akan mendatangkan keuntungan yang membolehkan 1MDB membayar kembali hutangnya.

Kuat dalam Umno tapi kalah pilihan raya.....


Suasana semasa ucapan Datuk Seri Najib Razak di Sabah pada hujung minggu lalu akan mengingatkan kita pada kempen pilihan raya umum ke-13.

Melalui rakaman yang disiarkan di TV, kita boleh lihat kain rentang dengan slogan “I Love PM” bergentayangan di serata sudut dan dipamer oleh peserta yang hadir di Tawau.

Najib menyebut, seramai 40,000 orang muncul ke acara tersebut. Dalam ucapannya, Najib berkata beliau tidak akan berundur hanya atas desakan seorang individu – bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menganggap gesaan seperti itu sebagai satu ujian semata-mata. Ujian yang dihadapi Mahathir malah lebih besar, katanya.

Najib membangkitkan semula bahawa Mahathir hanya menang tipis untuk mengekalkan kedudukan sebagai presiden parti dalam pemilihan Umno 1987.

Menurut Najib, beliau sendiri menyumbang kepada kemenangan itu, sehingga membolehkan Mahathir menang dengan majoriti 43 undi.

Secara tidak langsung, Najib juga ingin menyatakan bahawa kedudukannya kini tetap kukuh dalam Umno, berbanding semasa Mahathir bergelut untuk menyelamatkan jawatan di akhir 1980-an.

Umno berpecah dua pada waktu itu – Team A dan Team B – yang hampir menumbangkan Mahathir, kata Najib.

“Hampir 50 peratus ahli Umno suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi perdana menteri'. Oh hebat dia jawab.
  
"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi perdana menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah,” kata Najib.

Jika tidak, Mahathir tidak akan berjaya kekal menjadi perdana menteri selama 22 tahun, kata Najib, yang dilaporkan menerima sorakan gamat.

‎Anti-GST: Remaja mahu balai polis berbeza siasat dakwaan ugutan rogol


Maisara Amira antara 23 tahanan yang menyertai perhimpunan 1 Mei bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dibebaskan daripada tahanan reman di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 8 Mei lalu.- Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Mei, 2015. .

Seorang remaja yang mendakwa seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengugut untuk merogolnya semasa ditahan pada 1 Mei lalu mahu kesnya disiasat di balai polis berlainan.

Maisara Amira, satu-satunya perempuan daripada 29 orang yang ditahan ekoran perhimpunan Hari Pekerja baru-baru ini, enggan memberikan kenyataan kepada polis mengenai dakwaan rogol itu kerana trauma, menurut peguamnya, Faizal Rahman.

Faizal menolak dakwaan IPD Dang Wangi bahawa siasatan tidak boleh diteruskan kerana Maisara tidak tampil membantu siasatan kes.

"Kami maklumkan polis beliau mengalami trauma dan tidak mampu pergi ke balai polis dengan keadaan sebegitu. "Kami masih tidak dapat maklum balas daripada polis walaupun kami sudah nyatakan kebimbangan ini sejak hari pertama laporan polis dibuat.

"Jika kami tidak menerima apa-apa kami akan tulis surat susulan mengenai perkara ini supaya pegawai yang mengendalikan IPD itu memutuskan sama ada boleh disiasat selain di Dang Wangi," katanya. Maisara membuat laporan polis terhadap dakwaan ugutan rogol di IPD Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Katanya, ugutan itu berlaku pada 5 Mei, semasa Maisara disoal siasat polis tidak berpakaian seragam, antara pukul 11.30 pagi dan 1.30 petang, beberapa jam sebelum dibebaskan pada hari sama. Faizal berkata, anak guamnya membuat laporan di balai polis lain kerana mahu siasatan bebas, dan bersedia mengecam pegawai yang mengugutnya.

RM600K akan dibayar kerajaan untuk keluarga Beng Hock

Kerajaan akan membayar ganti rugi RM600,000 atas kecuaian dan RM60,000 kos kepada keluarga Teoh Beng Hock, kata anggota Parlimen DAP.

Teo Nie Ching berkata penyelesaian itu dicapai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah sepatutnya mendengar pengakuan daripada saksi defendan, yang dijangka 13 orang, hari ini.

Dalam prosiding lepas, pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, saksi terakhir plaintif dalam saman cuai difailkan anggota keluarga Teoh terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 13 lagi, tidak hadir.

Keluarganya tidak mendedahkan kepada media berhubung sebabnya.

Pada 2009, Teoh, pembantu keapda exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas terjatuh daripada tingkat sembilan pejabat SPRM Selangor.

Black 505: Notis Seksyen 9(5) APA kekal tak sah dan batal


Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) yang meminta peserta memberi notis 10 hari sebelum mengadakan sesuatu perhimpunan kekal batal dan tidak sah.

Ini susulan pihak pendakwaan hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan terhadap Exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad yang dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Berikutan itu, keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan seksyen tersebut sebagai batal dan tidak sah dan tidak berpelembagaan, diterima.

Peguam Nik Nazmi Latheefa Koya memberitahu Malaysiakini bahawa penarikan balik rayuan itu dibuat oleh DPP Manoj Kurup, yang juga ketua bahagian perbicaraan dan rayuan di Pejabat Peguam Negara.

President Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai barisan hakim membatalkan rayuan pendakwa ekoran penarik balik rayuan tersebut.

Sebelum itu, Nik Nazmi menulis dalam twitternya: "Alhamdulillah. Mahkamah Persekutuan membatalkan kes #Black505 saya selepas pendakwaraya menarik balik rayuan."

Rosmah PM? Mana bukti, tanya pembantu

"Pernahkah Datin Seri Rosmah Mansor mempengerusikan mesyuarat kabinet? Pernahkah beliau menasihati Yang di-Pertuan Agong?" Itu antara persoalan ditanyakan pembantu perdana menteri Rizal Mansor sebagai reaksi kepada kenyataan Tun Dr Mahathir semalam.

Kata Rizal, memang ada pihak tertentu mendakwa Rosmah berkelakuan seperti perdana menteri namun beliau tidak melihat ada kebenaran pada tuduhan berkenaan.

"Justeru, tolong beritahu saya, pernah tak beliau (Rosmah) menghadiri mesyuarat kabinet atau mempengerusikannya?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam Dr Mahathir sekali lagi mengkritik Rosmah yang dikaitkannya dengan gaya hidup mewah.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau didatangi oleh pelbagai ramai kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Najib.

Menurut Rizal Rosmah juga tidak pernah memberi sebarang arahan kepada mana-mana menteri atau ketua setiausaha sesebuah kementerian.

Begitu juga, kata Rizal, Rosmah tidak pernah menasihati Agong seperti tugas rasmi seorang perdana menteri.

'Kemewahan' pasangan Najib - Rosmah menjadi antara perbualan ramai termasuk di kalangan veteran politik dan wartawan.

Malah aspek itu turut pernah menarik perhatian media luar negara seperti dilakukan akhbar New York Times di AS dan majalah Tempo Indonesia.

Ekoran laporan New York Times itu, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan kekayaan Najib diwarisi daripada keluarganya

MH179: Akibat arak nyawa penumpang jadi taruhan

KUALA LUMPUR: Kerajaan nampaknya masih belum mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku terhadap Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) membabitkan MH370 dan MH17.

Terkini pula MH179 apabila terpaksa berpatah balik ekoran seorang penumpang mabuk sehingga mengganggu penerbangan pesawat tersebut.

Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary melahirkan rasa kecewa apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berulang kali mendesak kerajaan agar tidak menghidangan minuman arak di dalam pesawat MAS.

Merujuk kepada kejadian terbaru itu, bagi Marzuk ia sekali gus memburukkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam, selain mengundang bahaya kepada peminum dan para penumpang lain.

"Tragedi yang menimpa pesawat MAS sebelum ini sepatutnya menginsafkan kita semua agar lebih berhati-hati. Namun nampaknya pihak MAS dan kerajaan masih belum dapat mengambil iktibar apa yang telah berlaku.

"Rakyat Malaysia masih kuat trauma kejadian MH370 dan MH17. Insiden MH179 ini pula menambah lagi trauma sedia ada," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru katanya, pihak kerajaan sudah begitu lama berjanji untuk membincangkan perkara ini apabila perkara ini dibangkitkan di dalam sidang parlimen.

Namun katanya,  janji yang diberi sudah sampai ke tahap berlaku pula insiden mabuk di dalam pesawat yang boleh membahayakan nyawa para penumpang apatah lagi meruntuhkan reputasi MAS yang sudah sekian merosot.

JPA harus sasar 'jabatan tak beri manfaat'


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepatutnya mensasarkan jabatan yang tidak "memberi manfaat kepada rakyat" dan bukannya membekukan pengambilan kakitangan awam baru, khususnya bagi Kementerian Kesihatan, kata seorang ahli parlimen pembangkang.

MP Kulai Teo Nie Ching berkata antara yang pertama harus disasarkan ialah jabatan seperti 'Bahagian Wanita Pertama Malaysia' (FLOM).

Katanya, walaupun saiz perkhidmatan awam juga perlu turut dikawal, tetapi pembekuan jawatan baru di semua kementerian adalah tidak masuk akal.

"Sebaliknya, JPA patut mensasar dan mengurangkan saiz jabatan-jabatan tertentu yang tidak benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, seperti FLOM, utusan khas dan penasihat khas di bawah Jabatan Perdana Menteri, Cawangan Khas, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), [. ..] dan lain-lain lagi, "katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada tahun 2011 kemunculan bahagian FLOM telah mengundang kontroversi, tetapi kemudiannya telah diperjelaskan sebagai ia adalah jabatan tidak rasmi yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang dipinjamkan yang membantu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan tugas-tugasnya.

Teo mengulas pengumuman JPA bahawa ia akan membekukan pengambilan jawatan baru untuk mengawal saiz perkhidmatan awam.

Ahli Parlimen DAP itu mengingatkan bahawa langkah tersebut akan memberi kesan teruk terhadap sektor kesihatan awam.

Harapan tinggi kepada PAS terhempas

A Shukur Harun

Demikian ramai pendukung PAS melihat dengan penuh kekecewaan akan wajah PAS masa kini. Ada yang sangat bimbang, malah marah.
Wajah parti Islam yang sudah berumur 61 tahun itu kelihatannya, tidak ceria, kusut masai, murung bagaikan pesakit kronik yang sukar sembuh dan penuh masalah yang tidak terselesaikan,
Sepatutnya parti itu dilihat teguh, meyakinkan kerana sudah begitu berpengalaman serta menempuh pelbagai cabaran yang hebat sepanjang sejarahnya.

Pendukung PAS berhak merasakan bimbang, kecewa, malah marah atas apa yang berlaku di dalam PAS yang akan bermuktamar ke-61 awal tahun depan. Mereka selama ini menggantungkan harapan tinggi kepada PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang boleh membela ummah. Malah golongan bukan Islam banyak memberi sokongan sejak Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13 kerana konsep “PAS For All” yang didukung oleh PAS.
Tetapi kini, semua harapan mereka terhempas, justeru PAS dilanda krisis berat yang hingga kini belum ada sebarang usaha untuk memulihkannya. Konsep “PAS For All’ entah ke mana.
Dari jurang krisis itu tercetuslah label melabel, kata-kata seperti barua, Islam sekular, munafik haraki, malah syaitan serta umpat keji dan kata-kata kesat yang dahsyat
Ada pula tuduhan kononnya wujud golongan di dalam PAS yang berusaha untuk menyelewengkan dasar Islam, lari dari perjuangan asal PAS, konon hendak menjadikan PAS sebagai parti sekular dan pelbagai lagi tuduhan, malah fitnah yang tidak pernah kita fikirkan boleh tercetus di dalam jemaah PAS di mana pendukungnya melalui tarbiah – usrah, tamrin, mukhayyam, pelbagai kuliah mengenai pembentukan akhlak sejak puluhan tahun.
Ramai yang bertanya di mana menghilangnya nilai ukhuwah, persaudaraan Islam yang dibina sekian lama di dalam jemaah PAS yang selama ini menjadi nilai paling mulia di dalam warga PAS. Kini semuanya musnah. Ada ahli yang jujur menitiskan air mata mengenangkan hal ini.
Ada pihak yang mengumpamakan krisis di dalam PAS ini seperti kapal raksasa “Titanic British”, yang musnah di lautan Atlantik kerana terlanggar batu salji yang sangat besar ketika belayar di lautan itu.
Pembuat kapal itu dengan angkuhnya memberitahu, kononnya tidak ada satu pun makhluk di bumi ini yang boleh memusnahkan kapal hebat itu kerana ia dibina sedemikian rupa.
Kapten kapal itu pula, ketika dalam pelayaran, dengan angkuh tidak mahu mendengar nasihat beberapa pakar lautan di dalam kapal Titanic itu sendiri yang menasihatinya supaya mengubah laluan disebabkan laluan yang hendak ditempuh banyak batu besar salji yang sangat merbahaya, yang boleh memusnahkan kapal itu jika melanggarnya.

Bagaimana kita jelaskan Malaysia kepada diplomat asing?

oleh Rama Ramanathan
Menurut standard antarabangsa, krisis bermaksud “situasi luar normal yang mengancam operasi, kakitangan, pelanggan atau reputasi sesebuah perniagaan”.
Untuk dianggap sebagai krisis, sesebuah keadaan perlu pertama, luar daripada kebiasaan dan kedua, memberi ancaman. Maka apabila diminta untuk menilai keadaan, setiap pengurus krisis akan bertanya tiga soalan: Apakah keadaan yang dianggap normal? Apakah ancamannya? Siapa yang akan menerima kesan?
Pengurus krisis juga ada fikiran lain yang bermain di minda mereka. Ia dinyatakan dengan baik oleh kebanyakan kamus: krisis adalah titik perubahan dalam penyakit; ia menandakan perubahan penting yang bakal berlaku, hasilnya boleh jadi pemulihan. Atau kematian.
Minggu lalu saya dijadualkan untuk bertemu seorang diplomat yang baru-baru ini ditugaskan ke Malaysia. Beliau dalam proses bertemu pelbagai pihak, memahami denyut nadi Malaysia.
Saya tertanya-tanya apa yang patut saya beritahu diplomat itu tentang tanah air saya. Saya memutuskan untuk tidak bercakap tentang obsesi nombor satu negara, makanan. Sebaliknya saya bercakap tentang obsesi kedua dan ketiga negara: kaum dan agama.
Jadi mengapa saya memulakan artikel ini dengan bercakap tentang krisis? Ini kerana saya yakin negara kita sedang dilanda krisis. Keyakinan ini cukup kuat sehingga saya meninggalkan kerjaya korporat dan menumpukan hidup saya untuk memperbaiki keadaan.
Kebanyakan kita tidak peduli tentang apa yang sedang berlaku di negara kita. Kita tidak bekerja untuk mempengaruhi dasar kerajaan; kita tidak kenal wakil yang sepatutnya mewakili kawasan parlimen tempat tinggal kita; kita malah tidak tahu nama parlimen tempat tinggal kita.

Jangan campur urusan pemilihan parti kata PAS Terengganu

Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat mengingatkan mana-mana pihak tidak mencampuri urusan Pas dalam memilih barisan kepimpinan yang akan menentukan hala tuju parti itu pada masa depan.
Menurutnya, serangan daripada pihak luar terutama terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperlihatkan pihak terlibat seolah-olah mahu mempengaruhi ahli Pas dalam menentukan kepimpinan menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Bagaimanapun beliau yakin keadaan itu tidak akan memberi kesan kepada Pas dan menegaskan bahawa ahli parti itu lebih tahu siapa yang berhak untuk menerajui Pas.

“Saya rasa semua bentuk serangan ini hanya berlaku sebelum muktamar untuk calarkan imej presiden.

"Bukan AMK sahaja tetapi juga daripada PKR dan DAP tetapi kita melihat mutakhir ini pencalonan yang banyak terhadap Tuan Guru (Abdul Hadi)," katanya.

Kata beliau, kepimpinan Pas yang ada kini sudah lama dan beliau harap supaya mana-mana pihak jangan campur tangan kerana mereka lebih tahu siapa untuk dipilih sebagai pemimpin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa pihak sebelum ini termasuk AMK yang mendakwa Abdul Hadi sebagai mesra Umno.

Satiful Bahri yang juga Adun Paka turut menjangka bahawa semua bentuk serangan terhadap Abdul Hadi akan berakhir selepas Muktamar Tahunan Pas nanti.