Isnin, 11 Mei 2015

KANTOI LAGI buat Pengerusi Tabung Haji !!!


BAGAIMANA spesis kaki bohong boleh dilantik jadi Pengerusi TabungHaji !!!.. Patutla yg melantiknya pon siapa lagi kalau bukan Najib Razak itu sendiri.. 

Apa akan jadi pada duit2 pencarum Tabung Haji jika Pengerusinya sendiri sudah terang2 KAKI BOHONG !!!

1MDB: MT Mahu Pesalah Dihukum


'Tiada ahli MT Umno desak Najib berundur' - KJ

KJ: TPM beri jaminan tiada konspirasi bagi singkir Najib

Kerja untuk ummah, tanpa batasan politik, kata Azeez


Najib dakwa sentiasa bincang 'hati ke hati' dengan Muhyiddin

NGO serah memo pada speaker Parlimen isu TH


TH: Kenapa tak guna penilai harta tempatan


ADA TAK syarikat2 kroni UMNO beli tanah2 di TRX..


ADA TAK 'billionaire' taikun gula tu beli tanah2 di TRX..

NAMPAK TAK bagaimana otak2 pemimpin UMNO begitu licik nak 'KELEPET' duit rakyat pd tabung2 dana awam di M'siA yg memiliki BERBILION RINGGIT di dlmnya..

SELAMATKAN TABUNG HAJI.....





Orang Melayu, Cina tidak senang Rosmah berlagak seperti PM

Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan dia Perdana Menteri.
PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau mendedahkan orang ramai terutama Melayu, ahli UMNO dan Cina tidak senang dengan cara hidup mewah isteri Perdana Menteri dengan lagaknya seakan-akan Perdana Menteri.
“Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib hentikan dasar dan pendekatannya.
“Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan dia Perdana Menteri,” katanya dalam entri terbarunya chedet.cc.
Dr Mahathir menambah, beliau menerima desakan tersebut dari orang ramai dan cuba untuk menasihat dan menegur Perdana Menteri tetapi tidak berkesan.
Beliau mendakwa, Najib amat yakin dengan cara pemberian wang (BRIM) akan memikat hati orang ramai.
“Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia (BRIM) begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN.
“Dia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, beliau menerima desakan bertalu-talu untuk membuat sesuatu bagi menyedarkan Najib tentang kemerosotan sokongan terhadapnya, kebencian tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya.
Dr Mahathir mengakui walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menegur Najib namun ia tidak berkesan.

Rosmah gets AiyohWhatLah! award for her ‘secret weapon’

Get ready to clutch your forehead in despair as AiyohWhatLah! spoof award winners get crowned
rosmah_award_600_2IPOH: AiyoWhatLah!?
Yes, that’s right — the winners of the annual thumbs-down awards have been announced and honoured for their stupendously eyebrow-raising statements promoting sexism, misogyny, homophobia and transphobia.
Without wanting to give too much away, the Least Helpful to the Sisterhood award went to a certain woman famously identified by her lavish, luscious hairstyle.
The awards ceremony was held at Sarang Paloh, Ipoh, Perak and hosted by the irrepressible Ribena Berry, played by the incomparable Jo Kukathas.
Guests and members of the public turned up to show their support and enthusiasm to cheer on the most ‘deserving’ winners of this year’s AiyohWatLah! Awards show.
More than 1,300 people, both locally and internationally, voted to choose the winning public statements, actions and policies in the various awards categories developed by JAG.
Without further delay, here are the winners of the Fourth AiyoWhatlah Awards:
Least Helpful to the Sisterhood: Who would have guessed? Rosmah Mansor took the limelight with her statement that women should not ask for so much from men, but should instead persuade them with their ‘secret weapon’.
This statement was made during the opening of the Legal Advisory and Women’s Aid Centre (LAWA).
Foot in Mouth: The award went to Deputy Home Minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar who, in response to the report that statutory rape figures are higher in the Malay community, said, “Most Malays are sensitive to [the rape of] teenage girls..Non-Malays are probably less sensitive towards this.”
Insulting Intelligence: Winning by the tip of his nose is Ampang Umno Chief, Ismail Kijo, for the statement that same-sex marriage, particularly among lesbians, threatens mothers-in-law because their daughter’s partners, may have — wait for it — bigger breasts than them! (Exclamation point inserted by FMT).

Mahathir: It’s ‘chaos’ if Pakatan wins

The Opposition is set to seize the reins of power in Putrajaya if Najib leads BN into GE 14 in 2018.
mahathir putrajaya
KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Mahathir Mohamad, in tracing events in his latest blog posting, stressed that directly or indirectly Prime Minister Najib Abdul Razak was responsible for the burden of the scandal-ridden 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Billions of ringgit have been lost and probably cannot be recovered,” warned Mahathir. “It’s not exactly clear where the monies went.”
“Because of this irresponsible act, Najib was no longer fit to be Prime Minister.”
He concedes that if he doesn’t support Najib, the Opposition would take advantage of the situation. “If Najib leads the Barisan Nasional (BN) into the 14th General Election in 2018, it would be defeated. So, if there are to be changes in the Umno and BN leadership, it must be done before GE14.”
If Pakatan Rakyat forms the Federal Government in Putrajaya, he warned, there will be chaos in the country. “The development of the country would be set back and the people would suffer.”
He repeated points that he had made before on the informal opposition alliance being a marriage of convenience. “PKR was only about Anwar Ibrahim becoming Prime Minister, DAP was about the Chinese and PAS was all about using Islam for political expediency,” reiterated Mahathir. “PAS is willing to embrace the kafir (infidels) while at the same time referring to Umno as a party of infidels.”
The former Prime Minister said that he cannot accept the country being run by Pakatan Rakyat. “In Permatang Pauh, the Opposition was at loggerheads and Azmin Ali would probably like to have seen Wan Azizah defeated.”
Rompin, he said, was an Umno stronghold where the late Jamaluddin Jarjis was very popular. Besides, he pointed out, the PAS candidate was weak.

Tabung Haji turut memegang amanah, bukan hanya wang

oleh Alyaa Alhadjri
Mereka jelas tidak mengerti. Mengapa penyimpan tiba-tiba marah?
Lagipun ianya adalah pelaburan, dan mereka untung, bukankah begitu?
Johan AbdullahJohan Abdullah
Ketua pegawai eksekutif Tabung Haji, Johan Abdullah berkata yang pembelian hartanah dengan harga RM188.5 juta itu adalah pada "kadar diskaun" jika dilihat dari nilai pasaran semasa, selepas penilaian oleh penilai-penilai profesional bebas.
Kebetulan sahaja bahawa jumlah yang 'dilabur' oleh Tabung Haji untuk membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah hampir sama dengan jumlah yang diperlukan untuk membayar hutang 1MDB.
Satu kebetulan semata-mata, itu sahaja. Tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.
Konflik kepentingan? Mustahil! 
Tiga ahli lembaga pengarah Tabung Haji yang memiliki kaitan dengan 1MDB telah dikecualikan daripada proses membuat keputusan, menurut pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim.
Walaupun beliau juga menegaskan yang "tiada apa yang tak kena" dengan pelaburan itu, Azeez dilaporkan berkata yang Tabung Haji telah bersetuju untuk menjual 1.65 ekar tanah "bagi menghormati sentimen dan sensitiviti pendeposit dana", atas nasihat Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
"Perdana Menteri menelefon saya pagi ini dan menasihati kami untuk menjual tanah itu. Sudah ada tiga tawaran dan kami akan menyelesaikannya minggu depan.
"Kita boleh kembali 100 peratus daripada wang kita dan juga keuntungan daripadanya," Azeez dipetik sebagai berkata oleh portal Malaysiakini pada 9 Mei. 
Sudah tentu Tabung Haji perlu mendengar nasihat Najib.
Lagipun beliau adalah pengerusi lembaga penasihat dan Menteri Kewangan 1MDB, antara lainnya.
Orang ramai mempunyai alasan yang sah untuk hilang kepercayaan kepada Tabung Haji, tetapi pengendaliannya terhadap perjanjian tanah kontroversi itu juga mencerminkan sikap Najib sendiri dan pendekatannya ke arah pentadbiran fiskal – atau tadbir urus secara umumnya.
Ini adalah apa yang sesetengah rakyat gelarkan sebagai kaedah "korek lubang, tutup lubang", di mana seseorang itu mengambil pinjaman baru untuk membayar hutang lama.
Dalam proses berbuat demikian, mana-mana dan setiap tanda amaran mungkin dinafikan atau diabaikan – malah tanda yang disokong dengan 'bukti' didokumenkan mengenai dakwaan salah urus kewangan.

Andai kata Najib letak jawatan atau dipecat..


APA AKAN JADI pada Rosmah ???
APA AKAN JADI pada 'tabung' Permata ???
APA AKAN JADI kemewahan hidup Rosmah ???
APA AKAN JADI jet mewah Rosmah ???
APA AKAN JADI pd 'helmet' Rosmah ???
APA AKAN JADI pd cincin, beg tangan Rosmah ???

APA AKAN JADI pd kutipan duit2 GST ???
APA AKAN JADI pd hutang2 KERAjaan BN pd KWSP, KWAP, PETRONAS, TNB dan pada rakyat M'sia !!!!

APA AKAN JADI pd pencacai UMNgOK sekalian....

Kes 1MDB, TH akan dilapor ke SPRM

KUALA LUMPUR - Satu laporan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) esok.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Amidi Abdul Manan berkata, ia bagi menyiasat segala bentuk urus niaga yang dibuat oleh 1MDB dan TH.

"Kita akan buat laporan kepada SPRM untuk menyiasat kes ini. Kemungkinan ada beberapa perkara boleh disiasat. Kita akan beri peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat bagi penambahbaikan TH," katanya  ketika ditemui pemberita di hadapan Pejabat TH, di sini ‎hari ini.

Sebelum ini, Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan pada  15 Januari lalu tampil membuat laporan kepada SPRM berhubung 1MDB.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata ia akan membolehkan siasatan terperinci, menyeluruh dan berterusan dilakukan badan itu berkenaan ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dan dana kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.

Mahathir kritik Rosmah berlagak macam PM

Tun Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengkritik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dikaitkan dengan gaya hidup mewah.

“Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.

"Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

“Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina.

“Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri,” katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata akibat desakan itu bertalu-talu, beliau cuba menegur Najib tetapi tidak berkesan.

”Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

“Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan,” kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

'Keadaan amat serius'

Bagaimanapun, kata Mahathir, apabila beliau mula mendengar berkaitan dakwaan skandal 1MDB, beliau merasakan keadaan sudah menjadi amat serius.

Najib kuat dengan 'rakyat upahan'

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya tidak seperti yang tergambar.

"Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan 'I love PM' dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.

"Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB (Dasar Ekonomi Baru), mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputera di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.

"Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), wang percuma untuk rakyat," katanya.

Susulan perkata itu, Dr Mahathir yang pernah menyangka prestasi Najib dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih baik berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi meleset.

BAKI AKAUN SEMASA KERAJAAN MALAYSIA DAH TINGGAL HANYA RM6.1 BILION SAHAJA ....


MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor penyusutan akaun semasa negara beberapa tahun kebelakangan ini salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

EPF sudah, KWAP sudah, PETRONAS sudah, TNB pon sudah...

Agak2 Najib berani tak nak ambil peruntukan PERMATA utk 'bail out' 1MDB...

'Muhyiddin, KJ perlu nyatakan perkara sebenar pada Najib'

Dilema Mahathir - Tegur salah, tak tegur salah

Speed up on your 1MDB report, Umno joins the chorus line

TRX: 'Jika pembelian baik, kenapa Najib arah jual semula?’

Rasa teraniaya, ahli PAS keluar caruman Tabung Haji

ABIM serah memo desak pengerusi Tabung Haji berundur

Dr.M: 'Bukan Melayu saja, Cina juga tak senang dengan Rosmah'

Dr M: BN tumbang pada PRU-14 jika Najib tak undur

Malaysia detains hundreds of migrants arriving on boats

TH-1MDB: Habislah Najib?


Ramai yang melihat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji sebagai paku terakhir kepada kareer politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Namun, ia tidak semudah itu kerana nyawa politik Najib kini berkait dengan nyawa 1MDB yang juga bersangkut-paut dengan nyawa perbendaharaan Malaysia.
Ceritanya mudah, hutang 1MDB RM42 bilion perlu dibayar – sama ada Najib terus menjadi perdana menteri mahupun tidak – kerana yang menjamin hutang 1MDB ialah kerajaan bukannya Najib.
Najib selaku menteri kewangan dan juga penasihat 1MDB melalui satu jawapan bertulis 12 Mac 2015 mengaku yang “surat sokongan” yang dikeluarkan kerajaan kepada 1MDB Global Investment Ltd untuk membuat pinjaman berjumlah AS$3 bilion (RM9.6 bilion).
“1MDB Global Investment Limited perlu menggunakan dana dalaman syarikat termasuk kesemua asetnya terlebih dulu. Jika semua langkah tersebut diambil dan syarikat masih kekurangan dana untuk menyelesaikan pinjaman berkenaan, barulah surat sokongan kerajaan menjadi efektif,” kata Najib.
Apa maksudnya secara mudah? 1MDB perlu menjual aset-asetnya terlebih dahulu untuk bayar hutang. Jika tidak mampu membayarnya, maka kerajaan Malaysia (bukan Najib) perlu membayarnya.
Oleh kerana ada “backup” sebesar kerajaan Malaysia, maka ramai yang sudi meminjam duit kepada 1MDB sebelum ini sehinggalah hutang ditimbunkan menjadi RM42 bilion.
Untuk membayar hutang, 1MDB mencuba pelbagai cara. 1MDB pernah merancang IPO bagi mencari dana, tapi gagal. Bukan itu sahaja, 1MDB juga menerbitkan sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion untuk mencari dana dan kini timbul ura-ura Lembaga Tabung Haji membeli RM1.6 bilion atau 66% sukuk tersebut berdasarkan dokumen yang diledakkan di blog mengenai pembelian tanah TRX.
Di Parlimen, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga mengaku Tanjong Public Limited Company milik Tan Sri Ananda Krishnan membantu 1MDB mencari RM2 bilion dana untuk membayar hutang.

Muhyiddin, Khairy jangan hanya tegang di luar tetapi KECUT di dalam

Apabila perbincangan pemulihan parti UMNO berlaku dalam MKT petang ini maka tidak dapat tidak kelemahan dan kekuatan kepimpinan Datuk Seri Najib akan dibincangkan. Najib telah mengistiharkan bahawa beliau tidak akan tunduk kerana parti dan rakyat menyokongnya.
Katanya Mahathir sendiri tidak berundur ketika sokongan padanya dalam parti hanya 50 peratus sebaliknya kedudukannya dalam parti dan juga sokongan rakyat lebih kuat.
Walaupun ini benar tetapi kebenaran dalam politik selalu berubah.Hakikatnya pada masa itu walaupun parti berpecah belah tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat kepadanya di luar parti terutamanya Melayu disamping Cina dan India adalah kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen teguh tetapi sekarang orang Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali "I Love You Palsu."
Najib tidak sewajarnya berhohong mengatakan menyokong Mahathir ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987. Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah dari wartawan-wartawan saya sendiri di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim,Najib takkan sokong Mahathir.
Dalam ucapannya di Tawau,Najib mendakwa menyokong Dr.Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987 tetapi ingatan saya dalam soal ini ditakdirkan Allah segera disahkan oleh pesanan ringkas dari seorang bekas pegawai tinggi UMNO " Dia bohong sokong Dr.M 1987. Dia mula sokong TR( Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan ,AI(Anwar Ibrahim) Ketua. AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup. He is really desperate . Dr M menang dgn 44 undi . He didn't campaign at all. He is playing safe.
Dalam pada itu transformasi yang dibawa oleh Najib lebih banyak membawa kepada penghakisan keyakinan rakyat dan kehilangan penghormatan terhadap bangsa dan agama dan bukannya menambah keyakinan seluruh rakyat. Ini dapat dilihat dari penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,kesepian majlis penasihat , krisis 1MDB dan pembelian dan penjualan semula tanah 1MDB oleh TH.
Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula tanah itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH. Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan pencarum sebaliknya menambah kemarahan dan kelukaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan.
Inilah bukti jelas bahawa Najjib gagal untuk menghayati perasaan rakyat dan kaumnya sendiri dari soal ISA hingga kepada Tabung Haji. Malah beliu telah melalut dalam membanggakan keturunan Bugis, Walaupun Mahathir dari keturunan India atau Mamak, Syed Hamid Albar , Syed Jaafar Albar dari keturunan Arab tetapi mereka lebih berbangga sebagai keturunan Melayu walaupun mereka bukan Melayu jati malah mereka lebih Melayu dari Melayu..
Malah dalam buku Mahathir Malaysian Maverick yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal apabila pengarangnya bertanya kepada Mahathir apakah dia keturunan India, Mahathir menjawab dengan bertanya apakah semestinya setiap orang Melayu yang cerdik bukan Melayu.

Najib sang Kelinci putih telah termasuk jerat ....

Najib Razak akhirnya terpaksa juga mengaku kalah dan tidak sanggup untuk terus berperang di medan psikologis dengan Dr Mahathir Mohamad apabila semalam dia membuat kenyataan terbuka menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan agar meletak jawatan
Kenyataan itulah yang ditunggu-tunggu Mahathir selama ini, mahu melihat Najib melatah dan membuka langkah menyerangnya. Mahathir mahu melihat aura Bugis Najib yang sebenar. Apa yang ditunggu itu kini sudah diperolehi. Najib dalam kunjungan ke Sabah semalam dengan angkuh membuat penegasan dia tidak akan melepaskan jawatan perdana menteri.
Penegasan Najib itu dilihat dia sudah hilang sabar dan gagal kawal diri apabila 24 jam sebelum berlangsungnya himpunan sempena hari kelahiran Umno di PWTC hari ini, Najib sudah "membeludakkan" perasaanya itu. Seolah-olah tindakan Najib di Sabah itu seperti wanita hamil bersalin tidak cukup bulan.
Melihat cara Najib mempertahankan diri sambil menyerang Mahathir semacam beliau dirasuk sehinggakan berani untuk membuat serangan terbuka sebegitu. Najib sampai mengungkit sokongannya kepada kepada Mahathir tahun 1987 yang sekaligus membuka sikap play safe yang oportunisnya. Aksi Najib itu tidak bijak dan dianggap melampau, yang menunjukkan dia beserabut.
Sebelum ini Najib menahan sabar daripada membalas apa yang Mahathir lakukan kepadanya. Kalau pun ada Najib hanya menyinis dan banyak membiarkan kepada awak-awaknya, para menteri Musang Berjanggut untuk menjawab bagi pihaknya. Sikap mendiamkan diri dan istiqamah dengan kebodohan sebagai satu pendekatan bijak Najib. Rata-rata orang melihat Najib lebih pintar berbanding dengan Mahathir. Tetapi apa yang berlaku di Sabah semalam menyerlahkan akan kedangkalan Najib.
Mahathir mungkin tersenyum melihat Najib dikaca televisyen menyerangnya. Bagi Mahathir selaku seorang ahli politik yang matang dan licit, dia sangat berharap Najib bingkas menjawab persoalan yang ditimbulkan. Beberapa isu dibangkitkan beliau sebelum ini mendedahkan kelemahan kepimpinan Najib dan ketidakmampuan PM itu memimpin negara disambut dingin oleh Najib. Kedinginan itulah menjadikan Mahathir serba salah dan kecewa sehinggakan ada kalanya bertindak sebagai orang kewarasan.

Sewa 'saku kiri ke saku kanan' Putrajaya?


Kenapa perlu membayar sewa kepada diri sendiri untuk menggunakan harta tanah yang dimiliki sendiri sejak sekian lama?

FLC’s-payment-of-sub-lease-rental-to-PFIPutrajaya didakwa membayar sewaan kira-kira RM5.77 bilion lebih dua tahun setengah untuk menggunakan 186 bidang tanah yang sudah dimiliki.

Dan ia dikatakan akan terus membayar keseluruhan RM23.4 bilion lagi untuk 12 tahun akan datang.

Penerimanya dikatakan Pembinaan PFI Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang kurang diketahui.

“Ini macam transaksi saku kiri ke saku kanan,” kata anggota Parlimen Kulim dan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam taklimat media sebelum ini.

Perjanjian aneh ini muncul daripada pelaksanaan inisiatif kewangan swasta (PFI) yang mula-mula diumumkan oleh perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Putrajaya’s dodgy dealing to raise billions in secret

How did a little-known company, wholly owned by the government, come to be sitting atop a RM26 billion debt pile in a matter of several years? KINIBIZ traces the strange way Putrajaya’s private finance initiative vehicle raised its billions in funding.

Would you pay rental to yourself to use property that you already own for years – and have already long fully paid for at that?
FLC’s-payment-of-sub-lease-rental-to-PFIThat is exactly what Putrajaya is doing, having paid some RM5.77 billion in rental over the past two-and-a-half years to use 186 land parcels it already owns. And it will continue to pay another RM23.4 billion in total over the next 12 years or so.
The recipient? Pembinaan PFI Sdn Bhd, an obscure company wholly owned by the Ministry of Finance. “This is a left pocket to right pocket transaction,” said Kulim member of parliament and Public Accounts Committee (PAC) member Abdul Aziz Sheikh Fadzir at a media briefing in mid-March this year.
This strange and convoluted deal came about from the implementation of the federal government’s private finance initiative (PFI) initiative, first announced during the time of fifth prime minister Abdullah Ahmad Badawi, which sought to adopt a concessional procurement model widely practiced in other countries such as the United Kingdom and Australia.
However, there are a number of things wrong with how Putrajaya has proceeded with this procurement method. While the established practice for PFI projects to have the private sector source for their own financing, the Malaysian version sees the government providing the funds.
And these funds, totalling RM30 billion so far, were raised in a roundabout manner which critics say was intended to keep things off the government’s balance sheet. Transparency is lacking too: project awards are shrouded in secrecy and even appear unnecessary in some cases, with no known process for evaluation and accountability (see the third part of this series).
Most curious of all is the apparent intention of the entire PFI idea, which seems to provide contracts and concessions to bumiputera contractors. This raises questions on who these contractors are and whether they are benefitting from political connections in receiving these project awards.
In this part of the series KINIBIZ looks at the dodgy manner of Pembinaan PFI’s fund-raising and its implications as well as why Putrajaya is driving PFI in the wrong lane.
Putrajaya’s perverse PFI
The concept of PFI is not new, having seen wide practice in the United Kingdom and Australia between the 1980s and 1990s. However, the way Putrajaya had done its own PFI drive worryingly departs from the established norm.

Pegawai tinggi TH perlu letak jawatan, namun adakah itu sahaja?

oleh Robin Stanley Augustin

Minggu ini bakal menjadi seminggu yang panjang buat pegawai-pegawai tertinggi Tabung Haji. Keputusan Tabung Haji atas nasihat perdana menteri Najib Razak, untuk menjual lot tanah yang dibeli dengan penuh kontroversi daripada 1MDB tidak banyak meredakan kemarahan berhubung pembelian tersebut.

Pengkritik 1MDB dan Najib tidak akan membiarkan seluruh konflik ini surut begitu sahaja dalam masa terdekat ini, dan ia bakal menjadi peluru politik yang berharga pada masa akan datang.

Tiga syarikat telah datang sebagai penyelamat kepada Tabung Haji dan menawarkan untuk membeli tanah berharga RM188.5 juta itu. Namun semua sudah terlambat. Kemarahan orang ramai kuat dan jelas, malah ada penyimpan yang mengeluarkan simpanan mereka Khamis lalu berikutan pendedahan itu.

Menurut laporan The Malaysian Insider 9 Mei lalu, dua organisasi Islam mendesak pegawai-pegawai tertinggi Tabung Haji meletakkan jawatan bagi memulihkan keyakinan awam. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abd Manan berkata yang keputusan Tabung Haji untuk menjual tanah itu dapat membantu memulihkan keyakinan.

Tetapi pegawai tertinggi termasuk pengerusinya Abdul Azeez Rahim tetap perlu letak jawatan. Abdul Azeez Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad melangkau lebih lagi, apabila berkata urusniaga tanah itu perlu dibekukan dan pegawai tertingginya digantung perkhidmatan.

Dalam laporan itu, Parid membangkitkan fakta yang empat eksekutif Tabung Haji, iaitu Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Ismee Ismail, timbalan CEO Johan Abdullah, ahli lembaga pengarah Mohd Irwan Serigar Abdullah dan ahli panel pelaburan Abdul Samad Alias juga memiliki jawatan dalam 1MDB.

Skandal 1MDB-Tabung Haji: Najib digesa letak jawatan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 11 MEI: DAP mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera bersuara dan memberikan respon terhadap permintaan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam skandal hutang RM42 bilion 1MDB.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, Najib mesti terbuka, telus dan bertanggungjawab mengenai skandal ini kerana ia melibatkan dana awam dalam jumlah yang besar.
“Muhyiddin telah berkata bahawa beliau tidak tahu apa yang hendak dikatakan, bahkan mengenal pasti 1MDB sebagai salah satu punca kekalahan UMNO dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini,”
“Rakyat Malaysia tidak kagum dengan pertunjukan silap mata dana 1MDB yang lesap, malah lebih menaikkan kemarahan umat Islam pula adalah bagaimana Lembaga Tabung Haji (LTH) turut terlibat dengan skandal tersebut dengan membeli tanah di Tun Razak Exchange daripada 1MDB,”
“Najib harus mengadakan sidang media bersama Muhyiddin untuk menjawab pertanyaan serius yang dibangkitkan oleh timbalannya itu tentang mengapa tidak ada siapa yang didakwa, mengapa Lembaga 1MDB tidak dipecat dan kedudukan beliau selaku Penasihat 1MDB,”
“Sebarang kegagalan untuk berbuat demikian bukan saja akan merosakkan kredibiliti dan integriti yang masih ada pada Najib, malah akan menimbulkan krisis dalaman berikutan cabaran terbuka daripada Muhyiddin kepadanya,” tegas Guan Eng.
Ketua UMNO Bahagian Kulim Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam wawancaranya bersama portal The Malaysian Insider pagi tadi telah mengatakan bahawa sudah tiba masanya untuk Najib bertanya kepada dirinya sendiri apakah beliau seorang ‘calon boleh menang’ selepas pentadbirannya dihujani pelbagai kritikan termasuk kontroversi 1MDB melibatkan Tabung Haji.

Bailout: Dedahkan semua urus niaga badan berkanun dengan 1MDB, kata PKR

PKR hari ini menuntut badan berkanun yang berurus niaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyenaraikan semua urusan mereka dengan dana pelaburan strategik negara yang sarat dibebani hutang itu, susulan laporan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) turut membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB, selepas Lembaga Tabung Haji.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata, orang ramai perlu tahu sejauh mana wang awam terlibat dalam urusan 1MDB, dan mahu kenyataan terbuka yang termasuk pegangan bon, pemberian pinjaman, pembelian tanah dan sebarang urus niaga yang pernah dirundingkan badan berkanun itu dengan 1MDB Berita mengenai pembelian KWAP itu timbul selepas minggu lalu, sebuah blog mendedahkan Tabung Haji membeli plot tanah di TRX dari 1MDB pada harga RM188.5 juta.

 "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu mengarahkan supaya tanah yang diberikan kepada 1MDB dijual kembali kepada kerajaan persekutuan pada harga yang sama yang dibayar oleh 1MDB dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengutuk sekeras-kerasnya keputusan tabung pencen negara itu, mengatakan walaupun pembelian tanah itu dilaporkan pada harga yang lebih murah daripada yang dibayar Tabung Haji, ia tetap satu lagi bentuk suntikan dana bagi menyelamatkan atau “bail out” 1MDB.

Rafizi berkata, selain Tabung Haji dan KWAP, beliau percaya 1MDB juga mengadakan perbincangan dengan agensi/badan pelaburan negara lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

 "Sebarang penjualan kepada Tabung Haji, KWAP, KWSP, LTAT dan PNB perlulah dibuat terus daripada kerajaan persekutuan kepada agensi-agensi tersebut," katanya.

Henti guna jet peribadi selepas rakyat dikenakan GST, kata Gerakan

Tindakan menghentikan penggunaan jet peribadi milik kerajaan yang menelan kos tinggi perlu dilakukan jika mahu menyeru rakyat berjimat cermat ketika berbelanja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mei, 2015.  
Tindakan menghentikan penggunaan jet peribadi milik kerajaan yang menelan kos tinggi perlu dilakukan jika mahu menyeru rakyat berjimat cermat ketika berbelanja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mei, 2015.

Putrajaya digesa memotong kos perbelanjaan pentadbiran termasuk menghentikan penggunaan jet peribadi selepas seluruh rakyat Malaysia "dipaksa" membayar cukai  barangan dan perkhidmatan (GST), kata Tan Keng Liang.
Ketua Pemuda Gerakan itu berkata, jet peribadi itu tidak memberi manfaat dan Putrajaya perlu melakukan tindakan sama jika mahu menyeru rakyat berjimat cermat ketika berbelanja.
"Penggunaan jet itu sememangnya memakan kos yang tinggi.

"Malah jika dihapuskan ia mungkin memberi keuntungan kepada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak‎ berkata, Putrajaya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga dan tidak telus mengenakan GST.
Najib turut memberi jaminan keuntungan ‎GST akan dimanfaatkan untuk rakyat dan negara, satu langkah yang dilihat untuk mengurangkan kritikan terhadap tindakan Putrajaya memperkenalkan GST.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menggesa Putrajaya untuk membatalkan GST kerana ramai di antara pegawai tinggi kerajaan masih belum faham bagaimana untuk melaksanakannya.
Tan berkata, jika Najib gagal menunjukkan kerajaan turut sama berkongsi beban dengan rakyat, segala usaha yang diambil kerajaan akan ditolak walaupun ia demi kepentingan rakyat dan negara.
Katanya, rakyat akan menerima keputusan tidak popular yang dibuat kerajaan itu jika Putrajaya menunjukkan komitmen berkongsi beban dengan rakyat.

Kononnya hari ini UMNO sambut harijadi ke-69...


BENARKAH UMNO yg ada skrg berusia 69 tahun ???
BUKANKAH UMNO SEKARANG yg sepatutnya dipanggil UMNO BARU (arahan Mahkamah) hanya berusia 27 tahun saja...

Khas buat macai2, penyokong & pendokong UMNO yg masih BUTA SEJARAH mengenai 'UMNO'..

Adakah 'UMNO' skrg adalah UMNO yg tulen yg dilahirkan pada tahun 1946 ATAU UMNO yg ada skrg adalah UMNO BARU ciptaan Mahathir iaitu pd 13 Februari 1988 di mana UMNO yg asal TELAH DIHARAMKAN PADA 4 FEBRUARI 1988 oleh Mahkamah Tinggi Malaysia & MAHKAMAH TELAH MENGARAHKAN PERINTAH GUNA SEBUTAN 'UMNO BARU'...

TETAPI kenapa sehingga skrg masih guna nama UMNO shj.???
KENAPA ingkar arahan mahkamah & TIDAK GUNA nama UMNO BARU ???

SAMPAI BILA MAU BOHONG LAGI Najib !!!


Kamu kata "Kadar defisit negara BERKURANG SETIAP TAHUN SEJAK SAYA JADI PM..."

TETAPI 'KENAIKAN' kadar defisit negara meningkat dari tahun 2009 ke 2010 ITU APA !!!

Perdana Menteri M'sia pada tahun 2010 itu sudah mati ka...

Kem Pertahanan patut beri penjelasan hantar tentera ke Yaman

Arab NewsSHAH ALAM, 11 MEI: Kementerian Pertahanan perlu memberi penjelasan isu penghantaran tentera ke Yaman dalam operasi ketenteraan bersama Pakatan Arab Saudi menyerang negara itu.
Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Asrul Nizam Abd Jalil berkata, Kerajaan juga perlu mendedahkan aset tentera dan perbelanjaan digunakan untuk operasi itu.
“Hishamuddin Hussein didesak untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan penglibatan Malaysia sebagai pasukan ke-12 selepas Senegal dalam Pakatan Saudi,” katanya.
Asrul Nizam berkata, penyertai Pakatan Tentera diketuai Saudi itu, lebih mirip kepada operasi ketenteraan bukan kemanusiaan.
“Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM) tidak sepatutnya menyertai operasi ketenteraan ini.
“Walaupun Kerajaan Persekutuan berhadapan masalah kewangan dan 1MDB, tidak sepatutnya tentera dihantar ke Yaman bagi mendapatkan dana dari Arab Saudi,” katanya.

Matlamat ke Putrajaya tak gadai dasar PAS - Mat Sabu



KOTA BHARU: PAS tidak akan menggadai dasar perjuangannya biarpun dalam masa yang sama berganding dengan Pakatan Rakyat bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS sentiasa menghormati rakan-rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat.

“DAP pun tahu dasar PAS sejak awal penubuhan ialah memperjuangkan penubuhan negara Islam. Sebab itulah PAS tidak berkompromi dengan dasarnya biarpun berusaha melangkah ke Putrajaya.

“PAS menghormati DAP dan PKR, begitu juga sebaliknya mereka menghormati PAS,” katanya pada ceramah perdana bertema ‘Kukuh Pakatan Rakyat Hancurkan BN’ di Padang Perdana di sini, malam tadi.

Hadir sama Ketua Whip Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Mohamad juga berkata kejayaan PAS dalam sejarah pilihan raya kerana ada gandingan dengan rakan-rakan daripada parti lain.

Cuba bunuh diri kerana tekanan GST...Terima Kasih Kerajaan Umno@BN..!!

Seorang ahli perniagaan dilaporkan cuba membunuh diri menjelang penutupan kedai perkakasannya akibat tertekan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam laporan muka depan akhbar China Press hari ini, Tan Huo Ming dari Teluk Intan, Perak tertekan kerana menghadapi masalah kesan daripada GST yang mula dilaksanakan 1 April lalu.

Akhbar itu melaporkan, Tan beberapa kali mengadu kepada keluarga dan jirannya kerana belum melengkapkan kedainya dengan kemudahan komputer yang merekodkan transaksi GST di kedai berkenaan.

"Pada awalnya Tan berbelah bagi sama ada mahu meneruskan perniagaan atau menutupnya. Selepas dipujuk ahli keluarga dia akhirnya bersetuju menutup kedai itu hari ini," lapor akhbar berkenaan.

Bagaimanapun berlaku kejadian tidak dijangka semalam ketika ahli keluarga Tan bersiap-siap untuk meraikan dia dan isterinya sempena sambutan Hari Ibu di sebuah restoran.

Dengan rasa yang sedih, Tan dilaporkan memanjat pagar ke rumah jiran sebelahnya, menyerahkan sejumlah wang sebelum menelan sebotol kecil racun.

Enggan dipujuk

Menurut jiran yang enggan dikenali itu, dia cuba menghalang Tan membunuh diri sebaliknya gagal apabila lelaki menyerbu ke rumah berkenaan dan mengurung dirinya di dalam bilik.

Tan kemudian memecahkan kaca dan mengelar pergelangan tangannya.

Apabila dipujuk, Tan enggan melayan jiran berkenaan sebaliknya meminta supaya dia dibiarkan mati.

Ahmad Maslan mengamuk, label penfitnah ‘bangkrap’ moral

Ahmad Maslan menafikan tuduhan yang beliau mengatakan sesiapa mempersoalkan GST akan disaman dan menyarankan pihak yang tidak puas hati supaya pindah ke bulan.
ahmad-maslan-gst
PETALING JAYA: Timbalan Menteri yang penuh kontroversi, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan sesiapa yang mempersoalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disaman.
Timbalan Menteri Kewangan itu juga menafikan beliau menyarankan pihak yang mempertikai GST supaya pindah dan tinggal di bulan.
Ahli Parlimen Pontian itu menyifatkan pihak yang menyebarkan fitnah itu sebagai ‘bangkrap moral’ dan kerja bodoh.
“Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara itu. Orang yg suka fitnah ialah kumpulan bangkrap moral,” tulisnya di Twitter.
Bagaimanapun, ejaan ‘bangkrap’ yang digunakan Ahmad Maslan itu salah. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ejaan betul ialah ‘bankrap’.
Ahmad yang sering menjadi mangsa tohmahan berhubungan pendiriannya mengenai GST membuat penafian itu selepas gambarnya dengan dua ayat “Siapa persoalkan tentang GST akan disaman!” dan “Tak mampu Bayar GST Duduk Kat Bulan” disebar dan dikongsi di media sosial.
Ahmad Maslan sebelum ini menegaskan beliau tetap akan menjelaskan kepada rakyat mengenai GST walaupun berisiko dibaling batu oleh pihak yang tidak berpuas hati.

Sambut Ulang Tahun UMNO ke-69 dengan ‘pertembungan’

Shahbudin ragu-ragu sama ada Ketua UMNO bahagian berani mempersoal isu semasa dalam perjumpaan dengan Najib pada Isnin atau sekadar menjadi 'keyboard warriors'.
umno
PETALING JAYA: Setiap 11 Mei, ulang tahun penubuhan UMNO disambut dengan ucapan juga seruan pengukuhan dan perpaduan dalam parti.
Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-69 hari ini (Isnin) bagaimanapun berbeza kerana dipenuhi dengan pertembungan, dakwa bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin.
Dia berkata, pertembungan itu kerana kepimpinan negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti dalam kucar-kacir.
Katanya, pemimpin kanan UMNO sendiri mempertikai pentadbiran Najib yang sebelum ini hanya dikritik hebat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi blognya, shahbudindotcom.blogspot.com, dia menyenaraikan beberapa pemimpin tertinggi dalam kabinet yang turut mempersoalkan kreadibiliti Najib dalam pentadbiran dan beberapa isu melibatkan soal ketelusan.
“Beberapa hari sebelum ini,Tan Sri Muhyiddin Yassin bersuara dari Milan, Itali mahukan ketelusan dalam urus tadbir kerajaan dan mengatakan beliau “tak tahu nak jawap apa” mengenai 1MDB apabila berhadapan dengan rakyat.
“Datuk Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pimpinan lain tidak segan-segan lagi bersuara mengenai beberapa kelemahan pentadbiran Najib serta mahukan tindakan segera diambil,” katanya.
Kritikan terbaru berhubung isu pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dan ketirisan wang negara wang berlaku.

'Najib bohong kata dia sokong Tun M'

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai tinggi Umno mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Tawau, Sabah semalam berhubung sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bohong.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya, zamkata.blogspot.com menulis, selepas kenyataan Najib mengenai sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap Dr Mahathir ketika era pentadbirannya, beliau menerima mesej daripada bekas pegawai tinggi Umno itu.

"Dia bohong sokong Dr Mahathir  1987.  Dia mula sokong TR (Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan , AI (Anwar Ibrahim). AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup.  'He is really desperate' (dia benar-benar terdesak). Dr M menang dengan 44 undi . ‘He didn't campaign at all. He is playing safe’ (dia tak berkempen langsung,  dia main selamat) ,” tulisnya memetik kata-kata bekas pegawai berkenaan.

Terdahulu Najib dalam ucapannya berkata, beliau antara yang menyokong pentadbiran Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987, di mana ketika itu wujudnya Team A dan Team B, yang mana waktu itu Dr Mahathir hampir gagal mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri berpunca daripada hampir 50 peratus ahli Umno mendesak beliau meletak jawatan.

"Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

"Jadi, janganlah lupa, waktu dia jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," Najib dipetik sebagai berkata.

GST penyebab inflasi meningkat 2% & harga barang naik

KUALA SELANGOR, 11 MEI : Berdasarkan kajian Institut Penyeledikan Ekonomi Malaysia, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) memberi kesan kenaikan inflasi sebanyak dua peratus sebaik sahaja ia berkuatkuasa pada 1 April lalu.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata harga barang turut mencatatkan peningkatan meskipun Kerajaan Persekutuan memberi jaminan GST boleh menurunkan harga barang.
“Walaupun ada menteri kata GST bagus, boleh turunkan harga barang kerana dia memberi pandangan sebagai menteri paling cerdik di dunia dengan CGPA 3.80, mana mungkin ia berlaku.
“Sedangkan badan penyelidikan ekonomi yang terkenal sendiri sudah keluarkan laporan bahawa GST akan memberi kesan inflasi dan menaikkan harga barang.
“Apakah benar harga barang semakin turun? Harga ikan? Ayam? Sayur?” soalnya sambil disambut “tidak” oleh lebih 2,000 hadirin pada Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan Fasa Kedua Hijrah Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam.

PAC arah CEO, bekas CEO 1MDB 'mengadap'


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebulat suara bersetuju memulakan prosiding siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO pertamanya Datuk Shahrul Ibrahim Halmi adalah antara tokoh yang akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, prosiding siasatan awal terhadap 1MDB akan dimulakan pada 19 Mei depan.

Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah (gambar kanan) dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah akan turut dipanggil.

"PAC sebulat suara bersetuju memulakan prosiding siasatan terhadap syarikat 1MDB dalam satu perbincangan khas yang diadakan pada 30 April lalu," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh semua ahli PAC yang terdiri daripada lapan ahli parlimen BN dan lima pembangkang.

Kata Nur Jazlan, PAC bersetuju memanggil semua pihak terbabit dalam pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB sejak ia mula ditubuhkan pada 2009 selepas ditukar fungsi daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA).

PAC tetap mahu EPU

"Prosiding akan dimulakan dengan memanggil pegawai pengawal syarikat 1MDB iaitu Irwan dan Rahmat yang pernah hadir memberi keterangan kepada PAC pada 2012," katanya.

PM dan politik 'daun balik angin' Sabah

Sokongan puluhan ribu rakyat Sabah dalam himpunan solidariti dengan Datuk Seri Najib Razak semalam disifatkan hanya "merebahkan" perdana menteri.

Ia sekali gus, kata pengamat politik Mohd Sayuti Omar (bawah), "memandu Najib menuju keranda untuk dibawa ke liang lahad".

Gagal membaca politik Sabah yang didakwa sering berubah, Sayuti berkata Najib tersilap menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad selepas terpesona dengan jumlah peserta dalam acaranya di Sabah.

“Najib lembap dalam mengemaskini status sokongannya.

"Politik orang Sabah, boleh terbalik dan berubah dalam masa beberapa minit sahaja.

"Politik orang Sabah adalah politik 'daun balik angin',” kata penulis yang dekat dengan Pakatan Rakyat.

"Orang Sabah boleh merubah pegangan politik dan sokongannya gara-gara hanya tidur mereka kerana diganggu mimpi dan igau atau perjalanan mereka tersepak batu.”

Ada ubi ada batas

Sayuti mendakwa rakyat di negeri itu mengalami keazaban politik sejak puluhan tahun akibat “dipersenda” BN dan tiba masanya mereka mempermain-mainkan Najib.

Siapa pengaruhi keputusan transaksi 1MDB-TH?

KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Tabung Haji mendesak satu rombakan dan penyusunan semula pengerusi, lembaga pengarah Tabung Haji serta pengarah urusan dan timbalan pengarah urusan dilakukan dengan segera.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Tabung Haji hendaklah dibebaskan daripada menjadi mangsa kepada gejala pertembungan kepentingan.

"Kita tidak boleh membiarkan elemen seperti ini mengkompromi keutuhan sebuah institusi kewangan Islam yang  amat besar maknanya kepada kepentingan ekonomi umat Islam ini," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri kononya pembelian hartanah oleh Tabung Haji dari 1MDB ini bakal menjana keuntungan lumayan kepada Tabung Haji sehingga ratusan juta.

Soal Mahfuz, mengapa Perdana Menteri tidak menjual tanah TRX  kepada Tabung Haji pada harga "tanah kerajaan" seperti dibayar oleh 1MDB ketika membeli tanah tersebut?

"Kalau sesungguhnya Perdana Menteri Berjiwa Islam dan Melayu, itulah yang sepatutnya dilakukan kerana penabung-penabung di Tabung Haji 100% orang Islam dan Melayu.

"Kedua,  sekiranya niat Perdana Menteri ialah untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kenapakah hartanah berkenaan dijual kepada Tabung Haji pada harga yang luar biasa mahalnya, lebih mahal dari hartanah di Bukit Bintang dan kita difahamkan bahawa hartanah yang bernama TRX itu seolah-olahnya adalah sekeping hartanah di Kota London dan New York," tambah Mahfuz.

Malah katanya, ada pihak yang mendakwa hartanah yang dibeli oleh Tabung Haji itu adalah sekeping hartanah yang harganya paling mahal di dunia.

Oleh hal yang demikian, tegas Mahfuz, tidakan menjual satu setengah ekar tanah di TRX oleh 1MDB kepada Tabung Haji dengan harga tunai dibayar segera dan sepenuhnya tidak lain melainkan adalah satu tindakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Abim serah memo desak Azeez letak jawatan

NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyerahkan memorandum kepada Lembaga Tabung Haji bagi mendesak Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan.

Presiden Abim Amidi Abdul Manan berkata, selain mendesak Abdul Azeezz meletakkan jawatan, pihaknya juga meminta supaya pihak yang terlibat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut berbuat demikian.

"Kita minta pihak di pelbagai peringkat yang terlibat dengan 1MDB meletakkan jawatan. Dan Abim mendesak supaya pengerusinya sendiri undurkan diri kerana kesilapan yang dibuat dan beri persepsi tak benar berkaitan Tabung Haji," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tiga muka surat kepada Pemangku Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Adi Azuan Abd Ghani di Bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak.

PAS setuju Ketua Pembangkang milik PKR



KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat pada Sabtu lepas bersetuju untuk menyerahkan kerusi Ketua Pembangkang kepada PKR

Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata keputusan itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Sabtu lepas PAS Pusat bermesyuarat dan ada membincangkan tentang kedudukan Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Cadangan Presiden PAS itu untuk serahkan kepada parti yang mempunyai majoriti dan sudah tentu DAP.

"Namun pendirian DAP untuk menyerahkan kerusi itu kepada PKR, kita setuju cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, walaupun mengikut kebiasaan yang mendapat majoriti di parlimen akan memegang jawatan tersebut, namun mengikut pandangan rakan-rakan di dalam Pakatan, Tuan Guru Abdul Hadi bersetuju menyerahkan kepada Presiden PKR.