Ahad, 10 Mei 2015

Penantian PRU14 tak lama mana pun.. Masa itulah kamu baru tahu langit tinggi rendah...

Pergh cakaplah berdentam-dentum sekalipun.. Najib kamu tidak akan duduk dia atas buat selama2nya. Satu hari nanti kamu akan ke bawah jua..

INGATKAN ADA 1.. RUPANYA ADA 2 !!!!


KENAPA HANYA AHLI UMNO yg dilantik untuk menjaga & mengurus dana2 rakyat pd syarikat2 GLC ???.. Kan lebih elok dilantik dari kalangan2 yg bukan 'politician'..

KENAPA hanya spesis ini saja yg dilantik ??? Dah takde org lain ka yg lebih layak...

Siap sedialah bala yg akan sampai...

1MDB: Kenyataan Tun M berbelit-belit kata Najib pulak..!!!

TAWAU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kebelakangan ini berbelit-belit.

“..sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion,” katanya katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini, hari ini.

Najib menegaskan, kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan, ketika Tabung Haji (TH) membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana TH boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan TH menjual tanah berkenaan.

Najib berkata, melalui penjualan semula aset berkenaan, TH boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit TH sendiri kerana jika aset itu tetap milik TH, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.

1MDB-TH: Lindungi penyampai maklumat dan buru pesalah sebenar!

Cynic View: Penyampai maklumat bagi urus niaga TH-1MDB perlu diberi anugerah, kerana menegakkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti. Jangan pula dia menjadi mangsa. Ia memberi isyarat salah kepada pihak lain yang juga memiliki maklumat tentang urus niaga yang boleh dipertikai.

Hakikatnya TH melakukan urus niaga dengan 1MDB yang kini sedang diaudit. Ini tidak boleh dirahsiakan sekiranya segalanya dilakukan dengan jujur, telus dan tanpa konflik kepentingan bagi semua pihak terlibat. Tetapi fakta tidak menyebelahi penjelasan TH.

Penasihat dan lembaga pengarah TH dan 1MDB sedar urus niaga ini dan tidak menentangnya. Siapa yang mencadangkan urusniaga tersebut? Ini 10 kali lebih buruk dari skandal PKFZ Klang. Terdapat kesamaran di peringkat tertinggi di Kementerian Kewangan.

Ianya begitu mengecewakan dan lubang hitam 1MDB semakin membesar. Nampaknya seakan tidak kejayaan dapat dihasilkan.

Surin Khairil Sabri: Pemberi maklumat perlu diberi perlindungan kerana mendedahkan skandal ini. Maaf! Saya terlupa ini Malaysia di mana pihak yang benar dipenjara manakala perompak terlepas begitu saja.

Roger 5201: Paul Low percaya benar pada ketelusan. Mengapa senyap hari ini!

Colin Nathan: Ada kata ada dua jalan penyelesaian? Saya terfikir penyelesaian ketiga, singkirkan pihak yang cuba menutup skandal ini.

Rizal Hassan: Apa nak dikata? Ini negara di mana pedofil mendapat sokongan beberapa agensi dan dianggap aset nasional, sedangkan pemberi maklumat tentang kesalahan negara disiasat dan mungkin dipenjara. Tuhan lindungi Malaysia!

Fadzli Fadhilah: Wang itu milik rakyat dan pendeposit perlu tahu tentang urusniaga yang melibatkan wang mereka.

Michael Khaw: Lebih kuat opresi, lebih kuat penentangan. Kebenaran akan timbul tak kira bagaimana anda cuba menutupnya. Kejujuran dan integriti paling mustahak dalam kehidupan.

Leo Nathan: TPM Muhyiddin Yassin dan menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin perlu bersuara! Apa terjadi pada ahli Umno ini?

1MDB: Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa, polis siasat laporan Sarawak Report

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat laporan polis berdasarkan laporan di dalam laman web Sarawak Report mengenai transaksi syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO Ibdilillah Ishak itu antaranya menggesa pihak berkuasa atau polis untuk melakukan siasatan dengan serta merta terhadap laporan Sarawak Report yang bertarikh 28 Februari.

Laman web itu dikatakan mendapat ribuan dokumen dan emel berkenaan transaksi serta akses eksklusif salinan perjanjian usahasama bertarikh 28 September 2009 antara syarikat 1MDB dan syarikat PetroSaudi.

"Jika tiada keterangan yang dapat menunjukkan mereka melakakukan apa-apa kesalahan, pihak Pemuda UMNO menggesa siasatan terhadap Sarawak Report atas kesalahan memfitnah dan mengambil tindakan untuk menutup laman web tersebut dengan serta merta," kata laporan itu.

Antara kandungan lain di dalam laporan polis itu adalah agar pihak berwajib membuka siasatan menyeluruh ke atas tuduhan penglibatan Low Taek Jho, atau Jho Low, penama yang disebut di dalam Sarawak Report sebagai pemangkin transaksi usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi.

“Pemuda UMNO juga berharap agar siasatan juga dibuat ke atas penglibatan Pengurusan Tertinggi 1MDB dan Ahli Lembaga  Pengarah 1MDB sejak penubuhan sehingga hari ini sekiranya mereka terlibat dengan apa-apa bentuk penyelewengan atau melanggar mana-mana undang-undang yang terpakai dalam Malaysia,” kata laporan itu.

Pemuda UMNO turut berkata dalam laporan itu jika sekiranya ada bukti yang berkait dengan elemen jenayah, ia minta tindakan tegas dan segera diambil tanpa prejudis.

Bagi memberi penjelasan tentang laporan polis yang dibuat, Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata ia adalah usaha pergerakan itu sendiri untuk memulihkan imej parti itu dan membantu kepimpinan membersihkan imej dan nama parti yang tercalar oleh transaksi 1MDB itu.

Parti komponen BN tuntut jawapan isu tanah 1MDB-Tabung Haji

Kontroversi Lembaga Tabung Haji (TH) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai walaupun dana jemaah haji itu memutuskan menjual semula tanah yang dibeli daripada syarikat pelaburan yang dibebani hutang itu, kata parti komponen Barisan Nasional (BN).
Pemimpin MIC, MCA dan Gerakan berkata, rakyat berhak mendapatkan penjelasan bagaimana Tabung Haji, tabung simpanan bagi penganut Islam yang mahu mengerjakan Haji di Mekah, membeli tanah dengan harga RM188.5 juta daripada 1MDB, yang dibebani hutang RM42 bilion.
Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, pembelian tanah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan beliau hanya mengetahuinya melalui media.

"Perjanjian jual beli tanah antara Tabung Haji dan 1MDB menjadi kontroversi kerana ia melibatkan soal prinsip urus tadbir yang baik dan ketelusan," kata menteri di jabatan perdana menteri itu menerusi akaun Twitternya. Katanya, lebih wajar bagi Tabung Haji memikirkan projek pelaburan lain daripada terus melibatkan diri dengan kontroversi 1MDB.
"Kedua-dua lembaga Tabung Haji dan 1MDB perlu menjawab semua soalan yang dibangkitkan rakyat, terutamanya pendeposit, demi ketelusan dan pentadbiran yang baik," katanya.
Naib Presiden MIC Datuk S Sothinathan memberitahu The Malaysian Insider, terdapat banyak kekeliruan mengenai perjanjian itu, dan mahu pihak yang terlibat tampil menjelaskan perkara sebenar.
"Kita tidak boleh membuat kesimpulan sama ada ia salah atau tidak, tetapi banyak isu yang timbul dan menyebabkan kekeliruan, jadi perlu diperjelaskan demi kepentingan rakyat," katanya.
Katanya, jika terbukti wujud salah laku, dalang yang bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan.
"Terlalu banyak persoalan yang tidak berjawab melibatkan wang rakyat. Ini melibatkan wang negara, jadi satu penjelasan perlu dibuat dengan segera.
"Setiap saat yang tertangguh memudaratkan negara dan kepimpinannya," kata Sothinathan.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, keputusan Tabung Haji menjual tanah hanya jalan penyelesaian bersifat sementara bagi menutup kebimbangan rakyat terhadap perkara ini.

"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja" kata Najib pada Dr Mahathir

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
  
Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
  
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di Tawau hari ini.
  
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
  
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota Umno dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
  
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".             
  
Baca falsafah Bugis

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.
  
Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di Tawau dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
  
"Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.
    

Ego & Sombong: Saya tidak akan tunduk tekanan letak jawatan PM, presiden Umno, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
Beliau berkata, selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan ahli Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Padang Perbandaran Tawau di Tawau hari ini.

Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang. Beliau menegaskan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan ahli Umno dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.
Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak 3 kali disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".             
Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi: "Kendati tergantung awan di langit. Sudah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan".
Justeru, kata Najib takkan satu suara lebih besar daripada suara yang didengarnya daripada hadirin dan juga rakyat di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan pagi tadi serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
Katanya, setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.
"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan Umno, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50% ahli Umno suruh dia letak jawatan. "Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi perdana menteri'. Oh hebat dia jawab.
"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi perdana menteri," kata Najib sekali lagi mendapat sorakan hadirin.

1MDB bermasalah bila 'let go' Projek 3B kepada TNB

KUALA LUMPUR: Dakwaan penglibatan secara langsung Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengambil alih projek loji kuasa arang batu 2,000 megawatt atau dikenali Projek 3B daripada  1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu tidak stabil dan bermasalah.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, keputusan itu jika benar tidak menghairakan kerana 1MDB kini tidak boleh menutup kelemahan mereka lagi terutama dari aspek kewangan.

"Saya secara peribadi menyokong pengambilalihan projek ini oleh TNB demi menjamin bekalan elektrik yang cukup untuk masa depan negara.

"Ini amat penting, tambahan pula TNB adalah agensi tenaga eletrik di tanahair kita. Tetapi persoalannya kini di mana pergi dana dan kewangan 1MDB?

"Dahulu Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy membuat kenyataan kewangan 1MDB masih kukuh namun apa yang terjadi sekarang membuktikan setiap isu sebenar dan hutang 1MDB selama ini masih tidak terjawab," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas laporan sebuah akbar yang mendakwa TNB telah mengambil alih Projek 3B daripada 1MDB supaya projek itu dapat dimulakan dengan segera.

Laporan itu memberitahu, 1MDB dan rakan niaganya, Mitsui & Co Ltd telah memenangi tender projek bernilai RM11 bilion itu menerusi tender terbuka kontroversi pada Februari lalu, menewaskan YTL Power International, TNB dan Malakoff Corp Bhd.

Skandal Negara: Najib perlu berkata benar kepada rakyat

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara di mana Perdana Menteri menjadi sasaran kritikan bertali arus seperti yang disaksikan hari ini.

Semua pihak samada pro- atau anti-kerajaan mendesak perdana menteri menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan.

Apa yang mengejutkan ialah PM di dalam jawapannya, seakan lari dari isu dan menjawab bahawa beliau melakukan segalanya bagi mentadbir negara sebaik mungkin.

Dalam semua kritikan ini, tiada satupun yang mendakwa PM melakukan kesalahan. Apa yang mereka mahukan hanya hujah dengan fakta bagi mengenepikan laporan kurang baik tentang apa yang berlaku di dalam negeri.

Rakyat masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di dalam syarikat pelaburan 1MDB. Tiada jawapan yang boleh dipercayai diberikan dan perkara tersebut masih samar. Ramai yang kini percaya sesuatu tidak baik berlaku di dalam syarikat tersebut.

Jawapan pantas yang diberi PM tentang komen Sirul Azhar bahawa dia diarahkan melakukan pembunuhan memberi gambaran seolah-olah seseorang tahu apa yang sebenarnya terjadi dalam kes Altantuya. Pembunuhan dilakukan tanpa motif jelas.

Dan kemudian timbul pula kisah “Perkahwinan Kurun Ini”, dengan pelbagai kenyataan bercanggah tentang kemewahannya. Cerita sebenar masih tidak diketahui.

Segalanya samar-samar.

Terdapat juga persoalan kehidupan mewah PM dan keluarganya yang masih belum terjawab. Secara normal, pihak penyokong Najib berkata kemewahan hasil harta warisan PM.

Orang ramai mahu beliau terus mentadbir negara tetapi juga mahukan jawapan munasabah bagi persoalan yang diajukan.

Isu perjanjian TH-1MDB gugat Najib

Kontroversi perjanjian tanah oleh Tabung Haji mungkin menandakan berakhirnya kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata MP PAS Temerloh Nasrudin Hassan.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata jika perkara itu tidak diselesaikan dengan baik, ia juga mungkin menyebabkan Umno dan BN ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau sekiranya mereka gagal untuk selesaikan (isu ini) dengan baik dan mengikut apa yang dikehendaki rakyat, saya kira mungkin tergugat kedudukan perdana menteri.

"Mungkin juga Umno dan BN ditolak dalam pilihan raya," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya lagi skandal melibat Lembaga Tabung haji itu hanya menambahkan lagi kemarahan rakyat selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Selama ini GST dah menyebabkan rakyat bangkit, sekrang ni tambah lagi isu Tabung Haji.

"Tabung Haji ni bagi umat Islam, (satu) perkara yang sensitif," katanya.

Lembaga Tabung Haji berdepan kritikan selepas membeli sebidang tanah milik firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipengerusikan oleh Najib.

Tanah di Tun Razak Exchange (TRX) itu dbeli dengan harga RM188.5 juta, bagaimanapun Najib menasihatkan supaya agensi itu menjualnya semula.

TH-1MDB: Ini namanya bisnes skim cepat kaya versi taikun-taikun di Malaysia....

  • Ini bukan soal Tabung Haji telah buat keputusan pelaburan yang baik atau buruk
  • Ini juga bukan soal TH boleh buat duit atau tidak dari keputusan ini
  • Tetapi…tetapi ini soal 1MDB meniaga dengan cara ambil untung atas angin, sendiri gali lubang sampai puluh-puluh bilion hutang 1MDB sehingga tidak boleh bernafas lagi, akhirnya 1MDB kena jual aset untuk bayar hutang, dan yang jadi tukang beli asetnya,
  • Tabung Haji ie tempat makcik pakcik kampung berdikit-dikit menyimpan puluh tahun untuk pergi buat haji
  • Ok baik. Dalam kesimpulan mudahnya tanpa perlu Berita Semasa jelas secara bersimpang siur : perbuatan Tabung Haji beli tanah TRX, ibarat 1MDB guna dana pendeposit Tabung Haji untuk bayar hutang
  • Ini belum ditambah apabila 1MDB buat penyenaraian untuk aset tenaga itu kelak, yang terpaksa beli siapa lagi jikalau bukan “pembeli tetap” termasuklah KWSP, KWAP, Tabung Haji
  • Akhirnya Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga. Mak ulangtayangbalik skrip semasa penyenaraian FGVH dahulu, “Inilah keputusan pelaburan yang terbaik, untuk pemantapan ekonomi ummah”. Ermmmmmm…..kasihan siapa yang tepuk tangan.
Perbandingan Tabung Haji beli tanah TRX milik 1MDB :
  • Seperti yang pernah diungkapkan Tun Dr Mahathir, 1MDB beli tanah TRX (Tun Razak Exchange) milik kerajaan Malaysia dengan serendah RM60 sekaki dan harga jual sebanyak RM4 juta sahaja
  • Tabung Haji beli tanah TRX (Tun Razak Enchange) dengan RM2,860 sekaki yang bernilai RM188 juta
  • Mengapa Tabung haji tidak beli terus dengan kerajaan Malaysia?
  • Siapa pandai? Dan siapa yang rugi sekarang ini?
  • Kasihan kerajaan Malaysia, begini rupanya pengurusan tanah kerajaan dilakukan. Kasihan.

1MDB – TABUNG HAJI: PEMIMPIN UMNO PATUT DIPERSALAHKAN JUGA

Dalam keadaan kemelut IMDB-Tabung Haji dan kemelut lain yang melanda negara kini, kita tentunya mencari punca yang menyebabkan keadaan jadi begini. Siapa yang bersalah. Apakah faktor yang menyebabkan keadaan negara seteruk ini.
            Amat tidak adil rasanya aku terus ‘melompat’ meletakkan kesalahan kepada ‘suku-sakat’ UMNO yang punya angkara yang menyebabkan keadaan jadi begini. Dan tentulah amat tidak adil sekiranya aku meletakkan kesalahan sedemikian kepada seluruh ahli UMNO. Tidak. Aku tak kata begitu. Namun aku masih merasakan sebahagian besar ‘suku-sakat’ UMNO harus dipersalahkan.
Mengapa aku berpendirian demikian?
Dalam hal IMDB misalnya. Rakyat Malaysia ‘pimpinan’ Tun Mahathir misalnya mempersoalkan tentang ‘kehilangan’ sejumlah wang negara yang begitu besar. Tentunya masalah sedemikian ditujukan kepada DS Mohd Najib Razak yang berperanan selaku Pengerusi IMDB dan juga Menteri Kewangan Malaysia. DS Najib tidak menjawab secara berkesan persoalan demikian tetapi sebaliknya ‘memanggil’ pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO dan Puteri UMNO negeri untuk diberikan penjelasan dan selepas itu hampir seluruh pemimpin UMNO berkenaan memberikan sokongan kepada DS Najib.
            Persoalannya ialah adakah pihak kepimpinan pemuda dan puteri UMNO sedar dan tahu ‘biji-buahnya’ isu yang berkaitan dengan IMDB. Ataupun apakah pemimpin pemuda dan puteri itu memberikan sokongan membabi buta kepada Presiden tanpa perlu mempersoalkan betul salahnya tindakan pengurusan IMDB. Ataupun mungkin kepimpinan Pemuda dan Puteri sememangnya tahu tentang apa yang berlaku dalam pengrusan IMDB tetapi mengambil sikap ‘terpaksa’ menyokong segala tindakan yang dilakukan oleh Presiden. Apakah begitu sikap Pemuda dan Puteri UMNO?
            Keadaan dan sikap beginilah yang terpaksa diletakkan kesalahan kepada ‘suku-sakat’ UMNO yang menyebabkan keadaan negara terjadi demikian.
            Dan kononnya DS Najib akan berjumpa pula dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO untuk menerangkan tentang keadaan IMDB dan semestinya mengharapkan sokongan daripada mereka pula. Mungkin. Pada pandangan aku tidak salah Presiden berjumpa dan beramah mesra dan meminta sokongan daripada pengikut sekiranya apa yang diperjuangkan adalah sesuatu yang menguntungkan bangsa dan negara. Memang sepatutnya begitu amalannya.

Pemimpin tertinggi UMNO boikot pertemuan dengan Najib?

Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO, masing-masing berada di luar negara dijangka tidak akan menghadiri pertemuan dengan Presiden UMNO.
najib_Shahbudin-Husin_600
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan perjumpaan khusus dengan pemimpin UMNO.
Ia bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada mereka disamping cuba untuk menagih sokongan politik.
Berdasarkan logik akal, pertemuan itu dijangka tidak dihadiri beberapa pemimpin tertinggi termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Blogger dan ahli UMNO, Shahbudin Husin, dalam tulisannya merujuk kepada atur cara Najib pada Ahad, di mana beliau berada di Tawau, Sabah dan ia tidak dihadiri Shafie
“Shafie sudah pun berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Jumaat lalu,” ujarnya.
Namun, persoalan yang timbul adalah mengapakah Shafie tiba-tiba mahu ke Mekah sewaktu Najib mahu turun ke Sabah.
“Tidak bolehkah Shafie melewatkan pemergiannya untuk menunaikan umrah sehari dua dan selepas berjumpa dengan Perdana Menteri?” katanya yang menulis di blog www.shahbudindotcom.blogspot.com.
Selepas turun ke Sabah, pada Isnin, Najib dikatakan akan akan bertemu dengan Ketua UMNO Bahagian di Putrajaya.

Malaysia Ditadbir Kerajaan 1MDB....Kerajaan 47% Umno@BN Tergadai Sudah...!!!

Apa Yang Dilakukan Oleh Kerajaan 1MDB Dengan RM42 Bilion.....

Projek 3B: BONGKAR LAGI Putar belit UMNO !!!


KENAPA pemimpin2 yg suka cakap bohong & putar belit boleh diangkat jadi pemimpin Negeri Sembilan ???

'BUKAN HUTANG' ???.. 'KEUNTUNGAN NEGARA' ???

-1MDB tanggung hutang RM42 BILION tu menda..
-Kalau untung kenapa janakuasa 1MDB tu diambil alih oleh TNB..

ADAKAH MB N9 ini sedar atau BUTA FAKTA..1MDB dikatakan menghadapai masalah aliran tunai untuk memulakan Projek 3B itu.

Jawapan Najib mengenai isu kontroversi beli tanah TH-1MDB ....Boleh Percaya..??

KOTA BELUD - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan tidak mahu kontroversi urusan pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji (TH) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipanjangkan.

Beliau berkata ini kerana isu itu telah diputar-belitkan untuk memperlihatkan seolah-olah dalam urusan itu Tabung Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di sini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Tabung Haji bahawa ia akan menjual semula tanah yang dibeli daripada 1MDB.

TH-1MDB: KSU Perbendaharaan wajar beri penjelasan

ALOR SETAR - Ketua Setiausaha (KSU) Perbendaharaan diminta memberi penjelasan mengenai amalan tadbir urus baik dalam isu pembelian tanah oleh Tabung Haji (TH) bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, KSU adalah individu paling utama peringkat perbendaharaan yang boleh memperjelaskan prinsip sebenar tadbir urus dan tata kelola baik dalam urus niaga berkenaan.

Menurutnya, sebagai wakil kementerian kewangan yang ada dalam kedua-dua entiti iaitu TH dan 1MDB, beliau pasti sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tidak ada isu berbangkit.

“Kita harap segala spekulasi dan ketidaktentuan dalam isu jual beli tanah TRX ini dapat diperjelaskan kepada rakyat.

“Kita tidak mahu, imej parti terseret sama ke dalam situasi yang membuatkan rakyat hilang sabar dan rasa percaya kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan media.

Shaiful Hazizy berkata, Kementerian Kewangan juga diminta supaya memberi pencerahan berhubung beberapa persoalan yang masih tidak terjawab.

Apakah penjualan tanah TRX kepada 1MDB di peringkat awal sudah menepati kehendak Pekeliling Am Bilangan 2 (2012); Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA)?

BONGKAR... ‪KWSP‬ Sudah, ‪‎Tabung Haji‬ pun Sudahhh..Kini Giliran TNB..!!

KENAPA tiba2 TNB ambil alih janakuasa 1MDB‬ ?.. Bukankah sebelum ini pemimpin2 UMNO & admin2 Friends of BN - Barisan Nasional dgn BONGKAK mengatakan 1MDB boleh buat keuntungan berbilion2 ringgit.. KENAPA SEKARANG JADI LAIN.. Cakap Tak Serupa Bikin..
TAHUKAH ANDA.. 1MDB dikatakan menghadapai masalah aliran tunai untuk memulakan Projek 3B itu.
KEUNTUNGAN TNB berbilion2 ringgit rakyat DAPAT APA !!!.. 1MDB gak yg dapat untungnya...

Golongan Ulamak Jangan Buat 'Pekak Badak'

APA GUNA Menteri Agama, Mufti, Ulamak & para cendekiawan yg dibayar gaji tax-payer rakyat dlm isu TabungHaji‬-1MDB‬ !!!
Makan gaji buta atau SUDAH MATI KA...
KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!

Tidakkah 1MDB pernah dibincangkan di Kabinet, soal speaker Sabah

Ketika Umno bahagian Sabah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa menteri yang mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelaskan sama ada isu itu pernah dibangkitkan dalam Kabinet atau tidak.

Salleh, yang juga timbalan ketua Badan Perhubungan Umno Sabah berkata, perdana menteri tidak mentadbir negara seorang diri, dan sesuatu yang tidak beretika apabila menteri bertindak seolah-olah mereka tiada kaitan dengan perjanjian tanah kontroversi antara Lembaga Tabung Haji dan 1MDB.

"Ketika ini, beberapa anggota Kabinet termasuk timbalan perdana menteri, membuat kenyataan seolah-olah mereka orang luar dan bukan sebahagian daripada Kabinet," Salleh menulis dalam blo

"Adakah mereka cuba mengatakan perkara yang begitu mengundang kontroversi ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet atau ia dibincangkan, dan mereka tidak bersetuju dengan keputusannya?"

Beliau berkata, menteri perlu meningkatkan bantahan mereka semasa mesyuarat mingguan Kabinet, daripada menyuarakan kritikan mereka secara terbuka kepada orang ramai dan tidak mahu menerima tanggungjawab bersama di atas kegagalan itu.

“Sekiranya menteri Kabinet ada sebarang perkara yang hendak diperkatakan, ia sepatutnya dibawa ke mesyuarat Kabinet. “Kita mesti ingat, mereka dilantik sebagai menteri oleh perdana menteri.

Oleh itu, sekiranya mereka sudah tidak lagi berasa yakin dengan perdana menteri atau tidak bersetuju dengan keputusan tertentu dibuat Kabinet, mereka perlu meletak jawatan, bukannya cuba merosakkan apa yang dilakukan perdana menteri."

Tak Mampu: TNB dilapor ambil alih projek janakuasa 1MDB

TNB dilaporkan telah memperuntukkan RM500 juta untuk memulakan projek itu secepat mungkin dan rundingan dengan pihak terlibat telahpun diadakan.
TNB-1MDB
PETALING JAYA: Belum reda isu Lembaga Tabung Haji (TH) membeli tanah milik 1MDB, timbul pula dakwaan penglibatan secara langsung Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan syarikat sayap pelaburan negara itu.
Ia dilaporkan telah mengambil alih projek loji kuasa arang batu 2,000 megawatt atau dikenali Projek 3B daripada 1MDB.
Memetik laporan The Star, TNB telah diberi kelulusan untuk mengambil alih loji janakuasa itu supaya projek itu dapat dimulakan dengan segera.
1MDB dan rakan niaganya, Mitsui & Co Ltd telah memenangi tender projek bernilai RM11 bilion itu menerusi tender terbuka kontroversi pada Februari lalu, menewaskan YTL Power International, TNB dan Malakoff Corp Bhd.
Akhbar itu yang memetik sumber sebagai berkata, TNB telahpun memulakan perbincangan dengan Mitsui & Co Ltd untuk memulakan projek itu.
Ia juga telah berunding dengan jurutera daripada Toshiba Corp, IHI Corp dan Hyundai Group, yang mendapat kontrak kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) projek berkenaan.
TNB dilaporkan telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta untuk memulakan projek itu secepat mungkin, kata sumber itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan.
1MDB dikatakan menghadapai masalah aliran tunai untuk memulakan Projek 3B itu.
Mengikut kontrak, 1MDB-Mitsui bertanggungjawab untuk membina, memiliki dan mengendalikan loji janakuasa arang baru 2 x 1000 MW di Loji Janakuasa Bebas Jimah pada tarif pelarasan 25.33 sen/kWh.

1MDB dan tanah kerajaan, apa rakyat perlu tahu?

Tindakan kerajaan Umno@BN menjual tanah kepada 1MDB di bawah harga pasaran yang menyebabkan kerajaan menanggung kerugian adalah perbuatan tidak amanah.
1mdb yg jahat
Oleh Nazuri Ismail
Pendedahan pembelian tanah milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang berlipat kali ganda lebih mahal telah menimbulkan persoalan baru kepada rakyat Malaysia – mengapa 1MDB mendapat tanah kerajaan dengan harga murah?
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendedahkan kerajaan menanggung kerugian RM25 bilion kerana menjual tanah kepada 1MDB di bawah harga pasaran.
Rakyat Malaysia yang risau dengan masa depan negara tentunya tertanya-tanya mengapakah kerajaan boleh membuat keputusan merugikan itu? Kerajaan bertanggungjawab menjaga asetnya yakni aset milik rakyat.
Tindakan kerajaan menjual tanah kepada 1MDB di bawah harga pasaran yang menyebabkan kerajaan menanggung kerugian adalah perbuatan tidak amanah.
Kerajaan sepatutnya mendahulukan kepentingan rakyat seperti yang dilaungkan Datuk Seri Najib Tun Razak setiap kali berucap sehingga jelas kelihatan urat-urat di kepalanya.
Rakyat Malaysia khususnya umat Islam sedikit masa lagi akan lupa kontroversi Tabung Haji tetapi persoalan mengapa 1MDB mendapat tanah dengan harga murah akan terus menjadi tanda tanya.
Penulis tidak nampak alasan tanah itu diberi atas dasar pembangunan untuk rakyat. Projek-projek yang dirancang di atas tanah itu hanya untuk orang kaya.
Sudah beli murah lepas itu jual dengan harga mahal. Mengapa? Tidak salah kalau orang menuduh 1MDB hampir muflis dan tidak mampu bayar hutang.
Pertanyaan Tun M, mana perginya baki RM27 bilion daripada RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB sehingga kini gagal dijawab oleh pihak pengurusan malah Najib pun terus membisu apatah lagi Datin Seri Rosmah Mansor mahupun Jho Low.

1Malaysia dah binasa?

Tindakan Tabung Haji mengumumkan untuk menjual tanah projek Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam dilakukan kerana takut dengan kemarahan orang-orang Melayu yang menyelamatkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pada 2008 dan 2013.
Sejak sebuah blog mendedahkan Tabung Haji membayar sejumlah RM188.5 juta untuk membeli 2 plot tanah seluas 0.63 hektar daripada 1MDB berbanding harga rendah dibeli syarikat itu daripada Putrajaya, maklumat mengenainya tersebar dengan meluas menimbulkan kegelisahan orang-orang Melayu yang majoritinya menyimpan wang di badan pengendali ibadah haji itu.
Pembelian tanah itu dilihat sebagai “bailout” kepada 1MDB dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan harga jualan RM188.5 juta itu lebih kurang sama dengan nilai pembayaran faedah pinjaman perlu diselesaikan syarikat bermasalah itu.
Tiga “orang-orang penting” Tabung Haji pula didedahkan mempunyai peranan secara langsung dalam 1MDB.
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata semalam, mereka dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjual tanah di TRX bagi menghormati “sensitiviti” pendeposit tetapi mempertahankan pembelian itu, dengan berkata mereka mendapat pulangan tahunan sebanyak 9% daripada transaksi tersebut.
Azeez berkata Najib menasihatkannya melupuskan tanah itu supaya nama Tabung Haji yang ditubuhkan bagi membantu orang Islam melaksanakan rukun haji, “tidak tercemar” kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB.
Tanah itu akan dijual kepada pembeli dengan keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk Tabung Haji dan akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu, kata Azeez.
"Isu ini sudah menular sampai pemandu teksi tanya sama ada TH 'bailout' 1MDB. Jadi, kami nak jaga sensitiviti makcik yang di Baling, pemandu-pemandu teksi yang menyimpan duit untuk pergi haji," katanya.
Seorang teman apabila mengulas perkara ini mempersoalkan: “Takkan modal RM100 juta untung RM5 juta sahaja? Sepatutnya berniaga modal RM1 juta untung RM5 juta. Ni kalau modal RM100 juta, sepatutnya untung lebih besar lagi.”
Mampukah Najib bertahan?

‘GST tak masuk akal’, PR Johor junjung titah Sultan

JOHOR BAHRU: Pakatan Rakyat Johor menjunjung titah Sultan Johor baru-baru ini yang menyifatkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai ‘tidak masuk akal’.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu menangani isu yang dibangkitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan lebih serius dan penuh tanggungjawab.

“Kerajaan Johor telah mengambil jalan pintas apabila mengambil keputusan menyerap sejumlah lebih kurang RM3.19 juta dari peruntukan negeri bagi menampung kos GST yang dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya dipetik Roketkini.

Ahli Parlimen Kluang itu juga mencadangkan agar kerajaan negeri menggembleng usaha bersama kerajaan-kerajaan negeri yang lain bagi menyatakan pendirian bersama seterusnya diajukan kepada Majlis Kewangan Nasional berhubung isu GST yang membebankan rakyat itu.

“Jangan ambil jalan pintas. Jangan mengelak dari isu sebenar. Isu sebenarnya ialah, sistem GST perlu dihentikan segera. Rakyat menerima bebanan besar dari GST. Rakyat menjadi mangsa!” ujarnya.

Dalam satu sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Johor pula, Adun Bukit Batu, Jimmy Puah pula berkata, beliau amat yakin bahawa semua rakyat Johor juga pasti menyokong titah Tuanku dan amat berterima kasih atas keprihatinan Tuanku dan kepekaan terhadap kesusahan yang ditanggung oleh rakyat akibat cukai tersebut.

“Sewa gerai kena GST, sewa rumah dari pihak negeri kena GST malah untuk proses tukar nama untuk cukai harta di PBT pun kena GST juga. Dahulu satu borang I untuk tukar nama perlu bayar RM50. Sekarang sudah jadi RM53,″ ujarnya.

Apa Mahu Jadi? Gadis Dakwa Diancam Rogol Semasa Dalam Tahanan...


Gadis ditahan polis himpunan Hari Pekerja dakwa terima ancaman rogol

Satu-satunya wanita antara 23 yang ditahan kerana terlibat dalam himpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur awal bulan ini, membuat laporan polis mendakwa beliau diugut akan dirogol oleh seorang anggota polis sebelum dibebaskan Selasa lalu.

Maisara Amira, 21, yang ditahan reman 4 hari bersama belia lain, membuat laporan di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada jam 4.30 petang Jumaat lalu, ditemani bapanya dan seorang peguam.

"Dia menerima ancaman rogol dari salah seorang pegawai polis apabila dia diminta memberi keterangan ketika dalam tahanan; dia diugut demikian sekiranya tidak mahu bekerjasama," peguamnya Nik Zarith Nik Moustpha memberitahu The Malaysian Insider.

Nik Zarith berkata kejadian itu didakwa berlaku di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 5 Mei, beberapa jam sebelum Maisara dibebaskan pada hari sama.

"Ia terjadi pada jam antara 11.30 pagi dan 1.30 tengahari, semasa disoal oleh seorang pegawai polis.

"Ketika disoal itu, dia memilih untuk berdiam diri dan pegawai itu cuba mendapatkan maklumat daripadanya... pegawai polis itu menyebut kata-kata itu," katanya, sambil menambah, pada mulanya seorang pegawai polis wanita mengiringi Maisara semasa sesi itu tetapi dia kemudiannya diminta meninggalkan mereka.

"Dia (Maisara) tidak tahu nama pegawai (polis lelaki) itu, dia tidak memakai uniform," katanya.

Katanya, Maisara kini trauma dengan insiden itu.

"Ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan maruah seorang wanita dan ia berlaku ketika dalam tahanan polis.

"Kami mahu polis melakukan siasatan, dan kami tidak mahu pasukan yang sama melakukannya kerana ia melibatkan ugutan jenayah oleh seorang pegawai terhadap seorang tahanan," kata Nik Zarith.

Najib, pemimpin terakhir Umno belum ulas isu TH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu-satunya pemimpin tertinggi Umno yang masih belum mengulas berhubung perjanjian tanah kontroversi antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehingga semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno termasuk tiga naib presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menyuarakan kebimbangan.

Memandangkan isu itu panas sejak hujung minggu, ketiga-tiga naib presiden Umno tidak muncul depan umum sebaliknya mereka mengeluarkan kenyataan melalui media sosial.

Berbeza pula dengan Najib selaku presiden Umno, beliau berpeluang untuk memberi maklumbalas berhubung isu itu semalam kerana sekurang-kurangnya tiga penampilan dibuat tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Himpunan bantah Tabung Haji 15 Mei

KUALA LUMPUR: PAS akan menganjurkan himpunan bantahan terhadap Tabung Haji di seluruh negara pada 15 Mei ini selepas solat Jumaat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahuz Omar ketika dihubungi berkata himpunan itu diadakan di negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat.

"Selepas solat Jumaat kita akan berhimpun di hadapan bangunan Tabung Haji di seluruh negara.

"Ini bagi negeri yang bekerja pada hari Jumaat dan bagi negeri-negeri yang cuti pada Jumaat mereka akan berhimpun pada hari Isnin," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, himpunan itu melibatkan mereka yang mendeposit wang di dalam Tabung Haji.

"Pendeposit akan berhimpun dan mereka boleh membuat pengeluaran wang yang disimpan, jika giliran untuk mengerjakan fardu haji masih lambat lagi.

"Tindakan ini adalah pengajaran kepada Tabung Haji yang menggunakan wang mereka untuk pembelian tanah yang tidak masuk akal itu," katanya yang juga Pengerusi Penganjur Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tabung Haji.

Penjelasan Tabung Haji tambah luka rakyat

Hari ini ramai rakyat Malaysia tertunggu-tunggu penjelasan Tabung Haji mengenai transaksinya dengan 1MDB.

Akhirnya, penjelasan yang dinantikan itu bertukar menjadi kekecewaan.

Ia tidak lain hanya kenyataan untuk mengesahkan Tabung Haji telah selesai melaksanakan ‘tugas sucinya’ membayar RM188.5 juta kepada 1MDB. Tidak ada pembatalan transaksi, tidak ada kekesalan dan permohonan maaf.

Bahkan tidak ada penjelasan kenapa bayaran penuh dilunaskan pada masa S n P dimetrai dan bayaran yang begitu tinggi diluluskan. Juga isu-isu lain yang terdapat dalam dokumen yang dibocorkan.

Tiga hari sebelumnya, orang yang sama menafikan Tabung Haji terlibat dengan sebarang transaksi bersama 1MDB. Hari ini, beliau pula mengesahkan.

Di mana kredibiliti beliau?

Kononnya bagi menghormati perasaan pencarum, tanah berkenaan akan dijual dalam satu dua minggu ini dengan keuntungan RM5 juta.

Katanya, atas nasihat Perdana Menteri yang diterimanya pada pagi ini. Pada masa yang sama, penjualan itu telah diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji walaupun pada asalnya Lembaga Tabung Haji enggan menjual tanah berkenaan.

TH-1MDB: Bayangkan jika tiada kritikan daripada Dr Mahathir...

oleh Shahbudin Husin
Kemelut yang berlaku dalam 1MDB berterusan lagi. Kali ini nama Tabung Haji yang mana pendepositnya menyimpan duit untuk menunaikan fardu rukun Islam kelima mula menjadi berang apabila mengetahui wang mereka turut digunakan untuk menyelamatkan syarikat bermasalah itu.

Ada yang tidak menghalalkan wang mereka dilaburkan sedemikian rupa, ada juga yang mula mengeluarkan simpanan masing-masing di Tabung Haji kerana tidak yakin lagi dengan kedudukan wang mereka. Yang menuntut mereka yang bertanggungjawab meletakkan jawatan juga semakin kuat bersuara.

Dengan keberanian meluluskan penggunaan wang Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB, kerajaan jelas benar-benar terdesak. Dalam hal ini, tiga orang harus bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat? Mereka ialah Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Tabung Haji dan Datuk Seri Azeez Rahim, Pengerusi Tabung Haji sendiri.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah ia arahan dan kehendak Perdana Menteri atau cadangan daripada pihak lain untuk menyelesaikan sebahagian masalah 1MDB?

Bayangkan juga jika urusniaga Tabung Haji ini tidak dibocor atau didedahkan kepada umum. Mungkin semuanya berjalan secara senyap-senyap tanpa disedari oleh sesiapa.

Walaupun kini Tabung Haji memutuskan untuk menjual semula tanah tersebut, sesiapa pun seharusnya berterima kasih kepada pembocor maklumat yang akhirnya dapat menyelamatkan lebih banyak wang umat Islam yang sepatutnya diurus dengan baik dan berhemah tetapi telah digunakan dengan sewenang-wenangnya seolah-olah ianya "harta mak bapak"  mereka sendiri.

Bayangkan juga jika ketika ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih menyokong dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak?

Di ketika beliau lantang mengkritik Perdana Menteri dan membangkitkan pelbagai isu kecurangan mengenai 1MDB pun, dana Tabung Haji telah digunakan dan sebelum itu suntikan wang oleh Kementerian Kewangan sebanyak RM950 juta telah disalurkan, bagaimanakah agaknya jika Tun Mahathir dalam keadaan sentiasa menyokong dan tidak melakukan kritikan?

Sangsi terhadap Najib tidak pernah sampai ke tahap ini, kata pemimpin akar umbi Umno

Kredibiliti seorang presiden Umno tidak pernah menimbulkan kesangsian dan kebimbangan sehebat apa yang berlaku terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang, kata seorang ketua bahagian, ketika ahli di peringkat akar umbi dan orang ramai makin mendidih melihat kontroversi terbaru berhubung urusan jual beli tanah antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji.
Kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib sejak tahun lepas menyebabkan berlaku perpecahan dalam akar umbi Umno walaupun ada yang menzahirkan solidariti, seperti ketika satu perhimpunan antara perdana menteri dan ketua bahagian seluruh negara pada Mac.
Tetapi, perjanjian Tabung Haji-1MDB mungkin meningkatkan lagi tekanan ke atas Najib, kata Ketua Umno Bahagian Kulim Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

"Bila tidak ada tindakan langsung (1MDB), ia beri gambaran perdana menteri terlibat, jadi (ahli) yang di bawah ini ada kebimbangan dan kesangsian. Kita nak tolak kesangsian itu," Aziz memberitahu The Malaysian Insider (TMI), merujuk kontroversi sekitar 1MDB dan tiadanya jawapan yang memuaskan. 1MDB baru-baru ini menjual kepada Tabung Haji tanah seluas 0.63 hektar di projek Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188.5 juta, jauh lebih tinggi daripada apa yang dibayar ketika membeli tanah itu daripada kerajaan pada RM65 setiap kaki persegi.
"Sentimen akar umbi cukup marah, cukup kecewa," kata ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu.
Dalam sejarah Umno, ini juga kali pertama kredibiliti Najib dipersoal sehingga hilang rasa hormat kepadanya, kata Aziz.
"Sekarang ini, orang sangsi dengan kredibiliti yang berhormat presiden. Kesangsian itu buat orang tidak percaya dengan kredibilitinya dan tidak hormat beliau.
"Tidak pernah sebelum ini sampai ke tahap ke situ, ini kali pertama," kata Aziz.
Perasaan tidak senang akar umbi terhadap Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, terlihat semasa mesyuarat peringkat cawangan, apabila beberapa usul hangat dibawa mengenai 1MDB, dana pelaburan strategik negara yang menanggung hutang mencecah RM42 bilion itu.
Pada masa sama, terdapat juga usul supaya tindakan diambil ke atas Dr Mahathir kerana kritikannya, menunjukkan pertembungan antara mereka mewujudkan bibit-bibit perpecahan antara bekas perdana menteri dan perdana menteri sekarang.
Lebih 20,000 cawangan Umno di seluruh negara perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka bagi tahun ini sebelum akhir bulan Mei.
Antara usul yang dibentangkan pada mesyuarat ini menunjukkan wujud perselisihan dalam Umno. Mereka sama ada mahu Dr Mahathir dikecam atau Najib meletak jawatan daripada jawatannya dalam parti.

Konflik kepentingan Tabung Haji-1MDB bukan setakat korporat, tetapi juga politik, kata NGO

Percanggahan kepentingan sudah pasti wujud dalam isu membabitkan pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).

Pengasas bersama C4, Cynthia Gabriel berkata, budaya percanggahan kepentingan juga wujud dalam Tabung Haji, apabila pemimpin Umno turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat pengendali ibadah haji negara itu.

"Sudah tentu berlaku percanggahan kepentingan. Juga wujud kepentingan bermotifkan politik," katanya kepada The Malaysian Insider.

 "Satu isu lagi ialah bagaimana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digunakan bagi mendapatkan dana untuk 1MDB," katanya. Beliau berkata, percanggahan konflik itu turut berlaku apabila pemimpin dan ahli Umno turut mengambil bahagian dalam urusan pentadbiran syarikat berkenaan.

 "Percanggahan konflik bukan setakat berlaku antara dua syarikat, tetapi lebih rumit apabila melibatkan kepentingan politik kerana mereka juga pemimpin Umno," katanya.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ialah ahli Parlimen Baling dan ahli Majlis Tertinggi Umno, manakala Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruddin, Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamad Aziz dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Rosni Sohar semuanya ahli lembaga Tabung Haji .

Tabung Haji hangat dikritik berhubung laporan yang ia membeli sebidang tanah daripada 1MDB yang dibebani hutang pada harga RM188.5 juta bulan lepas.

Pengkritik mempersoalkan sama ada perjanjian itu satu usaha menyelamatkan syarikat pelaburan milik negara yang bermasalah itu, dan menyatakan bagaimana beberapa eksekutif dan ahli lembaga Tabung Haji juga memegang jawatan dalam 1MDB. Azeez bagaimanapun dilaporkan berkata oleh Sinar Harian hari ini, beliau tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan.

Akhbar itu memetik beliau berkata isu tersebut hanya dipolitikkan sesetengah pihak. "Selama dua hari ini saya diam daripada memberikan sebarang maklum balas. Saya tunggu sebab saya nak tahu apa yang akan dimainkan. Rupa-rupanya isu politik. "

TH-1MDB: Abdul Shukor gagal fahami kerisauan orang Islam – ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH), Datuk Dr. Abdul Shukor sebagai gagal memahami kerisauan masyarakat Islam di negara ini selepas mengeluarkan kenyataan penjualan semula hartanah di TR Exchange bagi menghentikan fitnah.
Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan berkata, Abdul Shukor sepatutnya sedar penglibatan pengurusan TH dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung itu menimbulkan kesangsian orang ramai mengenai ketelusan lembaga itu.
“Rakyat hanya meminta agar siasatan dijalankan, bukan tuduhan atau fitnah seperti yang dinyatakan oleh beliau.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Shukor itu menunjukkan beliau gagal memahami kerisauan masyarakat Islam,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ABIM menyambut baik langkah penjualan semula tanah di TR Exchange itu kerana ia merupakan satu permulaan untuk membersihkan TH daripada unsur-unsur manipulasi dari 1MDB.
“Langkah ini dilihat mampu untuk memulihkan keyakinan pendeposit terhadap pengurusan TH.
“Namun bagi memastikan keyakinan ini dapat terus dipertahankan, pengurusan tertinggi TH yang terlibat dengan 1MDB di pelbagai peringkat mesti mengundurkan diri.” ujarnya menerusi kenyataan di facebook ABIM.

Dedah penyelewengan & kebobrokan KERAjaan UMNO/BN adalah satu kesalahan yg amat berat di sisi UMNO.

Maka akta2 yg diwujudkan spt Akta Hasutan, OSA, ISA, BAFIA & sekufu dgnya amat penting buat UMNO utk membendung buat mereka yg sengaja cari pasal BONGKAR penipuan, penyelewengan, kebobrokan, ketirisan, keborosan & KEBODOHAN UMNO serta KERAjaan BN !!!

"Bailout": PR dedah beberapa lagi GLC untuk selamatkan 1MDB

SERI KEMBANGAN – PR akan mendedahkan beberapa lagi nama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipercayai terlibat dalam usaha menyelamatkan 1MDB.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa, beliau mendapat maklumat bukan TH sahaja tetapi ada syarikat GLC lain yang turut terlibat dengan jumlah wang besar untuk memulihkan 1MDB.

Beliau berkata, nama syarikat itu akan didedahkan selepas pihaknya mendapat maklumat terperinci mengenainya.

Katanya, pihaknya sudah beberapa kali dalam parlimen membangkitkan bahawa wang rakyat tidak boleh digunakan untuk memulihkan syarikat- syarikat yang dimiliki oleh kroni pemimpin.

“Tabung Haji perlu bertanggungjawab. Beri penjelasan kepada rakyat, sekiranya ada penyelewengan dalam hal ini, mereka yang terbabit mesti diheret ke mahkamah untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Mohamed Azmin ketika ditemui di Taman Equine, Seri Kembangan semalam, kesal kerana wang rakyat digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh orang tertentu kebelakangan ini.

Isu utama tindakan politik Tabung Haji ‘bela’ 1MDB

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mahu syarikat 1MDB menyelesaikan liabiliti kewangan dan hakisan integriti yang dihadapinya terlebih dahulu.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin tidak bersetuju Lembaga Tabung Haji (LTH) menggunakan peluang dengan dana peruntukan pelaburan hartanah untuk membeli pada kadar dengan proses yang meragukan.

"Apatah lagi, jumlah RM188.5 juta tersebut lebih kurang sama seperti nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dijelaskan oleh 1MDB.

"Adakah ia mengulangi tindakan kerajaan yang telah menyuntik duit rakyat sebanyak RM950 juta kepada 1MDB sebagai ‘credit standby’ sebelum ini?" soalnya.

Ekoran daripada sidang media khas Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah LTH semalam,  Pemuda PAS ingin menegaskan bahawa isu utama yang dibangkitkan bukan mengenai pembelian plot tanah berkenaan, sebaliknya tindakan politik yang diambil oleh Lembaga Tabung Haji untuk ‘membela’ 1MDB.

Jelas Khairil yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, subsidiari LTH, TH Properties Sdn Bhd telah lama diwujudkan dan mempunyai track record yang agak baik dalam projek-projek pembangunan dan pelaburan hartanah sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup

KUALA LUMPUR: Di beberapa buah negara, apabila berlaku aduan salah guna kuasa terhadap presiden, perdana menteri atau mana-mana pimpinan kerajaan disiasat, dibawa ke mahkamah dan dihukum.

"Begitu juga dengan negara jiran kita, Thailand," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Di Malaysia, ujarnya banyak mana wang rakyat telah dikebas dan dana awam dilesapkan seperti Perwaja, MAS, PKFZ yang terbaru sekarang ialah 1MDB dan Tabung Haji.

"Kalau rakyat terlambat bayar bil elektrik kena potong, tidak bayar saman diburu macam penjenayah tetapi apabila pimpinan Umno dan BN seleweng duit rakyat diam membisu," katanya menerusi facebook.

Justeru, ujarnya pendedahan berkait dengan salah guna Tabung Haji untuk IMDB bukan silap Datuk Seri Najib seorang sahaja sebagai Perdana Menteri tetapi ia adalah kesilapan Umno sebagai parti teras dalam Kerajaan BN.

"Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup," katanya lagi.

Menurutnya, saban tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewangan, boros, membazir, rasuah yang melibatkan ratusan juta dana awam.

Rakyat, katanya bukan sahaja mahu Najib letak jawatan bahkan Umno juga wajib ditukar daripada menerajui tampuk pemerintahan negara.

Tabung Haji akan 'selamat' bawah Azeez

Mengarapkan - walaupun secara seloroh - supaya Datuk Dr Haron Din menjadi penyelamat Tabung Haji dengan menangkap 'lembaga' dalam agensi itu memanglah melampau.

Dengan kata lain, ia adalah acahan biadab walaupun kemarahan orang ramai dalam isu itu dapat difahami.

Hati siapa yang tidak sebak mengenangkan apa yang berlaku kepada Tabung Haji.

Secara umum, Tabung Haji boleh dianggap sebagai maruah umat Islam di negara ini. Daripada sebuah perbadanan yang disegani selepas ditubuhkan lebih separuh dekad lalu, kini ia semakin gigih memperjuangkan iltizamnya kepada masyarakat.

Lihat saja laman web Tabung Haji. Di situ jelas tertera enam iltizam mereka dalam mencapai visi yang ditetapkan, iaitu:

  • Memperkasakan ekonomi ummah
     
  • Sentiasa giat mencari pelaburan strategik global dan lokal bagi pertumbuhan berterusan
     
  • Menggembleng dan memperkaya modal pendeposit
     
  • Memberikan perkhidmatan cemerlang yang berterusan
     
  • Memudah dan menyempurnakan urusan jemaah ke arah haji mabrur
     
  • Memberi pulangan yang kompetitif, halal dan toyyiban
Tabung Haji ditubuhkan sebagai sebuah institusi kewangan Islam pada 1963. Dengan pengalaman selama 52 tahun tidak hairanlah perbadanan itu mampu mengurus dana Islam terbesar negara dengan nilai melebihi RM55 bilion.

Justeru, 'tidak banyak' yang perlu dikagetkan, sebenarnya, apabila Tabung Haji membeli sebidang tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang dibongkar baru-baru ini.

DAP: Jual atau tidak, perjanjian TH masih 'bailout'

Penjelasan Tabung Haji (TH) semalam bahawa badan itu memutuskan untuk menjual tanah yang dibeli secara kontroversi daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak memadamkan hakikat perjanjian itu dianggap langkah penyelamatan (bailout).

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata kontroversi itu bersandarkan pada fakta bahawa badan itu membeli tanah yang 1MDB dibeli empat tahun yang lalu dengan harga RM64 setiap kaki persegi (psf) dengan harga RM2,773 kaki persegi.

"Oleh itu, fakta bahawa TH merancang untuk dalam menjual sebidang tanah minggu depan tidak relevan kepada hakikatnya bahawa 1MDB telah diselamatkan oleh dana tabung haji," katanya.

Dalam kenyataannya, Tony juga berkata 1MDB dianggap pemenang tidak kira sama ada TH berjaya menjual tanah itu untuk keuntungan ataupun tidak, kerana mereka telah mengumpul RM188 juta yang akan digunakan bagi membayar balik komitmen faedahnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa TH pada dasarnya mengambil keseluruhan risiko dengan memegang tanah itu bagi pihak 1MDB untuk mencari pembeli sedangkan firma pelaburan tu boleh terus menjualnya kepada pembeli seperti yang didakwa TB semalam.

Dalam sidang medianya semalam, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkali-kali menegaskan pembelian tanah itu bukan dibuat untuk menyelamatkan (bailout) 1MDB yang kini didakwa mengalami kerugian besar.

Prof Agus: Salahkah rakyat prihatin dengan isu 1MDB, TH?

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan bahawa sikap ambil berat rakyat Malaysia terhadap isu  1Malaysian Development Berhad (1MDB)  dan Tabung Haji (TH) adalah disebabkan mereka sayangkan negara dan prihatin ekonomi negara.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Agus Yusoff berkata, kritikan dan serangan rakyat terhadap isu tersebut bukan disebabkan ingin menjatuhkan kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, rakyat ingin mendapat jawapan konkrit daripada kerajaan, selain jaminan kerajaan mengenai keadaan ekonomi semasa.

“Saya dapati rakyat mengeluh kerana mereka tidak mendapat jawapan kepada isu yang timbul, tetapi alasan semata. Susah sangatkah untuk memberi jawapan yang boleh meyakinkan rakyat?” katanya menerusi Facebooknya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, banyak isu ekonomi yang timbul sekarang begitu menggusarkan rakyat termasuk isu tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Tentang GST, rakyat juga tidak marah jika pelaksanaannya sama seperti yang dijelaskan oleh kerajaan. Kerajaan menyatakan GST tidak akan membebankan rakyat kerana harga keperluan asas tidak naik; GST hanya untuk orang kaya; GST menurunkan cukai SST dari 10+6 peratus kepada hanya 6 peratus sahaja.

“Realitinya, apabila dilaksanakan harga barang keperluan naik. Hatta, harga kad prabayar yang dijanjikan tidak naik pun dikenakan GST. Kerajaan berjanji akan menyelesaikan masalah kad prabayar ini dengan Telco, tetapi sampai sekarang belum ada lagi pengumuman mengenai penyelesaiannya,” katanya.

1MDB: Nasib baik Mahathir belum mati....



KUALA LUMPUR: Mulanya Tun Mahathir dianggap sebagai jahat dan khianat dalam pendedahan ketempangan 1MDB tetapi apabila disertai oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri maka beliau tidak lagi keseorangan.
Demikian ulasan bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam blognya semalam bertajuk '1MDB: Nasib Baik Mahathir Belum Mati, Najib Batalkan Pembelian TH Dalam Keadaan Panik'

Menurutnya, kebangkitan rakyat telah menegakkan kebenaran Tun Mahathir yang menyebabkan ramai bertanya, bagaimanakah jika Mahathir telah mati lama dahulu.

"Siapakah yang akan mendedahkan pekong 1MDB? Siapakah yang akan berani menjuarai isu ini?

"Ramai yang menyatakan kepada saya, nasib baik Mahathir masih hidup," tulisnya sebagaimana di bawah.

Sesiapa juga yang tidak buta akal akan dapat membaca bahawa nasihat (arahan?) Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya Lembaga Tabung Haji (TH) menjual semula tanah  yang dibelinya dari 1MDB dengan harga RM188.5 juta telah dibuat dalam keadaan panik.

Suatu keputusan yang dibuat dengan gopah-gapah dan terburu-buru kerana panik  tidak mencerminkan kematangan pertimbangan dan menampakkan kelemahan pimpinan.

Datuk Seri Najib tentunya mengharapkan tindak balas positif dari rakyat atas keputusannya itu tetapi hakikat sebenarnya telah menghilangkan rasa hormat rakyat dan menjatuhkan maruah kerajaan.

Husam pada Jamil: Selamatkan Tabung Haji

Saya pasti YB mengikuti sepenuhnya isu pembelian sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB oleh Tabung Haji yang menjadi viral sekarang termasuk penjelasan terbaru YB Datuk Pengerusi Tabung Haji pada pagi ini (semalam).

Tabung Haji, mengikut Akta Tabung Haji 1995, adalah terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa YB, baik untuk meluluskan cadangan pelaburan Seksyen 4(3) dan 20(2), perlantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah  Seksyen 6(1)(d) bahkan untuk memecat Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Seksyen 6(5) serta mempastikan tidak wujudnya percanggahan kepentingan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sepertimana peruntukan Seksyen 9.

Malangnya, di tengah keributan yang meresahkan para pencarum dan gegaran yang boleh meruntuhkan integeriti dan kredibiliti Tabung Haji, YB sehingga hari ini masih berdiam diri.

Menerusi surat ini, saya tidak ingin menyenaraikan semula isu-isu yang melingkari transaksi Tabung Haji - 1MDB.

Cukuplah YB menelitinya menerusi laporan media.

Saya menyeru YB perkara-perkara berikut;

1) Membatalkan transaksi tersebut. Jika tidak, YB adalah orang yang akan dianggap dari segi undang-undang paling bertanggung jawab ke atas transaksi itu kerana kelulusan terakhir mengikut Akta TH adalah terletak di tangan menteri mengikut Seksyen  4(3), 20(2) dan 10 Akta Tabung Haji 1995.

Saya yakin, transaksi penuh belum lagi dimuktamadkan dan ruang pembatalan masih lagi wujud berasaskan maklumat dalam dokumen yang dibocorkan.

Bongkar: Bukan kali pertama Tabung Haji ‘selamatkan’ syarikat bermasalah

1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukanlah satu-satunya syarikat bermasalah yang pernah berurusan dengan Lembaga Tabung Haji kerana ia pernah terlibat dengan dua syarikat bermasalah semasa zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2015.  
1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukanlah satu-satunya syarikat bermasalah yang pernah berurusan dengan Lembaga Tabung Haji kerana ia pernah terlibat dengan dua syarikat bermasalah semasa zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2015.

Lembaga Tabung Haji berdepan kritikan beberapa hari ini susulan pembelian tanah bernilai ratusan juta ringgit dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dilihat pengkritik satu usaha menyelamatkan syarikat pelaburan negara yang menanggung hutang itu.
Namun, ia bukan kali pertama Tabung Haji, yang memegang amanah menyimpan dana bagi jemaah haji untuk beribadat di Mekah, kelihatan seperti disalah guna bagi menolong syarikat bermasalah.
Pada 1998, semasa ia dipengerusikan adik ipar Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali, Tabung Haji terlebih bayar dalam pembelian dua bangunan di Kuala Lumpur.

Dua bangunan tersebut ialah TH Perdana, yang dibeli daripada Maju Holdings Sdn Bhd pada harga RM117.08 juta, dan TH Selborn, yang dibangunkan Swasta Setia Holdings Sdn Bhd dan dijual dengan harga lebih tinggi RM51.38 juta daripada nilai sebenar. Tabung Haji membayar sejumlah RM436.38 juta untuk  kedua-dua hartanah itu, walaupun penilai menganggarkan ia hanya bernilai RM267.92 juta.
The Wall Street Journal (WSJ) pada Disember 2004, memperincikan pembelian tersebut dalam artikel  mereka, menyifatkan Maju Holdings sebagai "syarikat tidak menguntungkan".
Pemiliknya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dilaporkan menemui Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, menteri yang ketika itu bertanggungjawab menjaga Tabung Haji, pada Disember 1997 bagi mempercepatkan jualan TH Perdana (bangunan itu waktu itu dikenali sebagai Maju Junction) kerana berdepan masalah kewangan.
"Saya memerlukan kelulusan segera anda mengenai perkara ini kerana bank sudah mengeluarkan notis merampas hartanah (itu)," tulis Sahid dalam sepucuk surat kepada Hamid, menurut WSJ.
Tabung Haji bersetuju membayar RM270 juta untuk hartanah 546,000 kaki persegi itu, pada RM494 setiap kaki persegi, dan mendapat kelulusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi RM220 juta wang pendahuluan seperti diminta Sahid, lapor WSJ.
Laporan Ketua Audit
Tetapi menurut Laporan Ketua Audit Negara 2003, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menetapkan bangunan tersebut hanya bernilai RM152.92 juta, atau RM400 setiap kaki persegi dan mendapati ia sebenarnya berkeluasan 372,289 kaki  persegi.
"Ini bermakna Tabung Haji membayar RM117.08 juta atau 76.6% lebih tinggi daripada harga penilaian. Ini jelas menunjukkan Tabung Haji membuat bayaran hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada harga yang dicadangkan oleh JPPH," menurut laporan ketua audit itu.
Menurut laporan itu juga, wang pendahuluan RM54 juta yang dibayar untuk bangunan TH Perdana itu bertentangan dengan kehendak Surat Pekeliling Perbendaharaan yang menyatakan, maksimum bayaran pendahuluan hanya 15%daripada nilai kerja pembinaan, atau RM5 juta sahaja – berdasarkan mana lebih rendah.

Benarkah Tabung Haji beli RM1.6 bilion Sukuk 1MDB Bandar Malaysia, soal PAS

PAS hari ini mendesak kerajaan memberi penjelasan apakah benar Lembaga Tabung Haji (TH) membeli RM1.6 bilion Sukuk 1MDB Bandar Malaysia sebelum membeli plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang kini menjadi pertikaian.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menurut cadangan perjanjian yang didedahkan blog The Benchmark, risiko yang perlu ditanggung TH ialah sebanyak RM4.8 bilion jika pembelian dua plot tanah TRX dan pembangunan itu direalisasikan.

"Namun, apa yang menarik, RM3.2 bilion ialah risiko daripada pembelian tanah, manakala RM1.6 bilion ialah risiko daripada pelaburan TH sedia ada di dalam Sukuk 1MDB Bandar Malaysia," kata naib presiden PAS itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Apakah ini bermakna TH sudah melaburkan duit sebanyak RM1.6 bilion di dalam 1MDB sebelum kontroversi pembelian tanah TRX daripada 1MDB meletus, soalnya. Menurut dokumen itu, pada 18 Februari 2014, 1MDB mengumumkan menjual sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion. "Jika dakwaan di atas benar, ini bermakna TH membiayai 66% daripada sukuk yang dikemukakan 1MDB," kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, PAS menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dan Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, tampil menafikan perkara ini sekiranya ia tidak benar. "Sekiranya ia benar, apakah status pelaburan sukuk ini?