KUALA LUMPUR, 9 Mei

Bekas Ketua Pengarang News Straits Time Press (NSTP) Datuk Abdul Kadir Jasin mecabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melucutkan jawatan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipegang Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sekiranya beliau benar-benar tidak mahu nama TH tercemar.
Tegasnys tindakan itu harus dibuat jika Najib tidak terlibat dalam urusan pembelian tanah di di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik syarikat yang diasaskannya, 1MDB.
Selain Abdul Azeez, Kadir juga mecabar kesemua individu yang terlibat dalam urusan pembelian tanah berkenaan dilucutkan jawatan.
“Kalau Najib tidak terlibat dalam jual beli ini dan beliau tidak mahu nama Tabung Haji tercemar, kita cabar beliau melucutkan jawatan Abdul Azeez dan semua orang yang terlibat dengan pembelian tanah 1MDB itu.
“Kita mahu lihat keberanian dan keikhlisan Pahlawan Bugis itu dan kita mahu tahu kepada siapa tanah itu akan dijual serta berapa keuntungan TH akan peroleh,” katanya menerusi blognya, The Scribe A Kadir Jasin hari ini.
kadir_M
Pembelian tanah di TRX di ibu kota tidak akan diketahui umum sehingga kini sekiranya pendedahan mengenai urusan itu tidak dilakukan, kata A Kadir Jasin.
Dakwanya tindakan TH mengumumkan akan menjual tanah yang dibeli dengan harga RM188.5 juta itu adalah kesan daripada kerja-kerja pembelian yang dibuat secara ‘curi-curi’ tanpa pengetahuan umum.