Jumaat, 8 Mei 2015

Yang untung 1MDB, yang rugi pencarum Tabung Haji

KULAI, 8 MEI: Syarikat kontroversi 1MDB meraih keuntungan besar RM184 juta dengan hanya bertindak sebagai ‘broker’ dari urusniaga jual-beli tanah Tun Razak Exchange (TRX).
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, sekiranya tanah TRX seluas 70 ekar itu tidak dijual kepada 1MDB dengan harga murah pada 2010, kerajaan mampu mendapat perolehan berjumlah RM8,455 juta, dan bukannya RM194 juta.
“Datuk Seri Najib mesti menjelaskan mengapa tanah itu dijual kepada 1MDB hanya RM64 sekaki persegi pada tahun 2010.
“Rakyat Malaysia kehilangan (hasil) berjumlah RM8,261 juta,” kata Nie Ching dalam satu kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan Lembaga Tabung Haji (LTH) membeli satu plot tanah di TRX dari 1MDB pada harga RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi.
Tanah TRX seluas 70 ekar itu telah dijual kepada 1MDB pada harga RM194 juta pada 2010, namun dinilai semula sebanyak dua kali kepada RM1.1 bilion dan RM1.59 bilion dalam masa dua tahun.
Berdasarkan laporan kewangan bagi tahun berakhir Mac 2013, tanah tersebut telah dinilai semula sekali lagi pada kadar RM2.7 bilion, bersamaan RM885.50 sekaki persegi.
Difahamkan LTH memperoleh 1.56 ekar plot pada harga RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi.
Ketua Pegawai Eksekutif LTH Datuk Johan Abdullah sebelum ini berkata, kadar RM188.5 juta itu harga ‘diskaun’ berbanding nilai pasaran semasa.

TI-M desak TH dedah dokumen pembelian tanah 1MDB

Kurang keterbukaan dan ketelusan yang melibatkan pelaburan bernilai tinggi membuka ruang kepada rasuah.
tabung haji, 1MDB
PETALING JAYA: Transparency International Malaysia (TI-M) mendesak Lembaga Tabung Haji (TH) mendedahkan semua dokumen yang berkaitan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB.
Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar, berkata maklumat melibatkan pelaburan oleh TH perlu dibuat secara telus dan mudah diakses oleh pencarum kerana ia membabitkan wang deposit umat Islam.
“Kurang keterbukaan dan ketelusan yang melibatkan pelaburan bernilai tinggi boleh membuka ruang kepada rasuah.
“Apabila keputusan pelaburan tersebut tidak dijalankan mengikut prosedur yang ketat , terbuka dan telus, ia boleh menawarkan peluang yang sangat menguntungkan untuk memperkaya diri kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam proses membuat keputusan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Akhbar berkata, maklumat dibocorkan menerusi media sosial menunjukkan bagaimana Akta Rahsia Rasmi (OSA) telah digunakan untuk tujuan salah.
“TI-M telah berulang kali menyeru agar lebih terbuka, dasar kerajaan yang inklusif berkaitan dengan akses kepada maklumat.

Pembelian tanah 1MDB: Pemuda UMNO bangkit enam soalan

Pergerakan Pemuda UMNO amat risau sekiranya TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB yang merugikan rakyat.


PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO mempertikai transaksi pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai RM188.5 juta.
Sehubungan itu, Ketuanya, Khairy Jamaluddin mahu Kementerian Kewangan (MOF) dan TH menjawab enam soalan untuk memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kepada pencarum berhubung transaksi itu.
Soalan kepada MOF:
  1. Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?
  2. Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?
  3. 1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?
Soalan kepada TH:

Tun M: Batal segera pembelian tanah 1MDB

SHAH ALAM – “Rancangan ini perlu dibatalkan sekarang juga!” demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kontroversi terbaharu berhubung pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau membidas tindakan TH yang menggunakan caruman orang awam untuk membeli tanah yang hanya 1.5 ekar Tun Razak Exchange (TRX) tapi membayar pada kadar hampir dengan harga 70 ekar tanah yang dibeli 1MDB sebelum ini.

“Wang tabung haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

“Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk ‘bail out’ (pemulihan) hutang 1MDB. Tanah TRX seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar.

“Sekarang TH membeli satu 1.5 ekar dengan harga RM188.5 juta, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan Bumiputera. Tetapi 1MDB telah mengetepikan projek ini,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya Chedet.com, hari ini.

Semalam, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TTRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.

Mahathir: TH memang 'bailout' 1MDB

Walaupun menteri Umno menafikan, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian tanah dalam projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji sebagai tindakan penyelamatan.

“Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.

"Wang ini bukan milik Tabung Haji.

“Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB,” katanya merujuk urus niaga tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata rancangan 1MDB itu perlu dibatalkan segera kerana Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka.

“Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya,” soalnya.

TH, adakah pembelian tanah patuh syariah – Saifudin


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini turut mempertikai keputusan Tabung Haji (TH) yang membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad.

Beliau melalui laman facebook turut meragui pelaburan itu kerana TH hanya melabur dalam perniagaan yang sah dari segi syariah.

"Setahu saya, Tabung Haji hanya melabur dalam perniagaan yang sah dari segi syariah. Adakah melabur dengan membeli tanah 1MBD yang diragui dari segi pelbagai sudut itu satu kebijaksanaan.

"Wajarkah dengan harga setinggi itu, berbanding harga dibeli oleh 1MDB pada asalnya," tulis beliau.

Dalam pada itu beliau turut melihat ada kepentingan peribadi 'conflict of interest' apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB.

Apa kata Tun M isu wang Tabung Haji


KUALA LUMPUR: Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.

"Wang ini bukan milik Tabung Haji. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB," tulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya.

Berikut ialah tulisan penuh beliau bertajuk 'Tabung Haji'.

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah.

TH khianati penyimpan, talian hayat ‘selamat’ 1MDB

SHAH ALAM, 8 MEI: Pelaburan Tabung Haji (TH) dengan membeli tanah RM188.5 juta daripada firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di kutuk keras pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menyifatkan tindakan TH itu sebagai mengkhianati amanah penyimpan, bahkan kerajaan tidak sewajarnya menjadikan agensi itu talian hayat bagi menyelamatkan 1MBD.
“Kerajaan BN mengkhianati amanah penyimpan kerana duit itu harus dilindungi untuk keperluan menunaikan ibadah haji sebaliknya diguna untuk selamatkan projek bermasalah,” katanya kepada Selangor Kini.
TH semalam mengesahkan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta dari projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX) iaitu projek utama 1MDB terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
TH mendakwa pembelian itu mendapat ‘diskaun’ harga berbanding nilai pasaran semasa.
khalidSementara itu, akhbar perniagaan The Edge, melaporkan 1MDB perlu membayar faedah pinjaman AS$52.5 juta (RM188.5 juta) minggu depan membabitkan nilai yang sama dengan harga tanah dijual kepada TH.
Sehubungan itu, Khalid mempersoalkan sama ada TH diperalat untuk mengurangkan beban hutang dan memperbaiki penarafan kredit 1MDB.
ng suee lim dun red hands 02“Jadi, sudah semakin jelas mengapa Ahli Parlimen Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim) diletakkan sebagai Pengerusi TH. Beliau adalah penyokong kuat Najib Razak dan Rosmah Mansor,” katanya.
Kontroversi itu turut mendapat perhatian pemimpin bukan Islam apabila Adun Sekinchan, Ng Suee Lim turut mempersoalkan mengapa nilai amanah kepada agama dipinggirkan demi menyelamatkan projek yang tidak menjadi.
“Dalam konteks menjaga amanah melibatkan agama, tidak sewajarnya nilai itu digadaikan semata-mata menyelamatkan sesuatu perkara.
“Walaupun bukan pemimpin Islam, saya amat tidak setuju apabila TH dijadikan alat. Ini duit orang Islam, duit pergi haji,” katanya.
Beliau menggesa kerajaan mengambil tanggungjawab memberi penjelasan sewajarnya kepada masyarakat terutama penyimpan TH kenapa tindakan membeli tanah dari 1MDB dilakukan.
“Ia sepatutnya diuruskan dengan cermat. Tidak salah untuk melabur, tapi bagaimana dilaburkan. Kalau dalam syarikat yang bermasalah itu yang kita khuatir,” katanya.

3 'pegawai TH' dikenal pasti ada kaitan dengan 1MDB

Tiga pegawai kanan Tabung Haji dikesan terlibat langsung dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang terpalit kontroversi berkaitan beban hutang.

Ia sekali gus membangkitkan persoalan berhubung konflik kepentingan dalam urus niaga antara dua badan itu.

Semalam, Tabung Haji mengakui mendapatkan sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB dengan jumlah RM188 juta.

Perkara itu menimbulkan kontroversi kerana 1MDB mendapatkan tanah untuk projek itu daripada kerajaan persekutuan dengan harga jauh lebih murah berbanding nilai pasaran.

Susulan itu, pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Pemuda Umno sendiri membangkitkan persoalan berkaitan konflik kepentingan dalam isu itu.

Tan Sri Ismee Ismail

Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji ini turut berada dalam lembaga 1MDB.

Datuk Johan Abdullah

Timbalan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji turut mempengerusikan anak syarikat 1MDB Edra Global Energy Sdn Bhd.

Edra memiliki aset tenaga Powertek (sebelum ini Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.

Datuk Abdul Samad Alias

Abdul Samad terlibat dalam panel pelaburan Tabung Haji. Beliau turut berada dalam lembaga 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ibrahim ingatkan duit Tabung Haji bukan 'harta mak bapak'


Saya lagi bagus dari Pak Lah dan Anwar, kata Ibrahim Ali

PERKASA: Pecat menteri, GLC, agensi 'bisu'

Mahathir dakwa Tabung Haji memang 'bailout' 1MDB

KES TABUNG HAJI - BEBERAPA INDIVIDU DIPANGGIL BERI KETERANGAN - KPN

KPN CADANG AGAR SPR HARAMKAN AKTIVITI MERAIH UNDI...LEBIH BAIK HARAMKAN PILIHANRAYA SEKALI..!!!

Tidak Faham: Mat Maslan...Awak..Awak ..Kat Mana...!!!


Terima kasih Tabung Haji, rakyat fahami hutang 1MDB

Akhirnya rakyat, termasuk mereka yang berada di pendalaman memahami isu 1MDB gara-gara tindakan Lembaga Tabung Haji yang membeli tanah TRX daripada 1MDB.

Meskipun isu 1MDB sudah laman digendangkan pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ramai yang tidak memahaminya kerana ia tidak semudah isu lembu NFC dulu sehinggalah semalam.

Kemarahan rakyat terhadap tindakan TH turut menyebabkan Pemuda Umno tiba-tiba U-turn dan berani mempersoalkan Kementerian Kewangan dan TH yang diterajui para pemimpin Umno sendiri.

Namun seperti biasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selalu Menteri Kewangan dan juga penasihat 1MDB terus mendiamkan diri.

Namun, keadaan ini diyakini tidak lama selepas melihat gelagat Pemuda Umno cuba menyelamatkan diri.

Namun, rakyat kena ingat, menukar Najib tanpa menukar Umno tiada gunanya. Hutang RM42 bilion 1MDB masih perlu ditanggung kerana kerajaan adalah penjaminnya.

Selepas tabung TH dipecahkan, banyak lagi tabung lain akan dipecahkan setiap kali tiba tempoh 1MDB untuk membayar bunga hutangnya.

Persoalan sekarang, selain membayar hutang, apakah kos perniagaan 1MDB setiap bulan? Sumber mana yang digunakan untuk membayar gaji-gaji mereka yang mahal-mahal, termasuk gaji Najib sebagai Penasihat di dalam 1MDB kalau duit membayar hutang pun tiada.

Badan khas PAS pantau Tabung Haji

Susulan kontroversi pembelian tanah dalam projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) – Tun Razak Exchange (TRX) – PAS mengambil inisiatif menubuhkan badan khas bagi memantau perjalanan Tabung Haji.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jawatankuasa bertindak, melibatkan pakar pelbagai sektor dan wakil pendeposit, akan ditubuhkan Ahad ini.

“Jawatankuasa bertindak itu nanti akan memantau, mengumpul maklumat, menganalisa, dan bertindak demi mempertahankan hak para pendeposit Tabung Haji daripada menjadi mangsa akibat kegagalan pihak kerajaan menguruskan 1 MDB,” katanya.

Sebuah blog Thebenchmark0 bertarikh 5 Mei mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah TRX, sebuah projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Blog itu mendakwa, ia dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi) RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi) sedangkan 1MDB didakwa mendapatkannya hanya dengan kos RM90 sekaki persegi.

Sebagai reaksi, Tabung Haji dilapor membuat laporan polis berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga itu selain berkata The Benchmark0 memanipulasi fakta pelaburannya yang mengikut peraturan dan mendapat kelulusan betul serta teratur.

Institusi mulia umat Islam

Ia menyebut pembelian tanah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai dinilai oleh penilai bebas dan profesional serta dalam pengetahuan.

Laporan polis itu turut menafikan Tabung Haji sedang dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana didakwa.

Tanah TRX 1MDB: Panggil sidang khas Dewan Rakyat

NASRUDIN HASSAN


SAYA telah meneliti dokumen sulit yang telah dimuatkan di sebuah blog (The Benchmark) mengenai cadangan pembelian Plot B.10.15-RT di Tun Razak Exchange daripada 1MDB Real Estate Sdn Bhd dan subsidiarinya KLIFD Sdn Bhd.
Setelah ia menjadi viral, saya turut membaca respons daripada pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji semalam bagi mendapatkan penjelasan daripada perkara yang telah berbangkit tersebut.
Berdasarkan maklumat-maklumat tersebut saya menggesa Perdana Menteri segera memaklumkan kepada Tuan Yang Dipertua untuk memanggil sidang mesyuarat khas bagi membahaskan isu 1MDB dengan lebih terperinci demi kepentingan rakyat. Ini selaras dengan Peraturan 11 (3), Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat.
Saya berharap agar Perdana Menteri hadir memberikan penjelasan yang konkrit termasuk pembentangan hasil forensik audit kewangan 1MDB.
Isu 1MDB ini sangat penting memandangkan ia berhadapan dengan skandal kewangan yang besar yang turut melibatkan kepentingan rakyat.
Setelah pihak Lembaga Tabung Haji mengesahkan dakwaan pembelian plot tanah TRX, ini menunjukkan bahawa pihak 1MDB terpaksa menggunakan tabungan awam untuk menyelamatkan kegagalan kewangan 1MDB.
Bagi pihak rakyat, kita tidak boleh mengizinkan perkara ini berlaku walaupun pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji berpendapat sebaliknya.

Manusia Inilah Yang Diamanahkan Jaga Tabung Haji

( PENJELASAN APE YER...!!!)


TH: Makcik, pakcik di kampung mengeluh

SHAH ALAM – Rentetan kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan semalam didakwa memberi kesan kepada golongan pencarum TH terutamanya yang tinggal di luar bandar. 
Menurut Abdul Razak Ismail, 61, yang berasal dari Gerik, Perak, beliau terkejut dengan berita tersebut, kerana risau akan duitnya di dalam Tabung Haji.
“Pak cik terkejut dan kecewa dengan berita tersebut…apa yang dikesali adalah bila didedah di media barulah TH hendak mengakuinya.
“Kenapa TH tidak maklumkan awal-awal mengenai ke mana duit pelaburan pencarum, sebab bila ada berita-berita negatif macam ini kami orang-orang kampung risau, bukan senang nak kumpul duit pergi menunaikan haji.
“Itu adalah amanah daripada orang-orang yang hendak melabur untuk pergi ke tanah suci Makkah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Mengulas lanjut Abdul Razak  berkata lagi satu perkara yang merunsingkannya adanya penglibatan orang politik di dalam Tabung Haji.
“Tidak sesuai orang politik campur tangan dalam agensi kerajaan, ia akan wujud konflik dalaman, pak cik memang tak setuju sangatlah, kalau boleh berilah orang lain seperti orang ekonomi ke yang tiada kepentingan dalam parti politik,” katanya.
Manakala menurut Mazidah Abd Ghani, 28, yang berasal dari negeri utara tanah air turut senada dengan Abdul Razak.
Katanya rata-rata orang kampung yang ditemuinya ketika berbual mengenai perkara itu meluahkan perasaan kecewa.
“Saya meniaga di kampung, bila ada yang datang kedai bila cakap pasal perkara ini rata-rata luahkan perasaan kecewa dan risau. Mereka kata sepatutnya tabung haji tidak patut terpalit dengan kontroversi ini.
“Mereka risaulah sebab pembelian itu katanya dilakukan bulan April lalu, kalau TH benar-benar ingin menjaga kepentingan pencarumnya dedahkanlah awal-awal mengenai perkara tersebut, biar TH dilihat telus dan amanah,” katanya.

Pengurusan Tabung Haji Orang Berkepentingan Dalam 1 MDB..?

1. Pusing sana-pusing sini rupa-rupanya pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji adalah orang besar juga dalam 1 MDB.
2. Saya merujuk kepada berita The Edge hari ini dan menyemak nama-nama tersebut di laman web Tabung Haji dan 1 MDB. Sungguh mengejutkan. Ianya secara tidak langsung menzahirkan kewujudan elemen "conflict of interest"..
3. Siapakah mereka itu..?
a) Tan Sri Ismee Ismail, CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan ahli Lembaga Pengarah 1 MDB.
b) Dato' Johan Abdullah, Timbalan CEO dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan Pengerusi anak syarikat 1 MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd.
c) Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji merupakan Ahli Panel Penasihat 1 MDB.
4) Isu ini begitu besar kerana Tabung Haji merupakan insitusi milik ummat Islam. Duit yang disimpan oleh pendeposit itu adalah hasil titik-peluh mereka untuk menunaikan Haji, maka amatlah zalim jika Tabung Haji dipergunakan oleh orang politik untuk menyelamatkan 1 MDB yang sedang mengalami masalah kritikal apabila hutangnya kini sudah pun mencecah RM 42 Billion.
5) Bukankah Tabung Haji dan 1 MDB adalah institusi dan syarikat yang sama di bawah seliaan kerajaan pusat.? Hebat perniagaan mereka ini. Tanah dulu dibeli oleh 1 MDB hanya RM60/kaki kemudian sekarang dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM2860/kaki..
6) Adakah ummat Islam masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah ini..?

Kesemua yang bersekongkol dengan projek menyelamatkan 1 MDB yang hampir karam ini perlu diingatkan, mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi perlu menjawab juga di Mahkamah Allah kelak.

Amanah rakyat usahlah dipermainkan sebegitu sahaja...

Catatan oleh
Syed Ahmad Fadhli,
Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS

“Hidup Mewah Sang Perdana Menteri”: Duta minta kami maklumkan sebelum siar berita Malaysia, kata wartawan Tempo


Seorang wartawan majalah Indonesia Tempo yang memaparkan artikel gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, berkata duta Malaysia ke Jakarta memberitahu mereka supaya memaklumkan kepada kedutaan terlebih dulu sebelum menyiarkan laporan mengenai Malaysia.

Natalia Santi berkata Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyatakan demikian kepadanya ketika pertemuan dua jam pada Rabu berhubung artikel “Hidup Mewah Sang Perdana Menteri”.
"Beliau berkata pada masa depan, sekiranya Tempo mahu menyiarkan artikel berdasarkan khabar angin, beliau mahu mendapat pengesahan terlebih dulu," kata Natalia kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.


"Beliau berkata, 'kenapa tidak anda membuat pengesahan terlebih dulu artikel itu hanya berdasarkan khabar angin?' "Beliau juga memberitahu Pak Najib berasal dari kalangan keluarga kaya, yang datuknya amat kaya di Malaysia selain Pak Najib sudah berada dalam arena politik lama dan tidak sukar untuknya membeli beg dan jam tangan,” katanya.

Tabung Haji beli tanah RM188.5 juta, sama nilai faedah 1MDB, kata Rafizi

PKR persoal pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji pada harga jualan hampir sama nilai faedah hutang syarikat dana negara itu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015.PKR persoal pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji pada harga jualan hampir sama nilai faedah hutang syarikat dana negara itu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015.PKR hari ini mempersoalkan pembelian tanah Lembaga Tabung Haji (TH) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan berkata harga jualan RM188.5 juta itu lebih kurang sama dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu diselesaikan syarikat dana negara yang bermasalah itu.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menafikan tanah 1.56 ekar yang terletak di projek Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur itu berpotensi dimajukan, tetapi berkata 1MDB tidak wajar membuat untung daripada tanah milik kerajaan persekutuan.
"Apakah penggunaan duit pendeposit TH ini bertujuan membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?," soal Rafizi dalam kenyataannya hari ini.

"Keadaan ini hampir sama dengan tindakan kerajaan persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB,” katanya.
 
(Nafi Tak Sampai 2 Bulan Kes TH Terbongkar)
 
Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak AS$52.5 juta (RM188.5 juta) minggu depan.
"Saya tidak menafikan tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik kerajaan persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya," kata Rafizi.
Rafizi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berupaya menghentikan urus niaga antara TH dengan 1MDB berhubung pembelian tanah TRX.
Katanya, pembelian tanah seluas 1.56 ekar oleh pengendali ibadah haji daripada 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit mereka kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB.
"Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari kerajaan persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Isu TH jadi beban baharu Umno

JOHOR BAHRU - Pemuda Umno Johor berpendirian bahawa presiden parti perlu bertindak segera memperjelas dan menyelesaikan banyak isu berbangkit dan yang terbaharu membabitkan pembelian tanah 1MBD oleh Tabung Haji (TH).

Ketua Pemudanya, Hahasrin Hashim menjelaskan mereka dihujani keluhan dan keresahan akar umbi akibat pelbagai isu yang terutamanya membabitkan tindakan TH yang dilihat cuba ‘menyelamatkan’ 1MDB yang semakin nazak.

Menurut beliau, sayap Pemuda sentiasa dahagakan penjelasan dan perlu bersuara agar Umno akan terus kekal relevan.

Maklumat Bocor: 'TH patut batal pembelian, bukan lapor polis' - Husam

Tindakan Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian hartanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah memalukan, kata PAS.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata tindakan itu “jelas untuk menutup tindakannya yang menimbulkan kesangsian dan kemarahan pencarum”.

“Langkah lebih mulia adalah membatalkan pembelian itu,” kata Husam (kanan).

“Bahkan langkah mulia juga ialah pihak bertanggungjawab menawarkan perletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan itu sendiri, selain tindakan pembelian yang tidak dapat diterima itu. ”

Tabung Haji semalam dilapor membuat laporan polis berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Laporan itu, lapor Astro Awani antaranya menyebut blog The Benchmark, yang mendedahkan dakwaan itu, memanipulasi fakta pelaburannya yang menurut peraturan dan mendapat kelulusan secara betul dan teratur.

Ia menyebut pembelian tanah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai dinilai oleh penilai bebas dan profesional serta dalam pengetahuan.

Laporan polis itu turut menafikan Tabung Haji sedang dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana didakwa.

Pelbagai pihak semalam menuntut penjelasan dan menyatakan perasaan tidak senangnya dengan pembelian yang didakwa melibatkan harga terlampau tinggi.

Mufti Perlis Datuk Mohamad Asri Zainul Abidin anara yang menuntut penjelasan dalam isu itu manakala NGO Islam terkenal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula membuat laporan polis supaya dakwaan blog itu disiasat.

PAC persoal pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) membuat pembelian tanah bernilai RM188.5 juta milik syarikat sarat menanggung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi tanda tanya memandangkan firma bermasalah itu kerap dikecam kerana mengumpul hutang begitu banyak.

Beliau terkejut dengan keputusan TH kerana 1MDB yang merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu sedang dikecam berikutan memiliki jumlah hutang lebih RM42 bilion. "Terdapat banyak peluang pelaburan lain yang boleh diterokai Tabung Haji terhadap wang pendeposit untuk membuat keuntungan.

"Mereka tidak sepatutnya memilih pelaburan seperti ini. "Isunya ialah mengenai profesionalisme dan integriti jawatankuasa pelaburan serta lembaga pengarah TH yang meluluskan pelaburan itu, adakah terdapat tangan ghaib yang mengarahkan mereka. "Bagi pembelian itu, tanah berkenaan terletak di lokasi utama tetapi perjanjian itu dilakukan berdasarkan nilai pasaran semasa," katanya.

Ahli Parlimen Pulai daripada Umno itu berkata, PAC tidak bercadang untuk menyiasat mengenai pembelian tanah yang dibuat TH pada waktu ini kerana terlalu sibuk. PAC dijangka memulakan pendengaran ke atas 1MDB akhir bulan ini ketika Parlimen bersidang semula. Sesi pendengaran itu membabitkan siapa yang terbabit dalam penubuhan, pengurusan dan mengawal selia 1MDB.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider pegawai Bank Negara mungkin turut akan dipanggil bagi memberi keterangan di hadapan PAC. "PAC mempunyai banyak kes yang perlu disiasat sekarang, termasuk menyiasat kes yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan 1MDB.

“Tetapi kami terbuka untuk menerima maklumat lanjut mengenai perkara itu," kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Insider melalui kiriman WhatsApp semalam. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan memanggil TH pada masa akan datang, jika diperlukan.

 TH semalam mengesahkan badan pengelola dana simpanan bagi umat Islam untuk ke tanah suci Mekah itu membeli sebidang tanah daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX) yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur bernilai RM188.5 juta. Pembelian tanah itu didakwa mendapat "potongan" harga berbanding nilai pasaran semasa.

Badan pengelola dana simpanan itu merancang untuk membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd - berpengalaman luas dalam bidang hartanah dan pembinaan termasuk pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

3 pelajaran daripada penjualan tanah TRX 1MDB kepada Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan pembelian tanah berharga RM188.5 juta di kawasan wilayah kewangan Tun Razak Exchange (TRX) untuk membina kondominium mewah.

Maklumat pembelian itu pada mulanya didedahkan di laman media sosial 2 hari lalu, dan TH mengambil masa sehari untuk mengesahkannya, menafikan sebuah urus niaga lain dan membuat laporan polis kerana dokumen dalamannya didedahkan secara bertentangan dengan undang-undang.

Urus niaga itu begitu kontroversi kerana membabitkan 1MDB Real Estate (1MDB RE) sebagai vendor, sebuah unit dalam syarikat milikan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini sedang diaudit urusniaganya dan hutang bernilai RM48 bilion.

 Tiga perkara ini kita boleh pelajari daripada pendedahan tersebut.

1. Masih belum wujud pembangunan hartanah perniagaan di TRX

 Setakat ini, tiada pengumuman projek pembangunan untuk menara perniagaan di kawasan berkeluasan 28.3 hektar di TRX, yang sepatutnya dijadikan kawasan hub kewangan antarabangsa.

Semua projek yang diumumkan adalah bagi pembangunan kediaman dan TH menafikan pembelian tanah bagi menara. Selain menara kondominium TH, 6.88 hektar lagi di TRX dibangunkan melalui usaha sama pemaju antarabangsa Lend Lease dan 1MDB RE untuk Lifestyle Quarter. Lend Lease mempunyai 60% pegangan saham dalam syarikat usaha sama itu, manakala 1MDB RE memiliki baki saham.

Tidak diketahui harga tanah di kawasan itu. Dengan nilai kasar pembangunan sekitar RM8 bilion, usaha sama itu projek campuran merangkumi pusat beli-belah, menara kediaman, dan tempat letak kereta bertingkat serta stesen mass rapid transit (MRT) terbesar Kuala Lumpur.

Pelan induk TRX merangkumi sejumlah 25 bangunan dan lebih 21 juta kaki persegi keseluruhan kawasan lantai kasar dengan tempoh pembangunan selama 15 tahun. Fasa 1 dijangka selesai pada 2017/2018 dengan 4 pelaburan termasuk menara pejabat gred A, pusat beli-belah, hotel antara 2 hingga 5 bintang, 5 tingkat kawasan kediaman dan kawasan lapang seluas 20 ekar.

2. Peningkatan jumlah kebocoran syarikat kerajaan dan berkaitan kerajaan

Awal tahun ini, pemberi maklumat mendedahkan kerajaan membeli jet peribadi baharu untuk pemimpinnya. Putrajaya tidak pernah mendedahkan rancangannya, walaupun berlaku pemotongan bajet disebabkan pendapatan minyak yang berkurangan.

Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang, tuntut Azeez letak jawatan


Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini. Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

 "Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi," kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.

Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini. Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik. "Sebelum ni ok je.

Bagi saya, Azeez kena letak jawatan," katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya. Turut hadir ialah seorang guru, yang mengambil cuti sekejap dari tempat kerjanya bagi urusan mengeluarkan wang simpanannya hari ini. "Saya memang marah bila dengar berita ini, sebab itu saya ambil keputusan keluarkan wang saya dari Tabung Haji.

 "Dia pandai-pandai guna wang kita untuk selamatkan kroni dia," kata guru berusia 29 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad itu. Rafizal Ali, 36, mengeluarkan RM1,500 hari ini dan menuntut Azeez meletak jawatan.

Asal kluar aja dari mulut2 UMNO mesti BOHONG..


Apakah slps Lembaga Tabung Haji, Putrajaya akan gunakan wang agensi lain untuk selamatkn 1MDB ???

Jgnlah disbbkn ketidakcekapan KAMU urus tadbir kewangan negara, KEBOROSAN, KETIRISAN, RASUAH duit2 rakyat, dana awam pula jadi mangsa !!!

ANDA nilaikanlah sendiri pemimpin2 MUNAFIK-UMNO..

Untuk apa Tabung Haji terjun dalam ‘lumpur’ 1MDB?

oleh V Shuman
Mengapa Lembaga Tabung Haji menjerumuskan diri dalam masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?
Tabung Haji didakwa berurusniaga dengan subsidiari hartanah 1MDB, KLIFD (Kuala Lumpur International Financial District) apabila membeli dua plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur dengan harga RM770 juta.
Menurut laporan Malaysian Reserve dan di blog-blog, tanah itu kemudian akan dibangunkan dua hartanah – menara kediaman 40 tingkat dan menara pejabat 74 tingkat yang akan dikenali sebagai Signature Towers.
Dokumen juga menunjukkan permohonan itu “dipercepatkan” – bermakna ia diluluskan hanya dalam masa dua minggu selepas cadangan dibuat pada akhir Mac.
Abdul AzeezAbdul Azeez
Perlu dinyatakan bahawa pengerusi Tabung Haji adalah Abdul Azeez Abdul Rahim, ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua NGO pro-Umno Kelab Putera 1Malaysia.
Tabung Haji juga berada di bawa skop Jabatan Perdana Menteri – justeru dikawal oleh individu yang berada di tengah-tengah kontroversi 1MDB sendiri, iaitu Perdana Menteri Najib Razak.
Menurut laporan, jumlah RM770 juta itu hanyalah untuk pembelian tanah. Tabung Haji dijangka mengeluarkan kos kira-kira RM2 bilion bagi pembangunan hartanah.
Mengapa 1MDB masih terlibat dalam perjanjian jual beli, sedangkan ia sepatutnya sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara?
Pada 10 Mac lalu, Ketua Audit Negara Ambrin Buang dilaporkan berkata, audit terhadap badan penuh hutang itu “sudah bermula”. Selain itu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga ditugaskan untuk menyiasat 1MDB.
Bukankah aset 1MDB sepatutnya dibekukan, dan dilarang daripada terus berisiko mencetuskan hutang lain ketika sedang disiasat?
Dilaporkan bahawa dokumen itu juga mengklasifikasikan pelaburan itu sebagai “berisiko tinggi”, memandangkan rekod 1MDB sebelum ini.
Berikutan terdedahnya dokumen rahsia itu, penolong setiausaha publisiti DAP Zairil Khir Johari mengesa Tabung Haji berterus-terang berhubung urusniaga itu.
“Isu ini tidak akan menjadi perhatian ramai jika Tabung Haji adalah pemaju swasta yang memperjudikan wang sendiri untuk projek berisiko tinggi. Malangnya, sebagai badan dana ibadah haji rakyat Malaysia, ia sepatutnya memudahkan dan menguruskan simpanan orang Islam untuk menunaikan rukun Islam ke lima – ibadah haji di Makah.
“Dengan tanggungjawab seumpama itu, pelaburan oleh Tabung Haji sepatutnya mematuhi Syariah dan tidak secara terang-terangan berisiko, agar tidak merbahayakan simpanan jutaan Jemaah haji,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis guna OSA siasat dokumen bocor Tabung Haji beli tanah 1MDB....Cover line...!!!

Polis akan siasat kebocoran dokumen Lembaga Tabung Haji berkaitan pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015. Polis akan siasat kebocoran dokumen Lembaga Tabung Haji berkaitan pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015. Polis akan menyiasat kebocoran dokumen Lembaga Tabung Haji (TH) mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA), selepas ia dimuat naik beberapa blog mendedahkan pembelian tanah milik 1Malaysia Devlopment Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Khalid berkata pihaknya akan turut memanggil mereka yang terlibat dengan kes itu, termasuk pegawai tinggi TH, susulan laporan polis petang semalam dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Datuk Johan Abdullah.
Katanya, polis juga akan menyiasat kandungan laporan polis dibuat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sama ada ia sama dengan laporan dibuat TH atau tidak.

"Jika perlu, kami akan menyiasat kedua-dua laporan," katanya. Setiausaha Agung Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam laporannya berkata pembelian tanah daripada 1MDB itu jika benar amat membimbangkan kerana transaksi yang “meragukan” serta boleh merugikan pendeposit.
Petang semalam, Johan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi terhadap blog The Benchmark, yang mendedahkan dokumen pembelian tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).
Johan semalam menjelaskan, RM188.5 juta yang dibayar untuk hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.

1MDB kaut untung RM184 juta hasil ‘perjanjian kekasih’ dengan Tabung Haji

“Perjanjian kekasih” antara 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) dengan Tabung Haji (TH) membenarkan syarikat dana pelaburan yang sedang sarat menanggung hutang itu mengaut keuntungan RM184 juta daripada duit jemaah haji, kata wakil rakyat DAP Zairil Khir Johari, hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu mendakwa TH terlebih bayar kepada 1MDB sekurang-kurangnya RM500 per kaki persegi untuk plot tanah seluas 1.56 ekar yang dibelinya. “Perlu dinyatakan RM2,773 per kaki persegi masih harga yang tinggi untuk TH bayar memandangkan 1MDB membeli tanah itu asalnya hanya RM64 per kaki persegi empat tahun lalu pada 2011.

 “Malah, laporan penilaian risiko dalaman TH sendiri mendedahkan transaksi setanding dalam kawasan itu menunjukkan tanah dijual antara RM649.49 per kaki persegi hingga RM2,266,” kata Zairil, dalam satu kenyataan.

 “Pada RM2,773 per kaki persegi, TH membayar kira-kira RM500 per kaki persegi lebih daripada transaksi setanding lain yang terkini. Perjanjian kekasih ini berkesan untuk membenarkan 1MDB mengaut untung besar RM184 juta hasil tindakan sebagai tidak lebih seperti broker tanah,” katanya.

 TH, tabung simpanan untuk umat Islam merancang untuk menunaikan haji ke Mekah, mengesahkan semalam ia membeli sebidang tanah di kawasan projek Tun Razak Exchange (TRX) yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur pada nilai RM188.5 juta, yang didakwa harga “potongan” berbanding nilai pasaran semasa.

Ia merancang untuk membina menara kediaman di kawasan itu yang akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan. Anak syarikat itu berpengalaman luas dalam pembinaan hartanah termasuk pembangunan kawasan perumahan Bandar Enstek seluas 2,071 hektar terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemandu kes DUKE mengaku tak salah di ikat jamin RM9,000, lesen digantung


Dua pemandu terbabit kemalangan di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memandu secara berbahaya.

Tertuduh Mohd Fizal Reza Jamauddin, 31 dan Siti Noor Aini Mohd Said,35 didakwa bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Jun depan.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menetapkan ikat jamin sebanyak RM9,000 termasuk lesen memandu digantung sehingga kes selesai.

Manakala pasport mereka disimpan di mahkamah sehingga kes itu selesai.

Dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi, 2 Mei lalu sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan itu.

Ia membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Makna penting kemenangan Wan Azizah terhadap negara dan PR

KEMENANGAN calon PKR/Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam adalah berita gembira untuk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibarhim yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh.

Kemenangan Dr. Wan Azizah ini menghantar isyarat bahawa pengundi di Permatang Pauh tidak melupakan jasa dan pengorbanan DS. Anwar betapapun beliau tidak lagi dapat bersama di dunia politik negara ini selama lima tahun.

Oleh itu, kempen PKR ialah mempopularkan kata-kata, ‘ingat Dr. Wan Azizah, ingat Anwar’ yang dilihat sangat berkesan bahawa Anwar masih segar dalam ingatan pengundi di situ.

Ketika berucap di ceramah terakhir di depan kira-kira 1,000 orang, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli merayu supaya seluruh pengundi Permatang Pauh mengundi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut ahli parlimen Pandan itu, seluruh pengundi Permatang Pauh memikul amanah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kerusi itu kekal menjadi milik PKR. Seruanya itu dan seruan tokoh Pakatan Rakyat yang lain telah disahut oleh para pengundi esoknya.

Keputusan rasmi PRK Permatang Pauh itu yang diumumkan ialah:
BN- 21,475
Bebas- 367
PKR - 30,316
PRM- 101
Majoriti: 8,841

Empat calon bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh itu. Mereka ialah Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia atau PRM) dan Salleh Isahak (bebas).

Kerusi tersebut kosong susulan kegagalan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan pengampunan diraja atas kesalahan meliwat.

Permatang Pauh mempunyai 71,699 pemilih dengan 70 peratus Melayu, 23 peratus Cina dan 6 peratus India.

Dr Wan Azizah tiba di pusat kiraan undi di Institut Kemahiran Belia Negara, Penanti, disambut gembira dengan menerima jambangan bunga oleh para penyokong.

Turut kelihatan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam pilihan raya umum lalu Anwar menewaskan calon BN Mazlan Ismail dan Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.

PRK Permatang Pauh kali ini meunjukkan undi  popular tidak banyak berubah, yang bererti bahawa Permatang Pauh masih menjadi kubu kuat PKR/Pakatan Rakyat.

Kemenangan Dr. Azizah juga membawa harapan baru kepada Pakatan Rakyat, iaitu pengundi pelbagai kaum menerima calon PKR dan petugas Pakatan Rakyat bekerja bersama memenangkan Dr. Wan Azizah. Keputusan ini juga memperlihatkan undi Melayu bertambah di mana pemboikotan segelintir pihak telah gagal sama sekali.

Bagaimanapun, selain faktor mengingati pengorbanan Anwar, faktor besar juga ialah penolakan pengundi di situ terhadap isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mendatangkan kemarahan rakyat, kerana ia sangat membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

PAS Terengganu harap Husam, Ahmad tolak pencalonan Presiden

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu mengharapkan tiada sebarang pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan parti itu menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menggambarkan kepimpinan presiden sedia ada sebagai terbaik dan berharap dua calon lain yang layak bertanding di peringkat jawatan presiden iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden, Ahmad Awang menolak pencalonan berkenaan.

Beliau berharap kedua-dua mereka bijak mengambil keputusan memandangkan Abdul Hadi ketika ini sudah jauh mendahului dengan angka pencalonan begitu besar berbanding Husam dan Ahmad.

“Melalui pencalonan itu sebenarnya kita sudah dapat lihat isyarat yang diberi oleh perwakilan peringkat kawasan, tetapi terserah kepada empunya diri untuk bertanding atau tidak. Harapan kita supaya tiada pertandingan.

1MDB: Pengerusi Tabung Haji perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan kerana tidak layak mempengerusikan lembaga yang menguruskan dana awam yang besar.
Husam berkata, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah petang ini ternyata bercanggah dengan penafian awal oleh Abdul Azeez.
Johan mengesahkan kesahihan sebahagian dokumen yang dibocorkan di media sosial mengenai pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX).
Beliau mengesahkan pembelian satu unit dengan harga diskaun.
Ia membuktikan badan tersebut digunakan untuk 'bail out' 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara kecil-kecilan.
"Sebagai pengerusi, Abdul Azeez mengetahui butiran transaksi ini sepenuhnya kerana sudah tentu ia dibawa ke mesyuarat lembaga di mana beliau mempengerusikannya.
"Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam ia menafikannya kecuali beliau mempunyai niat yang tidak baik.
Pemimpin seperti ini tidak layak mempengerusikan lembaga sebesar Tabung Haji yang menguruskan dana awam yang besar," kata Husam dalam satu kenyataan.
Husam turut mempersoal mengenai 'harga pasaran' sebanyak RM188.5 juta yang berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperoleh 1MDB.
"Pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM188.5 juta kepada syarikat 1MDB," katanya.
Menurut beliau juga, isu pembayaran 100% harga tanah pada masa tandatangan SNP juga tidak dinafikan.

Tabung Haji perlu dipisahkan dari orang politik

Dr Maszlee Malik 
SHAH ALAM – Kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan hari ini adalah disebabkan penglibatan orang politik di dalam pentadbiran tertinggi TH itu sendiri.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu berkait rapat dengan kedudukan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ahli Parlimen Umno sebagai pengerusinya.

“Pelantikan orang politik sebagai Pengerusi TH hanya menimbulkan situasi 'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan hala tuju LTH itu sendiri. Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi TH akan hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum.

“Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Maszlee yang juga Presiden Academic Staff Association (ASA) berkata, pengerusi TH itu akan dilihat sebagai mewakili kepentingan parti yang diwakilinya berbanding kepentingan para pencarum.

1MDB, TH: Apa dibimbangi Muhyiddin sudah berlaku


INSTITUSI kerajaan mana pula yang akan berurusan dengan 1MDB selepas ini? Dengan lubang RM42 bilion, 1MDB kini cuba mencairkan aset-aset yang diperolehinya untuk mendapatkan keuntungan. Dengan imej 1MDB yang sebegitu teruk sehingga gagalnya rancangan untuk IPO, siapakah lagi yang sanggup berurusan dengan mereka?
Tapi malangnya, penjual aset kepada 1MDB ialah kerajaan dan pembelinya pula ialah rakyat sepertimana yang berlaku di Lembaga Tabung Haji (TH).
Berlindung di sebalik perkataan “pelaburan”, TH telah mengaku berurusan dengan 1MDB dalam pembelian tanah projek Tun Razak Exchange (TRX), iaitu salah satu projek pembangunan utama oleh 1MDB.
Yang menyedihkan ialah gelagat Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Rahim yang menafikan dakwaan awal apabila berita itu terledak.
Apakah wajar TH berurusan dengan 1MDB yang sudah terkenal dengan masalah hutangnya?
Ini masalahnya apabila jawatan Pengerusi TH merupakan lantikan politik, dan lantaran itu, mereka hilang sikap berdikari dan terpaksa akur dengan bos politik mereka.

Dr Asri risau masa depan negara isu 1MDB, Tabung Haji



KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara berhubung isu 1MDB dan Tabung Haji.
“Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini,” tulis beliau menerusi facebook yang bertajuk ‘Saya Risau’ sebagaimana di bawah.
Ini bukan politik kepartian. .ini hak seorang rakyat ingin tahu tentang masa depannya..
Sebagai rakyat, saya berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara saya seperti orang lain juga. Banyak soalan yang tidak diberikan jawapan yang jelas. Isu 1MDB yang dibangkit oleh Ybg. Tun Mahathir yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri. Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu 'kebal dan utuh'? Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu? Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang. Sekarang Tabung Haji pula dilaporkan akan membeli dari 1MDB dengan satu pembelian luar biasa. Saya lihat pihak ABIM telah menuntut penjelasan kerajaan. Saya pun telah tanya rakan-rakan yang berada di pihak kerajaan. Tiada jawapan yang jelas dan memuaskan.
Saya risau. Ini bukan isu politik kepartian. Saya bukan penyokong pembangkang. Tapi ia isu masa depan saya dan negara saya. Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini. Kasihanilah kami.

Husam: TH mengaku selamatkan 1MDB

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata pengakuan Tabung Haji hari ini menunjukkan wang caruman sememangnya digunakan untuk menyelamatkan firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Husam berkata, pengakuan Tabung Haji hari ini juga bercanggah dengan kenyataan asal oleh pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menafikan mengenai pembelian tanah milik 1MDB.

"Pembelian ini membuktikan Tabung Haji telah digunakan untuk menyelamatkan 1MDB secara kecil kecilan.

"Ini membuktikan 1MDB dalam keadaan yang amat tersepit sehingga terpaksa melibatkan institusi kewangan negara yang lain untuk menyelamatkan kedudukannya dan ini amat membimbangkan.

"Saya berpendapat pencarum berhak membantah tindakan Tabung Haji dipergunakan sesuka hati untuk menyelamatkan 1MDB," kata Husam.

Pengerusi lembaga berkenaan sepatutnya sudah tahu mengenai butiran transaksi berkenaan, katanya lagi yang mahu Abdul Azeez meletak jawatan.

“Adakah pengerusi Tabung Haji cuba berbohong?

“Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam beliau menafikannya kecuali jika beliau mempunyai niat yang tidak baik.

Tak layak pimpin Tabung Haji

Tabung Haji didakwa guna RM772 juta beli tanah TRX


File photo of man walking past a 1 Malaysia Development Berhad billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari hari ini mendedahkan bahawa badan amanah penyimpan duit bakal haji, Lembaga Tabung Haji (LTH) terlibat dalam projek berisiko tinggi.
Zairil merujuk pendedahan portal The Malaysian Reserve mengenai rancangan LTH membeli dua bidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) seluas lima ekar projek dari pembangunan hartanah 70 ekar yang dicadangkan 1MDB sebagai ‘hub kewangan dan ekonomi antarabangsa masa depan’.
Berdasarkan sumber tertentu dan blog tanpa nama, sebuah terbitan yang didakwa sebagai siri lengkap pembocoran dokumen dalaman, didedahkan bahawa Menteri bertanggungjawab bagi dana jemaah haji akan mempercepatkan perjanjian antara 1MDB dan LTH.
Rakyat Malaysia masih tidak lupa bahawa 1MDB telah membeli keseluruhan 70 ekar tanah yang kini dikenali sebagai TRX dengan harga rendah, iaitu RM64 sekaki persegi pada tahun 2011 dengan kos pengambilalihan RM194 juta.
Menurut dokumen yang dibocorkan, pada 13 April 2015, Menteri meluluskan cadangan Panel Pelaburan LTH bertarikh 30 Mac 2015 untuk membeli dua plot tanah di TRX.
Antara butirannya adalah Plot B.10.15-RT kira-kira 1.56 ekar berharga RM194 juta, bersamaan RM2,860 sekaki persegi, yang akan dibangunkan menjadi apartmen perkhidmatan 40 tingkat.
Selain itu, Plot C7.7-CT, berkeluasan 3.4 ekar berharga RM578 juta, bersamaan RM3,900 sekaki persegi bagi pembinaan bangunan pejabat 74 tingkat.
Pembelian dua lima ekar tanah ini bernilai RM772 juta di antara RM2,860 hingga RM3,900 sekaki persegi adalah terlalu tinggi, memandangkan 1MDB telah membelinya empat tahun lalu dengan harga RM64 sekaki persegi.
“Apa yang membuat perjanjian itu lebih sukar dipercayai adalah laporan penilaian risiko oleh pasukan pengurusan risiko dalaman LTH pada 9 April 2015 yang menyatakan bahawa projek itu ‘berisiko tinggi’.
“Ini berdasarkan kepada banyak faktor, termasuk kesuraman sektor hartanah semasa berikutan permintaan rendah dan tinjauan makro-ekonomi yang mencabar.
“Pada masa sama, laporan itu turut memberi amaran mengenai kesukaran pembeli mendapatkan pembiayaan, selain pengenalan GST dalam urus niaga hartanah, suatu trend yang pernah terjadi di Singapura,’ ujar Zairil.

Tabung Haji pegang amanah mereka yang hendak ke Tanah Suci - reaksi

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak akan risau sekiranya Tabung Haji (TH) dapat menjamin pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta untuk tujuan pelaburan di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) tidak mendatangkan sebarang kerugian.

Itu adalah sentimen umum yang diutarakan apabila Astro AWANI membuat peninjauan untuk mendapatkan reaksi daripada orang ramai tentang isu kontroversi pelaburan Tabung Haji dalam pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jika pihak TH mengetahui akan pelaburan itu menguntungkan , pada saya satu yang baiklah tetapi sekiranya pihak TH sendiri kurang pasti saya rasa sesuatu yang merugikan dan tidak baiklah.

“Itu adalah amanah daripada orang-orang yang hendak melabur untuk pergi ke tanah suci Mekkah,” kata Hudori Muhamed, 42 yang telah pergi ke Umrah sebanyak dua kali.

Terdahulu, laman blog The Benchmark serta beberapa blog lain telah memuat naik beberapa dokumen yang memaparkan Tabung Haji telah membeli dua plot tanah di TRX pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan.

Perkara ini telah mencetuskan kontroversi dengan beberapa pihak mengetengahkan bahawa langkah Tabung Haji adalah untuk menebus sebahagian hutang 1MDB yang bernilai RM42 bilion.

Seorang jurutera, Mohd Hasif, 29 berkata beliau kurang percaya dengan hal-hal yang melibatkan 1MDB setelah banyak persoalan yang masih belum dapat dirungkaikan lagi dan keputusan TH untuk membuat pelaburan sedemikian tidak wajar.

Manakala, pengurus operasi Nazira Zaharudin, 27 yang sudah mendepositkan wang selama hampir enam tahun berkata, “Saya rasa sebenarnya perkara ini kurang selamat.

Bila Raja Bertitah Untuk Rakyat.....Pemimpin Buat Pekak Badak.....



Dr Wan Azizah Bakal Dilantik Ketua Pembangkang, Makin Hampir Menuju Kerusi Perdana Menteri

Sebagaimana jangkaan ramai, PKR berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh walaupun UMNO dan BN berhempas pulas mahu membuktikan kemampuan merampas kawasan itu. Dalam keputusan yang diumumkan sebentar tadi, PKR menang dengan majoriti 8,841 undi menewaskan BN dan dua calon lain.

Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memperolehi undi sebanyak 30,316 manakala calon BN, Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi. Dua calon lain itu Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas) masing-masing hanya mendapat 101 dan 367 undi saja.

Walaupun majoriti kemenangan PKR menurun berbanding pilihanraya lalu iaitu sebanyak 11,721 undi ketika Anwar Ibrahim menjadi calon tetapi ianya lebih disebabkan kurangnya peratusan yang turun mengundi.  Kali ini peratusannya hanya 73 peratus berbanding 88.3 peratus pada pilihanraya 2013 lalu.

Disebabkan hari mengundi jatuh pada hari bekerja, ia mungkin antara faktor yang menyebabkan pengundi luar tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka. 

Bukan saja undi PKR menurun daripada 37,090 kepada 30,316, perolehan BN juga berkurangan daripada 25,369 kepada 21,475  pada kali ini berbanding pilihanraya 2013 lalu.

Kejayaan PKR mengekalkan kerusi Permatang Pauh ini sekali lagi memberi tamparan kepada UMNO dan BN setelah keputusan mengecewakan di Rompin dua hari lalu. Di ketika Permatang Pauh dilihat kekal sebagai kubu pembangkang, Rompin pula memperlihatkan wujudnya angin perubahan yang ketara.

Ia sekaligus memberi gambaran bahawa kehadiran PR  melalui gabungan Pas, PKR dan DAP masih diperlukan oleh rakyat negara ini, bukan saja untuk memberi saingan kepada BN tetapi juga sebagai alternatif dambaan untuk menerajui kerajaan akan datang.

Perutusan khas Dr Wan Azizah Wan Ismail


Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, di atas kurnia-Nya, memberi kemenangan kepada calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh yang berlangsung hari ini, 7 Mei 2015.

Kemenangan hari ini adalah bukti bahawa rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh, mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.

Kemenangan ini, bukan hanya kemenangan KEADILAN sahaja. Tetapi ianya adalah kemenangan rakyat, yang menentang kezaliman Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar Ibrahim dan ianya merupakan suatu referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan terhadap rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam Pilihan Raya Kecil ini, kita menyaksikan peningkatan undi kepada KEADILAN sekitar 4 hingga 5 peratus daripada kalangan masyarakat Melayu, khususnya anak-anak muda.

Ternyata pemenjaraan bermotifkan politik oleh Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar, menzahirkan simpati yang tinggi dan ianya adalah bukti bahawa beliau masih relevan kepada rakyat.

Menerusi Pilihan Raya Kecil ini menterjemahkan manifestasi kepada kekecewaan rakyat terhadap kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dipenuhi dengan pelbagai ketirisan, kemewahan pemimpin dan pelbagai skandal, terutamanya skandal 1MDB, yang terkini terpaksa menggunakan dana dari Tabung Haji.

Pilihan Raya Kecil ini adalah pencetus dan pemberi inspirasi kepada sebuah gerakan rakyat yang lebih besar untuk menuntut suatu perubahan yang total, bagi mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta pendukung Pakatan Rakyat, daripada KEADILAN, PAS dan DAP yang sejak awal-awal lagi bertungkus lumus membantu kita memenangi pilihan raya ini.

Walaupun saya, Saudara Anwar dan KEADILAN difitnah menerusi media arus perdana setiap hari, walaupun mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang, walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan.

Terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikan Pilihan Raya Kecil ini berjalan lancar.

Bagi pihak KEADILAN, insya Allah segala isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat sepanjang Pilihan Raya Kecil ini, akan kami tangani seberapa segera. Untuk itu juga kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu kita di Permatang Pauh ini.

Terima kasih rakyat Permatang Pauh yang sudi menerima Kak Wan untuk kembali berbakti. Reformasi! Hidup Rakyat!

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
Calon KEADILAN Permatang Pauh.