Isnin, 4 Mei 2015

P.44: Poster Kempen Kak Wan
























Mana ada perompak mengaku dirinya merompak.. Lagi2 'perompak' yang berlesen tegar kroni...


Undi kami bukan untuk nak faham GST, UNDI KAMI UNTUK TOLAK GST !!!


Rafizi: Jika GST prabayar pun tak selesai apa lagi janji pilihan raya BN

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan manifesto pilihan raya di PRK Permatang Pauh kerana isu mudah seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan dikenakan terhadap tambah nilai prabayar telefon tidak mampu diselesaikan.
RafiziSetiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, berkata janji BN dalam pilihanraya kecil menerusi kempen dan manifesto hanya ditinggalkan sebaik ia berakhir.
“Sebab itu apabila BN melancarkan manifesto di Permatang Pauh, saya tidak yakin ada pihak mengambil serius mengenainya.
“Kalau janji mengekalkan tambah nilai BN tidak boleh buat, apakah lagi janji lain di kawasan yang memang kubu kuat PR,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini langkah diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mendiamkan menteri daripada membuat kenyataan gagal mencari penyelesaian.
Rafizi berkata, perkara itu boleh diselesaikan mudah menerusi situasi menang-menang kepada semua pihak berkaitan dengan kerajaan mengumumkan ia kadar sifar atau dikecualikan.

Azmin: Terima kasih sokongan PAS perkukuh gerak kerja PR

PERMATANG PAUH, 4 MEI: PKR menghargai sokongan dan bantuan berterusan dihulurkan PAS khususnya sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh berlangsung.
PAKATAN RAKYATTimbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, ini membuktikan kerjasama erat semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sahaja mampu menumbangkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Diucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Permatang Pauh khususnya di Permatang Pasir dan saya juga bagi pihak PKR terhutang budi kepada kepimpinan PAS kawasan, negeri dan pusat yang terus beri sokongan.
“Kita boleh bawa perubahan demi negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya Insha-Allah. Semoga Allah memberkati usaha kita,” kata beliau.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang Pasir di sini.
Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata hubungan PAS, PKR dan DAP perlu diperkukuhkan demi menjamin kemenangan PR dalam pilihan raya akan datang.

P.44: Jadikan PRK Permatang Pauh referendum tolak BN

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Pengundi Permatang Pauh diminta menggunakan peluang sebaiknya dalam pilihanraya kecil, 7 Mei ini, sebagai referendum bantahan terhadap kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Speaker Kerajaan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, berkata ia adalah saat terbaik bagi pengundi membuat keputusan bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan BN.
PRK Permatang Pauh“Tumpuan seluruh negara kini diberikan kepada pengundi Permatang Pauh untuk menjadi suara rakyat supaya ianya menjadi referendum berhubung pentadbiran kerajaan BN pasa masa ini.
“Pilihanraya kecil ini bukan sekadar pilihanraya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, PKR sendiri mengambil risiko meletakkan Presidennya sebagai calon dalam pilihanraya kali ini.
“Ini kerana ia bukan saingan antara Presiden PKR dengan calon baharu tetapi saingan sebenar adalah Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak).
“Ahli Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan Presiden mereka juga boleh menjadikan saat ini sebagai peluang terbaik bagi tujuan ini,” kata ADUN Subang Jaya itu.
Katanya, antara dikesalkan adalah pelanggaran sistem demokrasi ekoran pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lantang menyuarakan kepentingan rakyat.

Kadir: PM terhutang budi tajaan kahwin anaknya?

Bekas pengarang kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin berkata penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap penajaan bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan beliau di Kazakhstan, boleh menimbulkan persoalan.

"Kita perlu bertanya, adakah elok bagi seorang perdana menteri menerima tajaan daripada pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri?

"Tidakkah ini membuatkan perdana menteri kita terhutang budi dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak-pihak yang menaja perbelanjaan beliau, misalnya membeli berpuluh-puluh buah jam tangan mewah untuk dijadikan hadiah?" tulis Kadir di blognya

Kadir mengulas kenyataan pegawai khas Najib -  Rizal Mansor - yang memberitahu Malaysiakini bahawa rombongan ke Kazakhstan baru-baru ini ditaja oleh keluarga menantunya, Daniyar Kessikbayev.

Dicetuskan oleh dakwaan Dr M

Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan mereka berada di Kazakhstan dari 17 hingga 19 april untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Sebelum ini, dua majlis telah diadakan di Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang.

Rakyat yang ditindas GST shj yang akan faham..


Takbur & Agah: BN akan menang di Rompin selama-lamanya, kata pengerusi Felda

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkeyakinan PAS tidak akan berjaya memenangi kerusi Parlimen Rompin dan Barisan Nasional (BN) akan terus memenangi kerusi berkenaan selama-lamanya.
Isa ketika berucap dalam program Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti, di Felda Keratong 4, Pahang hari ini berkata, kempen PAS yang mensasarkan warga Felda dengan slogan "Selamatkan Felda" adalah ditujukan untuk parti Islam itu sendiri yang kini berhadapan krisis dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Taubat dia (PAS) tak menang di Rompin ini, sebab dia tahu dia tak menang, dia janji macam-macam.

"Dia kata Felda tak selamat, apa yang tak selamatnya, yang tak selamatnya PAS, DAP dengan PAS bergaduh...biarlah dia bergaduh," kata Isa, di hadapan sekitar 1,000 peneroka Felda dalam majlis tersebut.  Isa berkata, keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menurunkan harga rumah generasi kedua dan ketiga Felda daripada RM125,000 kepada RM90,000 sudah dicadangkan sejak tahun lalu, dan bukan semata-mata untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.
"Perdana menteri ingin umumkan di Pekan, kawasan beliau, tapi kebetulan ada PRK, inilah paling baik," katanya.
Isa yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan turut menyelar PAS, kerana dilihat memfokuskan kempen PRK mereka di kawasan-kawasan penempatan Felda dengan menabur janji-janji kosong seperti dilakukan mereka ketika mengumumkan Ladang Rakyat, di Kelantan.

Anti GST: Mat Sabu dibebaskan selepas diambil keterangan polis

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dibebaskan polis dengan ikat jamin selepas ditahan awal pagi tadi berhubung perhimpunan Hari Pekerja pada 1 Mei, kata peguamnya Nasar Khan. "Beliau dibebaskan kira-kira pukul 5.30 petang dengan ikat jamin," kata Nasar.

Katanya, beliau terpaksa menunggu pegawai penyiasat sebelum Mohamad, yang juga dikenali Mat Sabu memberikan kenyataan dalam sesi temubual kira-kira hanya 10 minit.

"Hanya ambil masa 10 minit sahaja kerana beliau memilih untuk tidak menjawab soalan," katanya sambil menambah polis tidak bercadang memohon perintah reman.

"Pegawai penyiasat tanya soalan umum seperti sama ada dia mengikuti himpunan dan bila dia memilih untuk tidak menjawab soalan, polis tidak banyak soal, disebabkan itu beliau ditahan daripada pukul 12 tengah hari hingga 5.30 petang.

"Sama ada beliau didakwa atau tidak, Peguam Negara akan tentukan," katanya. Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga disoal siasat kira-kira 10 minit selepas ditahan lebih 10 jam.

Saya, Najib, Hishammuddin tidak ambil duit GST, kata Muhyiddin...ha..ha...ha.....!!!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) apabila mengatakan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak "diambil" mereka.
Muhyiddin sebaliknya berkata, hasil kutipan cukai itu akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pemberian bantuan-bantuan kewangan dan bantuan lain yang diperlukan rakyat.
"Bukan saya ambil, Najib ambil, Hishammuddin ambil...kita kumpul kemudian bagi balik," katanya, merujuk kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti di Felda Keratong 4, Pahang.

"(Hasil kutipan GST) mungkin kita tambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mungkin bantuan-bantuan lain...takkan kita nak pinjam bank-bank dunia," katanya, yang juga merupakan timbalan presiden Umno.  Dalam ucapannya bersempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin itu, Muhyiddin turut berkata, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan GST kepada komuniti Felda.
"Saya tak nak sebut GST, nanti tuan-tuan marah saya...saya sokong GST, saya malas (ulas GST), saya kalah nanti...kita simpan dahulu," katanya.
"Saya tengok tuan-tuan hari ini saya boleh tahu apa dalam fikiran, GST pilihan raya, anak-anak nak pergi sekolah, bayar lesen, premium tanah, nak dapat hak milik, macam-macma lagi," tambah ahli Parlimen Pagoh itu lagi.

P.44: Penahanan pemimpin pakatan yang menganggu kempen Permatang Pauh

oleh Ian McIntyre
Tindakan terbaru oleh polis terhadap beberapa pemimpin PKR nampaknya mengesahkan pandangan orang awam yang mereka pilih kasih dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap ahli politik.
Polis telah menahan beberapa orang aktivis masyarakat sivil dan pemimpin PAS dan PKR semasa operasi hujung minggu.

Ini berkaitan dengan mereka yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan anti-GST di ibu kota Sabtu lepas. Perhimpunan itu dikatakan melanggar beberapa undang-undang seperti perhimpunan haram dan juga dikatakan sebagai cubaan menghasut.
Tetapi penahanan dilakukan ketika ramai pemimpin Pakatan Rakyat sedang menuju ke Permata Pauh untuk melakukan kempen menyokong calon dalam pilihan raya kecil nanti.
Penahanan itu juga telah menganggu urusan kempen.
Seperti biasa, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bengang dengan tindakan ini, memberitahu dalam ceramahnya di Permatang Pasir yang polis tidak bersikap adil terhadap barisan pembangkang.
Antara yang ditahan ialah naik presiden PKR Tian Chua yang ditarik keluar daripada keretanya beberapa minit selepas sampai di Permatang Pauh pada hari Sabtu untuk memulakan kempen.
Azmin berkata yang tindakan polis menganggu persediaan akhir PKR untuk pilihanraya kecil itu.

BN tak bertanggungjawab guna perkauman jelas GST – Teresa Kok

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mengecam kenyataan berbaur perkauman Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie bagi menjelaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Teresa berkata, pemimpin MCA itu mendakwa bahawa orang Cina tidak menentang GST kerana masyarakat itu mempunyai pendapatan tertinggi di negara ini, dan 90 peratus hasil cukai datang dari mereka.
“Jelas sekali bahawa Heng bermain isu perkauman dalam usaha mewajarkan pelaksanaan GST.
“Ini bukan sahaja menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, tetapi membuktikan kerajaan BN ditekan akibat GST hingga tidak mampu menerangkannya kepada rakyat,” kata Teresa.
Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dilaporkan dengan nada serupa ketika berceramah kepada orang Melayu di Permatang Pauh kononnya GST baik kerana orang Cina tidak boleh mengelak dari membayar cukai tersebut selepas pelaksanannya.
“Saya ingin bertanya adakah Heng setuju cara perkauman Ahmad Maslan menerangkan GST kepada khalayak Melayu?

P.91: Has GST made Najib a political liability to Umno?

The absence of 'Bapa GST’ (Father of GST) in the by-election campaigns in Rompin and Permatang Pauh raises a big question mark.
tuan ibrahim i love pm
PETALING JAYA: “Various parties have questioned the absence of images of Prime Minister Najib Razak on the Rompin and Permatang Pauh campaign trails,” said PAS’ Tuan Ibrahim Tuan Man in a statement today.
The party’s Vice-President said that this was the first time pictures of the PM were not used as a pull factor for voters of Umno-BN.
“In the past, ‘I Love PM’ banners always outnumbered those of the by-election candidate.”
Tuan Ibrahim claims that voters are also asking why the Prime Minister has not shown up in Rompin or Permatang Pauh to show support for his party’s candidates.
“Has the PM, now known as the Father of GST (Goods and Service Tax), become a liability for BN, in particular UMNO — as mentioned by Mahathir Mohamad?”
Tuan Ibrahim warned that these are early signs that the Prime Minister has his back against the wall.
“(He) does not have much of a choice but to resign as prime minister because Umno and the people have lost confidence in him following the continuous attacks against him by Tun Mahathir.”
This, he said, is coupled with “his wife’s wasteful ways in the midst of the people’s sufferings.”
Najib has failed to instil confidence in the people regarding the GST, a failure matched only by that of Deputy Finance Minister Ahmad Maslan, now billed as ‘the Stepfather of GST.”

P.91: KERANA GST CALON UMNO@BN PRK ROMPIN KATA HASAN MALEK BODOH!

Calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin Datuk Hasan Arifin, hari ini mengatakan Datuk Seri Hasan Malek mengeluarkan kenyataan "bodoh" apabila mengatakan pengundi di kawasan Parlimen berkenaan menyokong cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

GST menjadi isu kempen yang digunakan PAS dalam percubaan mereka untuk merampas kerusi tradisi BN itu yang sebelum ini dipegang Tan Sri Jamaluddin Jarjis selama enam penggal.

"Bila dia buat kenyataan? Itu kenyataan menteri bodoh," kata Hasan, kepada pemberita, sejurus selesai program Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti, di Felda Keratong 4, Pahang.

Hasan yang merupakan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan dalam satu program di kawasan Parlimen itu bersama peniaga bazar Ramadhan semalam berkata, beliau percaya pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Rompin menerima baik pelaksanaan GST dan menyuarakan keyakinan BN akan memenangi PRK Rompin yang dijadualkan esok.

Hasan berkata, khabar-khabar angin yang didengarinya sebelum turun ke peringkat akar umbi turut meragukannya, namun selepas beberapa siri tinjauan ke kawasan Parlimen Rompin, khabar angin tersebut katanya jelas tidak benar dan sekadar fitnah.

P.44: Keprihatinan 'Dr ' Kak Wan terserlah, menyentuh hati

Elizabeth Wong: Kak Wan Bukan Wakil Rakyat Yang Biasa

P.44: Pengundi Masih Yakin Wan Azizah

“Ops Hitam 505” untuk menolak GST, pilihan raya kotor dan negara polis


Gerakan Anti-GST dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0) melancarkan “Ops Hitam 505” di seluruh negara pada 5hb Mei 2015 (Selasa), ulangtahun kedua Najib Razak dikekalkan di Putrajaya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kerajaan minoriti sungguhpun ditolak oleh 53% pengundi.
Kami memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya berpakaian hitam atau memasangkan ribbon atau kain hitam di kenderaan, bangunan atau benda peribadi pada 5hb Mei 2015, sebagai tanda menolak provokasi angkuh Kerajaan Minoriti Najib kepada rakyat dengan tangkapan, tahanan dan gangguan terhadap para pemimpin dan peserta perhimpunan aman pada 1hb Mei di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.
Rakyat mesti menjawab penindasan dengan penentangan. Kalau tidak, kehidupan rakyat akan semakin susah dizalimi oleh kezaliman Kerajaan Minoriti Najib, polis dan SPR.
“Ops Hitam 505”, selain tanda solidariti dengan mereka yang menjadi mangsa penganiayaan polis, juga mewakili tiga tuntutan rakyat yang berikut:
Pemansuhan Cukai GST;

Penghapusan Penipuan dalam pilihan raya terutamanya “Pembahagian Tidak Sekata” (Malapportionment) dan “Persempadanan Tidak Adil” (Gerrymandering) dalam Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak, Sabah dan Semenanjung supaya tidak wujud lagi kerajaan minoriti;
Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan pempolitikan polis.
Kami berharap bahawa esok seluruh rakyat akan mewujudkan satu lautan hitam di setiap perusuk negara, terutamanya di Permatang Pauh dan Rompin di mana rakyat berpeluang menyatakan pendirian dengan kertas undi. Ini adalah untuk menunjukkan penolakan rakyat terhadapat GST, pilihan raya yang kotor dan negara polis.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada -
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timb Pengerusi : Sarajun Hoda , Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusoff, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara)


Menantu Bangsawan: Rizal bidas Kadir 'kurang arif adat Melayu'.....

Seorang pegawai khas perdana menteri membidas bekas pengarang kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin yang dianggapnya "seorang Melayu yang kurang arif adat" Melayu.

Ia susulan isu penajaan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak di Kazakhstan.

"Adalah menjadi adat apabila kita berkahwin, pengantin lelaki menanggung kos-kos perbelanjaan perkahwinan kedua-dua belah pihak.

"Sebagai contoh, dalam adat Melayu apabila wang hantaran diberikan, wang tersebut bertujuan untuk digunakan oleh keluarga pengantin perempuan untuk majlis kenduri.

"Tidak timbul soal PM menerima tajaan dari keluarga lelaki. Dalam hal ini, Nampaknya Kadir Jasin merupakan seorang Melayu yang kurang arif adat," kata Rizal Mansor dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, kata Rizal lagi, tindakan keluarga Daniyar Kessibayev menanggung kos rombongan pengantin perempuan, menunjukkan mereka bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh meraikan keluarga perempuan.

"Dan sudah tentu jika kenduri di sebelah lelaki, pihak lelakilah yang menanggungnya," kata Rizal yang juga pembantu peribadi Rosmah.

Beliau mengulas tulisan Kadir yang mempersoal adakah elok bagi Najib menerima tajaan pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak yang menajanya.

'Kutip fakta tepi jalan'

Mengulas lanjut, Rizal - yang sudah enam tahun berkhidmat dengan Najib - berkata tidak timbul soal ugut mengugut berhubung isu itu memandang kedua-dua belah pihak telah menjadi besan dan keluarga.

Jika pelajar tak boleh menjual, halang juga guru daripada berniaga!

Pinky Priscilla: Jika pelajar tidak dibenarkan menjual makanan, guru juga tak boleh mengajar tuisyen di luar waktu sekolah kerana mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh di dalam kelas kalau dibandingkan dengan tahap dedikasi yang mereka tunjukkan sewaktu kelas tuisyen.
Saya rasa pelajar tidak dibenarkan menjual makanan di sekolah kerana peniagaan kantin sekolah perlu dilindungi.
Lagipun, saya lebih rela memesan nasi lemak daripada emak rakan sekelas saya kerana ia lebih sedap. Tauke kantin tak boleh merungut. Kami sekarang ada pilihan!
Patrick Lim :  Kepimpinan melalui tauladan? Kakitangan kerajaan menjalankan perniagaan jualan langsung, jual insuran, dan lain-lain semasa waktu pejabat.  Para guru pula menawarkan perkhidmatan tuisyen. Satu tindakan yang memburukkan imej kerajaan.
Sudah sampai masa untuk pelajar-pelajar pula akan menjual makanan, kek, roti dan alat tulis di sekolah untuk mengurangkan kesusahan mereka.
Eric Bema :  Biarkan mereka berniaga. Saya gemarkan nasi lemak yang dijual oleh pelajar lebih daripada yang dijual di kantin. Lebih murah dan lebih sedap.
ZainulMukhtar Zmza : Saya membesar dengan menjual nasi lemak kerana ibubapa saya orang susah!
Siapa yang merungut? Cikgu-cikgu? Mereka lebih galak berniaga berbanding semua orang dalam negara ini, malah masuk politik.
Atau tauke kantin yang merugut? Kami tak suka membeli daripada mereka kerana GST.
Tony Lim :  Biarlah mereka berniaga. Mungkin, mereka datang daripada keluarga miskin dan perlukan duit tambahan untuk membantu belanja rumah. Malah, kita wajar membeli daripada mereka untuk membantu mengurangkan kesusahan mereka. Mereka ialah anak-anak yang patut melakukan apa yang perlu untuk membantu ibubapa mereka.
Calvin Teoh :  Tiada yang dengan berniaga dengan jujur. Saya seorang guru dan saya hendak memberikan tabik hormat kepada semua usahawan kecil masa depan negara kita.

Pemilihan PAS: Ahmad Awang setuju cadangan debat terbuka

Bakal calon presiden, Ahmad Awang berkata cadangan menganjurkan debat terbuka merupakan cara yang efektif, bersifat demokrasi dan dapat mengelakkan salah faham sesama pemimpin parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Mei, 2015. 
Bakal calon presiden, Ahmad Awang berkata cadangan menganjurkan debat terbuka merupakan cara yang efektif, bersifat demokrasi dan dapat mengelakkan salah faham sesama pemimpin parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Mei, 2015.

Bakal calon presiden, Ahmad Awang, bersetuju dengan cadangan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin agar PAS menganjurkan debat terbuka antara calon presiden dan timbalan presiden bagi pemilihan parti dalam muktamar yang akan berlangsung bulan depan.
Ahmad berkata, cadangan tersebut merupakan cara yang efektif, bersifat demokrasi dan dapat mengelakkan salah faham sesama pemimpin parti.
"Cadangan itu memang baguslah. Macam di Amerika, diadakan debat, tetapi masing-masing menyatakan dia punya perancangan dan wawasan mereka.

"Memang itu antara satu cara yang elok sekarang ini. Di Malaysia ini belum ada budaya atau amalan seperti ini. Jadi, elok diperkenalkan.  "Ia bersifat demokrasi. Supaya tidaklah nanti orang ini mengata orang ini, orang ini mengutuk orang ini. Jadi perwakilan boleh pilih dan orang ramai boleh menilainya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bekas naib presiden itu turut menyatakan kesediaannya berdebat sekiranya disahkan menjadi calon presiden parti itu.
"Saya akan bersedia (debat) kalau sah dicalonkan. Nak memperlihatkan kedua-dua calon. Tapi bukan tujuan untuk tunjukkan perbalahan," kata Ahmad.
Setakat ini, calon presiden lain - penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendapat 99 pencalonan dan naib presiden Datuk Husam Musa (8) - masih belum menyatakan pendiriannya.
Ahmad sehingga kini menerima 5 pencalonan untuk kerusi tersebut.

'Pemilihan PAS boleh beri kesan pada Umno' - Saifuddin

Seorang bekas ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatkan tentang kemungkinan bahawa keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS bulan depan - jika dikuasai kelompok aliran keras - akan memberi kesan kurang baik terhadap cabang politik Umno.

Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan bahawa Umno boleh menjadi lebih berhaluan kanan jika kelompok tersebut menguasai keputusan pemilihan di muktamar PAS Jun ini.

"(Jika kelompok itu menang) mungkin boleh mendorong Umno, secara tidak langsung, turut cenderung ke kanan," kata Saifuddin dalam wawasancara dengan Malaysiakini Khamis lalu.

Beberapa pemimpin aliran sederhana PAS yang pro-Pakatan, termasuk bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sudahpun ditewaskan calon ulama dalam pemilihan di peringkat kawasan.

Para penganalisis memberitahu Malaysiakini bahawa kelompok pro-Pakatan itu mungkin terus menerima tamparan hebat dalam muktamar itu nanti.

Sementara itu, Umno pula semakin menjurus ke haluan kanan selepas BN kekurangan majoriti selepas pilihan raya umum ke-13.

Parti itu berjaya mendesak presidennya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk membuat pusingan-U berkaitan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan - yang kemudiannya telah dipinda di Parlimen, menjadikannya lebih ketat.

Remove club’s stickers, Familia Myvi Club members told

The advice apparently comes from Umno at a time when the public's anger towards the Familia Myvi Club is at an all-time high.
yana fmc
KUALA LUMPUR: Members of the Familia Myvi Club (FMC) were cautioned by Umno on their official Facebook page to remove their club’s sticker from their cars for safety reasons.
“Following UMNO’s willingness to offer advice to us, we have unanimously decided to instruct our members to remove our club’s sticker for our own safety as well as for our vehicle’s,” said a Facebook user simply known as Yana.
The statement could not be verified as the (FMC) account appears to have been deactivated.
Yana allegedly replied to the barrage of criticism by giving out the victim’s younger brother’s Maybank account number according to Malaysian Digest.
“There is no use for all of you to condemn us with a keyboard. What do you get? Nothing. 164799190478 Maybank Muhammad Faizznur Asyraf Husain. Here, why don’t you break the keyboard and donate to the victim’s family instead,” she allegedly posted.
The user thanked Umno for their assistance and advice.

P.91: Wan Azizah seru pengundi FELDA undi Pas

Kegagalan FGV menjadikan masa depan peneroka dan generasi kedua felda terancam serta terikat menerusi perjanjian penanaman semula.
wan azizah undi pas
PETALING JAYA: Pengundi FELDA di Rompin perlu menggunakan peluang Pilihan Raya kecil (PRK) untuk menghukum kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana gagal membela masa depan peneroka di seluruh negara.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, masa depan peneroka dan generasi kedua felda terancam selepas kerajaan menyenaraikan FELDA di Bursa Malaysia sebagai FELDA Global Ventures Holding Berhad (FGV).
Katanya, tindakan kerajaan itu menjadikan peneroka terikat dan terpaksa bergantung kepada FELDA di bawah perjanjian penanaman semula.
Beliau berkata, peneroka di Rompin juga mengalami nasib yang serupa apabila terikat dengan perjanjian dengan FELDA.
“Suara rakyat harus didengar, masa depan peneroka dan rakyat harus dibela. Rakyat harus memilih di antara calon yang terpaksa menurut kehendak BN dengan calon yang akan membela nasib mereka kelak,” katanya.
Wan Azizah berkata demikian dalam Perutusan Sempena PRK Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei (Selasa).
Katanya, pengundi felda dan pengundi-pengundi lain di Rompin perlu memilih calon Pas, Nazri Ahmad, sebagai bantahan terhadap BN yang membuat dasar-dasar yang menghimpit rakyat.
Katanya, undi untuk Pas juga bermakna pengundi di Rompin menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

'Bila dah banyak duit.. mulalah lupa!' - Tun M

KUALA LUMPUR – Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan imbuhan yang diterima membuatkan mereka yang dilantik lupa tentang amanah yang diberikan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkongsi pandangannya tentang pemimpin masyarakat yang kini mudah 'dibuai' dengan faedah-faedah yang diterima sehingga alpa terhadap tanggungjawab yang diberikan.

“Mereka yang dipilih menjadi wakil rakyat bukan sahaja mendapat kuasa, malah mendapat pelbagai faedah seperti gaji yang tinggi dan kemudahan yang lengkap diberikan oleh rakyat.

"Bila rakyat sudah jadi wakil rakyat. Maka bermula lah parti politik yang berusaha mendapatan sokongan rakyat supaya mereka dapat memerintah,” katanya pada Program Bersama Tun Mahathir "Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara" di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, semalam.

Menurutnya lagi, apabila wakil rakyat sudah menikmati kelebihan yang diberikan, pemimpin mula melupakan dan meninggalkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

“Bila sudah dapat rumah mewah, sudah ada duit banyak, ganjaran kereta rasmi kerajaan, pangkat, harta, masing-masing lupakan apa yang dipertanggungjawabkan.

P.44: GST bukan isu utama pengundi Cina

BUTTERWORTH - MCA optimis masyarakat Cina di Permatang Pauh akan kembali menyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen ini selepas 17 tahun masalah mereka diabaikan, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukanlah isu utama bagi pengundi Cina di sini tetapi masalah setempat yang diabaikan sejak 17 tahun lepas.

Katanya, beliau optimis dengan sokongan pengundi masyarakat Cina kepada BN dan berharap mereka akan memberi masa kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu yang timbul selepas pelaksanaan GST.

"Kita akan berusaha untuk mendapatkan pengundi masyarakat Cina sokong Barisan Nasional (BN) dan saya optimis kali ini mereka akan lebih yakin dengan kemampuan kita," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Gabungan Dewan-dewan Perniagaan Pulau Pinang (PJCC) di sini hari ini.

Tambahnya, isu yang lebih utama sekarang adalah hudud kerana sehingga sekarang Pakatan Pembangkang masih tidak boleh membuat pendirian.

P.91: Bukan parti lawan parti, BN salah guna jentera kerajaan



PAS kesal dengan penggunaan secara berleluasa jentera dan premis kerajaan oleh BN dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini sekali gus menggambarkan kegagalan SPR membendung penyalahgunaan kuasa oleh parti pemerintah itu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rasuah pemberian secara 'one off' dan janji juga begitu menjolok mata.

"Sebagai parti pemerintah sepatutnya pertandingan dibiarkan berjalan secara parti lawan parti.

"Calon BN juga pernah menyebutkan mahu 'clean contest' pada mula-mula dahulu," katanya dalam sidang media harian di markas induk di bandar Muadzam di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Presiden Anak, Mazlan Aliman dan Adun Beserah, Andansura Rabu.