Ahad, 3 Mei 2015

UAI: JKK kene GST..Ekiki

Agak2ler BERNAMA nak buat berita mengampu calon BN... Betulkah ini rupa tadika atau rumah usang ???


Dgn rumput naik mencanak spt dah berbulan2 tak potong rumput, siling berlubang sana sini, tiada meter elektrik & dinding bangunan berconteng spt angkara 'vandalisme'..

Kurangkan hipokrit YB. Rakyat menderita GST dan kos sara hidup tinggi. Itu yg patut diperjuangkan, BUKANNYA BERLAKON MEMANJANG SEPANJANG KEMPEN 

Tips untuk Ahmad Maslan bantu rakyat faham GST

Oleh Zharif Badrul

Himpunan Bantah GST yang berlangsung kelmarin menjadi bukti, masih ada rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu di Malaysia. Minggu ini juga viral nama Mawar Rashid yang gagal menjawab soalan mengenai GST.
Pada saya Mawar adalah epitom kepada rakyat Malaysia yang rata-rata masih tidak faham tentang GST.
Apa yang ada dalam fikiran rakyat apabila sebut nama GST ialah: Harga barang naik
Tetapi di Malaysia hanya pak menteri sahaja yang kelihatan faham dan menyokong GST. Maka tidak hairanlah tugas memberi penjelasan tentang cukai ini diberikan kepada menteri yang mendapat CGPA 3.85 sewaktu belajar di universiti dahulu.
Malangnya, Datuk Ahmad Maslan kelihatan gagal untuk memahamkan rakyat Malaysia terutama di media sosial apabila beliau menjadi bahan ‘troll’ pengguna Facebook dan Twitter.
Mungkin agak susah bagi rakyat marhaen untuk memahami penjelasan dan penerangan daripada seseorang yang mendapat CGPA 3.85 sewaktu belajar dulu.
Apabila Mawar dikecam teruk di media sosial, selebriti dan menteri siap keluar kenyataan agar buli siber dihentikan terhadap dirinya. Malangnya apabila Ahmad Maslan "dibuli" di media sosial, seorang pun tak mahu tolong. Saranan untuk memboikot kedai/peniaga pro pembangkang yang menaikkan harga pun rasanya tidak berkesan.
Kedai rojak tepi jalan yang saya makan setiap minggu pun naik harga.Saya tak tahulah dia pro pembangkang atau tidak tapi dia beritahu saya harga makanan naik sebab harga barang pun naik.
Jadi di sini saya ingin mengutarakan satu idea agar Ahmad Maslan dapat membantu rakyat untuk memahami GST sekaligus mengurangkan pengguna twitter dan facebook daripada membuli beliau.
Keluarkan senarai 4,000 barang yang tidak dikenakan GST dan jadikan ia mudah diakses rakyat.
Ya saya tahu itu idea gila.

PKR gesa polis henti wayang tangkap peserta himpunan anti-GST

PKR hari ini mempertikaikan siri tangkapan polis ke atas peserta himpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang hanya dilakukan selepas ia berakhir pada 1 Mei lalu.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berkata polis "bermain wayang" dengan tindakan tersebut kerana mereka sepatutnya menghentikan sebarang kekacauan yang berlaku pada himpunan itu sewaktu ia berlangsung. "Pada peringkat awal himpunan sudah ada mercun yang kedengaran seperti bom.

"Saya mahu tanya kenapa polis tak terus tahan penyangak ini dengan segera? "Polis ada di merata tempat dan ramai anggota Cawangan Khas turut sama ada.

"Penangkapan 29 orang sebelum ini adalah wayang semata-mata supaya polis boleh cakap 'kami dah tangkap yang sembur grafiti dan letupkan mercun dan macam-macam lagilah," katanya pada sidang media Seberang Perai Tengah, Pulau Pinag petang ini.

"Ini sangat tak profesional. Jika kamu dakwa grafiti disembur pada restoran McDonald, kenapa kamu tak tangkap terus?

"Macamana kamu boleh tahu orang yang kamu tangkap dua jam kemudian itu adalah orang yang sembur grafiti tadi?" katanya. Sehingga kini, 23 orang peserta ditahan reman selama tiga hari susulan himpunan anti-GST pada 1 Mei lalu.

Undang penjajah yg dibela UMNO 'MEMANG ADIL LAGI SAKSAMA'..



Jho Low hanyalah seorang ‘budak yang menyeleweng’ dan kambing hitam dalam kemelut 1MDB

oleh Hazlan Zakaria
Di sebalik tuduhan ke atas beliau dan seruan daripada dalam Umno sendiri kepada pihak berkuasa untuk menahan beliau, hakikatnya tetaplah bahawa budak kaya Pulau Pinang Low Taek Jho hanyalah seorang budak yang menyeleweng dalam kemelut 1MDB.
Ketika beliau didakwa sebagai orang tengah, pemudahcara dan orang yang bertanggungjawab menguruskan yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam pergerakan billion ringgit wang awam, beliau bukanlah penjenayah sebenar di sebalik urus niaga meragukan. 
Menyalahkan Low untuk keseluruhan kemelut ini mirip dengan mengatakan bawah bekas komando polis Sirul Azhar dan Azilah Hadri membunuh rakyat Mongolia Altantuya Shaaribu dengan sebab dan kemahuan mereka sendiri.
Seperti mereka juga, ianya kelihatan Low mungkin dijadikan sebagai kambing hitam.
Semangnya, benar atau tidak seperti tuduhan itu, beliau bukanlah orang yang bertanggungjawab melaksanakan dan meluluskan urus niaga 1MDB dan ia sepatutnya di pihak Kementerian Kewangan.

Jika benar terdapat sebarang jenayah, lembaga pengarah dan pegawai syarikat itu yang merancang, meluluskan dan melaksanakan transaksi yang sepatutnya dipersoalkan ke atas akauntabiliti mereka terlebih dahulu.
Meletakkan sepenuhnya kesalahan di bahu Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dan hanya menyalahkan bahagian beliau tentu sekali datang dari seseorang yang tidak berfikir sedalam-dalamnya.
Atau mungkin itu adalah ideanya, untuk mengalihkan kesalahan kepada orang lain dan bukannya pengarah-pengarah syarikat, pegawai-pegawai, penasihat lembaga pengarah, pegawai kementerian kewangan yang terlibat dan menteri yang bertanggung jawab sekali.
Ini mungkinlah apa yang sepatutnya dipertimbangkan oleh ketua Cheras Umno Syed Ali Alhabshee sebelum berkata betapa penatnya beliau menunggu para penyiasat menangkap usahawan itu dalam siasatan 1MDB.

Nasib Anwar Umpama Nelson Mandela - Prof Madya Dr Shaharuddin

Batal GST: Permohonan reman ditolak kerana tuduhan tidak munasabah oleh polis

Antara tuduhan yang diberikan polis kepada mahkamah ialah menconteng, buang batu, mercun, jerit Batal GST, Hidup Rakyat dan Henti Rasuah
gst3_600
PETALING JAYA: Tuduhan tidak munasabah yang diberikan pihak Polis antara sebab mahkamah menolak permohonan reman beberapa pemimpin pembangkang berhubung penganjuran Batal GST pada 1 Mei lalu.
Antara tuduhan yang diberikan oleh polis antaranya:
  • menconteng
  • bom asap
  • buang batu
  • mercun
  • jerit Batal GST, Hidup Rakyat dan henti rasuah
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan telah disebarkan menerusi media sosial.
Arul ditahan selepas diminta menyerah diri kepada pihak polis
Turut dibebaskan, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga, Anthony Loke daripada DAP, Dr Hatta Ramli daripada Pas dan Rafizi Ramli daripada PKR.
Mereka dibebaskan pada 2 Mei selepas ditahan secara berasingan.
Sementara itu, Arul memaklumkan 29 peserta bantahan itu masih ditahan setakat ini dan merayu sokongan orang ramai.

Rakyat ada hak untuk bersuara - Kak Wan

 Wan Azizah Wan Ismail  
PERMATANG PAUH​ ​-​ Setiap rakyat ​boleh bersuara​ kerana hak berhimpun dan hak untuk bersuara sememangnya termaktub dalam perlembagaan.

Presiden ​PKR,Datuk ​Seri Dr ​Wan Azizah Wan Ismai​l berkata, Perkara 10 Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan ​hak itu.

​Beliau berkata, penggunaan undang-undang bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 C Akta Hasutan adalah tidak wajar sama sekali.

"PKR menuntut menghentikan usaha menangkap pemimpin, khususnya​ dari PR yang terbabit dalam ​per​himpunan.

"Insya​-ALLAH PKR bersama PR akan terus bangkit membela kaum pekerja dan anggota keluarga mereka​. Kami akan teruskan kempen #BatalGST sehingga rakyat dibebaskan dari belenggu tekanan ekonomi,"​ ​katanya​ pada sidang m​edia​ di Wat Siam di Tanah Liat, di sini, hari ini.

Menurutnya, penahahan Naib Presiden​ PKR​, Tian Chua di Seberang Jaya lewat malam semalam​ adalah tidak wajar​.

PKR kesal dengan tindakan polis yang sebelum itu menangkap Datuk Ambiga Sreneevasan, Dr Hatta ​R​ amli, Anthony Loke dan S Arulchelvan ​yang menyertai himpunan secara aman​," katanya.

Putrajaya beku semua jawatan baru kementerian sejak April, dedah portal


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini membekukan semua jawatan baru bagi semua kementerian dan jabatan bermula 22 April lalu, dedah portal Sarawak Report. Menerusi pekeliling JPA yang didedahkan portal itu, keputusan untuk membekukan semua jawatan adalah bagi mengawal jumlah perjawatan dan ke arah penggunaan sumber manusia secara optimum.

 “Merujuk kepada sesi perjumpaan khas ketua setiausaha negara dengan pengerusi dan setiausaha suruhanjaya perkhidmatan awam pada 18 Mac, semua pihak berkuasa melantik (PBM) perlu menangguhkan semua urusan pengambilan.

“Kecuali bagi keadaan berikut; urusan yang melibatkan calon yang sudah dipanggil temuduga untuk proses pelantikan; dan pengambilan pelatih untuk mengikuti program pra perkhidmatan tertakluk kepada pengesahan kekosongan,” menurut pekeliling itu yang didedahkan Sarawak Report.

Portal itu berkata Putrajaya perlu telus mengenai kaedah selain menjejaskan perkhidmatan yang akan terjejas dan pelantikan yang membawa kesan. Katanya, dengan polisi Putrajaya itu akan memberi kesan kepada prospek dan kerjaya ribuan penjawat awam dan belia pencari kerja.

“Sarawak Report diberitahu mereka yang berjawatan memegang maklumat penting kini dikerah berulang kali menandatangani Akta Rahsia Rasmi (OSA) bukan sekali tetapi setiap tahun dengan klausa tambahan melanjutkan tempoh kerahsiaan selepas persaraan.

 “Apa yang terlalu penting untuk disembunyikan dan adakah ia termasuk maklumat baru ini bahawa kerajaan tidak mengambil kakitangan baru?” soal portal itu.

P.44: Forum Anak Muda (Hotel The Light , Seberang Jaya)

Pemilihan: Calon presiden PAS, timbalan perlu berdebat

Pemilihan Muktamar PAS kini tidak lagi menjadi agenda dalaman PAS semata mata.

Saya percaya ramai orang di luar PAS yang meneliti dengan mendalam perkembangan PAS muktahir ini khususnya di dalam suasana kerancakan "demam" muktamar PAS yang akan diadakan di awal Jun ini.

Pemilihan ini agak menarik kerana mungkin buat kali pertama PAS menyaksikan wujudnya lebih satu pencalonan kepada calon Presiden PAS.

Dalam hal ini, kewujudan kerencaman pencalonan presiden tersebut menunjukkan demokrasi dalam PAS masih wujud walau apa pun tanggapan orang ramai terhadap PAS.

Secara tradisinya, seseorang pPresiden PAS biasanya tidak ditentang dan akan menang secara mudah dalam proses pemilihan.

Namun tradisi tersebut nampaknya kini sudah mula berubah dan ini berkemungkinan berlaku disebabkan para ahli dan pimpinan PAS di peringkat bawah sudah mula "berani" bersuara dan mahukan prinsip pertanggunjawaban, ketelusan, pencapaian, integriti dan merit dijadikan asas utama pemitlihan kepimpinan setinggi mana sekalipun jawatan yang dipertandingkan.

Selain jawatan presiden, jawatan Timbalan presiden Pas berkemungkinan juga akan dipertandingkan kali ini sebagaimana ia dipertandingkan dalam muktamar PAS dua tahun yang lalu.

Murid jual nasi lemak di sekolah. Wajarkah mereka dihukum?

oleh Shahful Shaffiq
Kisah ini mengimbau kembali zaman di bangku sekolah di mana sudah menjadi kebiasaan apabila rakan sekelas menjalankan perniagaan. Nasi lemak, snek, mahupun aksesori hiasan antara yang menjadi tarikan untuk diniagakan. Secara umumnya, murid-murid sudah tahu ia adalah satu kesalahan dan boleh di ambil tindakan sekiranya melakukan perniagaan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Namun ia tidak menjadi batu penghalang pada usaha mereka sekiranya niat mencari rezeki demi membantu meringankan beban keluarga yang dalam kesempitan wang. Ini meyakinkan saya bahawa perniagaan yang dilakukan oleh murid ini tidak sepatutnya dihentikan dengan cara kekerasan, sebaliknya perlu di galakkan dengan cara yang lebih berhemah dan bijak. Ia mungkin suatu bakat yang boleh dikesan dan boleh dikembangkan dengan mencadangkan program yang berunsurkan perniagaan dan keusahawanan di kalangan murid-murid.
Menjalankan suatu program seperti "Hari usahawan" boleh menjadi platform terbaik khususnya kepada murid-murid untuk menggilap potensi mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa depan. Selain itu ia dapat meningkatkan kreativiti murid selain menjalin hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
Jangan sesekali kita memandang rendah pada rezeki.  Menurut sumber dari facebook milik Siakap Keli, mengenai kisah dua orang murid sekolah rendah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang sangat  menyedihkan dan tersentuh hati. Nasi Lemak yg dipesan rakan sekelas mereka dirampas oleh seorang guru perempuan dan Pengetua sekolah tersebut menyebabkan mereka berdua mengalami kerugian sebanyak RM17 yang mungkin untuk menampung wang sekolah mereka. Tidak dinafikan pelaksanaan GST baru-baru ini memberi impak pada golongan berpendapatan rendah dan mereka terpaksa mencari alternatif untuk menambahkan pendapatan.

P.44: Pusat pengundian awal di Dewan Gemilang ditutup jam 5 petang

Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Permatang Pauh ditutup pada pukul 5 petang dengan 519 pengundi bagi saluran berkenaan keluar mengundi.

Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Azizal Ahmad berkata 89.6% daripada 597 pemilih daripada anggota polis serta pasangan mereka selesai menunaikan tanggungjawab itu sejak pusat mengundi di Dewan Gemilang itu dibuka 8 pagi tadi.

"Proses pengundian awal di dua saluran iaitu Dewan Gemilang dan Berek Kelamin Balai Polis Kubang Semang berjalan lancar.  "Keseluruhan keluar mengundi bagi dua saluran berkenaan ialah 540 pengundi atau 87.9 peratus daripada 627 pemilih berdaftar bagi Parlimen berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Sementara itu, proses pengundian di Berek Kelamin Balai Polis Kubang Semang ditutup lebih awal iaitu pada pukul 2 petang dengan peratusan mengundi mencapai 100% iaitu 30 orang. Terdahulu, Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah bersama lima ahli panel SPR turun ke pusat mengundi di Berek Kelamin dan Dewan Gemilang untuk melihat serta memantau proses pengundian awal itu.

P.44: Hampir 90 peratus tunaikan tanggungjawab pengundian awal

PRK P. Pauh: Hampir 90 peratus tunaikan tanggungjawab pengundian awalPERMATANG PAUH: Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini ditutup pada pukul 5 petang dengan 519 pengundi bagi saluran berkenaan keluar mengundi.

Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Azizal Ahmad berkata 89.6 peratus daripada 597 pemilih daripada anggota polis serta pasangan mereka selesai menunaikan tanggungjawab itu sejak pusat mengundi di Dewan Gemilang itu dibuka 8 pagi tadi.

"Proses pengundian awal di dua saluran iaitu Dewan Gemilang dan Berek Kelamin Balai Polis Kubang Semang berjalan lancar.

"Keseluruhan keluar mengundi bagi dua saluran berkenaan ialah 540 pengundi atau 87.9 peratus daripada 627 pemilih berdaftar bagi Parlimen berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Sementara itu, proses pengundian di Berek Kelamin Balai Polis Kubang Semang ditutup lebih awal iaitu pada pukul 2 petang dengan peratusan mengundi mencapai 100 peratus iaitu 30 orang.

Di bawah Hadi, PAS kurang disiplin dan bermasalah dengan sekutunya

oleh Rizuan Shamsudin
PAS merupakan sebuah parti sofistikated di bawah pimpinan bekas presidennya, Fadzil Noor. Parti itu menerokai konsep ‘tahaluf siyasi’ - sebuah kerjasama antara organisasi berteraskan Islam dengan pihak yang tidak mahu mengejar nilai-nilai Islam - jelas sekali, dan menekankan pakatan politik.

Terdapat perbezaan besar antara memerintah bersendirian dan memerintah dengan kerjasama dari komponen parti yang lain. PAS, di bawah pimpinan Fadzil, menghormati perasaan sukutunya dan berpegang kepada persetujuan.
Bagaimanapun, sebaliknya berlaku di era Hadi Awang. PAS kelihatan bertindak seperti tidak perlu sekutu lagi. Gaya mereka seperti parti ini mampu untuk memerintah negeri dan negara secara bersendiri.
Sejumlah tindakan yang dilakukan oleh PAS beberapa tahun ini mendedahkan mereka kurang kefahaman tentang realiti berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Dalam insiden terbaru, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot kempen pilihan raya Permatang Pauh, memberi isyarat bahawa niat mereka untuk menggguna pakai pendirian secara sendiri.
PAS mahu mencontohi sepenuhnya kerajaan Mekah dan Madinah ketika zaman Nabi Muhammad, apabila pemerintah Islam mengawal semua aspek.
Tetapi kerajaan di zaman itu tidak melibatkan bukan Muslim. Nabi Muhammad tidak bersekutu dengan mana-mana puak untuk menubuhkan kerajaan pusat.
Di Malaysia, PAS berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP. Walaupun di kubu kuat PAS Kelantan dan Terengganu, masih terdapat ADUN PKR. Perkongsian kuasa memerlukan PAS untuk berunding dan bersetuju perihal dasar-dasar bersama.
Ini perlu dilakukan berbanding taktik berunding dah bersetuju pada mulanya, sebelum membuat pusingan U mengejut untuk mencabar sekutunya; mengatakan bahawa parti yang mempunyai lebih ahli atau wakil rakyat haruslah mengawal semua perkara.
Perkongsian kuasa dibenarkan dalam Islam, tetapi PAS mesti menerima bahawa tidak semua perkara boleh dipenuhi atau dipersetujui oleh sekutunya. Perkara memalukan yang berlaku di Pulau Pinang telah mencemarkan imej PAS dengan teruk.

Ini turut menimbulkan persoalan sama ada keberanian ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah datang daripada dirinya sendiri atau daripada arahan pemimpin seniornya. Teori ini bukanlah cakap kosong kerana ahli PAS begitu setia kepada pemimpin mereka, apatah lagi kepimpinan muda mereka yang begitu setia,  di bawah pengaruh sesetengah pemimpin parti.
‘Kesetiaan tak berbelah bahagi’ hanya terdapat dalam parti sekular seperti Umno. Ianya satu perkara yang luar biasa apabila pilihan raya kecil tidak ditandingi oleh BN, apabila ahli Umno yang membelot akan bertanding sebagai calon bebas, mengakibatkan pemecatan keahlian parti.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohammad Sabu mengumumkan bahawa akan mengambil tindakan ke atas Yusni. Tetapi jawatankuasa penyiasatan yang akan ditubuhkan mestilah mendedahkan siapa di belakang pengerusi Pemuda dan ketidakpatuhan beliau ini, yang disokong oleh ahli majlis eksekutif sayap pemudanya. Adakah ulama dalam PAS yang menggalakkan tindakan sebegini?

Pengundi Rompin boleh terima GST, kata Hasan Malek

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini percaya pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Rompin menerima baik pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang dijadualkan 5 Mei ini.
Hasan berkata, khabar-khabar angin yang didengarinya sebelum turun ke peringkat akar umbi turut meragukannya, namun selepas beberapa siri tinjauan ke kawasan Parlimen Rompin, khabar angin tersebut katanya jelas tidak benar dan sekadar fitnah.
"Pada peringkat awal, saya meragui juga, macam-macam cerita, tetapi bila kita turun ke bawah, cerita itu direka-reka supaya rakyat risau.

"Tapi bila kita terangkan cara kita, cara 'orang kampung', mereka terima GST, dan yakin cukai ini memudahkan mereka berurusniaga dan memberi impak hitung panjang kepada negara," katanya kepada pemberita, selepas berucap merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Bazar Ramadhan (SBR) 2015 di Rompin, hari ini.  Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata, rakyat kini mulai menerima GST selepas penjelasan diberikan akibat kekeliruan di peringkat awal.
"Rakyat boleh menerima GST sekarang, memang pada peringkat awal orang timbul kekeliruan, sebab itu pada awalnya orang kelam kabut.
"Maknanya, sama juga, sebelum GST atau selepas GST, kecuali ada beberapa perkara seperti servis caj.
"Betul atau tidak kita tunggu 5 Mei nanti," katanya, ketika ditanya, sama ada GST akan memberikan kesan dalam PRK Rompin nanti.

Come clean about your wealth, C4 tells Najib

Anti-corruption group condemns anti-GST rally arrests, demands answers from PM.
C4, Najib
PETALING JAYA: The anti-corruption group C4 has demanded that prime minister Najib Razak “come clean” about his personal wealth, in the face of mounting criticisms.
Cythia Gabriel, the C4 founding director, condemned the use of the Sedition Act against those who had raised questions about corruption, the wedding of Najib’s daughter and the debt-ridden government company 1Malaysia Development Bhd.
“How could public outcry over such devastatingly real issues be deemed seditious? How are questions related to public accountability and public money, deemed seditious?” she said in a statement.
She said Najib must immediately answer all questions related to the 1MDB controversy and put to rest growing suspicions of a fraudulent money trail that reeks of corruption.
He must reveal his personal wealth and declare his assets and sources of income, she said.
Recent press reports have highlighted the purchase of luxury properties in the United States by his stepson, and former prime minister Dr Mahathir Mohamad had also spoken publicly about lavish expenditure on the wedding.
Gabriel said the government must undertake prudent financial management urgently to stop wastages and leakages and repeal the Sedition Act.

Rahman takut 'bengis, berang' Guan Eng

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mungkin lantang dalam media sosial tetapi takut bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membincangkan mengenai projek perumahan yang didanai kerajaan pusat di negeri itu.

Rahman berkata beliau telahpun berkomunikasi dengan Lim dalam beberapa kali mesyuarat dan melalui media berhubung kelulusan kerajaan negeri berkaitan projek kerajaan pusat, tetapi Lim masih belum meluluskan 10,000 permohonan rumah.

Permohonan tersebut, kata Rahman, telah diserahkan kepada agensi kerajaan persekuuan seperti JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Ditanya sama beliau perlu bertemu dengan Lim di pejabatnya di Komleks Pentadbitan di Komtar atau mengundang beliau minum teh tarik, Rahman menjawab, "Beliau bengis, dia juga selalu marah. Saya takut."

Rahman yang juga MP Kota Belud berkata demikian ketika ditemui di Guar Perahu selepas memberikan ceramah di kubu kuat Umno di Permatang Pauh.

ROSMAH !!!.. AWAK DI MANA.... Di S'pore ka? Di Bangkok ka? atau di Dubai ka?

Ikon Shopping Negara = FLOM Rosmah

PERINGATAN !!!.. Setiap kali anda berbelanja DIKENAKAN BAYAR GST, keuntungan GST itu akan mengalir ke kantong dot dot dot....

SELAMAT BERGEMBIRA BAYAR GST ...
GST = Government Says Thanks


Ketua Umno bahagian mula sedar rakyat tak sokong Najib

Tan Sri Zainuddin Maidin menjelaskan sudah wujud kesedaran di kalangan ketua Umno bahagian kini yang sokongan mereka kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak bukanlah mewakili sokongan rakyat secara keseluruhannya.
Bekas menteri penerangan itu berkata, antara ketua Umno bahagian yang lantang membuat kritikan terbuka ialah Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Siapakah yang mengatakan semua ketua bahagian Umno hanya mengangguk dan menerima apa sahaja alasan dan cerita dari pemimpin negara dalam isu yang menimbulkan keraguan dan prasangka buruk menggelorakan perasaan rakyat di seluruh negara?

"Sudah ada pemimpin bahagian Umno yang sedar sokongan 'berbaju merah' kepada pucuk pimpinan tidak dapat lagi mewakili sokongan rakyat. "Mereka tidak sahaja membacanya di laman media sosial atau portal berita tetapi mendengarnya sendiri di majlis-majlis kenduri perkahwinan, di surau dan masjid, di kedai-kedai kopi, di perbincangan terbuka dan tertutup peringkat atasan dan akar umbi," katanya menerusi entri terbaru di blognya, Zamkata.
Zainuddin berkata tindakan nekad dan keberanian Syed Ali dalam menyuarakan isu 1MDB terbukti apabila semua akhbar yang menyokong Najib tidak menyiarkannya kecuali akhbar The Star semalam.
Katanya, apa yang dilakukan Syed Ali ini menurut peradaban Umno sebagai halus dan bijaksana dalam membawa perubahan kepada pucuk pimpinan negara.
"Ini membuktikan sokongan dengan baju merah tidak bererti di dalam hati, tidak parah dan menyerah kalah.
"Syed Ali yang diketahui pernah ke hadapan dalam isu-isu sensitif yang menjadi keluh kesah rakyat, umpamanya meminta Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhenti, nampaknya tidak lagi dapat  membendung perasaannya sendiri dalam isu 1MDB.
"Syed Ali mahu flamboyan billionair Low Taek Jho yang dikaitkan dengan 1MDB dipanggil segera untuk menghadapi  siasatan polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Akauntan  Negara," katanya.

BantahGST: Ahli Parlimen, aktivis tonton perlawanan Mayweather-Pacquiao sementara tunggu polis siasat

Dua ahli Parlimen dan seorang aktivis sempat menonton perlawanan tinju terbesar hari ini sementara menunggu polis dari awal pagi untuk disoal siasat tentang perhimpunan Hari Pekerja pada Jumaat. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditahan bersama ahli sekretariat #KitaLawan Fariz Musa pagi ini – selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk disoal siasat tentang peranan mereka dalam perhimpunan tersebut berkata mereka sedang menunggu pegawai penyiasat (IO) tiba.
 “Ramai pegawai di sini tetapi IO masih belum sampai. Kami menonton CSI (Crime Scene Investigation) kemudian perlawanan tinju antara Floyd Mayweather dan Manny Pacquaio,” kata Khalid. Khalid dan Fariz berada di balai polis selama 4 jam sementara Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang dikenali sebagai Tian Chua dibawa ke sana hampir 12 jam lalu.

Perhimpunan Bantah GST cemari KL kata DAM

Menurut Ahmad Maslan jika GST tidak baik kenapa dilaksana di 170 negara.
ahmad maslan, GST
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memuat naik status di laman Twitternya, menyelar mereka yang menyertai Perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara pada Jumaat.
Dalam status yang sama, Ahli Parlimen Pontian itu mempertahankan kebaikan pelaksanaan cukai berkenaan.
“KL yg indah tapi dicemari demonstrasi jalanan. Jika GST tak baik kenapa dilaksana 170/193 (88%) negara di dunia?”, tulisnya ringkas.
Ia dibuat selepas dua hari perhimpunan yang diadakan di ibu negara bagi membantah pelaksanaan cukai berkenaan.
Sebelum ini kebanyakan kenyataan Ahmad Maslan menimbulkan pelbagai kontroversi dan sehingga beberapa pihak meminta beliau supaya mendiamkan.

Freeze in civil service jobs since April?

Sarawak Report says leaked government circular calls for 'optimum use of human resources'.
freeze 1MDB
KUALA LUMPUR: The Federal Government is believed to have frozen all recruitment in the civil service from April, as part of moves to ensure “optimum use of human resources” according to a leaked circular.
Sarawak Report, quoting from what it said was a copy of the document, sent out by the director-general of public services, Mohd Zabidi Zainal.
The Public Services Department is in overall charge of recruitment and employment of government servants.
Recruitment and the creation of new positions were frozen for all departments and agencies from April 22, except for candidates already called for interviews or trainees for pre-service programmes, and trainees who have completed pre-service programmes.
Sarawak Report said the government should be transparent and explain to what extent critical services and appointments might be affected. It also asked if the freeze would exclude replacing key personnel such as team leaders or professional experts who retire or resign.
The website’s report comes in the wake of its extensive coverage of the financial dealings and investments of the debt-ridden government company 1Malaysia Development Bhd, which have led to former prime minister Dr Mahathir Mohamad launching a wave of attacks against Najib Razak, urging the prime minister and Umno president to resign.
The lavish lifestyle of Najib’s family, and reports of the extravagant celebrations of his daughter’s recent wedding, have also fuelled criticisms of Najib.

Harta kerajaan SIAPA PUNYA !!!


Ismail Sabri PUNYA KA !!!
UMNO PUNYA KA !!!
BN PUNYA KA !!!

Janganlah nak buat politik samseng main ugut2 pengundi supaya undi BN. Sejak bila UMNO & BN ada tabung duit mahupon bank UMNO.. Rosmah sudah ajar ka cara2 simpan duit dari kecil !!!

DENGAR TAKPE, PERCAYA JANGAN !!!


APA NAK HERAN SUAPAN 'rasuah' BN sudah menjadi darah daging mereka...


Nak tanya anggota2 RELA di Teluk Intan & Pengkalan Kubor, ADAKAH JANJI2 ZAHID SUDAH TERLAKSANA KA BLOM !!!

KERANA skrg ini pak Zahid tabur lagi GULA-GULA DI PRK ROMPIN pula...

Pengundi Luar Permatang Pauh: Pulanglah dan kalahkan pemerintah kleptocracy.




ü Najib kata focus dia ialah tidak hiraukan kenyataan dan tuduhan tidak berasas. Ertinya dia telah membisu seribu bahasa, lidah nya kelu tidak berkata sejak lama sudah.
ü Menteri Pertanian kata, jika Wan Aizah menang, kelulusan dana akan diberhentikan. Ertinya Menteri ingat ini duit ayah dia.
ü Ahmad Maslan kata- dia yakin GST skim kutipan cukai terbaik. 160 negara dalam dunia telah pilih GST- mesti ianya baik walaupun ekonomi paling besar yakni USA tidak pakai GST. Ertinya semua menteri meleleh air liur bila ingatkan banyak wang dikutip.
ü Saleh said Kruak kata kemenangan pembangkang dalam PRU13 satu ilusi. Ertinya UMNO tidak perlu risau dan pemberontakan dalam UMNO itu tidak benar.
ü Rakyat bantah GST maka 15,000 protes dijalan. Itu ertinya lambang kebangkitan rakyat.
ü Beberapa pemimin UMNO telah lihat dokumen 1MDB dan yakin bahawa suatu skim songlap duit telah berlaku dengan pengetahuan PM Najib. Ertinya UMNO sudah tahu temberang Najib.
ü Tapi Najib tidak peduli lapuran tidak berasas. Ertinya UMNO dan Najib akan nahas.
Saya tidak mahu komen gerak kerja UMNO di Permatang Pauh. Sudah pasti mereka melakukan yang terbaik. Kepada lawan kita, kita ucapkan selamat maju jaya.
Kenapa saya yakin PR menang Permatang Pauh? Jentera PRK mantap dan kemas. Setiap bilik gerakan pusat penyampaian ceramah. Rakyat datang dengar dan sedar. Ada kesungguhan. Calun dilihat sebagai ganti Anwar Ibrahim yang tepat.
Apa yang UMNO tidak sebut ialah kawasan parlimen ini sekian lama dijaga oleh kerajaan Negeri pulau pinang. Ertinya, kepedulian keatas kawasan Permatang Pauh tidak terabai. Kemajuan dan pembangunan terus berlaku. Sebulan sebelum Anwar Ibrahim dipenjara- saya bertemu dengan beliau dan Anwar ucap terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana menjaga permatang pauh. Anwar lebih diperlukan pada peringkat nasional.
Apa yang kerajaan UMNO tawarkan kepada rakyat permatang Pauh pada masa ini, ialah apa yang sepatutnya diberi kepada rakyat tapi disekat oleh mereka. Ini sikap orang yang busuk hati dan suka menganiayai orang.

Hadi tidak pasti siapa protes calon PKR

Abdul Hadi Awang KOTA KINABALU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui secara pasti golongan yang membuat protes terhadap calon PKR bagi PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyan Pas Sabah di sini hari ini, beliau berkata mungkin golongan itu adalah pihak yang cuba membuat provokasi pada musim pilihan raya parlimen di kawasan berkenaan.
  
Ketika ditanya sebab beliau tidak turun berkempen di Permatang Pauh, Abdul Hadi berkata, beliau sibuk dengan program parti yang diatur lebih awal selain terpaksa berulang ke hospital untuk menerima rawatan.
  
Mengenai pendirian Pas Pusat berhubung anggota PR Sabah khususnya DAP yang menolak pembabitan Pas dalam PR Sabah, Abdul Hadi berkata, terpulanglah kepada PR negeri masing-masing untuk membuat keputusan namun Pas masih anggota PR Pusat.
  

BN gagal bina rumah tapi tuduh kerajaan negeri



PERMATANG PAUH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa menuding jari kepada Kerajaan Pulau Pinang kononnya gagal membina rumah mampu milik untuk warga negeri ini bagi melindungi kegagalan mereka selama ini.

Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, walhal kerajaan negeri mengutamakan kemudahan rakyat khususnya pemilikan rumah mampu milik.

"Sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Umno dan BN main isu yang dia sendiri gagal laksanakan untuk keperluan rakyat.

"Bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak swasta kami telah pun usahakan yang terbaik demi rakyat," tegasnya dalam sidang media di Pusat Media PRK Permatang Pauh, Yayasan Aman, Penanti.

Kerajaan negeri tambahnya, telah merancang untuk menyediakan sebanyak 22,512 unit rumah.

Beliau memberi contohnya, daerah Barat Daya sebanyak 594 buah diina melibatkan kos sederhana dan mampu milik.

DAP desak Ismail Sabri tarik balik kenyataan

DAP mendesak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik balik dan meminta maaf berhubung kenyataan yang tidak membenarkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjejak kaki ke kementeriannya jika calon PKR itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ketua Menteri Pulau PInang Lim Guan Eng berkata kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani itu dianggap sebagai "biadap dan kurang ajar" kerana ditujukan kepada seorang wanita dan wakil rakyat.

"Ini satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar. Macam mana rakyat Malaysia yang nak masuk ke lobi pejabat kerajaan pun tak boleh.

"Saya minta Ismail tarik balik dan minta maaf atas kenyataan yang biadap terhadap seorang wanita, rakyat Malaysia dan wakil rakyat ini.

"Saya harap Ismail Sabri, jangan bertindak liar. Kalau Kak Wan (Azizah) nak masuk lobi kementerian dan (kemudian) dihalau, itu sudah lebih (melampau)," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung Umno berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Wat Siam Tanah Liat di Permatang Pauh hari ini.  

'Junjung kebebasan media demi kerusi di Unesco'

Jika kerajaan berhasrat untuk menduduki jawatan dalam lembaga eksekutif Unesco, maka kerajaan perlu menunjukkan keikhlasan merayakan hari kebebasan media, kata ketua menteri Pulau Pinang.

Dalam kenyataanya, Lim Guan Eng berkata bersempena dengan sambutan hari kebebasan media hari ini, kerajaan mesti menjunjung nilai dan prinsip kebebasan media sekaligus memperbaiki kedudukannya.

"Bulan lepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat ibu pejabat UNESCO di Paris untuk melobi jawatan dalam lembaga eksekutifnya bagi 2015-2019.

"Namun pada masa yang sama kerajaan Malaysia enggan menyambut Hari Kebebasan Media yang diraikan oleh Unesco dengan memberikan anugerah UNESCO/Guillermo Cano World Press Freedom Prize kepada ‘individu, organisasi atau instusi yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada usaha mempertahan dan/atau memupuk kebebasan akhbar di mana-mana di dunia’," kata.

Kewajipan Mengundi Wan Azizah Di Permatang Pauh


Merujuk kepada sebuah Hadith:
Saya mengambil setengah yang awal bahagian hijaunya, mafhumnya begini: “Akan datang selepas saya, umara’ (pemerintah), sesiapa yang mengiyakan mereka dalam pembohongan mereka dan membantu mereka dalam kezaliman mereka, dia bukan dari saya dan saya bukan darinya…..”. Aukamaqal.
Hadith ini memberikan gambaran jelas bagaimana Rasulullah (SAW) mengambil berat persoalan pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh golongan berkuasa.
3qMana-mana pihak yang mengiyakan pembohongan mereka dan membantu mereka dalam kezaliman mereka, Rasulullah (SAW) tidak mengaku sebagai ummat!Tiada sesiapa yang boleh menafikan bahawa rakyat telah dibohongi melalui fitnah yang jahat dan dahsyat terhadap DSAI.
Dan sememangnya ianya satu pembohongan. Tiada syak walaupun sebesar sebiji zarrah bahawa ianya fitnah dan pembohongan yang nyata.
Meneliti asas penghakiman dalam kes DSAI akan menyakinkan semua yang waras bahawa DSAI adalah mangsa fitnah jahat. Maka hasil dari fitnah jahat ini beliau dizalimi dengan dipenjarakan selama 5 tahun.Pembohongan melalui fitnah yang mereka lemparkan terhadap DSAI perlu ditolak dan disanggah.
Mengundi calon UMNO/BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah bagaikan mengiyakan pembohongan ini. Lebih-lebih lagi apabila DSAI merupakan Ahli Parlimen yang disingkirkan melalui fitnah ini.
Sedangkan semua memahami ianya fitnah dan ianya bertujuan untuk menjaga kuasa dengan memenjarakan DSAI. Tanpa DSAI adalah diharapkan PR akan berpecah lebih-lebih lagi dalam keadaan adanya ‘PAS Ekstrim’ yang boleh dimanfaatkan.
Pemenjaraan DSAI hasil fitnah yang dilakukan adalah kezaliman yang nyata.
Mengundi calon UMNO/BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh bererti membantu mereka dalam kezaliman mereka ini. Sekiranya kita tidak mampu menghalang pihak berkuasa melakukan kezaliman ini sekalipun, paling kurang kita tidak boleh menolong mereka.
Kita boleh bantah dengan menolak calon mereka. Sekiranya kita tidak menyokong DS Wan Azizah dalam Pilihan Raya kecil ini, maka amat sangat ditakuti bahawa kita dilihat berdiri bersama pihak yang melakukan kezaliman ini. Dan amat kita khuatir bahawa kita akan digolongkan dengan mereka yang Nabi tidak mengaku sebagai ummatnya!
Dalam bertindak memfitnah dan memenjarakan DSAI maka turut menjadi mangsa kezaliman ini adalah keluarga DSAI.

GST semua jadi mangsa tak kira bangsa

tolak gst 4
BUKIT MERTAJAM, 3 MEI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan kenyataan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie, bahawa Melayu membayar GST lebih berbanding kaum Cina menyimpang daripada realiti dan berbaur perkauman.
Guan Eng berkata, pelaksanaan GST memberikan impak kepada semua bangsa yang terkesan dengan kenaikan harga.
“GST semua kena tak kira warna kulit. Siapa beli barang dia kena GST tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, mungkin gunting rambut mahal sahaja tak kena GST.
‘MCA mainkan perkauman di kalangan orang Cina dan Umno mainkan perkauman di kalangan Melayu,” kata Guan Eng pada sidang media di Wat Siam Kampung Tanah Liat di sini, hari ini.
Jelas beliau, helah perkauman digunakan Umno dan MCA itu sesuatu merugikan rakyat dan tidak membantu kemajuan negara.

Guan Eng: Ismail Sabri biadap tak benar Kak Wan jejak kaki lobi MOA

_MG_1395 (1)BUKIT MERTAJAM, 3 MEI: Kenyataan angkuh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak membenarkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjejakkan kaki ke pejabatnya sekiranya menang di Permatang Pauh adalah biadap dan kurang ajar.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kenyataan itu menghina kebebasan rakyat, wanita dan wakil rakyat sekaligus
“Ismail Sabri menyatakan sekiranya Kak Wan dipilih menjadi Ahli Parlimen, jangan cari dia.
“Semua projek pertanian tidak akan diluluskan dan nak masuk lobi pun tak boleh.
“Ini satu kenyataan yang sangat biadap dan kurang ajar sama sekali,” kata Guan Eng pada sidang media di Wat Siam Kampung Tanah Liat di sini, hari ini.
Kata beliau, Ismail Sabri patut menarik semula kenyataan beliau itu dan meminta maaf.
Guan Eng turut menyifatkan tindakan Ismail Sabri itu sebagai liar dan melampau.
“Takkanlah seorang wakil rakyat dilayan sebegitu,” kata beliau lagi.

Hentikan tangkapan pemimpin Pakatan, kata PKR

PKR menyeru pihak polis menghentikan tangkapan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang terlibat dalam perhimpunan Hari Pekerja Jumaat lalu sambil berkata perlembagaan jelas tidak menyekat hak kebebasan bersuara.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata protes berkenaan diadakan secara aman dan merupakan manifestasi rakyat yang membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“PKR menuntut supaya pihak polis menghentikan sebarang usaha untuk menangkap pemimpin, khususnya pemimpin PR yang terbabit dalam himpunan.
“PKR juga menggesa pihak polis membebaskan Tian Chua dan semua tahanan tanpa syarat dan tidak mendakwa mereka ke mahkamah.

“Bila mana Artikel 10 Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Hak berhimpun dan hak untuk bersuara sememangnya termaktub dalam perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Wan Azizah berkata PKR mengutuk sekeras-kerasnya penangkapan Chua yang juga naib presiden parti di Seberang Jaya lewat malam tadi, ekoran penglibatan dalam perhimpunan Hari Pekerja itu.
Beliau turut kesal dengan tindakan polis menangkap peguam Datuk Ambiga Sreneevasan, pemimpin PR Dr Mohd Hatta Ramli, Anthony Loke, aktivis S Arulchelvan dan lain-lain pemimpin PR yang berhimpun secara aman.
“Walaupun sebahagian pemimpin NGO dan PR yang ditahan, sudah dibebaskan, namun kita tidak bersetuju tangkapan dilakukan, kerana mereka mengadakan himpunan secara aman.
“Kita kesal kerana pihak polis masih meneruskan tangkapan sedangkan pihak penganjur sudah pun berbincang dan berunding dengan polis pada 24 April 2015.
“Insya Allah PKR bersama PR akan terus bangkit membela kaum pekerja dan anggota keluarga mereka, kami akan teruskan kempen  #BatalGST sehingga rakyat dibebaskan dari belenggu tekanan ekonomi,” katanya.

Tian Chua dikasari, dipaksa tunggu 2 jam sebelum ke lokap


Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang mendakwa dikasari polis semasa ditahan di Pulau Pinang semalam, kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi menunggu siasatan ke atas perhimpunan pada Hari Pekerja pada Jumaat. Chua berkata beliau sampai di balai pada 3.15am tetapi terpaksa menunggu 2 jam sebelum akhirnya dibenarkan untuk berehat di dalam lokap.

“Tunggu dari 3 pagi hingga 5 pagi Subuh – bayang2 IO belum ternampak. Kalau tak bersedia lakukan siasatan, baik masukkan lokap, kurang2 boleh tidur.” tulis Chua yang dikenali sebagai Tian Chua dalam akaun Twitternya, @tianchua.

Beliau juga mempersoalkan sekiranya ini taktik yang digunakan untuk menghukum aktivis-aktivis yang ditahan dan menyebut nama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan akaun Twitter beliau, @KBAB51. Difahamkan yang Chua mungkin akan dilepaskan dengan jaminan hari ini selepas polis merekodkan kenyataannya, tetapi ini hanya boleh disahkan kemudian selepas menunggu arahan seterusnya, kata sumber yang dekat dengan siasatan.

Ahli Parlimen itu merupakan ahli politik ke-4 yang ditahan polis berhubung perhimpunan pada Jumaat selepas penahanan berprofil tinggi peguam dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr Hatta Ramli, dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan pada malam Jumaat.

Polis juga menahan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan di rumahnya pada tengahari Sabtu dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang ditahan beberapa jam lebih awal apabila beliau tiba di ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan dilepaskan malam itu selepas polis merekodkan kenyataan mereka. Setakai ini, polis menahan 36 orang.

Polis ‘rempuh’ kereta Tian Chua sebelum tangkap secara kasar, kata saksi


Dua pembantu Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang mendakwa melihat sendiri majikan mereka dikasari dengan ganas sewaktu ditangkap di Seberang Jaya semalam. Mohd Huraimi Husri, 18, pengiring Chua yang memandu keretanya berkata majikannya itu menerima panggilan telefon dimaklumkan akan ditangkap selepas selesai berceramah di Seberang Jaya sekitar jam 11.40 malam tadi. Namun beliau diarah Chua agar terus ke Yayasan Aman di Penanti bagi membolehkan tangkapan berlaku di sana dan kelihatan lebih "kemas".

"Tetapi apabila kami sampai dekat lampu isyarat berhampiran bulatan Seberang Jaya, 2 kereta polis menghimpit kami dan satu darinya merempuh kereta kami sehingga terkena cermin sisi kami.

"Polis berlari ke arah kereta kami dan menarik YB keluar dan cuba menolaknya masuk ke dalam kereta polis," katanya kepada wartawan yang menunggu di luar ibu pejabat polis daerah Seberang Perai tengah pagi ini. Huraimi berkata beliau secara bersembunyi merakam insiden tangkapan Chua namun dipukul di kepala dari belakang oleh polis selepas diketahui berbuat demikian.

"Entah macam mana seorang polis kedengaran berlari dari arah belakang saya, melompat memukul kepala dan terus menolak saya ke atas jalan raya dan menekan kepala saya. "YB Tian yang melihat kejadian itu sewaktu cuba ditolak ke dalam kereta polis berpesan kepada mereka agar tidak mengapa-apakan saya kerana saya tidak terlibat dalam hal ini," katanya.

Beliau kemudian ke Yayasan Aman sebelum dinasihatkan penyokong di situ untuk membuat laporan polis. Seorang lagi pengiring Chua, Chin Sin Pang, 55 turut melihat kejadian itu kerana turut berada di dalam kereta pada masa kejadian.

Tidak Faham..Awak..Awak Tidak Faham...!!!


UMNO & BOHONG Berpisah Tiada....

Kalaulah kepala UMNO pon dah kaki kencing, apatahlagi yg di bawahnya kuat mengencing kpd rakyat..
Jelas & terbukti cukai GST itu membebankan rakyat demi nak 'cover' segala kebobrokan pemerintahan UMNO/BN..

Talian hayat Najib - Pas Atau Anwar?

Oleh Shahbudin Husin
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan beliau tidak akan menyerah kalah terhadap segala serangan dan kritikan sambil tidak mahu melayannya kerana menganggapnya sebagai tidak berasas,  persoalan yang menjadi tanda tanya ramai orang ialah apakah perancangannya untuk menyelamatkan kedudukan UMNO dan BN?

Berdiam dan tidak mahu menjawab persoalan yang kian hari kian besar bersarang di kepala rakyat bukanlah pendirian yang wajar bagi seorang pemimpin.

Ini kerana pemimpin harus bercakap, menjawab dan memberi penjelasan kepada rakyat. Berdiam diri yang mungkin ditafsirkan bahawa semua serangan itu ada kebenarannya hanya melunturkan lagi kepercayaan rakyat.
Semua pemimpin terkenal dalam dunia adalah kerana berjaya menunjukkan kehebatan dan kepintaran berhujah. Tidak ada pemimpin yang dipuji kerana diam, senyap dan bisu.

Ini kerana dalam sistem demokrasi yang mana pemutus akhirnya ialah sokongan rakyat, kemenangan dalam pilihanraya adalah penanda aras baik atau buruknya seseorang pemimpin itu. Lebih-lebih lagi, persoalan yang dihadapi Datuk Seri Najib sekarang yang menjadi sebab kritikan Tun Mahathir ialah juga berkaitan kemampuannya untuk memenangi pilihanraya.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu memulakan serangan terhadap Datuk Seri Najib kerana tidak yakin kepimpinannya yang lemah, banyak skandal dan semakin ditolak oleh pelbagai kaum, mampu menjelmakan kemenangan buat UMNO dan BN. Bagi Tun Mahathir penyelesaian mudah bagi masalah ini ialah dengan menukar Datuk Seri Najib sebelum pilihanraya 2018 diadakan.

Sementara menunjukkan sifat lemah iaitu diam, senyap dan tidak menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, Datuk Seri Najib hanya mengatakan beliau tidak akan menyerah kalah. Beliau juga menyatakan tidak akan melayan segala tuduhan melulu dan tidak berasas yang ditujukan terhadapnya.

Rakyat dihukum lawan sekatan kebebasan bersuara

Oleh Sekretariat #KitaLawan
Penangkapan peserta dan pimpinan pakatan rakyat selepas puluhan ribu rakyat menyertai Himpunan 1 Mei Bantah GST menunjukkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hilang pedoman dan sekali lagi membuktikan tiada kebebasan untuk rakyat berhimpun secara aman.
Amaran keras beliau supaya rakyat tidak menyertai Himpunan 1 Mei gagal menyekat rakyat untuk bersuara bagi melawan kezaliman dan kerakusan regim GST.

Ugutan kepada pimpinan untuk menyerah diri atau jika tidak mereka akan berhadapan dengan tangkapan hanyalah tindakan terdesak untuk menghina, memalukan dan menghukum rakyat.
KPN juga kehilangan idea untuk menakutkan rakyat dan kini bergantung kepada cubaan untuk kaitkan peserta himpunan yang hadir secara aman dengan insiden provokasi yang sengaja dibiarkan. Walaupun polis gagal mendapatkan penahanan reman terhadap pimpinan, pihak polis seperti sengaja melewatkan proses pembebasan sedangkan abang IGP yang berdemonstrasi salib boleh dibersihkan nama hanya melalui panggilan telefon dan perjumpaan santai bersama polis.
Anak muda #KitaLawan langsung tidak terkesan dengan siri tangkapan setiap kali rakyat berhimpun terutamanya apabila peserta bersurai secara aman.
Tindakan tidak berpelembagaan ini sekali gus memberi keyakinan dan sebab mengapa anak muda perlu terus turun ke jalan raya.
Adakah tiada lagi kebebasan selepas rakyat berhimpun? Jika bersurai secara aman pun ditangkap, adakah lebih elok himpunan rakyat kekal berpanjangan?
Anak muda pantang dicabar dan #KitaLawan akan terus memperjuangkan kebebasan dan membela rakyat serta menentang kezaliman, keangkuhan dan penindasan.

Siapa tak faham GST, angkat tangan

Oleh Mohsin Abdullah
Datuk Seri Najib Razak kena “boo” sebaik sahaja beliau sebut GST (cukai barangan dan perkhidmatan) bukan bertujuan membebankan rakyat – semasa berucap di majlis sambutan Hari Pekerja d Kuching.
Tidak memeranjatkan.Di ibu negara, ribuan rakyat turun ke jalanan membantah GST.

Pun tidak memeranjatkan. Sebab GST nyata menghimpit rakyat jelata. “Cost of living” meloncat tinggi.
Sehari sebelum protes GST diadakan, saya baca satu rencana mengenai cukai berkenaan. Antara lain si penulis berkata jika beliau menyertai demonstrasi Bantah GST , ”Ahmad Maslan lah puncanya”.
“Ahmad Maslan” yang dimaksudkan tentu kita semua tahu, ialah Datuk Ahmad Maslan, timbalan menteri kewangan.
Kata si penulis yang mengelar dirinya “Osama”, wajah “sinis” Ahmad menjadikan “semangat saya naik mendadak untuk turun demo”. Dan “tak sabar turun (berdemo) bila mendengar dan membaca tentang kebaikan GST yang dilebun (Ahmad)”.
Bagi si penulis itu, Ahmad seperti menteri lain “tidak jawab soalan , tidak konsisten dan mengelirukan”.
Setuju atau tidak dengan pendapat itu, hakikatnya kalau tengok dan dengar apa yang kita tengok dan dengar sejak kebelakangan ini , Ahmad lah orang “paling arif “tentang GST.
Lantas bolehlah dikatakan timbalan menteri kewangan itu “pakar” dalam selok belok cukai barangan dan perkhidmatan. Lalu beliau “layak” meminta Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Profesor Madya Datuk Agus Yusof dan Tun Dr Mahathir Mohamad belajar GST kerana tidak faham.
Bukan calang-calang tokoh yang disuruh belajar. Seorang mufti ,seorang ahli akademik dan seorang lagi bekas perdana menteri yang memodenkan negara.
Tapi bak kata Dr Asri, “kalau Tun Mahathir pun tak faham GST apatah lagi rakyat biasa?“.
Sebenarnya ramai yang faham apa itu GST. Termasuk golongan rakyat biasa.
Tapi yang mengelirukan keadaan ialah kerajaan sendiri. Dalam perkataan lain, yang buat ramai keliru ialah pihak “gomen” termasuk para menteri dan timbalan.

Melayu tak terjejas dengan GST?

Oleh Amin Iskandar
Barisan Nasional (BN) hampir pasti mempertahankan kerusi Parlimen Rompin walaupun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memberikan kesan besar terhadap kehidupan orang ramai terutamanya rakyat bawahan.
Begitu juga di Permatang Pauh, Pakatan Rakyat (PR) hampir pasti mengekalkan kerusi tersebut walaupun apa sahaja isu dimainkan seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail calon "boneka" dan sebagainya kerana ianya merupakan kawasan tradisi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Rompin, oleh kerana ianya merupakan kawasan tradisi arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang merupakan orang kanan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, PR juga tidak kelihatan bersungguh-sungguh kerana tidak yakin mampu merampas kerusi tersebut daripada BN.
Teman-teman wartawan memberitahu, agak sukar untuk mendapatkan jadual program calon PAS yang bertanding di Rompin dan beliau seolah-olah bertanding "main-main" sahaja. Yang menjadi persoalan ialah bagaimana keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh memberi kesan terhadap pentadbiran Najib yang kini diserang hebat bukan sahaja daripada PR akan tetapi termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengekalan harga petrol RON95, RON97 dan diesel dilihat dipengaruhi oleh PRK Rompin dan Permatang Pauh.
Jika harga bahan bakar dinaikkan, sudah pasti ianya akan memberikan kesan kepada undi BN baik di Rompin mahupun di Permatang Pauh.
Jadi rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Rompin dan Permatang Pauh kerana PRK di kedua kawasan Parlimen tersebut tetap memberikan kesan kepada kehidupan seharian mereka walaupun keputusannya sudah hampir pasti diketahui.
Apakah Melayu tak terjejas dengan GST?
Disebabkan GST, kebanyakan harga barangan keperluan naik. Akan tetapi mengapa orang-orang Melayu di kawasan pendalaman seperti Rompin tetap kuat bersama Umno dan BN?
Apakah sentimen politik semata-mata mampu mengekalkan sokongan Melayu dan tidak akan menjejaskan langsung undi BN di kubu kuat mereka?
Bayangkanlah, kedai bundle di Rompin yang tidak kelihatan seperti termasuk dalam kategori layak GST tetap mengenakan GST sebanyak 6% terhadap barangan mereka.
Belum dikira barangan harian lain seperti lampin pakai buang, susu, sabun, ubat gigi dan sebagainya.
Semuanya naik akibat GST. Tapi mengapa orang Melayu yang kebanyakannya miskin masih tidak marah?
Menurut bekas naib presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, orang Melayu luar bandar seperti di Rompin lebih berminat kepada ganjaran jangka pendek seperti imbuhan yang diberikan semasa kempen PRK.