Sabtu, 2 Mei 2015

Putar belit & kencing kpd rakyat adalah satu amalan mulia dlm mewarisi legasi UMNO..

ANDA nilaikanlah sendiri bila menteri melayu-UMNO pertahankan cukai GST yg RAKUS !!!

DR M IS RIGHT, DAIM IS RIGHT: May Day march proves M'sians will dump arrogant Najib & Umno-BN

DR M IS RIGHT, DAIM IS RIGHT: May Day march proves M'sians will dump arrogant Najib & Umno-BN
Some portals say it is 10,000 protestors; some say 20,000 and others do not even want to put an estimate to the huge turnout of Malaysians of all ages and ethnicity as they protested peacefully on 1st May 2015.
We must not be side-tracked with the numbers game.
What remains true is the streets were filled with throngs of people coming in from several assembly points in the federal capital of Kuala Lumpur as the tens of thousands marched under the beating sun a good three to five kilometers converging at the iconic Twin Towers.
And what was their cry? We cannot continue to be yoked with the GST!
Many also took advantage to express several other concerns and needs which was wrapped with that call to the current prime minister Datuk Seri Najib (and his spouse too) to step down.
While many nations across the globe would have proudly paraded their contributions to their respective nations while their government showered appreciation and motivating the workforce to proudly claim their role in nation building.
But sadly and painfully this is not the case in Malaysia. For the first time in decades, workers who had always paid their taxes, accepted wage freezes, and supported the government without revolting have now taken to a peaceful protest on their significant day that honors all human labour.
Try walking under the broiling sun on a baked tarmac for five kilometers.
That was the pain and anguish they endured to register their serious unhappiness and anguish with the government and its current leadership.
Indeed, if Mahatma Gandhi was around, he would have saluted the Malaysians for their exemplary sense of 'ahimsa' or sense of non-violence.

Unfortunately while Gandhi’s great salt march sent the British scurrying, Labour day protest may not make any dent on the UMNO-BN regime.

Bantah GST: Rafizi, Hishamuddin akan dibebaskan malam ini, kata peguam

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais akan dibebaskan malam ini selepas pihak polis selesai merekodkan kenyataan mereka, kata peguam G Sivamalar.
Beliau berkata, Rafizi dan Hishamuddin akan dibebaskan dengan jaminan polis malam ini berdasarkan pengesahan yang diberikan pegawai penyiasat ASP Rizaimi.
Rafizi pagi ini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk disiasat kerana terlibat dalam perhimpunan BatalGST semalam.

Manakala Hishamuddin ditahan polis dirumahnya oleh enam pegawai polis sebelum di bawa ke IPD Dang Wangi.

Batalkan GST, menyeksa rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN dinasihatkan segera membatalkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah menyiksa kantung poket rakyat selepas sebulan ia dilaksanakan sejak 1 April lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan GST sejak sebulan lalu dilihat sangat menghimpit rakyat khususnya mereka yang duduk di bandar dan bergaji rendah.

“Cukuplah rakyat disiksa dengan kenaikan harga barangan akibat GST ini, kita desak kerajaan batalkan segera. Kita berhimpun hari ini dengan puluhan ribu yang hadir, malah di beberapa negara lain, rakyat Malaysia menunjukkan solidariti bersama dengan himpunan kita di Kuala Lumpur ini.“Kita mahu kerajaan segera mendengar keluhan rakyat. Kita juga menyeru rakyat agar menolak BN dalam pilihan raya umum akan datang dan menolak calon BN di dua pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang,” kata Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Himpunan Batal- GST- Kita Tok Janggut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar yang turut bersama berhimpun juga mendesak pelaksanaan GST yang banyak memberi kesan negatif kepada rakyat dihentikan segera.
Apatah lagi kata beliau, pelaksanaan GST ini dibuat kononnya untuk menampung dan menambah pendapatan negara yang menyusut, sedangkan kerajaan yang ada masih lagi terus boros berbelanja.
Kata beliau, selagi ketirisan dan penyelewengan masih berlaku manakala rasuah berleluasa dalam pimpinan negara hidup bermewah maka pelaksanaan GST hanya akan mengulangi dasar ‘haru-biru’ kerajaan BN. “Cukuplah Umno BN telah membuat rakyat menderita dengan kehadiran GST. Berapa ramai daripada kita perlu bercatu perbelanjaan hanya kerana GST?” ujarnya lagi.

Turun jalanraya, ibarat menjemur bateri kering

Oleh Amirrul Jeffery Igai
Suatu ketika yang lampau, kaset di dalam radio milik bapa saya masih lagi berputar. Tapi bunyinya sembab dan lemah.
Suara manusia yang dirakam melalui kaset yang dimainkan di dalam radio tersebut seolah sedang berdengung ditibai asap ganja, atau bahasa zaman sekarang orang panggil balut. Itu tandanya nyawa bateri kering sudah sampai ke penghujung.

Adakalanya lampu picit milik ayah yang terang benderang pada awal bulan mula malap di hujung bulan. Itu juga petanda sel kering itu mahu pitam.
Untuk beberapa seketika, saya melihat bapa saya tidak terus membuang sel kering yang hampir mati ini ke dalam tong sampah. Malah bapa saya menjemur sel kering tersebut seharian di bawah terik mentari. Pada waktu itu, saya masih di bangku sekolah rendah dan tidak faham, mengapa dan kenapa bapa saya menjemur bateri yang hampir pitam tersebut.
Seharian bateri tersebut dijemur di bawah terik matahari, bapa saya memasukkannya semula ke dalam radio. Suara manusia yang seakan mabuk asap ganja tadi kembali segar. Lampu picit yang malap kembali terang, walaupun tidak seterang ketika bateri masih baharu.
Dan bateri dijemur bapa saya tadi masih boleh dipakai satu hingga dua hari lagi sebelum ia tidak lagi bernyawa dan dibuang.
Sel kering, radio dan lampu picit adalah naratif atau penceritaan saya bagi memahami demonstrasi anti-GST, 1 Mei di jalan raya.
Untuk saya tidaklah peserta dan penganjur terlalu naïf mengerti apa itu GST dan kepentingannya kepada negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Apabila bateri kering milik bapa saya dijemur, ia mempunyai jangka hayat sehingga 2 hari bagi memutarkan kaset di dalam radio.
Sama juga, seperti peserta demonstrasi turun ke jalanraya anti-GST untuk mengumpul kekuatan dan tenaga tambahan untuk memutarkan kesedaran rakyat dan menggulingkan kerajaan Umno/ Barisan Nasional pada pilihanraya umum -14, lagi 2-3 tahun.
Menggulingkan kerajaan tidak salah. Umno dan BN mahu menggulingkan pemerintahan PAS di Kelantan. Umno-BN mahu menggulingkan pemerintahan yang diterajui PKR di Selangor. Umno-BN juga mahu menggulingkan pemerintahan yang diterajui DAP di Pulau Pinang.
Mahu menggulingkan kerajaan bukan sesuatu yang lucah. Sama seperti ahli Pas mahu menggulingkan Abdul Hadi dan geng U-Gnya, ianya tidak lucah. Seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menggulingkan Datuk Seri Najib Razak juga tidak lucah.

Bantah GST : Kejahilan sang bijaksana

Oleh Amalina Ismail
Selepas ini para ibu bapa akan lebih berhati-hati dalam memastikan pendidikan anak-anak tidak sekadar gred yang baik atau skor yang tinggi atau sebanyak dan setimbun buku yang dibaca, kerana ternyata, mereka barangkali akan terjerumus ke lembah kejahilan yang canggung dan memalukan.
Jika mereka gagal memahami makna kehidupan. Gagal membaca persekitaran. Gagal memahami masyarakat.

 Gagal mengakar dan merimbun memberi manfaat. Sebaliknya hanya berbicara sesedap rasa dan jiwa sekadar apa yang tertulis di buku-buku yang dibaca atau seperti menjawab kertas periksa untuk markah yang tinggi (diberi orang atasan). Maka, memang sungguh, kita ada permasalahan serius dalam sistem pendidikan. Hingga yang benar dan adil disamakan dengan maju dan membangun. Bila diminta untuk membantu kempen dalam pilihanraya umum yang lalu, saya sungguh-sungguh keberatan. Bukan sikap saya mahu meraih dan merayu apatah lagi pada yang tidak sudi (kawasan kubu kuat parti kerajaan). Namun, jika mahu mengubah perlulah berkorban. Dalam terpaksa rela saya menurut arahan. Tapi yang saya temui sama sekali bukan urusan politik tapi kebejatan jiwa, minda juga material.
Bagaimana mungkin untuk saya mengerti bila ada anak yang asyik dan angkuh mengibar bendera lambang parti, tapi sudah tidak mahu sekolah dan teruja diberi duit upah menampal poster kempen 5 tahun sekali dengan sepanjang lima tahun lagi bergelumang dengan masalah sosial itu dan ini. Dan si penjaga hanya berkata, 'baguslah dapat duit, kalau sekolah pun buang duit saja kena bayar itu dan ini.' Saya tidak tahu bagaimana untuk mengerti lagi, selain berbisik di dalam hati, kempen bukan sekadar merayu tapi jika sungguh-sungguh dihayati ia menjelajah daerah terpencil yang dihuni mereka yang tertindas tanpa menyedari. Harapannya, mereka mampu untuk mengerti atau lebih utama saya jadi jauh lebih memahami.
Tapi mereka di daerah terpencil itu tidak kurang sedikitpun akalnya dengan mereka yang nyata hidup di tengah kelompok masyarakat yang mampu mencapai segala ilmu yang pantas berubah dan tidak pernah ketinggalan memperoleh maklumat terkini dan terbaharu yang muncul setiap detik dan saat. Tapi masih gagal untuk mengerti dengan sanubari yang dalam. Sungguh, bagi saya mereka adalah sang bijaksana yang terjerumus dalam telaga kejahilan. Walau diberi tangga dan tali, berdegil tidak mahu keluar.
Setiap kali saya keluar bekerja dan berhenti di Stesen LRT Hang Tuah, akan ada seorang Aunty keturunan cina yang akan menunggu, menghulur-hulur peket tisu untuk di ambil mereka yang lalu-lalang. Ya, Aunty ini bukan peminta sedekah, dia berjaja tisu di tepi jalan. Tisunya juga ada pelbagai jenis, dari peket tisu saiz poket ke peket sebesar tapak tangan untuk di letak atas meja kerja hingga tisu lembab untuk kegunaan bayi. Saya antara pelanggan setia menghulur wang kertas satu ringgit ditukar dengan sepeket tisu saiz poket. Aunty ini bukan peminta sedekah tapi jelas perniagaannya lebih bergantung simpati dan harganya memang tinggi (walaupun tanpa GST kerana harga sepeket tisu itu kalau dibeli di pasaraya dan dibungkus 6 peket 1 bungkus mungkin berharga hanya 3 ringgit).

Mayday: Mencincang kealpaan kaum pekerja

Oleh John Bennet
"Modal bisa memenjarakan manusia, membuat manusia bekerja tanpa henti dari pukul 5 subuh hingga 8 malam untuk kekayaan orang lain." - Tan Malaka.                                                 
Sebelum kaum buruh/pekerja turun beraksi sempena Mayday hari ini untuk menuntut cukai barangan dan perkhidmatan (GST0 dimansuhkan, adalah lebih afdal bagi mereka untuk mengambil sedikit masa mengenang kembali apa yang berlaku pada perhimpunan Mayday tahun lepas di Dataran Merdeka.

Puluhan ribu diberitakan membanjiri Dataran Merdeka untuk menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) melupakan hasrat mengenakan cukai GST yang bakal dijalankan pada April 2015.
Namun, melihatkan sekalian yang hadir, menimbulkan pertanyaan, apakah kehadiran mereka sebagai seorang pekerja ataupun sebagai penyokong kuat parti pembangkang? Jelas sebilangan besar yang datang pada 1 Mei pada tahun lepas lebih berminat untuk mendengar ceramah politik dan galak bertempik "Jahanam Umno" daripada membentuk saf pekerja, menunjukkan semangat kaum pekerja dan kebersatuan mereka dalam mendepani isu buruh/pekerja yang masih terancam.
Lebih mengelirukan apabila mereka beransur pulang setelah pemimpin mereka memberi arahan tanda berakhirnya hari yang dikenang sebagai hari memperingati jasa, perlawanan dan kejayaan kaum pekerja.
Tidakkah pekerja ingat kejayaan mereka merebut kembali hak jam bekerja mereka yang mereka peroleh puluhan tahun dulu dan kerana itu, dunia memartabatkan 1 Mei sebagai hari penghargaan buat kaum pekerja?
Sukar untuk menjelaskan, atas semangat apakah puluhan ribu yang hadir pada tahun lepas. Apakah 1 Mei dirayakan dengan semata-mata mendengar ceramah politik dan setelah itu bersurai tanpa menyedari hari pekerja adalah lebih daripada itu?
Di manakah agaknya semangat "Pekerja sedunia,bersatulah" menghilang?
Lalu, wajar buat semua pekerja persoalkan, seandainya kerajaan Umno/BN tidak mengenakan cukai GST, adakah kaum pekerja akan mengisi cuti umum 1 Mei dengan melepak di rumah sambil melayan filem ulangan tayangan Astro?

POLITIK UGUT: PEMIKIRAN MENTERI PERTANIAN MASIH PADA TAHAP TAHUN 1950AN

Oleh Abu Hassan Adam
Tentu ramai rakyat Malaysia yang masih ingat dan masih segar dalam ingatan mereka apabila Menteri Pertanian Malaysia, YB Ismail Sabri Yaakub telah menimbulkan kontroversi berkaitan dengan kenyataannya yang mencadangkan rakyat Malaysia memulaukan peniaga Cina. Pernah beliau menyatakakan, "Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang…… Saya tujukan kepada peniaga-peniaga Cina yang liat untuk turunkan harga barang walaupun minyak turun harga”( Malaysian Insider 2 Februari 2015)

Semalam beliau telah mengeluarkan satu lagi kenyataan yang bagi aku tidak berapa cerdik dan memperkecilkan pemikiran orang Melayu, khususnya kaum petani yang berada di luar bandar, di Permatang Pauh khususnya. Katanya,’ "Soal pertanian, calon kita akan boleh bangkitkan di Parlimen.  Tambahan pula ini adalah kawasan pertanian….Saya pasti akan luluskan semua yang diminta Suhaimi, jika beliau minta…..Kalau Dr Wan Azizah, tak ada sebab pun untuk saya jumpa dia……Sampai lobi pun kita tak bagi dia masuk, sebab dia parti lain…..Dalam pilihan raya ini, jangan fikirkan sangat siapa calonnya….Sebaliknya, fikirkan apa yang kita boleh dapat jika calon tertentu menang," Malaysian Insider 1 Mei 2015.
Kenyataan Menteri Pertanian ini jelas mencabar minda orang Melayu khususnya masyarakat di Permatang Pauh yang dianggapnya begitu kolot dan terkebelakang sehinggakan tidak boleh berfikir untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Pengundi Permatang Pauh tentunya faham bahawa wang kerajaan adalah wang rakyat dan bukannya wang milik peribadi menteri berkenaan.
Walaupun sebagai pihak yang berkuasa (kini selagi BN memerintah) beliau boleh melakukan apa yang diperkatakannya, namun dari segi hakikatnya beliau hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat. Dan jikalau begitu sikapnya maka jelas menunjukkan bahawa beliau bukan seorang menteri yang amanah memikul tugas memajukan rakyat.
Kenyataannya yang menampakkan bahawa beliau kurang berbudi bahasa dalam tindak tanduknya ialah ketika mengeluarkan kenyataan yang agak tidak sopan terhadap Dr. Wan Azizah. Katanya,’ …..Kalau Dr Wan Azizah, tak ada sebab pun untuk saya jumpa dia……Sampai lobi pun kita tak bagi dia masuk, sebab dia parti lain…..” Agak memeranjatkan kenyataan seorang menteri yang bersifat demikian. Dapat dibayangkan sifat dan sikapnya terhadap rakyat marhaen yang mengharapkan pertolongan. Sedangkan dengan seorang pemimpin ( seperti Dr Wan Azizah) pun beliau tidak mempedulikannya inikan pula dengan rakyat miskin lain yang memerlukan pertolongan dan bantuan.
Berdasarkan keseluruhan episod ini memberikan gambaran bahawa yang bergelar ‘pemimpin’ negara kini masih mengamalkan tektik kempen secara mengugut, menggertak disamping menganggap bahawa masyarakat luar bandar masih bodoh, tongong, bangang seperti masyarakat Melayu pada tahun-tahun 1950an dan 1960an dulu. Dengan sebab itulah agaknya pihak kerajaan BN kini masih merasakan bahawa orang kampung tidak perlu ‘dicerdikkan’ agar senang dan mudah untuk dieksploitasi. Lagi ramai ‘manusia’ yang masih bodoh dan tolol, maka mudahlah pihak kerajaan melaksanakan tugas untuk mengeksploitasi mereka. Mngkin begitu anggapan setengah pemimpin negara.

Fitnah diberi tanah Kelantan, pemimpin DAP menang saman ke atas NST, Berita Harian


nga-kor-ming_Ngeh-Koo-Ham_nstp_600


KUALA LUMPUR, 2 MEI: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan News Straits Times Press (M) Berhad, Berita Harian dan wartawannya Ramli Ibrahim membayar saman RM150,000 kerana memfitnah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.
Mahkamah dalam penghakiman 30 April lalu mendapati laporan bertajuk ‘Hutan Sungai Relai gondol, penduduk kesal tanah Kelantan diberi kepada pemimpin DAP’ yang disiarkan Berita Harian pada Disember 2012 ternyata tidak benar.
Laporan tersebut menuduh Ngeh dan Nga diberikan tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi memujuk mereka bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008..
Laporan tersebut turut mendakwa bahawa mereka terlibat dalam pembalakan di Hutan Simpan Sungai Relai yang mengakibatkan pencemaran Sungai Relai selain mengangganu kehidupan penduduk setempat.
Penghakiman turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri Kelentan tidak pernah memberikan tanah kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak tersebut.
“Pengambilalihan Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang memiliki tanah usahasama seluar 10,526 ekar dilakukan bersama 100 pemegang saham, dan merupakan transaksi komersial dalam pasaran terbuka,” jelas Ngeh dalam satu kenyataan mengulas penghakiman terbabit.

Harga kad prabayar ‘tetap naik’, menteri memihak kartel telco

PETALING JAYA, 2 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyelar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek yang mempertahankan langkah syarikat telekomunikasi menaikkan harga kad prabayar pasca Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata, ini kerana Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan sebelum ini mengumumkan harga kad prabayar tidak naik dan akan dikuatkuasa pada 1 Mei.
Namun kata Tony, kenyataan kedua Menteri itu bercanggah antara satu sama lain.
“Syarikat-syarikat telekomunikasi tidak menurunkan semula harga pra GST kad prabayar semalam. Shabery Cheek juga mempertahankan mereka dan mendakwa penurunan harga itu agak mustahil dilaksanakan kerana kerumitan mengubah sistem perisian.
“Shabery Cheek ‘menang’ dalam mempertahankan syarikat telco. Ini benar-benar tamparan hebat kepada rakyat Malaysia ekoran pelaksanaan GST. Alasan menteri itu semuanya adalah omong kosong saja,” jelas Tony.
Menurutnya syarikat telekomunikasi bersikap seperti sebuah kartel dalam menggunakan cukai sebagai cara mencatut dengan alasan pelaksanaan GST.
Ujarnya, di bawah pentadbiran sebelum Perdana Menteri Najib Tun Razak, pengguna hanya membayar RM 9.43 untuk mendapat nilai perkhidmatan sebanyak RM 10 ringgit bagi satu kad prabayar.
Namun sekarang tanpa mengambil kira cukai, pengguna terpaksa membayar enam peratus lebih dari RM10 yang dibayar bagi perkhidmatan tambah nilai bernilai RM 10.

Perhimpunan Batal GST, suatu catatan

oleh EDRY FAIZAL
batal-gst-2015
Ramai tidak teragak-agak meluahkan rasa kecewa mereka terhadap GST atau sebarang kesan yang dibawa GST, baik melalui media sosial ataupun aplikasi pesanan ringkas. Sejak perlaksanaannya bermula April lalu, rata-rata rakyat Malaysia sudah mendengar luahan demi luahan kekecewaan.
Lebih ironi, membaca rungutan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional terhadap beban yang terpaksa ditanggungnya dek kerana GST. Walhal beliau sendiri merupakan salah seorang yang mengundi untuk menyokong Rang Undan-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
Ini diikuti dengan satu demi satu kenyataan-kenyataan lucu keluar dari mulut Menteri yang bertanggungjawab. Perlaksanaan GST baru-baru ini memperlihatkan beberapa kes perlaksanaan kelam-kabut seperti isu harga tambah nilai pra-bayar telefon bimbit dan isu janji harga barang akan turun tetapi sebaliknya berlaku.
Seperti biasa semua itu dijawab kembali Pak Menteri dengan menuding kepada semua pihak baik rakyat, peniaga, malahan Pembangkang tetapi tidak sesekali diri mereka. Sehingga menjadi jenaka popular di kalangan orang ramai untuk menggantikan kata adjektif yang menggambarkan kedunguan dengan nama Menteri berkenaan.
Sungguhpun boleh dibaca luahan-luahan negatif terhadap GST di media sosial, tentu sekali tidak memadai tanpa cubaan membawa luahan itu ke tempat-tempat awam.
Sekurang-kurang bagi menghantar pesanan bahawa terdapat kegelisahan, rasa tidak puas hati, dan protes. Paling penting mengingatkan massa bahawa keadaan negara ini tidaklah ‘baik-baik saja’, dengan nama kestabilan seperti mana seringkali pemerintah cuba buat rakyat percaya.
Untuk itu, pujian harus diberikan kepada mereka yang berani menganjurkan perhimpunan membantah GST yang diadakan pada 1 Mei 2015.

Jangan terpedaya dengan janji ahli politik dalam kempen mereka

oleh Lokman Mustafa

Sering diperkatakan bahawa ahli politik begitu mahir membuat janji, terutamanya ketika kempen pilihan raya. Malang sekali, apabila pilihan raya tamat, kebanyakan janji-janji yang dibuat sama sekali tidak ditepati, dilupakan atau ditangguh sementara.

Berkempen di pilihan raya kecil Permatang Pauh, Muhyiddin Yassin baru-baru ini berjanji bahawa RM400 juta akan diperuntukkan kepada sebuah hospital dalam kawasan Permatang Pauh. “Projek untuk menaiktaraf blok bertingkat di Hospital Seberang Jaya dianggarkan menelan kos sebanyak RM400 juta, dengan kerja-kerja penaiktarafan ini dijangka bermula tahun ini,” timbalan perdana menteri itu dipetik sebagai berkata oleh Malay Mail Online ketika melancarkan penaiktarafan hospital itu pada 28 April.

Ketika majlis itu, Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam berkata pengumuman oleh TPM adalah bukti bahawa kerajaan persekutuan berterusan menawarkan bantuan kepada rakyat Permatang Pauh walaupun parlimen itu adalah kubu kuat pembangkang. “Walaupun Pulau Pinang kini di bawah pemerintahan pembangkang, hospital ini adalah bukti dakwaan pembangkang tidak benar. BN tidak mengabaikan keperluan rakyat di kawasan ini,” kata beliau.

Sebelum pengumuman itu, pengerusi jawatankuasa kesihatan negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin menggesa kerajaan persekutuan untuk menaiktaraf Hospital Seberang Jaya, yang didakwa beliau sebagai salah satu hospital tersibuk di Semenanjung Malaysia. Maka, adakah penduduk Permatang Pauh percaya bahawa kerja-kerja penaiktarafan akan dimulakan dalam masa terdekat?

Dan lebih penting lagi, adakah ianya akan siap seperti yang dijanji? Jika Hospital Shah Alam dan Hospital Padang Besar di Perlis tidak siap mengikut jadual asal, pengundi perlu melihat pengumuman Muhyiddin dengan penuh sangsi.

Di Selangor, penduduk Shah Alam telah muak kerana sudah banyak kali pembukaan Hospital Shah Alam telah ditunda. Pembinaan hospital kerajaan di Shah Alam, yang bermula pada 2007, disebut-sebut akan selesai empat tahun lalu.

Top Up: Serap GST mungkin menyalahi undang-undang, kata Shabery

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan sebelum mengarahkan syarikat telekomunikasi (telco) menyerap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sama seperti dilakukan ketika pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini, kata menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, hari ini.

Ini kerana langkah menyerap cukai kepenggunaan yang diperkenalkan bulan lalu boleh dianggap menyalahi undang-undang, berikutan undang-undang mengenai GST menetapkan perniagaan yang mempunyai perolehan bercukai RM500,000 berdaftar sebagai pemungut cukai kerajaan.

 “Semakan secara terperinci terhadap peruntukan undang-undang adalah salah satu pilihan sebelum membuat perjanjian dengan syarikat telekomunikasi dan pengumuman bagi menyelesaikan isu ini,” kata Shabery kepada pemberita di Kolej Komuniti Seberang Jaya Permatang Pauh, hari ini.

Shabery berkata, keputusan yang dibuat rangkaian pasar raya besar, Mydin untuk menyerap GST bagi tempoh tiga bulan pertama kepada pengguna boleh dianggap melanggar undang-undang.

 "Mydin dianggap menyalahi undang-undang kerana jika mereka boleh menyerap GST dalam beberapa bulan pertama, mengapa mereka tidak teruskan. "Sebab itu adalah lebih baik untuk berunding dan merayu dengan mereka untuk mempertimbangkan beberapa pilihan yang mungkin menguntungkan kedua-dua pihak," katanya.

Mohon 1MDB Belajar Dari Isu Kos Kahwin Anak PM - Berterus teranglah !

Demi keadilan, saya terpanggil untuk nukilkan kenyataan pegawai Rosmah, Rizal Mansur mengenai isu kos perkahwinan Nooryana Najwa - Daniyar Kessibayev yang banyak menjadi bahan gossip rakyat sejak akhir2 ini. Semoga kita semua tidak lagi mengutuk atau memerli Najib Rosmah dengan tuduhan tidak berwassitiyah dalam mengurus perkahwinan anak mereka.

Majlis Perkahwinan di KLCC -

“KLCC itu adalah majlis yang diminta oleh pihak lelaki, untuk tetamu meraikan sahabat-sahabat dia (keluarga Daniyar Kessibayev dari Kazakhstan)

“Walaupun dihos oleh keluarga perdana menteri tetapi diminta oleh keluarga lelaki. Tidak hanya minta tetapi ditanggung oleh keluarga pihak keluarga lelaki,”

Kalau (hendak) bermegah-megah, kita buat live (langsung) di TV, kita panggil media untuk buat liputan. Kerana kita tak mahu tunjuk dekat oranglah kita buat tertutup,” - Mkini.


Majlis Perkahwinan di Kazakhstan -

Orang tanya siapa yang bawa, kami pergi atas jemputan keluarga lelaki. Saya pun rapat dengan keluarga lelaki sebab itu dijemput. Sebahagian tetamu diterbangkan ke Kazakhstan oleh keluarga lelaki (Daniyar Kessibayev).

“Untuk level macam saya yang bukan korporat ni tentu disediakan dari keluarga sana yang jemput, sebahagian lagi yang atas kos mereka sendiri, tidak timbul satu sen pun duit kerajaan di sini,” - Mkini.

Nah... terjawab sudah teka teki mengenai siapa yang menanggung kos majlis dan kos penerbangan ke Kazakhstan seramai 250 orang itu ( bukan 300 tau )

Kan senang begitu ........ Apa yang susah sangat nak berterus terang ? Kenapa nak tunggu rakyat dah bergossip baru nak cerita ? 

Kalau dibaca kenyataan mamat tu, takde apa2 yang sensitifnya kalau disiarkan lebih awal, contohnya sebelum majlis berlangsung sekalipun. Dan tidak perlu nak halang media dari merakamkan detik bersejarah pasangan bahagia itu sebab semua orang tahu perbelanjaan bukan dari poket Rosmah.

Tangguh harga topup bukti kecelaruan kerajaan

Nik Nazmi Nik Ahmad 
SHAH ALAM – Tindakan kerajaan yang menangguhkan penjualan harga asal kad tambah nilai prabayar membuktikan kecelaruan kerajaan dalam menangani sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengurusan kerajaan yang tidak mengecualikan cukai tersebut ke atas syarikat telco menyebabkan berlakunya kecelaruan tersebut.

“Kita dapat lihat dengan jelas percanggahan yang berlaku. Tempoh hari kata (kad tambah nilai prabayar) dikenakan GST, lepas itu mereka kata tidak kena GST pula.

“Tindakan kerajaan yang mengumumkan kad tambah nilai dijual dengan tambahan GST, kemudian mengumumkan harga kad tersebut dijual dengan harga asal dan kini menangguhkan pula langkah tersebut memperlihatkan kecelaruan dasar kerajaan dalam melaksanakan GST,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Mei.

P.44: Calon Bebas ‘ghaib’ di Permatang Pauh

salleh isahak
Ceramah atau 'walkabout' dari Salleh atau wakilnya juga sukar untuk dikesan sama ada oleh pihak media mahu pun penduduk tempatan.

PERMATANG PAUH, 2 Mei :

Selepas lapan hari tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh berlangsung, hampir semua parti-parti yang bertanding semakin serius dalam gerak kerja kempen mereka.
Namun begitu, senario yang berbeza berlaku bagi calon bebas tunggal dalam PRK tersebut iaitu Salleh Isahak.
Salleh dilihat tidak begitu menonjol dalam berkempen atau mengadakan ceramah serta begitu juga dengan poster dan kain rentang kempennya yang sukar untuk dilihat.
Berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post, poster dan kain rentang kempen Salleh hanya tertumpu di beberapa lokasi di sini.
Antara lokasi yang dikenal pasti ialah seperti di Permatang Ara, Permatang Rambai dan Permatang Tok Kandu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir serta di Kubang Semang di DUN Penanti dan beberapa tempat di DUN Seberang Jaya.
Di samping itu, ceramah atau ‘walkabout‘ dari Salleh atau wakilnya juga sukar untuk dikesan sama ada oleh pihak media mahu pun penduduk tempatan.
Kali terakhir Salleh berjumpa dengan pihak media adalah pada 27 April lalu bagi memperjelaskan mengenai dirinya yang didakwa disabotaj oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beliau percaya telah memalsukan maklumat peribadinya.
Selepas daripada itu, tidak ada sebarang pertemuan yang dilakukan bersama pihak media atau bersama-sama pengundi di ketiga-tiga DUN dalam parlimen berkenaan.

P.44: Protes PAS Bagan tidak selari dengan arahan Pusat - Suhaizan

Post Pic

PULAU PINANG: PAS tidak akan membuat semakan status ahli akar umbi PAS Bagan yang sudah beberapa kali mengikari arahan PAS Pusat bagi menyatakan sokongan mereka kepada calon PKR di Permatang Pauh.
 
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, penyemakan itu tidak perlu dibuat ekoran tiada sebarang laporan rasmi dilaporkan kepada PAS Pusat buat masa ini.
 
"Bergantung kepada laporan demo itu, kalau ada laporan, semua laporan daripada ahli PAS itu akan dikenali," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar program Walkabout di Paklong Corner di sini hari ini.
 
Beliau mengulas mengenai penganjur dan peserta demo PAS Bagan yang dikatakan sudah beberapa kali membuat bantahan dan menyatakan protes mereka.
 
Semalam PAS Bagan mengancam PKR dan DAP bahawa kira-kira 10,000 ahlinya tidak akan memberi undi kepada calon PKR Permatang Pauh ekoran tindakan kedua-dua parti itu yang sering memperlekehkan presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Sebelum ini, penganjur yang sama turut mengadakan demo pada 4 April lalu bagi menyatakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang diingatkan agar tidak bersikap kurang ajar dengan berterusan menyerang presiden mereka.

P.44: Calon BN kena jujur perjelas projek kontraktor Bumiputera

BUKIT MERTAJAM 2 MEI: Calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Suhaimi Shabudin patut memberi penjelasan kesukaran Bumiputera di Pulau Pinang mendapatkan projek seperti didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Exco Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, jawapan Suhaimi itu dinantikan pengundi Permatang Pauh yang mahu kebenarannya.
“Dalam kempen PRK Permatang Pauh, Timbalan Perdana Menteri berkali-kali cakap kontraktor Bumiputera sukar dapat kontrak.
“Suhaimi sendiri sebagai kontraktor jangan menipu, kena berkata benar sama ada dia sendiri pernah dapat kontrak Kerajaan Negeri atau tidak.
“Saya tak mahu menjawab tetapi mahu dia sendiri jawab dengan jujur,” kata Boon Poh ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas ucapan beliau di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.
Bercakap lanjut, Boon Poh berkata, amalam tender terbuka yang dijalankan Kerajaan Negeri membolehkan ramai kontraktor Bumiputera memperolehi kontrak Kerajaan Negeri.
“Sesiapa boleh dapat kontrak dari Kerajaan Negeri dan kami tak melihat latar belakang politik.
“Hingga sekarang kontraktor Umno sendiri pernah berjaya mendapat kontrak melalui tender terbuka ini,” kata Boon Poh lagi.

P.44: Jumlah nak boikot sedikit sangat - Suhaizan

Walaupun terdapat ahli parti itu memberi amaran untuk memboikot pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei depan, namun jumlah tersebut terlalu kecil, kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Katanya, jika dibandingkan dengan jumlah ahli PAS di Permatang Pauh, tindakan pihak berkenaan itu tidak akan menjejaskan kemenangan calon Pakatan Rakyat di situ.

"Apabila pimpinan PAS nasihatkan agar kita bersama Pakatan dalam pilihan raya kali ini, maknanya kita sokong calon PKR di sini. Jadi ahli PAS akan ikut (patuh).

"Kalau ada pun (yang tak keluar mengundi), minimum sangat yang bertindak. Kerana majoriti akan ikut keputusan dari PAS (Pusat)," katanya.dalam satu sidang media di Kampung Pelet, Permatang Pauh hari ini.

Selain itu, Suhaizan berkata, sebarang tindakan yang bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAS pusat, tidak akan diambil kira.

Ia berikutan PAS pusat pada 13 April lalu membuat keputusan untuk membantu PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, katanya.

"Saya tak pasti demo itu atas keputusan yang rasmi di negeri terbabit.

P.44: 'PAS tak layan ahli, penyokong protes Azizah'

Salahuddin Ayub 
JOHOR BAHRU - Pas Pusat tidak akan melayan tindakan ahli dan penyokong parti itu yang mahu memprotes secara senyap terhadap calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, kepimpinan tertinggi menganggap kes berkenaan sebagai terpencil dan sudah membuat keputusan untuk terus membantu memastikan kemenangan Wan Azizah.

"Itu komitmen yang kita berikan setakat ini. Negeri-negeri yang membantu seperti Perlis, Kedah malah sebahagian daripada Kelantan dan Perak telah melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Semua gerak kerja Pas telah kita berjaya laksanakan untuk membantu beberapa siri kempen bagi memastikan kemenangan di Permatang Pauh," katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan ke-43 Pemuda Pas Johor, di sini, hari ini.

Ketua Penerangan Pas kawasan Bagan, Azmi Jaafar dan Timbalan Yang Dipertua Pas Bagan Mohd Yusuf Khazali semalam dilaporkan mengesahkan ada di kalangan ahli dan penyokong tidak akan keluar mengundi dan akan merosakkan undi sekiranya ke pusat pengundian.

Azmi dilaporkan berkata maklumat tersebut diperoleh berdasarkan maklum balas dan pertemuan pihaknya dengan ahli dan penyokong Pas di kawasan Permatang Pauh selepas penamaan calon, 25 April lepas.

Ditanya mengenai ketidakhadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun padang berkempen di Permatang Pauh, Salahuddin menegaskan ahli Parlimen Marang itu sedang sibuk dengan beberapa persiapan menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

P.44: Pas tetap sokong PKR, kata Nurul Izzah

BUKIT MERTAJAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata pucuk pimpinan Pas tetap menyokong PKR walaupun berlaku protes dari segelintir ahli Pas terhadap PKR.

"Kami mendapat arahan sangat jelas daripada hierarki Pas yang kesemua pucuk pimpinan Pas menyokong penuh kami dan kami tidak mahu membangkitkan lagi perkara ini," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau diminta mengulas protes senyap ahli Pas terhadap PKR pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Permatang Pauh.

Semalam kira-kira 10,000 anggota yang didakwa mewakili Pemuda Pas mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh bagi mendesak Angkatan Muda Keadilan dan DAP menarik balik dakwaan menghina terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Terdapat Pemuda Pas kawasan yang mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan menyokong calon PKR di Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Nurul Izzah berkata, PKR akan merujuk kepada kenyataan rasmi Pas yang telah dikeluarkan bagi menyokong calon PKR dalam PRK itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin menafikan kumpulan yang berdemonstrasi itu sebagai ahli Pas.

Beliau berkata, bahagian Pas telah menghantar mesej kepada pihaknya bagi  memberitahu perkara itu.

"Kami akan minta mereka tentukan perkara itu dan menyelesaikannya," katanya. - Bernama

P.44: 'Biar kami derita asalkan rakyat dapat manfaat'



PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau dan keluarga sanggup menangis kerana rakyat asalkan mereka menikmati hasil pengorbanan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Permatang Pauh itu reda dengan apa yang ditentukan Ilahi walaupun perjuangan belum selesai sepenuhnya.

"Saya dan keluarga sanggup menangis semata-mata kerana rakyat. Biar kami menderita asalkan rakyat mendapat manfaatnya," ujarnya ketika berucap di hadapan seribu orang sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya semalam.

Katanya, walaupun Anwar dipenjara tetapi auranya tetap ada di hati rakyat yang cintakan keamanan.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang memperjuangkan kebajikan sewajarnya menjadi pilihan rakyat berbanding Umno BN yang hanya retorik.

Tambahnya, Pilihan Raya Umum ke-14 nanti merupakan medan terbaik untuk rakyat menjatuhkan pemerintah yang tidak tahu berterima kasih kepada rakyat yang mengangkat ke tampuk kuasa.

"PRU14 medan terbaik jatuhkan penguasa yang zalim. Manakala PRK Permatang Pauh dan Rompin pula adalah isyarat terbaik rakyat untuk mereka," katanya.

Aishah: “GST, bukan beli kereta hari-hari, boleh ke masak ‘sambal Honda’?”

AishahBUKIT MERTAJAM, 2 MEI: Masyarakat pengguna menyambut dingin terhadap kenyataan kononnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menurunkan harga kereta.
Ini kerana, pengguna negara ini lebih memikirkan kenaikan barangan keperluan harian seperti makanan, barangan dapur, penjagaan diri dan lain-lain.
Bekas calon Pilihan Raya Umum ke-13 bagi Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, lazimnya kereta hanya dibeli beberapa tahun sekali.
“Kita bukan nak beli kereta hari-hari. Boleh ke kita masak ‘sambal Honda’ dan sebagainya,” kata Aishah dalam program Program Cakna Rakyat ‘Hatiku Hatimu Jua’ di sini, hari ini.
Aishah yang juga merupakan penyanyi terkenal dengan lagu ‘janji manis mu’ itu turut membandingkan GST di Malaysia dengan Australia.
“Semasa GST mula-mula di Australia, gaji minimanya jauh lebih tinggi berbanding Malaysia,” kata Aishah lagi.

Polis tahan pemimpin anti-GST antaranya berkaitan 'perkahwinan anak PM'

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mendakwa bahawa antara alasan yang diberikan oleh polis untuk mereman beberapa pemimpin berkaitan protes anti-GST semalam ialah kerana soal majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ditimbulkan di perhimpunan tersebut.

N Surendran merupakan sebahagian daripada pasukan peguam yang mewakili empat orang pemimpin semasa pendengaran permohonan reman mereka pagi ini.

"Sesetengah isu yang dibangkitkan oleh pihak polis sebagai alasan permohonan reman... adalah bahawa terdapat tuntutan di perhimpunan tersebut untuk membatalkan GST.

"Satu lagi sebab ialah tentang rasuah dibangkitkan, dan satu lagi ialah penganjur perhimpunan itu membangkitkan tentang perbelanjaan mewah di negara ini.

"Satu lagi sebab ialah semasa perhimpunan itu, penceramah membangkitkan tentang perkahwinan anak perempuan Najib (Nooryana Najwa).

"Ini adalah antara sebab-sebab individu terbabit disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata Surendran kepada pemberita di luar pusat pusat tahanan polis Jinjang petang ini.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan menjadikan suatu kesalahan untuk terlibat dalam perhimpunan haram.

Keempat-empata mereka ialah bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hatta Ramli, dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan.

Dakwaan Kekayaan Najib Dan Rosmah Ternyata Fitnah Belaka...Menantu tanggung segala-galanya...!!!

Menantu Bangsawan
Mulai hari ini sebahagian besar rakyat Malaysia harus memohon maaf dan bersimpati dengan Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kekayaan yang selama ini digembar-gemburkan kononnya dimiliki oleh mereka ternyata tidak benar, palsu dan fitnah belaka.

Ringkasnya, Najib dan Rosmah bukan sekadar hidup biasa-biasa, malah mungkin lebih susah daripada kebanyakan penerima BR1M sekali pun. Ini kerana Najib dan Rosmah sebenarnya bukan setakat tidak mampu berbelanja mewah, malah mengadakan kenduri menerima menantu pun tidak berkeupayaan.

Melalui penjelasan Pegawai Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor bahawa kenduri kahwin anak perempuan Najib dan Rosmah iaitu Nooryana Najwa dengan Daniyar Bessikbayev yang diadakan penuh gemerlapan di KLCC dan rombongan bertandang ke Kazakhstan seramai 250 orang sebenarnya ditanggung oleh pihak lelaki, tidak lain memberi gambaran bahawa Perdana Menteri tidak berkemampuan sama sekali.

Mana-mana ibu bapa yang menerima menantu, ia adalah antara momen paling gembira dalam kehidupan mereka. Ramai yang sanggup berhutang dan meminjam di sana sini untuk mengadakan hari meriah itu. 

Tetapi semua orang melakukannya berdasarkan kemampuan. Bagi golongan susah, mengadakan majlis secara ala kadar sudah memadai sebagai tanda gembira dan syukur.

Ada juga yang sekadar mengadakan doa selamat ringkas di surau atau masjid saat menerima menantu. Tetapi ia tetap menjadi kebanggaan kerana ibu bapa atau keluarga pengantin dapat menunaikan tanggungjawab berdasarkan kemampuan mereka.

Tetapi agak berbeza dengan Najib dan Rosmah. Sudahlah kenduri di sebelah pihak perempuan ditanggung oleh keluarga pengantin lelaki, rombongan bertandang ke Kazakhstan juga dibiayai oleh menantu budiman itu.

Anti GST :Ketua Menteri PP Kecam Tindakan Polis terhadap Dato' Ambiga dan Individu Lain

Bantah GST: Peserta Desak Batal GST

Ambiga, three others released as cops fail to get remand order

Rakyat tak puas hati GST membebankan, gaji tak naik

P.44: Ismail Sabri accused of threats and bribes

DAP nafi jentera p'raya PKR di Permatang Pauh Pakatan bermasalah

DAP beri MCA 24 jam sahut cabaran debat terbuka GST

P.44: UMNO@BN didesak hentikan politik ugut rakyat biasa

P.44: Habuan RM300,000 Untuk Rela Jika BN Menang

Zahid: Peserta #BatalGST Anarkis

GST Akan Makan Diri BN

Supporters gather at Jinjang lockup ahead of anti-GST rally remand hearing

Bantah GST: Ambiga dan 4 pimpinan dibebaskan, 29 lagi direman


Polis gagal untuk mendapatkan perintah reman terhadap bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang ekoran protes anti-GST semalam, tetapi 29 orang lagi yang ditahan, tidak bernasib baik.

Menurut peguam Michelle Yesudas, 23 orang direman selama tiga hari manakala enam lagi yang di bawah umur, direman selama sehari.

Selain Ambiga, yang lain dibebaskan ialah setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Hatta Ramli, setiausha agung serta naib presiden PKR Rafizi Ramli dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan.

Bantah GST: Polis biarkan kekacauan untuk tahan pimpinan, aktivis, kata Rafizi

Pihak polis bertindak membiarkan kekacauan dalam perhimpunan #BatalGST semalam supaya dapat dijadikan alasan menahan pimpinan dan aktivis yang berhimpun secara aman, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, mereka yang hadir semalam berhak berhimpun secara aman sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. "Itu tugas polis mengawal trafik, mengelakkan daripada berlaku huru hara, kekacauan seperti itu.

"Dia (polis) tidak bertindak semalam dan mungkin mahu menggunakan alasan itu untuk menahan pimpinan atau pun aktivis yang menyertai perhimpunan mengikut hak kami dalam Perlembagaan," katanya.

Rafizi ditemui media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pagi ini, di mana beliau ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan di bawah Seksyen 141, 143 dan Akta Hasutan.

Beliau ditemani peguamnya, G. Sivamalar dan akan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Jenayah, berhubung pembabitannya dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja itu.

Rafizi berkata polis seharusnya mengambil langkah pencegahan semalam bagi memastikan perhimpunan itu dapat berjalan dengan aman. "Kalau contohnya ada kumpulan yang mengganggu, polis ramai SB pun.

"Sepatutnya polis bertindak masa itu kalau ada yang berlaku mengganggu perjalanan aman perhimpunan," katanya.

Hishamuddin Rais ditahan polis berhubung perhimpunan Hari Pekerja

Aktivis Hishamuddin Rais yang terbaru ditahan polis berhubung perhimpunan Hari Pekerja yang dihadiri puluhan ribu orang di Kuala Lumpur semalam.
Menurut Hishamuddin, 3 orang pegawai polis datang ke rumahnya untuk membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Tiga orang polis berpangkat ASP di rumah saya sekarang untuk bawa ke IPD Dang Wangi," kata Hishamuddin kepada The Malaysian Insider dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS). "Sekarang dalam van bersama enam orang anggota polis dibawa ke Dang Wangi."

Bantah GST: 23 direman tiga hari, 7 remaja direman sehari

Seramai 23 pemuda yang ditahan berikutan himpunan Hari Pekerja semalam akan direman tiga hari sementara tujuh tahanan  di bawah umur akan direman sehari lagi, kata peguam Michelle Yesudas.
Polis mendapat arahan itu daripada majistret Mohd Rehan Mohd Aris hari ini.
Polis pada mulanya meminta reman empat hari, kata Yesudas di Twitter.

Pemuda berkenaan ditahan semalam selepas satu himpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan. Kira-kira 10,000 peserta menyertai himpunan semalam dengan dibantu pihak polis. Sebanyak 29 yang ditahan itu diwakili sepasukan tujuh peguam termasuk Eric Paulsen, Lim Chee Wee, Maha Ramakrishnan dan Chan Yen Hui.
Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur semalam selepas ditahan.
Tahanan berusia antara 16 dan 17 tahun pada mulanya digari, tetapi kemudiannya dibuka gari mereka selepas diberitahu peguam mereka pada 1 pagi tadi, kata Michelle.
Bagaimanapun, permintaan agar pegawai kebajikan dipanggil tidak ditunaikan, dan juga tidak kelihatan ketika permohonan reman membabitkan tahanan remaja itu.
Michelle berkata ibu bapa remaja terbabit dimaklumkan hanya selepas peguam mengingatkan pihak polis pada 1 pagi.
Michelle berkata 23 yang lain terdiri daripada ahli Pemuda PKR serta orang awam lain.

Lebih 20,000 suara bantah GST dalam Himpunan #KitaLawan

A.Samad Said : Kita bantah GST demi anak cucu

KERABAT: Aset hartanah strategik ATM jadi mangsa kerakusan UMNO@BN

1MDBRMAFSungaiBesiairportb2PERMATANG PAUH, 2 MEI: Kerajaan Umno BN semakin rakus apabila aset hartanah strategik milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menjadi mangsa.
Pengerusi Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT), Azizan Salleh, berkata banyak kawasan milik ATM telah dan bakal dijual bagi menampung ketirisan dilakukan kerajaan pimpinan BN.
“Antara kawasannya adalah Lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi dengan nilai dikatakan RM70 sekali persegi.
“Sekarang kedengaran tanah kawasan TUDM Kepala Batas juga akan dijual. Tanah strategik milik ATM hampir habis dijual angkara ketiadaan wang,” katanya yang juga dikenali ‘Azizan Memali’.
Azizan berkata dalam majlis Pesta Pasca Himpunan 1 di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.
Beliau berkata, rakyat tiada pilihan lain selain menolak BN dan menjadi kewajiban pengundi di Permatang Pauh memilih calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya Kecil, 7 Mei ini.

GST: Tiada menteri, MP wanita BN segigih Wan Azizah



PERMATANG PAUH: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan salah seorang perintis dalam perjuagan untuk membawa agenda Reformasi di Malaysia.

"Beliau berjuang dan menuntut keadilan bukan sahaja demi keluarga beliau, tetapi demi seluruh masyarakat Malaysia," ujar Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail.

Katanya, Wan Azizah berjuang demi membantu mereka yang hidup dalam kemiskinan dan kesusahan.

"Sebagai Adun Kajang, beliau menuntut polisi yang lebih baik apabila bersidang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor," ujarnya yang juga Adun Batu Tiga, Shah Alam.

Beliau berkata, Wan Azizah terus-menerus menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sistem cukai yang dimulakan oleh kerajaan BN yang tidak langsung mengira derita rakyat Malaysia.

"Tiada menteri dari wanita BN, ahli parlimen ataupun Adun yang boleh menandingi jasa dan kegigihan beliau malah seberani beliau lagi-lagi lagi dalam isu GST," tegasnya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya PKR bersama Dr Wan Azizah, akan terus meninggikan martabat wanita di Malaysia dan menggalakkan mereka untuk menjadi pemimpin.

NAJIB'S LEGACY: The most hated PM in Malaysia's history

NAJIB'S LEGACY: The most hated PM in Malaysia's history
Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir and Tun Abdullah Badawi have their plus and negative points. Some of them have made positive and lasting impact on our country. Some are popular, some are less popular and they have been loved and hated.
But Najib is in a class of his own; he is a disaster. He is the least popular and the most disrespected prime minister of all, at least for now. He has not been able to improve things in our country and has led our country to the brink of economic, racial, social and religious disaster.
His mistakes are obvious and numerous. In fact all of them have been recorded, explained and written on the internet. Just google “najib scandal’ and within 0.24 seconds, a very long list of more than 20 pages will definitely be displayed on the computer screen.
Thus Najib has been advised by his highly paid consultant to embark on making himself loved and popular. However his popularity is quite cheap; use paid crowds, ask them to wear the Najib T-shirts and carry the “I Love PM” placards, then display photo-shopped images in the main stream media.

PM Najib
Unfortunately and as expected, the effects have not been lasting, and now it has backfired when the netizens have modified his images with all sorts of funny, degrading and vulgar images and Najib could not do anything about it.
They say ‘respect’ is to be gained and not be bought. Thus when Najib ‘bought ‘the respect by rewarding cronies, sycophants and renting several crowds, it would just be those group of people who would show their respect. Above all it is most insincere and their respect could be turned towards others who could give more.
Genuine respect is very difficult to achieve but it would be priceless and everlasting. When a leader has the respect of the people, he or she would not be scorned at, condemned and belittled.
With the advent of the social media like WhatsApp and Facebook, leaders could judge for themselves how respected they are by noting the number of followers and reading the comments. Najib should take heed of the comments on his Facebook account to realize how unpopular and how much respect he has amongst the people.
Maybe Najib has started to realize it now when his image is not widely used in the Permatang Pauh by-election campaign and when he received a wave of boos at the national-level Labour Day celebration at the Borneo Convention Centre in Kuching, Sarawak.

Rakyat Dimangsakan: Putrajaya hilang RM800 juta jika hapus GST prabayar, kata Shabery

Putrajaya bakal kehilangan sejumlah RM800 juta pulangan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya cukai terhadap kad prabayar berkenaan dihapuskan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Shabery berkata, sebahagian besar pengguna kad prabayar telefon di Malaysia hari ini adalah warga asing. “Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

 “Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini. Putrajaya juga, katanya, bercadang mengenakan caj tambahan atau mengurangkan nilai panggilan pada kad prabayar. Ahli Parlimen Kemaman itu bagaimanapun berkata, keputusan akhir hanya dilaksanakan selepas tinjauan dilakukan terhadap pengguna.

 “Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, ia mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.

 “Saya harus akui berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” katanya.

‘Anarkis’ lempar gas berwarna kerana tiada pemedih mata polis, kata Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) semalam kacau bilau kerana terdapat penentang pihak berkuasa yang cuba memprovokasi polis agar bertindak terhadap mereka. Zahid berkata, kumpulan tersebut cuba memprovokasi polis agar polis menggunakan kekerasan.

"Kita melakukan tinjauan dan pengintipan, ada terdapat golongan anarkis yang bukan sahaja sembur cat di premis perniagaan, mereka juga telah membaling bahan gas berwarna sebagai kononnya tindak balas kepada pihak polis.

"Oleh kerana polis tidak terperangkap dengan provokasi mereka, oleh kerana tiada tear gas dan water cannon, mereka baling perkakas berkenaan," kata naib presiden Umno itu pada sidang media di Permatang Pauh. Sebelumnya, Zahid merasmikan Program Bakti RELA bersama calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin di Politeknik Seberang Perai, pagi ini.

Polis mohon reman Ambiga dan lain-lain berhubung demo Hari Pekerja

Pemimpin PAS, Dr Mohd Hatta Ramli melambai dari dalam van polis yang membawa beliau dan Datuk Ambiga Sreenevasan ke pusat tahanan reman Jinjang di Kuala Lumpur, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Mei, 2015.

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang ditahan berhubung demonstrasi Hari Pekerja malam tadi dibawa ke pusat tahanan reman Jinjang pada 11.40 pagi tadi, di mana beliau dan lain-lain ditahan.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan sudah berada di pusat tahanan reman selepas dibawa awal pagi tadi. Peguam Ambiga, N. Surendran dan Latheefa Koya dan peguam Loke, Gobind Singh Deo, tiba di pusat tahanan reman lebih kurang 11.00 pagi tadi.

 Latheefa berkata, polis hanya selesai menyoal Ambiga pada 4.00 pagi hari ini walaupun bekas presiden Majlis Peguam itu sudah menyerah diri sejak 9.30 malam tadi. Pegawai penyiasat hanya menemui tiga tahanan berprofil tinggi itu selepas tengah malam tadi. Ambiga, yang juga penaung pertubuhan Negara-Ku, Loke dan Arutchelvan ketiga-tiganya bermalam di lokap polis.

 Latheefa berkata polis hanya menyoal Ambiga tujuh soalan yang "faktanya salah". "Jelas mereka tidak bersedia untuk bertanya soalan. Semuanya lebih kurang sama," kata Latheefa kepada The Malaysian Insider di pusat tahanan reman Jinjng hari ini.

Ambiga tiba dengan van polis bersama pemimpin PAS, Dr Mohd Hatta Ramli yang turut ditahan. Lebih kurang 30 orang penyokong hadir dan melaungkan "Hidup Rakyat" dan "Bebas Tahanan" di luar pusat tahanan reman itu.

Kumpulan hak asasi kecam polis salah guna kuasa tangkap Ambiga

Datuk Ambigra Sreenevasan dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli dibawa dalam van polis pagi tadi. Mereka antara puluhan aktivis yang ditahan susulan perhimpunan bantah GST di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2015.

Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) mengutuk keras penahanan presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa aktivis lain susulan perhimpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur semalam, menyifatkan tindakan polis itu sebagai salah guna kuasa.

Hakam berkata, Ambiga cuma memenuhi hak kebebasan bersuara mengikut Perlembagaan Persekutuan apabila turut bersama menyertai perhimpunan itu, yang tidak dianggap perhimpunan haram. Setiausaha Agung Hakam Robyn Choi menjangkakan polis akan menahan Ambiga di samping Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

 Choi berkata, tidak ada keperluan dan alasan munasabah menahan mereka selepas kenyataan diambil, sambil menyifatkannya suatu bentuk ugutan terhadap pengkritik pemerintah. "Hakam menganggap penangkapan dan penahanan serta permohonan melanjutkan reman sebagai salah guna kuasa polis secara terang-terangan.

 "Ambiga, Arulchelvam dan Anthony pada sepanjang masa memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan mereka dan memenuhi permintaan hadir di balai polis – ketiga-tiga mereka memberikan kenyataan walaupun terpaksa menunggu lebih tiga jam sebelum polis menyoal mereka," kata Choi.

Turut mengecam tindakan memburu aktivis adalah Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), yang merupakan sebahagian jawatankuasa penganjur perhimpunan semalam, yang berkata ia hanya menunjukkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai niat jahat. "Kami pertikaikan tindakan IGP yang dengan niat jahat membuat tangkapan terhadap penganjur dan peserta himpunan Hari Pekerja," kata jurucakap Jerit, E. Parameswary, dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah sudah berjumpa dengan penganjur dan memberi jaminan akan memberi kerjasama. "Tuan Zainol telah pun memberi jaminan untuk bekerjasama dengan pihak penganjur.

Memilih calon dan parti yang bersih

Parti dan calon boleh dinilai dengan menerima pakai dasar tata kelola atau tadbir urus baik (good governance) yang mendokong prinsip-prinsip kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT – Compentency, Accountability, Transparency).
politik malaysia
Oleh Adeeba Adni
PETALING JAYA: Calon bersih, parti kotor? Parti bersih, calon kotor? Lagi tidak boleh terima jika kedua-duanya kotor.  Tentunya rakyat berhasrat untuk diwakili oleh individu yang bersih yang menganggotai parti juga bersih. Dalam erti kata lain calon bersih, partipun mesti bersih.
Bersih atau kotor dari perspektif politik adalah jelas.   Ia mudah diukur dengan ukuran-ukuran yang sedia diwujudkan di peringkat nasional, negeri dan antarabangsa.
Paling minima ialah menerima pakai dasar tata kelola atau tadbir urus baik (good governance) yang mendokong prinsip-prinsip kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT – Compentency, Accountability, Transparency).
Kejayaan mencapai “kebersihan” itu adalah berlandaskan sejauh mana pengamalan ketiga-tiga prinsip tersebut oleh mereka yang telah diberi kuasa menerajui dan mentadbir parti politik.
Di Malaysia, parti politik yang berkuasa mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas hala tuju agenda nasional yang menghala tujukan agenda negeri dan kesemua agenda-agenda lain yang mengesani rakyat jelata, seperti mengenakan GST, menghapus subsidi, had gaji minima untuk pekerja, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, menyimpan wang KWSP rakyat dengan lebih lama tanpa persetujuan rakyat ramai, hubungan antara kaum dan golongan-golongan berlainan agama, kebebasan akhbar dan perhimpunan rakyat serta segala yang lainnya.
Melalui cara itu, calon-calon dalam pilihan raya adalah tertakluk kepada dasar dan prinsip serta budaya politik yang diikuti oleh parti politik yang diwakilinya.
Persepsi rakyat Malaysia ialah parti-parti politik itu semuanya sama sahaja.
Diperakui bahawa sebahagian rakyat kecewa dengan beberapa insiden politik dan sikap segelintir ahli politik yang bertentangan dengan harapan rakyat.
Ketika ini ada dua golongan parti politik – Pakatan Rakyat(PR) dan Barisan Nasional(BN).   Di antara keduanya, BN telah hampir 60 tahun memerintah Malaysia dan telah membudayakan cara hidup, corak pemikiran, politik, kepolitikan dan hubungan antara kaum yang menganuti berbagai agama di Malaysia.   Keadaan atau status rakyat.
Malaysia kini adalah cerminan kepada dasar dan ideologi politik BN kerana PR belum pernah memerintah negara Malaysia walaupun berpengalaman mentadbir negeri-negeri yang dimenanginya dalam plihanraya umum sebelum dan pada 2008 dan 2013.
Rekod pencapaian negeri-negeri yang ditadbir oleh PR jelas menunjukkan dasar dan ideologi politik yang berbeza, walaupun pengamalannya belum memuaskan hati rakyat yang mempunyai harapan menggunung terhadap PR.
Semakin tahun, bertambah meningkat bilangan rakyat yang menginginkan perubahan dalam corak pemerintahan negara yang mengamalkan CAT.
Mereka telah mengalihkan pandangan kepada selain Umno-BN dan mendapati PR mempunyai potensi itu.
Manifestasi visi dan misi PR dalam konteks CAT diterjemahkan dalam pentadbiran dan dasar-dasar pelaksanaan aktiviti dan program rakyat, khususnya di negeri Selangor dan Pulalu Pinang.
Kesungguhan dan komitmen politik kerajaan negeri Selangor diperkukukuhkan dengan menerbit dan mewujudkan SELCAT dan Penang CAT di Pulau Pinang.   Ia telah meyakinkan masyarakat antarabangsa dengan kedua negeri mencapai pelaburan asing (FDI) paling tinggi di kalangan negeri-negeri di Malaysia.

Bantah GST: SUARAM desak Polis bebas tahanan

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SUARAM mempertikai tindakan menangkap penunjuk perasaan anti GST sedangkan bantahan berkenaan ditamatkan secara aman.
suaram polis
PETALING JAYA: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengutuk tangkapan yang dibuat oleh pihak Polis terhadap perserta perhimpunan aman anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara pada Jumaat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ia mempertikai tindakan menangkap peserta sedangkan bantahan berkenaan ditamatkan secara aman.
Dakwanya, pihak Polis jelas gagal untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Sehingga jam 10.00 malam ini (Jumaat), tidak kurang daripada 53 orang telah ditangkap pihak Polis. Semua mereka ditangkap di sekitar KLCC sewaktu orang ramai dalam proses bersurai untuk pulang”, katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, semua yang ditangkap kini sudah dipindahkan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi).
Ia juga kesal kerana tindakan Polis akan mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak perihatin terhadap suara golongan pekerja memandangkan himpunan 1 Mei ini merupakan acara rutin tahunan yang disambut oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

Dr Wan Azizah: Janganlah Negara Kita Menjadi Negara Polis

P.44: Jawablah Dialam Mahsyar Nanti - Ustaz Subri Arshad


Menantu Bangsawan: 'Kami 'diterbang' ke Kazakhstan oleh keluarga pengantin lelaki'


Rombongan bertandang keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Alamaty, Kazakhstan tidak menggunakan duit rakyat sebaliknya sebahagian daripada mereka ke sana ditanggung oleh pihak pengantin lelaki.

Seorang pegawai yang turut terbang ke Kazakhstan menegaskan bahawa rombongan tersebut hadir ke sana atas jemputan.

“Orang tanya siapa yang bawa, kami pergi atas jemputan keluarga lelaki. Saya pun rapat dengan keluarga lelaki sebab itu dijemput. Sebahagian tetamu diterbangkan ke Kazakhstan oleh keluarga lelaki (Daniyar Kessibayev).

“Untuk level macam saya yang bukan korporat ni tentu disediakan dari keluarga sana yang jemput, sebahagian lagi yang atas kos mereka sendiri, tidak timbul satu sen pun duit kerajaan di sini,” kata Rizal Mansor (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Rizal turut menafikan seramai 300 orang yang terbang ke sana, sebaliknya hanya 250 orang. Mereka berada di sana pada 17 hingga 19 April lalu.

Rizal turut menegaskan perjumpaan tidak rasmi antara Najib dan pemimpin Kazakhstan dibuat bukan atas alasan untuk menanggung kos rombongan itu, sebaliknya dengan berkata:

“Itu (perjumpaan Najib dengan pemimpin Khazakhtan) bukanlah sebab untuk kita kata pergi ramai-ramai.

1515 Bantah GST: 10 Putar Belit GST