Jumaat, 1 Mei 2015

Anti-GST Rally in pictures

Anti-GST Rally: Peaceful rally with bittersweet end

GST: Pihak berkuasa telagah tambah sengsara rakyat

KUALA LUMPUR: Pertelagahan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan pihak Kastam terhadap cukai 6% yang dikenakan ke atas kad tambah nilai prabayar bukti nyata ketidaksediaan dan gopohnya kerajaan dalam melaksanakan GST.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam Khirudin pelaksanaan GST hanya samata-mata untuk menambahkan pendapatan negara yang kian merosot.

"Mengapa rakyat pula yang menjadi mangsa kekeliruan akibat pertelagahan pihak berkuasa?

"Kerajaan usahlah memandang enteng dan remeh sahaja isu ini kerana hal ini telah menyusahkan ramai pengguna dan jurujual kad tambah nilai prabayar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut kesal dengan kegagalan kerajaan dalam menyelesaikan isu kekeliruan GST kad tambah nilai prabayar (topup).

Pada awal April dahulu, kekecohan ini sudah pun berlaku kerana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengatakan tidak akan berlaku perubahan harga kad tambah nilai prabayar tersebut.

Tetapi katanya, yang berlaku adalah sebaliknya apabila pihak kerajaan pula tunduk dengan desakan pihak syarikat telco dalam pertemuan mereka dengan pihak SKMM.

Kelmarin, Kastam mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar kembali kepada harga asal bermula 1 Mei namun, ia disanggah secara terbuka pula oleh SKMM dengan mengatakan harga sedia ada akan terus kekal.

GST: OKU ugut mogok lapar

Isaiah Jacob, Pengerusi Kumpulan KL Tak Nak Insinerator mengancam untuk berbuat demikian ketika berucap menwakili golongan OKU pada perhimpuan membantah GST di ibu negara pada Jumaat.
kuala_lumpur_tak_nak_incine
KUALA LUMPUR: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengugut untuk mogok lapar sekiranya kerajaan tidak membatalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas 8 Mei ini.
Isaiah Jacob, Pengerusi Kumpulan KL Tak Nak Insinerator mengancam untuk berbuat demikian ketika berucap menwakili golongan OKU pada perhimpuan membantah GST di ibu negara pada Jumaat.
Katanya,selepas tarikh berkenaan, dia dan rakannya yang lain akan berpuasa selama sebulan sehingga tuntutan yang dibuat dipenuhi.
” Kami akan mogok lapar selama 30 hari jika Majlis Raja-raja dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak gagal membatalkan GST.
” Sejak kerajaan melaksanakan GST 1 April lalu nasib golongan OKU telah diabaikan. dan Saya telah membayar sebanyak RM127.28 sen sejak ia dikasanakan ini membebankan kami,” katanya sambil diringin sorakkan perserta yang menghadiri perhimpunan di perkarangan bangunan KLCC.
Katanya kerajaan sepatutnya, membantu golongan lemah seperti OKU dan bukannya menyeksa mereka.

Tangkapan selepas himpunan bantah GST, Ambiga akan ditahan, kata peguam

Tangkapan mula dibuat selepas himpunan bantah GST berakhir dan peguam serta aktivis masyarakat sivil, Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan antara individu yang akan ditahan lewat malam ini, kata Pengasas bersama Lawyers for Liberty Eric Paulsen. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 1 Mei, 2015. 
Tangkapan mula dibuat selepas himpunan bantah GST berakhir dan peguam serta aktivis masyarakat sivil, Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan antara individu yang akan ditahan lewat malam ini, kata Pengasas bersama Lawyers for Liberty Eric Paulsen. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 1 Mei, 2015.

Polis lewat petang ini mula menangkap mereka yang terlibat dalam himpunan Hari Pekerja menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diadakan di Kuala Lumpur terdahulu hari ini, menurut peguam.
Pengasas bersama Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, tangkapan mula dibuat selepas himpunan itu berakhir dan peguam serta aktivis masyarakat sivil, Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan antara mereka yang akan ditahan lewat malam ini.
"Tangkapan beramai-ramai sedang dilakukan selepas perhimpunan aman. @Ambiga_S akan ditangkap malam ini selepas dipanggil ke Dang Wangi. Gila," Paulsen memuat naik status di laman Twitter miliknya.

Peguam Latheefa Koya memberitahu The Malaysian Insider beliau akan menemani Ambiga ke ibu pejabat polis Dang Wangi malam ini. "Polis kata mereka akan tahan beliau malam ini mengikut Seksyen 143. Saya pelik kenapa Ambiga akan ditahan kerana dia bukan salah seorang dari yang berucap tadi. Kita tengoklah malam ini," kata Latheefa.
Peguam Michelle Yesudas juga menulis tweet mengatakan beliau kini berada di luar ibu pejabat polis Kuala Lumpur bersama 20 peserta perhimpunan yang ditahan.
"Sekarang di luar IPK KL dengan 2 peguam menunggu untuk berjumpa 20 penunjuk perasaan tetapi tidak diberi akses kepada mereka yang ditahan," katanya.

#BantahGST: Tian Chua, Arul, Ambiga , Fariz Musa, Loke, Mandeep telah dipanggil oleh Polis

Tian Chua, Arul, Ambiga , Fariz Musa, Anthony Loke, Mandeep telah dipanggil oleh Polis IPK KL utk serah diri mlm ini juga. Kalau tidak tangkapan akan dibuat.

15 orang telah ditangkap semasa perhimpunan aman hari ini .  
Senarai nama yg ditangkap setakat ini :
1. amirul syazwan bn sharudin 01115797516 940703105141  
2. muhd suffi b jamaluddin 0122515808
3. muhd faeez b kamaruddin 940514106591 0176868890
4. muhammad azahari bin nordin 0172033298 940828106295
5. mohd fadhli bin abd razab
6. Lukman Hakim bin yaakob
7. Iqbal Husni bin ishak (870316-56-5825)
8. Amir fadli bin zaki
9. Izzat Sahir bin muhammad azwa (920622065063)
10. mohd zafri
11. mohd amin b mohd yaacob
12. mohd rishafizan b mohd ghani
13. zahari bin daud
14. mohammad aizzat b zakaria
15. Firdaus Arshad

Himpunan #BatalGST Matang Tanpa Provokasi...Tapi Polis Tangkap..!!

PRU ke-14, potensi kerajaan berubah di lapan negeri

oleh LIM KIT SIANG
election_
Fokus PRU ke-14 bukan sahaja terhadap Putrajaya, samada kuasa Persekutuan boleh bertukar tangan, tetapi juga lapan buah negeri, diketuai Johor, samada kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri boleh bertukar tangan.
Negeri-negeri ini ialah Johor, Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Perak.
Kerajaan Persekutuan Umno/Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan minoriti yang hanya mempunyai sejumlah 47% daripada jumlah undi seluruh negara.
Berasaskan keputusan PRU ke-13, terdapat lapan negeri di mana parti atau gabungan politik yang membentuk kerajaan negeri telah mendapatkan jumlah undian 55% ke bawah dan berpotensi bertukar kerajaan negeri dalam semua pilihanraya umum.
Negeri-negeri tersebut ialah:
Kelantan: 55%
Pahang 54%
Johor: 54%
Melaka: 53%
Negeri Sembilan: 52%
Terengganu: 51%
Kedah 50%
Perak 45%.
Perak lebih teruk berbanding senario nasional memandangkan kerajaan negeri Umno/BN di Perak hanya mendapat 45% daripada jumlah undi di negeri itu, jauh lebih rendah berbanding undi popular yang dimenangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini mentadbir dengan hanya 47% undi seluruh negara.
Kesemua lapan negeri di atas (termasuk Kelantan yang berada di bawah pentadbiran PAS) berkemungkinan bertukar kerajaan negeri dalam pilihanraya umum.
Daripada senarai tersebut, yang paling patut diberi perhatian ialah Johor, yang sehingga PRU ke-11 pada tahun 2004 disifatkan sebagai kubu kuat, deposit tetap BN yang tidak dapat ditembusi mahupun terkalahkan, sehinggakan tema kempen BN pada PRU tahun 2008 di negeri itu ialah untuk memastikan Johor menjadi negeri ‘Pembangkang-sifar’.

Majoriti rakyat Malaysia terperangkap hutang, jurang pendapatan melebar


lge


KUALA LUMPUR, 1 MEI: 14 juta tenaga buruh di Malaysia telah hilang kepercayaan kepada kerajaan persekutuan kerana mereka kini terperangkap dalam kitaran ganas hutang, kenaikan harga barang, upah tidak adil dan masalah kewangan disebabkan ketidakcekapan, pembaziran dan rasuah.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketika Datuk Seri Najib Razak berbangga dengan ‘kejayaan’ transformasi ekonomi dan pertumbuhan pada kadar 6%, hakikat sebenar adalah majoriti isi rumah Malaysia masih terperangkap dalam hutang dan jurang pendapatan yang melebar.
“Bagaimana ringgit Malaysia dan pasaran modal kita paling teruk di Asia pada 2014, walaupun pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus?
“Pasaran modal Malaysia menjunam 6% tahun lalu berbanding Thailand yang meningkat 15% meskipun mencatatkan kadar pertumbuhan hanya 1%.
“Manakala matawang kita menurun mendadak, mengakibatkan inflasi import, ditambah pelaksanaan GST yang menyebabkan kenaikan harga,” kata Guan eng dalam satu kenyataan.
Tambahnya, hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tidak masuk akal apabila data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan 62% pekerja berpendapatan bulanan kurang RM2,000 sebulan.

Saifuddin: Umno lagi teruk jika tukar Najib

Umno perlu kekal bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana peluang untuk memang dalam pilihan raya umum akan lebih tinggi, kata seorang pemimpin Umno.

Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata situasi akan lebih buruk jika Umno memilih pemimpin baru.

“Kami boleh ada presiden (Umno) dan perdana menteri baru, tetapi jika kami terus bergerak ke (haluan) kanan, saya fikir prestasi kita lebih buruk dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti Melayu itu menukar pemimpinnya jika mahu kekal berkuasa.

Lebih 20,000 himpun di KL bantah GST, berarak sejauh 7km

11188460_957370594297448_5977390863181860549_nKUALA LUMPUR 1 MEI: Kira-kira lebih 20,000 peserta berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April lepas.
Perhimpunan itu dianjurkan kumpulan dari NGO Jawatankuasa Mei 1 dan ada kumpulan peserta berarak sejauh tujuh kilometer dari beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur menuju ke Kuala Lumpur City Center (KLCC).
Seperti tema bantah dipersetujui, peserta hadir dengan pakaian merah dengan menjulang poster #kita lawan dan senada menyanyikan lagu rasmi himpunan bantah GST.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam ucapannya berkata kutipan cukai GST oleh Kerajaan BN sama seperti kerajaan British waktu dahulu.
Katanya pada zaman dahulu, British bertindak menekan rakyat di India dan Tanah Melayu dengan mengenakan cukai terhadap barangan keperluan asas.
Himpunan itu disokong Bersih 2.0, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Parti Sosialis Malaysia, serta beberapa NGO, parti politik dan persatuan pekerja itu berakhir pada jam 5.30 petang.

Samad Said: “Bantah GST, 3 jalan sebelum bahagia”

KUALA LUMPUR 1 MEI: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata rakyat harus meniti tiga jalan sebelum mencapai suasana hidup bahagia.
a-samad-said-posterBerucap di himpunan #kita lawan – batal GST, beliau berkata seusai lengkap ketiganya hanya berbaki satu jalan untuk rakyat bebas dari cengkaman pemerintahan zalim.
“Hari ini kita di jalan raya, kedua di pilihan raya, ketiga ke Putrajaya dan empat barulah kita kecap bahagia,” katanya disambut sorakan gemuruh puluhan ribu peserta himpunan di Jalan Yap Kwan Seng hadapan KLCC hari ini.
Beliau yang diangkat dengan jolokan ‘Tok Janggut Moden’ berkata sosok tuanya gagah bangkit hari ini demi kelangsungan masa depan cerah anak cucu.
“Zaman sekarang Tok Janggut memang sudah tiada. Maka muncullah Tok Janggut baru.
“Saya tidaklah sehebat beliau lalu saya berkeyakinan apa yang anda lakukan di sini adalah jalan kebaikan untuk anak cucu kita,” katanya.

Perjuangan menentang GST diteruskan



KUALA LUMPUR: Perhimpunan Hari Pekerja #batalGST hari ini bersurai aman dengan bacaan deklarasi oleh setiausaha himpunan, Suhaizan Kaiat.

Peserta himpunan berikrar akan meneruskan perjuangan Tok Janggut menentang sistem percukaian yang membebankan rakyat.

Mereka berikrar akan terus menuntut cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dibatalkan serta merta.

"Kami berjanji dan bersetiakawan akan meneruskan perjuangan menentang GST," ikrar Suhaizan diikuti seluruh peserta himpunan.

Himpunan yang disertai lebih 20,000 orang itu bersurai selepas bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Awang.

Sebelum itu Pengerusi Himpunan #batalGST, Mohamad Sabu berkata, bantahan terhadap GST akan diteruskan sehingga kerajaan membatalkannya.

Peserta himpunan berarak dari Dataran Merdeka ke hadapan KLCC sebelum mendengar ucapan pimpinan politik dan NGO.

P.44: Pasma bantu raih sokongan calon PKR

Pasma bantu raih sokongan calon PKR 
 Phahrolrazi menerima borang keahlian dari penyokong Pasma.

PERMATANG PAUH - Persatuan  Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) turut membantu meraih sokongan pengundi atas pagar memberikan sokongan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ia dilakukan untuk mendapat sokongan pengundi khususnya peniaga, persatuan dan blogger dalam PRK Permatang Pauh.

Menurutnya, ini adalah kali pertama Pasma mewujudkan bilik gerakan untuk pilihan raya sejak penubuhannya tahun lalu.

"Lebih 200 sukarelawan Pasma digerakkan untuk membantu jentera pilihan raya PR mendekati pengundi, berceramah, mengedar risalah dan menerangkan isu yang menjadi modal calon PKR.
 

P.44: Cawangan Umno calon BN bubar, bukti ahli sendiri tak percaya

20150501_114602
PERMATANG PAUH, 1 MEI: Pembubaran Umno cawangan Guar Jering Jaya bukti perjuangan parti itu kini jauh menyimpang dan sokongan rakyat kepadanya semakin berkurangan.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan dibuat ahli Umno cawangan itu adalah khabar gembira bagi calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh, 7 Mei ini.
“Saya menyambut baik keputusan dibuat beberapa ahli Umno untuk meninggalkan perjuangan Umno.
“Ini membuktikan dasar PKR dan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menyakinkan ahli parti itu bahawa hala tuju perjuangan Umno hari ini sudah jauh menyimpang daripada matlamat asalnya,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor kepada media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Umno kini tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat dan juga orang Melayu tetapi lebih tertumpu kepada mengaut kekayaan bagi pimpinan dan keluarga mereka sahaja.
“Dalam tempoh seminggu ini kita menjelaskan kepada rakyat di Permatang Pauh betapa pentingnya bahawa mereka mesti bersama-sama dengan PR mendokong dasar-dasar kita.
“Saya percaya dan yakin kumpulan meninggalkan Umno ini berpegang kepada prinsip dan dasar PR,” katanya.

P.44: Mahu undang kara PKR atau 'Xiaomi' BN?

Macam-macam ragam kempen pilihan raya di Permatang Pauh, bermula daripada udang kara bakar PKR sehingga 'Xiaomi' BN.

Minggu ini menyaksikan pelbagai drama.

Calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail antaranya mengaku menjadi mangsa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana menggunakan kad prabayar.

“Saya mangsa GST. Saya kena bayar lebih 6 peratus untuk tambah nilai telefon,” katanya.

Pada hari yang sama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tampil dengan apron biru dan memanggang udang kara untuk penduduk di Jalan Kg Baru.

“Ini bukan makanan yang kamu makan tiap hari tetapi ia tak kena GST seperti susu, pamper, mee Maggie atau sardin,” katanya.

Pada Rabu, Azizah membeli belah di sebuah pasar mini di Kubang Semang.

Selepas membayar bil, beliau berkata, “saya faham perasaan sebenar suri rumah”.

“Merekalah yang merasai beban kerana membeli barangan ini setiap hari,” katanya sambil menjinjing bakul barangan.

Di pihak BN pula suasana agak berbeza. Beliau membawa seruan perubahan.

Isu berkaitan bangsa atau gama kali ini bukan pilihan.

P.44: Lupakan peruntukan pertanian jika PKR menang lagi, ugutan politik pusat

.Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin hangat apabila pengundi Permatang Pauh hari ini diberi amaran melupakan terus sebarang bantuan dari Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani jika PKR terus menang di kawasan itu. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, menang menentang calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Soal pertanian, calon kita akan boleh bangkitkan di Parlimen. Tambahan pula ini adalah kawasan pertanian.

"Saya pasti akan luluskan semua yang diminta Suhaimi, jika beliau minta," katanya. Tegasnya, beliau tidak berminat langsung untuk berjumpa dengan Dr Wan Azizah di pejabatnya jika calon PKR itu berhasrat merayu bantuan tersebut.

"Kalau Dr Wan Azizah, tak ada sebab pun untuk saya jumpa dia. "Sampai lobi pun kita tak bagi dia masuk, sebab dia parti lain," kata Ismail sewaktu bercakap kepada lebih 100 orang penyokong BN di kawasan itu. Justeru, beliau mengingatkan pengundi di Permatang Pauh agar membuat pilihan yang tepat pada hari membuang undi, 7 Mei ini.

Ahmad Maslan tidak campur isu kad pra bayar lagi

Ahmad Maslan menjelaskan beliau tidak pernah berkata kad prabayar tidak dikenakan GST sebaliknya mendakwa kenyataannya disalahertikan oleh beberapa portal berita.
BUTTERWORTH:Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akur isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berhubung kad tambah nilai prabayar diserahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
“Saya akur arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak akan bercakap pasal kad prabayar,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai arahan Najib supaya Ahmad Shabery mengendalikan isu itu.
Pada masa sama, Ahmad menjelaskan beliau tidak pernah berkata kad prabayar tidak dikenakan GST sebaliknya mendakwa kenyataannya disalahertikan oleh beberapa portal berita.
“Tidak pernah saya kata tambah nilai (prabayar) tidak ada GST…saya konsisten dari dulu…jangan salah petik kenyataan saya,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Pasar Raya Besar Mydin di Jalan Baru, di Butterworth.
Ditanya mengenai desakan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sim Tze Tzin supaya beliau meletak jawatan kerana gagal mengendalikan isu kad prabayar, Ahmad berkata jawatan yang dipegangnya adalah kehendak Perdana
Menteri dan beliau tidak ada hak untuk mempersoalkannya.

Kad isian semula: Najib arah Shabery Cheek ambil alih dari Ahmad Maslan

Hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia yang boleh membuat sebarang pengumuman kepada rakyat berkenaan isu harga kad isian semula telefon prabayar.
Ahmad-Shabery-Cheek_najib_600PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah diarahkan supaya mengambil alih tanggung jawab berhubung isu penetapan harga kad isian semula telefon prabayar.
Arahan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dimuat turun melalui statusnya di laman sosial Facebook pada Jumaat.
Perdana Menteri berkata, mulai sekarang hanya Shabery boleh membuat pengumuman kepada rakyat berhubung isu harga kad isian semula itu.
“Shabery Cheek please take charge of the top up issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja,” tulis Najib.
Harga kad isian semula menjadi kontroversi apabila Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Khazali Ahmad pada Rabu, mengumumkan harga kad itu tidak akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Mei.
Sehubungan itu, semua syarikat telekomunikasi diarah akur dan menjual pada harga sebelum 1 April.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak bersetuju dengan kenyataan Kastam itu.

Bosan menunggu, ahli Umno gesa pasukan khas siasat 1MDB soal Jho Low

Kecewa dengan kelembapan pasukan petugas khas yang ditubuhkan pada Mac bagi menyiasat operasi dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umno Cheras mendesak ahli perniagaan Low Taek Jho dipanggil untuk disoal siasat .

Menulis di blog Umno bahagian itu, pengerusinya Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, nama Low sering timbul apabila syarikat pelaburan negara itu disebut, termasuk dalam beberapa siri pendedahan dibuat laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

"Kami menunggu dari awal Mac. Tiada sekelumit pun yang diperkatakan mengenai siasatan oleh pasukan petugas khas ini, yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

"Ada satu nama yang kerap timbul apabila isu dakwaan penyelewengan dana milik negara itu dibangkitkan. Tak lain tak bukan, Low Taek Jho. "Pasukan itu, yang bergerak perlahan macam siput, belum memanggilnya untuk disoal. Dan kita tak tahulah sama ada mereka akan memanggilnya atau tidak," tulisnya semalam.

Pada 9 Mac, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat semua laporan yang dibuat berhubung isu penyelewe­ngan dan salah laku terhadap akaun 1MDB.

Katanya, pasukan tersebut turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara. “Siasatan sudah pun bermula dan kita akan menyiasat semua laporan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Setiap laporan dibuat kita akan buka kertas siasatan dan jika benar ada kesalahan, siasatan diteruskan," katanya ketika itu.

Kemudian, pada 25 Mac, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebuah pasukan petugas khas kerajaan ditubuhkan bagi menyiasat operasi 1MDB, termasuk meneliti hutangnya yang dipercayai mencecah RM42 bilion.

Katanya, beliau akan menjadi sebahagian daripada pasukan itu, selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

"Kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas. Kami melihat perkara ini secara keseluruhannya, termasuk hutang 1MDB," katanya di Parlimen, sambil menambah pasukan itu berbeza daripada yang ditubuhkan terdahulu yang diumumkan Khalid.

Najib diejek ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching

Datuk Seri Najib Razak menerima ejekan dari beberapa orang yang hadir ketika sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak hari ini ketika beliau mengatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak diperkenalkan untuk membebankan rakyat.

Suara itu datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis itu diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan cukai 6% itu yang dilaksanakan kerajaan sejak 1 April. Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sebahagian dari hasil kutipan GST bagi menambah gaji pekerja sektor awam.

 Meneruskan ucapannya, Najib menerangkan, beban yang dialami rakyat ketika ini ialah akibat aktiviti mengaut keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak bertanggungjawab atau pencatutan. Beliau menyeru pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pencatutan dan peniaga yang tidak berhati perut yang memanipulasi GST untuk poket mereka sendiri.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menerima tepukan gemuruh apabila bercakap mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghapuskan tol di dua jambatan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri di Sarawak.

Rabu lepas, Adenan berkata, kadar baru itu akan melibatkan separuh daripada 85,200 pengguna komersial, atau kira-kira 46,000 rumah kedai, kedai runcit dan blok perdagangan, menikmati pengurangan tarif antara 15% dan 50% manakala 36% lagi, atau 30,500, akan menikmati pengurangan antara 8% dan 11%. Hadirin kira-kira seramai 5,000 orang itu bersorak dan bertepuk dengan kuat. Najib berkata, keputusan Adenan itu satu contoh jelas menggambarkan Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang penyayang.

Demo Bantah GST: 20 orang ditahan polis, kata peguam

Seramai 20 orang ditahan susulan perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di ibu negara hari ini.

Peguam hak asasi manusia Michelle Yesudas berkata mereka ditahan di sekitar bangunan KLCC selepas tamat perhimpunan lewat petang ini dan dibawa ke ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur.

Empat daripada mereka anggota Pemuda PKR (AMK) daripada Kelantan dan yang lain belum dikenal pasti, katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa ketika dihubungi Malaysiakini berkata masih belum mendapat maklumat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, tambahnya, tiada tangkapan ketika perhimpunan berlangsung.

#BantahGST: Himpunan Bantah GST - Lensa 33






Anti-GST Rally: Crowd disperses peacefully

KitaLawanGST rally - 01.05.2015

#BatalGST Usai, Stesen LRT Sesak

Peserta #BatalGST Dihalang Ke Dataran Merdeka

Puluhan ribu sertai perarakan #BatalGST 1 Mei

KUALA LUMPUR: Dianggarkan lebih 20,000 peserta berhimpun pada Hari Pekerja di hadapan bangunan KLCC  hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Perhimpunan yang dinamakan perhimpunan #BatalGST itu  dianjurkan kumpulan dari NGO Jawatankuasa Mei 1 dan bermula di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur termasuk Pasar Seni, Masjid Jamek, Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Negara sekitar jam 2.30 petang.

Antara Agenda himpunan tersebut turut menyaksikan pembacaan 'Deklarasi 1 Mei' yang menuntut 10 perkara dari kerajaan.

Deklarasi yang dibacakan pengerusi LENSA, Syukri Razak, antaranya menuntut supaya GST dibatalkan, rundingan TPPA dihentikan, gaji minima dikaji semula, hak kesatuan pekerja diperkasakan, hak pekerja wanita ditegakkan, hak pekerja migran tidak dieksploitasikan, penswastaan pekhidmatan asas seperti air dihentikan, kebebasan media ditegakkan, harga barang dikawal dan AUKU dimansuhkan.

Turut hadir bersama kumpulan Jawatankuasa Mei 1 itu ialah Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvam, Datuk S Ambiga, aktivis ABU Haris Ibrahim dan wakil-wakil pelajar, pekerja serta NGO.

Peserta kemudiannya berarak ke KLCC di mana beberapa pemimpin pelajar, badan bukan kerajaan (NGO), pekerja serta ahli politik pembangkang berucap di hadapan para peserta yang duduk mendengar ucapan-ucapan tersebut.

Pengerusi #BantahGST Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam ucapannya berkata, tujuan bantahan itu diadakan bukanlah hanya semata-mata untuk membantah cukai tersebut.

Menurut beliau yang juga Timbalan Presiden PAS, bantahan itu diadakan bagi menentang unsur-unsur penyelewengan, rasuah dan ketirisan wang negara yang dikatakan berlaku sekarang.

"Kita bantah cukai kerana rasuah, tiris, menyeleweng. Kita bantah bukan semata-mata hendak bantah," katanya di hadapan ribuan peserta yang hadir.

"Oleh itu kita tuntut kerajaan Barisan Nasional batalkan sahaja GST dengan segera," desak Mat Sabu lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam ucapannya menyifatkan pengutipan cukai GST oleh kerajaan sama seperti kerajaan British waktu dahulu.

Katanya pada zaman dahulu, British telah bertindak menekan rakyat di India dan Tanah Melayu dengan mengenakan cukai terhadap barangan keperluan asas.

Namun, tindakan itu telah mendapat tentangan dari Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Ghandi di India dan pejuang Melayu dari Kelantan, Tok Janggut di Tanah Melayu di mana dia kemudiannya dihukum bunuh atas tindakannya itu.

"Kalau kamu tangkap Anwar mungkin mereka boleh maafkan, kalau kenakan akta hasutan pun mereka masih boleh maafkan. Tetapi kalau kenakan cukai pada yang tua dan miskin, rakyat akan bangkit," kata Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR dan ahli Parlimen Pandan.

Seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat, iaitu Anthony Loke berkata himpunan ini adalah bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan supaya menarik balik GST.

"Kita bagi mesej pada BN... sama-sama bangkit dan teruskan perjuangan sampai kerajaan tarik balik GST," kata beliau yang merupakan Setiausaha Organisasi DAP itu.

Himpunan yang disokong oleh Bersih 2.0, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Parti Sosialis Malaysia, serta beberapa NGO, parti politik dan persatuan pekerja itu berakhir pada jam 5.30 petang.

Polis kata banyak kesalahan dalam demo bantah GST....


Perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sempena hari buruh di ibu negara hari ini dicemari banyak kesalahan, kata polis.

Kesalahan itu, kata polis, termasuk tidak berkumpul di tempat ditetapkan, membawa kanak-kanak, merosakkan harta awam, membakar mercun dan menggunakan bom asap.

"Ini menjelaskan penganjur telah melakukan perlanggaran peraturan dan undang-undang yang ditetapkan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan haram.

"Siasatan dan tindakan yang wajar akan diambil oleh pihak polis Kuala Lumpur seperti mana peruntukan sedia ada kerana perbuatan ini telah didokumentasikan melalui rakaman gambar dan video," kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa.

Tidak Bolehkah Mahathir Gandingkan Saja Muhyiddin Dengan Ku Li?

Apabila Tun Mahathir Mohamad menyebut ada pemimpin lain yang lebih layak menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib Razak, tujuannya tentulah agar Muhyiddin Yassin segera menyatakan pendiriannya.

Ia seolah-olah "ingatan awal" kepada Timbalan Perdana Menteri itu agar tidak terlalu lama dalam membuat keputusan iaitu sama ada mahu bersama dengan gerakan perubahan yang sedang dilakukannya atau kekal bersama Najib.

Ia juga memberi gambaran, jika Muhyiddin terus berlengah-lengah dan bermain dengan masa, tidak mustahil Tun Mahathir akan menonjolkan pula tokoh lain yang tidak disebut namanya itu.

Bagaimanapun, melalui pemerhatian dari pelbagai kelompok dalam UMNO, tokoh lain yang disebut oleh Tun Mahathir sebagai lebih layak menggantikan Najib itu tidak lain ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Terutama untuk berhadapan dengan kegetiran untuk mengekalkan kuasa UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, tidak dinafikan Ku Li paling ke hadapan untuk tugas tersebut kerana beliau diyakini boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara ini.

Satu-satunya yang mengekang Ku Li ialah beliau tidak berada dalam hireaki kepimpinan tertinggi UMNO. Jawatannya hanyalah Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Bercakap di Pulau Pinang semalam, bekas Perdana Menteri itu berkata, selain Muhyiddin, ada juga pemimpin lain yang lebih layak menggantikan Najib.

Bagaimanapun katanya, mengikut tradisi UMNO, lebih baik jawatan itu diambil alih oleh pemimpin nombor dua negara.

Sekali lagi, dalam usaha menyelamatkan UMNO dan BN serta memastikan ia kekal berkuasa, Tun Mahathir mahu tradisi UMNO terus dipatuhi. Lantaran itu, nama Muhyiddin lebih diutamakan agar tidak berlaku sebarang konflik dalam UMNO. Melakukan perubahan dengan mengenepikan hireaki bukan saja mengundang konflik dan menimbulkan masalah tetapi juga tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menantu Kaya-raya: 'Kenduri anak PM tak guna wang rakyat'

Setelah pelbagai dakwaan dan spekulasi, seorang pegawai kepada perdana menteri menegaskan bahawa majlis kenduri kahwin keluarga itu langsung tidak menggunakan wang rakyat.

Majlis anak Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk orang kenamaan di KLCC, ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengantin lelaki.

“KLCC itu adalah majlis yang diminta oleh pihak lelaki, untuk tetamu meraikan sahabat-sahabat dia (keluarga Daniyar Kessibayev dari Kazakhstan).

“Walaupun dihos oleh keluarga perdana menteri tetapi diminta oleh keluarga lelaki. Tidak hanya minta tetapi ditanggung oleh keluarga pihak keluarga lelaki,”kata Rizal Mansor (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.

Justeru, katanya, perkahwinan itu tidak seharusnya menjadi isu dan bersifat peribadi untuk dikongsi dengan semua pihak seperti di tempat lain.

Selain acara di KLCC, acara lain majlis perkahwinan Nooryana Najwa turut diadakan di Seri Perdana, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) dan kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang.

Tiada gambar dilapor dibenarkan diambil untuk program untuk orang kenamaan di KLCC.

“Kenapa tertutup (di KLCC)? Sebab (takut) orang kata bermewah-mewah, bermegah-megah.

“Kalau (hendak) bermegah-megah, kita buat live (langsung) di TV, kita panggil media untuk buat liputan. Kerana kita tak mahu tunjuk dekat oranglah kita buat tertutup,” katanya.

'Saya tahu keadaan sebenar'

GST: Kerajaan Umno@Bn akan jatuh macam penjajah

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini bakal memakan diri BN kerana ia akan memendekkan tempoh riwayat parti itu.

Katanya, ia berdasarkan kepada sejarah terdahulu yang menunjukkan di mana-mana negara yang telah melaksanakan sistem cukai yang menekan rakyat akan ditolak ini tidak terkecuali kepada  penjajah.

‎"Dalam sejarah negara besar, telah berlaku dalam sejarah negara besar, kejatuhan penjajah melalui pelaksanaan cukai yang tidak adil, pada  tahun 1930an di India dahulu.

"...Di India penjajah kenakan cukai ke atas  garam dan benang, ekoran itu rakyat bangkit, dengan dipimpin oleh Mahatma Ghandi akhirnya penjajah dihalau dari India.

 "Sama juga di Malaysia, selepas penjajah British perkenalkan cukai yang menekan rakyat seperti cukai ke atas petai, paku-pakis akhirnya lahir pejuang rakyat, dan akhirnya British tewas sehingga rakyat bersama-sama pejuang untuk menentang British.

"Maka tidak hairan sekiranya BN ditolak kerana laksanakan GST yang menzalimi rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan ketika Himpunan Bantah GST di KLCC hari ini.

#BantahGST: Himpunan Bantah GST - Lensa 32






#BantahGST: Mengapa kami berdemo bantah GST?

#BantahGST: Himpunan Bantah GST - Lensa 31






#BantahGST: Himpunan Bantah GST - Lensa 30






#BantahGST: Himpunan Bantah GST - Lensa 29