Khamis, 30 April 2015

Kehendak syarikat telco KAMU TURUTI, kehendak rakyat KAMU KHIANATI..


MENGAPA menteri2 UMNO dah 'dayus' & mudah kena main dgn syarikat2 telco ???

Wahai menteri DAM, kamu dibayar gaji oleh taxpayer rakyat KAMU BUAT APA !!! Mkn gaji buta ka !!!

KAMI PULA YANG KENA TANGGUNG BAYAR HUTANG MEREKA DENGAN BAYAR GST !!!

Jgnkan Tun Mahathir tak maafkan, KAMI pun tak kan maafkan apa yg Najib Razak & KERAjaan UMNO/BN buat hutang negara bertambah saban tahun...

#BatalGST: Perhimpunan mula di Pasar Seni hingga KLCC

KUALA LUMPUR: 1 Mei merupakan kemuncak protes pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula dengan kempen berpakaian hitam pada setiap Sabtu sejak awal April.

Perhimpunan yang dijadual diadakan esok pada pukul 2.30 petang dijangka bermula dari Pasar Seni dan berakhir di KLCC.

Protes anjuran Jawatankuasa Mei 1 yang terdiri daripada parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional dan mahasiswa itu turut mensasarkan satu juta rakyat untuk bersama mereka di sekitar ibu kota.

Menurut jurucakap sekretariat, langkah ini sebagai usaha menuntut pembatalan pelaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan serta merta.

"Setiap rakyat Malaysia berhak untuk merayakan Hari Pekerja. Selain itu, perayaan Hari Pekerja juga adalah sebahagian daripada acara yang direstui di bawah program International Labour Organisation (ILO).

"Sudah menjadi tradisi Jawatankuasa Mei 1 untuk menyambut Hari Pekerja dengan adanya ucapan daripada wakil-wakil kumpulan masyarakat, persembahan, pembacaan deklarasi yang mengandungi tujuh belas tuntutan kepada pihak kerajaan.

Tuntutan ini disokong oleh 121 organisasi. Selepas program kami akan berjalan secara aman dari Pasar Seni ke KLCC.

Himpunan aman Hari Pekerja ini juga akan dipantau oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, sambutan tahun ini turut disertai oleh Himpunan Hijau, Bersih, Kesatuan Pekerja-Pekerja  Bank (NUBE), kumpulan-kumpulan Sivil, anak muda, pelajar dan mahasiswa, komuniti orang asal, peneroka bandar dan pekerja ladang.

Pada Mac, penyerahan Memorandum kepada Kastam oleh Gabungan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Ibu Pejabat Kastam di Kelana Jaya menjadi kecoh selepas pertengkaran berlaku di antara polis dan sekretariat Bantah GST.

Sebelum ini, sebuah gabungan yang dinamakan Gabungan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan hari ini mengadakan 'Flash Mob Bantah Cukai GST' dan 'Kempen Kesedaran Mengenai Kesan Negatif GST  Kepada Rakyat'  di beberapa plaza tol seluruh negara.

Rakyat tak peduli 1MDB, tapi jengkel dengan GST, kata Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaannya agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan kerana pegawai kerajaan yang sepatutnya menerangkan pelaksanaannya juga tidak memahami kesannya dengan baik.

"Apabila kita tanya pegawai kerajaan tentangnya, mereka pun tak boleh jawab. Jadi jelas, kerajaan tak dapat faham impak GST kepada orang ramai. "Rakyat sangat-sangat berang, sangat jengkel dengan GST ini.

Perkara lain, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka tak peduli sangat, tapi GST bagi kesan pada mereka. Tapi kerajaan kata, ia serupa SST (cukai jualan dan perkhidmatan).

 "Bila kerajaan buat sesuatu yang kerajaan sendiri tak tahu hendak laksana dan kesannya, sudah masanya kita kaji ia semula," katanya kepada wartawan selepas dialog "Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M" di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pagi ini.

Dr Mahathir pada 25 April lalu menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST 6% yang diperkenalkan mulai 1 April dan menyarankan kerajaan menaikkan kadar SST. "Saya fikir batal sajalah," katanya pada program "Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan" di Kelab K, Taman Melawati, Selangor, ketika itu.

Menjawab kenyataan beliau itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan meminta Dr Mahathir dan mereka yang mengkritik GST supaya belajar mengenai cukai penggunaan itu.

Rani Kulup bela Ahmad Maslan

Menurut Rani Kulup, Timbalan Menteri Kewangan telah melaksana tugasnya dengan baik dan dianggap mulia walaupun dicaci serta diugut pihak tertentu.
rani-kulup
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia perlu berfikiran matang dan bertindak rasional berhubung penjelasan yang dibuat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah memberi jaminan dia akan bertanggunggjawab melindungi menteri berkenaan sekiranya wujud sebarang ancaman.
Jelasnya, selama ini Ahmad Maslan telah melaksana tugasnya dengan baik dan dianggap mulia walaupun dicaci serta diugut pihak tertentu.
“Saya mempertahankan dia, sokong GST yang dilaksanakan untuk tujuan yang baik.
“Cuma peniaga itu sendiri yang rakus menaikkan harga barang sesuka hati.
“Hentikan serangan peribadi ke atas Ahmad Maslan misalnya mengaitkan ibu beliau macam babi. Ini kerana yang buat keputusan tentang GST bukan dia seorang, malah seluruh ahli kerajaan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sebagai tanda sokongannya kepada Ahmad Maslan, dia tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan hari ulang tahun yang ke-49 kepada Ahli Parlimen Pontian itu.

GST: Pemuda UMNO kutuk KP Kastam

Kastam menangguhkan keputusan kad isian semula telefon prabayar tidak dikenakan GST. Sehubungan itu, semua kad isian semula dikenakan GST sama seperti selepas 1 April.
pemuda-umno-kastam
PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengutuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana membuat pusingan-u berhubung harga kad isian semula telefon prabayar.
Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad itu amat memalukan.
Dia berkata, adalah lebih baik jika Khazali diam dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh mendatangkan malu.
“KP Kastam… Semalam cakap lain, Hari ini cakap lain.. Lepas ni jangan lagi cakap apa apa… Berhenti terus… Bikin Malu…” tulisnya di Facebook.
Dalam kenyataan media pada Rabu, Khazali berkata pengumuman bahawa harga kad isian semula tidak dikenakan GST yang diumumkan pada Rabu, telah ditangguhkan.
Sehubungan itu, harga kad isian semula prabayar sama seperti harga jualan selepas 1 April.
Ini bermakna, kad isian semula berharga RM10 djual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Khazali menyatakan arahan penangguhan itu selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat komunikasi.

Dr M: Ahli UMNO taat tanpa banyak soal

Ahli UMNO terlalu cenderung dengan budaya Melayu sehingga menerima apa sahaja yang dilakukan pemimpin tanpa perlu mempersoalkan apa yang dilakukan.
Mahathir-umno1_600PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik sikap ahli UMNO yang terlalu setia kepada pemimpin tanpa mempersoalkan apa dilakukan oleh pemimpin tersebut.
Bekas Perdana Menteri berkata, sikap terlalu cenderung budaya Melayu menyebabkan ahli UMNO taat kepada pemimpin dan tidak berani menyoal apa-apa kepada pemimpinnya.
Katanya, ahli UMNO berpendirian bahawa pengikut perlu menerima apa sahaja yang dilakukan pemimpin tanpa perlu banyak soal.
Sindiran halus Dr Mahathir itu dimuatkan dalam entri terbaharu diblognya, chedet.cc pada Khamis.
Katanya, tindakan pemimpin yang memberi penerangan secara tertutup membuatkan ahli UMNO merasakan mereka seolah-olah rapat dengan pemimpin kerana dapat berkongsi rahsia.
“Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin.
“Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita,” katanya.

P.44: PKR jamu pengundi Permatang Pauh ‘lobster’ tanda protes GST

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengambil pendekatan berlainan dalam kempen pilihan raya kecil PKR hari ini dengan menghidangkan udang kara (lobster) dalam satu majlis buat sebilangan pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Dinamakan "Majlis Jamuan Tanpa GST", Azmin dijangka akan memanggang udang itu di bilik gerakan PKR di Kampung Jalan Baru, Permatang Pauh sebelum mengedarkannya kepada orang ramai di kawasan berhampiran.

Majlis ini sebagai memenuhi janji Azmin pada 26 April yang mahu menjamu orang ramai dengan udang kara kerana ia "makanan orang kaya yang dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)" dan rakyat kini "dapat memakannya kerana tidak dikenakan GST."

Azmin dan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tiba pada bila-bila masa sekarang di bilik gerakan PKR itu bagi memulakan majlis.

Zaid: Najib tak ubah seperti maharaja


Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim melihat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini tidak ubah seperti seorang maharaja yang sanggup membuat apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab.

Oleh itu, Najib perlu digantikan dengan calon lain yang lebih sesuai, katanya yang mengumpamakan perdana menteri seperti seorang maharaja Perancis, Louis XIV.

“Oleh itu, Najib adalah maharaja Malaysia yang pertama. Memangpun dia berlagak seperti maharaja. Beliau sangat kaya sebab, seperti Louis XIV, beliau mewarisi kekayaan yang besar, seperti didakwa pejabatnya.

“Bila adik beradiknya terpaksa jelaskan bahawa arwah bapa mereka – perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak – bukan seorang yang kaya, Najib tidak pula menjelaskan bagaimana sebenarnya beliau mendapat duit.

“Beliau tidak beritahu rakyat jumlah kekayaannya, kerana seperti juga seorang maharaja, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapapun,” kata Zaid.

Selain itu, Najib tidak berminat untuk menjelaskan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dan begitu juga dalam kes pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd, katanya.

P.44: Angry BN voters blame GST for high prices

Pakatan Rakyat campaigners have succeeded in convincing voters that GST alone is to blame for the hike in prices, not profiteering businesspeople.
p gst
PERMATANG PAUH: Barisan Nasional is facing an uphill battle trying to explain the Goods and Services Tax (GST) to their supporters in the Permatang Pauh by-election.
BN election campaigners said most people either did not understand or refused to accept that the current hike in prices of goods and services was due to profiteering businessmen and not the GST.
They said that voters refused to try and comprehend the fact that many businesspeople had actually hiked up the prices of their goods prior to the implementation of the new taxation system in order to reap a profit from it now.
They said many people kept asking why the prices were not going down when the 6% GST was supposed to replace the previous 10% SST (Sales and Services Tax).
BN also admitted that the Pakatan Rakyat by-election machinery had succeeded in convincing most voters that the GST alone was to blame.
“The people simply blame GST for all price hikes. No doubt we are facing a tough time to make them understand the truth,” said the workers.
When contacted, PPP Penang Youth chief P Thaiyalan Pillay acknowledged that GST was undoubtedly BN’s biggest obstacle in the by-election.
Echoing the words of BN campaigners, he too alleged that businesspeople, especially retailers, had deliberately hiked up prices during the pre-GST period in order to profit now.
He said these unscrupulous people were now blaming GST to cover up their unethical business tricks.
“They capitalised on GST to hike up prices to maintain their huge profit margin and burden the people.

Ulama jangan jahil ilmu kontemporari, tanya jika tak tahu

ustaz-ghani-shamsudinSHAH ALAM, 30 APR: Golongan ulama jangan jahil isu semasa sebaliknya bertanya jika tidak tahu, kata Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia Tenggara (SHURA), Abdul Ghani Samsuddin.
Katanya, mereka tidak harus terikat dalam bidang agama sahaja, bahkan perlu bijak memberi keutamaan kepada perkara penting mengikut skala yang betul.
“Memang mustahil untuk mahir semua perkara, maka golongan ulama kena bekerjsama rapat dengan ilmuan lain untuk menggali ilmu.
“Malah, kita perlu sama-sama ambil tahu akan hutang negara yang berbilion yang akhirnya diwarisi generasi akan datang.
“Jangan sibuk dengan hal kecil sampai tinggalkan isu besar,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau mengulas peranan golongan ulama dalam membangunkan ummah, ekonomi dan sosial, malah memuji komitmen Kerajaan Selangor kepada Islam.
Minggu lalu, Dato’Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyeru golongan ulama memperlengkapkan diri dengan ilmu kontemporari untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.
Abdul Ghani percaya, bantuan dan sokongan termasuk kepada kumpulan dakwah dapat memainkan peranan luas untuk memajukan rakyat dan negeri.

Pemilihan PAS: TKO menanti kumpulan pro-Pakatan

Tidak sampai 24 jam lagi pencalonan bagi pemilihan PAS tahun ini akan ditutup dan calon layak bertanding akan berdepan cabaran sebenar dalam muktamar di Kuala Selangor Jun ini.

Pertarungan sebenar, sejak 2009, menyaksikan pertembungan jelas antara kumpulan pro-Pakatan Rakyat yang mengutamakan agenda merampas Putrajaya dan kelompok berbeza pandangan proulama.

Kumpulan kedua dilihat lebih mementingkan agenda Islam PAS, termasuk perkara kontroversi walaupun kurang strategik daripada aspek politik.

Dalam pemilihan kali ini, kumpulan pro-Pakatan dilihat melalui tugas sukar berdepan kumpulan proulama, yang mencuri perhatian perwakilan dengan wajah “kepimpinan ulama” yang mahu digilap semula.

Bahkan, kali ini, asakan mereka bermula daripada peringkat akar umbi lagi apabila seorang demi seorang calon pro-Pakatan berjaya dicantas daripada bawah.

Antara “singa" yang berjaya dijinakkan kumpulan proulama termasuk bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar atas, kanan).

Walaupun mengetuai PAS Kampar selama 14 tahun, Nizar akhirnya tewas dalam pertandingkan yang dipertua kawasan kepada ulama setempat yang kurang dikenali Mohd Sofian Rejab

Sementara itu, kawalan proulama di peringkat akar umbi pula memberikan kelebihan kepada golongan ini dalam keadaan corak “pengundian blok” di peringkat kawasan.

Kunci G5 pada YDP

Bermaksud, lima undi daripada sebuah kawasan PAS (dirujuk G5) ditentukan oleh kecenderungannya ketuanya di peringkat bawah.

Tidak hairanlah kini budaya “chai” (pengedaran senarai kumpulan) dilihat pengamat politik PAS bakal memainkan peranan penting kali ini.

"Trend pencalonan diberikan kepada proulama. Mereka memberi undi berdasarkan blok. Ini trend baru yang sebelum ini tak ketara sangat sebelum ini.

"Kita nampak akan mengundi (pemimpin dari) satu kumpulan. Ada senarainya.

"(Kumpulan) progresif bakal maut dengan pukulan TKO (pukulan maut)," kata seorang pemerhati politik dalaman PAS kepada Malaysiakini.

Kumpulan proulama juga dilihat mempunyai gerak kerja lebih tersusun ketika pemilihan kali ini dikatakan antara yang paling kotor dalam sejarah PAS.

Fitnah 2: Anwar fail semakan kehakiman

anwarSHAH ALAM, 30 APR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas beliau membabitkan kes Fitnah 2, pada 10 Februari lalu.
Ketua umum PKR itu menyifatkan terdapat kesilapan mahkamah dalam keputusan terbabit dan beliau menjadikan kenyataan Pejabat Perdana Menteri berhubung sabitan kes itu serta siri jelajah Umno yang mengetengahkan ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai alasan untuk permohonan itu.
Memetik Malaysia Kini, Anwar percaya tiada sebab untuk sabitan dibuat dan hukuman dijatuhi kerana terdapat percanggahan bukti berkenaan sekeping permaidani di tempat kesalahan dikatakan berlaku yang dipindahkan.
Permohonan itu difailkan oleh peguam N Surendran dan Michelle Yesudas yang turut dihadiri anaknya, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, hari ini.

P.44: Wan Azizah yakin dapat sokongan pengundi


PERMATANG PAUH: Calon P44 Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin sokongan rakyat melonjak kepada Pakatan Rakyat setelah perjalanan kempen masuk hari keenam hari ini.

Katanya lagi, hasil turun padang ke lokasi yang bukan kubu Pakatan Rakyat juga mendapati perkembangan yang positif terutamanya kalangan pemuda pemudi yang rasa tertekan dengan kemunculan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Apabila saya turun jumpa orang ramai yang bukan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, ramai yang sesak nafas apabila memikirkan keadaan sekarang. Gaji tidak naik tapi kena bayar itu dan ini, " jelasnya semasa ditemui selepas majlis Bantah GST di tapak parkir Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Menurut beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), inilah medan terbaik untuk rakyat menunjukan protes kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berterusan angkuh, tidak bertimbang rasa dan suka menindas rakyat tanpa belas kasihan.

Pengundi Rompin, Permatang Pauh perlu sokong PR


PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, rakyat Permatang Pauh perlu memberikan undi kepada calon PKR pada PIlihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya nama Pakatan Rakyat dijulang semula seperti pada awal 2008.

Katanya, kemenangan di Permatang Pauh amat perlu kerana jasa penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbukti berjaya menaikkan nama Permatang Pauh.

Tambahan pula, ujar beliau PRK Permatang Pauh diadakan berpunca daripada kerakusan Kerajaan BN yang menimbulkan konspirasi bukannya kehendak Pakatan Rakyat.

"Rakyat wajib mengundi dan memenangkan calon dari Pakatan Rakyat di Permatang Pauh dan Rompin. Kemenangan tersebut akan memberi isyarat bahawa rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," ujarnya ketika menyampaikan pidato di program Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di tapak parkir Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Pengundi: Sokonglah PAS dan PKR untuk bantah GST



Rakyat menerima GST dengan baik.

Itulah yang akan dikatakan oleh Datuk Ahmad Maslan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga media kawalan Umno-BN sekiranya Umno mendapat kemenangan di Rompin dan Permatang Pauh nanti.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad pula akan mengganggap warga peneroka tidak mengambil kisah dengan skandal-skandal yang melibatkan FGV dan menggangap segala penindasan yang dilakukan terhadap mereka tidak menjejaskan sokongan kepada Umno-BN.

Apakah itu yang ingin dilihat, wahai warga pengundi di Rompin dan Permatang Pauh?

Oleh itu, baliklah mengundi. Undilah untuk PAS dan PKR untuk membantah GST. Isyarat perlu disampaikan kepada Umno-BN bahawa rakyat menolak GST.

Jangan tersilap menghantar mesej, wahai warga pengundi di Rompin dan Permatang Pauh.

Jangan berikan Umno-BN sebarang alasan untuk meneruskan GST.

Jangan berikan peluang untuk Umno-BN menaikkan kadar GST.

Percayalah, sekiranya Umno-BN menang di Rompin dan Permatang Pauh, tidak mustahil kerajaan Umno-BN ini meningkatkan nilai GST pada tahun-tahun akan datang demi menampung keborosan hidup mereka dan juga hutang yang semakin menimbun.

Bahkan, Ahmad Maslan mungkin terasa rakyat berasa beliau lebih cerdik berbanding Tun Dr Mahathir. Apakah kita mahu Ahmad Maslan terasa bahawa rakyat lebih menerima hujahnya bahawa GST sudah berjaya menurunkan harga barangan daripada saranan Tun Dr Mahathir untuk memansuhkan GST? Sudah tentu tidak.

Bukan itu sahaja, kemenangan Umno-BN di Rompin dan Permatang Pauh juga akan diambil kesempatan untuk Najib bagi membuat deklarasi bahawa rakyat menerima skandal 1MDB tanpa masalah dan menolak segala dakwaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

PRK Permatang Pauh: Nafas baru Reformasi?

oleh LIEW CHIN TONG
11162042_10153209862819192_73124970916842209_o
Permatang Pauh menyaksikan perkembangan sejarah politik Malaysia untuk lebih 30 tahun yang lalu. Ia adalah kubu terakhir untuk Anwar Ibrahim setelah ditumbangkan dalam UMNO.
Ingatan saya masih segar. Pada 27 Ogos 2008, Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebagai ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen. Setelah 10 hari berhempas-pulas untuk aktiviti kempen pilihan raya kecil tersebut, saya agak letih dan hampir jatuh sakit. Namun sempat juga saya bergegas ke Dewan Rakyat untuk menyaksikan upacara yang bersejarah itu.
Anwar dipecat pada 2 September 1998, ditahan kemudian pada 20 September – kesemua ini berlaku di depan mata saya pada usia 21 tahun. Munculnya satu generasi yang menerima impak Reformasi – turun ke jalan raya dan menjadikan politik kerjaya sepenuh masa. Hati saya berdebar-debar, apabila saya sebagai ahli dewan menyaksikan Anwar kembali ke parlimen.
Anwar berada di tempat kedua di sebelah parti pemerintah ketika dipaksa meninggalkan parlimen pada tahun 1998. Beliau kembali untuk menempah tempat pertama di sebelah parti pembangkang pada tahun 2008. Dari 19 kerusi sahaja yang mampu dimenangi pada tahun 2004, pembangkang berjaya merampas 82 kerusi dan 49% undi popular pada tahun 2008. Cuma, kembalinya Anwar ke parlimen bukan tanda noktah kepada segala penderitaan, tetapi antara faktor untuk pemenjaraan kali kedua pada masa depan.
Anwar dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, setelah genap 6 tahun beliau dipecat dari jawatan TPM. Saya menulis, “Peristiwa Anwar bukan kejadian yang menimpa seorang individu semata-mata. Minda dan fikrah satu generasi menerima kesan daripada peristiwa itu. Sebagai seorang anak muda yang turun ke jalan raya kerana bersimpati terhadap Anwar, lantas bangkit menuntut perubahan, tanggal 2 September 2004 mencatatkan hari yang indah, membubuhkan tanda noktah kepada babak sejarah kita yang paling gelap dan berat.”
Dalam PRU 11 pada Mac 2004, Tun Abdullah Ahmad Badawi memenangi 64% undi popular, merangkul 91% kerusi dalam Dewan Rakyat. Sokongan ini memperlihatkan bagaimana ghairahnya rakyat terhadap fenomena Perdana Menteri Baru.
Wan Azizah Wan Ismail yang turun ke gelanggang mewakili suaminya hanya mempertahankan kubu Permatang Pauh dengan lebih 500 undi popular, menjadi satu-satunya wakil rakyat Parti Keadilan.
Anwar singgah di Munich untuk rawatan dan Amerika Syarikat untuk bersyarah pada dua tahun pertama selepas dibebaskan dari penjara. Beliau hanya aktif di persada politik tempatan pada penghujung tahun 2006. Beliau mengenengahkan Agenda Ekonomi Baru pada tahun 2007 sebagai respon kepada penyelewengan Dasar Ekonomi Baru. Pendiriannya meskipun mengundang kritikan UMNO tetapi mendapat pujian dari kalangan bukan Melayu.

Skandal 1MDB: DAP gesa polis beku harta Jho Low

PETALING JAYA, 30 APR: Semua harta antarabangsa dimiliki taikun muda Jho Low perlu dibekukan bagi memberi laluan kepada siasatan skandal dana syarikat 1MDB.
Demikian gesaan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua yang turut mempersoalkan kelewatan Ketua Polis Negara Tan Seri Khalid Abu Bakar bertindak terhadap individu yang terlibat dalam skandal USD 700 juta 1MDB itu.
“Segala bukti konkrit telah ditunjukkan, tetapi polis langsung tak bertindak ke atas Jho Low.
“Khalid Abu Bakar pula terus berdiam diri dalam siasatan rompakan terbesar di abad ini,” ujar Tony.
Media antarabangsa sebelum ini mendedahkan sekurang-kurangnya enam aset hartanah antarabangsa dimiliki Jho Low termasuk dua buah rumah bernilai RM 135 juta di Singapura.
Jho Low didakwa memiliki sebuah kondominium dan banglo di Amerika Syarikat bernilai USD73 juta di samping ‘menghadiahkan’ sebuah banglo di Beverly Hills bernilai USD 17.5 juta dan kondominium di New York bernilai USD 33.5 juta.kepada anak tiri Datuk Seri Najib Razak
“Sudah berbulan rompakan ini didedahkan dengan bukti-bukti teliti. Tetapi Ketua Polis Negara lebih efisien menyiasat perkara yang samar-samar seperti ‘royal my foot’, kata Tony.
“Kami gesa untuk bukan saja tangkap Jho Low, KPN mesti mulakan kerjasama dengan polis di peringkat antarabangsa bagi beku semua aset Jho Low dan akaunnya.
“Ini bagi memastikan tidak ada lagi wang dapat digelapkan dari 1MDB,” ujar Tony lagi.

Ahmad Maslan tak faham ekonomi, wajar digugur dari kementerian

KLUANG, 30 APR: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong hari ini menggesa Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan digugurkan dari jawatan kabinet kerana tidak memahami ekonomi.
Chin Tong berkata, menteri itu kurang cerdik apabila mengatakan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menurunkan kadar cukai, antaranya cukai pendapatan dan cukai korporat.
“Ini hujah klasik Ahmad Maslan, memang ada pemotongan cukai marjinal dan cukai korporat.
“Hakikatnya majoriti rakyat Malaysia adalah penerima BRIM berjumlah 7.9 juta orang hanya pada 2014 sahaja, dan GST terpakai ke atas mereka,” jelas Chin Tong.
Ahli Parlimen Kluang itu turut menyelar Ahmad Maslan yang dilihat hanya pandai bercakap dan mengeluarkan kenyataan mengenai GST, tanpa memberikan hujah bahawa GST adalah cukai progresif.
Sebaliknya kata Chin Tong, GST memberi kesan kepada kehidupan golongan miskin kerana berpendapatan kecil, membuktikan GST adalah cukai regresif.
“Tujuan utama pelaksanaan GST di Malaysia supaya kerajaan boleh menaikkan pendapatan bagi mengurangkan defisit yang dihadapi kerajaan.
“Cabaran terbesar yang dihadapi GST kepada ekonomi Malaysia bukan inflasi, tetapi ketumpulan penggunaan domestik yang merupakan tonggak penting dalam ekonomi negara.

Hak kebebasan berhimpun untuk perhimpunan aman

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan sekatan yang dikenakan terhadap sesuatu perhimpunan mestilah selaras dengan undang-undang dan bertujuan untuk melindungi hak berhimpun secara aman.

Suhakam juga mengakui hak kepada kebebasan berhimpun hanya terpakai untuk perhimpunan aman dan mengenepikan demonstrasi di mana-mana pihak penganjur berniat jahat dan mungkin mengakibatkan rusuhan.

"Walau bagaimanapun, kemungkinan berlakunya tindak balas ganas daripada peserta demonstrasi, sebagai contoh, tidak menghalang pihak polis untuk memberikan perlindungan," tegas Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada cadangan perhimpunan Hari Mei yang akan diadakan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, esok.

Katanya, Suhakam juga mengulangi cadangannya dalam Laporan Siasatan Awam 2012 dan 2013 mengenai perhimpunan awam di mana Suhakam telah menekankan bahawa peserta perhimpunan awam tidak harus bertindak sewenang-wenangnya, bahkan perlu sentiasa menghargai dan menghormati peranan dan tanggungjawab pihak polis dalam mengekalkan dan memelihara keselamatan, keamanan, undang-undang dan peraturan.

Tambahnya, walaupun pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk mencapai keseimbangan yang saksama antara hak asasi untuk berhimpun secara aman dan hak-hak orang lain di kawasan yang terlibat dengan perhimpunan, Suhakam menasihatkan bahawa bantahan kepada sesuatu perhimpunan bukanlah alasan yang baik untuk mengenakan sekatan awal terhadap sesuatu perhimpunan.

Cucu cicit Tok Janggut berhimpun bantah GST


SEBAGAI parti pilihan Penjajah British bagi meneruskan legasi kolonial. Umno-Barisan Nasional terus menindas rakyat melalui GST. Lebih teruk pada saat yang sama mereka  merompak kekayaan rakyat sejumlah 42 Bilion melalui skandal 1 MDB.

Jika dahulu British mengenakan cukai hanya pada kepala, tanah,  pokok kelapa, padi, buahan dan sireh.

Hari ini anak cucu cicit Tok Janggut dikenakan cukai hampir segalanya. Hampir tiada usaha dan perbelanjaan yang dibuat oleh anak cucu cicit Tok Janggut kecuali ia dikenakan GST bagi melimpahkan kekayaan buat memuaskan ketamakan pemimpin Umno-BN.

Kisah kemewahan majlis perkahwinan anak pembesar negara membuatkan hati rakyat remuk. Pada saat kehidupan rakyat bagai ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

100 tahun lalu British menggantung mayat Tok Janggut di  Padang Merdeka Kota Bharu Kelantan. Jumaat ini, berhampiran Dataran Merdeka, cucu cicit Tok Janggut bakal berkumpul untuk menggoncang takhta politik pemimpin negara yang korup.

100 tahun lampau British mengerah kapal perang H.M.S. Cadmus membedil bandar Pasir Puteh.

Jumaat ini kerajaan Umno-BN berhadapan dengan suara kebangkitan cucu cicit Tok Janggut di Kuala Lumpur.

Tok Janggut terus hidup. Ia hidup dalam semangat dan perjuangan anak muda.

Jumaat ini anak cucu cicit Tok Janggut turun membantah GST.

AKHIRNYA SEKARANG ia terpalit di muka sendiri pd Najib Razak. Apa komen ularmak UMNO tersebut !!!


KANTOI BESAR admin2 Friends of BN - Barisan Nasional membuka pekungnya sendiri..

MASIHKAH ANDA ingat sebelum ini semasademo#KitaLawan ada yg membawa 'payung pelangi' telah dilabel oleh ularmak UMNO sbg pro LGBT kerana ia payung gay..

Dr M dedah bagaimana Najib manipulasi media


Kehilangan dana 1MDB sesuatu yang bahaya, kata Mahathir


P.44: Calon Umno@BN tidak akan tunai janji jika kalah

Calon BN membuat pengakuan terbuka bahawa janji-janji BN kepada kaum India tidak akan dilaksanakan jika dia kalah pada PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak akan menunaikan janji yang dibuat kepada kaum India di Permatang Pauh sekiranya kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen itu, pada 7 Mei ini.
Ingatan itu diberikan oleh calon BN, Suhaimi Sabudin dalam temubual eksklusif bersama KLXpress yang dimuat turun di Youtube.
Suhaimi berkata, pengundi India di Permatang Pauh telah berjanji untuk memberi 60 peratus undi kepadanya.
“Sekiranya tiada apa-apa keputusan yang memenangkan saya, mungkin janji-janji yang diminta itu tak perlulah ditunaikan,” katanya.
Dia berkata, terdapat kira-kira 4,500 pengundi India di Permatang Pauh, 16,000 pengundi Cina dan 51,000 pengundi Melayu.
Suhaimi berkata, dia seorang yang boleh dipercayai kerana tidak pernah menukar nombor telefon sejak 1998.
“Orang yang selalu tukar nombor telefon mungkin ada alasannya,” katanya sambil menambah kemungkinan orang itu cuba melarikan diri daripada pengutip hutang.
Dia berkata, perkara ini (kekal nombor telefon) penting kepada peniaga-peniaga Cina kerana ia membuktikan orang itu tidak membuat salah dan boleh dipercayai.
Suhaimi berkata, jika menang PRK ini, beliau akan membawa pulang peruntukkan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan ke Permatang Pauh walaupun tempoh mandat hanya tiga tahun.
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (PRM) dan Isahak Salleh (Bebas)



P.44: Kempen #Batal GST menyengat


Mana nak berkat jika SENTIASA MENIPU RAKYAT !!!


APA DAH JADI dgn KERAjaan UMNO/BN. Pasal GST pon boleh sampai bertelagah & tiada kata sepakat.

Kalau susah sgt GST ni BAIK BATALKAN SAJA GST !!!
Jangan menyusahkan rakyat dgn permainan korang.

Tanpa UMNO@BN pada siapa rakyat nak sedekah.....!!!


Belum apa2 lagi dah pandai main ugut. Belum jadi MP lagi. Awal2 dah tunjuk belang UMNO...


SPRM elak soalan siasat gaya hidup mewah Najib-Rosmah

Blind community alleges MAB assets mismanaged

Kaji semula GST, rakyat kini berang, kata Mahathir

Dr M: Ada lebih layak dari Muhyiddin jadi PM, tapi...

Pil ‘terlarang’: Tiada tindakan, isteri VIP tak sengaja, kata KJ

GST: Kalau tak mansuh, kurangkan jadi 2.5%, kata PAS

TERKINI, jumlah penganggur adalah seramai 454,900 orang dgn peningkatan seramai 79,800 penganggur (21.2 peratus) drpd drpd 375,100 penganggur pd bulan Nov. 2014..


Dr M: Ada lebih layak dari Muhyiddin jadi PM

Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku terdapat pihak lain lebih layak menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan tradisi Umno, lebih baik jawatan itu diambil alih oleh pemimpin nombor dua negara.

"Saya tak nak menyinggung perasaan sesiapa. Tetapi mengikut pada tradisi Umno, sepatutnya timbalan yang lebih layak (gantikan Najib). Tetapi ada juga pemimpin lain yang lebih layak.

"Tapi bila pergi pada tradisi lebih baik timbalan yang ambil alih," katanya pada sidang media selepas program Cakna Ilmu di USM Pulau Pinang hari ini.

Beri saya peluang jelaskan kenapa 'serang' Najib - Tun Mahathir

Beri saya peluang jelaskan kenapa 'serang' Najib - Tun MahathirKUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap ahli-ahli UMNO memberi peluang untuknya menjelaskan kenapa beliau mengkritik pentadbiran perdana menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berharap peluang diberikan kepadanya untuk membolehkan ahli UMNO menilai sama ada beliau merosakkan parti atau tidak.

"Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Datuk Seri Najib.

"Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU," katanya dalam tulisan terbaru di blognya chedet.cc hari ini.

Dalam tulisan tersebut, Dr Mahathir berterima kasih kepada ahli UMNO, yang sebahagiannya menasihatkan beliau menghentikan serangan terhadap Najib.

Namun jelas beliau, pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu membuktikan berlaku kesetiaan kepada pemimpin sehingga tidak menyoal apa yang dilakukan..

"Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita," tulis beliau lagi.

Pesanan Tun Dr Mahathir Untuk Ahli Akar Umbi Umno



1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin.
 Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.

3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.

4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’ Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.

5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.

6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.

P.44: Pengunjung & peniaga Pasar Tani Guar Perahu kerumun Kak Wan

pasar tani 5GUAR PERAHU, 30 APR: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikerumuni pengundi Pasar Tani ketika mengadakan lawatan, di sini, semalam.
Pengunjung dan peniaga pasar terbabit mengelilingi Wan Azizah yang mesra disapa Kak Wan untuk mengambil peluang bersalam dan bergambar.
Pelbagai gelagat dan keletah dilihat dalam lawatan berkenaan apabila pengunjung seolah-olah beratur untuk bersalam dan bertemu dengan Kak Wan.
Ada di antara pengundi di kawasan itu merungut apabila tidak berkesempatan mengambil gambar bersama Kak Wan.
kakwan pasar tani 1“Apa ni, ramai sangat. Nak ambil gambar pun tak dapat,” katanya sambil terus berlalu.
Manakala, seorang lagi pengundi wanita, berlari untuk mendapatkan Kak Wan.
“Cepat, cepat mai nak salam ni, sat lagi tak dapat orang ramai ni,” katanya yang terus menuju ke arah Kak Wan.
Terdahulu, Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Shabudin dilihat hadir di pasar sama dalam satu majlis bersama dengan Timbalan Menteri Pertanian.
Bagaimanapun, difahamkan sambutan yang diterimanya tidak menggalakkan.

Selamat berjuang Wan Azizah

Oleh ABD SHUKUR HARUN
DARIPADA tinjauan saya ke beberapa lokasi di Permatang Pauh, mendapati simpati dan sokongan terhadap calon PKR/Pakatan Rakyat, Dr. Wan Azizah di Pilihan Raya Kecil di situ adalah tinggi.

Bahkan ada yang menyatakan terus terang bahawa walaupun DS Wan Azizah yang bertanding di situ, tetapi orang ingat juga DS Anwar Ibrahim. Ertinya ingat Wan Azizah, ingat Anwar.

Cuaca di Permatang Pauh kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Petugas kempen PKR di siang hari mengatur gerak kerja kempen, bermesyuarat, di samping ada kumpulan yang berkempen di pasar, di pusat membeli belah, hentian bas dan teksi dan di mana saja.

Wan Azizah dan anaknya Nurul Ezzah juga sama berkempen  secara berasingan.

Di mana-manapun mereka berkempen, orang ramai yang ditemui terus menyatakan simpati terhadap DS Anwar.

Percakapan saya dengan beberapa orang yang sedang meratah kambing bakar di gerai tepi jalan di Seberang Jaya ialah saya bertanyakan bagaimanakan reaksi rakyat terhadap GST. Rata-rata menyatakan kekecewaan yang amat sangat terhadap GST yang mereka lihat ialah harga barangan, pengangkutan dan sebagainya naik. Bukan akan naik, tetapi telah naik.

“Kita rakyat miskin terasa benar kesab GST ini, kerana setiap barang perlu yang kita beli semuanya kena GST. Tidak boleh dielak, orang kaya tidak terasa semuanya ini kerana duit mereka berlambak,” kata mereka.

Bagi  pemimpin PKR, PRU Permatang Pauh peluang terbaik pengundi untuk menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai isyarat kepada kerajaan agar tidak terus menindas rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PRK P44 ini yang bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN), Suhaimi Sabudin, bukanlah PRK biasa tetapi memberi peluang rakyat menyuarakan penolakan terhadap penindasan kerajaan BN dengan pengenalan GST.

“PRK ini sebenarnya satu referendum terhadap GST dan saya mengesyorkan agar pengundi sebagai menjadi wakil kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengundi Pakatan Rakyat dan menyatakan bahawa rakyat menolak perlaksanaan cukai yang membebankan itu,” katanya dalam suatu kenyataan.

Seorang pegawai syarikat swasta yang saya temui di Penanti berkata, pembangunan ada di Permatang Pauh. Ini tidak boleh dinafikam. Kerajaan Pulau Pinang sendiri melaksanakan banyak pembangunan di sini.

Oleh itu, katanya, tidah benar untuk mengatakan bahawa Permatang Pauh tidak ada pembangunan. Menurutnya, mereka yang menyatakan Permatang Pauh tidak ada pembangunan, itu hanya sentimen politik dan kebencian kepada DS Anwar, bukan berdasarkan realiti yang ada.

'Jangan hina, ini bukan setia membabi buta' - Kak Wan

Calon PKR Permatang Pauh Dr Wan Azizah Ismail tampil menolak tanggapan bahawa beliau setia membabi buta kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

Bercakap dalam ceramah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan di Seberang Jaya malam tadi, presiden PKR itu tampil menegaskan perkara itu.

“Jangan hina saya, saya bukan setia membabi buta,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan sekumpulan individu di Kajang, kawasan Dewan Undangan Negerinya, yang berkata beliau hanya taatkan arahan Anwar.

Beliau juga menegaskan bahawa Anwar melalui kes yang sama dua kali di mahkamah dan banyak perkara tidak kena berhubung perkara itu.

“Kenapa saya kena ikut BN dan percaya apa mereka kata tentang Saudara Anwar?” katanya kepada kira-kira 500 orang yang hadir dalam ceramah itu.

Contesting in P. Pauh is symbolic for Wan Azizah

I’m contesting for Anwar Ibrahim and others who have been “victimised”, says PKR president.
wan azizah
GEORGE TOWN: PKR president Wan Azizah Wan Ismail said contesting in the Permatang Pauh by-election on May 7 was to defend Anwar Ibrahim and others like him who has been “victimised”.
“Contesting in Permatang Pauh is not just to defend my husband but others as well who have been victimised,” said Wan Azizah said at a news conference at Yayasan Aman in Penanti yesterday.
The Permatang Pauh by-election is being held because Anwar had to vacate the seat he won at the last election when he was sent to jail for five years in February on a sodomy conviction.
“I am encouraged by the warm response I have received from the people of Permatang Pauh. My meeting with the people here is like a family reunion.”
Wan Azizah said the people still remembered Anwar and supported him.
She faces Barisan Nasional’s Suhaimi Sabudin, Parti Rakyat Malaysia’s Azman Shah Othman and independent candidate Salleh Isahak at the by-election scheduled for May 7.

Kerusi Permatang Pauh simbol kekuatan dan maruah Pakatan


Perjalanan dan kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen P 44 Permatang Pauh sudah berlalu hampir separuh. Kempen yang bermula sebaik sahaja selepas penamaan calon 25 April lalu sudah masuk hari ke lima kini. Tinggal tujuh hari saja lagi masa berkempen. Hari mengundi ialah 7 Mei.

Pilihan raya kecil itu jika tidak dianalisa ia dilihat pilihan raya kecil biasa sahaja, seperti pilihan kecil di kerusi Rompin, Pahang. Ia diadakan kerana berlaku kekosongan selepas penyandangnya Anwar Ibrahim dinafikan hak mengikut perlembagaan apabila dijatuhi hukum penjara lima tahun.
Tetapi jika ia diselidiki dan difahami serta membaca peta dan memerhati landskap politik, PRK Permatang Pauh itu sangat berbeza dan asing dengan PRK lain, seperti di Rompin itu. PRK itu ada signifikan tersendiri dan membawa mesej yang cukup penting dan unik.
Semua orang khasnya pengundi di Permatang Pauh kena mengetahui akan keunikan dan perbezaan PRK itu berbanding dengan PRK Rompin dan lain-lain termasuk juga dengan PRK DUN Chempaka, di Kelantan baru-baru ini apabila penyandangnya Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.
Yang perlu difahami ialah, kenapa PRK itu diadakan? Iya, ia diadakan kerana ia kosong. Begitulah lumrah dan sunah demokrasinya. Tetapi lumrah itu bukan boleh diterima seadanya. Yang penting di sini ialah memahami akibat kekosongan itu berlaku, ini yang perlu difahami betul-betul. Kerusi itu menjadi kosong bukan kerana penyandangnya meninggal, tetapi ia kosong kerana penyandangnya di "sendur" dalam penjara. Ia menjadi kosong kerana penyadangnya dihilang hak dan kelayakan mengikut suatu prosuder. Ia disengajakan.
Yang kena difahami lagi kenapa penyandangnya, Anwar hilang kelayakan dan haknya. Jawabnya kerana ianya dijatuhi hukuman penjara lima tahun. Yang perlu difahami lagi kenapa ketua pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun, jawabnya kerana beliau didakwa melakukan liwat. Yang kena difahami lagi kenapa beliau dituduh melakukan liwat? Inilah kata kunci bagi memahami kenapa PKR Permatang Pauh itu diadakan dan kenapa ianya sangat penting untuk diberi perhatian
Bagi saya pilihan raya itu sengaja diadakan dengan sesuatu niat yang jelas untuk menamatkan kerier dan perjuangan Anwar. Pihak UBN yakin dan percaya cara mereka perlakukan ke atas Anwar itu ia boleh mengakhiri riwayat perjuangan Anwar. Mereka perlu menamatkan riwayat Bapa Reformis itu kerana ingin mengekalkan kekuasaan. Kalau mereka boleh melakukan tindakan seperti mana dilakukan oleh orang tertentu yang menyuruh Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri membunuh Altantuya Shaarribuu bagi mencapai impian politiknya, nah mereka sudah lama perlakukan begitu kepada Anwar.
Kenapa saya beranggapan demikian, kerana ianya jelas dan nyata. Halangan atau kerja-kerja untuk membunuh riwayat perjuangan Anwar sudah lama dilalukan. Ia bermula sejak tahun 1998 lagi. Hari pemecatan Anwar daripada Umno 3 September 1998 itu adalah permulaan dan langkah pertama ke arah untuk memusnahkan menguburkan. Tindakan itu dirasmikan oleh Dr Mahathir Mohamad, dan apa yang berjalan kini adalah pelaksanaan pelan pembangunan jahat Mahathir. Malangnya kubur bukan merupakan pusara buat Anwar.

Harga minyak naik lagi?

Harga minyak RON 95 dikatakan akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter.
minyak naik lagi?
PETALING JAYA: Bermula pada tepat pada jam 12.00 malam, 1 Mei 2015 harga bagi minyak RON 95 dikatakan akan mengalami kenaikkan.
Ketika dihubungi FMT, salah seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Ibu Pejabat Putrajaya mengesahkan khabar angin itu.
Ujarnya, harga minyak RON 95 akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter.
Bagaimanapun bagi harga minyak RON 97 dan diesel, tiada sebarang maklumat diberikan.
“Harga minyak RON 97 mungkin akan kekal kerana minyak tersebut telah dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” kata pegawai berkenaan.