Isnin, 27 April 2015

Suapan BN harus lagi halal hukumnya selagi sah di sisi Lembaga UMNO...

Inilah pe'el UMNO/BN yg suka bagi SUAPAN terhadap bakal2 pengundi setiap kali menjelang pilihanraya..

KENAPA SPR & UMNO takut sangat nak buat hari mengundi pada hari bukan bekerja !!!

Jadi cuti lah bagus, agar lebih ramai boleh balik mengundi. Kalau isu produktiviti, minta SPR jangan pilih hari kerja, pilih hari Ahad...

Ungkapan ‘darjat dan bangsawan’ duta pengampu hanya memburukkan keadaan Najib

oleh Hazlan Zakaria

Artikel majalah Tempo Indonesia baru-baru ini mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mungkin tidak akan mendapatkan pujian dari kerajaan Malaysia. Malahan, artikel bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri" itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepimpinan Malaysia sehinggakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zahrain Hashim mengumumkan pada 23 April bahawa beliau akan menemui editor Tempo untuk memperbetulkan dakwaan salah faham yang terkandung dalam artikel tersebut.

Sementara itu, Tempo telah menolak kritikan mengenainya, menyatakan bahawa majalah itu mempertahankan artikel itu kerana ia telah menyemak sumbernya dengan teliti sebelum menerbitkannya.

Majalah itu bagaimanapun sedia menerbitkan apa-apa maklumat atau versi baru yang Zahrain atau kerajaan Malaysia mahu sediakan. Editor kanan Tempo, Purwanto Setiadi memanjangkan tawaran itu kepada Zahrain, yang menyatakan bahawa ia akan menjadi "satu penghormatan jika beliau datang sekali-sekala".

Spekulasi mengenai kekayaan Najib telah bertiup kencang sejak kebelakangan ini, suatu akibat yang tidak dijangka dakwaan salah urus 1Malaysia Development Berhad. Sehubungan ini, Najib dan keluarganya telah diteliti bagi apa-apa tanda-tanda perbelanjaan berlebih-lebihan atau melampau, dan media tempatan dan asing merebut peluang untuk mendedahkan apa-apa contoh sensasi.

Kekerapan 'pendedahan' sebegini telah meningkat ke tahap sebuah kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri yang bertujuan untuk memadamkan spekulasi mengenai kekayaan Najib, turut menjadi kontroversi. Kenyataan itu menggerakkan satu siri peristiwa yang membawa kepada kenyataan oleh empat adik Najib, selepas mereka terasa dengan spekulasi ke atas harta pusaka mereka. Ini dan banyak contoh lain telah disertakan dalam artikel Tempo itu.

Zahrain cuba berhujah dengan menekankan mengenai integriti Perdana Menteri, dan dilaporkan berkata, "Perdana Menteri berdarjat dan bangsawan. Perbelanjaan itu tidak menjadi masalah jika beliau mampu. "Ia menjadi masalah hanya jika ia melibatkan rasuah dan penyelewengan dana, dan sebagainya." Usaha Zahrain itu mungkin tidak mempunyai kesan yang ketara terhadap spekulasi-spekulasi dan akan dilihat sebagai satu lagi usaha mengalihkan perhatian di pihak Najib.

Ini kerana Zahrain dan mana-mana jurucakap sebelumnya tidak pernah menangani isu kekayaan Najib secara langsung. Walaupun keturunan yang tinggi dan mulia boleh menyumbang kepada banyak perkara, ia tidak menyebabkan seseorang kebal daripada rasuah dan salah laku lain.

P.44: Wan Azizah menang besar kerana perbalahan dua PM?

Serangan BN ke atas calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan melabelkannya sebagai ahli politik ‘Touch N Go’ sepanjang tempoh berkempen PRK Parlimen Permatang Pauh dipercayai hanya bersifat sementara kerana calon pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah dijangka pengundi tegar mereka.

Menurut sumber dalaman parti, biarpun ada beberapa nama selain ahli keluarga Anwar cuba melobi untuk menjadi calon, namun suara akar umbi lebih diutamakan apabila menolak hasrat individu terbabit kerana faktor kecenderungannya kepada kumpulan UG (Kerajaan Perpaduan) dalam Pas.

Sudah tentu Anwar lebih meletakkan kepercayaan tinggi terhadap isterinya, Wan Azizah berbanding “orang luar” untuk membawa agenda serta “arahan” dari tirai besi Penjara Sungai Buloh untuk menjayakan strateginya.

Difahamkan, strategi kali ini lebih besar berbanding laluan yang diberi kepada Anwar oleh Wan Azizah untuk bertanding di kerusi itu seperti yang berlaku pada 2008 dan PRU13 lalu.

Soal amalan sikap Wan Azizah yang suka berpindah-randah kawasan Parlimen dan Dun juga tidak timbul kerana agenda utama langkah Kajang ke Permatang Pauh itu bakal mencorakkan masa depan PR yang kukuh meskipun masih bergelut dengan isu hudud serta boikot oleh Pemuda Pas kawasan itu.

Pilihan raya kali ini boleh disifatkan sebagai “bola tanggung” kepada BN apabila dalam masa sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut lantang menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa kes berprofil tinggi seperti pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu; pelaburan 1Malaysia Develpoment Berhad (1MDB) di Kepulauan Cayman dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Meskipun serangan Dr Mahathir itu dilihat membawa isu yang sama dibawa oleh pemimpin PR, namun itu tidak bermakna bekas perdana menteri keempat itu sehaluan dengan perjuangan PR.

P.44: PKR desak Chew mohon maaf perlekehkan keupayaan wanita

kak wanKUBANG SEMANG, 27 APR: PKR mendesak Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Chew Mei Fun memohon maaf kepada semua wanita di seluruh negara khususnya suri rumah di Permatang Pauh.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Rodziah Ismail berkata kenyataan Mei Fun itu menggambarkan peranan wanita dalam institusi negara diperlekehkan.
Dalam ceramah malam tadi, Chew yang pernah bertanding menentang Wan Azizah dalam pilihan raya kecil Kajang sebelum ini mempertikaikan Presiden PKR itu kerana ‘helah’ yang dipamerkannya selama ini.
“Beliau (Mei Fun) sebagai Timbalan Menteri wanita tidak harus mengeluarkan kenyataan begitu.
“Saya hendak tanya, beliau ini wanita ke? Atau ada jantina lain?,” soalnya dalam sidang media di Bangunan Yayasan Aman, di sini.
Rodziah juga mengingatkan bahawa Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen selama dua penggal.
Malah, katanya, Wan Azizah juga pernah menjadi wanita pertama dilantik sebagai ketua pembangkang di negara ini.
Rodziah juga mengajak pengundi wanita untuk tidak mengundi calon Barisan Nasional (BN).
“Mereka lupa bahawa pengundi wanita di sini paling banyak adalah golongan suri rumah, jadi saya minta kita tolak mereka,” katanya.

P.44: SPR patut bimbang MIC sasar 3,000 pengundi di Pmtg Pauh



PERMATANG PAUH: Kenyataan MIC yang mensasarkan 3,000 undi India bukan sahaja membimbangkan pengundi sah di Permatang Pauh tetapi juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Demikian kata Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang, Kasthuri Patto sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramanian dua hari lalu bahawa parti itu akan mensasarkan 3,000 undi India pada Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Menurutnya, dalam PRU13 lalu, jumlah pengundi India yang telah membuang undi adalah 6 peratus iaitu bersamaan dengan hampir 3,900 daripada jumlah keseluruhan pengundi di Permatang Pauh yang telah keluar membuang undi iaitu 63,332 orang.

Kini, ujarnya mengikut data bilangan pengundi tahun lepas, didapati jumlah pengundi Permatang Pauh telah meningkat kepada 72,513 dengan pengundi India sebanyak 4,584 atau 6.32 peratus.

"Walaupun tepukan boleh diberikan kepada MIC di atas 'mood' positif mereka untuk meraih 3,000 undi pengundi India di Permatang Pauh, namun hakikatnya adalah kepercayaan rakyat Malaysia terutama sekali bagi pengundi etnik India telah diambil mudah oleh parti komponen Barisan Nasional ini, dulu, kini dan selamanya," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat PRK Permatang Pauh di Penanti, hari ini.

'Dr M tak minat pemimpin terbaik Umno'

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli percaya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berminat melantik tokoh yang bersih di kalangan pemimpin Umno sebagai perdana menteri akan datang.

"Kepada Dr Mahathir, apa yang penting bukanlah seorang pemimpin yang boleh berkhidmat kepada rakyat. Itu bukan isunya.

"Apa yang dimahukan ialah meletakkan seorang perdana menteri yang boleh menerima arahan dan menjaga kepentingan beliau dan Umno," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi mengulas cadangan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mencadangan nama ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir kini dalam kempen giatnya mengetepikan Najib daripada jawatan perdana menteri dengan mengaitkan Presiden Umno itu dengan pelbagai dakwaan, termasuk salah urus firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, Zaid bersikap kebudak-budakan dalam politik apabila mencadangkan nama Tengku Razaleigh.

Namun Rafizi bersetuju dengan Zaid bahawa Tengku Razaleigh mempunyai rekod bersih berbanding pemimpin lain dalam Umno.

Nama Jho Low DiKaitkan Dengan 1MDB Dalam Mahkamah Britain ?


Tun Mahathir ada menyebut nama Jho Low yang pernah dikaitkan dengan 1MDB dalam satu penghakiman mahkamah di Britain.


.... didapati satu mahkamah di London menyebut nama dia ( Jho Low ) sebagai mencadang untuk membeli 3 buah hotel mewah di London dengan duit yang dipinjam sebanyak 1 billion pound. Tak jadilah pasal orang tak percaya ... tapi dalam kenyataan yang dibuat oleh encik Jho Low ini, dia mengaku bahawa dia dapat backing daripada kerajaan Malaysia dan SATU MDB.

Ini terdapat dalam laporan mahkamah ..

Nah, ini sebagai bukti menyokong kata Tun Mahathir di atas.



Tua Kui Park Niaw Kui- Hantu Besar lawan Hantu Kecil.

Saya mendengar rakaman  ucapan Dr Mahathir di K Club Melawati. Saya harap rakaman tersebut adalah benar. Saya tidak ada disitu, kerana pihak penganjur seperti Ibrahim Ali tidak anggap saya sebagai Melayu. Pada dia Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Sebab itu saya kata, Ibrahim Ali hanya proxy UMNO. Dan kepada Ibrahim Ali, Redhuan Tee itu Melayu dan saya bukan Melayu.
Dr Mahathir- kalau dia hendak selamatkan Malaysia, janganlah endorse yang terbaik dari yang terburuk- iaitu Muhyidin Yassin. Rekod Muhyidin Yassin semasa jadi MB Johore dahulu apa kurang nya. Dia belum jadi PM, jadi dia berbau wangi. Isteri dia belum isteri PM, juga berbau wangi macam mawar.
Habis segala tanah dikatakan dijual oleh Muhydin kepada cukong2 dan pemaju Cina. Isteri dia pun suka Birkin Hermes.
Berapa kali saya sudah sebut hipokrasi pemimpin UMNO- suruh orang Melayu biasa bermusuh dengan orang Cina biasa, tapi semua pemimpin UMNO bersekatil dengan mereka melakukan bisness. Disebalik semua kejayaan pemimpin UMNO dalam bisness- tentu sekali ada apek cina.
Ini pun orang Melayu UMNO tak nampak.
Sepatutnya, Dr Mahathir kalau dia hendak selamatkan Malaysia elok mencadangkan seorang pemimpin yang dihormati oleh ramai pihak dan ada integrity. Sayang sekali yang ada integrity ialah orang UMNO sendiri yang Dr Mahathir semacam ada kebencian mendalam. Kalau betul nak selamatkan Malaysia, baik sahaja dr Mahathir endorse Tengku Razaleigh Hamzah.
Walaupun bukan dalam hairaki UMNO tapi keadaan luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa.
Saya rasa Tengku Razaleigh boleh menstruktur semula pemerintahan Malaysia ini dengan politik yang inklusif termasuk mendapat komitment dari parti pembangkang.
Tidak ada acara BN boleh memerintah Malaysia. Semua parti BN sudah hilang kredibiliti. UMNO tidak mendapat kepercayaan orang melayu- Cina menolak MCA dan sokongan kepada pemimpin India DAP lebih banyak dari sokongan kepada India MIC.
Ini adalah kenyataan. Suka atau tidak suka, belajarlah menerima nya.
Kita hendak yang jujur dan amanah dan cekap bukan yang buta sebelah mata dilakangan yang buta kedua belah mata. Saya kata, kita lupakan sahaja Muhyidin Yassin. Maaf- maksud saya, orang Melayu yang bukan UMNO lupakan Muhyidin Yassin. Dan orang Melayu yang bukan sokong UMNO lebih ramai dari Melayu yang sokong UMNO.
Dr Mahathir bukanlah ceritakan perkara baru kepada kita. Skendel penyonglapan wang dari 1MDB dibangkit dengan sengit oleh pemimpin parti pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli.

Apakah Rakyat Hanya Meletakan Harapan Kepada Tun Mahathir ?


Oleh Abu Hassan Adam
Nampaknya begitu. Apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir kini mengenai isu IMDB, Altantuya dan berbagai isu lain sebenarnya sudahpun disuarakan oleh YB Rafizi dan YB Tony Pua. Bukan Rafizi dan Tony Pua sahaja malah ramai pemimpin lain dan penulis blog lain juga telah menyuarakan perkara yang sama tetapi hanya ‘seperti anjing menyalak bukit’

 Pihak kerajaan seolah-olah tidak memandang ‘sebelah mata’ pun kepada apa yang dibangkitkan oleh mereka yang sedar tentang pentingnya menyelamatkan kedudukan negara yang kritikal ini. Seolah-olah hanya ‘cakap’ Tun Mahathir seorang sahaja yang ‘dipakai’ oleh pihak bertanggungjawab. Akhir-akhir ini kelihatan bahawa rakyat Malaysia dari semua golongan semacam tidak bermaya. Rakyat Malaysia hampir kecewa dan seolah-olah cukup kecewa dengan pihak berwajib yang menjalankan pentadbiran mereka seolah-olah mereka ‘beraja di hati dan bersultan di mata’. Apa saja isu yang dikritik atau dibangkitkan oleh rakyat semacam ‘didiam’kan sahaja dan kelihatan semacam ada pula usaha untuk menutup ‘bangkai’ dengan nyiru.
Rakyat bawahan begitu kecewa tetapi hanya ‘berani’ untuk mendiamkan diri semata-mata kerana itulah cara dan jalan paling selamat. Untuk bersuara berasa ‘takut’ pula, walaupun terlalu banyak perkara yang ‘tidak kena’ berlaku disekeliling yang dapat dilihat dan diperhatikan.Hendak mengadu, tidak ada siapa yang ingin mendengarkan aduan. Jikalau adapun yang sanggup mendengar maka tidak pula ada tindakan yang dilakukan. Lantas rakyat seolah-olah membiarkan sahaja apa yang berlaku kepada pemerintahan negara. Dalam hati mereka seolah-olah berkata, ‘biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya’….
Satu perkara yang anih yang berlaku (mungkin hanya berlaku di Malaysia sahaja) ialah tentang kewujudan golongan rakyat yang sentiasa membenar dan menyokong pihak berwajib secara membuta-tuli (walaupun jelas tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib itu tidak sesuai). Aku tidak menyalahkan golongan yang menyokong kerajaan. Bukan begitu yang aku maksudkan. Ada terdapat golongan rakyat (orang Melayu khususnya) yang sudah tidak dapat berfikiran secara rasional hanya dengan ‘bantuan’ BRIM atau kain sarung, atau beras sekampit yang ‘dihadiahkan’ oleh kerajaan. Golongan inilah yang sentiasa ‘mengiakan’ sahaja apa sahaja yang dilakukan oleh pihak pemerintah walaupun yang dilakukan itu bertentangan dengan kehendak undang-undang.

Mahathir pun ada silap, tapi negara makmur di bawah pentadbirannya

Tan Chong Ling: Mahathir dibenci warga Sabahan ekoran ‘Projek IC’ yang memenuhkan populasi negeri dengan pendatang asing tanpa izin. Namun, beliau telah membawa kejayaan besar kepada negara secara keseluruhan.

Di bawah pentadbirannya, rakyat Malaysia melangkah penuh bangga dan yakin, dan negara berkembang maju pada era 1980-an dan 1990-an. Pada 1997, Mahathir berhadapan krisis kewangan Asia yang amat teruk, melaksanakan langkah di luar kebiasaan berbanding ‘cara konvensional’. Beliau melaksanakan kawalan modal, menstabilkan ringgit dan merendahkan kadar faedah dan berjaya menyelamatkan kewangan negara.

Barat mengkritiknya kerana melakukan ‘bailout’, namun sejarah membuktikan ia adalah langkah yang baik apabila pada krisis kewangan 2008, negara-negara barat sendiri melakukannya, selain menurunkan kadar mata wang dan faedah kepada hampir sifar untuk menyelamatkan ekonomi. Inilah sebabnya mengapa saya hormat Mahathir, seorang pemimpin yang ada kemampuan intelektual dan keberanian untuk membawa negara menghadapi krisis.

Beliau memecat Anwar Ibrahim, politikus Umno yang tidak layak mejadi PM, dan bersara tanpa dipaksa sesiapa. Mahathir banyak menyumbang kepada Malaysia. Berbeza dengan Najib, yang terus membisu di sebalik pelbagai kontroversi dan konflik 1MDB. Mahathir inginkan jawapan dan beliau tidak mendapatnya.

Shaperama: Tiada orang lain kecuali ahli partinya sendiri dan mereka yang mengangkatnya sahaja yang boleh mendesak Najib untuk letak jawatan. Mahathir pun tak boleh! Mahathir perlu sedar yang beliau tidak lagi berkuasa untuk memutuskan apa yang baik dan buruk bagi Umno dan negara. Beliau patut luangkan lebih masa bersama cucu-cucunya.

Aiman Hilmi: Saya lebih suka kerajaan di bawah Dr Mahathir berbanding sekarang di bawah Najib.

Ah Beng: 47 peratus warga Malaysa terlalu bertolak ansur atau buta terhadap pembaziran kerajaan. Itulah sebabnya mengapa BN masih memerintah negara.

Chtung: Saya bukan peminat Mahathir. Namun di sebalik pembaziran dan kesilapannya, Malaysia melalui era kebanggaan dan keyakinan ekonomi sehingga 1997. Dan tidak boleh dinafikan yang hanya beliau pada masa ini yang ada kemampuan, keberanian dan pengaruh untuk mendesak Najib letak jawatan. Sebagai warga prihatin, kita juga patut berani untuk mengakui bahawa kepimpinan hari ini sedang membawa negara kepada kehancuran kewangan. Sudah tiba masanya kita terpaksa berpihak kepada individu yang memang kita kenal itu demi kebaikan yang lebih besar dan masa depan anak-anak kita.

P.44: “Salam pengundi perlu permit?”

SimKUBANG SEMANG, 27 APR: PKR mempertikaikan tindakan Polis dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) keterlaluan mengganggu kempen pilihan raya sehingga program ceramah kelompok memerlukan permit.
Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin mengulas tindakan polis mengambil keterangan beberapa individu terbabit dalam ceramah kelompok diadakan parti itu.
“Tolong jangan keterlaluan. Kita beri amaran. Saya hendak tanya polis, adakah kita salam dengan pengundi juga mahu permit?,” soalnya.
Sebelum ini, Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon mendakwa beberapa petugas parti dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dipanggil disoal siasat polis atas sebab tidak diketahui.
Sim berkata ketika dulu, Pilihan Raya tidak pernah mempunyai sebarang sekatan selagi tidak menyalahi undang-undang.
“Ceramah kelompok juga tidak perlukan permit. Biar pilihan raya ini berjalan dengan demokrasi.
“Biar rakyat buat keputusan. Jangan sekat mereka untuk dapatkan maklumat,” katanya dalam sidang media di sini.
Difahamkan, seorang pemilik kedai kopi dan jirannya dipanggil polis selepas parti itu mengadakan ceramah di situ.
Polis juga, dakwanya, mencari beberapa pihak lagi.
“Sukarelawan kami dipanggil dengan panggilan meminta mereka ke balai polis untuk memberikan kenyataan.
“Sekarang ini masa berkempen, kita diberi kebenaran buat ceramah atau jumpa pemilih di mana-mana, di tempat awam atau di kedai kopi,” kata Lee yang turut hadir dalam sidang media itu.

P.44: Mei Fun jangan pandang rendah pada wanita


PERMATANG PAUH: Ketua Wanita DAP, Chong Eng menggesa Datin Paduka Chew Mei Fun supaya jangan memandang remeh kepada golongan wanita.

Katanya, kalau Mei Fun yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak faham peranan wanita bagaimana hendak memperjuangkan hak wanita di negara ini.

Beliau turut mendesak Naib Presiden MCA itu memohon maaf kerana menggelarkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai suri rumah.

Menurutnya, Wan Azizah bukan sahaja sebagai suri rumah tetapi pakar mata dan berjaya   memimpin PKR lebih 17 tahun.

“Beliau juga ketua pembangkang wanita pertama di negara ini,” katanya pada sidang media di Penanti, hari ini.

P.91: Rompin, udang galah sepit biru yang tak terlalu biru

Oleh DR AZMAN IBRAHIM
Mengetuai Kontinjen PAS Setiu bertugas membantu kempen PRK Rompin merupakan tugasan rasmi pertama yang saya laksanakan setelah diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Setiu kali ke-37 pada 18 April lepas.

Jentera PAS Setiu ini hadir ke Rompin dengan kekuatan 20 anggota terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Muslimat, Ameerah, petugas IT, petugas bilik gerakan serta termasuk juga petugas keselamatan.

Lokasinya di UPU Kuala Rompin, UPU Bandar Rompin dan UPU Sungai Puteri dalam Dun Tioman. Lain padang lain belalang, lain orang lain pendekatan.  Pekan Rompin yang terkenal dengan udang galah sepit biru ternyata sebenarnya ‘tak terlalu biru’ masyarakatnya. Antara buktinya, Walaupun calon PAS tewas dengan majoriti melebihi 15 ribu undi di Parlimen Rompin dalam PRU 13 yang lepas tetapi PAS masih mampu memenangi undi majoriti di UPU Bandar Rompin.

Pagi ini ketika mengadakan himpunan flash mob di simpang lampu isyarat utama di tengah-tengah Bandar Rompin dengan GST menjadi tema utama flash mob, saya memerhatikan sebahagian besar pemandu mengangkat tangan dan membunyikan hon tanda setuju. Ia sebenarnya satu isyarat sokongan secara halus yang sebenarnya  mampu diterjemahkan dalam bentuk undi pada hari mengundi  5 Mei nanti.

P.91: Penjawat awam antara 2 suspek ditahan terbabit serang bilik gerakan PAS

Seorang penjawat awam antara dua suspek ditahan polis berikutan kes serangan terhadap petugas Bilik Gerakan PAS di Rompin, awal pagi semalam.
Kedua-dua suspek itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu petang semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata suspek yang berumur 41 dan 46 tahun itu, disah positif ganja selepas saringan ujian air kencing dilakukan terhadap kedua-dua mereka.

Polis kini sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman mereka bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media di Rompin hari ini. "Berdasarkan maklumat yang diterima suspek telah membuat huru-hara di Bilik Gerakan PAS Bandar Rompin yang disusuli dengan pergaduhan kecil.
"Salah seorang daripada suspek merupakan seorang kakitangan awam manakala seorang lagi bekerja sendiri dan kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek berkenaan mulai hari ini," katanya.
Sharifuddin berkata, motif kejadian dipercayai khayal dan kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata, pihak polis juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai penglibatan anggotanya dalam kejadian itu.

Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad: Chedet Gesa Batal Segera GST. Bebankan Rakyat!

Jurucakap NO.1 GST Malaysia, Ahmad Maslan yang sekarang ini cukup sibuk dengan aktiviti penerangannya ke seluruh Malaysia terhadap, keindahan, kebaikan, kecekapan dan segala macam yang baik-baik tentang pelaksanaan GST Malaysia yang dibuat sekarang ini menemplak mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang mencadangkan supaya batal GST Malaysia dihentikan pada masa sekarang ini.
batal gst
Ini kerana Ahmad Maslan merasakan Tun Dr Mahathir masih lagi kabur dan tidak faham pelaksanaan GST Malaysia ini.

Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad ISU GST Malaysia 6% : Mahathir Tidak Faham?

“Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan batal GST?,”
Hebat. Kepada Ahmad Maslan, Berita Semasa ada persoalan seperti di bawah ini :
  • kenapa reload sekarang sudah naik harga?
  • kenapa dahulu bil internet dan segala benda naik harga?
  • padahal dahulu SST 10% harga reload RM10 bil RM199
  • GST datang reload jadi RM10.60 bil internet jadi RM210.9?
Di manakah penjimatan dan harga rendah yang dicanang oleh anda, wahai Ahmad Maslan? Yang rakyat paham sekarang, mereka bayar lebih?

P/S : Jikalau dahulu, kejatuhan empayar Melaka berpunca antaranya lain disebabkan sikap “tin kosong“, pembodek dan pengampu seperti Raja Mendeliar dan si Kitul. Rakyat Malaysia tidak sanggup menerima jelamaan Raja Mendeliar dan si Kitul buat kali kedua.

PP/S : Seorang pemimpin tidak boleh guna teori dalam buku semata tanpa perhatikan realiti pelaksanaan di lapangan bagaimana.

Cubaan Syarikat Jho Low Beli Hotel di London Bernilai Lebih 900 Juta Pound Sterling Dapat Sokongan 1MDB?

Jikalau disemak pada laporan Berita Astro Awani yang bertarikh 16 Mac 2015, laporan berita Astro Awani menyatakan yang mana Perdana Menteri kita sama sekali menyangkal dakwaan liar yang mengatakan figura yang cukup popular dengan skandal 1MDB ini, Jho Low sama sekali tiada kaitan dengan 1MDB pada ketika Datuk Seri Najib menjawab soalan di Dewan Rakyat.
jho low 1mdb

Persoalannya di manakah kebenarannya? Semakan Berita Semasa terhadap transkrip yang keluar dari Mahkamah di Britain menunjukkan secara jelas di sini struktur kertas penghakiman kes Patrick McKKillen v Misland(Cyprus) Investments Ltd dan 10 yang lain di London seperti lampiran yang telah Berita Semasa kongsikan di bahagian atas.
Ia menunjukkan Jho Low ada “hubungan” dengan 1MDB mellaui syarikat Wynton dan tawaran yang dibuat Jho Low mendapat sokongan dari kerajaan 1MDB dan kerajaan Malaysia untuk beli 3 buah hotel di London dengan nilai lebih 900 juta pound sterling.

Tetapi dalam pada masa yang sama Najib Razak mengatakan JHo Low tiada kaitan dengan 1MDB?

P/S : Ingat lagi sejarah Nero bermain biola semasa Rom terbakar? Ataupun Marie Antaoinette yang gila kemewahan dicincang oleh rakyat Perancis? King Louis XVI? Berhati-hati.

P/S : Mengapa Datuk Seri Najib tidak menggunakan peluang ketika siaran rakaman penjelasan isu semasa di malaysia yang berbangkit untuk menyentuh dan memberikan penjelasan melibatkan isu ini? Rakyat tidak berminat mahu tahu anda bersumpah atau tidak, jambatan bengkok atau tidak.

Perlembagaan: Permohonan Rafizi didengar 15 Mei

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 15 Mei depan untuk mendengar permohonan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bagi merujuk tiga persoalan Perlembagaan berhubung pertuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi.

Hakim, Rozina Ayob menetapkan tarikh itu setelah menolak bantahan lisan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

“Pihak pendakwaan perlu memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan itu secepat mungkin,” katanya.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR memfailkan permohonan tersebut mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bersama kerani bank, Johari Mohamad pada 20 April lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nazrul Nizam Mohd Zameri mengemukakan bantahan awal atas alasan tindakan kedua-dua tertuduh memfailkan permohonan itu bertujuan untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes Bafia.

“Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan dan Bafia dimansuhkan pada 29 Jun 2013 serta permohonan untuk mengetepikan pertuduhan telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan 6 April lalu,” katanya.

Menurutnya, pembelaan hanya memfailkan permohonan untuk merujuk isu perlembagaan ini hanya dibuat minggu lalu iaitu 20 April.

Zaid: Ku Li yang kamu perlu, Mahathir

Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan calon terbaik untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Bekas menteri undang-undang itu berkata Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua belum tentu akan melaksanakan pembaharuan dan membatalkan apa yang dilaksanakan Najib dalam tahun-tahun terakhir ini.

Zaid (kanan) berkata Muhyiddin mungkin tidak akan mendedahkan segala-galanya berkaitan isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan menghukum pihak yang bersalah tidak kira siapa.

“Ini sebabnya kenapa saya percaya Mahathir mahu pemimpin lebih baik dan lebih bertanggungjawab pada tahun-tahun akan datang—dan pada masa sama menamatkan wabak rasuah dan meningkatkan kualiti instituti awam—pilihan pengganti harus tidak lain tidak bukan Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya.

Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, seperti Mahathir, seorang veteran Umno.

Razaleigh pernah berkhidmat sebagai bekas menteri kewangan ketika era pentadbiran Mahathir.

Beliau mencabar Mahathir sebagai presiden Umno pada 1987 tetapi tewas tipis.

Umno bakal berdepan tsunami Melayu, kata Zam


‘Ahmad Maslan lebih bijak dari Mahathir’ - ZAM


Pusingan 2 menanti Mahathir-Najib

Seperti dijangka, Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan fasa kedua kempennya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui siri jelajah.

Bukan lagi di blog, ia sudah bermula Sabtu lalu di sebuah dewan di Hulu Kelang yang menyaksikan 500 orang hadir dan laungan “Undur Najib” dilaungkan.

Berdasarkan latar belakang Mahathir, serangan terhadap Najib kelihatan tidak akan berhenti sehingga tujuannya tercapai.

Asakan itu memaksa Najib menjawab perkara itu dalam wawancara rakaman di kaca televisyen pada 9 April, seminggu selepas Mahathir bersikap lebih lantang dan keras.

Beliau bagaimanapun tidak terus menerus menepis Mahathir secara langsung, tetapi memilih nada lebih lembut seperti berkata beliau tidak keseorangan dan meminta peluang daripada “orang tua”.

Bagaimanapun, kerja-kerja perang saraf itu kelihatan dilakukan oleh laman pro-Umno seperti MYKMU yang mengambil tugas itu.

Esok, Najib dijadual tampil sekali di kaca televisyen untuk bercakap soal Program Transformasi Negara dan Program Transformasi Ekonomi.

PAS berpecah selepas ‘ustaz muda’ mahu kuasai parti, kata bekas naib presiden

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang berucap dalam satu forum di Ampang, Selangor, malam tadi. Beliau berkata kumpulan ulama muda dalam parti menentang kuat kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat  kerana tidak sedar kejayaan parti sebenarnya hasil daripada kerjasama dengan PKR dan DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 27 April, 2015.  
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang berucap dalam satu forum di Ampang, Selangor, malam tadi. Beliau berkata kumpulan ulama muda dalam parti menentang kuat kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat kerana tidak sedar kejayaan parti sebenarnya hasil daripada kerjasama dengan PKR dan DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 27 April, 2015. 

 Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan kemunculan kumpulan ulama muda bercita-cita tinggi dan mahu menguasai sepenuhnya parti Islam itu sebagai punca kepada kemelut yang melanda pada ketika ini.
Ahmad yang sudah mendapat cukup pencalonan untuk melawan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, kumpulan tersebut merasakan mereka sepatutnya menguasai parti selepas berada dalam keadaan kukuh hasil kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP.
"Jadi maknanya, punca kepada perkara ini antaranya ada golongan terbaru ini (ulama muda), kerana mereka sekarang merasakan mereka yang sepatutnya patut menguasai parti sebab PAS sudah ke depan dan berada di persada politik tanah air," katanya dalam satu forum yang diadakan di Ampang, Selangor malam tadi. Beliau turut merasmikan buku "Melakar Agenda", tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir dalam forum tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang Saari Sungib. Menurut Ahmad, kumpulan ini  juga menentang kuat kerjasama PAS dengan PR  kerana mereka mungkin tidak sedar kejayaan parti sebenarnya hasil daripada kerjasama dengan PKR dan DAP.
"Mereka ini mendapat nikmat hasil kemenangan Pakatan tapi bagi saya mereka ini terlupa kemenangan ini sebab ada Pakatan," katanya.
Memberikan contoh kemenangan PAS di Selangor, Ahmad berkata mustahil untuk parti Islam itu menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika tanpa kerjasama PR.
"Kalau PAS sahaja bertanding secara sendirian saya tidak percaya PAS boleh dapat 15 DUN di Selangor ini," katanya.
Beliau juga mengkritik kumpulan ulama muda ini yang disifatkannya lupa daratan kerana tanpa PR, kejayaan PAS tidak mungkin akan berjaya seperti sekarang.
"Kalau masa tidak ada peluang menang dahulu, ustaz-ustaz ini kalau ditawar jadi calon pun, belum pasti sanggup bertanding.
"Sekarang ini, masing-masing nak jadi calon pasal nikmat, berebut nak pegang jawatan di peringkat kawasan dan negeri," katanya.
Ahmad juga mempersoalkan kumpulan ulama muda kerana mudah memberi label seperti liberal atau sekular kepada individu tertentu walhal mereka tidak pernah memahami istilah pengorbanan yang terpaksa dihadapi pemimpin PAS sebelum dapat mengecap kejayaan sekarang ini.

Krisis Najib-Dr M dirasai hingga luar Umno, kata Musa Hitam

Umno kini hilang arah dan tujuan ketika menerima serangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak, kata bekas timbalan perdana menteri.

Tun Musa Hitam, yang menjadi timbalan semasa kepimpinan Dr Mahathir pada tahun 1981 hingga 1986 berkata, ada "ledakan" berlaku dalam parti, lapor The Star. "Ada satu 'rasa ngeri akibat hilang arah di negara ini yang dirasai semua," katanya dipetik akhbar tempatan berbahasa Inggeris itu.

"Satu-satunya perkara yang anda dengar sekarang ialah seorang cuba menjatuhkan yang lain. Rakyat kini hilang arah (dalam parti)."

Dr Mahathir kebelakangan ini sering mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka, apabila mengatakan perdana menteri itu tidak layak memerintah negara kerana mempunyai banyak masalah seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu dan dasar tidak popular cukai barangan dan perkhidmatan (GST ).

Beliau juga mengecam "kehidupan mewah" Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terkini mengenai keraian perkahwinan anak perempuan mereka, Nooryana Najwa. Dr Mahathir juga berkata, Umno akan berisiko kalah semasa pilihan raya umum akan datang jika Najib masih dikekalkan.

Beliau juga berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menjadi perdana menteri lebih baik daripada Najib kerana beliau tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Menurut The Star, Musa berkata pertikaian antara Dr Mahathir dan Najib menimbulkan perselisihan dalaman Umno yang "tidak sihat dan mengelirukan".

Lagi berita buruk untuk rakyat, tarif air mungkin dinaikkan

oleh Candy Jiang
Hari-hari rakyat Malaysia menikmati bekalan air murah mungkin akan berakhir tidak lama lagi
Rakyat Malaysia mungkin terpaksa memikirkan kembali cara mereka menggunakan air dan berapa banyak yang mereka mampu bayar di masa hadapan, semuanya kerana pengumuman terbaru tentang kemungkinan tarif air akan dinaikkan.

Laporan daripada The Star baru-baru ini mengesahkan yang kemungkinan kenaikan tarif air dan memetik Ketua Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Mohd Ridhuan Ismail yang memberikan sebab kepada kenaikan yang mungkin akan berlaku kerana tarif kini hanya cukup untuk membayar kos operasi operator.
Operator kerugian apabila keuntungan yang diperolehi daripada tarif sedia ada tidak mencukupi untuk menangung kos operasi, dan lebih penting lagi, kerja-kerja tambahan susulan.
Kos ganti peralatan usang, terutama sekali paip air lama dan bocor, kosnya mencecah setengah juta ringgit untuk menganti paip simen-asbestos bekalan air sejauh hanya 1 km.
Menurut Persatuan Air Malaysia (MWA), terdapat 44,000km paip lama yang perlu diganti. Berdasarkan pengiraan semasa, kos setinggi RM 22 juta diperlukan untuk proses penggantian.
Lebih teruk lagi, Presiden MWA Syed Mohamad Adnan Alhabshi berkata yang industri air secara keseluruhannya telah kerugian sejak 2011, dan sehingga 2013 kerugian yang dicatatkan ialah sebanyak RM 429.7 milion.

MPSP sudah berjaya, kini giliran P Pinang pula

oleh Ng Kee Seng
Benar! Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) hari ini sudah jauh berbeza berbanding di bawah kerajaan Gerakan-BN Pulau Pinang suatu ketika dahulu.
Di bawah pentadbiran DAP-Pakatan, MPSP berubah daripada sebuah entiti merugikan menjadi pihak berkuasa tempatan yang cekap. Ini semua berlaku hanya dalam masa tujuh tahun, selepas 2008.
Anda masih ingat ketika MPSP menjadi buah mulut ramai, ekoran menghabiskan RM700,000 untuk membeli bunga demi mencantikkan penjabatnya di Bandar Perda?
Kini, tiada lagi hal-hal seumpama itu. MPSP kini memang menjadi pihak pembekal perkhidmatan dan pembangunan perbandaran?
Dan MPSP juga memang bertindak dengan penuh profesional, sehingga ia telah mencapai banyak perkara yang belum dimulakan oleh majlis perbandaran lain.
Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di pejabat MPSP 17 April lalu mengumumkan bahawa MPSP telah menerima pengesahan penyenaraian dalam “Malaysia Book of Record” sebagai pihak berkuasa tempatan pertama yang menerima lima sijil sistem pengurusan kualiti.
Mereka adalah:
  1. Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
  2. Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 9001:2008 (QMS)
  3. Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Kerja OHSAS 19001-2007 (OSHMS)
  4. Sistem Pengurusan Kuasa ISO 50001:2011 (EnMS) 
  5. Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar 5S (QEMS) Lim mengucapkan tahniah kepada pengurusan dan kakitangan MPSP di atas usaha bersama mereka untuk mencapai tahap perkhidmatan yang bermutu.
Katanya, MPSP juga mendapat pengiktirafan antarabangsa berikutan satu perjanjian persefahaman (MoU) tentang pertukaran teknologi dan dasar alam sekitar dengan pihak berkuasa kota raya Seoul, Korea Selatan pada 9 April lalu.

‘Orang penting’ Jho Low di Aabar digugurkan jawatan

Individu penting kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho dalam syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, Aabar Investments, dilaporkan kini kehilangan jawatannya apabila beliau tidak lagi memegang beberapa jawatan tertinggi dalam syarikat tersebut, lapor portal Sarawak Report.

Khadem al Qubaisi, lapor portal berkenaan, merupakan "orang penting" kepada ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low itu dan digugurkan daripada majoriti jawatan yang disandangnya. Al Qubaisi lapor Sarawak Report merupakan ketua eksekutif dan anggota Lembaga Pengarah International Petroleum Investment Company (IPIC), dan pengerusi syarikat subsidiarinya Aabar Investments

 "Sebelum ini, al Qubaisi adalah salah seorang eksekutif awam paling kanan di negara Arab itu," kata portal Sarawak Report. Portal itu bagaimanapun melaporkan pada Rabu, al Qubaisi secara tiba-tiba meletak jawatan sebagai Pengerusi IPIC, dan beberapa hari sebelum itu dilaporkan meletak jawatan sebagai pengerusi Arabtec.

"Kemudian pada Khamis, dilaporkan al Qubaisi juga disingkirkan daripada jawatan pengerusi Aabar Properties, yang merupakan anak syarikat kepada Aabar Investments, syarikat yang terlibat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jho Low," kata Sarawak Report. Sarawak Report sebelum ini pernah melaporkan, pembayaran sejumlah AS$20 juta daripada syarikat Good Star Limited milik Jho Low dipindahkan kepada akaun bank peribadi milik al Qubaisi di Luxembourg.

 "Dan kami mempersoalkan pembayaran itu dalam konteks rundingan Aabar Investments dengan 1MDB, yang mana dikritik secara meluas kerana tidak memihak kepada syarikat Malaysia itu, mengakibatkan kerugian jutaan dolar, yang mana masih gagal dikesan."

Kalau anda mahukan perubahan, mula dengan perempuan

oleh Mariam Mokhtar
Lelaki Malaysia suka melemparkan tuduhan melulu kepada perempuan. Minggu lepas, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin untuk memantau perangai isteri mereka. Dia meletakan coretan di akaun Facebooknya, kata-katanya, “wanita dan pengaruhnya terhadap lelaki.”
Katanya, “di beberapa negara, kelakuan wanita yang membawa gelaran ‘wanita pertama’ boleh memusnahkan kerjaya dan masa depan politik pemimpin dunia.”
Kritikan Asri ditujukan kepada pasangan tertentu, tetapi mesejnya seksis. Kenapa salahkan wanita kerana kesilapan lelaki, tidak kisahlah betapa keji dan teruknya perangai perempuan tersebut? Kenapa salahkan isteri kalau suami yang kurang moral, tiada integriti dan lemah?
Adakah Asri akan suka kalau perempuan membincangkan tentang lelaki, dalam nada menghina yang sama, tentang “lelaki dan permintaannya kepada perempuan’?  Rungutan biasa lelaki, “saya kawan sebab nak seks, tapi dia asyik mintak kahwin.”
Malaysia ialah masyarakat patriaki. Perdana Menteri Najib Razak meletakkan 30 peratus kuota untuk perempuan dalam kerajaan, dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Menteri Wanita, Komuniti dan Hal Ehwal Keluarga. Walaupun ada jaminan kesaksamaan jantina, lelaki masih merupakan tuan kepada wanita.
Awal bulan ini, Ahli Parlimen Baling daripada Umno Baru Abdul Azeez Abdul Rahim, merungut tentang “MP bocor” yang melawat masjid dalam kawasan mereka, merujuk kepada ahli parlimen barisan pembangkang, yang sedang dalam haid. Dia dipaksa meminta maaf dan menarik balik kenyataannya, sama seperti yang berlaku kepada rakan sejawatnya, Ahli Parlimen Kinabatangan Moktar Radin beberapa tahun lepas, yang mengeluarkan kenyataan seksis yang sama terhadap ahli parlimen wanita pembangkang.

Qazaf: Serah telefon jika mahu masuk mahkamah

Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah tindakan petugas Jabatan Penjara yang menuntutnya menyerahkan telefon bimbit sebelum bertemu dengan tahanan terbabit.

Rafie Mohd Shafie (gambar) menyatakan bantahan tegasnya di depan hakim ketika perbicaraan di Mahkamah Rayuan Syariah hari ini.

Adakah mahkamah mendapat arahan daripada Jabatan Penjara? Sedangkan mahkamah sivil pun tidak mengenakan syarat begini," katanya.

Menurut Rafie, dia mahu bertemu anak guamnya di mahkamah tetapi dikenakan syarat begitu.

"Mana tahu mereka mungkin meletakkan sesuatu dalam telefon saya," katanya.

Ekoran sekatan itu, kata Rafie, dia gagal bertemu Anwar seperti yang diharapkan.

Hakim Datuk Mahammad Ibrahim mencatatkan bantahan itu tetapi tidak membuat sebarang keputusan.

Pegawai mahkamah dan polis juga melarang wartawan serta orang awam membawa telefon bimbit masing-masing masuk ke dewan perbicaraan.

Bagaimanapun wartawan enggan mengikut arahan itu kerana alat berkenaan diperlukan bagi mereka menjalankan tugas.

Rafie mewakili Anwar dalam perbicaraan qazaf hari ini.

Pick Ku Li, not Muhyiddin, Ariff Sabri tells Dr M

Don't choose the best of the worst to replace Najib, says the Raub MP.
kuli muhyiddin ariff sabri
PETALING JAYA: Raub MP Ariff Sabri has pleaded with former premier Mahathir Mohamad not to pick “the best among the worst” as replacement for Prime Minister Najib Abdul Razak.
In his latest blog entry, Ariff expresses fear that Mahathir may endorse Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin or anyone else from the current hierachy of Umno leaders. He says the best person from Umno to take the Prime Minister’s job is party veteran Tengku Razaleigh Hamzah.
Referring to the DPM’s tenure as Johor Menteri Besar and reports alleging that he sold plenty of land to Chinese businessmen, he says Muhyiddin has left a record that is not much better than Najib’s.
“He smells nice because he hasn’t become PM. His wife smells nice because she’s not yet a PM’s wife.”
Ariff cautions his readers against being “mesmerised” by Mahathir.
“Mahathir is not showing us a way out if he endorses Muhyiddin,” he says. “If he wants to save Malaysia, he must propose a leader who has integrity and who commands the respect of the many. Unfortunately, although there is such a person in Umno, it looks as if he is deeply hated by Mahathir. If he truly wants to save Malaysia, Mahathir should endorse Tengku Razaleigh Hamzah. He may not be in the Umno leadership hierarchy, but extraordinary situations call for extraordinary measures.
“I believe Tengku Razaleigh can restructure the governance of Malaysia with the kind of inclusive politics that the opposition parties will commit themselves to.”
Ariff sees “no way” in which Barisan Nasional can govern Malaysia. “All the BN parties have lost their credibility,” he says. “Umno does not have the trust of the Malays. The Chinese have rejected MCA. Indian support for Indian leaders in DAP is greater than their support for the MIC Indians. This is the truth. Like it or not, learn to accept it.”

Is Mahathir alone? Is Najib not lonely?

Veteran journalist A Kadir Jasin suggests that rumblings behind the scenes may be taking place in a bid to oust Najib.
mahathir najib kadir
KUALA LUMPUR: Veteran journalist A Kadir Jasin took a swipe at Prime Minister Najib Razak today suggesting that while former Prime Minister Dr Mahathir Mohamed may not be as “alone” as he thinks, Najib may turn out to be more “lonely” than he imagines.
The play on words arose after Mahathir wrote, “I realise that I am alone,” when questioning the truth in relation to 1MDB and the murder of Altantuya Shaariibuu.
In an apparent response, Najib was quoted by The Star as telling the Invest Malaysia conference last week, “Well, I can tell you that I don’t feel lonely standing here in front of you today,” claiming that he was in good company among “international bodies, individuals and institutions” who have “honoured [Malaysia] by rating us so highly.”
The former New Straits Times editor-in-chief suggests that Najib may have got his terminology mixed up.
“I have no clue where the Prime Minister got this idea that people think he was lonely. Instead most Malaysians know just how merry and jolly their PM is,” he writes. On the other hand, he says, “Dr Mahathir did not say he was lonely. He said he was alone.”
He then claims that Najib cannot be lonely, citing the following as reasons:
  • Wife Rosmah Mansor and he had led a “glittering wedding party” of 300 merrymakers to his daughter’s wedding reception in Kazakhstan, according to Dr Mahathir.
  • 160 Umno divisional chiefs had pledged their unequivocal support for him. “The Umno Youth had held him up so high that he could see eternity,” Kadir writes, while “Wanita Umno wildly waved the ‘I love PM’ banners and sang ‘1M4U’”.
  • He has not yet been abandoned by his “armies of advisers, consultants, special officers and hangers-on,” although Kadir claims they may be playing “kayu tiga” with him (two-timing him).
  • The mainstream media continues singing his praises and maligning his critics.
However, Kadir writes that Najib’s claim at the Invest Malaysia conference actually rings hollow since “The rich are getting richer and the poor are getting nowhere but backward. Even some in the lower middle class are falling off the ledge.”

Malaysia bankrap jika Umno abai amaran Dr M tentang 1MDB, kata bekas naib presiden

Tan Sri Muhammad Muhd Taib membayangkan kesan buruk sehingga negara berdepan situasi "bankrap" sekiranya Umno masih mengabaikan amaran yang dilontarkan Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas naib presiden Umno itu berkata, sekiranya ahli parti Melayu itu masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang sudah hilang upaya dan disifatkan tamak, tidak mustahil negara akan berdepan satu tahap sehingga bankrap.

"Kalau ahli Umno masih beri sokongan kepada pemimpin yang sudah hilang upaya dan bersikap tamak, tamak yang sangat luar biasa, kalau macam ini negara boleh ke satu tahap akan bankrap," kata bekas menteri besar Selangor itu dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider semalam.

Muhammad di antara bekas pemimpin Umno yang turut hadir dalam forum Bicara Negarawan bersama Dr Mahathir yang diadakan pada Sabtu lepas di Kelab K, Taman Melawati, Selangor. Selain itu, turut kelihatan hadir ialah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim. Kritikan Dr Mahathir terhadap Najib memperlihatkan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu bimbang dan kecewa melihatkan seorang pemimpin negara akan merosakkan negara sendiri, kata Muhammad.

"Kita tak tahu apa yang ada dalam pemikiran Dr Mahathir tapi beliau berasa amat kecewa apabila ada pemimpin yang dianggap boleh merosakkan negara.... apabila negara rosak, rakyat akan mendapat suatu kedudukan tak baik nanti," kata Muhammad apabila ditanya mengenai pendirian Dr Mahathir yang lantang mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ketika ini.

Pemimpin kanan Umno mula bergerak menentang 1MDB

Beberapa pemimpin Umno mula menyebarkan maklumat mengenai syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mengelakkan berlaku lebih banyak kerosakan terhadap kewangan kerajaan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini.

Melalui blog miliknya, bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati baru-baru ini dokumen 1MDB dilihat pemimpin Umno yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan maklumatnya dikongsi untuk cuba membersihkan imej syarikat tersebut. "Saya terkejut apabila beberapa hari lalu, beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk menteri, yang sebelum ini menyokong perdana menteri, memberitahu saya kisah berbeza.

"Seorang daripada mereka berkata, pernah melihat dan meneliti dokumen 1MDB, serta berkongsi maklumat itu dengan anggota parti untuk memastikan tiada lagi kerosakan dilakukan kepada kewangan kerajaan dan mereka yang bersalah akan dipertanggungjawabkan," kata

Kadir dalam blog miliknya, kadirjasin.blogspot.com. Beliau berkata demikian sebagai tanda, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersendirian dalam cubaannya untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

Dr Mahathir semakin kerap menyerang Najib, selain membangkitkan isu 1MDB yang kini dibebani sejumlah RM42 bilion hutang, beliau turut membangkitkan isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Melalui blognya, Kadir turut berkata, 1MDB seharusnya berpeluang memberikan penerangan berkenaan perjanjian perdagangannya ketika pertemuan pelabur di ibu negara baru-baru ini, namun syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri.

Husam cadang usul undi tidak percaya Najib ekoran skandal 1MDB

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan satu usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat penghujung Mei nanti bagi mempertikaikan cara beliau mengendalikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Langkah ini perlu kerana isu 1MDB bukan isu Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja, yang usianya mungkin sudah tidak lama berbaki, tetapi melibatkan semua rakyat Malaysia, katanya dalam satu kenyataan hari ini. "1MDB melibatkan kita semua dan anak cucu kita lebih daripada melibatkan Dr Mahathir," kata Husam, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan yang menegaskan 1MDB ialah isu terbesar negara waktu ini.

 "Sekalipun Dr Mahathir acap kali menyebut jumlah hutang 1MDB adalah RM42 bilion, namun berdasarkan penyata kewangan 1MDB pada 2014, jumlah tanggungan 1MDB mencecah RM48.96 bilion termasuk hutang RM45.38 bilion dan cukai tertunggak RM2.3 bilion.

"Bermakna, hutang 1MDB berkembang lebih besar daripada apa yang disebut oleh Dr Mahathir sebenarnya," kata Husam, salah seorang ahli ekonomi daripada parti Islam itu. Dalam usianya baru berumur empat tahun, kata Husam, 1MDB mencipta tanggungan negara yang begitu besar.

Boikot: Tindakan disiplin pada ketua pemuda PAS PP

Tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang bertegas memboikot gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat kerana ia bercanggah dengan pendirian jawatankuasa pusatnya untuk membantu PKR.

“Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa Pusat PAS terhadap ketua pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” kata Mohamad.

Pemuda PAS Pulau Pinang semalam dilapor bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah Pemuda PKR (AMK) negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah presiden mereka.

Mohd Yusni berkata tindakan itu akan diambil setelah tamat tempoh diberi sehingga kelmarin, lapor Bernama.

Justeru, katanya, Pemuda PAS negeri tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

P.44: Pengundi 100 tahun kenang jasa Anwar

Di usia melebihi satu abad, "Chu Il" mahu terus mengundi.

Dan dia mahu terus mengundi dengan mengenang jasa-jasa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan.

"Saya suka Anwar kerana dia murah hati. Tak ada masjid, dia buat.

“Duit tak ada, dia bagi," kata Chu Il atau nama sebenarnya Ismail Md Aris.

Ismail, 102, antara pengundi paling tua di Permatang Pauh.

Beliau berkata semasa Anwar menjadi wakil rakyat kawasan tersebut, bekas ketua pembangkang pernah memberi sumbangan basikal kepadanya.

"Dia ada bagi basikal dulu," kata lelaki kepada lapan orang anak itu semasa ditemui pemberita di tapak pasar malam Kampung Mengkuang, Permatang Pauh.

Selain itu, Ismail yang menetap di Kampung Mengkuang selama 76 tahun sejak 1939 turut berharap PKR dapat mengekalkan kemenangan situ.

Sementara itu, seorang peniaga, Ayob Awang, berkata akan mengundi PKR sebagai tanda protes terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mengundang keluhan ramai.

"Kita ini bukan orang senang sangat. Kalau boleh kekalkan (PKR) senang," katanya.

Ditanya adakah penduduk Permatang Pauh mahukan perubahan pembangunan di kawasan itu, Ayob berkata perkara tersebut bukan keutamaan.

Katanya, apa yang paling penting ialah kebajikan rakyat.

"Pembangunan ini bukan tak penting tapi yang paling penting kebajikan masyarakat," katanya.

Bagi Zainol Sirul, 68, pula, walaupun Pakatan kini dilanda pelbagai isu, sokongan mereka terhadap gabungan itu tidak berubah.

"Tidak akan berubah (sokongan terhadap Pakatan). Saya akan sokong PKR.

"Saya baca akhbar masalah (dalam Pakatan) dah selesai dah. Biarlah, apapun saya akan sokong Pakatan," katanya.

P.44: Pulau Pinang isytihar 7 Mei cuti umum

Pulau Pinang mengumumkan 7 Mei ini sebagai hari cuti umum bagi negeri itu sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, keputusan itu diambil oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi membolehkan proses pembuangan undi berjalan lancar.

"Kami berharap pihak majikan mengambil perhatian mengenai keputusan ini. Jika mereka tidak mengikutinya, saya berharap pihak yang berkenaan, terutama di sektor swasta membenarkan kakitangan mereka mengundi," katanya di sidang media hari ini.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh dijalankan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan kelayakannya sebagai ahli parlimen ekoran sabitan di mahkamah.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  dinamakan sebagai calon Pakatan Rakyat dan berdepan cabaran daripada tiga calon lain, masing-masing  Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak.

Lim berkata, kerajaan negeri berharap semua pengundi Permatang Pauh yang berada di luar kawasan dapat pulang untuk mengundi.
Katanya dianggarkan sekurang-kurangnya 6,000 daripada 70,000 pengundi berdaftar di Pemratang Pauh tinggal di luar kawasan.

"Kegagalan mereka untuk pulang mungkin memberi kesan kepada sokongan untu calon Pakatan," katanya.

P.44: Petugas PAS Selangor ke Permatang Pauh

PAS Selangor memutuskan untuk menghantar petugas parti itu ke Permatang Pauh untuk membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen itu 7 Mei ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, keputusan itu diambil selepas beliau berbincang dengan setiausaha agung parti berkenaan, Datuk Mustafa Ali.

Kata Iskandar, PAS Pusat memutuskan negeri-negeri di utara membantu gerak kerja pilihan raya kecil Permatang Pauh, manakala negeri di selatan bertugas di Rompin.

Namun, katanya, atas semangat setiakawan, PAS Selangor berbincang dengan Mustafa dan memohon agar dibenarkan menghantar petugas ke Permatag Pauh.

"Beliau bersetuju dengan permohonan kami. Justeru PAS Selangor akan turut membantu pilihan raya kecil di Permatang Pauh," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bilangan petugas yang dihantar ke Permatang Pauh, kata Iskandar, akan ditentukan Pengarah Piliharaya PAS Selangor, Mohd Haslin Hasan.
"Bagaimanapun fokus PAS Selangor masih kepada Rompin," katanya.

P.44: Kerjasama jentera PKR & PAS baik pastikan kemenangan

CDZ9frjUUAAVnAcKUBANG SEMANG, 27 APR: PKR mendapat kerjasama baik dengan PAS Pusat dalam menggerakkan jentera parti itu bagi membantu kempen PRK Permatang Pauh.
Pengarah Pilihan Raya Negeri, Datuk Mansor Othman berkata kerjasama dalam proses kempen dilihat saling bergabung biarpun pelbagai impak negatif dibangkitkan oleh media.
“Bagi kita di semua peringkat yakin yang hasil pencapaian dari rundingan berterusan mencapai kata sepakat.
“Bagi kita ia tidak akan menjadi isu dalam mencapai kemenangan,” katanya dalam sidang media di Yayasan Aman, di sini.
Mansor berkata jentera PAS banyak membantu menggerakkan kempen di PRK di setiap program dijalankan.
“Dalam taklimat khas kepada kira-kira 300 petugas PAS yang turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Datuk Dr Mujahid Rawa, mereka membantu jentera kita bagi memastikan calon menang,” katanya.

P.44: Jentera Pakatan perlu kerja kuat pastikan kemenangan

kak wanBUKIT MERTAJAM, 27 APR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini diharap berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali percaya penduduk kawasan itu akan memilih Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pilihan mereka.
“Penduduk Permatang Pauh sudah matang, mereka boleh menilai siapa yang wajar wakili mereka di parlimen ini.
“Ramai bertanding bukan sabotaj, inilah demokrasi. Riuh. Tapi asalkan kita berpegang pada prinsip Pakatan Rakyat ia akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada SelangorKini.
Mohamed Azmin bagaimanapun mahu gerak kerja jentera Pakatan Rakyat (PR) yang kuat agar isu nasional dibawa memberi kesan kepada rakyat.
“Walaupun kawasan ini kubu kuat kita, tapi kita boleh terlalu selesa dalam PRK ini sebab itu kita perlu kerja kuat dan sudah tentu isu besar memberi kesan kepada rakyat dan ekonomi.
“Kita perlukan suara yang kuat di Parlimen pada masa yang depan,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.

P.44: Letak Wan Azizah untuk jadi Ketua Pembangkang

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah dipilih semula bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh adalah bagi memastikan beliau dapat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, walaupun ramai yang mempertikaikan pemilihan itu, namun, harus diingat bahawa ini adalah strategi untuk masa hadapan PR.

“Benar, beliau adalah calon ‘recylce’, tetapi Wan Azizah masih lagi aktif sebagai presiden parti. PKR dan PR rasakan peluang menang dengan majoriti  dengan lebih baik kalau letak dia, berbanding letak calon lain.

“Ini kerana, beliau adalah isteri Anwar Ibrahim dan sebagai kemungkinan beliau dilantik sebagai ketua pembangkang,” katanya kepada Sinar Online.

Sementara ketika ditanya adakah PKR mampu mempertahankan kerusi tersebut, beliau berkata PKR masih mampu melakukannya.

“Itu lubuk PKR, lagi pun pelbagai isu yang dilihat sekarang tidak memihak kepada BN,” katanya.

P.44: Chew tak memihak wanita?

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikaikan pendirian Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun kerana tidak menyokong calon wanita seperti beliau yang bertanding di Permatang Pauh.

Kata Wan Azizah, sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen selama dua penggal dan menjadi wanita pertama dilantik sebagai ketua pembangkang di negara ini.

"Adakah dia (Chew) tidak mahu menyokong seorang wanita? Tidakkan anda sepatutnya bangga sebagai wanita apabila ada wanita menjadi ketua pembangkang di Malaysia?

"Saya bertanding bukan semata-mata demi Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi untuk rakyat.

"Biarkan pengundi di Permatang Pauh memutuskan sama ada saya adalah calon terbaik untuk mewakili mereka," katanya.

P.44: Anak muda, pemegang obor perjuangan!


"The Marriage of The Century, bukan Marriage of The year..."


Inilah contoh 'Lifestyle' yg bertunjangkan Islam Wasatiyyah.. biar rakyat susah bayar GST asalkan Najib, Rosmah & keluarganya hidup bermewahan...

KENAPA TIADA MEDIA pro-UMNO/BN nak laporkan ttg berita kemewahan anak Najib !!!