Sabtu, 25 April 2015

P.44: PENAMAAN CALON LENSA - PART 7









P.44: PENAMAAN CALON LENSA - PART 6






Mahathir: RM20,000 a month and can’t even spend it all

Dr Mahathir contrasts Najib and Rosmah's extravagance with his own modest ways.
mahathir sindir
KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad made sarcastic comparisons today between his modest living as prime minister and the lavish lifestyles of Najib Razak and Rosmah Mansor.
He called into question the prime minister’s wealth, talking of Najib hosting “the wedding of the century” for his daughter earlier this month.
By contrast he said even he could not afford to organise such weddings for his four children while he was in office. “When my four children got married, did anyone know? No. You didn’t even hear of it,” he added.
“When his daughter got married, look at the wedding. Wow. It was like a wedding of the century. Not the wedding of the year, but the wedding of the century,” he said at a packed public forum here in his honour.
Najib’s daughter Nooryana Najwa, married DaniyarKessikbayev, a highly-connected Kazakh.
Dr Mahathir said 300 people accompanied Najib to his daughter’s wedding reception in Kazakhstan, and demanded to know who had helped finance the trip.
“300 people. That’s a lot. Can you imagine? 300 people taken with him to Kazakhstan. Who are these 300 people?”
Dr Mahathir has previously said he had known about Najib and Rosmah Mansor’s fondness for luxury items but had been willing to overlook the matter before Najib became prime minister.
He could no longer support Najib in view of allegations of corruption, referring to the RM42 billion debt of 1Malaysia Development Bhd. “He has lost a lot of people’s money. I cannot let that happen,” he said.

Video Penuh: Tun Mahathir Bicara Negarawan

 

Dr M: Najib berubah selepas berkuasa

Menurut Tun Dr Mahathir beliau menyokong Najib dipilih jadi PM kerana ingin membalas budi Tun Razak selain perwatakan anaknya yang mempunyai personaliti dan terpelajar.
najib sombong
PETALING JAYA: Kuasa boleh merosakkan perwatakan seorang pemimpin walaupun ia mempunyai personaliti yang bersih dan terpelajar
Kenyataan itu dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau mengimbau kembali keputusannya menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Katanya, pemilihan itu juga bagi membalas jasa Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjadi mentornya.
Bekas Perdana Menteri kedua tu bertanggungjawab membawanya masuk semula ke dalam UMNO dan kemudian dilantik memegang jawatan dalam kabinet kerajaan.
“Saya terhutang budi dengan dia, kita harus balas budi dengan anak dan cucu cicitnya.
Saya berhempas pulas letakkan anak dia jadi Perdana Menteri. Saya cakap Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) mintak letak Najib jadi Timbalan Perdana Menteri.
Ketika itu saya lihat dia bagus dan terpelajar, saya nak balas budi baik ayah dia dan naikkan anak dia”, jelas Dr Mahathir dalam program Jelajah Negarawan di Taman Malawati.
Bagaimanpun, beliau mengakui tanggapannya meleset dan apa yang diharapkan menjadi sebliknya apabila Najib berkuasa sehingga beliau terpaksa bersuara untuk menegur kepincangan yang berlaku.
Jelas beliau, layanan baik yang diterima daripada Kerajaan Malaysia bukan alasan untuk berdiam diri terutama apabila melihat perkara yang tidak betul berlaku di depan mata.
Beliau mengakui atas kepentingan ramai satu persatu perkara berkenaan ditegur bagi memperbetulkan keadaan.
Dr Mahathir bertegas untuk mengkritik selepas pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai kemelut dan bebanan hutang, terutama membabitkan isu 1MDB.
Katanya, beliau begitu kritis mengenai 1MDB kerana jika dibiarkan perkara itu akan menghancurkan negara.

Batalkan sajalah GST, kata Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya dibatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 500 hadirin di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada GST perlu diteruskan, atau disemak semula kadar 6 peratus yang dikenakan, atau dibatalkan.

"Dulu ada cukai jualan. Kalau nak tambah sikit cukai jualan, itu ok.

"Tapi nak perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan, anjuran gabungan NGO Prihatin.

Badan masyarakat sivil dan pihak pembangkang mendakwa GST akan membebankan rakyat, dan mahu ia dimansuhkan.

Mereka mendakwa bukan masanya untuk rakyat Malaysia dikenakan cukai penggunaan, kerana kadar upah yang rendah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.

Bagaimanapun Mahathir, yang juga penasihat Proton, secara berseloroh berkata, kereta nasional lebih murah selepas cukai itu dilaksanakan pada 1 April.

"Harga kereta Proton telah menjadi lebih murah. Jadi, kalau nak beli kereta Proton, belilah," katanya.

Dr Mahathir yakin Muhyiddin takkan buat kesilapan seperti Najib

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melakukan kesilapan sama jika menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir berkata, mengikut tradisi dalam parti Melayu itu, timbalan presiden akan diangkat sebagai penganti sekiranya Najib meletakkan jawatan.

"Kalau ikut adat Umno, tentulah timbalannya," kata Dr Mahathir semasa menjawab soalan daripada orang ramai semasa forum Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu juga menyatakan keyakinan terhadap Muhyiddin yang tidak akan mengulangi kesilapan seperti dilakukan pentadbiran Najib. "Saya yakin kalau timbalannya naik, dia tidak akan buat benda macam itu. "Dia tahu, kalau buat macam itu, dia pun akan kena macam itu juga," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir ketika ini lantang mengkritik Najib dengan membangkitkan pelbagai skandal, antaranya isu melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membuka semula cerita pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan mempertikaikan polisi diperkenalkan Najib yang dilihat merugikan negara. Dr Mahathir juga mempersoalkan gaya hidup mewah Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

 Baru-baru ini, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan mengatakan Dr Mahathir tidak keseorangan dalam menegakkan kebenaran, sambil melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.

Walaupun Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tentang pendirian Dr Mahathir dalam kempen anti perang, ia bagaimanapun simbolik secara tidak langsung menyokong bekas perdana menteri negara yang masih mempunyai pengaruh dalam Umno itu.

Karisma dan ketajaman kata Dr Mahathir senjata ampuhkan Najib

Walaupun sudah bersara daripada kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dilihat berkarisma dan mempunyai ketajaman kata-kata sama seperti berada dalam kerajaan dahulu.
Dua aspek ini paling digeruni lawan dan ketika ini ia satu-satunya senjata yang ada pada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
Dalam jelajah pertama Dr Mahathir di Kelab K, Taman Melawati hari ini, orang ramai mula berkumpul di dewan seawal 8 pagi dan dewan mula penuh sehingga melimpah ke luar dewan pada 10 pagi.

Kira-kira 1,000 orang menanti dengan sabar pemimpin kesayangan mereka yang baru-baru ini mendakwa "berseorangan" menyatakan kebenaran. Perhimpunan kali ini seakan sama dengan awal jelajah beliau ketika berlaku perbalahan dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga dipaksa melepaskan jawatan, lebih  simbolik lagi ia dewan sama di mana Dr Mahathir melancarkan serangan kepada bekas timbalannya itu.
Bekas presiden Umno itu tiba pada 10 pagi disambut dengan laungan "Hidup Mahathir".
Beliau diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, yang juga merupakan teman akrabnya sejak mula-mula berkecimpung dalam politik.
Aura dibawa Dr Mahathir nyata berbeza, mereka yang datang ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latarbelakang.
Kereta mewah keluar dan masuk, orang ramai tidak kira kaum dan agama tidak sabar mendengar apa yang bakal dikatakan oleh bekas perdana menteri itu.
Sejak awal karier politiknya, Dr Mahathir dikenali dengan kebijakan menyusun kata dan ayat dalam ucapan politiknya, seorang yang fokus dan tahu apa yang  hendak dicakapkan.
Pada awal ucapannya, Dr Mahathir menyusun kata dengan menceritakan hubungannya dengan bapa Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdul Razak yang juga individu yang bertanggungjawab membawa masuknya semula ke dalam Umno selepas dibuang parti pada 1969 kerana menentang Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Dr Mahathir bijak menjelaskan isi penting dalam hujah politiknya, banyak kata berkias dilontar oleh beliau semasa menceritakan perihal punca tidak menyokong Najib lagi.

Dr M bidas perkahwinan termewah abad ini, persoal rombongan ke Kazakhstan

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikannya terhadap sikap bermewah Datuk Seri Najib Razak dengan membangkitkan perkahwinan anak perempuan perdana menteri yang berlangsung baru-baru ini.
Dr Mahathir membuat perbandingan dengan majlis perkahwinan lima anaknya, sambil memperli Najib dengan mengadakan perkahwinan mewah yang dianggap sebagai "perkahwinan abad ini".
"Siapa di sini ingat tentang perkahwinan anak saya 5 orang?

"Siapa pun tidak tahu, pasal saya ini kedekut, tidak panggil banyak orang. Tak ada duit nak belanja.“Ini bukan main. Perkahwinan abad ini (the marriage of century), bukan tahun ini," kata Dr Mahathir di hadapan kira-kira 1,000 orang ramai yang hadir pads forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.
Dr Mahathir juga mempersoalkan keperluan Najib yang membawa kira-kira 300 orang bersama dalam rombongan majlis perkahwinan yang diadakan di Kazakhstan.
"Bila ke Kazakhstan dengan 300 orang tidak ada laporan media, biasalah media arus perdana tidak lapor benda itu.
“Tapi ada bertandang ke Kazakhstan kita tidak tahu, kenduri di Pekan kita tahu tapi di Kazakshtan ini siapa dia yang pergi ini?
"Benda macam ini tidak menjadikan seseorang sebagai seorang pemimpin," katanya.
Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkahwin dengan Daniyar Kessibayev pada 19 Mac lalu di Seri Perdana, Putrajaya.
Majlis yang diadakan di beberapa lokasi mendapat perhatian ramai kerana diadakan secara besar-besaran dan mewah, malah gambar juga semasa majlis tersebut juga tersebar meluas walaupun tetamu yang hadir dilarang mengambil gambar.
Kritikan ini bukan kali pertama, Dr Mahathir sebelum ini juga  menjadikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai sasaran kritikan.
Kali ini, beliau mensasarkan kritikan tersebut terhadap isu yang sering menjadi bahan politik seteru Najib dari Pakatan Rakyat (PR), iaitu dakwaan gaya hidup mewah Rosmah.
"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.
"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya.

P.44: Memilih Dr Wan Azizah - Dapat Mengubat Hati Yang Duka Lara

Oleh Abu Hassan Adam

Dengan memilih slogan,’ ‘Cukuplah, kali ini kami pulak’ menampakkan bahawa Barisan Nasional sememangnya tidak berhati-hati dalam memilih ‘battle cry’ yang oleh menarik perhatian pengundi di sini. Jikalau diteliti dengan sedalam-dalammnya apakah ‘mesej’ yang mendalam yang boleh diselami oleh pengundi yang mendorong mereka untuk mengundi BN. Tidak ada. Kosong. Hanya sebagai ‘permohonan’ kepada pengundi agar mengubah ‘haluan’ untuk tidak mengundi Pakatan Rakyat dan sebaliknya mengundi BN. Itu saja.

Sebaliknya ‘battle cry’ Pakatan Rakyat ialah sesuatu yang amat ‘solid’. ‘‘Say no to GST and 1MDB’. Dan seolah-olah Pakatan Rakyat tidak perlu menjalankan kempen dari rumah ke rumah lagi kerana semua sudah faham baahwa pengenalan GST sememangnya menyiksa rakyat terbanyak. Tidak perlu dijelaskan tentang ‘siksa’ yang dialami oleh rakyat kini ekoran dari pengenalan GST itu. Tidak perlu diterangkan ‘panjang-panjang’. Rakyat tahu. Rakyat bandar tahu. Rakyat luar bandar lagi tahu tentang perit yang dialami oleh mereka selepas pengenalan GST.

Pastinya kesan GST ialah BN (barang naik). Maknanya ‘gandingan’ GST dan BN adalah amat sesuai digunakan oleh Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini samada di Rompin atau di Permatang Pauh. Para penceramah Pakatan Rakyat tidak perlu ‘pecah kepala’ memikirkan bahan kempen untuk dijelaskan kepada pengundi disebabkan isu yang ada sekarang sudah berada di hadapan mata. Cukup sekadar melafazkan satu ayat, “GST itu BN”.

Kali ini juga pihak pembangkang agak beruntung disebabkan ada ‘penceramah’ yang tidak diundang ia itu Tun Mahathir sendiri. Beliau telah memulakan ‘kempen’ ini beberapa minggu yang lepas dengan menempelak pelaksanaan IMDB oleh kerajaan. Dan telah dijelaskannya tentang ‘malapetaka’ yang ditimbulkan oleh IMDB kepada rakyat Malaysia yang mana kesannya yang amat mendalam ialah tentang rakyat Malaysia dari beberapa generasi yang akan datang yang terpaksa menanggung hutang yang berbilion ringgit.

Pemilihan Dr Wan Azizah sebagai calon Permatang Pauh adalah tepat disebabkan banyak faktor.  Aku merasakan bahawa pemilihan Dr Wan Azizah ini adalah sebagai untuk ‘menjaga hati dan perasaan’ pengundi Permatang Pauh. Sekurang-kurangnya hati pengundi di sini ‘terubat’ juga dengan pemilihan Dr Wan Azizah yang merupakan isteri kepada Saudara Anwar Ibrahim yang merupakan ‘darling’ rakyat Permatang Pauh.

P.44: PAS, PKR sifatkan isu hudud selesai, kata Mustafa Ali

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengatakan berkata pemimpin pusat dan kawasan PAS dan PKR bermesyuarat malam tadi bagi menjelaskan isu sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 April, 2015. 
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengatakan berkata pemimpin pusat dan kawasan PAS dan PKR bermesyuarat malam tadi bagi menjelaskan isu sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 April, 2015.

PAS dan PKR menyifatkan isu antara kedua-dua parti itu selesai apabila PAS bersetuju untuk turut bersama dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei ini, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata pemimpin pusat dan kawasan kedua-dua parti itu bermesyuarat malam tadi bagi menjelaskan isu berhubung sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Isu itu selesai dan ia hanya salah faham. PAS kawasan Permatang Pauh akan bersama-sama dalam kempen pilihan raya kecil ini, malah PAS kawasan itu akan melancarkan jentera pilihan raya malam ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Isu sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil itu timbul apabila PAS Kawasan Permatang Pauh meluluskan usul menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Ia juga mahukan PKR memohon maaf secara terbuka untuk mendapat sokongan PAS kawasan itu pada PRK berkenaan.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula ketika diajukan soalan berhubung perkara itu, berkata antara pemimpin PAS yang hadir pada mesyuarat malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Mustafa, Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Datuk Salleh Man, dan Ketua PAS Kawasan Permatang Pauh Omar Hassan.

"Mereka ingin mendapatkan penjelasan PKR dan kami juga mahu beberapa penjelasan daripada PAS Permatang Pauh.

P.44: Meninjau calon-calon di Permatang Pauh

Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon bebas.
Empat calon berkenaan ialah Suhaimi Sabudin, 44, daripada BN; Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62 (PKR); calon bebas Salleh Isahak, 53; dan Azman Shah, 50 daripada Parti Rakyat Malaysia.
Calon UMNO-BN Suhaimi Sabudin, 44, merupakan anak tempatan kelahiran Guar Perahu yang juga bekas Naib Ketua Pemuda Bahagian tersebut. Suhaimi telah terlibat aktif dalam parti sejak 1992 dengan menjadi ahli UMNO di Cawangan Guar Jering.
Ahli perniagaan yang juga bapa kepada empat cahaya mata itu merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) dari Universiti Sains Malaysia.
Dr Wan Azizah Wan Ismail  pula merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat.
Beliau juga merupakan isteri kepada mantan ketua pembangkang Anwar Ibrahim, yang telah beliau kahwini sejak tahun 1980.
Dilahirkan pada 3 Disember 1952, Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St. Nicholas, Alor Setar.
Wan Azizah kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban sebelum melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau dianugerahkan ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi.
Calon bebas yang dianggap misteri Salleh Isahak, 53, didakwa ahli Umno, namun beberapa ahli berkata beliau telah meninggalkan parti Melayu itu bagi menyertai PKR. Dakwaan ini bagaimanapun belum dapat disahkan.
Seorang lagi calon Azman Shah Othman, 50, merupakan calon Parti Rakyat Malaysia sebuah parti politik sosialis yang telah wujud sejak 1955 dengan nama Partai Ra’ayat. Ia merupakan antara parti politik tertua di Malaysia dan pernah bergerak sebagai pertubuhan anti penjajah sejak Perang Dunia ke-2.
Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menjangka 80% pengundi di Permatang Pauh akan menjalankan tanggungjawab mereka pada pilihanraya kecil yang dijadual 7 Mei nanti.

Salah satu sbb Najib naik pesawat lebih besar

LAGI MEWAH kerana 'FAKTOR KESELAMATAN'. Pesawat bersaiz besar WAJIBLAH seimbang dgn isi penumpang di dalamnya..

Gile cerdik si Ahmad Maslan..


Terima kasihlah rakyat Pontian yang undi dia. Tanpa anda siapa la Ahmad Maslan sehingga skrg. Masih lg jauh mengekalkan ranking No. 1 Ketidak Bodohannya. 

Smoga Ahmad Maslan & Najib dpt dikekalkan sehingga menjelang PRU14 nnti.. Mudahlah nak tumbangkan BN nanti..

P.44: Ahli Umno jadi calon bebas

Salleh Isahak mendakwa pernah menjadi ahli Pas dan kemudian menyertai UMNO pada 1994.
beabs calon
BUKIT MERTAJAM: Seorang ahli Umno, Salleh Isahak memberi kejutan apabila tampil awal ke Pusat Penamaan Calon bagi menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh untuk bertanding sebagai wakil Bebas.
Menurutnya, hasrat untuk bertanding atas tiket bebas dibuat dengan rela hati dan tidak dipengaruhi mana- mana pihak.
Ahli perniagaan yang berusia 53 tahun itu berkata dia bersedia untuk dibuang parti jika tindakan disiplin dikenakan terhadapnya.
“Saya bersedia jika dikenakan tindakan disiplin oleh parti dan saya faham akan risiko tersebut.
“Perjuangan saya ada untuk menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat,” katanya kepada pemberita.
Katanya, ia percubaan pertamanya untuk bertanding, tampil dengan memakai baju melayu hijau muda dan berkopiah putih ditemani pencadang dan penyokongnya.
Menurut Salleh, dia menganggotai Umno sejak 1994 selepas keluar dari Pas.
Selain menjalankan perniagaan, dia menjadi Presiden Pertubuhan Parti Ikhlas Malaysia (Perbaik), sebuah NGO yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan keselamatan, khidmat nasihat disamping membantu kebajikan masyarakat.

P.44: 'Ingatlah Anwar, ingatlah segala pengorbanan beliau'


PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengharapkan semua pengundi memberi undi kepada beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei nanti.

Beliau yang menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat itu berkata, sokongan terhadap beliau adalah sebagai tanda memperingati pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjara selama lima tahun.

"Pilihan raya kecil ini satu sahaja yang saya ingin ingatkan kepada semua, ingatlah kepada Anwar. Ingatlah segala pengorbanan beliau," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas selepas selesai penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam dekat sini hari ini.

Turut hadir adalah pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Lim Guan Eng serta ribuan penyokong.

Wan Azizah turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir dari seluruh pelosok negara bagi menyatakan sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau melahirkan rasa kesal apabila ada yang cuba menggambarkan pilihan raya ini adalah 'main-main'.

"Ada yang kata kita main-main. Duduk dalam penjara tu depa (mereka) ingat main-main ke?

"7 Mei ni kita jangan main-main, kita pastikan Keadilan menang," pesan beliau

P.44: ‘Batal GST’, ‘Tolak GST Undi Keadilan’ warnai penamaan calon

10995531_10206426912262755_432025814462780788_nBUKIT MERTAJAM, 25 APR: Suasana tenang dan terkawal ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Cuaca sedikit mendung ekoran hujan lebat malam tadi mengiringi proses penamaan.
Setiap calon diarak bersama pimpinan tertinggi masing-masing dan dengan sepanduk dan bendera bermula dari kawasan yang ditetapkan.
Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan ceria di samping pimpinan tertinggi dari gabungan Pakatan Rakyat (PR).
Dianggarkan lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul dan berarak mengiringi Wan Azizah ke tempat penamaan calon.
Penyokong hadir turut membawa bendera Pakatan Rakyat, sepanduk ‘Batal GST’, ‘Tolak GST Undi Keadilan’, ‘Jangan Cukai Anak Kita’ sambil melaungkan slogan keramat ‘Reformasi’ dan ‘Lawan tetap Lawan’.
Wan Azizah turut diiringi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
PRK Permatang PauhMereka berkumpul pada jam 7.30 pagi di Simpang Mengkuang Titi.
Turut hadir Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Xavier Jayakumar berserta 1,000 penyokong.
Sementara menunggu permohonan calon dikemukakan, Mohamed Azmin sempat bersemuka dan bergambar dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau turut bersua muka dengan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

P.44: Silap faham PAS Permatang Pauh selesai


PERMATANG PAUH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man yang bertindak sebagai 'orang tengah' berhubung silap faham melibatkan PAS Permatang Pauh bersyukur kerana ia sudah selesai.

Beliau mengusahakan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadzil Kemi, Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Dr Mansor Othman dan beberapa anggota  Dewan Harian PAS Kawasan Permatang Pauh bertemu supaya salah anggapan itu tidak berpanjangan.

"Jadi, mulai hari ini PAS Kawasan Permatang Pauh akan melancarkan jenteranya di Dewan Haji Yusof Rawa, Kampung Sama Gagah sekaligus menghentikan konflik berkenaan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Jelasnya, pertemuan semalam diadakan di Hotel Light Seberang Jaya sebelum majlis pengumuman calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diadakan di SP Arena, Seberang Jaya malam tadi.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan sewaktu ditemui juga melahirkan kegembiraan kerana masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

"Ramai kalangan kami tidak fahami apa yang dimaksudkan oleh Wan Azizah mengenai hukum hudud. Pertemuan malam tadi kami anggap pertemuan muhibah sebagai penerangan untuk kebaikan semua," katanya.

P.44: 'Berakhirnya Pakatan jika PKR kalah di Pmtg Pauh'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan terkubur sekiranya PKR kalah kerusi Parlimen Permatang Pauh pada hari mengundi 7 Mei nanti.

Lim berkata Permatang Pauh adalah tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kerjaya politiknya dan jika PKR kalah kerusi itu, "ia adalah permulaan kepada berakhirnya bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat".

"Kita tidak boleh kalah di Permatang Pauh. Sama seperti BN. Mereka tidak boleh kalah atau mendapat majoriti lebih rendah di Rompin," kata ketua menteri Pulau Pinang berkata, ketika ditemui di Bukit Mertajam.

"Akan ada implikasi besar di peringkat nasional dan (kekalahan di Rompin) juga akan memberi implikasi ke atas Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak," katanya.

Najib, yang juga presiden BN dan Umno, kini menghadapi krisis kepimpinan dalam Umno manakala partinya berdepan dengan dua pilihan raya kecil.

Pemilih di Rompin akan mengundi pada 5 Mei manakala di Permatang Pauh pada 7 Mei.

Kerusi Rompin kosong selepas ahli Parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis, yang juga orang kanan Najib, terkorban dalan nahas helikopter di Semenyih, Selangor.

Pengundian awal bagi kerusi Permatang Pauh adalah pada 3 Mei.

Lim ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara, yang menjadi pusat penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, untuk memberi sokongan kepada calon PKR yang juga presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita bersedia untuk mengakuinya atau tidak, kita tidak boleh mengabaikan implikasi pilihan raya kecil ini," katanya.

P.44: PRM nafi calon PRK Pmtg Pauh ahlinya


Parti Rakyat Malaysia (PRM) Pulau Pinang menafikan calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh yang menggunakan lambang parti itu adalah ahlinya.

Sambil menggelarkan calon tersebut Azman Shah Othman sebagai pelawak, Pengerusinya Datuk Gary Nair mendesak individu itu menarik balik pencalonannya.

"Kami sedar hari ini, seorang calon kononnya ahli PRM bertanding di PRK Permatang Pauh.

"Kami secara mutlak menolak individu ini yang mana tidak mempunyai kaitan dengannya.

"Pelawak ini, bukan sahaja bukan ahli parti, tetapi berani guna nama dan bendera kami," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, Gary berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mengesahkan surat watikah perlantikan yang diberi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehubungan itu, Gary meminta supaya semua ahli PRM yang mengundi di Permatang Pauh memberikan undi mereka kepada PKR.

"Kami sedang menulis surat kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mendapatkan kepastian tentang pengesahan surat itu.

Tun Mahathir: My frustrations

Tun Mahathir: How 'low' is Jho Low?

Dr M: "I owe it to Razak"

Dr M: My dilemma on successors

1MDB - Where's the money?

MB Selangor: Perbincangan komponen berjaya, tumpu menang PRK

PasMa kerah 1,000 sukarelawan bantu PKR di Pmtg Pauh

Wan Azizah cycles for #BantahGST


GST (Gua Sudah Taktau)


KALAU TAK BOHONG Bukan UMNO Namanya !!!

PERINGATAN !!!.. Nak jadi calon BN WAJIB BOHONG..

KENAPA TAK MENGELUH bila terlalu sibuk BERSHOPPING MEWAH KE LUAR NEGARA !!!

Sibuk sangatkah Najib sehingga tak sempat nak tengok abes filem Hindustan..
MASIHKAH ANDA INGAT, bininya Rosmah juga pernah mengeluh beliau terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk bermain badminton..

SENANG BETUL JADI KERAJAAN.. DAH PANDAI Najib Razak BUAT HUTANG NEGARA RM744.7 BILION RAKYAT PULA YANG KENA TANGGUNG !!!



P.44: "GST" - Golongan Susah Tertindas



P.44: "1MDB" - 1Malaysia Dalam Bahaya



P.44: KAK WAN KEMBALI BERBAKTI



P.44: PENAMAAN CALON LENSA - PART 5