Jumaat, 24 April 2015

P.44: Legasi Anwar bakal kekal, PKR pilih Ds Dr Wan Azizah sebagai calon

PRK P.Pauh: Legasi Anwar bakal kekal, PKR pilih Azizah sebagai calon
SEBERANG JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PRK) bagi Pilihan Raya Kecil  (PRK) Permatang Pauh  yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pemilihan itu diumumkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat PRK Permatang Pauh di Seberang Prai Arena, Seberang Jaya sebentar tadi.

Majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR dan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.

Azizah yang juga merupakan penyandang kerusi itu pada tahun 1999, 2004 dan 2008, akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin.

Sebelum ini BN pada Khamis menamakan Suhaimi Sabudin yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh sebagai calon bagi PRK ini .

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN di Pusat Operasi BN Bandar Perda yang turut dihadiri pemimpin parti komponen BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April, manakala pengundian awal 3 Mei.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Calon Parti Keadilan Rakyat PRK P44 YB DS DR WAN AZIZAH





TEMPO pertahan laporan kemewahan Najib, Rosmah

Pengarang Tempo mendakwa artikel itu ditulis berdasarkan sumber maklumat dipercayai yang dipilih secara cermat.
najib tempo
PETALING JAYA: Majalah Tempo mempertahankan artikel yang mengulas kemewahan Perdana Menteri dan isterinya kerana menggunakan sumber berita yang dipercayai.
Pengarang Kanan Tempo, Puwanto Setiadi berkata, pihaknya memilih secara cermat sumber berita sebelum menyiarkan gaya hidup mewah Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
“Seperti sebelumnya, kami akan memilih sumber (berita) dengan secermat mungkin.
“Sehingga kini kami percaya dengan sumber-sumber yang kami gunakan,” katanya, lapor Malaysiakini.
Puwanto berkata, dalam artikel itu pihaknya turut menyiarkan ulasan Pejabat Perdana Menteri berhubung dakwaan kemewahan hidup Najib dan Rosmah.
Susulan laporan itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mahu mengadakan perjumpaan dengan Pengarang majalah itu untuk menerangkan kedudukan sebenar termasuk latar belakang Perdana Menteri.
Mengulas perkara itu, Puwanto berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Zahrain dan sedia mendengar penjelasan versi Zahrain.
Tempo menyiarkan artikel berkaitan gaya hidup mewah Najib dan Rosmah dalam edisi khas sempena Ulangtahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika di Bandung.
Rencana bertajuk “Hidup Mewah Sang Perdana Menteri’ turut mendakwa gaya hidup yang dipaparkan tidak setanding dengan gaji yang diterima Najib sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Artikel itu turut mengaitkan kekayaan luar biasa anak tiri Najib, Riza Aziz.
Dia dikatakan membeli dua unit kondominum di tengah-tengah kota New York berharga ratusan juta ringgit.

Siasat Najib dan konco 1MDB

Berdasarkan pendedahan Sarawak Report, Khairuddin meminta supaya Polis menyiasat Najib berhubung kenyataan bertulisnya ke Parlimen dan tuduhan memberikan dokumen palsu 1MDB.
khairuddin
PETALING JAYA: Susulan pembongkaran laporan yang dibuat Sarawak Report sebelum ini, bekas Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan, yang lantang mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi pada tengahari Jumaat.
Beliau meminta Polis menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan President/CEO, Arul Kanda Kandasamy.
Dalam laporannya, Khairuddin membangkitkan kenyataan bertulis Najib kepada Parlimen pada 11 Mac lalu berhubung dana berjumlah US$1.03 bilion yang disimpan di sebuah bank di Singapura.
Sehubungan itu, beliau meminta Polis menyiasat kesahihan dokumen berkenaan sebagai mana yang disiarkan Sarawak Report.
Dalam laporan yang dibuat, Khairuddin turut meminta Polis menyiasat dakwaan bahawa 1MDB telah mengedar dokumen yang didakwanya sebagai terdapat keraguan pada kedudukan akaun tunai Brazen Sky.
Pada 23 April lalu, dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 1MDB memberikan penyata bank palsu berkaitan berkaitan akaun anak syarikatnya kepada sebuah cawangan bank BSI di republik berkenaan.

Wan Azizah: Terus berjuang walau tanpa Anwar, Karpal dan Nik Aziz

WwaiGEORGETOWN 24 APR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan perjuangan Pakatan Rakyat untuk menentang kezaliman pemerintah mesti diteruskan walaupun tanpa tunggak utama gabungan itu.
“Perjuangan Pakatan Rakyat perlu diteruskan walaupun orang-orang kuat tidak bersama-sama untuk menentang Umno BN yang zalim.
“Saya juga ingin mengingatkan memang Anwar Ibrahim tiada di sini, Tok Guru Nik Aziz tiada di sini, Karpal Singh juga tiada namun kita yang berada di luar inilah yang boleh meneruskan perjuangan,” kata Wan Azizah berucap pada majlis mengenang pemergian setahun mendiang Karpal, di Dewan Cina Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Anwar, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum KEADILAN, kini ditahan sebagai tahanan politik di Penjara Sungai Buloh, selama lima tahun.
Selepas Karpal yang juga bekas Pengerusi DAP meninggal akibat kemalangan jalan raya pada April 2014, Pakatan kehilangan seorang lagi pemimpin utama apabila bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidur Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia, kira-kira seminggu selepas Anwar dipenjarakan.

Dasar bersama Pakatan untuk menang p’raya, pastikan perubahan – Azmin

MBPENANTI 24 APR: Fokus utama Pakatan Rakyat adalah untuk menang dalam pilihan raya bagi memastikan perubahan dapat dilaksanakan, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Untuk itu katanya, pertemuan antara pimpinan Pakatan akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh kerjasama di samping membincangkan isu berbangkit sebelum ini.
“PAS dan DAP mempunyai dasar bersama yang kita pertahankan sehingga kini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kenduri Rakyat di Masjid Mengkuang Semarak, di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata, semua pihak harus memberikan tumpuan di medan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana melihat keperluan menyampaikan mesej kepada Putrajaya.
“Soal kebajikan dan ekonomi harus menjadi tumpuan medan PRK, ini keperluan mendesak, saya akan berjumpa dalam masa terdekat. Soal tarik balik kenyataan itu tidak wujud.
“Kita mahu bincang kerjasama ini perlu diperkukuh dan saya yakin dengan pimpinan Pakatan dapat dihasil dalam bentuk gerak kerja yang sama,” katanya, lapor SelangorKini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sokongan PAS terhadap kempen PRK Permatang Pauh.

P.91: Menteri Umno@Bn "Kata"....Apa Cerita ?



P.91: Ustaz Nazri Tidak Janji Bulan-Bintang, Fokus Agama Dan Masa Depan


ANAK kelahiran Felda Keratong 5 ini walaupun nama baru dalam politik tetapi boleh dianggap berupaya memberi saingan sengit kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.
Latar belakang pendidikan dan agama yang tinggi dimiliki Nazri Ahmad, 40, menjadi antara senjata taruhan PAS untuk merampas kubu kuat BN sejak sekian lama.
Di sebalik sikap lemah-lembutnya, Nazri mempunyai cita-cita besar untuk mengangkat suara generasi muda ke peringkat tertinggi bagi memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.
Nazri yang juga bapa kepada enam anak aktif berpolitik apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Rompin pada 2005.
Pada ketika ini, beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Pahang untuk penggal akhir dan menjadi pilihan Majlis Syura Ulama PAS juga di peringkat akar umbi parti tersebut.
Nazri yang juga bekas pensyarah sambilan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah adalah lulusan Sarjana Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar Mesir.
Ikuti temubual eksklusif bersama calon PAS itu yang disifatkan sebagai seorang yang mesra dan mudah didekati serta mampu membawa perubahan kepada pengundi di Rompin.
mStar: Apa perasaan saudara selepas diumumkan sebagai calon PAS PRK Rompin?
Nazri: Saya berterima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat. Walaupun pada mulanya saya berat hati untuk terima beban ini kerana rasakan diri ini begitu kerdil untuk wakili satu jemaah PAS. Insya-Allah saya akan bantu sedaya upaya. Sekiranya kamu ditolong Allah maka tiada kuasa dapat mengalahkan kamu.
mStar: Berkempen sebagai calon buat pertama kalinya?
Nazri: Tidaklah satu kejutan kerana sebelum ini saya sebagai Ketua Pemuda PAS kawasan sudah padat dengan program-program turun ke daerah  di Pahang. Bukan satu perkara yang luar biasa.
mStar: Apa kekuatan yang ada pada saudara?
Nazri: Yang pertama saya mewakili suara anak muda yang rata-rata kehidupan mereka tidak terjamin lebih-lebih lagi dengan bebaban sara hidup. Maka ini satu peluang sebenarnya untuk saya beri sumbangan kepada umat Islam yang dizalimi pemimpin. Allah beri peluang kepada pengundi  Rompin untuk beri isyarat kepada BN jangan ambil mudah nasib dan penderitaan rakyat.
mStar: Bagaimana penerimaan pengundi di Rompin setakat ini?
Nazri: Semalam saya pergi ke DUN Tioman, antaranya  ke Kampung Selendang, alhamdulillah respons yang sangat baik terutama daripada anak-anak muda. Mereka nyatakan luahan tidak memiliki rumah kediaman sendiri terutamanya di kawasa Felda. Walaupun rumah generasi kedua dengan harga lebih RM100,000 hakikatnya mereka tak mampu kerana tiada pendapatan tetap.
mStar: Apa masalah membabitkan golongan remaja di Rompin yang membimbangkan saudara pada masa ini?

Malaysia menuju negara maju bersama undang-undang drakonian

Oleh ARIF ATAN
APA lagi mahu dikatakan jika kerajaan tenat seperti Umno- BN hanya bergantung harap pada undang-undang anti-rakyat sebagai talian hayatnya.
Kelulusan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) pada 7 April lalu menyaksikan Malaysia dilihat berundur ke belakang selepas empat tahun lalu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), itu pun apabila tidak tahan lagi dengan asakan Pakatan Rakyat.

Tidak cukup dengan POTA, langkah kerajaan menambahkan lagi taring Akta Hasutan 1948 dengan beberapa pindaan baru itu juga nyata bercanggah dengan semangat demokrasi dan budaya masyarakat sivil yang menjadi ciri asas sesebuah negara maju. Sasaran kerajaan untuk mencapai status hebat setanding dengan negara maju lain di dunia sepatutnya seiring dengan amalan undang-undang yang adil dan pada masa sama menepati nilai hak asasi manusia.
Walau bagaimanapun, kegelojohan kerajaan menjadikan akta drakonian sebagai perisai kuasanya menghalang pembentukan masyarakat yang berfikiran terbuka sekaligus merencat percambahan fikiran yang kreatif dan inovatif.
Model negara maju yang produktif konon mahu dikejar Umno-BN dilihat songsang dengan praktis undang-undang yang terdedah pada manipulasi bagi kepentingan rejim pemerintah.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan ketika menyuarakan perkara itu khuatir sekiranya siasatan dan pembuktian tidak kukuh dalam POTA akan memangsakan individu sehingga mungkin terpaksa diawasi polis.
Mengenai takrifan keganasan pada peruntukan itu, beliau menggesa supaya terma tersebut diperhalusi termasuk daripada segi perbuatan dan senarai organisasi yang dikaitkan dengan militan, memandangkan beberapa kumpulan mujahidin sebelum ini pernah dilabel pengganas walaupun pihak terbabit berjuang membebaskan tanah air.
Ini bererti apa yang dipanggil sebagai keganasan atau aktiviti militan itu tidak harus mengguna pakai acuan dalam kerangka perspektif Amerika Syarikat (AS) pasca peristiwa 11 September 2001 yang umum mengetahui sarat dengan muslihat dan agenda konspirasi Zionis Yahudi Israel.
Sehubungan itu, penegasan Ustaz Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Termerloh supaya makna keganasan tidak hanya disempitkan pada ISIL/ISIS, ANL dan al-Qaeda dalam perbahasan mengenai POTA baru-baru ini di Dewan Rakyat tepat kerana kita tidak mahu peruntukan itu menjadi alat untuk memburu musuh politik atau topeng untuk mencemarkan maruah Islam.
Kebetulan, ketika pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat mempertikai kerelevanan POTA, lebih 300 tentera Australia akan dihantar ke Iraq kononnya untuk melatih pasukan keselamatan tempatan memerangi IS seperti diakui Perdana Menteri negara itu, Tony Abbott, 14 April lalu.
Tentulah situasi yang sudah melangkaui campur tangan kuasa asing seperti itu sama sekali tidak harus berulang di Malaysia walaupun kononnya atas alasan memerangi keganasan kerana jelas mengancam kedaulatan negara sekaligus nyawa rakyat.
Akta Hasutan: Hodoh masih mahu disolek
Hanya selepas tiga hari POTA diluluskan di Parlimen, badai Akta Hasutan 1948 pula melanda apabila pindaan dilakukan ke atas akta warisan penjajah itu menyaksikan hukuman lebih berat dikenakan kepada tertuduh.

Laksana POTA: Kerajaan akan hadapi suasana lebih buruk

AKTA Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 bukan sahaja tidak selari dengan tindakan yang dibenarkan dalam Islam, malah akan mencetuskan suasana yang lebih buruk apabila turut memberi kesan kepada Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini antara yang ditekankan Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Ikuti pandangan beliau dengan lebih lanjut mengenai akta yang diluluskan seawal pagi 7 April dalam wawancara Wartawan Kanan Harakah, NYZA AYOB bersama beliau pada 15 April lalu.
WARTAWAN: Apakah kedudukan dalam Islam mengenai undang-undang drakonian terutama POTA yang diluluskan dalam persidangan Parlimen baru-baru ini?
USTAZ NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH: Dalam Islam hukuman itu ada tetapi asas hukuman dalam Islam ini mesti diketahui mana yang salah dan mana yang benar. Islam membuka peluang kepada pesalah untuk dia bela diri.
Islam juga buka peluang kepada orang yang menuduh ini untuk membuktikan tuduhannya.
Sebab itu mana-mana peraturan yang ada dalam dunia hari ini seperti POTA, ISA dan apa juga nama sekalipun sekiranya tidak ada peluang bagi orang yang dituduh itu membela diri dan orang yang menuduh itu pula tidak mampu membuktikan kesalahan dengan bukti yang kukuh, maka ia bercanggah dengan Islam dan agama.
Jadi, apa yang berlaku dalam negara kita, dikatakan ISA digantikan dengan Sosma dan kini POTA pula menyamai ISA.
ISA adalah undang-undang yang tidak memberi peluang kepada orang yang dianggap bersalah membela diri. Sebab itu kita tentang ISA. Manamana kesalahan yang dituduh dilakukan, belum tentu lagi dia salah. Mungkin ada faktor yang lain yang menyebabkan sesuatu situasi itu. Pihak kerajaan atau pihak rakyat di Malaysia tidak boleh menuduh sewenang-wenangnya. Apa yang kita nampak, di pihak kerajaan sendiri, kerajaan menggunakan nama kerajaan untuk bertindak apa sahaja. Ini tidak dibenarkan dalam Islam. Sebab itu Allah sangat-sangat murka kepada orang yang menuduh kepada sesuatu kesalahan itu tanpa dibicarakan.
Terdapat peruntukan dalam POTA yang menahan mangsa tanpa jangka masa dan tanpa perbicaraan. Adakah ini bertentangan dengan Islam?
Pada zaman Sayidina Ali Bin Abi Talib, walaupun dia seorang khalifah, dia sanggup mendedahkan dirinya kepada perbicaraan. Itulah keadilan Islam. Sebab itu kita rasakan situasi kerajaan mengenakan undang-undang zalim ini, pada waktu yang sama apabila kerajaan Kelantan mengemukakan Kanun Jenayah Syariah, kita mengharapkan rakyat boleh menilai dengan bijak Kanun Jenayah Syariah.
Tidak adapun satu klausa yang membolehkan pihak kerajaan dan boleh tuduh siapa sahaja yang dia hendak tuduh. Dalam Islam tidak ada perkara ini. Ini menunjukkan perbezaan yang sangat ketara antara syariat Islam dengan undang-undang yang berasaskan kepada ideologi manusia.
Apakah kesan buruk kepada negara apabila meletakkan hukuman seperti ini daripada segi perkembangan Islam dan juga sosial?

Akta rimba selepas tekanan ekonomi

Oleh ANIS NAZRI
TIRAI 2015 disingkap dengan pelbagai kisah dan rasa di kalangan rakyat, angkara kerajaan Umno-BN yang mencipta pelbagai rencah bagi mewarnai jiwa rakyat yang sudah sedia terhimpit.Kedatangan 2015 rata-rata disambut dengan debaran oleh rakyat Malaysia, lebihlebih lagi kepada mereka yang sudah sedia terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.
Bermula dengan kejatuhan nilai ringgit sebelum 2015 lagi, ditambah keadaan ekonomi negara yang semakin tenat, rakyat sudah gusar apabila kerajaan awal-awal lagi menunjukkan sikap untuk memperkenalkan beberapa himpitan dan tekanan berterusan kepada rakyat.
Belum sempat sembuh luka di hati rakyat akibat meningkatnya kos sara hidup serta penangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan bermula 1 April lalu, sekali lagi rakyat dihidangkan dengan beberapa isu membabitkan undangundang yang dilihat semakin membawa Malaysia ke belakang. Penggubalan dan pindaan undang-undang rimba atau drakonian, yang dahulunya dijanjikan pemansuhan kononnya oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya sekadar tinggal janji apabila Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan pindaan Akta Hasutan telah diluluskan di Dewan Rakyat, masing-masing pada 7 April dan 8 April 2015.
Menyifatkan lulusnya POTA ini untuk memanjangkan talian hayat Umno-BN, Pengarah Jabatan Undang-undang Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat, Noorazmir Zakaria berkata, ia juga merupakan langkah terdesak kerajaan bagi tujuan tersebut.
“Tindakan kerajaan memperkenalkan POTA dilihat sebagai tindakan terdesak untuk memanjangkan talian hayat Umno-BN tatkala negara sudah pun mempunyai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA,” kata beliau
Sedangkan, tegas beliau lagi, Kanun Keseksaan juga sudah mempunyai peruntukan undang-undang yang komprehensif untuk membicarakan sebarang bentuk kesalahan membabitkan keganasan. Biarpun mengakui langkah pencegahan ke atas keganasan memang diperlukan, keraguan tentang telus dan adilnya sesuatu akta itu tetap bersarang di hati beliau dan juga rakyat Malaysia.
“Sukar bagi saya untuk menghilangkan keraguan bahawa penahanan tanpa bicara melalui POTA ini akan disalahguna oleh Umno-BN seperti pernah berlaku dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini. Memang menteri beri jaminan akta ini tidak akan dikaitkan dengan politik, sejauh mana ia benar?” soal beliau.
Menuju negara maju?

P.91 & P.44: Segudang isu, belum tentu dapat membantu

Oleh Zulkifli Yahaya
PILIHAN Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan Rompin sangat istimewa. Ia diadakan di kala pihak pembangkang mempunyai segudang isu, semuanya besar-besar belaka. Jika himpunan isu seperti itu berada di sebuah negara demokrasi selain Malaysia, maka hampir pasti parti kerajaan kalah dengan mudah.
Sekarang adalah ketika rakyat umumnya sangat marah dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang baru diperkenalkan pada 1 April 2015.

Janji para pemimpin BN, bila buat GST harga barang turun. Sebaliknya yang berlaku harga barang terus naik; sama ada naik kerana GST atau naik kerana kesan kenaikan GST.
Para menteri, khususnya menteri penerangan menjadi sasaran serangan rakyat Malaysia saban hari.
Isu skandal kewangan yang berbilion-bilion sekalipun besar nilainya, sukar untuk menembusi hati nurani rakyat kerana mereka tidak faham. Isu kenaikan harga barang dan tekanan hidup serta segala akibat darinya betul-betul menimpa batang hidung rakyat.
Maka rakyat mudah untuk faham tanpa perlu pembangkang atur ceramah untuk fahamkan. Memang ada yang masih buta hati akibat menyokong kerajaan BN macam menganut sesuatu agama sehingga terus redho dengan kezaliman kerajaan terhadap mereka. Namun golongan itu semakin mengecil.
Golongan yang semakin besar ialah pihak yang membenci tindakan kerajaan kenakan GST.
Lagi isu besar adalah semua perkara yang berkaitan dengan Perdana Menteri yang dijadikan Segudang isu, belum tentu dapat membantu bahan serangan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Isu 1MDB, kekayaan keluarga Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, pembelian jet mewah, Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar, kejatuhan nilai ringgit, hutang negara, BR1M dan desakan letak jawatan – semua itu adalah isu besar setelah dimainkan oleh tokoh besar.
Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid yang turut membantu kempen Mahathir juga adalah tokoh-tokoh besar. Bahan percakapan mereka dalam mengulas isu Najib juga banyak boleh membantu Pakatan Rakyat. Daim dengan tegas nyatakan, bahawa satu saja punca kejatuhan nilai ringgit, iaitu rakyat tidak percaya pada kerajaan!

P.91: Membongkar penipuan kerajaan Umno@Bn mengenai GST

DI dalam perbentangan Bajet 2015, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menyatakan:

1. 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus selepas perlaksanaan GST.

2. 354 jenis barang dan perkhidmatan yang akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula telah berkali-kali mengulang-ulang bahawa harga barang akan turun apabila GST dilaksanakan di parlimen dan Twitter beliau.

Pada 22 Disember 2013, Ahmad Maslan pernah berkata:

“Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan. Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun.”

Hari ini, PAS mencabar kerajaan menunjukkan bukti 532 barangan yang mengalami penurunan harga dan 345 jenis barang dan perkhidmatan yang hanya mengalami kenaikan harga kurang daripada 5.8% sedangkan GST ialah pada tahap 6%?

Dari segi pengangkutan sahaja, rakyat marhaen sudah boleh membuktikan bahawa BN menipu apabila mereka terpaksa merana caj GST yang dikenakan pada insuran kereta, cukai jalan, dan kenaikan harga dan GST yang dikenakan pada penyelenggaraan kereta serta tayar. Begitu juga kos ubat-ubatan. Mereka terpaksa membayar cukai GST pada harga yang sudah dinaikkan.

Percayalah, derita mereka ini tidak diketahui BN kerana mereka terpengaruh dengan Ahmad Maslan sehingga mempercayai GST telah berjaya menurunkan harga barangan. PAS akan terus membongkar penipuan BN mengenai GST sepanjang kempen PRK Rompin ni.

Cabaran debat

Pelaburan SRC Alami Susutnilai RM204 Juta Sedangkan Kakitangan Kerajaan Dari Badan Berkanun Dinafikan Hak Pencen

Dalam satu sidang media di Parlimen pada 1 April 2015, saya telah mendedahkan bagaimana pelaburan SRC International Sdn Bhd (sebuah anak syarikat 1MDB sebelum dipindahmilik kepada Kerajaan Malaysia) telah mengalami susutnilai (impairment) berdasarkan penyata kewangan terkini bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 yang telah diaudit.
Penyata kewangan terkini itu telah menunjukkan sebanyak RM115 juta telah dicatatkan sebagai susutnilai pelaburan SRC.
Selain dari pelaburannya sendiri, SRC juga telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama (joint venture) dengan sebuah syarikat dari Timur Tengah iaitu Aabar untuk melabur di dalam aset perlombongan. SRC memegang 50% kepentingan di dalam syarikat usahasama ini yang melibatkan pelaburan sebanyak RM184 juta. Ini terkandung di dalam nota kewangan 11 seperti yang dilampirkan.
jv1
Bagi tahun kewangan yang sama, SRC berpandangan bahawa pelaburan di dalam syarikat usahasama itu tidak akan membawa pulangan yang memberangsangkan. Oleh yang demikian, SRC telah mencatatkan susutnilai (impairment) bagi pelaburan dalam usahasama ini sebanyak RM89 juta seperti yang dinyatakan di dalam sambungan nota kewangan 11.

Kadir: Mengapa Najib harus berundur? - Bhg I

JAKIM: Tak laksana hudud bukan tolak Islam

Protes anti-salib: Pendirian JAKIM sama dengan PM

Ku Nan saran peserta demo Anti Salib contohi Sabah, Sarawak

DAP: Melawan politik wang, tiada jaminan menang

EPF - Everybody's Public Fund (Headlines)

Masih ada golongan tak bertamadun zaman moden di negara ini

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Sedang Malaysia menuju ke arah memperolehi status negara maju, adalah membimbangkan untuk mengetahui bahawa terdapat warganya yang boleh disamakan dengan golongan tak bertamadun zaman moden. Komuniti-komuniti ini berselerak di seluruh negara dan mereka akan membuat kemunculan mereka, apabila pemimpin mereka memberitahu bahawa budaya kuno mereka diancam oleh sesuatu yang langsung tidak ada kena mengena dengan mereka.

Mereka tidak mempunyai fikiran mereka sendiri, dan mereka bergantung kepada apa yang pemimpin mereka minta lakukan. Masa berlalu dan minda mereka tetap kosong dan buta dari segi sosial, politik, agama dan politik.

Wajah-wajah tercengang mereka mempamerkan rasa tidak pasti mengapa mereka bertindak dalam cara sebegini. Oleh itu baru-baru ini, sekumpulan golongan sesat ini keluar berprotes terhadap sebuah gereja yang telah memaparkan salib di luar premisnya. Perlu diketahui yang kumpulan Kristian itu mempunyai hak untuk meletakkan simbol agama mereka di rumah ibadat mereka.

Tetapi beberapa individu yang kononnya pemimpin mereka mengeluarkan beberapa kenyataan bodoh bahawa kehadiran salib di kawasan majoriti Islam menjadi cabaran kepada agama itu, dan dapat mempengaruhi iman belia Islam.

 Ini adalah komen daripada mereka yang tidak memiliki kecerdasan. Telah diberitakan bahawa bantahan itu adalah bermotifkan politik, kerana kebanyakan mereka yang mengambil bahagian adalah ahli sebuah parti politik tertentu.

Bagi orang-orang ini, segala-galanya adalah salah kerana mereka seolah-olah tidak mempunyai fikiran mereka sendiri. Mereka enggan menggunakan otak yang Tuhan telah berikan kepada mereka.

Mereka lebih suka mendengar beberapa pemimpin dan bertindak menurut arahan mereka. Ini adalah jenis tindakan bodoh yang akan mewujudkan salah faham dan rasa benci di kalangan rakyat.

Anda menganut agama anda, dan orang lain mempunyai agama mereka! Jadi mengapa perlu berkonflik! Pasti di sana ada sejumlah besar penganut Kristian, yang menyebabkan penganutnya menubuhkan sebuah gereja di sana dan untuk menunjukkan bahawa ia adalah rumah ibadat mereka, mereka memaparkan salib itu.

Golongan berpendapatan pertengahan adalah golongan ‘miskin’ baru?

oleh Soo Wern Jun

PETALING JAYA: Hidup dahulunya boleh dikatakan agak senang untuk golongan berpendapatan sederhana. Mereka boleh bercuti setiap satu atau dua tahun, memandu kereta Eropah mahal, atau pergi ke spa dan menjalani rawatan muka secara kerap.

Mereka yang mempunyai anak-anak tidak akan teragak-agak untuk berbelanja bagi pendidikan dan kesejahteraan anak-anak itu. Walaupun mereka tidak mempunyai wang berjuta-juta untuk dibelanjakan, kehidupan pada umumnya riang dan selesa. Itu dahulu. Hari ini, ceritanya berbeza.

Gaji tidak meningkat sejajar dengan jangkaan yang lebih tinggi dan kos sara hidup yang meningkat. Kuasa berbelanja telah berkurangan. Malah, berada dalam kumpulan berpendapatan sederhana kini tidak lagi seperti dahulu. Strata sosial biasanya ditentukan oleh kuasa pendapatan.

Di Malaysia, takrifnya berbeza-beza. Kerajaan mentakrifkan "pendapatan sederhana" sebagai pendapatan sebanyak dari RM3,000 sehingga ke RM4,999. Menurut data tahun 2012, 27.8% daripada isi rumah termasuk dalam kategori tersebut. Kira-kira 39% daripada isi rumah berada dalam kumpulan pendapatan ini.

Pendapatan pertengahan atas dan golongan berpendapatan paling tinggi – mereka yang membawa pulang RM5,000 dan lebih – adalah baki 33.6%. Habis-habis kuat pun, definisi kelas menengah kekal samar-samar.

Ketua pegawai eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan mentakrifkan kelas menengah sebagai mereka yang berada "dipertengahan 40% dengan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000" sehinggalah "ke 20% teratas". Pendapatan median dalam kumpulan ini ialah RM9,800 pada tahun 2012. Hanya lebih sedikit dari separuh rakyat Malaysia berada dalam kategori itu.

Prof Madya Dr Lean Hooi Hooi dari Universiti Sains Malaysia telah mentakrifkan kelas menengah sebagai individu atau isi rumah yang mendapat pendapatan boleh guna dari RM4,000 sehingga RM20,000 setiap bulan, manakala ketua jabatan ekonomi dan pengurusan Sunway University, Dr Wong Koi Nyen melihatnya sebagai sebuah kelas semi-profesional dan profesional yang berpendapatan RM5,000 dan ke atas, dan mempunyai keluarga yang berpendapatan kira-kira RM10,000.

Setelah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikenakan pada 1 April, mereka, seperti mereka yang berada dalam golongan berpendapatan rendah, akan merasai kesannya.

Pertentangan dan konflik kepentingan di Taman Medan

oleh Hazlan Zakaria
Sejumlah 50 Melayu-Islam, semua didakwa sebagai ahli Umno, berhimpun untuk membantah secara aman dan “memujuk” sebuah gereja Kristian di Taman Medan untuk menurunkan lambang salib di hadapan bangunan rumah kedai yang dijadikan sebagai rumah ibadat mereka.
Menurut ketua kumpulan itu dan sepanduk yang dibawa mereka, gereja itu tiada keperluan untuk berada di kawasan majoriti Melayu, dan pemaparan lambang salib itu sahaja adalah satu penghinaan kepada sensitiviti agama mereka, dan menyebabkan mereka tertekan.
Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar melihatnya sebagai “flash mob” tanpa apa-apa konflik, dan lebih seperti lawatan bebas warga yang prihatin. Walaupun hakikatnya, ia adalah salah satu kes konflik yang melangkaui isu yang berlaku.

Tentulah abangnya Abdullah Abu Bakar menjadi orang tengah antara “penduduk” dan pihak gereja. Tapia apa-apa pun, mari kita teruskan dengan konflik yang mencetuskan ribut ini.
Pertama-tamanya, ramai melihat demonstrasi itu sebagai bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang termaktub  dalam Perlembagaan. Ini kerana walaupun Islam adalah agama persekutuan, amalan agama lain oleh penganutnya tetap terjamin.
Dan walaupun penganjur menyatakan ia bersifat aman dan tiada yang mendapat kecederaan, pemerhati melihatnya sebagai menyalahi Akta Perhimpunan Aman yang menghalang perhimpunan seumpama itu diadakan dalam lingkungan 50 meter rumah ibadat.
Ahli Parlimen pembangkang turut menyatakan, bantahan itu jatuh di bawah Akta Hasutan yang baru dipinda, serta peruntukan dalam Kanun Keseksaan berhubung mencetuskan rasa tidak senang masyarakat atau berisiko mencetuskan kekacauan.
Memang, protes itu kelihatan menyalahi undang-undang sedia ada serta peruntukan yang terkandung dalam undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan.
Namun lebih daripada itu, konflik itu juga melibatkan individu yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.
KPN tidak boleh dilihat hanya bertindak tegas terhadap pemimpin dan penyokong pembangkang dengan penangkapan dan taktik seperti gangguan, sementara berlembut dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan kini menyatakan protes yang melibatkan abangnya tidak membuat apa-apa kesalahan.

Adakah Dr M cemburui status Najib sebagai orang kuat Umno?

oleh Lokman Mustafa

Ada satu pepatah Bahasa Inggeris yang berbunyi sebegini, "Kejayaan melahirkan rasa cemburu". Apa yang cukup pelik, saya tidak dapat mencari peribahasa Melayu yang mempunyai makna yang sama, mungkin kerana orang Melayu lebih cenderung bersikap cemburu tanpa alasan yang jelas. Oleh itu, simpulan bahasa Melayu ‘cemburu buta’ telah dicipta. Bagaimanapun, penulisan ini bukannya cubaan untuk memahami jiwa Melayu, tetapi melihat kepada perebutan politik antara presiden Umno semasa, Najib Razak dan bekas presidennya, Dr Mahathir Mohamad.

Telah pun diketahui bahawa Najib kini sedang menghadapi kritikan Mahathir. Walau bagaimanapun, jika Najib boleh menahan tekanan yang belum pernah terjadi sebelumnya ini, beliau akan mengukuhkan statusnya sebagai presiden Umno yang paling berjaya dalam era Umno Baru, sejak Mahathir sendiri.

Dan saya menganggap Mahathir tidak mahu ini berlaku. Dalam sebuah artikel yang dipaparkan dalam Semut Harian, V Shuman menulis bahawa doktor kelahiran Kedah ini percaya yang ramai pemimpin Umno menyokong Najib kerana rasa takut. “Sokongan yang ditunjukkan untuk Najib oleh 'kumpulan tertentu' bukan diberikan kerana mereka menyokong 1MDB.

"Mereka takut. Sesetengah berkata kepada saya mengenai 1MDB dan meminta saya melakukan sesuatu mengenainya. "Sekarang mereka yang tidak menyokong Najib sedang terancam," tulis Mahathir. Saya tidak fikir 'takut' adalah faktor tepat mengapa kebanyakan pemimpin Umno menyokong Najib.

Sebenarnya, ahli-ahli Umno Baru belajar makna perkataan itu semasa era Mahathir, apabila sejumlah 106 ahli-ahli politik berprofil tinggi, aktivis, ahli akademik dan pengamal media telah ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Oktober 1987. Malah pengkritik-pengkritik Mahathir dalam parti beliau sendiri turut berasa takut.

Bukan ditukar, tetapi dipecat terus!

RAKYAT Malaysia memang ditimpa malang bergandaganda. Selain terpaksa menghadapi musibah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April lalu (malah, sebelum tarikh itu pun sudah merasainya), mereka mendapat menteri yang tidak cerdik dan sering membuat kenyataan bodoh-lucu, serta berbelit dan tidak tetap.
Justeru, memang wajar ahli Parlimen Kluang dari DAP-Pakatan Rakyat, Liew Chin Tong pada 12 April lalu meminta Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan ditukar ke kementerian lain sertamerta ekoran saranannya terhadap mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehari sebelum itu.
Mahasiswa UiTM mengkritik cadangan Ahmad supaya mereka memasak sendiri daripada makan di luar bagi mengurangkan beban GST kerana asrama pelajar universiti tidak membenarkan aktiviti memasak. Tegas Chin Tong, negara kita tidak memerlukan orang yang propagandis cemerkap seperti Ahmad.
Jadi, anggota kabinet itu sepatutnya segera ditukar ke kementerian lain.
Walau bagaimanapun, Chin Tong berharap Putrajaya boleh memastikan Ahmad tidak akan memalukan kerajaan Umno- BN dalam jawatan baharunya nanti.
Setelah dipindahkan, tambah Chin Tong, sekurang-kurangnya GST boleh dijelaskan sebagai satu isu yang serius dan bukan sekadar “propaganda murahan.” Beliau turut mendakwa pemimpin Umno- BN dilaporkan menggunakan “politik perkauman yang tidak senonoh” untuk menyokong GST.

Umno kenal pasti ahli sertai demo antisalib

Umno sedang meneliti nama peserta protes antisalib di Petaling Jaya bagi menentukan jika terdapat anggota parti itu mengambil bahagian.

“Kita sedang siasat,” kata Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor kepada Malaysiakini.

Katanya penelitian itu dilakukan oleh pihak ibu pejabat Umno.

Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, berkata tindakan akan diambil selepas polis melengkapkan siasatan dalam kes bawah Akta Hasutan 1948 itu.

Beliau juga berkata anggota Umno yang bersalah akan dihukum berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan Umno.

Setakat ini hanya dua peserta perhimpunan itu dicam media sebagai anggota Umno, iaitu abang kepada ketua polis negara Datuk Abdullah Abu Bakar dan bekas calon BN Taman Medan Munaliza Hamzah.

Kadar GST akan naik ikut peredaran masa, kata Rafizi

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yakin kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkat lebih tinggi pada masa akan datang daripada kadar sedia ada pada 6%.
Beliau yang juga setiausaha agung parti itu berkata, tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang memperkenalkan GST dan cukai itu kekal pada kadar awal ia diperkenalkan.
"GST ini dikira cukai yang mudah dan berkesan bagi kerajaan, kerana begitu senang mengutip cukai yang lebih, dengan hanya menaikkan kadarnya setiap tahun.

 "Jadi, kadar 6% ini ditetapkan sebagai kadar paling minima untuk menutup hutang dan tuntutan perbelanjaan sekarang," katanya pada forum Siswa dan GST: Masak Sendiri Elak GST di Perpustakaan Komuniti MBPJ di Petaling Jaya malam tadi.

 "Pada masa akan datang, hutang itu sudah tentu akan bertambah, dan perbelanjaan akan terus bertambah, dan kerajaan akan menaikkan cukai dengan kadar 6% kepada kadar yang akan lebih tinggi," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu juga menjelaskan, jika dibuat perbandingan dengan negara yang terlebih dulu melaksanakannya seperti Singapura, ia memperkenalkan GST pada kadar awalnya 2% sejak 15 hingga 20 tahun yang lalu, dan kini ia meningkat kepada 7%.
 "Jadi, (Malaysia) sudah bermula 6%, kalau meningkat dua kali ganda pun contohnya, dalam tempoh 10 tahun akan datang, ia akan jadi 12%. Jadi bagi saya, pasti akan naik cukai ini.

Cuma bila masanya saja yang kita tak tahu," katanya. Bagaimanapun, menjawab satu soalan, Rafizi berkata, beliau tidak fikir kenaikan itu akan berlaku bermula tahun depan kerana "Barisan Nasional (BN) sekarang berada dalam keadaan panas".

P'raya awal selamatkan PM dari serangan Dr M?

Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad lebih keras mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ramai pemimpin Umno tampil menyatakan sokongan kepada presiden mereka.

Justeru sudah tentu cadangan wakil rakyatnya Nur Jazlan Mohamed supaya Najib mendapatkan mandat baru melalui pilihan raya mengejut menggemparkan banyak pihak.

Anggota Parlimen Pulau itu berpendapat Najib mempunyai peluang membersihkan diri, keluarga dan pentadbiran daripada tanggapan negatif yang dilontarkan.

Bagaimanapun pemimpin Umno seperti ketua bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee panas menolaknya dengan berkata ia hanya penyelesaian sementara.

Syed Ali sebaliknya menggesa pemimpin Umno untuk tampil mempertahankan pemimpin mereka daripada menyeru pilihan raya supaya Parlimen dibubarkan.

Penganalisis politik Wong Chin Huat berpandangan pilihan raya mengejut akan membolehkan Najib membersihkan musuh dalam selimut, terutamanya yang rapat dengan Mahathir (atas), daripada tampuk kuasa.

Penganalisis: Kalau sabotaj?

Pemimpin itu, kata Wong, termasuklah anak anak Mahathir, Mukhriz, yang kini menteri besar Kedah.

KWSP dan sandiwara politik

Selepas kerajaan memutuskan untuk mengekalkan had umur pengeluaran wang caruman KWSP pada usia 55 tahun, ia menimbulkan persoalan apakah tujuan sebenar ia disensasikan.
EPF

Oleh Nila Kanna
Keputusan kerajaan untuk mengekalkan had umur pengeluaran caruman KWSP pada usia 55 tahun berbanding cadangan 60 tahun mendapat reaksi positif.
Selepas ia diumumkan, ramai yang memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mereka tidak lagi risau.
Kini semua orang berbesar hati kerana hanya dengan kata putus daripada Perdana Menteri itu jugalah, akhirnya mereka dapat menghembus nafas kelegaan untuk meneruskan perancangan selepas usia 55 tahun iaitu selepas mengeluarkan duit pencaruman masing-masing.
Namun, persoalan yang wujud ialah apakah isu ini diwujudkan semata-mata untuk menaikkan nama Najib atau untuk menutup isu-isu yang bergelumang di sekeliling pentadbiran beliau? Ataupun ia sebagai satu kaedah yang diguna pakai untuk memberi suntikan kesegaran kepada pemerintahan Najib supaya beliau dipandang semula sebagai seorang ‘hero’ atau penyelamat?
Apapun, pendekatan yang digunakan, ia bukanlah berjaya sepenuhnya. Walaupun ramai yang percaya kenyataan Najib itu sebagai penyelamat, lebih ramai yang berpendapat ia satu isu yang dibuat-buat.
Laman sosial Facebook KWSP saban hari dipenuhi dengan mesej-mesej yang mengutuk cadangan usia pencaruman kepada 60 tahun daripada asalnya, 55 tahun. Tidak ketinggalan mereka yang mencemuh survei tentang cadangan tersebut yang hanya dihadkan kepada pencarum yang berdaftar sekali gus mematikan peluang semua orang menyertai survei itu.

Perjuangan ‘Tiger of Jelutong’ tetap diingati dan diteruskan

KarpalGEORGETOWN 24 APR: 17 April lalu, genap setahun pemergian Karpal Singh namun mendiang masih diingati kerana perjuangan dan ketegasannya mempertahankan undang-undang dan perlembagaan negara.
Panggilan ‘Tiger of Jelutong’ juga masih meniti di bibir masyarakat Pulau Pinang khusunya.
Anak mendiang, Ram Karpal berkata, atas kepercayaan rakyat setempat, beliau diberi mandat untuk meneruskan perjuangan bapanya menerajui Parlimen Bukit Gelugor.
“Hari ini saya diberi peluang untuk memimpin Bukit Gelugor, dan mandat ini saya akan jaga dan berikan yang terbaik untuk rakyat bagi meneruskan perjuangan ‘Tiger Jelutong’.
“Nama ayah saya tetap diingati, walaupun beliau berjuang di atas kerusi roda, tetapi kena ingat amarannya kita jangan main-main dengan undang-undang dan perlembagaan negara,” kata Ram.
Beliau berucap di hadapan 1,000 hadirin dalam majlis ‘In Memoriam Karpal Singh (1940-2014) 1st Anniversary 2015′ di Dewan Cina Pulau Pinang, malam tadi.

M'sia mahu jambatan 'lurus' ganti Tambak Johor kata KJ

Malaysia sedang melihat kemungkinan menggantikan Tambak Johor dengan jambatan 'lurus', kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Bercakap kepada pemberita di Singapura, beliau berkata pemimpin Malaysia dan Singapura akan membincangkan isu itu dalam pertemuan sepuluh hari lagi.

“Sebelum kita bercakap tentang sistem transit antara Johor dan Singapura serta landasan laju kereta api, saya rasa kita patut teroka kemungkinan bina jambatan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Today Online.

Beliau bagaimanapun berkata pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berminat meneruskan idea “jambatan bengkok” yang diilhamkan oleh perdana menteri keempat Dr Mahathir Mohamad.

Mahthir mengajukan cadangan itu selepas Singapura keberatan menggantikan tambak berusia 92 tahun itu.

Cadangan itu ditolak selepas pengganti Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menggantikannya.

Desakan kepada Najib, kembalikan mandat rakyat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan beliau tidak keseorangan berhadapan situasi semasa yang dihadapi negara sekarang tetapi adakah mereka yang dikatakan menjadi teman penasihat di sekeliling PM Najib itu benar-benar memberikan nasihat atau sekadar menjadi tukang ampu dan pembodek sahaja?

Jikalau tidak, masakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kian lantang menegur kelemahan dan kegagalan PM Najib.

Semakin hari, semakin bertambah suara yang mengkritik kegagalan PM Najib. Apabila Pakatan Rakyat yang menegur, kerajaan memandang enteng sahaja kerana dikatakan suara pembangkang tetapi kini antara suara lantang yang menentang PM Najib ialah veteran Umno dan bekas Menteri Umno.

Saya menyokong cadangan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mencadang agar PM Najib segera membubarkan Parlimen agar mandat terbaru daripada rakyat boleh diterima.

Apa yang berlaku hari ini bukanlah krisis dalaman Umno semata tetapi ia melibatkan masa depan negara kita yang tercinta ini. Ia tidak boleh diselesaikan sekadar dengan membuat perhimpunan sayap dan bahagian Umno demi menyatakan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada Presiden Umno. Hal ini kerana yang  hendak diselamatkan sekarang adalah negara bukan Umno.

Cadangan penyelesaian menukarkan pemimpin nombor 1 tidak mampu menyelesaikan masaalah kerana kelemahan pemimpin lain yang ada inilah yang membiarkan keadaan makin kusut dengan cara mereka menyokong membuta tuli sahaja PM Najib.

PAS: Selamatkan negara, bukan Umno

PAS hari ini turut menggesa perdana menteri membubarkan Parlimen agar rakyat dapat memberikan mandat baru kepada kerajaan pilihan mereka.

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar mengingatkan masalah berkaitan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak bukan sekadar krisis dalaman Umno tetap melibatkan masa depan negara.

“Ia tidak boleh diselesaikan sekadar dengan membuat perhimpunan sayap dan bahagian Umno demi menyatakan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada presiden Umno.

“Hal ini kerana yang hendak diselamatkan sekarang adalah negara bukan Umno,” katanya.

Tempat forum GST ditutup selepas Umno mahu protes

Satu forum di Kluang tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mengenai politik perkauman malam tadi dibatalkan selepas penceramah mendapati tempat ia dijadual diadakan, gelap dan ditutup dengan pita halangan warna merah dan putih.

Sebab tempat itu ditutup -  sebuah restoran - tidak diketahui, tetapi Pemuda Umno semalam berkata mereka akan berhimpun membantah forum itu yang didakwanya berbaur "perkauman".

Restoran Tepi Sungai Jamilah didapati ditutup apabila penceramah tiba sekitar jam 8.15 malam, kata penganjur forum itu, Sheikh Omar Ali.

Katanya, kira-kira 60 hingga 70 orang berada di sana dan separuh daripadanya adalah penyokong mereka manakala yang lain dipercyai ahli Umno dan anggota polis.

Sheikh Omar yang mewakili LayPark @ Kluang berkata beliau mengesyaki kira-kira 30 orang yang hadir di situ adalah dari Pemuda Umno kerana "mereka kelihatan mencurigakan" dan "merenung pihak penganjur dengan cara yang pelik".

Naib Ketua Pemuda Umno Johor Khairul Anwar Rahmat, yang semalam mendakwa akan hadir di demonstrasi itu, tidak kelihatan, kata Sheikh Omar.

Sekatan jalan raya

Sheikh Omar, yang juga pembantu kepada Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong, berkata terdapat empat sekatan jalan di jalan-jalan berbeza yang menghala ke restoran tersebut.
 

Bapa Adam Adli meninggal dunia selepas kemalangan

Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, telah meninggal dunia pagi ini selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya itu melalui tweet pukul 7.30 pagi ini.

Abd Halim, yang sebelum ini bekerja di Keretapi Tanah Melayu Bhd, terlibat dalam kemalangan motosikal di Penanga, Pulau Pinang malam tadi dan dimasukkan dalam keadaan kritikal ke Hospital Seberang Perai.

Allahyarham akan dikebumikan di Kepala Batas selepas solat Jumaat, kata Adam Adli.

Ahmad Maslan, GST and the cost of talking baloney

One critic has risen to the Deputy Finance Minister’s challenge to find options to the GST.
maslan gst lagi
By T K Chua
Come up with alternatives to the Goods and Services Tax (GST), Ahmad Maslan reportedly challenged the Opposition yesterday.
The Deputy Finance Minister said that Opposition lawmakers should present ideas that served the same purpose as the GST — “to cushion the people’s hardship and at the same time develop the country”.
He also said that the Opposition should not protest against the GST, as the new consumption tax reduces amounts to 6%, compared to the previous sales and service tax (SST) of 10%.
I am not a member of the Opposition. But as a citizen, I think Ahmad is talking baloney.
It is simple.
If the 6% GST is lower than the 10% SST, why are people paying more taxes now?
Ahmad should not misrepresent the situation.
Has he looked at the coverage of GST when compared with SST? Has he looked at the pitfalls of GST implementation which may include a product or a service being taxed at different stages before the final price is determined?
If that happens, are the consumers actually being taxed more than 6%?
Regarding his challenge for alternatives, I wonder if a response is even worthwhile. But for the sake of helping to clear confusion, I don’t mind doing it again — and again.
First — and this is fundamental — why should the people of Malaysia pay more taxes even if we can afford it?
Let me make it clear that this is not an issue of loyalty or unwillingness to share the burden of development.
The point is this: why is the government collecting taxes when it is racking up scandals and squandering money?

Too many questions, too few answers

Malaysians should be doing much more to demand answers from our elected representatives
1mdb yg jahat
By Tariq Ismail
I recently spoke out against the Taman Medan protest and how much I abhorred the fact that this incident was pulling us down into depths from which Malaysia may not return.
But as social media and news outlets continue to report the Taman Medan protest, other pertinent issues have taken a backseat.
One of these is of course the endless confusion about 1MDB. I find myself bewildered as to what this entity is, as many seem to be.
Could 1MDB be classified as a rogue company? The level of secrecy and lack of transparency seems to warrant this characterisation.
And 1MDB is only the tip of a potentially catastrophic iceberg. The Taman Medan incident is reminiscent of events that transpired in 1969.
Yes, that very same event that the Right Wingers vehemently remind us will happen again.
Could it happen again? Yes.
Can we stop it ? Yes.
How?
Readers and friends, as I have often said, we need to find a common goal and to adhere to our Federal Constitution and the Rukunegara.
Malaysia today is rife with more questions than answers. There is a disconnect between the politicians and us, the people who voted them in.
Once in power, egos take over.
Instead of championing policies to benefit the citizens of this land, they champion their own causes so they won’t lose their positions within their respective parties.
Misdeeds in the political world are normally followed with serious consequences. Recently, the South Korean Prime Minister tendered his resignation amidst a corruption scandal.
Indeed, any scandal in developed political arenas will result in the accused resigning from office or facing impeachment.

Pua: No more lies from Najib on 1MDB

Malaysians will only speculate on his complicity in the RM42 billion 1MDB monster scandal.
tony pua, najib, 1MDB
KUALA LUMPUR: Tony Pua has called on Prime Minister and Finance Minister Najib Abdul Razak to stop lying and covering up for 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wholly-owned by the Ministry of Finance and touted as a strategic investment arm. “He must stop giving protection to Jho Low by claiming that the latter has nothing to do with 1MDB, when he is clearly the villain.”
By failing to tell the truth and allowing Jho Low to continue his global jaunts, he feels that Najib will only cause Malaysians to speculate on his complicity in the entire RM42 billion 1MDB monster scandal. “It’s strange that the Finance Minister can still find it appropriate to assure Malaysians that there was nothing serious happening and we just ‘need to give time to 1MDB to develop or liquefy their assets’”
“Malaysians are being robbed blind via 1MDB, and the Prime Minister can still tell us ‘to give time to 1MDB to develop or liquefy assets’,” said the Petaling Jaya Utara MP. “Billions of dollars have been misappropriated, bank statements falsified and the mastermind exposed.”
From the information which has been exposed, pointed out Pua who is also DAP National Publicity Secretary, it was blatantly obvious that Malaysians have been brazenly robbed by Jho Low, abetted by his accomplices and conspirators, via 1MDB.
One could certainly argue that Najib was like Nero, who fiddled while Rome burned, said Pua. “While 1MDB burns in the raging fire, the Prime Minister acts with no sense of urgency to reflect the severity of the crime and crisis taking place.”

1MDB

by chedet
 
1. The management of Government finances is governed by laws, rules, regulations and practices. Companies also have similar systems but Government manages huge sums of money, basically the people’s money and it is imperative that the managers follow the laws, rules and regulations.
2. Corruption prevails in almost all Governments. But usually they involve relatively small sums. The work of auditors are supplemented by special anti-corruption authorities to ensure that as little as possible of Government money is misused, abused or basically stolen by the people authorised to manage it.
3. Governments can lose money through bad investments. We would know where the money is lost. But when huge sums of money disappear, then those entrusted with its management must answer for the disappearance. Disappearance is different from just losing. Disappearance is about money lost which cannot be traced. This can be because of corruption or theft.

4. In Malaysia the PM and DPM usually hold one extra portfolio. Usually the Ministry of Home Affairs and Ministry of Defence alternate between the two. Occasionally while waiting for suitable candidate, the Ministry of Finance is held by the PM. Dato Sri Najib however prefers to keep the Ministry of Finance under him all the time. He has appointed a second Minister of Finance. This is his prerogative of course, but he must ultimately be responsible for what happens to the country’s finances.
5. The first requisite for the management of Government money is the yearly budget. Prepared by the Ministry of Finance from feedbacks by all ministries and departments, the budget is first presented to the Cabinet. If passed it is then presented to Parliament.
6. Government is expected to spend money according to the budget. If the yearly budget cannot meet an urgent need of the Government, a supplementary budget can be presented by Cabinet to Parliament. Drafts of the budgets are prepared by officers of the Ministry. Government raises money through taxes and fees of all kinds. Government may own special businesses such as Petronas, which may contribute to the budget.
7. In Malaysia there is also off-budget-funds which may not be presented to Parliament but are still subject to scrutiny and approval of the Cabinet.
8. Cabinet papers are secret of course. But in the case of 1MDB the presentation to the Cabinet and approval by it seems to be unclear. There seems to be attempts to hide behind official secrecy.
9. What we do know is that 1MDB has as its advisor the Prime Minister and Minister of Finance. It is inexcusable that the management which is appointed by the PM would reject his advice. So like the British Advisor of old, the advice of the Advisor is a directive.
10. Since then three CEOs of 1MDB have resigned without explanation. Could it be because they could not accept the advice!
11. The Government invested one million Ringgit in the 1MDB. According to known records 1MDB then borrowed from various sources 42 billion Ringgit.
12. A company with 1 million Ringgit capital with no assets cannot borrow 42,000 times its capital with no collaterals. That 1MDB is able to do so is because of Government guarantees.
13. In other words it is Government which is borrowing the money. If 1MDB loses money, the Government will bear the loss. Yet the operation of 1MDB is not overseen by Government officers responsible for the management of Government funds.
14. Why has the 1MDB become controversial? What is wrong with 1MDB?

Mencari Hang Nadim dan Bendahara dalam Pas

MSO

Ibarat dalam sebuah negeri apabila orang menjadi raja sudah tidak boleh diharap mentadbir dan menguruskan tanah jajahan dengan baik, sama ada kerana sakit atau "lus skru", maka harus ada satu puak ataupun seseorang dalam kalangan mereka yang cerdik dan bijak akal untuk menjadi penasihat bagi menyelamatkan keadaan negeri.

Mereka harus ditampilkan sebagai pemangku bagi mentadbirkan negeri.

Seperti mana dikisahkan dalam riwayat Singapura di langgar todak, ketika itu wujud seorang budak bernama Hang Nadim yang bijak akal mengatasi masalah todak yang mengganas. Raja atau sultan sendiri ketika itu sudah tidak tahu apa hendak dilakukan lagi, biul kerana ramai penduduk negeri itu mati kerana ditikam todak.

Saat raja sudah hilang akal dan ilmu itulah Hang Nadim muncul menyelamatkan keadaan. Menjadi super hero. Dengan kelebihan akalnya dengan mudah serangan todak itu dipatahkan apabila beliau mengarahkan penduduk menjadikan batang pisang sebagai perisai.

Malangnya kehadiran Hang Nadim itu tidak dihargai oleh sultan. Sebaik Hang Nadim berjaya menewaskan todak dia dihukum bunuh. Alasan sultan ialah bimbang budak yang cerdik itu akan menguasai negeri dan mengambil alih tempatnya. Pemikiran demikian tidak patut diwarisi kerana ia merugikan.

Malang dan sedihnya tidak ada siapa yang mempersoalkan tindakan sultan pada masa itu melainkan setelah ianya terkambus dek sejarah. Mungkin rakyat Singapura semuanya taksub dan wala' bengung kepada raja itu sehinggakan semuanya terminum air kencing pandir.

Begitu juga dalam riwayat dan sejarah Melaka, tindakan raja yang tanpa usul periksa dan dibuat atas pendapat yang naif akhirnya menyesalkan dirinya. Sultan Melaka telah mengarah bendahara membunuh Hang Tuah kerana panglima itu difitnah melakukan kesalahan. Tetapi kerana kebijaksanaan bendahara, Hang Tuan tidak dibunuh sebaliknya disembunyikan di hulu Melaka.

SENTUHAN ISLAM & ULAMA DALAM DUNIA KORPORAT



Izwan Abdul Halim
Peranan ulama dan ilmu pengurusan Islam telah terbukti memberi sumbangan penting kepada perkembangan dunia korporat hari ini, demikian pengakuan Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Dato’ Raja Idris Raja Kamarudin (gambar).
Malah katanya, teori Barat yang digunapakai dan diterap dalam pengurusan korporat moden kini hakikatnya dimodelkan dari sunnah Rasulullah dan amalan Islam.
Raja Idris Kamarudin“Dalam bidang korporat selalu guna konsep pengurusan daripada Barat, padahal dalam sistem Islam banyak konsep telah ada lebih dari 1,400 tahun tetapi kita tidak mahu gunakan. Kita guna istilah ‘Pengurusan Masa’, bukankah sudah ada waktu solat, waktu puasa dan berbuka, hari raya, haji dan kepentingan masa?
“Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah jadi polisi semua syarikat dunia. Dalam Islam telah amal CSR, kita ada zakat, wakaf, derma, menjaga keluarga terdekat, jiran, mereka yang sakit dan orang tua.
“Kita kena ada ‘Corporate Governance’, di Bursa jika tidak ada boleh kena saman. Bukankah dalam Islam bila hendak jual beli kena beritahu tiada kecacatan barangan, perlu berintegriti tinggi dan mengharamkan rasuah,” ujarnya pada Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia bertemakan “Islam, Profesionalisma dan Penyelesaian” di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini 18 April lalu.
Katanya, dalam sistem kewangan, Islam telah mempunyai sistem as-Salam, sukuk, musyarakah, mudharabah, ijarah, wakaf, zakat dan sebagainya.
Begitu juga menurutnya, Islam mempunyai ‘Etika Kerja’ sendiri seperti tidak curi tulang, membezakan antara hak syarikat dengan hak diri, serta hubungan interaksi antara lelaki dan perempuan.
Manakala berbanding ‘Jaringan Sosial’ Barat seperti Facebook, WhatsApp, Twitter dan seumpamanya, Dato’ Raja Idris berkata, ‘Jaringan Sosial’ Islam boleh diadakan di masjid, semasa dan pada hari-hari kebesaran Islam dengan menganjurkan akikah, korban dan seumpamanya.
Termasuk juga ujarnya, kecenderungan semasa terhadap ‘Tabiat Membaca’ dan ‘Pengembangan Memori Otak’ terhadap anak-anak, di mana Islam telah mendahului menerusi bacaan dan hafalan al-Quran, surah-surah, doa, hadis dan bacaan dalam solat.

Ketika PAS Pusat sokong PKR di Permatang Pauh, Hadi ambil sikap berkecuali

Walaupun pemimpin PAS Pusat termasuk calon timbalan presiden paling popular, Naik Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkali-kali membuat kenyataan menyokong calon PKR di Permatang Pauh, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya enggan menyatakan pendiriannya dengan jelas.

Hadi kelihatan 'tersepit' pada Rabu ketika diajukan soalan mengenai sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang seperti mahu memboikot kempen PKR di sana susulan tidak setuju dengan pendirian presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh. Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi ketika itu, mengulas kenyataan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan.

 Omar sebelum ini menegaskan PKR hanya akan memperoleh sokongan mereka selepas menarik balik kenyataan menolak hudud, menggesa Dr Wan Azizah menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka. Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah juga memberikan amaran yang sama kepada PKR.

Malah, Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman mengatakan, 'hukumnya haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud', merujuk kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan diadakan 7 Mei ini.

Di satu pihak, Hadi perlu berkempen untuk mendapat sokongan kepada hudud yang diperjuangkan PAS, tetapi di satu pihak lagi, terpaksa menghadapi rakannya dalam PKR yang tidak menyokong hudud dilaksanakan sekarang.

Kenyataan Hadi itu bagaimanapun berbeza dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada 20 April yang menjelaskan PAS Pusat muktamad menyokong pencalonan PKR di Permatang Pauh dan sebarang keputusan di peringkat atas mengatasi keputusan yang dibuat di peringkat akar umbi.

GST: Pasar raya halau aktivis kerana buat pemeriksaan harga

oleh Sonia Ramachandran
Bayangkan diri anda dimalukan dengan dihalau dari pasar raya atau gedung membeli-belah.
Itulah yang terjadi kepada seorang pejuang hak pengguna yang juga mengetuai gabungan persatuan pengguna terbesar di Malaysia, ketika beliau dihalau dengan biadab di sebuah pasar raya baru-baru ini.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Dr Marimuthu Nadason berang selepas beliau dipaksa keluar daripada premis pasar raya, hanya kerana melakukan menyahut seruan kerajaan kepada persatuan pengguna – membuat pemeriksaan dan perbandingan harga.
Pada 8 April lalu, Marimuthu bersama-sama 30 kakitangan dan 30 orang media melakukan sisi pemeriksaan harga selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Beliau berkata, salah satu pasar raya yang dikunjungi adalah Tesco di Paradigm Mall, Kelana Jaya.
“Ketika kami sedang periksa harga, kakitangan Tesco mula paksa kami keluar. Mereka kata kami tiada kebenaran untuk berada di sana.
“Sebagai pengguna, saya ada hak untuk ke sana. Kami adalah pelanggan. Kakitangan saya turut membeli di sana,” katanya yang jelas marah, ketika dihubungi Semut Harian.
Katanya, ketika membuat laporan kepada pengurusan Tesco tentang insiden itu, mereka diberitahu ia berpunca daripada “salah komunikasi”.
“‘Miscommunication’ apa? Kami hanya beli barang dan periksa harga. Kami ada hak untuk periksa harga.
“Selaku syarikat multinasional, mereka sepatutnya amalkan piawaian kelakuan yang sama seperti negara asal mereka, United Kingdom,” katanya.
Katanya lagi, mereka diminta untuk meninggalkan premis kerana Tesco merasa “takut”.
“Anda akan rasa takut bila sembunyikan sesuatu. Jika tidak, kenapa suruh kami keluar? Apabila ke Giant dan Aeon, mereka alu-alukan kami.
“Saya tiada hormat lagi kepada mereka (Tesco). Apa-apa sahaja khidmat sosial korporat yang mereka buat, saya tiada kepercayaan lagi terhadap mereka,” kata Marimuthu lagi.
Ketika dihubungi, Pengurus Komunikasi Bahagian Hal-ehwal Korporat Tesco Malaysia Rohazida Mohamed berkata, ia “benar-benar satu salah faham, yang kami telah pun mohon maaf kepada Fomca”.
“Sebagai peruncit multinasional yang bertanggungjawab, kami sentiasa menjalankan perniagaan dengan cara yang telus, jujur dan beretika. Kami sentiasa melibatkan pihak-pihak berkepentingan dengan cara yang bertanggungjawab dan profesional.
“Kami menghargai peranan yang dimainkan Fomca dan mana-mana persatuan pengguna berdaftar. Mereka memberikan perkhidmatan berharga kepada penguna, dan tentulah amat baik jika surat pengesahan diberikan ketika lawatan.
“Kami memang sentiasa menerima kunjungan daripada pegawai penguatkuasa kerajaan yang turut perlu menunjukkan pengesahan sebelum diberi akses. Prosedur sama turut terpakai kepada media,” katanya menerusi jawapan emel.

Tun M beri tekanan lagi kepada Najib, persoalkan 1MDB

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri terbaharu blognya mengetengahkan isu pengurusan kewangan kerajaan yang katanya perlu dikawal oleh mekanisme undang-undang.

Menurutnya, perbelanjaan perlu mematuhi cadangan seperti yang tertera dalam rancangan belanjawan selain menambah bahawa kerajaan boleh kehilangan wang melalui pelaburan yang merugikan.

"Kami akan tahu di mana wang tersebut hilang. Tetapi apabila sejumlah besar wang lesap, maka mereka yang diamanahkan dengan pengurusannya mesti menjawab untuk kehilangan.

"Kehilangan wang berbeza daripada kerugian wang. Kehilangan bermakna wang yang hilang tidak dapat dikesan. Ini boleh disebabkan oleh rasuah atau kecurian," Dr Mahathir menulis dalam blognya.

Beliau mempersoalkan bagaimana 1MDB, sebuah syarikat dengan modal RM1 juta dan tanpa aset boleh meminjam 42,000 kali modal tanpa cagaran.

"1MDB mampu untuk berbuat demikian disebabkan oleh jaminan kerajaan. Dalam erti kata lain kerajaan yang meminjam wang. Jika 1MDB kehilangan wang, kerajaan yang akan menanggung kerugian," katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan mengapa operasi 1MDB tidak dipantau oleh pegawai kerajaan yang bertanggungjawab bagi pengurusan dana kerajaan selaku penjamin.

Beliau berkata 1MDB telah mempunyai kepincangan dari awal lagi

"Ia dimulakan sebagai ‘off-budget’ dan ia tidak dipersembahkan di Parlimen. Wang itu telah dipinjam. Jadi, ia bukan kekayaan berdaulat tetapi hutang kerajaan, "katanya.

Dalam blog ini, Dr Mahathir juga telah memperincikan pelaburan 1MDB:

Dr Mujahid Yusof Rawa: PAS Akan Memberi Sokongan Penuh & Jentera Terbaik Di Permatang Pauh

Berkongsi hasrat syariah di Kelantan

Oleh Dr Wan Nik Wan Yussof
PENEMUAN satu kajian oleh Pusat Analisis Dasar dan Pembangunan Strategik Kelantan (CPASD) mengenai penerimaan rakyat terhadap peralihan teraju kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan pasca pilihan raya umum 2013 lalu amat menarik untuk diambil perhatian.
Kajian membabitkan 645 responden di lokasi Dun Chempaka, Kelantan pada 1-15 Mac 2015 (menjelang pilihan raya kecil di Dun Chempaka berikutan kembalinya ke rahmatullah bekas Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah memfokuskan kepada persepsi rakyat berhubung isu kesinambungan kepimpinan menteri besar daripada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ustaz Dato’ Ahmad Yaakob.

Penemuan tersebut telah menjawab dari segi pengabsahan (legitimation) kepimpinan Tok Guru dan peralihan kepimpinan menteri besar Kelantan. Hasilnya, 95.3 peratus adalah mengabsahkan bahawa Tok Guru telah meninggalkan suatu legasi yang diterima baik oleh semua orang. Selari dengannya, mendapati 91.9 peratus pula mengabsahkan bahawa Ustaz Ahmad sebagai tokoh yang mampu melaksanakan kesinambungan kepimpinan ulama yang diasaskan oleh Tok Guru.
Kemudian kajian yang sama turut meneliti aspek pentadbiran Islam negeri Kelantan berhubung dua persoalan besar, iaitu penerusan dasar pentadbiran Membangun Bersama Islam dan pengiktirafan terhadap PAS sebagai parti yang mentadbir Kelantan.
Justeru hasil kajian itu menunjukkan pertamanya, didapati 94.3 peratus bersetuju agar dasar Membangun Bersama Islam sebagai tonggak pentadbiran negeri Kelantan diteruskan oleh kepimpinan Ustaz Ahmad. Keduanya pula, 94.7 peratus bersetuju bahawa kejayaan dasar-dasar pentadbiran Islam di Kelantan semasa kepimpinan Tok Guru dan disambung pula oleh Ustaz Ahmad adalah sebagai bukti kejayaan PAS yang mentadbir negeri.
Kaitan dengan KJS Meskipun kajian CPASD tersebut tidak menyentuh secara langsung isu-isu pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan, namun manifestasi kajian itu sedikit sebanyak membayangkan nilai positif rakyat yang boleh dikaitkan dengan pengiktirafan kepada semua aspek pelaksanaan sistem petadbiran yang mesra syariah di Negeri Kelantan.
Ini bermaksud, sekiranya kajian ini turut mengajukan persoalan “usaha Kerajaan Negeri Kelantan ke arah memartabat perundangan jenayah syariah” maka boleh dianggapkan bahawa pola bersetujunya dijangkakan melepasi tahap 85 peratus.

Lim Guan Eng: Mengapa Rakyat Mesti Tolak BN, Sokong PKR Dalam PRK Permatang Pauh?

Pas sanggup kalah pilihan raya demi hudud

Pas sanggup kalah pilihan raya demi hudud  
Ahmad (kiri) semasa mendengar penerangan tentang pelan pembinaan baharu Masjid Bunut Susu, Mukim Kiat, semalam.

PASIR MAS - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yakin pelaksanaan hudud tetap dapat dijalankan biarpun Pas bakal hadapi risiko kalah dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kenyataan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung Pas sanggup kalah pilihan raya berbanding tolak laksana hudud selari dasar perjuangan parti berkenaan sejak dulu lagi.

 “Dasar kita perjuangan Islam dan ia termaktub dalam Perlembagaan Pas. Hasrat kita mahu lihat terlaksana pemerintahan berpandukan nilai Islam di Malaysia,” katanya ketika mengulas pendapat Abdul Hadi bahawa Pas sedia hilang undi atau kalah dalam pilihan raya asalkan masyarakat selamat dengan adanya hudud dalam ' Bicara Minda' anjuran Sinar Harian.

Program Jelajah Mahathir Sudah Bermula, Apakah Najib Bakal Dibalun Lagi?

Setelah melakukan pelbagai serangan dan kritikan terhadap Najib Razak melalui media dan banyak tulisan di blognya, buat pertama kalinya Tun Mahathir Mohamad akan  "turun padang" menemui kelompok sasarnya.

Beliau akan hadir dalam program Bicara Negarawan untuk memperkatakan isu-isu semasa pada Sabtu, 25 April ini jam 9.30 pagi di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Ini adalah program pertamanya turun ke bawah untuk bercakap secara langsung mengenai isu-isu semasa yang mana sebelum ini kebanyakan persoalan mengenai Najib hanya disentuhnya melalui tulisan atau ketika sidang akhbar saja.

Hakikat ini segera mengingatkan kepada apa yang dilakukannya ketika menekan Tun Abdullah dulu di mana beliau turut mengadakan program jelajahnya ke seluruh negara bagi tujuan itu.

Apakah dengan program Bicara Negarawan ini bermakna program jelajah Tun Mahathir versi menyingkirkan Najib sudah bermula?

1MDB : TIDAK MUNGKIN MENTERI KABINET YANG LAIN TIDAK TAHU

Sebenarnya isu yang berkaitan dengan 1MDB memang sudah lama diperkatakan. YB Rafizi Ramli dan YB Tony Pua sudah semacam ‘berbuih mulut’ memperkatakannya tetapi ‘laungan’ mereka adalah ‘seperti anjing menyalak bukit. Tidak dipedulikan . Semacam apa yang disuarakan oleh mereka itu sengaja  untuk mencari publisiti murah ataupun sengaja menimbulkan ‘kekeliruan’ dikalangan masyarakat. Sementelahan pula mereka adalah golongan pembangkang dan dengan demikian dengan senang dicari alasan bahawa apa yang disuarakan oleh mereka itu adalah semata-mata untuk mempolitikkkan sesuatu isu.
Rakyat Malaysia amat gembira mendengar kenyataan demi kenyataan yang ‘membanggakan’ yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang bertanggungjawab ‘menjaga’ 1MDB sebagai ‘menjawab’ kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Rafizi dan Tony Pua. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 20 Februari 2015 menyatakan,

"Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya," Mstar, Jumaat 20 Februari 2015- 1.56PM
Kenyataan YB Dato’ Ahmad Maslan. Timbalan Menteri Kewangan Malaysia tambah ‘mengembira dan menyeronokkan’ rakyat Malaysia apabila beliau mengulas mengenai 1MDB. Dengan penuh yakin beliau menyatakan,"Keputusan itu menunjukkan tidak ada perkara yang perlu diselindungkan.Tidak ada apa yang tak kena dengan 1MDB tetapi ia masih dibangkitkan dan menjadi isu politik yang keterlaluan….Kalau perkara positif dilihat dari sudut negatif, ia jadi negatif. Tetapi apabila bangkit dengan saman dan membuka akaun, ia akan membersih nama 1MDB pada akhirnya…..Ia (1MDB) adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang berdaya saing dan maju tetapi diberi imej yang cukup negatif oleh pembangkang yang tidak bertanggungjawab,"  Malaysiakini 8 March 2015 – 7.50PM.
Pihak yang bertanggungjawab terus menerus menyalahkan pembangkang yang membangkitkan isu yang amat penting yang boleh meruntuhkan ekonomi Malaysia ini. Rakyat yang tidak faham tentang ilmu ekonomi yang kompleks sebegini pastinya akan sentiasa ‘mengangguk’ mendengarkan penjelasan yang ‘menyelerakan’ dan ‘manis’ pula bunyinya sehinggalah keluar kenyataan Tun Mahthir yang memberikan gambaran sebaliknya daripada kenyataan yang diberikan oleh ‘dua tokoh besar’ yang tahu menahu tentang 1MDB.