KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih meragui keupayaan Malaysia untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Beliau mengakui pada 1991 ketika melancarkan wawasan 2020, beliau hanya menyatakan untuk menjadi negara maju tetapi tidak menerangkan pembinaan sebuah negara maju itu.

“Saya hanya mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020, tetapi tidak menjelaskan secara terperinci apa itu negara maju.

“Pada 2020, saya fikir kita akan mempunyai pendapatan per kapita yang disasarkan, tetapi kita tidak akan menjadi sebuah negara maju,” katanya ketika berucap pada program Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, Malaysia perlu membuat acuan sendiri untuk menjadi sebuah negara maju, bukan meniru cara negara lain.

“Ia bukan sahaja mencapai satu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi atau pendapatan per kapita. Jika hanya itu sahaja (perlu capai) tidak bermakna kita akan membangun.