Selasa, 21 April 2015

Egypt sentences overthrown president Morsi to 20yrs for 2012 killings

Mohamed Morsi Dipenjara 20 Tahun Oleh Regim Zionis As-Sisi

SRC International rugi RM89 juta lagi, kata PKR

IGP: #BantahGST perlu kebenaran DBKL jika tidak...

May Day anti-GST rally details revealed

IGP: Tolong jangan panaskan isu keagamaan

Khalid tak risau, tak campur jika polis siasat abangnya

GST: Syarikat Swasta Kaut Untung

GST: Rakyat Marah, Tapi Terpaksa Akur

PKR questions Tourist Refund Scheme

Majalah Tempo tumpu isu gaya hidup mewah Najib

Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Indonesia bakal disambut dengan laporan sebuah majalah paling berpengaruh di republik itu berhubung gaya hidup mewah beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rencana bertajuk “Hidup mewah sang perdana menteri” itu ditampilkan dalam laporan khas majalah Tempo sempena ulangtahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib, Khamis.

Tempo antara lainnya memetik laporan The New York Times, yang menyebut mengenai minat Rosmah pada beg tangan mewah dan barang kemas.

Majalah tersebut turut menggariskan mengenai kegemaran Najib dan Rosmah pada jam tangan mewah, seperti ditunjukkan oleh NGO pemantau jenayah Malaysia, MyWatch.

Tempo malah menyebut bahawa Rosmah memiliki sekurang-kurangnya empat jam tangan mewah, sedangkan gaji suaminya hanya sekitar RM350,000 setahun.

“Gaya hidup Najib dan keluarganya itu memancing kemarahan masyarakat Malaysia,” laporan itu dipetik.

Selain itu, laporan tersebut juga membangkitkan mengenai bayaran RM1,200 untuk dandanan rambut Rosmah.

Tidak ketinggalan, isu harta yang diraih anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli apartmen mewah di New York dan rumah mewah di Beverly Hills.

Zunar masih tunggu polis tahan abang IGP

Kartunis popular Zunar masih menunggu jika polis akan turut menahan abang kepada ketua polis negara, yang menyertai demonstrasi di sebuah gereja Ahad lalu.

Zunar berkata, beliau kecewa kerana ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar awal-awal lagi menyatakan bahawa individu tersebut, Datuk Abdullah, tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sedangkan, tiada siasatan dijalankan sebelum Khalid menentukan bahawa Abdullah dan peserta lain demonstrasi membantah lambang salib itu tidak bersalah, kata Zunar.

Menurutnya, polis sebaliknya boleh menahan beliau lewat malam, dan beliau kini menghadapi sembilan tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya ke atas badan kehakiman.

Kenyataannya itu berhubung kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disabitkan dengan tuduhan Liwat II.

"Saya menjangkakan satu twit serta-merta dari IGP, seperti yang dilakukannya ke atas saya, tapi ia tidak berlaku.

"Saya menjangkakan polis akan pergi ke rumah abangnya, tapi ia tidak berlaku, saya tunggu sehingga jam 3 pagi untuk (Khalid) hantar orangnya, tapi tidak berlaku,” kata Zunar.

Bercakap kepada Malaysiakini, kartunis itu berkata, ini menunjukkan pelbagai tindakan IGP itu “berat sebelah”.

Zunar dalam satu tulisan di Twitter pada 10 Februari lalu mengecam para hakim yang menjatuhkan hukuman pada Anwar.

Perkara itu dijawab oleh Khalid di Twitter, yang mengarahkan pasukannya menyiasat kartunis tersebut.

Egypt: 22 Morsi supporters sentenced to death

GST: Kenyataan bodoh menteri, 13 pertubuhan pelajar mahu berdemo

'Naik teksi jika mahu dengar kemarahan GST' - Rafizi

'Usikan' Tun M kepada Rosmah tak dapat tempat di akhbar arus perdana

Kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai gaya hidup ‘mewah’ Datin Seri Rosmah Mansor tidak mendapat tempat semua akhbar berhabasa Melayu dan kebanyakan akhbar harian berbahasa Inggeris.

Kenyataan Dr Mahathir dalam blognya itu hanya dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Sun dan akhbar Cina.

Sejak 2 April lalu, Dr Mahathir mengulangi desakannya supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Antaranya, isu motif di sebalik pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu, peranan Jho Low dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pembelian jet baru kerajaan yang mewah dan sumber kekayaan Najib.

Menulis di blognya semalam, Mahathir meneruskan siri serangannya dengan berkata terdapat banyak perkara mengenai tingkah laku Najib yang "tidak betul".

“Tetapi saya sedia mengabaikannya, termasuk gaya hidup mewah dia dan isterinya,” tulisnya dalam blognya chedet.cc.

Kenyataan itu dipercayai yang pertama dibuat seorang tokoh utama dalam parti pemerintah mengakui Najib dan Rosmah menjalani hidup mewah.

Raifizi: Ada syarikat kaut untung di sebalik GST

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa kerajaan menswastakan Skim Pembayaran Semula GST untuk pelancong dengan memberikan bayaran komisen 15 peratus kepada syarikat swasta.

Katanya, keseluruhan urusan skim itu diserahkan kepada syarikat swasta yang dikenali Iris Corp Berhad yang kemudian mengadakan usahasama dengan syarikat Global Blue berpengkalan di Switzerland.

“Syarikat usahasama ini diberikan konsensi selama lima tahun untuk menguruskan skim berkenaan kepada pelancong.

“Sebagai habuan, syarikat usahasama itu akan dibayar komisen 15 peratus daripada jumlah pembayaran balik GST kepada pelancong,” katanya dalam sidang media di pejabat PKR hari ini.

Rafizi yang juga MP Pandan berkata amalan itu tentu menimbulkan rasa tidak senang kepada rakyat.

“Ketika rakyat terbeban dengan pengenalan GST, ada pihak tertentu pula menguat keuntungan melalui dasar penswastaan,” katanya.

Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam Naik Angkara Bodek, Kipas dan Bodek Bos dan Ketua Jabatan?

Sekarang jumlah kakitangan awam di Malaysia terus bertambah dan melonjak tinggi kepada angka 1.6 juta orang.
Melihatkan lambakan penjawat awam dalam sektor awam menimbulkan persaingan yang cukup hebat dikalangan kakitangan awam bagi bersaing untuk naik satu tangga ke tangga yang lain sehingga timbul persepsi ada penjawat awam yang dapat keistimewaan kenaikan pangkat dengan “lebih mudah” dek kerana hubungan baik dengan bos sendiri.
kenaikan pangkat
Ini berdasarkan rekod untuk dapat kenaikan pangkat perlu melepasi beberapa kriteria termausklah :
  • Prestasi dan pencapaian kerja
  • perakuan ketua jabatan
  • kekosongan

Jawapan Shahidan Kassim : Isu Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam?

Nah…di sini letakkan “loophole” yang terus bersarang dalam sektor. Adakah ini berlaku. Berita Semasa boleh katakan ya walaupun menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan kassim menafikan dakwaan itu ketika menjawab soalan di Dewan Negara baru-baru ini menganai isu kenaikan pangkat kakitangan awam yang tidak telus. Tetapi tidak semuanya begitu.

Khalid Abu Bakar tak layak ketuai siasatan protes turunkan salib

KUALA LUMPUR, 21 APR: Tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar melepaskan peserta protes salib dari sebarang tindakan amat meragukan, berikutan penglibatan abangnya dalam kejadian itu, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
“KPN menolak kes tanpa memulakan apa-apa siasatan menimbulkan persoalan tentang kejujuran beliau, terutamanya apabila pemimpin protes tersebut adalah abangnya sendiri,” kata Tony dalam satu kenyataan.
Tegas Tony, dakwaan Khalid bahawa protes itu tidak menyalahi undang-undang kerana ia tidak bertukar ganas amat membingungkan, berikutan Akta Hasutan dan Seksyen 298 (A) (1) Kanun Keseksaan tidak memerlukan pencerobohan fizikal.
Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan terhadap tindakan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat untuk memudaratkan keharmonian atas alasan agama.
“Jika ‘keganasan’ merupakan ukuran sesuatu tindakan akta hasutan, kenapa hampir 150 orang ditahan dan dipanggil membantu siasatan di bawah Akta Hasutan walaupun tiada sebarang keganasan?
“Kartunis Zunar didakwa sembilan kali kerana menghasut, tetapi tidak ada satu pun kartunnya menyebabkan pertumpahan darah walau setitis pun sejak bertahun-tahun lalu,” tegasnya.
Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor menyatakan, tindakan Khalid jelas hanya melindungi tindakan membuli samseng yang mengugut dan mengancam agama serta kaum minoriti sehingga menimbulkan ketakutan.
Beliau turut menasihatkan KPN agar tidak terlibat dalam siasatan kes protes salib 50 orang penduduk Taman Medan di Petaling Jaya bagi mengelakkan konflik kepentingan.

1,000 mahasiswa sertai demo bantah GST 1 Mei depan

GST_FB_32-600x360
Golongan mahasiswa antara yang paling terkesan dengan perlaksanaan GST akibat kenaikan yuran di universiti swasta disebabkan peningkatan kos operasi.

KUALA LUMPUR, 21 April:

1000 mahasiswa dijangka akan turun ke Pasar Seni menyertai himpunan bantah GST yang dijadualkan pada 1 Mei ini.
Ketua Koordinator Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa), Mohamad Nazrun Hakim berkata gerakan-gerakan mahasiswa Malaysia mendesak supaya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.
Jelasnya, golongan mahasiswa antara yang paling terkesan dengan perlaksanaan GST akibat kenaikan yuran di universiti swasta disebabkan peningkatan kos operasi.
“Bukan itu sahaja, harga buku-buku pengajian dan percetakan juga turut terkesan dengan perlaksanaan GST walaupun buku dikecualikan dari dikenakan GST.
“Ini sekali gus menambah beban kepada pelajar, terutamanya bagi anak golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah.
“Ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup, sudah pasti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa juga belum cukup mampu menampung keperluan pelajar,” katanya dalam satu sidang media di hadapan Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini.
Nazrun memberi kata dua kepada kerajaan sama ada hendak mendengar suara mahasiswa dan rakyat Malaysia atau berdepan dengan amarah rakyat.

Biarkan penganut Kristian beribadah – Wardina Safiyyah

wardina
"Saya percaya mereka yang beragama Kristian adalah yang paling rapat dengan kita umat Islam dan saya secara ikhlas dan sepenuh hati cintakan saudara Kristian," kata Wardina dalam posting di laman facebook rasminya.

KUALA LUMPUR, 21 April:

“Saya harap salib itu kekal di situ. #letthecrossstay.”
Selebriti tempatan yang kini menetap di Australia, Wardina Safiyyah, mengkritik kumpulan 50 penduduk Taman Medan Petaling Jaya yang pada Ahad lalu, membuat bantahan supaya gereja di kawasan mereka menurunkan tanda salib di bangunan itu.
Dalam Facebook rasminya, Wardina memohon maaf atas perbuatan penduduk itu yang dianggap sebagai membuli dan tindakan mereka itu bukan cara Islam.
“Tolong jangan turunkan (salib). Saya kasihankan saudara Kristian. Saya mohon maaf kerana anda dibuli oleh saudara Islam saya. Sejak berkurun lamanya termasuk ketika di zaman Rasulullah SAW, umat Islam hidup secara harmoni dengan mereka yang beragama Kristian.
“Saya percaya mreka yang beragama Kristian adalah yang paling rapat dengan kita umat Islam dan saya secara ikhlas dan sepenuh hati cintakan saudara Kristian.”
Beliau menambah dengan memuji penganut Kristian di atas “ketaatan, keikhlasan dan kecintaan kepada TUHAN dalam dunia materialistik.”
Wardina menasihati orang Islam di seluruh negara supaya menunjukkan peribadi Islam dan memetik Rasulullah SAW sebagai berkata bahawa melakukan kebaikan itu menjadikan segala-galanya indah sementara keganasan menjadikan mereka statik.
“Hanya ‘vampire’ takutkan salib. Biarkan penganut Kristian beribadat dengan bebas,” tulisnya.

Bantah pendakwaan, solidariti untuk 3 mahasiswa UIAM



KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) menghadapkan tiga mahasiswa ke Mahkamah Universiti bercanggah dengan hak kebebasan berhimpunan dan bersuara.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kebebasan berhimpun dan bersuara telah dijamin oleh oleh Perlembagaan Persekutuan.
Tambahan pula, perhimpunan tersebut diadakan di luar perkarangan Universiti.
Pihak Pentadbiran UIAM membawa tiga orang mahasiswanya ke Mahkamah Universiti kerana didakwa terlibat dalam Pidato Umum- Jelajah Mahasiswa’ yang disifatkan sebagai perhimpunan haram.
Tiga orang mahasiswa terbabit Abdul Malik Abd Razak, Muhammad Mujahid Mohd Sulaiman dan Muna ‘Adila Che Rime.
Mereka telah menerima surat hadir mendengar pertuduhan pada hari ini berhubung keterlibatan di dalam Pidato Umum- Jelajah Mahasiswa, Bebaskan Universiti, Kerajaan Mahasiswa yang diadakan pada 7 November 2014 lepas.

Hujah harus GST tidak tepat, perlu disemak secara halus


Berkali-kali saya membaca di akhbar dan mendengar fatwa yang mengharuskan GST menurut Syarak sama ada oleh jawatankuasa fatwa kebangsaan atau beberapa Ashabus Samahah Mufti negeri.

Terkini, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di media elektronik mempertahankan fatwa keharusan cukai GST.

Hujah yang dikemukakan oleh Ashaabus Samahah bagi mengharuskan cukai GST masih berlegar pada point bahawa negara memerlukan kewangan dan selagi ia digunakan untuk maslahah rakyat secara adil.

Apa yang saya bangkitkan ialah bukannya pada bagaimana ia dibelanjakan dan sejauh mana kerajaan memerlukan kewangan tersebut SAHAJA tetapi menjurus kepada bagaimana sistem percukaian GST itu berfungsi.

Telah saya nyatakan berkali-kali bahawa GST dikenakan berdasarkan perbelanjaan rakyat sama ada pembelian atau perkhidmatan. Selagi mana ia dikenakan berdasarkan perbelanjaan maka sistem percukaian ini gagal membezakan antara orang kaya berkemampuan atau orang miskin yang tidak berkemampuan. Kedua -dua golongan ini tetap akan dikenakan cukai 6% apabila membeli dan mendapatkan perkhidmatan.

Di sinilah cukai GST tidak menepati konsep pengharusan cukai dalam Islam iaitu syaratnya tidak boleh dikenakan kepada golongan miskin yang tidak berkemampuan.

Konsep zakat yang dikenakan dalam Islam ialah diambil daripada si kaya dan diberikan kepada si miskin.

Nabi s.a.w. bersabda:

فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ فِي فُقَرَائِهِمْ

"Maka bagitahulah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat terhadap harta mereka; diambil daripada golongan kaya berkemampuan di kalangan mereka dan dipulangkan kepada faqir miskin kalangan mereka". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Pesara, berwaspadalah dengan hadiah dan janji manis pemimpin

oleh Hazlan Zakari

Seperti penduduk Troy yang mendapati diri mereka diperdaya untuk membuka pagar kota dan membiarkan “kuda Trojan” membawa askar musuh masuk, pesara kerajaan juga barangkali patut berwaspada dengan hadiah diberikan oleh kerajaan. “Aku takut akan Danaan (orang Greek), walaupun yang membawa kurniaan,” kata penyair Roman Publius Vergilius Maro, atau lebih dikenali sebagai Virgil, dalam epic Aened, yang antara lain turut mengisahkan perang antara Troy dengan Greek.

Kata-kata itu ditulis Virgil sebagai peringatan daripada seorang paderi Trojan, agar tidak menerima “kuda Trojan” yang ditinggalkan sebagai hadiah, oleh tentera Greek yang dikatakan telah berundur, kepada askar Trojan. Peringatan itu diabaikan sebaik selepas beliau dan ahli keluarga, seperti yang dikisahkan Virgil, dibunuh oleh ular raksasa.

Mengambil kematian itu sebagai tanda daripada dewa-dewa bahawa tidak salah untuk menerima hadiah daripada Greek, warga Troy kemudian mendapat pengajaran paling mahal – kekalahan total akibat helah daripada tentera Greek yang licik. Tentulah apa yang berlaku seterusnya adalah soal penemuan arkeologi, rekod sejarah, penceritaan semula secara romantik dan pengajaran di dalam frasa “kuda Trojan” sendiri seperti yang difahami hari ini.

Dan seperti penduduk Troy yang pada mulanya amat gembira dengan “hadiah” yang diterima, pesara-pesara kerajaan yang menerima lawatan Najib pada 13 April lalu patut turut berwaspada, terutama apabila beliau datang membawa hadiah dan janji-janji manis.

 Ketika melancarkan Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia di Putrajaya, Najib meluluskan peruntukan RM5 juta sebagai dana permulaan kepada yayasan itu. Namun ada pertukarannya. Najib juga meminta sejumlah kira-kira 750,000 pesara kerajaan memberikan sokongan kepadanya, dan menawarkan hadiah sebagai pulangan.

“Saya lebih suka anda datang kepada saya berbanding orang lain,” Najib dilaporkan berkata kepada pesara kerajaan yang hadir pada hari itu. Ada yang berpendapat itu adalah langkah Najib mengumpul sokongan dalam pertelingkahan terbukanya dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Awas wajah baharu PAS selepas muktamar, kata Khalid Samad


Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti, kata Khalid Samad. "Inilah wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika kumpulan baharu dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 61 Jun nanti.

"Merekalah yang akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan pimpinan lain yang digelar 'Jebon' dan 'Parasit'," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Pemuda Pulau Pinang pimpinan Yusni Mat Piah dan kawasan Permatang Pauh pimpinan Omar Osman mengambil sikap tidak memberikan kerjasama kepada PKR dalam menghadapi PRK akan datang, walaupun PAS Pusat memutuskan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PKR di situ.

Sokongan kepada PKR untuk memilih calon mereka dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberi kata dua sehingga hari penamaan calon, 25 April supaya PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu enakmen jenayah syariah Kelantan.

"Jika bersetuju, kami PAS kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini. "Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAS kawasan itu.

 Kenyataan dikeluarkan Yusni sebelum ini juga menuntut PKR memohon maaf mengenainya. Pengarah Pilihan raya PAS PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata sokongan kepada calon PKR dalam PRK ini adalah tanpa syarat.

Di mana Najib?

Perdana Menteri dilaporkan melakukan lawatan ke Kazakhstan tanpa publisiti media negara ini.
najib-kazakh
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.
Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.
Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.
Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.
Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.
Usaha FMT untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini.

Beban GST: Ahli Parlimen BN merungut

Jumat Idris mengkritik GST selepas dia sendiri merasa beban yang terpaksa ditanggung.
jumat-facebook-status
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris mengakui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan.
Kenyataan itu dibuatnya di laman Facebook selepas anaknya menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta.
Jelas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu, perkhidmatan berbeza menyebabkan cukai yang diterima berganda.
jumat5“Saya memahami kesusahan rakyat kena GST ni. Cukai tu bukan sekali pagi ni saya bawa anak buat rawatan kat kpj dan kena bayar dua kali gst. Kos konsultasi kena 6% bayar kos rayatan 6% lagi . Anak admitted sakit saraf dan tulang belakang bengkok. Rawatan saraf 20k gst rm 1200. Belum masuk bill lain hari ni dah kena 5k memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan mei ni kena berteriak kat parlimen pula.” tulisnya dalam status yang dimuat naik.

Luahannya, kemudian mendapat pelbagai reaksi dan dikongsi oleh 70 pemilik akaun Facebook yang lain.
Salah seorang daripada mereka adalah David Cheng.
Dato suarakan kita di Sabah bayar harga brg jauh lebih mahal(14-35%。tetapi kita bayar gst flat rate 6% nationwide,” tulisnya

Isu hudud berlarutan kerana negara tiada kepimpinan - Kadir Jasin

'MP kini dalam kelompok 1% pendapatan paling tinggi'


Mengapa ramai tidak percaya cadangan KWSP, walaupun ia bernas

Ibrahim seorang pesara kerajaan, namun dia turut menentang cadangan mengubah had umur pekerja sektor swasta mengeluarkan simpanan mereka daripada 55 kepada 60. Kritikan terhadap cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menonjolkan sekali lagi masalah gaji rendah di kalangan majoriti rakyat Malaysia yang membawa kepada simpanan persaraan yang sedikit. Hujah yang mengatakan ia meningkatkan simpanan mereka juga tidak dipedulikan kerana pekerja tidak mempercayai Putrajaya menguruskan wang mereka dengan baik.

Juga, cadangan itu terlepas pandang hakikat kebanyakan rakyat Malaysia tidak menghabiskan simpanan persaraan mereka dengan bijak, kata seorang perancang kewangan. "Tidak kira jika anda mengeluarkan simpanan pada umur 55 atau 60, atau berapa banyak wang yang anda ada.

Jika anda tidak menguruskannya dengan baik, tidak kira berapa banyak wang anda ada, ia masih akan habis dalam beberapa tahun sahaja," katanya yang tidak mahu dikenali. Nilai faedah kompaun Bagi KWSP, dengan menunggu lima tahun lagi, pencarum boleh mendapat sehingga lebih 33% dalam simpanan mereka, hasil faedah kompaun daripada dividen tahunan dana itu.

Sebagai contoh, seorang pencarum yang menyimpan sehingga RM100,000 pada usia 55 tahun boleh mendapat tambahan RM33,000 jika dia mengeluarkannya pada usia 60, jika KWSP membayar dividen sekurang-kurangnya 6% setiap tahun dalam tempoh lima tahun itu.

Dalam taklimat KWSP semalam, dua kes pencarum memperoleh RM3,000 sebulan dan mengumpul RM100,000 pada usia 55 dibandingkan. Tetapi Ibrahim, bekas kakitangan awam dari Klang, masih sangsi dengan hujah KWSP bahawa pulangan lebih tinggi pada umur 60.

"Simpanan itu merupakan ganjaran bagi titik peluh mereka yang mereka usahakan hingga berumur 55 tahun. Itu yang mereka tunggu-tunggu dan digunakan untuk membayar segala pinjaman yang masih berbaki supaya boleh bersara dengan selesa.

 "Terdapat kebimbangan yang walaupun mereka mendapat lebih banyak apabila mereka mengeluarkan caruman pada usia 60, mereka tidak akan dapat menikmatinya jika mati beberapa tahun selepas itu," kata Ibrahim, yang tidak mahu memberikan nama penuhnya.

Melayu, kau jangan bangang, boleh?

Hafidz Baharom

Mantan perdana menteri kita pernah berpuisi yang Melayu mudah lupa. Mungkin beliau sedang jaga hati warga Melayu Malaysia pada waktu tersebut.

Saya takkan berbuat demikian. Boleh dikatakan yang saya ini jarang berbahasa Melayu, bukan sebab tak fasih. Cuma terminologi tidak menghalalkan penulisan bila cakap pasal ekonomi dan isu sosial.

Tetapi kali ini, terpaksa. Darah berderau tahap nak mengamuk. Soalan saya senang: bilakah bangsa Melayu menjadi begitu lemah dalam pegangan iman sampaikan nampak salib pun boleh tergugat? Saban tahun isu ini tak naik di media massa pun sebab ia terlalu bangang nak diwartakan.

Bilakah Islam begitu lemah sampaikan salib membawa paranoia kepada 50 orang Islam di Taman Medan, Petaling Jaya, sampaikan kena protes turunkan salib?

Mungkinkah kita sebagai orang Islam, majoriti orang Malaysia ini, semuanya terpengaruh dengan salib sampai nak tukar agama? Saya yang tengok dokumentari pasal kota Vatican, Perang Salib, malah filem-filem Hollywood pun, tidak sebegitu. Jadi kepada 50 orang yang protes dan buli gereja itu, tahniah.

Nak kata Islam, Islam. Nak kata baligh, sah baligh. Tapi nak kata berakal atau dungu tu, bab tu bertanda soal. Kesedaran sivil perlu ada dalam masyarakat Malaysia, sekurang-kurangnya baca Perlembagaan Persekutuan kita. Bukannya mahal pun.

Dulu bukunya yang versi mini tak sampai RM10 pun. Lagi murah daripada rokok Semporna. Mengikut perlembagaan negara kita, semua rakyat Malaysia termasuk warga Kristian bebas beragama. Ini termasuklah mendirikan gereja dan meletakkan lambang salib jika permohonan lesen mereka diluluskan pihak berkuasa tempatan. Jadi, bila pula ini dikatakan "cabaran terhadap Islam"? Entah.

Roti canai, teh tarik yang di-GST bakal mendominasi PRK?

oleh Ng Kee Seng

Dua pilihanraya kecil (RK) di Permatang Pauh dan Rompin perlahan-lahan menjadi semakin rumit. Umno, PKR dan PAS masing-masing mengalami masalah politik dalam mempersiapkan diri menempuhi PRK ini.

Menurut laporan agensi berita nasional Bernama, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata: “di Rompin, sokongan terhadap BN masih ada...agak menarik untuk tahu marjin undi yang dapat kali ini.” Tetapi apa yang tidak dijelaskan atau dispekulasikan oleh Mahathir adalah tentang majoriti kemenangan dan implikasi politiknya.

Di Rompin, pemerhati politik pasti akan memerhati dengan rapat sama ada sabotaj dan pergolakan dalaman akan menguasai kempen Umno berikutan serangan ke atas mutu kepimpinan perdana menteri Najib Razak.

Seperti apa yang dikatakan Mahathir, BN memiliki sokongan kuat daripada pengundi di sana, yang dipegang allayarham Jamaluddin Jarjis sejak 1990 – selama 25 tahun! Jika Umno tewas atau menang tanpa majoriti meyakinkan, ia mungkin menandakan pengakhiran kepimpinan Najib.

Pada PRU ke-13, Umno memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi. PAS, pesaing tradisi Umno di Rompin, berkemungkinan besar akan menghantar calonnya. Jika tidak, ia pastilah memberikan gambaran buruk terhadap presiden PAS Abdul Hadi Awang yang pro-Umno.

Dan adakah PAS, PKR dan DAP akan menyelesaikan perbezaan politik mereka demi dua PRK ini? Di Permatang Pauh, pimpinan PAS Pulau Pinang kelihatan telah “mengabaikan” Pakatan dengan mengancam untuk memboikot atau menarik balik sokongan kepada PKR jika parti itu tidak menarik balik kenyataannya tidak menyokong hudud Kelantan.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali membalas dengan berkata PKR tiada perancangan untuk menarik balik kenyataan parti terhadap Hadi dan isu Hudud. Apa-apa pun, mereka juga boleh bermain permainan yang sama di Rompin, dengan PKR dan DAP melayan PAS seperti “buangan”.

PRK Rompin; Sidang Media Pengisytiharan Calon PAS


Tun M tak boleh paksa orang percaya pandangannya - Zahid Hamidi

Tun M tak boleh paksa orang percaya pandangannya - Zahid HamidiKUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh memaksa orang lain untuk mempercayai pendapatnya tentang sokongan ahli UMNO terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri itu sebagai sekadar pandangan dan analisis beliau sendiri, apabila beliau (Dr Mahathir) mendakwa Najib telah hilang sokongan.

"Itu analisis beliau (Dr Mahathir) sendiri. Saya tidak tahu bagaimana beliau merumuskan penemuan tersebut, namun saya hormati pandangannya... tetapi beliau tidak boleh memaksa orang lain untuk mempercayai penemuannya itu," kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pertubuhan Alumni ESQ Kementerian Dalam Negeri (KDN), Isnin.

Kata beliau, Dr Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri, turut meminta ahli parti supaya memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepadanya.

"Sewaktu beliau berkuasa, beliau juga menuntut kesetiaan tidak berbelah bagi. Oleh itu, kepimpinan sekarang pun menuntut perkara yang sama daripada ahli," kata Ahmad Zahid.

Tun M: BR1M menunjukkan sesebuah negara itu mundur

Demo antisalib: Ingin Memuji Zahid Hamidi...

Blog ini jarang memuji pemimpin. Ia lebih kerap mengambil pendekatan menegur, mengkritik dan kadangkala "membelasah" pemimpin.

Tetapi kali ini saya ingin memuji Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang memperlihatkan ketegasan dan tidak bertolak ansur dalam insiden demo anti salib di Taman Medan, Petaling Jaya.

Zahid mengatakan peserta demo itu tetap tertakluk kepada Akta Hasutan 1948 dan tindakan akan diambil terhadap mereka. "Saya tak kira siapa, tindakan harus diambil terhadap mereka," katanya yang juga Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi dua kali berturut-turut.

Dalam masa yang sama, Zahid juga mengesahkan anggota UMNO yang terlibat dalam demo itu akan diambil tindakan disiplin yang sewajarnya.

"Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu...kerana mereka melanggar undang-undang. Dalam UMNO kita mesti hormat agama lain. Mereka harus hadapi akibatnya," katanya lagi.

Ketegasan seperti ini amat ditunggu-tunggu dan setidak-tidaknya mampu membawa kelegaan kepada semua kaum dan agama di negara ini. Beliau telah meletakkan nilai beragama dan menghormati agama lain di tempatnya yang betul, sesuai dengan kedudukan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Zahid juga telah berjaya mengembalikan keyakinan ramai berikutan pendirian mengecewakan oleh Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelumnya yang mengatakan peserta demo anti salib itu tidak melibatkan sebarang unsur hasutan.

Mungkin kerana abangnya, Abdullah Abu Bakar yang mengetuai demo itu, Khalid juga berbelit-belit dalam alasannya dengan berkata, "Ini bukan menyentuh isu agama atau agama Kristian. Ia cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu".

The Mahathir absurdity

He easily forgets his own failings; yet, the shortcomings of others are magnified in his eyes.

mahathir brim
By Sabrina Lee
Once upon a time in Malaysia, a leader ruled with an iron hand and clung on to power at all costs. He rammed his views down the people’s throats until they choked and despaired.
At the opening of the Umno annual general assembly in 2001, he delivered a stinging critique of Malays – a banshee’s song which none wanted to hear.
Then, delegates dreamt he would inspire them by announcing his plans for retirement while endorsing his successor. They had hoped for restoration of public faith in the party and direction for the nation but as always, he brutally voiced his intense disappointment with them for having failed to meet his expectations to be the kind of people he wanted them to be.
Never happy, he alienated the very ones who put him in the seat of power, some of whom left the party because they hated him and could no longer tolerate his caustic and hurtful remarks.
When reporters inquired about his retirement plans, he acknowledged that some people would like to see him “disappear or disintegrate”, but said there were others who insisted that he should stay on. Hence, he rationalized, he had to “find the right time to step down”.
Decades later, the tables have turned and he now unceasingly demands the resignation of the person he hand picked as Prime Minister of Malaysia. Clearly, this man’s dogged determination to oust the Prime Minister from his seat of power at all costs shows a determination to continue exercising power and proves that he is stubborn in his belief that he has never been wrong in anything. Regardless, the nation has to bow to his whims and fancies.

Badan bebas selepas Najib turun

Menurut Datuk Husam Musa sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara diperlukan sebagai jaminan supaya kesilapan sama tidak berulang.
husam-mahathir
PETALING JAYA:Datuk Husam Musa mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi pertama satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara untuk membanteras salah guna kuasa yang dilakukan pihak kerajaan.
Beliau yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, mekanisma itu diperlukan sebagai jaminan supaya kesilapan sama tidak berulang.
Atas natijah itu, Husam berpandangan Dr Mahathir perlu maju setapak dengan memperkenalkan pendekatan itu tidak kira siapa yang meneraju sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).
“Jika kita izinkan ia berlalu tanpa ditegur, satu demi satu penyelewengan sepertinya akan berulang.
“Bukankah itu satu kemungkaran? Sesiapa yang melihat kemungkaran, ia wajib membetulkan nya.
“Jika kita tidak berupaya membetulkan nya dan Tun M berani membetulkan nya, atas apa jua motifnya – paling tidak kemungkaran itu dapat dihentikan.
“Atas dasar itu, kenapa tidak kita membantu Tun M dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Siasatan nahas helikopter jadi semakin tidak terkawal

oleh Mariam Mokhtar

Nahas helikopter 4 April lalu yang mengorbankan enam nyawa membangkitkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Cuaca dan helikopter berada dalam keadaan baik dan seperti tiada apa yang di luar jangka. Siasatan awal menunjukkan beberapa kontradiksi: Seorang saksi mendakwa melihat letupan, namun pihak berkuasa berkata kotak hitam tidak menunjukkan demikian.

Seorang penyiasat mengesyaki letupan, namun mayat mangsa tidak menunjukkan tanda itu. Seorang saksi melihat ia menjunam, tetapi data tidak dapat mengesahkannya. Adakah semua yang berlaku di Malaysia memang bersifat kontradik, atau penyiasatan yang dilakukan tidak bermutu?

Ada lagikah yang tertanya-tanya mengapa kita sukar mempercayai laporan rasmi. Nahas itu membunuh teman rapat dan orang yang paling dipercayai Perdana Menteri, Ahli Parlimen Temerloh Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadinya Mohd Razkan Seran, Ketua Setiausaha Sulit PM Azlin Alias, usahawan Robert Tan, juruterbang Kapten Clifford Fournier Jr. dan Aidana Baizieva. Pertamanya, seorang saksi mata mendakwa melihat berlaku letupan, sebelum helikopoter itu terhempas ke ladang getah.

Dakwaan itu segera dinafikan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, pada masa sama Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat berhenti membuat spekulasi. Pastinya Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar sedang memantau laman Twitter, bersedia dengan gari. Kedua, siapakah Aidana Baizieva?

Selepas pelbagai spekulasi dan kekeliruan, beliau akhirnya dikenalpasti sebagai warga Kyrgystan, namun tiada siapa yang dapat menjawab mengapa beliau ada di dalam helikopter itu. Ada yang berkata mendiang adalah rakan juruterbang, ada juga mengatakan beliau adalah pembantu juruterbang.

Selama beberapa hari mayatnya tidak dituntut. Kontroversi bertambah apabila ada yang mengatakan gambar yang disiarkan bukanlah dirinya, namun perempuan lain. Tiada satu dakwaan yang dapat disahkan. Ketiga, data daripada perakam suara kokpit (VR) menunjukkan penumpang “rancak berbual” ketika perjalanan, namun bertukar diam beberapa minit sebelum nahas berlaku.

The Crooked Bridge And Me

By Tun Dr. Mahathir Mohamad
1. Some people believe that I am so angry over not building the crooked bridge that I want Najib to resign.
2. I am not so frivolous. Yes, I am disappointed, especially as Najib appealed to the Singapore PM to build a bridge and the latter rejected it. It is shameful that we dare not build a bridge in our own land without approval by Singapore.
3. This shameful episode is not enough for me to ask Najib to step down. Najib is the son of Tun Razak, the man responsible for my elevation to Prime Ministership. Partly for that reason and partly because Najib showed good performance when I was PM, I wanted Najib to be PM. And people know I worked hard at it pressuring Abdullah to appoint him as DPM, so that he would become PM, when Abdullah leaves. 4. But Najib failed in many areas after becoming PM. Apart from the bridge he did not go ahead with the double tracking and electrification of the railway line from J.B. to Padang Besar which had been agreed upon but was dropped by Abdullah. For 14 billion Ringgit we would have this project completed by 2010. Instead, forced by the demand, he sanctioned the continuation of the track from Ipoh to Padang Besar for 12 billion Ringgit. We lost a lot of money.
 5. Then he began to recruit his own 4th floor boys plus a number of British personnel to advise him on how to run the country. They, also used foreign consultants costing more than 7 billion ringgit. We had achieved independence in 1957 and we got rid of British advisers. We did better without them. Najib did not seem to believe in the Malaysian capacity to develop the country.
6. Ignoring the EPU and other Government departments he set up a new agency to plan the development of the country. This agency was headed by a non-civil servant and the salaries of these personnel far exceed that paid to civil servants.
7. The civil servants were very unhappy. In the past they on their own transformed this country from a developing country to a middle-income nation. Now their services, their expertise and experience are no longer needed.
8. They had always been loyal to the BN Government. Now many no longer support the Government. Some even join the opposition after retirement and stood as candidates in elections.

Abang KPN nafi ketuai bantahan gereja Taman Medan

KUALA LUMPUR: Datuk Abdullah Abu Bakar yang didakwa terlibat dalam protes membantah salib di sebuah gereja di Taman Medan hari ini menafikan telah mengetuai protes tersebut mahupun terlibat dengannya.

Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau berkata dakwaan tersebut dan juga dakwaan yang mengatakan beliau adalah ketua kampung, adalah tidak benar sama sekali.

"Tidak benar... saya bukan ketua pendemo. Tak ada sesiapa yang jadi ketua pendemo pun. Saya pun tidak tahu dari mana mereka dapat idea itu... dan sekarang dah jadi viral," tegas beliau.

Menurut Abdullah, beliau hanyalah bertindak sebagai orang tengah kepada penduduk Taman Medan berkenaan bagi meredakan kemarahan kumpulan yang membantah gereja tersebut.

Selain itu, beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Cawangan Taman Lindungan Jaya, menafikan bahawa protes tersebut bermotifkan politik seperti yang didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Taman Medan, Haniza Talha.

Beliau juga menganggap bahawa isu ini telah pun selesai selepas mengadakan perbincangan baik dengan pihak gereja dan meminta mereka menurunkan salib pada bangunan gereja tersebut.

"Kita cadangkan salib diturunkan untuk menjaga sensitiviti penduduk, dan seorang wakil gereja, Madam Victoria bersetuju untuk menurunkan salib selepas dua jam protes itu bersurai dan saya amat berterima kasih kepada beliau," katanya.

Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap

Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap
KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan berhubung kemungkinan pembabitan 'orang dalam' syarikat kawalan keselamatan dengan kegiatan kongsi gelap dalam kes serangan terhadap pondok keselamatan di Klang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis yakin terdapat unsur gangsterisme berhubung kes seorang pengawal keselamatan maut manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang itu diserang sekumpulan individu, Sabtu lepas.

"Biar polis jalankan siasatan. Saya tidak percaya syarikat keselamatan itu terlibat dengan kongsi gelap sebaliknya saya percaya ada orang-orang yang bekerja di syarikat keselamatan yang menggunakan taktik sebegini," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Khalid menegaskan polis tidak akan sekali-kali berkompromi dengan isu berkaitan keganasan oleh kumpulan-kumpulan haram khususnya di kawasan berkenaan.

Saya tidak percaya syarikat keselamatan itu terlibat dengan kongsi gelap sebaliknya saya percaya ada orang-orang yang bekerja di syarikat keselamatan yang menggunakan taktik sebegini.
TwitterFacebookGoogleShare

"Operasi Cantas Khas akan diteruskan dan dipertingkatkan dalam mengawal perkara ini.

"Saya seru kepada masyarakat untuk melaporkan sebarang kegiatan berunsur gangsterisme kepada polis," katanya.

Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, seorang pengawal keselamatan terbunuh manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok keselamatan di sebuah kawasan perumahan diserang oleh sekumpulan individu.

Ahli Umno : Antara Sayangkan Umno Atau Sayangkan Najib ?

Oleh Abu Hassan Adam
Ahli UMNO di seluruh negara kini sudah betul-betul berada di persimpangan. Mereka terpaksa membuat keputusan dan perhitungan yang cukup kritikal. Mereka bukan diperlukan membuat pilihan samada ‘telan mati emak atau luah mati bapak’ tetapi sebenarnya mereka terpaksa memiilih berdasarkan kepentingan peribadi dan menerusan hidup supaya ‘periuk nasi tidak dimasukki pasir’.
Mereka bukan lagi terpaksa membuat pilihan kerana perjuangan tetapi merdasarkan kepentingan ‘perut’ walaupun tidak semua yang bersikap demikian.
Tun Mahathir sudah berkali-kali menyatakan (meramalkan) sekiranya DS Najib tidak mengundur diri dari jawatan yang disandangnya Barisan Nasional akan kalah dalam PRU ke 14 yang akan datang. Walaupun ini hanya merupakan ramalan tetapi yang meramalkan ialah Tun Mahathir, tokoh yang berjaya menempuh beberapa kali PRU dan menang. Kenyataannya bukan semata-mata untuk ‘sedap mulut’ tetapi berdasarkan fakta yang konkrit yang sentiasa berada dalam ‘simpanan’nya mungkin. Seingat aku belum pernah lagi Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan yang sekeras itu kepada Pak Lah. Dan Pak Lah telah berundur sebelum Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah Pak Lah sedar bahawa beliau tidak mahu dipersalahkan sekiranya BN kalah teruk dalam PRU dibawah pengawasannya. Pak Lah tidak mahu namanya tercatat dalam sejarah sebagai Perdana Menteri yang membawa kepada kehancuran kepada UMNO dan Barisan Nasional.
DS Najib kelihatan semacam ‘bertahan’ dan terus mempertahankan kedudukannya dengan mengharapkan sokongan daripada ahli UMNO yang terus menerus memberikan sokongan. Tetapi soalnya berapa lama lagi DS Najib boleh bertahan dengan bersandarkan kepada sokongan ini. Sejarah telah menunjukkan bahawa sokongan yang sedemikian tidak akan bertahan lama.
Aku teringat kata penulis terkenal Han Suyin yang mengatakan, ‘anak sungai lagikan berubah….” dan Saloma dalam lagunya ‘Embun Menitik’ pula mengatakan, ‘anak sungai lagikan berubah inikan pula hati orang’. Dan tentulah terngiang-ngiang di telinga aku kini mengenangkan nasib yang dilalui oleh DS Najib dalam menempuh hari-hari yang akan dilaluinya.

Ustaz Nazri jadi taruhan Pas di Rompin

ROMPIN - Pas malam ini mengumumkan Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin, Nazri Ahmad sebagai calon PRK Parlimen Rompin berdepan calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Arifin 5 Mei depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dalam ceramah umum yang diadakan di Bandar Satelit, Muadzam Shah, di sini yang turut dihadiri oleh ribuan penyokong parti Islam tersebut termasuk wakil-wakil parti komponen PR lain.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Pahang itu merupakan anak peneroka Felda Keratong 5 dan mempunyai latar belakang pendidikan agama Ijazah Sarjanamuda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Berusia 40 tahun dan kali pertama bertanding pilihan raya, beliau adalah calon muda yang juga merupakan muka baharu yang tidak boleh dipandang rendah dengan pelbagai isu semasa yang melanda negara kini.

PRK Parlimen Rompin diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam sebuah kemalangan helikopter terhempas yang turut mengorbankan lima mangsa lain pada 4 April lalu.

Demo antisalib: Wardina minta maaf kepada penganut Kristian

Wardina menganggap perbuatan penduduk Islam di Taman Medan membuli golongan minoriti yang menggambarkan mereka bukan umat Islam yang sebenarnya.
wardina-safiyyah
PETALING JAYA: Selebriti Wardina Safiyyah memohon maaf kepada penganut Kristian susulan kekecohan yang berlaku di Taman Medan pada Ahad lalu.
wardian safiyahDia juga menyatakan rasa kesal dengan perbuatan saudara seagamanya yang seolah-olah membuli golongan minoriti.
“Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya.
“Kepada umat Islam di Taman Medan, sikap anda tidak menunjukkan yang anda umat Islam yang sebenar-benarnya,” katanya di laman Facebook.
Wardina yang sedang menyambung pelajaran di Australia berkata, dia memahami perasaan menjadi golongan minoriti yang sering ditindas tanpa alasan yang wajar dan jelas.
“Saya tahu bagaimana rasa menjadi golongan minoriti dan bertapa sakitnya bila dibuli hanya kerana keimanan kita terhadap agama dan erti sebenarnya apabila kita mendapat sokongan daripada orang yang bukan beragama Islam dan bersama dalam solidariti,” katanya.
Di Australia, katanya, jika bukan Islam menyokong umat Islam, mereka akan berasa sangat bersyukur.
“Jadi, saya harap kami dapat menghulurkan sokongan kepada penganut Kristian apabila mereka di layan dengan begitu biadap oleh sebilangan ‘saudara seislam kami sendiri,” tulisnya.


Demo antisalib: Walaupun dia Cina, saya tidak mahu dia dipukul- Jannah

Soalan yang ditanya Cheng mungkin menimbulkan kemarahan, namun dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan untuk bertanya dan mendapatkan maklum balas.
jannah
PETALING JAYA: “Saya hanya mahu setiap orang saling menghormati satu sama lain. Walaupun dia Cina, saya tidak mahu dia diserang, dimarah atau dipukul,” kata wartawan Sinar Harian, Janatul Firdaus Yaakob.
Janatul atau dikenali Jannah berkata, walaupun saling tidak mengenali tetapi atas dasar setiakawan sebagai rakan media, dia merasa bertanggungjawab untuk melindungi wartawan The Star, Nicholas Cheng.
Katanya, perbuatan peserta demo di Taman Medan pada Ahad lalu yang menengking Cheng tidak sepatutnya berlaku kerana wartawan itu hanya menjalankan tugas.
“Saya tidak nafikan soalan yang ditanya Cheng mungkin menimbulkan kemarahan, namun dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan untuk bertanya dan mendapatkan maklum balas,” katanya kepada FMT.
Jannah mendapat pujian ramai di laman sosial selepas wartawan The Star itu memuatnaik statusnya di Facebook yang menceritakan bagaimana dia ‘dilindungi’ oleh seorang wartawan wanita Islam yang hanya dikenali sebagai Jannah.
Cheng menceritakan dia merasa sangat cemas apabila dikerumun oleh peserta demo yang membantah sebuah gereja memasang tanda salib tetapi dilindungi oleh Jannah dan wanita itu menemaninya sepanjang temubual dijalankan.
“Awak ikut saja saya dan jangan pergi jauh,” pesan Jannah seperti dilaporkan Cheng.

Demo antisalib: Bekas MP Umno kata IGP pilih kasih

Bekas MP, Datuk Saifuddin Abdullah masih tidak berpuas hati dengan layanan berbeza oleh polis ke atas peserta demonstrasi pro-Umno dan Pakatan.

Saifuddin dalam kenyataannya membangkitkan, polis sebelum ini tetap menahan para aktivis dan MP lain berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Walhal, Khalid boleh membuat semakan berhubung kehadiran abang IGP itu sendiri, Datuk Abdullah di demonstrasi antisalib di Taman Medan, kata Saifuddin.

“Kalau IGP boleh panggi sahaja orang yang hadir demo, habis kenapa ada yang sampai kena bermalam dalam lokap dan sebagainya?,” soal Saifuddin.

Siasatan Khalid ke atas Abdullah sebegitu disahkan sendiri oleh pemimpin akar umbi Umno itu kepada Malaysiakini.

Layanan ini berbeza dengan tindakan polis yang menahan seramai lebih 100 orang, termasuk aktivis dan para MP, berhubung bantahan ke atas Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebelum ini.

Menurut Abdullah, beliau menjelaskan kepada Khalid kehadirannya pada perhimpunan tersebut sebagai orang tengah antara penduduk Taman Medan dan pihak gereja.

Katanya, belau membuat penjelasan itu apabila dihubungi Khalid melalui telefon.

"IGP dah telefon dan saya terangkan pada dia tentang isu ini. Ia tentang sekumpulan masyarakat bersama pihak gereja dan pihak gereja juga telah setuju untuk turunkan (salib). Jadi tiada isu.

"Dia (Khalid) cuma tanya saya. Dia panggil saya Lang. Dia tanya 'Lang, apa cerita?'. Kemudian saya terangkan.

"Lepas dengar (penerangan), dia kata OK," kata Abdullah.

Ustaz Nazri Ahmad, calon PAS PRK Rompin

ROMPIN: Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad, 40, diumumkan sebagai calon PAS bagi menggalas cabaran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.091 Rompin.

Pemilihannya diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Majlis Ceramah Pengisytiharan Calon PAS PRK Rompin di Markas Induk PAS Bandar Satelit Muadzam Shah, sebentar tadi.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Ketua Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Nazri yang juga bekas pensyarah sambilan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah adalah lulusan Sarjana Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Anak peneroka Keratong 5 ini merupakan Ketua Pemuda PAS Pahang untuk penggal akhir, menjadi pilihan Majlis Syura Ulamak PAS juga di peringkat akar umbi parti tersebut.

Lahir daripada keluarga usahawan, anak keenam daripada lapan beradik ini mempunyai seorang isteri dan enam orang cahaya mata dan kini menjadi pendakwah sepenuh masa.

Beliau mulai aktif berpolitik apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Rompin pada 2005.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pada 5 Mei manakala tarikh bagi penamaan calon pula 22 April.