Isnin, 20 April 2015

Tun M senaraikan kegagalan Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

“Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

“Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” katanya.

Usaha anti-rasuah perlukan lebih banyak kuasa, bukannya sumber

oleh Alyaa Alhadjri
Ketua Polis Negara Indonesia (Polri) yang baru dilantik, Jeneral Badrodin Haiti telah menjanjikan kesediaan beliau untuk meningkatkan bilangan penyiasat bagi Komisi Pemberantasan Korupsi republik itu (KPK).
Pada 17 April, portal atas talian Tempo.co melaporkan Badrodin sebagai berkata yang langkah itu akan membantu meningkatkan "sinergi" di kalangan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi membasmi rasuah.
"Minta saja seberapa ramai pun bilangan penyiasat. Kami (Polri) akan berikannya," Badrodin dilaporkan berkata di Istana Presiden Indonesia di Jakarta.
Bekas Timbalan Ketua Polri itu sebelum ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden, Joko 'Jokowi' Widodo untuk menggantikan Komander Agung Budi Gunawan yang kini sedang disiasat atas tuduhan rasuah.
Siasatan KPK terhadap Gunawan awal tahun ini telah mencetuskan sebuah 'perang' habis-habisan antara badan anti-rasuah itu dan Polri, dengan kedua-duanya memulakan siasatan sendiri ke atas dakwaan kesalahan pesuruhjaya KPK itu.
Pada masa itu, pemantau-pemantau anti-rasuah telah menimbulkan kebimbangan mengenai dakwaan usaha bermotifkan politik untuk "melumpuhkan" KPK, memetik kaitan antara Gunawan dan bekas presiden Indonesia, Megawati Soekarno Putri yang juga merupakan presiden parti Jokowi, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI -P).
Selain memberi keutamaan kepada program-program anti-rasuah dalaman polis, Badrodin berkata beliau juga akan meningkatkan penyelarasan dengan KPK, badan kehakiman, lembaga audit dan Laporan Transaksi Kewangan dan Analisis Pusat Indonesia.
"Kami juga akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan pertubuhan sivil untuk meningkatkan usaha membasmi rasuah.
"Rasuah bukan sahaja merupakan cabaran kepada KPK, tetapi untuk semua agensi penguatkuasaan undang-undang di Indonesia," Badrodin dipetik sebagai berkata.
KPK, yang ditubuhkan pada tahun 2003, kini mempunyai kira-kira 60 orang penyiasat (untuk penduduk yang berjumlah lebih 255 juta orang) dan pada satu-satu masa, seorang pegawai mungkin terpaksa menyiasat empat atau lima kes secara serentak.

Adakah taksub agama sudah mencapai tahap baru di Malaysia?

oleh V Shuman
“ Aku mencintaimu taktala kau tunduk sujud di masjid mu, berteleku di kuil mu, bersembahyang di gereja mu. Kerana kau dan aku adalah anak-anak satu agama, dan itulah semangatnya.”
Begitulah kata-kata Kahlil Gibran penulis dan penyair warga Lebanon-Amerika. 
Mungkin sudah sampai masanya untuk kita menerapkan idea ini ke dalam kepala otak bebal kelompok orang yang dikatakan beragama yang sedang membuat kacau di negara ini.
Boleh untuk kita katakan yang paranoia agama di negara ini sedang berada di kemuncaknya.
Kumpulan radikal yang mendakwa mewakili orang Melayu dan Islam meminta orang bukan Islam untuk ‘berdiam diri’ dalam pelbagai isu dan menekan komuniti minoriti untuk tunduk, selalu benar di lepaskan tanpa satupun amaran daripada pihak berkuasa.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan sekumpulan orang yang berhimpun untuk mendesak simbol salib di turunkan daripada sebuah gereja kerana mereka beranggapan ianya boleh menggugat keimanan dan menjadikan mereka orang kafir.
Gereja Taman Medan menurunkan simbol salib yang baru dua hari diletakkan berikutan bantahan aman yang dilakukan ‘penduduk’ yang mendakwa  mewakili penduduk majoriti melayu yang tinggal di kawasan sekitar.
Sebegitu lemahkah iman mereka sehingga mereka boleh dipengaruhi untuk keluar daripada agama yang mereka dilahirkan ke dalamnya, hanya dengan satu binaan fizikal?
Saya dilahirkan sebagai orang Hindu, dan akan mati sebagai orang Hindu. Saya telah menjejakkan kaki di dalam gereja, tokong, Gurdwaras malah surau, dan tidak pernah sekalipun dalam situasi tersebut kepercayaan saya diganggu gugat.
Tidak pernah sekalipun saya memandang salib dan berkata “wow, coolnya salib tu…saya nak masuk Kristian lah.” Saya juga tidak pernah sedikitpun dipengaruhi untuk menukar agama selepas membaca atau mendengar kesucian dan keagungan nilai agama mereka yang tertulis dalam kitab-kitab suci agama tersebut.
Ini ialah kerana saya mencintai dan menjunjung agama saya, dan menghina atau memandang rendah agama orang lain ‘hanya kerana saya bersembahyang kepada Tuhan yang satu dan saya percaya”, tidak akan berlaku

Di hari ulang tahun kelahiran Beng Hock, DAP minta SPRM siasat Najib dan Rosmah


sprm-johor-nie-ching-cai-tung-yee-how


JOHOR BAHRU, 20 APR: Di hari ulang tahun kelahiran mendiang Teoh Beng Hock, DAP menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan keatas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching, ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung membuat laporan di ibu pejabat SPRM Johor hai ini.
Dalam satu kenyataan bersama yang dipetik menyatakan, berbanding mendiang Teoh yang disoalsiasat selama 12 jam tanpa henti, Najib dan Rosmah terlepas dari sebarang siasatan, sedangkan kedua mereka dilaporkan berbelanja mewah dan membeli aksesori mahal seperti didedahkan akhbar utama AS, The New York Times (NYT).
“Ketika menyiasat dakwaan bahawa Exco Selangor Ean Yong Hian Wah menyalahgunakan peruntukan, pegawai SPRM menyerbu pejabatnya di Bangunan SUK Selangor tanpa arahan bertulis dari pendakwaraya.
“Mereka menahan dan membawa Teoh ke pejabat SPRM di Shah Alam untuk disoalsiasat, selain menafikan haknya diwakili peguam sehingga hari berikutnya.
“Beng Hock kemudiannya ditemui meninggal dunia di tingkat 5 bangunan bersebelahan,” kata Nie Ching merujuk insiden pada tahun 2009 itu.
Sedangkan kata Nie Ching, gaya hidup mewah Najib dan keluarga dipercayai di luar kemampuannya, tidak pernah disiasat SPRM.
Akhbar NYT dalam artikel bertarikh 8 Februari 2015 melaporkan, Najib yang hanya memperoleh gaji tahunan kira-kira USD100,000 sebagai Perdana Menteri dikaitkan dengan berita perbelanjaan mewah isterinya.
“Satu siri gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan Rosmah membawa sekurang-kurang sembilan beg tangan, yang dianggarkan berharga diantara USD9,000 dan USD150,000,” laporan NYT dipetik.

Mengapa kita kembali kepada kejumudan?


fikir

Sedih. Perkataan yang paling sesuai untuk saya gambarkan rasa yang menjerut sanubari saya ketika ini. Saya tercari-cari apakah puncanya semua yang berlaku sekarang?
Mengapa negara ini seolah-olah mengundur ke belakang? Ekonomi, politik, hubungan sosial antara masyarakat, segalanya berada dalam mod jumud. Kejumudan yang amat dahsyat sedang membelit setiap nafas warga.
Rasional tidak lagi berlaku. Sentimen dan bara permusuhan terus menerus dinyalakan. Warga menjadi begitu takut dengan bayang-bayang sendiri. Ke mana sebenarnya negara ini mahu dibawa?
Saya tinggal di dalam sebuah kawasan perumahan yang majoriti penduduknya adalah Muslim. Tetapi apa yang menariknya di dalam taman saya tidak mempunyai surau, apatah lagi masjid. Lebih menarik, di sini mempunyai tiga buah tokong dan dua buah gereja.
Rumah saya umpama dikepung. Depan, tepi dan belakang rumah saya ada tokong. Kedua-dua jalan masuk ke taman saya ini mempunyai gereja. Tetapi semua penduduk Muslim tidak pernah merasakan aqidah kami tergugat.
Saban tahun, pelbagai upacara sama ada keagamaan mahupun kebudayaan yang mereka buat di premis mereka. Boleh dikatakan setiap suku tahun pasti ada aktiviti besar. Tetapi sudah lebih 10 tahun saya tinggal di sini, belum pernah sekalipun kami berhimpun membantah atau mencerca amalan agama mereka.
Sebaliknya, kami, penduduk-penduduk yang berlainan agama dan budaya memilih jalan toleransi. Jalan kedamaian.
Pada permulaannya, kami bertemu dengan pihak-pihak pengurusan tempat ibadat ini dan mengutarakan permasalahan yang dihadapi setiap kali aktiviti dijalankan. Kami berbincang untuk mencari jalan penyelesaian yang damai tanpa membakar api sentimen dan prejudis.
Sehingga kini, walau apa pun aktiviti dan upacara yang mereka lakukan, mereka akan memperlahankan pembesar suara selama 20 minit setiap kali masuk waktu solat sebagai menghormati penduduk Muslim untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai hamba Allah.

Zahid, Khalid bercanggah isu demo anti salib

Zahidi Hamidi berkata peserta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan tetapi Ketua Polis Negara pula berkata tindakan tidak boleh diambil kerana tiada unsur hasutan.
zahid hamidi
SERDANG: Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberi kenyataan berhubung peserta demi anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lalu.
Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, peserta itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.
“Mereka akan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu sidang media di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Isnin.
Ahmad Zahid berkata, kejadian seperti itu menunjukkan Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan.
“Akta Hasutan ini bukannya melindungi agama Islam sahaja, tetapi melindungi agama lain termasuk Kristian,” ujar beliau.
Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula memberi kenyataan bertentangan di mana peserta terlibat tidak akan dikenakan Akta Hasutan kerana tidak melibatkan unsur hasutan.
Katanya, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan.
“Kami tidak melihat apa-apa isu yg berbentuk menghasut. Ini bukan isu menyentuh agama atau agama kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu,” tegas Khalid.

Hisbah: Husam sedia sokong Tun M pengerusi pertama?



Salam Rejab.

Haruman Ramadhan yang mulia telah mula mewangi bagi ummat Islam.

Sempena Rejab, mari sama kita berdoa dengan doa yang ditunjukkan oleh Al-Qur'an dalam Surah Ali Imran ayat 147 seperti berikut;

ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

PERTAMA:

Dunia sedang bergolak dan ummat Islam dilanda pelbagai ujian.

Ada sesuainya doa di atas diperluaskan.

Dosa adalah punca bala'. Memohon keampunan Allah di keberkatan Rejab moga menghindari bala Allah ke atas ummat Islam khasnya dan ummat manusia amnya.

Melampau dalam urusan perjuangan dan agama tidak disukai oleh Allah dan wajar kita bermuhasabah supaya tidak termasuk dalam garis yang tidak disukai Allah itu dalam keghairahan perjuangan.

Kekal istiqamah dlm dunia yang bergolak dan penuh ujian bagi ummat Islam hanya boleh dicapai dengan kurnia Allah dan kita sama berdoa untuk kurnia itu.

Pertolongan ke atas musuh Islam yang berniat jahat memerangi ummat Islam dengan segala tipu daya, strategi, adu domba dan senjata mereka sangat diperlukan.

Semoga Allah menganugerahkan kekuatan kepada para pejuang dan ummat Islam di seluruh dunia dengan doa kita bersama.

KEDUA: Tun M Pengerusi Ombudsman Pertama Negara

Kunci isu 1MDB adalah salah guna kuasa yang menghasilkan hutang besar yang akan ditanggung oleh negara dengan melepaskan individu terbabit.

Ini bukan isu pertama seumpamanya bagi negara kita. PKFZ, Perwaja, BMF dan lainnya telah berlaku dan merosakkan sejumlah besar kekayaan negara.

Tindakan protes gereja Taman Medan satu hasutan kata Zahid Hamidi, IGP kata tidak....!!

KUALA LUMPUR: Tindakan di bawah Akta Hasutan mungkin diambil terhadap kumpulan yang mengadakan bantahan di hadapan sebuah gereja di Taman Medan semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyentuh sensitiviti agama, sama ada agama Islam mahupun agama lain.

"Tidak kira.. tidak kira siapa. Sesiapa yang menyentuh mana-mana agama, agama Islam terutamanya atau mana-mana agama lain tertakluk kepada Akta Hasutan," kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pertubuhan Alumni ESQ Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin.

"Sudah tentu.. sudah tentu tindakan harus diambil. Ya.. sesiapa sahaja. Saya sangat buta warna (tidak rasis), dan polis juga sangat buta warna. Sesiapa sahaja... tindakan harus diambil dan akan diambil," katanya lagi.

Ditanya sama ada tindakan disiplin akan turut diambil pada ahli UMNO yang terlibat, Ahmad Zahid berkata UMNO merupakan parti yang menghormati agama lain, oleh itu mereka yang terlibat harus menanggung akibat daripada tindakan mereka.

"Sebab mereka melanggar undang-undang dan dalam UMNO kita perlu menghormati agama lain. Oleh itu, mereka perlu tanggung akibatnya," jelasnya.

Dua PRK ‘panas’ medan Najib vs Dr M

Dua pilihan raya kecil akan berjalan bermula 25 April ini. Satu di Permatang Pauh dan satu di Parlimen Rompin. PAS akan bertandin di PRK Rompin sementara Parti Keadilan Rakyat akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Dua pilihan raya yang sebenarnya boleh dikatakan serentak waktu kempennya kera- Dua PRK ‘panas’ medan Najib vs Dr M na tarikh penamaan calon yang sangat rapat antara keduanya satu pada 25 April (Rompin) dan satu 27 April di Permatang Pauh.
Sementara tarikh pembuangan undi bagi Parlimen Rompin pada 5 Mei dan Permatang Pauh 7 Mei. Kedua-duanya hanya dibezakan dua hari. Namun kempen pastinya akan berjalan serentak usai kedua-dua penamaan calon. Dalam PRK kali ini, pastinya isu-isu rakyat akan membahagi kempen khususnya rakyat baharu sahaja berdepan dengan satu lagi rejim baharu dalam sistem percukaian negara iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan tanpa mengira latar belakang pendapatan rakyat.
Miskin atau kaya semuanya dikenakan cukai ini apabila memberi barangan khususnya di pasaraya atau di kedai-kedai serta perkhidmatan yang disenaraikan harus mengenakan GST.
Dalam pada itu rakyat juga didedahkan dengan isu skandal kewangan syarikat pelaburan negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) selain pergeseran antara bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.
Ketika ini, Dr Mahathir cukup aktif menyerang pentadbiran Najib yang padanya tidak menyelesaikan banyak isu tertangguh khususnya yang membabitkan pentadbiran dan imej negara.

Mengapa Mahathir perlu bertanding dalam PRK Rompin tetapi tidak akan melakukannya

oleh Mike Tan
Kedengaran seperti sebuah idea yang mustahil, tetapi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu mempertimbangkan idea untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Rompin sebagai calon bebas.
Bertindak demikian boleh membuktikan kepada kita yang dia bersedia melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menyelamatkan Umno daripada kekalahan memalukan dalam pilihanraya umum akan datang.
Mahathir sebelum ini dipetik sebagai berkata, “ Kita sedang berdepan dengan pilihan-pilihan ini: sama ada menjatuhkan perdana menteri yang telah gagal dan yang akan menyebabkan Umno kalah dalam pilihanraya akan datang, atau kita ambil peluang sekiranya dia dijatuhkan kita mungkin mampu menguatkan kembali Umno.”
Tetapi bagaimana sebenarnya seseorang perlu bertindak untuk menjatuhkan presiden Umno?
Sejarah sudah menunjukkan yang sebenarnya ia adalah mustahil melalui pertandingan langsung. Hanya satu ketika kedudukan presiden Umno dicabar secara serius dalam pemilihan parti ialah tahun 1987, di mana ‘Team B’ Tengku Razaleigh Hamzah mencabar ‘Team A’ di pimpin Mahathir. Ia menyebabkan ketegangan luar biasa dalam Umno dan menyebabkan Umno dibatalkan pendaftaran.
Sudah menjadi lumrah tradisi Umno yang jawatan presiden akan diwariskan kepada timbalannya apabila presiden memutuskan untuk bersara.
Tunku Abdul Rahman dipaksa berundur oleh pemimpin-pemimpin muda Umno yang memilih Abdul Razak Hussein yang kemudiannya meninggal sewaktu masih memegang jawatan. Hussein Onn melepaskan jawatan untuk memberi ruang kepada Mahathir, dan Abdullah Badawi meletakkan jawatan selepas tsunami politik melanda Barisan Nasional selepas pilihanraya umum 2008.
Perlu di akui yang Mahathir, telah pun melakukan yang terbaik untuk mewujudkan perubahan besar dalam parti, walaupun hasilnya tidak memberangsangkan. Najib bekerja keras untuk mengekalkan sokongan, dan selepas pengistiharan umum daripada 160 ketua bahagian Umno yang menyokongnya pada bulan March yang lalu memberikan pesanan jelas kepada Mahathir yang parti itu masih kekal setia di belakang presidennya, sekurangnya pada pandangan umum.
Mahathir terus berdegil, dilihat oleh rakyat Malaysia bermula sebagai teguran sudah berubah menjadi sebuah pertarungan antara dua tokoh- satu pertarungan hebat yang mungkin mengancam Umno dan negara.

Tun M dilihat lebih kecewa daripada marah terhadap Najib

Tun M dilihat lebih kecewa daripada marah terhadap Najib di entri terbaharunyaKUALA LUMPUR: Dalam entri blognya hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan nada yang dilihat lebih kepada rasa kecewa berbanding marah terhadap kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Entri yang dimuat naik di chedet.cc oleh perdana menteri keempat negara itu banyak menekankan mengenai kesilapan Najib dalam merangka strategi menawan hati rakyat dan dalam soal memimpin negara.

Dr Mahathir turut menekankan bahawa Najib merugikan banyak wang negara apabila gagal menilai keutamaan projek mega dengan memberikan tumpuan kepada projek yang salah.

“Najib gagal pada banyak bidang selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan bengkok itu, beliau menggugurkan projek landasan berkembar elektrik Johor Bahru ke Padang Besar yang sepatutnya siap pada 2010.

“Kemudian beliau mula merekrut beberapa kakitangan British untuk menasihatinya tentang bagaimana mentadbir negara.

“Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan kita usir penasihat British. Kita lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tidak percaya dengan kebolehan orang Malaysia membangunkan negara ini,” kata bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat ini.

Selain itu, Dr Mahathir turut kecewa dengan beberapa keputusan Najib yang akhirnya mengakibatkan bukan sahaja penyokong parti tidak mahu mengundi, malah beberapa orang kerajaan lari menyokong pihak pembangkang.

Penukaran perdana menteri Umno tak akan selamatkan Malaysia

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media selepas Mesyuarat Setiausaha Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini. Beliau berkata, masalah negara tidak akan selesai selagi perdana menteri daripada Umno dilantik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 20 April, 2015. 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media selepas Mesyuarat Setiausaha Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini. Beliau berkata, masalah negara tidak akan selesai selagi perdana menteri daripada Umno dilantik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 20 April, 2015.

PKR hari ini menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan ideologi pihak tertentu yang mendakwa pertukaran perdana menteri mampu menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi Malaysia.
Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata selagi mana perdana menteri baru datangnya daripada Umno selagi itulah permasalahan negara tidak dapat diselesaikan dan Malaysia tidak dapat diselamatkan.
“Yang saya bimbang kalau rakyat Malaysia terheret sama dalam politik ini dengan beranggapan kalau berlaku pertukaran perdana menteri, itu akan menyelamatkan Malaysia. Itu bahaya kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Siapa jua perdana menteri asalkan daripada Umno, ia tidak akan menyelesaikan masalah kita sekarang. Kita masih akan berdepan dengan isu kaum dan agama. Kita akan berdepan masalah rasuah dan pertumbuhan ekonomi perlahan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Setiausaha PR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Rafizi berkata PR mempunyai fokus mereka sendiri dan tidak akan terheret dengan permainan dalaman Umno.
Katanya, menjadi fokus PR mengutamakan isu yang sedang dibelenggu rakyat seperti bebanan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
“Jangan terlalu terikut-ikut dan terheret dengan permainan mereka. Saya lebih rela biarkan mereka dalam permainan politik dalaman dan kita fokus isu rakyat.
“Contohnya 1MDB, kita dah bercakap lama sejak 4 tahun lepas tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad bawa cerita ini 3,4 bulan lepas. Mudah baginya untuk guna menentang Datuk Seri Najib Razak.
“Bagi saya, merasakan Dr Mahathir lawan Najib menyelamatkan negara, rakyat perlu sedar, ia sebenarnya tidak,” katanya.

Muhyiddin perlu singkir Najib

Muhyiddin boleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO sebagai bantahan kepada Najib untuk meletak jawatan
Muhyiddin-Yassin_najib_600PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta mengambil tindakan lebih berani selepas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak sendirian dalam menyuarakan kebenaran.
Kenyataan yang dibuat pada Ahad dianggap sebagai isyarat bahawa beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Muhyiddin bukan lagi setakat menghormati hak Tun Mahathir dalam mengkritik dan menanyakan soalan sebagaimana yang pernah disebutnya sebelum ini, tetapi sudah meletakkan dirinya bersama-sama dengan apa yang diperjuangkan oleh bekas Perdana Menteri itu,” komen Shahbudin Husin dalam blognya.
Selari dengan kenyataan yang dibuatnya, Muhyiddin dikatakan perlu mengulangi peranan sebagaimana yang pernah dimainkannya dalam mempercepatkan pengunduran jawatan Tun Abdullah Badawi pada 2008 dahulu.
Shahbudin yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa berpandangan, Muhyiddin perlu mengatur langkah seterusnya, sama ada secara terbuka menuntut Najib berundur seperti yang dimahukan oleh Dr Mahathir atau mula mengumpul kekuatan di kalangan pemimpin UMNO seluruh negara untuk bersama-sama dengannya.

Najib tindas kakitangan kerajaan

Ramai kakitangan kerajaan tidak lagi menyokong UMNO bahkan ada juga menyertai pembangkang malah menjadi calon pilihan raya selepas bersara.
najib-abai-kakitanagnawam
PETALING JAYA: Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak telah memusnahkan kepercayaan dan sokongan kakitangan kerajaan kepada UMNO/Barisan Nasional.
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, golongan berkenaan merasakan jasa mereka tidak lagi diperlukan dan tidak dihargai apabila Perdana Menteri lebih percaya dan melantik orang luar untuk merancang pembangunan negara.
Katanya, ramai kakitangan kerajaan tidak lagi menyokong UMNO dan ada juga menyertai pembangkang malah menjadi calon pilihan raya selepas bersara.
Di bawah pentadbirannya, Najib menubuhkan agensi baru untuk pelan pembangunan negara dan lupakan peranan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan lain.
“Agensi yang ditubuhkan itu diketuai bukan kakitangan awam dan dibagi gaji jauh lebih tinggi yang sepatutnya dibayar kepada kakitangan kerajaan.
“Kakitangan awam tidak gembira. Dulu merekalah yang berperanan menjadikan negara daripada negara membangun menjadi negara berpendapatan sederhana. Tapi kini, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan,” tulis beliau dalam entri terbaru di blognya.
Bekas Perdana Menteri turut mendakwa pentadbiran Najib menyebabkan hak keistimewaan Bumiputera semakin terhakis hanya kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu.
Katanya, slogan Satu Malaysia yang mirip Malaysia Malaysian membuatkan Bumiputera khususnya Melayu tertekan.

Pencalonan AJK Pusat, Pemuda, Muslimat berakhir 30 April



KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 11.59 malam 30 April ini ke Pejabat Agung PAS.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi berkata, tarikh akhir pencalonan itu tidak termasuk untuk Dewan Ulamak PAS Pusat.

Bagaimanapun katanya, pihak jawatankuasa akan bermesyuarat sebaik sahaja pencalonan ditutup dan akan memaklumkan calon-calon yang layak bertanding pada 5 Mei nanti.

Dalam pada itu, beliau kesal apabila masih berlaku kempen-kempen kotor pada pemilihan kali ini walaupun pihak jawatankuasa telah menggariskan peraturan dan larangan berkempen kepada ahli.

"Ramai yang langgar etika dengan melabelkan individu tertentu melalui poster sehinggakan boleh menjatuhkan maruah calon, seperti 'perosak aqidah', 'liberal', 'ortodoks'. Banyak tersebar di media sosial.

"Cumanya saya tidak pasti siapa punya kerja sama ada dilakukan oleh ahli PAS atau mereka yang menangguk di air yang keruh," katanya.

PAS ambil tindakan kalau jatuhkan lawan

Asmuni Awi
KUALA LUMPUR - Calon Pas kawasan akan diambil tindakan sekiranya terlibat dalam usaha menjatuhkan calon lain bertanding di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi berkata, pihaknya masih menerima aduan penyebaran fitnah menerusi media sosial seperti Facebook walaupun bersanggah dengan peraturan yang ditetapkan.‎

"Kami sudah dapat banyak maklumat ada pihak yang menyebarkan fitnah ke atas calon menerusi media sosial. Penyebaran yang berunsur memburukkan calon lain yang bertanding sama adalah dilarang sama sekali.

"Ia (fitnah yang disebarkan) bersifat menjatuhkan maruah dan menjatuhkan imej calon yang turut bertanding. Banyak kesan negatifnya. Tindakan akan diambil ke atas calon tersebut selepas Pemilihan sekiranya calon tersebut didapati terlibat‎ sama," katanya kepada Sinar Online selepas sidang media hari ini.

Asmawi pada sidang media 24 Februari lalu menggariskan panduan peraturan bagi Pemilihan Calon bagi Pas Kawasan di seluruh negara.

Antara peraturan yang digariskan termasuk larangan memburukkan calon Pas yang ikut bertanding.

Pas siasat aduan salah laku pemilihan

Asmuni Awi
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat akan membuka kertas siasatan berhubung laporan salah laku yang dilaporkan berlaku ketika Mesyuarat Pemilihan Pas Kawasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi berkata,‎ buat masa sekarang pihaknya masih membuka peti aduan dan siasatan hanya akan dilakukan selepas 24 April (Jumaat) ini.

"Antara laporan salah laku yang telah rasmi diterima adalah dari Pas Puchong. Aduan tidak rasmi pula diterima dari Pas Kapar, dan Pas Kuala Selangor. Laporan rasmi akan diterima dari Pas Kuala Langat petang nanti.

"Selain itu kami turut terima aduan rasmi mengenai salah laku dari Pemuda Pas Tumpat di Kelantan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, antara aduan yang diterima termasuk laporan penggunaan borang yang tidak dipatuhi Pas Kawasan, dan nama calon yang sepatutnya bertanding tercicir dari senarai.

"Kesemua ini saya sifatkan sebagai satu perkara yang tidak adil. Mereka (Pas Kawasan yang terlibat) bukannya tidak tahu mengenai peraturan yang telah ditetapkan.

Muktamar 61: Proulama kekal kuasai pencalonan

Berbaki kira-kira 40 peratus atau 75 daripada 191 kawasan PAS yang belum bermesyuarat, kumpulan proulama terus menguasai pencalonan tiga jawatan tertinggi parti itu setakat semalam.

Penyandang jawatan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus jauh meninggalkan pencabarnya, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan bekas anggota Majlis Syura Ulama, Ahmad Awang sejak mesyuarat kawasan bermula bulan lalu.

Setakat ini Abdul Hadi mendapat 80 pencalonan daripada PAS kawasan, Husam memperoleh lapan pencalonan manakala Ahmad - yang dianggap pencabar terdekat Hadi - hanya meraih empat pencalonan.

Husam dan Ahmad dianggap pemimpin pro-Pakatan Rakyat.

Sementara itu Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mendapat satu pencalonan jawatan presiden dari Kota Bharu tetapi beliau menolak untuk mencabar Hadi, sebalikya menawarkan diri bagi jawatan timbalan presiden

Abdul Hadi yang dinobatkan sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia memang mendapat pencalonan tinggi namun ia bukan jaminan beliau akan mendapat kemenangan mudah kerana kebiasaannya, penyandang mendapat sokongan lebih banyak berbanding pencabar.

Bukan gambaran sebenar

Tambahan pula jumlah pencalonan tidak menggambarkan jaminan sokongan lebih 1,000 perwakilan yang bakal mengundi dalam muktamar di Kuala Selangor Jun ini.

Sementara itu, bagi jawatan timbalan presiden, pola pencalonan akar umbi di peringkat kawasan jelas memilih Tuan Ibrahim untuk berganding dengan Abdul Hadi.

PAS arah semua ahli hadir Himpunan 1 Mei Batal GST


KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua pimpinan dan ahlinya di semua peringkat untuk hadir ke Himpunan 1 Mei #BatalGST yang akan diadakan di Dataran Merdeka 1 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu surat rasmi yang bertarikh 20 April 2015, kepada pimpinan dan ahli PAS di seluruh negara.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 13 April lalu telah memperakukan program Himpunan Batal GST merupakan program parti yang dianjurkan bersama NGO dan Pakatan Rakyat.

Ahli PAS juga dimaklumkan tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman bantahan PAS terhadap pelaksanaan GST oleh Kerajaan Malaysia dan kenaikan harga barang yang secara tidak langsung menindas rakyat.

"Semua perserta dicadangkan memakai pakaian berwarna merah dan dinasihatkan untuk datang lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk mengelakan dari tergendala perjalanan program ini," ujar Mustafa.

Himpunan Batal GST ini dijangka akan bermula jam 2.30 petang selepas solat Jumaat. Para peserta himpunan akan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. 

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah antara yang tidak bersetuju pelaksanaan GST ini dan beliau juga dijangka akan turut bersama dalam himpunan itu nanti.

'Jentera PAS 4 negeri utara diarah bantu PKR'

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata kepimpinan PAS pusat mengarahkan jentera parti empat buah negeri di utara supaya membantu PKR mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 7 Mei ini.

Beliau menegaskan arahan kepada jentera PAS Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat pada 13 April lalu dan tiada arahan baru dikeluarkan.

"PAS akan membantu calon Parti Keadilan Rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatang Pauh

"Oleh itu, semua jentera pilihan raya dari negeri-negeri tersebut hendaklah membantu Pakatan Rakyat di Permatang Pauh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, pemimpin PAS yang mesra dipanggil Abang Mat, berkata arahan tersebut terpakai sehingga ada arahan baru atau pengarahan lain yang dikeluarkan daripada kepimpinan PAS pusat

"Semua mesti mematuhi arahan ini sekalipun terdapat pandangan berbeza yang disuarakan oleh pemimpin akar umbi di Permatang Pauh," kata Mohamad yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Beliau merujuk kenyataan PAS Kawasan Permatang Pauh semalam yang memberi kata dua kepada PKR supaya menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan raya kecil itu.
  
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.

Parti bertanding pilih calon Permatang Pauh, Rompin - Majlis Setiausaha PR


PETALING JAYA: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menyerahkan kepada parti yang bertanding dalam menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, mesyuarat hari ini membincangkan calon bagi kedua-dua PRK itu.
"Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada parti yang bertanding untuk menentukan calon masing-masing.
"PKR dan PAS telah membentangkan keputusan parti masing-masing kepada Majlis Setiausaha dan disepakati oleh mesyuarat," katanya selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, dekat sini, hari ini.
Dalam pada itu, Majlis Setiausaha memberi jaminan, keseluruhan jentera Pakatan Rakyat akan turun ke Permatang Pauh dan Rompin bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat.
"Selain itu kita turut berbincang bebanan yang ditanggung rakyat akibat pelaksanaan GST.
"PAS, PKR dan DAP akan menggerakkan seberapa ramai anggota untuk turut sama 1 Mei ini sebagai bantahan kepada GST," katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu, PAS akan mengumumkan calon bagi PRK Rompin pada malam ini.
Katanya, PAS turut menyatakan komitmen untuk bersama-sama PKR pada PRK Permatang Pauh nanti.
Dalam pada itu, DAP melalui Setiausaha Organisasinya Antony Loke berkata, sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat, parti itu akan turut memberi kerjasama membantu PAS dan PKR pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Pakatan ikrar terus kerjasama di Pmtg Pauh, Rompin

PKR: Jangan biar perbalahan Umno hanyutkan 1MDB, GST

#BatalGST alu-alukan kehadiran Mahathir

Adik Najib pula kongsi 'You are not alone'

‘First Lady’ boleh hancurkan kerjaya pemimpin, kata mufti

Mahathir selar gaya hidup mewah, boros Najib & Rosmah

Provokasi politik punca perpaduan rapuh, kata Kadir Jasin

'Rakyat boleh jerit di puncak suara, tapi Najib tak akan jatuh' - Kadir Jasin

PKR rep: Are Muslims so weak in their faith?

Their excessive behaviour has resulted in a negative perception towards Islam and its followers, says Haniza Mohamed Talha.
Haniza-Mohamed-Talha_pkr_islam_600PETALING JAYA: PKR’s Taman Medan assemblywoman Haniza Mohamed Talha has questioned whether the faith of Muslims is so fragile that just by looking at a cross, they will be driven away from the religion.
She said their excessive behaviour had resulted in a negative perception towards Islam and its followers.
Haniza was referring to a group of Muslim residents who had protested against the cross at a church in Taman Medan yesterday.
“Muslims are now seen as obsessed and extremist in deterring others from practising their own faiths.
“Islam teaches its followers to respect other religions. It is stated as such in Surah Al-Kaafirun, which says to each his own religion and that Islam does not force its teachings upon others,” the Star Online quoted Haniza as saying in a statement today.
Some 50 Taman Medan residents had protested outside the church on Sunday, claiming that the cross was put up without consulting the locals, whom they claimed were 95% Muslim.
The church voluntarily removed the cross later in the day.

'Tiada orang mati dalam demo di gereja' kata pemimpin Umno

Pemimpin Umno Petaling Jaya Selatan mendakwa, demonstrasi bagi membantah tindakan memasang lambang salib di sebuah gereja di Taman Medan semalam tidak patut dianggap menghasut.

Ketua sayap Wanita Umno bahagian tersebut, Munaliza Hamzah berkata tiada seorangpun meninggal dunia atau mengalami kecederaan akibat demonstrasi semalam.

"Walaupun kami pergi ke sana untuk berdemonstrasi, tiada seorangpun mati, tiada seorangpun cedera dan tiada seorangpun yang marah selepas itu,” katanya.

Malah, demonstrasi oleh kumpulan anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) lebih bersifat menghasut daripada demonstrasi ke atas gereja tersebut, katanya.

Menurutnya, ia tidak bersifat menghasut kerana dialog di antara wakil gereja dan penduduk dibuat dengan sopan santun dan penuh hormat.

“Kaim tidak lakukan apa-apa perkara menghasut. Kami cuma mahu minta tolong dari gereja untuk turunkan salib mereka,” kata Munaliza kepada Malaysiakini.

Isu salib: 'Lang' perjelas, IGP kata OK


Wakil penduduk yang berhimpun menuntut salib sebuah gereja diturunkan di Petaling Jaya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kejadian tersebut tiada kena mengena dengan adiknya, ketua polis negara.

Malah, Abdullah yang juga ketua Umno cawangan Taman Lindungan Jaya menjelaskan, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah menghubunginya pagi tadi untuk bertanya tentang kejadian itu.

Menurut Abdullah, beliau menjelaskan kepada Khalid kehadirannya pada perhimpunan tersebut sebagai orang tengah antara penduduk Taman Medan dan pihak gereja.

"IGP dah telefon dan saya terangkan pada dia tentang isu ini. Ia tentang sekumpulan masyarakat bersama pihak gereja dan pihak gereja juga telah setuju untuk turunkan (salib). Jadi tiada isu.

"Dia (Khalid) cuma tanya saya. Dia panggil saya Lang. Dia tanya 'Lang, apa cerita?'. Kemudian saya terangkan.

Ketua polis: Demo antisalib tak menghasut

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid hari ini berkata perhimpunan menuntut salib sebuah gereja di Petaling Jaya diturunkan semalam tidak melibatkan unsur hasutan.

Katanya juga, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan.

“Dalam isu di Petaling Jaya itu, kami tidak melihat apa-apa isu yang berbentuk menghasut.

“Ini bukan isu menyentuh agama atau agama Kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu.

“Salib itu diturunkan adalah di atas permintaan masyarakat dan disetujui oleh paderi itu sendiri.

“Tidak ada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib itu,” kata Khalid selepas melancarkan program PRIMA kepada warga PDRM di Bukit Aman hari ini.

HABISKAN LEBIH RM7,000,000,000 (7 BILION) bayar kpd Pegawai British ???


Sejarah TIDAK MENIPU... Tok Janggut seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British..

TETAPI SEKARANG, taiko UMNO plok jemput ‘penasihat British’ jadi Penasihatnya !!!.. SIAPA pengkhianat negara sebenarnya ???

Pencacai UMNgOk pasti gembira 'benih-benih Penjajah' jadi pujaan mereka selama ini..

SIRI 'KENCING' GST UMNO-APCO:


1) GST TIDAK BEBANKAN RAKYAT - Najib Razak
2) Negara akan bangkrap tanpa GST - Najib Razak
3) HARGA BARANG AKAN TURUN - Ahmad Maslan
4) Orang kaya saja KENA GST - Ahmad Maslan
5) GST semakin diterima rakyat - YB. Dato' Hasan bin Malek

DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI, KENAPA TIDAK BERTINDAK !!!


"Akta Hasutan"
Berdasarkan kandungan pindaan, perenggan baharu dalam subseksyen 3(1) Akta 15 menyebut bahawa mana-mana pihak yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara pihak tertentu atas ALASAN agama dianggap sebagai satu kesalahan.

Di mana keadilan AKTA HASUTAN itu !!!
Kalau libatkan pembangkang tak sampai 24 jam dah kena cekup..

Pemimpin rosak kerana Wanita Pertama

Menurut Dr Maza wanita mempunyai kehebatan dalam melakukan perancangan yang licik sehingga menyebab suami dan kaum lelaki mudah terpedaya.
queencontrol
PETALING JAYA: Kerenah wanita yang memakai gelaran “First Lady” atau Wanita Pertama boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik pemimpin negara.
Dalam status Facebook yang dimuat naik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin memberikan contoh kepada yang berlaku kepada isteri bekas diktator Romania, Nocolae Ceausescu, Elena.
Menurutnya, rakyat negara berkenaan bangkit dan kemudian menjatuhkan hukuman mati ke pasangan berkenaan ekoran peranan isteri yang boros dan zalim.
Dalam tulisannya Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza turut memetik ayat al Quran tentang kehebatan wanita dalam melakukan perancangan sehingga menyebab suami terpedaya.
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. Surah Yusuf: 28.
Jelasnya, perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam dalam ayat berkenaan ialah “kaid” yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat.
“Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan “kaid”sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”, hurainya.
Mengulas lanjut fakta itu, Dr Maza menerangkan atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas kepada wanita.

MB Selangor: Turunkan simbol agama lain ada elemen ekstrem

SHAH ALAM 20 APR: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyifatkan desakan menurunkan lambang salib pada sebuah geraja di Taman, tidak wajar dan cenderung kepada elemen ektremis.
“Desakan supaya menurunkannya sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak menggambarkan rasa hormat kepada golongan itu.
“Jelas bahawa lambang salib adalah simbol untuk komuniti Kristian,” katanya ketika diminta mengulas bantahan segelintir umat Islam di Taman Medan, semalam selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di sini, hari ini.
Menegaskan isu itu perlu penyelesaian baik dengan hak pengurusan gereja dihormati, beliau berkata elemen ekstremis tiada tempat di Selangor bagi mengelakkan ketegangan kaum.
“Kita akan memastikan perlindungan untuk semua tanpa meminggirkan golongan minoriti,” katanya.
Beliau juga berharap polis menjalankan penyiasatan profesional supaya mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan.
“Gereja sudah bersetuju untuk menurunkan salib itu. Semua pihak harus menghormatinya,” kata beliau.

Azmin: Protes antisalib menghina

"Jangan alihkan lambang salib kerana ia simbol suci kepada penganut Kristian," kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Katanya, tindakan memaksak pemindahan lambang salib dari sebuah gereja di Taman Medan tidak boleh diterima dan menghina penganut Kristian.

Kenyataan itu dibuat kepada media selepas Azmin menghadiri mesyuarat bulanan dengan jabatan kerajaan hari ini.

Semalam, sekumpulan masyarakat Melayu mengadakan protes mengecam sebuah gereja di Taman Medan yang didakwa dibina di kawasan majoriti Melayu.

Mereka juga mendesak lambang salib pada bangunan itu diturunkan.
Protes dijalankan ketika gereja terbabit melakukan upacara mingguan bersama penganut Kristian.

Abang IGP pimpin demo 'antisalib'

Datuk Abdullah Abu Bakar, yang memimpin perhimpunan menuntut salib sebuah gereja diturunkan di Petaling Jaya, dikenal pasti abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid.

Kedua-dua mereka dijangka menyentuh perkara itu dalam program berasingan hari ini.

Abdullah juga dikatakan pemimpin Umno bahagian itu.

Khalid dijangka jelaskan isu itu dalam acaranya yang dijadual pada jam 2.30 petang ini.

Sementara itu, bekas calon BN Taman Medan pada 2013 Munaliza Hamzah memberitahu Malaysiakini bahawa Umno bukan dalang di balik tindakan mereka.

“Perkara ini tiada kaitan dengan Umno. Kami tidak wakili Umno.

“Kami tidak dapat arahan Umno (untuk buat bantahan itu),” kata Munaliza yang terlibat dalam perhimpunan itu.

PM dikelilingi pembodek

Senario yang berlaku sekarang amat berbahaya kerana perbuatan membodek tidak akan membawa sebarang penyelesaian sebaliknya akan merosakkan keadaan.
Najib-Razak
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlukan sokongan dan teguran yang ikhlas dalam mengatasi kemelut yang berlaku antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut pendakwah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah, senario yang berlaku sekarang amat berbahaya kerana perbuatan membodek tidak akan membawa sebarang penyelesaian sebaliknya akan merosakkan keadaan.
“Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Jarang yang berani kata ‘No’ kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya ‘Yes’ belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga-lagakan,” katanya.
Dalam tulisannya, Ridhuan menempelak golongan berkenaan yang dikatakan lebih suka jatuh menjatuh, fitnah menfitnah dan melaga-lagakan antara satu sama lain.
“Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dimangsa oleh segelintir pemimpin Umno. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong manapun. Apa yang penting, neraca yang digunakan, Islam. Amar makruf, nahi mungkar. Ditakdirkan anak menyokong bapa, tidak perlu cari jalan menyingkirkannya. Berlapang dada,” katanya.
Jelas Ridhuan, sepatutnya pemimpin UMNO menjadi orang tengah dengan memikirkan parti itu di masa hadapan.

Dr M: Najib pakai 'budak tingkat 4' British

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mengambil pegawai British sebagai antara penasihatnya, yang dikenali sebagai “budak tingkat empat”.

Perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Najib berundur ke belakang seperti era sebelum kemerdekaan negara.

“Dia mula rekrut budak tingkat empat sendiri, serta pegawai British untuk nasihatkannya bagaimana hendak tadbir negara.

“Dia juga guna perunding asing yang menelan belanja sebanyak RM7 bilion.

“Kita merdeka pada 1957 dan kita tidak perlu lagi ambil penasihat British. Kita akan lebih baik tanpa mereka.

“Najib nampaknya tidak percaya kepada kebolehan rakyat Malaysia untuk bangunkan negara,” katanya di blog hari ini.

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr Mahathir juga membangkitkan isu saya 'budak tingkat empat', yang ketika itu dikaitkan dengan menantunya Khairy Jamaluddin.

Soalan Sama Kepada Muhyiddin, Tunggu Apa Lagi?

Setelah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin secara terbuka menyatakan sokongan kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun Mahathir semalam, persoalan yang menjadi bualan ramai sekarang ialah "apa selepas itu?

Cukupkah sekadar menyatakan sokongan dan berkata "you are not alone" saja?

Berubahkah apa yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir jika sekadar sokongan dalam bentuk ungkapan saja?

Atau Muhyiddin perlu bergerak pantas dengan tindakan-tindakan lain yang lebih agresif lagi?

Secara umumnya apabila Tun Mahathir semakin mengasak kedudukan Najib dengan mendedah dan menyerangnya dari pelbagai sudut, ia lebih menghakis sokongan di peringkat akar umbi UMNO dan juga di kalangan rakyat.

Tetapi di peringkat kepimpinan UMNO dan kerajaan, ia masih tidak menggugat kerusi Perdana Menteri yang sedang diduduki Najib kerana majoriti mereka masih selesa dengan nikmat jawatan dan kedudukan yang dinikmati sekarang.

Sebagaimana sebelum ini Najib menerima sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, semua mereka tidak berganjak walaupun Tun Mahathir makin meningkatkan serangannya hari demi hari.

Sehingga ada di kalangan mereka yang memegang jawatan penting dalam UMNO dan kerajaan turut secara terbuka menolak kepimpinan Najib, barulah kedudukannya benar-benar goyang.

Walaupun semua orang sedar serangan dan kritikan Tun Mahathir terhadap Najib ada benarnya, berpaksikan kebenaran dan bertujuan mengelakkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang, hakikatnya majoriti yang bergelar pemimpin lebih sayangkan Najib berbanding parti.

Dalam hal ini, terlanjur Muhyiddin sudah menyatakan sokongan terbuka kepada "perjuangan kebenaran" yang dibawa oleh Tun Mahathir yang tentunya juga bermakna sokongan terhadap semua persoalan yang ditujukan oleh bekas Perdana Menteri itu kepada Najib, beliau tidak seharusnya berlengah lagi dalam mengatur langkah seterusnya.

Umno running out of propaganda ideas

The powers that be have chosen to ignore what they know about the true feelings of Malaysians.
mahatihir dan umno
By Aspan Alias
Dr. Mahathir Mohamad’s criticism of Prime Minister Najib Abdul Razak and the widespread public discontent with his administration have caused panic in Umno. That’s why we’re hearing statements of support from the state Umno heads and Barisan Nasional lawmakers as well as from the heads of organizations sponsored by Umno and BN. It’s the only form of propaganda left for Najib in his desperation to remain in power.
The PM and others in the power structures of both Umno and Putrajaya know very well that these expressions of support are not representative of the true feelings of Malaysians as a whole, including Umno members. They know that the people are suffering from the results of defective government policies. They know that the people are feeling poorer economically. They know that the people are unhappy with the oppressive laws that modern lawmakers would normally not even think of legislating. They know that the people realize how outdated the government mentality is and how undependable our lawmakers are.
Yes, the people in power understand the feelings of the people very well indeed, but they choose to disregard them so that they can continue to feed their insatiable hunger for power and wealth.

Sokong & Undi lagi BN.. Padan Muka Korang Semua...


Tol lebih rendah dengan lanjutan tempoh konsesi. 

KUALA LUMPUR - Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) turut terlibat dalam pemanjangan tempoh konsesi sebagai usaha kerajaan mengurangkan bebanan bayaran tol dan kos sara hidup pengguna lebuh raya, demikian menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

YABEDABEDOOO !!!.. Tol lebih rendah tapi SAMPAI KIAMAT KENA BAYAR TOL.