Ahad, 19 April 2015

Kita harus tahu bahawa apabila PAL bergaduh, tiada siapa yang menang

oleh Cynic View

Langsung tiada saat membosankan dalam politik Malaysia. Apabila anda fikir badut-badut telah menanggalkan mekap mereka dan sarkas telah meninggalkan pekan, seorang pelawak membuka mulut dan episod baru Raja Lawak bermula.

Sekurang-kurangnya rancangan bakat itu mempunyai orang kelakar yang sangat kreatif yang serius tentang kerja mereka dan bekerja keras untuk memenangi hati juri dan penonton. Tetapi dalam pentas besar kehidupan, ahli-ahli politik ini sedang kehilangan cengkaman mereka dan rakyat yang telah lama menderita sama sekali tidak terhibur.

Pelawak dan ahli politik mempunyai satu misi yang sama: untuk menyediakan kelegaan sementara dan/atau gangguan daripada ragam kehidupan. Dan sesetengah mereka membuat kerja yang baik dalam profesion yang dipilih mereka.

Secara dasarnya kedua-dua melakukan perkhidmatan awam. Perbezaannya adalah pelawak meninggalkan penonton dengan gelak tawa dan berasa seronok. Ahli politik pula, membuatkan penonton mereka berasa tidak percaya dengan kekurangan sensitiviti dan logik mereka.

Ahli politik Malaysia bukan saja berselindung di sebalik perhatian, tetapi juga berasa teruja untuk memalukan diri mereka sendiri apabila di dalamnya. Tidak seperti rancangan komedi, rakyat tidak dapat berjalan keluar kerana mereka secara konsisten dimomokkan dengan imej ahli politik, ucapan dan kata-kata mereka di media masssa dan atas talian.

Penipuan itu telah berlaku dengan sama rata dan meloyakan oleh kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang. Tidak lama dahulu, kita telah dilayan buruk dengan kemelut dalaman Pakatan Rakyat. PKR, DAP dan sekarang PAS mengambil alih tugas itu untuk tatapan umum. Pertamanya PKR memecat MB di Selangor, kemudian DAP menentang PAS berkenaan hudud dan sekarang ulama PAS menentang puak progresif.

Nik Amar selar pemimpin PAS sembunyi cita-cita laksana syariah Islam

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini menyelar sesetengah pemimpin PAS yang tidak ikhlas kepada pengundi dengan tidak memberitahu cita-cita sebenar parti itu melaksanakan syariat Islam di negara ini apabila berkuasa di Putrajaya. Berucap merasmikan mesyuarat agung PAS Selayang, beliau berkata, PAS perlu ikhlas menyatakan cita-cita perjuangan mereka itu kepada rakyat, bukannya 'menipu' dengan hanya melaksanakan Islam selepas berjaya menawan Putrajaya.

"Kalau kita pergi ke Putrajaya, kemudian baru kita kata nak laksanakan Islam, (maknanya) kita menipu orang. Sembunyi rupa diri kita sebenarnya, untuk menang. Itu menipu orang," kata timbalan menteri besar Kelantan itu.

 Beliau yang lebih dikenali sebagai Nik Amar berkata, PAS perlu jelas dengan Islam yang dibawanya dan tidak boleh berpura-pura dengan pengundi dan rakyat negara ini. "Kita kena beritahu dengan jelas Islam yang dibawa.

Kita tak boleh berpura-pura kerana kita sememangnya nak laksana Islam bila menang," katanya. Nik Amar sebaliknya memuji DAP, rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), yang konsisten menegaskan negara ini sebuah negara sekular dan menghalang dari syariah Islam dilaksanakan.

 "Matlamat DAP ialah sekular, dan (supaya) syariah tidak dilaksana di negara ini. Tahaluf siyasi kita dengan mereka, ialah matlamat jangka pendek sahaja," katanya di hadapan perwakilan dan pemerhati muktamar, termasuk ahli Parlimen Selayang, William Leong, dari PKR.

Nik Amar berkata, PAS perlu mencontohi sikap DAP yang sentiasa konsisten dengan pendiriannya. "Kita kena puji sikap konsisten DAP ini dari dulu. Kenapa pula PAS tidak boleh bertegas dan konsisten dengan sikap kita?" soalnya.

TPM: Dr M tidak keseorangan nyata kebenaran

Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin berkata berpendiran tegas dan menyatakan kebenaran adalah sikap bekas perdana menteri itu, khususnya apabila beliau bercakap menentang kuasa besar barat dalam memerangi peperangan.

"Menyatakan kebenaran dan berpendirian tegas... ini adalah sikap beliau sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

"Kamu tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin sewaktu memulakan ucapannya dalam satu forum anti peperangan di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir turut hadir dalam majlis itu dan duduk bersebelahan dengan timbalan perdana menteri.

Ketika bercakap dalam konteks peperangan, kenyataan Muhyiddin itu boleh dilihat merujuk keluhan Mahathir baru-baru ini bahawa beliau bersendirian dalam mendapatkan jawapan Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.

Mahathir, yang mahu Najib berundur, juga telah berkata bahawa Muhyiddin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan perdana menteri kini.

PKR tuntut penjelasan Pas Permatang Pauh

PERMATANG PAUH - PKR akan berjumpa kepimpinan Pas Permatang Pauh bagi mendapat penjelasan mengenai tuntutan mereka agar memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang tidak menyokong pelaksanaan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Hudud.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hairan dengan tuntutan disuarakan Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan kerana sebelum ini pernah bertemunya semasa pelancaran jentera PKR Jumaat lalu.

Beliau berkata, dalam pertemuan yang turut disertai beberapa pimpinan Pas Pusat, Omar menyatakan sokongan terhadap PKR bagi menghadapi PRK Permatang Pauh.

"Sebelum ini dia (Omar) sendiri menyatakan sokongan mahu membantu PR dalam PRK Permatang Pauh.

"PKR akan bertemu mereka bagi mendapatkan penjelasan dan cerita sebenar," katanya kepada media selepas menghadiri minum petang bersama penduduk Pangsapuri Permata, Bandar Perda di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Isu GST, 1MDB bakal ‘makan BN’ di Permatang Pauh - Prof Dr Agus

Dalam politik semua boleh berlaku. Dalam konteks Permatang Pauh, kejutan itu mungkin, tetapi sukar.

Demikian respon  penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff ketika ditanya keberangkalian BN untuk merampas semula kerusi Permatang Pauh daripada PKR.

Agus berkata, kenyataannya itu adalah berdasarkan faktor kini yang dilihat tidak memihak kepada BN.

“Isu-isu semasa di Permatang Pauh seperti GST, 1MDB dan isu ekonomi lainnya tidak memihak kepada BN.

“Di samping serangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang dipetik sebagai berkata, BN mampu melakar kejutan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sementara ketika ditanya mengenai situasi di PRK  Rompin, Agus berkata, kawasan tersebut terlalu sukar untuk dimenangi Pas.

“Pas sukar menang di Rompin, kawasan tradisi Umno yang dijaga baik oleh Ahli Parlimen sebelum ini. Jika pun Pas boleh capai ialah mengurangkan majoriti BN,” katanya.

Najib, Tunggu Apa Lagi!!


Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang berada di Kazakhstan bagi menghadiri majlis bertandang perkahwinan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Besikkbayev, seorang jejaka yang pandai bertinju dari negara tersebut.


Tetapi di dalam negara, asakan untuk memaksanya berundur kian giat dilakukan. Tun Mahathir yang menjangkau usia 90 tahun kelihatan semakin agresif dan seolah-olah mendapat "suntikan tenaga baru" untuk terus menyingkirkan Najib.

Jika Jumaat lalu, Tun Mahathir dilaporkan sudah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh selama kira-kira sejam tidak jauh dari Masjid Negara, hari ini pula bekas Perdana Menteri itu duduk bersebelahan dengan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam suatu program anti perang di PWTC, Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Muhyiddin secara terbuka menyatakan sokongan kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Muhyiddin yang bagaikan menyambut keluhan Tun Mahathir sebelum ini bahawa beliau mungkin keseorangan dalam berhadapan dengan Najib Razak yang mahu disingkirkannya.

Selain semakin rancak bertemu dengan pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini, Tun Mahathir juga semakin rajin menulis meluahkan pandangan dan kritikannya kepada Najib di blog Chedet miliknya. 

Kehadirannya di pelbagai program yang disusuli dengan lontaran pelbagai pandangan mengenai isu politik semasa dalam negara, juga turut bertambah.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim pula mendedahkan baru-baru ini, Tun Mahathir juga ada mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali di luar negara.

Sokongan terbuka Muhyiddin kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun Mahathir tidaklah sukar difahami bahawa ia tentunya berkaitan dengan serangan dan kritikan terhadap Najib, tambahan pula tiada akvititi atau isu lain yang difokuskan oleh bekas Perdana Menteri itu ketika ini.

Orang-orang Umno Baru bukanlah ingin menyelamatkan Najib tetapi diri mereka sendiri

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Persembahan yang ditunjukkan dalam Umno Baru sekarang dengan perjumpaan daripada pelbagai seksyen parti bukanlah sesuatu yang ikhlas daripada mereka yang mengambil bahagian. Orang-orang Umno tidaklah risaukan mengenai Najib tetapi lebih berminat untuk survival politik mereka sendiri.

Jadi ramai daripada ahli Umno Baru bergantung kepada Najib terhadap segala sifar murah hati yang mereka dapat dan dengan Najib tiada di situ, nasib kewangan mereka turut tergendala. Umno Baru hanyalah berpaksikan wang ringgit. Itu adalah darah daging mereka.

Najib tahu mengenai ini dan inilah sebab utama kenapa beliau tidak peduli tentang kritikan walaupun daripada pendahulu beliau yang bertanggungjawab meletakkan beliau sebagai perdana menteri. Ini menunjukkan solidariti daripada beberapa golongan adalah tidak pernah berlaku sebelum ini kerana tiada sebarang ancaman luar parti dan juga tidak berhadapan dengan pilihan raya umum setakat ini.

Tetapi sokongan yang ditunjukkan yang hampir mencapai lapangan histeria menunjukkan terdesaknya ahli parti tentang nasib mereka sendiri jika berlakunya perubahan kepimpinan. Inilah situasi dalam Umno Baru sekarang.

Masa depan setiap ahli yang berkenaan bergantung kepada pemimpin sekarang. Ianya mengenai kepentingan mereka sendiri dan kepentingan mereka ini bergantung kepada mereka yang membuatkan mereka perlu memastikan pemimpin sekarang terus berkuasa.

Malahan penyokong di luar Umno Baru juga terutamanya parti sekutu tahu yang tanpa Najib, posisi mereka sekarang dalam kerajaan mungkin akan tamat. Inilah apa yang telah berlaku kepada parti kerajaan sekarang. Slogan seperti “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” lebih kepada gimik politik.

1MDB: Jangan gelabah dengan persoalan Tun M - Prof Dr Mohammad Agus

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta tidak gelabah dan menjawab setiap persoalan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara jujur dan telus.

Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, persoalan wang akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diharap dapat diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

"Saya fikir kerajaan tidak perlu gelabah dengan pertanyaan Tun Mahathir ini. Jawab sahaja dengan jujur, maka Insha Allah keyakinan rakyat dapat diraih.

"Yang menjadi masalahnya ialah apabila sekali kerajaan menjawab hutang 1MDB tidak ada masalah, dan hari ini menterinya mengakui hutang 1MDB membebankan.

"Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin kerajaan lebih telus dalam memberi reaksi kepada keluhan dan teguran rakyat supaya masalah negara, jika ada, dapat diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah. Terbukalah," katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Agus mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyifatkan 1MDB kini memberi tumpuan kepada usaha untuk menyelesaikan isu-isu semasa dan melaksanakan kajian strategik seperti yang digariskan oleh pengurusan dan lembaga pengarah.

Kata Abdul Wahid, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengarahkan supaya audit dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara dan laporan itu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

PAS Permatang Pauh beri kata dua pada PKR

PAS Kawasan Permatang Pauh hari ini bertegas menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen kawasan itu.
  
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua itu bagi tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.
  
"Jika bersetuju (dengan syarat yang diberikan) maka kami PAS Kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.
  
"Pendirian ini adalah keputusan yang dibuat dan disepakati dalam mesyuarat agung PAS kawasan kali ke-38 hari ini.
  
"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
  
Pada Mac lepas, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata hukum hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR), yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.

Beliau berkata dasar bersama yang dipersetujui PR adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.
    

Saya berundur ketika masih ada sokongan, sindir Dr Mahathir kepada Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan ke atas Datuk Seri Najib Razak hari ini dengan mendakwa sokongan yang diberikan kepada perdana menteri itu adalah tidak benar. Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat tersebut menyindir Najib dengan membandingkan antara sokongan yang diterimanya daripada orang ramai semasa membuat keputusan untuk berundur pada 2003 dengan sokongan yang diterima Najib kini.

"Apabila seseorang merasakan beliau tidak lagi menerima sokongan, lebih baik beliau pergi (lepas jawatan)," kata Dr Mahathir semasa ditemui wartawan selepas forum anti peperangan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pagi ini.

"Saya berundur, walaupun saya memiliki sokongan, tapi itu disebabkan saya menjadi perdana menteri terlalu lama. "Tetapi, apabila rakyat menyatakan mereka tidak gembira, anda perlu respons, jangan hanya fikir diri sendiri, tetapi fikirkan rakyat yang anda pimpin, mereka yang di belakang anda.

"Apabila mereka tiada lagi, anda bukan lagi seorang pemimpin," katanya. Katanya, pendiriannya supaya Najib berundur dikongsi ramai orang kerana ia demi Umno dan kebaikan negara.

Awas suara Gunung Semanggol, Hadi

Gunung Semanggol di Kerian, Perak, menyimpan sejarah perjuangan 'radikal' Islam terawal di Malaysia.

Pada Mac 1948 Hizbul Muslimin atau Parti Orang Muslimin Malaya ditubuhkan oleh seorang guru pondok Abu Bakar al-Baqir dengan seruan antipenjajah British.

Digelar “suara dari gunung”, Hizbul Muslimin menakutkan penjajah sehingga parti Islam pertama ditubuhkan itu menjadi parti Islam pertama diharamkan di Malaya.

Ketika Hizbul Muslimin ditubuhkan, tokoh ulama PAS Ahmad Awang berumur 12 tahun.

Kini, di usia emas 79 tahun, Ahmad disebut-sebut sebagai alternatif terbaik untuk membawa suara 'radikal' dalam kepimpinan PAS yang diterajui Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kini layak mencabar Hadi setelah melepasi pencalonan minimum daripada dua kawasan PAS.

Walaupun Hadi, tokoh ulama popular, progresif dan berwibawa 30 tahun lalu, keadaan kini dilihat berbeza apabila hari demi hari menyaksikan beliau membawa PAS makin jauh daripada Pakatan Rakyat dan Putrajaya.

Bagi PAS, walaupun tidak bertulis, hampir semua pihak mengakui sukar untuk memimpin parti itu tanpa peribadi pendidikan agama.

Pertarungan lulusan Mesir

Idea kepimpinan ulama yang terlalu sebati dengan PAS mungkin menyebabkan Hadi tidak pernah dicabar selama 13 tahun, sejak mengambil alih jawatan itu daripada allahyarham Fadzil Noor pada 2002.

Personaliti, selain kekananan dalam parti dan kemampuan politik, sentiasa menjadi faktor diambil kira perwakilan bagi memilih pemimpin mereka bagi tempoh dua tahun lagi.

Walaupun suara tidak puas hati pada pentadbiran Hadi sentiasa ada, tetapi ia jarang datang daripada golongan ulama sendiri, yang berada dalam kedudukan layak mencabarnya.

Justeru, bagi penyokong Ahmad, beliau berada di landasan tepat untuk membuat comeback ke arena politik PAS setelah tidak mempertahankan jawatan naib presiden beberapa tahun lalu.

Tetapi adakah beliau mempunyai kekuatan peribadi untuk menggalas tugas itu?

DAP berkampung di Permatang Pauh bantu gerak kerja KEADILAN

TAMPILPENANTI 19 APRIL: DAP bakal berkampung di Permatang Pauh dan bersedia untuk melancarkan jentera parti itu bagi membantu calon KEADILAN yang mewakili Pakatan Rakyat.
Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, Chong Eng berkata, DAP amat komited untuk bergandingan bersama pimpinan KEADILAN dan PAS dan memberi sokongan maksimum bagi memastikan kemenangan Pakatan.
“Komitmen ini satu kesepakatan yang dipersetujui bagi membantu siapa sahaja calon yang diumum KEADILAN dalam PRK kali ini.
“DAP siap sedia untuk membuka bilik gerakan sebelum hari penamaan calon yang akan diadakan pada 25 April ini.
“Kita telah mengatur strategi termasuk kepada sayap parti untuk bersama-sama dengan KEADILAN dan PAS bagi memastikan kerusi Parlimen Permatang Pauh tetap menjadi milik Pakatan dan memperolehi majoriti lebih besar,” kata Chong Eng ketika ditemui selepas program ‘TAMPIL’ anjuran Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) di Yayasan An-Nadhoh, semalam.
Chong Eng yang juga Exco Kerajaan Negeri menjelaskan, persiapan telah pun dibuat bagi menggerakkan jentera di PRK tersebut.
“DAP akan berkampung di Permatang Pauh sepertimana sebelum ini bagi menggerakkan jentera menemui pengundi.
“Apa saja isu yang dibangkitkan Umno BN tidak menjadi masalah kerana rakyat sedar, selagi BN memerintah selagi itulah mereka akan hidup susah.

PAS tetap sokong calon KEADILAN untuk kemenangan Pakatan

Mat SabuPAS sepakat menyokong calon KEADILAN bagi mempertahan kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh pada Pilihan
Raya Kecil Parlimen itu 7 Mei nanti.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, suara-suara kecil berhubung isu pencalonan di PRK itu tidak mewakili PAS yang tekad mahu membantu calon Pakatan menang menewaskan kerajaan zalim Umno BN.
“Kita tidak boleh bersendirian jika inginkan kemenangan besar untuk menuju Putrajaya. Kemenangan calon KEADILAN adalah kemenangan Pakatan.
“Sepakat akan membawa berkat kerana kemenangan menjadi harapan semua komponen Pakatan.
“Atas keyakinan itulah, PAS telah pun membuka bilik gerakan bagi membantu KEADILAN menang,” kata Mohamad Sabu pada ceramah isu semasa dan perasmian Dewan Tuan Haji Harun Haji Rejab di Permatang Tok Dik, di sini, 17 April lalu.
Mat Sabu 2Pengarah Pilihan Raya PAS PRK itu berkata, penindasan pemerintah yang berterusan ke atas rakyat perlu disekat Pakatan secara bersepadu.
“Sejak zaman Mahathir (Mohamad) kita ditindas dan dizalimi oleh pelbagai dasar yang menyekat kebebasan rakyat.
“Sekarang Najib Razak meneruskan dasar zalim BN untuk menyekat suara rakyat dan menghalang demokrasi melalui Akta Hasutan, Akta
Perhimpunan Aman dan pelbagai lagi dasar mereka.
“Takkanlah kita hendak sokong parti pemerintah yang zalim dan meninggalkan rakan kita dalam Pakatan Rakyat,” katanya lagi menangkis dakyah pihak tertentu berkenaan penggabungan PAS bersama Umno.
Beliau dalam pada itu menyeru rakyat berhimpun di Kuala Lumpur 1 Mei ini bagi menzahirkan bantahan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST).
“Himpunan Tok Janggut ini bagi membuktikan kepada kerajaan bahawa rakyat semakin terhimpit dengan sistem yang diperkenalkan mereka.
“Ayuh rakyat di seluruh pelusuk negara kita turun ramai-ramai tunjukkan kepada kerajaan betapa sukarnya hidup rakyat dengan
pelaksanaan GST,” kata Mohamad Sabu lagi.

Siap sedia kejutan besar- Pas Permatang Pauh

Jentera pilihan raya Pas bagi PRK Permatang telah diingatkan supaya tidak akur jika perjuangan yang diketengahkan sepajang tempoh berkempen tidak mengikut syariat Islam.
spr_600PETALING JAYA: Pas Kawasan Permatang Pauh memberi amaran akan membuat kejutan besar jika PKR dan DAP terus menyingung parti itu.
Amaran Itu diberikan oleh Yang Dipertua Pas kawasan itu, Omar Hassan ketika Mesyuarat Agung Tahunan ke-38 Kawasan Permatang Pauh pada Ahad, lapor Berita Harian Online.
“Saya ingin tegaskan, kita akan membuat kejutan kepada pakatan pembangkang sekiranya mereka menyinggung dasar perjuangan didukung Pas,” kata Omar.
Dia juga memberi amaran jentera pilihan raya untuk membantu Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah diingatkan supaya tidak akur sekiranya perjuangan diketengahkan bertentangan dengan syariat Islam.
“Kita terbuka bagi setiap pandangan dan cadangan dikemukakan, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam,’ katanya.
Amaran terbuka Pas dikaitkan dengan tindakan PKR yang enggan menyokong undang-undang Hudud di Kelantan.
Sebelum ini, Pas Permatang Pauh dilaporkan menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail atau ahli keluarganya dicalonkan PRK Permatang Pauh.

Tokoh Wartawan Negara senaraikan kelemahan Najib

Malaysia floods months later leave many homeless

1MDB: State of Affairs

Tun M: I will not work with the opposition

Tun M: Remove a failed PM or lose GE14

Muhyiddin to Tun Mahathir: You're not alone Sir!

Tun M: Where is the support?

Tun M boleh maaf kan tapi Najib takut kpd S'pore

Mahathir: Tukar Najib atau hadapi risiko kalah PRU14

KENAPA Najib Razak nak sorok data FDI yg sepenuhnya.


KENAPA tahap pelaburan asing jatuh yang teruk TIDAK DIHEBOHKAN KEPADA RAKAT !!!

KENAPA hanya jaja berita2 yg baik saja kepada rakyat sedangkan byk berita yg disebaliknya diselindungkan kpd rakyat.

Jika diambil purata 8 tahun kebelakangan ini tahap pelaburan asing HANYA BERADA PADA RM28.35 bilion shj..

KWSP: Itu DUIT KAMI, Itu HAK KAMI,


Sikit atau banyak itu bukan masalah kamu...
Biar KAMI NAK MERASAI simpanan wang kami. BUKANNYA PERGUNAKAN DUIT KAMI UNTUK MENGENYANGKAN KANTONG2 KRONI yang mentak kedarah duit2 kami..

Gaji MP naik PERLU kerana sering IKAT PERUT, Gaji penjawat awam naik PERLU sesuai dengan keadaan ekonomi..


Untuk rakyat, mana ada masa yang sesuai. Tapi untuk menteri bila-bila masa pun sesuai.

Apa korang nak buat dgn menteri yg kuat jilat sebegini...

Musim Orang Lama Dikehendaki Semula......

UMNO akhirnya menamakan Hasan Ariffin sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei depan. 

Hasan yang kini Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin adalah bekas Adun Bukit Ibam selama tiga penggal dan pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri serta Timbalan Menteri Besar Pahang sebelum ini.

Berusia 62 tahun, pernah menjadi Adun dan memegang beberapa jawatan di peringkat kerajaan negeri, pemilihan beliau sebagai calon pilihanraya kecil Rompin boleh dianggap mengejutkan kerana kriterianya adalah "kitar semula".

Apakah ini menggambarkan UMNO sudah ketandusan calon-calon muda yang berkelayakan atau sudah lupa kepada proses peremajaannya?

Namun demikian, sebagaimana yang banyak dilaporkan di media, pemilihan Hasan dikatakan kerana beliau adalah pilihan penduduk setempat serta diyakini lebih mudah mencipta kemenangan berbanding nama-nama yang lain.

Sekali lagi timbul persoalan, apakah UMNO kini sedang berada di persimpangan di mana pemimpin lama dan veteran lebih menjadi pilihan berbanding orang muda?

Terpilihnya Hasan sebagai calon di Rompin seperti senada dengan kemelut politik yang sedang berlaku di peringkat Pusat sekarang ini. Di ketika nama Najib Razak semakin ditolak daripada kerusi Perdana Menteri yang sedang didudukinya, nama tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah dilihat semakin menonjol sebagai tokoh yang paling layak menggantikannya.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim misalnya sudah dua kali mencadangkan agar veteran UMNO berusia 78 tahun yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu diambil untuk menggantikan tempat Najib.

Helikopter terhempas pada 1997 masih lagi menghantui kita

oleh Mariam Mokhtar

Dua hari selepas sebuah helikopter terhempas pada 4 April di Semenyih, sebuah surat khabar arus perdana telah mengeluarkan senarai nahas udara yang pernah berlaku sejak 1976. Ianya termasuklah nahas pada 3 Mac 1997 yang mengorbankan pengerusi Kumpulan DRB-Hicom dan ketua pegawai eksekutif Yahaya Ahmad, 50, dan isterinya, Rohana Othman, 48 dan seorang juruterbang.

Mereka berada dalam helikopter eksekutif Augusta yang dalam perjalanan ke Terengganu sebelum terhempas. Bagaimanapun, senarai itu tidak memasukkan dua lagi nahas, yang melibatkan dua orang ahli politik terkemuka, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin, yang telah terbang, atau dijadualkan untuk terbang.

Pada Januari 1995, sebuah Super Puma dalam perjalanannya ke Kangar, untuk menjemput Timbalan PM Anwar pada ketika itu dan delegasinya, ketika ia terhempas. Ianya adalah nahas ke-15 yang melibatkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia sejak 1990.

Empat orang krew telah kehilangan nyawa. Pada 11 April 2011, helikopter Sabah Air Bell 206, satu daripada tiga untuk mengangkut Timbalan PM Muhyiddin dan rombongan beliau, telah terhampas di pekan Sibu, membunuh juruterbangnya.

Anwar yang merupakan bekas timbalan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dari 1993 sehingga 1998, tetapi pada pertengahan 1990-an, cita-cita Anwar, telah mengancam Mahathir.

Anwar telah menyerang budaya nepotisme dan kronisme yang meluas dalam Umno Baru dan BN, yang mana beliau menyalahkan korupsi berprofil tinggi dan penyalahgunaan dana. Akhirnya perhubungan mereka sampai kemuncak ketika krisis kewangan Asia melanda.

Ahmad Zahid Hamidi pernah menjadi sekutu Anwar pada satu ketika, dan pada perhimpunan agung Umno Baru 1998, begitu kritikal menghentam korupsi dalam kerajaan, dan kekurangan usaha untuk menangani korupsi dan kronisme.

Ia turut didakwa bahawa telah menahan Zahid. Kemudian, Zahid telah kembali kepada masyarakat, dengan karakter yang “berubah”. Ianya turut didakwa bahawa Najib Abdul Razak tidak mempunyai hubungan yang baik dengan timbalannya Muhyiddin.

Tekanan yang tersembunyi kadangkala timbul dan di sebalik slogan “1Malaysia” Najib, Muhyiddin masih lagi enggan untuk mengakui yang beliau terlebih dahulu rakyat Malaysia, dan Melayu kemudiannya.

Muhyiddin telah membuatkan Najib tidak senang, dengan bersetuju dengan Mahathir bahawa rakyat Malaysia masih lagi belum faham konsep “1Malaysia”.

Gugurkan dakwaan menghasut jika tidak salah kritik kerajaan, kata Ambiga

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, ramai yang ketika ini berdepan tuduhan menghasut kerana kesalahan mengkritik kerajaan, termasuk badan kehakiman, berhubung keputusan yang dijatuhkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2015. 
Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, ramai yang ketika ini berdepan tuduhan menghasut kerana kesalahan mengkritik kerajaan, termasuk badan kehakiman, berhubung keputusan yang dijatuhkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2015.

Dengan pindaan kepada Akta Hasutan 1948 yang membuatkan kini mengkritik kerajaan bukan lagi satu kesalahan, aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, kes mahkamah yang masih menunggu pertuduhan kerana tindakan mengkritik pentadbiran harus digugurkan.
Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, ramai yang ketika ini berdepan tuduhan menghasut kerana kesalahan mengkritik kerajaan, termasuk badan kehakiman, berhubung keputusan yang dijatuhkan.
Jadi, bagi menunjukkan keikhlasannya, Putrajaya harus menggugurkan dakwaan ke atas mereka yang terbabit, katanya pada 'Forum Karpal Singh 2015' di George Town, Pulau Pinang, pagi ini.

Antara yang menghadapi tuduhan menghasut ialah kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque, lebih dikenali sebagai Zunar, yang berdepan 9 pertuduhan, dipercayai yang paling banyak dikenakan mengikut akta itu, berhubung tweetnya mengenai sabitan liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ambiga bagaimanapun ragu yang tindakan membatalkan peruntukan dalam akta itu akan betul-betul membenarkan orang ramai mengkritik kerajaan.
"Anda rasa anda betul-betul boleh kritik kerajaan? Iklim ketakutan itu ada. Kalau betul boleh, mengapa perdana menteri menyaman mereka yang mengkritik kerajaan?" soalnya pada forum anjuran Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang itu.
Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memulakan tindakan undang-undang terhadap pengkritik, termasuk ahli Parlimen pembangkang Rafizi Ramli dari PKR dan Tony Pua dari DAP.
Mereka dituduh memfitnah melalui kenyataan berhubung langkah kerajaan menghapuskan subsidi bahan api dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib juga menyaman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, kerana mengaitkan syarikat penerbitan filem anak tirinya Reza Aziz di Amerika Syarikat, dengan skandal 1MDB.

Hadi: Perkara biasa tak bincang RUU persendirian

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak menjadi masalah untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian berkaitan pelaksanaan hudud tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan kepimpinan PAS.

“Ini perkara biasa. Saya pun pernah kemukakan usul sama pada tahun 96… (masa itu) tak bawa dalam mesyuarat (PAS) pun” kata presiden PAS dalam satu sidang media di MPAJ hari ini.

Semalam MP Shah Alam Khalid Samad mendakwa Hadi Awang membelakangi saf kepimpinan parti itu berhubung pembentangan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat tanpa berbincang dengan pemimpin PAS lain.

Menurut Khalid, Setiausaha Agung Mustafa Ali dan dia sendiri langsung tidak mengetahuinya sebelum Abdul Hadi mengemukakan RUU Persendirian itu.

Hadi turut menegaskan bahawa Kelantan mempunyai hak untuk berunding dengan kerajaan pusat mengenai pelaksanaan Hudud.

Katanya lagi,  perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam, PAS telahpun lama membuat perjanjian dengan DAP dan PKR beberapa tahun dahulu.

“Kelantan ada hak sendiri untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Apa yang berlaku ialah Kelantan telah mengemukakan perkara itu dan Kelantan juga berunding dengan kerajaan pusat.

“Macam Pulau Pinang berunding pasal Jambatan Kedua dengan kerajaan pusat, tak kan hal syariah Kelantan tidak boleh berunding dengan kerajaan pusat?” kata Hadi.

Sementara itu, Hadi turut menyangkal dakwaan bahawa dia telah berjumpa dengan bekas Menteri Besar Selangor Khalid di Mesir untuk berbincang mengenai perkara pengembalian kuasa Khalid.

Rakyat mahu Putrajaya kembalikan kesederhanaan

Satu lagi kumpulan, termasuk bekas kakitangan kerajaan dan pemimpin terkemuka dalam masyarakat, muncul dengan surat terbuka menggesa Putrajaya menyatakan komitmen semula terhadap 10 nilai sejagat menjadikan Malaysia negara yang sederhana.

Surat yang ditandatangani 40 individu itu mengatakan, 10 nilai itu - amanah, tanggungjawab, jujur, dedikasi, sederhana, tekun, berdisiplin, bekerjasama, berperibadi mulia dan bersyukur - diperkenalkan kerajaan pada 1982 bagi menerapkan nilai Islam sejagat.

Surat itu dibuat 5 bulan selepas sekumpulan 25 tokoh Melayu terkemuka (G25) menulis surat terbuka menyeru dialog rasional mengenai Islam diadakan. Ia menerima sokongan meluas daripada banyak pihak.

Dalam surat terbuka 40 individu itu bertajuk 'Strengthen the Foundational Structure of our Nation' (Mengukuhkan struktur asas negara kita), kumpulan itu mendakwa, kesederhanaan sebagai satu nilai "diabaikan sesetengah pihak, termasuk pemimpin politik yang menyokong pandangan sektarian yang sesuai dengan pengikut mereka."

"Tidak pernah dalam sejarah negara, mengalami tekanan dan ketegangan menjejaskan prinsip asas kenegaraan yang kini mengancam untuk memusnahkan ikatanmenyatukan semua rakyat Malaysia bersama dan mengekalkan negara yang terdiri daripada komponen wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak," kata kumpulan itu dalam surat mereka.

Kenyataan tiga muka surat itu, ditandatangani bekas hakim, duta, aktivis, pendidik dan individu penting, mengatakan Malaysia mempunyai "perintah undang-undang sivil negara yang neutral daripada segi agama".