KUALA LUMPUR, 13 April:
“Saya tetap akan mempertahankan hak guru-guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) meskipun bakal dikenakan tindakan.”
Demikan kata-kata guru KAFA, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang merujuk kepada kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di mana tindakan tegas akan diambil ekoran penglibatannya memperjuangkan isu kenaikan gaji guru KAFA di DUN Selangor, minggu lalu.
Malah, Ekhsan yang kini mengajar di Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Klang tetap dengan pendiriannya mahu membongkar fakta kehidupan guru-guru KAFA dalam sidang media yang dijangka esok, walaupun mendapat arahan pembatalan daripada pengarah jabatan agama negeri.
“Guru besar ada memanggil saya dan memaklumkan Pengarah JAIS ada menelefonnya dan meminta saya membatalkan sidang media esok.
“Apa yang dikatakan Pengarah JAIS amat memalukan. Beliau kata tindakan saya memalukan tetapi apa yang dilakukan lebih memalukan.