Sabtu, 11 April 2015

GST: Pelajar UiTM serang Ahmad Maslan

Pelajar UiTM menggunakan peluang soal jawab dengan Ahmad Maslan untuk menanyakan beberapa soalan tentang isu pembaziran oleh kerajaan.

SHAH ALAM : Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan “diserang” pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak puas hati dengan pendekatan kerajaan menanggani isu ekonomi negara.
Mereka yang menghadiri program soal jawab “Sesi Penerangan GST, Bajet dan Isu-isu Semasa” yang diadakan pada Sabtu, tampil membangkitkan soalan demi soalan kepada  beliau,  termasuk isu pembelian pesawat rasmi baharu kerajaan.
Pelajar berkenaan mempersoalkan kewajaran kerajaan membeli pesawat  itu  yang dianggap tidak wajar di mana ia dubuat  ketika rakyat menghadapi kesulitan akibat kos sara diri yang semakin meningkat.
Ahmad menyatakan jet tersebut dibeli untuk kegunaan hal-ehwal berkaitan kerajaan dan ia bukan satu pembaziran.
Beliau juga menekankan keputtusan itu dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerana kos  penyelenggaraannya pesawat sedia yang tinggi.
“Jet yang ada ketika ini kerap kali rosak dan kos penyelenggaraannya terlampau tinggi jika dibandingkan dengan kos membeli sebuah jet yang baharu.
“Keputusan untuk membeli jet baharu diambil selepas menilai kos, kelebihannya dan harga yang ditawarkan.
“Hanya selepas itu keputusan dibuat untuk membeli jet yang baharu untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agung, Sultan-Sultan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.
Ahmad menegaskan dakwaan yang mengatakan jet itu milik Najib adalah tidak benar.
Beliau juga menepis kenyataan seorang pelajar bahawa kerajaan melaksanakan GST ketika keadaan ekonomi kurang baik.
Ahmad menjelaskan beberapa fakta termasuk pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini berada pada kadar positif iaitu lingkungan 4.5 hingga 5.5 peratus .
“Ekonomi Malaysia stabil dengan kadar pertumbuhan positif iaitu 4.5 hingga 5.5 peratus untuk suku pertama tahun ini dan ia adalah satu kadar yang bagus,” katanya.

GST buat rakyat makin sengsara, kata timbalan mursyidul am PAS

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membuatkan rakyat semakin sengsara kerana ia bukan saja dikenakan kepada golongan kaya, malah miskin juga, kata pemimpin PAS Datuk Ahmad Yakob hari ini.

Menteri besar Kelantan itu berkata, dengan adanya GST, kezaliman secara tidak langsung berlaku terhadap rakyat yang memang sedia menanggung kesusahan. "Kezaliman secara tidak langsung berlaku kepada rakyat yang sedia menderita atas sebab lain.

 "Yang pertamanya ialah nilai mata wang kita jatuh. Wang kita jatuh. Untuk berbelanja di Thailand pun, sudah banyak bezanya. Dan kita juga sudah jatuh ditimpa tangga," katanya. Beliau berucap di depan kira-kira 1,000 penyokong yang hadir pada perhimpunan aman anti GST yang digelar Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur petang ini.

Ahmad yang juga timbalan mursyidul am PAS berkata, mengikut sejarah, Islam tidak membenarkan cukai dikutip daripada golongan miskin, tetapi di negara ini, orang miskin turut terkena tempias GST.

"Orang kaya kena, orang miskin pun kena," katanya. Beliau juga melahirkan kebimbangannya jika wang kutipan hasil GST itu berlegar di kalangan orang kaya saja, yang mana ia bercanggah dengan pemahaman Islam. "Kita bimbang pungutan ini jadi satu perkara yang bertentangan dengan Islam.

Taubat, laksana ekonomi berasaskan Islam, kata Hadi kepada Putrajaya


Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini berkata, kerajaan pemerintah hari ini perlu bertaubat dan mula melaksanakan ekonomi berasaskan Islam sekiranya ia berhasrat membawa negara ini keluar daripada krisis ekonomi. Presiden PAS itu berkata, melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan 'ubat' kepada masalah ekonomi negara.

"Saya tidak mahu membebankan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang tetapi saya mahu bertanya tentang kerajaan BN sebelum ini, apa yang ia lakukan selama 50 tahun yang lalu.

 "Mereka tidak menggunakan sumber dan tenaga kerja yang ada untuk membina negara ini. "Jadi, saya ingin meminta kepada kerajaan yang memerintah hari ini supaya bertaubat dan menggunakan ekonomi berasaskan Islam untuk menangani krisis," katanya.

Beliau berkata demikian di depan kira-kira 2,000 ahli PAS yang hadir pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar), satu perhimpunan anti GST yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur malam ini.

Pelaksanaan GST adalah haram - Dewan Ulama PAS

Pelaksanaan GST adalah haram - Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh hari ini berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat adalah haram.

Katanya, dengan kedudukan negara yang mengalami masalah ketirisan dan rasuah, cukai itu tidak wajar dikenakan dan ianya bercanggah dengan syariat Islam.

"Cukai sebegini seolah-olah merompak rakyat secara sah ... walaupun Islam membenarkan kutipan cukai dalam negara, tetapi ia adalah haram apabila negara dipenuhi ketirisan dan rasuah," katanya kepada pemberita pada program 'Himpunan Derita Rakyat (HINDAR)' anjuran Dewan Ulama PAS Pusat, pada Sabtu.

Menurut beliau, di Singapura, meskipun kerajaannya mengenakan GST, tetapi ianya diganti dengan sistem pengangkutan awam yang efisyen serta harga kereta yang jauh lebih murah.

Selain itu, katanya negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti petroleum dan kayu balak yang boleh dijadikan sumber pendapatan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Nik Zawawi berkata Dewan Ulama PAS akan meneruskan agenda seperti program HINDAR ini membangkitkan kesedaran rakyat.

HINDAR

Ujarnya, ini adalah pertama kali Dewan Ulama turun untuk membantah kerana katanya pelaksanaan GST menzalimi rakyat dan bercanggah dengan syariat Islam.

"Kita Dewan Ulama bukan menentang secara membabi-buta, tetapi GST satu sistem percukaian yang tidak patut dilaksanakan di negara kita," katanya lagi.

Kalau dah GST harga barang turun, KENAPA NAK ELAK BAYAR GST.. Bukankah itu bangang namanya wahai Ahmad Maslan.


Saban hari menonjolkan diri betapa hebatnya MP Pontian, Johor Darul Ta'zim ini GILA-GILA pertahankan kepincangan cukai GST ini terhadap rakyat..

Semoga Allah bukakan hati pemimpin2 UMNO yg menzalimi rakyatnya & tunjukkan lah KEBENARAN kepadanya...

Pejabat Hadi kata laporan tentang RUU keganasan tak benar

Pejabat Presiden PAS menafikan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan minggu ini.

Bernama semalam melaporkan Abdul Hadi menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, Pejabat Hadi berkata bahawa laporan itu tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan sebenar presiden PAS itu.

Laporan Bernama itu memetik Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media di Rusila di Marang semalam.

"Dalam sidang media yang menjadi sumber berita tersebut, presiden PAS menyatakan bersetuju menentang keganasan kerana pada  dasarnya itulah yang disebut dalam Islam," jelas Dr Ahmad Samsuri.

"Manakala membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh Islam.

"Dasar untuk menghalang keganasan adalah bertujuan untuk  mengelakkan fenomena islamfobia terus dijaja dalam dunia Islam.

“Kita anggap UMNO ikhlas berunding isu hudud” – Presiden PAS

TRP-Journey to Hudud PAS-Azrol
Pada 19 Mac lalu, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993).

KUALA LUMPUR, 11 April:

QURNISHA HAMKA

PAS berpandangan bahawa proses rundingan yang cuba diketengahkan UMNO berkaitan hudud adalah ikhlas.
Malah adalah wajib bagi parti itu untuk meneruskan rundingan tersebut bersama UMNO dalam memastikan pelaksanaan hudud di Kelantan tercapai.
“UMNO ajak berunding, jadi kita berunding. Kalau dia tipu itu urusan dengan Allah.
“Kita anggap UMNO ikhlas untuk berunding, sekarang ini kita anggap semua orang ikhlas dengan kita,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup majlis Nadwah Fiqh Ikhtilaf hari ini.
Manakala mengenai DAP pula, beliau sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai hak untuk menolak pelaksanaan hukuman Islam tersebut.
“DAP tidak setuju kita laksanakan hudud, minta kita tangguh sedangkan kita nak laksanakan hanya untuk orang Islam, tiada kaitan dengan mereka.
“DAP tiada hak nak halang kita laksanakan undang-undang ini. Mereka tiada hak dalam hal ini,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen PAS Marang.

Mungkinkah agama dan kaum sekali lagi membunuh harapan perubahan?


act8

oleh LIEW CHIN TONG

Julai 2015 menandakan genap 60 tahun Umno berkuasa sejak memenangi pilihanraya untuk berkerajaan sendiri yang dikendalikan oleh pihak British pada tahun 1955. Ia memegang rekod dunia sebagai kerajaan dilantik yang paling lama memerintah tanpa pernah diganti.
Di samping menggunakan kekuasaan yang disandangnya itu untuk melukis semula garis sempadan kawasan pilihanraya, mengedarkan sumbangan untuk membeli sokongan sambil mengagihkan bantuan ekonomi, alatan mandiri Umno turut termasuk manipulasi sentimen perkauman ketika berlaku krisis, memecahbelah pihak lawan, dan membuat tangkapan beramai-ramai demi memaksimakan faktor ketakutan, seperti yang dapat dilihat pada tahun 1987 dan 2001.
Pergolakan 1987
Pada bulan April 1987, Dr Mahathir Mohamad berhadapan krisis kepimpinan di dalam Umno. Pun begitu beliau berjaya memenangi jawatan presiden, menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah, walaupun dengan majoriti tipis 43 undi. Perpecahan Team A dan Team B tidak berakhir dengan pemilihan Umno.
Anggota Kabinet Team B, termasuk Abdullah Badawi, telah dipecat serta merta namun ia tidak menghalang kempen dalaman yang begitu hebat untuk melengser Dr Mahathir. Para pemerhati percaya bahawa Dr Mahathir tidak akan dapat bertahan dalam pemilihan parti seterusnya dalam masa tiga tahun kemudian.
Menjelang September 1987, sebuah kebimbangan kecil melibatkan pendidikan Cina – penghantaran guru yang tidak menerima pendidikan Cina ke sekolah-sekolah Cina – telah memuncak menjadi sebuah konfrontasi perkauman. Pemuda Umno di bawah kepimpinan Najib Razak, telah mengugut untuk mengadakan sebuah rapat raksasa seramai 500,000 orang di Kuala Lumpur pada 1 November.
Pada 18 Oktober, seorang prebet tentera bernama Adam Jaafar telah mengamuk di Jalan Chow Kit – tapak penting pertembungan kaum 13 Mei 1969. Adam telah melepaskan tembakan rambang, membunuh seorang mangsa apabila peluru yang ditembaknya melantun.
Satu minggu kemudian, 106 orang ahli politik berprofil tinggi, aktivis, ahli akademik dan pengamal media telah ditahan. Pada tarikh 27 Oktober itu, mereka ditahan tanpa bicara di bahawa undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada penentang dari luar yang paling dinamik, termasuk Ketua Pembangkang ketika itu Saudara Lim Kit Siang, semuanya disumbat ke penjara. Pada masa yang sama, para pengkritik Dr Mahathir di dalam Umno terus gerun membatu.
Pada bulan Februari 1988, Umno diisytihar haram oleh Mahkamah Tinggi, berdasarkan cadangan yang dibuat oleh peguam-peguam yang mewakili Umno.
Dr Mahathir pun menubuhkan sebuah parti baru dinamakan ‘Umno Baru’ yang meminggirkan para ahli yang tidak dikehendaki dari kalangan Team B lantas memaksa pasukan Tengku Razaleigh di Team B untuk menubuhkan parti Semangat 46.
Perlahan-lahan Dr Mahathir mengembalikan kedudukan dan apa yang dihilangnya sebelum ini. Pilihanraya Umum 1990 jelas sukar bagi Dr Mahathir dan Barisan Nasional namun pada waktu itu beliau sudah tidak lagi mempunyai ramai lawan yang kredibel untuk ditangani. BN mengekalkan majoriti dua pertiga.
Dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, Dr Mahathir muncul sebagai pemimpin yang popular dan berkeyakinan tinggi pada awal dekad 90’an. Kembalinya Dr Mahathir dengan begitu bergaya serta dominasinya berkekalan sehingga awal 1997 apabila krisis ekonomi Asis turut memberi kesan kepada negara.
Reformasi 1998
Timbalannya Anwar Ibrahim telah bekerja keras untuk menyelesaikan krisis tersebut namun telah dilihat sebagai pencabar utama Perdana Menteri. Seruan reformasinya tidak disenangi Mahathir. Pada September 1998, Anwar dipecat daripada kerajaan dan juga Umno, sebelum akhirnya dipenjarakan.
Walaupun lebih separuh pengundi Melayu tidak mengundi kerajaan demi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang ketika itu dipenjara, kempen BN terhadap PAS dan cadangan hudud serta negara Islam lah yang telah menyemai kerisauan di kalangan pengundi bukan-Melayu ketika pilihanraya pada November 1999 itu. Justeru BN sekali lagi berjaya kekal berkuasa, dengan majoriti dua pertiga yang tidak tergugat, walaupun berhadapan pakatan pembangkang yang bersatu di bawah nama Barisan Alternatif.
Mungkin ada yang terfikir bahawa Dr Mahathir tidak akan dapat bertahan sekali lagi, terutamanya apabila sahamnya jatuh setelah kekalahan calon BN di pilihanraya kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000. Saifuddin Nasution dari Parti KeADILan mengejutkan negara apabila beliau memenangi kerusi berbilang kaum yang disandang BN itu. Ia mengejutkan Umno dan BN. Komposisi etnik di Lunas menjadi cerminan negara.

Komplot hudud UG Umno boleh musnahkan Persekutuan Malaysia


lks-sufi_MG_7500 (572)


KUALA LUMPUR, 11 APRIL: DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan segera plot konspirator ‘Kerajaan Perpaduan’ (UG) UMNO sebelum landskap politik Malaysia berubah secara drastik akibat taktik kotor mereka.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, jika konspirator UG UMNO terus menggunakan cadangan pelaksanaan hudud di Kelantan sebagai umpan memusnahkan Pakatan Rakyat (PR), ia akhirnya akan membawa masalah kepada mereka sendiri.
“Walaupun Najib boleh bergembira bahawa plot konspirator UG UMNO telah berjaya menyebabkan kerosakan serius kepada PR, dia harus ingat ancamannya kemudian bukan saja kepada BN tapi termasuk Persekutuan Malaysia.
“Najib tidak menyedari bahawa senjata hudud oleh komplot UG UMNO ini sebenarnya merupakan pedang bermata dua, yang bukan saja boleh merosakkan perpaduan dan solidariti PR dengan kejayaan untuk menarik sokongan PAS dengan menyokong pelaksanaannya di Kelantan, ia juga mengancam perpaduan serta survival BN termasuk Persekutuan Malaysia.
“Malah, plot konspirator UG UMNO mempunyai potensi bukan saja untuk memusnahkan kedua-dua belah pihak, BN dan PR, tapi kepada negara atau membawa penyusunan semula kuasa-kuasa politik di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Kit Siang isyarat amaran jelas terpampang baru-baru ini apabila pelbagai pertubuhan di Sabah dan Sarawak telah mengecam agenda hudud konspirator UG UMNO.
Sebagai contoh, Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyebut kenyataan dari Kuching Ministers’ Fellowship (KMF), sebuah rangkaian pastor dan pemimpin gereja di Sarawak yang menyatakan bahawa hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan, asas sekular yang dipersetujui Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ketika pembentukan Malaysia.
Menurutnya, Majlis Gereja Sabah bulan lalu juga telah mengecam cadangan hudud dengan menyatakan ia sebagai pengkhianatan amanah kepada Sabah ketika mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Sarawak dan Malaya.
Tiga hari lalu, Organisasi Khidmat Masyarakat Sabah dan Sarawak yang mewakili 33 pertubuhan sivik menuntut satu rundingan semula Perlembagaan jika Kelantan bertegas untuk menguatkuasakannya.

Hentikan mencukai haid wanita Malaysia!

oleh Sonia Ramachandran
TImbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan kelihatan tidak memahami apabila tiba mengenai kitaran bulanan haid wanita. 
Dalam satu tweet beliau @ahmadmaslan pada 7 April, timbalan menteri itu berkata: “Kotex 10 peratus SST (Sales and Service Tax). Pembangkang minta kekalkan? Kjaan turunkan kpd enam peratus GST.”  
Ya, harga tuala wanita mungkin telah turun selepas GST tetapi itu bukanlah isunya.
Dengan GST, harga untuk semua perkara lain telah meningkat secara menyeluruh yang menyebabkan perbelanjaan bulanan setiap individu juga turut meningkat.
Tuala wanita adalah urusan bulanan bagi setiap wanita, kecuali kepada mereka yang telah putus haid.
Justeru ianya adalah barang penting bagi setiap wanita
Dengan peningkatan perbelanjaan, bukankan barang ini seharusnya “berkadar sifar”?
Lebih-lebih lagi, kerajaan mengutip cukai terhadap setiap barang lain dengan GST.
Mereka mampu untuk mengecualikan barang ini dari dicukai.
Bukan saja ianya tidak dikecualikan dari cukai, kitaran haid bulanan wanita juga telah menjadi bahan jenaka di Parlimen.
Pada 19 Mac, Tiong King Sing (BN-Bintulu) telah menjadi bahan gelak tawa di Parlimen apabila beliau dilaporkan menyampaikan wanita di kawasan parlimen beliau yang resah apabila perlu membayar lebih untuk tuala wanita apabila GST dilaksanakan.
“Kotex (tuala awanita) akan menjadi lebih mahal...wanita telah merungut bahawa mereka perlu membayar GST setiap bulan! Dan banyak lagi barang lain seperti sos tomato, sos cili, pengasah pensil, pensil dan pembersih tandas.
“Mereka berkata mereka keliru dan bertanya sama ada barang ini akan dikenakan GST,” Tiong dipetik sebagai berkata, menghadirkan gelak ketawa dalam dewan.
Pada 2 April, Chua Yee Ling (PKR-Kuala Sepetang) dilaporkan memberi usul di Dewan Undangan Negeri Perak bawah tuala wanita perlu dikecualikan dari GST.
Beliau berkata wanita tidak seharusnya dibebankan dengan GST untuk perkara asas demi kebersihan diri ketika kitaran biologi haid bulanan mereka.
“GST yang dikenakan pada tuala wanita mencabuli hak asasi kami kepada kebersihan,” Chua dipetik sebagai berkata.

Dewan Negara digesa jangan lulus gaji baru MP desak MCA

Seorang pemimpin MCA menggesa Dewan Negara supaya tidak meluluskan kenaikan gaji MP yang diluluskan Parlimen minggu ini kerana ia akan menjadi beban kepada kewangan negara.

Dalam surat rayuan kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang akan dihantar pada hari Isnin, ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Lua Choon Han menggesa Dewan Negara melewatkan kelulusan Rang Undang-Undang 2014 Parlimen (Saraan) (Pindaan) ekoran keadaan ekonomi sekarang.

"Antara sebab-sebab rayuan ini ialah kerana (kenaikan gaji itu) akan melibatkan peruntukan besar dana kerajaan dan akan menjadi beban dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di negara ini dan di seluruh dunia.

"Selain itu, isu-isu berkaitan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), harga minyak mentah yang rendah, juga telah menyebabkan pendapatan negara menjadi tidak menentu.

"Oleh itu, kami merayu kepada para senator bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk menaikkan gaji dan elaun ahli Parlimen," kata Lua.

Parlimen meluluskan  rang undang-undng itu pada awal pagi  pagi Jumaat lulus, yang memberi kenaikan gaji kira-kira RM9,500.

Perubahan Akta Hasutan sekat aliran maklumat bebas, kata peguam

Melalui pindaan kepada Akta Hasutan yang diluluskan Dewan Rakyat semalam, Putrajaya sedang cuba mengawal portal berita dan pengguna media sosial lain yang keras mengkritik kerajaan, kata peguam.

Mereka berkata, perubahan yang dibuat bukan hanya bertujuan memeriksa artikel berita atau komentar yang dianggap menghasut, tetapi juga membendung maklum balas daripada pembaca.

Peguam berkata, peruntukan dalam undang-undang itu boleh digunakan untuk membuang sebarang maklumat, yang pada pendapat pihak berkuasa, menentang pemimpin dan organisasi kerajaan.

Peguam hak asasi Syahredzan Johan berkata, pindaan itu disasarkan terhadap portal berita dan pengguna Internet seperti penulis blog dan pengguna media sosial yang memberi pandangan dan komen berbeza.

Beliau berkata, pindaan yang memberi kuasa kepada mahkamah melarang pengedaran penerbitan yang menghasut ialah serangan serius terhadap kebebasan berucap dan bersuara dalam masyarakat demokratik.

Perkataan yang samar maksudnya seperti "mungkin" dan "kelihatan" digunakan bagi membolehkan pendakwa raya meyakinkan mahkamah untuk menghalang penerbitan yang dianggap hasutan dalam media elektronik, katanya. "Tahap apa yang dikatakan kecenderungan menghasut adalah rendah, dan ini mencukupi untuk mahkamah membenarkan permohonan peguam kerajaan,” katanya.

Peruntukan baru dalam undang-undang itu menyatakan, antara lain, penerbitan yang mungkin menyebabkan kecederaan tubuh badan atau kerosakan harta atau kelihatan seperti menggalakkan niat jahat, permusuhan, kebencian antara kaum atas alasan agama adalah kecenderungan menghasut.

Pembunuhan Altantuya: Rakyat Malaysia hanya mahu tahu motifnya saja

Ianya jelas bahawa Najib Razak sedang menerima tekanan yang amat besar dari pelbagai sudut untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri, terutamanya daripada Dr Mahathir Mohamad. Suhu politik ini semestinya sangat tegang.

Jika tidak mengapa Najib perlu “bersiaran langsung” di kaca TV untuk cuba memberi respon dan menangkis segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya? Namun, respon Najib kepada semua isu yang dibangkitkan dilihat lemah dan mengecewakan.

Beliau berulang kali menegaskan bahawa beliau langsung tidak mengenali rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang telah dibunuh oleh dua orang komando polis yang juga pegawai keselamatan beliau dan juga beliau tidak terlibat dalam pembunuhan ini.

Pastinya, dua orang komando polis yang terlatih dan berdisiplin tidak akan membunuh seorang wanita asing malang itu tanpa sebarang sebab. Namun, ianya adalah tidak adil untuk menuding jadi kepada sesiapa, apatah lagi PM. Apa yang mesti disiasat adalah motif di sebalik pembunuhan ini.

Sudah pasti pembunuhan ini mempunyai motif dan inilah yang rakyat Malaysia mahu tahu. Setiap pembunuh mempunyai motif untuk membunuh. Mengapa kes pembunuhan Altantuya berbeza pula? Bekas PM Abdullah Ahmad Badawi turut tampil untuk mempertahankan Najib.

Penyiasatan ke atas pembunuhan pada tahun 2006 ini telah disimpulkan sewaktu pemerintahan beliau sebagai perdana menteri. Abdullah berkata: “Najib tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Antara perkara yang dilaporkan kepada saya sewaktu saya menjadi perdana menteri adalah keputusan penyiasatan pembunuhan Altantuya.

“Berdasarkan hasil daripada penyiasatan menyeluruh yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia yang disampaikan kepada saya, ianya sah bahawa Najib langsung tidak terlibat dengan kes ini.” Tetapi rakyat Malaysia mahu tahu siapa yang bertanggungjawab mengarahkannya? Persoalan yang berlarutan ini mestilah dijawab.

Keluar makan mampu menyiksa poket anda di kala GST

oleh Candy Jiang

Selepas hampir dua minggu GST terlaksana, ramai rakyat Malaysia kini telah menerima kehadiran cukai yang menjengkelkan itu. Ada yang menyimpan perasaan jengkel tahap tertinggi mereka kepada kerajaan kerana melaksanakan cukai ke atas kita semua, namun ada juga yang memandang kepada perkara positif, dengan menyatakan beberapa perniagaan telah menyerap kesan GST.

Foto hidangan ringkas dengan nasi, ayam gorang, nuget kentang dan sayuran telah dikongsi seorang pengguna Facebook di laman komuniti tertutup Jerantut, sebagai contoh.

Makanan dengan segelas air teh ais bernilai RM5, kata coretan tersebut. Ia diterima baik sementara seorang pembahas berkata bukan mudah mencari juadah sebegitu di KL, kerana seketul ayam goreng mencecah harga RM5! Komen itu tidak jauh tersasar, malangnya, kerana beberapa perniagaan menaikkan harga secara senyap-senyap di kala GST terlaksana.

Pegawai penguatkuasa GST mungkin sedang menanti di dalam kereta Preve baru mereka, namun kumpulan pengguna dan pengamal media telah mengunjungi beberapa lokasi yang didakwa menaikkan harga barangan.

Peningkatan harga tidak hanya dilihat bagi produk malah beberapa penjaja oportunis telah menimba di air keruh dengan meningkatkan harga juadah yang disediakan. Seorang rakan berkata perniagaan makanan laut di kedai kopi di Petaling Jaya menaikkan harga pada kadar RM2 ke RM4. Sushi King pula mengeluarkan menu yang dikemaskini - dan terhad - dengan pilihan harga merangkumi GST 6%.

Hutang PAAB mencecah RM14.6 bil

oleh Farah Saad
KUALA LUMPUR: Syarikat itu mengakuinya. “Kemampuan kami meneruskan urusniaga bergantung kepada sokongan kewangan berterusan syarikat pemegang saham utama, Syarikat Kementerian Kewangan (MoF Inc) sekiranya tidak mampu menyelesaikan hutang tertunggak,” menurut kenyataan PENGURUSAN ASET AIR BERHAD (PAAB) dalam laporan tahunan terbarunya.

Hutang menggunung ini melebihi kebolehannya menjana pendapatan daripada aset air dan pelaburan. Kini, ramai yang ragu-ragu samada syarikat tersebut dapat bertahan bagi jangka panjang serta kemampuan model kewangannya. Dalam tahun 2013, PAAB menjana RM519.01 keuntungan. Ia tentu mahu tarif air dinaikkan.

Namun kesukaran mencari kata putus di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor di dalam usaha pembelian aset air tidak membantu kewangan PAAB. Sekiranya berhasil, PAAB akan dapat menjana pendapatan melalui perjanjian sewaan kepada kerajaan negeri, walaupun terpaksa membelinya terlebih dahulu. Pembelian aset air Selangor, yang terbesar dalam sejarah, akan memberi kesan kepada masa depan PAAB.

Satu syarikat konsesi air berkata PAAB akan hanya dapat berniaga bagi tempuh jangka pendek, dan terpaksa mengeluarkan lebih banyak bon dan mendapatkan pinjaman kerajaan.

Ia ditubuhkan pada 5 Mei 2006 sebagai entiti milik MoF Inc bagi menstruktur khidmat air di negara ini bagi menjamin keberkesanan dan kualiti.

PAAB merupakan syarikat yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Ia memiliki modal berbayar RM410 juta.

PAAB juga memiliki aset di lima negeri yang diuruskannya pada masa ini, laporan tahunan 2014 masih belum dikeluarkan pada tatapan umum.

Adakah MoF Inc akan menyelamatkan PAAB?

Pelajar universiti tak puas hati penerangan GST Ahmad Maslan


Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hadir pada satu taklimat program cukai barang dan perkhidmatan (GST) hari ini, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Ahmad Maslan yang disifatkan tidak menjawab persoalan mereka mengenai pelaksanaan cukai tersebut.
Tetapi sebaliknya kata mereka, timbalan menteri kewangan itu seperti menghentam pihak pembangkang pada sesi soal jawab bersama pelajar UiTM Shah Alam itu. Pelajar Fakulti English Professional dan Communications, Maziah Mazli, 21, berpendapat, Ahmad tidak menjawab soalan yang dibangkitkan dan memberi penjelasan sebenar mengenai GST.

"Kerajaan mesti terangkan dulu (pada pelajar). Dia tak jawab soalan. Dia macam 'twist' (putar belit). Kami sebagai pelajar, kami nak tau apa sebenarnya GST. Kami tak dapat gambaran jelas apa itu GST.

 "Sejak pelaksanaan GST, terasa sangat kesannya, terutamanya top-up (kredit telefon bimbit) dan makan. Kerajaan macam tak ambil kira semua aspek. Kami tidak ada kemudahan untuk masak.

"Jadi, betul-betul bergantung kepada makanan yang disediakan universiti," katanya yang mengulas saranan Ahmad kepada mereka supaya selalu memasak dan tidak makan di luar untuk mengelakkan GST. Muhammad Shamil berkata GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah.

Seorang pelajar Fakulti Undang-undang, Muhammad Shamil, 20, pula mengatakan beliau tidak setuju dengan pelaksanaan GST dan jawapan Ahmad pula seperti menghentam pembangkang. "Saya tengok menteri tadi lebih kepada nak hentam pembangkang daripada menjawab soalan. Masalah saya bukan GST, tapi pelaksanaan GST.

"Saya okey dia (Ahmad) datang ke sini, tapi dia tak menjawab soalan," katanya ketika ditemui selepas sesi itu yang diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pagi ini. Muhammad mengatakan, GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah.

Polis tahan Adun dan aktivis anti GST di Johor Baru

Polis bertindak menahan 4 peserta himpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berhampiran Hotel Tropical Inn, Johor Baru sekitar jam 6.40 petang ini.

Mereka terdiri daripada 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) - Jimmy Puah (Bukit Batu) dan Tan Hong Pin (Mengkibol) serta seorang pembantu Puah, Jimmy Tan dan seorang aktivis anti GST. Penahanan itu disahkan sendiri aktivis anti GST itu, Sidiqin Omar, yang kini berada di Balai Polis Sentral, Jalan Meldrum, Johor Baru.

 Sidiqin berkata, anggota polis yang menahannya memaklumkan mereka ditahan bagi "membantu siasatan dan memberi keterangan" berkaitan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Setakat ini, katanya, polis meluangkan masa selama 20 minit mengambil keterangannya dan yang lain mengenai butiran seperti nama penuh, alamat rumah dan pekerjaan. Bagaimanapun, beliau belum pasti jika mereka akan dikehendaki bermalam di lokap.

"Kami masih menunggu pegawai penyiasat kes ini memberi maklumat selanjutnya," kata Sidiqin kepada The Malaysian Insider. Katanya, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor Hassan Karim akan bertindak sebagai peguam mewakili keempat-empat yang sedang ditahan.

PKR lancar kempen #BantahGST sasar sejuta tandatangan

PKR lancar kempen #BantahGST sasar sejuta tandatangan
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini telah melancarkan kempen #BantahGST dan mensasarkan sebanyak 200,000 tandatangan menjelang 1 Mei dan seterusnya berharap untuk mendapat satu juta tandatangan.

Pelancaran kempen itu di kawasan tol Damansara yang berhampiran dengan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membelenggu masyarakat.

Ketika satu sesi sidang media bersama pemimpin PKR, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, “sehingga kini kami telah berjaya mendapat lebih 15,000 tandatangan dalam masa hanya lima hari.

"Kami mensasarkan 200,000 jumlah tandatangan menjelang 1 Mei, dan sekiranya jika kita boleh mendapat satu juta, kerajaan akan mungkin menarik semula GST kerana mereka akan sedar ramai yang tidak berpuas hati”.


Pengarah Strategi Pusat PKR, Sim
Ahli Parlimen Bayan Baru yang juga merupakan Pengarah Strategi Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin dilihat di kawasan tol Damansara ketika mengedarkan sticker kereta #BantahGST
Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan sambil menyokong kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat perlu bijak menangani dan menghalusi apa yang sedang berlaku supaya tidak terus ditindas.

Beliau mendakwa bahawa dalam parlimen ada menteri yang beranggapan bahawa tiada penderitaan dalam kalangan rakyat disebabkan oleh GST.

“Ada menteri yang berkata terdapat kurang aduan daripada masyarakat tentang GST dan oleh sebab itu GST diterima baik oleh rakyat,” kata Manivannan yang juga pengerusi biro kepenggunaan.

MyWatch papar jam tangan mewah ahli politik

Pejuang anti-jenayah R Sri Sanjeevan telah menerbitkan satu siri gambar dalam talian yang memaparkan jam tangan mewah yang dipakai oleh ahli-ahli politik.

Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) telah memuat naik lapan gambar mengenainya di laman Facebook MyWatch.

Sehingga jam 5.15 petang ini, post itu telah mendapat lebih 10,000 'likes' dan 20,000 'shares'.

Gambar-gambar itu menunjukkan pegawai kanan dan ahli-ahli politik yang memakai jam tangan mewah yang berbeza pada masa yang berlainan.

Antaranya ialah enam orang adalah dari BN dan dua daripada pembangkang.

Mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri

Hishammuddin Hussein, dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas perdana menteri yang lantang bersuara, Dr Mahathir Mohamad juga dipaparkan.

Ia juga termasuk allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan tuduhan liwat.

Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka memakai jam tangan mewah. Jam tangan Nik Aziz hanya bernilai RM330.

Antara lapan mereka, jam Zahid - Mille Richard RM033 - nampaknya yang paling mahal, dan MyWatch mendakwa dalam post itu ia berharga RM293,000.

Seterusnya, menurut MyWatch, adalah jam Najib - Hublot Big Bang King Power 'Red Devil' Manchester United limited edition - yang menurut MyWatch berharga RM165,000. Najib dikenalli sebagai peminat pasukan bola sepak Manchester United.

Sementara itu, Sanjeevan (kanan) mendakwa jam tangan Rosmah - Franck Muller Master Square Date Diamond - bernilai RM153,500.

Asal ada kenyataan keluar dari mulut MENTERI COKLAT MINDA pasti jumpa kebodohannya..


Iklan Watson tu buat promosi turun harga 3 hari, TAPI Ahmad Maslan kata harga turun kerana perlaksanaan GST - "Bodoh Yang Amat !!!"

Amanat Menteri #COKLATminda Ahmad Maslan kpd semua pelajar2 UitM agar...

 'mahasiswa masak sendiri di kolej untuk elak bayar GST'.

Ramai juga pelajar UiTM merungut apabila Ahmad Maslan yang dijadualkan datang ke kampus untuk cerita pasal GST, tapi dia merapu buka cerita pasal liwat..

Biasalah pemimpin dari golongan bangsawan mana reti soalan mudah..


Video Penuh Soal Jawab TV3 Bersama Perdana Menteri



Tun Dr Mahathir Mohamad panglima perang persepsi


Post Pic

Oleh Abdul Rahman Malik
 
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudahpun menggunakan hak demokrasinya untuk membidas, mencabar dan juga mempersoalkan halatuju pemerintahan negara.
 
Hak ini diakui dan diiktiraf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengaku bersedia mendengar dan menghormati pandangan bekas presiden Umno itu -sama seperti hak setiap rakyat Malaysia yang lain.
 
"Saya tetap menghormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya menghormati semua rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang hendak mengkritik pentadbiran dan pimpinan saya," kata Najib.  
 
Cuma, pesannya dalam program Soal Jawab TV3 malam Jumaat lalu, kritikan itu harus dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab.
 
Pada satu sisi, Najib iktiraf hak seorang negarawan seperti Tun Mahathir untuk mengkritiknya. Namun sebaliknya adakah Tun Dr Mahathir melakukannya secara berhemah dan bertanggungjawab?
 
Suatu ketika dahulu apabila teguran, sindiran dan kritikannya terhadap pengganti beliau, Tun Abdullah Badawi, dilihatnya kalis begitu sahaja, Tun Mahathir nekad mengumumkan beliau keluar dari menjadi ahli Umno. 
 
Namun kali tidak demikian. Tun Mahathir agak semakin asyik menggunakan media sosial, yang sewaktu beliau menjadi perdana menteri menjadi musuh utamanya, untuk 'menyerang' wibawa dan integriti kerajaan pimpinan Najib. 
 
Lantas apabila melihat hampir semua komponen penting dalam Umno dan Barisan Nasional bangkit menyatakan kepercayaan dan sokongan kepada Najib, Tun Mahathir tetap tidak mahu beralah. 
 
Malah, beliau mencabar pula penyokong-penyokong Najib berkenaan supaya menyatakan pendirian mereka berhubung isu hutang dan kedudukan kewangan projek 1MDB yang disyakinya ada disalahurus dan mungkin disalahguna kuasa.
 
Demikian cara Tun Mahathir menggunakan hak demokrasinya. Kuasa dan pengaruh media sosial dipergunakan sepenuhnya untuk menggugah keyakinan Najib dan kabinetnya serta menebar persepsi kurang baik di minda rakyat terhadap kepemimpinan Najib.
 
Mungkin inilah hemah politik Tun Mahathir. Sebab itu,  kritikan beliau terhadap Najib cukup lantang. Malah ramai yang menganggap gegak gempita kritikan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ke atas pimpinan Najib tidak sepedih serangan Tun Mahathir.
 
Pakatan Rakyat walaupun sudah dua pilihanraya umum berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat masih bersopan dan segan untuk menyatakan dengan yakin bahawa Umno dan BN akan tewas dalam PRU ke 14, jika Najib masih menjadi pemimpinnya. 
 
Mungkin jika tidak kerana sudah terlalu banyak kutukan mereka terhadap Tun Mahathir yang sebelum ini dilabel dengan bermacam panggilan jelek, sudah tentu Pakatan Rakyat akan menjulang nama Tun Mahathir ke seluruh pelosok Malaysia sebagai wira politik baru.
 

Penganalisis bimbang negara kucar-kacir selepas pinda Akta Hasutan


Post Pic

 SHAH ALAM: Tindakan kerajaan meminda Akta Hasutan yang mengecualikan kesalahan mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan mungkin mewujudkan ketidakharmonian kepada negara.
 
Menurut penganalisis politik Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed, kerajaan memerlukan sesebuah akta bagi mengekang tindakan rakyat yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kelonggaran tersebut.
 
"Terutama dalam konteks teknologi maklumat, sudah tentu kita tidak mampu untuk mengawal apa yang disiarkan atau ditulis dalam media sosial. 
 
"Sebab itu sebenarnya perlu ada satu undang-undang yang boleh mencegah agar elemen-elemen yang mengandungi hasutan terutama yang melibatkan ketenteraman awam, yang tu boleh diambil tindakan.  
 

Adakah ini yang dimaksudkan ‘kesederhanaan’ di Malaysia?

Siapa mahu jadi kelompok sederhana?
Saya tidak menggunakan perkataan “sederhana” mahupun memikir tentangnya sebelum dua tahun lalu.
Ketika itu saya mendengar perkataan tersebut digunakan Saifuddin Abdullah, CEO Pergerakan Global bagi Yayasan Moderat (GMMF), satu buah fikiran Perdana Menteri Najib Razak.
GMMF dihasilkan sebagai organisasi bagi membolehkan Malaysia mencontohi, di arena antarabangsa, apa maksud menjadi negara dengan majoriti umat Islam sederhana.
“Moderasi/kesederhanaan” diterjemahkan sebagai wasatiyah di dalam Bahasa Arab, walaupun ada yang berpendapat “seimbang” lebih tepat. GMMF diumumkan PM kita di dalam ucapan di PBB pada 2010.
Negara-negara bukan Islam di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  yang lain berharap GMMF akan muncul sebagai tindakbalas alternatif umat Islam kepada insiden di seluruh dunia - berbanding tindakan ekstremis. Saya menjangkakan mereka kecewa tetapi itu boleh dibincangkan di lain kali.
Perkataan itu didefinisi oleh GMMF sebagai menerima kewujudan bersama kelompok berbilang bangsa dan pandangan, di samping menjaga kesejahteraan melalui dialog berhemah.

Di Malaysia, Saifuddin tentunya berhemah di dalam berdialog. Beliau menganjur dan menyertai majlis yang dibentuk bagi membolehkan rakyat menyuarakan pandangan tentang isu ‘panas’. Beliau model yang baik.
Saya tak mampu berkata yang sama tentang bosnya, PM Najib.
Selepas mendengar berita Tamil di RTM satu pagi, seorang warga emas menghantar pesanan teks: “Ucapan PM - dibaca di Ugathi Festival di Dataran Merdeka - mendakwa majoriti senyap menyokong BN tetapi golongan minoriti lantang berkata kerajaan “ekstrems”.
Ucapan PM tidak memberi petanda beliau contoh terbaik. Membuat dakwaan sebegitu selepas BN mendapat kurang 50% undi popular di PRU yang lalu memberi petanda pandangan kurang jelas, pendengaran yang pekak dan perasan bagus.
Satu panel perbincangan diserta di dalam pelancaran buku Dr KJ John “Alamak: All in God’s Name,” pada 7 April 7. Seorang panelis Dr Azmi Sharom mengingatkan pendengar bahawa Ibrahim Ali dan Isma mendakwa mereka golongan  moderat. Jadi, semua pihak mendambakan gelaran tersebut.
Adakah ia menarik?

Audit: PAC gesa Putrajaya ambil tindakan pegawai terlibat salah guna wang awam

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tiada laporan rasmi daripada kerajaan mengatakan agensi bertanggungjawab mengambil tindakan mengubah prosedur mereka bagi menghalang kejadian salah guna wang awam berulang berulang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2015. 
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tiada laporan rasmi daripada kerajaan mengatakan agensi bertanggungjawab mengambil tindakan mengubah prosedur mereka bagi menghalang kejadian salah guna wang awam berulang berulang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2015.

Pemutar skru pada harga RM200, pusat penyiaran bernilai jutaan ringgit tidak digunakan, kapal penyelidik tidak boleh belayar dan beras subsidi tidak sampai kepada orang miskin.
Demikian sebahagian daripada cerita-cerita mengejutkan yang kita dapati daripada laporan tahunan Ketua Audit Negara yang disiasat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Tetapi kejutan sebenar ialah apabila tiada bukti rasmi tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam skandal ini, malah dalam semua kes penyalahgunaan wang awam sejak 2004.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tiada laporan rasmi daripada kerajaan mengatakan agensi bertanggungjawab mengambil tindakan mengubah prosedur mereka bagi menghalang kejadian serupa, salah guna wang awam berulang. Kekurangan maklum balas rasmi daripada perkhidmatan awam dan Kabinet menguatkan lagi kepercayaan yang kerajaan tidak serius menangani rasuah dan pembaziran, kata Nur Jazlan.
"Maklum balas tidak rasmi ada kami terima. Tetapi, itu cakap mulut sahaja. Kami hendak dalam bentuk hitam putih, bersama dengan butirannya. Kalau tidak, samalah macam tiada tindakan," katanya kepada The Malaysian Insider (TMI) .
Penyiasat agresif, harimau tak bertaring
Pendedahan ini dibuat ketika PAC membentangkan laporan kali ke-14 kes-kes penyelewengan sektor awam di Dewan Rakyat sejak jawatankuasa itu memulakan penggalnya pada Jun 2013.
PAC kali ini merupakan antara yang paling agresif, dengan siasatan dihebahkan mengenai beberapa kes perbelanjaan kerajaan yang begitu teruk. Tetapi, walaupun penemuannya mengejutkan, orang ramai makin memandang sinis terhadap kesan PAC ini.
Ada yang melabelkan jawatankuasa ini "harimau tidak bertaring" atau lebih teruk lagi, satu aktiviti perhubungan awam bagi menunjukkan Putrajaya serius dalam memerangi rasuah tetapi pada hakikatnya, ia hanya memekakkan telinga apabila tiba masa untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.
Sebenarnya kata Nur Jazlan, mengikut undang-undang, kerajaan perlu melaporkan kembali kepada PAC sama ada ia bertindak atas cadangan mereka atau tidak.
Mengikut prosedur operasi standard (SOP), PAC membentangkan laporannya mengenai siasatannya di Dewan Rakyat.
Laporan tersebut mengandungi saranan tindakan pembetulan yang perlu diambil kerajaan bagi menangani skandal tertentu.
Sebagai contoh, dalam laporan November 2014 mengenai insinerator XCNT yang gagal beroperasi dengan betul, PAC mengesyorkan tindakan terhadap pegawai kanan kerajaan yang bertanggungjawab dalam projek itu.

Di mana badan pengguna apabila kita memerlukan mereka

oleh Edgar Ong
Dalam sejarah negara kita, nama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendatangkan ketakutan dan perasaan genter di hati pertubuhan perniagaan dari serata pelusuk negara - sekiranya sesuatu jenama diumumkan, bahkan didakwa berkualiti rendah, terlalu mahal, tidak menyihatkan atau haram, atau juga “tidak baik buat para pengguna” - anda sedar sesuatu perlu dilakukan secepat mungkin bagi memperbaiki keadaan.
Kehebatan CAP pada tahun-tahun 1970an sehingga 1990an tentu diakui, dan ia juga memiliki majalah terbitannya serta buletin bulanan. CAP juga sering mengadakan sidang akhbar yang dihadiri semua media arus perdana.
Jadi apa sudah terjadi? Telahkah ia hilang pendirian di dalam melindungi kepentingan para pengguna - kerana bagi saya ia tidak lagi dipandang tinggi malah media arus perdana dan portal berita juga tidak lagi memberi tumpuan kepadanya hari ini. Adakah pandangannya di dalam menegakkan wawasan telah dikaburi?
Saya melakukan carian pantas di atas talian dengan mengunjungi laman http://www.consumer.org.my/, serta lama Facebook https://www.facebook.com/ConsumersAssociationPenang, lantas menemui rencana terbarunya menyentuh subjek “5 cara menghalang keracunan makanan” dan pada coretan FB bertarikh 23 Mac, CAP menyentuh tentang “Pemisahan di dalam pemberian ubatan”.
Ianya bukan subjek kontroversi, dan tentu sekali bukan tajuk terkini. Malah ia langsung tidak menyentuh tajuk paling hangat diperbualkan iaitu GST!

Nampaknya pada hari ini hanya badan-badan seperti Jakim, Jais dan yang serupa dengan  mereka sahaja yang mampu mendatangkan kekecohan di media arus perdana serta atas talian. Mereka sering sahaja mencuri perhatian.
Menjelang kehadiran 1 April, dan sebelum perlaksanaan GST pada kadar 6% yang membawa kepada keributan dan kekeliruan tentang apa yang akan berubah dan sebaliknya, apa sudah terjadi kepada Fomca, pertubuhan pengguna atau yang terbaru Persatuan Suara Pengguna Sarawak (Covas)? Di mana mereka bersembunyi?
Mereka hilang dari pandangan dan tidak dilihat di twitter. Malah tiada protes dan nampaknya mereka berjaya menyembunyikan diri daripada pandangan mata orang ramai.
Sarawak tidak pernah aktiff di dalam kepenggunaan, tetapi pada Februari 2014 telah menampakkan harapan bahawa sesuatu yang baik mampu dilakukan. Malangnya hasrat kita tersasar.
Pertubuhan pengguna bergelar Covas dengan Michael Tong selaku pengerusi pro tem telah membuat kenyataan bahawa NGO terbaru itu akan menjadi platform bagi pengguna di Sarawak menyuarakan aduan mereka yang akan dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa.

Pemuda Umno: Adakah ia pergerakan yang kehilangan kredibiliti?

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Pepatah Melayu berkata bahawa golongan pemuda menggalas harapan manakala pemudi pula tiang Negara.
Malangnya, sayap Pemuda dan Puteri Umno Baru tidak berkelakuan seperti ia menggalas harapan mahupun menjadi tiang negara. Mereka lihat kepincangan di dalam kerajaan tetapi terus diam membisu. Perdana Menteri ternyata tidak menepati jangkaan namun golongan pemuda dan pemudi Umno Baru tidak mengendahkan perkara itu.
Golongan itu perlu memiliki iltizam bagi melihat segalanya berubah menurut harapan negara. Sekiranya golongan pemuda dan pemudi Umno Baru menunjukkan mereka hanya berkeinginan menjaga kepentingan sendiri, mereka telah gagal di dalam memainkan peranan menjamin kesejahteraan negara kita.
Dalam pertubuhan Umno asal, semua pemimpin sayap golongan muda menunjukkan mereka tidak inginkan kejayaan peribadi tetapi lebih menumpukan agar parti di landasan yang betul.
Ketika menggalas peranan selaku ketua Pemuda, Syed Jaafar Albar mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa mereka perlu di landasan yang betul di dalam mentadbir kerajaan.

Beliau berkata pergerakan pemuda memainkan watak mengawasi setiap yang dilakukan pemimpin parti. Pemuda akan mengkritik parti dan kerajaan. Beliau pemimpin tegas dan tidak akan bertoleransi dengan sesuatu yang mengarut.
Inilah kepimpinan yang harus ditonjolkan sayap Pemuda Umno Baru hari ini. Bukan sekadar menurut dan memenuhi kehendak pemimpin terutamanya presiden yang juga perdana menteri.
Sayap Puteri pula seakan hanya menumpukan soal kejelitaan.

Relevankah UMNO Selangor?

Senario sekarang amat menyedihkan kerana UMNO Selangor seolah-olah 'mati' dan tidak mampu memperjuangkan isu rakyat.
selangor umno
PETALING JAYA: Kepimpinan UMNO Selangor perlu dirombak sekiranya mahu menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Seorang bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berkata, rombakan itu termasuk menukar pucuk pimpinan sedia ada supaya UMNO dan BN negeri lebih efektif dan menyakinkan rakyat.
UMNO Selangor ketika ini diketuai oleh Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sekaligus menjadi Pengerusi BN Selangor.
Bekas wakil rakyat itu berkata, jika UMNO kuat secara langsung menjadikan BN negeri kukuh kerana parti itu merupakan tunjang kekuatan kepada MCA, MIC dan Gerakan.
“Senario sekarang amat menyedihkan kerana UMNO seolah-olah ‘mati’ dan tidak mampu memperjuangkan isu rakyat.
“Pemimpin UMNO berpecah belah dan ini menjejaskan keyakinan rakyat yang memerlukan pemimpin berkaliber, bersih dan mesra rakyat, ” katanya yang enggan namanya disiarkan untuk mengelak kontroversi.
Dia berkata, UMNO Selangor lesu dan tidak mampu memperjuangkan isu-isu rakyat khususnya masalah air, sampah, pengangkutan awam dan perumahan.
“Kita dapat lihat UMNO tidak mempunyai wakil rakyat yang arif tentang sesuatu isu dan kadang kalanya “merapu” ketika perbahasan dalam Dewan Negeri,” katanya.
Bekas EXCO Selangor itu berkata, ketidakupayaan UMNO melantik Ketua Pembangkang dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) menjadi contoh betapa lemah dan kelam kabut parti itu.
“Walaupun nampak remeh tetapi ia menjadi bahan jenaka kepada rakyat. Jika pemimpin dilabel kartun macam mana nak mentadbir,” katanya yang pernah menjadi EXCO negeri.

Kali ini, mereka sepakat....

"Bermesyuarat semalaman untuk menambah gaji diri sendiri," begitulah tajuk muka depan Sinchew Daily pada 11 April.
Dengan kelulusan usul kenaikan gaji pada pukul 3 pagi, Ahli Parlimen menikmati penyelarasan gaji pada kadar 96 peratus iaitu daripada RM13,108.59 kepada RM25,700 (termasuk semua elaun).
Usul kenaikan gaji itu diluluskan di Dewan Rakyat selepas dibahaskan selama setengah jam.
Berbeza dengan usul lain, usul kenaikan gaji menunjukkan kesepakatan Ahli-ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang.
Ahli Parlimen Jelutong (DAP), Jeff Ooi berkata, kenaikan gaji itu wajar kerana wakil rakyat perlu mengorbankan pendapatan daripada kerjaya masing-masing.
Katanya, gaji yang diterima perlu diguna untuk memberi sumbangan kepada parti, membayar gaji pembantu, membayar kos pusat perkhidmatan serta untuk tujuan pengangkutan sendiri.
"Gaji yang tinggal tak cukup untuk menyara keluarga. Selama tujuh tahun (menjadi Ahli Parlimen), saya bergantung kepada simpanan sebelum memasuki politik," katanya.
Ahli Parlimen Seremban (DAP), Anthony Loke berkata, kenaikan gaji itu dibuat atas prinsip gaji Ahli Parlimen sewajarnya lebih tinggi berbanding Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ahli Parlimen Kuching (DAP), Chong Chieng Jen berkata, berbanding gaji pengetua sekolah yang mencecah RM8,000 sebulan, gaji pokok RM16,000 untuk Ahli Parlimen adalah munasabah.
Ahli Parlimen Tanjung Piai (MCA), Wee Jeck Seng berkata, gaji Ahli Parlimen sudah tidak dinaikkan selama 10 tahun sedangkan kos hidup meningkat.
Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang pula berkata, tugas Ahli Parlimen lebih berat berbanding ADUN kerana turut bertanggungjawab menjaga DUN di bawah kawasan Parlimen.
Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung (Parti Keadilan Rakyat) pula berkata, kenaikan gaji adalah munasabah selari dengan perbelanjaan Ahli Parlimen yang banyak termasuk dalam mengendalikan pusat perkhidmatan serta memberi derma kepada pihak yang memerlukan.

GST: Peniaga boikot jual kad tambah nilai pra bayar

IMG-20150410-WA0005
Peniaga mendakwa, ramai pelanggan yang mahu membeli kad tambah nilai pra bayar merungut dan marah apabila dikenakan caj GST beberapa hari lalu.


KUALA LUMPUR, 11 April:

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 10 hari lalu mengundang pelbagai rungutan daripada masyarakat.
Namun kali ini berbeza pula situasinya apabila peniaga kad tambah nilai pra bayar pula mengeluh berikutan pelaksanaan cukai baru itu.
Tinjauan The Rakyat Post di Kompleks Pertama mendapati, senario boikot jualan kad tambah nilai pra bayar dilihat semakin menular dalam kalangan peniaga.
Sebahagian besar pengunjung yang menggunakan perkhidmatan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan drastik yang diambil para peniaga di sini yang memboikot produk berkenaan.
Sebelum ini, tersebarnya beberapa foto premis jualan di laman sosial yang mempamerkan notis enggan menjual kad tambah nilai pra bayar disebabkan kadar GST yang didakwa menekan para peniaga.
Malahan, rata-rata peniaga kedai telekomunikasi di Kompleks Pertama mengambil langkah drastik untuk tidak menjual kad tambah nilai meskipun ia mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.
Menurut salah seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, pihaknya mula menghentikan jualan kad tambah nilai pra bayar sejak GST dilaksanakan 1 April lalu.
Katanya, beliau sedar tindakannya itu boleh mengakibatkan pengguna semakin sukar untuk menambah nilai pra bayar pada telefon mereka, memandangkan banyak kedai telekomunikasi di sini tidak menjual kad tersebut.
Namun katanya, dia lebih rela untuk tidak menjual kad tersebut daripada dimarahi pelanggan ekoran caj GST yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada peniaga sepertinya.

Kasihan kat Mat Maslan!!


Berikut beberapa gambar yang dikongsi oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di akaun Twitter beliau.
Kasihan kerana seorang yang bertaraf menteri boleh terpengaruh dengan iklan di akhbar kononnya GST turunkan harga barang. Betulkah? Alahai_Mat_1Alahai_Mat_2Alahai_Mat_3 
Jadi kita minta Mat tak perlulah kongsi apa yang boleh merendahkan diri sendiri. Tak perlulah Mat nak tegakkan benang basah. Kembalilah kepada realiti yang GST TELAH MENINGKATKAN HARGA BARANG!!

Pak Lah Pun Dah Muncul Sokong Najib!!

Semalam Najib Razak muncul di televisyen untuk menjawab pelbagai serangan dan kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya, terutama oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Antara topik yang disentuh Perdana Menteri semalam ialah berkenaan pembunuhan Altantuya di mana beliau menafikan mengenali atau pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu dan perkara itu, tambah Najib, turut disahkan hasil siasatan pihak polis.

Najib juga mengatakan beliau sudah tiga kali bersumpah mengenainya, termasuk sekali di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Sejak isu Altantuya diperkatakan semula berikutan salah seorang pesalah yang disabitkan dengan kes itu dan sudah pun dijatuhkan hukuman mati, Sirul Azhar Umar melarikan diri ke Australia, ramai yang mengatakan Tun Abdullah atau Pak Lah mungkin mengetahui banyak perkara mengenai kes itu kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika itu.

Hanya beberapa jam selepas kemunculan Najib di televisyen, Pak Lah akhirnya muncul dan terus membersihkan nama Najib daripada kaitannya dengan Altantuya.

Menurut Pak Lah, beliau dimaklumkan oleh pihak polis berhubung kejadian yang berlaku pada 2006 itu dan disahkan Najib tidak ada kaitan sama sekali dengannya.

Jawapan Pak Lah dan Najib nampaknya sama dan senada. Najib menafikan beliau terlibat dalam pembunuhan itu dan mengambil hasil siasatan polis untuk menguatkan hujahnya, malah bersumpah tidak pernah berjumpa atau mengenali wanita itu. 

Zaid: New sedition law leaves us like Russia under Stalin

Former law minister says that with the new sedition law in place, questioning issues on religion will see you in the slammer in the blink of an eye.
zaid stalin
PETALING JAYA: The amendments to the Sedition Act 1948 will render Malaysians much like the Russians under Stalin, said Zaid Ibrahim in his latest blog posting today.
Commenting on how the Act was going against the very principles of freedom of speech, the former law minister said the new sedition law would make Malaysians no better than “dead men walking” where uttering anything even remotely religious in nature could land one in prison should another take offence and lodge a police report about it.
He also said, “No other country in the world puts religion in the public sphere and makes it a central part of government policy, knowing it will cause racial and religious divide; yet declares any comment on religion, which is inevitable if you want to talk about the policy, can be an act of sedition.”
Unleashing his fury at the implications of the amendments to the draconian Act, Zaid detailed a number of seemingly harmless scenarios that could see one behind bars in the blink of an eye simply because he criticised a fatwa, made an unflattering comment about the courts, voiced an observation about the number of mosques in his neighbourhood or questioned the quota system in this country.
“There are thousands of other instances I can give you to show how perilous the country’s situation is. We are each becoming a prisoner of this regime – this is how fascist governments have worked throughout history.
“They use their power to create chaos, then use their laws to send people to jail, so as to ensure total obedience,” he said.
He also noted how ironic it was that the Sedition Act was supposedly enforced to maintain harmony in the country when it was the government’s policies and actions that caused disharmony to begin with.

Polis teliti laporan polis ke atas Dr M

Pasukan polis berjanji untuk meneliti laporan polis ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenyataan bekas perdana menteri itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sekiranya tiada asas untuk membuka siasatan, kes itu akan ditutup.

"Kami akan teliti semua laporan dan kenalpasti jika aada kesalahan yang dibuat.

“Kita akan tutup fail jika tiada (kesalahan),” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid ditanya mengenai laporan polis yang dibuat di seluruh negara ke atas Mahathir oleh NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), yang mahu bekas PM itu disiasat mengikut Akta Hasutan.

Koordinator SAMM, Badrul Hisham Saharin berkata beliau sendiri disiasat sebelum ini kerana menulis buku berhubung kematian Altantuya Shaariibuu.

10HariGST : Warga kota mengeluh harga barang terus meningkat

KUALA LUMPUR: Sejak berkuatkuasa pada 1 April lalu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedikit sebanyak memberi kesan kepada cara perbelanjaan dalam kalangan masyarakat.

Ada yang terpaksa berbelanja lebih, ada juga yang terpaksa mengatur semula perbelanjaan kehidupan seharian mereka berikutan beberapa perubahan harga barang.

Tinjauan Astro AWANI di sekitar ibu kota mendapati kebanyakan mereka kecewa dengan peningkatan beberapa harga barang selepas sepuluh hari pelaksanaan GST.

Bagi pelajar Wan Sabrina, 20, kenaikan caj perkhidmatan prabayar selepas GST adalah satu perkara yang mengecewakan.

“Saya berasa sangat kecewa kerana hari itu saya menambah nilai untuk telefon bimbit sebanyak RM45, kemudian saya dikenakan caj sebanyak RM2.70. Saya rasa perkara ini tidak patut.

"Dengan RM2.70 itu sebenarnya saya boleh membeli sesuatu yang lebih bagus. Contohnya dengan membeli makanan," ujar Sabrina.

Selain itu pelajar Aishah Aznam, 20, juga mengeluh dengan kenaikan harga makanan di beberapa gerai yang mengakibatkan dirinya terpaksa mengatur semula perbelanjaannya.

“Kalau membeli makanan di kedai seperti kuih muih pun sudah naik harga. Jadi jika mahu membeli makanan untuk kehidupan seharian sebagai pelajar daripada pagi sampai malam tu, kemungkinan kami terpaksa mengurangkan perbelanjaan sedikit.

“Mungkin kami hanya boleh makan sekali sahaja dalam sehari.

PAS sokong usaha cegah keganasan melalui POTA

PAS menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lepas, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan akan keperluan undang-undang berkenaan bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

"Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita ... kami mengganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.

"Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama," katanya pada sidang media di Rusila di Marang hari ini.

- Bernama
 

KENAPA Najib tak jawab ???.. Tiada jawapan dalam 'skrip' ka ???


HAKIKATNYA.. Jelas Perdana Menteri kita takut nak berbalas soal jawab dibuat secara langsung... Kalau kamu seorang anak jantan buat lah satu forum atau debat terbuka di hadapan rakyat jelata.. 

ADA BERANI KA Najib Razak !!!