Jumaat, 10 April 2015

Daim: Sokongan pada Najib mungkin 'dibuat-buat'

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berpandangan, para penyokong Datuk Seri Najib Razak kini mungkin hanya menunjukkan sokongan yang dibuat-buat kepada perdana menteri itu.

Menurut bekas penasihat ekonomi negara itu, anggota Umno sememangnya akan menyatakan sokongan kepada presiden yang berkuasa pada masa itu.

Daim bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakan ini mungkin tidak mencerminkan sentimen sebenar anggota berkenaan.

“Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah

“Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara Umno," katanya dalam satu temubual bersama Malaysia Gazette.

Daim memberi contoh perdana menteri sebelum ini, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang turut menerima sokongan ahli, namun tetap digulingkan

"Macam Tunku Abdul Rahman, Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila sampai masanya, baru mereka ambil tindakan.

“Mungkin Umno masih yakin tetapi tidak senang hati sebab-sebab keadaan sekarang. Itulah yang kita takut terlambat," katanya.

Beliau mengulas mengenai sokongan yang disuarakan beberapa pemimpin Umno dan BN ke atas Najib ekoran serangan terbuka oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Najib antara lainnya membangkitkan mengenai pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pembelian jet mewah oleh kerajaan dan juga pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bersih percaya pendedahan Ismail Sabri, mahu seret SPR ke mahkamah

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) menyatakan kepercayaan mereka kepada 'pendedahan' Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang Tun Dr Mahathir Mohamad membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya susulan kemerosotan undi orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) 1999.

 Oleh itu, ia menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini yang menafikan dakwaan itu, mengatakan persempadanan semula diurus mengikut proses undang-undang dan SPR tiada kuasa mengubah kawasan mengundi bagi mana-mana individu.

 Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 lewat petang ini memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas SPR sekiranya didapati proses persempadanan semula itu tidak dijalankan mengikut undang-undang.

 "Bersih 2.0 melihat tuduhan Ismail ke atas Dr Mahathir yang dikatakan melakukan 'gerrymandering' kawasan pilihanraya sebagai bukti yang SPR adalah 'alat' parti itu semata-mata," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Ismail semalam dilaporkan menuduh Dr Mahathir melakukan perubahan komposisi pilihan raya pada 1999 - dengan mewujudkan 'kawasan bercampur' daripada 'kawasan majoriti pengundi Melayu' - untuk melemahkan undi Melayu yang pada masa itu dilihat tidak memihak kepada BN.

"Inilah cara Umno BN menggunakan agensi kerajaan bagi memastikan mereka terus berkuasa walaupun bercanggah dengan amalan demokratik," kata jawatankuasa itu.

 "Bersih 2.0 berikrar untuk tidak membenarkan ini berlaku dan akan meneruskan kempen kami mendidik semua pengundi dan warganegara Malaysia tentang hak mereka.

Adakah parti yang bertanggungjawab akan terburu-buru luluskan RUU?

oleh Mariam Mokhtar

Umno Baru bersedia untuk memaksa, malahan membuli, untuk mendapatkan apa yang ia mahu. Ia kerana parti itu bimbangkan soalan janggal dan bangkangan, jadi ia mengheret pembentangan rang undang-undang itu selepas tengah malam, apabila tidak ramai ahli Pakatan hadir.

Jadi, mana yang lebih buruk? Umno Baru kerana mempercayai bahawa ia tahu apa yang terbaik bagi rakyat, atau gabungan pembangkang kerana tidak bersedia?

Sebahagian daripada anda percaya bahawa Umno Baru dan BN benar-benar mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat.

Jika ini benar, mengapakah Menteri Dalam Negeri bergegas dalam hal rang undang-undang Pencegahan Keganasan (Pota) yang kontroversi melalui Parlimen, pada awal pagi 7 April, selepas perbahasan 14 jam tanpa henti?

Adakah ini bagaimana sebuah parti yang bertanggungjawab, menangani sebuah pembentangan rang undang-undang penting?

Adakah anda mahu menjadi penumpang di dalam sebuah bas yang dipandu oleh seorang pemandu yang telah memandu selama 14 jam?

Jika anda merupakan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat multinasional, atau pengarah perusahaan saiz sederhana (PKS), adakah anda akan mengarahkan ketua-ketua jabatan anda, selepas bermesyuarat selama 14 jam, untuk merumuskan dasar-dasar syarikat penting, yang akan menentukan masa depan dan hala tuju syarikat itu?

Jika anda seorang guru, atau ibu kepada anak, yang sedang bersedia untuk sebuah peperiksaan penting, yang akan menentukan peluang pendidikan tinggi anak itu, adakah anda akan memastikan dia berjaga selama 14 jam untuk mentelaah, dan tidak memberikannya rehat yang mencukupi?

Mengapa Najib tak gentar cabaran Mahathir

oleh Alyaa Alhadjri
Selagi Barisan Nasional terus membentuk kerajaan persekutuan, kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri masih terjamin.
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang telah dan akan terus mengundi menentang kerajaan persekutuan BN, tetapi keputusan akhir mengenai sama ada Najib akan kekal memimpin Putrajaya akan hanya ditentukan oleh ahli-ahli akar umbi Umno dari 191 cawangan di seluruh negara.
Ini kerana presiden Umno yang dipilih juga secara automatik adalah merupakan pengerusi BN dan Perdana Menteri, satu fakta yang buat masa ini boleh menjadi sumber rasa selamat Najib.
Walaupun dengan pindaan-pindaan kepada perlembagaan parti yang membolehkan ahli-ahlinya menawarkan diri sebagai calon-calon untuk mana-mana jawatan parti, jawatan presiden secara tradisinya selalu kekal tanpa bertanding.
Pada pemilihan parti lalu pada bulan Oktober 2013, desas-desus telah muncul bahawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menentang Najib.
Ahli veteran Umno itu kekal berdiam diri sehingga saat-saat akhir, dan pada masa itu memberitahu pemberita untuk tunggu dan lihat sama ada beliau akan memfailkan kertas pencalonannya untuk bertanding bagi jawatan itu. Dia akhirnya tidak bertanding.
Ku Li pada awal bulan ini mencabar Najib untuk membalas dakwaan-dakwaan yang disuarakan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang mengulangi kebimbangan bahawa adalah sukar untuk sesiapa sahaja mendapatkan sokongan jika masih terdapat banyak isu-isu "yang tidak dapat diselesaikan".
Ku Li telah terlepas peluang untuk memimpin, dan Mahathir mungkin hanya mahu memberi peluang kepada "orang lain".
Maka adalah tidak mengejutkan yang Najib, dalam sebuah wawancara yang telah dirakam di televisyen malam tadi, "tidak begitu menjawab" isu-isu utama yang disuarakan Mahathir, yang paling penting adalah motif pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shariibu.
Dia tidak perlu berbuat sedemikian. 51,278 orang pengundi di Pekan yang telah mengundi beliau sebagai ahli parlimen mereka semasa PRU13 tidak peduli. 
Tambahan pula dengan percambahan kilang-kilang dan kemudahan di dalam dan sekitar Pekan, yang telah memuaskan hati pengundi dan mungkin menjadikan Pekan sebuah "kawasan dimanjakan".
Sejak penubuhannya, tidak pernah berlaku satu pun kes di mana seorang penyandang jawatan presiden Umno tewas pada pilihan raya umum, dan hilang kelayakan untuk dilantik semula sebagai perdana menteri.
Dalam Umno sendiri, pada awal bulan lepas 154 ketua-ketua cawangan Umno telah berkata yang mereka "berpuas hati" dengan penjelasan Najib mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad yang bernilai RM42 bilion, walaupun apa-apa siasatan ke atas dakwaan serius mengenainya belum lagi dijalankan.

Najib semakin ditekan, tapi siapa yang mahu mencabarnya ?

oleh Ng Kee Seng

Usaha mendesak Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri nampaknya merupakan topik yang hangat diperkatakan dalam media sejak kebelakangan ini. Ada yang mengatakan Najib akan ditumbangkan oleh Dr Mahathir Mohamad, yang lain mengatakan gabungan Dr M dan ahli-ahli parlimen dari kedua-dua belah jurang politik.

Banyak nama telah disebut-sebut untuk menghadapi Najib, tetapi hanya dua yang perlu dipandang serius – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li.

Kenyataan-kenyata yang dikeluarkan sejak beberapa hari lalu oleh Dr M dan Muhyiddin, telah menolak dan menafikan banyak spekulasi media sebagai terlalu tersasar. Dr M telah berkata beliau masih merupakan ahli Umno dan menafikan laporan-laporan yang beliau sedang bekerjasaman dengan pihak pembangkang.

Bagaimanapun, beliau terus memberi tekanan kepada Najib dalam laman blognya: "Saya bertanyakan soalan-soalan mudah, tetapi beliau hanya meminta orang ramai untuk menyokongnya.” "Saya juga ingin bertanyakan kepada penyokongnya, sama ada sokongan mereka bermakna kehilangan RM42 bilion itu bukan satu masalah.”

 "Jika ya, sila beritahu Daim, Razeleigh, Shahrir Samad (yang dilaporkan berkata Najib akan menjawab soalan-soalan Mahathir), dan Khairy untuk diam. Najib kini mendapat ikrar sokongan daripada ketua-ketua bahagian Umno, BN, MIC, senator-senator dan pelbagai jenis kumpulan." "Saya tidak meminta sesiapa pun menyokong saya.

 Tetapi saya akan meminta semua orang-orang yang menyokong Najib untuk mengisytiharkan bahawa mereka semua menyokong 1MDB beliau, pinjamannya sebanyak RM42 bilion dan ketidakupayaan beliau menjawab di mana wang itu berada.” "Adakah anda juga menyokong tindakan menyimpan berbilion-bilion ringgit di Kepulauan Caymans? Adakah anda juga menyokong bahawa setelah wang itu dibawa pulang, ia mesti disimpan di dalam Bank Swiss di Singapura?

 “Adakah anda juga menyokong penjelasan bahawa wang itu tidak boleh dibawa balik ke Malaysia oleh Perdana Menteri dan menteri kewangan kerana Bank Negara akan bertanya terlalu banyak soalan?" Bank Negara Malaysia (BNM) akan bertanyakan terlalu banyak soalan? Siapa Menteri Kewangan? Atau adakah BNM kini bukan lagi di bawah seliaan Kementerian Kewangan? Jadi apakah yang telah Dr M dedahkan? Bahawa dia masih mahu Najib berundur dan bahawa dia masih bersama Umno.

Pindaan Akta Hasutan cengkam kebebasan bersuara rakyat

Naqiuddin Nazrin

Mahasiswa Keadilan Malaysia ingin melahirkan kekecewaan kami terhadap pindaan baru Akta Hasutan yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

Isu pokok dalam akta ini ialah kelonggaran takrifan menghasut. Sekali lagi, berdasarkan pengalaman lepas, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang dalam fikiran mereka didapati menghasut.

Ini jelas mencengkam kebebasan suara yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Janji perdana menteri pada Julai 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan hanyalah omongan kosong. Rang Undang-undang Akta Keharmonian Nasional “dibakulsampahkan” dan usaha untuk menjadikan negara ini lebih moderat atau sederhana hanyalah retorik semata-mata.

Mahasiswa Keadilan Malaysia berpendapat isu hasutan ini tidak perlu diletakkan di bawah satu akta khas. Sudah memadai dengan penggunaan Kanun Keseksaan Jenayah sedia ada mampu mengekang mana-mana tindakan menghasut oleh mana-mana pihak atau individu.

Mahasiswa Keadilan Malaysia mengecam keras pindaan ini dan menuntut kerajaan di bawah perdana menteri mengotakan janji memansuhkan Akta Hasutan.

Sibuk gubal akta zalim, kerajaan lupa warta undang-undang bela nasib rakyat


hong pin


KLUANG, 10 APR: Parlimen adalah tempat di mana undang-undang yang menjamin hak dan kesejahteraan rakyat digubal, dan bukannya tempat membuat undang-undang zalim seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas – SOSMA)
Exco DAPSY Tan Hong Pin dalam satu kenyataan berkata, kerajaan terlupa meletakkan keutamaan rakyat dalam langkah menggubal dan meminda undang-undang apabila mengabaikan RUU Air Minum Yang Selamat yang sudah bertahun-tahun dibincangkan.
“Tugas memantau kualiti air minum yang dibekalkan kepada pengguna diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan.
“Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan telah lama dibuat berdasarkan Piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Akan tetapi, buat masa sekarang apabila syarikat pembekal air gagal mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan, tiada apa-apa undang-undang yang boleh digunapakai untuk memdakwa mereka yang bersalah dan bertanggungjawab di Makhamah,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk masalah dihadapi penduduk di daerah Kluang yang terpaksa menggunakan air paip yang keruh, berbau dan pada suatu ketika turut bercacing.
“Sepanjang tempoh dua tahun saya bekerja sebagai Ahli Dewan Negeri Kawasan Mengkibol, Johor, aduan tentang kualiti air minum diterima setiap minggu.
“Kuasa kerajaan negeri hanya terhad kepada air mentah, manakala untuk air terawat dan air minuman, kuasa membuat undang-undang dan penguatkuasaan adalah pada Kerajaan Persekutuan.
“Cadangan untuk menggubal Akta Air Minum yang Selamat sudah lama dibincang. Contohnya, pada Jun 1, 2006, kerajaan telah mengenalpasti keperluan dan kajian dijalankan oleh Kementerian Kesihatan,” ujarnya.

Altantuya: Tubuhkan RCI siasat motif pembunuhan

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Hanya dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasasan Diraja (RCI) terhadap pembunuhan Altantuya Shaariibuu sahaja kredibiliti dan reputasi Najib sebagai Perdana Menteri dapat diselamatkan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Beliau berkata, Najib tidak patut berlengah lagi dan mengambil langkah segera menubuhkan RCI bagi menyiasat motif pembunuhan, serta siapa yang memberi arahan kepada dua bekas komando polis terbabit, selain menyiasat pengendalian pihak-pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman dalam kes tersebut.
“Memandangkan Najib telah mengulangi bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pembunuhan wanita Mongolia itu, kenapa beliau begitu menentang cadangan siasatan penuh terhadap motif pembunuhan?
“Terutama sekali siapa yang memberi arahan kepada dua bekas komando polis untuk membunuh Altantuya dan meletupkan mayatnya dengan bahan peledak?” soalnya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyatakan, RCI tersebut akan menjadi proses penyembuhan bagi Malaysia, bukan saja mengembalikan keyakinan terhadap integriti dan profesionalisme institusi negara tapi kredibiliti di peringkat antarabangsa termasuk reputasi Najib dan kedaulatan undang-undang negara.
“Najib mesti proaktif dan tidak boleh terus bergantung kepada penafian dan sumpahnya saja jika mahu menyakinkan orang ramai serta dunia bahawa beliau langsung tidak ada kena mengena dengan pembunuhan Altantuya,” tegas Kit Siang.

Kenyataan Bung Mokhtar didakwa jejaskan nama baik Proton - Sumber

Datuk Bung Mokktar Radin didakwa tersilap memberi fakta mengenai kenyataan kononnya Proton Holdings Berhad (Proton) tidak mahu menaja kereta untuk digunakan pada Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan ini.
 
Sumber yang mengetahui perkara tersebut memberitahu MalaysiaGazette, kenyataan Bung Mokhtar adalah tidak tepat dan salah sama sekali.
 
Malah, dakwanya, kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangaan itu telah menjejaskan nama baik Proton.
 
"Beliau tidak tahu fakta sebenar mengenai isu tajaan itu tetapi membuat kenyataan.
 
"Sangat mustahil Proton tidak mahu memberi kerjasama dalam bentuk tajaan dengan kerajaan, apatah lagi dalam majlis besar seperti itu.
 
"Apa pun kenyataan beliau (Bung Mokhtar) telah mencalar nama baik Proton," katanya kepada MalaysiaGazette.
 
Dalam pada itu, difahamkaan DRB-HICOM yang merupakan pemilik Proton terkejut dengan kenyataan Bung Mokhtar.
 

Tuc Tok Usin Ceroi ingkar arahan Tuan Ibrahim agar tutup akaun Facebook


Post Pic

SHAH ALAM: Meskipun diarahkan untuk menutup laman sosialnya, pengendali akaun Tuc Tok Usin Ceroi enggan berbuat demikian dengan alasan tetap mahu mendedahkan sekumpulan ahli PAS yang berkonspirasi mahu menjatuhkan pimpinan utama parti.
 
Usin Ceroi adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman audio yang mengandungi suara mirip Mohamad Sabu - sedang memberikan taklimat mengenai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada pemilihan PAS akan datang.
 
Usin Ceroi juga mendakwa mempunyai bukti bahawa beberapa pimpinan kanan PAS Pusat terlibat dalam komplot menjatuhkan Hadi dan kepimpinan ulama dalam parti. 
 
"Tok berpegang pada prinsip lebih baik kelupoq untuk kebaikan jemaah daripada dok mengeram dalam selimut untuk membiarkan kemungkaran dan kerosakkan terus berlaku, umpama sebuah perkahwinan, jika dalam ikatan itu banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, maka penceraian adalah jalan terbaik, kemudian satukan kembali ikatan itu dengan cara rujuk jika masih tersisa kasih sayang dan kebaikan yang hendak dicapai bersama.
 
".... Kebijakkan, kefaqihan, kehebatan, kekuatan dan ramainya kita belum tentu mampu untuk hadapi musuh jika kita tidak kuasai kemahiran atau strategi yang mereka rencanakan terhadap kita.
 
"Kesimpulannya tok minta maaf kerana terpaksa ingkar dan tolak saranan arahan daripada Tuan Ibrahim Tuan Man yang sangat tok hormati dan kasihi," demikian memetik kenyataan di laman Facebooknya, baru-baru ini.

Harga minyak dunia jatuh RAKYAT KENA TANGGUNG BAYAR GST ???


Bila harga minyak naik dahulu RAKYAT DAPAT APA !!!
Negara kaya dgn pelbagai hasil sumber alam MASIH TAK CUKUP2 LAGI KA !!!

Bila la ko Najib nak letak jawatan. Selagi ko bernyawa pegang title PM M'sia, selagi itulah ko mentak kedarah duit2 rakyat !!!

Bank kedua di Singapura dikaitkan dengan 1MDB, kata akhbar

Menurut Business Times Singapura, bayaran AS$20 juta dipindahkan dari satu akaun cawangan RBS Coutts Singapura kepada akaun Tarek Obaid pada tahun 2009 adalah 'brokers fees' (yuran orang tengah) yang dibayar ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada Tarek untuk sebarang pelaburan dari Timur Tengah ke dalam Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015. 
Menurut Business Times Singapura, bayaran AS$20 juta dipindahkan dari satu akaun cawangan RBS Coutts Singapura kepada akaun Tarek Obaid pada tahun 2009 adalah 'brokers fees' (yuran orang tengah) yang dibayar ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada Tarek untuk sebarang pelaburan dari Timur Tengah ke dalam Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015.

Business Times Singapura hari ini mendakwa memperolehi dokumen mengesahkan penglibatan satu lagi bank negara itu dengan firma pelaburan bermasalah milik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar itu mendakwa sejumlah AS$20 juta dipindahkan dari satu akaun cawangan RBS Coutts Singapura kepada akaun Tarek Obaid pada tahun 2009.
Menurut Business Times, bayaran AS$20 juta itu adalah 'brokers fees' (yuran orang tengah) yang dibayar ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada Tarek untuk sebarang pelaburan dari Timur Tengah ke dalam Malaysia.

Tarek ialah ahli perniagaan Arab Saudi merangkap pengasas PetroSaudi International (PSI) - pemilik usahasama bernilai AS$2.5 bilion dengan 1MDB pada tahun 2009.  Bayaran itu didakwa dilakukan selepas usaha sama tersebut dimeterai.
Usaha sama itu menyaksikan 1MDB membayar AS$1 bilion kepada PSI dan sebagai timbal balas, PSI menyerahkan aset bernilai AS$2.7 bilion kepada 1MDB.
Baru-baru ini, 1MDB dilaporkan menebus AS$1.1 bilion dari Kepulauan Cayman dan menyimpan dana tersebut di BSI Singapura, satu unit pengurusan aset Switzerland di Singapura.
Putrajaya dalam pengumumannya berkata dana itu disimpan di BSI untuk "melancarkan pengeluaran dengan lebih mudah.
Ini kerana Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat bahawa sebarang pengeluaran melebihi RM50 juta perlu mendapat kelulusannya.
Jabatan Peguam Negara kini sedang meneliti akaun-akaun 1MDB selepas badan itu ditimbuni hutang sehingga RM42 bilion di samping dakwaan urusniaga-urusniaga meragukan.
Penguatkuasa Kewangan Singapura pada bulan lalu berikrar akan menyokong penuh sebarang usaha dalam bidang kuasa undang-undang  untuk sebarang siasatan audit.

Tindakan menubuhkan 1MDB tidak betul dan tidak perlu - Tun Daim

Tindakan menubuhkan 1MDB tidak betul dan tidak perlu - Tun DaimKUALA LUMPUR: Bekas penasihat kewangan negara, Tun Daim Zainuddin berkata tindakan kerajaan menubuhkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak betul dan tidak perlu.

Menurutnya, sebagai kerajaan mereka tidak perlu terlibat dalam perniagaan dan sebaliknya fokus kepada pemerintahan sahaja.

"Tidak betul, tidak perlu pun. Prinsip kerajaan tidak perlu buat bisnes. Kerajaan perlu wujud persekitaran bisnes untuk peluang pekerjaan dan kutipan cukai.

"Hendak terbabit bisnes pasal apa? Kerajaan sepatutnya memerintah sahaja," katanya dalam satu temubual ekslusif di Malaysia Gazette.

Menurut beliau, penglibatan kerajaan dalam perniagaan hanya akan mencetuskan masalah kerana katanya kerajaan tidak pandai berniaga.

Malah, katanya keadaan menjadi lebih teruk apabila Perdana Menteri sendiri yang menjadi penasihat dan juga pengerusi dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

"Sepatutnya GLC yang menjalankan perniagaan patut independent (bebas), apabila Perdana Menteri terlibat susah," tegas Daim.

Mengulas mengenai siasatan terhadap 1MDB, katanya siasatan itu perlu dipercepatkan bagi tujuan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Negeri Selangor lebih penting dari bekas MB dan MB semasanya -

oleh Lokman Mustafa
Jika anda kerap berkunjung ke pelbagai portal berita dalam talian di negara ini seperti saya, anda mungkin telah membaca mengenai percakaran terbuka yang berlaku di antara MB Selangor, Azmin Ali dan MB terdahulu Abdul Khalid Ibrahim.
Sejak sidang DUN itu dibuka beberapa minggu yang lalu, Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang telah mengutarakan pelbagai perkara yang beliau dakwa adalah tanda-tanda kejahilan dan kecemerkapan Azmin dalam menerajui negeri ini.
Antara lain, Khalid mendakwa yang penggantinya telah menukar dasar tender terbuka perolehan awam di negeri ini yang beliau telah mulakan pada tahun 2008, untuk meningkatkan ketelusan kerajaan dengan merangsang daya saing dan menangani masalah orang tengah.
"Agak mengecewakan bahawa sistem tender terbuka untuk memilih harga yang paling kompetitif telah diubah, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Azmin Ali pada November tahun lepas," kata Khalid.
Azmin dilaporkan berkata kepada Dewan Undangan Negeri selepas beliau mengambil alih jawatan MB pada bulan September lalu, bahawa beliau tidak menggemari sistem tender terbuka kerana ia telah menyebabkan projek yang tidak bermutu.
Bagaimanapun sesetengah pengkritik bersetuju dengan Khalid bahawa sistem itu perlu dikekalkan meskipun tapisannya perlu dijalankan secara lebih profesional. Mereka percaya rasuah hanya boleh dihapuskan jika tender kekal terbuka dan telus.
Isnin lalu, Khalid mengkritik Azmin sekali lagi dengan menuduh beliau beretorik dan "bermain politik" dengan keputusan-keputusan dasarnya baru-baru ini. Khalid berkata yang MB itu sebaliknya perlu bekerja keras untuk memastikan kesejahteraan rakyat. 
Merujuk kepada kenyataan Azmin bahawa Selangor "menolak" Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan di seluruh negara pada 1 April, Khalid berhujah bahawa adalah mudah untuk menjadi "pemimpin oportunis" dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan populis tanpa mengambil kira kesan atau keadaan.
"Jika inilah gaya dan pendekatan pentadbiran yang baru, maka saya mengulangi desakan saya supaya menteri besar meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan itu kepada seseorang yang benar-benar berkelayakan, demi kebaikan orang ramai," katanya yang dipetik sebagai berkata dalam The Malay Mail Online.

Ahmad Maslan Dikecam Akibat Tandas KLCC

KUALA LUMPUR: Niatnya baik sekadar memberi teguran kepada orang ramai mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang hangat diperkatakan tetapi apabila disampaikan secara sinis, sudah tentu orang ramai juga membalasnya dengan sinis.
Foto:TwitterPerkara itu berlaku kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan selepas beliau dikecam teruk di laman sosial Twitter berhubung statusnya mengenai tandas di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru-baru ini.
Ahmad Maslan menerusi entri tersebut menyarankan orang ramai yang berkunjung ke KLCC agar menggunakan tandas awam berbanding tandas premium yang dikenakan caj sebanyak RM2.
Bagaimanapun, status itu secara sinis dilihat menyindir orang ramai kononnya rakyat juga mampu membayar cukai sekiranya memilih untuk menggunakan tandas premium.
“Banyak tandas free di KLCC. Kenapa nak pilih tandas premium? Jika boleh bayar rm2, kenapa tak boleh 11 sen utk cukai?,” katanya dalam status tersebut, hari ini.
Susulan itu, pengguna Twitter dilihat bertubi-tubi menyerang beliau dengan menyifatkan kenyataan yang dibuat olehnya sebagai kurang bijak.
Pengguna Twitter, @CikLeeya88 berkata, “@ahmadmaslan betul tok! Memang tandas KLCC tu tandas bergerak pun. Memana kita pergi memang sentiasa ada tandas tu ikut kita”.
Selain itu, pengguna Twitter @Wandoit pula berkata: “@ahmadmaslan sembang cgpa tinggi,otak mcm keldai!”.
Manakala, ‏@AlfiDkeen menyatakan kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan bersifat angkuh.
Sebelum ini, kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan juga sering kali mengundang reaksi negatif dalam kalangan orang ramai termasuk membabitkan isu kenaikan harga bahan api.

Kenyataan menteri bukti SPR diperguna parti pemerintah

Dakwaan menteri Umno bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi punca banyak kerusi Melayu menjadi kerusi campuran membuktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah digunakan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, dakwaan Datuk Seri Ismail Sabri membuktikan kerajaan menggunakan SPR, badan bebas dan berkecuali, bagi memanipulasi pilihan raya.

"Kenyataan yang dibuat Ismail membuktikan bahawa SPR merupakan alat politik Umno-BN untuk memastikan mereka kekal berkuasa.

"Tidak hairanlah BN berjaya memenangi 60 peratus kerusi parlimen walaupun hanya mendapat 48 peratus undi popular pada pilihan raya umum yang lalu.

"Ini bermakna bahawa keputusan pilihan raya sekian lama ini sebenarnya tidak sah bukan sahaja dari segi moral, tetapi juga dari segi perundangan," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Zairil (atas) yang juga penolong setiausaha publisiti DAP berkata, kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga menteri pertanian dan industri asas tani itu juga membuktikan penyalahgunaan kuasa lama membarah.

"Sikap Ismail menyerlahkan betapa penyalahgunaan kuasa telah lama berdarah daging dalam kerajaan Umno-BN.

"Ia juga mendedahkan keangkuhan pemimpin-pemimpin parti pemerintah yang bukan sahaja mencabuli hak demokrasi rakyat tetapi juga berani menguar-uarkannya tanpa segan silu," katanya lagi.

Hanya RCI boleh selamatkan Najib


Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Prime Minister Najib Abdul Razak perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, beliau tidak percaya Najib berani berbuat demikian.

"Hanya satu RCI ke atas pembunuhan tersebut dan tindakan pelbagai pihak berkuasa dalam kes ini yang boleh menyelamatkan kewibawaan dan reputasi Najib dan pentadbirannya dan sumpahan Mongolia itu,” katanya.

Tambahnya, Najib perlu proaktif dan tidak hanya bergantung kepada penafian dan sumpahnya jika mahu masyarakat umum percaya bahawa perdana menteri itu benar-benar tidak terlibat dengan kes berkenaan.

"RCI tersebut akan menjadi proses penyembuhan bagi Malaysia, bukan sahaja untuk mengembalikan keyakinan terhadap ingeriti dan profesionalisme institusi negara.

"(Ia juga akan mengembalikan) kredibiliti di peringkat antarabangsa serta reputasi Perdana Menteri dan kedaulatan undang-undang di negara ini," katanya.

Najib tidak terlibat langsung kes Altantuya kata Tun Abdullah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dalam kes Altantuya Shaariibuu, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata hasil siasatan rapi dan terperinci Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu semasa beliau menjadi perdana menteri, mengesahkan Najib tidak terlibat langsung dalam kes itu.

"Antara perkara yang dilaporkan kepada saya semasa saya menjawat jawatan Perdana Menteri adalah hasil siasatan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Hasil siasatan rapi dan terperinci yang dibuat oleh PDRM dalam kes yang disampaikan kepada saya pada waktu itu mengesahkan bahawa Datuk Seri Mohd NajibTun Abdul Razak tidak terlibat langsung dalam kes tersebut."

Kenyataan dua perenggan itu dikeluarkan pejabat Abdullah di Putrajaya.

Ketua hakim: Letak sumpah kamu atas meja

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini mengingatkan hakim supaya memelihara sumpah mereka untuk melindungi Malaysia dan mempertahankan perlembagaan.

Beliau juga mencadangkan supaya salinan sumpah itu diletakkan secara tetap di meja kerja mereka.

Perkara itu, katanya, akan selalu mengingatkan hakim pada tanggungjawab mereka selain mendorong kumpulan itu mempertahankan kebebasan badan kehakiman.

“Perkara ini supaya ingatkan kamu pada tanggungjawab dan janji yang kita buat dalam memegang jawatan ini,” katanya dalam ucapan ketika pelantikan lima pesuruhjaya kehakiman baru.

Beliau juga berkongsi tujuh prinsip yang digunapakai oleh Ketua Hakim Filipina Ma Lourdes PA Soreno, iaitu:

  • Saya tidak akan letakkan diri dalam keadaan tidak dapat menghakimi dengan betul.
     
  • Saya akan pilih hidup penuh sederhana.
     
  • Saya akan berkhidmat dalam keadaan fikiran dan jiwa saya tergambar pada kerja yang saya lakukan.
     

Umno mendominasi tapi goyah, PAS lemah tapi berpotensi

Oleh Nazri Noor
Semua sedia maklum, Umno memang mendominasi landskap politik Malaysia. Tetapi di sebalik satu aura dominasi sedemikian, ada juga rasa tidak selamat dan goyahnya Umno.
Grafik berikut boleh membayangkan trend dan unjuran prestasi Umno, mengambil kira cuaca dan mood semasa. Ringkasnya, dalam menuju PRU 2018 (tarikhnya yang sentiasa menjadi teka teki), indikator menunjukkan ke arah angka 33% sebagai kongsian pasaran (market share) Umno dalam agihan kerusi di Dewan Rakyat.


Dalam konteks 222 kerusi, 33% kongsian pasaran bermaksud Umno terpaksa akur dengan 74 kerusi, hilang 14 dari kerusi sedia ada. Ditolak ke tepi 14 kerusi Umno sumbangan tetap (fixed deposit) dari Sabah, Umno berdepan dengan realiti cuma 60 kerusi di Semenanjung. Umno terpaksa mendengar dan berunding dengan salah satu parti komponen arus perdana untuk mendapatkan majoriti mudah dan melayakkan diri untuk membentuk kerajaan.

Daripada perspektif parti lain seperti PAS, ini boleh dilihat sebagai satu peluang keemasan untuk menjadi king maker dalam percaturan landskap politik negara. PAS mampu masuk berunding dengan penuh advantage dan upper hand, bukan seperti dicucuk hidung, dan terpaksa akur dengan apa sahaja terma orang lain. Demokrasi matang pra syarat menuju negara bertamadun
Dalam amalan dunia demokrasi, menjadi harapan rakyat untuk mengimpikan sebuah demokrasi yang matang, ujudnya sistem suara dwi-parti yang sama lantang, dan sistem periksa dan imbang (check and balance) yang berkesan. Demokrasi yang matang adalah pra syarat ke arah meningkatkan martabat peradaban manusia menuju negara yang lebih bertamadun (civilized nation).
Tetapi demokrasi yang matang akan hanya tercapai jika dominasi sesebuah parti dipecahkan.
Daripada kajian empirikal yang dibuat oleh Strata Consulting, sebuah badan advokasi yang menjalankan kajian strategik dan unjuran, tidak mustahil untuk parti seperti PAS bangun untuk berdiri sama tinggi dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
PR pula, dengan kombinasi kongsian pasaran (market share) kerusi di Dewan rakyat sebanyak 60%, berbanding Umno secara bersendirian dengan 33%. Ringkasan kajian boleh digambarkan dengan grafik berikut;

Mudahnya, Pakatan Rakyat mampu mengambil alih kerajaan dengan gabungan 3 parti besar. Bagaimanapun, Umno masih boleh bertahan dan mengekalkan pemerintahan, tetapi dipaksa berunding dengan salah satu dari komponen Pakatan Rakyat untuk mencapai angka 51% majoriti mudah.
Ini juga, satu gambaran yang sihat untuk demokrasi.
PAS yang lemah, tetapi berpotensi

GST beban penjawat awam, Cuepacs saran gaji minimum RM1,200

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membebankan penjawat awam selepas harga barang naik mendadak sejak ia mula dilaksanakan 1 April lalu.
Secara keseluruhannya, hampir semua barang keperluan barang naik ekoran peniaga yang didakwa mengambil kesempatan selepas pelaksanaan cukai tersebut, kata Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.
"Semua selepas pelaksanaan GST, berlaku kenaikan kos, dan ini termasuk sebatang jarum, termasuk segelas air. Mereka ambil cukai kenakan GST. Nak masuk kolam renang di hotel pun kena GST.
"Cuepacs melihat apa yang berlaku ini bukan sahaja kerana kesan pelaksanaan GST, tapi bagaimana kumpulan tertentu mengambil kesempatan. Barang yang tidak kena GST pun dikenakan GST. "Apa yang kami minta, kerajaan mesti serius membantu kumpulan sasar ini dan pastikan mereka yang ambil kesempatan ini didakwa, diambil tindakan, supaya rakyat tidak merasa terbeban," katanya.
Azih berkata penjawat awam yang rata-rata berpendapatan rendah sudah pasti terbeban dengan tempias daripada kenaikan tersebut dan menggesa supaya Putrajaya menangani isu itu supaya rakyat tidak tertekan.
Katanya, hari ini, sedikit sebanyak rakyat merasa terbeban.
"Harga susu naik. Di luar bandar, kedai runcit menaikkan harga susu sehingga 20 sen, menaikkan harga gas RM3, menaikkan harga teh tarik 20 sen, menaikkan harga barang runcit, semua naik.
"Jadi, kita lihat semacam ada agenda lain yang mengambil peluang pelaksanaan GST ini untuk memberi satu tekanan kepada rakyat. Penjawat awam juga rakyat, dan kesan pengguna juga dirasai kami golongan yang berpendapatan rendah ini.
"Kita tidak salahkan dasar, cuma pelaksanaan itu harus dilihat secara lebih komprehensif, memastikan tidak ada agenda lain dalam pelaksanaan dasar ini untuk memberi tekanan kepada rakyat," katanya.

PM tuntut Nga Kor Ming mohon maaf, jika tidak saman...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming berhubung satu posting di laman Facebook mengenai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa berunsur fitnah.

Surat itu dihantar oleh firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak ke pejabat Nga di Taiping petang ini.

Difahamkan ia berhubung satu posting yang digambarkan Rosmah sebagai perdana menteri.

Surat itu menuntut permohonan maaf daripada penolong bendahari kebangsaan DAP itu dan jika gagal berbuat demikian, saman akan difailkan.

PI Bala: Rayuan Najib akan didengar

Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh 24 April untuk mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan rayuan ke atas saman oleh balu P Balasubramaniam.

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes berkenaan hari ini.

Peguam yang mewakili balu tersebut, Americk Sidhu, mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

Saman oleh balu Balasubramaniam, Santamil Selvi difailkan tahun lalu namum ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mendiang Balasubramaniam yang merupakan penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda tinggal dalam buangan selama lima tahun di India selepas membuat pengakuan berkanun bahawa Najib mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

GST tiada manfaat jika terus tiris, boros

KUALA LUMPUR: PAS tidak yakin hasil yang diperolehi kerajaan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan mulai 1 April lalu akan dipulangkan kepada rakyat.
Pulangan itu dikatakan tidak dapat dilakukan memandangkan soal ketirisan dan keborosan yang selama ini membelenggu kerajaan tidak diatasi terlebih dahulu.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, hasil dari kutipan cukai yang dilakukan kerajaan itu hanya dapat dipulangkan kepada rakyat sekiranya kerajaan segera mengatasi masalah ketirisan, pembaziran dan keborosan dalam pengurusan kewangan negara.
Katanya, biarpun kerajaan mengatakan cukai itu memberi kebaikan kepada negara dan juga rakyat, beliau melihat ia hanya membebankan rakyat yang terpaksa membayar cukai berkenaan.
“Dalam keadaan pentadbiran hari ini yang berlaku banyak ketirisan, saya tidak nampak bagaimana ia akan dipulangkan kepada rakyat.
Mungkin benar kerajaan dapat mengutip cukai yang banyak hasil dari GST itu, tetapi dengan isu ketirisan hari ini, saya tidak nampak boleh berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi
Ekoran ketirisan yang berterusan itu, Pakatan Rakyat kata Suhaizan berpendirian bahawa GST perlu ditangguhkan sehingga kerajaan benar-benar berjaya mengatasi soal pembaziran dalam perbelanjaan negara.
Atas sebab itu, kata beliau, satu himpunan besar-besaran akan diadakan 1 Mei akan datang sebagai satu tekanan kepada kerajaan untuk menarik balik dan menangguhkan pelaksanaan cukai itu sehingga kerajaan benar-benar bersedia melakukannya.

1MDB: Tragedi atau sandiwara?

Eksperimen pelaburan kerajaan Malaysia, melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kini bertukar menjadi ranjau politik dan kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri kabinetnya.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dana yang sarat hutang itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai dakwaan seperti rasuah, salah urus dana awam yang meluas, salah laku politik yang serius dan urusan korporat tidak telus.

Serangan bertali arus terhadap 1MDB – termasuk pendedahan awam mengenai e-mel sulit yang menonjolkan transaksi tidak telus dalam pelaburan yang amat meragukan – bukan sahaja datang daripada pembangkang di negara ini, tetapi juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang baru-baru secara terbuka menggesa peletakan jawatan Najib.

"Najib sedang menghadapi terlalu banyak skandal, dan tidak ada jawapan," kata Dr Mahathir kepada pemberita minggu lepas, sambil menambah jika parti dominan itu, Umno – sebagai rakan sekutu utama dalam Barisan Nasional (BN) – yang memegang tampuk kepimpinan Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957, mahu kekal berkuasa, maka "saya fikir mereka mesti menukar perdana menteri".

Menulis obituari untuk politik Najib, bagaimanapun, mungkin sedikit pra-matang, kata beberapa pegawai kanan Umno yang menyebelahi presiden Umno dan perdana menteri itu.

Mereka mendakwa 1MDB merupakan kekuatan tersembunyi yang selama ini membantu menaikkan sistem politik negara dengan secara tidak langsung menyediakan bantuan kewangan kepada beberapa yayasan yang kurang dikenali yang kemudiannya membantu Najib membiayai kempen pilihan raya dan menyalurkan wang kepada pemimpin atasan Umno bagi memastikan mereka terus setia.

Cukuplah....Rakyat dah tak mampu lagi nak menaja kemewahan anda..!!

PEMIMPIN KOS TINGGI
Mata masih tidak boleh lelap lagi di perantauan. Petang tadi mengantuk sangat dan tidak sabar untuk sampai ke bilik hotel semula untuk tidur. Namun, menunggu dan menonton penjelasan PM dalam slot khas ISU SEMASA BERSAMA PM membuat mata mengantuk menjadi terus tidak boleh lelap. Bukannya hilang mengantuk penyebab tidak boleh tidur tetapi perasaan yang ngeri sehingga takut dibawa masuk dalam mimpi. Lalu, saya coretkan sedikit pemikiran alang-alang PM telah berkali-kali katakan malam ini yang beliau mendengar kritikan.
Penjelasan tentang 1MDB agak generik walaupun pengalihan pandangan untuk dirujuk kes itu kepada audit negara yang juga di bawah kepimpinan beliau. Saya faham perasaan itu. Seperti saya katakan kepada haters saya, jika mahu tahu perkara sebenar sila tanya staff saya (berani ke staff nak cakap yang buruk-buruk?).
Memang sukar menjadi pemimpin yang lahir di atas dulang emas. Mendapat segala kemudahan sebagai anak Perdana Menteri untuk mendapatkan segala yang terbaik tanpa perlu susah payah membuatkan PM kurang sensitif akan nasib rakyat bawahan.

Jika ingat semula semasa kita perjuangkan kemerdekaan dahulu, bukan setakat GST, gelang-gelang pusaka juga dilurut dari lengan untuk dijadikan tambang rundingan kemerdekaan di London. Bukan rakyat mahu berkira, tetapi rakyat sakit hati. Jiwa raga jadi kacau seperti tonto yang hari-hari tengok kereta bakal ditarik lalu lalang depan rumah, nak ditarik belum cukup tempoh lagi sehari dua.

Jawapan Tak Memuaskan, Perlu Diadakan Forum Khas "Live" Antara Mahathir Dan Najib

Semua orang mempunyai harapan yang tinggi terhadap temubual Najib Razak melalui televisyen malam tadi yang sejak awal dikatakan akan menjawab segala kritikan terhadapnya, terutama daripada Tun Mahathir Mohamad.

Ramai mengimpikan dapat tidur lena selepas mendengar penjelasannya itu memandangkan Perdana Menteri sudah berdiam diri terlalu lama tanpa jawapan terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Namun, semuanya hampa dan terus membuatkan lebih banyak tanda tanya bermain-main ramai orang.

Hanya beberapa saat selepas program itu bermula, sudah ramai yang mula kecewa apabila mendapati ianya bukanlah program secara langsung, sebaliknya adalah rakaman saja.

Ramai yang hilang "stim"  kerana rata-rata mengharapkan ianya program siaran langsung yang boleh menampakkan kewibawaan dan ketelusan Perdana Menteri dalam memberikan jawapannya.

Meniti satu demi satu penjelasan yang diberikan oleh Najib kemudiannya pula,  lebih ramai yang kecewa kerana Perdana Menteri sebenarnya tidak menjawab kritikan atau persoalan yang ditujukan terhadapnya, khususnya oleh Tun Mahathir.

Semalam Tun Mahathir melahirkan kehairanan kerana Najib tidak memberikan jawapan sedangkan hanya soalan mudah yang ditujukan kepadanya.

Antara soalan mudah itu ialah ke mana hilangnya wang 1MDB sehingga hutangnya mencanak-canak setinggi RM42 bilion hanya dalam tempoh enam tahun?

Jenaka Pinocchio sambut jawapan Najib


Sejurus selepas rakaman wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiar TV3 malam tadi, sebuah jenaka beredar di alam maya berkaitan Snow White, Superman dan Pinocchio yang memasuki tiga pertandingan berasingan.

Snow White menang dalam pertandingan gadis paling cantik manakala Superman mendapat anugerah lelaki paling gagah.

Bagaimanapun, berbeza dengan Pinocchio, walaupun yakin dengan kemenangan pada awalnya, dia ternyata pulang kecewa daripada pertandingan “Penipu Besar”?

“Siapa Najib ini?” soalnya sambil mengeluh akan kekalahannya.

Pinocchio, kisah kanak-kanak terkenal, mengisahkan bagaimana hidung lelaki yang berasal daripada boneka kayu itu menjadi panjang setiap kali bercakap bohong.

Ejekan itu tidak mengejutkan selepas Najib berdepan pelbagai dakwaan.

Ia diburukkan lagi dengan serangan konsisten perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mesej tersirat

Ia kemudian memaksa Najib tampil dengan rancangan khas di kaca televisyen malam tadi.

Walaupun menyatakan rasa hormatnya kepada tokoh yang dianggap banyak pihak sebagai negarawan itu, ramai penganalisis politik melihat harapan untuk pendamaian mereka tidak lagi cerah.

SPR nafi tukar kerusi majoriti Melayu jadi kerusi campuran pada era Mahathir

Mahkamah Tinggi ubah keputusan bebas aktivis BERSIH 2007

Sirul main politik, Pakatan ambil kesempatan - Kayveas

Kayveas: Apa agenda Mahathir mahu tumbangkan Najib?

RAFIZI: Akta Hasutan 1948 - BN yang zalim akan tersungkur.

Terima Kasih, BN, Najib Razak !!!


TAK MENGAPA, janji kami dapat BR1M...


Biar kami terus ditekan & ditindas janji politikus kami hidup senang lenang dgn hati tenang merompak duit2 kami...

Hukuman penjara, harga proses demokrasi, kata Rafizi


Menjadi pemimpin pembangkang di Malaysia ada akibatnya. Mereka ditahan tanpa bicara, dipenjarakan, dihalau keluar Parlimen, didenda, dimalukan, disiasat, dipukul.. senarainya berterusan. Dalam kes Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, yang menjadi wakil rakyat sejak pilihan raya umum 2013, kerjayanya sebagai ahli Parlimen Pandan ditandai dengan, antara lain, tiga dakwaan jenayah yang masih belum selesai dan empat siasatan mengikut Akta Hasutan.

Bekas pengurus kanan Petronas itu mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 23 tahun sekiranya beliau didapati bersalah dalam kesemua tujuh kes itu dan dijatuhkan hukuman maksimum berturut-turut.

Tetapi, beliau mengakui dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, beliau tidak terlalu memikirkan mengenai kemungkinan itu. "Bila kira macam tu, tak seronok pula memikirkannya. Tetapi, memang itulah kelemahan saya – saya kurang fikirkan tentang risiko, macam selalu, dalam apa saja yang saya lakukan," kata Rafizi yang juga memegang jawatan naib presiden PKR.

"Malah, ketika saya masih bersama Petronas, ada seorang industrial psychologist yang menilai saya dan komen beliau hanyalah, saya selalunya kurang mengambil berat tentang risiko." Bagi Rafizi, hukuman penjara ialah satu risiko yang tidak dapat dielakkan jika seseorang mahu mengubah masyarakat.

"Saya okey. Saya tak fikir mereka boleh sumbat saya dalam penjara untuk tempoh masa yang lama. Lagi pun, saya rasa, untuk masyarakat berubah, hukuman penjara tidak dapat dielakkan. "Kalau rakyat Malaysia sangka semuanya akan berjalan lancar dan teratur, perubahan demokratik dalam negara tidak akan membawa sebarang akibat, saya rasa itu terlalu naif."

Pada 24 Julai 2013, Rafizi didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan, berhubung perhimpunan "Black 505" di Padang Merbok.

Pada 28 Ogos 2014, beliau didakwa dengan sengaja membuat kenyataan yang boleh mengganggu keamanan, dalam satu artikel bertajuk, “Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?” (Adakah Rafizi berhenti jika Selangor tidak digulingkan?) Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Rafizi berdepan hukuman dua tahun penjara, denda atau kedua-duanya.

Pada 27 April, Rafizi akan dibicarakan mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) 1989, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM3 juta, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Ia berhubung dakwaan membocorkan maklumat sulit bank yang dikaitkan dengan National Feedlot Corporation (NFC) pada 2012.

Pindaan Akta Hasutan cipta rekod, dilulus selepas 14 jam dibahas

KUALA LUMPUR: Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.

Antara isu utama yang hangat diperdebatkan anggota Parlimen termasuk kekhuatiran akta itu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa susulan definisi 'kecenderungan menghasut' dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan kurang jelas dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak berkuasa apabila akta itu diwartakan kelak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, bagaimanapun memberi jaminan bahawa penyalahgunaan tidak akan berlaku dalam penguatkuasaan akta tersebut kerana sesuatu kes akan dibawa ke mahkamah hanya selepas pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh.

Ini kerana, beliau berkata sekiranya seseorang ditangkap dan disiasat di bawah akta itu, tidak semestinya akan didakwa di mahkamah.

"Perkara itu bergantung kepada Peguam Negara, jika dia yakin ada kes baru, pendakwaan akan dibuat. Kita ada banyak kes di mana polis jalankan siasatan tapi pendakwaan tidak dibuat oleh Peguam Negara," katanya.

Siri tangkapan Akta Hasutan petunjuk akta baru bakal disalah guna?

oleh Hazlan Zakaria

“Itulah yang sedang mereka sampaikan kepada kita, mereka akan lakukannya kepada kita semua yang berani mengkritik mereka!”. Itu adalah respon kedua saya selepas membaca berita kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau Zinar, yang ditangkap buat kali kedua pada 3 April lalu. Itu adalah hari beliau didakwa dan dibebaskan selepas ikat jamin untuk 9 dakwaan di bawah Akta Hasutan.

Seperti yang dilaporkan, ketika makan tengah hari selepas dibebaskan, Zunar kemudian ditangkap semula oleh polis. Kali ini untuk membantu siasatan berhubung dakwaan beliau telah menyalahi Seksyen 238 Akta Komunikasi dan Multimedia, atau seperti yang dijelaskan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar kepada media sebagai “menyalahgunakan internet”.

Seperti yang dinyatakan para peguam, sama seperti Akta Hasutan yang memberikan pihak berkuasa kuasa yang luas untuk menahan sesiapa yang mereka fikir sebagai menghasut – dengan takrifan yang begitu kabur, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia juga terbuka untuk disalah guna kerana takrifan kesalahan yang tidak spesifik. Spesifikasinya adalah menyalahguna kemudahan internet, yang boleh jadi apa sahaja seperti mengikut penuduhnya.

Pada masa sama, ketika mengulas pertanyaan berhubung penangkapan semula Zunar, Khalid turut memberi amaran bahawa semua yang “menyalahguna” Internet dan mencetuskan rasa tidak puas hati adalah sengaja mengundang masalah dan boleh ditimpa nasib yang sama seperti kartunis itu.

Perlu dinyatakan yang sementara dakwaan terhadapnya membabitkan hasutan, hasil kerja Zunar lazimnya melibatkan satira tentang dasar kerajaan yang teruk dan pembaziran. Begitu juga dengan satira tentang apa yang dilihat orang awam sebagai gaya hidup mewah keluarga Perdana Menteri Najib Razak.

Dan satu-satunya rasa tidak puas hati yang boleh dicetuskan Zunar barangkali dalam diri mereka yang mendapat kemewahan daripada dana rakyat.
Memang, kerana kebanyakan individu yang ditangkap dalam tebaran jaringan tuduhan hasutan ini di atas sebab-sebab remeh seperti komen di internet dan kritikan terhadap kerajaan.
Seperti yang dinyatakan pemerhati, Akta hasutan bukan sahaja zalim, akan tetapi telah dan akan terus disalahguna penguasa untuk menutup kritikan demokratik yang sah.

Laporan kawalan ketat Putrajaya bagi kebebasan bersuara sebelum sidang kemuncak Asean

Sebuah kumpulan hak asasi manusia global sedang menyediakan laporan mengenai kawalan ketat Putrajaya terhadap kebebasan bersuara yang akan dikeluarkan sebelum pemimpin dunia berkumpul di Kuala Lumpur untuk sidang kemuncak Asean ke-27 pada November.

Penyelidikan untuk laporan yang bertajuk: "Criminalising freedom of expression" (menjadikan kebebasan bersuara satu jenayah) itu bermula tahun lepas, dan tanda-tanda awal menunjukkan kedudukan Malaysia, diukur dengan piawaian antarabangsa, dalam keadaan "from bad to worse" (dari buruk kepada teruk), menurut Timbalan Pengarah Bahagian Asia Human Rights Watch (HRW) Phil Robertson kepada The Malaysian Insider (TMI).

"Laporan itu akan didedahkan kepada umum kerana kami mahu pemimpin dunia tahu keadaan di Malaysia sebelum mereka datang ke sini untuk mesyuarat itu," ka

 "Malaysia menjadi teruk kepada semakin teruk, dan penemuan kami menunjukkannya." Sidang kemuncak Asean selama lima hari yang bermula pada 18 November itu akan dihadiri pemimpin dari Amerika Syarikat, Jepun, China dan New Zealand, selain daripada negara Asean.

Robertson berkata demikian kepada TMI semalam dalam pertemuan dengan pengarang berita portal ini yang ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Multimedia dan Komunikasi bulan lepas berhubung satu artikel mengenai hudud.

Beliau berkata, HRW kini dalam proses menyusun laporan itu, dan sebahagian daripada proses itu akan termasuk menghantar soalan ke Putrajaya meminta tindak balas kepada dakwaan yang ia menyekat kebebasan bersuara.

Beliau berkata, membandingkan pengalaman lepas, berurusan dengan kerajaan Malaysia merupakan salah satu tugas yang paling sukar berbanding dengan kerajaan lain di Asia Tenggara, sambil menambah, lebih mudah bertemu dengan pegawai dari Indonesia dan Thailand.

Mahkamah ubah keputusan bebas aktivis BERSIH

Mahkamah Tinggi hari ini memansuhkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini yang membebaskan 11 individu yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH pada 2007.

Menurut Naib Presiden PKR Tian Chua, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 seorang.

Bagaimanapun, keputusan hari ini tidak melibatkan pembebasan Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Tian Chua @tianchua
High court reversed the acquittal by Session Court & convict 11 participants in 2007 rally, with the exception of Mat Sabu & I."

Ini bermaksud, Mohamad dan Tian Chua kekal bebas.

Mereka dituduh terlibat dalam perhimpunan haram di beberapa tempat di Kuala Lumpur.

Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib

Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - NajibKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian sahabat rapatnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan dua orang pegawai kanannya Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Mohd Po'ad Jelani, baru-baru ini sebagai satu tragedi peribadi.

Walaupun bersedih, perdana menteri berkata kematian mereka telah mendorongnya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara," kata beliau semasa wawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, yang disiarkan malam tadi.

Beliau berkata ketiga-tiga arwah telah banyak memberi sumbangan serta telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

"Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

Najib tidak menjawab soalan?

Penonton mendakwa jawapan yang diberikan PM dalam Program Soal Jawab bersifat umum.

PETALING JAYA: Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Program Soal Jawab Khas yang disiarkan TV3, dikatakan tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya berhubung misteri pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
Hujah itu dibuat berdasarkan rakaman sumpah beliau di sebuah masjid beberapa tahun lalu yang dikatakan dilakukan secara umum tanpa menyebut nama wanita berkenaan.
Dalam blog bnmasjidtanah, penulisnya membangkitkan semula lafaz yang dibuat Perdana Menteri.
“Mutakhir ini gegak gempita dengan isu yang hangat diperkatakan apabila Tun Dr. Mahathir mengajukan beberapa soalan kepada YAB Datuk Sri Perdana Menteri. Ada yang kata soalan soalan Tun Dr M bersifat soalan panas dan tak kurang juga ada yang menklasifikasikan ianya sebagai soalan soalan CEPUMAS!!!”, tulisnya.
Ulasan yang dibuatnya secara berlapik yang kemudian meminta pembaca menilai sendiri sumpah berkenaan dengan meletakkan rakaman visual yang disiarkan di Youtube.
“Merujuk kepada soalan “Siapa Arah Bunuh Altantuya…???”. Maka jawapannya ada dibawah ini, saksikanlah video klip berdurasi 00;01:43 minit ini. Selamat menonton!” katanya.

Kenyataan ‘bocor’ MP Baling (Umno) cetuskan kekecohan

Dewan Rakyat lulus naik gaji ahli Parlimen

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota Parlimen.

"Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya.

Kerbau pun ada masa mandi tapi MP Malaysia...


Sewaktu menulis kenyataan ini, jam 1.30 am, 9 April 2015, kami ahli-ahli parlimen terpaksa duduk di Dewan Rakyat untuk membahas 4 lagi rang undang-undang. Ini adalah satu lagi penyalahgunaan kuasa parlimen. Kerajaan mahu meluluskan undang-undang di larut malam secara terburu-buru.

Kenapa kerajaan mahu melakukan ini? Apa niat kerajaan sebenarnya? Adakah kerajaan mahu parlimen kita meluluskan undang-undang tanpa memberi ruangan dan peluang kepada pihak pembangkang membuat persediaan yang lengkap dan komprehensif? Sememangnya teknik yang digunakan kali ini adalah cukup ganjil tetapi memalukan Parlimen Malaysia.

Kerajaan tidak mahu pihak pembangkang membahaskan rang undang-undang secara teliti dan terperinci. Ini adalah niat jahat dan penyelewengan kuasa yang boleh memudaratkan rakyat.

Walaupun pihak pembangkang membantah dan memohon supaya Dewan ditangguhkan tetapi pihak kerajaan masih mahu meneruskan sidang Dewan lewat malam. Hujah-hujah pihak pembangkang ialah kualiti perbahasan akan terjejas apabila ahli-ahli parlimen letih kerana terpaksa bersidang dari pagi hingga larut malam.

"Kerbau pun ada masa untuk mandi, tetapi ahli-ahli parlimen Malaysia terpaksa bersidang tak bermandi".  

Pilihan raya kecil Rompin 5 Mei, penamaan 22 April, awal dari Permatang Pauh..!!

 
Pilihan raya kecil Rompin ditetapkan pada 5 Mei dan penamaan calon pada 22 April ini.

Persidangan Dewan Rakyat ditangguh, 12 RUU diluluskan

Penangguhan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 pada 4.25 pagi ini merupakan  persidangan sehari paling lama dalam sejarah Persidangan Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015. 
Penangguhan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 pada 4.25 pagi ini merupakan persidangan sehari paling lama dalam sejarah Persidangan Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015.

Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang selama 20 hari bermula 9 Mac lepas, ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Penangguhan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada 4.25 pagi ini, iaitu persidangan sehari paling lama dalam sejarah Persidangan Dewan Rakyat.
Sepanjang persidangan berlangsung, Dewan Rakyat meluluskan 12 rang undang-undang (RUU)  terdiri daripada enam RUU baharu dan enam pindaan akta.

RUU baharu termasuk RUU Teknologis dan Juruteknik 2014; RUU Pencegahan Keganasan (Pota) 2015; RUU Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015. Turut diluluskan, RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015; RUU Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 dan RUU Perbekalan Tambahan (2014) 2015.
Pindaan akta yang diluluskan pula ialah RUU Penjara (Pindaan) 2015; RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Pindaan) 2015; RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015.
RUU Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015; RUU Hasutan (Pindaan) 2015 dan RUU Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2014.
Sementara, sebanyak lapan RUU lain yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan kedua pada persidangan kali ini, ditangguhkan ke persidangan akan datang.
RUU itu ialah RUU Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014; RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015; RUU Keterangan (Pindaan) 2015; RUU Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015.
RUU lain adalah RUU Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015; RUU Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 dan RUU Ahli Kimia (Pindaan) 2015 dan RUU Kebajikan Haiwan 2015. – Bernama, 10 April, 2015.

10 Apr 2015, 2:30 pagi. Detik hitam sejarah negara. Akta Hasutan (Pindaan) 2015 diluluskan Dewan Rakyat


Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan  Enakmen Akta Hasutan ‎1948 setelah dibahaskan lebih 12 jam yang bermula jam 2.30 petang semalam hingga 2.30 pagi ini.
Pindaan Enakmen Akta Hasutan diluluskan ‎dengan kiraan undi 108 (Barisan Nasional) dan 79 ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyaksikan hampir kesemua wakil rakyat pembangkang hadir di Parlimen bagi membahaskan dan mendesak pindaan itu tidak diluluskan.
Di bawah pindaan dicadangkan itu, hukuman lebih berat dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Ia bertujuan menambah hukuman penjara daripada 3 tahun dalam akta asal kepada minimum 3 tahun dan maksimum 7 tahun, serta meniadakan hukuman denda. Peruntukan baharu juga dicadangkan bagi mengadakan hukuman minimum penjara 5 tahun dan maksimum 20 tahun bagi kesalahan di bawah akta itu berdasarkan keseriusan kesalahan.
Pindaan turut mencadangkan perbuatan menghasut sehingga mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak akan lagi menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan apabila ia diluluskan.
Rang undang-undang itu juga bertujuan menjadikan perbuatan mengembangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia, juga tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut.
Terdahulu Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo mempe‎rsoalkan dalam Dewan Rakyat  pengertian khusus untuk ditafsirkan Akta Hasutan oleh Putrajaya.
"Jenayah perlu khusus dan terperinci supaya rakyat tahu apakah kesalahan itu dan mereka tahu apa akan dihukum dengan perbuatan dilakukan. Tidak menyatakan secara khusus hanya membenarkan salah guna akta tersebut,” kata beliau.
‎Pertanyaan sama turut ditanya Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali yang meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan apakah yang dikatakan dengan tindakan atau kenyataan hasutan.
Meskipun ahli Parlimen pembangkang berterusan membahas sebanyak 9 Fasal peruntukan dibentangkan Zahid, ia diluluskan dengan sekali undi belah bahagi pada pembacaan pertama RUU tersebut.
Zahid dalam sidang medianya menegaskan menyeru kepada pemisahan tetap dianggap sebagai hasutan.
"Ia terpulang kepada taksiran dan pengertian mahkamah adakah ia bermaksud hasutan atau tidak," katanya kepada pemberita.