Khamis, 9 April 2015

Kenapa Najib tak boleh jawab soalan mudah, soal Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyoal mereka yang menyerang beliau kerana terus mengkritik Datuk Seri Najib Razak, bertanya mengapa perdana menteri itu tidak dapat menjawab soalan mudah yang diajukannya.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau hanya memberikan soalan mudah kepada Najib tetapi beliau tidak menjawabnya, sebaliknya meminta orang ramai menyatakan sokongan terhadapnya.

Dr Mahathir mengambil contoh isu yang dibangkitkannya mengenai hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu

"Saya ingin bertanya kepada penyokongnya sama ada sokongan mereka itu bermakna kehilangan RM42 bilion itu tidak mengapa? Tidak perlu paling kurang pun dijelaskan di mana wang itu? "Kalau anda rasa tidak mengapa, pergilah suruh (Tun) Daim (Zainuddin), Tengku Razaleigh (Hamzah), (Datuk Seri) Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin diam," katanya merujuk kepada beberapa pemimpin Umno yang juga pernah membangkitkan isu itu sebelum ini.

Dr Mahathir berkata susulan pendedahan mengenai kes Altantuya dan 1MDB, Najib dilaporkan media menerima ikrar sokongan dan taat setia dari ketua Umno bahagian, pemimpin Barisan Nasional, MIC, Gerakan, ahli Dewan Negara dan berbagai lagi kumpulan.

Katanya, beliau bukan mahukan sesiapa menyokongnya tetapi meminta mereka yang menyokong Najib juga mengisytiharkan sokongan mereka kepada 1MDB, hutang RM42 bilionnya dan kegagalan Najib menjawab di mana wang itu apabila ditanya.

"Adakah anda juga menyokong simpanan berbilion ringgit di Kepulauan Cayman? Adakah anda juga menyokong yang setelah membawa pulang wang itu, ia mesti disimpan di dalam Bank Swiss di Singapura?

Dr M minta saya buat jambatan bengkok - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Mohamad berkata, Tun Dr Mahathir pernah meminta beliau melaksanakan projek 'jambatan bengkok' untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura.

Najib berkata, pemintaan itu disuarakan oleh Mahathir dalam satu perbincangan sebelum ini, sebelum perdana menteri keempat itu melancarkan serangan terbuka ke atasnya.

Katanya, Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah

“Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri
pandangan atas perkara ini.

“Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini,” katanya.

Najib akui beban berat dikritik Dr Mahathir, kata presiden Cuepacs

Kritikan keras yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas pentadbiran Datuk Seri Najib Razak diakui menjadi satu bebanan berat untuk dihadapi perdana menteri itu, kata presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.
Katanya, perkara itu diakui sendiri Najib pada satu pertemuan antara Cuepacs dengan pemimpin negara tersebut baru-baru ini.
"Saya sudah berjumpa dengan perdana menteri, dan nampak Najib sendiri seolahnya melihat apa yang berlaku ini satu tekanan yang begitu berat kepada mereka," kata Azih pada satu sidang media di Kuala Lumpur malam ini.

Melihat situasi yang dihadapi Najib, Azih berkata Cuepacs membuat pendirian untuk terus menyokong beliau dan menggesa semua penjawat awam turut sama berdiri teguh di belakang mereka. "Bagi kita, perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir adalah soal berlainan. Kita minta supaya penjawat awam dan rakyat bukan sahaja memberi kepercayaan kepada perdana menteri, malah tidak memberi tekanan yang berat, dengan apa yang berlaku.
"Sebab itu Cuepacs letak satu pendirian bersama dengan Najib," katanya.
Pentadbiran Najib kini berdepan tekanan paling hebat selepas Dr Mahathir terus menyerang Najib dan mempersoalkan tentang kepimpinan lemah yang ditunjukkannya.
Najib dijangka akan membuat penjelasan secara langsung dalam satu program televisyen malam ini khusus bagi menjawab segala kritikan dan kecaman yang dilontar Dr Mahathir.

'Saya tidak kenal Altantuya' - Najib

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diwawancara dalam rancangan "Soal jawab" edisi khas yang disiarkan TV3 di sini hari ini. - Foto Bernama 
‎"Saya tidak kenal Altantuya dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes itu," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab soalan pengacara dalam program wawancara khas yang disiarkan TV3, malam ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persoalan mengenai perkara itu seperti yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini.
‎Tambah Najib, isu dirinya yang dikaitkan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi ini merupakan 'cerita lama' yang timbul pada 2008.
"Saya sudah lafaz sumpah yang saya tidak mengenali Altantuya dan tidak terlibat secara langsung sama sekali dengan Altantuya.

Jeng..Jeng..Jeng: Aidana masih hidup?

Penulis blog mendakwa menerima email daripada Aidana yang mengaku gambarnya telah digunakaan sebagai mangsa nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Seorang wanita mendakwa gambarnya telah digunakan sebagai individu yang berada di sebelah juruterbang helikopter, Clifford Fornier.
Aidana Karabasova juga menyangkal kenyataan seperti yang dilaporkan sebelum ini, bahawa dia bukan berasal daripada Kyrgystan sebaliknya Kazakhstan.
Artikel itu ditulis Shahbudin Husin dalam entri terbaru blognya Shahbudin dotcom.
Bekas Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju itu memaklumkan dia menerima email daripada Aidana Karabasova pada pagi Khamis.
“Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.
Berdasarkan maklumat yang diterima, Shahbudin yakin ia menyokong telahannya sebelum ini bahawa gambar yang tersebar selepas nahas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias bersama empat yang lain adalah tidak benar.
“Sekali lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya gambar sebenar Aidana Baizieva,” katanya.
Shahbudin sebelum ini pernah menyuarakan kesangsiannya berhubung gambar yang tersebar luas kononnya milik Aidana Baizieva. Hujah itu dibuat atas alasan imej berkenaan diperolehi daripada laman web gaukhara.com.
Berdasarkan pengakuan yang diterima daripada Aidana Karabasova, dia cuba mengaitkan fakta itu dengan Daniyar Kessikbayev, menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Betulkah.. "MYDIN tidak menipu dan cekik darah"


Yang di MYDIN tu jual lagi mahal RM22.90 berbanding di Sabasun (RM21.90) nak panggil apa ??? Cekik darah ka cekik menipu rakyat !!!

HAKIKATNYA.. BN dan MYDIN sama2 jer menipu rakyat.

MP PAS Shah Alam Bahas RUU Hasutan (Pindaan) 2015

MP PKR Batu Bahas RUU Hasutan (Pindaan) 2015

Mahathir bukan pelampau politik - Musa Hassan

Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak semua percakapan atau penulisan boleh didakwa menghasut kerana perlu dilihat juga niat dan tujuan ia dibangkitkan.
tun-m-+-musa-hassan
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dianggap sebagai pelampau politik walaupun beliau mengkritik kredibiliti dan intergriti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata niat dan tujuan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu berbeza dengan pembangkang yang sentiasa mencari salah kerajaan.
“Pihak yang merasakan satu pihak lain semuanya salah, dan sering menganggap apa yang dilakukan oleh pihak lain semua salah boleh dianggap sebagai political extremist.
“Tetapi Mahathir bukannya political extremist ekstremis, namun pembangkang di Malaysia ini boleh dikatakan sedemikian,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Pengerusi Komuniti Prihatin Jenayah Malaysia (MCCC) itu juga mempertahankan Dr Mahathir yang didakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan menghasut.

Taktik ‘umpan dan tukar’ Putrajaya bagi kurangkan tumpuan negatif

oleh Hazlan Zakaria
Selepas berusaha bermati-matian untuk meluluskan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dengan peruntukan penahanan tanpa perbicaraan yang telah dilabelkan sebagai ISA 2.0, Putrajaya kini mungkin melakukan taktik 'umpan dan tukar' dengan undang-undang keselamatan yang lain atau pindaan yang dibentangkan terhadap undang-undang sedia ada, bagi mengurangkan kerosakan.
Seperti yang dilaporkan, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa ia akan menggantung pembentangan cadangan pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Ini kononnya selepas ahli parlimen dari kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat menentang pindaan yang dicadangkan dalam sebuah tindakan bipartisan yang jarang-jarang berlaku, bimbang bahawa ia akan memberikan terlalu banyak kuasa ke tangan polis.
Walaupun ini adalah apa yang kerajaan dan BN tunjukkan di luaran, ia mungkin hanya taktik penipuan yang lama.
Lagipun, perlu kita sedari dengan ironi bahawa beberapa orang ahli parlimen BN yang seolah-olah begitu berkehendakkan Pota, dan berhujah bahawa ia tidak seharusnya ditakuti mereka yang mematuhi undang-undang, kini kelihatan bimbang tentang kuasa polis yang berlebihan.
Khususnya seorang ahli parlimen dari selatan yang berhujah dengan seorang Selangor ahli parlimen Pakatan berkenaan Pota, kini dipetik sebagai menentang pindaan ke atas KPJ.
Taktik 'umpan dan tukar' adalah taktik kegemaran penipu-penipu dan ahli-ahli perniagaan yang tidak jujur, yang menggunakan tawaran lumayan "yang sukar dipercayai" untuk menarik minat 'mangsa' atau pelanggan, dan kemudian memerangkap mereka untuk membayar lebih.
Walaupun dalam hal Putrajaya dan Pota, taktik 'umpan dan tukar' seolah-olah terbalik di mana mereka meluluskan Akta itu terlebih dahulu, dan kemudian berpura-pura untuk mengekang ketegasan undang-undang atau pindaan lain, dan kemudian membuat keputusan untuk 'menggantung' ia.
Ini dapat dilihat sebagai memihak kepada orang ramai yang telah marah dengan kelulusan Pota, dengan muncul sebagai sebuah kerajaan prihatin yang mendengar kritikan daripada rakyat dan wakil rakyat di Parlimen.
Pertubuhan-pertubuhan sivil dan aktivis pro-demokrasi telah mengkritik undang-undang baru ini, yang pengkritik dakwa hanya merupakan satu lagi versi Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah dimansuhkan.
Sesuatu yang kerajaan mungkin harap untuk selesaikan, dan juga menangani kritikan dari pemantau-pemantau hak asasi manusia luar negara dan tempatan.

DUN Selangor lulus usul kutuk pendakwaan politik Anwar, tolak Kidex


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir hari ini meluluskan usul mengutuk pendakwaan bermotif politik terhadap Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dipenjarakan tanpa berasaskan prinsip demokrasi. Usul dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, dan disokong majoriti ahli Dewan.

Bagaimanapun, Adun Permatang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Abdul Razak ketika membahaskan usul itu berkata, jika Anwar perlu keadilan, perkara sama juga perlu diberikan kepada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, sekiranya berada di tempat Anwar, beliau pasti akan membuat sumpah laknat, satu tindakan yang enggan dilakukan Anwar bagi menepis dakwaan itu.

"Kes ini tidak ada kaitan dengan Umno. Ini kes jenayah," katanya. Beliau turut mempersoalkan sikap berat sebelah DUN yang didakwanya tidak memberi keadilan kepada bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang dipecat PKR daripada jawatannya.

Namun, cadangan Sulaiman itu ditolak dan dijawab secara sinis oleh penggantinya, Mohamed Azmin Ali. "Usul ini tentang Anwar Ibrahim, bukan Khalid Ibrahim. Kita boleh buat satu forum, dengan syarat, datang dan duduk dalam Dewan. "Saya boleh berdepan dengan dia sebab dia pun kawan Permatang.

Bersyukur & manfaatkan Pakatan sebagai pertolongan Allah

Ust Ahmad Awang


Ramai sahabat-sahabat yang menyatakan perasaan kecewa dan sedih mereka kepada saya, melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat. Samaada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang Mengentahui.
Kata-kata seperti “PAS mampu bersendirian”, “Putrajaya bukan matlamat kami”, “Sokongan bukan Islam tak penting” dan sebagainya adalah sangat-sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu.
Kenangan zaman dahulu

Saya masih ingat pada tahun-tahun 80an semasa PAS mempunyai kekuatan hanya di pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu, pada ketika itu, semua pimpinan berusaha memikirkan kaedah untuk memperluaskan pengaruh PAS supaya melangkaui kawasan pantai timur ini. Pada ketika itu PAS sebagai parti yang tersisih dari politik arus perdana negara dan dianggap parti yang mempunyai sokongan hanya di kawasan Pantai Timur dan kawasan terhad di Kedah dan Perak. Maka pimpinan dan keseluruhan ahli-ahli PAS berusaha sambil berdoa agar ruang pengaruh PAS dapat diperluaskan.
Didoakan semoga Allah bantu PAS supaya dapat maju ke depan, memperluaskan ruang pengaruh dan sokongannya, bukan sekadar di Pantai Timur sahaja tetapi juga di Pantai Barat. Begitu juga, bukan sekdar di kampung-kampung tetapi juga di bandar raya dan bukan sekadar di kalangan orang Islam sahaja tetapi juga di kalangan yang bukan Islam.
Pada ketika itu, pimpinan di semua peringkat bertungkus lumus berusaha mengatasi prejudis dan gambaran negatif yang tersebar luas terhadap PAS di kalangan masyarakat, khususnya yang bukan Islam. Maka diusahakan pembentukan "Chinese Consultative Council" atau "CCC".
Nak cari orang Cina yang sanggup hadir program PAS pada ketika itu cukup sukar walau pun bersama CCC. Pada masa itu beberapa orang suadara baru dari kaum Cina ikut mendekatkan PAS dengan masyarakat Cina. Di antara mereka yang saya masih ingat ialah Kamal Koh, Ridzuan Daniel Onn dan Ali Abdullah.
Kemudian semasa PAS menubuhkan lajnah antara kaum pada tahun 90an seorang saudara baru yang sangat kuat membantu saya di Perak semasa menjadi PJ ialah Faizal Tan(Allahyarham) dan kemudian datang lagi seorang saudara baru membantu saya di pusat semasa saya menjadi ketua penerangan ialah saudara Ann Wang Seng Abdullah.
Datangnya pertolongan Allah?
Saya yakin, dengan doa dan usaha ahli dan pimpinan, yang merupakan gandingan ulama, profesional dan aktivis, Allah hasilkan perpecahan Umno pada 1987 dan Semangat 46 terbentuk. Pimpinan PAS bertindak bijaksana, menyedari ianya bantuan dari Allah, mengadakan Tahaluf dengan S46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan pada pilihan raya 1990, Kelantan dimenangi kembali selepas 14 tahun di bawah Barisan Nasional.
Sepuluh tahun kemudian, pada 1998 Allah memberi pertolongan kepada  PAS sekali lagi dengan perpecahan Umno buat kali kedua. Barisan Alternatif (BA ) terbentuk dan Terengganu pula dimenangi PAS sambil Kelantan tetap berjaya dipertahankan pada PRU 1999. Pada ketika itu, imej PAS yang bekerjasama rapat dengan DAP dan Keadilan mula berjaya diperbaiki di kalangan "mayarakat selain dari ahli PAS". PAS dilihat adil membela semua golongan yang dizalimi.
Malangnya pada 2004, atas sebab Umno/BN bersatu kembali melalui kepimpinan barunya ia itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan DAP meninggalkan BA maka Terengganu terlepas kembali kepada BN dan PAS hilang kembali kerusi-kerusi yang dimenangi di Selangor dan Perak. PAS pun dapat bertahan di Kelantan dengan majoriti kerusi yang minima. Namun, kemenangan cemerlang Umno/BN yang dicapai pada 2004 hanya sementara.
Perpecahan Umno diteruskan

Adakah perseteruan Mahathir-Najib telah masuki pusingan kedua?

oleh V Shuman
Dr Mahathir Mohamad kelihatan semakin giat memberi tekanan kepada Najib Razak, atau lebih tepat lagi, ke atas sikap berdiam dirinya mengenai perkara-perkara yang penting.
Dalam penulisan terbaru blog beliau terhadap Najib, dan yang ketiga seumpamanya dalam tempoh dua minggu lalu, Mahathir telah mengecam mereka yang memberi sokongan kepada Najib, dan tidak meminta beliau memberi jawapan kepada soalan yang ditanya.
Selepas penulisan blog pertama beliau menghantar minggu lalu, kem Umno, serta pemimpin-pemimpin parti komponen, telah hampir sebulat suara menyokong kepimpinan Najib, dengan berkata yang perdana menteri itu tidak perlu menjawab apa-apa.
Walau bagaimanapun, hanya segelintir orang-orang Umno, termasuk Khairy Jamaluddin, Daim Zainuddin dan Tengku Razaleigh Hamzah, telah mengulangi sentimen Mahathir dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang seolah-olah membayangkan bahawa Najib perlu menjawab soalan-soalan yang diajukan. 

Malah Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang terkenal dengan kata-kata yang tidak masuk akal beliau dalam Parlimen dan juga di media sosial, hari ini dipetik sebagai berkata bahawa sebagai warga Malaysia, Mahathir mempunyai hak untuk bertanyakan soalan-soalan ini.
Dalam posting blognya hari ini, Mahathir menulis (terjemahan) "hasil daripada pendedahan mengenai kes Altantuya dan 1MDB, Najib kini mendapat ikrar sokongan daripada ketua-ketua bahagian Umno, BN, MIC, senator-senator dan pelbagai jenis kumpulan. Ini yang dilaporkan akhbar-akhbar arus perdana.
"Saya tidak meminta sesiapa pun menyokong saya. Tetapi saya akan meminta semua orang-orang yang menyokong Najib untuk mengisytiharkan bahawa mereka semua menyokong 1MDB beliau, pinjamannya sebanyak RM42 bilion dan ketidakupayaan beliau menjawab di mana wang itu berada," tulisnya.
Beliau kemudian mempersoalkan kewajaran menyimpan berbilion-bilion ringgit di Kepulauan Cayman, dan juga menyimpannya dalam Bank Swiss di Singapura selepas dibawa balik dari sana.
"Adakah anda juga menyokong penjelasan bahawa wang itu tidak boleh dibawa balik ke Malaysia oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan (Najib juga), kerana Bank Negara akan bertanyakan terlalu banyak soalan?
"Adakah anda menyokong pembelian tanah kerajaan di KL dengan harga jauh di bawah harga pasaran, menyemaknya semula untuk menjadikannya aset anda sementara membeli loji-loji tenaga daripada sektor swasta dengan harga jauh melebihi harga pasaran?" soalnya.

Pencabar jawatan presiden PAS: Adakah ianya Husam?

oleh Ng Kee Seng

Masih tidak jelas sama ada muktamar PAS pada bulan Jun akan hanya menjadi satu formaliti, atau akan menyaksikan pertandingan bagi jawatan presiden.

Seperti Umno, presiden PAS jarang dicabar dalam pemilihan parti itu dan ia pasti akan menjadi satu pertembungan yang hangat di antara pihak konservatif dan liberal dalam parti Islam itu, sekiranya ada pertandingan.

PAS mempunyai 150 cawangan di negara ini, dan mereka akan selesai menjalankan mesyuarat umum tahunan dan pencalonan mereka pada penghujung bulan Mei.

Pada masa ini, semua mata terarah kepada penyandang naib presiden PAS, Husam Musa yang sehingga kini telah menerima tujuh daripada 24 pencalonan bagi jawatan tertinggi itu.

Pencalonan berganda bagi Husam belum pernah terjadi sebelumnya, kerana sejarah pemilihan parti itu menunjukkan bahawa kejayaan mendapat satu atau dua pencalonan untuk mencabar presiden adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku.

Husam dilaporkan telah mengakui bahawa beliau kini berada dalam dilema disebabkan pencalonan itu, dan tidak pasti sama ada akan bertanding bagi jawatan itu.

Ya, Husam kini mempunyai keputusan untuk mencabar Abdul Hadi Awang yang pro-kerajaan perpaduan Umno.

Shahidan: No hudud bill in this Parliament session

Audit Negara Masih Belum Bebas

Altantuya: Siasatan Polis 3 orang terlibat Sirul, Azilah & Razak Baginda - Musa Hassan

Memang tepat kata Najib... "GST ITU HALAL.."


HALAL menindas rakyat
HALAL merompak duit rakyat
HALAL selamatkan hutang2 negara
HALAL menipu rakyat....

MP PAS Sepang Bahas RUU Hasutan (Pindaan) 2015

MP PKR Pandan Bahas RUU Hasutan (Pindaan) 2015

MP DAP Bandar Kuching Bahas RUU Hasutan (Pindaan) 2015

MP PAS Parit Buntar Bahas RUU Hasutan (Pindaan) 2015

MP PKR Pdg Serai Bahas RUU Hasutan (Pindaan) 2015

MP DAP Bagan Bahas RUU Hasutan (Pindaan) 2015

Menteri Bentang RUU Hasutan (Pindaan) 2015

Bekas IGP setuju kenyataan Dr M tak berbaur hasutan

POTA bukan mainan politik, kata Musa Hassan

Mahathir: Sokong Najib = sokong hutang 1MDB?

'POTA buat polis hilang gigi' - Musa Hassan

'POTA buat polis hilang gigi' - Musa HassanPETALING JAYA: Beberapa elemen di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 agar kuasa polis tidak terhad kepada beberapa peruntukan sahaja.

Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan berkata, ia termasuk memasukkan semula undang-undang menghukum mana-mana pihak yang melakukan kegiatan sabotaj dan subversif.

"Kita menyokong POTA kerana ia merupakan undang-undang pencegahan keganasan namun ada beberapa subjek di dalam ISA yang dapat mengawal tindakan pihak tertentu yang merosakkan keamanan.

"Ada peruntukan di dalam POTA yang mengehadkan kuasa polis sekali gus menjadikan agensi keselamatan itu seolah-olah tidak ada gigi.

"Semua negara ada ISA atau berunsur akta itu, ia menjamin keamanan negara masing-masing. Jika ISA apabila wujud keterangan seseorang terlibat dalam keganasan, individu yang membuat keputusan adalah menteri namun POTA akan dikawal panel," katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Musa mengulas rang Undang-undang POTA yang diluluskan di Dewan Rakyat pada awal pagi Rabu setelah perbahasan mengenainya mengambil masa sehingga 12 jam apabila pihak pembangkang terus menekankan tanggapan ia sama seperti ISA.

Ia termasuk peruntukan bahawa tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas 'kepercayaan politik atau aktiviti politik'.

Selamat datang 1984


1984


Selepas berakhirnya Perang Dunia ke 2,  Eric Arthur Blair – lebih dikenali dengan nama samaran George Orwell membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya kebebasan itu dianggap jenayah. Imaginasi Orwell telah mencetuskan bayangan terhadap kuasa totalitarianisme.
Manusia tidak lagi mempunyai kebebasan. Kuasa politik digunakan untuk menindas lawan politik mereka. Kebebasan bersuara diharamkan. Maka, ‘Abang Besar sedang memperhatikan kamu!’ (Big Brother is Watching You!)
1984 ditulis setelah berakhirnya Perang Dunia ke 2. Amerika Syarikat mewakili blok Barat, Soviet mewakili Blok Komunis. Tatanan Dunia dibentuk dengan dua blok pemikiran, pro-Kapitalis vs pro-Komunisme.  Ia melahirkan perang ideologi yang panjang di antara Amerika Syarikat dan Republik Soviet. Malah,  ia memakan masa selama 35 tahun.
1984 diterbitkan pada 8 Jun 1949. Waktu itu, Amerika baru sahaja memperkenalkan Doktrin Truman. Ia menandakan bermulanya Perang Dingin. Setelah tamat perang Korea 1953, Amerika mahu dilihat kuasa besar menandingi Soviet. Soviet pula memaksakan sistem komunisme dimana warga Soviet diperintah oleh konsep pentadbiran satu-parti. Politburo menguasai keputusan dan dasar pentadbiran Soviet.
Dalam latar belakang dunia politik yang sengit, Orwell menyiapkan sebuah karya sastera yang bakal mempengaruhi dunia kesusasteraan Barat moden. 1984 juga dijadikan rujukan pengkaji dan ahli akademik untuk memahami konsep totalitarianisme.
1984 merupakan sebuah cerita tentang Winston Smith, aktivis Outer Party. Dia bekerja dengan Ministry of Truth. Tugas Winston adalah mengkaji semula konsep sejarah politik. Negara Airstrip One telah diperintah oleh sistem politik yang dikenali sebagai INGSOC (atau: English Socialism).
Ia juga tentang Big Brother (kuasa) yang memerintah minda rakyat Airstrip One secara paksa. INGSOC telah mencipta bahasa Newspeak yang merujuk kepada kuasa media untuk menyebarkan propaganda kerajaan yang diperintah oleh rejim totalitarian.

Tun M gesa penyokong Najib sokong juga 1MBD

Mahathir 
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kepada pihak yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan sokongan mereka kepada syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah terkumpul hutang RM42 bilion.

Menurutnya, selain 1MBD pihak yang menyokong Najib juga perlu menyokong perlaksanaan pembelian tanah Kerajaan di Kuala Lumpur  yang  jauh di bawah harga pasaran.

“Hasil daripada pendedahan mengenai kes Altantuya  dan 1MDB, Najib kini mendapat ikrar sokongan daripada ketua-ketua Bahagian Umno, BN, MIC, Ahli Dewan Negara dan semua 'jenis' kumpulan ini sepertimana yang disiarkan media.

“Saya tidak meminta sesiapa pun untuk menyokong saya. Tetapi saya akan meminta semua orang-orang yang menyokong Najib supaya mereka mengisytiharkan mereka semua menyokong Najib terhadap pinjaman 1MDB dan ketidakupayaan untuk menjawab di mana wang itu,” katanya yang dipetik dari entri blog rasminya chedet.com, hari ini.

Sementera itu, menyentuh mengenai pembelian tanah kerajaan di Kuala Lumpur, Dr Mahathir berkata, sekarang terdapat cadangan bahawa tanah ini dijual kepada syarikat-syarikat kerajaan pada harga tinggi untuk membayar berbilion-bilion yang dipinjam oleh 1MDB.

Pindaan Akta Hasutan pengkianatan terhadap rakyat – AMK

Nik NazmiKUALA LUMPUR 9 APRIL: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengutuk sekeras-kerasnya pindaan Akta Hasutan dan menyeru Perdana Menteri serta kerajaan Barisan Nasional menepati janji dengan memansuhkannya bukan menambah lagi beban dan tekanan rakyat.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan kerajaan untuk menguatkan lagi Akta Hasutan dengan pindaan-pindaan terbaru ini mengkhianati kepercayaan rakyat, yang dijanjikan suatu reformasi tadbir urus kerajaan.
“Pada tahun 2012, Datuk Seri Najib Razak telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan.
“Bagaimanapun, janji tersebut tidak dikotakan sehingga kini, bahkan jelas sekarang ini akta tersebut disalahgunakan dengan lebih 160 mangsa disoal siasat dan ditahan tanpa sebab munasabah di bawah undang-undang zalim.
“Tambahan pula, akta zaman penjajah yang menyerang rakyatnya sendiri itu sedang diperkuatkan lagi oleh pihak kerajaan dengan pindaan-pindaan yang akan memberi kerajaan kuasa mutlak untuk menafikan hak dan kebebasan rakyat, padahal hak tersebut telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan,” tegas Nik Nazmi dalam kenyataan.

Exco jawab isu guru Kafa Selangor



KUALA LUMPUR: Jumlah guru Kafa di Selangor hanya 6,742 bukan 10,000 seperti didakwa kumpulan yang mengaku mewakili suara hati 10,000 guru sekolah terbabit, semalam.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS – Sekijang) berkata, jumlah keseluruhan tenaga pengajar sekolah agama di bawah Kerajaan Negeri pula 8,177 orang.
“Untuk maklumat Ahli Dewan, daftar yang ada jumlah guru Kafa adalah 6,742. Kalau kita lihat secara menyeluruh mengikut jawatan pada 2014, guru tetap 1,111 orang, guru kontrak (324), guru Kafa (6,742).
“Ini bermakna jumlah hanya 8,177 orang. Saya tak tahu bagaimana beliau mendapat statistik mewakili 10,000 suara hati guru Kafa,” katanya dipetik Selangor Kini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab ketika menjawab soalan tambahan Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
Semalam, sekumpulan empat hingga lima orang yang mendakwa mewakili suara hati 10,000 guru Kafa cuba merempuh masuk untuk bertemu Adun yang menghadiri DNS, di sini.
Bagaimanapun, pengawal keselamatan hanya membenarkan mereka bertemu wakil Pejabat Menteri Besar untuk menyerahkan memorandum itu.

'Turun demo 1 Mei demi Tok Janggut'

Penganjur perhimpunan 1 Mei, Mohamad Sabu berkata, nama Tok Janggut menjadi ikon perhimpunan anti-GST kali ini demi semangat yang dibawa oleh pejuang Melayu itu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, Tok Janggut dikenang sebagai ikon penentangan ke atas cukai melampau yang diperkenalkan kerajaan naungan British.

Sebab itulah slogan #KamiAdalahTokJanggut dipilih sebagai tema perhimpunan kali ini, kata Mohamad.

"(Tok Janggut) adalah pejuang yang melawan penjajah yang mengenakan pelbagai cukai masa zaman penjajah dahulu.

"Pada zaman pemerintahan BN, (kerajaan) mengenakan cukai yang tak sepatutnya.

"Sepatutnya (kerajaan BN) perlu melawan rasuah, kebocoran wang negara yang (kini) didedahkan pelbagai pihak," katanya.

Beliau juga menggesa para aktivis mengadakan siri himpunan lebih awal untuk menyeru orang ramai hadir ke perhimpunan raksasa 1 Mei.

"Menjelang 1 Mei, parti politik, NGO dan siswa boleh mengadakan himpunan mereka untuk menyeru orang ramai keluar ke Kuala Lumpur," katanya dalam sidang media di ibu negara.

Dr M: Sokong PM? Sokonglah hutang 1MDB

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan yang menyokong penggantinya, Datuk Seri Najib Razak juga perlu menyokong 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang kini menanggung hutang RM42 bilion.

Golongan itu perlu menyokong tindak tanduk firma berkenaan, yang masih belum dapat memberi penjelasan mengenai dana tersebut, kata Mahathir.

“Adakah anda juga sokong (langkah) menyimpan berbilion ringgit di Cayman Islands?

“Adalah anda juga sokong (langkah) bahawa, selepas membawa pulang wang tersebut, ia mesti disimpan di sebuah Bank Switzerland di Singapura?

“Adakah anda menyokong penjelasan bahawa wang tersebut tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia oleh perdana menteri dan menteri kewangan kerana Bank Negara akan banyak soal?,” katanya.

Inilah hasil KERAjaan UMNO/BN memerintah negara lebih 57 tahun !!!


Melayu JUARA CARTA BANGKRAP !!!

Mohon bangga tau...

Hidup Melayu!! Hidup Melayu!! Hidup Melayu!!

Rafizi: Pengguna terbeban, hapuskan caj perkhidmatan

Gst biasaKUALA LUMPUR, 9 APR: Caj perkhidmatan yang dikenakan peniaga sepatutnya dihapuskan kerana ia memberi impak negatif dan membebankan pengguna.
Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkata, Kerajaan Persekutuan masih belum mempunyai perancangan untuk mewujudkan undang-undang berkenaan perkara itu kerana ia merugikan pengguna.
“Saya tidak nampak kerajaan mempunyai undang-undang yang boleh menghalang peniaga daripada mengenakan cukai perkhidmatan.
“Soalnya, sama ada kerajaan mahu membuat undang-undang baru untuk memastikan caj perkhidmatan itu betul-betul pergi kepada pekerja. Tetapi pada keadaan sekarang, caj perkhidmatan itu termasuk dalam sebahagiaan daripada harga.
“Sebab itu, peniaga bebas mengenakan caj perkhidmatan dan GST akan dikenakan ke atas harga (barang) ditambah dengan caj perkhidmatan, jadi akhirnya yang rugi adalah pengguna,” katanya di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Berdasarkan pengalaman beliau membuat audit restoran di London, konsep ‘tips’ yang diamalkan di luar negara mengasingkannya daripada jumlah perolehan atau jualan peniaga.

Ismail dakwa Dr M ubah kerusi Melayu jadi campuran

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad - ketika menjadi perdana menteri - telah mengubah banyak kerusi majoriti Melayu menjadi kerusi campuran.

Beliau mendakwa bahawa Dr Mahathir tidak yakin dengan sokongan orang Melayu pada masa itu.

Langkah itu, tambahnya, telah menyebabkan sukar bagi Umno untuk memenangi kerusi.

Ismail berkata selepas pilihan raya umum pada tahun 1999, Dr Mahathir telah mengubah banyak kerusi majoriti Melayu menjadi kerusi campuran bangsa.

Katanya, pada 1999, semasa Mahathir (kiri) menjadi presiden Umno, sokongan orang Melayu kepada Umno merosot dan setiap orang mengakui bahawa BN menang kerana sokongan parti komponen.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Ismail berkata, itulah sebabnya persempadanan semula berlaku pada masa itu (selepas pilihan raya).

"Kerusi majoriti Melayu telah berkurangan dan telah bertukar menjadi kawasan campuran," katanya sambil mendakwa bahawa Dr Mahathir tidak yakin dalam sokongan orang Melayu pada masa itu.

SUPPORTING NAJIB

Written by chedet
 
1. As a result of the exposure regarding the Altantuya case and 1MDB, Najib is now getting pledges of support from UMNO division heads, BN, MIC, Senators and all kinds of groups. This is what the mainstream press reports.

2. I am not asking anybody to support me. But I am going to ask all those who support Najib to declare they all support his 1MDB, 1MDB borrowing 42 billion Ringgit and his inability to answer where the money is when asked.

3. Do you also support keeping billions of Ringgit in Cayman Islands? Do you also support that having brought back the money, it must be kept in a Swiss Bank in Singapore. Do you also support the explanation that the money cannot be brought back to Malaysia by the Prime Minister and Minister of Finance because Bank Negara will ask too many questions.


4. Do you support purchase of Government land in KL at far below market price, revaluing it to make it your asset while buying power plants from the private sector at well above market price.

5. Now there is a suggestion that this land be sold to Government companies at inflated prices so as to pay the billions borrowed by 1MDB.

6. If this sale is in order to pay 1MDB debts, that means that 1MDB which borrowed 42 billion cannot pay its debts from its investments, that it has lost the billions.

Klausa 'tiada ikat jamin' dalam RUU Hasutan dibuang

Putrajaya telah meminda beberapa peruntukan dalam rang undang-undang untuk meminda Akta Hasutan 1948, berikutan bantahan penyokong kerajaan dan ahli Parlimen pembangkang.

Perubahan yang paling ketara ialah membuang klausa yang menyatakan bahawa hasutan adalah satu kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.

Satu lagi pindaan penting adalah hukuman penjara minimum dikurang kepada kepada tiga tahun, dan bukannya lima tahun.

Pengurusan BR1M ada unsur politik

Mahfuz Omar 
KUALA LUMPUR - Pengurusan dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dipolitikkan sehingga berlaku kehilangan wang BR1M.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, kerajaan mempunyai kelemahan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran BR1M sehingga menyebabkan berlakunya komplikasi melibatkan bantuan rakyat tersebut.
"Pengurusan bantuan itu (BR1M) tidak dikelola dengan baik. Ia dipolitikkan. Ia tiada sistem jabatan ke jabatan, sebab itu berlaku kehilangan," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Bercakap mengenai solusi terbaik terhadap isu tersebut, beliau berkata, kerajaan seharusnya mengambil inisiatif lain selain BR1M kerana pengagihan BR1M hanya akan menimbulkan komplikasi yang tidak diingini.
"Pemberian BR1M tidak dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, ia hanya bersifat sementara.

"Mekanisme terbaik adalah kita usaha cari mekanisme yang mampu ringankan beban dan kos sara hidup rakyat, bukannya dengan pemberian wang ringgit sebegini," katanya lagi.

Muhyiddin nyata sokongan pada Najib.....

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Tun Dr Mahathir Mohamad supaya memberi peluang kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat kerja dengan caranya tersendiri demi kepentingan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mungkin tidak semestinya setiap perkara yang dibuat oleh kerajaan hari ini dipersetujui oleh Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri dan begitu juga semasa kepimpinannya, ada juga keputusan yang dibuatnya tidak dipersetujui semua orang.

"Ada pandangan berbeza, tetapi biarlah pimpinan kerajaan hari ini cuba laksanakan perkara yang kita fikir beri impak kepada pembangunan sosioekonomi rakyat menerusi program transformasi, rasionalisasi subsidi, bantuan rakyat dalam bentuk BR1M dan sebagainya, ada impaknya walaupun Tun tidak begitu bersetuju dengan perkara begitu," katanya kepada pemberita di Jakarta.

Timbalan Perdana Menteri berada di Jakarta sempena lawatan kerja tiga hari yang berakhir hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah bekas perdana menteri itu diketahui umum sebagai seorang tokoh dan pemimpin sebelum ini dan beliau masih mempunyai pandangan, berpengaruh dan ada pengikutnya.

- Bernama

Mengapa perlu guna kereta baru untuk audit GST?

oleh V Shuman
Jabatan Kastam baru sahaja mendapatkan sejumlah kereta Proton Preve baru, untuk digunakan pegawainya “menjalankan audit” cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Gambar yang tersebar di WhatsApp menunjukkan tiga treler yang penuh dengan kereta baru berwarna perak, lengkap dengan pelekat “Audit GST” di pintunya.
Laporan baru-baru ini menyatakan sejumlah 76 buah kereta dipajak untuk tempoh lima tahun daripada syarikat Spanco Sdn Bhd.
Ketua Pengarah Kastam Khazali Ahmad dilaporkan berkata, kereta tersebut akan menjadi “peralatan kerja” kepada pegawai bagi mendapatkan maklumat untuk siasatan.
Kita akan mengkaji keperluan dari semasa ke semasa. Jika tidak mencukupi, kita akan bekerjasama dengan pembekal untuk mendapatkan (lebih) kereta sewa,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Kereta tersebut akan digunakan pegawai Kastam di seluruh negara.
Kos bagi kontrak pajakan itu tidak diketahui, dan masih menjadi tanda tanya ramai buat masa ini.
Syarikat ini, Spanco Sdn Bhd, mendapat perhatian pada 2008 apabila menerima kontrak tahunan sejumlah RM80 juta daripada kerajaan untuk menyenggara 1,400 proton Perdana milik kerajaan.
Kontrak awal yang ditandatangani pada 1994 untuk tempoh 25 tahun – sehingga 2019 - adalah bernilai RM100 juta, namun pada awal tahun 2000, kerajaan mengurangkannya kepada RM80 juta berikutan audit yang mendapati jumlah asal itu keterlaluan.

Namun, RM80 juta pun bukanlah jumlah yang kecil.
Ia bermakna kira-kira RM57,000 diperlukan untuk menyenggara sebuah kerajaan setiap tahun, ataupun RM4,750 sebulan.

Itu adalah jumlah yang terlalu tinggi untuk menyenggara sebuah proton. Ke manakah kereta-kereta ini digunakan? Ke bulan? 

'Saya bukan budak suruhan Tun M' kata Khairuddin

'Saya bukan budak suruhan Tun M' - Khairuddin
KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak diminta tidak mempertikai hubungan baik bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kebelakangan ini dilihat semakin lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegas Khairuddin, dia bukan budak suruhan Dr Mahathir namun memberi sepenuh kepercayaan kepada bekas Perdana Menteri itu terhadap setiap tindakannya.

"Kalaulah saya budak suruhan Dr Mahathir, rasanya sudah lama saya menjadi menteri kabinet atau tokoh korporat yang menjaga GLC selama 22 tahun Dr Mahathir memimpin negara.

"Malangnya, saya tidak mempunyai langsung semua yang disebutkan, malahan kini status saya diisytiharkan sebagai muflis.

"Dr Mahathir tidak memerlukan ahli UMNO kerdil di peringkat akar umbi seperti saya untuk berjuang. Dia boleh berdikari seorang diri untuk berjuang bagi menegakkan kebenaran khususnya bagi membela bangsa, agama mahupun tanah air," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairuddin mengulas pembabitannya yang tersebar di dalam gambar perjumpaan ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, Piah Samad dengan Dr Mahathir di Putrajaya.

Di dalam pertemuan itu, Piah meluahkan perasaannya terhadap apa yang terjadi kepada anaknya selain tidak menafikan Sirul menjadi mangsa keadaan dan dikambing hitamkan di dalam isu berkenaan.

Selain Khairuddin, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar turut kelihatan di dalam gambar pertemuan berkenaan.

Hampir RM400K untuk ADUN S'gor digantung

Digantung daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak seburuk yang disangkakan apabila dewan negeri memutuskan untuk membayar kembali gaji mereka yang sepatutnya diterima.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor pada 28 Januari lalu memutuskan membayar “gaji tertunggak” bernilai RM395,583.90 untuk tujuh wakil rakyat yang terdiri daripada enam BN dan seorang DAP.

ADUN Sungai Pinang Datuk Teng Chang Kim (kiri) yang digantung 18 bulan pada era pentadbiran BN pada 2005 akan mendapat bayaran paling banyak sebanyak RM99,700.20.

Manakala lima orang wakil BN, termasuk bekas menteri besar Mohamad Khir Toyo, yang digantung dewan enam bulan akan mendapat RM294,383.70 atau 9,812.79 setiap seorang.

Selain Khir, mereka ialah bekas ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim, bekas ADUN Sabak Datuk Warno Dogol, bekas ADUN Dengkil Datuk Marsum Paing dan bekas ADUN Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar.

Bagi bekas ADUN Seri Serdang dan bekas ketua pembangkang negeri Datuk Satim Diman yang digantung sebulan akan mendapat bayaran RM1,500.

Rujuk kes MP Puchong

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor Hannah Yeoh (bawah) hari ini.

'Melayu lebih sokong Najib berbanding Dr M' ampu Ismail Sabri

Seorang menteri Umno berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih berupaya menarik sokongan pengundi Melayu berbanding PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil dengan modal itu untuk mempertahankan Najib, yang kini diserang hebat oleh Mahathir.

“Sebagai presiden Umno, Najib membawa perubahan kepada Umno dan sokongan kepada Umno meningkat dalam pilihan raya umum lalu.

“Ini berbeza dengan 1999,” katanya yang menambah, sokongan Melayu pada Umno pada waktu itu merosot ketika ia dipimpin Mahathir.

Menteri pertanian dan industri asas tani itu bercakap kepada pemberita selepas satu program kementeriannya di Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.

Najib sehingga kini masih berdiam diri dan enggan menjawab kritikan Mahathir ke atasnya.

Antara lain, Mahathir membangkitkan mengenai motif pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan juga masalah pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd.

KUKUH TANG MANA !!!..


Kalau KUKUH kenapa perlu cukai GST..
Kalau KUKUH kenapa perlu hapus subsidi rakyat..
Kalau KUKUH kenapa hutang negara meningkat 182.5 PERATUS di era pemerintahan Najib Razak !!!

Saham FGVH menjunam lagi, peneroka Felda dikhuatiri rugi RM177 juta..


HAKIKATNYA... Ada keluar kat tv & berita2 di M'sia ke tak berita saham FGVH semakin MENJUNAM JATUH 2 TAHUN BERTURUT-TURUT !!!! Harga saham FGVH dibuka RM5.39 (28/6/2012) dan TERKINI tinggal RM2.10 shj (9/4/2015).. APA DAH JADI NAJIB !!!!..

JATUH SEPARUH HARGA tuuuu !!!

Silap2 tanah2 peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI..
Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO ADALAH PEMBELA & PEJUANG MELAYU kan.. kan.. kan..

Mahathir sangat simpati cerita ibu Sirul


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar merancang untuk mengaturkan perbualan telefon antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Koperal Sirul Azhar Umar.
Kata beliau, perbualan telefon itu akan membolehkan Sirul menceritakan kisah yang berlaku di sebalik pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sebelum itu turut mengesahkan terdapat pertemuan antara ibu Sirul, Piah Samad dengan Mahathir di Yayasan Perdana Putrajaya semalam. (Foto atas)
"Saya akui ada pertemuan diadakan antara ibu Sirul Azhar bersama bekas Perdana Menteri.
"Maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal pertemuan tersebut kerana kita tidak mahu ada apa-apa halangan pada pertemuan itu," katanya.
Katanya, pertemuan tersebut sebagai memenuhi hasrat Piah untuk meminta pertolongan Mahathir agar Sirul diberi peluang baru untuk memulakan hidup baharu.
"Pertemuan itu berlangsung pada 3.40 petang selama 40 minit, pada pertemuan itu Piah mengharapkan ada pertolongan dari Tun.
"Saya melihat Tun mendengar dengan teliti luahan hati perasaan seorang ibu, Tun mengakui beliau mengenali Sirul sewaktu menjadi Perdana Menteri.
"Tun sangat simpati dengan apa yan diceritakan ibu Sirul dan ibu Sirul mengharapkan sesuatu dapat dilakukan Tun agar Sirul mempunyai kehidupan baru, ini intipati pertemuan kami semalam," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Mahfuz: Sirul perlu cakap pada Tun M perkara sebenar

sirul Mahfuz1KUALA LUMPUR, 9 APR: Ibu Sirul Azhar Umar, Piah Samad mengharapkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu melakukan sesuatu supaya anaknya diberikan ‘nafas baru’ kehidupan bersama keluarga.
Luahan berkenaan antara intipati perbincangan tertutup yang berlangsung semalam selama 40 minit di pejabat Mahathir bertempat di Yayasan Perdana.
Dr.-Mahathir-MohamedDatuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengakui membawa Piah dan bapa saudara Sirul Azhar Umar, Mustafa Samad bertemu Mahathir sekitar jam 3.40 petang semalam selepas penyebaran sekeping gambar pertemuan berkenaan di internet.
Mahfuz berkata, pertemuan dari hati ke hati itu terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan media bagi mengelakkan sebarang halangan.
“Tun (Mahathir) tidak menjanjikan atau menawarkan pertolongan, tetapi ibu Sirul merasakan Tun bercakap berkenaan isu ini dengan mengatakan tidak wajar Sirul mati di tali gantung dengan keadaan dia hanya menjalankan arahan.
“Tun menyarankan siasatan dijalankan, maka ibu Sirul merasakan ada satu harapan baru kerana anaknya pernah berkhidmat dengan Tun.

GST: Sekarang masanya rakyat bangkit

TUMPAT: Andaian kerajaan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersifat sementara dianggap meleset memandangkan kehidupan rakyat makin tertekan sekarang.

Belilah apa sahaja barangan keperluan harian di kedai semuanya meningkat. Paling mengawatkan kesukaran orang ramai untuk menambah nilai kad prabayar kerana peniaga enggan lagi menjualnya kerana risiko GST.

Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata bantahan awal Pakatan Rakyat terhadap GST ternyata berasas kerana kehadiran GST membuatkan tekanan baru terhadap rakyat.

Katanya peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan biar pun ada kalangan mereka tidak berdaftar dengan Jabatan Kastam.

“Dan sekarang masa paling sesuai untuk rakyat bangkit untuk membantah GST secara lebih meluas memandangkan mereka sendiri merasai bebanannya sekarang,” katanya di sini petang semalam.

Beliau ditemi selepas merasmikan penutup Pertandingan Hafazan al-Quran Peringkat Akhir Sekolah-Sekolah Agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Bustanus Saadah, Morak.

Che Abdullah yang juga Naib Yang Dipertua PAS Tumpat berkata walau apa pun penjelasan diberikan kerajaan, ia sukar diterima rakyat kerana bebanan kenaikan harga barangan begitu ekstrem sekarang.

DATARAN # KITALAWAN






FOMCA: Peniaga kaut keuntungan GST, pengguna terus terbeban

GST Grafik BaruSHAH ALAM, 9 APR: Harga barangan didapati meningkat 20 hingga 30 peratus selepas perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengadakan pemantauan ke atas peniaga dalam meletakkan tanda harga, kedudukan harga dan resit bayaran di salah satu pusat membeli belah, di Kelana Jaya, semalam.
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, harga barangan dipamerkan akan dibandingkan dengan harga dalam Buku Panduan Harga Pengguna yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Kita dapati kebanyakan harga dinaikkan sebanyak 20 hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding apa yang terkandung dalam buku panduan harga terbabit.
“Peniaga mengambil keuntungan sendiri dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan sehingga membebankan pengguna.
“Fomca akan teruskan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap peniaga atau premis yang tidak meletakkan harga sebelum dan selepas GST,” katanya yang dipetik MStar.
Lebih 1000 aduan yang diterima sejak perlaksanaan GST berkenaan peniaga yang cuba mengenakan GST sedangkan mereka tidak berdaftar sebagai peniaga yang dikenakan cukai.

RUU Persendirian MP Marang sesi akan datang


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian atau 'Private Bill' Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kanun Jenayah) (Pindaan) 2015 akan dibawa pada sesi parlimen akan datang.

Perkara itu diumumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, pagi ini.

Sesi parlimen yang akan berakhir pada hari ini hanya akan membentangkan RUU dari Menteri Dalam Negeri membabitkan RUU Hasutan (Pindaan) 2015 serta usul yang dibawa Menteri Kewangan.

Presiden PAS sebelum ini mengemukakan RUU Persendirian setelah Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) 2 1993 pada 19 Mac lalu.

Persoalan Dr Mahathir, perlukah Najib menjawab?

Persoalan Dr Mahathir, perlukah Najib menjawab?
Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya terhadap Datuk Seri Najib Razak termasuklah berkenaan isu 1MDB dan kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sementara Najib pula dilihat 'masih belum menjawab' secara lisan perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir.
Persoalan di sini, perlukah Najib menjawab persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir?
Najib mengarahkan agar siasatan dijalankan ketua audit negara serta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan kesediaan mereka untuk menyiasat apa-apa bentuk penyelewengan, jika ada, sejurus selepas laporan diterima daripada ketua audit negara dan PAC.
Melihatkan komitmen Najib untuk membuka laluan penuh kepada ketua audit negara dan PAC untuk menyiasat 1MDB sebenarnya menjawab persoalan dibangkitkan Dr Mahathir. Tindakan Najib untuk tidak menjawab secara umum tentang persoalan tersebut adalah wajar memandangkan penyiasatan masih sedang dijalankan.
Tidak timbul isu ketelusan penyiasatan ketua audit negara dan PAC terhadap 1MDB kerana melihatkan isu sebelum ini, laporan ketua audit negara serta PAC sentiasa dinantikan pihak pembangkang untuk digunakan sebagai modal untuk menghentam kerajaan. Laporan ini jugalah yang akan dijadikan modal pembangkang secara berterusan sepanjang masa tanpa mengira waktu untuk menunjukkan kononnya ketidakcekapan kerajaan. Jadi laporan ketua audit negara dan PAC sememangnya ada kredibiliti.
Jadi, semua pihak haruslah memberi ruang masa dan waktu kepada ketua audit negara dan PAC untuk menjalankan siasatan mereka secara rapi. Dan sehinggalah laporan siasatan siap, wajarlah arahan Najib kepada ketua audit negara dan PAC dijadikan jawapan kepada persoalan mengenai 1MDB ini.
Selain kes 1MDB, Dr Mahathir juga turut membangkitkan perihal anggota polis iaitu Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri yang didapati bersalah membunuh Altantuya. Dr Mahathir mempersoalkan tentang hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas mereka sedangkan mereka hanya mengikut arahan.
Sirul dan Azilah menjalani proses kehakiman yang sangat panjang iaitu daripada Mahkamah Tinggi, Rayuan dan seterusnya Persekutuan. Bermakna, mereka diberi ruang seluas-luasnya untuk membela diri dan menafikan hukuman yang bakal mereka hadapi.