Rabu, 8 April 2015

Apa punya malang Malaysia ada menteri macam ni...

Najib tetap enggan jawab Mahathir

Seminggu sudah berlalu namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus mengunci mulut atas serangan yang dilancarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wartawan Malaysiakini cuba meminta Najib menjawab perkara yang dibangkitkan itu dalam satu majlis dihadiri perdana menteri hari ini.

Wartawan mendekati Najib ketika beliau sedang meninggalkan majlis berkenaan.

Bagaimanapun, sebaik mendengar pemberita menyebut nama “Mahathir”, Najib mengangkat tangan sebagai isyarat bahawa beliau tidak akan melayan soalan tersebut.

Polis yang mengawalnya juga bertindak mengheret pemberita agar menjauhi Najib.

Seorang lagi anggota keselamatan Najib turut menuding jari ke arah pemberita sebagai isyarat agar tidak mengajukan soalan lanjut.

Gesaan agar Najib menjawab pertanyaan Mahathir antara lainnya disuarakan oleh anggota jemaah menterinya sendiri, Khairy Jamaluddin yang berkata perdana menteri bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu.

MP PKR Pandan Bahas RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2015

MP DAP PJ Utara Bahas RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pndaan) 2015

MP PKR Lembah Pantai Bahas RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2015

Menteri JPM Bentang RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2015

Nampaknya, nama Malaysia semakin harum di persada dunia..


Patutla kes2 jenayah di M'sia skrg ini semakin 'kurang'..

“Sirul telah menerima arahan dari pihak atasan dan teraniaya dalam isu ini….”

Piah Ahmad ibu kpd Sirul telah merayu dan memohon jasa baik Tun M untuk menyelamatkan anaknya daripada hukuman gantung dan tetap dengan pendiriannya mempertahankan bahawa Sirul hanyalah kambing hitam serta menjadi mangsa keadaan.

Ke mana perginya semua kekayaan negara?

Mok Khuen: Terima kasih kerana mengutarakan isu ini. Ia sukar dibayangkan, kita seharusnya jauh mendahului Singapura dari segi ekonomi, tetapi kini jauh ketinggalan, mundur ke tahap yang begitu rendah. Walaupun dengan hutan kita yang melata, tanah yang luas kaya dengan galian, mereka yang memegang tampuk kuasa dapat membazirkan kesemuanya, apakah penyelesaiannya?

Md Sezehli: Negara kita telah reput sehingga ke terasnya. Skandal, rasuah, manipulasi, saya tidak nampak penghujung semua kegilaan ini.

Moses Jolly: Ibu bapa bertanggungjawab untuk mula menabung bagi anak-anak mereka, sebelum ibu bapa berkahwin.

Teng Meng: Menyedihkan. Sangat, sangat menyedihkan. Kita boleh menjadi seperti Brunei di mana rakyatnya mendapat wang dari kerajaan, dan tidak perlu membayar cukai. Ke mana perginya kesemua kekayaan negara, mungkin soalan bodoh?

Seow Sing Randy Yong: Jadi apakah penyelesaiannya? Kita rakyat Malaysia masih tidur. Jika mereka terjaga BN mungkin tidak lagi dapat menjadi kerajaan.
Ramai rakyat Malaysia tidak bimbang tentang generasi akan datang. Mata mereka dibutakan bantuan-bantuan picisan. Ini akan menghasilkan rakyat Malaysia masa hadapan dan masa kini yang banyak berhutang.
Kita tidak boleh menyalahkan BN, kita yang harus dipersalahkan kerana mengundi mereka pada pilihan raya yang lepas. Terima kasih kepada yang menyokong mereka, dan ini adalah apa yang berlaku kepada anda sekarang.

Rosmah tidak bersalah kata Salleh Keruak

Menurut Datuk Seri Salleh Keruak, selain mencari salah laku Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memberi gambaran Rosmah sebagai raksasa bagi membangkitkan kemarahan rakyat.
salleh-keruak---rosmah
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir dituduh akan mencari jalan untuk menjatuhkan mana-mana pengantinya yang tidak menepati kehendak beliau.
Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, kaedah itu pernah digunakan bekas perdana menteri ke atas Tun Abdullah Badawi.
Dalam tulisannya di blog Salleh Said Keruak (SSK) menyifatkan kritikan yang dibuat Dr Mahathir bukan perkara baru kerana pelbagai tuduhan pernah dilemparkan kepada bekas Perdana Menteri Kelima.
“Bagi memperlekeh Pak Lah, dia berkata bukan beliau yang mentadbir negara ini. Sebaliknya diuruskan oleh kerajaan 4K: Kak Endon (isteri Pak Lah), Khairy (Menantu Pak Lah), Kamal (anak Pak Lah) dan Kalimullah (orang kuat Pak Lah)”, dakwa Salleh.
Jelasnya, cara yang sama kini digunakan Dr Mahathir bagi menyingkirkan Najib di mana beliau menggunakan individu di sekelilingnya terutama membabitkan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau mendakwa gelaran Wanita Pertama bukannya perkara baru kerana ia pernah digunakan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Dr Mahathir.
“Isteri Perdana Menteri sepatutnya memainkan peranan dalam kerajaan dan ini telah menjadi amalan sejak zaman Dr Mahathir apabila isteri Perdana Menteri mula dipanggil Wanita Pertama”, katanya dalam entri ‘Rosmah Mansor, the target to get Najib’.
Dalam tulisan yang sama Salleh mempertahankan keistimewaan yang diberikan kerajaan kepada Rosmah.

"Saya dah tak bermusuh dengan Tun M, sedia jumpa beliau" - Ku Li

"Saya dah tak bermusuh dengan Tun M, sedia jumpa beliau" - Ku Li
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau enggan mencampuri urusan tentang cadangan siapa yang sesuai mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Beliau mengulas tentang gesaan bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim yang meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Ahli Parlimen BN-Gua Musang itu untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Bagaimanapun katanya beliau tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir meskipun kedua-duanya dikatakan pernah ‘bermusuh’ suatu ketika dahulu.

"Bekerjasama dengan Tun Mahathir dan siapa-siapa pun tidak ada masalah.

"Tetapi untuk soal Perdana Menteri… itu soal lain… tidak boleh campur," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tengku Razaleigh juga menafikan bahawa beliau masih bermusuh dengan Dr Mahathir, malah mengakui mereka ’tidak berkelahi'.

"Saya tidak berkelahi dengan Tun Mahathir… kalau cakap sedikit-sedikit macam ini tidak faham latar belakang susah juga.

"Saya berkawan dengan Tun Mahathir sudah berpuluh tahun. Saya bukan duduk Parlimen hari ini sahaja… sudah 10 penggal," tegasnya.

Anak saya dikambing hitamkan, ujar Ibu Sirul kepada Tun M

Anak saya dikambing hitamkan, ujar Ibu Sirul kepada Tun M
KUALA LUMPUR: Ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, Piah Samad mengakui anaknya menjadi mangsa keadaan serta bakal dikambing hitamkan dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu

Menurut sumber, pertemuan tertutup Piah dan bapa saudara Sirul dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan sesi mendedahkan luahan hati seorang ibu yang mahukan anaknya dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati.

"Pertemuan itu disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.

"Banyak rahsia sebenar diceritakan sendiri Piah dan bapa saudara Sirul kepada Dr Mahathir.

"Piah merayu dan memohon jasa baik Dr Mahathir untuk menyelamatkan anaknya dari hukuman gantung. Piah mempertahankan anaknya dan menyifatkan Sirul menjadi mangsa keadaan serta dikambing hitamkan," kata sumber itu kepada Astro AWANI di sini hari ini.



Khairuddin turut serta dalam pertemuan ibu dan bapa saudara Sirul dengan Dr Mahathir di Putrajaya

Saham FGVH menjunam lagi, peneroka Felda dikhuatiri rugi RM177 juta

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Seramai 94,125 peneroka bakal kehilangan RM177 juta akibat kejatuhan mendadak harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
“Apabila FGVH disenaraikan pada Jun 2012, peneroka diperuntukkan 800 unit saham setiap seorang di dalam syarikat itu, dan mereka ditawarkan diskaun 10 sen kepada harga penawaran runcit RM4.55 sesaham.
“Malangnya, peneroka yang memegang saham ini akan kehilangan satu jumlah anggaran RM177 juta berdasarkan harga pasaran semasa yang ditutup semalam pada hanya RM2.09 sesaham.
“Ini adalah hasil daripada penurunan 53 peratus harga saham sejak dua tahun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim semalam, 94,125 peneroka, bersamaan 99.9 peratus daripada mereka masih mempunyai saham dalam FGVH.
Setiausaha Publisiti DAP itu menambah, kejatuhan mendadak itu amat memalukan kerana Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menunjukkan prestasi yang kukuh dengan peningkatan daripada 1,559 (16 peratus) kepada 1,855 mata dalam tempoh yang sama.
Kata Tony, ini sekaligus menjadikan FGVH sebagai saham perladangan paling teruk dalam Bursa Malaysia.

Najib, Ku Nan elak jawab kritikan Dr Mahathir

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengelak menjawab kritikan yang dilontar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua, perdana menteri dan menteri Wilayah Persekutuan itu hanya berlalu pergi sambil mengangkat tangan kepada wartawan selepas menghadiri majlis pelancaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di Bukit Jalil petang ini.

Kedua-duanya tidak menjawab sepatah pun apabila ditanya tentang kritikan oleh pemimpin veteran Umno yang berpengaruh tersebut, yang dilihat seakan tidak mahu berhenti daripada terus mengecam Najib dan pentadbirannya.

Tengku Adnan ketika ditekan oleh wartawan supaya mengulas kritikan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat tersebut hanya menjawab: "Tiada komen".

Dr Mahathir pada Khamis lepas menyenaraikan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib selama ini yang menurutnya masih belum dijawab dengan sempurna.

Ia termasuk dakwaan bekas pengawal peribadi Najib, Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, dan kini berada di Australia.

Tanggungjawab Najib jawab dakwaan Dr M, kata KJ

Sebut nama Mahathir, Najib bingkas beredar dari media


Tun M terima kunjungan ibu Sirul

Kunjungan tersebut turut disertai oleh bapa saudara kepada Sirul, Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan dan juga YB Dato' Mahfuz Omar.
mahathir sirul2
PETALING JAYA: Setelah beberapa kali menyentuh soal kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu di dalam tulisannya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menerima kunjungan daripada Piah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Long Piah yang juga ibu kepada Sirul Azhar di pejabatnya, hari ini.
Kunjungan tersebut turut disertai oleh bapa saudara kepada Sirul, Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan dan juga YB Dato’ Mahfuz Omar.
Difahamkan banyak perkara dan rahsia sebenar telah diceritakan sendiri oleh ibu dan bapa saudara Sirul kepada Tun M.
Piah Ahmad telah merayu dan memohon jasa baik Tun M untuk menyelamatkan anaknya daripada hukuman gantung dan tetap dengan pendiriannya mempertahankan bahawa Sirul hanyalah kambing hitam serta menjadi mangsa keadaan.
“Sirul telah menerima arahan dari pihak atasan dan teraniaya dalam isu ini….”

Kemana RM3.8 bilion pelaburan SRC International, anak syarikat 1MDB?

Pelaburan SRC International dalam syarikat arang Gobi Coal & Energy Limited di Mongolia disyaki merupakan salah guna dana awam, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Ini kerana pegangan SRC International, dengan wang yang dipinjam dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) itu berjumlah kurang daripada RM49.6 juta (USD 134 juta).
Tony merujuk fakta didedahkan Sarawak Report yang mengesan Origo Partners PLC, salah satu pelabur dalam syarikat arang batu itu.
Menurut Pengarah Origo Partners, Niklas Ponnert, syarikatnya memiliki saham terbesar dalam Gobi Coal & Energy.
“Dalam laporan audit terakhir oleh Ernst & Young pada 30 Jun 2014 menunjukkan, pelaburan Origo di Gobi Coal & Energy berjumlah 14 peratus, atau bernilai USD 13.4 juta.
“Ini bermakna jumlah nilai syarikat itu (Gobi Coal & Energy) hanya RM 354 juta sahaja (USD 95.7 juta),” kata Tony.
Pengarah Origo menyatakan, syarikat pelaburannya yang tersenarai di bursa saham London itu adalah pemegang saham terbesar di Gobi Coal & Energy.
Ini membuktikan pegangan saham 1MDB tidak melebihi 14 peratus, bukannya 50 peratus seperti dinyatakan Menteri Kewangan dalam jawapan di Parlimen.
Tambah Tony, pendedahan itu menunjukkan Najib berbohong sekali lagi apabila mengatakan SRC International mempunyai keuntungan 50 peratus dari Gobi Coal.

Najib nafi 1MDB muflis....

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menafikan syarikat pelaburan strategiknya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah muflis.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak seharusnya timbul kerana syarikat berkenaan telah berjaya melunaskan hutangnya sebanyak RM2 bilion kepada dua institusi kewangan pada 13 Febuari lepas. 

"1MDB telahpun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion dengan Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman. 

"Sedemikian itu tidak timbul isu 1MDB sudah muflis," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, dalam satu jawapan bertulis kepada Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat di sini. 

Chuan Aun meminta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada 1MDB sebenarnya sudah muflis kerana tidak berupaya membayar balik mengikut jadual berkontrak bagi pinjamannya sebanyak RM2 bilion daripada Maybank. - Bernama

PM diam sebab hormat Tun Mahathir kata penganalisis

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana beranggapan Najib tidak mahu mengeruhkan keadaan selain menghormati Mahathir.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku.

"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir  dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

Jawab dakwaan Mahathir, kata KJ sekali lagi


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sekali lagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab isu dibangkitkan terhadapnya, terutama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya kenapa Najib lama berdiam, Khairy berkata beliau percaya isu itu harus disentuh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media di Institut Sukan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

“Setiap pentadbiran berdepan sesuatu isu dari masa ke semasa. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita menangani isu ini.

“Saya fikir perkara itu akan berlaku,” katanya.

Minggu lalu, Khairy berkata Najib sendiri harus menjawab persoalan dibangkitkan Mahathir, walaupun perkara itu mungkin telah dijawab sebelum ini.

Mahathir mulai minggu lalu mula menyerang keras Najib dalam pelbagai isu, termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Developement Bhd dan kemerosotan sokongan kepada BN.

Kritikan itu dilihat antara paling keras terhadap Mahahir, yang menariknya dibuat sehari sebelum ulang tahun keenam pentadbiran Najib sebagai perdana menteri pada 3 April.

Kes solat Jumaat: Pekerja adu pada Agong

Satu NGO propekerja memohon agar Yang di-Pertuan Agong dapat membantu sekumpulan pekerja asing beragama Islam yang didakwa dihalang daripada menunaikan solat Jumaat.

Presiden NGO Kebajikan Global Keselamatan Manusia Malaysia T Kamalanathan berkata, pihaknya menerima 22 aduan berhubung kejadian seperti itu.

Kamalanathan berkata, ia melibatkan kumpulan pekerja dari India, Pakistan dan Bangladesh yang tidak diberikan kelepasan bagi tujuan itu.

Malah, ada di kalangan pekerja itu dibuang kerja dan dipukul kerana meminta untuk ke masjid untuk solat Jumaat, katanya kepada Malaysiakini.

“Terdapat banyak perselisihan faham. Seorang pekerja ditampar oleh majikannya dan yang lain dimarahi dengan teruk sekali sehingga mereka memutuskan untuk berhenti kerja,” katanya.

Menurutnya, para majikan tersebut antara lainnya memberi alasan bahawa pekerja tempatan juga tidak dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurut Kamalanathan, aduan seperti itu diterima sejak dua tahun lalu dan mereka melaporkan perkara itu kepada polis dan juga ke Jabatan Buruh.

KEMUNAFIKAN UMNO


Firman Allah SWT maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. 

(Surah An-Nisaa' 4:145)

Kelemahan tadbir urus tanah, Putrajaya mungkin rugi jutaan ringgit, kata PAC

Putrajaya mungkin rugi berjuta ringgit akibat pengurusan sistem pajakan tanah yang lemah, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2015.Putrajaya mungkin rugi berjuta ringgit akibat pengurusan sistem pajakan tanah yang lemah, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2015.Putrajaya mungkin mengalami kerugian jutaan ringgit susulan pengurusan sistem pajakan tanah lemah, terutamanya membabitkan tanah milik kerajaan Persekutuan yang dipajak syarikat dalam melaksanakan sesuatu projek, kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kebanyakan tanah milik kerajaan Persekutuan hanya dipajakkan pada kadar bayaran nominal yang lebih rendah, berbanding nilai pajakan komersial tanah di sesuatu kawasan.
"Daripada segi nilai, kerajaan berkemungkinan hilang jutaan ringgit," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau turut mengambil contoh tempoh pajakan tanah yang diberikan kepada syarikat YTL untuk melaksanakan projek Bestari Net di sekolah di seluruh negara. "YTL sewa RM120 setahun untuk satu tapak tanah dan itu nilai yang sangat rendah. Sesetengah tapak di sekolah berada di kawasan bandar dan ada nilai tanah yang tinggi," katanya.

Ahli Parlimen Umno mahu pindaan Akta Hasutan ditarik balik


Berikutan bantahan daripada peguam dan kumpulan hak asasi, seorang ahli Parlimen Umno hari ini mahu Putrajaya menarik balik cadangan pindaan kepada Akta Hasutan 1948 yang dibuat semalam, supaya lebih banyak perbincangan mengenainya boleh diadakan.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai mengenai pindaan yang menjadi kontroversi tersebut, mencetuskan kekeliruan.

"Itu tidak bagus. Sebab itu kita mesti melihat dengan teliti isi kandungan pindaan itu dan rakyat seharusnya dibenarkan menyuarakan pendapat mereka," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

 Bung Moktar berkata, pindaan yang dicadangkan Putrajaya, seperti yang dibentangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, mestilah baik untuk rakyat.

KEADILAN lancar jentera PRK Permatang Pauh 14 April, kerjasama mantap

keadilanKUALA LUMPUR 8 APRIL: KEADILAN akan melancarkan Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) P44 Permatang Pauh 14 April ini sebagai simbolik mengenang tarikh Ketua Umum, Saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999.
Setiausaha Agung, Rafizi Ramli berkata, jentera parti sudah bersedia berhadapan PRK tersebut dan calon bertanding diputuskan melalui amalan biasa dilakukan parti itu.
“Jawatankuasa Pilihan Raya bersedia lebih awal dan Biro Politik berbincang semalam dengan keputusan melancarkan jentera minggu depan pada malam 14 April di Permatang Pauh.
“Tarikh ini dipilih bersesuaian dengan ‘Black 14′′ Datuk Seri Anwar dipenjarakan.
“Mengenai calon diumumkan pada malam berkenaan, Insya-Allah, tidak boleh janji,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei selepas kerusi itu diisytihar kosong ekoran pemenjaraan Anwar sebagai tahanan politik selama lima tahun.
Penamaan calon pula berlangsung pada 25 April sementara pengundian awal 3 Mei.

Najib buat pusingan ‘U’ kerana tekanan dalam UMNO?


teresa-kok


KUALA LUMPUR, 8 APR: Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pusingan ‘U’ dengan mewartakan undang-undang termasuk Akta Pencegahan Keganasan (POTA) akibat tekanan dalaman UMNO?
Demikian persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung langkah Najib ‘merestui’ pewartaan undang-undang menindas, sedangkan Perdana Menteri keenam itu sebelum ini dilihat cuba melakukan perubahan melalui pemansuhan akta-akta menindas.
“Datuk Seri Najib masuk ke pejabat (Perdana Menteri) enam tahun lalu sebagai pembaharu, kini memutuskan membuat pusingan ‘U’ dan berpaling dari janjinya sebelum ini.
“Pembentangan secara tiba-tiba kerajaan daripada pindaan Akta Hasutan 1948 kepada menjadikannya lebih zalim ketika undang-undang itu dicabar di mahkamah menunjukkan Najib bersedia menerima ‘permintaan menekan’ demi kelangsungan kuasanya.
“Najib sememangnya telah lupa apa yang pernah beliau katakan, bahawa era kerajaan tahu segalanya sudah berakhir,” kata Teresa dalam satu kenyataan.
Najib, pada malam sambutan Hari Malaysia 2011 mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat selain menggantikan Akta Hasutan dengan undang-undang sesuai sebagai salah satu usaha transformasi politik.

Opposition demands action to save Felda

Tony Pua says there is not a single investment bank in Malaysia that has rated FGVH as a ‘Buy’ stock, despite its current low prices.
FGVH
KUALA LUMPUR: The Opposition has demanded that Prime Minister and Finance Minister Najib Razak, who promised Felda settlers the stars during the listing exercise, take decisive action to reverse the decline of the company, before the rot continues and becomes irreversible.
“The settlers who held on to their shares would have lost an estimated total of RM177 million based on Tuesday’s market closing price of only RM2.09 per share,” said Petaling Jaya Utara MP Tony Pua. “This is the result of a 53 per cent drop in the share price over the past two years.”
“When Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd was listed in June 2012, some 94,219 Felda settlers had bought their allocated 800 shares each in the company. They were offered shares at a 10 sen discount to the retail offering price of RM4.55 per shares.”
The Chairman of FGVH, Isa Samad, together with the top management of the company must take collective responsibility for the poor performance of the company, said Pua who is also DAP National Publicity Secretary. “This is especially since FGVH in its 2012 Annual Report boasted that ‘FGVH’s stunning debut on the main market in Bursa Malaysia in 2012 was a global sensation. This is just the start of our metamorphosis into a global powerhouse.”
“The performance of FGVH over the past two and a half years only made the above statement a laughing stock, for not only did the company fail to become a ‘global powerhouse’, it was a trailing laggard even in Malaysia.”
The shares have performed disastrously despite a strong performance by the Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) which appreciated from 1599 to 1855 points (16 per cent) over the same period. FGVH also suffers the ignominy of being by far the worst performing plantation stock of Bursa Malaysia.

Royalti: Rakyat Kelantan disaran solat hajat



KOTA BHARU: Rakyat Kelantan disaran menunaikan solat sunat hajat di masjid-masjid dan madarasah malam Jumaat ini memandangkan kes tuntutan royalti dibicara di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutus 13 isu yang dikemukakan kerajaan negeri berhubung tuntutan royalti sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata mahkamah akan memutuskan berkaitan isu pentakrifan, status dan perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri.

Katanya tuntutan mendapat hak ke atas royalti difail di mahkamah pada 2010 dan akan diperdengarkan perbicaraan pada Mei ini.

“Pada masa yang sama difahamkan mahkamah akan memutus tarikh perbicaraan kes itu pada Jumaat ini juga.

“Oleh itu kerajaan negeri berharap keputusan positif kepada kerajaan negeri supaya ruang untuk kita mengemukakan soalan penting di mahkamah pada perbicaraan yang diadakan.

“Isu-isu yang dibangkit itu di bawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah,” ujarnya di sini semalam.

ABIM kecam IS serang kem pelarian Palestin di Yarmuk



KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam serangan terkini kumpulan militan Negara Islam (IS) ke atas Kem Pelarian Palestin di Yarmuk Syria.
Menurut laporan agensi berita Al-Jazeera, seramai 2,000 orang pelarian Palestin telah pun dipindahkan dari kem tersebut yang didiami seramai 18,000 orang.
Menurut Naib Presiden Abim, siri terkini kekejaman ini melangkaui batas pertimbangan manusiawi, lebih-lebih lagi apabila serangan tersebut membabitkan pelarian Palestin sebagai mangsanya.
"Abim menilai peristiwa ini akan hanya memburukkan situasi geo-politik di Timur Tengah yang dibayangi pelbagai kemelut pasca-Arab Spring.
"Serangan IS ke atas pelarian Palestin seharusnya menjadi 'wake up call' kepada generasi muda untuk tidak terjebak ke dalam kelompok ekstremisme seperti IS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru katanya, Abim mengharapkan kerjasama daripada warga serta organisasi media agar mengetengahkan siri kekejaman terbaru IS ini selari dengan pendirian tegas rakyat serta kerajaan Malaysia menolak IS.
"Atas keadaan yang berlaku ini, Abim menyeru seluruh warga Malaysia yang prihatin agar dapat menyalurkan sokongan serta bantuan kemanusiaan kepada warga Syria serta Palestin (di Syria) yang memerlukan," katanya lagi.
Segala bentuk sokongan ini boleh disalurkan menerusi jaringan NGO-NGO kemanusiaan Syria seperti Gabungan Selamatkan Syria.

WOWW !!!.. Lebur lagi RM51.24 juta.. Hurmmm


Kalau camnilah gayanya, alang2 baik tubuhkan aja Kementerian PERMATA. Suh Rosmah masuk bertanding ADUN atau Parlimen. Kalau Rosmah menang lantik terus aja Rosmah jadi Menteri di Kementerian tersebut..

Negara akan bertambah maju & stabil ekonominya jika laki-bini teraju pemerintahan negara !!!

JANGAN RISAU.. Najib dah kata "GST itu HALAL."


JANGAN RISAU.. Menteri UMNO kata "pencukaian baru GST Boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion."

JANGAN RISAU.. Menteri UMNO kata "Kereta Proton setanding kereta BMW"

JANGAN RISAU.. Macai Peguam UMNO kata "Siapa tak baya GST hukumnya haram."

Pesanan Almarhum Tok Guru: Teruskan Perjuangan Hudud - Ahmad Yakob

FOMCA: Harga barangan naik hingga 30% selepas GST

'JASA dilantik penolong pendaftar kerana ia jabatan k'jaan' kata SPR

Rafizi: Jelaskan 6 BMW tanpa nombor tapi ada jata negara?


Parti komponen BN di belakang Najib, namun Umno masih membisu

oleh Hazlan Zakaria
Seperti yang dijangka, parti komponen BN dengan pantas berdiri di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi serangan bertali-arus daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun begitu, kebisuan daripada struktur sokongan biasa Umno dan kematian dua pembantu utama Najib mungkin akan mengancamnya.
Pemerhati menyatakan yang Najib lebih sukar untuk disingkirkan oleh Mahathir, tidak seperti Tun Abdullah Badawi. Namun melihat kepada keadaan sekarang, kedudukan Najib mungkin tidak sekukuh seperti yang sepatutnya.
“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib,” kata Mahathir.
Antara yang paling awal menghulurkan tangan, atau dalam politik – kenyataan, untuk mempertahankan Najib adalah parti komponen daripada negeri “deposit tetap” iaitu Sabah dan Sarawak.
Menteri Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom menyifatkan serangan Mahathir terhadap Najib sebagai hobi masa lapang bekas perdana menteri itu, dan menyeru tokoh veteran itu tidak memainkan peranan “nujum sangka mara” (prophet of doom).
“Saya amat menghormatinya. Tetapi janganlah kita jadi nujum sangka mara. Semua orang akan menerima kesannya,” beliau dilaporkan berkata.
Sementara itu, Menteri negeri dan juga Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Dr James Masing tidak bersetuju dengan pandangan Mahathir bahawa BN akan tewas pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
“Saya yakin BN dengan Najib sebagai perdana menteri akan terus mentadbir Malaysia selepas PRU yang dijadualkan pada 2018.”
Walaupun yakin BN akan tetap menang, beliau mengatakan lebih baik jika perselisihan dalam Umno ini tidak wujud.
Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Seri Mohd Salleh Keruak juga turut serta, dengan mengecam Mahathir ekoran serangannya berhubung 1MDB, dan menangkis dakwaan bahawa badan pelaburan kerajaan itu menanggung kerugian.
Katanya, 1MDB masih lagi baru dan tidak boleh dibandingkan dengan badan pelaburan yang sudah bertapak kukuh, seperti Temasek Group milik Singapura yang sangat berjaya.
Selepas negeri “deposit tetap”, sokongan seterusnya hadir daripada parti berasaskan kaum yang melengkapkan syarat gabungan pemerintah itu.

Calon PRK sudah ada, tapi sabar, kata Dr Wan Azizah


PKR Pusat sudah memutuskan individu yang layak bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh, namun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail belum bersedia mendedahkan nama calon terbabit.

Presiden parti itu berkata, perkara itu hanya akan diumumkan secara rasmi apabila tiba masanya kelak, malah enggan mengulas spekulasi anak keduanya Nurul Nuha Anwar bakal diletakkan sebagai calon.

"Memang kita sudah ada perbincangan mesyuarat dan kita akan umumkan... nanti dululah, sabar," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini mengumumkan pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei, dan penamaan calon pada 25 April. Dr Wan Azizah berkata, PKR akan membuka bilik operasinya untuk PRK itu pada 14 April ini.

Kita Lawan mahu pacak papan tanda di Dataran

Kumpulan aktivis anak muda Kita Lawan akan melancarkan dan 'mewartakan' tapak duduk bantah tindakan ketua polis negara dekat Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "Dataran Kita Lawan", malam ini.

Mereka juga akan meletakkan papan tanda sebagai simbolik bahawa anak muda mempunyai hak untuk bersuara secara terbuka susulan cadangan kerajaan mahu meminda Akta Hasutan.

"Satu papan tanda ‘Dataran #KitaLawan’ akan didirikan sebagai simbolik bahawa anak muda mempunyai hak untuk bersuara secara terbuka.

"Ini juga sebagai janji kami dan peringatan kepada pemerintah bahawa ugutan dan hukuman tidak mampu menyekat kemaraan anak muda," katanya sekretariat kumpulan itu.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu juga akan mengadakan 'malam setiakawan' terhadap 13 aktivis yang dipenjara kerana membantah 'rampasan kuasa' di Perak pada 2009.

Laporan polis seluruh negara pada Dr M

Sebuah kumpulan merancang membuat laporan polis di seluruh negara bagi menggesa pihak polis menyiasat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bawah Akta Hasutan 1948.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata tindakan itu diambil susulan kenyataan Mahathir, antaranya berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Laporan polis sedang dibuat di seluruh negara.

"Semalam ada sekumpulan (buat laporan polis) di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Rembau, pagi ini di Kuantan dan Hulu Selangor.

“Dan petang ini di Pulau Pinang dan Melaka," kata ketua SAMM Badrul Hisham Shahrin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Saman Fitnah: Akhbar Umno tutup fakta, burukkan ahli Parlimen PAS, kata hakim

Sebuah penerbit akhbar dan pengarangnya mempunyai niat buruk apabila melaporkan seorang ahli PAS berkelakuan buruk dan menimbulkan kekacauan semasa perbahasan di Parlimen 14 tahun lalu, dengan mencabar seorang penyokong kerajaan untuk bertumbuk, menurut Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Hishamudin Mohd Yunus berkata ia satu tindakan yang disengajakan iaitu dengan ‘pick and choose’ (membuat pilihan tertentu), dan ‘black out’ (menghapuskan) fakta yang memihak kepada plaintif, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS.

Hishamudin berkata, mahkamah juga menolak pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat yang dikemukakan terlebih dulu pihak defendan - The New Straits Times (M) Bhd (NST) dan bekas pengarang kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee.

 "Mengenai fakta, kita mendapati jelas wujud niat jahat di pihak defendan seperti yang ditunjukkan melalui cara kejadian itu dilaporkan," kata hakim itu dalam penghakiman bertulis yang pada tahun lalu mengekalkan saman fitnah yang dibawa Mahfuz .

Alasan bertulis 25 muka surat itu, bertarikh 17 Mac, kini boleh didapati di laman web badan kehakiman Malaysia. Defendan mendakwa, laporan mengenai Mahfuz dalam akhbar (Berita Harian) itu kejadian sebenar apa yang berlaku di Parlimen, di mana Mahfuz dikatakan mencabar Shahziman Abu Bakar, ahli Parlimen Tampin, bertumbuk di luar Parlimen.

Umno dominan masih perlu PAS jadi teman?

Oleh Nazri Noor
Politik Malaysia adalah Umno. Dan Umno adalah politik Malaysia."
 Satu ungkapan yang tidak ada siapa berani dapat nafikan. Umno sememangnya layak dinobatkan sebagai sebuah parti yang dominan. Bukan setakat jaguh kampung, tetapi setanding, malah berdiri lebih tinggi daripada parti kontemporari seperti Golkar (Indonesia), Kongress (India) dan seumpamanya.

Bayangkan, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 pada 2004, Umno yang muncul dengan 109 kerusi, membolot 49.8% daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat. Untuk memerintah negara ketika itu, Umno cuma perlukan seorang ahli Parlimen yang lompat, menjadikan kerusi Umno 110, angka yang layak untuk majoriti mudah, dan seterusnya layak memerintah bersendirian. Tanpa perlu bantuan sesiapa. Begitulah dominannya Umno. Golkar dan Kongres pun tidak pernah terbayang mendapat laluan semudah itu untuk memerintah di negara mereka.. PRU12 dan PRU13 : Umno lawan Pakatan Rakyat (PR)
Pada PRU12 (2008), Umno secara bersendirian muncul sebagai juara keseluruhan dengan membolot 79 kerusi, berbanding 82 untuk PR. Ditolak 2 kerusi dari Sabah dan Sarawak, kerusi PR di Semenanjung ialah 80, sama banyak dengan kerusi Umno yang 79 itu.
Maksudnya, kejutan arus tsunami Semenanjung yang dibawa PR itu cuma mampu dipatahkan Umno secara bersendirian, tanpa perlu mengharapkan orang lain.
Sekali lagi, PRU13 menyaksikan Umno muncul pemenang mutlak sebagai sebuah parti yang dominan dengan 88 kerusi, bersamaan 40% dominasi di Dewan Rakyat. Umno semenangnya dominan daripada segi pencapaian kerusi, walaupun perolehan undi, masih boleh dipertikaikan.
Pokoknya, Umno memang dominan. Tapi persoalannya, kenapa Umno masih perlukan PAS?
Politik siapa cepat dia dapat
Dalam sistem amalan politik Malaysia cara siapa cepat dia dapat (first-past the post) dan pemenang bolot semua (winner takes all), Umno cuma perlu dapatkan 24 kerusi untuk mencapai angka 112 kerusi, untuk melepasi tiang first-past-the-post, sebagai syarat majoriti mudah dan layak membentuk kerajaan.
Jumlah 24 kerusi ini boleh dari mana-mana parti lain yang sanggup 'menjual diri mereka' kepada Umno. Umno, sebagai sebuah parti yang dominan, ada hak untuk pick and choose apa dan siapa yang mereka mahu. Dan Umno semestinya tidak ketandusan pilihan (not short of options).
Secara matematik, Umno boleh mengguna pakai pelbagai kombinasi untuk mencapai angka ajaib 112. Memang sedia maklum, kombinasi sedi ada BN sudah menghasilkan 134 kerusi.
Bagaimanapun, ditakdirkan parti komponen kecil BN kini berpakat merajuk, secara hipotetikalnya, Umno masih mampu bergabung dengan PKR, boleh menghasilkan 118 kerusi, manakala gabungan Umno+DAP pula menghasilkan 125 kerusi. Tetapi gabungan Umno+PAS belum tentu menghasilkan 112 untuk membentuk kerajaan, tanpa merayu belas ihsan komponen parti lain.
Adakah Umno akan terus dominan?
Tidak! Umno tidak akan terus dominan. Budak sekolah menengah pun tahu membaca. Dan strategis Umno tentunya amat arif bab ini.
Kalaulah diumpamakan Umno ini sebuah syarikat pelaburan, pelabur sudah mula membaca trend menurun saham ini. Tahap sokongan undi popular yang asyik menurun dari tahun ke tahun. Tahap resistance juga terenjat dan graf menunjukkan ke arah menguncup dan konsolidasi menuju 2018.
Itulah petunjuk nilai saham Umno. Pelabur sudah mula berfikir untuk cash out dan diversifying their investment, sebelum pelaburan menjadi buluh kasap.

Dr Mahathir Akui Wang Negara Hilang Semasa Jadi PM

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui berlaku kehilangan wang negara semasa beliau menjadi Perdana Menteri."Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang," katanya menerusi satu kenyataan di blog chedet.cc pada Selasa.
Dr Mahathir berkata, punca kerugian itu membabitkan Perwaja Steel, Bank Bumiputra dan Maminco.
Beliau turut mahu penjelasan mengenai dakwaan terhadap penglibatannya dalam Konsortium Perkapalan dan Forex serta bagaimana ia merugikan kerajaan. "Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi.
"Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana," katanya.
Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2002.
Beliau turut merujuk kepada kejatuhan nilai Ringgit sebanyak 70 sen pada masa ini yang menyebabkan kerugian berbilion Ringgit kepada negara.
"Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku di zaman saya," katanya.
Bagaimanapun katanya, tidak munasabah dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkenaan dengan hutang RM42 bilion.
Kerajaan menubuhkan 1MDB pada 2009 bagi memacu pelaburan strategik, dikritik ekoran sejumlah besar hutangnya.

Jantankah Najib?

Dr Mahathir dianggap lebih jantan berbanding Najib kerana berani menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.
shabudin, mahathir, najib
PETALING JAYA: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab persoalan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan tanda tanya.
Pendekatannya sama sekali berbeza dengan bekas Perdana Menteri, yang terus memberikan reaksi apabila diasak dengan pelbagai tohmahan dan serangan peribadi sepanjang 22 tahun meneraju negara ini.
Secara terbuka beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu mengakui berlaku skandal yang turut melibatkan kerugian wang berbillion ringgit ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat.
Tanpa berselindung dalam blognya chedet.cc, Dr Mahathir menjelaskan beliau tahu ke mana wang berkenaan hilang dan sanggup dirinya disiasat.
Mengulas lanjut mengenai jawapan segera yang diberikan negarawan itu, penulis blog Shahbudindotcom menyifatkan reaksi yang diberikannya menggambarkan kejantanan Dr Mahathir.
“Tun Mahathir tidak terkecuali menunjukkan “kejantanannya” dengan menyatakan sedia disiasat lagi berkenaan kehilangan wang di zamannya”, tulisnya.
Menurut Shahbudin, kritikan yang dibuat Dr Mahathir juga berbentuk pengajaran kepada Najib, bagaimana seorang pemimpin memainkan berperanan.
Membandingkan pendekatan yang diambil, bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu turut memuji pendekatan Dr Mahathir kerana memperlihat keberaniannya.
“Salah satu kelebihan sebagai pemimpin yang diperlihatkan oleh Mahathir ialah seseorang itu mesti mampu menjawab kritikan dan menjelaskan apa juga perkara yang diragui oleh orang ramai.
“Selain menuntut Najib menjawab pelbagai kritikan yang dibangkitkannya sebelum ini, Tun Mahathir dalam masa yang sama menunjukkan beliau seorang yang tidak pernah lari daripada kritikan” kata Shahbudin.

Perhimpunan HINDAR anjuran Dawan Ulama Pas tidak jaja isu Anwar

Penganjur HINDAR beri jaminan kepada Polis akan mematuhi syarat yang ditetapkan termasuk tidak mengibarkan sebarang bentuk bendera politik.
hindar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan Himpunan Derita Rakyat atau HINDAR diadakan dengan syarat tidak boleh menyentuh isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dewan Ulamak Pas Pusat selaku penganjur HINDAR juga diingatkan supaya tidak mengibarkan sebarang bentuk bendera parti politik.
Ia adalah antara ketetapan PDRM yang diberikan dalam satu pertemuan dengan pihak penganjur di Balai Polis Dang Wangi pada Isnin lalu.
Setiausaha HINDAR, Muhd Najhah Halim memaklumkan pihaknya bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan itu kerana mahu perhimpunan berkenaan berjalan secara aman dan sah.
HINDAR diadakan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Ia akan diadakan pada Sabtu in di Padang Merbok, dan dijangka dihadiri pimpinan utama PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Seramai 5,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam bantahan yang dijadual bermula dari jam 4 petang sehingga 9 malam.

Pota: Jalan menuju 'ISA 2.0'?

Rang undang-undang pencegahan keganasan (Pota) yang baru diluluskan Dewan Rakyat digelar sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2.0 kerana turut mempunyai peruntukan penahanan tanpa bicara.

Peruntukan itu membuatkan ia dikaitkan dengan ISA yang dimansuh dan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959.

Bawah undang-undang ini, seseorang individu boleh ditahan sehingga dua tahun dan disambung setiap dua masa, tiada had masa.

Selain peruntukan membenarkan penahanan tanpa bicara, di bawah antara persamaan dan perbezaan ketiga-tiga undang-undang itu.

Cabar penahanan di mahkamah?

Penahanan bawah ketiga-tiga undang-undang ini tidak boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah tidak terlibat meneliti prosidingnya.

Bekas Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan (kanan) berkata peruntukan itu hanya menunjukkan kerajaan tidak yakin terhadap bidang kehakiman.

Ragunath percaya lebih besar jenayah itu, lebih ketat undang-undang diperlukan untuk memastikan keadilannya.

“Seseorang individu harus mendapat manfaat daripada perlindungan undang-undang dan ini untuk memastikan ketelusan untuk mencegah salah guna kuasa,” katanya.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret?

Dalam ISA, suspek tidak dibawa ke Mahkamah Majistret. Bawah Pota, polis boleh membuat tangkapan tanpa waran dan kemudian membawanya kepada majistret dalam tempoh 24 jam.

Pota kini dikenali sebagai 'Akta Larut Malam'



KUALA LUMPUR: Tindakan BN meluluskan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) di larut malam seolah-olah memaksa rakyat untuk menerimanya tanpa bantahan.

"Selepas ini, rakyat pula bakal dipaksa menerima cadangan pemindaan Akta Hasutan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, perkara yang paling dikecam di dalam kedua-dua akta itu ialah peruntukan untuk penahanan tanpa bicara bagi Pota dan penahanan si tertuduh tanpa jaminan, elemen yang menyebabkan rakyat membenci dan menuntut ISA dimansuhkan selama ini.

Menurutnya, dengan keadaan Perdana Menteri dan BN makin goyah ekoran serangan Dr Mahathir, skandal 1MDB, GST dan sebagainya, ini menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan BN memperkenalkan ISA dalam bentuk Pota dan pemindaan Akta Hasutan yang dicadang dalam keadaan yang sebegitu tergesa-gesa.

"Apakah semua ini untuk kerajaan BN mengekalkan kuasa kerana menyedari ia sudah kehilangan populariti di kalangan rakyat?" tanya beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sebelum ini, ujar beliau Akta Hasutan telah digunakan sewenang-wenangnya terhadap ahli pembangkang dan media.

"Dengan pindaan yang melibatkan peruntukan untuk tiada jaminan kepada mereka yang dituduh di bawah ini, apakah kerajaan mahu mengebumikan kebebasan bersuara dan media secara tidak langsung?" ujarnya lagi.

'Hasrat berzuriat tergendala kerana GST'

Perbelanjaan membesarkan anak lebih membebankan pasangan muda selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata anggota Parlimen Kulai.

Wakil rakyat muda 34 tahun itu mendakwa kerajaan tidak mengawal selia harga barang-barang keperluan untuk membesarkan anak-anak seperti susu dan lampin bayi.

“Walaupun susu formula sepatutnya berkadar sifar (GST) tetapi semua harga di pelbagai pasar raya naik.

“Menurut buku panduan, banyak barang sepatutnya lebih murah tetapi masalah besarnya apabila panduan ini tidak berguna langsung,” tambah ibu muda kepada dua orang anak itu.

Dalam keadaan sekarang ini, kata Teo, Malaysia sekarang mempunyai ramai pasangan muda yang terpaksa berdepan belanja mahal membesarkan anak-anak.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Teo berkata panduan kerajaan menyebut bahawa harga barangan seperti susu tepung sepatutnya turun sekurang-kurangnya dua peratus.

Bagaimanapun, berdasarkan penelitiannya, ia sebaliknya naik kepada 7 hingga 15 peratus.

Susulan itu, katanya, ramai pasangan muda kini memilih tidak berzuriat lagi buat masa ini, termasuk dirinya sendiri.

“Pasangan muda memilih untuk tidak memiliki anak kerana mahu tumpukan kepada perkara lain seperti membeli rumah, kereta dan bergelut dengan kos hidup sehari-hari,” kata Teo,

P'raya kecil Permatang Pauh, Rompin mungkin serentak

Patutla Menteri UMNO kata kereta Proton dah sama hebat & taraf dgn BMW... Rupa2nya mmg betol2 sbb dah MURAH agaknya !!!..



Atas tindakan pantas sahabat-sahabat kita, maka hari ini kantoi lagi Kerajaan Persekutuan beli kereta mewah BMW 7-Series. Rentetan seperti berikut:
1) Pukul 7:24 pagi seorang anak muda hantar gambar dari BMW Bandar Puteri Puchong mengadu kenapa ada BMW berjata negara
2) Sekitar pukul 10:40 pagi seorang lagi sahabat anti-rasuah yang berkejar ke BMW Bandar Puteri mengambil gambar dari dekat dan mengesahkan kereta-kereta ini memang betul-betul wujud
Admin ucapkan terima kasih kepada 2 orang anak muda ini. Harap YBRafizi Ramli akan tanya Menteri selepas ini apa perlunya kereta-kereta ini disaat RAKYAT BAYAR GST !!!
Kredit : Rafizi Ramli