Isnin, 6 April 2015

KANTOI LAGI !!! BONGKAR PEMBOHONGAN Menteri Ahmad Maslan.


Rupa2nya tuala wanita, beg sekolah, pensel & pakaina harian TIDAK DIKENAKAN SEBARANG CUKAI sebelum GST dilaksanakan..

Adakah menteri ini BUTA FAKTA !!!

Laman pro-BN ramal Dr M serang Rosmah pula

Senyap dalam tempoh 24 jam selepas kritikan keras Tun Mahathir Mohamad, sebuah laman web pro-Umno hari ini terus menyerang balas mantan perdana menteri itu.

MyKMU.net hari ini menerbitkan artikel yang mempersoalkan sama ada Mahathir akan menyasarkan Rosmah Mansor, untuk melemahkan suaminya Datuk Seri Najib Razak.

Laman itu menjelaskan bagaimana Mahathir menggunakan modus operandi sama seperti yang dilakukan terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan mensasarkan menantunya Khairy Jamaluddin dalam pilihan raya 2008.

“Soal ada bukti atau tidak itu belakang kira kerana jika isunya bukti, Mahathir tidak akan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantunya kerana perkara itu telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Muat turun penghakiman, dapatlah jawapan, Najib apa kena mengena dalam hal itu?

“Tapi sebagai mana yang dikatakan tadi, isunya bukan bukti tapi mencipta persepsi buruk terhadap Najib dengan menggunakan isterinya,” kenyataan dalam blog itu dipetik.

Artikel itu berkata Mahathir akan kemungkinan besar "merampas" dakwaan pembangkang sebelum ini yang mendakwa Rosmah campur tangan dalam pentadbiran Umno dan negara.

MyKMU turut berkata kini kisah tentang isteri Mahathir,Tun Siti Hasmah Ali, tidak campur tangan dalam hal ehwal negara sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah Malaysia tersebar di media sosial.

“Untuk apa semua ini kalau bukan untuk dibandingkan dengan Rosmah nanti?” tulisan dalam blog itu dipetik.

'Bila dalang nyanyuk...'

Kampung Baru: 'Apa guna pelan pembangunan kalau ramai tak setuju?' - Johari

Kampung Baru: 'Apa guna pelan pembangunan kalau ramai tak setuju?' - Johari
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membuat penilaian segera mengenai nilai tanah di Kampung Baru selain mendapatkan persetujuan pewaris mengenai harga akhir yang akan ditetapkan kelak.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan melalui Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) juga perlu menentukan tarikh akhir untuk menjawab setiap persoalan pewaris mengenai tanah yang akan dibangunkan.

"Saya minta menteri berkenaan melunaskan janji kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru.

"Kerajaan cuma mengeluarkan pelan pembangunan dan tidak memberi nilai. Ia menyebabkan penduduk marah; ia tidak berlaku sebelum pelan pembangunan dikeluarkan.

"Sekarang perlu kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum membuat sebarang pembangunan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi pewaris berkenaan," katanya semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif PKB Naharuddin Abdullah berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian menyeluruh mengenai nilai tanah di Kampung Baru bersama konsortium yang terdiri daripada enam penilai hartanah, sebelum kawasan tersebut dibangunkan sepenuhnya.

Jelasnya, kajian tersebut dijangka siap menjelang Mei atau April ini.

Aidana Baizieva : Tipu menipu sudah bermula?

Misteri menyelubungi mangsa keenam nahas helikopter Sabtu lalu apabila identitinya masih belum dikenal pasti seperti yang didakwa oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Seorang jurucakap hospital memberitahu pemberita bahawa tidak dipastikan bahawa mayat berkenaan merupakan Aidana Baizieva seperti yang dilaporkan media.
"Kami juga tidak pasti jantina mangsa.
"Satu perkara yang kami dapat sahkan bahawa sekumpulan pelawat dari Kedutaan Kyrgyzstan tiba di bilik mayat pagi ini," katanya.
Jurucakap itu turut mendedahkan bahawa Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sedang mempersiapkan kertas kerja yang diperlukan sebelum menuntut mayat juruterbang, Kapten Clifford Fournier.
"Ia merupakan kes polis dan siasatan sedang berjalan maka kita tidak boleh mendedahkannya lagi," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin yang nyaris terlibat dalam nahas helikopter Sabtu lalu apabila beliau turun di Muadzam Shah di Rompin, kira-kira kurang sejam sebelum insiden berlaku berkata, beliau tidak mengetahui siapakah wanita yang duduk di sebelah juruterbang.
"Saya tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan saya tidak bertanyakan siapa dia.
"Syarikat helikopter sepatutnya lebih tahu kerana juruterbang akan memaklumkan mengenai setiap pergerakan kepada menara kawalan atau syarikat," katanya.
Terdahulu, wanita berkenaan yang dipercayai merupakan saudara tiri Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Dia tiba bersama seorang pegawai Kedutaan Kyrgyzstan di bilik mayat HKL kira-kira pukul 10.45 pagi.
Seorang jurucakap Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan Baizieva merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia.
"Rekod menunjukkan dia (Baizieva) berada di Malaysia hampir setahun," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Baizieva dikatakan terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu yang turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka. -mstar



Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

KERETA PASUKAN AUDIT GST ???


Apa bezanya Pasukan Audit GST dgn Kastam ???

Ini baru blom sampai seminggu GST dilaksanakan dah jadi macam ni.. Agaknya lps sebulan, setahun, 5 tahun, 10 tahun cukai2 GST dikutip apa plok yg diorg nak bantai..

Malaysia perlu miliki sebuah mahkamah perlembagaan

oleh Alyaa Alhadjri
PETALING JAYA: Dengan semakin banyak kes undang-undang dan tindakan kerajaan dibawa ke mahkamah untuk semakan semula, pakar-pakar percaya bahawa sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai sebuah badan kehakiman khusus untuk mengendalikan perkara itu.
Oleh itu, apa-apa cadangan untuk menubuhkan sebuah mahkamah perlembagaan sebagai sebahagian daripada reformasi demokrasi – sama seperti pergerakan Indonesia pasca-Soeharto 1998 – perlu diberi perhatian dan dibincangkan oleh semua pihak yang berkepentingan.

Mahkamah perlembagaan Indonesia telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2003, untuk memastikan semua undang-undang yang digubal adalah selaras dengan Perlembagaan Indonesia, dan Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamad dari Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu Semut Harian bahawa cadangan yang sama harus dibincangkan dalam konteks Malaysia.
Beliau memberi contoh debat terbaru mengenai Akta Pencegahan Keganasan Rang Undang-Undang 2015 (Pota); pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993; dan Akta Hasutan 1948 sebagai contoh undang-undang yang boleh dicabar di mahkamah perlembagaan.
“Bukan semua ahli parlimen memahami teras dan falsafah di sebalik peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kita.
"Ini juga melibatkan tafsiran asas, mengenai sama ada ia mentakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular atau sebaliknya," kata Ahmad Marthada yang merupakan Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM.
Dalam satu kenyataan pada 6 April, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata bahawa Rang Undang-Undang Pota, yang dibentangkan untuk bacaan kedua, adalah "secara jelas dan terang-terangan melanggar" Perlembagaan Persekutuan.
Naib Presiden PKR dan peguam hak asasi manusia itu berkata yang perlembagaan memerlukan penubuhan sebuah lembaga penasihat, supaya tahanan dapat diwakili.
"Lembaga pencegahan keganasan yang ditubuhkan di bawah fasal 8 (rang undang-undang itu) tidak patut dikelirukan dengan lembaga penasihat yang diperlukan menurut perlembagaan; ia tidak mengandungi ciri-ciri lembaga penasihat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 151.
“Kesilapan besar ini menjadikan ia tidak menurut perlembagaan, dan apa-apa tahanan yang dilakukan di bawah undang-undang itu akibatnya akan tidak sah," hujahnya, dengan mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional dan Menteri Dalam Negeri "tiada pilihan dalam perkara ini" selain menarik balik rang undang-undang itu secara keseluruhannya.
Pengkritik-pengkritik itu telah menyifatkan Rang Undang-Undang Pota itu sebagai kemunculan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri yang zalim, tetapi Parlimen dijangka akan meluluskan undang-undang baru itu – bersama-sama dengan lima undang-undang anti-keganasan yang lain – pada penghujung sesi parlimen terbaru.

MP DAP Puchong Bahas RUU Pencegahan Keganasan 2015

MP PAS Shah Alam Bahas RUU Pencegahan Keganasan 2015

MP DAP Bukit Bendera Bahas RUU Pencegahan Keganasan 2015

Peguam Sirul nafi dakwaan KPN, tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapa

Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul semasa perbicaraan itu, berkata peguam Malaysia dan Australia menasihatkan Sirul supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada sesiapa sementara menunggu keputusan kes ekstradisi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 April, 2015. 
Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul semasa perbicaraan itu, berkata peguam Malaysia dan Australia menasihatkan Sirul supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada sesiapa sementara menunggu keputusan kes ekstradisi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 April, 2015.

Peguam kepada Korperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu dan seorang pemimpin pembangkang mempertikaikan dakwaan polis kononnya mereka mengadakan pertemuan dengan bekas komando itu bagi membincangkan mengenai siasatan susulan terhadap tuduhan membunuh warga Mongolia itu.
Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul semasa perbicaraan itu berkata peguam Malaysia dan Australia menasihatkan Sirul supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada sesiapa sementara menunggu keputusan kes ekstradisi.
"Dia berada di bawah arahan ketat peguam di sini dan Australia supaya tidak membuat sebarang temu ramah sehingga mendapat pelupusan permohonan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghantar balik," kata Kamarul kepada The Malaysian Insider.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkeras dengan mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berbohong ketika menyatakan yang polis ada bertemu Sirul. Kamarul berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Sirul adalah di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney pada pertengahan Februari lalu.
"Ia dakwaan palsu kepada sesiapa saja yang mengatakan pernah bertemu dengan Sirul malah sebagai anak guam kami sangat sedar sebarang temu ramah akan menjejaskan statusnya di sana," kata Kamarul merujuk kepada kenyataan Khalid terdapat seseorang bertemu dengan Sirul.
The Malaysian Insider difahamkan terdapat 2 kumpulan peguam Australia dilantik untuk berunding berhubung soal imigresen dan masalah ekstradisi ini.
Kamarul juga mendedahkan Pejabat Peguam Negara masih belum memulakan permohonan ekstradisi dengan Canberra, walaupun bekas anggota polis itu ditangkap pada 22 Januari lalu.
Minggu lepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul ditangguhkan kerana ia melibatkan "isu undang-undang yang rumit".

Siapa Aidana?

Kehadiran Aidana menaiki helikopter menjadi misteri selepas usaha mendapatkan maklumat mengenainya.
waris
PETALING JAYA: Aidana Baizieva, salah seorang mangsa nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu, disahkan warga Kyrgyzstan.
Pejabat Kedutaan Kyrgzstan di Kuala Lumpur dilapor telah memaklumkan pegawainya serta kakak wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pengecaman dan menuntut jenazahnya.
Pihak media yang menunggu di HKL bagaimanapun gagal mendapat sebarang reaksi atau komen daripada mereka.
Aidana dilaporkan masih lagi bujang dan berada hampir setahun di Malaysia.
Identiti wanita itu menjadi misteri kerana dia bukan pembantu pilot yang dilaporkan terkorban malah kehadiran Aidana dalam helikopter menjadi tanda tanya.
Dalam kejadian 4.45 petang pada Sabtu lalu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Dato’Azlin Alias antara enam yang terkorban selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di Semenyih.
Empat mangsa lain iaitu, juruterbang, Kapten Clifford Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran, usahawan dari Kedah, Datuk Tan Huat Seang dan Aidana Baizieva.

Nilai tender nombor plet 'RM' mencecah RM7 juta

Nilai tender nombor plet 'RM' mencecah RM7 juta
ARAU: Nilai tender yang ditawarkan 1,507 pembida dari seluruh negara untuk mendapatkan nombor plet kenderaan yang bermula dengan huruf ‘RM’ mencecah RM7 juta, nilai bidaan tertinggi pernah diterima oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis setakat ini.

JPJ Perlis membuka tawaran pembidaan bagi plet nombor kenderaan itu pada 23 Februari lepas dan ditutup 10 Mac lalu untuk membolehkan permohonan diproses bermula 11 Mac dan berakhir hari ini.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Jejawi di sini hari ini, Pengarah JPJ Negeri, Zulhasmi Mohamad memberitahu bagi nombor plet menggunakan huruf RL yang ditawarkan sebelum ini telah mengumpul nilai tawaran tender sebanyak RM1.7 juta sahaja oleh para pembida yang berjaya.

Beliau berkata sebanyak 6,272 pembida terdiri daripada orang perseorangan dan syarikat dari dalam dan luar Perlis telah membida bagi mendapatkan plet nombor kenderaan berhuruf RM itu dan membayar 50 peratus daripada nilai tender yang ditawarkan.

Semua pembida akan dimaklumkan sama ada mereka berjaya ataupun tidak dalam tawaran tender masing-masing melalui surat yang mula dihantar hari ini, katanya.

Bagi mereka yang berjaya dikehendaki melunaskan bayaran nilai tender masing-masing yang masih berbaki 50 peratus dalam tempoh sebulan dan mereka kemudian diberi tempoh enam bulan lagi untuk mendaftar nombor plet yang telah dimenangi di JPJ negeri.

"Jika nombor-nombor plet berkenaan tidak didaftarkan dalam tempoh tersebut, pendaftaran akan dibuka kepada orang lain dan pembida yang menang tidak berhak membuat sebarang tuntutan selepas itu," kata beliau.

Siapa 'wanita misteri' Kyrgystan dalam heli?

Spekulasi muncul kenapa terdapat seorang warganegara Kyrgystan dalam helikopter yang terhempas di Semenyih dan mengorbankan enam orang pada Sabtu.

Aidana Baizieva, salah seorang penumpang dalam helikopter itu, tetapi tidak seperti pihak lain, identitinya masih misteri setakat ini.

Mayatnya telah dikenal pasti hari ini oleh seorang wanita, dipercayai anggota keluarga, yang enggan bercakap kepada media.

Seorang pegawai kedutaan Kyrgystan mengesahkan kerakyatan Aidana dan memberitahu mStar bahawa dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya setahun.

Maklumat lain, daripada laporan The Malaysian Insider, menyebut Aidina masih bujang.

Aidana dikenal pasti oleh Kementerian Pengangkutan pada Sabut malam sebagai pembantu operasi helikopter.

Spekulasi menyebut bahawa beliau pembantu juruterbang tetapi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dia bukan pembantu juruterbang kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu.

Menteri: Pekerja syarikat penerbangan

Dakwaan bahawa seorang wanita bertudung yang bergambar bersama juruterbang helikopter itu Clifford William Fournier itu sebagai Aidana juga ternyata palsu.

Audit bangkitkan masalah kolej tentera RM116 juta


Stor senjata terdedah dan bangunan tidak boleh didiami antara masalah yang dialami oleh Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, Kedah, yang menelan belanja kerajaan sebanyak RM116 juta.

Perkara itu antara kelemahan diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Laporan itu membangkitkan seperti berikut:

“Pembinaan  beberapa kemudahan bangunan dan prasarana tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pagar keselamatan bagi stor peluru dan senjata; tiada penghadang antara padang bola dengan kolam renang dan tiada penghadang pada menara abseiling.”

Laporan juga menyebut “bangunan keselamatan tidak boleh diduduki walaupun telah siap dibina kerana tiada kelengkapan perabot dan keseluruhan sistem komunikasi tidak berfungsi”.

KTU dibina oleh Syarikat Keindah Sdn Bhd.

Ia sepatutnya disiapkan pada November 2012 tetapi tertangguh selama 161 hari.

Sirul: Mahfuz minta IGP hentikan lawak jenaka


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghentikan segala 'lawak jenaka' dan menjalankan tugas secara adil, profesional, amanah dan berprinsip.
Beliau berkata, Khalid perlu berhenti berlagak seolah-olah beliau seorang ahli politik Umno yang hanya bertugas untuk menjaga kepentingan Umno dan Barisan Nasional(BN).
"Pemerintahan BN dan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menghitung hari sahaja lagi sebelum tumbang di dalam pilihan raya yang akan datang.
"Kuasa yang ada pada Ketua Polis Negara tidak akan mampu untuk menghalang suara rakyat," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikai kenyataan Khalid yang menyatakan bahawa pihaknya telah menghantar pegawai ke Australia untuk merekodkan keterangan Koperal Sirul Azhar Umar.
Katanya, apa yang diperkatakan oleh Khalid itu satu pembohongan, malah perkara itu turut dinafikan oleh Sirul sendiri.
"Sirul menyatakan bahawa tiada mana-mana anggota polis dari Malaysia yang datang menemuinya di tempat dia ditahan tersebut dan hal ini juga disahkan sendiri oleh Peguam Sirul, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin.

Kes Sirul: IGP hina Dr M, kata PAS

Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar cuba menghina negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan bahawa polis sudah menemui banduan Sirul Azhar Umar di Australia.

Mahfuz berkata, Sirul sendiri menafikan kenyataan Khalid bahawa pegawai polis Malaysia ditahan untuk merekodkan kenyataan Sirul di Australia.

Katanya, perkara itu disahkan sendiri oleh peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin.

Dengan kenyataan Sirul ini, menimbulkan pertanyaan kenapa Ketua Polis Negara telah berbohong dalam keadaan beliau tahu bahawa Sirul pada bila-bila masa berkeupayaan untuk menafikan pembohongan tersebut?

“Adakah ini antara tanda-tanda betapa Tan Sri Khalid sudah tidak layak untuk terus memegang jawatan nombor 1 dalam PDRM...?,” soalnya.

Beliau seterusnya mengaitkan tindakan Khalid yang tangkas mengarahkan pasukannya menahan MP atas ucapan dalam perbahasan Parlimen dan kenyataan di Twitter.

Mahfuz dengan sinis menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai “siri lawak jenaka”.

Najib perlu jawab segera kritikan Dr Mahathir - BNBBC

Najib perlu jawab segera kritikan Dr Mahathir - BNBBCKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menjawab segala kritikan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya dengan kadar segera.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata walaupun kurang bersetuju dengan kritikan terbuka Dr Mahathir itu, namun kelab itu berpandangan sudah sampai masa untuk Najib memberikan jawapan.

"Kami ada berbincang (dengan Najib), mana yang boleh kami jawab seperti isu jet, 1MDB dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi kami juga nasihat tentunya sampai masanya Najib kena berikan jawapannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Kata Shahrir, ini kerana kritikan Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat itu bukan hanya berkisar kepada soal pentadbiran malah turut bersifat peribadi.

Baru-baru ini, Dr Mahathir melalui laman blog chedet.cc telah mengkritik Najib secara terbuka serta keras apabila menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya Najib masih menerajui UMNO dan pentadbiran kerajaan Malaysia.

Dari kartunis kampung kepada musuh No 1 Umno Baru

oleh Mariam Mokhtar
Zunar mula melukis kartun pada usia yang muda. Rakan-rakan sekolah rendahnya di Pendang, Kedah gemar berkongsi kartunnya. Ketika berusia 11 tahun, beliau semakin bersemangat apabila Majalah Bambino menerbitkan kartunnya. Di mata rakan sekolah dan kampungnya, dia adalah seorang wira, budak kampung yang telah berjaya dalam dunia penerbitan.
Ini diikuti pula dengan lebih banyak kejayaan, dan kartun beliau telah diterbitkan dalam majalah-majalah seperti Anak Kijang dan Pak Adil. Namun tidak beliau sangka bahawa 40 tahun kemudian, dia akan dianggap sebagai musuh nombor satu Umno Baru dan mendapat pengiktirafan dunia.
Jadi, mengapakah Zunar dibenci oleh pihak berkuasa?
Pertamanya, Zunar adalah seperti kita semua. Beliau tidak menjadi ahli dalam mana-mana NGO atau parti politik. Hubungan politik beliau dapat dilihat dari lukisan-lukisan beliau. Beliau pernah berkata bahawa jika Pakatan berjaya mendapat mandat, beliau akan memberikan mereka masa yang munasabah untuk mula memperbetulkan semua kesalahan UMNO Baru. Selepas itu, beliau akan memberikan pemimpin-pemimpinnya tahap penelitian yang sama dengan pemimpin-pemimpin Umno Baru. Beliau mensasarkan pemimpin kerana mereka adalah pembuat keputusan.
Keduanya, Zunar tidak takut dengan ancaman. Individu-individu yang lemah semangat telah tunduk kepada tekanan, dan kini sedang menikmati ganjaran kuasa, kedudukan dan wang, dengan mengkhianati rakyat. Suara hati Zunar adalah jelas.
Ketiga, Zunar adalah seorang kartunis berbakat dan dia mempunyai tarikan meluas. Peminat termuda Zunar berusia tujuh tahun, dan memiliki setiap buku dalam koleksi Zunar. Dia menggemari kartunnya kerana ianya lucu. Seorang dewasa muda mendedahkan bahawa pemahamannya tentang politik meningkat, apabila dia semakin matang, dan kartun-kartun Zunar menjadi semakin penting dan relevan. 

Pasukan bolasepak Malaysia cuba 'saingi' GST

oleh Zulhilmi Zainal
Semenjak 1 April, rakyat Malaysia, khususnya pengguna-pengguna media sosial, telah naik marah disebabkan oleh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Sebahagiannya (selain daripada rasa tidak puas hati kerana terpaksa membayar lebih) adalah disebabkan pelaksanaannya yang tidak teratur.
Beberapa produk yang tidak sepatutnya dikenakan cukai, masih dikenakan cukai, sementara beberapa perniagaan terus berkeras mengekalkan caj perkhidmatan mereka. Dan tambahan pula – kekecohan mengenai bayaran isi semula kredit telefon bimbit.
Perniagaan-perniagaan sebenarnya mempunyai pilihan untuk tidak mengalihkan kos GST kepada pengguna-pengguna, dan mereka boleh menyerapnya jika mereka memilih untuk berbuat demikian. Tetapi acap kali, perniagaan akan cuba mencari jalan untuk mengelakkan pengguna dari menjadikannya satu isu.
Seperti yang dijangka, tidak banyak perniagaan-perniagaan di Malaysia telah memilih untuk menyerap kos GST, kecuali beberapa seperti gergasi peruncitan Mydin, rantaian butik tudung Fareeda, pengedar tekstil Jakel Trading, dan pengedar barang kemas tempatan Habib Kumpulan. Keputusan mereka telah mendapat pujian banyak pihak, termasuk Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan.
Namun begitu, satu pihak yang tidak dijangka telah turut memutuskan untuk menyerap GST; pasukan-pasukan bola sepak profesional Malaysia.
Di sebalik beberapa rintangan, bola sepak dalam negeri telah berjaya menarik semakin ramai penyokong untuk kembali ke stadium pada tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya pasukan-pasukan seperti Johor Darul Ta'zim, Pahang dan Sarawak, yang bermain di stadium yang hampir penuh pada setiap perlawanan. Walaupun penyokong tegar berkeras bahawa penyokong bukanlah pelanggan, tidak dapat dinafikan bahawa wang adalah nadi bagi bola sepak era moden.
Kemudahan, pemain import, pakar-pakar teknikal tidak dapat diperolehi dengan harga yang murah, dan sumber pendapatan yang paling penting adalah peminat yang hadir semasa hari perlawanan, dan membeli tiket perlawanan. Ramai yang berkata bahawa wang tajaan TV adalah lebih penting, tetapi mereka lupa bahawa penyiar tidak akan berminat menayangkan perlawanan-perlawanan yang dimainkan dalam stadium kosong, di antara kelab-kelab yang tidak terkenal.

MP DAP Bukit Gelugor Bahas RUU Pencegahan Keganasan 2015

MP PAS Temerloh Bahas RUU Pencegahan Keganasan 2015

Pakatan lancar petisyen atas talian bantah GST


Senang bukan jadi KERAjaan. Boleh perabih hampir RM1 juta ringgit utk nak rai tahun baru..


Itu semua tuntuan yg disyariatkan dlm ajaran Islam Wasatiyyah UMNO. Mesilah bersederhana. Setakat lebur RM848,000 tu celah2 taik gigi Najib aja.. Nasib baik KERAjaan tak perabih RM1 juta ka, RM5 juta ka..

Last2 hari ini RAKYAT KENA TANGGUNG BAYAR GST !!!

MP PAS SHah Alam vs BN Kinabatangan Bahas RUU Pencegahan Keganasan

MP PAS Sepang Bahas RUU Pencegahan Keganasan 2015

MP PKR Padang Serai Bahas RUU Pencegahan Keganasan 2015

IPU mission arriving in Malaysia on May 18

University hospitals should be exempted from GST

DAP prepares Liow's quit letter in tit-for-tat

Kes Altantuya: Peguam namakan mereka yang patut disiasat

K’jaan tolak cadangan pindaan ‘pencegahan’ POTA

Pakatan Rakyat proposed amendments to POTA

Petisyen 1 juta rakyat #BantahGST



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menghidupkan semula kempen #BantahGST bagi mendapatkan satu juta petisyen rakyat secara online melalui laman web bantahGST.com
Tujuan petisyen rakyat ini dilancarkan adalah untuk menghantar mesej secara jelas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau harus membatalkan cukai GST.
"Kami mensasarkan 200,000 bantahan menjelang 1 Mei 2015. Kemudian berperingkat-peringkat mencapai 1 juta. Kalau suara rakyat kuat, rakyat berkuasa. Kami percaya Suara Rakyat, Suara Keramat.
"Tema Kempen ini adalah “Bantah Cukai Rakus, Golongan Susah Tertindas!” kata kenyataan bersama Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru), Teo Kok Seong (DAP-Rasah), Hanipa Maidin (PAS- Sepang) dan G Manivannan (PKR-Kapar).
Kempen ini adalah kempen bersiri selama beberapa minggu dan empen Pertama adalah #BantahGST berkaitan tambah nilai prabayar telefon bimbit iaitu isu Telco Top Up Card yang penuh kontroversi.
Mengikut aduan yang diterima oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Konsumer dan Koperasi (KPDNKK), 44% adalah berkenaan dengan Telco Top Up. Ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan berunding dengan syarikat-syarikat Telco.
"Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjanjikan tiada GST untuk Top Up Card, tetapi sekarang terbuktinya GST dikenakan. Ini jelas janji tidak ditepati!

Angkara GST pengguna sukar 'top up' prabayar

KOTA BHARU: Sikap tidak konsisten kerajaan terhadap caj cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi kad tambah nilai prabayar (top up) mengundang situasi sukar kepada orang ramai.
Sebahagian besar masyarakat terutamanya di kampung menggunakan kaedah top up bagi membolehkan mereka berkomunikasi melalui telefon.
Namun sejak 1 April lalu mereka semakin sukar untuk menambah nilai kredit telefon memandangkan banyak kedai tidak menjual perkhidmatan itu.
Seorang peniaga kedai telekomunikasi di sebuah pusat membeli belah di sini memberitahu, mereka tidak menjual top up sejak 2 April lalu kerana masih celaru dengan GST yang mulai berkuatkuasa awal bulan ini.
Katanya sikap kerajaan yang tidak konsisten menyebabkan peniaga kedai telekomunikasi berdepan dengan masalah.
“Kami membeli kad prabayar daripada pembekal dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Jadi kenakan pula caj GST itu kepada pelanggan.
“Kami tidak boleh lagi menjual pada kadar harga lama kerana pembekal sudah mengenakan harga lebih tinggi selepas berkuatkuasa GST,” katanya di sini.
Kata beliau ramai pelanggan yang mahu membeli top up merungut dan marah apabila dikenakan caj GST.
“Misalnya bagi kad tambah nilai berharga RM5 sekarang pengguna perlu tambah 50 sen. Dan kalau kad tambah nilai prabayar berharga RM10 bermakna GST kena bayar RM1.

Tolak Najib, Kadir tuding jari pada Rosmah

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa.

Kadir, yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata berbanding Abdullah atau Pak Lah, Najib lebih sukar ditangani.

“Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar,” tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

“Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar.

“Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.

“Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar,” katanya dalam tulisan di blog.

Altantuya: Persoal motif bukan hina mahkamah - Peguam

Peguam veteran Americk Sidhu berkata, ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya boleh membezakan tindakan mempersoalkan motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan perbuatan menghina mahkamah

Americk yang merupakan peguam kepada seorang saksi utama dalam kes pembunuhan itu berkata, Khalid perlu faham bahawa tiada siapapun yang mempersoalkan keputusan mahkamah.

“Persoalan (motif) ini masuk akal. Ini adalah persoalan sama yang ditanya oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sejak lapan tahun lalu.

“Apa yang Khalid gagal sedari ialah, tiada siapa yang mempersoalkan keputusan tersebut. Semua orang setuju bahawa keputusan (mahkamah) adalah betul.

“Bagaimanapun, soal motif itu tidak pernah ditangani dalam tiga mahkamah yang dilalui kes ini. Malah, bukti berhubung motif tidak pernah dikemukakan oleh pendakwaan,” kata Americk dalam kenyataannya.

Peguam kepada mendiang P Balasubramaniam itu berkata, oleh itu, Khalid perlu meningkatkan tumpuan dalam siasatan semula kes berkenaan dan bukannya menyiasat kenyataan di Twitter.

“Daripada membuat orang gerun di Twitter, lebih baik Khalid lihat jika kes ini perlu disiasat semula dengan lebih bersungguh-sungguh daripada sebelumnya.

“'Khalid Twitter' malah sanggup mengugut (salah satu kemahirannya) sesiapa saja yang berani membangkitkan isu motif pembunuhan kejam wanita warga asing di tangan dua komando polis terlatih Malaysia.

“Alasan yang diberikan oleh Khalid, Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan dan apa-apa alasan di sebalik keputusan tersebut boleh dianggap menghina mahkamah,” kata Americk.

Menurutnya lagi, beliau juga bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut membangkitkan persoalan motif berkenaan.

Ketua polis negara ‘penipu’, kata PAS


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar "berbohong" apabila mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar anggotanya ke Australia untuk mendapatkan maklumat daripada Koperal Sirul Azhar Omar berhubung kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahfuz pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, pihaknya menghubungi Sirul secara peribadi, dan bekas anggota pasukan keselamatan itu memaklumkan kepadanya kenyataan Khalid itu tidak benar. "Sirul sangat kecewa dengan pembohongan ketua polis negara bila saya hubungi dia 2 hari lalu," kata Mahfuz.

 The Malaysian Insider hari ini melaporkan peguam Sirul, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin turut mempertikaikan dakwaan polis apabila mengatakan satu pertemuan diadakan dengan bekas komando itu.

"Saya anggap ini kenyataan bohong ketua polis negara, sangat menyentuh kredibiliti negara, akibat peribadi beliau yang sangat buruk apabila buat kenyataan bohong, satu dunia tahu. "Ini bermakna, ketua polis negara lakukan pembohongan terhadap negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

"Kelayakan sebagai ketua polis negara hilang, kenyataan bohong ini menjejaskan imej Malaysia,” katanya. Dr Mahathir sebelum ini mengkritik secara keras pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan mengatakan kebenaran perlu didedahkan berhubung isu pembunuhan Altantuya.

Asal keluar aja dari mulut menteri2 di M'sia pasti mudah perbodohkan rakyat..


TAHUKAH ANDA, model Proton yg memiliki taraf 5 Bintang-ANCAP HANYA ADA 2 SAHAJA iaitu Preve & Suprima S. Yg lain ada hanya ada satu, tiga & empat bintang shj..

BERBANDING...
1) BMW ada 6 model dpt 5 Bintang-ANCAP
2) Volvo ada 8 model dpt 5 Bintang-ANCAP
3) Toyota ada 15 model dpt 5 Bintang-ANCAP
4) Honda ada 8 model dpt 5 Bintang-ANCAP

WAHAI MENTERI UMNO.. rajin2lah buat kajian sblom cakap.

Apa Kata Jika Mahathir Sendiri Membuat Laporan Polis Terhadap Najib?

Serangan terbuka Tun Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak ketika ini sudah boleh dikira berada di tahap yang tidak boleh dipulihkan lagi. Beliau sudah dianggap "berkerat rotan, berpatah arang" dan "putus saudara" dengan Najib.

Bermula dengan serangan terhadap aspek kepimpinan, Tun Mahathir kini benar-benar menyerang sasaran yang melibatkan peribadi dan maruah Najib, terutama berkaitan pembunuhan Altantuya, 1MDB dan kekayaan keluarganya.

Mahathir juga  bukan lagi mahukan apa-apa jawapan dan penjelasan daripada Najib. Beliau sudah menunggu untuk sekian lama menanti jawapan daripada Najib tetapi tiada apa-apa yang diperolehinya. Perjumpaan senyap juga sudah tertutup, kata Tun Mahathir.

Ketika beliau menulis surat menegur dan mengumumkan penarikan balik sokongannya, bukan jawapan atau penjelasan yang dibalas Najib, sebaliknya beliau menghantar seseorang menemui Tun Mahathir agar menarik balik isi hati yang diluahkan melalui surat itu.

Ia jelas menunjukkan bahawa Najib tidak mahu memberi penjelasan dan tidak juga mahu berubah. Pendiriannya ialah Tun Mahathirlah yang harus berundur dan menarik balik suratnya.

Ini tentu saja mengecewakan Mahathir sedangkan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyelamatkan masa depan negara ini. Lalu, Tun Mahathir kini secara terbuka mengkritik, menarik balik sokongan dan terus menyerangnya.

Apa yang dimahukannya sekarang hanyalah satu - Najib mesti berundur dan segera meletakkan jawatan kerana dianggap terlalu banyak skandal berkaitan dirinya.

Dalam memberi tekanan kepada Najib agar berundur itu, Tun Mahathir seolah-olah berpegang kepada isu  Sirul yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan skandal kewangan melibatkan 1MDB sebagai senjata utamanya.

Audit: Perbadanan Putrajaya bayar RM848,000 kepada media siar sambutan ulang tahun

Perbadanan Putrajaya (PPJ) membayar sejumlah RM848,000 kepada sebuah syarikat media sebagai rakan penyiar rasmi sempena sambutan ulang tahun ketiga mereka pada 5 November 2012, menurut laporan Ketua Audit Negara 2014.

Siri pertama laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini menyatakan lantikan terus syarikat media berkenaan tidak mematuhi keadah perolehan yang ditetapkan. "Semakan lanjut mendapati surat setuju terima juga tidak dikeluarkan bagi pelantikan terus syarikat tersebut sebagai rakan penyiar," dedah laporan tersebut.

Menurut laporan audit itu, kos perolehan melebihi RM500,000 hendaklah dilaksanakan secara tender. Selain itu, PPJ turut memberikan hak penyiaran eksklusif konsert kepada syarikat media tersebu‎t yang tidak dinamakan. Semakan internet mendapati syarikat media yang dibayar PPJ ialah TV Al-Hijrah.

Ahmad Maslan: Jurucakap GST nombor 1

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan agak sibuk mutakhir ini. Sejak isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bertambah panas, beliau tanpa lelah menghabiskan masa menjawab pelbagai persoalan serta membetulkan salah faham berhubung cukai itu.

Dedikasinya terlihat apabila hampir semua twitnya sepanjang dua minggu ini – dengan pengecualian beberapa twit sahaja – berkaitan GST. Sejak pelaksanaannya 1 April lalu, laman twitternya khusus tentang GST.

Barisan Twitnya benar-benar mendedahkan cintanya terhadap GST, apabila beliau memulakan ‘perjuangannya’ pada 24 Mac dengan memuatnaik gambar Nescafe 3 dalam 1 dan susu formula, mempersoalkan harga mahal yang dipamerkan.

Beliau juga menjelaskan isu tuala wanita yang dibangkitkan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, menyatakan harganya patut lebih murah selepas GST kerana ia sebelum ini dikenakan 10 peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau kemudian menggesa orang ramai untuk membuat laporan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan, pejabat daerah, ketua kampung, persatuan pengguna, akhbar atau pun mendedahkannya di media sosial.

 Beliau kemudian hadir dengan spontan – 3M, mengingatkan orang ramai bahawa mereka memiliki kuasa untuk memilih, melapor dan memboikot.

Baru tau rupa2nya kereta nasional kita SAMA TARAF DENGAN BMW, VOLVO, TOYOTA & HONDA..


Dah tahu sama2 hebat, KENAPA KEMENTERIAN2, Menteri2 UMNO & golongan kaya geli nak pakai kereta Proton sbg kereta utama mereka..

p/s: Memanglah ada kereta Proton (Proton Suprima S & Proton Preve) miliki taraf 5 bintang drpd ANCAP. Persoalannya kenapa belum cukup 5 tahun guna dah banyak masalah ??? Janganlah nak bandingkan dengan BMW. Beza BMW dengan Proton ialah "legendary brand". Cuba tengok BMW model klasik sampai sekarang orang suka pandu. "Feeling" orang bawak BMW tak sama dengan bawak Proton.

#BatalGST: Himpunan raksaksa 1 Mei




KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Hari Pekerja #BatalGST menyeru seluruh rakyat Malaysia, dari Johor hingga ke Perlis, dari Sabah ke Sarawak, untuk turun dan memenuhi bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Mei ini dengan berpakaian merah sebagai warna dan simbol perjuangan rakyat.
Timbalan Presiden PAS yang juga Pengerusi Sekretariat Batal GST, Mohamad Sabu berkata, fokus dan tuntutan himpunan ini hanya satu iaitu menuntut agar pelaksanaan GST dibatalkan serta-merta.
Perkara ini diputuskan dalam satu mesyuarat pada 29 Mac lalu melibatkan pemimpin NGO-NGO, parti-parti politik, pertubuhan mahasiswa dan organisasi massa bagi membincangkan aksi bantahan terhadap pelaksanaan GST yang telah pun bermula pada 1 April 2015 yang lalu.
"Mesyuarat juga bersetuju bahawa himpunan raksasa ini dibuat pada Hari Pekerja, iaitu 1 Mei 2015 dan dinamakan sebagai Himpunan Hari Pekerja #BatalGST," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, bagi menyemarakan lagi himpunan ini pihak Sekretariat akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan rakyat untuk turun ke himpunan kemuncak 1 Mei nanti.
Jelajah akan bermula 9 April ini di Alor Setar, 10 April (Bagan Serai Perak), 11 April ( Seremban, Negeri Sembilan), 12 April (Kemaman, Terengganu), 14 April (Batu Pahat, Johor), 20 April (Tumpat, Kelantan), 23 April (Temerloh, Pahang), 24 April (Seremban Negeri Sembilan), dan 30 April ( Wilayah Persekutuan).
Menurut Mohamad, kedegilan Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan GST tanpa mengambil kira kesusahan dan keperitan rakyat benar-benar membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat yang melihat ianya sebagai kemuncak sikap buta tuli pemerintah kepada suara rakyat.
"Hari demi hari semakin banyak hamburan amarah rakyat yang amat-amat geram dengan keangkuhan kerajaan dalam mempertahankan cukai zalim ini.

Selangor tak perlu MB retorik, sandiwara - Khalid Ibrahim

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Menteri Besar Selangor kerana memberi respon terhadap sesetengah isu yang saya bangkitkan meskipun jawapan beliau lebih kepada cubaan untuk memperlekehkan legasi saya selaku mantan menteri besar.

Apatah lagi isu yang sangat penting yakni penstrukturan semula industri air tidak disentuh sama sekali.

Sesungguhnya, rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan dan kepastian terutama tentang komitmen beliau dalam memuktamadkan segera penyusunan semula industri air pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 bilion; langkah-langkah mengambilalih Splash, satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil dan penamatan serta-merta perjanjian penswastaan berat sebelah dengan semua syarikat konsesi.

Kita semua, lebih-lebih lagi pemimpin, sepatutnya tahu ada perbezaan yang besar antara keberanian melulu dan kebijaksanaan terpimpin dalam membuat keputusan.

Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang digunapakai bakal menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah di dalam peperangan.

Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilan beliau.

Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki.

KIDEX jadi sandaran

Memandangkan menteri besar menjadikan isu KIDEX sebagai sandaran, sekiranya Dato' Menteri Besar terlupa atau terlepas pandang, saya ingatkan bahawa kerajaan negeri terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sama ada di bawah senarai persekutuan, negeri atau bersama.

RM2.61 juta BR1M terlebih bayar

Terdapat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menebus baucar mereka lebih daripada sekali.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, sekurang-kurangnya 6,577 orang menebus dua kali bantuan BR1M daripada 2012 hingga awal 2014, melibatkan wang kerajaan RM3.34 juta.

Daripada jumlah itu, hanya 1,771 memulangkan wang itu kepada Kementerian Kewangan.

Menurut laporan itu, sehingga 31 Disember; seramai 1,555 gagal memulangkan BR1M 2012; seramai 1,850 orang untuk BR1M 2013; dan 1,401 orang untuk BR1M 2014.

Ini bermaksud seramai 4,806 orang belum memulangkan bayaran terlebih itu kepada kerajaan dan jumlah mencecah angka RM2.61 juta.

Laporan itu mencadangkan kerajaan menggantikan baucar BR1M dengan surat penerimaan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank bagi mengatasi masalah itu di masa akan datang.

Khairy tepat, pemimpin tidak boleh terlalu lama berkuasa

Oleh Hazlan Zakaria
Sekiranya ada rejuvenasi, mereka tidak akan menjawat jawatan buat masa yang panjang dan akan memikirkan soal prestasi dan pencapaian,” Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata di Parlimen oleh agensi berita Bernama.
Subjek yang dibincangkan ialah kepimpinan badan sukan, tetapi ahli parlimen Rembau yang dikenali sebagai KJ itu mungkin juga merujuk kepimpinan di dalam Barisan Nasional yang didakwa pengkritik mengalami masalah yang sama.
KJ secara khusus merujuk kepada kepimpinan badan sukan kebangsaan yang didakwa berada di takuk lama lantas menjurus kepada pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 dicadangkan bagi memastikan persatuan sukan di Malaysia mencatat peningkatan.
Pengkritik telah lama berkata sesetengah personaliti di dalam persatuan sukan Malaysia telah memegang jawatan terlalu lama sehingga tiada sebarang perubahan disaksikan samada di dalam memberi pandangan ataupun buah fikiran yang lebih segar.
Pindaan dicadangkan bagi menghadkan tempuh kepimpinan di dalam badan-badan sukan agar memberi mereka nafas baru.
Beliau membuat kenyataan di Parlimen pada 2 April bagi menjawab soalan daripada Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baru) yang bertanya samada kementeriannya akan menyelesaikan masalah pengurusan badan-badan sukan yang menjejaskan perkembangan sukan.
Pindaan akta tersebut dijadual dibentangkan pada Sidang Parlimen akan datang.

Banyak saluran laporan GST hanya tambahkan kekeliruan

Baru sahaja masuk hari kelima pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan persoalan nampaknya lebih banyak berbanding jawapan berhubung sistem tersebut. Daripada perniagaan mengenakan caj GST kepada pelanggan untuk barangan yang tidak sepatutnya, kepada perniagaan kecil yang hasilnya tidak sampai RM500,000 setahun (kriteria untuk melaksanakan sistem itu) mengeluarkan resit tulisan tangan menyatakan caj 6 peratus dikenakan – kekeliruan melanda seluruh negara. Pihak berkuasa yang seperti tidak tahu apa-apa juga tidak membantu membetulkan keadaan. Laporan bertentangan muncul tentang jumlah laporan yang diterima terhadap GST.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata, lebih 23,000 rungutan dibuat melalui aplikasi MyKira pada hari pertama. GST berkuatkuasa.

Manakala Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula memperkecilkan apa yang berlaku dengan mengatakan hanya 800 laporan diterima. Yang mana satu ni? Hasan dan Ahmad Maslan seolah-olah bersaing untuk melihat siapa yang dapat lebih mengelirukan rakyat Malaysia yang sememangnya keliru dengan sistem ini.

Namun kenyataan mereka tidak mengejutkan, memandangkan dua menteri ini sering kali mengeluarkan kenyataan yang mengarut dan bertentangan dengan logik. Untuk memahami dengan lebih baik, marilah kita anggap bahawa ada dua saluran – aplikasi MyKira oleh KPDNKK dan yang diterima Jabatan Kastam dan dikendalikan Ahmad Masllan.

RTM bayar lebih RM100 juta pada Telekom sebelum perjanjian muktamad

Radio Televisyen Malaysia (RTM) didapati membayar RM103.14 juta kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi perkhidmatan penyiaran sebelum perjanjian secara rasmi bagi perolehan kerja, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Laporan audit siri pertama yang dibentangkan di Parlimen hari ini mendapati bayaran tersebut hanya boleh dilakukan selepas perjanjian itu dimuktamadkan.

 "Semakan audit mendapati 8 bayaran berjumlah RM103.14 juta dibayar kepada TM sebelum kontrak ditandatangani," dedah Laporan Ketua Audit Negara 2014 hari ini.

Laporan itu mendedahkan, Kementerian Kewangan pada 22 Julai, 2014 dimaklumkan mengenai pembayaran dilakukan tanpa adanya kontrak. Surat itu juga meminta ketua setiausaha kementerian memberikan teguran secara pentadbiran kepada pegawai terlibat agar mematuhi perolehan sesama yang berkuat kuasa.

"Maklum balas Kementerian Kewangan bertarikh 27 Januari kepada pihak audit mengesahkan surat bertarikh 22 Julai, 2014 bukan kelulusan khas tetapi sebagai mengambil maklum atas pembayaran dilaksanakan tanpa kontrak," kata laporan itu.

'Copgate': Utusan mohon maaf pada peguam kerana fitnah


Selepas lapan tahun, akhbar Umno Utusan Malaysia hari ini memohon maaf di mahkamah terbuka kerana memfitnah peguam Rosli Dahlan dalam isu 'skandal Copgate'.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan pegawainya yang dinamakan sebagai defendan bersama kerajaan dalam saman serangan dan salah tahan, enggan menyelesaikan kes itu.

Oleh itu, pendengaran terhadap SPRM akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan maaf Utusan dibacakan oleh penasihat undang-undangnya Shirad Anuar.

Dengan itu, saman Rosli terhadap Utusan diselesaikan dengan syarat-syarat yang tidak didedahkan.

Permohonan maaf di depan Hakim Su Geok Yiam itu mengakui laporan bahawa Rosli seorang warganegara Singapura dan menyembunyikan aset bekas pegawai kanan polis (Ramli Yusuf) dan tidak bekerjasama dalam siasatan SPRM, tidak benar.

Bantah Cukai RAKUS






GST - Golongan Susah Tertindas


PATUTLA Menteri & KERAjaan nak jaga hati golongan kaya. Kereta2 orang kaya dapat KENIKMATAN turun harga sampai berbelas2 & hampir puluhan ribu ringgit berbanding harga kereta golongan berpendapatan rendah..

Nampak tak permainan mereka dlm melaksanakan cukai GST..