Ahad, 5 April 2015

Menggunakan JASA untuk ‘menyerang’ Dr M adalah penyalahgunaan sumber awam

oleh Hazlan Zakaria

“Kami menganggapnya sangat negatif. Justeru, Jasa akan berdepan situasi dan bukan bersikap defensif tetapi lebih menyerang (melalui media sosial),” Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Puad Zarkashi telah dilaporkan berkata kepada portal berita Malaysiakini. Beliau merujuk kepada berbondong-bondong kritikan yang telah dihujani oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri Najib Razak oleh kerana 1MDB, pembunuhan Altantuyaa Shaaribuu dan skandal kapal Scorpene di antaranya.

Puad dilaporkan telah berikrar untuk menggerakkan Jasa melancarkan ‘serangan’ ke atas Mahathir dan yang lain di media sosial untuk membalas kritikan dan melemahkan mereka yang didakwa beliau sebagai menghentam kerajaan dengan membetulkan persepsi umum tentang perkara yang dibangkitkan.

Menariknya, Puad turut dilaporkan menyebut bahawa terdapat kerajaan yang telah kalah pilihan raya sebagai hasil daripada kritikan dalam media sosial, dalam menjelaskan mengapa Jasa perlu untuk menyerang. Sememangnya, ini adalah sama seperti ahli Umno berkata bahawa beliau menggunakan agensi kerajaan untuk memastikan BN kekal berkuasa.

Pastinya bukanlah skop kerja agensi kerajaan. Sementara seseorang perlu menghormati Puad kerana keberanian beliau untuk mempertahankan Perdana Menteri Najib Razak yang mana bos beliau dan ketua parti dan juga orang yang mencadangkan untuk menaikkan pangkat beliau sebagai KP di agensi itu, beliau mungkin telah melangkaui garisan dengan berbuat begitu, dengan berikrar menggunakan sumber agensi awam untuk mempertahankan seorang ahli politik.

Apa saja retoriknya, Puad tidak dapat menyembunyikan sebarang usaha yang dilakukan Jasa dalam perkara ini untuk membatalkan serangan Mahathir ke atas Najib, dan bukan untuk menjelaskan polisi kerajaan. Sesungguhnya, ia seharusnya tahu bahawa serangan Mahathir ditujukan kepada Najib secara peribadi dan bukan ke pejabat PM ataupun kerajaan it sendiri.

Oleh itu, sebarang gerakan untuk membalas atau menyerang kritikan Mahathir seharussnya datang daripada Najib sendiri atau daripada Umno. Bukannya daripada agensi kerajaan. Sudah tentu mungkin ini adalah seharusnya dikendalikan oleh pakar komunikasi di Pejabat Perdana Menteri yang dibanggakan.

KANTOI LAGI !!! BONGKAR PEMBOHONGAN Menteri Ahmad Maslan.


Rupa2nya KOTEX mahupun tuala wanita TIDAK DIKENAKAN SEBARANG CUKAI sebelum GST dilaksanakan.. 

Adakah menteri ini BUTA FAKTA !!!

Mustafa Ali hanya tinggal dua hari sahaja lagi, kata Usin Ceroi


Post Pic

SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hanya tinggal dua hari untuk membuat keputusan sama ada mahu menyiasat Mohamad Sabu atau tidak berhubung pendedahan Timbalan Presiden PAS itu dikatakan terlibat dalam komplot menjatuhkan presiden parti itu.
 
Amaran itu dibuat pengendali laman Facebook Tuc Tok Usion Ceroi, pagi ini.
 
Usin Ceroi adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman audio yang mengandungi suara mirip Mohamad Sabu - sedang memberikan taklimat mengenai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada pemilihan PAS akan datang.
 
 
Mustafa sebelum ini memberitahu tiada siasatan akan dibuat terhadap Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, berikutan tiada sebarang aduan dibuat membabitkannya.

Selamat Menunaikan GST

Oleh A Kadir Jasin
GST bukan jenaka, lawak, tipu atau olok-olok April Fools. Itu bukan kata saya. Itu kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan. Dalam bahasa orang putih dia kata: "This is not an April Fool's joke, GST will be implemented."




(Ini bukan jenaka April Fools, GST akan dilaksanakan.)

Ahmad Maslan: GST (6%) bukan olok-olok
Tidak siapa pun, kecuali “fools” (orang bangang*) menganggap Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebagai jenaka, lawak, tipu atau olok-olok.

Semua orang yang siuman, termasuk kanak-kanak sekolah, dan orang yang tidak nyanyuk tahu bahawa menjelang 12 tengah malam ini, bersamaan 1 April 2015, GST akan dikuatkuasakan.

Selamat menunaikan tanggungjawab membayar GST.

Saya kurang pasti sama ada perkhidmatan menggunting, mendandan dan mewarnakan rambut serta membuat rawatan kuku tangan (manicure) dan kuku kaki (pedicure) di rumah dikenakan GST.

Gambar hiasan: Mewarna sendiri tak kena GST
Kalau hendak tahu, tanyalah Ahmad Maslan. Tapi kalau tidak yakin juga boleh tanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek.

Hapuskan jargon GST, kata Rafidah Aziz

Apabila wanita yang digelar Wanita Besi Malaysia dalam politik berkata beliau keliru tentang sesuatu, lebih dengar betul-betul.

Lebih-lebih lagi apabila beliau terkenal dengan kebijaksanaan.

Jadi jika bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Rafidah Aziz keliru tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), apatah lagi golongan awam?

Rafidah, dengan gaya tanpa ada kekangan beliau, bercakap tentang GST apabila beliau dilaporkan berkata kebergantungan kerajaan dengan penggunaan kartun, papan iklan dan jargon teknikal seperti “berkadar sifar” untuk menjelaskan tentang cukai kepenggunaan menyeluruh beberapa tahun ini telah membuatkan pengguna Malaysia, termasuk dirinya, lebih keliru dengan sistem percukaian.

Beiau berkata kerajaan seharusnya tidak menggunakan jargon dalam menjelaskan apa itu GST kepada pengguna.

Rafidah berkata kerajaan seharusnya menerbitkan senarai barang yang dikecualikan dari cukai di setiap surat khabar dalam negara dengeran kadar segera kerana ianya akan membantu pengguna bersiap sedia untuk cukai kepenggunaan menyeluruh ini.

 “Saya secara peribadi berasa bahawa sekarang ini, kita seharusnya sudah mempunyai senarai lengkap tentang kategori yang dikecualikan supaya rakyat akan tahu (barang) mana yang tiada cukai.

“Ia seharusnya tersedia dalam semua surat khabar, dalam semua bahasa, dan tidak seharusnya teknikal.

“Masalah kita adalah penjelasan setakat ini tidak begitu jelas. Kerajaan telah menggunakan sumber yang berbeza ataupun pendekatan yang berbeza, dan kebanyakan darinya bersifat sangat teknikal.

“Contohnya, siapa yang faham apa itu ‘berkadar sifar’?

Bantah GST: Terkenang himpunan mansuh PPSMI 2009

Oleh MOHD NASAIE ISMAIL
TERKENANG (GMP)Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) beberapa tahun lalu yang dipimpin oleh Dato Dr Hasan Ahmad, Hasni Abas, Prof Emeritus Abdullah Hasan, Suhaizan Kaiat dan ikon mereka Sasterawan Negara A.Samad Said. Isu PPSMI berjaya memecah tembok politik kepartian. Walaupun parti pembangkang sudah lama menolak PPSMI, tetapi isu ini kembali hangat apabila satu program akedemik diadakan di Pusat Peradaban Melayu, Fakulti Sastera Universiti Malaya.
Sesi yang dipengerusikan oleh tokoh budaya dan bahasa Prof Dato Dr Latif Bakar itu menjadi panas apabila dibangkitkan isu PPSMI. Seorang ahli pensyarah matematik UKM Prof Shahrin Mat Zin mencabar ahli akedemik bangkit melawan PPSMI. Dan beliau mengistiharkan sedia memecah tempok penjara jika benar benar ahli akedemik hendak tentang PPSMI (maksudnya begitu, istilahnya mungkin berbeza). Beberapa ahli akedemik dalam majlis tersebut menyambut cabaran Prof Shahrin walaupun pengerusi mengambil sikap 'diam tersenyum'. Saya tahu sebab apa Prof Latif diam, sebab 3 tahun saya menjadi pelajar beliau dalam bidang komunikasi dan bahasa di Jabatan Pengajian Media.
Bermula daripada saat itulah beberapa pertemuan diadakan. Hasni Abas seorang kakitangan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Suhaizan Kaiat menjadi kordinator. Hasni menjadi SU dan Suhaizan sebagai PSU. Mereka melamar almarhum Datuk Dr Hasan Ahmad bekas pengarah DBP untuk pengerusikan Gerakan Mansuhkan PPSMI. Gerakan ini memulakan roadshow mereka ke seluruh negara dan semakin ramai mendapat sambutan kalangan ahli akedemik, budayawan, sasterawan. Tidak lupa ahli politik, akrivis masyarakat yang sememangnya bersama sejak awal menentang PPSMI.
Kemuncaknya 7 Mac 2009 diadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur. Perarakan dari beberapa tempat termasuk Masjid Negara ke Istana Negara. Sebelum sampai ke persimpangan Istana Negara, pihak polis menembak gas pemedih mata dan menggempur peserta. A.Samad Said yang menjadi ikon ketika itu turut terkena gas pemedih mata dan terpaksa dipapah oleh beberapa petugas. Pemimpin politik seperti Presiden PAS (TGHH), pimpinan PKR dan DAP yang berada di barisan hadapan turut berpecah selepas gas yang kuat ditembak tepat ke perkumpulan pimpinan.
Di hadapan Masjid Negara beberapa kumpulan pelajar sekolah menengah yang datang dari Johor dan Terengganu dipimpin almarhum Ustaz Abu Bakar Cik turut menyertai himpunan. Mahasiswa juga tidak kurang mengusung keranda mengingatkan kematian bahasa. Berakhir dengan kerajaan mengumumkan PPSMI dibatalkan. Apa yang hendak disampaikan di sini adalah bukanlah jumlah kehadiran pada hari bantahan tersebut. Biasa sahaja pakatan parti pembangkang boleh menghimpun ratus ribu ke jalan raya sebagaimana himpunan BERSIH. Tetapi kehadiran golongan luar kebiasaan ke himpunan ini.

GST: Harga barangan turun, Najib dan Ahmad Maslan mungkir janji

PETALING JAYA, 4 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan harus dipecat kerana mungkir janji apabila mengatakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan penurunan harga barang.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, janji itu dibuat kedua-dua mereka tahun lalu dengan hujah bahawa 48 peratus dan 56 peratus harga barangan akan menyaksikan penurunan.
Namun, tidak sampai seminggu pelaksanaan GST, rakyat menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di seluruh negara.
“Tidak sampai seminggu GST dilaksanakan, rakyat hadapi kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan.
“Malah, sebahagian kenaikan melebihi enam peratus, kerana kos sebenar perniagaan meningkat ekoran pentadbiran cukai itu sendiri,” jelas Tony.
Tambahnya, jaminan Najib dan Ahmad Maslan bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak sampai enam peratus, tidak boleh dipercayai.
“Bagaimana Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab menguruskan ekonomi negara mengemukakan statistik tak masuk akal?
“Hari ini, realitinya hanya 10 peratus daripada jumlah barangan dan perkhidmatan mencatat penurunan harga, manakala sebahagian besar telah meningkat.
“Bagaimana kerajaan menjalankan kajiannya dan membuat kesimpulan seperti dinyatakan Kementerian Kewangan di parlimen?
“Selain huru-hara yang melanda pasaran disebabkan GST, cukuplah memungkiri janji-janji kononnya harga (barangan dan perkhidmatan) akan turun,” ujar Tony.

Ketua Parlimen DAP jawab kritikan, ‘Selamatkan Malaysia’ bukan UG


LKS_sumbangan


GELANG PATAH, 5 APRIL: Kritikan terhadap pendapat peribadi Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kononnya beliau ingin jadi menteri kabinet Perdana Menteri Najib Tun Razak dijawab ahli politik veteran itu.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, pengkritik cadangan kerajaan baru dengan tujuan menyelamatkan Malaysia tidak memahami maksud ‘pasca-BN, dan pasca-PR’ yang dipopularkannya.
“Jelas sekali mereka yang mengkritik cadangan saya tidak memahami maksud apa yang dikatakan ‘pasca-BN dan pasca-PR’.
“Saya tidak sesekali cuba memperjuangkan ‘Kerajaan Perpaduan’(UG) antara DAP,UMNO dan BN atau jauh sekali sebuah gabungan DAP, PKR, MCA dan GERAKAN.
“(Cadangan saya itu) menekankan bahawa ‘Pakatan baru’ pasca-BN, PR sebelum pilihanraya ke-14 mestilah inklusif sepenuhnya.
“Dengan kata lain, ia adalah kerajaan gabungan pelbagai kaum, agama, dan daerah,” jelas Kit Siang.
Beliau menjelaskan, pakatan atau gabungan baru itu mestilah terdiri dari pelbagai agama dan kaum, tanpa meminggirkan warga Sabah dan Sarawak.

“KPN perlu dedah nama pegawai polis yang bertemu Sirul di Australia”


khalid-abu-bakar


KUALA LUMPUR, 5 APR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu mendedahkan nama pegawai polis yang dikatakan dihantar ke Sydney untuk menemui Sirul Azhar Umar bagi membuktikan bekas komando polis itu salah dan berbohong.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ini kerana Khalid dalam kenyataannya hanya menepis pendedahan dengan mengatakan bahawa Sirul yang kini telah disabitkan dijatuhi hukuman mati dan menjadi tahanan imigresen di Australia sebagai ‘terdesak’.
“Itu tidak bermakna bahawa Sirul tidak bercakap benar, bahawa dia bertindak bersama Azilah Hadri mengikut arahan membunuh Altantuya dan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4.
“Tambahan pula, Khalid tidak menyangkal dakwaan Sirul bahawa wujudnya pegawai polis menyoalsiasat Sirul selepas bekas komando polis itu melarikan diri ke Australia,” kata Kit Siang dalam satu kenyatannya hari ini.
Sirul Azhar Umar dalam wawancaranya bersama Malaysiakini semalam menyangkal kenyataan Khalid yang kononnya telah menghantar pegawai polis ke Australia untuk bertemu dengannya.
Kata Sirul, beliau sukar tidur berikutan kenyataan IGP itu yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Manakala Khalid dalam reaksinya menafikan dakwaan Sirul, dan menuduhnya berbohong mengenai siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Kenaikan Harga Makanan Naik di Kantin Sekolah. Punca Cukai GST 6%! Ahmad Maslan Apa Khabar!

Kenaikan Harga Makanan Naik di Kantin Sekolah. Punca Cukai GST 6%! Ahmad Maslan Mohon Semak! Ahmad Maslan telah menjadi figura yang tampil ke majlis penerangan ke serata pelusuk negara sambil meyakinkan pegawai dan kakitangan kerajaan mahupun rakyat marhaen bahawa apa sahaja usaha kerajaan untuk pelaksaan GST adalah untuk kebaikan negara dan rakyat Malaysia.
Dan dalam masa yang sama Ahmad Maslan mahu rakyat Malaysia yakin dan percaya bahawa GST sangat baik utnuk rakyat marhaen, kerana apa? Ini kerana kata Ahmad Maslan :
  • Pelaksanaan GST hanya dikenakan kepada orang kaya sahaja
  • Dan juga GST akan menyebabkan harga barang akan turun
Bukti? Anda boleh semak laporan Berita Utusan Malaysia, The Malaysian Insider dan juga berita Bernama yang Berita Semasa di atas ini. Ia adalah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut Ahmad Maslan ini. Dahulu….

Pengumuman Kenaikan Harga Makanan  Kantin di Sekolah Naik?

Realiti sekarang ini, pesta kenaikan harga barang terus berlaku dan tidak kelihatan akan berhenti pada ketika ini. Semakan Berita Semasa menunjukkan ada kaitan yang melakukan bisnes dan perniagaan kantin di sekolah sudah pun mula memaklumkan melalui kenyataan salah sebuah sekolah di Kedah melalui Guru Besar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kob, Karangan, Kedah dengan surat rasmi bertarikh 31 Mac 2015 yang mana kenaikan harga makanan naik di kantin sekolah akan bermula 1 April 2015.
Dengan kenaikan harga makanan naik di kantin sekolah pastinya akan membebankan anak-anak kita di sekolah sekaligus kepada si “pemberi belanja setiap hari“. Kenaikan harga makanan naik di kantin sekolah bukan sahaja, ibu bapa, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada menjalankan tanggungjawab mereka membayar cukai kepada kerajaan Malaysia

Singkir ahli parlimen dengan IQ rendah di pilihanraya

KOMEN pembaca 

TC Ling: Keluar dari negara ini, pergi balik ke negara nenek moyang, pergi tinggal di planet lain, dsb. Frasa sebegini popular di kalangan perwakilan kita hari ini.
Mengapa mereka tidak mampu berhujah dengan lebih baik dan menyakinkan? Saya fikir kita wajib jalankan ujian IQ mandatori ke atas calon pilihanraya. Kita seakan memilih ahli parlimen tanpa otak selepas setiap pilihanraya.

Sunam Suwim: It’s okay. Ketika kempen pilihanrayanya dia menjanjikan bulan, bintang, matahari dan langit! Jadi dia menunaikan janjinya dengan menawarkan pengundi tinggal di bulan.

Elise C: Sedekahkan tiket penerbangan, latihan, tempat tingga dan semua yang diperlukan bagi seseorang tinggal di bulan. Saya sukarela pergi dan akan membanggakan Malaysia!

Chan Kin Hou: Hey, jangan tertawa! Kita mungkin bisa sampai lebih awal dengan Roket! Dacing berat sebelah tak mampu terbang.

David Foo: contoh terbaik seorang moron, yang terlupa siapa memilihnya sebagai ahli parlimen. Malangnya, kita ada ramai manusia seperti ini.

Zairul Hazreek: No worries…kita akan bungkusnya dan hantarynya ke bulan selepas PRU nanti.

Vijayan: We perlu kerajaan yang prihatin.

Satumii: Umno kini desperado – apa punya moron.

Alan Fun: I tak tahu mengapa manusia ini dipilih pengundi! Malaysia dipenuhi insan seakannya.

Norrasid Mohamad: Saya kagum dia dipilih pengundi

Chan Kin Hou: Pada masa bulan sudah boleh dihuni, mereka akan mendakwa itu milik mereka. Kemudian kita disuruh berpindah ke Marikh

Ada ketika rakyat Malaysia perlu belajar mentertawakan diri sendiri

oleh Mariam Mokhtar
Remaja Sabah Yusrim Karim membanggakan ibubapa, para guru, guru besar dan pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Jame Alip dengan berita kejayaan aplikasi “Coker Chat” mendapat anugerah daripada Google Idea.
Aplikasi terjemahan itu digambarkan sebagai fantastik dan Yusrim ditawarkan peluang menyertai projek bernilai USD36 juta atau menerima wang tunai sebanyak USD50,000. Pelajar berusia 15 tahun daripada SMK Merpati di Sandakan memberitahu The Star dia memilih wang tunai kerana bapanya akan menyimpan wang tersebut untuk pendidikannya.
Kegembiraan Yusrim sebentar sahaja. Apabila aplikasinya didedahkan sebagai jenaka April Fool, ramai yang tertawa. Namun ada di kalangan rakyat Malaysia termasuk pengarah Jabatan Pendidikan Negeri tidak gembira.

Walaupun telah membuat penafian awal tentang anugerah tersebut, Ketua jabatan komunikasi dan perhubungan awam Google Zeffri Yusoff berkata beliau akan menjemput Yusrim, wartawan dan guru Yusrim ke pejabatnya bagi mendapatkan hadiah April Fool.
Katanya: “Sekiranya ia benar-benar jenaka April Fool, Google Malaysia gembira untuk turut serta. Mari kita melihat semua ini sebagai jenaka.”
Bagaimana dengan Jame, pengarah pendidikan negeri? Beliau tidak nampak apa yang lucu di dalam lawak April Fool. Mungkin Jame telah memberitahu pegawai di Kuala Lumpur dan telah bersedia menerima sambutan bagi mengiringi Yusrim bertemu Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin?
Bagaimana pula peluangnya untuk mendapat gelaran Tan Sri? Adakah Jame kecewa kerana dijadikan bahan jenaka?
Rencana pada hari April Fool bukan mudah, kerana birokrasi tidak memiliki unsur lucu. Dalam satu lagi jenaka, dilaporkan ahli Keluarga DiRaja British telah membuat ekplorasi ke Hutan Simpan Royal Belum di Perak.

Nahas udara dan orang kenamaan sejak 1976

Sebahagian besar nahas udara membabitkan orang kenamaan melibatkan pesawat sewa khas.
tun-fuad
PETALING JAYA: Nahas udara melibatkan helikopter dan kapal terbang ringan yang membawa orang kenamaan di negara ini boleh dijejaki seawal tahun 1976.
Menurut kronologi yang disediakan Bernama, nahas paling menggemparkan berlaku pada 1976 apabila Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens bersama 10 yang lain termasuk menteri kabinet negeri,terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira-kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Saksi mendengar dentuman di udara sebelum kapal terbang itu terhempas diperairan cetek Sembulan, hanya beberapa meter dari perumahan atas air, mengorbankan Fuad, menteri kabinetnya Datuk Peter Mojuntin, Datuk Salleh Sulong dan lapan yang lain.
Terbaharu, nahas udara membabitkan helikopter telah meragut nyawa anggota Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias serta empat yang lain.
Kejadian pada 4.55 petang semalam itu berlaku apabila helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih.
Berikut ialah senarai nahas penerbangan melibatkan orang kenamaan sejak 1976.
* 6 Jun 1976 – Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain terkorban termasuk menteri kabinet apabila pesawat jenis Nomad buatan Australia milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu, pukul 3.50 petang.
Kejadian yang menggemparkan negara dan dunia itu berlaku ketika pesawat itu hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan.
* 10 Jan 1982 – Pesawat Cessna 206 yang membawa Menteri Luar Negeri, Tun Mohd Ghazali Shafie, 50, terhempas di gunung Kampung Som Som Hilir berhampiran Kampong Janda Baik, 37.5km dari Kuala Lumpur.
Mohd Ghazali dan dua yang lain dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.
Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.
* 8 Mac 1987 – Helikopter Alouette yang dinaiki Datuk Seri Najib Tun Razak dari Pekan ke Kuala Lumpur nahas di 49km Lebuhraya Karak-KL. Datuk Najib dan empat anak kapal dan penumpang selamat tanpa cedera.
* 18 Dis 1989 – Empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dua orang berpangkat Jeneral iaitu Mej. Jen. Datuk Mustaffa Awang dan Brig. Jen. Datuk Hasbullah Yussoff merupakan antara 16 kakitangan ATM terlibat nahas Helikopter Nuri di muara tebing Sungai Lundu, kira-kira 54km timur laut Kuching.
Kejadian yang mengorbankan semua penumpang itu dilaporkan berlaku dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat disertai angin kencang dan kilat sabung-menyabung.
Berdasarkan rekod kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya selepas 15 minit berlepas sehingga TUDM terpaksa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

Pemergian bapa tambah kesedihan Anwar


Pemergian bapa atambah kesedihan Anwar 

KAJANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman sebagai satu kehilangan yang menyedihkan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi dalam kes liwat.

Beliau berkata, kesedihan semakin menebal apabila Anwar sebelum ini juga kehilangan ibunya yang dikenali sebagai Mak Yan ketika beliau dipenjarakan ekoran kes liwat I pada 1999.

"Saya ucap takziah kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kebetulan ibunya meninggal ketika beliau dalam penjara,  bapanya juga meninggal ketika beliau dalam penjara kedua.

"Ia satu kesedihan yang amat sangat kepada Datuk Seri Anwar sekeluarga, harap mereka bertenang menghadapi ujian daripada ALLAH," katanya kepada pemberita di kediaman Allahyarham Ibrahim di Country Heights , di sini, hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata demikian selepas menziarahi bapa Anwar yang meninggal dunia pada 1.45 pagi, hari ini.

Selain beliau, antara pemimpin PR yang turut hadir pada majlis pengebumian itu ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Mat Sabu doa Anwar dan keluarga tabah

KAJANG 5 MAC: Timbalam Presiden PAS, Mohamad Sabu berdoa supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim keluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T. atas pemergian bapanya Allahyarham Ibrahim Abd Rahman.
Katanya, sebelum ini, Anwar sudah merasai pemergian ibunya yang dikenali sebagai Mak Yan, dan hari ini beliau terpaksa menghadapi kehilangan bapa kesayangannya yang telah pergi ke rahmatullah ketika beliau juga dipenjara.
“Saya ucap takziah kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kebetulan ibunya meninggal ketika beliau dalam penjara, bapanya juga meninggal ketika beliau dalam penjara kedua.
“Ia satu kesedihan yang amat sangat kepada Datuk Seri Anwar sekeluarga, harap mereka bertenang menghadapi ujian daripada ALLAH S.W.T,” katanya ketika ditemui media di kediaman bapa Anwar di Country Heights dekat Kajang.
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata demikian selepas menziarahi bapa Anwar yang meninggal dunia pada 1.45 pagi, hari ini.
Selain beliau, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga turut hadir menziarah arwah untuk memberi penghormatan terakhir.

Wan Azizah: Dr M, bapa Anwar berkawan rapat

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kunjungan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed dan isterinya ke kediaman bapa mertuanya sebagai kunjungan atas dasar persahabatan.

Dr Wan Azizah yang juga ADUN Kajang itu berkata bapa mertuanya - Ibrahim Abdul Rahman - pernah menjawat jawatan dalam Umno membolehkan beliau berkawan rapat dengan Dr Mahathir.

"Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir dulu dengan ayah mertua saya, bekerjasama. Ayah mertua dulu setiausaha parlimen di Kementerian Kesihatan, jadi kenal.

"(Mereka hadir) atas dasar persahabatan dan pertalian (persaudaraan) Islam, saya rasa," katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian bapa mertuanya di tanah perkuburan Sungai Ramal petang ini.

Wan Azizah mengakui beliau turut terkejut dengan kehadiran bekas perdana menteri dan isterinya itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ibrahim.

Kira-kira jam 10.49 pagi tadi, Dr Mahathir dan Siti Hasmah muncul di kediaman bapa ketua pembangkang untuk menziarahi Ibrahim.

Bagaimana Dr Mahathir tidak sempat bertemu dengan bekas timbalannya itu kerana bekas presiden Umno itu pulang awal.

400 iringi jenazah

Bapa Anwar sedih saat terakhir hayatnya

21169_10200543177457273_6923731054111024728_nKAJANG 5 MAC : Sebelum menghembuskan nafas terakhir muka arwah Ibrahim Abd Rahman iaitu bapa kepada saudara Anwar kelihatan sedih kerana beliau teringatkan anak kesayangannya itu yang terpaksa tinggal dalam penjara, kata Rosli Ibrahim.
Rosli ialah adik kepada Anwar yang merupakan anak kelima daripada sembilan beradik.
“Muka arwah nampak sedih di akhir hayatnya, Datuk Seri Anwar ini merupakan anak kesayangan dia, 3 April 2001 sebelum ini emak meninggal dunia ketika beliau di dalam penjara dan hari ini 5 April 2015 bapa pula meninggal ketika beliau juga dalam penjara.
“Apa-apa pun pihak keluarga sentiasa menyokong beliau (Anwar) dan tetap meneruskan perjuangan beliau selama ini,” tegasnya ketika ditemui Suara Keadilan di kediaman bapanya di Contry Height dekat Kajang.

Jenazah bapa Anwar selamat dikebumikan, laungan reformasi bergema

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memikul jenazah bapanya ke tanah perkuburan Muslim di Sungai Ramal di Kajang, Selangor hari ini.

Jenazah bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, pada 2.35 petang hari ini.

Jenazah Datuk Ibrahim Abd Rahman dikebumikan selepas solat Zohor. Anwar dilihat menaiki kereta berpacuan 4 roda bersama beberapa orang pegawai penjara yang mengekori van jenazah ke tanah perkuburan.

Menurut menantunya, Jamil Abdullah, Ibrahim terlantar sakit lebih daripada 5 tahun lalu dan dibawa ke Hospital Serdang pada Sabtu kerana mengalami sesak nafas.

Anwar dikawal ketat pegawai penjara semasa dibawa pulang ke Penjara Sungai Buloh selepas pengebumian bapanya.

Anak sulungnya Nurul Izzah Anwar yang turut berada di tanah perkuburan berterima kasih kepada pihak Kementerian Dalam Negeri kerana membenarkan bapanya menziarahi jenazah Ibrahim.

 "Ini satu kehilangan besar untuk kali kedua sebab semasa bondanya meninggal beliau di penjara," katanya.

Anwar sempat solat, iringi jenazah bapa ke perkuburan


Siapa lebih berkuasa di bumi Allah M'sia, UMNO atau Allah ???


Hebat bila jadi hamba KERAjaan. Semua dituruti.. Semua kena patuh undang2 ciptaan KERAjaan UMNO/BN..

Tetapi bila undang2 Allah hendak dilaksanakan di bumi Allah, KERAjaan UMNO/BN sehingga kini terus membisu..

KERAjaan UMNO/BN mmg licik bab2 nak cekau duit rakyat.. Nak masuk tandas pon kena GST...


Kan betul kata Najib.. "GST TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT". Sbb apa.. Sbb yg bebannya bukan rakyat TETAPI KERAjaan..

1) satu jadi bebanan KERAjaan nak kutip cukai GST
2) KERAjaan kena tambah staff la
3) KERAjaan kena tambah bajet RM365 JUTA utk promosi GST

SAMPAI BILA MAU TIPU RAKYAT !!! MANA DATANGNYA 1.6 PERATUS !!!


Hakikatnya slps GST dilaksanakan harga kereta bg model Perodua, Axia E (MT) setakat hanya turun 0.049 PERATUS iaitu RM12.15 SAHAJA..

LOGIK MACAI & Menteri UMNO.. "MURAHNYA"

Kalaulah kereta tersebut dibayar selama 5 tahun;
Dalam masa sebulan rakyat akan merasai penjimatan sbyk HAMPIR 21 SEN SEBULAN !!!

SIAPA yg undi menteri camni, pelancong ka atau macai2 1 Malaysia ???

BERTUAH JADI RAKYAT M'SIA di bawah menteri2 yang kurang cerdik & kuat bodek jilat PM Najib..

Apakah penutup cerita Mahathir - Najib ini?

Barangkali ramai yang tertanya-tanya, sampai bila serangan dan kritikan Tun Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berterusan dan apakah pengakhirannya nanti?
Sebabnya, di sebalik bekas Perdana Menteri itu makin mengaktifkan lagi serangannya, ramai juga yang tidak percayaDatuk Seri Najib seorang mudah mengalah atau tunduk kepada serangan demi serangan itu.
Perdana Menteri dilihat selesa dengan strategi mendiamkan diri dan tidak membalas walau sepatah pun apa yang dilemparkan terhadapnya.
Tujuannya tidak lain ialah agar sesuatu dakwaan yang dibangkitkan Tun Mahathir itu tidak berpanjangan diperkatakan dan cepat dilupakan berbanding jika ada balas-membalas kenyataan antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Najib juga mengumpulkan kekuatan yang dimilikinya sama ada melalui UMNO atau pun BN untuk menunjukkan bahawa walaupun dikritik dan kecam, beliau masih mempunyai sokongan untuk terus kekal di Perdana Putra dan Seri Perdana.
Ia sebenarnya adalah isyarat paling jelas bahawa Datuk Seri Najib ingin terus kekal lebih lama lagi di kedudukannya sekarang kerana di peringkat ini yang menentukan kekal atau tidaknya beliau sebagai Perdana Menteri ialah UMNO dan BN.
Tetapi apabila Tun Mahathir menyatakan kepimpinan Perdana Menteri yang terlalu lemah dan banyak isu sehingga menyebabkan ditolak oleh semua kaum serta lebih mungkin kalah dalam pilihanraya akan datang, maksudnya amat jelas bahawa jika terus dikekalkan akan menyebabkan BN kehilangan kuasanya.
Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga mulai menekan Datuk Seri Najib, baik mengenai 1MDB yang dikaitkan dengan kekayaan keluarga Perdana Menteri, gelagat Datin Seri Rosmah dengan jet serta membela Sirul Azhar Umar yang disabitkan atas kesalahan membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Australia.
Terbaru pula, Tun Mahathir mendedahkan bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu dan ketika itu katanya, "Sirul tidak pula pernah membunuh sesiapa".
Ungkapan ini nyata memberi gambaran bahawa Sirul hanya melakukan pembunuhan itu kerana adanya arahan daripada seseorang yang selama ini dikekalkan kerahsiaannya, waima dalam mahkamah sekali pun.

Nahas Helikopter: Wan Kadri terselamat kerana turun awal

Wan Kadri berkata mereka kemudian menurunkannya di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.
wan-kadri
PETALING JAYA: Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahussin terselamat dari nahas helikopter yang dinaikinya bersama Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain kerana turun lebih awal di Bandar Tun Razak, Muadzam Shah.
Dia bersama rombongan berkenaan meninggalkan majlis perkhawinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang diadakan di Pekan lebih awal kerana allahyarham ingin menghadiri satu lagi majlis makan malam di ibu negara.
Katanya, Ahli Parlimen Rompin itu pada awalnya ingin Jamaluddin ingin menziarah seorang kakitangannya yang baharu sahaja kematian ayah di Bandar Tun Razak tetapi ia terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk.
“Berikutan keadaan itu juga kami terpaksa membatalkan hasrat untuk melawat tanah milik Allahyarham yang sebelum ini ingin diwakafkan kepada sebuah pusat tahfiz,” katanya.
Wan Kadri berkata mereka kemudian menurunkannya di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim tiba di rumah arwah bapa, rumah dikawal ketat pihak penjara

Anwar Ibrahim tiba di rumah arwah bapa, rumah dikawal ketatKUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di di rumah arwah bapanya Datuk Ibrahim Abd Rahman di Pinggir Pelangi Pagi, Country Heights pada jam 10.40 pagi.

Ketibaan beliau dikawal ketat dan diiringi oleh para pengawal dari jabatan Penjara.

Ketibaan Anwar disambut oleh anak perempuannya Nurul Nuha.

Anwar yang masih menjalani hukuman penjara 5 tahun dibenarkan untuk menghadiri pengebumian bapanya di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.

Anwar Ibrahim dikawal ketat

Ibrahim merupakan ahli Parlimen seberang Perai Tengah dari 1959 hingga 1969.

Ibrahim meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi di Hospital Serdang.

Anwar dibenar hadir pengebumian bapanya


 Bapa kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia awal pagi ini, demikian menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar dibenarkan untuk menghadiri pengebumian bapanya di Kajang hari ini.

"Menteri Dalam Negeri memberi keizinan, tetapi kami tidak pasti pukul berapa beliau dibenarkan keluar (dari penjara)," katanya.

"Para peguam sedang mengurus perinciannya," katanya lagi.

Wan Azizah memendekkan urusan beliau di Pulau Pinang dan sedang dalam perjalanan ke Kajang ketika ini bagi membuat persediaan majlis pengebumian itu.






 
Dr Wan Azizah berkata beliau dimaklumkan bahawa bapa mertuanya Ibrahim Abdul Rahman kira-kira jam 2 pagi, selepas disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi di Hospital Kajang.

Jenazah Ibrahim akan dibawa ke rumah di Country Heights, Kajang hari ini untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Ramal selepas Zohor.

Menurut maklumat terbaru daripada pihak yang dekat dengan Anwar, beliau akan tiba sebelum tengahari.

‘Mahathir Move’ untuk selamatkan Umno

Muammar Qaddafi


Reda sahaja isu Hudud Kelantan, bekas perdana menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad  kembali menjadi perhatian ramai apabila beliau bertindak “menyerang” Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak.
‘Serangan’ beliau disambut baik oleh ramai pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat seakan akan mereka ‘tidak kenal’ siapa Mahathir dan tidak tahu bahawa tindakan Mahathir sama sekali tidak menguntungkan Pakatan sebaliknya ia adalah cubaan untuk menyelamatkan Umno daripada tewas pada pilihanraya yang akan datang.
Perhatikan pada tulisan beliau di blog ‘Che Det’ kita dapat lihat perkara pertama yang beliau sebut adalah mengenai kekalahan Umno, bukan kesengsaraan rakyat yang menjadi fokus utama, bahkan kesengsaraan dan penderitaan rakyat hanya menjadi ‘huraian’ dalam bab pembelian jet peribadi.

Serangan utama terhadap Najib adalah melibatkan isu ‘peribadi’ Najib iaitu bab pembunuhan Model Monggolia, Altantuya Shaaribu. Namun tidak dinafikan beliau turut menyerang Najib dalam isu 1MDB dan GST yang menurut beliau, tindakan itu hanya akan membawa kepada kekalahan Umno pada PRU14. Tujuan beliau adalah untuk menjatuhkan Najib sebagaimana beliau menyerang Pak Lah, apabila matlamat jangka pendek beliau sudah tercapai,maka beliau kembali perkukuhkan Umno dengan sokongan sokongan terbuka kepada parti yang diasaskan oleh beliau itu.
Pemimpin Pakatan harus sedar, setiap kali pemimpin “bermasalah” dari UMNO berjaya mereka jatuhkan, maka Umno akan kekal, lihat sahaja pada zaman Mahathir sendiri, Umno BN sudah cukup nazak pada pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 , dan selepas itu pemimpin bermasalah ketika itu, iaitu Mahathir sendiri berundur, Umno kembali menang besar pada Pilihan Raya 2004 ditangan Pak Lah.
Pada pilihanraya berikutnya pembangkang berjaya membawa isu kelemahan pentadbiran Pak Lah dan pembangkang menang besar apabila berjaya menafikan 2/3 majoriti BN, dan serangan masih ditumpukan kepada Pak Lah selepas itu sehingga membawa kepada pengunduran beliau  pada 2009,dan Umno BN berjaya kekal sebagai kerajaan pada PRU13 yang lalu. Dan jangan lupa, ‘serangan’ kepada Pak Lah ini dibantu oleh Mahathir yang ketika itu diusung laju oleh parti pembangkang.
Berundurnya Pak Lah ketika itu adalah satu kejayaan buat Mahathir dan akhirnya beliau kembali kepada Umno dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti melayu itu pada pilihanraya umum ke-13 yang lalu dan Umno berjaya dikekalkan sebagai kerajaan. Ketika itu jelas kita tahu bahawa perjuangan beliau menentang Pak Lah bukanlah untuk menjatuhkan Umno sebagaimana matlamat pembangkang,sebaliknya adalah untuk menyelamatkan UMNO.

Apabila kes Altantuya ditimbulkan Dr Mahathir

Apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan tentang misteri pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu, lebih banyak persoalan timbul. Jika persoalan tentang pembunuhan berprofil tinggi ini datangnya daripada ahli politik pembangkang, tidaklah begitu menghairankan, tetapi apabila pemimpin berpengaruh seperti Dr Mahathir yang mempersoalkannya, ia merupakan perkara serius.

Mungkin bekas perdana menteri yang berpengaruh itu mempunyai maklumat yang tidak diketahui ramai pihak sebelum ini.

Menulis di blog popularnya www.chedet.cc minggu lalu, Dr Mahathir membela salah seorang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Sirul Azhar Umar dan mempersoalkan siapa memberi arahan kepadanya.

Bercakap pada sebuah forum di Cyberjaya semalam, secara terbuka Dr Mahathir menimbulkan lebih banyak persoalan tentang kes pembunuhan Altantuya yang berlaku pada 2006, dengan berkata Sirul tidak pernah membunuh sesiapa ketika berkhidmat sebagai pengawal peribadinya dahulu. Rupa-rupanya Sirul pernah juga menjaga Dr Mahathir selain Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Dr Mahathir juga berkata tidak adil menghukum gantung Sirul semata-mata kerana mengikut arahan. “Dia sudah katakan ia bukan kehendaknya sendiri. Dia diarahkan untuk melakukannya, jadi soalan yang sepatutnya ditanya lama dahulu adalah, siapa yang mengarahnya?” kata Dr Mahathir semalam.

Tidak hairanlah mengapa Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat semalam mendesak polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya selepas Dr Mahathir bercakap tentangnya. Akan tetapi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata kes pembunuhan Altantuya tidak perlu dibuka semula kerana mahkamah sudah pun menjatuhkan hukuman.

 “Kes Altantuya kita sudah pun menjalankan siasatan, sudah pergi ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Tiada sebab kita hendak buka siasatan. Siasatan kita sudah lengkap,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Tun M, tolong berhenti kritik Najib demi kepentingan peribadi kata Lokman Adam

Tun M, tolong berhenti kritik Najib demi kepentingan peribadi - Lokman Adam
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak menghentam Perdana Menteri untuk mencari pengaruh serta populariti demi kepentingan keluarga sendiri.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Noor Adam berkata, ‎pelbagai pertikaian Dr Mahathir kepada Najib disifatkan tindakan terdesak yang mempunyai maksud tersirat selain memenuhi impian politik peribadi.

"Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Najib oleh Dr Mahathir semakin menjadi-jadi.  Yang terkini,  pemberian wang bantuan 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.  Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Dr Mahathir.

‎"Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Dr Mahathir, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokongnya yang menganggap Dr Mahathir sebagai seorang yang maksum umpama nabi.

"Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Dr Mahathir ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Dr Mahathir penghalang utama hudud, kata PAS

PAS menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penghalang utama terhadap kerajaan Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan pelbagai tekanan diberikannya kepada negeri pantai timur itu, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

 "Kami menerima amaran daripada Dr Mahathir jika melaksanakan hudud pada waktu itu, beliau akan mengambil tindakan. "Masa itu, kita cukup berhati-hati dengan beliau," katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Berita Harian, Berita Minggu hari ini.

 Fadzli berkata, bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mewartakan enakmen itu walaupun ia diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN). "Beliau tidak boleh menerima kehilangan kerajaan Kelantan kepada PAS. Oleh itu, segala tekanan diberikan terhadap kerajaan PAS Kelantan.

 "Oleh sebab itu, kita menjaganya dengan teliti," katanya pada satu sesi Taklimat Kanun Jenayah Syariah II di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Sementara itu, Amar tidak menafikan PAS sememangnya memerlukan sokongan Umno dalam memastikan enakmen itu dapat dilaksanakan di Kelantan.

"Perkara sebegini tidak salah kerana Umno pegang kunci di peringkat Persekutuan. Mahu tidak mahu, kita kena bincang dengan mereka dan tidak timbul soal kerajaan perpaduan," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut. Menurut Amar, Nik Aziz sebelum ini turut merestui kerjasama Kelantan dan Putrajaya bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

Anwar dibenar ziarah allahyarham bapanya

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan oleh pihak penjara untuk menziarahi Allahyarham bapanya yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi media sosial milik Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim insyaALLAH akan diberi keizinan oleh penjara untuk ziarah Allahyarham bapa mertua kami di Kajang," tulisnya.

Ayah Anwar, Ibrahim Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.45 pagi tadi.

Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, selepas solat Zuhur.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Belum ada pemimpin layak PM selain Anwar, kata Husam

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengakui Pakatan Rakyat (PR) belum bersedia memimpin negara jika berpeluang berbuat demikian dalam masa terdekat kerana masih belum ada pemimpin yang layak menjadi perdana menteri selain Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, sebelum Anwar dimasukkan ke penjara, ramai yang mengharapkannya menyandang jawatan tersebut sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). "Setakat ini, tiada pemimpin yang layak menjadi perdana menteri.

Sebelum ini, kita harap Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, tetapi sudah takdir dia dimasukkan ke penjara," katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Berita Harian, Berita Minggu hari ini. Pada masa sama, Husam berkata masih banyak yang perlu ditingkatkan pemimpin PR daripada segi strategi, sebelum mereka dapat memimpin negara ini.

"Jika dapat mengambil (menawan) Malaysia, penggal pertama kita tidak boleh ubah lagi negara ini," katanya. Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Setiap kejadian yg telah berlaku pasti ada hikmahnya & peringatan kpd yg masih hidup..


Sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.. DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali...

Malaysia must get back its bearings

The country needs to be transformed and this can be done without Najib and his substandard Cabinet.

najib-all-face_600by Aspan Alias
Malaysians yearn for the nation to get back to the state it was in some three decades ago. We were then on the verge of greatness. But we have since gone wayward and lost our bearings. We are now led by shameless leaders lost in their state of barefaced immorality. Worse, they do not have the conscience that might stir them out of their debauchery.
It is certain enough that the public has lost confidence in Najib and his Cabinet. Najib is responsible for the unmanageable problems that his administration is saddled with, while the Cabinet members are accountable for not shooting down his morally questionable decisions.
If they were responsible leaders, the Cabinet members would, for instance, have railed against the PM’s decision to acquire an elaborately luxurious and expensive executive jet, mainly for his use. They would have demanded that he cancel the decision. We won’t accuse them of giving him permission in the first place. They apparently did not. Najib asked for approval only from the Finance Ministry, which is of course under his charge. He asked himself for approval and he gave the approval to himself without the “official” knowledge of the Cabinet.
Najib is encumbered by issues of weak leadership and ineptness in managing what used to be a nation poised for glory. We were at one time ahead of South Korea and many other developing nations across the globe. We are now miles and miles behind.
Malaysia is now well known for all the wrong things. We are Number One in the purchase of defence equipment at inflated prices to allow for enormous kickbacks to the country’s leaders and we are certainly unmatched among importers of unskilled labour.
We are already in a state of devastation and Malaysians should not have to wait for the leadership to be rehabilitated. Efforts to discontinue Najib’s premiership is not an option any longer. He must resign and give the people a break. Malaysians need the country to be transformed and this can be done without Najib and his substandard Cabinet. He has mislaid all clues that point to how a prime minister should be managing a multi-ethnic and multi-religious nation.
Najib should not have been the Prime Minister in the first place. I blame the politicking of the warlords in Umno for his ascent to the post. This was a serious political misadventure. It has resulted in Malaysians being saddled with the weakest prime minister since we achieved our independence. The time has come for the warlords and for ordinary Malaysians to search their souls and to forget past differences. Just set in motion the engine that will lead us to a genuine leader who will initiate the transformations that we are in dire need of.

Negara alami kegagalan kepimpinan yang kronik



DR DZULKEFLY AHMAD

PERNAH saya buat ramalan dalam penulisan bertarikh Nov 2014 lalu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tumbang akibat dari skandal 1MDB.

Dengan serangan yang sangat dahsyat yang dilancarkan oleh Tun Mahathir dalam media Facebooknya semalam, telahan saya itu semakin tampak nak menjadi kenyataan.

Tun yang sudah menjadi mantan PM sejak Oktober 2003, masih punya pengaruh berbisa dalam apa jua singgungannya akan perihal politik negara. Itu hakikat yang sukar ditolak kawan dan lawan.

Pertama, Tun mahukan siasatan tentang dakwaan Sirul bahawa beliau yang disabitkan bersalah oleh Mahkamah, membunuh wanita mongolia, Altantuya, yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam, adalah dibuat di bawah arahan.

Tun tegaskan rakyat mahu tahu siapa yang mengarah. Sebagai pengawal peribadi DS Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang beri arahan tersebut. Tun menyebutkan amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Dalam hal 1MDB Tun menegaskan bahawa tuduhan penyelewangan dalam urus niaga berbilion ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini kata Tun, tidak dijawab selain daripada berkata ia adalah pembohongan.

Tun telah membangkitkan pelbagai persoalan kritikal tentang urusniaga 1MDB termasuk perihal bayaran US$700 juta yang dibayar kepada PetroSaudi dan kesahihan wujudnya aset syarikat itu sebenarnya.

Kapten Lee: Helikopter Terhempas Bukan Kerana Cuaca Buruk

Seorang juruterbang helikopter yang menjadi saksi di udara berhubung tragedi korban enam penumpang dalam helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada petang Sabtu, menceritakan dia melihat pesawat malang itu menjunam hingga ke tanah dan mengeluarkan asap hitam.

Mahu dikenali sebagai Kapten Lee, dia yang ketika itu membawa penumpang dari Senai, Johor ke Subang memberitahu laluannya sama dengan helikopter tersebut dan sempat berkomunikasi antara mereka untuk memaklumkan keadaan waktu dan ketinggian.

Katanya, menjadi suatu yang biasa sebagai juruterbang untuk memerhatikan mana-mana kapal terbang atau helikopter yang berada di sekelilingnya.

“Jadi sampai sahaja di Kajang, saya nampak satu helikopter IGB memang keluar dan menuju ke Kajang sedang turun. Bila saya nampak, saya sambung terbang.

“Dalam dua tiga minit, bila saya pandang balik helikopter tu, saya nampak ia dah menjunam, muncung helikopter ke bawah dan saya perhatikan sampai helikopter tu jatuh ke tanah, keluar asap hitam,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Tambah Kapten Lee, pada ketika kejadian cuaca kelihatan cerah walaupun hujan panas, namun dia menafikan adanya hujan ribut.

“Berdasarkan pengalaman saya, yang jatuh tu bukan disebabkan cuaca. Terpulang pada siasatan"

“Rasa ngeri. Selepas kejadian, saya terus maklum kepada pengawal di menara kawalan,” katanya yang terpaksa meneruskan perjalanan bersama penumpangnya.

Semalam, helikopter jenis S365 milik IGB Corporation, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang. -therakyatpost
Najib arah siasatan penuh nahas helikopter di Semenyih

SEMENYIH: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan satu siasatan penuh rapi dan menyeluruh dijalankan untuk mengetahui punca nahas helikopter di Semenyih petang semalam.

Helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang.

Perdana menteri menjelaskan bahawa mengikut prosedur beliau tidak boleh mengesahkan identiti mangsa selagi belum disahkan oleh pihak forensik.