KUALA LUMPUR, 4 April:
Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Dr Ir Jamaluddin Jarjis antara enam penumpang terlibat dalam nahas helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih di sini, hari ini.
Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada NST Online.
Antara yang dikenal pasti juga dipercayai seorang pembantu khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setakat ini, tiga mayat dijumpai dalam nahas tersebut oleh pasukan bomba.
Berdasarkan maklumat, helikopter tersebut adalah milik swasta S365 (Solitaire Services) dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.
Seramai enam penumpang yang menaiki helikopter tersebut.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.